Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MENDAKI KEGEMILANGAN


SEMPENA MINGGU KEMERDEKAAN UBC USAS 2021

Pendahuluan
Bersempena mingu kemerdekaan negara pada tahun ini, buat julung kalinya bagi
USAS Bridge Centre (UBC) Universiti Sultan Azlan Shah, yang menyediakan tapak
pendidikan formal bagi para pelajar lepas tahfiz di Malaysia untuk menduduki SPM,
mencadangkan untuk mengadakan suatu program yang berunsurkan semangat patriotisme,
mencungkil bakat para pelajar dan memberikan suasana dan pendidikan semangat berpasukan
yang disebut dengan Pertandingan Mendaki Kegemilangan Sempena Minggu
Kemerdekaan UBC USAS 2021.
Setelah menghadapi hari-hari yang penuh akademik, unsur perkembangan insan yang
bersifat fizikal, mental dan emosi juga perlu bergerak seiring bagi membina pertumbuhan
manusiawi yang seimbang dalam banyak segi. Jesteru, antara pertandingan yang akan
dijalankan adalah seperti pertandingan memanah, pingpong, nasyid dan ghasidah, “the fallen
egg”, sajak dan pop kuiz kemerdekaan. Pertandingan ini akan diadili oleh para guru tuisyen
serta tutor dengan pertandingan mengikut perwakilan antara kelas-kelas pelajar UBC.
Objektif
1. Mendedahkan unsur-unsur ko-kurikulum kepada pelajar UBC USAS
2. Memberi ruang mencungkil dan menonjolkan bakat dan kemampuan di kalangan
pelajar UBC USAS.
3. Membina semangat sepasukan di kalangan pelajar UBC USAS.
4. Membina kembali semangat untuk bertanding dan terus berusaha untuk berjaya di
kalangan pelajar UBC USAS.
Nama Program
“Pertandingan Mendaki Kegemilangan Sempena Minggu Kemerdekaan UBC USAS
2021”
Modus Operandi
1. Pertandingan akan diadakan selama dua hari mengikut susunan masa dan SOP yang
sesuai di sekitar bangunan UBC Square USAS.
2. Setiap kelas akan menghantar wakil bagi setiap pertandingan:
i. Pimpong perseorangan (3 orang)
ii. Memanah berkumpulan (3 orang)
iii. Nasyid dan Ghasidah berkumpulan ( 6 orang)
iv. The Fallen Egg (3 orang)
v. Pop kuiz kemerdekaan berkumpulan (3 orang)
vi. Sajak kemerdekaan (duo) (2 orang)

1
3. Pemenang (wakil kelas) bagi setiap acara akan menyumbang mata untuk merebut
juara keseluruhan.
4. Para guru dan tutor akan mengurus dan mengadili setiap acara yang dipertandingkan.
5. Setiap pelajar akan mendapatkan samada sijil pencapaian dan sijil penyertaan.
6. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pada hari jumaat, jam 3.00 petang
yang akan dihadiri oleh pihak Dekan Jabatan Bahasa dan Asasi, serta Pegawai
Pengurusan UBC USAS.
Tarikh, Masa Dan Tempat
Tarikh : 2 dan 3 September 2021 (Khamis dan Jumaat)
Tempat : sekitar bangunan UBC
Masa : bermula jam 9 pagi
Majlis penutup : 3 September 2021 (Jumaat) Jam 3.00 petang
Belanjawan
Anggaran belajawan bagi keseluruhan program adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Jumlah
1. a. Pertandingan Pingpong :
 Johan RM15
 Naib Johan RM10
 Ketiga RM5
b. Pertandingan Memanah:
 Johan RM15
 Naib Johan RM10
 Ketiga RM5
c. Pertandingan Nasyid Dan Ghasidah:
RM30
 Johan
RM20
 Naib Johan
RM15
 Ketiga
d. Pertandingan “The Fallen Egg” RM15
 Johan RM10
 Naib Johan RM5
 Ketiga
e. Pertandingan Pop Kuiz Kemerdekaan
 Johan RM15
 Naib Johan RM10
 Ketiga RM5
f. Pertandingan Sajak Kemerdekaan
 Johan RM10
 Naib Johan RM8
 Ketiga RM5
g. Johan Keseluruhan (Hamper) RM50

2. Sijil Peserta RM50


3. Saguhati Guru Dan Tutor (RM10x 18) RM180
4. Saguhati Perasmi (RM20) RM20
5. Persiapan tempat, alatan pertandingan & rencam RM100
: Jumlah keseluruhan RM608 = RM600

2
Penutup
Diharap dengan penganjuran program melalui kertas kerja ini, memberi peluang dan
ruang buat para pelajar UBC USAS untuk ‘berehat’ minda sementara meneruskan marathon
pembelajaran SPM yang masih panjang. Kepada Allah SWT dikembalikan segala
pengharapan, usaha dan urusan serta hasilnya yang terbaik pasti dalam pengetahuan dan
hikmahNya jua.

Kertas kerja disediakan oleh:


Ustaz Mohd Fadhil Bin Mohd Sayuti
Guru Tuisyen (Pendidikakn Al-Quran Dan Sunnah)
Usas Bridge Centre,
Universiti Sultan Azlan Shah.

Anda mungkin juga menyukai