Anda di halaman 1dari 31

DOKUMENTASI

CERGAS & CERDAS


SK KAJANG UTAMA

PASUKAN ELIT
BOLA SEPAK
MOHAMAD AIMAN HAIQARL
BIN MOHD YUSRI

GOGOS
CERGAS & CERDAS

DOKUMENTASI

PASUKAN
ELIT
BOLA SEPAK
SK KAJANG UTAMA 2023/2024

MOHAMAD AIMAN HAIQARL BIN MOHD YUSRI


11 09
ISI KANDUNGAN

03

01 02 07
PENGHARGAAN 01
BIOGRAFI 02
PEMILIHAN BAKAT 03
LATIHAN 07
PERLAWANAN PERSAHABATAN 09
KEJOHANAN 11
KEKUATAN &
KELEMAHAN 25
PENAMBAHBAIKAN &
PENUTUP 26
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan


dan berkat-Nya, penulis dapat menyiapkan dokumentasi
Pasukan Elit Bola Sepak SK Kajang Utama 2023/2024
dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, segala masalah
yang dihadapi sepanjang dokumentasi ini ditulis dapat
diatasi dengan sebaiknya daripada penulis. Semua
permasalahan yang berlaku menjadikan penulis menjadi
insan yang mengerti erti kesabaran.

Terpanggil diri penulis untuk menulis sebuah


dokumentasi bagi menghargai semua warga SEKATA yang
terlibat secara lansung atau tidak langsung khususnya
pemain-pemain bola sepak sekolah dan jurulatih demi
mencapai objektif yang diperlukan.

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada


Guru Besar Cemerlang, En Abdul Samad Bin Abdul Ghani
dan semua pentadbir yang tidak putus-putus memberi
dorongan dan semangat untuk meneruskan penulisan ini.

Sekian, Terima Kasih

1
Hubungi
+60125673037
aimanhaiqarl@gmail.com
BLOK C, PANGSAPURI IDAMAN
ABADI, PERSIARAN TROPICANA
HEIGHTS, SEMENYIH

Pendidikan
Universiti Teknologi MARA
2012 - 2016
Ijazah Sarjana Muda Sains
Sukan Dan Rekreasi (Kepujian)

MOHAMAD AIMAN HAIQARL IPG Tengku Ampuan Afzan


2022 - 2023
BIN MOHD YUSRI
DG 41 (COS) Diploma Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan

Perkhidmatan Pengalaman Kerja

SK Kajang Utama Perak Football Club


Bermula Ogos 2022 2017 - 2022
Guru Akademik Jurulatih Kecergasan Fizikal

2
PEMILIHAN
BAKAT
PASUKAN ELIT BOLA SEPAK
SK KAJANG UTAMA 3
PERTANDINGAN ANTARA KELAS
Sebelum sesi persekolahan 2023/2023 tamat, En Sofi dan En
Aiman bertanggungjawab untuk mencari bakat yang terpendam
yang ada di kalangan murid-murid SK Kajang Utama dalam
sukan bola sepak.

Setiap kelas perlu menyediakan satu pasukan bola sepak yang


melibatkan 15 orang murid. Pertandingan antara kelas ini
dijalankan secara format kalah mati melibatkan 7 buah kelas
setiap aliran. Butiran pertandingan adalah seperti berikut:

Nama Program : Program Mencungkil Bakat SEKATA

Tarikh : 16 - 17 Februari 2023

Tempat : Padang SK Kajang Utama

Murid Terlibat : Tahun 4, 5 dan 6

Objektif program ini dijalankan adalah untuk memupuk


semangat kesukanan dan sikap berdaya saing sesama murid
dalam melakukan sesuatu. Bagi Tahun 6 hanya untuk seronok
dan melepaskan tekanan selepas tamat peperiksaan akhir. Bagi
Tahun 4 dan 5, perhatian yang sepenuhnya diberikan oleh gur-
guru yang terlibat untuk mencungkil bakat bagi mewakili
sekolah pada tahun 2023.

4
CARA PEMILIHAN
1) Pemantauan daripada guru yang terlibat
En Sofi, En Aiman, En Ariff dan En Hafiz diberikan kertas
kosong yang mengandungi lakaraan formasi 3-3-2 di atasnya.
Murid yang berkebolehan dan cemerlang di mata guru-guru
yang terlibat hendaklah diisi di dalam kertas yang diberi.

Selepas tamat pertandingan, kertas tersebut dikumpulkan


dan disenaraikan semula di dalam kertas yang lain mengikut
tahun masing-masing. Jika terdapat nama murid yang sama
diisi setiap guru yang terlibat, ia menunjukkan kualiti yang
cemerlang ditampilkan oleh murid tersebut.

2) Keputusan Ujian SEGAK


Data daripada Ujian SEGAK amat penting dan menjadi
panduan kepada guru dalam memilih pemain yang bakal
mewakili sekolah pada tahun 2023.

Disebabkan ujian SEGAK mempunyai beberapa komponen


yang mengandungi ujian kardiovaskular, kekuatan dan
fleksibiliti sebagai contoh, ia memudahkan guru menentukan
sama ada murid tersebut layak atau tidak mewakili sekolah.

3) Sesi Latihan Selangor FC Soccer School


Pemain yang menonjol dalam sesi latihan setiap hari rabu ini
disenaraikan juga dalam pemilihan untuk mewakili sekolah.
Hasilnya 3 orang daripada peserta Selangor FC Soccer School
berjaya mewakili pasukan bola sepak SK Kajang Utama.

5
KEPUTUSAN

TAHUN 6
Johan : 6 Cemerlang
N. Johan : 6 Elit
Ketiga : 6 Dinamik
Keempat : 6 Bestari

TAHUN 5
Johan : 5 Amanah
N. Johan : 5 Dinamik
Ketiga : 5 Gemilang
Keempat : 5 Elit

TAHUN 4
Johan : 4 Bestari
N. Johan : 4 Dinamik
Ketiga : 4 Elit
Keempat : 4 Amanah

BILANGAN YANG TERPILIH KE PERINGKAT SETERUSNYA


Tahun 5 : 25 orang
Tahun 4 : 20 orang
Tahun 3 : 5 orang

6
LATIHAN
PASUKAN ELIT BOLA SEPAK
SK KAJANG UTAMA

7
KAEDAH LATIHAN
Latihan dijalankan selama 4 minggu merangkumi pelbagai jenis
latihan. Latihan bebanan yang melibatkan "body weight" seperti
tekan tubi, bangkit tubi, squat, lunges dan "star jump"
dijalankan di padang sahaja.

Untuk latihan kardiovaskular, pemain perlu melengakpkan satu


pusingan padang dalam masa 1minit 30 saat. Bilangan pusingan
padang akan bertambah hari demi hari.

Latihan kelajuan dan ketangkasan perlu dipraktikkan setiap


hari semasa latihan supaya pemain lebih cepat bergerak dan
menukar arah dengan lebih efisyen.

Untuk kelas taktikal, ia dijalankan pada minggu akhir sebelum


kejohanan supaya pemain lebih fokus dan ingat tentang
penerangan yang diberikan seterusnya mengaplikasikannnya di
dalam perlawanan.

Perancangan Bulanan
SK KAJANG UTAMA
JENIS LATIHAN Minggu Minggu Minggu Minggu
1 2 3 4

LATIHAN BEBANAN

LATIHAN KARDIOVASKULAR

KELAJUAN & KETANGKASAN

KELAS TAKTIKAL

8
PERLAWANAN
PERSAHABATAN
PASUKAN ELIT BOLA SEPAK
SK KAJANG UTAMA 9
OBJEKTIF PERLAWANAN PERSAHABATAN
1) Membiasakan diri dengan situasi dalam padang
semasa perlawanan
2) Mendapatkan "fitness game" secukupnya
3) Menerapkan apa yang dipelajari daripada latihan ke
dalam perlawanan
4) Mencari keserasian antara pemain

KEPUTUSAN
PERLAWANAN
6 Julai


2023

SK KAJANG UTAMA (A) 2-0 SK Jalan 4

SK KAJANG UTAMA (B) 0-0 SK Saujana Impian

SK KAJANG UTAMA (A) 2-0 SK Jalan 4

SK KAJANG UTAMA (B) 0-1 SK Saujana Impian



2023
8 Julai
SK Bukit Mahkota 0-4 SK KAJANG UTAMA (A)

SK Sri Jelok 1-2 SK KAJANG UTAMA (B)

SK Bukit Mahkota 1-1 SK KAJANG UTAMA (B)

SK Sri Jelok 0-3 SK KAJANG UTAMA (A)

10
KEJOHANAN
BOLA SEPAK (R)
ZON BANGI
PASUKAN ELIT BOLA SEPAK
SK KAJANG UTAMA
11
PEMBENTUKAN PASUKAN
Selepas menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan dan
latihan yang berintensiti tinggi, ia menunjukkan masih ramai
murid yang belum menguasai kemahiran teknikal bola sepak di
aras yang tinggi.

Namun begitu, 30 orang terbaik terpilih untuk mewakili SK


Kajang Utama di dalam Kejohanan Bola Sepak (R) Zon Bangi
2023. Daripada jumlah tersebut, ia terbahagi kepada 2 pasukan
iaitu SKKU (A) dan SKKU (B).

Pembentukan SKKU (A) adalah untuk diberikan pendedahan


awal kepada murid tentang suasana kejohanan yang sebenar.
Pasukan ini juga merupakan pasukan pembangunan untuk
kejohanan pada tahun 2024. 10 daripada 15 murid di dalam
pasukan SKKU (A) merupakan murid tahun 4 dan tahun 5.

Bagi pasukan SKKU (B) pula sudah pasti menjadi sandaran


utama atau harapan warga SEKATA untuk mara sejauh
mungkin di dalam kejohanan ini. Pasukan ini juga merupakan
kesinambungan daripada pasukan tahun 2022 yang melibatkan
5 orang pemain utama yang menjadi tonggak utama pasukan.

Pembentukan pasukan sekolah ini melibatkan 4 orang guru


iaitu En Sofi, En Aiman, En Arif dan En Hafiz. Guru-guru ini
bekerjasama dalam pembahagian pasukan dan menerima serta
mendengar pendapat peribadi tentang penyusunan pasukan.
Barisan pemain yang didaftarkan untuk mengharumkan nama
sekolah di peringkat Zon Bangi ini telah disenaraikan di dalam
lampiran seterusnya.

12
KEJOHANAN BOLA SEPAK (R)
ZON BANGI 2023

SK KAJANG UTAMA (A)

ALTAF

HAFIY
UMMAR

FARHAN SYAKIR
(K)

QALBIE

DANISH NAZHIF ISKANDAR

AFIQ

PEMAIN SIMPANAN

AMMAR PUTRA IMAN AMMAR HASIF ALIF

13
KEJOHANAN BOLA SEPAK (R)
ZON BANGI 2023

SK KAJANG UTAMA (B)

HAKIM AMIRUL HASIF AISYA HAFIY

IZUAN AISYA
MUHAMMAD (K)

MUIZ AFI ZAHIN FARHAN WAFIY

HAIQAL

PEMAIN SIMPANAN

ADAM ADAM SYAMIL ADIB

14
PUTRA FIRDAUS FAIZ AIMAN KHAIRUL
HARI PERTAMA KEJOHANAN
Mengikut tahun-tahun sebelum, perlawanan pertama sering menjadi
kerisauan untuk SEKATA tetapi tidak kali ini. SKKU (A) mendapat tonik
semangat yang besar selepas menewaskan tempat kedua edisi 2022
dengan kemenangan 1-0. Keputusan ini jelas mengejutkan sebahagian
besar penonton-penonton serta jurulatih. Pasukan yang dilabel sebagai
pasukan pembangunan ini meneruskan langkah bergaya dengan
kemenangan ke atas Ar-Raudhah 3-0. Dengan keputusan ini, SKKU (A)
berada sebelah kaki di peringkat suku akhir. Kemudian pasukan ini
ditewaskan oleh SK Jalan 6 (A) denagn keputusan 0-2. SKKU (A)
memastikan tempat di suku akhir selepas menewaskan SJKT West
Country dengan jaringan 5-0.

Bagi pasukan SKKU (B), permulaan yang kurang meyakinkan selepas


sekadar seri 0-0 bersama SK Jalan 4 (B) pada perlawanan pertama.
Dalam perlawanan ini, 90% penguasaan bola dikuasai oleh pasukan
SKKU (B). Masalah yang dikenalpasti adalah ketajaman di hadapan
gawang gagal dimaanfaatkan dengan jaringan. Debaran kian terasa pada
perlawanan kedua menentang SKBSP selepas pertahanan kiri, Muiz
dilayangkan kad merah selepas menggunakan tangan di dalam gawang
gol. Dengan keputusan semasa 1-0 memihak kepada lawan, pemain-
pemain SKKU (B) masih bersemangat dan terus menyerang biarpun
hanya 8 orang bermain. Penyerang SKKU (B) menyamakan kedudukan
menjadikan 1-1 dengan menyempurnakan sepakan penalti. Kedudukan
tersebut kekal hingga ke akhir perlawanan. Perasaan gelisah, risau dan
tekanan yang diberikan makin terasa selepas hanya mengumpul 2 mata
daripada 2 perlawanan. Seterusnya, SKKU (B) berjaya menewaskan SK
Bangi (B) dengan keputusan 3-0 tetapi masih belum selesa untuk layak
ke suku akhir. Perlawanan terakhir menentang SRI Bangiku menjadi
perlawanan hidup atau mati bagi pasukan SKKU (B). Pasukan harapan
sekolah ini perlu mencipta kemenangan untuk layak ke peringkat
seterusnya. Hasil daripada motivasi dan strategi perlawanan, SKKU (B)
berjaya memastikan tempat di suku akhir selepas menewaskan SRI
Bangiku 3-0.

15
KEJOHANAN BOLA SEPAK (R)
ZON BANGI 2023

KEPUTUSAN
PERLAWANAN
SK KAJANG UTAMA (A) 1 0 SK SURADA

AR RAUDHAH (A) 0 3 SK KAJANG UTAMA (A)

SK KAJANG UTAMA (A) 0 2 SK JALAN 6 (A)

SJKT WEST COUNTRY 0 5 SK KAJANG UTAMA (A)

16
KEJOHANAN BOLA SEPAK (R)
ZON BANGI 2023

KEPUTUSAN
PERLAWANAN
SK KAJANG UTAMA (B) 0 0 SK JALAN 4 (B)

SK BANDAR SERI PUTRA 1 1 SK KAJANG UTAMA (B)

SK KAJANG UTAMA (B) 3 0 SK BANGI (B)

SRI BANGIKU 0 3 SK KAJANG UTAMA (B)

17
KUMPULAN A
KEJOHANAN BOLA SEPAK (R)
PERINGKAT ZON BANGI
MSSDHL 2023

KEDUDUKAN PASUKAN M S K MATA

01 SK BANDAR SERI PUTRA 3 1 0 10

02 SK KAJANG UTAMA (B) 2 2 0 8

03 SK BANGI (B) 2 0 2 6

04 SK JALAN 4 (B) 1 1 2 4

05 SRI BANGIKU 0 0 4 0

18
KUMPULAN B
KEJOHANAN BOLA SEPAK (R)
PERINGKAT ZON BANGI
MSSDHL 2023

KEDUDUKAN PASUKAN M S K MATA

01 SK JALAN 6 (A) 4 0 0 12

02 SK KAJANG UTAMA (A) 3 0 1 9

03 SK SURADA 2 0 2 6

04 SJKT WEST COUNTRY 1 0 3 3

05 AR-RAUDHAH (A) 0 0 4 0

19
SUKU AKHIR
Pasukan SKKU (A) mengejutkan semua pihak daripada bahagian
pentadbiran hingga ke barisan kejurulatihan selepas layak ke pusingan
Suku Akhir. Walaupun tewas kepada SK Jalan (A) dengan jaringan 1-4, ia
cukup membanggakan semua pihak disebabkan hanya digelar pasukan
pembangunan sahaja. Perlawanan tersebut banyak mengajar pemain-
pemain tentang asas bermain bola dari segi kawalan dan hantaran bola.
Jurang yang sangat besar dapat dilihat antara dua pasukan ini semasa
perlawanan yang menyebabkan SKKU (A) terkeluar daripada saringan
seterusnya menamatkan kempen tahun 2023.

Pasukan SKKU (B) pula layak ke Suku Akhir dengan kedudukan Naib
Johan Kumpulan A. Seterusnya pasukan ini menewaskan SK Bandar
Baru Bangi dengan jaringan 2-0 di Suku Akhir hasil jaringan cantik
daripada Aisya Hafiy dan Amirul Hasif. Ini sekali gus menempatkan
pasukan ini di dalam 4 yang terbaik di dalam Zon Bangi.

SEPARUH AKHIR
Pasukan SKKU (B) berjaya layak ke peringkat Separuh Akhir menentang
SK Jalan 4 (A). Perlawanan bermula baik dengan jaringan Amirul Hasif
pada awal babak separuh masa pertama. Selepas meraikan jaringan
tersebut, pasukan SKKU (B) diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan
dengan serangan yang merbahaya tetapi dapat dinafikan dengan
ketangkasan Penjaga Gol, Haikal. Selepas itu, SKKU (B) dihukum dengan
2 jaringan hasil daripada tendangan percuma yang terus ke arah pintu
gol SKKU (B). Tamat perlawanan, SKKU (B) tewas kepada SK Jalan 4 (A)
dengan keputusan 1-4 dan gagal layak ke peringkat akhir. Jelas
terpancar kekecewaan dan kesedihan pada riak wajah pemain-pemain
selepas gagal mencapai keputusan yang diidamkan. Selepas bermula
dengan cukup baik pada awal permainan, SKKU (B) dihukum
disebabkan kelalaian dan hilang fokus di bahagian pertahanan.

20
MASA
PENUH SUKU AKHIR

SK KAJANG UTAMA
(A)

1
VS
4
SK JALAN 4
(A)

1
21
MASA
PENUH SUKU AKHIR

SK KAJANG UTAMA
(B)

2
VS
0
SK BANDAR BARU
BANGI

1
22
2

SEPARUH
AKHIR
1
SK KAJANG UTAMA
4
SK JALAN 4
(B) (A) 23
KEJOHANAN BOLA SEPAK (R)
ZON BANGI 2023

MA (B)
NG UTA
SK KAJA
ETIGA
K 2023/2024

24
KEKUATAN
Pemain diterapkan dengan
Ramai pemain berbakat
program latihan yang teratur
daripada kalangan tahun 4
dan merangkupi pelbagai
dan tahun 5 bersama pasukan
jenis modul
pada tahun ini

KEKUATAN
Semangat dan selalu berikan Pemain mula menunjukkan
yang terbaik antara kunci peningkatan prestasi dan
kejayaan kedua-dua pasukan sentiasa memberi komitmen
tahun ini yang berterusan

KELEMAHAN

KELEMAHAN Kebanyakkan
Teknikal pemain dari
segi menghantar, pemain tidak biasa
menerima dan dengan situasi
mengawal bola kejohanan
dalam kategori yang menyebabkan
sederhana kegugupan berlaku
Murid tidak dapat Kekuatan "upper
melaksanakan body" dan "lower
taktikal yang body" setiap pemain
diberikan terutama kurang memuaskan
di bahagian
serangan

25
PENAMBAHBAIKAN
Memperbanyakkan penyertaan
di dalam kejohanan terbuka Memulakan latihan dengan
yang ada di dalam Lembah lebih awal supaya pemain
Kalang supaya pemain lebih selalu cergas dan mendapat
terdedah dengan perlawanan lebih banyak input tentang
dengan lebih kerap bola sepak

PENAMBAHBAIKAN

Mencari lebih banyak pemain Menjalankan ujian fizikal


yang berbakat yang ada di seperti "Beep test" dan
dalam sekolah tidak mengira "Agility T test" sebelum dan
umur supaya skop pemilihan selepas latihan untuk
menjadi besar mengetahui sejauh mana
peningkatan pemain berlaku

PENUTUP
Selepas tamat kejohanan, 7 orang telah dipilih untuk menghadiri
pemilihan untuk mewakili Zon Bangi ke Kojohanan Bola Sepak Daerah
Hulu Langat 2023. Nama-nama yang terpilih disenaraikan di bawah :
1) Mohamad Izuan Danial Bin Che Roozi
2) Aisya Muhammad Bin Hamisan
3) Muhammad Aisya Hafiy Bin Abdullah
4) Muhammad Afi Zahin Bin Mohd Azlan
5) Muhammad Hakim Bin Rosli
6) Mohammad Haiqal Bin Haris
7) Muhammad Amirul Hasif Bin Mohd Saiful

Secara keseluruhannya, barisan kejurulatihan berpuas hati di atas


komitmen dan pencapaian yang diberikan oleh kedua-dua pasukan SK
Kajang Utama dengan peningkatan daripada hanya peringkat kumpulan
pada tahun 2022 kepada peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir pada
tahun 2023. Diharapkan program ini dapat diteruskan di masa hadapan
dan dipertingkatkan dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

26
AUTOGRAF
PANEL PENERBITAN
ENCIK ABDUL SAMAD BIN ABDUL GHANI PPT
GURU BESAR CEMERLANG
ENCIK RUZAIMIE BIN RAZAK
PK PENTADBIRAN
PUAN HAJAH WAHIDAH BINTI HAJI MUHILDIN
PK KOKURIKULUM
PUAN ROSIDAH BINTI IBRAHIM
PK HAL EHWAL MURID
PUAN NOOR ZALILA BINTI RAMLI
PK PETANG

ENCIK NOOR SABRI BIN HAMZAH


ENCIK ABDUL HAFIZ BIN MAMAT
ENCIK MUHAMAD SOFI BIN HARUN
ENCIK AMRAN BIN ABDUL LATEH
ENCIK MOHD FAIZUL AZLI BIN MOHD HALIL
ENCIK MOHAMAD AIMAN HAIQARL BIN MOHD YUSRI
PUAN NURUL HIDAYAH BINTI AYOB
PUAN NOR FAZILAH BINTI ABD RAZAK
PUAN SITI NAJWA BINTI MOHAMAD LOTHPI
PUAN SHANTINI A/P SUBRAMANIAM

Anda mungkin juga menyukai