Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih saudara pengacara majlis.

Yang dihormati Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Mohd Farid Abdullah, Encik Ravi A/L Margapandu selaku jurulatih merangkap penasihat Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1, Encik K. Rajan, jurulatih dan penceramah Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1 dan seterusnya para peserta Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih ke[ada pihak penganjur kursus ini kerana menjemput saya untuk merasmikan majlis penutupan dan penyampaian sijil bagi kursus ini. Ucapan penghargaan kepada kedua-dua jurulatih dan penceramah kerana telah sudi memberikan tunjuk ajar dan ilmu yang amat berguna selama 4 hari kepada para peserta. Sehubungan itu adalah menjadi harapan saya agar semua ilmu yang telah dicurahkan dapat digunakan oleh para peserta bagi mencungkil lebih banyak lagi bakat-bakat baru di sekolah dan di mana sahaja. Saya yakin dan percaya bahawa para peserta akan dapat membantu membangunkan dan memajukan lagi bidang sukan negara khususnya dalam sukan hoki. Tuan-tuan dan puan-puan, Kursus Kejurulatihan Hoki yang dijalankan selama 4 hari ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang berbentuk ilmiah. Dalam kursus ini, para peserta telah menimba banyak ilmu dan kemahiran baru yang boleh menambahkan lagi kredibiliti seorang bakal guru. Melalui kursus ini juga, hubungan silaturrahim dalam kalangan guru-guru pelatih dan para pensyarah Pendidikan Jasmani selaku pembimbing dapat dieratkan. Saya penuh yakin dan percaya kursus ini akan dapat membantu guru-guru pelatih Pendidikan Jasmani mendekati kaedah kejurulatihan dan seterusnya memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran dengan lebih saintifik dan berkesan selaras dengan tuntutan pendidikan masa kini. Sesungguhnya ilmu itu asas kejayaan. Saya turut difahamkan bahawa tujuan utama kursus itu dijalankan adalah untuk membekalkan ilmu kejurulatihan kepada bakal guru supaya dapat mengajar murid dan pemain terhadap kemahiran asas hoki yang betul apabila berkhidmat di sekolah. Oleh yang demikian, para peserta seharusnya bertuah kerana telah dilatih dan diberi tunjuk ajar oleh dua orang jurulatih kebangsaan dan antarabangsa. Bagi saya, tidak semua orang memiliki peluang seperti ini. Hadirin dan hadirat sekalian, Sukan hoki bukanlah satu sukan yang asing bagi negara kita. Kejayaan skuad hoki negara merangkul pinga emas di sukan Komanwel suatu ketika dahulu telah menjadi titik tolak kepada naik turunnya sukan hoki kebangsaan di mata dunia. Walaupun

demikian, skuad hoki negara tetap menjadi satu pasukan yang digeruni oleh pihak lawan. Terbaru, skuad negara telah membenam pasukan hoki Chile 5-1 dalam perlawanan kelayakan ke Olimpik. Kemenangan ini membuktikan bahawa negara masih tidak ketandusan pelapis untuk terus membawa nama baik negara ke mata dunia. Kita mendoakan agar skuad hoki negara akan mampu mengulangi kejayaan untuk layak ke sukan Olimpik seperti yang pernah dilakarkan pada 2000 di Sydney Australia. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mahupun jurulatih untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baru ini dari akar umbi lagi. Kita tidak mahu negara ketandusan pelapis dalam sukan hoki ini. Tuan-tuan & puan-puan, Saya amat mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kerana menganjurkan Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1 untuk guru Pelatih opsyen Pendidikan Jasmani di Kampus Gaya ini. Sesungguhnya kursus ini merupakan salah satu Program Pembangunan Sumber Manusia yang dapat meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru pelatih selain usaha untuk memartabatkan pengurusan, kejurulatihan dan seterusnya membangunkan mutu sukan di negara kita khususnya sukan hoki. Akhir kata, Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan, syabas dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan Jawatan kuasa penganjur, atas usaha merealisasi Kursus Kejurulatihan Hoki tahap 1 yang berunsur akademik ini. Ianya sungguh berharga bagi memartabatkan pengajaran Pendidikan Jasmani secara saintifik dan bermutu. Dengan sukacita dan bangganya, saya merasmikan Penyampaian Sijil bagi Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1. Majlis Penutupan dan

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai