Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KLINIK KEMAHIRAN
BOLA JARING

SEKOLAH KEBANGSAAN
PERDANA JAYA SS19
SUBANG JAYA

TARIKH : 4 & 5 MEI 2024


1.0 Pengenalan

Aktiviti kokurikulum merupakan elemen penting dalam pendidikan


negara bagi melahirkan murid yang cergas, aktif berpersatuan dan
mempunyai keterampilan diri serta keyakinan diri yang tinggi. Untuk
melahirkan murid sedemikian, bakat terpendam mereka perlulah
diserlahkan. Oleh hal yang demikian, program ini dijalankan bertujuan
untuk membolehkan murid dapat menunjukkan bakat tersendiri dalam
sukan permainan Bola Jaring. Dengan wujudnya Klinik Kemahiran Bola
Jaring ini, murid-murid dapat melibatkan diri mereka untuk
menonjolkan bakat mereka di samping dapat membolehkan mereka
mempunyai keyakinan dan keberanian diri yang tinggi dalam menyertai
pertandingan pada masa hadapan ke peringkat Daerah, Negeri dan
Kebangsaan.

2.0 Matlamat

Matlamat utama program ini adalah untuk mencungkil dan mengasah


bakat murid serta minat dalam bidang sukan permainan bola jaring.
Oleh hal yang demikian, semua murid dapat berpeluang untuk
menceburi diri dalam bidang ini serta dapat mengeratkan jalinan
antara satu sama lain.

3.0 Objektif

3.1 Dapat mengetengahkan dan menonjolkan sekurang-kurangnya 30


murid dari segi potensi dan bakat mereka dalam kemahiran asas
bola jaring.

3.2 Dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk


mengembangkan bakat mereka.

3.3 Dapat meningkatkan kepakaran (kemenjadian murid) sekurang-


kurangnya 7 orang murid dalam sukan permainan bola jaring dan
menjadi mentor kepada murid yang lain.

4.0 Sasaran
Terbuka kepada semua murid perempuan tahap 2.

5.0 Jurulatih

5.1. Cikgu Nurul Nadia binti Abdul Rahman


5.2. Cikgu Nur Hazirah binti Zainal Abidin
5.3. Cikgu Farah (guru praktikum)
5.4. Cikgu Raudhah (guru praktikum)

6.0 Yuran Pembayaran

6.1 30 Murid x RM30 = RM900

7.0 Cadangan Jadual Aktiviti

Tarikh : 4/5/2024 – 5/5/2024


Masa : 8.00 pagi -12.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya SS19
/ Gelanggang 3K, Subang Jaya

BIL TARIKH / HARI AKTIVITI MASA


1. 4/5/2024 - Pendaftaran 7.30 pagi – 8.00 pagi
SABTU
-Pengenalan kepada sejarah, 8.00 pagi – 8.45 pagi
kemahiran dan peraturan bola
jaring.
8.45 pagi – 10.00
-Kemahiran Asas balingan dan pagi
hantaran dada, atas, tepi.

-Kemahiran gerak kaki static 10.00 pagi – 11.30


dan lompatan. pagi

- Sejukkan badan dan bersurai 11.30 pagi – 12.00


tengahari
2. 5/5/2024 -Murid berkumpul di Dewan 8.00 pagi – 8.30 pagi
AHAD Serbaguna 3K
- Sesi kemahiran asas bola 9.00 pagi – 11.00
jaring daripada Team FA pagi
Malaysia

-Sesi bergambar dan bersurai 11.00 pagi – 12.00


tengahari

8.0 Perbelanjaan

BI PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN


L
1. Penyewaan 2 jam x RM 80 RM 160 Sumbangan PIBG
gelanggang bola
jaring di Dewan
Serbaguna 3K

2. Minum pagi 35 orang x RM 3 RM 210 Sumbangan PIBG


(2 Hari)
3. Bayaran jurulatih 30 orang x RM 20 RM 600
Team FA

4. Baju Jersey (Oren 30 helai x RM10 RM 300


sport)
Yuran
pendaftaran :
JUMLAH RM 1270 RM 900

Sumbangan PIBG
:
RM 370

9.0 PENUTUP

Pihak sekolah mengharapkan program ini dengan kerjasama PIBG


sekolah akan membawa manfaat kepada murid-murid dan dapat
meningkatkan semangat terhadap sukan permainan yang mereka
minat dan ceburi lalu meningkatkan pencapaian dalam kokurikulum
sekolah.

Disediakan oleh Disemak oleh

_____________________ _____________________
NURUL NADIA ABDUL RAHMAN KAMISAN BIN SAIMIN
Pengurus Pasukan Bola Jaring Penolong Kanan
Kokurikulum
SK Perdana Jaya SS19 SK Perdana Jaya
SS19

Disahkan oleh

_____________________
SAHRUM BIN ABDUL SANI
Guru Besar
SK Perdana Jaya SS19

Anda mungkin juga menyukai