Anda di halaman 1dari 2

 

LAPORAN AKTIVITI BULAN AKADEMIK PANITIA EKONOMI

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8 Kota Damansara  telah mengadakan Bulan Akademik di
sepanjang bulan mei 2018 dan aktiviti Panitia Ekonomi sempena bulan akademik adalah dengan
menganjurkan aktiviti jualan gerai yang diwakili oleh setiap kelas yang mengambil matapelajaran
ekonomi di sekolah pada 15 Mei 2018 iaitu pada hari selasa yang lepas.Tujuan aktiviti jualan ini
diadakan adalah untuk mendedahkan pengalaman mengurus gerai kepada pelajar di samping dapat
menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

      Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar sibuk menyediakan
barangan jualan di tempat yang telah disediakan di dewan terbuka sekolah, manakala pelajar yang
tidak terlibat perlu berada di kelas masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa
sehingga tiba waktu rehat. Para peserta kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang
jualan di gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual seperti pelbagai jenis
makanan dan minuman.

  Makanan dan minuman terdiri daripada aneka makanan segera, pelbagai jenis kuih, goreng
pisang, kentang goreng,air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Semasa waktu rehat,saya dapati
pelajar yang bertugas di gerai sibuk mempromosikan barang jualan masing-masing supaya
pengunjung bertumpu di gerainya.Gerai yang menjual makanan menjadi tumpuan pelajar terutamanya
makanan segera dan gerai menjual air kisar paling mendapat sambutan.

         Waktu rehat telah dibahagi kepada 2 sesi, dimana sesi pertama adalah menengah rendah dan
sesi kedua adalah menengah atas.Saya meronda kesemua gerai yang ada dan melihat gelagat
pelajar-pelajar yang lain.Saya juga berkesempatan untuk merasai beberapa makanan yang dijual oleh
mereka. Saya sangat kagum dengan kesungguhan pelajar dan guru yang terlibat kerana berjaya
merealisasikan aktiviti ini walaupun ia dirancang dalam masa yang singkat.
.
         Pada pukul 11.30 pagi, aktiviti bulan akademik ini sampai ke penghujungnya. Sebelum itu,
banyak gerai mengadakan jualan penghabisan stok sebelum menutup gerai masing-masing. Banyak
pengunjung berpusu-pusu untuk membeli makanan dan minuman dengan harga yang murah.Saya
sangat gembira dapat membantu pihak sekolah menjayakan bulan akademik yang telah dianjurkan
oleh pihak sekolah

Disediakan oleh

_______________
(NARULAKAMA BIN ARIFFIN)
Panitia Ekonomi 2018
LAMPIRAN

Persiapan jualan oleh muird Promosi jualan yang dilakukan oleh muird

Persiapan murid tingkatan 4 budiman Sesi jualan sedang dijalankan

Guru yang terlibat dalam persediaan tempat Persiapan tempat selepas aktiviti jualan

Anda mungkin juga menyukai