6. Laporkan segera jika terdapat beg yang hilang atau tersalah hantar.
7. Susun beg-beg dengan rapi dan kemas dalam bilik masing-masing.
8. Wujudkan kerjasama dan persefahaman bagi menjana keharmonian.
9. Berehat ke dalam bilik penginapan masing-masing bagi memulihkan tenaga..
10. Bersabar dan kekang segala keghairahan untuk segera ke Masjidil Haram
11. Elakkan meneroka kota suci Makkah. bersendirian kerana dikhuatiri tersesat.
PANDUAN : 5
MENYEMPURNAKAN TAWAF QUDUM
( Tawaf Selamat Datang )
1. Ambil wudhu dengan sempurna, tepat dan betul mengikut syariatnya.
2. Sediakan diri serta minda untuk menyempurnakan setiap tuntutan tawaf.
3. Turun ke lobi hotel. Pastikan mahram dan ahli keluarga ada bersama-sama.
4. Hayati taklimat Tawaf Qudum yang disampaikan oleh para mutawif.
5. Bergerak menuju ke Masjidil Haram bersama-sama dengan mutawif.
6. Bawa bersama lencana pengenalan diri, buku panduan dan doa,
7. Bawa juga kad nama hotel dan karung kasut bersama-sama.
8. Buat pengecaman di sepanjang laluan antara hotel penginapan dan masjid.
9. Sediakan minda sepenuhnya untuk menyempurnakan tawaf tersebut.
10. Kosongkan hati daripada mengingati hal-hal keduniaan.
11. Banyakkan talbiah dan zikir secara individu.
12. Masuk ke dalam Masjidil Haram dengan hati serta semangat yang teruja.
13. Lihat Baitullah dengan kekaguman, kerendahan hati dan kesenduan iktikad.
14. Baca doa melihat Kaabah itu dengan khusyu dan tawaddu
15. Bergerak menuju ke penjuru Hajar Aswad bagi memulakan tawaf.
16. Laksanakan tawaf tujuh keliling Baitullah dengan betul, tepat dan yakin..
17. Panjatkan doa dengan khusyu di Multazam sebaik selesai tawaf 7 pusingan.
18. Dirikan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim.
19. Tidak perlu melakukan saie haji meskipun diharuskan berbuat demikian.
20. Tangguhkan pelaksanaan saie haji selepas menyempurnakan tawaf ifadah.
PANDUAN : 6
MENUNGGU HARI WUKUF
1. Bergerak balik ke hotel penginapan setelah sempurna tawaf berkenaan.
2. Kekalkan pakaian ihram dan jaga segala pantang larangnya.
3. Boleh menukarkan kain ihram dengan kain pelikat yang tidak bercantum..
4. Berehat atau tidur bagi memulihkan tenaga dan kepenatan bertawaf tadi..
5. Jaga pantang larang ketika menggunakan selimut agar tidak menutup kepala.
6. Terus beriktikaf, bersolat dan membaca Al-Quran dalam Masjidil Haram.
7. Kunjungi Multazam, Hajar Aswad, Hijir Ismail dan Maqam Ibrahim.
8. Tunaikan solat serta doa-doa umum dan khusus di tempat-tempat tersebut.
9. Ikuti rombongan ke Padang Arafah, Mina dan Muzdalifah anjuran pakej.
10. Laksanakan seberapa banyak amal-amal soleh.yang termampu.
11. Hulurkan sedekah dan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
12. Amalkan sifat tolong menolong sesama jemaah yang tua, lemah dan uzur.
PANDUAN : 8
AKTIVITI DI PADANG ARAFAH
( MENUNGGU WAKTU WUKUF 8 9 ZULHIJJAH )
1. Masuk ke dalam khemah yang telah ditetapkan mengikut abjad pada stiker.
2. Duduk di tempat yang telah ditetapkan berdasarkan nombor pada stiker .
3. Susun segala peralatan yang dibawa dengan kemas dan rapi.
4. Wujudkan ukhwah dan persefahaman sesama jemaah.
5. Bantu mahram serta ahli keluarga mencari khemah penempatan mereka.
6. Kenalpasti penempatan mereka untuk komunikasi sepanjang berwukuf.
7. Buat tinjauan singkat tentang prasarana yang terdapat di sekitar maktab.
8. Ambil perhatian kedudukan bilik air, tandas dan bilik wudhu,
9. Kenalpasti juga kedudukan dapur, tempat makan , surau dan sebagainya.
10. Tunaikan setiap solat fardhu sama ada secara individu atau berjemaah.
11. Bersarapan mengikut cara atau kaedah yang ditentukan bila tiba waktunya.
12. Isi setiap detik dan saat menunggu waktu wukuf itu dengan amal-amal soleh.
13. Basahi bibir dengan talbiah, tasbih, tahmid dan takbir yang syahdu..
14. Bertahlil dan berzikir munajat secara berjemaah atau secara individu.
15. Banyakkan membaca Al-Quran, tafsiran dan terjemahannya.
16. Elakkan perbuatan lagha yang melalaikan daripada mengingati Allah.
17. Bangun di tengah malam Arafah itu untuk berqiamullail.
18. Dirikan solat sunat tahajjud, tasbih, taubat , hajat dan witir.
19. Pohon keampunan atas segala dosa, noda, salah dan khilaf.
20. Pohonkan segala hajat dan pengharapan yang terdetik dalam fikiran.
21. Tunaikan solat sunat dan fardhu subuh apabila tiba masanya.
22. Hadiri kuliah subuh yang khusus membicarakan sejarah Arafah itu.
23. Bersarapan pagi mengikut kaedah atau tatacara yang telah ditetapkan.
24. Tunaikan solat sunat dhuha dan seterusnya hadiri kuliah dhuha.
25. Bersarapan tengahari mengikut kaedah dan tatacara maktab masing-masing.
26. Tunggu kehadiran waktu wukuf dengan bertalbiah secara beramai-ramai.
PANDUAN : 9
PENGISIAN WAKTU WUKUF
( SEBAIK TERGELINCIR MATAHARI 9 ZULHIJJAH )
1. Hayati azan zohor dan tanda bermulanya waktu wukuf yang dinanti itu.
2. Hayati khutbah wukuf yang disampaikan oleh guru agama masing-masing. .
3. Dirikan solat sunat kabliah zohor setelah selesai khutbah wukuf.
4. Tunaikan pula solat fardhu zohor secara berjemaah.
5. Terus bertalbiah dan berwirid dengan penuh syahdu dan sendu.
6. Tunaikan solat sunat badiah zohor, membaca yasin, bertahlil dan berdoa.
7. Keluar beramai-ramai untuk menikmati panorama padang Arafah.
8. Raikan waktu wukuf tersebut dengan rasa penuh kesyukuran.dan keinsafan
9. Syukuri gelaran haji dan hajah yang telah dianugerahi Allah SWT itu.
10. Tunaikan pula solat sunat dan fardhu Asar apabila masuk waktunya.
11. Teruskan talbiah, wirid dan zikir tanpa rasa jemu dan bosan.
12. Sempurnakan minum petang masing-masing dengan tenang .
13. Tunaikan solat sunat-sunat dan fardhu Maghrib bila tiba waktunya.
14. Teruskan amalan bertalbiah, berzikir, berwirid atau membaca Al-Quran.
15. Sempurnakan makan malam masing-masing dengan tenang dan tertib.
16. Tunaikan solat sunat dan fardhu Isyak apabila tiba waktunya.
17. Kemaskan segala barangan dan bersiap sedia untuk berangkat ke Muzdalifah.
18. Tunggu pengumuman tentang masa dan giliran keberangkatan.
19. Cari tempat berehat yang sesuai sekiranya khemah-khemah telah diturunkan
PANDUAN : 10
PERGERAKAN KE MUZDALIFAH DAN MINA
1. Naik ke dalam bas yang telah ditetapkan sahaja dan patuhi setiap arahan.
2. Turun apabila bas berhenti di mana-mana kawasan di Muzdalifah.
3. Kutip 7 butir anak batu untuk lontaran Jamratul Aqabah 10 Zulhijjah.
4. Panjatkan doa khusus ketika berada di bumi Muzdalifah.
5. Naik semula ke atas bas bila dikehendaki oleh pemandu dan petugas haji.
6. Pastikan mahram serta ahli keluarga ada bersama dalam bas tersebut.
7. Teruskan bertalbiah dan berzikir sepanjang perjalanan menuju ke Mina.
8. Bertenang dan bersabar kerana perjalanan menuju ke Mina amat sesak.
9. Berjalan kaki ke khemah penempatan apabila turun daripada bas.
10. Pastikan tiada suatu barangan pun yang tertinggal dalam bas.
11. Bantu mahram dan ahli keluarga mencari khemah penempatan mereka..
PANDUAN : 11
AKTIVITI PENGISIAN DI MINA
( 10 ZULHIJJAH )
1. Masuk ke dalam khemah yang telah ditetapkan.
2. Buat penyesuaian diri dengan keadaan yang sempit dan bersesak-sesak itu.
3. Susun beg-beg dan peralatan masing-masing dengan kemas dan rapi.
4. Wujudkan persefahaman sesama jemaah dengan semangat ukhwah.
5. Makan dan minum mengikut ketetapan dan ketentuannya.
6. Bergerak ke Jamrah secara berkumpulan bersama petugas haji.
7. Melontar Jamratul Aqabah 10 Zulhijjah dengan tepat dan betul.
8. Bertahallul awal setelah sempurna lontaran Jamratul Aqabah.
9. Gunting beberapa helai rambut sebagai syarat sah tahallul berkenaan.
10. Tidak dibenarkan sama sekali bercukur di jamrah bagi jemaah lelaki.
11. Berkumpul semula untuk balik ke khemah penempatan masing-masing.
12. Patuhi panduan, arahan dan bimbingan para petugas haji masing-masing.
13. Jangan gelabah sekiranya tersesat atau terpisah daripada kumpulan.
14. Tunggu di jamrah hingga datang pasukan penyelamat dan bantuan
15. Masuk semula ke dalam khemah untuk berehat.
16. Jangan terus mandi kerana dikhuatiri memudharatkan kesihatan diri.
17. Para jemaah boleh menukar ihram kepada pakaian biasa yang berjahit.
18. Terus pelihara 3 lagi pantang larang berihram yang masih berkuat kuasa.
19. Laksanakan aturcara pentadbiran mengikut kesesuaian diri.
PANDUAN : 12
PENGISIAN DI MINA
( HARI-HARI TASYRIK- 11, 12 & 13 ZULHIJJAH )
1. Makan dan minum apabila tiba waktu dan ketikanya.
2. Kutip 21 anak-anak batu bagi lontaran jamrah pada hari-hari tasyrik.
3. Teruskan bersolat, berzikir dan bertakbir secara berjemaah.
4. Kukuh semangat ukhwah dan silaturrahim sesama jemaah haji.
5. Wujudkan suasana bertukar fikiran, pendapat dan ilmu pengetahuan.
6. Elakkan perbuatan lagha yang tidak diredhai Allah SWT.
7. Laksanakan tuntutan melontar jamrah dengan yakin, tepat dan betul.
8. Jemaah uzur boleh mewakilkan dan menghimpunkan lontaran..
9. Rujuk guru agama bagi khidmat nasehat untuk tujuan tersebut.
10. Patuhi syariat dan syarat jika ingin melakukan nafar awal.
11. Boleh membeli belah di sekitar khemah penempatan masing-masing.
12. Buat lontaran 13 Zulhijjah mengikut aturcara maktab masing-masing
13. Balik semula ke perkhemahan setelah selesai melontar 13 Zulhijjah.
14. Kemaskan semua barangan dan tunggu arahan selanjutnya.
15. Teruskan aktiviti bertakbir, bertasbih, bertahmid dan berzikir.
PANDUAN : 13
KEBERANGKATAN BALIK SEMULA KE MAKKAH
1. Naik ke dalam bas yang ditetapkan bersama mahram dan keluarga.
2. Pastikan tiada suatu pun barangan yang tertinggal.
3. Lihat dan renungi bumi Mina dengan pandangan yang sedih dan sayu.
4. Semai keazaman untuk datang lagi dalam musim haji atau umrah.
5. Masuk semula ke dalam bilik masing-masing setiba di Makkah.
6. Jangan tergesa-gesa pergi ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie.
7. Berehat bagi memulihkan semula keletihan yang dialami.
PANDUAN : 14
AKTIVITI DI MAKKAH SELEPAS WUKUF
1. Sempurnakan tawaf ifadah dan saie haji masing-masing .
2. Tidak perlu memakai ihram kerana telah bertahallul awal
3. Ikut masa serta suasana yang sesuai dan jangan tergopoh gapah.
4. Baki 3 pantang larang ihram terungkai sebaik selesai tawaf dan saie.
5. Teruskan ibadah ritual fardhu dan sunat dalam Masjidil Haram.
6. Kekalkan keistiqamahan semangat beribadah masing-masing.
7. Tunaikan umrah sunat seberapa kerap yang termampu
8. Teruskan membeli cenderamata dan cenderahati.
9. Mantapkan dan luaskan lagi silaturrahim sesama jemaah.
10. Ikut rombongan ziarah yang telah diaturkan oleh agensi haji
11. Hadiri taklimat keberangkatan ke Madinah daripada petugas haji.
12. Dapatkan maklumat nama hotel dan nombor bilik di Madinah kelak.
13. Kemaskan segala barangan untuk dibawa ke Madinah Al-Munawarah.
14. Label setiap barangan dengan nombor hotel dan bilik di Madinah.
15. Ikat semua barangan dengan kuat dan kejab bagi mengelakkan pecah.
16. Turunkan segala barangan di lobi hotel berdasarkan nombor bas.
17. Sempurnakan tawaf wida atau tawaf perpisahan dengan Baitullah..
18. Balik semula ke hotel dan ambil beg bimbit bawaan tangan,
19. Terus naik ke dalam bas yang sedia menunggu.
20. Hentikan aktiviti membeli belah atau berehat setelah bertawaf wida
PANDUAN : 15
PERGERAKAN KE MADINAH AL-MUNAWWARAH
1. Naiki bas yang telah ditetapkan seperti maklumat pada stiker pengenalan diri.
2. Bawa beg bimbit masing-masing ke dalam bas.
3. Jangan bimbangkan beg besar dan bagasi kerana ia diuruskan oleh petugas hotel.
4. Dengar dan patuhi maklumat dan arahan petugas haji masing-masing.
5. Lihat kota suci Makkah dengan pandangan yang sedih dan sayu.
6. Semat keazaman untuk datang lagi dalam musim haji dan umrah.
7. Berehat di pertengahan jalan untuk bersarapan atau bersolat.
8. Naik semula ke dalam bas untuk meneruskan perjalanan.
9. Pastikan mahram atau ahli keluarga ada bersama.
10. Proses pemeriksaan di pos kawalan kemasukan jemaah di Al-Hijrah
11. Baca doa ketika memasuki kota suci Madinah
PANDUAN : 16
KETIBAAN DI MADINAH-AL-MUNAWWARAH
1. Turun daripada bas dan pastikan tiada suatu barangan pun yang tertinggal
22. Jalani proses saringan barangan dan pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
23. Tunggu dalam balai berlepas sehingga diberitahu untuk menaiki pesawat.
24. Selamat berangkat balik dengan iringan doa dan harapan kepada Allah SWT.
PANDUAN : 19
AKTIVITI -AKTIVITI
DALAM PENERBANGAN BALIK KE TANAH AIR
1. Duduk ditempat duduk masing-masing.
2. Berbincang sesama jemaah sekiranya memerlukan pertukaran tempat.
3. Pasang tali pinggang keselamatan dengan kemas dan rapi.
4. Teliti arahan dan panduan keselamatan dalam pesawat oleh anak kapal.
5. Baca doa menaiki pesawat secara individu atau mengikut pegawai petugas.
6. Sentiasa basahi bibir dengan selawat, tasbih, tahmid dan takbir.
7. Tunaikan waktu solat secara jama qasar atau menghormati waktu.
8. Renungi kebesaran dan keagungan Allah SWT dan misteri angkasa raya.
9. Sentiasa berdoa agar perjalanan balik sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.
10. Berdoa agar Allah selamat mengembalikan kita ke pangkuan keluarga.
PANDUAN : 20
TATACARA KETIBAAN DI K.L.I.A, SUBANG
1. Lampiaskan rasa syukur sebaik pesawat mencecah dada bumi tanah air.
2. Duduk di tempat masing-masing sehingga pesawat berhenti sepenuhnya.
3. Turunkan segala barangan yang disimpan di petak barangan pesawat.
4. Berhati-hati ketika menurunkan barangan tersebut. Elakkan kecederaan.
5. Berikan bantuan kepada jemaah yang uzur, lemah dan kurang upaya.
6. Bergerak keluar daripada pesawat dengan teratur dan tenang.
7. Pastikan tiada satu pun barangan yang tertinggal.
8. Kekang keghairahan untuk segera bertemu anak pihak dan saudara mara.
9. Bergerak menuju ke kaunter imigresen dan pusat pengutipan bagasi.
10. Naik aerotrain ke bangunan induk Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
11. Sentiasa utamakan keselamatan bagi mengelakkan kecederaan yang sia-sia.
12. Serahkan passport haji masing-masing kepada pihak berkuasa imigresen.
13. Terima semula passport haji yang telah dicop dan disahkan oleh pihak imigresen itu..
14. Bergerak pula ke pusat pengagihan barangan dan bagasi.
15. Tunggu kemunculan bagasi masing-masing dengan tenang dan sabar.
16. Elakkan daripada berebut-rebut dan kelam kabut ketika berurusan.
17. Masukkan semua barang-barang yang telah dikutip itu ke atas troli.
18. Berikan bantuan dan kerjasama kepada ahli keluarga dan jemaah lain.
19. Kemukakan boarding pass masing-masing untuk menuntut air zam-zam.
20. Laporkan ke pihak penerbangan sekiranya ada kes kehilangan bagasi
PANDUAN : 21
TATACARA KELUAR KE BALAI KETIBAAN
1. Bergerak keluar sekiranya destinasi terakhir anda ialah di KLIA.
2. Bergerak ke bahagian penyambungan jika destinasi anda di luar KLIA.
3. Wakil Bahrulmazi akan membantu menguruskan penerbangan sambungan anda