Anda di halaman 1dari 2

TERMA DAN SYARAT

PERTANDINGAN MEDIA PENDIDIKAN


2019
(Kategori Videografi)

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan adalah TERBUKA kepada semua pelajar sekolah Menengah
dan Rendah negeri Perlis.
2. Tempoh pertandingan ini adalah bermula dari 15 September hingga 15
Oktober 2019.
3. Tema pertandingan adalah “Tutorial”.

B. FORMAT PERTANDINGAN
4. Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang diberikan.
5. Penyertaan adalah dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

D. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN


6. Penyertaan adalah percuma.

7. Penyertaan boleh dikemukakan secara individu/kumpulan ( tidak melebihi 2


orang).

8. Video yang dihasilkan mesti TIDAK MELEBIHI durasi yang ditetapkan iaitu:-
TIDAK MELEBIHI 5 minit termasuk kredit.
9. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi setiap
peserta hanya layak menangi satu hadiah sahaja.
10. Setiap video adalah merupakan hasil karya sendiri.
11. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati video yang
dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan serta-
merta.

12. Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada


menggunakan telefon pintar/perakam video untuk menghasilkan video di
mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-
masing adalah dibenarkan.

13. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos


ataupun kerugian yang ditanggung oleh perserta.

14. Format video yang ditetapkan adalah Full HD 1920X1080, File MP4 Audio
Stereo.
15. Setiap penyertaan hendaklah dimuat turun ke dalam DVD dan dihantar
kepada Urusetia dengan:
17.1 Borang Penyertaan; dan
17.2 Salinan setiap video yang dihasilkan.

E. TUNTUTAN HAK CIPTA

16. Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik penganjur.

17. Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar,


mengedar,menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil
karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media
yang lain atau media sosial untuk tujuan penganjur. Video yang digunakan
akan dikreditkan kepada pemilik karya.

F. KRITERIA PENGHAKIMAN

18. Keseluruhan video pendek yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut
kriteria dan pecahan skema pemarkahan yang berikut:
i) Idea = 20 markah
ii) Kreativiti = 20 markah
iii) Kesesuaian dengan tema = 20 markah
iv) Kualiti ( gambar dan audio ) = 20 markah
v) Kesinambungan Penceritaan = 20 markah
100 markah

19. Semua keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang perbincangan


atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

20. Pengumuman pemenang serta majlis penyampaian hadiah akan di adakan


pada Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2019 yang akan di maklumkan
kelak.

G. TARIKH TUTUP PERDAFTARAN


21. Semua penyertaan hendaklah dihantar selewatnya pada 15 Oktober 2019 jam
4.00 petang.

H. ALAMAT URUS SETIA :


Urusetia Pertandingan Media Pendidikan 2019
Unit Media dan Inovasi Pendidikan,
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Perlis, Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis.
Tel. : 04-9761703
( U.P. Pn. Shafini bt Ghazali )

Anda mungkin juga menyukai