Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUDA

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA SUKAN TAHUNAN


PRASEKOLAH
SK JALAN RAJA MUDA 2022

Tarikh : 12 Ogos 2022 / Jumaat


Waktu : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Padang Sekolah SKJRM
PENGENALAN

Pertumbuhan dan perkembangan murid dalam keadaan sihat, selamat dan ceria
dapat memupuk keyakinan diri dan membentuk personality yang positif. Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi fokus kepada empat aspek penting
iaitu:

i. Perkembangan motor halus


ii. Perkembangan motor kasar
iii. Kesihatan fizikal
iv. Keselamatan

Penguasaan motor kasar dan motor halus murid amat penting dalam pergerakan
asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti
pembelajaran dengan penuh yakin.

Disamping itu, penglibatan murid dalam aktiviti melibatkan sukan ini adalah selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana “Pendidikan di Malaysia adalah
usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

OBJEKTIF
Kertas kerja ini adalah bagi mencapai beberapa objektif yang memfokuskan
perkembangan psikomotor dari pelbagai perkembangan kognitif, fizikal, emosi dan
rohani. Antara matlamat bersukan adalah seperti berikut:

 Memperkembangkan potensi diri dan bakat murid terutama dalam sukan dan
permainan.
 Memperkembangkan kemahiran sosialisasi murid dengan masyarakat
 Memberi pendedahan tentang pengetahuan di luar bidang pembelajaran.
 Meningkatkan tahap keyakinan diri dan keberanian murid.
 Memberi sedikit keseronokan kepada murid-murid ini terutama dalam
bersukan.

KUMPULAN SASARAN
Murid Prasekolah SKJRM -50 orang murid
TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 12 Ogos 2022 / Jumaat
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda

PERUNTUKAN KEWANGAN
(ANGGARAN PERBELANJAAN)
KUANTITI
BIL. PERKARA RM/per unit DIPERLUKA JUMLAH
N
Sarapan RM 2.00 / per
1. - Roti 50 RM 100.00
kepala
- Air kotak
Kudapan
- Nasi Minyak RM 8.00 / per
2. - Air mineral 50 RM 400.00
kepala
- Buah Epal
- Kuih
3. Hamper makanan RM 10.00 / per unit 50 RM 500.00

4. Medal RM 5.00 / per unit 50 RM 250.00

JUMLAH BESAR RM 1250.00

SUMBER KEWANGAN :

BIL SUMBER PERINCIAN JUMLAH

Sarapan
1. BMP RM 500.00
Kudapan

2. BMP Hamper makanan RM 500.00

3. BKP Medal RM 250.00

JUMLAH RM 1250.00
PENUTUP
Semoga dengan pembelian ini dapat memberi pengalaman baru kepada murid dan
mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di luar bilik darjah kepada
murid-murid. Disamping itu, diharapkan melalui acara sukan tahunan ini, ia dapat
memupuk minat murid untuk bersukan.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

……………………………………… …………………………………..
(ZETTY AQSHA BINTI SABIRIN) (ROSZI BIN HAJI RAHIM)
Penyelaras Prasekolah Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Jalan Raja Muda SK Jalan Raja Muda

Disahkan oleh:

…………………………………….
(NORAISHAH BINTI ZULKIFLI)
Guru Besar
SK Jalan Raja Muda

Anda mungkin juga menyukai