Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012 1.

MATLAMAT Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. 2. OBJEKTIF
2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat

muzik tradisional. 2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka. 2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif. 2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid. 2.5 Mengamalkan semangat toleransi , berdisiplin dan bekerjasama. 2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan. 2.7 Memperluaskan intergrasi nasional. 3.
3.1

PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain. 3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional. 3.3 Pertandingan dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan. 4. PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah kerajaan dan

sekolah menengah bantuan kerajaan.


4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 dan

maksimum seramai 16 orang.


4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan

mestilah terdiri dari pelbagai kaum. (minimum 2 kaum). 5. PERSEMBAHAN 5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing. 5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci. (boleh dipelbagaikan dalam pasukan) 5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit. 5.4 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 2 minit. 5.5 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana kompang dari pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter. 5.6 Irama adalah bebas. 5.7 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG. 5.8 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.
1

5.9 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan. 5.10 Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan. 5.11 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah
tidak dibenarkan. 6. PAKAIAN 6.1. Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan. 7. 7.1 SKIMA PERMARKAHAN Markah dibahagikan seperti berikut : 7.1.1 Paluan Kompang a. b. c. d. e. f. Gubahan Pola irama (Kreativiti) Bentuk paluan Tempo Kualiti ton Paluan Statik Dinamik & Ekspresi : 15 markah : 10 markah : 10 markah : 10 markah : 10 markah : 5 markah

7.1.2 Formasi a. b. c. d.
7.2 Jika

Kreativiti Keseragaman Kesesuaian Gerakan dengan Paluan Ketrampilan

: 15 markah : 10 markah : 10 markah : 5 markah

terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1. di atas dan keputusan hakim adalah muktamad. ditolak bagi setiap minit selepas itu.

7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan

7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah 8.


8.1 8.2 8.3

HADIAH PEMENANG. Johan Naib Johan Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil. : Hadiah Iringan dan Sijil. : Hadiah Iringan dan Sijil.

TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN 9. HAL-HAL LAIN. Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.
2

Anda mungkin juga menyukai