Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROJEK MENAIKTARAF GELANGGANG TAMAN TELUK AIR TAWAR

1.0 PENDAHULUAN

Taman Teluk Air Tawar merupakan taman yang menempatkan hampir seribu
penduduk di sekitarnya. Komuniti taman ini meliputi pelbagai golongan
masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.
Keberadaan komuniti ini telah mencetuskan idea mewujudkan gelanggang yang
boleh digunapakai untuk semua acara sukan dan kesihatan demi kesejahteraan
bersama. Di samping itu juga taman ini terdapat beberapa ahli masyarakat yang
aktif bersukan seperti pasukan bola tampar, kelab seni taichi, kelab bola sepak
dan kelab takraw. Diharapkan dengan menaiktaraf gelanggang serbaguna ini
dapat meningkatkan mutu sukan dan tahap kesihatan penduduk sekitar dan
secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera.

2.0 RASIONAL

Gelanggang serbaguna di taman ini adalah amat diperlukan memandangkan


gelanggang yang sedia ada adalah terhad dan boleh membahayakan komuniti
ketika menggunakan gelanggang tersebut. Justeru projek ini adalah cadangan
bagi memastikan prasarana gelanggang berada dalam keadaan yang selamat
dan sesuai digunakan oleh semua golongan.

3.0 MATLAMAT PROJEK

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selamat digunakan bagi melahirkan


individu yang sihat, berdisiplin serta berdayasaing dalam apa jua bidang
diceburi.

4.0 OBJEKTIF KHUSUS

4.1 Menjadi pemangkin kepada masyarakat terutama belia untuk terlibat


dalam sukan-sukan yang dianjurkan sekitar Pulau Pinang.
4.2 Mewujudkan hubungan muhibbah dalam kalangan belia, warga emas
dan kanak-kanak dalam komuniti melalui acara sukan persahabatan.
4.3 Melahirkan masyarakat yang sihat dan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek selaras dengan matlamat kerajaan.

5.0 JENIS-JENIS GELANGGANG

5.1 Gelanggang bola tampar (rujuk lampiran Gambar A)


5.2 Gelanggang takraw
6.0 LANGKAH-LANGKAH /TINDAKAN

6.1 Kenalpasti lokasi gelanggang yang sedia ada. (diantara dewan dan
padang Taman Teluk Air Tawar)
6.2 Proses pembinaan bergantung kepada peruntukan yang diterima
6.3 Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu kerikil, pasir,
vrc, penyewaan JCB, pagar dan besi dan upah pekerja.
6.4 Anggaran kos adalah seperti perkara 7.0
6.5 Jangka masa siap tiga bulan.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN KUANTITI KOS SEUNIT HARGA


(RM)
A. TAPAK LANTAI
1. Sewa back hoe 2 hari 400/hr 800
2. BatuKasaran 6 lori 350/lori 2100
3. BRC type A-6 (6 ka x 20 ka) 16 pcs 80/ pc 1280
4. Simen Ready- made (grade 8 meter 250/ meter 2000
28)
5. Simenhitam 80 beg 18/ beg 1440
6. Pasirkasar 20 ela 50/ ela 1000
7. Sewamesin compactor 2 hari 150/ hr 300
JUMLAH 8920
B. PAGAR
1. Tiang – Besi Angle Bar 3”
(6mm) 26 100 2600
- Besi Angle Bar 2” 30 70 2100
(6mm)
- Flat Bar 1 ½ “ (5mm) 30 40 1200
- Dawai wayar - - 100
2. Pagar – chainlinkGalvenised 500 ka 230/gelung 2300
(2.5”) (10 gulung)

3. SImen 6 18 108

4. Pasir 2 ela 50 100

5. Batukerikir 1 ela 100 100

6. Tiang gelanggang – Round 1 100 100


pipe 3”

7. Under coat/ cat 30 liter 10/ liter 300


JUMLAH 9008
JUMLAH KESELURUHAN LANTAI DAN PAGAR GELANGGANG 17928

BUMBUNG BOLA TAMPAR TAMAN SENANGAN


BIL BUTIRAN KUANTITI KOS HARGA
SEUNIT/ RM (RM)
1. Tiang J-Beam saiz 10” x 10 1000 10000
5” x 12mm
2. Bumbung metal deck – 64 3.50/ ka 6272
(28)/ cpjg 28ka
3. Bracket
- Round pipe 3” 40 130
AA
- Round pipe 2” AA 40 80 9860
- Round pipe 1” AA 30 30
- Round pipe 6/8” 28 20
AA
4. ‘L Bracket’ 70 10 700
5. Channel – U type (5” x 3500
3”)
6. Tapak plet 5 –Beam 10 70 700
(12”x12”1”) tebal
7. Simen/ Pasir 400
8. Skrew 300
9. Plet 3”x 1/2” (tebal) 500
JUMLAH KESELURUHAN BUMBUNG GELANGGANG 32,232

Jumlah harga yang diminta untuk projek ini adalah RM87,026.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

JKKP Komuniti Tasek Gelugor

9.0 PENUTUP

Saya wakil komuniti Taman Teluk Air Tawar berharap projek ini akan menjadi
kenyataan dengan pembinaan gelanggang serbaguna ini dapat menyelesaikan
masalah keadaan gelanggang yang serbakurang dan memberikan manfaat
kepada pembangunan rakyat setempat. Hal ini merupakan satu kemudahan
kepada komuniti dan diharapkan menjadi perangsang kepada komuniti
terutama dalam kalangan belia untuk bersaing dalam apa jua kejohanan sukan
yang dianjurkan di sekitar Pulau Pinang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………. …………………………………
(MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD) (MARZUKI BIN NASIR)
Penguru Pasukan Bola Tampar Ketua Pemuda Cawangan
Taman Teluk Air Tawar Taman Senangan
Lampiran A (Gelanggang Bola Tampar)

Anda mungkin juga menyukai