Anda di halaman 1dari 194

NILAI MORAL DALAM CERPEN KARYA P.

SUNDARAPANDIAN

MOHANA A/P MUNUSAMY

TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH


IJAZAH SARJANA SASTERA (KESUSASTERAAN TAMIL)
(MOD PENYELIDIKAN)

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2018
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneliti nilai moral, penggunaannya dalam gaya
kepengarangan dalam kumpulan cerpen P. Sundarapandian. Analisis kajian ini
tertumpu kepada 20 buah cerpen beliau yang dipilih daripada kumpulan cerpen
berjudul Tirunti Vā Makaṉe, Ōḷi Pirantatu, Veṟṟi Niccaya dan Vāḻa Niṉaittāl
Vāḻalam. Pendekatan kajian adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah
kepustakaan dan analisis teks berdasarkan Teori Moral Aristotle. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat 13 nilai moral dan lima (5) tujuan penggunaan nilai
moral dalam cerpen yang dikaji. Kajian ini juga menunjukkan pengarang merupakan
seorang pengarang yang unik dalam menghasilkan cerpen-cerpen yang menonjolkan
nilai-nilai moral. Kesimpulanya, kajian ini menunjukkan bahawa watak dalam
kepengarangan P. Sundarapandian membicarakan nilai moral berkaitan dengan isu-
isu dalam kehidupan. Implikasi daripada kajian ini, cerpen beliau sesuai dijadikan
sebagai bahan bacaan umum.
vi

MORAL VALUES IN THE SHORT STORY BY P.SUNDARAPANDIAN

ABSTRACT

The purpose of the research is to identify moral values, analyze the use of moral
values and the authorship of P.Sundarapandian’s short stories. The analysis of this
research focuses on 20 short stories selected from four anthologies entitled Tirunti Vā
Makaṉe, Ōḷi Pirantatu, Veṟṟi Niccaya and Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam and Vāḻa Niṉaittāl
Vāḻalam. The qualitative approach, namely library method and text analysis method
encompassing moral theory of Aristotle was used to carry out this research. The
findings show that there are 13 moral values and five purpose of using the moral
values are used appropriately in these short stories. This research also shows
P.Sundarapandian is a unique author in producing short stories that highlight moral
values. Conclusion of this study proves that the characters in the authorship of the
writers describe a lot of moral values in daily life. The implication of this study shows
that his short stories are suitable for general reading.
vii

KANDUNGAN

Muka Surat

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN ii

PENGESAHAN PENYERAHAN TESIS iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

TRANSLITERASI xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 14

1.5 Soalan Kajian 15

1.6 Kepentingan Kajian 15

1.7 Batasan Kajian 16

1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Nilai Moral 18


viii

1.8.2 Cerpen 20

1.9 Kesimpulan 24

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 25

2.2 Kajian-kajian Lepas 26

2.3 Kesimpulan 39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 42

3.2.1 Kerangka Kajian 43

3.3 Kaedah Kajian 45

3.3.1 Kaedah Kajian Kepustakaan 45

3.3.2 Kaedah Analisis Teks 46

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 47

3.5 Teori Kajian 48

3.5.1 Teori Moral 49

3.5.2 Aplikasi Teori Moral Dalam 54


Cerpen-Cerpen Kajian

3.6 Kesimpulan 56
ix

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 57

4.2 Mengenal pasti nilai moral yang terkandung dalam


cerpen karya P.Sundarapandian 58

4.2.1 Kepercayaan kepada Tuhan 58

4.2.2 Baik hati 65

4.2.3 Bertanggungjawab 72

4.2.4 Keadilan 81

4.2.5 Kasih sayang 83

4.2.6 Kerajinan 85

4.2.7 Keberanian 90

4.2.8 Kerjasama 93

4.2.9 Bertoleransi 96

4.2.10 Kesederhanaan 99

4.2.11 Kejujuran 101

4.2.12 Berterima kasih 103

4.2.13 Hemah tinggi 106

4.2.14 Kesimpulan 108

4.3 Menganalisis tujuan penggunaan nilai moral dalam


Cerpen karya P.Sundarapandian. 111
x

4.3.1 Menyampaikan amanat 113

4.3.1.1 Mengajak ibubapa sedia


berkorban 113

4.3.1.2 Anak perlu menghargai jasa ibubapa 117

4.3.1.3 Menjadi sahabat yang prihatin 119

4.3.1.4 Menyemai amalan jimat cermat 121

4.3.2 Memaparkan masalah sosial 123

4.3.2.1 Menjauhi diri daripada gejala


penyalahgunaan Dadah 124

4.3.2.2 Membanteras jenayah 128

4.3.2.3 Menjauhi diri daripada gejala


minum arak 131

4.3.3 Menyemai nilai-nilai murni 136

4.3.3.1 Masyarakat perlu bersifat


tolong-menolong 136

4.3.3.2 Memiliki sifat kasih sayang


terhadap keluarga 138

4.3.3.3 Yakin bahawa Tuhan akan


melindungi kita 139

4.3.4 Sabar menghadapi pelbagai cabaran 142

4.3.5 Ketabahan membawa kejayaan 144

4.3.6 Kesimpulan 145


xii

4.4 Mengkaji kepengarangan P.Sundarapandian. 147

4.4.1 Penglibatan dalam dunia kreatif 148

4.4.2 Kepengarangan P.Sundarapandian 150

4.4.3 Cerpen menjadi pilihan awal 153

4.4.4 Gaya penulisan dan pemikiran 154

4.4.5 Anugerah-anugerah yang diperolehinya 158

4.5 Kesimpulan 159

BAB 5 RUMUSAN

5.0 Pengenalan 161

5.1 Analisis dapatan kajian 162

5.1.1 Mengenal pasti nilai moral yang


terkandung dalam cerpen karya
P.Sundarapandian 162

5.1.2 Menganalisis tujuan penggunaan nilai


moral dalam cerpen karya
P.Sundarapandian. 165

5.1.3 Menganalisis kepengarangan


P.Sundarapandian. 167

5.2 Cadangan 170

5.3 Penutup 174

RUJUKAN 180
xiii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka Surat


1.1 Senarai cerpen-cerpen karya P.Sundarapandian 17

4.1 Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam 59


Cerpen Karya Sundarapandian.P.

4.2 Nilai Baik Hati Dalam Cerpen Karya 65


Sundarapandian
4.3 Nilai Bertanggungjawab Dalam Cerpen Karya 73
Sundarapandian. P.

4.4 Nilai Keadilan Dalam Cerpen Karya 81


Sundarapandian.P.

4.5 Nilai Kasih Sayang Dalam Cerpen Karya 83


Sundarapandian.P.

4.6 Nilai Kerajinan Dalam Cerpen Karya 86


Sundarapandian.P.

4.7 Nilai Keberanian Dalam Cerpen Karya 90


Sundarapandian.P.

4.8 Nilai Kerjasama Dalam Karya 94


Sundarapandian.P.

4.9 Nilai bertoleransi dalam cerpen karya 96


Sundarapandian.P.

4.10 Nilai Kesederhanaan Dalam Cerpen Karya 100


Sundarapandian.P.

4.11 Nilai Kejujuran Dalam Cerpen Karya 102


Sundarapandian.P.

4.12 Nilai Berterima Kasih Dalam Cerpen Karya 104


Sundarapandian.P.

4.13 Nilai Hemah Tinggi Dalam Cerpen Karya 107


Sundarapandian.P.
xiv

4.14 Senarai Nilai Moral Dalam Kumpulan Cerpen 108


P.Sundarapandian Yang Dikaji.

4.15 Bilangan Nilai Moral Dalam Kumpulan Cerpen Yang 110


Dikaji.

4.16 Jumlah Penagih Mengikut Kelulusan Akademik, 125


2010-2016

4.17 Senarai Tujuan Amalan Nilai Moral Dalam 146


Kumpulan Cerpen Yang Dikaji.

5.1 Bilangan Nilai Moral Dalam Kumpulan Cerpen 163


Yang Dikaji

5.2 Senarai Tujuan Amalan Nilai Moral Dalam 165


Kumpulan Cerpen Yang Dikaji.
xv

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat

1 Kerangka Kajian 44
2 Kerangka Teori 53
xvi

SENARAI SINGKATAN

ADK Anti Dadah Kebangsaan

DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

MAGERAN Majlis Gerakan Rakyat

MIC Malaysian Indian Congress

MIED Maju Institute of Education Development

PJK Pingat Jasa Kebaktian

PPN Pingat Pangkuan Negara

PPT Pingat Pekerti Terpilih

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

USM Universiti Sains Malaysia


xvii

TRANSLITERASI TAMIL

Penggunaan translitersi nama-nama dan istilah-istilah Tamil melalui bahada


Melayu adalah berdasarkan kepada Sistem Transliterasi yang digunakan dalam Tamil
Culture. Berikut adalah dasar-dasar kepada transliterasi huruf-huruf Bahasa Tamil
yang digunakan.

VOKAL

அ : a உ : u ஐ : ai
ஆ : ā ஊ : ū ஒ : o
இ : i எ : e ஓ : ō
ஈ : ī ஏ : ē ஔ : au

KONSONAN

க் : k ங் : ṅ ய் : y
ச் : c ஞ் : ñ ர் : r
ட் : ṭ ண் : ṇ ல் : l
த் : t ந் : n வ் : v
ப் : p ம் : m ழ் : ḻ
ற் : ṟ ன் : ṉ ள் : ḷ

SANSKRIT

ஜ் : j ஸ் : s
ஷ் : ṣ க்ஷ
் : kṣ
ஹ் : h
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kesusasteraan merupakan suatu wadah atau ekspresi hidup yang amat penting kerana

termuat dengan nilai murni yang dijadikan alat untuk menyempurnakan kehidupan

manusia seharian. Karya sastera seperti novel, cerpen, pantun, syair, sajak dan cerita

rakyat jelas mencerminkan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh manusia dan telah

memulakan tradisi penerapan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Sastera moden

melalui hasil karya cerpen dan novel turut menyambunkan tradisi tersebut dengan

menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Penulisan dan penciptaan cerpen

ialah satu ciptaan dan serlahan pengucapan bertulis yang indah membicarakan tentang

sesuatu hal dan kejadian (Roslan, 2007).


2

Sastera ialah alat yang bertujuan untuk mempertajamkan pandangan dan

pemikiran manusia terhadap hidupnya, memperkayakan jiwa manusia dan

meninggikan tingkat peradaban manusia. Cerpen merupakan genre kesusasteraan

moden yang mempunyai kelebihan tersebut. Pengaruh bahasa dan sastera Tamil di

rantau ini menjangkau ke suatu jangka masa yang panjang. Warisan kebudayaan

masyarakat tempatan diwarnai dengan budaya India selepas kedatangan pengaruh

agama Hindu-Buddha dan pedagang-pedagang India pada abad kedua Masihi.

Walaupun begitu, impak pengaruh India lebih ketara setelah penghijrahan masyarakat

India ke Tanah Melayu mulai abad ke-18 dan majoritinya terdiri daripada kumpulan

buruh dari India Selatan (Seiva Subramaniam, 2009).

Kesusasteraan ialah ekspresi terhalus masyarakat yang mencerminkan

kehidupan berlandaskan Agam (Dalaman-mental) dan Puram (Luaran-fizikal) yang

meliputi nilai kecintaan, kemanusiaan, kebudayaan, kesenian, kebendaan dan

kehidupan semasa sesuatu bangsa. Menurut penyair Tamil teragung, Barathiyar,

kesusasteraan adalah merupakan sesuatu yang dinamik yang perlu berubah mengikut

peredaran zaman. Menurut beliau, karya sastera mesti dalam bentuk yang mudah,

indah dan bermakna (Kunaseelan, 2009).

Kesusasteraan ialah cerminan pemikiran dan perasaan sesebuah masyarakat

yang dijalinkan dengan bahasa yang indah. Keindahan hasil kesusasteraan dapat

memukau deria rasa dan perasaan serta mempengaruhi minda pendukungnya. Setiap

bangsa di muka bumi ini pasti mempunyai kesusasteraannya yang asli, sejati dan

tersendiri. Namun begitu, segala-galanya pasti bermula daripada tradisi pertuturan


3

atau lisan, kemudian berkembang kepada kemahiran menulis dan kini kesusasteraan

sudah menempa nama dalam ruang siber (Roslan, 2007).

Hashim Awang (1972) mengatakan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni

yang disampaikan melalui bahasa. Sastera yang dituturkan disebut sastera lisan dan

yang ditulis disebut sastera tulisan. Selain itu, sastera juga memiliki keindahan dari

aspek isi atau gaya pengucapannya. Beliau berpendapat perkataan “ susastera” itu

dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu “su” dan “sastera.” Su dikatakan membawa

maksud indah, baik dan lebih berfaedah. Sastera pula membawa maksud huruf atau

buku. Secara amnya, dapat dikatakan bahawa “kesusasteraan” membawa maksud

kumpulan buku yang indah bahasa dan baik isinya.

Karya-karya sastera melambangkan perasaan dan kreativiti penciptanya yang

peka terhadap keperluan semasa, keadaan persekitaran dan pengetahuan kreatif yang

memang sudah sedia ada dalam dirinya lantaran minat yang mendalam dalam bidang

kesusasteraan. Setiap hasil karya sudah pasti akan mengandungi pelbagai pengajaran,

amanat, persoalan, nasihat dan sebagainya untuk tatapan dan renungan para pembaca.

Mesej yang hendak disampaikan oleh para pengkarya adalah berfokus kepada nilai-

nilai murni sejagat, tidak kira sama ada pengkarya itu dalam kalangan penulis lelaki

atau perempuan (Roslan, 2007).

Menurut Zaliha Sharif (1993), perkataan „kesusasteraan‟ dalam Bahasa

Melayu sama pengertiannya dengan literature dalam Bahasa Inggeris. Istilah

kesusasteraan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit disebut „sastra‟

yang bererti kitab suci ataupun buku petunjuk. Segala yang tertulis bernilai seni dan
4

estetik serta dan diiringi dengan maksud yang menjadi panduan, petunjuk dan

pengajaran itu adalah disebut kesusasteraan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Sastera merupakan suatu unsur seni yang memaparkan kisah manusia secara teratur.

Genre-genre ini menjadi panduan yang teratur untuk mencerminkan kebudayaan

masyarakat serta alat memperlihatkan aliran pemikiran sesuatu masyarakat. Sastera

juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti bagi mewujudkan dokumen-dokumen rasmi

yang mengisahkan sejarah sesebuah masyarakat. Para pengkaji antropologi dan

sosiologi menitikberatkan bahan sastera sebegini sebagai bukti untuk memaparkan

sosiobudaya sesebuah masyarakat (Jesuthas, 2010).

Menurut Kartigesu, R. (1978:4), sastera Tamil merupakan suatu aliran sastera

yang paling tua di dunia ini. Karya-karya Tamil yang berusia lebih daripada 2000

tahun, kini dianggap sebagai sastera yang matang. Kaum Tamil di negara ini menjadi

waris kepada tradisi sastera yang kaya ini.


5

Genre cerpen merupakan penulisan kreatif yang meluas. Menurut

Subramaniam, N. (1980:3),

The short story emerged as a new literacy


genre in the last few decades of the nineteen
century and from that day it has shown a
more surprising and steady development
than any other literacy form.It is the latest
addition to the body of imaginative writing.

Subramanian, N merumuskan bahawa cerita pendek muncul sebagai genre

sastera baru pada beberapa dekad akhir abad kesembilan belas. Sejak itu, cerita

pendek telah menunjukkan perkembangan yang mantap dan mengaumkan

berbanding dengan genre lain. Genre ini merupakan tambahan terbaru kepada

penulisan imaginatif.

Zaman permulaan cerpen Tamil di Malaysia agak sukar untuk ditentukan.

Mengikut C.V.Kuppusamy pula, cerpen-cerpen Tamil sudahpun tersiar dalam

akhbar-akhbar Tamil dalam lingkunan tahun 1930-an. Ketika itu, majalah

Munnetram serta surat khabar seperti Tamil Murasu, Tamil Nesan dan Malai Nadu

termuat dengan cerpen-cerpen Tamil (Kartigesu, R. 1978:3).

Pada penghujung tahun 1930-an, tiga lagi cerpen Tamil telah diterbitkan oleh

sebuah majalah bulanan yang berjudul Cinhthaman:i. Cerpen-cerpen yang diterbitkan

ialah Pe:racai Peru Nhasht:am karya S.Sadhasivam, Kamala:mpikaiyin Kan:aku

oleh V.Balamamal dan Rangakanin Rakaciya Ceyal karya Srimathi S.R.A

(Baskaran, N. 1995).
6

Berdasarkan pernyataan tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa tradisi

penulisan cerpen Tamil di Malaysia bermula sejak tahun 1930-an. Perkembangan

cerpen telah membawa wadah baru untuk kesusasteraan Tamil di Malaysia. Selepas

melalui suatu tahap perkembangan yang agak lembab pada peringkat awal, cerpen-

cerpen Tamil di Tanah Melayu mula menunjukkan tahap kematangan pada tahun

1950-an dan terus berkembang dengan agak pesat mulai tahun 1960-an sehingga

sekarang. Dalam konteks ini, karya cerpen Tamil pertama di Malaysia telah

dihasilkan oleh Ve.Sinniah Pillai. Kumpulan cerpen beraneka ragam beliau berjudul

Navaraca Katai Mañcari: Ivai Iṉiya Karuppitta Kataikaḷ yang mengandungi lima

buah cerpen ialah karya cerpen Tamil yang pertama memberi laluan kepada

perkembangan genre cerpen dalam kesusasteraan Tamil di Malaysia (Subramaniam,

N. 1980:4).

Selain itu, perasaan cinta terhadap bahasa, budaya dan bangsa yang tercetus

selepas Perang Dunia Kedua merupakan faktor utama perkembangan karya sastera

kreatif Tamil di Tanah Melayu. Walaupun pengaruh peradaban India telah pun

dikesan sejak kurun dua Masihi lagi, namun perkembangan sastera Tamil yang tulen

mula di negara ini hanya dengan kehadiran golongan buruh India yang

kebanyakannya terdiri daripada kaum Tamil (Dhandayudham, 1983:114).

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, penulis-penulis cerpen Tamil

berusaha mencapai satu identiti yang tersendiri. Cerpen-cerpen Tamil mula mengatur

suatu langkah baru, iaitu menghasilkan cerpen-cerpen yang berlatar belakangkan

Tanah Melayu. Pada tahun 1958, satu pertubuhan penulis dengan nama Persatuan

Penulis-Penulis Tamil Malaya telah berjaya ditubuhkan. C.V.Kuppusamy menjadi


7

pengerusi dan S.V.Veluswamy menjadi setiausaha persatuan tersebut (Karthigesu, R.

1979:25).

Dunia cerpen Tamil Malaysia juga mengalami perubahan-perubahan dalam

aspek sejarah serta struktur. Menurut R.Kartigesu, (1973:74-76),

The field of Malaysia Tamil Short stories has


had bright signs of growth and matuarity in
the last few years.If one compares the form,
contents and style of Tamil short stories of
today to those of the fifties when it really
began to take a shape, the growth and
matuarity seems to be significant.

Berdasarkan pernyataan di atas, beliau berpendapat bahawa bidang cerpen

Tamil Malaysia menunjukkan tanda-tanda baik dari segi pertumbuhan dan

kematangan dalam beberapa tahun belakangan ini. Jika seseorang membandingkan

bentuk, kandungan dan gaya cerpen Tamil hari ini dengan penulis-penulis tahun 50-an

yang benar-benar mula mengambil bentuk, pertumbuhan dan kematangan merupakan

aspek yang penting.

Zaman pendudukan Jepun memberi nafas baru kepada perkembangan

kesusasteraan Tamil di Tanah Melayu. Karya sastera, khasnya cerpen-cerpen Tamil

secara simbolik telah digunakan untuk membangkitkan semangat perjuangan dan

perpaduan. Zaman Jepun merintis jalan ke arah perkembangan sastera yang lebih

meyakinkan dengan tema-tema berunsur politik, sosial dan ekonomi yang berlatar

belakangkan negara ini. Antara penulis yang aktif menghasilkan karya pada zaman

Jepun ialah C.V. Kuppusamy, Hameed Kalanjiam, Na.Palanivelu, Saetimogan, Pandid


8

Arumugam, Aathi Nagappan, Jeyamani, K.P. Subbiah dan Thillaigany (Baskaran.

N.1995).

Kebanyakan karya pada sekitar tahun 1960-an ini berasaskan „sastera yang

berbau tanah air‟. Penulis-penulis yang diresapi semangat kebangsaan pada zaman

pascamerdeka ini, berusaha menghasilkan karya bercorak Malaysia. Pada tahun 1962,

Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan menganjurkan Persidangan Penulis-

Penulis Malaya di Singapura. Cerpenis Tamil tempatan turut menyertai persidangan

itu. Penulis- penulis Cina dan India berpendapat bahawa kesusasteraan Malaya ialah

karya-karya yang dihasilkan dalam sebarang bahasa yang digunakan di negara ini serta

membawa ciri-ciri negara ini (Subramaniam, N. 1978:4).

Pada sekitar tahun 1970-an, tema-tema dalam hasil karya cerpen lebih ke

arah persoalan sosial yang membicarakan latar kehidupan masyarakat sosial yang

celik akan taraf kehidupan mereka. Seterusnya, kehadiran Dhandayudham pada tahun

1970-an telah membawa perkembangan pesat dalam bidan sastera Tamil moden di

Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian India,

Universiti Malaya. Ketika itu, beliau telah merangsangkan minat golongan graduan

dan masyarakat umum terhadap bidang penulisan Tamil lalu melahirkan banyak

penulis muda yang ingin berkecimpung dalam bidang kesusasteraan Tamil. Bidang

penulisan cerpen Tamil mula melangkah ke alaf baru kerana berusaha menerapkan

idea dan teknik semasa dalam bidang penulisan. Di samping itu, badan-badan

kesusasteraan, akhbar-akhbar dan orang perseorangan turut memainkan peranan

penting dalam perkembangan bidang sastera, terutama genre cerpen pada era ini.
9

Masalah-masalah yang dihadapi masyarakat sering dijadikan sebagai bahan

cerita oleh pengarang. Biasanya, apa-apa yang terjadi dalam lingkungan sosial di

sekitar pengarang menjadi gagasan atau idea pokoknya. Seseorang penulis

menggabungkan idea tersebut dengan daya imaginasi untuk melahirkan karya

sasteranya. Cerpen dapat mengambil sesuatu isu yang sedang berkembang dalam

kehidupan kemasyarakatan sebagai idea atau tema. Idea atau tema yang ada dalam

sebuah cerpen adalah beragam dan berunsurkan moral.

Penulis kreatif akan menghasilkan cerpen-cerpen dengan menggunakan

metafora yang segar. Dengan kata lain, setiap penulis mencipta cerpennya dengan

tujuan untuk membawa para pembaca memahami dan mengalami sesuatu kehidupan

serta menyerapkan unsur moral agar menyedari sesuatu situasi itu untuk difikirkan

bersama.

Di negara kita Malaysia, bumi subur lagi bertuah ini mempunyai ramai penulis

yang berbakat dan berwibawa. Dalam barisan cerpenis Tamil Malaysia,

P.Sundarapandian merupakan penulis yang banyak menghasilkan cerpen yang telah

disiarkan dalam akhbar-akhbar tahun 1990-an. Beliau ialah pemberita akhbar Tamil

Nesan yang mempunyai bakat dan berjiwa sosial. Pada tahun 1992, beliau telah

menerbitkan koleksi cerpen yang berharga yang menekankan semangat berdikari

dalam kalangan masyarakat India.


10

P.Sundarapandian yang mendapat sanjungan tinggi dalam bidang penulisan

cerpen, sentiasa mengutamakan isu-isu semasa yang dapat memupuk kesedaran dan

meransangkan pembangunan individu dan masyarakat. Beliau berpandangan bahawa

sesuatu karya yang dikatakan sebagai bahan sastera wajar menerapkan nilai moral.

Oleh itu, peranan dan kepentingan sastera ,terutama cerpen, kepada masyarakat tidak

pernah terhakis ditelan arus perubahan zaman malah masih diminati ramai sehingga

kini.

Cerpen ialah tempat beliau mencurahkan segala pergolakan isi hatinya dan

menerapkan nilai moral kepada pembaca. Keunikan dan keindahan dalam penggunaan

kata-kata oleh cerpenis P.Sundarapandian menyebabkan cerpen-cerpennya diminati

ramai dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada para pembaca. Dalam cerpen-

cerpen beliau, terdapat susunan kata-kata yang indah, ringkas dan padat dengan

mesej-mesej moral untuk golongan pembaca dan masyarakat umum dengan harapan

agar setiap mesej yang dilontarkan akan dapat menyedarkan masyarakat dalam

menangani sesuatu permasalahan dalam kehidupan seharian. Banyak hasil pengarang

telah disiarkan dalam surat khabar harian sebagai salah satu wadah untuk

mempengaruhi minda masyarakat.


11

1.3 Pernyataan Masalah

Kesusasteraan dianggap sebagai satu ekspresi kehidupan yang menekankan nilai

moral dan dijadikan alat untuk menyempurnakan kehidupan manusia seharian. Karya

sastera walau apa-apa bentuk sekalipun, banyak mencerminkan nilai moral yang

diamalkan oleh manusia. Sastera Tamil tradisional seperti puisi dan drama telah

memulakan tradisi memupuk pemikiran bersifat moral dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, sastera Tamil moden melalui genre novel dan cerpen meneruskan tradisi

tersebut dengan menerapkan nilai moral dalam kalangan masyarakat kini. Hasil

kesusasteraan seperti cerpen yang tersiar sama ada melalui media cetak, media

elektronik atau teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bukan sahaja berfungsi

untuk menghibur malahan mendidik masyarakat untuk menghayati nilai-nilai moral.

Nilai moral merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya

segala tindakan tidak menyeleweng daripada norma-norma sosial yang dikehendaki

dalam masyarakat. Nilai moral ini dapat melahirkan insan yang unggul demi

merealisikan misi nasional negara. Moral sangat penting dalam kehidupan untuk

melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya, sifat berakhlak mulia amat

dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama. Nilai moral akan menjamin

keadaan dan suasana hidup yang harmoni di Malaysia.

` . ( 131)

Ol-ukkam vil-uppam thralan ol-ukkam


uyirinum ompap pat:um (Kuplet:131)
(Singaravelu.S, 2014:53)
12

Bait-bait Thirukkutal ini membawa makna bahawa kelakuan baik

mendatangkan kecemerlangan kepada semua pihak serta akan disanjung tinggi dan

dilindungi sebagai suatu yang lebih baik daripada nyawa orang. Sikap manusia yang

murni dan suci membawa kemuliaan diri, malah dianggap lebih mulia daripada

nyawa manusia itu sendiri. Masyarakat India lebih mementingkan kehidupan yang

penuh berdisiplin dan bermaruah. Namun, keadaan ini telah tergugat sama sekali pada

masa ini. Berita-berita semasa yang dipaparkan dalam media massa menggambarkan

bahawa permasalahan sosial merupakan gejala utama yang membelenggu

masyarakat India di negara ini.

Gambaran-gambaran atau perilaku negatif dalam masyarakat India sering

dipaparkan dalam akhbar, radio dan televisyen. Sebilangan golongan muda begitu

mudah terjebak dalam pelbagai gejala sosial. Isu sosial seperti pembuangan bayi,

pembunuhan, rogol, samun, penyalahgunaan dadah, rasuah, perceraian, kejadian

antisosial dan penglibatan remaja dalam jenayah yang sering mendapat perhatian

umum menunjukkan betapa seriusnya masalah keruntuhan moral dalam kalangan

masyarakat India. (Malēyciya Naṇpaṉ, 30 Ogos 2012). Keadaan ini menunjukkan

bahawa nilai moral semakin terhakis dalam masyarakat India.

Selain itu, nilai moral sangat penting dalam kehidupan untuk membentuk

masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan pada agama dapat

membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara.

Tambahan pula, pemikiran moral yang berasaskan agama penting untuk membentuk

masyarakat yang bersatu padu.


13

Pada era globalisasi ini, keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan remaja

semakin membimbangkan. Keruntuhan akhlak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut.

Pergaulan sosial tanpa batas, bertindak mengikut perasaan, kesalahan sumbang,

hubungan seksual dan penagihan dadah menunjukkan keadaan akhlak yang kurang

sihat dalam kalangan remaja kita . Ramai penulis cerpen Tamil menggunakan isu-isu

sosial ini sebagai tema dalam karya mereka secara meluas. Penulis ini juga tidak

ketinggalan dalam mengupas isu-isu yang berkaitan dengan masalah moral . Tema dan

persoalan berkaitan dengan keruntuhan moral ini amat popular dan semakin banyak

digarapkan oleh para pengarang. Faktor urbanisasi dan penularan budaya Barat

melalui media massa telah membawa pelbagai krisis dalam kehidupan masyarakat

India di Malaysia. Kepincangan ini tidak terhad kepada penduduk kota, malah telah

berleluasa di merata tempat.

Cerpen-cerpen yang menggambarkan kehidupan sosial masyarakat India di

negara ini mempunyai kesan sejarah yang dapat direnungi bersama. Karya cerpen

P.Sundarapandian ialah karya sastera yang berpotensi memaparkan nilai moral

masyarakat India. Nilai moral yang terdapat dalam kumpulan cerpen beliau secara

tidak langsung menunjukkan tahap interaksi sosial manusia dalam masyarakat.

Dalam kajian ini, teori moral sastera dikaitkan dengan nilai moral yang

terdapat dalam kumpulan cerpen P.Sundarapandian. Pengkaji memilih nilai-nilai

murni yang terdapat dalam kurikulum yang terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) yang sedang digunakan dalam sistem pendidikan. Nilai moral seperti

baik hati, kasih sayang, bertanggungjawab, kerjasama, kerajinan, kejujuran dan


14

banyak lagi dibicarakan dalam kumpulan cerpen karya P.Sundarapandian. Nilai moral

ini telah dipaparkan secara terperinci dalam kumpulan cerpen P.Sundarapandian.

Pemilihan tajuk kajian ini adalah bersesuaian kerana kebanyakan nilai murni

yang diterapkan dalam kumpulan cerpen karya P.Sundarapandian merupakan nilai

moral yang menjadi amalan masyarakat India pada masa ini. Usaha mengkaji nilai

moral dalam kumpulan cerpen ini akan memberi kesan yang besar kepada

pembacanya. Oleh itu, kajian terperinci perlu dijalankan terhadap kumpulan cerpen

P.Sundarapandian yang dihasilkan dalam tempoh masa dari tahun 1990 hingga 2010

bagi mengenali nilai moral dalam masyarakat India serta minda masyarakat yang

terpendam dalam kumpulan cerpen beliau secara mendalam.

1.4 Objektif Kajian

Pemilihan pengarang tempatan, iaitu P.Sundarapandian adalah berdasarkan beberapa

faktor untuk mengkaji cerpen-cerpen beliau daripada sudut pemikiran moral. Antara

objektifnya adalah seperti berikut:-

1. Mengenal pasti nilai moral yang terkandung dalam cerpen karya

P. Sundarapandian.

2. Menganalisis tujuan penggunaan nilai moral dalam cerpen karya

P. Sundarapandian.

3. Mengkaji kepengarangan P. Sundarapandian.


15

1.5 Soalan Kajian

Kajian ini berfokus kepada tiga soalan kajian yang berikut:

1. Apakah nilai moral yang terkandung dalam cerpen karya

P.Sundarapandian?

2. Apakah tujuan penggunaan nilai moral dalam cerpen karya

P.Sundarapandian?

3. Apakah kepengarangan P.Sundarapandian?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangka dapat mengetengahkan nilai-nilai moral yang terkandung dalam

hasil karya cerpenis P.Sundarapandian. Kajian ini diharapkan dapat mengukur

keberkesanan mesej nilai moral yang hendak disampaikan oleh P.Sundarapandian agar

dapat diekspoitasikan oleh pengkaji.

Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai garis panduan kepada

penghayatan isi cerpen yang menampilkan nilai-nilai moral. Nilai moral yang akan

dicungkilkan ialah nilai peradaban semasa yang akan menjadi panduan kepada kita

untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.


16

Kajian ini juga diharapkan akan menjadi rujukan kepada para siswazah dan

pengkaji-pengkaji lain untuk membuat tindakan kajian susulan ,di samping mencipta

dan menampilkan cerpen-cerpen yang memaparkan aspek tema dan struktur. Kajian

ini diharap akan memberi kesedaran serta mendorong para peminat kesusasteraan

untuk mengenali pengarang. Kajian ini juga dapat memberi peluang kepada para

pembaca untuk menikmati, mempelajari dan memaparkan teladan serta falsafah hidup

pengarang tempatan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya akan bertumpu kepada cerpen hasil penciptaan P.Sundarapandian

sahaja kerana beliau merupakan pengarang yang pernah menerima pelbagai anugerah.

Beliau merupakan seorang pengarang yang mampu menghasilkan cerpen-cerpen yang

bermutu dan penuh dengan mesej nilai moral setanding dengan pengarang lain.

Kajian ini terbatas kepada empat kumpulan cerpen ciptaan P.Sundarapandian,

iaitu kumpulan Tirunti Vā Makaṉe, Ōḷi Pirantatu, Veṟṟi Niccayam, dan Vāḻa

Niṉaittāl Vāḻalam. Keempat-empat kumpulan cerpen ini menjadi pilihan pengkaji

kerana dalamnya terhimpun cerpen-cerpen P.Sundarapandian yang bermutu dan

penuh dengan mesej. Senarai cerpen-cerpen karya P.Sundarapandian adalah seperti

dalam jadual 1.1.


17

Jadual 1.1

Senarai Cerpen Karya P.Sundarapandian.

Kumpulan Cerpen Tajuk cerpen


1. Tirunti Vā Makaṉe
2. Tolaintu Pōna Cantōcam
3. Pavattirtku Kitaita Tanṭanai!
Tirunti Vā Makaṉe 4. Va ṭcmeṉ Kurucami
5. Vaḻntu Kāṭṭuvēṉ
6. Avaṉ Tiruntuvāṉā
7. Vairākkiyam

1. Ōḷi Pirantatu
2. Ammā
Ōḷi Pirantatu
3. Niṉaivukaḷ Maṟaivatiillai
4. Pakaimai Maṟainta Tīpāvaḷi

1. Veṟṟi Niccayam
2. Cātaṉai Namatu Kaiyilē
Veṟṟi Niccayam
3. Vaḷḷal Ramēs
4. Vēṇtām Vaṇmuṟai

1. Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam


2. 2020- Nōkki
Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam
3. Putiyatōr Ulakam Ceyvōm!
4. Vitintal Kitustumas
5. Vaḻvē Māyam

Dalam empat buah kumpulan cerpen ini termuat sebanyak 40 buah cerpen

yang dihasilkan dalam tempoh masa 1990-an hingga tahun 2010-an. Antara 40 buah

cerpen ini, sebanyak 20 buah cerpen telah dipilih oleh pengkaji sebagai bahan kajian.

Cerpen-cerpen ini dipilih atas dasar tingkah laku watak dan perwatakan yang positif

mahupun negatif yang akhirnya membawa perubahan besar kepada diri sendiri,

keluarga dan menjadi contoh serta teladan kepada para pembaca.


18

Cerpen-cerpen yang dipilih merupakan cerita yang biasa memaparkan isu-isu

yang berlaku dalam masyarakat terutama masyarakat India. Pengarang berupaya dan

berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Perkara yang menarik

ialah permasalahan yang dihadapi oleh setiap watak dalam cerpen diselesaikan dengan

daya imaginasi pengarang sendiri.

Tambahan pula, cerpen-cerpen pilihan ini mengandungi penggunaan gaya

bahasa yang mudah, menarik dan senang difahami. Selain daripada itu, cerpen-cerpen

ini pernah diterbitkan dalam suratkhabar dan majalah dan ada juga beberapa cerpen

telah memenangi hadiah dan anugerah. Oleh itu, hasil karya beliau layak menjadi

bahan untuk meneliti teori moral.

1.8 Definisi Operasional

Dalam kajian ini terdapat beberapa perkataan atau istilah yang perlu difahami oleh

pembaca. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa istilah serta definisi konsep bagi

memudahkan pembaca untuk memahami setiap istilah tersebut.

1.8.1 Nilai Moral

Istilah moral ditakrifkan sebagai tanggungjawab baik dan sifat-sifat terpuji. Mengikut

kamus Kiriya:vin Thatka:la Thamil- Akara:thi, moral merupakan sejenis peraturan

atau nilai murni yang ditetapkan untuk tujuan keagamaan atau pun untuk menjalani
19

satu kehidupan yang berdisiplin. Dalam pengertian falsafah pula, moral ialah satu

konsep yang dirumuskan oleh sesuatu komuniti, kumpulan sosial atau budaya bagi

menentukan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang dilakukan dalam

lingkungan budaya masyarakat tersebut.

Menurut Rahmad Sukor (2007), moral merujuk kepada satu sistem perlakuan

yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan.

Secara umumnya, moral dianggap peraturan tetap dan membawa maksud peraturan

yang dikenal pasti oleh masyarakat sedunia. Perkataan moral itu sendiri mempunyai

makna yang berlainan bagi individu dan masyarakat yang berlainan mengikut masa

dan tempat yang berlainan.

Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin „moralis‟ yang

bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat.

Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan,

kebenaran, bersopan-santun dan sebagainya. Moral juga bererti kebiasaan atau adat.

Perkataan moral merujuk kepada ajaran atau pegangan berkenaan buruk baik sesuatu

perbuatan, kelakuan, kewajipan dan tingkah laku lain. Sikap atau cara berkelakuan

diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Moral juga dikaitkan dengan apa-apa yang

betul atau adil selain pemupukan nilai (Bertens, 2003).

Istilah moral juga boleh dirujuk kepada pertentangan terhadap suatu keinginan

atau penahanan daripada suatu tingkah laku yang dianggap salah. Moral juga

merupakan kawalan tingkah laku yang berdasarkan standard-standard dihayati oleh

seseorang individu (Rahmad Sukor, 2007).


20

Menurut Rahmad Sukor (2007), moral juga merujuk kepada tingkah laku yang

berdasarkan peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional,

iaitu sebab-sebab penerimaan itu difahami dan dirasakan berpatutan. Justeru, sebagai

rumusannya moral bolehlah dimaksudkan sebagai cara atau pelbagai cara untuk

melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah

laku berdasarkan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan patutkah dilakukan

atau tidak dalam sesuatu keadaan atau situasi.

1.8.2 Cerpen

Cerpen ialah sepatah akronim, iaitu singkatan dua patah perkataan yang dibentuk

daripada kata cerita dan pendek. „Cer‟ daripada kata „cerita‟ dan „pen‟ daripada

„pendek‟. Dalam bahasa Inggeris, karya sastera genre ini dikenali sebagai short story.

Kata yang setara dengan cerpen dikenali sebagai Sirukathai dalam bahasa Tamil.

Aspek yang hendak dikaji ialah kriteria, keperluan, acuan, teknik atau kaedah

penghasilan sesuatu karya (Jais sahak, 1999:26).

Cerita pendek atau cerpen yang kita kenali hari ini bukanlah sesuatu yang

baru. Sebaliknya, bentuk ini ialah lanjutan dan perluasan tradisi cerita dalam bentuk

puisi tradisional (cheyyul) yang sudah menjadi tradisi dalam kesusasteraanTamil. Pada

zaman Sangam (cangkam), iaitu zaman kesusteraan klasik Tamil yang merangkumi

tempoh 300 sebelum Masihi hingga 300 Masihi, teknik penceritaan adalah berbentuk

cheyyul. Karya sastera klasik „Kalitthogai‟ mengandungi unsur-unsur cerita pendek


21

dalam memerihalkan aspek kehidupan luaran dan dalaman (Agam dan Puram)

masyarakat Tamil (Agilan, 2002).

Cerpen membawa mesej yang tertentu dan ditujukan kepada sasaran atau

kumpulan tertentu dan juga menjadi alat yang memberi peluang untuk menyedari dan

membetulkan kesilapan lalu.

The short story emerged as a new literacy


genre in the last few decades of the nineteen
century and from that day it has shown a
more surprising and steady development
than any other literacy form.
(Dhandayutham, R. 1972-73:4)

Pernyataan tersebut menjelaskan bahawa cerpen muncul sebagai genre baru

dalam lingkungan dekad terakhir pada abad kesembilan belas dan sejak hari itu telah

menunjukkan perkembangan yang lebih mantap. Cerpen adalah kurang kompleks

berbanding dengan novel. Lazimnya, cerpen memusatkan perhatian pada satu

kejadian, adanya plot, jumlah watak yang terhad dan mencakupi jangka waktu yang

singkat. Namun demikian, kesudahan sesuatu cerpen biasanya mendadak dan terbuka

serta mengandungi pesanan moral atau pengajaran.

Seterusnya, cerpen ialah prosa fiksyen yang popular pada masa ini. Dalam

penyelidikan N.Subramaniam, beliau memetik kata-kata Bernard Bergonzi daripada

bukunya The Situation of the Noveluntuk membuktikan pendapat tersebut:


22

Short story is the most widely read genre


today. For all it‟s popularity and apparent
necessity to magazine editors, the short story
in it‟s present location, seems to be
unhealthyily limited, both in range of literacy
experiences it offers and it‟s capacity to
deepen our understanding of the world or of
one another (Subramaniam, N.1980).

Berdasarkan pernyataan di atas, beliau berpendapat bahawa cerpen ialah

genre yang paling banyak dibaca pada hari ini . Walaupun cerpen sangat popular dan

membawa manfaat kepada editor majalah, namun cerita pendek dalam bentuk kini

dikatakan amat terhad, baik dari segi penawaran pengalaman literasi dan

keupayaannya untuk meningkatkan pemahaman kita tentang dunia ini atau sesama

manusia.

Agilan (2002) dalam bukunya Kathai Kalai mengemukakan batasan cerpen

berdasarkan kejadian yang dimuatkan dalam sesebuah cerpen. Beliau menyatakan

bahawa cerpen harus bersifat mengetengahkan satu kejadian, satu masalah kehidupan

ataupun menceritakan perwatakan satu karektor dalam cerpen.

Menurut Puthumai Pitthan dalam artikal „Kathaikal‟ menyatakan bahawa

cerpen ialah bentuk sastera orang Barat. Beliau menyatakan bahawa cerpen adalah

berdasarkan isi cerita tersebut. Hanya satu isi cerita sahaja mesti digunakan dalam

sesebuah cerpen. Beliau tidak meletakkan had pada bilangan muka surat ketika

memberi pengertian kepada cerpen. Puthumai Pitthan menyifatkan cerpen sebagai

„Va:lkaiyin Ciriya Ca:larangkal‟ yang membawa maksud tingkap kecil yang

mengisahkan kehidupan.
23

Seterusnya, Varatharasan,M (1990) pula mendefinisikan cerpen sebagai suatu

penggambaran atau situasi menarik yang menjelaskan kehidupan masyarakat. Cerpen

yang berjaya akan memberi penghayatan yang mendalam pada jiwa pembaca. Cerpen

merupakan genre yang mengemukakan pendapat dan pengalaman cerpenis. Sesuatu

cerpen akan menarik, jika karya itu mempunyai struktur cerita yang baik dan menarik.

Struktur cerpen seperti plot, perwatakan, latar dan sudut pandangan akan menentukan

kejayaan sesuatu cerpen.

Di samping itu, mengikut Arena Wati, pengarang Amerika mengertikan cerpen

bagai penghidang sesuatu keadaan yang memberi kesan pada jiwa pembaca.Cerpen

mempunyai sifat yang singkat dan lengkap. Walaupun cerpen membawa kisah yang

singkat dan hanya menceritakan sesuatu sudut kehidupan, namun mempunyai suatu

sifat yang lengkap. Sifat yang lengkap itu ialah tema, plot, watak dan latar. Selain itu,

seorang sarjana Barat iaitu L.A.G Strong mengertikan cerpen sebagai sesuatu yang

singkat dan lengkap (Arena Wati, 1969).

Dalam konteks ini, istilah cerpen yang digunakan dalam kajian ini ialah seperti

yang dikonsepkan oleh Agilan, iaitu cerpen dilihat bagai genre sastera yang bersifat

mengetengahkan satu kejadian, satu masalah kehidupan ataupun menceritakan

perwatakan satu karektor dalam cerpen.


24

1.9 Kesimpulan

Kesimpulanya, kajian „Nilai Moral Dalam Cerpen Karya P.Sundarapandian‟ memberi

fokus rapi kepada nilai moral yang terdapat dalam cerpen. Kajian ini juga dapat

dijadikan panduan dan garis panduan kepada penghayatan isi cerpen yang

menampilkan nilai moral. Nilai moral yang akan dicungkilkan ialah nilai peradaban

semasa yang akan menjadi panduan kepada kita untuk dijadikan pedoman dalam

menjalani kehidupan seharian.

Kajian ini tidak terpesong daripada landasan objektifnya,iaitu perkara-perkara

asas kepada sesuatu kajian seperti latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif

kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi konsep dan sumber

kajian masih diberi tumpuan.

Pada umumnya, para penulis cerpen Tamil bertanggungjawab untuk

menyampaikan mesej tertentu kepada pembaca cerpen. Oleh itu, nilai moral bersama

dengan isu sosial merupakan komponen utama cerpen yang dijadikan senjata dalam

mempengaruhi pemikiran para pembaca.


25

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membuat penelitian terhadap beberapa orang pengkaji

terdahulu yang telah menjalankan kajian berkaitan cerpen. Terdapat ramai pengkaji

daripada kalangan siswazah telah melakukan kajian dalam bidang kesusasteraan

Tamil pada peringkat sarjana. Tujuan tinjauan literatur ini dijalankan untuk

menjelaskan dengan lebih terperinci tentang kajian-kajian lepas yang berhubung kait

dengan bidang yang dikaji.


26

Kajian-kajian terdahulu yang ditinjau kebanyakannya hanya berkisar pada

latar, tema, plot dan persoalan cerpen serta sejarah perkembangan cerpen Tamil di

Malaysia. Kajian mereka lebih berfokus kepada aspek kesusasteraan sehingga kini

belum ada kajian kesusasteraan Tamil yang berfokus kepada teori moral.

2.2 Kajian-Kajian Lepas

Pengkaji telah membuat penelitian terhadap hasil kajian-kajian tentang cerpen yang

dihasilkan oleh cerpenis-cerpenis di Malaysia pada peringkat kedoktoran dan sarjana

di Malaysia dan di India

Pertama, V. Saravanan dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah

mengkaji cerpen Tamil untuk mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah. Beliau telah

menjalankan kajian ini pada tahun 2010. Tajuk tesis tersebut ialah Citra identiti

budaya masyarakat India: Satu pembicaraan cerpen Melayu karya cerpenis India.

Bahan kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah cerpen dan teori yang digunakan

ialah teori sosiologi. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif. Pengkaji

juga menggunakan kaedah analisis teks untuk mengumpulkan data. Kajian beliau

mengupas citra identiti kebudayaan masyarakat India dalam dunia kesusasteraan

Melayu. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengenal pasti sumbangan cerpenis-

cerpenis India dalam menonjolkan identiti budaya masyarakat India dalam cerpen

Melayu . Citra identiti ini dilihat dengan menggunakan dua modul, iaitu Modul

Pembentukan identity Phinney dan Modul Tahap Akulturasi sue dan sue. Kelebihan
27

hasil kajian ini adalah akan menjadi sebagai sumber rujukan bagi pengkaji yang akan

mengkaji mengenai cerpen Tamil Malaysia.

Seterusya, V.R.Ganesan telah menjalankan kajian peringkat kedoktoran yang

bertajuk Maleciya – Cingkappu:rth Thamil-arkal:n In:aiyathal:ap Padaippukal:.

Beliau telah menjalankan kajian ini di Universiti Tamil, Tanjore pada tahun 2010.

Beliau menjalankan kajian terhadap cerpen dengan menggunakan teori sejarah.

Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Pengkaji juga menggunakan kaedah

analisis teks untuk mengumpulkan data. Kajian ini menerangkan perkembangan

cerpen-cerpen karya penulis Malaysia dan Singapura. Kajian ini dibuat untuk

membuat perbandingan antara penulis Malaysia dengan Singapura. Dalam kajian ini,

hubung kait antara kelebihan watak, unsur-unsur perwatakan, susunan cerita dan tema

telah dikaji. Kajian ini mencerminkan peristiwa semasa penjajahan Inggeris,

penderitaan yang dialami oleh masyarakat India dan kehidupan masyarakat India di

estet. Kelebihan hasil kajian ini ialah pengkaji membina asas yang kukuh serta

membuka ruang yang luas untuk pengkaji-pengkaji terkemudian untuk menjalakan

kajian terhadap cerpen-cerpen Tamil di Malaysia dan di Singapura.

Selanjutnya, M.Latha dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah membuat

kajian peringkat Sarjananya yang bertajuk Nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen

Mu.Anbuchelvan dari perspektif teori moral pada tahun 2015. Bahan kajian yang

digunakan oleh pengkaji ialah cerpen dan teori yang digunakan ialah teori moral.

Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif. Pengkaji menggunakan kaedah

analisis teks untuk mengumpulkan data. Hasil kajian beliau memberikan gambaran

jelas tentang nilai kemanusian, unsur pengajaran dan kesan terhadap watak dan
28

perwatakan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Kelebihan kajian ini ialah

kesan positif dalam cerpen-cerpen yang dikaji boleh dijadikan teladan, panduan dan

renungan bersama. Manakala, kesan negatif dalam cerpen-cerpen itu boleh dijadikan

teladan untuk difikirkan secara bernas.

Selain itu, P.K.Bakialetchumi dari Universiti Tamil, Tanjore telah membuat

satu kajian peringkat Sarjana bertajuk Paala Murukanin Cirukathaikal: Val-i

Maleciyath Thamil-arkal:in Vaal-kkai pada tahun 2012. Kajian ini dibuat dengan

menggunakan karya cerpen Bala Murugan sebagai bahan kajian dan teori kajian pula

ialah teori struktural. Kajian ini memberi keutamaan kepada aspek tema. Pengkaji

mendapati tema dalam cerpen-cerpen tersebut adalah berkaitan dengan persoalan

keluarga, perceraian, masalah sosial, warga emas, kemiskinan, pendidikan, kejiranan,

agama , kepercayaan, cinta dan kemelut hidup masyarakat India di estet.

Di samping itu, I.Kalayarasi dari Universiti Tamil, Tanjore telah menjalankan

kajian tentang Pi.Ko:vinhthca:miyin Cirukathai Pat:aippuththitan pada tahun 2012.

Cerpen-cerpen Pi.Ko:vinhthca:mi merupakan bahan kajian dan teori sosiologi ialah

teori kajian ini. Pengkaji juga menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian ini

membincangkan tema sebagai unsur yang mencerminkan peristiwa, pergolakan atau

kepincangan dalam masyarakat India di Malaysia. Kajian beliau lebih

membincangkan isu-isu sosial dan tidak berfokus kepada nilai moral secara

menyeluruh.
29

M. Segaran telah membuat kajian peringkat Sarjananya yang bertajuk Kajian

Tema Karya-Karya V.Muniam pada tahun 2011 di Universiti Malaya. Beliau telah

mengkaji isu-isu sosial dan budaya, pemikiran masyarakat dan corak kehidupan

masyarakat Tamil di Malaysia. Beliau menggunakan cerpen sebagai bahan kajian dan

teori Sosiologi bagi menyempurnakan kajiannya. Pendekatan analisis deskriptif dan

analisis kritikan sastera digunakan sebagai metodologi kajian. Menurut beliau,

cerpen-cerpen V.Munian yang meliputi pelbagai aspek seperti sosial, budaya,

pemikiran dan corak kehidupan masyarakat Malaysia melambangkan gagasan yang

perlu diteliti untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh pada nilai kasih

sayang dan tradisi masyarakat India. Hasil analisisnya membuktikan bahawa unsur-

unsur sosial seperti tradisi, bahasa, budaya, sejarah, nilai, pengalaman, ideologi dan

fahaman yang membantu mengasah pemikiran V.Munian telah memperkaya hasil

kesusasteraan Tamil, terutamanya genre cerpen Tamil di Malaysia.

Selanjutnya, P. Jayanthi dari Universiti Malaya telah membuat kajian

peringkat Sarjana yang bertajuk Pemindahan Leksis Bahasa Inggeris dalam cerpen

Tamil pada tahun 2011. Beliau berfokus pada pinjaman leksis Bahasa Inggeris dalam

cerpen-cerpen Tamil Malaysia. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk

mengkaji tahap dan cara pinjaman leksis Bahasa pinjaman Inggeris berlaku dalam

karya sastera Tamil di Malaysia, khususnya dalam cerpen Tamil. Aspek pinjaman

leksis ini dikaji dari segi jenis dan juga pola-pola pembentukan leksis apabila proses

pinjaman itu berlaku. Di samping itu, pengkaji berjaya meninjau faktor-faktor yang

mempengaruhi cerpenis Tamil menggunakan leksis Bahasa Inggeris dalam karya

mereka. Karya-karya tersebut dikaji dengan menggunakan kaedah campuran, iaitu

kaedah kualitatif dan kuantitatif. Tambahan pula, dapatan kajian membuktikan


30

bahawa jenis pinjaman leksis Bahasa Inggeris yang paling kerap berlaku dalam cerpen

Tamil adalah melalui proses pengimportan serta pinjaman tulin dan pinjaman

kacukan.

P.Kalaivani dari Universiti Malaya pada tahun 2013 telah mengkaji cerpen

Tamil Malaysia yang dihasilkan dari tahun 2000 hingga 2003 untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana. Tesis tersebut bertajuk Kajian Isu-Isu Semasa dalam Cerpen Tamil

Terbitan Akhbar Malaysia Nanban dalam jangka masa 2000-2003. Pengkaji telah

menjalankan kajian atas cerpen dengan menggunakan teori sosiologi. Analisis data

kajian pula dibuat mengikut kaedah analisis teks. Kajian ini membincangkan isu-isu

sosial yang dipaparkan dalam cerpen-cerpen dalam tempoh masa tersebut. Hasil

penyelidikan beliau memberi gambaran jelas tentang tema cerpen serta isu-isu

kekeluargaan, wanita, perkahwinan, warga tua dan sebagainya yang terpapar dalam

cerpen tersebut . Kelebihan kajian ini ialah isu-isu yang dikenal pasti itu akan menjadi

teladan dan pedoman kepada masyarakat kini dalam menghadapi kemelut hidup .

Dalam pada itu, Umadevi Brabaharan pula melakukan kajian bertajuk Isu-isu

semasa Dalam Cerpen Malaysia Dari Tahun 1990-2006 yang membicarakan masalah

sosial yang dipaparkan dalam cerpen Tamil dari tahun 1990 hingga 2006. Beliau telah

menjalankan kajian ini pada tahun 2011. Kajian ini menggunakan kaedah analisis

kandungan dan analisis kritikan untuk meneliti isu-isu semasa. Kajian ini

menggunakan teori sosiologi untuk memahami isu-isu dalam penyelidikan sosial.

Cerpen-cerpen beberapa orang pengarang terkemuka yang disiarkan dalam akhbar

Tamil di Malaysia menjadi objek kajian beliau. Kajian beliau berfokus kepada tahap

pemaparan isu-isu semasa masyarakat India dan tanggapan serta sikap penulis dalam
31

menyampaikan masalah sosial meliputi jangka masa dari 1990 hingga 2006 kerana

merupakan suatu tempoh masa negara berkembang pesat ke era pembangunan dan

pemodenan. Berikutan pembangunan dan pemodenan yang pesat ini, masyarakat

India telah mengalami banyak perubahan dari segi social, ekonomi dan politik.

Kesemua pengalaman dan perubahan masyarakat India dipertengahkan oleh cerpenis

Tamil Malaysia. Walupun kajian ini tidak melihat keseluruhan aspek sosiologi tetapi

unsur utama yang mencorakkan perkembangan pendidikan, iaitu sosial, ekonomi dan

politik dititikberatkan.

Tambahan pula, S.Bavani dari Universiti Tamil, Tanjore menjalankan sebuah

kajian peringkat Sarjana yang berjudul Pal-a.Et:t:ikkan, Anparacanin Cirukathai

Pat:aippuththitan. Kajian ini dijalankan pada tahun 2010. Bahan kajian pengkaji ialah

cerpen karya Pal-a.Et:t:ikkan. Teori yang digunakan pula ialah teori sosiologi.

Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mengumpulkan data. Pengkaji

telah membuat kajian tentang isu-isu sosial dalam masyarakat Tamil di Malaysia dari

tahun 1940 hingga 1980 yang telah diketengahkan oleh pengarang. Kajian beliau

berfokus kepada isu-isu semasa masyarakat India di ladang dan tanggapan serta sikap

penulis dalam menyampaikan masalah sosial.

Sementara itu, Jesuthas (2010) dari Universiti Malaya telah membuat kajian

peringkat Sarjana bertajuk Cerpen-cerpen M Shanmugasiva: Satu Kajian Tema Dan

Struktur. Bahan kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah cerpen-cerpen karya

M.Shanmugasiva. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif. Kajian ini

membincangkan tema sebagai unsur yang mencerminkan peristiwa, pergolakan atau

kepincangan dalam masyarakat India di Malaysia. Kelemahan kajian pula, beliau


32

hanya membincangkan peristiwa, pergolakan dan kepincangan sosial sahaja tanpa

memberi fokus kepada nilai moral kerana isu-isu sosial dan nilai-nilai moral adalah

saling berkaitan.

Seterusnya, Ilangkumaran telah membuat kajian peringkat Sarjana di

Universiti Malaya pada tahun 2009 tentang Kedudukan Wanita Dalam Karya-karya

Kreatif M.A.Ilanchelvan dari perspektif feminism. Bahan kajian yang digunakan oleh

pengkaji ialah cerpen karya M.A.Ilanchelvan. Teori yang digunakan pula ialah teori

feminisme. Pengkaji turut menggunakan kaedah analitik dan diskriptif. Beliau telah

membuat kajian tentang kehidupan wanita berdasarkan pandangan masyarakat.

Perlakuan menindas kaum wanita memang wujud dalam masyarakat India. Gejela

yang tidak berperikemanusiaan ini jelas dipaparkan dalam karya-karya

M.A.Ilanchelvan. Selain itu, perubahan pemikiran positif terhadap wanita di negara

ini turut mewujudkan kesedaran dalam masyarakat India agar kaum lelaki

menghormati kaum wanita setaraf dengan diri mereka.. Dalam kajian ini, beliau

mengkaji secara menyeluruh peranan wanita sahaja. Pengkaji tidak menyentuh aspek

nilai moral yang ditegaskan oleh penulis . Aspek ini boleh dikaji oleh pengkaji masa

depan.

Lanjutan daripada itu, Kunaseelan (2009) dari Universiti Malaya telah

menjalankan kajian peringkat Sarjana yang bertajuk Tema Dan Persoalan Dalam

Cerpen M.A Ilanchelvan. Kajian ini dibuat pada tahun 2009. Kajian ini dibuat dengan

menggunakan teori struktural. Beliau menggunakan kaedah analisa teks yang meliputi

analisis kandungan dan kritikan. Dalam kajian ini, beliau membicarakan tema dan

persoalan yang dipaparkan dalam cerpen-cerpen M.A.Ilanchelvan. Kajian ini berjaya


33

mendedahkan isu-isu sosial yang dihadapi masyarakat India di Malaysia dari tahun

1960 hingga 1980. Kelebihan kajian ini ialah pengkaji memberikan tumpuan yang

lebih rapi pada tema dan persoalan sedangkan kelemahan pula, pengkaji tidak

memberi penjelasan yang terperinci mengenai teori moral.

T.Jeyanthi dari Universiti Tamil Tanjore, India pula menjalankan kajian

peringkat Sarjana bertajuk Ke:.em. Muruke:canin Citukathaip Pat:aippuththitan.

Pengkaji membuat kajian ini pada tahun 2008. Bahan kajian yang digunakan oleh

pengkaji ialah cerpen karya Ke:.em. Muruke:can. Pengkaji telah membuat kajian

tentang isu-isu sosial dalam masyarakat Tamil di Malaysia. Menurut beliau, segala

persoalan yang menjadi tema utama mencerminkan masalah-masalah yang dihadapi

oleh masyarakat India di negara ini.

M. Rameshkumar pula, seterusnya telah mengkaji cerpen Tamil untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana. Pengkaji membuat kajian ini pada tahun 2008 di

Universiti Tamil, Tanjore. Kajian beliau bertajuk Ko:.Pnn:n:iyava:nin Cirukathai

Thitan. Penulis membicarakan perubahan corak kehidupan masyarakat India, terutama

keluarga akibat perubahan suasana hidup. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan

cerpen sebagai bahan kajian dan teori yang digunakan ialah teori Sosiologi serta

pendekatan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa cerpenis tempatan

Malaysia memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej yan mencorakkan

pemikiran pembaca. Penulis juga memaparkan perubahan-perubahan yang berlaku

dalam masyarakat India, iaitu pemikiran dan pemahaman terhadap budaya.


34

Pada tahun 2008, M.Inthumathi dari Universiti Tamil, Tanjore pula

menjalankan kajian bertajuk Nha:.nha: Vela:yuthaththin Cirukathai

Pat:aippuththitan dengan membicarakan masalah sosial yang dipaparkan dalam

cerpen N.Velayutham. Beliau menjalankan kajian terhadap cerpen-cerpen

N.Velayutham melalui kaedah kepustakaan. Kaedah analisis teks digunakan untuk

menganalisis data kajian. Kajian beliau berfokus kepada tahap pemaparan isu-isu

semasa dalam masyarakat India. Pengkaji tidak menyentuh aspek nilai moral yang

terkandung dalam cerpen yang dikaji.

Selain itu, Annadurai dari Universiti Malaya telah menjalankan kajian

peringkat Sarjana bertajuk Cerpen-cerpen Pe:ravaik Kathaikal: (1986-2000): Satu

Kajian Tema. Kajian ini dijalankan pada tahun 2007. Cerpen merupakan bahan kajian

manakala teori struktural digunakan sebagai teori kajian . Pengkaji turut menggunakan

kaedah analisis teks dan kaedah kualitatif. Dalam penyelidikan ini, Annadurai

mengkaji tema dalam cerpen-cerpen Pe:ravaik Kathaikal yang diterbitkan dari tahun

1986 hingga 2000. Pengkaji menyatakan bahawa penterjemahan cerpen-cerpen Tamil

„Pe:ravaik Kathaikal:‟ dalam bahasa Melayu adalah usaha yang dapat mencelikkan

dunia sastera Malaysia. Usaha ini akan turut memberi peluang untuk

memperkembangkan khazanah sastera Tamil dalam arena sastera di negara kita dan

menjadi suatu dokumen yang mempamerkan kehidupan masyarakat India di Malaysia.

Pengkaji pula tidak menyentuh nilai moral yang terpapar dalam cerpen-cerpen

tersebut.
35

Di samping itu, Raja Rajeswari membuat kajian peringkat Sarjana bertajuk

Pemikiran Dalam Cerpen Uthaya Sangkar SB dari Aspek Intertekstualiti. Kajian ini

dijalankan di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2005. Beliau menjalankan kajian atas cerpen

Uthaya Sangkar dengan menggunakan kaedah kepustakaan untuk mengenal pasti

corak pemikiran, teknik penceritaan yang dominan dan pengaruh intertekstualiti yang

ketara dalam cerpen-cerpen tersebut. Melalui penerapan teori intertekstualiti dapat

diketahui proses intertekstualiti mempengaruhi penciptaan sesebuah cerpen, prinsip

yang dominan dan pengaruh unsur-unsur luaran yang menentukan corak pemikiran

serta pelbagai teknik penceritaan dalam sesuatu karya. Penyelidikan ini berbentuk

kualitatif dan kaedah analisis teks telah digunakan dalam tesis ini. Hasil analisis juga

membuktikan bahawa karya ialah cerminan diri pengarang kerana unsur-unsur luaran

dalam teori intertekstualiti seperti unsur tradisi, sosial, budaya, sejarah, falsafah,

pembacaan, pengalaman dan ideologi tetap berdialog dengan unsur-unsur dalam diri

pengarang semasa proses penciptaan.

Pada tahun 1998, Barvathi dalam sarjana muda telah membuat kajian tentang

“Tema-tema Popular Dalam Antologi Cerpen Tamil (Pe:ravaik Kathaikal:)sepanjang

1986-1995” di Universiti Malaysia. Pengkaji telah mengkaji tema-tema popular yang

disulam indah dalam Teks Antologi Cerpen Tamil (Pe:ravaik Kathaikal:). Beliau

mendapati skop tema perlu diberi tumpuan khusus dalam genre cerpen Tamil kerana

ia merupakan satu medium yang paling efiktif untuk mempengaruhi pemikiran

masyarakat Tamil. Menurut beliau lagi, penulis tidak seharusnya menulis apa yang

diminati pembaca malah mengubah pemikiran mereka dan melahirkan seorang

pembaca karya yang bertaraf dari soal menilai, menganalisis dan mengkritik dan
36

memilih bahan bacaan yang bermutu untuk membangunkan mindanya. Kajian beliau

membuktikan tema-tema kontemporari masyarakat Tamil belum diolah sepenuhnya.

Situasi ini perlu diubah oleh penulis-penulis Tamil agar menjamin mutu karya bahasa

Tamil.

Seterusnya, Krishnan Maniam (1993) telah membuat perbandingan tema dan

struktur terhadap cerpen Tamil dan Melayu pada tahun 1993 dalam bukunya yang

bertajuk “Cerpen Tamil dan Melayu (1957-1970): Satu Kajian Perbandingan Tema

dan Struktur”. Kajian ini bersifat perbandingan terhadap cerpen-cerpen yang

berlainan bahasa. Kajian perbandingan antara cerpen-cerpen Melayu dan Tamil ini

meninjau sejarah perkembangan cerpen, tema yang popular dan struktur. Seramai lima

orang cerpenis daripada setiap aliran dikaji dan diteliti. Beliau membuat perbandingan

antara cerpen Melayu dengan cerpen Tamil Malaysia selepas kemerdekaan. Menurut

kajian beliau, perkembangan cerpen Tamil Malaysia amat perlahan berbanding

dengan perkembangan cerpen Melayu yang lebih agresif. Ini kerana dunia cerpen

Melayu menerima galakan daripada kerajaan melalui Dewan Bahasa fan Pustaka

malangnya cerpen Tamil tidak menerima sebarang galakan daripada pihak kerajaan.

Menurut beliau lagi, masyarakat India dan Melayu pernah mengalami suasana atau

masalah sejagat seperti cinta, pergolakan keluarga dan kemiskinan. Pengalaman ini

digambarkan dalam tema kedua-dua aliran cerpen. Namun begitu, terdapat juga tema-

tema yang berlainan peristiwa seperti semangat kebangsaan Malaya dan masalah

perpecahan ladang oleh masyarakat Tamil.


37

Kajian berikutnya adalah bertajuk “Jalan Ke Puncak dan Terupuluti: Satu

Kajian Bandingan Cerpen Melayu dan Cerpen Tamil Malaysia” yang dijalankan oleh

Mannar Mannan pada tahun 1985 dari Universiti Malaya. Kajian peringkat sarjana

muda ini membicarakan perkembangan cerpen-cerpen Tamil di Malaysia telah

membandingkan antologi cerpen Melayu dan Tamil Malaysia dari segi tema dan

struktur. Beliau telah mengupas secara umum tema dan struktur dalam cerpen-cerpen

Noorjaya dan M.A. Ilanchelvan. Tesis beliau membri gambaran ringkas mengenai

latar belakang perkembangan cerpen Tamil Malaysia dan membicarakan secara

ringkas tentang kedudukan sastera Tamil Malaysia dalam konteks kesusasteraan

Malaysia.

Subramaniam dari Universiti Malaya telah membuat kajian tentang

“Penggambaraan Masyarakat Malaysia Dalam Cerpen-cerpen Tamil Malaysia dan

Perkembangan Cerpen Tamil Malaysia Selepas Merdeka” pada tahun 1980. Kajian

cerpen pada masa itu tertumpu kepada isu sosial semasa iaitu isu-isu kemasyarakatan

yang baik dan buruk dalam kalangan masyarakat Tamil pada masa itu. Antara

persoalan yang sering menjadi pilihan penulis adalah semangat kewarganegaraan,

sekolah Tamil, kepercayaan karut dan sebagainya. Kajian beliau juga menjelaskan

tentang peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah tempatan serta Persatuan

Penulis Tamil Malaysia dalam perkembangan cerpen Tamil Malaysia. Selain daripada

itu, beliau juga menerangkan bahawa kemerdekaan negara pada tahun 1957 telah

mengubah tema-tema nasionalisme kepada tema-tema keluarga dan sosial.


38

Pada tahun 1978 pula, Poobalan dalam kertas kerjanya membicarakan Latar

Belakang Kemasyarakatan dalam cerpen-cerpen Tamil Malaysia. Beliau telah

menghuraikan penggunaan tema dan perkembangan cerpen-cerpen Tamil di Malaysia.

Beliau menyatakan bahawa golongan penulis sebelum dan selepas perang lebih

mengutamakan perkara yang harus disampaikan kepada masyarakat, bukanya struktur

dan cara penyampaian.

Pada tahun 1978, Kartigesu dalam ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya

turut membuat satu kajian perbandingan berhubung hasil penulis yang berketurunan

India dan Melayu. Beliau telah membentangkan hasil kajiannya itu dalam seminar

cerpen-cerpen Malaysia anjuran Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya yang

bertajuk “Cerpen-cerpen Malaysia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil”.

Kajian ini lebih cenderung kepada kajian perbandingan anatara cerpen-cerpen

berbahasa Melayu dan Tamil.

Selanjutnya, pada tahun 1976, Karthigesu juga menghasilkan sebuah artikel

berjudul Trends in Malaysian Short Stories. Dalam artikal tersebut, beliau telah

membicarkan cara penyampaian cerpen Tamil di Malaysia (Tamil Oli, 1974). Pada

umumnya, artikel beliau merupakan suatu lakaran sejarah dan penandaan tarikh-tarikh

penerbitan cerpen Tamil di Malaysia. Selain itu, dalam artikel ini juga beliau

menerangkan tema-tema popular yang digunakan oleh penulis cerpen Tamil. Beliau

berpendapat bahawa cerpen-cerpen Tamil di Malaysia memaparkan pelbagai tema dan

masalah sosial. Namun, tema-tema tersebut tidak dibicarakan secara mendalam.


39

2.3 Kesimpulan

Hasil penelitian terhadap pelbagai bahan seperti tesis peringkat ijazah doktor falsafah,

sarjana sastera, sarjana muda, jurnal, prosiding, buku-buku ilmiah dan kertas kerja

oleh penulis-penulis tempatan dan India telah memberi satu gambaran mengenai

tahap perkembangan kesusasteraan Tamil di Malaysia. Namun begitu. kebanyakan

kajian terdahulu lebih membicarakan sejarah perkembangan sastera Tamil di Malaysia

dan bidang cerpen sahaja. Terdapat beberapa orang pengkaji sahaja telah membuat

kajian umum mengenai tema, struktur, plot, latar belakang dan telah cuba mengupas

isu-isu sosial yan terpapar dalam cerpen tersebut.

Melalui kajian-kajian terdahulu, pengkaji mendapat maklumat secara

menyeluruh mengenai konsep ataupun idea yang dikemukakan. Oleh itu, pengkaji

dapat memahami dengan lebih mendalam serta memfokuskan permasalahan kajian

yang hendak diutarakan. Kajian-kajian yang lepas juga dapat memperkenalkan hala

tuju baharu kepada kajian yang bakal dilakukan. Penelitian hasil kajian-kajian lepas

membantu pengkaji megelakkan diri daripada melakukan kajian yang sama dengan

kajian yang lepas. Pengkaji juga dapat megetahui bagaimana pengkaji lain

menghubungkaitkan teori-teori dengan reka bentuk kajian dalamkajian mereka.

Perkara yang menarik perhatian pengkaji ialah tiada pembicaraan tentang nilai

moral diketengahkan oleh mana-mana pengkaji di Malaysia sedangkan nila-nilai

moral amat penting untuk membentuk generasi dan masyarakat yang berakhlak baik.

Sebenarnya, kewujudan pelbagai gejala sosial dalam masyarakat India menandakan

bahawa masyarakat itu sudah mula kelunturan nilai-nilai moral. Oleh itu, pengkaji
40

tertarik minat untuk membuat kajian mengenai nilai moral dalam cerpen karya

P.Sundarapandian. Seterusnya, nilai moral yang dikenal pasti dalam kumpulan cerpen

P.Sundarapandian mungkin dapat diketengahkan untuk penghayatan masyarakat

India.
[Type
41 a
quote from
the
document or
the summary
of an

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan aspek yang sangat penting bagi sesuatu kajian kerana

dapat memberi satu gambaran yang jelas kepada pengkaji dari segi pencarian dan

penganalisaan data serta penulisan laporan. Metodologi kajian dapat menjelaskan

kaedah serta cara pemerolehan dan pengumpulan maklumat. Seterusnya, maklumat

yang dikumpulkan akan diproses untuk menghasilkan data untuk menyokong kajian

tersebut.

Bab ini juga akan membincangkan bentuk hubungan antara teori dengan

penyelidikan. Teori yang menentukan penyelidikan ini juga dikenali sebagai teori
42

penyelidikan kualitatif. Bab ini juga akan meneroka hubungan teori dalam konteks

penyelidikan kualitatif dan kaitannya dengan pembentukan kerangka kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif untuk mengkaji teori

moral yang terdapat dalam karya P.Sundarapandian berdasarkan objektif-objektif

kajian. Kaedah ini membantu pengkaji dalam pencarian dan penganalisaan data.

Usaha untuk memberi keterangan tentang teori moral dalam nukilan Sundarapandian

dapat dilakukan secara lebih efektif dengan menggunakan kaedah kualitatif. Justeru,

dapat dikatakan bahawa penyelidikan kualitatif tidak tertumpu pada pengutipan

maklumat dengan kuantiti yang banyak tetapi membolehkan pengkaji memperoleh

maklumat yang berkualiti dengan memberi tumpuan pada sumber kajian.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif. Dalam mengkaji

teori moral dalam cerpen nukilan P.Sundarapandian, pengkaji menggunakan kaedah

penelitian kualitatif deskriptif ,iaitu analisis berbentuk deskripsi dan bukan berupa

angka.
43

3.2.1 Kerangka Kajian

Tajuk yang dipilih oleh pengkaji ialah “Nilai moral dalam cerpen karya

P.Sundarapandian”. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti nilai moral yang

terkandung dalam cerpen karya P.Sundarapandian, menganalisis tujuan penggunaan

nilai moral dalam cerpen tersebut dan mengkaji kepengarangan P.Sundarapandian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan teori moral. Sebanyak dua

puluh cerpen hasil nukilan P.Sundarapandian dijadikan sebagai sumber kajian.

Kaedah kepustakaan digunakan untuk menganalisis kandungan teks. Analisis

kualitatif pula digunakan untuk membuat huraian deskriptif berdasarkan data-data

yang diperoleh melalui analisis kandungan.


44

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti nilai
moral yang terkandung
dalam cerpen karya
P. Sundarapandian.

2. Menganalisis tujuan
penggunaan nilai
moral dalam cerpen
karya
ANALISIS
P. Sundarapandian.
DATA
3. Mengkaji
Analisis
kepengarangan
P. Sundarapandian
Kualitatif :

Huraian DAPATAN
KAJIAN
deskriptif
Rumusan
berdasarkan dapatan
TAJUK kajian,
data-data
implikasi
TEORI
NILAI MORAL dan
yang
DALAM CERPEN cadangan
Teori Moral
KARYA diperoleh
P.SUNDARAPANDIAN
daripada

analisis

kandungan
KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah Kepustakaan

2. Kaedah Analisis Teks

Subjek Kajian

20 cerpen karya
P.Sundarapandian

Rajah 1. Kerangka Kajian


45

3.3 Kaedah Kajian

Penyelidikan ini merupakan satu kajian analisis deskriptif. Penggunaan kaedah ini

memberi suatu gambaran yang menyeluruh mengenai teori moral dalam cerpen

nukilan P.Sundarapandian. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggabungkan tiga

kaedah secara bersepadu, iaitu kaedah kepustakaan , kaedah analisis teks dan kaedah

temubual.

3.3.1 Kaedah Kajian Kepustakaan

Pengkaji menjalankan kajian ini dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan

yang merupakan salah satu elemen dalam kajian kualitatif. Kajian ini dibuat

berdasarkan 20 cerpen hasil karya P.Sundarapandian. Pengkaji berpendapat bahawa

kaedah kepustakaan dirasakan amat sesuai digunakan bagi tujuan penyelidikan ini

untuk memperoleh maklumat yang tepat dan bersistematik. Oleh itu, pengkaji telah

memilih kaedah kepustakaan sebagai langkah kaedah penyelidikan. Pengumpulan data

dilakukan dengan kunjungan pengkaji ke beberapa buah perpustakaan seperti

Perpustakaan Pendidikan UPSI, Perpustakaan Tun Razak Ipoh, Perpustakaan Utama

Universiti Malaya, Perpustakaan Za‟ba di Universiti Malaya dan Universiti Tamil

Tanjore, India.

Antara bahan yang akan dikaji oleh pengkaji dalam kajian ialah buku, bahan

ilmiah, tesis, majalah, bahan internet, dan bahan-bahan rujukan daripada sumber lain.

Kajian kepustakaan ini dijalankan untuk membuat rujukan tentang definisi istilah yang
46

terdapat dalam tajuk yang dikaji dan mencari kajian masa lampau tokoh-tokoh yang

berkait rapat dengan tajuk yang dikaji oleh pengkaji . Rujukan bahan-bahan tersebut

banyak membantu pengkaji dari segi ilmu dan menjadi panduan dalam menyiapkan

kajian ini.

3.3.2 Kaedah Analisis Teks

Teks merupakan apa-apa jua yang dihasilkan oleh manusia dalam bentuk tulisan yang

digunakan untuk menyalurkan sesuatu makna yang dihasratkan iaitu perangai,

perasaan dan pemikiran manusia. Menurut Rickman (1967:45) apa-apa sahaja bentuk

yang melahirkan ekspresi perasaan dan pemikiran manusia boleh dianggap sebagai

teks yang boleg dianalisis dan diinterpretasikan. Oleh yang demikian, untuk

mengumpul dan mendapatkan data bagi tujuan kajian ini, metedologi utama yang

digunakan oleh pengkaji ialah kaedah analisis teks dengan teknik baca dan catat.

Kaedah ini digunakan untuk membuat penelitian yang mendalam terhadap

sumber-sumber kajian agar data yang diperoleh lebih tepat dengan tajuk kajian. Selain

daripada itu, melalui kaedah ini pengkaji dapat menganalisis nilai moral yang terpapar

dalam kumpulan cerpen P.Sundarapandian sebagai gambaran sebenar dalam

masyarakat India secara menyeluruh.


47

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis

kandungan yang dilakukan secara kualitatif. Kaedah secara kualitatif ini digunakan

untuk mengkaji kandungan teks yang dikaji secara lebih khusus dan teratur.

Terdapat tiga langkah yang penting dalam kaedah analisis kandungan, iaitu

pembacaan, pemilihan dan pembahagian data. Penyelidik telah membaca dan

mengkaji sebanyak 20 buah cerpen yang dihasilkan oleh P.Sundarapandian. Semasa

proses pembacaan data dilakukan, pengkaji telah berusaha untuk mengenal pasti nilai

moral yang digunakan oleh pengarang dalam setiap cerpennya.

Proses pemilihan data dilakukan dengan menyusun data yang dikumpulkan

semasa proses penelitian data. Pemilihan data dibuat berdasarkan tiga objektif utama

kajian,iaitu mengenal pasti nilai moral dalam koleksi cerpen ciptaan

P.Sundarapandian. Daripada 4 buah buku kumpulan cerpen yang diteliti, hanya 20

buah cerpen sahaja dalam kumpulan cerpen ini dipilih bagi tujuan proses pemilihan

data.

Pendekatan moral banyak digunakan dalam cerpen karya P.Sundarapandian.

Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengkaji penggunaan teori moral dalam 20 buah

cerpen yang terkandung dalam 4 buah kumpulan cerpen yang dihasilkan oleh

P.Sundarapandian.
48

3.5 Teori Kajian

Para sarjana dan pengkaji Melayu di Malaysia telah kemukakan definisi tentang teori.

Menurut Mana Sikana (2012:78), kerangka teoritikal merupakan orientasi atau

pendirian yang dibawa oleh pengkaji ke dalam kajiannya. Teori merupakan struktur,

kerangka sokongan atau kerangka kajian. Teori ialah gagasan tentang definisi, konsep,

prinsip, kriteria, dan saranan yang menjelaskan sesuatu objek.

Menurut Abdul Halim Ali (2006:9), teori berasal daripada perkataan

Yunani iaitu „therio‟ yang membawa maksud pandangan. Definisi ini menjelaskan

bahawa teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya

megemukakannya dalam bentuk suatu pandangan. Menurut Amir Hassan Dawi

(2002:28), teori adalah suatu ringkasan ilmu pengetahuan yang menyediakan panduan

untuk melaksanakan penyelidikan dan menginterpretasikan informasi baharu.

Manakala Mohd Sharani dan Zainal Madon (2007:10) berpendapat teori

ialah suatu set pernyataan yang salingberkaitan mengenai sesuatu fenomena dan

berupaya menerangkan dengan lebih jelas sesuatu fenomena. Dengan itu, dapat

dirumuskan bahawa, teori sebagai gugusan idea atau konsep yang membentuk suatu

tanggapan bagi memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena berasaskan aturan yang

sistematik.

Rahman Shaari dalam Kritikan Sastera Melayu Pendekatan dan

Pemikiran (1994:12) menjelaskan pendekatan bermaksud cara dan persediaan untuk

mendekati dan menganalisis sesuatu karya sastera. Tanpa pendekatan tertentu


49

sesebuah karya masih dapat dihuraikan, tetapi dengan adanya sesuatu pendekatan

tertentu karya tersebut dapat ditinjau dengan lebih terperinci. Walau bagaimanapun,

sesuatu pendekatan hanya dapat diperincikan karya itu mengikut persediaan

pengetahuan yang terdapat di dalam daerah pendekatan itu sahaja. Hal ini bermakna

karya yang sama masih boleh ditinjau dengan menggunakan pendekatan yang lain dan

berbeza.

3.5.1 Teori Moral

Pendekatan moral menerangkan bahawa hasil sesebuah karya sastera ialah ciptaan

yang harus disanjungi dan dimuliakan. Seseorang pengarang bukan sahaja berbakat

tetapi harus mempunyai visi, aspirasi dan perjuangan dalam karyanya. Karya yang

baik harus bermoral dan keunggulan sesebuah karya bergantung kepada ketinggian

moral dalam karya itu. Karya yang tidak mementingkan moral dianggap tidak bernilai

(Mana Sikana, 2009:367).

Persiapan seseorang peneliti teori moral agak berbeza dengan pendekatan

lain. Keperluan pengetahuan moral itu sendiri menjadi dasar yang paling asas.

Peneliti tersebut mestilah seorang yang rajin membaca dan mempelajari

pertumbuhan, perkembangan, perubahan dan aliran-aliran moral. Sebagai manusia

yang mempunyai peribadi, pengamal kritikan moral mestilah menentukan sikapnya

terlebih dahulu, iaitu aliran moral yang dianutinya (Mana Sikana, 2013:49).
50

Pendekatan moral ini boleh dianggap tua sekali. Hal ini dapat dilihat melalui

penyataan Wilbur S.Scott (1962)

Of the various types of criticism practiced


today,the moral approach has undoubtedly
the longest history.

William S.Scot menjelaskan bahawa pendekatan moral mempunyai sejarah

yang terpanjang. Pendekatan ini telah digunakan sejak zaman Greek lagi. Teori ini

pernah digunakan oleh Aristotle, sementera Plato pernah menggunakan pendekatan

ini ketika membuat penilaian terhadap puisi pada zamanya.

Menurut Mana Sikana (2009:371), Plato dalam Republic sudah menegaskan

betapa pentingnya moral dalam sastera dan meletakkan syarat bahawa mesej dan

perutusan harus ada dalam sesebuah karya kerana tanpanya karya itu tidak

mempunyai pengertian. Sasterawan Barat berpendapat bahawa hasil kesusasteraan

yang baik mestilah bermutu, menggambarkan kebenaran dan memperlihatkan

kesungguhan yang tinggi serta sesuai dengan iklim dan amalan masyarakat pada

zaman itu.

Dalam tahun 1050-an Masihi, golongan moralis merupakan golongan

pengkritik yang sangat aktif. Antara tokoh ialah seperti D.H.Lawrence, John

Middleon Murray, G.Ornell, F.R.Leavis dan T.S.Elliot. Kebanyakan tokoh tersebut

berpendapat bahawa kritikan moral bergantung pada nilai baik dan buruk di mata

masyarakat. Dalam zaman kegelapan Eropah atau Dark Ages, telah muncul genre

Morality Play yang menceritakan kisah-kisah nabi daripada Bible, membicarakan


51

tanggungjawab paderi di gereja dan mengemukakan cara-cara untuk memperbaiki

perangai manusia (Mana Sikana:2009:371).

Karya sastera, khasnya drama pada masa itu memberikan panduan kepada

pengkaji untuk membina teori nilai dan sastera dalam kritikan sehingga prinsip

kritikan ditentukan oleh isi dan moralitinya. Kemudian, muncul zaman Renaissance,

iaitu zaman Kebangkitan Eropah yang meletakkan taraf yang lebih tinggi kepada

manusia berbanding dengan haiwan dan yang membezakannya ialah sifat taakulan

dan moralnya. Pada zaman ini, karya sastera harus menghidupkan watak yang benar-

benar rasional dan bermoral. Oleh itu, terciptalah aliran humanisme atau kemanusiaan

yang meletakkan manusia sebagai pusat kehidupan alam yang bertaraf tinggi

berbanding dengan makhluk lain. Ketinggian manusia itu adalah ditentukan oleh

moral. Moral itu menetapkan bahawa manusia harus mempunyai peraturan, disiplin

dan batasannya. Sejak zaman itu, humanisme moral mula mendapat perhatian

daripada para pengkritik yang berpendekatan moral untuk dijadikan dasar dalam

sesebuah karya sastera.

Dengan kata lain, moral ialah unsur yang mendidik dan memberi pengajaran

yang mempunyai nilai yang baik atau buruk serta menjadi dasar dalam sesebuah

karya sastera. Aspek moral yang terterap dalam kesusasteraan sering dikemukakan

oleh pengkritik yang bersikap komited terhadap masyarakat atau manusia

keseluruhannya. Para pengkritik moral berpendapat bahawa kesusateraan sesuai

dijadikan alat untuk mengajar dan mendidik masyarakat atau manusia agar menerima

nilai-nilai yang baik. Oleh itu, pengkritik akan mencari nilai-nilai yang baik dalam

karya sastera yang dikajinya dan jika nilai itu amat kurang, maka pengkritik akan
52

menegur dan berpesan kepada pengkarya agar menghasilkan karya-karya yang

bermoral pada masa akan datang.

Justeru, sesebuah karya sastera yang baik itu harus bermoral. Dalam dunia

kritikan kesusasteraan ditegaskan bahawa pendekatan moral itu bertitik tolak daripada

dasar bahawa pemikiran dalam karya sastera tanpa mengira jenis genre dianggap

sebagai wacana yang efektif dalam usaha membina moral dan keperibadian sesuatu

kelompok masyarakat.

Walapun hasil sastera itu apa-apa jua bentuk tulisan, namun kita harus

bahaskan dalam konteks sastera walaupun yang kita lihat ialah moral. Hal ini ialah

subjektif kerana jika karya itu mementingkan stail atau gaya tanpa moral, isinya

hampar dan tidak ada sumbangan kepada bangsa. Oleh itu, usaha mengarang mesti

serius dan mesti lahir daripada hati kita sendiri, bukan main-main. Mudah-mudahan

karya itu berguna kepada bangsa malahan kepada manusia supaya manusia

berkeadaan baik, berfikiran baik dan berkelakuan baik serta bertindak baik dan

sempurna, Itulah tujuan sastera yang menekankan moral (Arpan Shahbudin, 1999:93)
53

Teori Moral

Konsep & Peringkat


Prinsip

Mementingkan isi Moral


Ciptaan Unik Aspek isi
daripada bentuk karya

Kesan &
Menganalisis Bidang kajian & Nilai karya
Pengaruh
didaktis Kritikan sastera

Dasar

Tamadun Aspek Aspek Sejarah Majukan


bangsa Kemasyarakatan moral/akhlak
n

20 buah cerpen

Nilai moral dalam cerpen karya P.Sundarapandian

Rajah 2. Kerangka Teori


54

3.5.2 Aplikasi Teori Moral Dalam Cerpen-Cerpen Kajian

Pengarang memainkan peranan yang penting dan bertanggungjawab dalam

menyampaikan sesuatu maklumat kepada pembaca, pengkaji dan masyarakat melalui

karyanya. Menurut Mana Sikana (2006:400) pengarang adalah salah seorang

komuniti masyarakat yang bertindak mewakili masyarakatnya dan berbicara hasil

daripada pengalaman dan peristiwa yang konteks dengannya.

Terdapat empat kaedah semasa mengaplikasikan pendekatan moral ini.

Pertama, sesebuah karya itu haruslah dilihat dari aspek isinya. Aspek isi merangkumi

tema atau isu utama, persoalan-persoalan, pemikiran, mesej, motif, falsafah atau

propaganda dan akhirnya premis. Teori moral melihat karya sastera sebagai suatu

sumbangan ke arah pembentukkan masyarakat yang sensitif dengan zamannya.

Perkara yang dipentingkan ialah isi yang hendak disampaikan dan bentuk hanyalah

sebagai alat untuk menyampaikan isi atau moral (Mana Sikana, 2013:49) .

Seterusnya, teori moral mementingkan aspek moral. Aspek moral

merupakan pendidikan atau pengajaran yang hendak disampaikan melalui sesebuah

karya. Perbincangan pada tahap ini akan menjurus kepada huraian berdasarkan

peristiwa-peristiwa dan perwatakan karektor dengan melihat unsur didaktiknya.

Selain itu, latar dan aspek bahasa juga boleh dibincangkan pada tahap ini untuk

melihat moralnya. Setelah membincangkan perkara-perkara tersebut, baharulah

disimpulkan unsur pengajaran dan pendidikan yang menjadi dasar moral terpenting

dalam karya. (Mana Sikana, 2013:46).


55

Selain daripada itu, teori moral berpendapat bahawa hasil sesebuah karya

harus mempunyai nilai. Nilai sesebuah karya pula berkaitan dengan kebaikan dan

keburukan sesuatu perkara. Nilai karya di sini dapat ditentukan oleh nilai keagamaan,

kemasyarakatan dan nilai-nilai murninya. Dalam hal ini, perbicaraan juga perlu

menentukan harga nilai tersebut berdasarkan isi atau isu yang dikemukakan dalam

karya ,sama ada nilai isu itu penting atau tidak setelah dihubungkait dengan aspek

kontekstualnya ( Mana Sikana,2009).

Seterusnya pengkaji akan membicarakan kesan atau pengaruh karya

tersebut kepada pembaca. Seseorang pengkaji yang menggunakan pendekatan moral

ini harus melihat faktor kesan, iaitu sama ada moral itu dapat memberi kesan yang

mendalam atau tidak pada jiwa pembaca. Kesan itu pula akan dilihat, sama ada kesan

jangka panjang atau pendek serta sesuai atau tidak mengikut zamannya. Oleh itu,

dapat disimpulkan bahawa pendekatan moral ini melihat isi teks dan memberatkan

sudut pengajaran, nilai pengajaran dan kesannya kepada khalayak (Mana Sikana,

2009).

Kumpulan cerpen P.Sundarapandian boleh dianggap sebagai berisikan

dokumen nilai-nilai moral kerana apa yang dihasilkan adalah penyalinan dan refleksi

daripada realiti dan bertindak sebagai cermin budaya dan bangsa. Cerpen karya beliau

juga mencatat semula kehidupan masyarakat India dengan pelbagai nilai moral.

Ternyata jelas, karya cerpenis ini dapat memberikan sumbangan kepada pembaca.
56

3.6 Kesimpulan

Kesimpulanya, menurut teori moral, peraturan-peraturan sastera terbentuk ke arah

memberi perkhidmatan yang cemerlang supaya manusia sentiasa berbaik-baik antara

satu sama lain. Teori ini melihat kesusasteraan sebagai suatu gerakan ke arah

memenuhi keperluan kemanusiaanya. Salah satu ciri sastera adalah memperlihatkan

sikap kehidupan dan semangat zaman yang dibentuk oleh masyarakat sezamannya.

Sesungguhnya, kritikan teori moral mahukan hasil karya bertindak sebagai

guru dan menjadi contoh untuk diamalkan oleh pembaca. Moral pula ditentukan oleh

nilai masyarakat. Dalam banyak hal, teori moral ini amat mementingkan nilai dan

pengajaran yang baik demi ketamadunan bangsanya. Sekiranya sesebuah karya itu

kekurangan nilai moral, maka tidak dapat dianggap sebagai sebuah karya yang

unggul atau baik.

Kesimpulannya, apabila para pembaca membaca karya sastera yang

berunsurkan moral yang tinggi, maka pembaca dapat dibentuk bersahsiah cemerlang.
[Type a
57
quote from
the
document
or the

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji membentangkan dapatan hasil kajian yang telah dianalisis

berdasarkan cerpen-cerpen karya P.Sundarapandian. Analisis kajian ini dibahagikan

kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama mengenal pasti nilai moral yang

terdapat dalam cerpen karya P.Sundarapandian dan bahagian kedua pula menganalisis

tujuan penggunaan nilai moral. Akhir sekali, bahagian ketiga mengkaji

kepengarangan P.Sundarapandian. Objektif-objektif kajian yang dibincangkan dalam

bab ini adalah berdasarkan teori moral. Pada akhir perbincangan bab ini akan

terjawab ketiga-tiga soalan kajian yang dibina berdasarkan objektif kajian.


58

4.2 Mengenal Pasti Nilai Moral Yang Terkandung Dalam Cerpen Karya
P.Sundarapandian.

Pengkaji memilih nilai-nilai murni yang terdapat dalam kurikulum yang terkini iaitu

KSSR yang sedang digunakan dalam sistem pendidikan pada masa sekarang. Pengkaji

telah membaca dan menganalisis dua puluh buah cerpen karya P.Sundarapandian dari

sudut nilai moral. Perbincangan telah dimulakan dengan mengenal pasti nilai moral

yang terdapat dalam cerpen. Terdapat sebanyak tiga belas nilai moral yang terkandung

dalam kumpulan cerpen karya P.Sundarapandian. Nilai-nilai tersebut ialah

kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, keadilan, kasih sayang,

kerajinan, keberanian, kerjasama, bertolerensi, kesederhanaan, kejujuran, berterima

kasih dan hemah tinggi.

4.2.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Prinsip pertama Rukun Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menjadi

nadi pembinaan jati diri masyarakat Malaysia dan sewajarnya menjadi panduan dan

pedoman hidup seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Nilai kepercayaan kepada Tuhan didefinisikan sebagai keyakinan bahawa

wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan kita hendaklah mematuhi segala

suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip

Rukun Negara (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral

KSSR Tahun 6, 2013:17). Nilai kepercayaan kepada Tuhan pula dibincangkan dalam

empat buah cerpen karya P.Sundarapandian seperti jadual 4.1.


59

Jadual 4.1

Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Nilai Kumpulan Tajuk Cerpen Tahun Halaman


Cerpen

Veṟṟi Veṟṟi Niccayam 31


Niccayam 2006
Kepercayaan
kepada Cātaṉai Namatu Kaiyilē 39
Tuhan
Vāḻa Niṉaittāl 1
Vāḻalam Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam 1 11
1992
1
Vitintal Kitustumas 70

Cerpen Veṟṟi Niccayam karya P.Sundarapandian memaparkan nilai

kepercayaan kepada Tuhan. Nilai Kepercayaan kepada Tuhan jelas dilihat pada

pasangan Kanthasamy dan Manggalam. Setelah kehilangan pekerjaan di ladang,

pasangan Kanthasamy dan Manggalam berasa sedih dan bimbang akan hal

pendidikan dan masa depan anak-anak mereka. Mereka menabahkan hati dan

percaya akan Tuhan menunjukkan jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi

oleh mereka. Mereka telah mengambil keputusan untuk berpindah ke bandar

bersama-sama dua orang anak. Setelah sampai di bandar, Kanthasamy mendapat

pekerjaan sebagai seorang pemandu lori dan Manggalam pula membuka sebuah gerai

makanan berhampiran dengan taman perumahan mereka. Hal ini dapat dibuktikan

melalui petikan teks:


60

‚ ,
.
‛ ன ன .
( . , 2006:31).

“Jangan sedih. Tuhan tidak akan lepaskan


kita begitu sahaja. Beranikan diri,” kata
Manggalam. (Sundarapandian.P, 2006:31).

Petikan teks jelas menunjukkan bahawa mereka berkeyakinan dan percaya

bahawa Tuhan akan melindungi mereke dan pasti akan mendapat satu petunjuk

daripada Tuhan sebagai jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.

Seterusnya, nilai kepercayaan kepada Tuhan dapat dilihat pada diri pasangan

Chandran dan Malliga dalam cerpen bertajuk Cātaṉai Namatu Kaiyilē. Apabila

tanaman kelapa sawit mula menggantikan pokok getah di ladang-ladang, banyak

pekerja kehilangan pekerjaan lalu terpaksa meninggalkan ladang. Chandran

merupakan salah seorang mangsa yang kehilangan pekerjaan lalu berpindah ke rumah

abang Malliga bersama-sama isterinya, Malliga dan anaknya. Mereka pergi ke sana

dengan harapan bahawa abang Malliga akan meringankan beban mereka dengan

membantu mendapatkan pekerjaan di bandar. Malangnya, kakak ipar Malliga tidak

membenarkan mereka tinggal bersama. Peristiwa ini amat menyedihkan diri

Chandran dan Malliga. Mereka keluar dari rumah dengan keyakinan bahawa Tuhan

akan membantu mereka serta akan menunjukkan jalan penyelesaian bagi masalah

yang melanda diri mereka. Semasa dalam perjalanan, mereka berkenalan dengan

seorang penjual ikan yang bernama Sathiya lalu Candran menceritakan kemelut yang

dihadapinya. Seterusnya, Sathiya memberikan semangat lalu menolong Chandran

mendapatkan pekerjaan. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan teks di bawah:


61

‚ .
.

ன? ... ‛.

.
( . , 2006:39).

“Jangan risau, Malliga. Kita pernah menolong


orang lain. Tak akan Tuhan menolong kita?
Mari kita berjalan” kata Chandran. Selepas itu,
sambil memikul beg dan bungkusan pakaian,
Chandran dan Malliga bersama-sama anak-anak
menepi jalan (Sundarapandian.P, 2006:39).

Berdasarkan petikan teks, kepercayaan dan keyakinan Chandran terhadap

Tuhan tidak sia-sia kerana mereka mendapat petunjuk jalan melalui watak Sathiya

yang telah mencarikan pekerjaan untuk Chandran.

Seterusnya, cerpen berjudul Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam (1992) mengisahkan

nilai kepercayaan kepada Tuhan yang menyerapi watak Velan. Pasangan Velan dan

Muttamma tinggal di Pulau Pangkor. Velan ialah seorang nelayan dan pendapatannya

ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pada suatu hari, Velan telah

bersiap sedia untuk ke laut walaupun musim tengkujuh sudah melanda. Muttamma

berasa risau lalu menghalang suaminya daripada pergi ke laut. Velan pula memujuk

isterinya supaya tidak risau kerana Tuhan akan tetap melindunginya. Kepercayaan

yang utuh kepada kekuasaan Tuhan telah membangkitkan keberanian Velan pergi ke

laut tanpa merisaukan keselamatan dirinya seperi berikut:


62

‚ ,
! ன
. ன ?

.
.
.
..........‛ .
( . ,1992:11).

“Muthamma, laut inilah Tuhan kita. Hari


ini memang angin bertiup dengan kencang.
Apa boleh buat? Pada bulan Masi ini,
kampung kita akan sambut perayaan di kuil.
Kita tidak cukup wang untuk perbelanjaan.
Jangan risau. Tuhan tidak akan lepaskan
kita…” kata Velan (Sundarapandian.P,
1992:11).

Berdasarkan petikan dapatlah dirumuskan bahawa Velan yang

memanifestasikan laut sebagai Tuhan memang percaya dan berkeyakinan bahawa dia

tidak akan mengalami sebarang bencana dan keselamatan dirinya tetap terjamin

ketika berada di laut. Sebenarnya, ke hendak ke laut walaupun angin bertiup dengan

kencang. Dia yakin bahawa laut yang dianggapnya sebagai Tuah tidak akan

mengapa-apakannya.

Selain itu, watak Maria juga mempunyai nilai kepercayaan kepada Tuhan

dalam cerpen Vit:inhthal:l Kitisthumas. Pada suatu hari, sampan seorang nelayan

yang bernama Anthony terlanggar batu yang besar di laut lalu tenggelam. Kejadian

itu berlaku semasa hujan lebat dan ribut petir melanda. Kawan-kawan Anthony, iaitu

Karupiah dan Ibrahim puas mencari-carinya tetapi tidak berjaya. Mereka berdua balik

ke rumah Anthony lalu memaklumkan isteri Anthony, Maria akan kejadian tersebut.
63

Semua nelayan percaya bahawa mayat Anthony kemungkinan besar telah dimamah

oleh ikan yu.

Maria pula tetap yakin bahawa Anthony masih hidup dan akan kembali

dengan selamat. Dia selalu berdoa kepada Tuhan agar memberkati keselamatan

suaminya. Hal ini dapat dibuktikan dalam petikan ini:

. ( . ,
1992:70).

Namun, Maria yakin bahawa Anthony akan


tetap pulang. Setiap hari dia melutut di
depan gambar Nabi Isa lalu berdoa.
Sundarapandian.P, 1992:70).

Dalam petikan tersebut ,keimanan dan doa Maria menunjukkan bahawa dia

yakin pada kekuasaan Yang Maha Esa yang akan melakukan sesuatu untuk

menyelamatkan suaminya. Doa dan ratapan Maria di depan gambar Nabi Isa

memperlihatkan keimanannya yang tinggi.

Watak dalam keempat-empat cerpen tersebut sangat yakin pada kekuasaan

Tuhan. Watak-watak tersebut menyerahkan segala kemulut yang dihadapi oleh

mereka kepada Tuhan agar mendapat petunjuk-Nya. Sebenarnya, kesemua watak

dalam cerpen-cerpen dapat mengatasi kemelut atau bencana masing-masing pada

akhir cerita. Pendeta agung Tamil, Thiruvalluar, dalam kitab falsafahya Thirukkural

turut menegaskan kekuasaan Tuhan apabila seseorang menyerahkan dirinya kepada-

Nya seperti berikut:


64


ன .

Taṉakku uvamai illātāṉ tāḷcērntārkku allāl


maṉakkavalai māṟṟal aritu (kural:7)

Kuplet tersebut membawa maksud bahawa seseorang menyebatikan dirinya

dengan Maha Kuasa mampu melepaskan dirinya daripada segala kemelut atau

bencana yang dihadapinya.

Menurut teori moral, unsur-unsur falsafah, pemikiran atau premis terpapar

dalam sesebuah karya sastera menjadi tulang belakang karya tersebut. Karya yang

baik haruslah bermoral dan sesebuah karya pula bergantung kepada ketinggian moral

tersebut (Mana Sikana, 2013:46).

Keempat-empat cerpen ini juga selari dengan tuntutan teori moral yang lebih

mementingkan isi daripada bentuk. Pengarang P.Sundarapandian lebih menekankan

aspek isi cerita dan persoalan berbanding dengan struktur teks. Isi karya cerpen ini

ditentukan oleh corak dan aliran fikiran masyarakat itu, lebih-lebih lagi persoalan

yang menjadi topik semasa.

Hasil daripada perbincangan empat buah cerpen dapatlah dirumuskan

bahawa cerpenis P. Sundarapandian menekankan nilai kepercayaan kepada Tuhan

dalam cerpen karya supaya masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama.

Kepatuhan kepada agama dapat memupuk sifat mulia dalam diri seseorang.

Kepercayaan pada Tuhan memang menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan latar
65

budaya masyarakat di samping itu masyarakat yang terikat pada tuntutan agama akan

bertindak sebagai insan yang bertanggungjawab dan sentiasa berasa bersyukur dalam

kehidupannya.

4.2.2 Baik Hati

Menurut Alias Ismail (2004:36), baik hati ialah bersikap timbang rasa terhadap

perasaan dan kedudukan orang lain, bersimpati terhadap kesusahan dan penderitaan

orang lain, bermurah hati untuk membantu dan menyumbang, sama ada dalam bentuk

kebendaan atau sokongan moral, sedia memaafkan kesalahan orang lain dan tidak

berdendam. Nilai baik hati turut diterapkan dalam enam buah cerpen karya

P.Sundarapandian seperti dalam jadual 4.2.

Jadual 4.2

Nilai Baik Hati Dalam Cerpen Karya Sundarapandian. P.

Nilai Kumpulan Cerpen Tajuk cerpen Tahun Halaman

Tolaintu Pōna Cantōcam 13


Tirunti Vā Makaṉe 2010
Vaḻntu Kāṭṭuvēṉ 60

Veṟṟi Niccayam Veṟṟi Niccayam 33


Baik
Hati Cātaṉai Namatu Kaiyilē 2006 39

Pakaimai Maṟainta 45
Tīpāvaḷi

Vāḻa Niṉaittāl Putiyatōr Ulakam 1992 67


Vāḻalam Ceyvōm!
66

Dalam kumpulan cerpen Tirunti Vā Makaṉe karya P.Sundarapandian, terdapat

dua buah cerpen yang memaparkan nilai baik hati. Dalam cerpen berjudul Tolaintu

Pōna Cantōcam (2010), pengkaji telah menemui nilai baik hati yang dicerminkan

melalui sifat watak utama, Chandran. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan di

bawah:

‚ , ‛
.
.
‚ ,
,
ன‛

( . , 2010:13).

‚Malliga panggil datuk kamu,” kata


Chandran. Datuk pun datang berdiri di
hadapan Chandran. “Datuk, saya ingin
berkahwin dengan cucu datuk.
Gembirakah?” Datuk Malliga terus
memegang kedua-dua tangan Chandran.
(Sundarapandian.P,2010:13)

Cerpen ini mengisahkan sifat baik hati seorang pemuda yang bernama

Chandran. Semasa datang ke kampung, Chandran kebetulan tersua dengan seorang

lelaki tua bernama Ramasamy. Lelaki tua itu menceritakan segala kesusahan yang

dihadapinya kepada Chandran. Chandran berasa simpati terhadap lelaki tua itu. Oleh

itu, Chandran ingin meringankan beban Ramasamy. Perasaan simpati terhadap orang

tua mendorong Chandran memgambil keputusan untuk mengahwini cucunya,

Malliga. Sikap baik hati yang wujud dalam diri Chandran telah membuka ruang

kehidupan yang bahagia kepada Malliga.


67

Selain itu, dalam cerpen yang berjudul Vaḻntu Kāṭṭuvēṉ (2010) ,pengkaji

mengenal pasti sifat baik hati pada pengurus ladang yang bernama Muthu. Beliau

berusaha membantu seorang ibu tunggal bernama Manggalam yang menghadapi

kesulitan untuk membesarkan tiga orang anaknya. Muthu memohon bantuan daripada

MIC bahagian Harcraft bagi membantu anak-anak Manggalam untuk melanjutkan

pelajaran ke universiti. Dengan bantuan Muthu, ketiga-tiga orang anak Manggalam

belajar bersungguh-sungguh lalu berjaya menjadi siswazah yang cemerlang. Hal ini

dapat dibuktikan dalam teks berikut:

.
ன .

. .
ன .

( . , 2010:60).

Harapan Manggalam memang berbuah.


Ketiga-tiga anaknya menjadi siswazah.
Pengurus ladang Muthu telah membantu
mendapatkan bantuan kewangan daripada
MIC cawangan Harcroft untuk ketiga-tiga
anaknya melanjutkan pelajaran ke menara
gading (Sundarapandian.P, 2010:60).

Berdasarkan petikan di atas dapatlah dirumuskan bahawa watak Muthu ialah

seorang insan yang baik hati kerana beliau berprihatin dan belas kasihan terhadap

keperitaan hidup seorang ibu tunggal lalu berusaha untuk menolong anak-anaknya

melanjutkan pelajaran hingga menara gading. Beliau rela menghulurkan bantuan

tanpa mengharapkan sebarang balasan.


68

Kumpulan cerpen Veṟṟi Niccayam mengandungi dua buah cerpen yang

memaparkan sikap baik hati. Dalam dalam cerpen Veṟṟi Nhiccayam, watak Prakash

ialah anak kepada pasangan Kanthaasamy dan Mangalam. Kemiskinan keluarga tidak

menghampakan Prakash sebaliknya berjaya memperoleh keputusan 7A dalam

peperiksaan UPSR. Masa berlalu dengan pantas, Prakash pun melangkah ke tingkatan

lima. Kawan-kawan karib Kanthasamy, iaitu Kaliappan dan Gurusamy sentiasa

mendorong dan memupuk keyakinan pada diri Prakash serta bermurah hati

membelikan buku rujukan untuk Prakash untuk mengulang kaji pelajarannya. Prakash

pun belajar dengan bersungguh-sungguh lalu memeperoleh keputusan cemerlang

,iaitu 15A dalam peperiksaan SPM . Hal ini dapat dibuktikan dalam teks di bawah:

.
. . . .

.
ன .


.
( . , 2006:33).

Masa pun berlalu. Tahun ini anak Kandasamy


akan menduduki peperiksaan SPM. Kawan baik
Kanthasamy ,Gurusamy dan Kaliappan
memberikan nasihat dan dorongan kepada
Prakash. Mereka juga tidak lupa untuk
membelikan beberapa buah buku rujukan untuk
Prakash (Sundarapandian.P, 2006:33)
69

Sifat prihatin dan perlakuan mengambil berat kebajikan serta keinginan untuk

membela nasib orang lain, terutama Prakash, jelas mencerminkan nilai baik hati yang

sebati dalam diri kawan-kawan Kanthasamy, iaitu Gurusamy dan Kaliappan. Di

samping itu, mereka turut membelikan buku-buku untuk Prakash. Sebenarnya,

nasihat, dorongan dan bantuan buku-buku telah sedikit-sebanyak telah menyumbang

kepada kejayaan Prakash dalam peperiksaan SPM.

Seterusnya, dalam cerpen bertajuk Ca:thanai Nhamathu Kaiyile:. pengkaji

dapat mengesan nilai baik hati yang dimiliki oleh watak Sathiya. Watak Sathiya

secara kebetulan tersua dengan Chandran yang kehilangan pekerjaannya. Sathiya

memberikan semangat kepada Chandran dengan menjanjikannya mencari pekerjaan

sebagai pemandu lori kerana Chandran sudahpun memiliki lesen memandu.

Seterusnya, watak Sathiya juga sebagai Pengerusi Kelab Belia menyatakan bahawa

terdapat sebuah rumah kosong di bawah jagaan Kelab Belianya. Sathiya mengajak

sekeluarga Chandran supaya tinggal di rumah itu. Sathiya bersama rakan-rakanya

berjanji untuk menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan. Sikap baik hati

watak Sathiya jelas dipaparkan oleh cerpenis P.Sundarapandian dalam petikan

berikut:

‚ .

.
ன ன .
ன ...
.

. .


( . , 2006:39).
70

“Chandran kamu jangan bimbang. Kamu kan


ada lesen memandu lori. Kamu tiada masalah
lagi. Kamu boleh tinggal di bilik atas pejabat.
Saya dan kawan-kawan saya sudi tolong
kamu.” (Sundarapandian.P, 2006:39) .

Sikap prihatin dan rela menghulurkan bantuan kepada seseorang perkenalan

baru jelas mencerminkan nilai baik hati yang sebati dalam diri watak Sathiya.

Cerpen Pakaimai Maṟainta Tīpāvaḷi mengisahkan sikap baik hati dua orang

adik-beradik, iaitu Shanmugam dan Elango yang menetap di Kampung Ambiga.

Kedua-dua mereka berebut-rebutan untuk memiliki tanah peninggalan arwah ayah

mereka. Selepas perselisihan faham beberapa tahun, mereka insaf akan kesalahan

mereka. Mereka membuat keputusan untuk mendermakan tanah arwah ayah mereka

kepada anak-anak yatim di pusat kebajikan. Nilai baik hati mereka terserlah melalui

petikan di bawah:

‚ ... ன ன ...?

... ன
...
...‛
( . , 2000:45).

“Abang... apa kamu kata...? Kita kan berada


dalam keadaan baik... Baik kita dermakan tanah
itu kepada anak-anak yatim di pusat kebajikan”
kata Elango(Sundarapandian.P, 2000:45).

Berdasarkan petikan di atas dapatlah dirumuskan bahawa kedua-dua adik-

beradik, Shanmugam dan Elango yang bersikap baik hati telah meminta maaf atas

kesalahan masing-masing. Seterusnya, mereka berdua ingin membantu anak-anak


71

yatim yang memerlukan tempat perlindungan. Oleh itu, mereka rela mendermakan

tanah yang direbut oleh mereka selama ini kepada rumah anak yatim. Tindakan dan

sikap murni mereka tetap menyerlahkan sifat baik hati mereka berdua itu.

Dalam cerpen yang berjudul Putiyatōr Ulakam Ceyvōm! pengkaji telah

mengesan sifat baik hati pada watak Kumar. Gadis bernama Ratha menghadapi

pelbagai rintangan dalam kehidupannya semasa tinggal bersama suaminya Shangkar

yang merupakan seorang penagih dadah. Pada suatu hari, Ratha telah berkenalan

dengan Kumar di kuil semasa crew Kumar sedang menjalankan kerja-kerja

penggambaran di Pulau Pangkor. Kumar telah mengenali Ratha ketika Kumar

menyampaikan anugerah kepada Ratha dalam Majlis Anugerah. Kumar berasa sedih

apabila melihat keadaan diri Ratha yang kurus dan miskin. Setelah memahami segala

keperitan hidupnya, Kumar berjanji untuk membantu Ratha untuk mencarikan suatu

pekerjaan yang sesuai. Sementara itu, apabila suaminya ditangkap oleh polis atas

kesalahan menagih dadah, Ratha terpaksa menjalani kehidupan bagai wanita tunggal.

Ketika itulah Ratha menerima surat daripada Kumar.

,
. ன
, ன
.
,
. . .
( . ,1992:67).

Pada suatu hari, Ratha terima surat daripada


Kumar. Kumar memberitahu bahawa Ratha
mendapat tawaran pekerjaan kerana miliki sijil
SPM. Dia minta Ratha datang segera untuk
menerima tawaran tersebut.”
(Sundarapandian.P, 1992:67).
72

Berdasarkan petikan di atas dapatlah dirumuskan bahawa Kumar merupakan

seorang insan yang bersifat baik hati kerana berprihatin dan belas kasihan terhadap

keperitaan hidup Ratha lalu sanggup bersusah payah mencari pekerjaan untuk Ratha.

Sifat ingin membantu seseorang yang baru dikenali tanpa mengharapkan sebarang

balasan jelas mencerminkan nilai baik hati watak Kumar.

Menurut teori moral, sesebuah karya bukan sahaja memperlihatkan

keindahannya, malah harus bermanfaat kepada masyarakat. Karya sastera harus

memiliki sejumlah moral dan bertujuan untuk menyedarkan khalayaknya (Mana

Sikana, 2013:52). Selaras dengan teori moral, berdasarkan hasil perbincangan enam

buah cerpen di atas, dapatlah disimpulkan bahawa watak-watak dalam cerpen

P.Sundarapandian tetap memaparkan nilai baik hati mereka melalui perlakuan dan

perasaan yang sebati dengan sifat prihatin dan belas kasihan masing-masing. Orang

yang baik lazimnya melafazkan kata-kata atau nasihat yang memberi dorongan,

harapan dan keyakinan bagi menempoh kemelut hidup yang dihadapi. Selain itu,

orang baik baik hati juga berusaha membantu secara material untuk meringkan beban

seseorang ditimpa keperitaan. Sebenrnaya, watak dalam cerpen-cerpen tersebut

memang mencerminkan sifat hati yang seiring dengan teori moral.

4.2.3 Bertanggungjawab

Maksud bertanggungjawab ialah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan

melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Setiap individu harus

menunaikan kewajipannya terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,


73

meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga (Dokumen Standard Kurikulum

dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 6,2013:19). Nilai bertanggungjawab

ini dipaparkan dalam empat buah cerpen karya P.Sundarapandian seperti dalam

jadual 4.3.

Jadual 4.3

Nilai Bertanggungjawab Dalam Cerpen Karya Sundarapandian. P.

Kumpulan
Nilai Tajuk cerpen Tahun Halaman
Cerpen
2
Tirunti Vā Makaṉe 5- 7

Tolaintu Pōna 11-13


Tirunti Vā Cantōcam
Bertanggungjawab Makaṉe 2
Pavattirtku Kitaita 2010 21
Tanṭanai!

Va ṭcmeṉ Kurucami 37

Dalam cerpen berjudul Tirunti Vā Makaṉe (2010), pengkaji telah mengesan

nilai tanggungjawab melalui perwatakan Muthu. Cerpen ini menceritakan kisah

watak Muthu yang merupakan anak sulung kepada ibu tunggal, Muniammal yang

tinggal di Pulau Pangkor. Dia mempunyai dua orang adik-beradik. Setelah ayahnya

meninggal dunia, Muthu berhenti bersekolah lalu mengambil alih kerja ayah sebagai

nelayan untuk memikul tanggungjawab arwah ayahnya. Dia bekerja bersungguh-

sungguh untuk menjaga keluarganya dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui

petikan di bawah:
74

.
( . , 2006:39).

Muthu berhenti sekolah lalu bekerja sebagai


nelayan untuk tanggung perbelanjaan keluarga
dan menyekolahkan adik – beradiknya.
(Sundarapandian.P, 2010:5).

Tidak lama kemudian, Muthu dipenjarakan selama dua tahun kerana terlibat

dalam aktiviti ketagihan dadah. Oleh itu, ibu Muthu terpaksa mengambil alih tugas

sebagai ketua keluarga untuk memenuhi keperluan anak-anaknya yang masih

bersekolah. Dia bekerja di sebuah kilang ikan. Petikan di bawah menunjukkan hal

tersebut:

ன .
( . , 2010:6).

Ibu Muthu bekerja di kilang ikan untuk


memikul kewajipan terhadap keluarganya.
Gajinya untuk membiayai pelajaran anak-
anaknya (Sundarapandian.P, 2010:6).

Selepas keluar dari penjara, Muthu tidak lagi berkawan dengan kawan-kawan

lama lalu menjadi pemandu pelancong. Lama-kelamaan, dia telah menceburi bidang

pelancongan serta membeli sebuah bot pelancongan. Muthu berubah menjadi seorang

abang yang bertanggungjawab dan membiayai perbelanjaan pendidikan kedua-dua

adik-beradik yang sedang melanjutkan pendidikan. Dengan usahanya sendiri, Muthu

telah membeli sebuah rumah di Pulau Pangkor dan tinggal bersama-sama ibunya. Dia
75

menjaga ibunya dengan penuh tanggungjawab. Hal ini dapat dibuktikan melalui teks

di bawah:


ன .
( . , 2010:7).

Muthu menanggung segala perbelanjaan


pendidikan tinggi adik-beradiknya. Dia juga
membeli sebuah rumah di Pulau Pangkor. Dia
menjaga ibunya dengan baik .
(P.Sundarapandian, 2010:7)

Berdasarkan cerpen di atas, dapat kita mengesan nilai bertanggungjawab pada

Muthu dan emaknya. Selepas dibebaskan dari penjara, Muthu telah insaf akan

kesalahannya dan sedar akan tanggungjawab terhadap keluarganya. Selepas itu,

sebagai anak sulung dan ketua keluarga, Muthu telah menunaikkan segala

tanggungjawabnya terhdap keluarga. Sikap tanggungjawabnya telah mengubah nasib

keluarganya. Adik-adiknya berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi

di samping itu dia mampu membeli sebuah rumah untuk keluarganya serta menjaga

ibunya dengan baik.

Seterusnya, cerpen berjudul Tolaintu Pōna Cantōcam pula mengisahkan

sikap bertanggungjawab watak datuk dan cucunya. Nilai bertanggungjawab ini jelas

terpapar seperti berikut:

, ‚

.

. ன ...
,
76

ன ‛

( . , 2010:10).

“Anak, penduduk estet rasa gembira kerana


dapat temu kamu. Saya dah habiskan usia saya
di sini. Tapi, cucu saya Malliga seorang anak
yatim piatu. Saya akan rasa tenteram kalau
dapat kahwinkan cucu saya” kata Ramasamy
sambil menangis.
(Sundarapandian.P, 2010:10).

Malliga merupakan seorang anak yatim piatu. Dia dipelihara oleh datuknya,

Ramasamy. Ramasamy berasa bimbang dan tidak tenteram kerana cucunya belum

berkahwin lagi. Malliga ialah sumber rezeki keluarganya. Dia bekerja sebagai buruh

di ladang. Gajinya dibelanjakan untuk menguruskan keperluan keluarganya Oleh itu,

Ramasamy berasa risau dan bimbang memikirkan masa depan cucunya jika dia

meninggal dunia. Perkara ini dapat dibuktikan melalui teks di bawah:

‚ ,

. ன
ன ,
‛ .
( . , 2010:11).

“Anak, cucu saya bekerja bagai buruh di estet


ini untuk menjaga saya. Saya bimbang fikirkan
masa depannya jika berlaku apa-apa pada saya,”
kata Ramasamy(Sundarapandian.P, 2010:11).
77

Kedua-dua ibu bapa Malliga telah meninggal dunia akibat penyakit lalu

Malliga terpaksa memikul tanggungjawab untuk menjaga datuknya yang sudah

meningkat tua. Oleh sebab itu, dia bekerja di estet untuk menjaga datuknya. Hal ini

dapat dibuktikan melalui petikan di bawah:

,
. ன
?
.


.
( . , 2010:12)

“Ibu bapa saya meninggal dunia akibat


penyakit. Apa nak buat? Saya perlu jaga datuk
yang sudah tua. Oleh sebab itu, saya kerja di
ladang ini,” Malliga menamatkan kisah
sedihnya. (Sundarapandian.P, 2010:12)

Watak Chandran berasa simpati terhadap Malliga. Dia ingin mengahwini

Malliga dan memikul tanggungjawab menjaga Malliga dan datuknya. Chandran

berjanji akan menjaga mereka berdua dengan baik.

‚ ன . ன

‛ .
( . , 2010:13).

“Saya faham situasi kamu Saya berjanji akan


jaga kamu dan datukmu dengan baik…” kata
Chandran (Sundarapandian.P, 2010:13).
78

Berdasarkan petikan cerpen tersebut, pengarang berjaya menggambarkan

sikap tanggungjawab watak Ramasamy dan Malliga dengan jelas. Keda-dua mereka

bersikap prihatin terhadap nasib malang menimpa sesama sendiri dan ingin

melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengan penuh amanah dan sempurna.

Selain itu, cerpen Pavattirtku Kitaita Tanṭanai! (2010) karya

P.Sundarapandian juga memperihalkan nilai bertanggungjawab yang diamalkan oleh

isteri Duraisamy, Megala. Duraisamy ialah seorang pemboros yang membelanjakan

wang dengan sesuka hati kerana berkawan dengan orang-orang yang tidak

berkelakuan baik. Apabila kehabisan wang dan tidak dapat memperoleh wang lagi,

lazimnya dia akan melepaskan kemarahannya terhadap isteri-isternya. Dia akan

sering bertindak kejam dan menyeksa mereka. Mereka pula tidak tertahan akan

penderaan suami lalu mereka bersama anak-anak meninggalkannya. Seterusnya, salah

seorang isterinya, Megala telah menyewa sebuah kedai makanan dan memulakan

kedai makanan untuk membiayai pendidikan anak-anaknya. Sikap tanggungjawab

watak Malliga jelas dibuktikan melalui petikan di bawah:

ன ன


( . , 2010:21)
79

Duraisamy mendapat khabar bahawa isteri-isteri


yang meninggalkannya dua puluh tahun dulu,
sekarang berada di Tanjung Malim dan sedang
menguruskan sebuah kedai makanan dengan
jayanya serta menjalani hidup yang selesa.
Melalui seorang kawan, Duraisamy telah
memesan izin untuk melawati mereka.
(Sundarapandian.P, 2010:21)

Cerpen berjudul Vaṭcmeṉ Kurucami jua menceritakan sikap bertanggungjawa

watak Gurusamy. Watak Gurusamy menghadapi kesulitan wang untuk membiayai

pendidikan anaknya Sundaram. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab

Gurusamy telah berjaya memperoleh pinjaman daripada sebuah tabung pinjaman

pendidikan bernama Maju Jaya (MIED) untuk membantu anaknya melanjutkan

pengajian dalam bidang undang-undang di London. Selepas menamatkan

pengajiannya, Sundram telah kembali ke tanah air lalu mengkahwini gadis yang

dicintainya dengan persetujuan kedua-dua ibu bapanya. Namun, selepas mendirikan

rumah tangganya, Sundram tidak mengambil berat kebaijikan kedua-dua ibu

bapanya dan juga tidak mahu membayar balik wang yang dipinjam oleh bapanya

untuk membiayai pengajiannya. Sikap anak Gurusamy yang tidak bertanggungjawab

jelas terpapar dalam teks di bawah:


ன . ‚
ன ,
ன ‛

( . , 2010:37).

“Kenapa tanya pada saya? Jika hendak bayar


balik, bapa boleh bekerja dan lunaskan
pinjaman itu,” kata Sundram tanpa sebarang
perasaan.
(P.Sundarapandian, 2010:37).
80

Tindakan anaknya yang bersikap lepas tangan terhadap wang pinjaman

menghampakan diri Duraisamy. Namun, Duraisamy tetap mahu memulangkan

pinjaman tersebut kerana berpendapat bahawa wang pinjaman tersebut merupakan

tanggungjawab peribadinya demi menunaikan kewijipan terhadap anaknya. Di

samping itu, sikap bertanggungjawab yang bersebati dalam diri Gurusamy

memaksanya membayar balik wang pinjaman itu kepada tabung pinjaman

pendidikan Maju Jaya (MIED) yang bermurah hati membantu anaknya melanjutkan

pengajian. Justeru, Gurusamy mula bekerja sebagai pengawal walaupun sudah

meningkat tua demi melunaskan hutang tersebut.

Berdasarkan gambaran penulis dan perbincangan selanjutnya, pengkaji dapat

merumuskan bahawa watak yang dipaparkan dalam keempat-empat cerpen ini

memang bersikap bertanggungjawab dalam menunaikan kewajipan terhadap

keluarga dan membiayai pendidikan anak masing-masing. Watak-watak utama yang

bersikap tanggungjawab tetap memiliki nilai moral yang murni ini.

Menurut teori moral, kemuliaan sesebuah karya sastera disebabkan adanya

nilai moral yang menjadi tulang belakang karya tersebut. Karya yang baik haruslah

bermoral dan ketinggian sesebuah karya pula bergantung kepada ketinggian

moralnya (Manasikana, 2003:94). Sehubungan itu, keempat-empat cerpen tersebut

ialah hasil karya bernilai tinggi dari segi moral kerana ceritanya berkisar pada

pengorbanan watak-watak utama untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sebenarnya, nilai bertanggungjawab akan melahirkan individu berketerampilan yang

berupaya mencapai kesejahteraan diri, memiliki sifat ketenangan dan kekuatan diri
81

dalam menghadapi cabaran hidup. Individu yang bertanggungjawab akan dapat

melaksanakan amanah terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Tuhan.

4.2.4 Keadilan

Menurut Alias Ismail (2004:36), keadilan bermaksud benar, waras dan rasional serta

betul dan sahih berdasarkan ilmu yang benar berlandaskan hujahan dan akal fikiran

yang waras, rasional dan saintifik, membuat pertimbangan secara logikal dan

terbuka. Nilai keadilan dibincangkan dalam sebuah cerpen karya P.Sundarapandian

seperti dalam jadual 4.4.

Jadual 4.4

Nilai Keadilan Dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P

Nilai Kumpulan cerpen Tajuk cerpen Tahun Halaman

Keadilan Tirunti Vā Makaṉe Tirunti Vā Makaṉe 2010 1

Dalam cerpen berjudul Tirunti Vā Makaṉe, cerpenis ingin menekankan nilai

keadilan melalui watak Muniammah. Anak sulung Muniammah, Muthu menjadi

seorang penagih dadah apabila bersahabat dengan kawan-kawan yang ketagihan

dadah. Walaupun Muniammah kerpa menasihati Muthu supaya menjauhi kawan-

kawannya, namun Muthu tidak mempedulikan segala nasihat ibunya. Akhirnya,

Muniammah mengambil keputusan yang bijak untuk menyerahkan anaknya yang

menagih dadah kepada pihak polis. Muniammah berasa bahawa tindakannya akan
82

membawa keinsafan dan juga dapat menyelamatkan anaknya daripada cengkaman

dadah.

Dalam konteks ini. takrifan keadilan merangkumi maksud kesaksamaan dan

pemberian hak kepada mereka yang berhak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang

betul. Secara keseluruhanya, keadilan ini bermakna tidak berlaku sebarang bentuk

penindasan, tidak ada yang berkepentingan, tidak menzalimi dan tiada pilih kasih

dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain. Takrifan tersebut amat

bersesuaian dengan tindakan Muniammah seperti berikutnya:

.

.
. ன

...‛

( . , 2010:1).

“Saya puji tindakan Muniammah. Walaupun


bertalu-talu dinasihati, anaknya yang sudah
jadi penagih dadah, tidak endahkan
nasihatnya. Ibu itu tiada pilihan lain. Dia
terpaksa serahkan anaknya kepada pihak
berkuasa”, kata Panchamurthy.
(Sundarapandian.P, 2010:1).

Dalam konteks ini, tindakan watak Muniammah terhadap anaknya, Muthu

adalah amat adil kerana tidak merugikan atau menzalimi anaknya, sebaliknya demi

kepentingan masa depan anaknya. Walaupun anak kandungnya menjadi penagih

dadah, Muniammah tidak pilih kasih lalu mematuhi undang-undang dan serahkan

anaknya kepada pihak polis. Dia ingin memulihkan anaknya yang menjadi seorang
83

penagih dadah. Sebenarnya, tindakan Muniammah boleh membuka lembaran baru

dalam kehidupan anaknya, Muthu.

4.2.5 Kasih Sayang

Tajul Ariffin Nordin & Nor „aini (992:32) pula berpendapat bahawa kasih sayang

ialah perasaan, cinta dan sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir

daripada hati yang rela terhadap sesuatu tanpa sebarang unsur kepentingan diri. Nilai

kasih sayang turut dipaparkan dalam sebuah cerpen karya P.Sundarapandian seperti

dalam jadual 4.5.

Jadual 4.5

Nilai Kasih Sayang Dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Kumpulan
Nilai Tajuk cerpen Tahun Halaman
Cerpen

Kasih Veṟṟi Niccayam Veṟṟi Niccayam 2006 31


Sayang

Dalam kumpulan cerpen Veṟṟi Niccayam karya P.Sundarapandian, terdapat

sebuah cerpen sahaja yang menghuraikan nilai kasih sayang. Cerpen tersebut juga

berjudul Veṟṟi Niccayam mengisahkan perasaan kasih sayang yang erat dalam

kalangan penduduk ladang. Perasaan kasih sayang dalam kalangan penduduk ladang

merupakan suatu sifat istimewa kerana meraka mengamalkan semangat

persaudaraan walaupun tiada pertalian darah sesama sendiri. Sifat istimewa ini jelas

kelihatan apabila pasangan Kanthasamy dan Manggalam yang kehilangan pekerjaan


84

di ladang, mengambil keputusan untuk berpindah ke bandar. Semasa mereka

bertolak ke bandar bersama anak-anak, semua penduduk ladang itu memeluk

pasangan Kanthasamy dan Manggalam lalu menangis tersesak-esak. Penduduk itu

berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga Kanthasamy. Cerpenis P.

Sundarapandian jelas memerihalkan perasaan kasih sayang penduduk ladang dalam

petikan di bawah:

.
,

. ,


...

( . , 2006:31)

Semasa berpisah, penduduk ladang sambil


memeluk Kanthasamy dan Manggalam
menangis tersesak-esak. Kasih sayang dan
ikatan persaudaraa yang tidak ditemui bandar
hanya ditemui kalangan penduduk ladang. Sifat
kasih-mengasih dan tindakan bersama-sama
melakukan kerja semasa perayaan kuil dan
perkahwinan merupakan suatu amalan istimewa
dalam kalangan penduduk ladang sahaja.
(Sundarapandian, 2006:31)

Hasil daripada perbincangan berdasarkan cerpen ini, dapatlah dirumuskan

bahawa perasaan kasih sayang yang murni tanpa mengharapkan sebarang balasan

menjadi pertalian persaudaraan dalam kalangan penduduk ladang. Hubungan

persaudaraan yang mesra dan sejati ini terjalin dalam diri mereka atas sifat kasih
85

sayang yang utuh. Keadaan inilah mencetuskan perasaan sedih dan tangisan penduduk

ladang apabila pasangan Kanthasamy dan Manggalam mahu meninggalkan ladang itu.

Cerpen ini memang berjaya mencitrakan nilai kasih dalam kalangan penduduk ladang.

Kemurniaan perasaan kasih sayang ini turut ditegaskan oleh pendeta agung Tamil,

Thiruvalluar melalui kitab falsafahnya Thirukkural seperti berikut:

( 71)

aṉpiṟkum uṇṭō aṭaikuntāḻ ārvalar


puṉkaṇīr pūcal tarum (Kuplet 71)
(Singaravelu.S, 2014:29)

Kuplet tersebut bermaksud bahawa kasih sayang yang tulen tidak dapat

disembunyikan dan pasti akan meletus semasa orang yang dikasihi ditimpa kesusahan.

Menurutnya, tangisan melambangkan kasih sayang seseorang. Hal ini terbukti pada

saat pasangan Kanthasamy dan Manggalam berpindah ke bandar. Perasaan sedih dan

tangisan penduduk ladang melambangkan perasaan kasih sayang yang sentiasa

tersubur dalam diri mereka.

4.2.6 Kerajinan

Menurut Hashim Musa (2008:68) kerajinan merupakan sikap sentiasa berusaha

secara berterusan, tekun dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi matlamat, sasaran

dan cita-cita demi mencapai kejayaan. Nilai kerajinan dibincangkan dalam dua buah

cerpen karya P.Sundarapandian seperti dalam jadual 4.6.


86

Jadual 4.6

Nilai Kerajinan Dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Nilai Kumpulan cerpen Tajuk cerpen Tahun Halaman

Tirunti Vā Makaṉe Vaḻntu Kāṭṭuvēṉ 2010 60


Kerajinan
Veṟṟi Niccayam Veṟṟi Niccayam 2006 33

Watak Manggalam dalam cerpen Vaḻntu Kāṭṭuvēṉ dan watak Prakash dalam

cerpen Veṟṟi Niccayam memaparkan sifat rajin berusaha masing-masing mengikut

situasi yang berbeza-beza. Cerpen berjudul Vaḻntu Kāṭṭuvēṉ memperihalkan nilai

kerajinan yang ada ada watak Manggalam. Manikkam dan Manggalam berkerja

sebagai penoreh getah di Ladang Columbia. Selepas menjalani hubungan percintaan

mereka berdua telah berkahwin walapun hubungan mereka ditentang oleh kedua-dua

pihak ibu bapa mereka. Manggalam ialah seorang wanita yang sangat jelita. Selepas

beberapa tahun mendirikan rumah tangga, Manikam mula mencurigai kesetiaan

Manggalam akibat fitnah yang ditaburkan oleh kawan-kawannya. Manikam

mendesak Manggalam supaya berhenti kerja. Kecurigaan suaminya mula menggugat

keharmonian rumah tangga mereka.

Pada suatu hari, Manggalam telah meninggalkan suaminya dengan membawa

dirinya bersama tiga orang anaknya. Dia telah berpindah ke sebuah ladang

berdekatan, iaitu Ladang Harcraft dan di situ dia bekerja sebagai penoreh getah. Pada

waktu petang pula Manggalam membuat kerja sambilan sebagai tukang jahit. Dia

terus rajin berusaha untuk memenuhi segala keperluan anak-anaknya serta


87

memastikan mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Manggalam telah

menggunakan segala perolehan daripada kerja sambilan itu untuk membiayai bayaran

kelas tambahan dan membeli peralatan untuk belajar. Manggalam memberi perhatian

sepenuhnya terhadap pendidikan ketiga-tiga anaknya. Sifat kerajinan Manggalam

jelas terserlah dalam teks cerpen di bawah:

ன .

( . , 2010:60).

Selepas selesai kerja menoreh getah, dia


membuat kerja menjahit yang dibelajar semasa
kecil lagi sebagai kerja sambilan. Dia
menitikberatkan hal pendidikan anak-anaknya.
Dia membelikan buku latihan dan menghantar
anak-anaknya ke kelas tuisyen.
(Sundarapandian, 2010:60).

Petikan cerpen tersebut jelas mencerminkan bahawa watak Manggalam rajin

berusaha sepanjang hari demi memenuhi segala keperluan dan menjamin kejayaan

anak-anaknya dalam pendidikan. Dia sanggup menghabiskan segala pendapatannya

demi menjamin kebahagian dan kejayaan anak-anaknya. Manggalam sedar bahawa

anak ialah satu amanah yang telah dipertanggungjawabkannya. Justeru, sebagai

seorang ibu dan tanda kesyukuran atas pemberian Tuhan, Manggalam tetap dan terus

rajin berusaha untuk menunaikan segala keperluan anak-anaknya.


88

Seterusnya, cerpen berjudul Veṟṟi Niccayam juga menceritakan sikap

kerajinan yang diamalkan oleh watak Prakash yang ingin memperoleh kecemerlangan

dalam pendidikan. Watak Prakash ialah anak sulung pasangan Kanthasamy dan

Manggalam. Setiap hari, Prakash menolong ibunya menguruskan perniagaan

keluarga. Dia tidak pernah membazirkan masanya, sebaliknya masa terluang

dihabiskan untuk mengulang kaji pelajarannya. Sikap rajin yang diamalkan oleh

Prakash terserlah dalam teks cerpen di bawah.


ன .

‛ ( . ,
2006:33).

“Selain hal itu (menolong ibunya), dia sentiasa


memikirkan serta mengulang kaji pelajarannya.
Ibu bapa Prakash juga sentiasa mendorongnya
untuk belajar”.(P.Sundarapandian, 2006:33)

Petikan cerpen tersebut jelas memaparkan kerajinan watak Prakash yang

sentiasa menghabiskan masa terluangnya dengan hal-hal pelajarannya agar

memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran. Tambahan pula, fikirannya juga

berkisar pada cita-citanya dan keinginan ibu bapa. Sebenarnya, seseorang yang

sentiasa tekun berusaha dan gigih memikirkan cara-cara memeperoleh kejayaan ialah

seorang insan yang rajin.

Secara keseluruhannya, kedua-dua cerpen ini berjaya mencitrakan nilai

kerajinan. Persamaan yang ketara antara watak utama dalam kedua-dua cerpen ini

ialah kedua-dua watak sanggup bertungkus-lumus untuk memperoleh kejayaan, sama


89

ada kejayaan orang yang tersayang atau untuk diri sendiri. Kedua-dua watak sedar

bahawa kerajianan ialah tunjang kehidupan. Sifat kerajinan yang ada pada seseorag

akan mendorongnya untuk berusaha sedaya upaya untuk memperoleh kejayaan. Sikap

dan pemikiran yang mengutamakan sifat kerajianan demi memperoleh kejayaan

dalam pendidikan jelas ditonjolkan oleh kedua-dua watak tersebut lalu menjadii

pengajaran kepada masyarakat bahawa kerajinan dan kejayaan adalah saling berkait.

Kedua-dua watak utama terus berusaha dengan gigih untuk meningkatkan

taraf hidup keluarga masing-masing. Walaupun berasal daripada keluarga yang daif,

namun kedua-dua watak tersebut tidak menjadikan keadaan tersebut sebagai alasan

untuk terus kekal dalam kemiskinan sebaliknya mereka memandang situasi itu

sebagai satu cabaran untuk menjadi lebih rajin lagi. Hal ini turut ditegaskan oleh

pendeta Thiruvalluar dalam kitab falsafahnya Thirukkural seperti berikut:

ன ன
ன . ( 1022)

āḷv ṉaiyam āṉṟa aṟivum eṉa iraṇṭṉ


nīviṉaiyāl nīḷum kuṭi (kuplet 1022)
(Singaravelu.S, 2014:424)

Menurut kuplet ini, seseorang yang bijak berfikir serta gigih berusaha secara

berterusan dapat meningkatkan taraf kehidupan keluarganya. Pernyataan ini

dibuktikan oleh sikap rajin yang diamalkan oleh kedua-dua watak utama dalam

cerpen-cerpen tersebut.
90

4.2.7 Keberanian

Keberanian ialah kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

(Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun

6,2013:25). Di samping itu, Alias Ismail (2004:36) pula berpendapat keberanian

ialah sikap menuntut kebenaran dan menentang kesalahan serta sifat tabah, kuat dan

tidak takut menghadapi cabaran di samping berpegang kepada prinsip, membuat

keputusan dan tindakan yang benar malah bersedia mempertahankan kebenaran

dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Nilai keberanian ini dipaparkan dalam

dua buah cerpen karya P.Sundarapandian seperti dalam jadual 4.7.

Jadual 4.7

Nilai Keberanian dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Nilai Kumpulan cerpen Tajuk cerpen Tahun Halaman


2
Pavattirtku Kitaita
Tirunti Vā Makaṉe 2010 18
Tanṭanai!
Keberanian
Vāḻa Niṉaittāl
Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam 1992 14
Vāḻalam

Sikap berani dua orang wanita yang sanggup menentang kekejaman suami

dijelaskan dalam cerpen Pavattirtku Kitaita Tanṭanai! seperti berikut:

( . , 2010:18).
91

Lama-kelamaan, kekejaman dan penyeksaan


Duraisamy semakin bertambah. Pada suatu
malam, kedua-dua isterinya pula melarikan diri
bersama anak-anaknya ke suatu tempat yang
tidak dapat dikesan.
(Sundarapandian, 2010:18).

Petikan di atas jelas menggambarkan keberanian kedua-dua isteri Duraisamy

yang sanggup menghadapi sebarang cabaran dan risiko demi melepaskan diri mereka

daripada suami yang kejam. Duraisamy ialah seorang pemboros. Dia telah

memperduakan isterinya. Dia tidak mempedulikan hal tanggungan keluarga

sebailknya membelanjakan wang yang ada untuk berjoli bersama dengan kawan-

kawanya. Apabila kesempitan wang, Duraisamy akan menuntut wang daripada isteri-

isterinya. Apabila tuntutannya tidak dilayan, dia akan bertindak keras dan kejam

terhadap kedua-dua isterinya. Pada mulanya, kedua-dua isterinya tabah menghadapi

kekejaman dan penyeksaannya. Namun, tindakan kejam Duraisamy masih

berterusan. Kedua-dua isterinya pula memberanikan diri untuk menentang segala

kekejaman Duraisamy. Mereka berdua membuat keputusan untuk memulakan

kehidupan baru di tempat asing tanpa bantuan Duraisamy. Mereka membuat

keputusan untuk membawa bersama anak-anak mereka. Kini, mereka meneruskan

kehidupan bahagia di tempat asing dengan hasil usaha mereka sendiri.

Dalam konteks cerpen ini, keputusan kedua-dua isteri Duraisamy untuk

meninggalkan rumah dan perlindungan kaum lelaki memerlukan sifat berani yang

teguh. Selain itu, kesanggupan mereka untuk menempuh cabaran dan membesarkan

anak-anak mereka di tempat asing tanpa kehadiran suami juga turut memerlukan

sikap keberanian. Justeru, kedua-dua watak tersebut ialah wanita yang sangat berani.
92

Cerpen Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam karya P.Sundarapandian ini juga sarat

dengan nilai keberanian. Cerpen ini memperihalkan keberanian watak Muthamma.

Perwatakan Muthamma jelas menonjolkan sikap keberanian yang tinggi,

kesanggupan mengahadapi cabaran dan kesediaan mempertahankan kebenaran

seperti berikut:


.

. ன -

ன .

. ,
!
( . , 1992:14).

Pagi-pag lagi, Muthamma membersihkan bot


suaminya. Dia pernah pergi ke laut dan
menangkap ikan bersama-sama suaminya. Dia
memberanikan dirinya menangkap ikan di laut.
Pada waktu petang ,dia pulang ke rumah dengan
ikan-ikan ditangkap sendiri yang bernilai seratus
ringgit. Rezeki itu membakar semangatnya lagi
untuk meneruskan kerjanya baru. Ya,
Muthamma merupakan wanita baru yang
diilhamkan oleh pendeta Bharathi
(Sundarapandian, 1992:14).

Velan ialah suami Muthamma yang mencari rezeki keluarganya sebagai

seorang nelayan. Dia telah dihanyutkan oleh ombak besar lalu terus hilang. Selepas

kematian Velan, Muthamma duduk di tepi laut sambil meratapi nasib malangnya.

Muthamma berasa hidupnya kesunyian dan lupa akan tanggungjawab terhadap anak-

anaknya.
93

Pada suatu hari, kawan baik Velan yang bernama Gopal yang berasa belas

kasihan terhadap nasib malang Muthamma, menasihatinya supaya melupakan

peristiwa malang lalu mengingatkan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Gopal

membakar semangatnya dengan mengatakan supaya tidak takut menghadapi cabaran

hidup. Lantas, Muthamma menyedari tanggungjawabnya lalu membuat keputusan

untuk meneruskan pekerjaan suaminya. Dia memberanikan dirinya pergi ke laut

untuk menangkap ikan dengan bot kepunyaan suaminya.

Watak isteri dalam kedua-dua cerpen ini tetap memiliki sikap keberanian

dalam menempuh cabaran, dugaan dan rintangan hidup tanpa bantuan sesiapapun.

Mereka sanggup menghadapi pelbagai cabaran yang bakal timbul dengan penuh

yakin, berani dan tabah hati demi kebahagian anak-anak tanpa kehadiran suami

mereka.

4.2.8 Kerjasama

Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001:105), kerjasama ialah semangat muafakat

dalam melaksanakan tugas-tugas tertentu dan menangani pelbagai masalah yang

dihadapi oleh masyarakat. Nilai kerjasama atau muafakat menjadi asas kekuatan

kepada sesuatu kelompok, organisasi, masyarakat dan negara. Bermuafakat ialah

perkara yang sinonim dengan kehidupan seharian. Nilai kerjasama ini turut

diperihalkan dalam dua buah cerpen karya P.Sundarapandian seperti dalam jadual

4.8.
94

Jadual 4.8

Nilai Kerjasama Dalam Karya Sundarapandian.P.

Nilai Kumpulan Cerpen Tajuk cerpen Tahun Halaman

Tirunti Vā Makaṉe Tolaintu Pōna 2010 9


Cantōcam
Kerjasama
Veṟṟi Niccayam Veṟṟi Niccayam 2006 32

Cerpen berjudul Tolaintu Pōna Cantōcam (2010) menceritakan amalan

kerjasama dalam kalangan penduduk di sebuah ladang yang lazimnya bertindak

bagai keluarga lanjutan dalam menjalani kegiatan berkelompok. Semasa majlis

perkahwinan dan perayaan di kuil diadakan, mereka bermuafakat dan tolong-

menolong menguruskan kerja-kerja. Suasana mesra, meriah dan gelak ketawa

sentiasa menyelubungi suasana dan keadaan di ladang. Di samping itu, pada waktu

malam pula, pemuda-pemudi di ladang bermain permainan tradisional bersama

kawan-kawan di bawah sinaran cahaya bulan. Kini, para penduduk estet sudah pun

berpindah ke bandar. Namun, jika sambutan perayaan kuil tahunan diadakan, mereka

semua tetap akan kembali ke ladang untuk menyambut perayaan itu bersama-sama.

Cerpenis P. Sundarapandian jelas memperihalkan suasana dan keadaan di situ seperti

berikut:

‘ ’
95

‘ ’

( . , 2010:9).

Jika perkahwinan dan perayaan kuil diadakan di


ladang, semua penduduk berkumpul bagai
sebuah keluarga di satu tempat lalu menjalakan
kerja-kerja dengan penuh gembira dan meriah.

Pada waktu malam pula, di bawah sinaran bulan


pemuda-pemudi bermain permainan tradisional.
Keadaan ini sungguh memukau hati.
(Sundarapandian.P, 2010:9).

Seterusnya, konsep bekerjasama lebih jelas diperihalkan oleh cerpenis. Dalam

cerpen “Veṟṟi Nhiccayam”(2006), cerpenis P.Sundarapandian memperincikan

amalan kerjasama dalam kalangan masyarakat di ladang seperti berikut:


........

( . ,2006:32).
Masyarakat di ladang akan bermufakat bagai
ahli keluarga dalam melangsungkan kerja-kerja
majlis perkahwinan dan perayaan. Mereka
bergaul mesra. Inilah keistimewaan kehidupan
di ladang.
(Sundarapandian.P, 2006:32).

Petikan di atas membuktikan bahawa sikap bekerjasama dalam kalangan

masyarakat memang dapat merapatkan dan mengeratkan hubungan masyarakat

ketika melaksanakan majlis keramaian. Di samping mencetuskan perasaan

silaturahim dan persaudaraan, perasaan mesra dan riang pula sentiasa menyelubungi

suasana dan keadaan di situ.


96

4.2.9 Bertoleransi

Menurut Alias Ismail (2004:37) bertoleransi ialah perlakuan menerima dan

menghormati perbezaan dan kepelbagaian kepercayaan, keturunan, adat resam,

budaya, bahasa dan bangsa tanpa mengorbankan nilai, prinsip dan hak pegangan dan

pendirian diri sendiri di samping bekerjasama mencari titik persefahaman bersama,

khususnya dalam bidang khidmat sosial dan kebajikan masyarakat, mengelakkan diri

daripada berbahas tentang perbezaan ideologi, prinsip dan pendirian masing-masing.

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR

Tahun 6 (2013:36) bertoleransi bermakna kesanggupan bertolak ansur, sabar dan

mengawal diri demi kesejahteraan hidup. Nilai bertoleransi dipaparkan dalam dua

buah cerpen karya P.Sundarapandian seperti dalam jadual 4.9.

Jadual 4.9

Nilai Bertoleransi dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Kumpulan Muka surat


Nilai Tajuk cerpen Tahun
cerpen
Tirunti Vā Vaṭcmeṉ Kurucami 33
Bertoleransi 2010
Makaṉe Vairākkiyam 97

Dalam cerpen berjudul Vaṭcmeṉ Kurucami (2010), pengkaji telah menemui

nilai bertoleransi pada watak Gurusamy dan isterinya. Anak Gurusamy ialah seorang

peguam. Isteri Gurusamy yang tidak sihat ingin mengahwinkan anak sulungnya

sebelum meninggal dunia. Oleh itu, Gurusamy mengahwinkan anak sulungnya,

Sundram dengan gadis yang dicintainya. Selepas perkahwinan, menantu Gurusamy

tidak suka tinggal bersama ibu bapa mentuanya. Menantu Gurusamy bersikap biadap
97

terhadap mentuaya ketika suaminya tiada di rumah. Sebaliknya, apabila Sundram

berada di rumah, isterinya berpura-pura berbaik-baik dengan emak dan bapanya.

Gurusamy dan Mangalam tetap bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi

kesejahteraan hidup anak dan keluarga. Nilai bertoleransi ini diperihalkan dalam teks di

bawah:

‚ , .


.

. ...‛

( . , 2010:33).

“Abang, kenapa risau? Kita sebagai ibu bapa


harus bangga kerana anak kita sudah menjadi
seorang peguam. Jangan bimbang. Anak kita
akan menjaga kita sampai hujung hidup
kita.” kata Mangalam. (Sundarapandian,
2010:33).

Cerpen berjudul Vairākkiyam (2010) juga menceritakan sikap toleransi yang

ada pada watak Kanthasamy. Kanthasamy dan Letchumi ialah pasangan suami dan

isteri. Mereka mempunyai tiga orang anak. Pada suatu hari, berlaku perselisihan

faham antara Kanthaasamy dengan isterinya lalu mereka bertengkar. Semasa

pertengkaran itu, Letchumi menyumpah bahawa sehingga mati ia tidak akan langsung

bercakap dengan suaminya dan mengtakan bahawa pertalian antara mereka berdua

pun terputus. Kanthasamy pun akur pada keputusan Letchumi. Perselisihan faham

antara mereka berterusan selama 10 tahun. Ketiga-tiga orang anak mereka pun sudah

besar. Pada suatu hari, anak sulung mereka, Suresh menghadap ayahnya lalu

memintanya memaafkan perlakuan ibunya yang keterlaluan dan memintanya kembali

kepada ibu. Dia menasihati ibu bapanya supaya bersatu semula demi kebahagian
98

sekeluarga. Kanthaasamy pun memahami hasrat murni anak dan berjanji untuk

menunaikan harapan anaknya. Hal ini dapat dibuktikan dalam petikan di bawah:

‚ ,
ன .

.
.
.
.
.
ன ?‛ ன

ன .

, ‚

. ( . , 2010:97

“Ayah, jangan salah faham saya. Usaha kami


adik-beradik tidak mendatangkan sebarang
hasil. Biar ayah kali akhir cuba bercakap dengan
ibu. Kami bertiga pun sudah cecah umur untuk
mendirikan rumah tangga. Kami peroleh
pendapatan yang baik.Dendam antara ayah dan
ibu mesti dikikiskan.Apa kata ayah? ” kata
Suresh sambil memandang muka ayah tanpa
sebarang perasaan.

Sambil merenung muka anaknya, Suresh, kata


Kandasamy, “Baiklah anak, saya akan
memenuhi permintaan kamu”. Suresh terus
memeluk ayahnya dengan perasaan gembira
(P.Sundarapandian, 2010:97).
99

Perlakuan watak Kanthasamy dalam petikan cerpen jelas menunjukkan sikap

toleransinya terhadap perlakuan keterlaluan isteriny. Beliau sanggup menyingkirkan

perasaan dendam terhadap isterinya dan menepikan soal maruah diri demi

keharmonian dan kebahagian keluarganya.

Berdasarkan hasil perbincangan cerpen Vaṭcmeṉ Kurucami dan Vairākkiyam

ini, dapatlah dirumuskan bahawa sikap toleransi ada pada pasangan Gurusamy -

Manggalam dan Kanthaasamy dapat memelihara keharmonian keluarga serta

membahagiakan anak-anak mereka. Sikap ini penting untuk menimbulkan suasana

harmoni, aman bersatu padu dalam kalangan ahli keluarga sama seperti dalam kedua-

dua keluarga yang tersebut dalam cerpen.

4.2.10 Kesederhanaan

Kesederhanaan didefinisikan sebagai bersikap tidak keterlaluan dalam membuat

pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

(Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 6,

2013:29). Nilai kesederhanaan ini diperihalkan dalam sebuah cerpen karya

P.Sundarapandian seperti dalam jadual 4.10.


100

Jadual 4.10

Nilai Kesederhanaan dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Nilai Kumpulan cerpen Tajuk cerpen Tahun Halaman

Kesederhanaan Veṟṟi Niccayam Vaḷḷal Ramēs 2006 85

Dalam kumpulan cerpen Vetti Nhiccayam karya PSundarapandian, terdapat

sebuah cerpen sahaja yang memaparkan nilai kesederhanaan. Cerpen berjudul

Val:l:al Ramesh (2006) mengisahkan sikap kesederhanaan watak Murugan. Murugan

dan Ramesh ialah kawan rapat. Ramesh berasal daripada keluarga kelas pertengahan

tetapi seorang pemboros kerana ingin akan kehidupan mewah. Murugan pula seorang

miskin dan mengamalkan sikap berjimat cermat dalam segala hal.

Pada suatu hari ketika Ramesh dan Murugan bertemu di sebuah restoran,

Ramesh memperli sikap Murugan yang berjimat cermat sementara itu dia berasa

bangga akan kehidupannya serba mewah. Namun, Murugan pula terus menasihati

Ramesh supaya tidak bersikap boros dan mengingatkannya supaya berbelanja

mengikut kemampuan dan keperluannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan di

bawah:


.
, , ,
.‛

.
.


( . , 2006:85).
101

“Sebagai seorang kawan, dengar kata-kata


saya.. Kita memang perlukan kereta, rumah
mewah, tanah dan harta seperti orang lain .Tapi
kita tidak harus berhutang untuk menjalani
hidup mewah. Kita akan hadapi kesulitan untuk
bayar balik hutang. Jika keadaan ini berlaku,
akan kehilangan harta kita.”
(Sundarapandian.P, 2006:85).

Berdasarkan petikan cerpen di atas, Murugan memang mengamalkan nilai

kesederhanaan dalam hidupnya. Dia berjimat-cermat semasa membelanjakan wang.

Sikap kesederhanaan inilah mendorongnya supaya menasihati kawan karibnya,

Ramesh yang bersikap boros dan sanggup berhutang pada orang lain untuk menjalani

kehidupan mewah. Melalui cerpen ini, melalui perwatakan Murugan, cerpenis ingin

melahirkan individu yang mengamalkan sikap berjimat-cermat, sementara itu,

melalui perwatakan Ramesh pula, menegur sikap boros individu yang sanggup

berhutang untuk menjalani hidup yang mewah.

4.2.11 Kejujuran

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR

Tahun 6 (2013:26), kejujuran bermakna bercakap benar, bersikap amanah dan

ikhlas dalam setiap perlakuan. Nilai kejujuran turut dicerminkan dalam sebuah

cerpen karya P.Sundarapandian seperti dalam jadual 4.11.


102

Jadual 4.11

Nilai Kejujuran dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Nilai Kumpulan cerpen Tajuk Cerpen Tahun Halaman

Kejujuran Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam 2020- Nōkki 1992 17

Cerpen berjudul 2020- Nōkki menceritakan nilai kejujuran yang diamalkan

oleh watak Ragavan. Ragavan ialah seorang penoreh getah yang jujur. Dia tidak

bersetuju dengan sikap tidak adil pengurus ladang. Pada suatu hari, pengurus ladang

memanggil Ragavan dan menawarkannya kenaikan pangkat sebagai „kanggani‟

(ketua pekerja) dengan syarat tidak memperjuangkan hak pekerja ladang itu dan

menuntut supaya sentiasa setia padanya. Ragavan pula tetap menolak tawaran

pengurus itu kerana gerak hatinya mengingatkan supaya tidak terpedaya oleh kata-

kata pengurus ladang sebaliknya berpegang pada kebenaran. Ragavan menasihati

pengurus ladang supaya tidak menganiaya para pekerja yang buta huruf dan jahil.

Seterusnya, dia memberi amaran kepada pengurus ladang bahawa walaupun dirinya

dapat dipecatkan namun akan lahir ramai lagi yang jujur sama sepertinya. Nilai

kejujuran watak Ragavan tetap terserlah dalam petikan teks cerpen yang bertajuk

2020- Nōkki“ ini.

ன , .

.
,
. ன ,
ன ,
!‛ ன ன
.
( . , 1992:17).
103

“Tetapi, tuan perlu faham satu perkara .Tiada


sesiapa pun dapat membeli saya.Tuan tidak
dapat menipu golongan pekerja yang miskin dan
buta huruf ini selama-lamanya . Walaupun tuan
dapat memusnahkan saya, namun akan tetap
muncul pula ramai lagi „Ragavan‟ seperti saya.
Saya balik,” kata Ragavan sambil menutup
pintu dengan kasar.
(Sundarapandian.P, 1992:17).

Berdasarkan kata-kata Ragavan, jelas terbukti bahawa Ragavan ialah seorang

insan yang jujur yang tidak terpedaya oleh tawaran kenaikan pangkat kerja. Nilai

kejujuran yang sebati dalam dirinya tetap menolak sebarang imbuhan tidak halal yang

ditawarkan pengurus. Dia tidak sanggup mengkhianati para pengikutnya demi

kepentingan diri sendiri. Dia sanggup kehilangan pekerjaan demi mempertahankan

nilai kejujuran dan prinsip hidupnya.

4.2.12 Berterima Kasih

Nilai berterima kasih didefinisikan sebagai perasaan dan perlakuan untuk

menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau

pemberian (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR

Tahun 6, 2013:20). Nilai berterima kasih dipaparkan dalam dua buah cerpen karya

P.Sundarapandian.
104

Jadual 4.12

Nilai Berterima Kasih dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Nilai Kumpulan cerpen Tajuk cerpen Tahun Halaman

Berterima Ōḷi Pirantatu Ōḷi Pirantatu 2000 8


kasih
Vāḻa Niṉaittāl Vāḻala Vitintal Kitustumas 1992 74

Cerpen Ōḷi Pirantatu mengisahkan sikap penghargaan yang diamalkan watak

Mathavan yang merupakan seorang pelajar miskin di sebuah ladang. Ayahnya

seorang penoreh getah. Mathavan yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor,

sentiasa belajar dengan rajin.

Pada suatu hari, Mathavan memberitahu ayahnya akan cita-citanya ingin

menjadi seorang doktor. Bapa Mathavan berasa bangga dan gembira mengeathui akan

cita-cita anaknya. Dia berjani untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membiayai

pendidikan anaknya. Dengan bantuan kewangan pihak MIED dan hasil simpanan

bapanya, Mathavan telah berjaya menjadi seorang doktor pakar lalu pulang ke tanah

airnya. Namun, Mathavan tidak termakan oleh kejayaan dirinya, sebaliknya sentiasa

mengenang jasa dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi punca

kejayaannya. Dia tetap amat menghargai sumbangan, pemberian dan jasa baik

ibubapa, guru-guru dan pihak MIED yang membantu melanjutkan pendidikannya di

luar negara.
105

, ,


( . , 2000:8).

Mathavan dengan penuh rasa penghargaan


mengenang budi ,sumbangan dan dorongan ibu
bapa, guru-guru dan pihak MIED untuk
melanjutkan pelajarannya, (P.Sundarapandian,
2000:8).

Walaupun masa sudah berlalu dan kini menjadi seorang doktor, namun

Mathavan tetap masih mengenang budi dan berterima kasih kepada semua orang yang

membantunya semasa dia melanjutkan pelajarannya. Sikap murni inilah kita sangat

sanjung tinggi pada watak Mathavan.

Cerpen bertajuk Vitintal Kitustumas menceritakan kisah seorang nelayan yang

bernama Anthony tinggal di Pulau Pangkor. Pada suatu hari, dia ke laut menangkap

ikan. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan hembusan ribut pula semakin kencang di

samping itu petir sambar-mynambar. Anthony terjatuh di laut. Ombak di laut

membawa Anthony ke tepi laut Pantai Remis. Seorang nelayan yang bernama

Vadivelu menyelamatkan Anthony. Anthony pula hilang ingatan tentang dirinya.

Vadivelu yang baik hati memberikan rawatan dan perlindungan kepada Anthony.

Selepas sebulan, Anthony mengingat kembali tentang dirinya apabila menimpa suatu

kemalangan. Anthony mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh

Vadivelu. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan dibawah:


106

‚ , ன

?
‛ ன

( . , 1992:74).

“Abang, saya mengucapkan terima kasih


kerana menyelamatkan dan memberikan
perlindungan kepada saya. Sekarang pula
menghadiahkan sebuah sampan dan
menyumbangkan wang kepada saya. Saya pun
tak tahu macam mana akan membalas budi ini,”
kata Anthony sambil menangis.
(Sundarapandian.P, 1992:74).

Petikan ini jelas menerangkan bahawa Anthony mengenang jasa baik

Vadivelu . Tangisan Anthony melambangkan tanda terima kasihnya atas segala

bantuan yang diterimanya.

4.2.13 Hemah Tinggi

Hemah tinggi ialah beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan

seharian (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR

Tahun 6, 2013:21). Nilai hemah tinggi turut dipaparkan dalam sebuah karya

P. Sundarapandian seperti dalam jadual 4.13.


107

Jadual 4.13

Nilai Hemah Tinggi dalam Cerpen Karya Sundarapandian.P.

Nilai Kumpulan cerpen Tajuk cerpen Tahun Halaman

Hemah
Vāḻa Niṉaittāl Vāḻalam Vaḻvē Māyam 1992 94
Tinggi

Nilai hemah tinggi ini disentuh oleh pengarang P Sundarapandian dalam

cerpennya yang berjudul Va:l-ve Ma:yam(1992). Cerpen ini menggambarkan sifat

hemah tinggi seorang guru yang bernama Ramesh. Lima belas tahun dahulu, Ramesh

pernah berkhidmat di sebuah sekolah di ladang. Dia seorang guru yang berdedikasi

dan berhemah tinggi Dia mudah bergaul mesra dengan penduduk di ladang itu. Sikap

Ramesh telah disenangi oleh semua penduduk. Sifat hemah tingginya jelas terpapar

dalam petikan di bawah:

15

.
.
ன .
( . , 1992:94)

15 tahun lalu, Ramesh berkhidmat sebagai


seorang guru di sekolah Tamil di ladang ini. Dia
seorang guru yang berdedikasi. Dia seorang
anak muda yang bersopan-santun.
(P.Sundarapandian, 1992:94)
108

Berdasarkan petikan di atas, jelaslah Ramesh dipuji dan disenangi oleh

penduduk ladang tersebut kerana mengamalkan sifat hemah tinggi. Walaupun masa

sudah berlalu, sifat hemah tingginya masih terkenang.

4.2.14 Kesimpulan

Setelah membaca dan menganalisis dua puluh buah cerpen hasil karya

P.Sundarapandian dari sudut nilai moral, sebanyak tiga belas nilai moral seperti

kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, keadilan, kasih sayang,

kerajinan, keberanian, kerjasama, bertolerensi, kesederhanaan, kejujuran, berterima

kasih dan hemah tinggi telah dikesan. Hasil dapatan jelas menunjukkan bahawa

cerpenis P.Sundarapandian berjaya menyerapkan nilai moral secara implisit dan

eksplisit dalam minda para pembaca melalui jalan cerita dan perwatakan dalam cerpen

tersebut. Jadual 4.14 menunjukkan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerepn-

cerpen P.Sundarapandian yang kaji. Jadual 4.15 pula menunjukkan bilangan nilai

moral dalam kumpulan cerpen P.Sundarapandian yang dikaji.

Jadual 4.14

Senarai Nilai Moral Cerpen-Cerpen P.Sundarapandian yang Dikaji.

Bil Judul Cerpen Nilai Moral


 Kepercayaan kepada Tuhan
 Baik hati
 Bertanggungjawab
1 Vetti Nhiccayam
 Kasih sayang
 Kerajinan
 Kerjasama
(bersambung)
109

Jadual 4.14 (sambungan)


Bil Judul Cerpen Nilai Moral
2  Kepercayaan kepada Tuhan
 Baik hati
Ca:thanai Nhamathu Kaiyile:
 Bertanggungjawab

3  Kepercayaan kepada Tuhan


Va:l-a Ninaiththa:l Va:l-alam  Keberanian

4  Kepercayaan kepada Tuhan


Vit:inhtha:l Kitisthumas  Berterima kasih
5  Baik hati
 Bertanggungjawab
Tholainhthu Po:na Canhtho:cam
 Kerjasama

6  Baik hati
Va:l-nhthu Ka:t:t:uven  Kerajinan

7  Baik hati
Pakaimai Matainhtha Thi:pa:val:i  Bertanggungjawab

8  Baik hati
Puthiyatho:r Ulakam Ceyvo:m!  Bertanggungjawab

9  Bertanggungjawab
Thirunhthi Va: Makane:  Keadilan

10  Bertanggungjawab
Pavaththitkuk Kit:aiththa
 Keberanian
Than:t:anai!
11  Bertanggungjawab
Va:t:cmen Kurucami  Bertoleransi

12  Bertanggungjawab
Amma
13  Kejujuran
2020- Nhokki
14  Berterima kasih
Ol:i Piranhthathu
15  Kesederhanaan
Val:l:al Ramesh
16  Bertoleransi
Vaira:kkiyam
17 Vaḻvē Māyam  Hemah Tinggi
110

Jadual 4.15

Bilangan Nilai Moral Dalam Kumpulan Cerpen Yang Dikaji.

Bil Nilai Moral Bilangan

1 Kepercayaan kepada Tuhan 4

2 Baik hati 6

3 Bertanggungjawab 9

4 Keadilan 1

5 Kasih sayang 1

6 Kerajinan 2

7 Keberanian 2

8 Kerjasama 2

9 Bertoleransi 2

10 Kesederhanaan 1

11 Kejujuran 1

12 Berterima kasih 2

13 Hemah tinggi 1

Tidak dapat dinafikan bahawa nilai moral ialah antara isu utama yang menjadi

kekuatan kepada binaan sesebuah karya sastera terutamnya cerpen. Nilai moral tidak

dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia kerana manusia memerlukan nilai-nilai

murni ini dalam interaksi sosialnya supaya dapat bertindak dan berfikir secara

rasional dan dirinya diterima oleh semua orang. Penerapan nilai-nilai moral ini juga

dapat membanteras kejadian keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat

,khususnya masyarakat India dan seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera,

bahagia dan bersahsiah tinggi.


111

Di samping itu, para pembaca juga boleh mengambil iktibar daripada cerpen-

cerpen ini dengan mencontohi sifat, perwatakan, sikap, perlakuan dan tingkah laku

watak berlandaskan nilai-nilai murni dalam cerpen tersebut.

4.3 Menganalisis Tujuan Penggunaan Nilai Moral dalam Cerpen Karya


P. Sundarapandian

Perbincangan seterusnya adalah berkaitan dengan tujuan cerpenis P.Sundarapandian

menyerapkan nilai-nilai moral yang dikenal pasti dalam cerpen-cerpen yang dikaji .

Menurut Hartig (1986:24), karya cerpen bertujuan untuk menyenangkan para

pembaca, menghindarkan kedukaan hati dan ingin menolong para pembaca

memahami dan menghargai perasaan orang lain serta membuat hidup para pembaca

lebih menyenangkan.

Perlakuan mencipta cerpen dapat memperluaskan daya intelektual, kreativiti

dan imaginasi seseorang. Melalui cerpen, seseorang dapat mencurahkan pandangan

dan pemikirannya tentang sesuatu masalah dari sudut pandangan penulis sendiri dan

pembaca dapat mengetahui pandangannya dan menikmati tulisan yang telah

dihasilkan. Menulis merupakan suatu keterampilan berbahasa yang digunakan untuk

berkomunikasi secara tidak langsung (Tarigan, 1986:3).

Mana Sikana (2004,13) mengatakan bahawa sesuatu yang dapat diambil atau

dipetik daripada cerpen yang bersifat mengajar dan menambah pengetahuan dapat

memanusiakan manusia sehingga berguna dalam kehidupan seharian. Karya sastera


112

yang baik selalu membawa unsur pengajaran kepada pembaca untuk berbuat baik,

iaitu mengajak pembaca menjunjung tinggi norma-norma sosial. Karya sastera juga

dianggap sebagai sarana pendidikan moral.

Hasil perbincangan tersebut menunjukkan bahawa pengarang banyak

menumpukan naratifnya kepada kehidupan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Justeru, karya pengarang banyak tertumpu kepada kehidupan masyarakat India yang

berhadapan dengan pelbagai persoalan kehidupan seharian. Karya P.Sundarapandian

membawa banyak manfaat dan dapat memperhaluskan budi pekerti serta

meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki taraf hidup masyarakat. Selaras dengan

teori moral, cerpen yang baik sentiasa mengandungi unsur pengajaran yang memberi

panduan hidup.

Kehadiran karya sastera menyenangkan dan berguna kepada kehidupan

manusia. Karya ini juga merupakan luahan pengarang dalam mengabadikan nilai-nilai

kehidupan sebagai ajaran untuk memperbaiki keadaan hidup manusia. Tugas utama

kesusasteraan ialah aspek pengajarannya, iaitu mengajar pembaca menjadi orang yang

sensitif terhadap negaranya, sedia berkorban mempertahankan kebenaran dan bercita-

cita menjadi warganegara yang mulia (Bowes, Pratima 1959).

Secara amnya, karya cerpen P.Sundarapandian mengandungi amalan nilai

moral sebagai nasihat, pesanan dan amanat kepada pembaca. Setiap cerpen

mengangkat hakikat hidup dan kehidupan yang sebenarnya. Dalam konteks ini, teori

moral memberi keutamaan kepada karya yang penuh dengan pengalaman yang benar
113

dan fakta serta berisi dengan ciri-ciri kebijaksanaan dan kepintaran yang akan

dijadikan sebagai bahan pemikiran oleh para pembaca.

Berikut adalah beberapa tujuan amalan moral yang dipetik daripada karya

cerpen P.Sundarapandian.

4.3.1 Menyampaikan Amanat

Menurut Suroto (1990:89) amanat merupakan pesanan yang ingin disampaikan oleh

pengarang kepda pembaca melalui karyanya secara tersirat atau tersurat. Amanat

dapat disampaikan secara implisit, iaitu dengan cara memberikan ajaran moral atau

pesanan melalui tingkah laku atau peristiwa-peristiwa dalam cerita. Pesanan secara

eksplisit pula merujuk kepada pengarang sebagai penyampai seruan, saranan,

peringatan, nasihat, ajaran atau larangan melalui ceritanya.

4.3.1.1 Mengajak Ibu bapa Sedia Berkoban

Menurut Martono (2009:264), pengorbanan berasal daripada kata korban, bermakna

memberi harta benda, tenaga, fikiran, bahkan mungkin nyawa secara ikhlas demi

cintanya atau ikatannya dengan sesuatu atau demi kesetiaan. Seseorang yang

berkorban tidak pernah memikirkan untuk mendapat balasan berupa jasa, kedudukan,

pangkat serta harta benda.


114

Peranan ibu bapa sangat penting kepada sebahagian besar anggota keluarga

dan juga masyarakat. Ibu bapa ialah satu jawatan tanpa pelantikan rasmi daripada

sesiapa. Segala-galanya bertitik-tolak daripada amanah, tugas, peranan dan

tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap ibu bapa (Rusnani Abdul Kadir, 2000).

Cerpen Vaṭcmeṉ Kurucami (2010) ini pula menggambarkan pengobanan ibu

bapa. Mereka sanggup mengorbankan segala-galanya demi kebahagian anak yang

sangat disayangi. Watak Gurusamy ialah seorang pemandu lori. Dia tinggal bersama

isteri dan dua orang anaknya di Ladang Cashwood.Anak sulungnya bernama

Sundram dan bongsunya pula Komathi. Gurusamy berazam untuk memberi

pendidikan tinggi kepada kedua-dua anak demi menjamin masa depan yang bahagia.

Dia tidak mahu anaknya terus bersusah payah bekerja di ladang. Apabila anak sulung,

Sundram menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran, Gurusamy memohon

pinjaman kewangan daripada pihak Maju Jaya (MIED). Setelah menerima pinjaman

kewangan, Sundram telah berangkat ke London untuk melanjutkan pelajarannya. Di

samping itu, Gurusamy turut menjual rumahnya untuk menampung sebahagian

perbelanjaan pendidikan anaknya. Melalui cerpen ini jelaslah bahawa pengarang

ingin memaparkan nilai pengobanan yang tinggi yang dimiliki oleh watak bapa,

Gurusamy. Sebenarnya, cerpenis melalui watak Gurusamy mengajak pihak ibu bapa

supaya sedia berkorban apa-apa sahaja demi kebahagian anak-anak yang menjadi

amanah dan kewijipan mereka. Pengorbanan watak Gurusamy dapat dibuktikan

melalui petikan di bawah:


115


,


( . , 2010:32)

Bagi menampung perbelanjaan anak yang


belajar di London, Gurusamy menjual rumah
yang dibeli di Sitiawan. (Sundarapandian,
2010:32).

Berdasarkan petikan cerpen di atas, pengarang ingin memberitahu bahawa ibu

bapa perlu bersedia untuk berkorban demi kebahagian keluarga, terutamanya untuk

pendidikan anak-anak. Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh pengarang jelaslah

bahawa ibu bapa memang melakukan pengorbanan yang besar demi memelihara

kebajikan dan kebahagian anak-anak. Pengorbanan merupakan amalan atau perlakuan

yang mulia dan tidak ternilai harganya. Sikap ini sesuai dengan teori moral yang

menggalakkan pengarang menceritakan pengalaman watak yang berjuang untuk

kesejahteraan masyarakat dan negara ( Mana Sikana, 1994:18)

Seterusnya, dalam cerpen Veṟṟi Niccayam (2006) jenis pengorbanan yang

dipaparkan adalah berbeza dengan cerpen yang dikaji sebelum ini. Pihak ibu bapa

dalam cerpen ini sanggup mengorbankan kesenangan hidup mereka agar anak mereka

berjaya dalam pelajaran. Watak Kanthasamy dan Manggalam ialah penoreh getah di

ladang Harcraft. Kanthasamy meletakkan azam pada anak lelakinya Prakash

memperoleh keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR. Oleh itu ibu bapa Prakash

berusaha sedaya upaya bagi menampung pendidikan anak dengan banyak meluangkan

masa untuk anak-anak. Mereka berhenti menonton televisyen pada waktu malam

agar anaknya dapat mengulang kaji pelajaran dalam suasana kondusif dan aman.
116

Semasa Prakash membuat kerja sekolah, mereka pula menyediakan minuman serta

memberi kata-kata perangsang supaya anak dapat mengulang kaji pelajaran dengan

sungguh-sungguh dan penuh semangat. Pengorbanan ibu bapa Prakash dapat

dibuktikan dalam teks berikut:


,
,
ன .‛
( . , 2006:30

“Mulai pukul 9 malam, mereka tidak lagi


menonton drama yang disiarkan melalui
televisyen,” (Sundarapandian, 2006:30)


,

.
ன . . .
7
ன ன


( . ,2006:30)

“Semasa Prakash mengulang kaji pelajaran


pada waktu malam, ibunya membancuh kopi
untuk anaknya. Mengusapnya dengan mesra
sambil memberikan semangat kepada Prakash.
Berikutan ini, Prakash yang menetapkan azam
untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam
peperiksaan UPSR dengan mendapat 7A mula
belajar dengan sungguh-sungguh dan penuh
yakin (Sundarapandian, 2006:30)
117

Cerpen ini jelas menggambarkan perlakuan ibu bapa yang sedia berkorban

kesenangan hidup demi menjamin kejayaan anak. Watak Kanthasamy dan Manggalam

adalah contoh terbaik sebagai ibu bapa yang bersedia melakukan pelbagai

pengorbanan. Pengarang ingin menjelaskan bahawa setiap ibu bapa hendaklah

bersedia melakukan apa-apa sahaja demi kejayaan anak.

Persoalan yang disampaikan oleh pengarang sangat relevan dengan keadaan

masyarakat India yang ingin akan kemajuan masyarakat. Melalui watak ibu bapa

dalam kedua-dua cerpen, cerpenis menyeru kepada golongan ibu bapa agar rela

berkorban segala-galanya, sama ada kebendaan atau kesenangan hidup untuk

menjamin kejayaan anak dalam bidang pendidikan supaya masyarakat boleh terus

maju. Pengarang yang peka akan isu-isu kemasyarakatan akan mementingkan nilai

moral kerana di situlah terdapatnya kuasa sastera itu. (Mana Sikana, 2003:50). Justeru,

masyarakat India, terutama golongan ibu bapa haruslah sedia berkorban untuk

mengangkat maruah masyarakat sendiri.

4.3.1.2 Anak Perlu Menghargai Jasa Ibu bapa

Ibu bapa merupakan dua orang insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan

anak-anak dalam kehidupan. Sejak dilahirkan lagi, kita diasuh oleh ibu bapa dengan

penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai

anak, kita sewajarnya menghargai jasa kedua-dua ibu bapa. Pelbagai cara boleh

dilakukan untuk membalas jasa mereka.


118

Menurut Abdul Rahman Md. Arof (1999:4), sesuatu nilai sebenarnya dapat

ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau kumpulan. Contohnya,

seseorang yang menghayati nilai bertanggungjawab akan menonjolkan nilai tersebut

dalam pertuturan dan perlakuannya. Dalam cerpen berjudul Ōḷi Pirantatu, anak diberi

amanah untuk menjaga dan memenuhi keperluan ahli keluarganya, terutama ibu

bapanya. Nilai mengenang jasa jelas terpapar melalui watak Mathavan terhadap ibu

bapanya. Mathavan ialah seorang doktor pakar yang membawa ibu bapanya yang

sudah bersara ke bandar. Doktor Mathavan membuka sebuah klinik atas nama

bapanya sebagai tanda mengenang jasa ibu bapa. Kini, klinik tersebut beroperasi

dengan jayanya. Perlakuan Mathavan mengenang jasa ibu bapa dapat dibuktikan

melalui petikan di bawah:


, ன
‚ ன ‛
,
.
( . , 2000:8).

“Ibu bapa Mathavan yang sudahpun bersara


sebagai pekerja estet telah dibawanya ke bandar
Sitiawan. Di situ, Mathavan telah membuka
sebuah klinik bernama Klinik Kandasamy atas
nama bapanya. Kini, Mathavan mengendalikan
perkhidmatannya dengan jaya.
(Sundarapandian, 2000:8).

Pengarang mencipta cerpen ini dengan menerapkan amalan nilai moral untuk

mengajak anak-anak supaya mengenang dan menghargai jasa ibu bapa yang tidak

ternilai harganya. Anak mestilah memelihara kedua-dua ibu bapa sehingga hujung
119

hayat mereka dengan memenuhi segala keperluan mereka. Walaupun, sudah

mempunyai kerjaya dan sentiasa sibuk, seorang anak tidak patut mengabaikan

kebajikan dan kebahagian ibu bapa. Anak hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa

dan berbual dengan penuh sopan sebagai tanda menghargai segala pengorbanan

mereka.

Tanggungjawab anak adalah menghargai jasa dan meluangkan masa untuk ibu

bapa selagi hayat dikandung badan. Setiap anak patut menjaga ibu bapa masing-

masing. Secara keseluruhanya, setiap anak tidak seharusnya mengabaikan ibu bapa

walaupun betapa padatnya jadual harian kerana hal itu merupakan satu amanah

sebagai seorang anak. Pengabaian dan penderhakaan terhadap ibu bapa hanya

menyumbangkan dosa besar kepada anak.

Selain itu, pengarang berharap setiap anak sentiasa berdoa kepada Tuhan agar

kesihatan ibu bapa terjamin serta kehidupan mereka lebih sejahtera. Perlakuan berdoa

untuk kesejahteraan dan kebahagian ibu bapa juga merupakan tanda penghargaan jasa

dan pengorbanan mereka. Anak-anak hendaklah berdoa dengan ikhlas agar doa itu

dapat dimakbulkan. Maka, ternyatalah bahawa jasa ibu bapa itu amatlah besar dan

benarlah peribahasa yang mengatakan bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

4.3.1.3 Menjadi Sahabat Yang Prihatin

Terdapat pepatah dalam bahasa Inggeris berbunyi “A friend in need is a friend

indeed”, yang membawa makna bahawa seorang sahabat sebenar akan sentiasa di sisi
120

kawan yang memerlukan bantuan. Dalam konteks ini seseorang sahabat juga akan

memuji dan menghargai segala keberhasilan sahabatnya di samping saling menguat

serta memberikan semangat kepada sahabatnya yang menghadapi kegagalan.

Seseorang sahabat juga sentiasa mencurahkan isi hati dan pemikirannya serta akan

selalu setia berdiri di pihak sahabatnya yang benar (Berndt, 2002,hal.7). Selain itu,

seseorang taulan juga berani menegur sikap dan perlakuan kawan yang tidak wajar

dan menyimpang daripada norma-norma sosial.

Persahabatan ialah suatu perhubungan erat yang melibatkan kesenangan,

kepercayaan, penerimaan, saling membantu dan menceritakan suka duka kehidupan.

Dalam cerpen Avaṉ Tiruntuvāṉā (2010), pengarang menegaskan bahawa persahabatan

merupakan hubungan yang setia dan berprihatin terhadap kawan yang memerlukan

pertolongan dan sokongan. Dalam cerpen ini, watak utama Vasu membantu

Vasanthan dengan ikhlasnya agar kawannya dapat menjalani kehidupan yang

sempurna

Pada suatu hari Vasu sedang menunggu seorang kawannya yang datang dari

Kuala Lumpur di stesen bas Sitiwan. Ketika itu, dia terserempak dengan seorang

kawan lama sekolah rendah yang bernama Vasanthan berpakaian kotor dan berbadan

kurus serta dalam keadaan mabuk. Vasu amat terkejut dan sedih melihat keadaan

Vasanthan yang sungguh menjijikkan. Dia berasa belas kasihan lalu membawa

Vasanthan ke rumahnya. Selepas makan, Vasu membawa Vasanthan ke kedai gunting

rambut untuk menggunting rambut Vasanthan yang sudah berimbun pada mukanya di

samping itu dia turut membelikannya pakaian baru. Kegembiraan dan keceriaan

tergambar pada wajah Vasanthan apabila melihat dirinya pada cermin. Keikhlasan
121

dan keprihatinan hati Vasu telah membuka suatu lembaran baru dalam kehidupan

Vasanthan. Sifat keprihatinan Vasu terhadap seorang sahabat jelas terpapar dalam teks

berpen berikut:

,
ன ன

( . , 2010:76).

“Vasu membawa Vasanthan ke rumah lalu


memberikan makanan, mengguntingkan rambut
dan membelikan pakaian baru.
(P.Sundarapandian, 2010:76).

Mengikut teori moral, perlakuan dan sifat ingin membantu orang lain dapat

membina masyarakat berbudi dann melahirkan kehidupan yang aman dan damai.

Teori moral sangat memandang tinggi karya sastera yang dapat membentuk nilai

positif dalam kalangan masyarakat (Mana Sikana, 2004:87). Sebagai kesimpulannya,

setiap insan yang berkemampuan haruslah menghulurkan bantuan kepada insan yang

memerlukannya.

4.3.1.4 Menyemai Amalan Jimat Cermat

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan

sepenuhnya oleh masyarakat. Peribahasa sediakan payung sebelum hujan

diungkapkan oleh nenek moyang kita dahulu untuk mengingatkan ahli keluarga

supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam apa-apa jua keadaan.


122

Oleh yang demikian, pengarang ingin menyemaikan budaya jimat cermat

melalui dua buah cerpen supaya para pembaca mengetahui kesan sikap berjimat-

cermat dan amalan boros. Cerpen Pavattirtku Kitaita Tanṭanai! menjelaskan kesan

sikap boros terhadapa diri watak utama. Menurut naratif pengarang, identifikasi

seseorang watak pemboros ialah:

, ,

. , .

Duraisamy membazirkan wang secara boros


untuk arak, berjudi dan memenuhi hawa
nafsunya. (P.Sundarapandian, 2010:17).

Seterusnya melalui cerpen Vaḷḷal Ramēs, cerpenis mengkritik secara eksplisit

sikap Ramesh yang boros membelanjakan wang. Cerpenis memperihalkan sikap boros

watak Ramesh seperti berikut:

ன , ,

( . , 2006:83).

Di mana-mana sahaja makan, dia memesan


makanan seperti ayam, briani dan kambing
secara berlebih-lebihan. (P.Sundarapandian
2006:83)

Kedua-dua cerpen ini menjelaskan bahawa seseorang yang bersikap boros

mengamalkan gaya hidup yang berlebih-lebihan demi menjalani kehidupan yang


123

sungguh mewah dan menyeronokkan. Sebenarnya, sikap boros untuk memenuhi

keinginan berbanding dengan keperluan akan merugikan seseorang kerana akan

menjerusmukan seseorang itu serta orang-orang di sekelilingnya dalam kesusahan dan

kemiskinan.

Oleh itu, pengarang ingin menyemaikan amalan berjimat cermat pada diri

pembacanya dengan memaparkan perwatakan Duraisamy dan Ramesh yang bersikap

boros dan mementingkan diri sendiri. Kata tokoh Mahatma Gandhi, sikap berjimat-

cermat melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber

kewangan mencukupi yang akan menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Oleh itu,

pengarang menyerupara pmbacanya agar bertindak hari ini dengan berfikir untuk hari

esok, Amalan berjimat cermat harus menjadi budaya hidup masyarakat kita.

4.3.2 Memaparkan Masalah Sosial

Masalah sosial sering dihadapi oleh setiap individu dalam masyarakat, sama ada

masyarakat di kota ataupun di desa dan tetap kekal sebagai masalah yang sentiasa

mendapat perhatian para penulis. Masalah ini meliputi semua bidang kegiatan

manusia (Abdullah bin Tahir,1989:59).

Masalah sosial dapat juga diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang

melibatkan etika dan moral seseorang. Kini, pelbagai ragam krisis moral kian terus

menular, merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita, khasnya dalam

kalangan masyarakat India. Masalah sosial berkaitan dengan masyarakat India


124

meliputi masalah samun bersenjata, vandalisme, gengsterisme, rogol, pelacuran, arak

dan sebagainya.

Dalam cerpennya, cerpenis mengetengahkan masalah penyalahgunaan dadah,

kegiatan jenayah dan ketagihan arak sebagai masalah sosial utama dalam masyarakat

Masalah ini menjadi pilihan cerpenis kerana boleh dikatakan gejala sosial ini agak

ketara dalam kalangan orang India di negara ini.

4.3.2.1 Menjauhi Diri Daripada Gejala Penyalahgunaan Dadah

Dadah secara umumnya ialah sejenis bahan yang digunakan dalam bidang perubatan

untuk menenangkan fikiran dan minda seseorang yang mengalami kesakiatan

berikutan sesuatu penyakit. Namun, dengan kehadiran kemudahan teknologi moden

dan kecetusan permasalahan sosial yang tinggi dalam kalangan masyarakat dunia

umumnya dan di Malaysia khususnya, dadah telah disalahgunakan sebagai penghibur,

penyelesai masalah, meningkatkan ketahanan, keberanian dan sebagainya lagi.

Sebenarnya, perkara yang jelas ialah penyalahgunaan dadah dapat merosakkan sistem

badan dan juga menjejaskan maruah diri seseorang manusia.

Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan, (1998) dadah merupakan bahan

psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri yang boleh membawa kesan buruk kepada pusat

sistem saraf serta membawa pergantungan fizikal dan psikologi di samping memberi

kesan buruk kepada kesihatan dan fungsi sosial apabila digunakan bukan untuk tujuan

perubatan dan diperoleh secara haram, Jadual 4.16 di bawah menunjukkan statistik
125

dari laman web rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK) yang menunjukkan

jumlah penagih mengikut kelulusan akademik yang dikesan dari tahun 2010 hingga

2016 (http://www.adk.gov.my/web/guest/dadah).

Jadual 4.16

Jumlah Penagih Mengikut Kelulusan Akademik, 2010-2016

A B C D E F G H

Tahun JUMLAH
Ijazah/
Tidak Sek. SPM/ Lain-
PT3 STPM Diploma Master
bersekolah rendah SPMV lain*
/PHD

2010 1,500 3,388 9,036 8,570 338 312 52 446 23,642

2011 1,680 2,901 7,270 6,747 249 267 46 371 19,531

2012 1,092 2,307 5,751 5,222 162 207 41 319 15,101

2013 1,970 2,654 8,530 6,868 147 261 57 400 20,887

2014 1,909 2,694 8,662 7,502 188 290 44 488 21,777

2015 2,681 2,862 10,326 9,445 171 453 77 653 26,668

2016 3,351 2,898 11,730 11,314 218 506 96 731 30,844

JUM 14,183 19,704 61,305 55,668 1473 2296 413 3408 158,450
Nota :*Termasuk Matrikulasi; Sijil Kemahiran Bukan MLVK Asas; Sijil Kemahiran Bukan MLVK Lanjutan;
Sijil Kemahiran Bukan Teknikal; Sijil Kemahiran MLVK dan lain-lain sijil kemahiran yang berkaitan.

Statistik menunjukkan bahawa golongan penagih yang terbanyak dikesan

mempunyai kelulusan PT3, khususnya yang berada di sekolah menengah. Kumpulan

ini yang belajar sehingga tingkatan tiga masih belum lagi mempunyai nilai hidup yang

mantap untuk mengharungi cabaran-cabaran semasa. Justeru, strategi pencegahan

jangka panjang perlulah difokus kepada kumpulan tersebut, khususnya berkaitan

dengan aspek memperkasakan nilai-nilai hidup yang murni pada paras yang

mencukupi dan mantap.


126

Selaras dengan data di atas, cerpen yang berjudul Tirunti Vā Makaṉe (2010)

menggambarkan kisah watak Muthu yang menjadi seorang penagih dadah. Seseorang

mudah terjerumus dalam lembah penagihan dadah, namun sangat sukar untuk

menyingkirkan tabiat buruk ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui teks di bawah:

.
,

( . , 2010:2).

Dia seorang budak baik tetapi disebabkan


pengaruh rakan sebaya dia menagih dadah lalu
memusnahkan dirinya. (Sundarapandian,
2010:2)

Tabiat penyalahgunaan dadah ialah masalah yang berkaitan dengan moral

seseorang. Hampir setiap agama di dunia ini melarang tabiat tersebut dalam kalangan

para penganutnya. Sebenarnya, penyalahgunaan dadah membawa padah kepada diri

sendiri dan masyarakat. Amalan ini juga akan meruntuhkan kesejahteraan rumah

tangga serta menggugat keamanan dan keselamatan keluarga dan masyarakat

Melalui cerpen Putiyatōr Ulakam Ceyvōm! (1992), ceritanya terungkap

dengan unsur pengajaran supaya tidak terpengaruh oleh amalan penyalahgunaan

dadah. Amalan ini bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan diri bahkan memberi

impak yang besar kepada keluarga. Nama baik keluarga tentunya tercemar dalam

kalangan masyarakat jika seseorang ahlinya terperangkap oleh dadah. Selain itu,

penagih dadah juga menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa mengeluarkan

wang yang banyak akibat sindrom ketagihan melampau yang dihinggapi oleh penagih

tersebut. Hal ini diterangkan oleh pengarang melalui naratif di bawah ini:
127


ன . . ,

Semasa pihak Narkotik Polis Pangkor


menjalankan serbuan ,telah menangkap Sangkar
yang ketagihan secara melampau.
(Sundarapandian,1992:67).

Menurut Abdullah Al Hadi & Iran Herman (1997) seseorang penagih itu akan

hilang maruah diri dan tidak menghormati ibu bapanya. Penagih akan kehilangan

maruah diri kerana menjadikan tempat-tempat kotor sebagai tempat perlindungan,

tidak lagi menjaga kekemasan diri dan kerap kali mencuri serta melakukan jenayah.

Mengikut kajian Yahya Don, (2000) penagih dadah akan terdorong untuk

melakukan jenayah dalam tiga situasi, iaitu impak dadah itu sendiri akan

menyebabkan melakukan jenayah kerana sudah tidak lagi stabil minda dan perasaan.

Seterusya, kos dadah yang begitu tinggi menyebabkan pengguna dadah melakukan

jenayah untuk menyara tabiat ketagihan. Akhir sekali, penagih secara langsung terlibat

dalam jenayah dengan mengedarkan dadah.

Kedua-dua cerpen ini dihasilkan oleh pengarang untuk menggambarkan kesan

najis dadah kepada negara dalam jangka masa panjang. Lantaran itu, hasrat negara

untuk menghasilkan rakyat yang bersifat „Global Player‟ yang boleh bersaing dalam

arus globalisasi tentunya akan gagal. Di samping itu, kata-kata hikmat yang berbunyi

„Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara‟ turut menekankan kepentingan dan
128

sumbangan golongan muda kepada kemajuan negara. Justeru, seandainya pemuda dan

pemudi negara terhanyut dalam permasalahan sosial terutamanya, terlibat dalam

gejala najis dadah, tiada lagi pelapis dan pemimpin masa depan. Lantaran itu, usaha

membanteras gejala najis dadah ini haruslah digalas oleh semuan lapisan masyarakat

demi mengangkat persada negara agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama

rendah dengan bangsa dan negara yang lain di seluruh dunia.

4.3.2.2 Membanteras Jenayah

Permasalahan jenayah merupakan antara masalah sosial yang kian terus meningkat di

kebanyakan bandar di dunia, termasuk di Malaysia. Peningkatannya amat

membimbangkan dan mendapat perhatian semua pihak daripada pelbagai peringkat

masyarakat di negara ini. Peningkatan jenayah bukan sahaja menjadi petunjuk kepada

ketidakberkesanan langkah dijalankan, namun pelbagai faktor seperti kecanggihan

sains dan teknologi menyebabkan permasalahan ini semakin rumit, kompleks dan

bersifat global ini semakin sukar dibendung.

Gan Kong Meng (2007) mendefinisikan jenayah sebagai kesalahan

yang dilakukan oleh seseorang dengan niat melakukan kesalahan itu dan orang itu

boleh dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya kerana melakukan perkara-

perkara yang salah di sisi undang-undang.


129

Selain itu, statistik indeks jenayah negara secara keseluruhannya adalah

membimbangkan dan menimbulkan reaksi pelbagai pihak kerana bukan sekadar terus

meningkat selari dengan pertumbuhan penduduk bahkan juga menggugat keamanan

dan keselamatan negara serta menjejaskan kualiti hidup kerana aspek keselamatan

merupakan salah satu indikator dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (Sidhu, 2006:7)

Cerpenis mengetengahkan masalah jenayah melalui cerpen berjudul Vēṇtām

Vaṇmuṟai. Matlamat beliau mengetengahkan masalah ini adalah untuk memberi

kesedaran kepada masyarakat, terutamanya golongan belia India akan kesan jika

melibatkan diri dalam jenayah dan tidak mudah terpedaya oleh aktiviti jenayah.

Memetik laporan akhbar Tamil Nesan bertarikh 22 Mac 2009, Timbalan Menteri di

Jabatan Perdana Menteri, Senator T.Murugiah berkata bahawa terdapat kira-kira 100

000 orang penagih dadah, majoritinya kaum belia India.

Menurut Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti

Sains Malaysia (USM), Sivamurugan Pandian, faktor ekonomi dan sosial dikenal pasti

menjadi punca utama belia India banyak terlibat dalam kegiatan jenayah. Golongan ini

dikatakan berasal daripada keluarga yang bekerja di ladang yang berada pada tahap

ekonomi yang rendah. Menurutnya lagi, golongan yang lahir dan membesar di

kawasan ladang yang serba kekurangan, lazimnya akan berhijrah ke pekan atau ke

bandar apabila tamat persekolahan menengah. Apabila keluar dari kelompok ladang,

tidak ada satu sistem sokongan sosial dan ekonomi yang boleh memastikan kehidupan

mereka di kawasan bandar terpelihara. Oleh sebab kebanyakan mereka tidak

mempunyai kelulusan tinggi, keadaan ini menyukarkan mereka untuk memperoleh

pekerjaan yang sesuai. Hal ini sekaliu gus mudah mendorong mereka terjebak dalam
130

kegiatan jenayah untuk menjalani kehidupan di bandar. Dr. Sivamurugan menegaskan

bahawa jika kerajaan berhasrat mengatasi masalah ini yang melibatkan belia India,

perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengatasi masalah sosial dan ekonomi

dalam masyarakat India (Tamil Nesan,15 Oktober 2010).

Melalui hasil analisis cerpen Vēṇtām Vaṇmuṟai, kita mendapati bahawa

cerpenis berjaya mengetengahkan masalah jenayah yang dihadapi masyarakat. Hasil

kajian Dr Sivamurugan turut membuktikan bahawa masalah ini bukan rekaan penulis

semata-mata tetapi merupakan cerminan kehidupan masyarakat yang sebenar.

Menyedari hakikat ini, cerpenis mengetengahkan masalah jenayah dalam cerpen ini.

Beliau mahu masalah ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya

segera diambil untuk menyelamatkan kaum belia India daripada terus menjadi

mangsa.

Jenayah membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya

golongan pemuda yang mudah terdedah kepada perlakuan jenayah. Hal ini

diterangkan oleh pengarang melalui teks di bawah ini:

ன , ? ன
,
.‛
( . , 2006:100).

“Abang, apa boleh buat? Setiap hari buka sahaja


surat khabar nampak berita tentang pembunuhan
dan kes pancung-memancung sahaja”
(P.Sundarapandian, 2006:100)
131

Perbincangan mengenai masalah jenayah dalam kalangan masyarakat India

seperti dipaparkan oleh P.Sundarapandian dalam cerpennya merupakan cerminan

kehidupan sebenar masyarakat India di negara ini. Hal ini membuktikan bahawa

cerpen P.Sundarapandian mencerminkan realiti sosial di luar kesusasteraan itu sendiri.

Cerpenis berjaya menjadikan gejala sosial yang benar-benar berlaku dalam kalangan

masyarakat India sebagai persoalan utama dalam cerpen Vēṇtām Vaṇmuṟai. Tindakan

cerpenis memang amat menepati teori moral yang diusahakan oleh Plato, iaitu karya

sastera harus mencerminkan realiti kehidupan.

Seterusnya, pihak kerajaan telah bertindak proaktif melaksanakan beberapa

dasar atau pendekatan untuk membendungnya sejak peringkat awal lagi setelah

menyedari bahawa peningkatan permasalahan ini sering dengan kepesatan

pembangunan negara. Sebenarnya, tindakan kerajaan memang bertujuan untuk

memenuhi hasrat masyarakat yang ingin hidup bebas, aman damai dan sejahtera serta

bebas daripada sebarang permasalahan dan perlakuan jenayah. Oleh itu, pengarang

mencipta cerpen ini dengan mengetengahkan isu-isu mengenai jenayah serta

memaparkan beberapa langkah untuk membendung gejala jenayah untuk tatapan para

pembacanya.

4.3.2.3 Menjauhi Diri Daripada Gejala Minum Arak

Masalah arak ialah masalah yang berkaitan dengan moral seseorang. Amalan minum

arak dikecam oleh budaya dan agama Hindu. Amalan ini dianggap satu dosa yang

terbesar dalam agama Hindu. Namun, amalan ini tetap berleluasa dalam kalangan
132

masyarakat India di Malaysia. Status sosial masyarakat yang rendah serta kedudukan

ekonomi yang amat melarat turut menyumbang kepada amalan minum arak

(Sababathy, 2001:14)

Arak ialah sejenis minuman keras yang membawa khayalan dan mabuk pada

diri peminum. Orang yang berada dalam keadaan mabuk tidak dapat berfikir secara

waras. Hal ini kerana keadaan mabuk melemah dan melambatkan kebolehan berfikir

seseorang. Ketagihan arak juga menyebabkan seseorang kurang produktif dan tidak

berfikiran waras.

Pavattirtku Kitaita Tanṭanai! ialah satu lagi cerpen yang mengisahkan

masalah sosial dalam kalangan masyarakat India di ladang. Masalah arak menjadi

tema dalam cerpen ini. Masalah arak dikatakan sebagai satu lagi punca yang

menghalang kemajuan masyarakat India di Malaysia. Perkara ini dapat dibuktikan

dalam teks berikut:

, ,

( . , 2010:16).

Duraisamy membelanjakkan wang untuk


minum arak, berjudi dan memenuhi hawa
nafsunya” .(P.Sundarapandian, 2010:16)

Tabiat mengambil minuman arak bukan sahaja membawa kesan buruk pada

kesihatan seseorang, malah membawa masalah seperti keruntuhan rumah tangga,

perlakuan tidak senonoh khalayak ramai, kehilangan pekerjaan, bersifat malas,

menjejaskan pendidikan anak-anak dan sebagainya.


133

Seterusnya, cerpen Vēṇtām Vaṇmuṟai telah berjaya memaparkan masalah

ketagihan arak dalam kalangan masyarakat India di ladang. Hal ini dapat dibuktikan

melalui petikan di bawah:


.

ன .
( . , 2006:101).

Setiap hari dia minum samsu dan memukul


isterinya, Parvathy.
Pada suatu hari, Duraisamy menimpa
kemalangan lalu meninggal dunia kerana
dilanggar lori ketika mengayuh basikal dalam
keadaan mabuk. (P.Sundarapandian, 2006:101)

Seseorang pemabuk tidak dapat mengawal perlakuan dan akan kehilangan

pertmbangan untuk berfikir. Si pemabuk setiasa mendera orang di sekelingnya,

terutama isteri dan anak-anaknya. Selain itu, si pemabuk juga mendatangkan

kemudaratan pada diri sendirinya kerana kehilangan kawalan atas pergerakannya.

Tujuan utama cerpenis mengetengahkan masalah arak dalam cerpen Vēṇtām

Vaṇmuṟai adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ladang supaya

menolak arak sepenuhnya. Selain itu, cerpen ini mengingatkan bahawa tabiat minum

arak merugikan seseorang. Rasional yang mendorong cerpenis untuk mengutarakan

pendapat sedemikian ialah pada suatu ketika masyarakat India di ladang amat

ketagihan arak dan membelanjakan sebagian besar pendapatan untuk membeli arak.

Keadaan ini terus mencetuskan masalah kemiskinan dalam kalangan pekerja di

ladang.
134

Pembahagian peminum samsu mengikut kaum pula menunjukkan bahawa

masyarakat India menjadi golongan yang paling banyak ketagihan samsu, iaitu

sebanyak 94% orang, manakala masyarakat Melayu dan Cina mencacat 2.5% dan

3.5% orang masing-masing (Mohd. Sabib, 2007:96).

Selain samsu, amalan minum todi juga popular dalam kalangan masyarakat

India di ladang. Todi dalam bahasa Tamil dikenali sebagai kaḷḷu. Todi merupakan jus

yang diperoleh daripada bahan putik bunga yang belum mekar ataupun diperoleh

daripada pelbagai jenis pokok palma (Karthiayini, 2011:37).

Tabiat minum todi dalam kalangan orang India di Tanah Melayu sebenarnya

telah bermula sejak awal kehadiran mereka, iaitu sebelum pengenalan ladang-ladang

getah. Tabiat ini menjadi semakin serius dalam kalangan orang India setelah

perkembangan ladang-ladang getah di Tanah Melayu, terutamanya di negeri-negeri

Melayu Bersekutu (Karthiayini, 2011:37).

Kebanyakan orang India yang minum todi terdiri daripada buruh India yang

bekerja di ladang-ladang getah. Oleh sebab itu, kedai-kedai todi dibuka berdekatan

dengan ladang-ladang getah. Majikan ladang getah memberi kelulusan untuk menjual

todi kepada golongan buruh di ladang. Keadaan ini menyebabkan tabiat ini mula

merebak dengan begitu cepat di ladang-ladang sekitar Tanah Melayu (Janakey

Raman, 2011:77).
135

Orang India yang bekerja di ladang tidak mempunyai kerja lain pada waktu

petang dan malam setelah mereka selesai bekerja pada waktu siang. Majikan ladang

yang terdiri daripada orang Eropah berpendapat bahawa keadaan ini merupakan

sesuatu yang amat berisiko. Untuk menggelakkan orang India terbabit dalam aktiviti

sosial yang ekstrim, pihak majikan telah memperkenalkan minuman todi kepada

buruh. Tindakan ini sekaligus telah menyebabkan bilangan orang India yang minum

todi terus meningkat (Kanaganayagi.R, 1992:52)

Matlamat cerpenis mengetengahkan masalah arak dalam cerpen beliau adalah

untuk mendedahkan isu ini kepada khalayak dan kerajaan supaya tabiat ini dapat

dibendung dengan serta -merta. Nada kesal beliau juga terpapar dalam cerpen ini

kerana sejumlah besar wang daripada pendapatan mereka dibelanjakkan untuk arak.

Berdasarkan perbincangan di atas, kita dapat mengetahui bahawa

permasalahan manusia merupakan ilham kepada pengarang untuk berkarya. Dengan

ini jelaslah bahawa cerpenis P.Sundarapandian menggunakan permasalan manusia,

iaitu masalah arak untuk menghasilkan cerpen bertajuk Pavattirtku Kitaita Tanṭanai!

dan Vēṇtām Vaṇmuṟai. Tabiat minum arak merupakan masalah sosial yang sudah

lama berakar umbi dalam kehidupan orang India. Kesan masalah ini berjaya

dicerminkan oleh cerpenis melalui kedua-dua cerpennya.


136

4.3.3 Menyemai Nilai-Nilai Murni

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila

individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Penerapan

nilai-nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan hasrat kerajaan

untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia serta

memberi sumbangan ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.

4.3.3.1 Masyarakat Perlu Bersifat Tolong-Menolong

Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (2001:112) nilai tolong-menolong bersesuaian

dengan pembinaan konsep caring society (masyarakat penyayang). Nilai tolong-

menolong membolehkan masyarakat bangun membela dan menangani pelbagai

masalah sosial yang dihadapi oleh ahli masyarakat yang memerlukan bantuan dan

pertolongan. Justeru, nilai ini membawa pengertian, kesediaan melakukan sesuatu

dengan rasa ikhlas dan semangat kekitaan untuk kebaikan bersama tanpa

mengharapkan sebarang keuntungan atau balasan. Budaya tolong-menolong adalah

penting dalam kehidupan bermasyarakat, iaitu bersama-sama mengatasi masalah yang

dihadapi. Peribahasa Melayu „ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni‟ juga

memperkukuhkan nilai tolong-menolong. Oleh itu, setiap orang wajar membudayakan

nilai ini dalam kehidupan sosial harian. Sikap ini adalah sikap yang mulia dan harus

ditanam dalam jiwa setiap orang.


137

Cerpen Ammā berjaya mengungkapkan sifat tolong-menolong yang harus

diamalkan oleh masyarakat tempatan. Pengarang memaparkan amalan nilai moral

dalam cerpen ini bertujuan menjelaskan betapa pentingnya nilai tolong-menolong.

Manusia yang mengamalkan sifat ini disanjungi dan dihormati oleh masyarakat.

Pengarang jelas menggambarkan nilai ini melalui watak pekedai kopi yang bernama

Nair.

Karya ini mengajak kita bahawa sewaktu seseorang memerlukan bantuan,

masyarakat perlu sedaya upaya memberi bantuan untuk meringankan beban yang

ditanggungnya. Budaya tolong-menolong ini harus diamalkan oleh setiap orang sama

seperti watak Nair dalam cerpen Amma ini. Sifat tolong-menolong watak Nair

digambarkan seperti berikut dalam petikan cerpen:


,

( . , 2000:10).

Parvathy menyara hidupnya dengan


mengedarkan kuih-muih untuk kedai-kedai.
Nair yang prihatin terhadap Parvathy
memberikannya kedai itu secara percuma lalu
pulang ke India. (P.Sundarapandian, 2000:10).

Berdasarkan petikan cerpen tersebut, pengarang jelas menggambarkan nilai

tolong-menolong yang diamalkan oleh watak Nair. Nair membantu seorang ibu

tunggal yang mempunyai dua orang anak. Parvathy menyara hidup dengan menjual

kuih-muih di kedai-kedai makanan. Nair pula berasa kasihan dan ingin melepaskan
138

kedai yang dimilikinya dengan percuma kepada Parvathy yang mengalami keperitan

hidup. Tindakan Nair merupakan suatu perlakuan yang mulia dan sememangnya harus

dicontohi semua orang. Dalam konteks ini, masyarakat boleh mengamalkan nilai

murni ini dalam kehidupan sosial mereka di muka bumi ini dengan sempurna.

Hal ini bertepatan dengan harapan masyarakat dan pendekatan moral (Hashim

Awang, 2002) yang terdapat di dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Berdasarkan

pendekatan moral tersebut, pembentukan moral yang baik dalam diri setiap orang

dapat dibentuk melalui didikan dan asuhan moral yang betul dan berkesan.

4.3.3.2 Memiliki Sifat Kasih Sayang Terhadap Keluarga

Salah satu nilai moral yang digambarkan oleh P.Sundarapandian dalam cerpen

Niṉaivukaḷ Maṟaivatiillai(2000) ialah kasih sayang. Cerpen ini mengisahkan kasih

sayang seorang suami terhadap isterinya. Melalui watak suami, disedarkan bahawa

pertalian kasih sayang yang erat antara suami dengan isteri dalam kehidupan seharian

dapat membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan mesra. Kasih sayang seorang

suami terhadap isterinya diperihalkan melalui petikan teks berikut:

... ன ...
ன ...‛
ன ன
( . , 2000:31).
139

Saya tak sanggup hidup lagi sekiranya awak


tinggalkan saya(mati).…. Jangan tinggalkan
saya..” meratap pula Vasanthan sambil
memeluk Letchumi. (Sundarapandian,
2000:31)

Berdasarkan petikan cerpen ini, pengarang menegaskan bahawa setiap

pasangan suami-isteri harus sayang-menyayangi sama seperti kasih sayang yang

dicurahkan oleh watak suami terhadap isterinya. Dalam konteks ini, suami ialah

pelindung dan pembimbing dalam kehidupan berkeluarga. Di samping itu, seseorang

isteri juga haruslah mencurahkan sepenuh kasih sayang dan menghormati suaminya

demi mewujudkan rumah tangga yang sejahtera dan bahagia. Sifat berkasih-kasihan

dalam rumah tangga akan menjadikan hubungan itu semakin erat dan kukuh.

Secara keseluruhannya, kasih sayang ialah tonggak utama dalam membentuk

sesebuah keluarga yang sejahtera dan harmoni. Kasih sayang juga dapat mengikat

hubungan sesama manusia. Tanpa kasih sayang sesebuah keluarga dan rumah tangga

tidak akan harmoni dan bahagia.

4.3.3.3 Yakin Bahawa Tuhan Akan Melindungi Kita

“Tuhan” atau sesuatu seperti dewa dan sebagainya yang dipuja oleh manusia

mengikut agama atau kepercayaan masing-masing adalah berteraskan kepercayaan

kepada Tuhan Yang Esa. Manakala Chambers Encyclopedic English Dictionary

(1994) memberi makna Tuhan (god) sebagai:


140

“(1)….a divive or superhuman being with power


over nature and the human race, an often an
object of worship. (2)… the supreme being and
creator of the universe and human race, an
object of worship”
(Chambers Encyclopedic English Dictionary,
1994:530)

Definisi di atas bermaksud bahawa Tuhan merujuk kepada sesuatu ilahi atau

insan luar biasa yang mempunyai kuasa atas alam semula jadi yang sering menjadi

objek ibadat. Pengertian kedua pula, Tuhan ialah makhluk bermaha kuasa yang

menjadi objek penyembahan serta menjadi pencipta alam semesta dan umat manusia.

Selepas peristiwa tragedi 13 Mei 1969, MAGERAN ataupun Majlis Gerakan

Rakyat telah duduk berbincang dan sepakat membentuk Rukun Negara Malaysia yang

menjadi asas tonggak ideologi negara kita. Ideologi ini telah dibentuk hampir setahun

selepas tragedi 13 Mei itu, iaitu 31 Ogos 1970. Ahli-ahli MAGERAN menyedari

betapa pentingnya prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini. Kesedaran ini telah

mendorong mereka meletakkannya sebagai prinsip pertama yang harus menjadi

pegangan rakyat Malaysia.(http://pmr.penerangan.gov.my)

Setiap agama mahupun kepercayaan yang dianuti di negara kita boleh

mempengaruhi dan membentuk keperibadian seseorang itu. Ketiadaan pegangan

agama yang kukuh boleh meruntuhkan keperibadian seseorang itu dan secara

langsung boleh menggugat bangsa dan mahupun negara. Setiap agama yang

diamalkan di negara kita ini mengajar penganutnya memberi sepenuh kepercayaan

kepada Tuhan yang disembah oleh mereka. Kepercayaan kepada Tuhan yang tidak
141

berbelah bahagi itu akan menjadikan seseorang itu mempunyai rasa hormat baik

terhadap orang lain mahupun dirinya sendiri. Hal ini membolehkan masyarakat kita

hidup dalam keadaan aman dan damai. Sebagai bukti, dalam cerpen bertajuk

Tholainhthu po:na canhtho:cam pengarang memperihalkan kepercayaan kepada

Tuhan seperti berikut di bawah:

‚ ,

( . , 2010:13).

“Anak, Tuhan (dimanifestasikan sebagai


wanita) di ladang ini telah membawa kamu ke
sini untuk menunjukkan satu jalan yang baik
untuk cucu saya. (P.Sundarapandian, 2010:13).

Melalui cerpen ini, cerpenis P.Sundarapandian menyeru supaya setiap orang

yakin kepada Tuhan sama seperti dipercayai oleh watak Ramasamy. Watak

Ramasamy yakin bahawa kehadiran watak „anak‟ adalah disebabkan oleh rahmat

Tuhan untuk membahagiakan kehidupan cucunya. Ramasamy yakin bahawa Tuhan

ingin menjodohkan watak „anak‟ dengan cucunya demi menyejahterakan kehidupan

cucunmya. Oleh demikian, P.Sundarapandian menerapkan nilai kepercayaan kepada

Tuhan dalam cerpen dberdasarkan prinsip pertama Rukun Negara. Tambahan pula,

nilai kepercayaan kepada Tuhan yang bersasakan agama amat penting untuk menjana

mentaliti tahap pertama dalam jiwa masyarakat.

Cerpenis P.Sundarapandian berjaya menerapkan nilai kepercayaan kepada

Tuhan secara berkesan dalam cerpennya. Dalam kehidupan seharian, setiap orang

seharusnya mempercayai Tuhan dan meletakkan-Nya di tempat yang utama. Hal ini
142

terbukti apabila negara kita meletakkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat

yang pertama dalam Rukun Negara kerana rakyat Malaysia mengakui kebenarannya.

Amalan kepercayaan kepada Tuhan membolehkan negara kita diberkati kehidupan

yang aman dan dami.

4.3.4 Kesabaran Menghadapi Pelbagai Cabaran

Kesabaran ialah salah satu sifat mulia lagi terpuji yang sewajarnya dimiliki oleh

semua orang. Manusia yang sabar biasanya boleh menghadapi apa-apa juga cabaran

dalam kehidupannya. Bak kata pepatah, hidup bagaikan menempuh onak dan duri di

sepanjang perjalanan.

Cerpen 2020- Nōkkii ini mengajak seseorang itu bersedia berhijrah ke tempat

lain untuk memperbaiki nasib, kehidupan dan masa depannya sama seperti yang

dilakukan oleh seorang penoreh getah bernama Ragavan yang lahir di ladang lalu

berpindah ke bandar. Semasa bekerja di ladang, Ragavan berprihatin terhadap

kebajikan masyarakat di situ Dia memeperjuangkan hak mereka dengan membantah

keputusan dan perbuatan pengurus ladang yang tidak adil. Ragavan sabar menghadapi

pelbagai cabaran dan dugaan yang didatangi oleh perjuangannya. Dengan perasaan

sabar, dia rela menghadapi segala ugutan pihak pengurus untuk menegakkan keadilan

untuk para pekerja ladang. Akhirnya, dia kehilangan pekerjaan di ladang itu. Oleh itu,

Ragavan mengambil keputusan untuk berpindah ke bandar. Selepas berpindah ke

bandar, Ragavan telah menyesuaikan diri mengikut tuntutan di tempat baru itu. Hal

ini dapat dibuktikan melalui teks ini:


143

, ன


.
,
ன .
, ,

. !

.
( . , 1992:19).

Selepas berpindah ke bandar, Ragavan telah


menyewa sebuah gerai minuman di persisiran
bandar melalui seorang perkenalan lalu
memulakan perniagaannya. Selepas
perniagaannya kian laris, dia telah membeli dua
buah restoran lagi. Dia terus membeli rumah
dan kereta apabila perniagaannya makin
maju.Dia telah berusaha tanpa was-was.
Kehidupannya kian mengejar kejayaan.
(Sundarapandian, 1992:19)

Kisah yang dipaparkan dalam cerpen ini boleh menjadi pengajaran kepada

pembaca, terutamanya sikap watak utamanya yang sanggup mengharungi pelbagai

dugaan demi memajukan dirinya. Menurut Robiah K.Hamzah (2003:73), ujian dan

dugaan ialah sebahagian daripada kehidupan kita. Oleh itu, tidak ada seseorang insan

pun yang boleh terlepas daripadanya. Watak Ragavan dalam cerpen ini telah diduga

oleh pelbagai cubaan, namun Ragavan tetap sabar menghadapi semua kesukaran dan

cubaan untuk memajukan dirinya.

Cerpen ini juga bertujuan menanam sifat kesabaran dalam kalangan

masyarakat kerana sifat sabar itu ialah anak kunci kepada kejayaan. Selain itu, cerpen
144

ini juga membawa pengajaran bahawa kalau seseorang itu hendak berjaya dalam

kehidupan, mestilah sanggup bekerja bersungguh-sungguh termasuk bersedia untuk

bekerja dengan dedikasi dan rela mengorbankan segala kesengan hidup..

Menurut teori moral, ketinggian atau keunggulan sebuah karya itu bergantung

kepada nilai yang dimilikinya. Jika nilai itu tinggi dan berguna, akan diterima sebagai

nilai karya yang berharga (Mana Sikana, 2003:51). Selaras dengan teori moral, watak

Ragavan digambarkan sebagai seorang watak yang sabar akan nasib yang menimpa

dirinya dan menganggap semua dugaan itu sebagai dugaan daripada Tuhan.

Kehidupan pasti ada cabaran, suka dan duka. Tidak ada kehidupan tanpa cabaran. Jika

hendak berjaya, seseorang haruslah sabar mengharungi liku-liku kehidupan demi

mencapai kejayaan yang diingini.

4.3.5 Ketabahan Membawa Kejayaan

Ketabahan merupakan proses keberhasilan seseorang dalam menghadapi kesulitan

atau tentangan dalam kehidupan. Orang yang tabah mampu mengatasi segala kesulitan

dengan sabar dan gigih. Orang tersebut itu juga akan terus maju walaupun

menghadapi pelbagai tekanan hidup.

Cerpen Ca:thanai nhamathu kaiyile, ialah tentang sifat ketabahan yang

membawa kejayaan kepada seseorang manusia. Pasangan Chandran dan Malliga

bersikap cekal, dedikasi, sabar dan rajin sehingga berjaya memenuhi harapan dan cita-

cita mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui teks ini:


145


( . , 2006:40).

Chandran dan Malliga bekerja keras agar


keempat-empat orang anaknya berjaya sebagai
siswazah (P.Sundarapandian, 2006:40)

Kehidupan pasangan Candran dan Malliga itu mencerminkan falsafah

kehidupan tentang ciri-ciri kejayaan dalam hidup. Falsafah kehidupan Chandran dan

Malliga dapat dijadikan contoh oleh masyarakat, khususnya masyarakat India, Contoh

yang sebeginilah yang diperlukan dalam sesebuah cerpen yang berpandangan teori

moral (Mana Sikana, 2003:55).

Sebagai kesimpulan, kehidupan ini penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran.

Kesungguhan dan ketabahan seseorang menghadapi segala bentuk kesukaran dalam

kehidupan. akan menjamin kejayaan. Setiap orang perlu mempunyai ketabahan dan

kecekalan diri yang tinggi untuk berjaya seperti watak Chandran dan Malliga dalam

cerpen. Ca:thanai nhamathu kaiyile.

4.3.6 KESIMPULAN

Selepas menjalankan perbincangan tentang tujuan cerpenis P.Sundarapandian

menyerapkan nilai-nilai moral yang dikenal pasti dalam cerpen-cerpen yang dikaji,

pengkaji telah mengenal pasti beberapa tujuan seperti disenaraikan dalam jadual 4.17.
146

Jadual tersebut menyenaraikan tujuan amalan moral dalam kumpulan cerpen

P.Sundarapandian yang kaji.

Jadual 4.17

Senarai Tujuan Amalan Nilai Moral Dalam Kumpulan Cerpen Yang Dikaji.

Bil Tujuan Amalan Nilai Moral


1 Menyampaikan amanat

 Mengajak ibu bapa sedia berkoban

 Anak perlu menghargai jasa ibu bapa

 Menjadi sahabat yang prihatin

 Menyemai amalan jimat cermat

2 Memaparkan masalah sosial

 Menjauhi diri daripada gejala penyalahgunaan dadah

 Membanteras jenayah

 Menjauhi diri daripada gejala minum arak

3 Menyemai nilai-nilai murni

 Masyarakat perlu bersifat tolong-menolong

 Memiliki sifat kasih sayang terhadap keluarga

 Yakin bahawa tuhan akan melindungi kita

4 Kesabaran menghadapi pelbagai cabaran

5 Ketabahan membawa kejayaan


147

Demikianlah secara dasar, kajian terhadap tujuan amalan nilai moral dalam

kumpulan cerpen P.Sundarapandian. Pengkaji mendapati kumpulan cerpen

P.Sundarapandian ini banyak mengandungi unsur nilai moral. Nilai moral dalam

cerpen-cerpen ini memberikan nasihat, teguran, pesanan dan juga panduan hidup

kepada diri sendiri, keluarga dan masyarkat. Nilai moral ini dapat menjadikan

seseorang itu sebagai manusia mulia yang mampu melahirkan masyarakat berdaya

saing di samping mengamalkan nilai moral dalam kehidupan seharian.

Nilai moral utama yang dapat diperoleh daripada perbincangan ialah

pengarang banyak membicarakan nilai moral berkaitan dengan tumah tangga.

Kebanyakan cerpen tersebut berkisar dalam lingkaran keluarga bagi membina rumah

tangga yang bahagia. Di samping itu, terdapat juga cerpen yang bersifat negatif yang

menggambarkan perbuatan negatif. Namun, gambaran negatif adalah bersifat sebagai

teguran untuk menjauhi perlakuan yang tidak bermoral itu.

4.4 Mengkaji Kepengarangan P.Sundarapandian

Untuk menjawab objektif ketiga, pengkaji akan memerihalkan kepengarangan

P.Sundarapandian yang merupakan seorang pengarang yang konsisten dalam lapangan

pengkaryaan di Malaysia. Perbincangan ini melibatkan penglibatan dalam dunia

kreatif, kepengarangan P.Sundarapandian, gaya penulisan dan pemikiran dan

anugerah-anugerah yang dibawa oleh karya-karyanya. Keragaman corak dan gaya

penulisan P.Sundarapandian yang tidak menjemukan para pembaca telah menjadikan

beliau antara penulis yang disanjungi oleh peminatnya.


148

4.4.1 Penglibatan Dalam Dunia Kreatif

Sundarapandian gemar membaca buku-buku yang bercorak falsafah, agama dan

kritikan. Beliau mengakui bahawa telah mendapat ilham daripada bapanya untuk

menceburi bidang penulisan kerana membelikannya bahan bacaan serta bapanya juga

pembaca setia surat khabar Tamil Nesan dan majalah Churian. Bahan-bahan bacaan

tersebut menjadi pedoman dan tunjuk ajar untuk bergiat dalam bidang penulisan.

Beliau mula berjinak-jinak dengan dunia sastera Tamil dengan membaca

novel, cerpen dan puisi. Seterusnya, minat dan pengetahuan yang mendalam mengenai

sastera Tamil telah mendorong beliau untuk mula berkarya. P.Sundarapandian mula

menulis pada tahun 1966. Pada awalnya, karya sastera yang dihasilkan oleh beliau

hanya disimpan sahaja dan tidak pernah disiarkan.

Sungguhpun beliau tidak mendapat pendidikan yang sempurna, namun bakat

dan kemahiran menulis tetap bersinar. Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan

yang sedia ada dalam dirinya, Sundarapandian telah banyak menghasilkan karya

cerpen yang bermutu. Sundarapandian memang dipisahkan daripada alam

persekolahan disebabkan kemiskinan keluarganya, namun tidak pernah memisahkan

diri daripada bidang penulisan sehingga akhir hayatnya selepas menceburi bidang ini.

Sundarapandian telah mula mencuba bakat dan kebolehannya dalam bidang

penulisan dengan menyertai ruang soal jawab serta menghasilkan kiriman pembaca

dan rencana. Rencana beliau banyak disiarkan dalam media-media cetak seperti

akhabar Tamil Nesan dan majalah –majalah tempatan seperti Tirai Oli, Inba Nila dan
149

Churian. Sundarapandian tidak pernah ketandusan idea dan buah fikiran untuk

menyebarkan pandangannya menerusi rencana. Beliau ialah seorang penulis yang

proaktif dan inovatif pada ketika itu.

Ketokohan Sundarapandian dalam bidang penulisan semakin menyerlah

apabila cerita pendeknya yang bertajuk Tiruntiya Muttu diterbitkan oleh akhbar Tamil

Nesan pada tahun 1966. Sejak cerpennya mendapat ruang dalam akhabar Tamil

Nesan, Sundarapandian mula mengubah minatnya terhadap penulisan, iaitu beralih

daripada menulis untuk mengisi masa lapangnya kepada penulisan yang lebih serius.

Selepas itu, Sundarapandian mula dikenali oleh para peminat dan mendapat sambutan

para pembaca, khususnya di bandar Sitiawan, Ayer Tawar dan Manjung. Pada masa

yang sama, karya-karya beliau telah menjadi buah mulut penulis-penulis terkenal pada

ketika itu. Namun begitu, keinginan untuk menulis cerpen lebih menebal dalam

dirinya dan penulisan cerpenlah menyebabkannya terkenal dalam bidang sastera,

Kebanyakan karya Sundarapandian didapati membicarakan isu sosial dan

kemasyarakatan seperti sikap prasangka dan perasaan curiga terhadap sesama

manusia. Selain itu, beliau turut memprotes segala penyelewengan di sekelilingnya

dan semua kejadian yang tidak memuaskannya melalui pernyataan sinis dalam cerpen-

cerpennya. Beliau telah mengungkapkan segala-gala ini dalam karyanya. Oleh itu,

kebanyakan karya beliau dikatakan telah menyampaikan sesuatu persoalan untuk

renungan pembacanya agar mengambil ikhtibar untuk membaiki kehidupan mereka.

Faktor lain yang mendorong Sundarapandian untuk mengorak langkah

semakin serius dalam bidang penulisan adalah apabila beliau mendapat peluang untuk
150

menghadiri Seminar Kewartawanan Media Tamil anjuran Malaysian Press Institute

selama 2 hari bermula pada 28 April hingga 29 April 1997 di Kuala Lumpur.

Sundarapandian lebih berkeyakinan untuk berkarya apabila namanya mula mendapat

tempat dalam beberapa akhbar tempatan seperti Tamil Malar, Tamil Murasu dan

Dinamani. Selain akhbar, beliau juga turut berkarya dalam majalah-majalah tempatan

seperti Tirai Oli, Inba Nila dan Churian.

Setelah berkesempatan menghadiri beberapa kursus, Sundarapandian semakin

yakin pada kebolehan diri dalam bidang penulisan. Kini, menulis tidak lagi menjadi

sekadar hobi untuk mengisi masa lapang, sebaliknya penulisan cerpen sudah semakin

membara apabila bakat beliau mula diiktiraf kerana karya-karya Sundarapandian

dipilih untuk memenangi hadiah dalam Persidangan Pembaca-pembaca Tamil Majalah

Churian.

4.4.2 Kepengarangan P. Sundarapandian

Pengalaman hidup di ladang dan pengamatan kehidupan masyarakat India banyak

mempengaruhi kepengarangan P.Sundarapandian. Pengamatan terhadap kehidupan

masyarakat India di negara ini membolehkan beliau menggambarkan suasana dan

keadaan sebenar serta masam-manis kehidupan masyarakat India dalam cerpen-cerpen

beliau. Tema dan persoalan yang diketengahkan dalam cerpen-cerpen beliau banyak

membincangkan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia.


151

Tema-tema yang diketengahkan oleh P.Sundarapandian dalam cerpen beliau

lebih membincangkan masalah-masalah sosial masyarakat India di Malaysia.

Perlukisan yang dibawa dalam cerpen-cerpen beliau tidak dapat ditolak kerana

sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti. Sejak pertengahan tahun 1960-an,

P.Sundarapandian memperlihatkan kecenderungan menulis cerpen-cerpen yang

berunsur sosial dengan mengisahkan masalah-masalah sosial yang dihadapi

masyarakat sezamannya.

Selain itu, secara keseluruhannya, kepengarangan P.Sundarapandian

memperlihatkan empat perkara yang mengarah kepada transformasi dalam penulisan.

Perkara pertama ialah sikap berani dan jujur P.Sundarapandian dalam

mengetengahkan masalah-masalah rakyat. Beliau berani membicarakan isu-isu sosial

masyarakat India dalam cerpennya.

Keduanya, P.Sundarapandian ialah seorang penulis yang memanfaatkan

bentuk estetik yang bersesuaian dalam menghasilkan karyanya. Beliau menggunakan

genre cerpen dengan teknik dan gaya yang bersesuaian untuk mengetengahkan

perkara yang ingin sampaikan. Contohnya, apabila membincangkan masalah sosial

seperti penyalahgunaan dadah, jenayah, gejala arak dan masalah-masalah lain, beliau

menggunakan bentuk realisme. Bentuk ini merupakan salah satu aplikasi teori moral,

iaitu aspek moral. Aspek moral ini merupakan pendidikan atau pengajaran yang

hendak disampaikan melalui karya dan menjurus kepada huraian-huraian berdasarkan

peristiwa-peristiwa dan perwatakan watak-watak dengan melihat unsur didaktiknya.


152

Perkara ketiga yang mengangkat tinggi kepengarangan karya

P.Sundarapandian adalah menghasilkan cerpen yang mengandungi tema yang serius.

Tema-tema yang serius dan signifikan merupakan keistimewaan kepengarangan

beliau. Umumnya, tema yang penting dan sentiasa menarik perhatian khalayak ialah

perjuangan, konflik, perkembangan diri, pembangunan dan ekologi. Cerpen-cerpen

beliau mengaplikasikan kritikan pendekatan moral, iaitu karya dilihat dari aspek isi.

Aspek isi merangkumi tema atau isu utama, persoalan-persoalan, pemikiran, mesej,

motif, falsafah atau propaganda dan premis.

Sikap peka akan bahasa dan jati diri juga mempengaruhi kepengarangan

P.Sundarapandian. Hal ini kerana penggunaan bahasa mempunyai kaitan rapat dengan

jati diri beliau. Beliau memahami perkembangan mutakhir bahasanya dan nasib yang

sedang dialami bahasa Tamil. Penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami dan

laras bahasa yang bersesuaian dengan latar tempat, masyarakat dan masa dalam

sesebuah cerpen menjamin kejayaan cerpen-cerpen beliau. Bahasa yang mudah

difahami memastikan cerpen-cerpen beliau mendapat sambutan baik dalam kalangan

peminat cerpen Tamil. Hal ini kerana bahasa itu dimartabatkan sebagai bahasa ilmu

dan bahasa kesatuan rakyat India di negara ini.

Selain itu, cerpenis menggunakan cara penyampaian yang sederhana dengan

mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Dalam

memperjuangkan masalah yang dihadapi masyarakat India, cerpenis langsung tidak

mengungkitkan isu-isu sensitif berkaitan dengan kaum lain. Hai ini jelas menunjukkan

bahawa P.Sundarapandian merupakan seorang penulis yang rasional.


153

Sebenarnya, cerpenis P.Sundarapandian merupakan penulis yang dapat

dibanggakan. Beliau bertatih dari bawah lalu bergerak sedikit demi sedikit untuk

mencecah suatu tempat tertentu dalam dunia kesusasteraan Tamil di Malaysia.

Kegigihan dan kesungguhan itulah yang meletakkan beliau sebagai sasterawan yang

berjaya.

4.4.3 Cerpen Menjadi Pilihan Awal

Sundarapandian ialah antara cerpenis tanah air yang pernah memenangi beberapa

hadiah dalam bidang penulisan cerpen. Kebanyakan karya Sundarapandian telah

disiarkan dalam tiga akhbar yang berpengaruh pada ketika itu, iaitu Tamil Malar,

Tamil Murasu dan Dinamani. Selain itu, hasil karya beliau juga turut dimuatkan

dalam majalah Tirai Oli, Inba Nila dan Churian.

Sebagai penulis cerpen yang gigih berkarya, Sundarapandian memperlihatkan

kesungguhannya yang tersendiri. Dalam tempoh 40 tahun, Sundarapandian telah

berjaya menghasilkan berpuluh-puluh cerpen dan menerbitkan empat kumpulan

cerpen seperti berikut:

1. Va:l-a Ninaiththa:l Va:l-ala, Seri Rajeswari Enterprise, Kuala Lumpur,1992.

2. Ol:i Piranhthathu, Sri Enterprise, Ipoh, 2000.

3. Vetti Nhiccayam, Harini Press, Sitiawan, 2006.

4. Thirunhthi Va: Makane:, Manimegala Press, Chennai, 2010


154

Sundarapandian turut meghasilkan rencana dan mempunyai ruangan tetap

dalam akhbar Tamil Nesan. Hasil penulisan tersebut meletakkan nama beliau sebagai

penulis kreatif yang berjaya.

4.4.4 Gaya Penulisan dan Pemikiran

Pelbagai evolusi terhadap personaliti membuatkan seseorang itu sebagai manusia

yang berfikir. Walaupun manusia kini berjaya berperanan bagai anak, bapa, suami,

rakan dan pemimpin dalam kehidupan harian, namun manusia itu sebenarnya tidak

pernah meluahkan perasaan personaliti dalaman yang sebenar dalam kehidupan

sebenar. Namun, perasaan ini tetap terserlah dalam diri seorang karyawan. Karyawan

boleh meluahkan perasaan personaliti dalamannya melalui karya yang dihasilkan.

Seorang penulis boleh mengekspresi luahan hati melalui penulisannya. Personaliti

dalaman cerpenis terserlah melalui watak-watak yang direka, tema yang digunakan,

isi cerita yang diambil dan sebagainya (Akilan, 2002:93).

Sundarapandian menitikberatkan teknik atau stail (gaya) dalam penulisannya

ketika menghasilkan sesebuah karya kerana dalam penghasilan karya sastera terdapat

tiga faktor penting, iaitu sifat, sikap dan bakat. Ketiga-tiga faktor ini membantu

pengarang menghasilkan karya untuk tatapan masyarakat.


155

Walau bagaimanapun, pengarang juga menerapkan sedikit gaya dalam

penulisanya seperti berterus-terang menyampaikan ceritanya dan kurang

menggunakan bahasa yang berbunga-bungaan atau berkiasan, gaya bahasa yang

berulang-ulang, bahasa figuratif atau perbandingan, memilih makna selapis atau dua

atau lebih serta pelbagai teknik plot dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk

memperindah lagi sentuhan penanya dalam menghasilkan karya. Antara teknik yang

banyak digunakan oleh beliau untuk menghasilkan cerpen ialah teknik dialog,

contohnya:

‚ ? ... ன
ன ?
?‛ ன

( . , 2000:44).

“Kenapa berdiri? Mari duduk. Sudah berapa


tahun tidak berjumpa? Adakah semua di
rumah sihat?” tanyanya sambil memeluk
Kumar. (Sundarapandian.P,2000:44).

Teknik atau gaya lain pula seperti naratif turut digunakan oleh cerpenis

P.Sundarapandian dalam cerpen seperti berikut:.

,

( . , 1992:10).

Ombak berterusan mencium pasir di pantai


laut serta pukul-memukul batu-batan
(Sundarapandian.P, 1992:10).
156

Selain itu teknik imbas kembali sering turut terpapar dalam cerpennya.

ன ன ன
... ... ன
? ( . , 2010:8).

Sebulan sebelum Deepavali, suasana di


ladang kian riang. Pembakaran mercun
meriuhkan keadaan lagi. Kerja memasak
marukku pun sudah mula di sana sini.
Sehari sebelum Deepavali, kedengaran
embek kambing yang sedang disembelih.
Kenangan membakar mercun masih manis
Bilakah hari-hari yang sungguh meriah ini
akan kembali lagi?
(Sundarapandian.P, 2010:8).

Bahasa dalam setiap cerpen P.Sundarapandian ialah hasil perkongsian

masyarakat penutur dan penggunaannya. Di samping itu, beliau turut menggunakan

bahasa kewartawanan. Gaya bahasa ini digunakan dengan begitu lincah di samping itu

ayat-ayatnya pendek, lurus dan terang serta tidak berbelit-belit. Cara ini sebenarnya

ialah satu usaha yang menguntungkan pengarang dan lebih memudahkan pembaca-

pembaca mengikuti ceritanya.

Secara umumnya, teknik atau gaya penulisan beliau agak mudah difahami. Di

samping itu, beliau juga tidak mahu menyukarkan pembaca memahami apa-apa yang

ingin disampaikan kerana perkara yang penting beliau ingin mencurahkan adalah
157

segala yang terpendam dalam hati serta menyampaikan sesuatu mesej, idea dan

harapan kepada pembaca dengan cara yang halus dan selamat.

Seterusnya, dari segi pemikiranya pula, didapati beliau sebenarnya banyak

menerapkan pengalaman sendiri untuk menghasilkan cerpenya. Hal ini kerana

seseorang pengarang karya sastera semestinya mempunyai latar belakang ini

berhubung erat dengan persekitaran dan masyarakat. Faktor-faktor kehidupan

berkeluarga, pendidikan, pekerjaan dan pengalaman serta penglibatanya dalam

putaran hidup harian pengarang boleh melahirkan sesebuah karya.

Hal ini jelas terbukti apabila beliau dapat mengolah plot ceritanya dengan

sebaik mungkin sehingga para pembaca boleh merasakan keadaan sebenar di ladang.

Veṟṟi Niccayam dan Tolaintu Pōna Cantōcam merupakan cerpen-cerpen yang

menggambarkan masalah kehidupan masyarakat di ladang. Suasana hidup ladang

yang pernah ditempuhi sejak kecil lagi menjadi ilham kepada pengarang untuk

menghidupkan cerpen-cerpen yang berlatarkan ladang.

Oleh itu, dapatlah pengkaji menyatakan bahawa cerpen-cerpen yang dikaji

merupakan cerpen-cerpen yang lebih ke arah perjuangan masyarakat India yang

ingin akan kehidupan yang sejahtera, bahagia dan harmoni. Keadilan sosial dan nilai

moral yang menjadi nadi penghujahan dalam kebanyakan karya sastera dunia daripada

pelbagai bahasa turut diutarakan oleh cerpenis P.Sundarapandian dalam kebanyakan

cerpennya.. Nilai moral yang diangakat sebagai tema universal dalam dunia sastera

hanya dibezakan oleh bahasa. Sehubungan perkara ini, P.Sundarapandian menjadikan

cerpen tamil sebagai media yang memperjuangkan keadilan sosial dan nilai moral.
158

Masalah sosial yang diketengahkan oleh P.Sundarapandian dalam cerpen ialah isu-isu

masyarakat sezamannya. Suka dan duka kehidupan masyarakat India di Malaysia

mewarnai cerpen-cerpen beliau.

Berdasarkan huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa P.Sundarapandian

lebih suka memaparkan kisah kehidupan masyarakat. Tanggungjawab seseorang

cerpenis bukan sekadar menulis atau menghasilkan karya sahaja bahkan harus juga

memahami dan menyelami hati serta keadaan masyarakat di sekelilingnya. Mesej dan

pengajaran yang disampaikan oleh beliau akan terlaksana kelak dan pembaca turut

mendapat manfaatnya juga di samping dapat membuka minda mereka.

4.4.5 Anugerah-Anugerah Yang Diperolehnya

Sepanjang pembabitan P.Sundarapandian dalam bidang penulisan, beliau telah

menerima beberapa penghargaan, sama ada dalam bentuk hadiah ataupun anugerah.

P.Sundarapandian yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan cerpen telah

mendapat penghargaan menerusi cerpen yang berjudul Niṉaivukaḷ Maraivatillai yang

pernah menerima pingat emas. Cerpen ini juga pernah disiarkan dalam Majalah

Churian pada tahun 1997.

P. Sundarapandian juga pernah menerima tiga pingat dalam bidang politik.

Beliau menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) sempena Ulang Tahun Hari

Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1998. Pada tahun yang sama, beliau
159

menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan

Perak. Seterusnya, sempena perayaan Ulang Tahun Keputeraan yang ke-80 pada tahun

2008, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Sultan Perak Darul Ridzuan menerima

Pingat Pekerti Terpilih (PPT).

Sebenarnya, P.Sundarapandian merupakan penulis yang dapat dibanggakan.

Beliau bertatih dari bawah lalu bergerak sedikit demi sedikit. Kegigihan dan

kesungguhan itulah yang meletakkan beliau sebagai sasterawan yang berjaya.

4.5 Kesimpulan

Demikianlah kajian terhadap kumpulan cerpen P.Sundarapandian dengan meneliti

aspek nilai-nilai moral, tujuan amalan nilai moral serta kepengarangannya. Pengkaji

berpendapat, sastera dianggap sebagai seni yang tertinggi. Justeru, setiap karya yang

dihasilkan harus memiliki nilai moral dan tujuan seperti yang terdapat dalam

kumpulan cerpen P.Sundarapandian yang pengkaji telah meneliti supaya khalayak

pembaca menjadi insan yang mulia. Hal ini amat penting dan perlu dijadikan panduan

anggota masyarakat yang semakin runtuh moralnya.

Berdasarkan perbincangan yang dilakukan dalam kajian ini, dapat disimpulkan

bahawa cerpen mampu memberi kesan terhadap pembentukan akhlak manusia.

Melalui gambaran dan nilai moral yang diaplikasikan oleh cerpenis Sundarapandian
160

pada watak dalam ceritanya telah membantu masyarakat India memahami dan

mengaplikasikan nilai yang baik dalam kehidupan mereka.

Selain pengamalan nilai moral, masyarakat India juga dapat membezakan

perlakuan baik dan buruk berdasarkan tingkah laku dan nilai yang digarapkan dalam

cerpen yang dikaji. Oleh yang demikian, para pembaca mampu membuat

pertimbangan untuk mengamalkan sifat positif dan menolak perlakuan yang negatif.

Penjelasan tersebut didapai bertepatan dengan dapatan kajian ini. kerana

pengkaji mendapati bahawa pembaca memahami dan mengaplikasikan nilai-nilai

moral yang dihayati dalam kehidupan ketika bersama keluarga, kawan ataupun

berseorangan. Walaupun cerpen-cerpen tersebut tidak mungkin dapat melahirkan

seseorang manusia supaya bersahsiah positif dan proaktif sama seperti perwatakan

yang dipaparkan dalam cerpen, namun sekurang-kurangnya dapat mencegah nilai-

nilai negatif daripada meresapi diri seseorang pembaca.


161

BAB 5

RUMUSAN

5.0 Pengenalan

Cerpen merupakan pembicaraan tentang pengalaman manusia. Cerpen dapat

meneroka pengalaman manusia secara individu, kumpulan dan dengan alam sekitar.

Permasalahan hidup manusia dalam masyarakat disampaikan oleh penulis dalam

karya (Segaran,2011: 268).

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil dapatan daripada kajian

yang telah dijalankan berkaitan dengan nilai moral dalam cerpen karya

P.Sundarapandian. Kajian ini merupakan kajian Teori Moral. Perbincangan hasil

dapatan kajian tertumpu pada aspek mengenal pasti nilai moral, menganalisis tujuan

penggunaan nilai moral dan mengkaji kepengarangan pengarang dalam kumpulam

cerpen yang dikaji. Pada akhir bab ini, terdapat beberapa cadangan yang disyorkan
162

untuk membina dunia karya sastera agar terus bersinar menerangi dunia dalam usaha

membentuk masyarakat yang berguna, sejahtera, bahagia dan berakhlak tinggi.

5.1 Analisis Dapatan Kajian

Analisis dapatan kajian ini membincangkan kesimpulan dapatan kajian daripada tiga

objektif yang ditetapkan dalam kajian ini. Analisis dapatan kajian adalah untuk

mengenal pasti nilai moral, menganalisis tujuan amalan nilai moral dalam kehidupan

sebenar masyarakat India dan menganalisis kepengarangan cerpenis yang dirumuskan

dalam ruangan ini.

5.1.1 Mengenal Pasti Nilai Moral Yang Terkandung Dalam Cerpen Karya
P.Sundarapandian

Nilai merupakan aspek yang sangat penting kepada seseorang individu. Selaras

dengan pendapat ini, pengkaji mendapati cerpen-cerpen P.Sundarapandian memiliki

kekuatan dan daya tarikannya tersendiri. Cerpen-cerpennya banyak membicarakan

nilai moral berkaitan dengan isu-isu yang tercetus dalam sesebuah keluarga.

Penyelidikan ini dilakukan atas 20 buah cerpen yang dipetik daripada empat

buah koleksi cerpen P.Sundarapandian. Pengkaji memilih nilai-nilai murni daripada

kurikulum KSSR. Setelah mengenal pasti nilai moral yang dipaparkan dalam setiap

cerpen, didapati tiga belas nilai dibincangkan lebih jelas dan teliti dalam cerpen-

cerpen yang dikaji. Berikut ialah Jadual 5.1 yang menunjukkan nilai moral tersebut.
163

Jadual 5.1

Bilangan Nilai Moral Dalam Kumpulan Cerpen Yang Dikaji

Bil Nilai Moral Bilangan

1 Kepercayaan kepada Tuhan 4

2 Baik hati 6

3 Bertanggungjawab 9

4 Keadilan 1

5 Kasih sayang 1

6 Kerajinan 2

7 Keberanian 2

8 Kerjasama 2

9 Bertoleransi 2

10 Kesederhanaan 1

11 Kejujuran 1

12 Berterima kasih 2

13 Hemah tinggi 1

Mengikut Jadual 5.1, sebanyak 13 nilai telah dikenal pasti. Antara nilai

tersebut, nilai bertanggungjawab mencatatkan bilangan yang paling banyak. Nilai ini

dipaparkan dalam sembilan buah cerpen. Selain itu, nilai baik hati diutarakan dalam

enam buah cerpen dan nilai kepercayaan kepada Tuhan pula dalam empat buah

cerpen. Sementara itu, nilai kerajinan, keberanian, kerjasama, bertoleransi dan

berterima kasih dibincangkan dalam dua buah cerpen masing-masing dan nilai
164

keadilan, kasih sayang, kesederhanaan, kejujuran dan hemah tinggi pula dalam sebuah

cerpen sahaja.

Sebenarnya, pengarang ingin menghasilkan sesebuah cerpen yang baik untuk

dibaca dan dihayati oleh pembaca. Cerpenis juga ingin membawa mesej dan nilai

yang baik bertujuan untuk membina akhlak dan sahsiah diri individu serta keluarga

dan masyarakat yang sempurna. Cerpen haruslah memenuhi kehendak dan tuntutan

ilmu kesusasteraan, iaitu membantu mendidik manusia untuk bertingkah laku secara

wajar dalam membina cara hidup dan matlamat hidup.

Kesemua dua puluh cerpen yang dikaji berjaya membicarakan nilai moral

kehidupan manusia. Dalam hal ini, penulis bukan sahaja ingin menghasilkan karya

untuk kepuasan diri malah ingin bertindak memberi kesedaran tentang kepincangan

dan kelemahan masyarakat India yang menjadi penghalang kepada pembangunan

fizikal, mental dan rohani. Selain itu, pengarang juga ingin menerapkan nilai moral

dalam kalangan pembacanya.

Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa kumpulan cerpen

P.Dundarapandian adalah satu bahan yang boleh digunakan oleh sesebuah masyarakat

khususnya masyarakat India untuk memurnikan masyarakat sendiri.


165

5.1.2 Menganalisis tujuan penggunaan nilai moral dalam karya cerpen


P.Sundarapandian

Seterusnya, pengkaji telah membuat analisis tentang tujuan cerpenis

P.Sundarapandian menggunakan nilai moral dalam karya cerpennya. Tujuan

penggunaan nilai moral sesuatu cerpen dapat dikenal pasti oleh penyelidik melalui

alat-alat penceritaan (Narrative devices) yang diguna pakai oleh pengarang, iaitu

watak dan perwatakan, aksi, konflik, plot, latar, gaya bahasa dan sebagainya

(Lukacs.G,1976). Selain itu, data dan maklumat yang diperoleh melalui kaedah

temubual dengan pengarang dan anak-anak pengarang juga turut membantu

penyelidik mengenali tujuan pengamalan nilai moral dalam cerpen-cerpen

P.Sundarapandian.

Berdasarkan dua puluh cerpen karya P.Sundarapandian yang dikaji, pengkaji

mendapati bahawa sebanyak lima tujuan amalan nilai moral dalam cerpen-cerpen

P.Sundarapandian. Pengkaji mengkategorikan tujuan-tujuan yang diketengahkan oleh

P.Sundarapandian seperti dipapar dalam Jadual 5.2.

Jadual 5.2

Senarai Tujuan Amalan Nilai Moral Dalam Kumpulan Cerpen Yang Dikaji.

Bil Tujuan Amalan Nilai Moral

1 Menyampaikan amanat
 Mengajak ibu bapa sedia berkoban
 Anak perlu menghargai jasa ibu bapa
 Menjadi sahabat yang prihatin
 Menyemai amalan jimat cermat

(bersambung)
166

Jadual 5.2 (sambungan)


Bil Tujuan Amalan Nilai Moral

2 Memaparkan masalah sosial


 Menjauhi diri daripada gejala penyalahgunaan dadah
 Membanteras jenayah
 Menjauhi diri daripada gejala minum arak

3 Menyemai nilai-nilai murni


 Masyarakat perlu bersifat tolong-menolong
 Memiliki sifat kasih sayang terhadap keluarga
 Yakin bahawa tuhan akan melindungi kita

4 Kesabaran menghadapi pelbagai cabaran

5 Ketabahan membawa kejayaan

Jika diteliti Jadual 5.2, terdapat lima tujuan amalan nilai moral dalam dua puluh

cerpen yang ingin disampaikan oleh cerpenis kepada para pembaca. Cerpenis

P.Sundarapandian menggunakan enam buah cerpen untuk menyampaikan amanat dan

dalam lima buah cerpen, beliau ingin memaparkan masalah sosial. Seterusnya, dalam

tiga buah beliau memaparkan nilai-nilai moral untuk menyemai nilai-nilai murni

manakala kesabaran menghadapi pelbagai cabaran dan ketabahan membawa kejayaan

diterapkan dalam sebuah cerpen masing-masing.

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pengarang P.Sundarapandian lebih suka

memberi nasihat dan ingin memupuk kesedaran pembaca melalui cerpen ciptaanya.

Selain itu, beliau juga ingin memberi peringatan kepada pembaca supaya sentiasa

berwaspada di samping menyindir golongan tertentu supaya membetulkan kelemahan


167

masing-masing sebelum menuduh orang lain. P.Sundarapandian juga menyeru kepada

pembaca supaya tidak cepat mengalah sebelum berusaha dengan bersungguh-

sungguh.

Cerpenis juga ingin memberi dorongan kepada pembaca yang kurang

bersemangat untuk menghadapi sesuatu masalah serta menggalakkan membuat

perbandingan antara dua orang yang berkelakuan berbeza supaya pembaca dapat

meneliti dan memahami kebaikan dan keburukan sebelum membuat sesuatu

keputusan atau mengambil tindakan tertentu.

Setelah mengkaji keseluruhan tujuan dan amalan nilai moral dalam cerpen

P.Sundarapandian, pengkaji dapat memahami bahawa pengarang mempunyai sebab-

sebab yang kukuh menggunakan nilai moral dalam karya cerpennya, iaitu bukan

sekadar untuk menghangatkan perjalanan cerita semata-mata, malah ingin memupuk

kesedaran masyarakat India.

5.1.3 Menganalis kepengarangan P.Sundarapandian

Kajian ini diteruskan dengan menganalisis kepengarangan P.Sundarapandian.

Pengkaji memberi fokus kepada empat aspek, iaitu perbincangan tentang penglibatan

dalam dunia kreatif, kepengarangan, kaedah dan cara penulis berkarya dan akhir

sekali membincangkan kejayaan dan anugerah yang diperoleh melalui hasil karyanya.
168

Pengalaman hidup di ladang dan pengamatan kehidupan masyarakat India

banyak mempengaruhi kepengarangan P.Sundarapandian. Pengamatan terhadap

kehidupan masyarakat India di negara ini membolehkan beliau menggambarkan

suasana dan keadaan sebenar dan masam-manis kehidupan masyarakat India dalam

cerpen-cerpen beliau. Tema dan persoalan yang diketengahkan dalam cerpen-cerpen

beliau banyak membincangkan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di

Malaysia.

Tema-tema yang diketengahkan oleh P.Sundarapandian dalam cerpen beliau

lebih membincangkan masalah-masalah sosial masyarakat India di Malaysia.

Perlukisan yang dibawa dalam cerpen-cerpen beliau tidak dapat ditolak kerana

sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti .

Selain itu, secara keseluruhannya, kepengarangan P.Sundarapandian

memeperlihatkan empat perkara yang mengarah kepada transformasi dalam penulisan.

Perkara pertama ialah sikap berani dan jujur P.Sundarapandian dalam

mengetengahkan masalah-masalah rakyat. Beliau berani membicarakan isu-isu sosial

masyarakat India dalam cerpennya.

Keduanya, P.Sundarapandian ialah seorang penulis yang memanfaatkan

bentuk estetik yang bersesuaian dalam menghasilkan karyanya. Beliau menggunakan

genre cerpen dengan teknik dan gaya yang bersesuaian untuk mengetengahkan

perkara yang ingin sampaikan.


169

Perkara ketiga yang mengangkat tinggi kepengarangan karya

P.Sundarapandian adalah menghasilkan cerpen yang mengandungi tema yang serius.

Tema-tema yang serius dan signifikan merupakan keistimewaan kepengarangan

beliau. Umumnya, tema yang penting dan sentiasa menarik perhatian khalayak ialah

perjuangan, konflik, perkembangan diri, pembangunan dan ekologi.

Sikap peka akan bahasa dan jati diri juga mempengaruhi kepengarangan

P.Sundarapandian. Hal ini kerana penggunaan bahasa mempunyai kaitan rapat dengan

jati diri beliau. Beliau memahami perkembangan mutakhir bahasanya dan nasib yang

sedang dialami bahasa Tamil. Penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami dan

laras bahasa yang bersesuaian dengan latar tempat, masyarakat dan masa dalam

sesebuah cerpen menjamin kejayaan cerpen-cerpen beliau.

Selain itu, cerpenis menggunakan cara penyampaian yang sederhana dengan

mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Dalam

memperjuangkan masalah yang dihadapi masyarakat India, cerpenis langsung tidak

mengungkitkan isu-isu sensitif berkaitan dengan kaum lain. Hai ini jelas menunjukkan

bahawa P.Sundarapandian merupakan seorang penulis yang rasional.

Walaupun pengarang P.Sundarapandian cuba untuk mewujudkan

pembaharuan tetapi bukan semua cerpennya menekankan pembaharuan. Hal ini

kerana beliau juga mengambil tema yang berkaitan dengan kehidupan harian

masyarakat. Oleh itu, beliau cuba menyatakan dan menerangkan keadaan dan amalan

yang sebenar kepada pembaca. Dalam setiap cerpen, pengarang turut memilih isu-isu

semasa yang sangat hangat pada sesuatu masa tertentu. Hal ini kerana masyarakat dan
170

pembaca sudah pun mengetahui isu-isu yang sedang berlaku di Malaysia termasuk

dalam kalangan masyarakat India.

Pengarang P.Sundarapandian berterus-terang menyampaikan ceritanya dan

kurang menggunakan Bahasa yang berbunga-bungaan atau berkiasan. Gaya Bahasa

yang berulang-ulang juga tidak digunakan oleh beliau. Gaya Bahasa beliau begitu

lincah, ayat-ayat pendek dan lurus maksud serta senang difahaminya. Jalan cerita juga

tidak diputar-putarkan oleh pengarang. Gaya penulisannya, memberi keutamaan

kepada objektif, faktor sekeliling, penceritaan dan penggunaan kata-kata figuratif atau

perbandingan.

Sepanjang pembabitan P.Sundarapandian dalam bidang penulisan, beliau telah

menerima beberapa penghargaan, sama ada dalam bentuk hadiah ataupun

anugerah.Sebenarnya, cerpenis P.Sundarapandian merupakan penulis yang dapat

dibanggakan. Beliau bertatih dari bawah lalu bergerak sedikit demi sedikit untuk

mencecah suatu tempat tertentu dalam dunia kesusasteraan Tamil di Malaysia.

Kegigihan dan kesungguhan itulah yang meletakkan beliau sebagai sasterawan yang

berjaya.

5.2 Cadangan

Setelah meneliti dan menganalisis kajian secara terperinci, pengkaji mendapati

bahawa kajian ini menyedarkan kita dan masyarakat sekeliling bahawa nilai-nilai

moral sangat penting dalam kehidupan seharian. Setiap individu perlu mengamalkan
171

nilai-nilai moral ini demi kebahagian dan kemajuan diri sendiri, keluarga dan

masyarakat terutama masyarakat India.

Berdasarkan kepada kajian dan hasil perbincangan yang telah dihuraikan,

maka berikut adalah beberapa cadangan daripada pihak pengkaji agar kajian yang

lebih lanjut dijalankan. Pengkaji mendapati bahawa kumpulan cerpen

P.Sundarapandian banyak memaparkan isu-isu sosial yang berlaku dalam kalangan

masyarakat India. Pengkaji mengesyorkan agar kajian selanjutnya adalah berkaitan

dengan isu-isu sosial dalam kumpulan cerpen P.Sundarapandian.

Cerpen dilihat sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran kepada

masyarakat tentang kepentingan nilai-nilai moral. Tanpa nilai-nilai ini, mustahil

masyarakat Malaysia dapat membentuk sebuah masyarakat yang berdaya saing dan

mampu mempertahankan negara daripada segala ancaman musuh pada masa hadapan

kelak. Maka, genre kesusasteraan seperti cerpen wajar digunakan sebagai model

pembentukan nilai-nilai moral dalam kalangan belia. Cerpen mudah dibaca kerana

kandungnya yang pendek berbanding dengan genre lain dalam kesusasteraan.

Sekarang negara dalam abad yang ke-21 dan sedang mengalami perubahan

dalam pelbagai aspek. Minda manusia juga telah berubah. Pengkaji mengesyorkan

agar pengkarya yang bakal menulis teks yang berunsur pembaharuan dalam subjek,

teknik dan teori. Pengkarya juga digalakkan menulis karya-karya yang beraliran

realism. Pengkarya juga perlu menulis karya-karya yang berkaitan dengan isu-isu

kejayaan diri, alam sekitar, ekonomi, pendidikan dan sukan mengikut kesesuaian
172

masyarakat Malaysia. Dengan pembaharuan beginilah, pengkarya boleh menarik

minat pembaca terutamanya daripada kalangan belia pada masa kini.

Karya sastera harus menuju kepada pembentukan individu dan masyarakat

yang serentak beriman kepada Tuhan. Sastera juga seharusnya mampu memberi

sumbangan yang besar kepada pembentukan peribadi insan kerana daripada keluhuran

peribadi insan inilah masyarakat yang harmonis dapat diwujudkan. Karya sastera

sebenarnya kaya dengan pembentukan nilai sosial seperti kesemarataan sosial, iaitu

memberikan hak setiap orang tanpa mengira kaya atau miskin. Dalam konteks ini,

karya sastera seperti cerpen mampu memberikan didikan nilai moral kepada pembaca.

Nilai moral dalam karya cerpen P.Sundarapandian merupakan kajian teori moral.

Kajian ini berfokus kepada 3 matlamat utama, iaitu mengenal pasti nilai moral,

menganalisis tujuan amalan nilai moral dan mengkaji latar belakang dan

kepengarangan dalam kumpulan cerpen yang dikaji.

Dalam konteks membentuk insan yang berguna dan gemilang dengan

menggunakan kesusasteraan terutama cerpen sebagai landasan, pengkarya harus

menulis karya-karya sastera harus mempunyai banyak nilai dan mesej terutamanya

kepada arus moden ini. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Perumpamaan ini amat bersesuaian untuk menunjukkan bahawa pengkarya haruslah

menjadi suri teladan kepada masyarakat terutama masyarakat India. Jadi, dorongan

dan perangsang daripada pengkarya sangat diperlukan oleh masyarakat terutama

masyarakat India dalam membentuk minat terhadap karya-karya kesusasteraan.

Pengkarya harus ingat, meninggalkan karya sastera yang dianggap tidak lagi relevan

dalam arus globalisasi ini akan ketinggalan.


173

Dalam usaha membentuk keperibadian mulia nilai-nilai moral, cerpen

sememangnya memainkan peranan yang penting. Maka perkara-perkara yang

berkaitan perlulah diberikan perhatian yang serius demi mencapai matlamat yang

diimpikan selama ini. Pembentukan nilai-nilai moral sangat dituntut oleh negara

memerlukan usaha sama dari pelbagai pihak. Pengarang P.Sundarapandian hanya

menyampaikan mesej dan amanat melalui tulisannya. Namun, penekanan terhadap

nilai-nilai murni tetap terkandung dalam kumpulan cerpenya. Cerpen bukan sahaja

dapat memberikan impak atau kesan yang positif terutamanya dalam memupuk nilai

moral, malah turut sama menyemai rasa minat membaca masyarakat terhadap genre

kesusasteraan ini.

Menyedari betapa pentingnya genre cerpen dalam usaha membentuk nilai

moral yang gemilang, maka genre cerpen perlu dimantapkan dan terus dikaji. Selain

itu, usaha memartabatkan cerpen sebagai sumber utama perlu dilaksanakan demi

memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang

cemerlang, gemilang dan terbilang. Kedudukan nilai karya-karya sastera sebegini

perlu diteruskan secara berterusan lebih-lebih lagi di peringkat sekolah dan institusi

pengajian tinggi bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing di samping

mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, pengarang

secara umumnya harus berfungsi sebagai penyemai nilai moral. Generasi pada hari ini

menjadi pewaris untuk meneruskan tamadun bangsa kita pada masa hadapan.
174

5.3 Penutup

Demikianlah kajian terhadap kumpulan cerpen karya P.Sundarapandian yang meneliti

aspek nilai moral, tujuan penggunaan nilai moral dan kepengarangan. Bagi pengkaji,

sastera ialah seni yang tertinggi. Justeru itu, karya harus memiliki nilai moral seperti

yang terdapat dalam kumpulan cerpen P.Sundarapandian yang pengkaji meneliti

supaya khalayak pembaca menjadi warganegara yang mulia.

Berdasarkan perbincangan yang dilakukan dalam kajian ini, dapat disimpulkan

bahawa kumpulan cerpen P.Sundarapandian mampu memberi kesan dalam

pembentukan akhlak manusia. Melalui gambaran dan nilai moral yang diaplikasikan

oleh watak dalam cerita telah membantu masyarakat India khususnya dalam

memahami nilai tersebut, seterusnya mengaplikasikan nilai yang baik dalam

kehidupan mereka.

Selain pengamalan nilai moral, masyarakat India juga dapat membezakan

sesuatu perbuatan itu sama ada baik atau buruk berdasarkan tingkah laku dan nilai

yang digarapkan dalam cerpen yang dikaji. Oleh yang demikian, mereka mampu

membuat keputusan untuk mengamalkan sifat positif dan menolak perlakuan negatif.

Tambahan pula, cerpen-cerpen yang dipaparkan dalam kumpulan cerpen

P.Sundarapandian juga mampu memberi tunjuk ajar kepada khususnya masyarakat

India untuk membuat keputusan positif pada masa kelak.

Penjelasan tersebut didapati bertepatan dengan dapatan kajian ini. Ini kerana

pengkaji mendapati bahawa pembaca memahami dan mengaplikasikan nilai-nilai


175

moral yang dibaca dan melaksanakannya dalam kehidupan tidak kira ketika bersama

keluarga, kawan mahupun berseorangan. Walaupun cerpen-cerpen tersebut tidak

mungkin akan menjadi seseorang manusia itu berperwatakan sempurna, tetapi

sekurang-kurangnya ia dapat mencegah nilai-nilai negatif dalam diri seseorang

manusia tersebut dan boleh diaplikasikan oleh masyarakat India dalam kehidupan

seharian mereka.

Pengarang karya P.Sundarapandian menyampaikan mesej dan amanat melalui

tulisannya. Namun, penekanan terhadap nilai terkandung dalam cerpen-cerpennya.

Cerpen-cerpen ini bukan sahaja dapat memberikan nilai malah turut sama menyemai

rasa minat membaca dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat India terhadap

genre cerpen ini.


176

RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2002). Ikhtisar teori & kritikan sastera: Barat dan Malaysia.
Tanjung Malim: Penerbitan Profesional Baharu.

Abdullah Al Hadi & Iran Herman.(1997). Penagihan Dadah Mengikut Kaum, Diri,
Keluarga dan Persekitaran.Kuala Lumpur:ADK.

Abdullah Tahir. (1989). Proses Penciptaan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Agensi Dadah Kebangsaan.(1998). Kenali dan Perangi Dadah. Kuala Lumpur:ADK

Agilan. (2002). Kathai Kalai. Chennai: Dhagam Publication.

Amir Hassan Dawi. (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim:
Quantum Book.

Annadurai, M.(2007). Cerpen-cerpen „Pe:ravaik Kathaikal‟: (1986-2000): Satu


kajian tema. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Arasaratnam,S. (1970). Indians in Malaysia and Singapore. London:Oxford


University Press.

Arena Wati. (1964). Serpihan Hidup. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Arpan Shahbudin. (1999). Sastera Harus Membentuk Moral. Kuala Lumpur: Dewan
Sastera.

Bakialetchumi, P.K. (2012). Paala Murukanin Cirukathaikal: Val-I Maleciyath


Thamil-arkal:in Vaal-kkai. Tanjore: Universiti Tamil.

Barvathi, S. (1998). Tema-tema popular dalam antologi cerpenTamil (Pe:ravaik


Kathaikal:) Sepanjang 1986-1995. Latihan ilmiah sastera. Jabatan
Pengajian India, Universiti Malaya.

Baskaran.N. (1995). Malaysia Tamil Chirikatai. Pondichery. Arasi Press.

Bavani, S. (2010). Pal-a.Et:t:ikkan, Anparacanin Cirukathai Pat:aippuththitan.


Tanjore: Universiti Tamil.

Berndt,T.J. (2002). Frienship quality and Social Development. Current Directions in


Psychological Science, 11,7-10

Bertens.K. (2003). Etika Dan Moral:Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur.


Universiti Malaya.
177

Bowes, Pratima.(1961). The Concept Of Morality, London: George Allen and Unwin
Limited.

Dhandayutham, R. (1972-1973). The Development of tamil Short Stories in


Malaysia. Tamil Oli, Vol.10, PBT. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Dandhayutham, R. (1983). Tarkala Tamil Ilakkiyam. Madras: Tamil Puthakalayam.

Ganesan. V.R. (2010). Maleciya – Cingkappu:rth Thamil-arkal:n in:Aiyathal:ap


Padaippukal. Tanjore: Universiti Tanjore.

Hamedi Mohd Adnan. (2008). Memahami Penyuntingan Naskah. Medium


Publication. Bandar baru Bangi.

Hashim Bin Awang. (1972). Cerpen-cerpen Melayu sebelum perang dunia kedua:
Satu analisa tema dan struktur. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ilangkumaran, S. (2009). Kedudukan wanita dalam karya-karya kreatif M.A.


Ilanchelvan: Dari perspektif feminisme. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Inthumathi, M. (2008). Nha:.nha: Vela:yuthaththin Cirukathai Pat:aippuththitan.


Tanjore: Universiti Tamil.

Jais Sahok. (1999). Penulisan Cereka Cerpen. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Janakey Raman Manickam.(2011). The Malaysian Indians Dilema. Kuala Lumpur:


Divyam Marketing.

Jayanthi, P. (2011).Pemindahan leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil. Jabatan


Pengajian India. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Jeyanthi, T. (2008). Ke:.em. Muruke:canin Citukathaip Pat:aippuththitan.


Tanjore: Universiti Tamil.

Jesuthas. (2010). Cerpen karya M.Shanmugasiva: Satu Kajian Tema dan Struktur:
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kalaivani, P. (2013). Kajian isu-isu semasa dalam cerpen Tamil terbitan akhbar
Malaysia Nanban dalam jangka masa 2000-2003. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Kalayarasi, I. (2012). Pi.Ko:vinhthca:miyin Cirukathai Pat:aippuththitan. Tanjore:


Universiti Tamil.
178

Karthigesu.R. (1976). „Trends in Malaysian short stories‟, dalam. Tamil Oli.vol.10,


Universiti Malaya, Persatuan Bahasa Tamil.

Karthigesu,R. (1978). Perkembangan cerpen-cerpen Malaysia dalam Bahasa


Malaysia dan Bahasa Tamil: Satu kajian perbandingan. Kertas kerja
seminar cerpen-cerpen Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Krishnan Maniam. (1093). Cerpen Tamil Dan Melayu 1957-1970: Satu perbandingan
tema dan struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kunaseelan. S. (2009). Tema Dan Persoalan Dalam Cerpen Karya M.A.


Ilanchelvan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kiriya:vin Thatka:la Thamil- Akara:thi.(1992). Madras: Cre-A.

Latha, M. (2015). Nilai Kemanusiaan Dalam Kumpulan Cerpen Mu.Anbuchelvan


Dari Perspektif Teori Moral. Fakulti Bahasa Dan Komunikasi:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lukacs, G. (1976). The Meaning Of Contemporary Realism. London: Melin Press.

Mana Sikana. (1998). Teori dan pendekatan Kritikan Sastera Moden. Shah Alam:
fajar Bakti.

………… (2005). Teori dan Kritikan sastera Malaysia. Bangi: Pustaka Karya.

………… (2009). Kritikan Sastera Melayu Modan.Singapura: Pustaka karya.

…………...(2012). Dari Barat Ke Timur: Teori dan kritikan sastera Melayu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

………….. (2013). Koleksi Teori Sastera. Bangi. Pustaka Karya.

Mannar Mannan, M. (1985). Jalan ke puncak terupuluti: Satu kajian perbandingan


cerpen Melayu dan cerpen Tamil Malaysia. Latihan ilmiah sastera.
Jabatan Pengajian Tamil. Universiti Malaya.

Meng, Gan Kong. (2007). Kajian Kes Rogol di Penjara Negeri Kedah dan Perak.
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (1999). Key Concepts in Usman Awang‟s Short
Stories: Developing a Critical Tradition. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Mohamed Sabib.(2007). Pemaparan Isu-isu sosial Dalam Puisi Tamil Malaysia


Selepas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muthuveerapan.(1995). Ramayanan.Tamil Nadu, India: Dhagam Publication.


179

Omar Mamat.(1994). Nilai-nilai Moral Dalam Novel Remaja. Tesis Sarjana Sastera.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif. Pengenalan kepada Teori dan


Metod. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Othman Puteh. (1999). Penulisan Cerpen Visi dan Langgam. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Poobalan.V. (1978). „Latar Belakang Kemasyarakatan di dalam cerpen-cerpen


Tamil Malaysia‟. Kertas kerja Seminar Cerpen-cerpen Malaysia,
Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya.

Rahmad Sukor. (2007). HBME1203 Pendidikan Moral Tahun 1. Kuala Lumpur:


OUM Press.

Raja Rajeswari. (2005). Pemikiran dalam cerpen Uthaya Sankar SB dari aspek
intertekstualiti. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rameshkumar, M. (2008). Ko:.Pnn:n:iyava:nin Cirukathai thitan.Tanjore:


Universiti Tamil.

Rickman, H.P. (1967). Understanding the human studiesLondon: Heinemann


Educational Books Ltd.

Robert Allen. (1994). Chambers Encyclopedic English Dictionary.London:


Chambers.

Roslan Abdul Wahid. (2007). Analisis Kepengarangan J.M Aziz Dan Nilai-Nilai
Kemanusiaan Dalam Sajak-Sajak J.M Aziz Berdasarkan Pendekatan
Sistem Pemikiran Bersepadu 4l. Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Rusnani Abdul Kadir. (2000) Pendidikan Keibubapaan, Serdang: Universiti Purta


Malaysia.

Saravanan Viranmuthu. (2010). Citra Identity Budaya Masyarakat India: Satu


Perbicaraan Cerpen Melayu Karya Cerpenis India. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya:
.
Segaran, M. (2011). Kajian tema karya-karya V.Muniam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Seiva Subramaniam.R.(2007). Nilai-nilai Moral dalam Karya Kambaramayanan:


Kajian dari Perspektif Sukatan Pendidikan Moral Sekolah Menengah.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
180

Shopuan Anuar Ahmad.(2004). Apa Perlunya Tuhan & Agama. Kuala Lumpur:PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sidhu, A.S. (2006). Crime Levels and Trends in The Nest Decade. Journal of the
Kuala Lumpur Royal Malaysia Police College, No.5:1-13

Singaravelu.S. (2014). Thirukkural.Kuala Lumpur. Uma Publications.

Subramaniam, N. (1978). Koleksi Persidangan Seminar Cerpen Tamil Malaysia:


Penggambaran Masyarakat Malaysia Di Dalam Cerpen-cerpen Tamil
Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Subramaniam, N. (1980). „A critical study of Malaysian Tamil short stories‟. Kuala


Lumpur: University Malaya.

Subramaniam, N. (1980). Penggambaran masyarakat Malaysia di dalam cerpen


cerpen Tamil Malaysia dan perkembangan cerpen Tamil Malaysia
selepas merdeka. Tesis sarjana sastera. Jabatan Pengajian Tamil,
Universiti Malaya.

Shamsuddin Jaafar (Peny). (2005). Wajah: Bibliografi Penulis Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: DEwan Bahasa dan Pustaka.

Sundarapandian, P. (1992). Va:l-a nhinaiththa:l va:l-alam. Kuala Lumpur:


Srijeswari Enterprise.

………………. (2000). Ol:i piranhthathu. Ipoh: Sri Enterprise.

………………..(2006). Vetti nhiccayam. Sitiawan: Harini Press.

………………..(2010). Thirunhthi va: makane: .Chennai: Manimegalai Press.

Suroto. (1990). Apresiasi Sastra Indinesia untuk SMA. Jakarta: Erlangga.

Taylor.E.B. (1958). Primative Culture. New York: Harper & Row.

Umadevi Brabaharan. (2011). Isu-isu semasa Dalam Cerpen Malaysia Dari Tahun
1990-2006.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Umar Junus. (1988). Konsep Dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Varadarasan.Mu. (1976). Ilakkya Marabu. Madras, Pari Nilayam.

Varadarasan.Mu. (1990). Ilakkya Thiran. Chennai. Pari Nilayam.

Vedasahaya Kumar.M. (1979). Tamil Siru kathai Varalaaru.Chennai.


181

Wilbur S Scott. (1962). Five Approaches of Literary Critism: An Arrangement of


contemporary Critical Essays. London: Coller Mac Millan Publisher.

Yahya Don. (2000). Penagihan Dadah dan Perlakuan Jenayah: Cabaran Kepada
Pusat Serenti Dan Masyarakat Masa Kini. Prosiding Seminar
Kebangsaan Kerja Sosial. 1999.UUM.

Zaliha Sharif. (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa Dan Pustaka

dspace.unimap.edu.my/dspace/.../Penyalahgunaan%20Dadah.pdf

http://www.adk.gov.my/web/guest/dadah

http://pmr.penerangan.gov.my.

studentsrepo.um.edu.my/6173/1/NURSHAM_ABDUL_AZIZ.pdf

studentsrepo.um.edu.my/2256/6/BAB_3.pdf

Anda mungkin juga menyukai