Anda di halaman 1dari 10

ANJURAN:

GURU PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


DENGAN KERJASAMA
JABATAN KESIHATAN SEREMBAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LOBAK

Tuan,
Memohon Kelulusan Mengadakan Minggu Kecergasan 2015 Peringkat Sekolah
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas, saya
Vikneswaran a/l M.Gunahlan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani memohon jasa
baik sekolah untuk memberi kelulusan bagi mengadakan Minggu Kecergasan
peringkat sekolah.
2.

Bersama-sama ini saya mengemukakan


pertimbangan dan kelulusan pihak tuan.

kertas

cadangan

untuk

Sekian terima kasih,

Saya yang menjalankan tugas,

(VIKNESWARAN A/L M.GUNAHLAN)


Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

TUJUAN KERTAS KERJA DIBUAT


Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk menunjukkan perancangan dan
perjalanan projek bagi mendapatkan pengesahan dan kelulusan dari pihak atasan
sekolah.

1.TAJUK

Minggu Kecergasan 2015 peringkat sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak

2. DIKEMUKAKAN OLEH
Panitia Pendidikan Jasmani dan kesihatan
SJKT Lobak

3. PENGENALAN
Minggu Kecergasan meruapakan program yang telah dirancangkan sewaktu mesyuarat
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Minggu ini juga menjadi satu program yang
dirancangkan oleh Jabatan Negeri Sembilan sempena dengan Hari Sukan Negara.
Pelbagai aktiviti di jalankan untuk menyemarahkan lagi Minggu Kecergasan bagi
mengutamakan gaya hidup sihat dan cergas di kalangan warga sekolah.

4.ASAS PERTIMBANGAN :
Projek ini bertujuan untuk memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Negara dengan mengutamakan amalan JERI. Pada masa
yang sama, Minggu ini dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah untuk
mengetahui kepentingan amalan hidup sihat dan melahirkan warga sekolah yang cergas.

5. RASIONAL:
Melalui projek ini, guru dapat mengetahui cara merancang , mengurus , mengelola dan
mentadbir sesuatu program. Di samping itu, murid berpeluang untuk memperluaskan ilmu
pengetahuan dalam bidang pendidikan jasmani dan mendapat pengalaman berkaitan
aspek aspek pengurusan dan pengelolahan aktiviti yang akan dijalankan ini. Murid-

murid dapat mengetahui amalan hidup sihat dan cergas dan menyemarakkan budaya
sukan di kalangan murid-murid.

6. MATLAMAT :
1. Memberi ilmu pengetahuan kepada guru tentang perancangan , pengelolaan dan
perlaksanaan sesuatu aktiviti.
2. Mewujudkan suasana budi bahasa dan membangkitkan semangat kerjasama di
kalangan guru dan murid yang bakal menempuh cabaran pengurusan satu hari
nanti.
3. Untuk membentuk tabiat menjaga kesihatan dalam kalangan murid sekolah
rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan agar
mereka dapat:
Mengamalkan cara hidup sihat
Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota
keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan
aktiviti kesihatan di sekolah
4. Memperkukuhkan penglibatan guru
meningkatkan kesihatan pelajar.
5. Mempertingkatkan kerjasama antara

dan

warga

jabatan

sekolah

kesihatan

dalam
dengan

usaha
jabatan

pendidikan dalam menggalakan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid


sekolah rendah.

7. OBJEKTIF
I. Mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan mecapai matlamat
satu Malaysia.
II. Mencungkil bakat-bakat baru

III. Memberi

pengalaman

melaksanakan aktiviti ini.

kepada

guru

untuk

merancang

mengurus

dan

IV. Menambah

pengetahuan

guru

dalam

merancang

menguruskan

dan

melaksanakan sesuatu aktiviti.


V. Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai permainan tradisional.
VI. Melahirkan warga Sekolah Kebangsaan SJKT Lobak yang sihat.
VII. Mengetahui cara hidup yang sihat dan dapat aplikasikan ilmu dalam kehidupan
harian.
VIII. Memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi Negara

8. KUMPULAN SASARAN
Semua guru dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak

9. PELAKSANAAN
Tarikh

: 5 Oktober 2015 hingga 10 Oktober 2015

10. JADUAL AKTIVITI


TARIKH
5 Oktober 2015

MASA
7.30 am

AKTIVITI
Perasmian Minggu Kecergasan 2010

6 Oktober 2015

7.00 am

Kuiz (Tahun 1 hingga 6)


Senamrobik

7 Oktober 2015

8.00 am
7.00 am

Permainan Tradisional (Tahun 6)


Senamrobik

7.30 am

Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring (Tahun 6)

2.00 pm
7.00 am

Bowling antara guru


Senamrobik

8 Oktober 2015

9 Oktober 2015
10 Oktober 2015

7.30 am
7.40 am

Permainan Tradisional (Tahun 6)


Senamrobik

VIII.1 am

Ceramah kesihatan (Tahap 2)


Senamrobik

8.30 am

Sukaneka

Sepanjang

10.00 am
Majlis penutupan
Waktu Seni Tahap 1- Lukisan dan mewarna

minggu

dan Bahasa Tahap 2- Menulis karangan

Kecergasan

Melayu

11. ORGANISASI JAWATANKUASA MINGGU KECERGASAN


2015 PERINGKAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
LOBAK
PENASIHAT:

Pn Nachi a/p Karuppaiyah (Guru Besar)


Pn Rajeswari a/p Maniyam (PK1)
Pn Santhy a/p Ganeson (PK HEM)
En Ramesh Kumar a/l Govindarajoo (PK KK)

AHLI JAWATANKUASA:
Pengerusi: Vikneswaran a/l M.Gunahlan
Naib pengerusi : Pn Parvathi a/p Thangaveloo
Setiausaha: Cik Shanila a/p Govindarajoo

Naib Setiausaha: Mani Megalai a/p Alagarsamy


Bendahari: Chandaran a/l Govindasamy
Naib Bendahari: Kalaichelvam a/l Raman
AJK Hadiah: Pn Punitha
AJK Makanan dan Minuman : Cik Hanitha
AJK Jemputan: Pn Mageswari
AJK Dokumentasi: En Nasyat
AJK Buku Program : Pn Rathika
AJK Senamrobik : Pn Sivapakiyam, Cik Shanila
Pn Chitra

12. PERBELANJAAN:
Segala peruntukan sepanjang Minggu Kecergasan 2015 ditanggung oleh Pihak Sekolah.
BIL
1

HADIAH
Pertandingan Menulis Karangan Tahap 2

HARGA
Hadiah
Pertama- RM 6.00 (x6)
Kedua- RM 5.00 (x6)
Ketiga- RM 4.00 (x6)
=RM 90.00

Pertandingan Mewarna Tahap 1

Hadiah
Pertama- RM 6.00 (x6)
Kedua- RM 5.00 (x6)
Ketiga- RM 4.00 (x6)
=RM 90.00

Sukaneka

Hadiah
Pertama- RM 50.00 (x1)
Kedua- RM 40.00 (x1)
Ketiga- RM 30.00 (x1)

Saguhati RM 25.00 (X4)


4

Permainan tradisional

=RM 220.00
Hadiah
Pertama- RM 6.00 (x4)
Kedua- RM 5.00 (x4)
Ketiga- RM 4.00 (x4)

Pertandingan bola sepak

=RM 60.00
Hadiah
Pertama- RM 4.00 (x8)
Kedua- RM 4.00 (x8)
=RM 64.00

Pertandingan Bola Jaring

Hadiah
Pertama- RM 4.00 (x8)
Kedua- RM 4.00 (x8)
=RM 64.00

Ceramah Kesihatan

Cenderamata
Kuiz lisan

RM 30.00
RM 2.00 (x12)
=RM 54.00

Banner

RM 30.00
JUMLAH: RM 672.00

13. PENUTUP
Adalah diharapkan aktiviti ini akan memberikan banyak manfaat selaras dengan sukatan
pelajaran. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan program ini dengan sebaik
yang mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan/puan dahului dengan ucapan terima
kasih. Melalui program ini, kami dapat mempertingkatkan pengetahuan di samping
menjana idea baru mengenai program-program seperti ini di sekolah bagi merancakkan
lagi penglibatan pelajar. Kami amat berharap pihak tuan/puan dapat memberi

pertimbangan yang sewajarnya dan meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada


pihak tuan/puan amat dihargai.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

____________________________

_________________________________

(Vikneswaran a/l M.Gunahlan)

(EN. Ramesh Kumar a/l Govindaraju)

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani,

Penolong Kanan Kokurikulum,

SJKT Lobak,
70200 Seremban ,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

SJKT Lobak,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Diluluskan oleh,

(Pn Nachi a/p Karuppiah)


Guru Besar,
SJKT Lobak,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Anda mungkin juga menyukai