Anda di halaman 1dari 3

MINI PROJEK KEBUN SAYUR RBT 2019

OLEH: PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI SKBE

TAJUK

Kertas Cadangan Projek Mini Kebun RBT 2019 untuk menanam sayur-sayuran .

MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran manipulatif, pendidikan jasmani


kesihatan, pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku kepada murid melalui
penanaman sayuran dan pokok serta urusan penjagaan kebun sayur.

OBJEKTIF

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh


mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian
mereka kelak.
ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara
asas.
iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang pengurusan diri dan pengurusan
tingkahlaku untuk menjaga kebersihan dan keselamatan semasa berkebun.
iv. Mengajar kemahiran manipulatif semasa dalam proses menguruskan kebun
v. Mengaplikasikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menggunakan
tatacara aktiviti serta pemakanan sihat.
LATAR BELAKANG

Aktiviti berkebun dapat memupuk sikap-sikap yang baik di kalangan murid-


murid sekolah. Antaranya dapat melatih mereka untuk bersikap
bertanggungjawab terhadap perkara yang telah diamanahkan oleh guru kepada
mereka. Selain dari itu, dapat memupuk minat cintakan alam sekitar serta belajar
tentang keusahawanan kecil.
Selain itu memupuk minat murid untuk makan makanan yang berkhasiat
seperti sayur-sayuran. Murid akan bekerjasama antara satu sama lain untuk
memastikan tanaman yang ditanam dapat hidup dengan subur seterusnya dapat
berkongsi antara satu sama lain.
Oleh itu, diharapkan agar mini projek ini dapat berjalan dengan lancar
seperti yang dirancang dengan usaha sama dari semua pihak.

KOS
BIL BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH
1 B.R.C 2x2 NO 1 2 RM 63.00 RM 126.00
2 TIANG KONKRIT 4x4x8 4 RM 40.00 RM 160.00
3 BESI LUBANG 2x1 1/2 12 RM 18.00 RM 216.00
4 KEKUDA 2 1/2 x 1 1/2 6 RM 23.00 RM 138.00
5 GEGELUNG 5 RM 22.00 RM 110.00
6 ZINK TEGAK BIRU 4’ 12 RM 17.00 RM 204.00
7 SIMEN 1 RM 23.00 RM 23.00
8 SKRU 2 RM 15.00 RM 30.00
9 ANAK BENIH 20 RM 3.00 RM 60.00
10 PAPAN PLAYWOOD 5 RM 50.00 RM 250.00
11 PENYIRAM 3 RM 10.00 RM 30.00
12 SERAMPANG TANGAN 5 RM 6.00 RM 30.00
13 SUDIP TANAH 5 RM 6.00 RM 30.00
14 CANGKUL 3 RM 15.00 RM 45.00
15 CAT 5 L 1 RM 100.00 RM 100.00
16 KAYU 2x 2 2 RM 20.00 RM 40.00
17 RABUNG 20 RM 10.00 RM 200.00
JUMLAH RM 1792.00

Disediakan Oleh, Disemak oleh,


………………. ………………………
(NUR MARJANA BT ZABIDI)
Ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi
Sek Keb Bandar Easter

Diluluskan oleh,

….………………..

Anda mungkin juga menyukai