Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

TIK TOK PPDa

1. Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah


menengah. Penyertaan adalah percuma.
2. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
Penyertaan adalah secara individu.
3. Hanya logo Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk
diletakkan pada video.
4. Syarat Pertandingan
a. Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan
serta tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.
b. Karya hendaklah berteraskan tema “Gaya Hidup Sihat, Sayangi Diri”.
c. Elemen pendidikan pencegahan dadah, substan dan pelencongan sosial
perlu digayakan bagi menyampaikan mesej pencegahan.
d. Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal atau bebas hak cipta.
Jika mengguna pakai trek muzik komersial atau hak milik orang lain,
peserta perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak
berkenaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
e. Tik Tok yang dihasilkan dihadkan berdurasi 1-2 minit sahaja.
f. Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk
serta tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan,
tengkorak dan sebagainya.
g. Hakcipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun
penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program
pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan.
h. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.
i. Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur.
5. Penilaian Tik Tok PPDa akan dinilai mengikut kriteria seperti berikut :

Kriteria Markah
1. Tema 10 markah
2. Kreativiti 40 markah
3. Kualiti dan keaslian 40 markah
4. Persembahan 10 markah
5. Kebolehtularan 10 markah
JUMLAH 100 markah

6. Cara Penyertaan

a. Semua video untuk dipertandingkan perlu dimuatnaik ke dalam


akaun Tik Tok peserta.
b. Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai seorang guru pembimbing.
Guru pembimbing berperanan membimbing murid supaya hasil karya
menepati syarat dan kriteria serta tiada unsur negatif.
c. Akaun Tik Tok perlu ditetapkan “open public”.
d. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2021.

7. Cara Penghantaran

a. Penghantaran adalah kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.


Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
b. Jabatan Pendidikan Negeri dikehendaki menghantar satu wakil rendah dan
menengah kepada urus setia Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15
Oktober 2021.
c. Bagi penyertaan ke peringkat kebangsaan pihak JPN perlu menghantar link
Tik Tok kepada urus setia KPM melalui makluman dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai