Anda di halaman 1dari 1

TUGAS-TUGAS GURU BERTUGAS UPSR 2018

1. Pastikan guru bertugas datang awal ke sekolah sebelum 30 minit peperiksaan bermula.
2. Guru bertugas mengambil Buku Laporan Guru Bertugas di pejabat.
3. Pastikan berada bersama calon di kawasan / tapak perhimpunan.
4. Mengenalpasti kesihatan calon.
5. Pastikan calon tidak membawa apa-apa dokumen ( nota,catatan dan sebagainya) ke dalam
dewan/bilik peperiksaan
6. Kenyataan Kemasukkan Peperiksaan ( KKP) tidak dibenarkan dibawa masuk ke dewan
peperiksaan.
7. Pastikan disiplin dan penampilan calon mematuhi peraturan sekolah.
8. Memberikan taklimat ringkas kepada calon.
8.1 Tugas dan tanggungjawab calon.
8.2 Dokumen yang perlu dibawa
8.3 Alat tulis yang dibenarkan untuk dibawa masuk.
8.4 Peraturan dan etika ketika dalam dewan peperiksaan.
8.5 Bahan atau dokumen yang dilarang dibawa masuk
8.6 Kes-kes salah laku
9. Memastikan calon perlu berada di dewan peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan.Seorang
guru bertugas dikehendaki berada di dalam bilik/ dewan peperiksaan utama untuk
menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi bagi menjadi saksi semasa proses semakan no.
pita keselamatan karung dan bungkusan kertas peperiksaan
10. Mendapatkan maklumat calon tidak hadir / laporan dari Ketua Pengawas 30 minit selepas
peperiksaan berlangsung diluar dewan/bilik peperiksaan.
11. Sentiasa berada di kawasan sekolah sepanjang waktu peperiksaan untuk menangani kes-kes
luar jangka seperti
i. Calon Hospital / Sakit tiba- tiba
ii. Mengurus / memastikan bilik rawatan / kuarantin sedia untuk digunakan
iii. Mengurus kebajikan calon
12. Bertanggungjawab menjaga dan mengawal calon yang keluar awal.
13. Membuat / menyediakan laporan harian dalam Buku Guru Bertugas
14. Memaklumkan kepada Ketua Pengawas mengenai kes-kes diluar jangkaan dengan kadar
segera contoh kemalangan, tahanan, sakit tiba-tiba, penyakit berjangkit, histeria, bergaduh dll

Anda mungkin juga menyukai