Anda di halaman 1dari 4

SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN TARIAN ETNIK SARAWAK KREATIF

Sempena

e-KARNIVAL PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK

ANJURAN:
PSKPP CAWANGAN IBU PEJABAT

Tarikh Pelaksanaan:

Perkara Tarikh
Pelaksanaan di peringkat cawangan/ Daerah 11 Okt – 11 Nov 2021
Penilaian dan pendaftaran peserta yang mewakili 12 – 18 Nov 2021
cawangan/ daerah
Pertandingan dan pendaftaran peringkat negeri 19 – 24 Nov 2021
Tarikh tutup pendaftaran di peringkat negeri 25 Nov 2021
Hasil karya kena sampai ke urus setia pada atau
sebelum
Penilaian di peringkat negeri 26 Nov – 5 Dis 2021
Pengumuman keputusan dan majlis penutupan 16 Disember 2021

Penyelaras
Grace Sim Kai Luan
013-8819669
1. Matlamat
Mencungkil bakat serta menunjukkan kreativiti warga pendidik dalam bidang tarian serta
memelihara kebudayaan unik di Sarawak.

2. Objektif
2.1 Menyediakan satu platform untuk warga pendidik menunjukkan dan mengembangkan
bakat mereka dalam bidang tarian.
2.2 Membentuk jati diri dan membentuk keyakinan warga pendidik melalui tarian
2.3 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi

3. Tatacara Pengurusan dan Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan


3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PSKPP yang berdaftar pada tahun
semasa dengan cawangan daerah masing-masing.
3.2 Penyertaan di peringkat daerah adalah terbuka dan bilangan penyertaan adalah
bergantung kepada pengurusan PSKPP cawangan masing-masing.
3.3 Pertandingan dijalankan secara SOLO dalam DUA (2) KATEGORI iaitu :
3.3.1 Kategori A : Lelaki individu
3.3.2 Kategori B : Wanita individu.
3.4 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
3.5 Satu peserta terbaik bagi setiap kategori sahaja yang akan mewakili cawangan
masing-masing ke peringkat negeri.
3.6 Segala kos penyertaan pertandingan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
3.7 Kesemua video penyertaan adalah hak milik penganjur dan penganjur berhak
mengguna pakai video bagi tujuan promosi dan komersial tanpa meminta kebenaran
daripada peserta.
3.8 Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar,
menyunting dan menayang pada skrin mana-mana video yang menang atau tidak di
laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan
pengajur.

4. Format Persembahan dan Penyertaan


4.1 Penyertaan berdasarkan penghantaran satu rakaman video yang mempersembahkan
sebuah Tarian Etnik / Kaum Kreatif di Sarawak;
4.2 Penyertaan adalah secara solo iaitu hanya seorang peserta sahaja mewakili setiap
kategori;
4.3 Ragam asal tari boleh dikekalkan, diperbesarkan dan diolah mengikut kesesuaian;

2
4.4 Rakaman video hendaklah dimuatnaik ke Youtube, dan wajib “unlisted”. Link Youtube
sahaja yang akan dihantarkan semasa pendaftaran di sistem SMIS yang disediakan
oleh pihak urus setia. Fail video perlu dinamakan dengan format : NAMA
CAWANGAN PSKPP_KATEGORI LELAKI/WANITA_NAMA PESERTA_TAJUK
PERSEMBAHAN.
4.5 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah dan yang boleh
menggugat sensitiviti kaum dan agama.
4.6 Semua pendaftaran adalah melalui dalam talian, dan semua butiran pendaftaran
WAJIB diisi dengan betul dan lengkap.
4.7 Pendaftaran peserta dan link video penyertaan yang mewakili cawangan masing-
masing perlu dimuatnaik ke sistem SMIS yang disediakan oleh pihak urus setia.

5. Lagu / Muzik Iringan


5.1 Lagu atau muzik iringan yang digunakan boleh terdiri daripada mana-mana lagu kaum
/ etnik / tradisional yang sedia ada. Gubahan muzik baharu juga dibenarkan asalkan
ianya mengekalkan irama dan rentak asal tarian tersebut.
5.2 Lagu atau muzik iringan boleh berbentuk instrumental atau muzik yang mengandungi
suara.
5.3 Lagu atau muzik iringan mestilah dipasang dan dirakam secara langsung semasa
rakaman tarian dijalankan.
5.4 TIDAK DIBENARKAN membuat suntingan lagu atau muzik iringan dalam rakaman
(insert audio).

6. Masa Persembahan
6.1 Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap video adalah tidak kurang dari 2
minit dan tidak melebihi 5 minit (termasuk montaj persembahan)

7. Pakaian / Aksesori / Props


7.1 Pakaian dan aksesori penari hendaklah bersesuian dan sopan.
7.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

8. Format Rakaman
8.1 Video rakaman TIDAK BOLEH disunting. Penggunaan ‘green screen’ adalah tidak
dibenarkan.
8.2 Rakaman hendaklah dalam bentuk format MP4 dengan minima 720P dan maksima
1080P secara rakaman pegun dan view landskap.

3
8.3 Rakaman perlu dijalankan di lokasi keberadaan masing-masing mengikut Standard
Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dan keselamatan adalah diutamakan sepanjang latihan dan rakaman video dijalankan.

9. Pemarkahan
Kriteria Markah
Gerakan Tari dan Komposisi 40 markah
Kreativiti dan koordinasi muzik 30 markah
Kesantunan 10 markah
Busana dan tatarias 10 markah
Kualiti rakaman audio dan video 10 markah

10. Penghakiman
10.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan dari Unit
Pembangunan Bakat Murid, SPbM, JPN Sarawak.
10.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

11. Hadiah / Sijil


Sijil penyertaan peringkat negeri akan diberi kepada semua peserta peringkat negeri.
Hadiah dan sijil pencapaian kepada pemenang adalah seperti berikut:
Bil Pencapaian Sijil dan Hadiah
1 Johan Piala dan sijil pencapaian
2 Naib johan Piala dan sijil pencapaian
3 Tempat ketiga Piala dan sijil pencapaian
4 Tempat ke-4 sehingga ke-10 Medal dan sijil pencapaian

Anda mungkin juga menyukai