Anda di halaman 1dari 1

SK TAMAN BUKIT MALURI

JALAN BURUNG KASAWARI NO TELEFON : 03-62742666


52100 KUALA LUMPUR FAKS : 03-62745489

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 7 Oktober 2022

Kepada:

YB Dato / Datin / Tuan / Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN HARI SUKAN SEKOLAH RUMAH HIJAU


BERTEMAKAN PETRONAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri akan mengadakan Kejohanan Hari


Sukan Sekolah pada :
Tarikh : 15hb. Oktober 2022 (Sabtu)
Tempat : Padang SMK Taman Bukit Maluri

3. Tema rumah sukan bagi rumah Hijau yang ditetapkan pihak sekolah untuk
Kejohanan Sukan kali ini ialah stesen pam minyak Petronas. Sehubungan itu, pihak kami
memohon jasa baik pihak Dato/Datin/Tuan/Puan kiranya dapat menghulurkan
sumbangan pihak tuan dalam bentuk barangan yang bersesuaian seperti bendera, bunting ,belon
dan sebagainya untuk kegunaan anak-anak murid Rumah Sukan Hijau semasa menyertai
perbarisan dan hiasan khemah rumah sukan.

3. Sumbangan YB/Dato/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahulukan dengan


ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………………….
(AIN ATHIRAH BINTI MOHD HAFIZ)
Pengerusi Rumah Sukan Hijau,
Sek.Keb. Taman Bukit Maluri.

s.k fail

Anda mungkin juga menyukai