Anda di halaman 1dari 3

ACARA SKRIP CATATAN

PENGUMUMAN Semua guru dan murid diminta untuk berkumpul


di dewan sekarang kerana majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi.
Harap maklum.

Bismillahirrahmanirrahim

SALUTASI Yang berusaha


Guru Besar SK Kampong Baharu,
En Samuri Bin Sufian

Yang dihormati,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Amir Bin Buang

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


En Mohd Faisal Bin Abd. Manap

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Pn Fatimah Binti Jamil

Guru-guru, staff sokongan dan murid-murid yang


dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


KATA ALUAN limpah kurniaNya kita dapat sama-sama berkumpul di
Dewan SK Kampong Baharu yang ceria ini untuk
Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat
Sekolah tahun 2019.

Buat pengetahuan guru-guru dan para murid,


Program Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah 2019
ini merupakan satu platform dari Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi melibatkan warga sekolah
dan murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan
seiring dengan Dasar Sukan Negara yang
merangkumi Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecergasan.

Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada


amalan gaya hidup sihat, cergas dan produktif.
Sehubungan dengan itu, diharapkan murid-murid,
akan dapat memupuk nilai murni, sikap, pengetahuan
dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam
kehidupan seharian.
DOA Hadirin yang dihormati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis


dengan penuh takzimnya mempersilakan adik
___________________ bagi memimpin
pembacaan doa. Dipersilakan

*Bacaan doa*

Terima kasih diucapkan kepada adik


__________________ atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


UCAPAN
GURU BESAR Padang sekolah memang bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
Ucapan seterusnya menjadi tumpuan,
Persilakan Tuan memberikan ucapan.

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang berusaha Guru Besar SK
Kampong Baharu, En Samuri Bin Sufian, untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah
2019.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*Ucapan*

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan


oleh Yang Berusaha Guru Besar, En. Samuri Bin Sufian.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan


perasmian sebentar tadi.
Hadirin Sekalian, Majlis sekali lagi menjemput
Gimik Guru Besar, En Samuri Bin Sufian dan diiringi
Pelancaran oleh barisan guru penolong kanan Sk Kampong
Baharu untuk menyempurnakan gimik pelancaran
Bulan Kecergasan peringkat sekolah 2019.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

*Gimik Pelancaran*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


penyempurnaan gimik pelancaran itu tadi.

Penutup Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,

Dengan berakhirnya gimik pelancaran sebentar tadi,


maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Dengan itu, majlis disudahi dengan


wabillah……wassalamualaikum w.b.t. dan terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai