Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TIRAM DUKU


KAMPUNG TIRAM DUKU
81560 GELANG PATAH Kod Sekolah : JBA1045
Tel/Faks : 07-5071075
JOHOR BAHRU E-mail : sktd45@yahoo.com

“100 TAHUN BERJASA KEPADA ANAK BANGSA”

Rujukan Kami : JBA1045/100-9/2/1/100 (04)


Tarikh : 26 Januari 2017

Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin


Pejabat Y.A.B Menteri Besar Johor
Aras 4, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad
79503 Nusajaya
Johor Darul Takzim

Yang Amat Berhormat Dato Seri,

MOHON UNTUK MENAUNGI MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS 100 TAHUN SK


TIRAM DUKU, GELANG PATAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Sehubungan dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) sekolah ini dalam mesyuarat PIBG pada 25 Januari 2017 telah sebulat suara bersetuju
untuk melantik Y.A.B Dato’ Seri untuk menjadi penaung kepada Majlis Sambutan Jubli Emas 100
Tahun sekolah kami.

3. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk:

3.1 Meraikan SKTD dengan selayaknya sebagai sebuah sekolah yang banyak memberikan
sumbangan di dalam pembentukan sosioekonomi dan budaya masyarakat Tiram Duku
3.2 Mewujudkan kerjasama yang erat di antara warga SKTD, ibu bapa dan masyarakat sekitar.
3.3 Mengimbau kembali nostalgia bekas-bekas murid yang pernah belajar di SK Tiram Duku
3.3 Menambah dan mengumpul dana untuk menambah baik fasiliti sekolah dan menampung
perbelanjaan aktiviti murid.

4. Besarlah harapan kami sekiranya Y.A.B Dato’ Seri memenuhi permohonan ini. Sokongan
dan kerjasama daripada Y.A.B Dato’ Seri amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
yang tak terhingga.

“MASYARAKAT DAN SEKOLAH, BERSATU TEGUH BERPISAH TIADA”

Yang Menurut Perintah

.
(KAPT (B) OTHAMAN BIN HUSSEIN)
Pengarah Program
Sambutan Jubli Emas 100 Tahun
SK Tiram Duku

s.k fail

Anda mungkin juga menyukai