Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TAHUNAN RUMAH KUNING 2018

1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Selaras dengan
dasar “1 Murid 1 Sukan”, setiap ahli pasukan diberikan peluang untuk menonjolkan bakat dan
minat dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja
dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat
sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di
kalangan murid. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di
sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan
untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat
membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.

2.0 TEMA
Rumah Sukan KUNING – “Bendahara Tetap Juara”

3.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Setiap hari Rabu – 7.30 – 5.20 petang (mengikut jadual yang disediakan kecuali hari-hari
tertentu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)

4.0 TEMPAT
Gelanggang serbaguna sekolah dan persekitaran sekolah

5.0 OBJEKTIF
i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid dalam sukan olahraga.
ii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iii) Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid dalam sukan olahraga.
iv) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

6.0 AJK PELAKSANA


Lihat lampiran

7.0 AKTIVITI PELAKSANAAN


i.Pemilihan AJK Rumah Kuning
ii.Latihan Rumah Merah setiap hari Rabu pada pukul 7.30 – 10.20 pagi
iii Pemilihan wakil sukantara, olahraga dan perbarisan

8.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid SMK Seksyen 8 Kota Damansara

9.0 IMPAK
Murid-murid dan guru-guru memberikan kerjasama dan komitmen penuh untuk menjayakan
program sepanjang latihan dan Hari Sukan.

10.0 LAPORAN
Rumah Kuning telah membuat pemilihan ahli jawatankuasa yang diadakan di dewan
serbaguna sekolah pada 17 Januari 2018 pukul 8.30 pagi. Latihan rumah sukan telah diadakan
mengikut jadual sebagaimana yang ditetapkan oleh penolong Kanan Kokurikulum dan
bertempat di padang sekolah. Latihan pertama telah diadakan pada 24 Januari 2018 iaitu
latihan merentas desa yang diadakan di kawasan sekolah. Pemilihan bagi acara olahraga
seperti lompat jauh, lontar peluru,lompat tinggi 100 meter, 200 meter, 400 meter 4x100 meter
dan 4x400 meter dibuat pada 3 dan 4 april 2018
Acara sukantara telah diadakan pada 6 April 2018 dan Kejohanan Sukan Tahunan sekolah
diadakan pada 8 April 2018 melibatkan acara. Acara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, 4x400
meter lompat jauh,lontar peluru dan Lompat Tinggi diadakan untuk semua murid.
Rumah Kuning telah menghantar wakil untuk setiap acara yang dipertandingkan. Acara
dimulakan dengan perbarisan hormat oleh kontijen yang bertanding. Pada tahun ini, rumah
Kuning telah berjaya merampas kembali kedudukan juara dalam kejohanan sukan olahraga
sekolah
1. KUNING
2. BIRU
3. HIJAU
4. MERAH

11.0 PENUTUP
Kejohanan Olahraga ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah
Menengah Seksyen 8 Kota Damansara merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga.
Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat
dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara
olahraga.

12.0 LAMPIRAN
i.Senarai nama murid Sukantara
ii.Senarai nama atlet olahraga
iii.Senarai nama murid Rumah Sukan Kuning

Disediakan oleh :

..........................................................
(TAN MEI LIN)
KETUA PENASIHAT RUMAH KUNING

Anda mungkin juga menyukai