Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU

PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2024

PROGRAM DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2023/2028

NAMA PELAJAR MUHAMMAD ABID HAIDAR BIN MOHD YUHARIZAN

SEMESTER/TAHUN SEMESTER 2

ANGKA GILIRAN 2023272310235

NOMBOR KAD PENGENALAN 050401040309

KUMPULAN/UNIT TESL

KOD DAN NAMA KURSUS PSREM1122: SUKAN DAN REKREASI

JENIS TUGASAN TUGASAN 1 : PENULISAN

NAMA PENSYARAH TUAN AZHAR BIN ZAKARIA

TARIKH HANTAR 6 MAC 2024

TANDA TANGAN PENSYARAH :

TARIKH :
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Tuan Azhar bin Zakaria dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sehingga saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

1.0 PENGENALAN
Sukan merujuk kepada aktiviti fizikal atau permainan yang dijalankan secara berstruktur,
dengan tujuan mempromosikan kesihatan fizikal, kecergasan, dan kebolehan atletik. Ia juga
melibatkan aspek persaingan di antara individu, pasukan, atau dalam skala yang lebih besar
seperti pertandingan atau kejohanan. Sukan boleh merangkumi pelbagai aktiviti termasuk
bola sepak, bola keranjang, renang, badminton dan banyak lagi. Aktiviti sukan lebih terikat
kepada peraturan yang ketat berbanding dengan rekreasi. Kejohanan sukan yang kompetitif
memerlukan kecergasan fizikal dan mental yang optimum. Atlet-atlet sukan kebiasaannya
akan menjalani latihan yang intensif sebelum pertandingan. Hal ini bagi memastikan mereka
dapat mencapai performa yang terbaik justeru dapat memenangi kejohanan. Antara contoh
kejohanan sukan yang berprestij ialah kejohanan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia
dan banyak lagi. Jika di Malaysia pula, kejohanan sukan yang paling berprestij ialah SUKMA
yang dilaksanakan 2 tahun sekali.Antara atlet negara yang terkenal ialah Dato Lee Chong
Wei yang merupakan jaguh badminton negara. Beliau telah memenangi 3 pingat perak di
sukan olimpik dan juga telah memenangi banyak lagi kejohanan dunia. Selain itu, arena bola
sepak negara juga pernah diserikan dengan seorang ikon negara iaitu Allahyarham Mokhtar
Dahari. Beliau merupakan lagenda bola sepak negara yang banyak berjasa. Antara jasa
beliau yang paling diingati ramai ialah apabila beliau membantu pasukan negara
melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Perkara ini jelas membuktikan bahawa
sukan juga merupakan bidang professional.
Rekreasi merujuk kepada aktiviti yang dilakukan untuk tujuan hiburan, rehat, dan santai. Ia
melibatkan mengambil masa daripada rutin harian untuk menikmati masa lapang dengan
melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan menyegarkan. Rekreasi boleh
merangkumi aktiviti fizikal seperti berenang, berbasikal, atau hiking, serta aktiviti yang lebih
santai seperti menonton filem, membaca buku, atau berjumpa dengan rakan-rakan.
Matlamat utama rekreasi adalah untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan keadaan
mental dan fizikal, dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. lanya dapat memberi
kesan yang positif daripada sudut psikologi dan sosial (Eime et al., 2013) Selain manfaat
kesihatan fizikal dan mental, rekreasi juga membolehkan seseorang meneroka minat dan
bakat mereka, mengembangkan kemahiran baru, dan memperluas rangkaian sosial.
Rekreasi juga dapat memperkuatkan hubungan interpersonal dan membina kenangan yang
berharga. Oleh itu, rekreasi memainkan peranan penting dalam menjaga keseimbangan
hidup dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Perbezaan rekreasi dan sukan
ialah peraturan rekreasi tidak seketat sukan. Rekreasi dilakukan secara lebih santai dan
kurang kompetitif. Selain itu, rekreasi juga merupakan peluang untuk menjelajahi alam
sekitar dan menghargai keindahan alam semulajadi. Aktiviti-aktiviti seperti berjalan-jalan di
taman, berkhemah di hutan, atau berkelah di tepi pantai tidak hanya memberikan
keseronokan tetapi juga menghubungkan manusia dengan alam sekitar mereka dan
meningkatkan kesedaran alam sekitar.Dengan memanfaatkan pelbagai aktiviti rekreasi,
seseorang dapat mencapai keseimbangan yang sehat antara kerja, keluarga, dan
kehidupan sosial mereka.
2.0 MATLAMAT SUKAN KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Terdapat banyak matlamat sukan kepada individu, antaranya ialah peningkatan Kesihatan
fizikal. Kesihatan jasmani merupakan matlamat utama dalam aktiviti sukan. Hal ini kerana
bersukan dapat membakar kalori, memperkuat otot, meningkatkan daya tahan, dan
meningkatkan keseimbangan serta koordinasi badan. Antara aktiviti sukan yang mudah
dilakukan ialah seperti berlari, bermain bola sepak dan berbasikal. Matlamat sukan kepada
individu yang seterusnya ialah pencapaian prestasi. Banyak individu yang menyertai sukan
dengan matlamat mencapai kejayaan dan prestasi tinggi dalam bidang mereka. Ini mungkin
termasuk memenangi pertandingan, mencapai tahap peringkat tertinggi, atau memecahkan
rekod. Pencapaian prestasi dalam sukan adalah matlamat yang memacu individu untuk
mencapai tahap kecemerlangan tertinggi dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Objektif
ini melibatkan pelbagai langkah dan pengorbanan demi mencapai kejayaan yang diimpikan.
Antara langkah yang perlu diambil bagi mencapai prestasi tinggi dalam sukan ialah dengan
menentukan matlamat yang jelas, latihan yang intensif,pengurusan taktikal dan strategik
serta memerlukan kesabaran dan ketabahan (Zulezwan Abd Malik,2010). Selanjutnya,
matlamat sukan kepada individu ialah untuk pembangunan disiplin diri. Sukan mengajar
individu nilai-nilai seperti disiplin, ketekunan, dan komitmen.
Matlamat sukan bukan sahaja berfokuskan kepada individu bahkan ia juga berfokuskan
kepada masyarakat. Antara matlamat sukan kepada masyarakat ialah bagi pembinaan
komuniti yang kukuh. Program sukan dan rekreasi membantu menyatukan masyarakat dari
pelbagai latar belakang sosial, budaya, dan ekonomi, memupuk hubungan sosial yang
positif dan memperkukuhkan rasa kebersamaan. Sebagai contoh ialah dasar 1 Murid 1
Sukan yang dicipta bertujuan untuk mencapai integrasi kaum. 1M1S bertujuan untuk
melengkapkan skop perkembangan sukan sekolah dengan mewujudkan kemenjadian
murid secara fizikal, emosi, rohani dan intelektual (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2011). Matlamat seterusnya ialah bagi mengurangkan masalah sosial. Melalui penyertaan
dalam aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat dapat mengurangkan masalah sosial seperti
penyalahgunaan dadah, jenayah, dan pergaulan buruk dengan memberi alternatif yang sihat
dan bermakna. Selanjutnya ialah untuk pembangunan sosial dan budaya. Melalui
penyertaan dalam pelbagai acara sukan dan rekreasi, masyarakat dapat mengekalkan dan
mempromosikan warisan budaya serta tradisi tempatan, menguatkan identiti budaya
masyarakat.
2.1 KEPENTINGAN SUKAN KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Sukan juga mempunyai banyak kepentingan kepada setiap individu. Antara kepentingan
bersukan kepada individu adalah untuk pembangunan kemahiran. Melalui penyertaan dalam
sukan, individu memperoleh peluang untuk mengembangkan pelbagai kemahiran. Ini
termasuk kemahiran teknikal seperti menendang bola atau memukul, kemahiran taktikal
seperti strategi permainan, serta kemahiran interpersonal seperti kerjasama dan komunikasi.
Selain itu, sukan juga penting bagi meningkatakan kepercayaan dan keyakinan diri. Perkara
ini dapat dicapai apabila kita dapat mencapai sesuatu pencapaian dalam sukan serta
pengalaman yang bermakna. Contohnya apabila kita memenangi sesebuah pertandingan,
justeru ia akan memeberikan rasa kepuasan serta pada masa yang sama meningkatkan lagi
kepercayaan diri yang boleh mempengaruhi kejayaan dalam bidang lain.Hal ini jelas
membuktikan pembangunan kemahiran melalui sukan bukan sahaja memberi faedah dalam
arena sukan, tetapi juga membekalkan individu dengan alat yang diperlukan untuk mencapai
kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan. Seterusnya, sukan juga penting bagi
mengukuhkan interaksi sosial. Sukan memberikan peluang kepada individu untuk
berinteraksi dengan orang lain dan membina hubungan sosial yang positif. Melalui
penyertaan dalam pasukan sukan atau komuniti sukan, individu dapat membina
persahabatan, menyokong satu sama lain, dan memupuk sifat kebersamaan. Dalam
suasana pasukan sukan, individu belajar tentang kerjasama, komunikasi, dan penghargaan
terhadap peranan masing-masing. Mereka belajar untuk mendengar, memahami, dan
menyokong rakan sebaya mereka. Pengalaman ini tidak hanya membentuk persahabatan,
tetapi juga mengajar individu tentang nilai-nilai seperti kesetiaan, empati, dan kerjasama.
interaksi sosial dalam sukan membawa manfaat yang jauh lebih besar daripada sekadar
persaingan atletik, melainkan juga memperkukuhkan ikatan sosial dan emosi yang positif di
antara individu.
Sukan merupakan antara medium yang penting dalam pembangunan masyarakat.
Kepentingan sukan kepada masyarakat adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek
kehidupan. Antara kepentingan sukan kepada masyarakat ialah untuk melahirkan
masyarakat yang sihat dan cergas. Perkara ini penting bagi mengelakkan banyak penyakit
kronik seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi daripada meningkat dalam
masyarakat seterusnya akan menjejaskan produktiviti masyarakat. Selain itu, sukan juga
penting bagi menyatukan sesebuah negara. Hal ini kerana sukan merupakan salah satu alat
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Contoh yang paling jelas ialah
pasukan bolasepak Harimau Malaya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan disokong oleh
seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama. Kesannya, kedaulatan negara dapat
dikekalkan serta mewujudkan suasana yang harmoni. Tambahan pula, sukan juga penting
bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi. Industri sukan tidak
hanya memberi kesan positif terhadap kehidupan individu, tetapi juga memberi sumbangan
yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi di peringkat tempatan dan global. Pelbagai
peluang pekerjaan tersedia dalam bidang sukan, termasuk peranan sebagai jurulatih,
pegawai sukan, atau pakar pemulihan fizikal. Di samping itu, terdapat permintaan yang
kukuh untuk pengurusan acara sukan, perkhidmatan penyiaran, dan pemasaran dalam
industri ini.Selain daripada itu, penjualan barangan sukan turut memberi dorongan kepada
ekonomi tempatan. Dengan permintaan yang meningkat untuk peralatan sukan, pakaian
sukan, dan aksesori berkaitan, terdapat peluang perniagaan yang berpotensi besar bagi
peniaga tempatan. Ini merangsang pertumbuhan peruncitan tempatan dan mencipta
pelbagai kerja dalam rantai bekalan.
3.0 MATLAMAT REKREASI KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Rekreasi dan sukan adalah dua perkara yang berbeza. Rekreasi dilakukan dengan lebih
santai dan kurang intensif. Antara matlamat rekreasi adalah untuk menghilangkan tekanan
dan stress. Rekreasi dapat membantu individu untuk melepaskan tekanan dan stres yang
terkumpul dari kehidupan seharian. Aktiviti rekreasi yang menyeronokkan dapat membantu
mengalih perhatian daripada masalah serta memberi ketenangan jiwa justeru ia dapat
menambahbaik kesihatan mental seseorang individu (Wan Norashikin Wan Nasru, 2023).
Matlamat yang seterusnya ialah ianya bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal.
Rekreasi dapat meningkatkan Kesihatan tubuh badan dengan cara yang lebih santai dan
menyeronokkan. Berjalan, sebagai contoh, bukan sahaja meningkatkan kecergasan
kardiovaskular, tetapi juga memperkuat otot-otot kaki dan melancarkan peredaran darah.
Kelebihan ini bukan sahaja merangkumi aspek fizikal seperti kecergasan kardiovaskular,
kekuatan otot, dan keanjalan, tetapi juga menyokong kesihatan keseluruhan badan dan
minda. Secara keseluruhan, melalui penyertaan dalam aktiviti rekreasi yang mencabar,
individu dapat mencapai tahap kesihatan fizikal yang lebih optimum. Seterusnya, rekreasi
juga bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang. Apabila kita dapat mencapai
kesihatan fizikal, kesihatan mental dan dapat meningkatkan lagi hubungan sosial, sekali gus
ianya dapat meningkatkan kualiti hidup kita secara menyeluruh. Dengan memberikan masa
untuk berehat dan menikmati aktiviti yang menyeronokkan, seseorang dapat merasa lebih
bahagia, seimbang, dan lebih bermakna dalam kehidupannya.

Matlamat rekreasi kepada masyarakat adalah penting dalam membentuk komuniti yang
sihat dan berkembang. Antara matlamat rekreasi adalah untuk mengeratkan hubungan
sesama komuniti. Rekreasi memainkan peranan penting dalam mempererat hubungan
sesama komuniti dengan menyediakan peluang untuk berkumpul dan berinteraksi melalui
aktiviti berkumpulan seperti pesta taman, permainan sukan, atau program rekreasi komuniti.
Selain itu, rekreasi juga membina sokongan sosial di antara ahli komuniti, memperkuatkan
kebolehan untuk bekerjasama, dan memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya.
Dengan menyediakan platform untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman, dan bekerjasama,
rekreasi membantu mempererat hubungan sesama komuniti serta menyumbang kepada
keharmonian dan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan. Rekreasi juga merupakan
medium untuk mempromosikan kepelbagaian budaya. Akhir sekali, matlamat rekreasi
adalah bagi menggalakkan ekonomi tempatan. Rekreasi juga boleh menjadi pemacu
ekonomi untuk komuniti setempat. Aktiviti pelancongan, perkhidmatan rekreasi, dan industri
berkaitan rekreasi dapat mencipta peluang pekerjaan serta memberi manfaat ekonomi
kepada penduduk tempatan. Contoh yang palin jelas ialah pembinaan taman tema air bagi
aktiviti rekreasi yang dapat menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara.

3.1 KEPENTINGAN REKREASI KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT


Antara kepentingan rekreasi bagi individu ialah dapat meningkatkan pembangunan diri
seperti menambah ilmu dan minat baharu. Aktiviti rekreasi seperti membaca, menulis, atau
melukis membantu mengasah minda, meningkatkan kreativiti, dan memberi rasa
pencapaian kepada individu. Ini boleh membawa ke manfaat yang meluas dalam kehidupan
seharian, termasuk dalam kerja atau pelbagai cabaran lain. Selain itu, rekreasi juga dapat
meningkatkan produktiviti seseorang individu. Seseorang itu akan menjadi lebih cergas
apabila mereka melakukan aktiviti yang berada di luar jadual harian. Seterusnya,
masyarakat akan menjadi produktif. Rekreasi membina hubungan sosial yang berkualiti di
kalangan masyarakat, yang boleh membawa kepada perkongsian idea dan kolaborasi yang
lebih baik dalam pelbagai projek dan inisiatif. Ketika individu merasa bahagia dan bertenaga,
mereka cenderung lebih bersemangat dan termotivasi untuk mencapai matlamat dan objektif
mereka. Dengan demikian, rekreasi dapat dianggap sebagai aspek penting dalam
pembangunan masyarakat yang produktif, yang memperkukuhkan kesejahteraan dan
keberhasilan dalam pelbagai bidang kehidupan.
4.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, rekreasi dan sukan memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan individu dan masyarakat secara keseluruhan. Melalui pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan dan bermanfaat, rekreasi menyediakan platform untuk meningkatkan
kesihatan fizikal dan emosi, meningkatkan kualiti hidup, memperkukuhkan hubungan sosial,
dan menggalakkan pembangunan diri. Sementara itu, sukan membawa manfaat tambahan
dengan memupuk nilai-nilai seperti semangat kerjasama, disiplin, kebertanggungjawaban,
dan daya saing.Selain itu, rekreasi dan sukan juga memberi peluang untuk
mengekspresikan kreativiti, mengejar minat dan bakat, serta menemui kepuasan dalam
pencapaian. Dengan menyertai aktiviti rekreasi dan sukan, individu dapat menemui
keseimbangan yang diperlukan antara kerja dan keseronokan, yang membantu
meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti dalam kehidupan seharian.Pentingnya rekreasi
dan sukan tidak terhad kepada individu semata-mata, tetapi juga meluas kepada
pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat. Masyarakat yang aktif dalam rekreasi dan
sukan cenderung menjadi lebih sihat, lebih harmoni, dan lebih berdaya saing. Selain itu,
industri rekreasi dan sukan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan,
mencipta peluang pekerjaan, dan memperkayakan budaya komuniti.Oleh itu, penting untuk
menggalakkan dan menyokong penyertaan dalam rekreasi dan sukan di semua peringkat
masyarakat. Inisiatif seperti pembinaan infrastruktur rekreasi, penyediaan program-program
komuniti, dan sokongan kepada atlet tempatan adalah penting untuk mengekalkan
kepentingan dan kelestarian rekreasi dan sukan sebagai aset penting dalam pembangunan
manusia dan masyarakat. Harapan saya agar semua pihak mahupun
individu,keluarga,masyarakat dan negara untuk sama-sama berganding bahu bagi
memajukan lagi sukan dan rekreasi di negara kita. Dengan berbuat demikian, kita dapat
mencapai masyarakat yang lebih sihat, sejahtera, dan berdaya saing pada masa hadapan.
LAMPIRAN

Contoh aktiviti rekreasi.

Contoh aktiviti sukan.


RUJUKAN
Sports and Mental Health – Mentari Malaysia Official Portal. (2023).

https://mentari.moh.gov.my/malay/the-healthy-lifestyle-project-copy/

Yaakob, F. (2018). PERTINDIHAN DASAR PENDIDIKAN. PANDANGAN TERHADAP 1 MURID

1 SUKAN. JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN, 5(3).

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. (2020). Penglibatan aktiviti sukan rekreasi

dalam kalangan pelajar / Hasmiza Abdul Majeed . . . [et al.] - UiTM Institutional Repository.

https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67067/

Hashim, H., & Abd Malik, Z. (2010). PENETAPAN MATTAMAT DALAM SUKAN: MEMAKSIMAKAN

KEBERKESANAN DAN MENGELAKKAN KESAN NEGATIF DALAM PENETAPAN

MATLAMAT. Buletin Sukan

Anda mungkin juga menyukai