Anda di halaman 1dari 8

Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut

11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

KERTAS KERJA

KEM NUMERASI LINUS 2.0


TAHUN 2 & 3

Tarikh:
02 April 2014

Anjuran:
Jawatankuasa Linus dan Panitia Matematik,
Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut
1. PENGENALAN

Sejajar dengan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan
salah satu daripada program National Key Result Area (NKRA’s), KPM. Melalui
program ini, kementerian telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada
masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir
tahun 2012.

KPM juga telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program


LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah.
Antaranya dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang
mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan
pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai.

Mulai tahun 2013, Linus 2.0 telah diperkenalkan menggantikan LINUS 1.0.
Mata pelajaran Bahasa Inggeris telah diperkenalkan dalam Linus 2.0 untuk
murid-murid Tahun 1 sebagai pengenalan. Saringan Linus juga diadakan
sebanyak 2 kali setahun dan murid-murid dikelaskan kepada dua kategori sahaja
iaitu tidak menguasai dan menguasai.

2. MATLAMAT

Kem LINUS yang dijalankan bertujuan menggalakkan serta meningkatkan


penguasaan kemahiran literasi dan numerasi murid-murid Pemulihan Khas. Melalui
kem ini juga murid akan dapat menambah pengetahuan serta pemahaman dalam
mengaplikasikan kemahiran yang ada sepanjang program ini dilaksanakan.
Penglibatan murid-murid dalam program ini juga diharap dapat
meningkatkan motivasi dalam kalangan guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti
dan strategi yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran literasi dan numerasi murid-murid Pemulihan Khas.

3. OBJEKTIF

Kem LINUS ini diadakan bertujuan untuk:


 Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman
dalam disiplin ilmu Matematik khasnya.
 Meningkatkan penguasaan kemahiran numerasi mengikut konstruk yang ada.
 Menguji kemahiran membaca, menulis dan mengira murid-murid
 Membuka peluang murid-murid Pemulihan Khas meneroka dan mengenal
potensi diri sepanjang kem dijalankan.
 Memberi keyakinan murid-murid Pemulihan Khas untuk kembali ke kelas
biasa setelah berjaya menyempurnakan semua konstruk yang disediakan.

4. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 2 April 2014


Tempat : Kawasan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.
5. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM
Pengerusi : Encik Azizan Omar
Timbalan Pengerusi : Puan Fadzileah Binti Mat
Naib Pengerusi : Encik Thoupek Bin Osman
Naib Pengerusi 11 : Encik Othman Bin Mat
Ketua Panitia : Puan Azura Binti Osman
Penyelaras Program : Cik Noor Suhaili Binti Nordin
Bendahari : Cik Norzie Binti Md Yusof

6. JAWATANKUASA PELAKSANA
Kertas Kerja : Noor Suhaili Binti Nordin
Hadiah : Syaridah Binti Nordin
Kawalan Murid : Alagusundari a/p Rajagopal
Persiapan Tempat : Tengku Mohd Helmy Bin Tan Ibrahim
Laporan dan Dokumentasi : Normala Binti Ahmad Johari
Stesen 1 : Noor Suhaili Binti Nordin
Stesen 2 : Suzana Binti Marzuki
Stesen 3 : Syaridah Binti Nordin
Stesen 4 : Alagusundari a/p Rajagopal
Stesen 5 : Norzie Binti Md Yusof
7. JADUAL PELAKSANAAN
TARIKH/
MASA AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT
HARI
- Murid Tahun 2 dan 3
8.00 pagi – 8.15 Noor Suhaili Binti Tapak
yang dipilih berkumpul
pagi Nordin perhimpunan
di tapak perhimpunan
*2 APRIL
- Murid bergerak ke
2014
stesen-stesen
(RABU)
8.15 pagi – 9.45 numerasi yang Norzie Binti Md Tempat letak
Numerasi
pagi disediakan mengikut Yusof kereta
kumpulan masing-
masing
*Rujuk Lampiran bagi penerangan ringkas mengenai setiap stesen yang dibina
*tertakluk kepada perubahan

8. SASARAN
20 orang murid daripada kelas 2 & 3 Ibnu Khaldun dan Ibnu Battuta

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
ACARA (NUMERASI) HADIAH DAN PERALATAN

Stesen 1 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid x


RM0.50(makanan ringan) = RM10.00
Stesen 2 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid x
RM0.50 (makanan ringan) = RM10.00
Stesen 3 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid x
RM0.50 (makanan ringan) = RM10.00
Stesen 4 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid x
RM0.50 (makanan ringan) = RM10.00
Stesen 5 Saguhati : 1 stesen (numerasi) x 20 orang murid x
RM0.50 (makanan ringan) = RM10.00

Jumlah RM 10.00 X 5 = RM 50.00

Alatan :
- Kad manila - RM5.00
- Kad imbas - RM5.00
- Kertas warna - RM5.00
- Kertas A4 - RM10.00
- Pensil warna - RM10.00
- Lain-lain - RM10.00

Jumlah - RM45.00

Jumlah Keseluruhan RM 95.00

10. ANJURAN
Jawatankuasa Linus dan Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Permatang
Damar Laut , Pulau Pinang

11. PENUTUP
Adalah diharapkan bahawa Kem Linus yang telah dirancang selama 1 hari
sempena Minggu Matematik ini dapat dijalankan dengan lancar.
Disediakan Oleh:

………........…………………….
(NOOR SUHAILI BINTI NORDIN)
Penyelaras Program,
Kem Linus Numerasi 2014,
Sek. Keb. Permatang Damar Laut.

Disemak oleh :

………........…………………….
(AZURA BINTI OSMAN)
Ketua Panitia Matematik,
Sek. Keb. Permatang Damar Laut. .

Diluluskan oleh :

………........…………………….
(AZIZAN OMAR)
Guru Besar,
Sek. Keb. Permatang Damar Laut
Cop Rasmi Sekolah
PENERANGAN RINGKAS MENGENAI AKTIVITI KEM LINUS
SEK. KEB. PERMATANG DAMAR LAUT

Linus (Numerasi)
Stesen 1
 Konstruk 3 – Memahami nilai nombor
Stesen 2
 Konstruk 4 – Keupayaan membuat seriasi
Stesen 3
 Konstruk 6 – Keupayaan menyatakan waktu
Stesen 4
 Konstruk 7 – Keupayaan mengendalikan operasi asas
Stesen 5
 Konstruk 9 – Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek
dan isi padu

Anda mungkin juga menyukai