Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BESTARI JAYA,

45600 BESTARI JAYA,


SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN DANA
UNTUK

MENAIK TARAF PASUKAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN

SK BESTARI JAYA
1.0 PENGENALAN
Gaya hidup sihat merupakan satu pembudayaan amalan kehidupan ke arah sifar
penyakit. Dalam memastikan usaha membudayakan gaya hidup sihat berjalan dengan
lancar serta berkesan, suntikan perlu bermula daripada peringkat sekolah. Gaya hidup
sihat bukan sahaja tertakluk kepada kawalan pemakanan dan aktiviti senaman, aktiviti
sukan permainan juga dapat membentuk amalan gaya hidup sihat ini. Melalui aktiviti
sukan permainan juga, murid dapat menambahkan mata PAJSK murid disamping
melahirkan atlet-atlet berbakat yang mungkin bakal mewakili negara kita.
Guru-guru penasihat dan jurulatih Pasukan Bola Baling SK Bestari Jaya amat
komited dalam membantu murid merealisasikan hasrat tersebut. Pasukan ini memasang
impian untuk menghasilkan ramai pemain bola baling yang berkualiti dan berdisiplin.
Beberapa perlawanan persahabatan juga telah dilakukan dengan beberapa buah sekolah
di daerah Kuala Selangor bagi melatih murid supaya lebih bersemangat dan berdaya
saing yang tinggi.
Penghasilan kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan peruntukan untuk
memastikan kelancaran aktiviti Pasukan Bola Baling SK Bestari Jaya.

2.0 OBJEKTIF
1. Menyediakan prasarana sukan bola baling yang kondusif untuk kemudahan
murid bermain dan berlatih.
2. Melahirkan murid yang berbakat dan berpotensi tinggi untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi.
3. Memberi keselesaan kepada murid untuk berlatih dan bermain dengan lebih
fokus dan dalam suasana yang kondusif.
4. Menyediakan pasukan bola baling sekolah ke kejohanan peringkat MSSD
Kuala Selangor dan Karnival Bola Baling Daerah Kuala Selangor.
3.0 SASARAN

Semua ahli Pasukan Bola Baling SK Bestari Jaya dan semua guru penasihat

4.0 SUMBER KEWANGAN

Memohon dana dari pihak-pihak yang sudi menaja. Untuk makluman, pihak sekolah
sudah 2 tahun tidak dapat membuat kutipan sumbangan PIBG memandangkan ramai ahli
keluarga pelajar yang terkesan dengan Pendemik Covid 19.

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

MENAIKTARAF PASUKAN BOLA BALING

BIL PERKARA HARGA JUMLAH


SEUNIT KESELURUHAN
(RM) (RM)
1. 9 helai baju RM 30.00 RM 270.00
2. 5 biji bola baling RM RM 450.00
3. Jaring bola baling RM RM
4. Bip RM RM
JUMLAH KESELURUHAN RM2600

6.0 PENUTUP
Di harapkan semua aktiviti yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan dapat memberikan pengalaman dan persepsi yang positif kepada pelajar dalam
aktiviti pembelajaran dan kokurikulum. Kerjasama ddan pertimbangan yang
sewajarnya daripada semua pihak amatlah dihargai dan di dahului dengan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas
segala kebaikkan tuan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………. …………………….
(IZHAM BIN ABU BAKAR)

Diluluskan oleh :

…………………………
(NOR NAZARINA BINTI JAAFAR)

Anda mungkin juga menyukai