Anda di halaman 1dari 20

Peranan Dan Tanggungjawab Pegawai Masjid

Oleh : Ehsan Bin Mohd Hosni Masjid Negara

Definisi Pegawai Masjid


Orang yang dilantik bagi menjalankan tadbir urus masjid seperti Nazir, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Imam, Muazzin, Siak dan lain-lain jawatan lagi.

Fungsi Masjid
Tempat Ibadat Tempat Mencari ilmu Pusat Kegiatan Masyarakat Pusat Rundingcara Pusat Syura Ummat Islam

Piagam Pelanggan
Dalam usaha menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang unggul maka : 1. Kami akan menyediakan tempat ibadah yang selesa iaitu : - Ruang solat yang sentiasa bersih dan kemas - Tandas dan bilik persalinan yang bersih. - Kemudahan asas seperti lampu, kipas, sajadah yang berfungsi.

Sambungan Piagam Pelanggan


- Suasana ketenteraman masjid dalam keadaan tenang dan aman. - Kawasan persekitaran dan lanskap masjid yang bersih, ceria, segar dan nyaman. - Tempat khas untuk wanita termasuk ruang solat, tandas dan lain-lain kemudahan.

Sambungan Piagam Pelanggan


2. Kami menyediakan program peningkatan ilmu : - Mengadakan majlis-majlis keagamaan seperti tadarus al Quran, tazkirah, forum dan lain-lain. - Mengadakan majlis perayaan memperingati hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Isra Miraj, Nuzul Quran, Hijrah dll.

Sambungan Piagam Pelanggan


3. Meningkatkan pentadbiran dan kewangan Serta Hubungan Dengan Ahli Jamaah / Anak Qaryah : - Memastikan AJK berfungsi sebagaimana sepatutnya. - Menggunakan hasil kutipan untuk kepentingan masjid dan ahli qaryah. - Menyediakan penyata bulanan bagi kutipan dan agihan untuk makluman umum.

Sambungan Piagam Pelanggan


4. Kami menyediakan khidmat rujukan keagamaan, kekeluargaan dan kaunseling : - khidmat tenaga perunding dan kaunseling. - Perpustakaan terbuka untuk masyarakat. - Program-program berunsur kefahaman Islam. - Mencetak dan mengedar risalah sebagai saluran pengembangan Islam.

Sambungan Piagam Pelanggan


5. Kami akan menjadikan masjid sebagai pusat silaturrahim dengan cara : - Menyediakan profil ahli Qaryah. - Menyambut kehadiran para jamaah dan pelawat dengan penuh mesra. - Menerima cadangan ahli qaryah demi kebaikan bersama.

Sambungan Piagam Pelanggan


6. Kami akan memastikan solat berjamaah diadakan setiap awal waktu : - Memastikan imam dan bilal bertugas pada setiap waktu dengan mwujudkan jadual tugasan harian. - Menyuburkan perasaan cinta kepada masjid dan kepentingan solat berjamaah melalui aktiviti yang dijalankan.

Peranan Pegawai Masjid


1. Simbol penyatuan ummah : - Bebas dari kecenderungan fahaman politik. - Cthnya : Imam dalam solat jamaah. - Makmum mengikuti imam dengan penuh taat. - Adab terhadap pemimpin. - Tiada perbezaan fahaman politik dalam solat.

Samb. Peranan Pegawai Masjid


2. Penyelamat Ummah - Melepaskan kefardhuan tanggungjawab fardhu kifayah anak qaryah. - Sesetengah masjid atau surau tidak dilaksanakan solat berjamaah pada waktu Zohor dan Asar atas desakan dan tuntutan kehidupan. - Peranan imam dan bilal untuk laksanakan tuntutan fardhu kifayah ini.

Sambungan
3. Pemimpin masyarakat setempat. - Contoh kepimpinan dalam soal kemasyarakatan kenduri kendara, kelahiran, kematian, sakit pening dll. - Oleh itu pegawai masjid terutama imam dan bilal mestilah mempunyai etika yang terpuji untuk diteladani masyarakat.

Sambungan
4 . Sumber Rujukan Masyarakat. - Menyediakan diri dengan ilmu-ilmu asas fardhu ain. - Menambahbaik ilmu komunikasi sedia ada, kaunseling. - Mempertingkatkan ilmu dan informasi semasa seperti teknologi maklumat.

Etika Umum Pegawai Masjid


1. Orang yang berilmu, beriman, berakhlak, beramal soleh dan berhasrat menyatupaukan masyarakat. 2. Hendaklah berusaha meningkatkan pengetahuan Islam, undang-undang, peraturan serta kemahiran yang berkesan. 3. Mengelakkan penglibatan dalam isu-isu yang membawa keresahan dan perpecahan masyarakat

Sambungan
4. Berusaha mengawal dan menjaga keharmonian masyarakat setempat daripada unsur penyelewengan aqidah, gejala sosial, kegiatan maksiat dan jenayah. 5. Utamakan kemaslahatan umum daripada kepentingan peribadi. 6. Tidak menggunakan harta masjid kecuali dengan kebenaran.

Sambungan
7. Mengawal diri daripada terlibat dengan unsur-unsur ajaran sesat dan jenayah terutama jenayah syariah. 8. Tidak mengeluarkan apa-apa hukum atau pendapat yang boleh mengelirukan masyarakat.

Etika Khusus Pegawai Masjid


1. Sentiasa memberi nasihat dan teguran secara berhikmah. 2. Menepati masa dan janji. 3. Beramal soleh dan menjauhi kemungkaran. 4. Memelihara maruah diri, keluarga, organisasi dan agama. 5. Pakaian kemas, bersih dan sempurna. 6. Memakai pakaian rasmi ketika bertugas.

Sambungan
7. Mendahulukan kepentingan umum daripada peribadi. 8. Peka kepada maslahah dan keperluan masjid seperti kebersihan dan keceriaan. 9. Sentiasa dalam keadaan berwuduk ketika dalam masjid. 10. Bekerjasama bagi menjayakan aktiviti pengimarahan masjid.

Sambungan
11. Menjalankan tugas berpandukan hukum fiqh, aulawiyyat, undang-undang, peraturan dan mengelakkan isu-isu khilafiyyah. 12. Bersedia menerima teguran dengan hati terbuka. 13. Mengurus tadbir kewangan dengan amanah dan mengikut prosedur yang ditetapkan ( bendahari ).

Anda mungkin juga menyukai