Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN
ANDERSON IPOH

DIKELOLAKAN OLEH ;

KELAB KRIKET
SMK ANDERSON IPOH
KERTAS KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN KRIKET
2019 / 2020

1.0 Pengenalan

Sukan kriket merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan

sebagai sukan teras negara. Namun negara agak ketandusan bakat muda bagi

sukan ini terutama bagi peringkat pelapis. Menyedari hakikat ini, SMK Anderson

Ipoh melalui Kelab Kriket Sekolah sedang mengambil inisiatif untuk mencungkil

bakat-bakat muda dengan penganjuran Program Kecemerlangan Kriket 2019/2020.

Usaha ini adalah sejajar dengan usaha berterusan pelbagai pihak termasuk

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Malaysian Cricket Association (MCA) dan

Perak Cricket Association (PCA), untuk menjadikan SMK Anderson Ipoh sebagai

Pusat Kecemerlangan Kriket Peringkat Kebangsaan.

2.0 Objektif

a. Memperkenalkan dan mempromosikan sukan kriket di kalangan pelajar

sekolah.

b. Memajukan sukan kriket sebagai sukan teras di peringkat sekolah dan

seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

c. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani,

intelek dan sosial


3.0 Tentatif Pelaksanaan

Tarikh : Bermula 7 Januari 2019 (setiap hari Selasa, Rabu & Khamis)

Masa : 3.30 ptg- 5.30 ptg

Tempat : Padang ‘B’ SMK Anderson Ipoh

4.0 Pengelolaan/Penganjuran

Kelab Kriket SMK Anderson Ipoh

5.0 Sasaran Peserta

Pelajar-pelajar tingkatan 1 – 5 SMK Anderson Ipoh

6.0 Jawatankuasa Pengelolaan Program

Penaung : Tn. Hj. Zulkifle Bin Othman


(Pengetua SMK Anderson Ipoh)

Penasihat : En. Nor Azizan Bin Shamuin


(Penolong Kanan Kokuriulum )

Pengelola : En. Vikneswaran a/l Vellasamy


(Ketua Guru Penasihat Kelab Kriket)

Setiausaha : En. Prakas Rao a/l Apparao


(Guru Penasihat Kelab Kriket)

Jawatankuasa Kecil : AJK Pelajar Kelab Kriket Sekolah


7.0 Kewangan

7.1 Keperluan Peralatan

No Peralatan Bajet Jumlah


1 Cricket Bats 2 unit x RM 300.00 RM 600.00
2 Batsman’s Pads 2 set x RM 175.00 RM 350.00
3 Batsman’s Gloves 2 set x RM 200.00 RM 400.00
4 Wicket Keeper’s Pads 2 set x RM 150.00 RM 300.00
5 Wicket Keeper’s Gloves 2 set x RM 150.00 RM 300.00
6 Thigh Pads 2 unit x RM 75.00 RM 150.00
7 Cricket Match Balls 6 unit x RM 40.00 RM 240.00
Jumlah RM 2340.00

7.2 Pendapatan

Peruntukan Jumlah
PIBG SMK Anderson Ipoh RM 1500.00
Kokurikulum - RM 840.00
Jumlah RM 2340.00

8.0 Penutup

Kerjasama dari seluruh pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

adalah amat diharapkan untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

............................... .......................... ..........................


(En. Prakas Rao) (En. Nor Azizan Bin Shamuin) (Tn. Hj. Zulkifle Bin Othman)
Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua
Program Kecemerlangan SMK Anderson, Ipoh SMK Anderson, Ipoh
Kriket 2019/2020

Anda mungkin juga menyukai