Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA MINI OLAHRAGA

PERINGKAT SEKOLAH

SK SEKSYEN 27 (1)
SHAH ALAM

1. PENGENALAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
murid-murid kita bukan sahaja mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri. Memandangkan hakikat tersebut
yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan
menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan murid. Pihak sekolah perlu
meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan
sepanjang tahun. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat
membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial murid.
Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan
datang.

2. OBJEKTIF
i. Medan bagi memilih peserta yang berbakat bagi mewakili sekolah ke pertandingan
kejohanan olahraga MSSD 2023.
ii. Memupuk insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iii. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.

3. PERLAKSANAAN
TARIKH : 4 JULAI 2023
MASA : 7.40 PAGI – 10.00 PAGI
HARI : SELASA
TEMPAT : PADANG SK SEKSYEN 27(1)

4. KUMPULAN SASARAN
i. Murid tahap 2 yang mendapat pingat di kejohanan sukan tahunan sekolah pada
tahun lepas.

JAWATAN KUASA INDUK

PENASIHAT : TUAN HAJI RAZALI BIN HASHIM


PENGERUSI : PN. MARHAINI BINTI SARANUM
NAIB PENGERUSI I : PN. FARIDAH BINTI EDI
NAIB PENGERUSI II : EN. ZAMRI BIN ISMAIL
SETIAUSAHA : EN. ZULKHAIRI BIN HASSAN@ ALI
PEN. SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD RIDZUWAN BIN MAT KASAN

BI JAWATANKUASA BUTIRAN TUGAS


L
1 Penyelaras
Zulkhairi Bin Hassan@ Ali Menyelaras acara sukan

2 Penyediaan trek dan alatan


Muhammad Ridzuwan Bin Mat Kasan Membuat track dan menyediakan alatan
Muhamad Afiq Izzudin Bin Zahari seperti khemah, stopwatch, Air horn.
Muhammad Farhan Bin Abdul Aziz

3 Pengelola peserta
Siti Fatimah Binti Ismail Menyusun murid mengikut tahun dan
Muhamad Afiq Izzudin Bin Zahari acara yang ditetapkan.

4 Pelepas
En. Zulkhairi Bin Hassan@ Ali Melepaskan murid pada tempat yang
ditetapkan.

5 Penamat dan penjaga masa


Muhammad Ridzuwan Bin Mat Kasan Berada di garisan penamat dan menjaga
Muhammad Farhan Bin Abdul Aziz masa.

5. PENUTUP
Sukan Mini Olahraga adalah salah satu corak pengurusan bagi projek pembangunan sukan elit
sekolah. Dengan cara ini guru dapat mencungkil bakat murid dan memudahkan memilih peserta
bagi melayakkan diri ke kejohanan olahraga MSSD pada tahun ini. Diharapkan dengan corak
pengurusan dan usaha yang kecil ini akan membuahkan hasil yang boleh mendapatkan pingat di
peringkat MSSD. Pihak kami berharap murid yang berkemahiran serta menanam minat
menceburi sukan olahraga ini dapat memberi impak kepada pembangunan sukan sekolah.

Disediakan Oleh Disemak Oleh,

_________________________ _______________________
(ZULKHAIRI BIN HASSAN@ ALI) (MARHAINI BINTI SARANUM)
SETIAUSAHA KOKURIKULUM GPK KOKURIKULUM
SK SEKSYEN 27(1) SK SEKSYEN 27(1)

Disahkan Oleh,

_________________
(RAZALI BIN HASHIM)
GURU BESAR
SK SEKSYEN 27(1)

Anda mungkin juga menyukai