Anda di halaman 1dari 5

2024/2025

Kertas Kerja

KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN


BASEBALL 5

ANJURAN:
TITANS SOFTBALL CLUB

1. TAJUK KERTAS CADANGAN


KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN BASEBALL 5

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Baseball5 adalah cabang dari Baseball dan Softball yang mana untuk sukan ini ia tidak
memerlukan pemain mempunyai kelengkapan alat sukan seperti kedua-dua pemainan itu
sebaliknya hanya menggunakan sebiji bola getah. Menggunakan konsep dan format yang sama
dengan kedua-dua sukan itu, Baseball5 dimainkan menggunakan tangan dan kepantasan
seseorang pemain itu yang mana dalam setiap pasukan mempunyai lima pemain campuran
lelaki dan perempuan.

Sukan Baseball 5 ini merupakan satu sukan baharu yang baru sahaja menapak di Malaysia.
Sukan ini mula mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah Kementerian Belia &
Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kejohanan pertama sukan ini di
Malaysia diadakan pada tahun 2022 dan pada tahun 2023, kelab softball Titans telah
menghantar wakil ke Kejohanan Terbuka Baseball 5 di Ipoh, Perak sebagai pendedahan awal
kepada atlit untuk membuat persiapan pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.

3. RASIONAL

Memperkasakan mutu pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah disamping meningkatkan
kualiti dan kuantiti sukan olahraga dan permainan. Selain memberi ruang dan peluang kepada
semua murid untuk menceburkan diri, dapat mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid
dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat setempat serta menyemai budaya
cintakan sukan.

4. OBJEKTIF PROGRAM

4.1 12341234Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid


agar dapat membantu murid menjadi insane yang berdisiplin, berdikari, dan bernilai
murni tinggi.
4.2 Memberi latihan awal agar dapat menceburkan diri dalam bidang kepimpinan dan
kemasyarakatan.
4.3 Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam acara sukan di samping mempunyai latar
belakang akademik yang tinggi.
4.4 Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan dan permainan.

5. KUMPULAN SASAR

Semua Ahli Kelab Softball Titans

6. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Hari :
Tarikh :
Masa :
Tempat :
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT JUMLAH (RM)


(RM x JUMLAH)
8. PENUTUP
Diharapkan pelaksanaan Klinik Pembangunan Sukan Baseball 5 ini dapat
memberikan nilai tambah kepada para atlit. Semoga dengan adanya pelaksanaan
program seperti ini dapat membantu para atlit untuk mempersiapkan diri bagi
menghadapi kejohanan-kejohanan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

_______________________
KERTAS KERJA

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

____________________
NORIDAH BINTI MANAP
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI

Anda mungkin juga menyukai