Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

KEJOHANAN
SUKANTARA SEKOLAH
TAHUN 2014

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN
1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.


Melalui kegiatan sukan, pela bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
ar-pelajar bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan
serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari
aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah,
maka Sekolah Menengah Kebangsaan akan mengadakan satu Kejohanan
Sukantara Sekolah menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui
kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Sukantara Sekolah ini diadakan adalah seperti berikut :

i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelajar Sekolah Menengah


Kebangsaan dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu
kejohanan olahraga
ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam acara-acara olahraga.
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Sukantara ini berfokus untuk mendedahkan pelajar-pelajar Sekolah


Menengah Kebangsaan dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan
pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga
untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam acara sukan olahraga bagi
mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
4.0 OBJEKTIF

Melalui Kejohanan Sukantara ini, diharapkan guru pelatih dapat:


i) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.
ii) Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv) Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pelajar dan guru.
v) Menggilap bakat istimewa pelajar di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 21 JUN 2014 (SABTU)


Masa : 7 PAGI – 12 TENGAHARI
Tempat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN,

6.0 SASARAN
Semua Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan,

Anda mungkin juga menyukai