Anda di halaman 1dari 6

1

e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Tarian Solo
Kertas Konsep

TUJUAN

Pertandingan Tarian Solo ini memberi pendidikan asas seni tari kepada murid-murid peringkat sekolah
rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa
sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

OBJEKTIF

1. Menggalak serta menarik minat murid mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
2. Mendedahkan murid kepada satu kaedah pembelajaran tari asli, zapin, joget, inang, tarian rakyat
negeri dan tarian etnik dengan keunikan budaya masyarakat di Malaysia.
3. Menggalakkan murid bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
4. Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.
5. Memperkembangkan bakat, kreativiti, daya komunikasi dan interaksi melalui pertandingan.
6. Memupuk disiplin dan semangat persaingan yang positif di kalangan murid.
7. Meningkatkan pencapaian markah murid dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) peringkat negeri.
8. Menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi.

RASIONAL

1. Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa
yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak luput ditelan zaman.
2. Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti murid dalam seni tari tradisional
dan tarian rakyat/etnik di Malaysia.
3. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan berdasarkan Akta
Pendidikan 1996, aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah.
4. Pencapaian markah kokurikulum bagi semua murid sekolah rendah (tahap dua) dan sekolah
menengah dinilai berdasarkan pencapaian markah PAJSK.

SASARAN PENYERTAAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan
SEKOLAH MENENGAH (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan berdasarkan kategori berikut :

KATEGORI A : Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3


KATEGORI B : Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
KATEGORI C : Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3
KATEGORI D : Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6

2. Penyertaan adalah secara individu.


3. Setiap murid hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja.

2
e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Tarian Solo
Kertas Konsep

FORMAT PERSEMBAHAN

1. Konsep tarian terbahagi kepada DUA kategori :

1.1 KATEGORI SEKOLAH RENDAH


SATU Tarian Etnik Sabah Kreatif

1.2 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH


SATU Tarian Tradisional Melayu Kreatif (Asli, Inang, Zapin atau Joget)

2. Setiap peserta WAJIB mempersembahkan satu tarian mengikut kategori masing-masing.


3. TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang menggugat sensitiviti
kaum dan agama.

MASA PERSEMBAHAN

1. Persembahan tarian hendaklah tidak kurang dari 2 minit dan tidak melebihi 3 minit.
2. Sebanyak 5 markah akan ditolak sekiranya durasi kurang atau melebihi had masa yang telah
ditetapkan.

PAKAIAN/AKSESORI/PROPS

1. Pakaian dan aksesori peserta hendaklah bersesuaian dan sopan.


2. Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

LAGU/MUZIK LATAR

1. Bagi Kategori Sekolah Rendah, lagu atau muzik latar yang digunakan boleh terdiri daripada
mana-mana lagu etnik yang sedia ada dan boleh dikreatifkan.
2. Bagi Kategori Sekolah Menengah, lagu atau muzik latar yang digunakan boleh terdiri daripada
lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal
tarian yang ditarikan dan boleh dikreatifkan.
3. Lagu atau muzik latar hendaklah menggunakan instrumental atau muzik yang mengandungi suara
dibenarkan.

MOD PROGRAM

1. Penyertaan peserta hendaklah dalam bentuk RAKAMAN VIDEO.


2. Tempoh klip video berdurasi 2 hingga 4 minit sahaja. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.
3. Sebanyak 5 markah akan ditolak sekiranya durasi melebihi had masa yang telah ditetapkan.
4. Kualiti video mestilah dalam tahap yang memuaskan untuk mengelakkan pemotongan markah.
5. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
6. Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan adalah tidak dibenarkan dipaparkan di
dalam video.

3
e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Tarian Solo
Kertas Konsep

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal atau asli dan terkini (tahun 2021). Penyertaan
akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak.
2. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik (upload) atau dikongsi (share) ke laman sosial
Facebook/Instagram/vlog/portal atau mana-mana laman web sebelum mendapat keputusan
rasmi daripada pihak penganjur. Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan.
3. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan video.
Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan.
4. Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti, promosi,
percetakan dan terbitan.
5. Pihak penganjur berhak MEMINDA mana-mana syarat dan peraturan jika perlu.
6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
7. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

PEMARKAHAN DAN ANUGERAH PENCAPAIAN

1. Kriteria pemarkahan:

1.1 Kategori Sekolah Rendah (Tarian Etnik) :


Koreografi = 30 markah
Teknik Tari dan Koordinasi Muzik = 25 markah
Busana dan Tatarias = 15 markah
Kesantunan = 10 markah
Pecahan Tari dan Pola Lantai = 10 markah
Teknikal & Sinematografi = 10 markah
Markah keseluruhan = 100 markah

1.2 Kategori Sekolah Menengah (Tarian Tradisional) :


Koreografi = 30 markah
Teknik Tari dan Koordinasi Muzik = 25 markah
Busana dan Tatarias = 15 markah
Kesantunan = 10 markah
Pecahan Tari dan Pola Lantai = 10 markah
Teknikal & Sinematografi = 10 markah
Markah keseluruhan = 100 markah

2. Pencapaian anugerah akan dinilai berdasarkan kepada markah berikut :

85 hingga 100 : Anugerah Emas


70 hingga 84 : Anugerah Perak
50 hingga 69 : Anugerah Gangsa
1 hingga 49 : Penyertaan

4
e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Tarian Solo
Kertas Konsep

3. Setiap murid akan menerima Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian Peringkat Negeri.
4. Sepuluh tempat teratas (Top 10) bagi setiap kategori akan menerima Sijil Pencapaian Kedudukan
Terbaik Peringkat Negeri.
5. Lain-lain anugerah pencapaian peringkat negeri.

TATACARA PENGHANTARAN KARYA

1. Rakaman video hendaklah di muat naik di laman sosial YouTube masing-masing bermula pada
10 Mac 2021 sehingga 10 April 2021 (Jam 12.00 malam).
2. Peserta akan mengambil link YouTube dan WAJIB mendaftarkan penyertaan secara online dengan
mengisi Google Forms berikut :
http://gg.gg/tariansolojpnsabah2021
3. Sila pastikan setiap link atau pautan YouTube karya masing-masing MUDAH diakses oleh pihak
penganjur.

PEMATUHAN SOP

Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid WAJIB mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

1. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat membuat saringan dan merekod suhu badan
terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Suhu badan yang mencapai atau melebihi
37.5 darjah celcius atau bergejala tidak dibenarkan meneruskan aktiviti.
2. Memastikan penjarakan sosial 1 meter antara individu dalam semua aktiviti sepanjang
pertandingan berlangsung.
3. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat kerap mencuci tangan menggunakan air dan
sabun atau hand sanitizer.
4. Memastikan lokasi pertandingan bersih dan selamat digunakan. Sanitasi perlu dilakukan sekiranya
terdapat kes positif COVID-19 di lokasi yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan daerah masing-
masing.

GARIS MASA PERTANDINGAN


BIL PERKARA TARIKH CATATAN
1. Pelancaran e-Bakat 2.0 9 Mac 2021 Secara langsung melalui YouTube SSTP JPN Sabah:
http://gg.gg/e-bakat_jpnsabah
2. Hebahan kepada semua 9 Mac 2021 http://bit.ly/e-BAKAT2021JPNSabah
sekolah
3. Pelaksanaan pertandingan 10 Mac—10 April 2021 Sekolah atau rumah masing-masing

4. Pendaftaran penyertaan 10 Mac—10 April 2021 Google Forms:


secara online http://gg.gg/tariansolojpnsabah2021
5. Penilaian juri peringkat 11 April—11 Mei 2021 Pihak JPN akan membuat penilaian peringkat negeri
negeri
6. Pengumuman keputusan 12 Mei 2021 Hebahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah
rasmi masing-masing

5
e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Tarian Solo
Kertas Konsep

PENILAIAN

1. Panel penilai dilantik oleh pihak penganjur semasa pertandingan ini berjalan.
2. Sistem penilaian adalah di bawah penyelarasan Unit Pengurusan Bakat Murid, Sektor
Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
3. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD.
4. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

1. EN. JAFFAR BIN HJ KUMAH


Pengerusi Teknikal Negeri Tarian Solo Sekolah Menengah
SM Lok Yuk, Kota Kinabalu (CF) Tel: 013-8397 030

2. PN. ZAINUN GRACE SUMPO


Pengerusi Teknikal Negeri Tarian Solo Sekolah Rendah
SK St. Joseph (M), Papar Tel: 019-8025 060

3. EN. IROET MARTENI @ IRWAN BIN HAMSAH


Pengerusi Teknikal Negeri Filem Pendek
SK Tampulan, Kota Kinabalu Tel: 014-3617 131

URUSETIA PERINGKAT NEGERI

ENCIK SAMTIAR HJ MANTAIR


Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Tel: 088-537010 ext. 7244
Alamat emel: kesenianjpnsabah@gmail.com

Follow Instagram Kesenian JPN Sabah


https://www.instagram.com/p/B_HC-SMlRS9/?igshid=i2yjty1wihbd

Like Facebook Page Pertandingan Nyanyian Solo Online JPN Sabah


https://www.facebook.com/kesenianjpnsabah/

Subscribe YouTube Kesenian JPN Sabah


https://www.youtube.com/c/KesenianJPNSabah

Anda mungkin juga menyukai