Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

TAHUN 2011 SK TAMAN TAMPOI UTAMA 20 OKTOBER 2011 8.30PG 5.00PTG

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TAHUN 2013

1.

MATLAMAT

Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. 2. OBJEKTIF 2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional. 2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengalaman sesama mereka. pengetahuan dan idea serta

2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif. 2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid. 2.5 Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama. 2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan. 2.7 Memperluaskan integrasi nasional. 3. PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH TAHUN 2013. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain. 3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional. 3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan dan negeri.

4.

PENYERTAAN 4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah.

4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang dan maksimum seramai 16 orang. 4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran. 5. PERSEMBAHAN 5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing. 5.2 Saiz kompang adalah dari 10 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalam pasukan). 5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit . 5.4 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana kompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter. 5.5 Irama adalah bebas. 5.6 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG. 5.7 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang sama sekali. 5.8 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan. 5.9 Nyanyian, Dikir atau arahan suara dalam persembahan tidak dibenarkan sama sekali. 5.10 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak dibenarkan. 5.11 Kompang wajib dimainkan sepanjang persembahan. 6. PAKAIAN 6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan. 7. SISTEM PERMARKAHAN

7.1 Markah dibahagikan seperti berikut : 7.1.1 a. b. c. d. e. Paluan Kompang : 15 markah : 15 markah : 10 markah : 10 markah : 10 markah

Gubahan Pola Irama (Kreativiti) Bentuk Paluan (Kreativiti) Kualtiti Ton Tempo Dinamik & Ekspresi Formasi

7.1.2 a. b. c. d.

Kreativiti Keseragaman Kesesuaian Gerakan dengan Paluan Ketrampilan

: 15 markah : 10 markah : 10 markah : 5 markah

7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1 di atas dan keputusan hakim adalah muktamad. 7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan ditolak bagi setiap minit selepas itu. 7.4 Persembahan yang melebihi 9 minit akan ditolak 10 markah.

BORANG PENDAFTARAN PESERTA PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2013

Sekolah

: __________________________________ No.KP Alamat Tel

Guru Pengiring Bil Nama 1 2 Peserta Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Nama

No.KP/SB

Alamat

Anda mungkin juga menyukai