Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Bagi Menyertai Pertandingan Inovasi Di Bangkok

Pengenalan

Pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition
(IPITEX) merupakan satu pertandingan inovasi Sains yang diadakan pada peringkat antarabangsa. Pertandingan
ini membantu para pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh mereka serta
memberikan pengalaman pertandingan berkaitan inovasi di peringkat antarabangsa dimana mereka dapat
mengharumkan nama Negara, Negeri dan sekolah.

Pihak sekolah bercadang untuk menghantar dua pasukan untuk menyertai pertandingan ini. Bagi
pengetahuan pihak tuan, dua pasukan ini menghasilkan batu bata yang mesra alam dan membuat plastik
dengan menggunakan kulit pisang dengan berkerjasama dengan universiti tempatan iaitu Universiti Putra
Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil inovasi ini dapat membantu dunia dengan
menghasilkan produk yang lebih mesra alam serta perkongsian ini akan membuka mata syarikat luaran
untuk menghasilkan produk sedemikian.

Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka
bentuk dan bidang penyelidikan, sekali gus merupakan pendekatan terbaik yang menggabungkan
kepakaran dan inovasi pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai
pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam bidang industri
sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat. Tambahan lagi pasukan Inovasi SMJK
Chan Wa telah memenangi beberapa pertandingan inovasi di peringkat daerah, Negeri, Kebangsaan dan
Antarabangsa. (sila rujuk Lampiran 1- kejayaan yang dimiliki oleh pasukan inovasi SMJK Chan Wa)

Dibawah perancangan aktiviti Persatuan Sains dan Matematik kami telah mensasarkan untuk
menyertai beberapa pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh
samada universiti, badan-badan kerajaan, kementerian pendidikan dan agensi luarnya. Ini dapat
menaikkan semangat pelajar dalam bidang STEM serta menaikkan nama Negara, Sekolah di peringkat
antarabangsa. Oleh itu, sokongan dari segi kewangan amatlah diperlukan bagi menampung keperluan serta
persediaan pasukan yang terlibat dengan pertandingan ini untuk membolehkan pasukan Inovasi SMJK
Chan Wa dapat menyertai pertandingan ini serta mengharumkan namanya. Berikut adalah maklumat
berkaitan pertandingan ini dan peruntukan yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini.
Maklumat Pertandingan

Nama Pertandingan : Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology
Exposition (IPITEx 2020)
Penganjur : National Research Council of Thailand
Kategori Pertandingan : Secondary School/International – Environmental Protection
Tarikh : 1 hingga 7 Februari, 2019 (Sabtu hingga Jumaat)
Tempat : Bangkok International Trade & Exhibition Centre, Thailand

Keperluan Perbelanjaan

Bilangan Pelajar : 6 orang


Bilangan Guru : 2 orang
Bilangan hari : 7 hari

Perbelanjaan Makan & Minum = 7 hari x 8 orang x RM 45.00


= RM 2520.00
Penginapan = 6 hari x 1 apartment + 1 Bilik
= RM 6000.00

Anggaran bayan Pengangkutan = 7 Hari- RM 1080.00

Tiket Penerbangan = 8 orang X RM 800.00


= Rm6400.00

Yuran Pendaftaran Pertandingan = Percuma

Jumlah Keseluruhan = RM16000.00

Penutup:
Kami sangat berharap pihak tuan dapat memberi kelulusan bagi pihak sekolah untuk menyertai pertandingan ini
bagi menaikkan nama Negara dan memberi pengalaman yang sangat bermakna dalam diri para pelajar
terutamanya dalam bidang STEM. Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada En Vikneswaran a/l M.Gunahlan di
talian 0149446867. Segala kerjasama pihak tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

__________________________ _________________________
Vikneswaran a/l M.Gunahlan
Guru Penasihat Kelab Sains dan Matematik
SMJK CHAN WA
LAMPIRAN 1

KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI OLEH PASUKAN INOVASI CHAN WA PADA TAHUN 2019

BIL PERTANDINGAN PERINGKAT KEJAYAAN


1 Pertandingan STEM Negeri Johan
2 Pertandingan STEM Kebangsaan Ketiga
3 PertandinganInovasiCelikBestari Kebangsaan Emas
(PICB)
4 Kuala Lumpur Engineering Science Fair Antarabangsa 1 Silver award and 3
Merit Award
5 World Young Inventors Exhibition Antarabangsa 11 Gold, 3 Silver
6 International Stem Olympiad ISTEMO Antarabangsa 2 Gold, 1 Special
2018 Award
7 Bangkok International intellectual Antarabangsa 2 Bronze, 2 special
properties, invention, Innovation and Awards
technology exposition
8 International science and invention fair Antarabangsa 2 Gold, 1 special
Bali awards
9 International Young Scientists Antarabangsa 2 Golds
Innovation Exhibition
10 International Conference of Young Antarabangsa 2 Gold, 3 Silver, 3
Scientists Bronze

Anda mungkin juga menyukai