Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

KALI KE-20/2013

Pendahuluan

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang
dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka  pihak sekolah  akan
mengadakan satu  Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-20 menjurus kepada pembentukan insan
yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid
maka  pihak sekolah sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

1. RASIONAL

Rasional Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-20 ini diadakan adalah seperti berikut :

i)            Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid dalam meyertai acara-acara yang
dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga
ii)             Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.

iii)            Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

2   MATLAMAT

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-20 ini berfokus untuk mendedahkan murid- dengan
acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya
sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan
olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

3 OBJEKTIF
 

Melalui Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-20 ini, diharapkan guru dapat:
i)              Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
ii)            M elahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii)            Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv)         Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
v)           Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada peringkat
yang lebih tinggi.
4. Sasaran
Semua murid dan warga sekolah

5. Pelaksanaan
Tarikh: 05/10/2013(Sabtu) hingga 06/10/2013(Ahad)
Tempat: Padang sekolah

6. Anggaran Perbelanjaan & Sumber Kewangan


Kain Rentang Sukan – 2 unit =RM 240.00
Sewaan Khemah Kejohanan Sukan – 2 unit =RM 400.00
Air Horn – 2 unit =RM 100.00
Persiapan Padang =RM 300.00
Persiapan Rumah Sukan - 4 pasukan =Rm 400.00
Jumlah:- =RM1440.00

( Ringgit Malaysia: SERIBU EMPAT RATUS EMPAT PULUH SAHAJA )

7. Sumber Kewangan

Bantuan Persekolahan Lain – BBTP (Sukan Tahunan Sekolah)

8. Penilaian

Diakhir program ini murid akan mendapat pengalaman baru dan berkeyakinan untuk
menghadapi dunia globalisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

Anda mungkin juga menyukai