Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI DUA

JALAN MASJID,

30020 IPOH PERAK,

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN


PASUKAN KRIKET
SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:-

EN HASNI B HASSAN

SETIAUSAHA KOKURIKULUM SK MANJOI DUA


1.0 TAJUK.

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PASUKAN KRIKET SEKOLAH.

2.0 PENGENALAN.

Sukan kriket adalah satu sukan yang dimainkan di peringkat antarabangsa.


Di peringkat dunia sukan ini menjadi kegilaan di beberapa buah negara seperti
India dan negara-negara Eropah. Sukan kriket adalah satu sukan yang sangat
masyhur di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu pihak sekolah bercadang untuk
menubuhkan pasukan ini bagi mencipta nama diperingkat yang lebih tinggi
seterusnya membawa nama Malaysia di persada dunia.

3.0 RASIONAL.

Kegiatan Kokurikulum di sekolah adalah bertujuan untuk memberi


pendidikan mental, fizikal, rohani dan intelek kepada murid-murid secara tidak
formal. Pengalaman melalui kegiatan Kokurikulum bertambah berkesan jika murid-
murid terlibat secara aktif dan dapat melihat faedahnya untuk masa depan mereka.

Untuk tujuan-tujuan itu maka sekolah bercadang untuk menubuhkan


pasukan kriket sekolah. Dengan adanya pasukan ini semoga dapat membuka
minda anak- anak paya rumput yang selama ini hanya tertumpu di sekitarnya
sahaja. Semoga dengan penubuhan pasukan ini nanti dapatlah anak-anak paya
rumput ini keluar ke tempat orang menimba seberapa banyak pengalaman dan
ilmu pengetahuan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Semoga segala
pengalaman dan ilmu pengetahuan berguna untuk mereka pada masa hadapan
kerana sukan adalah pembelajaran seumur hidup.

4.0 MATLAMAT.

4.1 Mencungkil bakat dan melahirkan murid-murid yang


mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan Kriket.

4.2 Melahirkan pemain-pemain yang berkemahiran tinggi untuk


mewakili sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.

4.3 Membentuk jatidiri dan semangat kesukanan yang tinggi


dikalangan murid-murid.
5.0 OBJEKTIF.

5.1 Melatih murid-murid untuk mejadi pemain kriket bertaraf antarabangsa.

5.2 Melatih murid untuk mewakili sekolah ke peringkat negeri,


kebangsaan dan antarabangsa.

5.3 Memberi pendedahan kepada para pelatih dalam permainan ini.

5.4 Untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua terkenal di


peringkat negeri dan kebangsaan dengan adanya satu pasukan
kriket yang kuat.

6.0 KOS/SUMBER KEWANGAN.

6.1 Sumbangan Luar.

7.0 SUMBER TENAGA.

7.1 Guru guru SK Manjoi 2.

7.2 Pengerusi Teknik Kriket Negeri

7.3 Persatuan Kriket Melayu

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN MEMBELI PERALATAN DAN


KELENGKAPAN.

Bil.Perkara Kuantit Kos (R


i M)
1. Kelengkapan 1 RM
Latihan Set 3000.00
Stanford Cricket Team Set – Junior

i.Batting Legguard CLUB (3 pairs) ii. Batting

Glove CLUB (3 pairs)

iii. Wicket Legguard CLUB JN (3 pairs) iv. Wicket

Glove COLLEGE JN (3 pairs) v. Cricket Helmet

Junior (4 pcs)
Cricket Bat Size 4/5 (2 pcs)

Stump & Bail SN (1 set)


viii. Poly Ball (30 pcs)

ix. AVIS Criket Ball Leather (3 pcs)

x. Abdominal Guard (3 pcs)

xi. Cricket Spare Grips (2 pcs)

xii. Cricket Sun Hat (1 pcs)

xiii. Equipment Bag (1 pcs)

2. Kelengkapan Pertand ngan 1 Set RM 2000.00


Gunn & Moore Cricket Team Set –

Junior i. Batting Legguard 202 Youth (3

pairs) ii. Batting Glove 101 Youth (3

pairs)

iii. Wicket Legguard 606 Youth (1 pairs)

iv. Wicket Glove 606 Leather Youth

(1 pairs)

v. Cricket Helmet Junior (3 pcs)

vi. Cricket Bat Size 4/5 (2

pcs) vii. Stump & Bail Junior (1

set)

viii. Crawn Match Cricket Balls 4.75oz

(6 pcs)

ix. Arm Guard (2 pcs)

x. Abdominal Guard Anatomic(2 pcs)

xi. Umpire Counter (1 pcs)

xii. Bat Mallet (1 pcs)

xiii. Equipment Bag Original Wheelie (2 pcs)

3. Har maya Cricket Mat Co r 1 Pcs RM 3 000.00

4. Jersi Cricket Junior 2 Set RM 2000.00

5. JUMLAH RM 10 000.00
9.0 PENUTUP.

Semoga segala cadangan dan perancangan mendapat sokongan dan


kerjasama daripada semua pihak bagi meningkatkan prestasi murid-murid dan
sekolah. Diharapkan perhatian dan sumbangan daripada semua pihak dapat
merialisasikan impian sekolah untuk menjadi sekolah yang ternama bukan sahaja
di negeri melaka, tetapi diperingkat antarabangsa.

Disediakan o
leh : - Disahkan o leh : -

............................... ................................................
( Hasni b Hassan ) ( Meor Zulkernaen b Zabidin )
SU Kokurikulum PK Kokurikulum
SK Manjoi Dua SK Manjoi Dua

Anda mungkin juga menyukai