Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN SETIAUSAHA MASJID NURUL HIDAYAH BAGI TEMPOH 2015-2016

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah, Rabb bagi sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Syukur kita kehadrat Allah swt
di atas kesempatan yang diberiNya bagi membolehkan pembentangan Laporan Tahunan Masjid Nurul
Hidayah Kg. Bangau-Bangau, Semporna untuk penggal 2015-2016
Setelah dua tahun barisan AJK sesi 2015-2016 menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah
s.w.t serta tanggung jawab yang diberi, kami mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga di atas
bantuan dan sokongan serta kerjasama yang telah diberikan oleh AJK dan Jemaah sekalian. Segala
kemajuan dan perkembangan syiar Islam di kariah ini khasnya dan di Daerah Semporna amnya adalah hasil
daripada hubungan yang erat dikalangan kita. Kami berasa syukur kehadrat Allah s.w.t kerana setiap aktiviti
yang dirancang dan dilaksanakan sekurang-kurangnya mendapat sokongan daripada semua meskipun
menghadapi pelbagai kekangan. Pertambahan bilangan Jemaah semasa solat fardhu memberi petunjuk dan
memberi semangat dan perangsang kepada kita untuk lebih berdaya maju.

1. PENTADBIRAN
i. Senarai Ahli Jawatankuasa bagi tempoh 2015/2016

Penaung : JHEAINS
Penasihat : Ketua Kampung, Pengerusi JKKK dan Imam Kariah
Pengerusi : Tuan Haji Wadjar Bin Dering
Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Silkawi Bin Sipin
Setiausaha : Encik Jesferman Bin Hj. Jainaya
Penolong Setiausaha : Encik Holislam Bin Undalu
Bendahari : Encik Dahlan Bin Masmurin

Ahli Jawatan Kuasa


1. Encik Ali Bin Kariadi 9. Encik Muhyideen Bin Akbara
2. Encik Holislam Bin Undalu 10. Encik Gunung Bin Bengkol
3. Tuan Hj. Alpa Hj. Muljarani 11. Tuan Hj. Fauzi
4. Encik Sukarno Bin Tumubil 12. Tuan Hj. Jainaya Bin Asakil
5. Encik Almansah Bin Aspar 13. Puan Jalpina Hj. Jainaya
6. Encik Romzi Bin Gasuling 14. Ustazah Nurhiram Bt. Binsali
7. Encik Dolpinya @ Rakki 15. Encik Lagama Bin Tagah
8. Encik Koltis Salbangun
Juruaudit : 1. Encik Jenerol Bin Binsali
2. Encik Talip Bin Bartasal
Sukbah-sukbah
Sukbah Dakwah dan Pendidikan Ust. Almansah Bin Aspal
Sukbah Kewangan dan Pembangunan En. Rakki @ Dolpinya
Sukbah Hal Ehwal Perkuburan dan Kebudayaan Imam Gunung
Sukbah Belia En. Lakibul Innarabi
Sukbah Hal Ehwal Wanita Ustzh Nurhiram Bt. Binsali

1
ii. Mesyuarat, Perjumpaan dan Perbincangan AJK

BIL Mesyuarat, Perjumpaan dan Perbincangan TARIKH SURAT RUJUKAN CATATAN


MESYUARAT KALI PERTAMA MASJID
MKB/NH(01)/J Aktivit Bulan
1 NURUL HIDAYAH, KG. BANGAU-BANGAU 25hb. Mei 2015
SEMPORNA
LD 01/(03) Ramadhan
JEMPUTAN PERBINCANGAN PERSEDIAAN
SAMBUTAN DAN SOLAT HARI RAYA AIDIL MKB/NH(01)/J
2 FITRI DI MASJID NURUL HIDAYAH, KG.
25hb. Jun 2015
LD 01/(04)
BANGAU-BANGAU SEMPORNA

MESYUARAT AJK PENGELOLA


PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN MKB/NH(01)/J
3 KG. BANGAU-BANGAU, SEMPORNA
15hb. Julai 2015
LD 01/(07)
SEMPENA BULAN SYAWAL 1436H/2015

JEMPUTAN PERBINCANGAN PERSEDIAAN


SAMBUTAN DAN SOLAT HARI RAYA AIDIL MKB/NH(01)/J
4 ADHA DI MASJID NURUL HIDAYAH, KG.
17hb. September 2015
LD 01/(12)
BANGAU-BANGAU SEMPORNA

JEMPUTAN PERBINCANGAN PERSEDIAAN


SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1437H DI MKB/NH(01)/J
5 MASJID NURUL HIDAYAH, KG. BANGAU-
10hb. Disember 2015
LD 01/(13)
BANGAU SEMPORNA

JEMPUTAN PERBINCANGAN PETUGAS Imam & Bilal


MKB/NH(01)/J
6 DAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN 14hb. April 2016 Solat
LD 01/(14)
RAMADHAN 1437H / 2016 Tarawih

JEMPUTAN PERBINCANGAN AKTIVITI


MKB/NH(01)/J
7 SEPANJANG BULAN REJAB, SYABAN DAN 18hb. Mei 2016
LD 01/(15)
RAMADHAN 1437H / 2016

MESYUARAT PENGELOLAAN
PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN MKB/NH(01)/J
8 KG. BANGAU-BANGAU, SEMPORNA
17hb. September 2016 Dibatalkan
LD 01/(16)
1437H/2016
JEMPUTAN PERBINCANGAN AJK DAN
Pengurusan
JEMAAH MASJID NURUL HIDAYAH, MKB/NH(01)/J
9 18hb.September 2016 dan
KG. BANGAU-BANGAU, SEMPORNA LD 01/(17)
1437H / 2016
kewangan

MESYUARAT AJK DAN JEMAAH MASJID


30hb. September MKB/NH(01)/J Pelaporan
10 NURUL HIDAYAH,
2016 LD 01/(18) dan Aduan
KG. BANGAU-BANGAU, SEMPORNA

MESYUARAT AJK DAN JEMAAH MASJID


NURUL HIDAYAH, 01hb. Disember MKB/NH(01)/J Diganti dgn
11 KG. BANGAU-BANGAU, SEMPORNA KALI 2016 LD 01/(19) Perbincangan
KE 3

PERJUMPAAN KHAS PERSEDIAAN MKB/NH(01)/J


12 MESYUARAT AGONG AJK 2016/2017
11hb. Januari 2017
LD 01/(20)

2
iii. Kehadiran Mesyuarat / Perbincangan Pemimpin dan AJK Masjid Nurul Hidayah
2015 2016 2017
Bil NAMA JAWATAN
19/5 28/5 28/6 19/7 19/9 11/12 16/4 18/5 18/9 1/10 2/12 13/1
1 Ketua Kampung

2 PJKKK Lagama Lataga PJKKK/AJK X X X X


3 Hj. Kaslihati Hj. Balsahati IMAM KARIAH X X X X
4 Haji Wadjar Bin Dering PENGERUSI X X X X X
5 Haji Silkawi Bin Sipin TIM.PENGERUSI X X
6 Jesferman Bin Hj. Jainaya SETIAUSAHA X X X X X X X X X X X X
7 Holislam Bin Undalu P/ SETIAUSAHA X X X X
8 Dahlan Bin Masmurin BENDAHARI X X X X X
9 Ali Bin Kariadi AJK X X X X X
10 Sukarno Bin Tumubil AJK X X X X X X X X X X X
11 Almansah Bin Aspar AJK X X X X X X X X
12 Romzi Bin Gasuling AJK X X X X
13 Dolpinya @ Rakki AJK X X X X X X X X X X X
14 Muhyideen Bin Akbara AJK X X X X X
15 Gunung Bin Bengkol AJK X X X X
16 Hj. Alpa Hj. Muljarani AJK X X X
17 Hj. Fauzi AJK X X X X X X
18 Hj. Jainaya Bin Asakil AJK X X X
19 Jalpina Hj. Jainaya AJK X X
20 Koltes Bin Salbangun AJK X X X X X
22 Julmisun Bin Omardani AJK X X
23 Nurhiram Bt. Binsali AJK

Masjid telah melantik seorang penjaga masjid iaitu En. Dolpinya @ Rakki dan dibantu oleh Jemaah
masjid. Mereka menjalankan tugas pejabat seperti membantu mengendalikan urusan pentadbiran,
berhubung dengan ahli kariah yang memerlukan perkhidmatan, membantu kerja-kerja pembersihan masjid
serta lain-lain tugas yang diberi dari semasa ke semasa.

iv. Kad Ahli Jawatan Kuasa


Semua AJK Masjid Nurul Hidayah telah diberikan kad ahli bagi sesi 2015/2016.

v. Logo Masjid

3
Logo baru masjid Nurul Hidayah

2. AKTIVITI AJK DAN SUKBAH 2015/2016


i. Kuliah dan Ceramah
Untuk menjadikan masjid sebagai tumpuan masyarakat pelbagai aktiviti yang dirancang dan aktiviti
rutin dilakukan setiap selesai solat fardhu terutamanya melibatkan Jemaah belia.
Pembimbing/penceramah yang dipilih adalah di kalangan jemaah yang sukarela memberi ceramah
atau tazkirah.
Walau bagaimanapun aktiviti ini telah terhenti atas sebab perselisihan faham dan teguran yang tidak
sewajarnya dari berberapa pihak.

ii.Ramadhan 1436H & 1437H


Mengadakan solat Tarawih dan tadarus Al-Quran.
Moreh selepas solat sunat tarawih sumbangan masyarakat kampung.
Majlis berbuka sumbangan hamba Allah.
Menyalurkan bantuan dan sumbangan daripada pemimpin, NGO, Ketua Kampung dan Pengerusi
JKKK kepada fakir miskin, ibu tunggal dan AJK Masjid.

iii. Solat Sunat Aidil Fitri dan Aidil Adha


Solat sunat Tasbih diadakan pada malam takbir hari raya.
Pemilihan petugas Solat Sunat Aidil Fitri dan Aidil Adha dibuat melalui perbincangan dan
perjumpaan khas AJK Masjid dan Imam Kariah.
Petugas solat Sunat Hari Raya diberi surat lantikan bertugas termasuk Imam, Khatib dan Bilal serta
10-15 orang petugas khas untuk jemaah lelaki dan wanita.

iv. Ujian Tilawah Al-Quran 2015


Pertandingan Tilawah Al-quran Peringkat Kg. Bangau-Bangau, Semporna diadakan setiap tahun
bercirikan pembudayaan membaca al-quran khususnya untuk masyarakat kampung ini. Antara objektif
ujian tilawah adalah menyemarakkan syiar Islam, merialisasikan aktiviti agama sebagai sebahagian
daripada budaya masyarakat, memupuk semangat perpaduan, melahirkan satu organisasi yang mampu
mengurus sesuatu program dengan lebih berkesan dan sistematik, memberi pendedahan suasana
pertandingan serta melahirkan qari dan qariah yang berpotensi.
Perasmian Pembukaan pada 08 Syawal 1436H / 24 Julai 2015 jam 8.00 malam disempurnakan oleh
Encik Abdul Suhud Hj. Jaani - Pemimpin Pembangunan Masyarakat, DUN 54 Bugaya.
Sementara Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd. Yamin Bin Hj. Apdal -
Pengerusi Masjid Inabah Kamal, Semporna.
v. Pembatalan Ujian Tilawah Al-Quran 2016
MESYUARAT PENGELOLAAN PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN KG. BANGAU-
BANGAU, SEMPORNA 1437H/2016 terpaksa dibatalkan disebabkan korum kehadiran AJK
Masjid tidak mencukupi untuk memutuskan penganjuran tilawah. Dengan itu juga tilawah untuk

4
tahun 2016 terpaksa tidak dipertandingkan. Kehadiran mesyuarat ini boleh rujuk di atas
(Kehadiran Mesyuarat/Perbincangan Pemimpin dan AJK Masjid Nurul Hidayah). Ruj :
MKB/NH(01)/JLD 01/(16).

vi. Maulidul Rasul


Pada Sambutan Maulidur Rasul 1437H/2015 masjid ini telah mengadakan bacaan berzanji
selepas solat Maghrib dan seterusnya secara tradisional selepas solat Isyak. Masjid Nurul Hidayah
juga telah menyertai perarakan sepanduk pada sambutan Maulidul Rasul Peringkat Daerah
Semporna.
Pada Sambutan Maulidul Rasul tahun 1438H/2016, Masjid Nurul Hidayah meneruskan tradisi
mengadakan bacaan berzanji seperti tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun AJK masjid tidak
menyertai perarakan sepanduk pada sambutan Maulidul Rasul Peringkat Daerah Semporna atas
sebab masalah kewangan.

vii. Kursus dan Program


Kursus Pembangunan Keluarga Rumahku Syurgaku pada 24 September 2016,
Dirasmikan oleh Tuan Hj. Nordin Hj. Ajirul, Pegawai Tadbir Agama Daerah Semporna.
Kumpulan sasar adalah masyarakat Kg. Bangau-Bangau Semporna. Antara lain objektif program adalah
memberi kesedaran tentang tanggungjawab ahli keluarga dalam membentuk generasi yang
bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

viii. Sukan dan Rekreasi


Pertandingan Bola Tampar Jemaah Masjid Nurul Hidayah dan Masjid As-Siddiq telah diadakan
pada bulan Julai 2016 dengan disertai oleh 8 pasukan yang terdiri daripada Jemaah kedua-dua
masjid.
Objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat bahawa
agama tidak menghalang bersukan dan menggalakkan Jemaah berdakwah melalui sukan.

3. KESAN KEBAKARAN KAMPUNG (23 Mac 2015)


i. Balai raya yang digunakan untuk solat jemaah wanita dan kelas KAFA hampir musnah sepenuhnya.
ii. Atap masjid rosak akibat usaha Jemaah dan orang kampung menghalang kebakaran merebak ke
masjid.
iii. Sehingga sekarang atap masjid belum diperbaiki mengakibatkan masalah air menitik dan mencurah
masuk ke dalam masjid semasa hujan.

4. KESELAMATAN DAN AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR


Tidak ada aktiviti atau program diterima oleh AJK Masjid daripada mana-mana pihak untuk menyertai
pemeriksaan dan tangkapan berhubung dengan perlakuan maksiat dalam sesuatu premis atau tempat
seperti khalwat dan sebagainya.

5. LAWATAN DAN KUNJUNGAN PEMIMPIN /AGENSI KERAJAAN


i. ESSCOM (Ramadhan 1437H/2016)
- Mengadakan Majlis Silturahim dan Berbuka Puasa bersama masyarakat
Kg. Bangau-Bangau, Semporna.

ii. USIA Negeri Sabah dan Bahagian Semporna


- Majlis Silaturahim dan Ceramah Agama 04hb. Oktober 2016

6. Sumbangan dan derma

5
i. Membaik pulih balai raya untuk Jemaah wanita Tuan Hj. Mohd Yamin Hj. Apdal (2015).
ii. Sejadah & Al-quran ESSCOM (Ramadhan 2016)
iii. Karpet dan sejadah Hamba Allah
iv. Speaker, amplifier & microphone, kipas dinding dan Kipas siling Hamba Allah (Disember 2016)
v. 3 Kipas Berdiri Unit PPM Dun 54 Bugaya (Disember 2016)

7. PEMBANGUNAN DAN KEBERSIHAN


Pembangunan dan kebersihan di Masjid dan persekitarannya perlu dijaga dan diberikan perhatian
kerana ianya akan memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pengunjung serta mereka yang
beribadah di dalamnya. Beberapa sesi aktiviti termasuk gotong-royong membersihkan persekitaran dan
dalaman masjid telah dijalankan bagi tempoh 2015 hingga 2016 seperti membersihkan kawasan
persekitaran masjid sebelum Solat Jumaat dan Solat Sunat Hari Raya. Pembangunan masjid secara
amnya menjurus kepada membaikpulih kerosakan serta membuat penambahbaikan mengikut
kemampuan kewangan masjid di samping melalui sumbangan yang diterima.

Diantara kerja-kerja yang telah dilakukan ialah:


Mengubahsuai tempat solat muslimat untuk kegunaan bersama Kelas KAFA yang rosak teruk
akibat kebakaran menggunakan kewangan masjid dan sumbangan individu.
Menara masjid telah dirobohkan kerana berisiko dan membahayakan.
Tempat wuduk telah dinaik taraf termasuk tambahan tangki air memandangkan bilangan
Jemaah yang ramai setiap waktu solat.
Mengubahsuai bahagian luar masjid sebagai ruang tambahan untuk solat (dalam pembinaan).

Sasaran yang belum terlaksana yang amat diperlukan


Pejabat masjid bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran.
Ruang wuduk dan tandas untuk Jemaah wanita.
Stor
Peralatan perkuburan

8. CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN


i. Sentiasa wujudkan kerjasama antara AJK Masjid dengan Imam Kariah dan Pentadbiran Kampung
dalam hal ehwal agama dan pembangunan masyarakat.
ii. Teguran atau aduan hendaklah diselesaikan di peringkat kampung sebelum pihak atasan
Ia melibatkan maruah.
Menimbulkan fitnah.
Pengadu perlu dipanggil bersama untuk penyelesaian yang lebih telus oleh pihak atasan.
iii. Imam-imam bertugas perlu sentiasa peka dengan jadual dan tugas masing-masing seperti yang
disediakan oleh Imam kariah.
- Mengelak ketiadaan imam semasa solat fardhu. (Berkait dengan perkara ii di atas)
iv. Kehadiran AJK dalam mesyuarat amat penting untuk mengorak halatuju perancangan organisasi
masjid. Pengerusi atau setiausaha sukar membuat keputusan atau memainkan peranan tanpa
sokongan AJK yang lain.
v. Kewangan masjid mesti diurus dengan lebih teratur seperti pada tahun 2015.
Saguhati petugas solat Jumaat dikecualikan kepada imam bertauliah kerana mereka telah sedia
diberi elaun bulanan. Kewangan masjid selalu dalam kritikal akibat tunggakan bil air dan letrik.
Wang masjid mesti diserah kepada bendahari untuk disimpan dalam bank.
vi. Sebarang program atau kursus yang dilaksanakan perlu dimesyuaratkan di peringkat AJK masjid
dan pentadbiran kampung untuk pembentukan AJK dan membantu pelaksana.

6
vii. Jemaah atau ahli kariah yang berbakat dalam perkara berkaitan dengan penglibatan dalam
pertandingan dan penyertaan sesuatu program disarankan untuk menyumbang tenaga dan
kemahiran membantu masjid atau membimbing jemaah.
viii. Memilih AJK masjid yang betul-betul komited dengan tugas dan tanggungjawab terutama di
kalangan Jemaah yang dilihat mampu memberi komitmen dan faham konsep kesukarelawan.
ix. Pemilihan Pengerusi Masjid bukan dari kelompok yang bertelagah atau tidak sehaluan yang
boleh membawa kerosakan kepada sama ada pentadbiran, perhubungan atau akidah.

Penutup

AJK Masjid Nurul Hidayah 2015/2016, telah cuba menerapkan nilai kemuafakatan dalam
menentukan halatuju pengurusan yang lebih efisien melalui mesyuarat, perancangan dan pelaksanaan
sesuai dengan keperluan pengurusan pentadbiran semasa. Setiap program, masalah dan perancangan
telah dibawa ke meja mesyuarat dan perbincangan. Cuma teramat dikesali, kesedaran di kalangan AJK
masjid dan penglibatan masyarakat di kampung ini amat kurang memberangsangkan betapa pentingnya
bermesyuarat sebagai prosedur yang amat berkesan sekurang-kurangnya untuk mencari penyelesaian
masalah yang timbul di samping mempelajari pengendalian mesyuarat yang secara tidak langsung mampu
memupuk kesefahaman dan silaturahim. Setiausaha selaku pendokong utama dalam pengendalian
mesyuarat dan sebarang perjumpaan terpaksa membatalkan beberapa mesyuarat dan diganti dengan
perjumpaan biasa akibat ketidak hadiran AJK sepenuhnya. Namun untuk membuat keputusan penyelesaian
akhirnya terpaksa ditangguh atau dibatalkan dan disusuli dengan tindakan yang perlu untuk mengelak dari
berlaku masalah yang lain.

Akhirnya, pengerusi dan Ahli Jawatankuasa masjid Nurul Hidayah sesi 2015/2016 mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua ahli kariah yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan
kerjasama dalam menjayakan program dan aktiviti masjid 2015/2016 dengan harapan agar sokongan dan
kerjasama ini akan diteruskan dan dipertingkatkan di masa hadapan. Sesungguhnya sumbangan idea,
masa, wang ringgit, tenaga dan lain-lain lagi yang dicurahkan oleh ahli kariah dan pengunjung masjid
merupakan penggerak kepada semua program yang dijalankan oleh pihak masjid. Kami mendoakan
semoga segala sumbangan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT sebagai amal yang soleh. Kami juga
memohon maaf sekiranya selama penggal pentadbiran 2015/2016 menampakkan kelemahan yang
mempengaruhi pengurusan dan pentadbiran masjid. Sesungguhnya yang lemah itu adalah kami dan Allah
S.W.T jualah yang Maha Sempurna.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(JESFERMAN BIN (WADJAR BIN DERING)


JAINAYA) Pengerusi,
Setiausaha, Masjid Nurul Hidayah,
Masjid Nurul Hidayah, Kg. Bangau-Bangau,
Kg. Bangau-Bangau, Semporna
Semporna
09hb. Februari 2017

Anda mungkin juga menyukai