Anda di halaman 1dari 2

HALA TUJU

KELAB BOLA TAMPAR

SMK TANAH PUTEH, KUANTAN

1.0 OBJEKTIF:

Bola tampar merupakan salah satu bidang sukan yang menjadi

sebahagian daripada kokurikulum yang terdapat di sekolah. Sukan amat penting

kepada kita semua kerana dapat menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan

dan intergrasi nasional di kalangan generasi muda. Selain itu, sukan juga

bertindak sebagai riadah yang dapat menguatkan fizikal seseorang, menguatkan

jiwa dan peribadi insan. Sebagai menyahut usaha kerajaan untuk melahirkan

generasi sihat bersukan, maka usaha ini dilihat sebagai satu langkah awal bagi

menyemai semangat kesukanan di kalangan para pelajar di sekolah ini. Justeru

itu, akan melahirkan golongan masyarakat yang meminati sukan sebagai acara

harian mereka.

2.0 KEKERAPAN LATIHAN

Latihan rutin pada hari KHAMIS ( 2.00 petang – 4.00 petang ) berserta

perlawanan persahabatan dengan pemain luar.

3.0 RASIONAL:

Pertandingan Bola tampar yang biasanya menitikberatkan kerjasama

berpasukan dan kemahiran yang khusus. Tidak ramai pelajar dalam kelas atau

tingkatan tertentu dapat menikmati peluang menyertai pertandingan yang rasmi


seperti kejohanan MSSD. Di harap aktiviti bola tampar boleh memberi

pendedahan kepada lebih ramai pelajar menikmati suasana pertandingan.

Selain itu, akitviti ini dirancang untuk mencungkil bakat-bakat baru di

kalangan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4. Selaras dengan itu, ianya

merupakan satu persediaan bagi guru-guru sebagai pengurus pasukan sukan

sekolah untuk menyediakan wakil-wakil sekolah untuk kejohanan MSSD yang

bakal tiba. Dengan ini, diharapkan akan meningkat nama sekolah.

Kebaikan yang boleh diperolehi melalui aktiviti bola tampar ialah:

 Perlawanan mengikut peraturan permainan yang rasmi

 Semua pelajar berbilang kaum dapat mengambil bahagian demi

memupuk integrasi antara kaum.

 Perlawanan dapat mengcungkil bakat pemimpin untuk menerajui

pasukan sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN:

Semua pelajar SMK TANAH PUTEH

Disediakan oleh,

_________________

LEE WEE SIN

Guru Penasihat Kelab Bola Tampar,

SMK TANAH PUTEH,

KUANTAN.

Anda mungkin juga menyukai