Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERMOHONAN JERSI UNTUK SUKAN DAN PERMAINAN


SK TEMIANG 2018

PENGENALAN
Penilaian Aktiviti Jasmani,Sukan dan Ko Kurikulum telah menganjakkan lagi
komitmen yang perlu diberikan oleh murid-murid dari satu tahap ke satu tahap yang
lebih tinggi. Sehubungan itu, murid-murid kini perlu melibatkan diri dengan pelbagai
aktiviti sama ada sukan,permainan, kelab dan persatuan serta badan unit
beruniform.
Untuk merealisasikan keperluan ini, pihak sekolah boleh mengambil
pelbagai inisiatif bagi membantu menggalakkan perkembangan ko kurikulum dalam
kalangan murid. Di antaranya adalah dengan meningkatkan motivasi murid-murid
seperti menambahkan keyakinan dan penampilan murid-murid ketika mewakili
sekolah. Hal ini boleh dicapai melalui pelbagai cara seperti menambahkan koleksi
jersi sekolah dengan membeli set pakaian baharu yang menarik dan menambah
semangat para pemain sekolah.

1. MATLAMAT
Dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam bidang sukan dan permainan.

2. OBJEKTIF
I. Dapat menampilkan pasukan SK Temiang yang berkeyakinan tinggi,
bermotivasi tinggi serta mampu mengangkat nama sekolah ke peringkat
yang lebih tinggi
II. Dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan sentiasa patuh kepada
peraturan-peraturan sekolah dari aspek penampilan diri
III. Dapat melengkapkan hasil kemenjadian murid di SK Temiang
IV. Dapat menanamkan keyakinan ke dalam jiwa murid-murid bagi mencapai
sesuatu kejayaan
V. Dapat menghilangkan rasa rendah diri murid-murid apabila tampil dengan
penampilan pakaian baru yang mengikuti perkembangan terkini.
VI. Dapat mengharumkan nama SK Temiang dari segi sukan dan ko kurikulum
1
VII. Menonjolkan kebitaraan SK Temiang

3. Penglibatan Penggunaan Jersi:


Pasukan merentas desa, bolasepak,bola jaring, bola baling, sepak takraw,hoki dan
bola tampar

4. Kumpulan Sasaran:
Murid-murid Tahun 4,5 dan 6 yang terpilih untuk mewakili sukan sekolah dalam
sukan dan permainan.

5. Waktu Latihan:
Hari Sabtu dan waktu ko kurikulum

6. Masa Latihan:
8.00 – 11.30 pagi

7. Tempat Latihan:
Padang dan dewan SK Temiang

8.. Acara / Pertandingan Terlibat:


i. Sukan Olahraga
ii. Pertandingan sukan dan permainan peringkat MSSD/MSSJ

9. Anggaran Perbelanjaan/kos Pakaian:


BIL. PERKARA JUMLAH
1. SET JERSI (BAJU & SELUAR PENDEK) RM 500.00
16 + 1
JUMLAH RM 500.00

10. SUMBER : Peruntukan Sukan Tahunan Sekolah

2
11. AHLI JAWATANKUASA SUKAN DAN PERMAINAN SK TEMIANG
TAHUN 2018
PENGERUSI
En. Norsalihin bin Ismail
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI
En. Zulkifli bin Zakaria (GPK KOKU)

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2


Pn. Hjh Salwa bte Mohd Salleh Pn. Tuminah bte Disun (GPK HEM)
(GPK1)

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
Pn. Salbiah bte Monil

PEN. SETIAUSAHA KOKURIKULUM


Pn. Faizatul Huwaida bte Othman

SETIAUSAHA SUKAN
En. Muhd Farid bin Abdullah

PEN. SETIAUSAHA SUKAN


En. Mohd Azam bin Mansor

PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN


En. Muhd Farid bin Majid

BOLA
BOLA BALING BOLA JARING
BOLASEPAK TAMPAR
En. Muhd Farid Cik Bushra
En. Mohd Azam En. Muhd
Abdullah Abu Bakar
bin Mansor Farid bin Abd
Majid

3
12. Jersi yang dicadang oleh Jawatankuasa Sukan dan Permainan
untuk dibeli pada tahun 2018 seperti berikut:

4
PENUTUP

Penampilan pasukan SK Temiang di medan pertandingan MSSD pasti akan


lebih berkeyakinan dan bermotivasi tinggi dengan adanya penambahan jersi baru ini.
Seterusnya murid-murid yang mewakili sekolah dapat menterjemahkan kemahiran-
kemahiran yang diperolehi dalam permainan dengan lebih mudah dan bergaya.
Selain itu, ianya dapat membantu melahirkan aset-aset sekolah yang menjadi bukti
’kemenjadian’ murid-murid SK Temiang baik dalam bidang sukan, kokurikulum
mahupun akademik. Justeru, diharapkan pasukan sukan dan permainan akan
mendapat set jersi yang baru untuk penampilan yang lebih menarik bagi menaikkan
nama SK Temiang.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

...................................................
(MOHD FARID BIN ABDULLAH)
Setiausaha Sukan,
SK Temiang

5
X

SEK.KEB. SERI JONG

PERMOHONAN
PAKAIAN PASUKAN PANCARAGAM
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JONG
TAHUN 2014

6
7

Anda mungkin juga menyukai