Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHARU,

JKR 2931 JALAN CEMPEDAK , KAMPUNG BAHARU MELAYU


LENGA,
84040, MUAR

KERTAS KERJA

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA


KALI KE 34 / 2020

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SEK.KEB.KAMPONG BAHARU
1.0 PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.
Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai
kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan
kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan
sosial . Atas kesedaran inilah, maka sekolah akan mengadakan satu acara
sukan tahunan iaitu Kejohanan Sukan Olahraga untuk pembentukan insan
yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan
pembangunan diri murid-murid sekolah sekali gus mencapai ke arah
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL
2.1 Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid dalam
menyertai acara-acara yang dipertandingkan.
2.2 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara
olahraga.
2.3 Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
2.4 Memupuk semangat berjuang dalam sukan yang kental, menyemai
sifat-sifat terpuji dalam diri pelajar, membina daya kepimpinan dalam
berpasukan serta memperkasa sahsiah modal insan yang cemerlang.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan
murid.
3.2 Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba
mengejar kejayaan
3.3 Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu
pasukan.
3.4 Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
3.5 Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk
diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai