Anda di halaman 1dari 5

KOMUNITI RUKUN TETANGGA

KAMPUNG BANGGOL SENA,


02500, MATA AYER,
PERLIS

“KERTAS KERJA PENGANJURAN SUKAN KOMUNITI”

TARIKH
19/8/2023

TEMPAT
PADANG BOLA SEPAK SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA

PENGANJUR
KOMUNITI RUKUN TETANGGA
KAMPUNG BANGGOL SENA
1.0 TAJUK

Sukan Komuniti Rukun Tetangga Kg. Banggol Sena

2.0 PENGENALAN

Sukan adalah satu medium untuk mengeratkan silaturahim diantara pelbagai pihak.
Walau bagaimanapun, hambatan kehidupan pada masa kini telah menyebabkan silaturahim
diantara penduduk semakin melebar jurangnya. Oleh itu, pihak Komuniti Rukun Tetangga
kampung Banggol Sena memohon sejumlah peruntukkan dari Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) melalui Dana Sukan Komuniti (DSK) bagi mengambil tanggungjawab ini untuk
menganjur sukan FUTSAL untuk seluruh warga kampung ini. Penganjuran sukan komuniti ini
adalah bagi mengeratkan silaturahim diantara penduduk di kampung ini. Penyertaan bagi
menubuhkan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) perlu memenuhi syarat iaiti penyertaan
sebanyak 200 buah rumah. Dianggarkan sebuah rumah adalah 4 orang, dan ini akan
menjadikan sebuah rukun tetangga melibat 1000 orang untuk satu KRT.

3.0 MATLAMAT

Matlamat penganjuran sukan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan
sukan yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan
menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukan ini juga secara tidak langsung dapat
menjadikan pemain-pemain tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan
produktif.

4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.

3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.


4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
2
5. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
6. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman peserta dalm bidang sukan

5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 19 Ogos 2023


Masa : 8.00 pagi – 7.00 petang

6.0 TEMPAT

R7 Futsal, Mata Ayer.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Seluruh warga komuniti Kampung Banggol Sena

8.0 BILANGAN PESERTA

250 orang penduduk

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Sazali Bin Saad


Naib pengerusi : Omarhan Bin Ismail
Setiausaha : Hjh. Jamilah Binti Hj. Ramli
Naib setiausaha : Mohamad Azuan Bin Mohamad Jelanan
Bendahari : Mohamad Khudri Bin Mohamad Jelanan

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

3
BIL PERKARA JUMLAH
1 Hadiah
Kategori (senior lelaki)
Tempat pertama : RM500
Tempat Kedua : RM350
Tempat Ketiga : RM200 RM 1050.00

Kategori (veteran lelaki)


Tempat pertama : RM500
Tempat Kedua : RM350
Tempat Ketiga : RM200 RM 1050.00

Kategori (wanita)
Tempat pertama : RM500
Tempat Kedua : RM350
Tempat Ketiga : RM200 RM 1050.00

2 Sewa
Padang Bola Sepak : RM800 RM 800.00
PA Sistem : RM500 RM 500.00

3 Pengadil
3 orang x 350 RM 1050.00

4 Makan & Minum


Pagi : 250 x RM4 RM 1000.00
Petang : 250 x RM7 RM 1750.00
Air Minuman sepanjang kejohanan: 1000 x RM0.50 RM 500.00

5 Alat tulis & perbelanjaan laain RM 500.00


JUMLAH RM 9250.00
11.0 TENTATIF

MASA ACARA

PAGI
8.00 PENDAFTARAN

8.30 TAKLIMAT PERTANDINGAN

9.00 PERTANDINGAN DIMULAKAN

4
1.00 – 2.00 REHAT
PETANG
2.00 PERTANDINGAN BERSAMBUNG

6.00 PERTANDINGAN AKHIR

6.30 PENYAMPAIAN HADIAH

7.00 BERSURAI

12.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukan yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada
para peserta. Selain itu, diharapkan dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Paling utama sukan ini dianjurkan
agar penduduk dapat mengenali diantara satu sama lain dengan lebih eart lagi lagi serta
kemajmukan dapat diterjemahkan melalui sikap bekerjasama, tolong menolong, berinteraksi
satu sama lain serta meningkatkan sifat kejiranan.

Anda mungkin juga menyukai