Anda di halaman 1dari 119

PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN

BERDASARKAN SURAH LUQMAN

Oleh

ROSNAAINI HAMID
SUHANIM ABDULLAH
SYAHRUL FAIZAZ ABDULLAH

1
ISI KANDUNGAN
Muka surat

ABSTRAK i
PENGHARGAAN ii

BAB I : PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1
1.1 Permasalahan Kajian 2
1.2 Pengenalan Surah Luqman 4
1.3 Ketokohan Luqman al-Hakim 8
1.4 Pendidikan Anak-Anak Dari Perspektif Islam 11
1.5 Objektif Kajian 14
1.5.1 Objektif Umum 14
1.5.2 Objektif Khusus 15
1.6 Signifikan Kajian 15
1.7 Batasan Kajian 17
1.8 Kesimpulan 18

BAB II : ULASAN KARYA

2.0 Pendahuluan 20
2.1 Pengenalan Surah Luqman 20
2.2 Pandangan Tokoh Sarjana Tentang Luqman al-Hakim 20
2.3 Pengertian Pendidikan 21
2.4 Tanggungjawab Ibu Bapa 23
2.5 Pendidikan Akidah 25
2.5.1 Pengertian Tauhid 29
2.6 Pendidikan Solat 31
2.7 Pendidikan Akhlak 34
2.7.1 Konsep Inabah 38
2.7.2 Konsep Syukur, Sabar dan Sederhana 39
2.8 Kesimpulan 40

iv

2
BAB III : METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 42
3.1 Kaedah Pengumpulan Data 42
3.2 Kajian Dokumentasi 43
3.3 Analisis Data 43
3.3.1 Kaedah Induktif 44
3.3.2 Kaedah Deduktif 44
3.3.3 Kaedah Komparatif 45
3.4 Penggolongan 46
3.5 Kesimpulan 46

BAB IV : METODOLOGI PENDIDIKAN LUQMAN

4.0 Pendahuluan 48
4.1 Strategi Luqman al-Hakim 48
4.2 Kaedah Pendidikan 50
4.2.1 Urutan Pendidikan 50
4.2.2 Pelaksanaan Suruhan 51
4.2.3 Perkara Larangan 54
4.2.4 Penegasan Yang Berulang-Ulang 55
4.2.5 Alasan Pendidikan 57
4.3 Bentuk Nasihat 60
4.3.1 Nasihat Dengan Dalil al-Quran 60
4.3.2 Nasihat Melalui Perkara Menakutkan 62
4.3.3 Nasihat Yang Terkandung Banyak Perkara 63
4.3.4 Nasihat Yang Bernas 63
4.4 Gaya Bahasa 64
4.4.1 Bahasa Seruan 64
4.4.2 Bahasa Kiasan 66
4.4.3 Bahasa Isyarat 67
4.5 Keistimewaan Pendidikan Luqman al-Hakim 70
4.5.1 Ilmu Keibubapaan 70
4.5.2 Konsep Syukur 72
4.5.3 Pengawasan Ibu bapa 74
4.6 Kesimpulan 75

3
BAB 5 : HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T.

5.0 Pendahuluan 77
5.1 Pendidikan Akidah 77
5.2 Mengikuti Jalan Orang-orang Yang Kembali Kepada Allah s.w.t. 80
5.3 Allah s.w.t. Tempat Kembali Dan Pemberi Balasan 84
5.4 Kepercayaan Kepada Hari Akhirat Dan Pembalasan Allah s.w.t. 86
5.5 Allah s.w.t. Maha Mengetahui 91
5.6 Suruhan Pelaksanaan Solat 94
5.7 Kesimpulan 97

BAB 6 : HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

6.0 Pendahuluan 99
6.1 Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa 99
6.1.1 Keutamaan Ketaatan Kepada Ibu Berbanding Bapa 105
6.1.2 Ketaatan Kepada Ibu Bapa Mesti Berlandaskan
Ketaatan Kepada Allah s.w.t. 108
6.1.3 Hukum Menghormati Ibu Bapa Kafir 112
6.1.4 Konsep Syukur 115
6.2 Abad Kemasyarakatan 118
6.3 Amar al-Makruf Dan Nahyi Mungkar 120
6.4 Konsep Sabar 123
6.5 Sifat Sombong Dan Takbur 126
6.5.1 Larangan Memalingkan Muka 129
6.5.2 Larangan Berjalan Sombong 131
6.6 Konsep Kesederhanaan 133
6.6.1 Sederhana Dalam Gaya Berjalan 133
6.6.2 Rendahkan Suara 135
6.7 Suara Keldai 138
6.8 Kesimpulan 142

4
BAB VII : KESIMPULAN DAN SARANAN

7.0 Pendahuluan 145


7.1 Kesimpulan 145
7.2 Saranan 151

Bibliografi 156

5
PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN BERDASARKAN SURAH LUQMAN

Oleh

ROSNAAINI HAMID
SUHANIM ABDULLAH
SYAHRUL FAIZAZ ABDULLAH

ABSTRAK

Pendidikan keibubapaan berdasarkan surah Luqman merupakan asas


pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada
masa kini. Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12
disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah s.w.t.
nikmat dan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian menjadikan beliau
seorang yang sangat bersyukur di atas segala pemberian Allah s.w.t.
Manakala di dalam ayat 13-19 kedapatan pula tentang nasihat-nasihat
Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya. Kajian ini dijalankan untuk
memahami maksud ayat secara mendalam di samping mengetahui
garispanduan ilmu keibubapaan seperti yang dikehendaki oleh Islam
berdasarkan surah Luqman. Data-data dikumpul menggunakan metode
dokumentasi yang terdiri daripada rujukan al-Quran, al-Sunnah,
buku-buku, kitab-kitab muktabar, jurnal dan ensiklopedia. Kitab tafsir
yang muktabar menjadi sumber rujukan utama kepada penulis untuk
memahami sesuatu ayat. Data-data dianalisis menggunakan kaedah
induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian yang ditemui mendapati
bentuk pendidikan surah Luqman terdiri daripada strategi pendidikan
Luqman al-Hakim, pendidikan anak-anak berkaitan hubungan dengan
Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia. Model pendidikan
keibubapaan yang diperkenalkan oleh Luqman al-Hakim bersesuaian
sepanjang zaman. Pendidikan beliau juga mencakupi setiap aspek
keperluan anak-anak untuk berhadapan dengan tanggungjawab sebagai
seorang muslim dan cabaran semasa. Implikasi kajian mencadangkan satu
silibus baru dalam pendidikan keibubapaan kepada semua lapisan
masyarakat.

6
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Segala puja dan puji penulis panjatkan ke hadrat Ilahi. Syukur
kepada Allah s.w.t. yang diiringi selawat dan salam kepada junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w. di atas limpah kurnia serta rahmatNya, penulis berjaya
menyelesaikan sebuah penyelidikan geran universiti pada masa yang ditetapkan.

Pada kesempatan ini penulis abadikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Profesor Dr. Rosna Awang Hashim selaku dekan Fakulti
Sains Kognitif dan Pendidikan dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan
Perundingan kerana merestui penyelidikan ini dijalankan penulis.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih penulis abadikan kepada


Profesor Madya Dr. Mustafa Kassim, Dr. Zahyah Hanapi dan semua ahli
Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti di atas segala nasihat, kritikan dan tunjuk
ajar yang diberikan untuk memantapkan penyelidikan penulis.

Penulis juga abadikan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya Asmah Bee
Md. Noor, Profesor Madya Iran Herman dan Profesor Madya Dr. Nurahimah
Mohd. Yusof yang sentiasa bersedia membantu penulis menyelesaikan masalah
penyelidikan. Seterusnya semua staf Pusat Penyelidikan dan Perundingan, staf
sokongan FSKP, rakan-rakan seperjuangan dan semua staf perpustakaan
Universiti Utara Malaysia, Perpustakaan Awam Alor Setar, Perpustakaan
Insaniah, Alor Setar, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Purpustakaan Akademi Islam, Universiti Malaya dan Perpustakaan
Awam Islam, Pusat Islam, Kuala Lumpur di atas segala kerjasama dan bantuan
yang diberikan kepada penulis.

Seterusnya penulis abadikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


semua ahli keluarga yang memahami dan sentiasa memberi semangat baru
setiap kali penulis temui jalan buntu.

Akhir sekali penulis abadi lafaz jazakumullaha khairan kathira kepada semua
yang terlibat di dalam menjayakan penyelidikan penulis sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

ROSNAAINI HAMID
SUHANIM ABDULLAH
SYAHRUL FAIZAZ ABDULLAH
Disember 2004

BAB I

7
PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan keibubapaan adalah kombinasi antara melaksanakan tanggungjawab

sebagai ibu bapa dan memiliki keperibadian ibu bapa yang baik. Corak pendidikan

yang dilaksanakan oleh ibu bapa sangat mempengaruhi perkembangan pendidikan

anak-anak pada masa hadapan.

Ibu bapa juga dianggap sebagai pemberi contoh yang awal kepada anak-anak. Hal ini

disebabkan segala pengajaran dan pengalaman yang mereka terima melalui interaksi

dengan ibu bapa bermula sejak hari pertama kelahiran lagi. Pendidikan dan

pengalaman ini bersemadi dalam jiwa sebelum mereka keluar berinteraksi dengan

individu lain.

Kesempurnaan pendidikan yang diterima akan melahirkan insan yang baik serta

bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negara. Justeru Islam telah

menyediakan kaedah pendidikan yang mantap dan sesuai untuk sepanjang zaman

seperti yang ditunjukkan dalam al-Quran oleh surah Luqman.

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

8
Setiap individu bertanggungjawab untuk memikul tugas pendidikan anak-anak dalam

kehidupan seharian mereka. Surah Luqman merupakan surah penting berkaitan

dengan soal pendidikan anak-anak. Garis panduan yang jelas tentang pendidikan ini

menepati kehendak dan keperluan semasa malah bersesuaian sepanjang zaman.

Berdasarkan ayat 12 dalam surah ini terdapat dua perkara utama yang perlu diberi

pernelitian khusus oleh penulis iaitu akhlak ibu bapa dan kaedah pendidikan

anak-anak. Setiap muslim mesti memahami dengan mantap tentang dasar-dasar

penting dalam Islam dan keesaan Tuhan serta mengamalkan ilmu dalam kehidupan

seharian (Syed Muhammad al-Naquib al-Attas, 1978) agar dapat menjadi pendidik

yang berakhlak mulia. Persoalan akhlak juga merupakan persoalan penting bagi

golongan yang mementingkan ilmu.

Akhlak yang mencakupi pegangan nilai dan kelakuan baik atau husn al-khuluk

merupakan perkara biasa yang sering diperbahaskan di kalangan para sahabat, ahli

sufi, tokoh falsafah dan para pendidik yang memberi tumpuan dalam memberi tujuk

ajar kepada anak didik mereka tentang ketinggian adab sopan (H.A.R. Gibb et.al.,

1986).

Walaupun begitu, suasana sebenar yang berlaku pada hari ini sangat jauh

bertentangan dengan garis panduan yang telah ditetapkan Islam. Masalah sosial yang

berleluasa dan berkembang subur dari hari ke hari membuktikan nilai-nilai

pendidikan di rumah yang mesti diberikan kepada anak-anak mulai pudar dan

9
terhakis. Keruntuhan akhlak atau moral anak-anak pada masa kini membawa kepada

pelbagai gejala dan penyakit sosial yang kritikal seperti penagihan dadah, pergaulan

bebas, lari dari rumah dan vandalisme. Keadaan keluarga yang menyimpang

daripada landasan akhlak Islam akan lebih memudahkan lagi gejala tersebut tersebar

luas.

Ibu bapa adalah pembimbing, penasihat dan pendidik yang pertama kepada

anak-anak. Sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan memandang remeh

tentang persoalan pendidikan agama sama seperti pemangkin utama tercetus

masalah-masalah sosial kini. Situasi ibu bapa yang jahil dan enggan mempelajari

tentang akhlak dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak seperti yang ditetapkan

oleh Islam akan menambahkan lagi kerumitan yang sedia ada. Pengabaian

tanggungjawab menyebabkan anak-anak menjadi mangsa kepada masalah sosial.

Kedapatan di kalangan ibu bapa yang mengagongkan kaedah pendidikan barat

berbanding dengan pendidikan Islam. Idea-idea negatif dari barat seperti

individualistik, materialistik dan ketandusan adab sopan yang mulia menyelinap

masuk ke dalam pendidikan anak-anak mereka.

Tambahan pula suasana rumahtangga tempat anak-anak membesar sentiasa dipenuhi

dengan perkara-perkara maksiat seperti ibu bapa tidak menunaikan sembahyang,

tidak puasa, bebas menonton rancangan tv dan video serta mementingkan kemewahan

hidup akan mempengaruhi pula akhlak anak-anak.

10
Pendedahan amalan-amalan yang tidak baik dan menjadi rutin sajian harian kepada

tumbesaran mental anak-anak boleh melahirkan peribadi yang biadab dan rendah

akhlak. Lantaran kelemahan yang berlaku, penulis mahu mengkaji semula kaedah

pendidikan anak-anak secara Islam yang telah lama wujud dalam dunia Islam

bersama dengan kehadiran al-Quran itu sendiri.

1.2 PENGENALAN SURAH LUQMAN

Surah Luqman merupakan surah yang ke 31 mengikut susunan di dalam al-Quran dan

mengandungi 34 ayat (Al-Quran dan Terjemahnya, 1412H). Surah ini dinamakan

Luqman kerana terdapat kisah tentang Luqman al-Hakim yang telah diberikan oleh

Allah s.w.t. permata hikmah iaitu kebijaksanaan, dikurniakan dengan makrifat tauhid

yang menyebabkan beliau menjadi seorang yang abid. Beliau juga memiliki akhlak

yang terpuji dan sentiasa menjauhikan diri daripada perkara-perkara buruk serta

mungkar (Wahbah al-Zuhaili, 1991 dan Sayyid Qutb, 1988).

Surah Luqman termasuk di dalam kumpulan surah-surah Makkiyyah kecuali ayat 27,

28 dan 29 ayat Madaniyyah. Manakala ayat 34 turun selepas surah al-Saffat (Jalal

al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahali dan Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi

Bakr al-Sayuti, 1996).

Surah Luqman menjelaskan tentang Luqman al-Hakim dengan wasiat yang kekal

untuk anaknya. Anaknya bernama An’am atau Mushkam (Abi Muhammad Husini

11
bin Mas’ud al-Fira’ al-Baghawi al-Shafie, 1993) dan Tharan (Wahbah al-Zuhaili,

1991). Beliau berjaya mendidik anak-anak dan isterinya yang kafir kembali kepada

Islam, tidak seperti anak dan isteri Nabi Nuh a.s. yang kafir. Begitu juga dengan

kisah Nabi Lut a.s. hanya anaknya sahaja yang Islam sedangkan isterinya masih

kafir (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi. t. th.)

Nasihat Luqman menjadi pengajaran dan petunjuk kepada semua manusia.

Permulaan pendidikan berkaitan dengan syirik, diikuti dengan perintah berbuat baik

kepada kedua ibu bapa, waspada dengan pandangan Allah s.w.t. terhadap semua

perkara sama ada kecil atau besar, mendirikan solat, amar makruf dan nahyi mungkar,

rendah diri dan menjauhi perkara-perkara dosa, adab berjalan dan menjaga suara

(Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Surah ini diturunkan disebabkan bani Quraish sentiasa bertanyakan Rasulullah s.a.w.

tentang kisah Luqman bersama anaknya dan tentang berbuat baik kepada kedua ibu

bapa (Wahbah al-Zahili, 1991).

Ayat 13-19 menceritakan secara khusus tentang pendidikan yang dilaksanakan oleh

Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya (Sayyid Qutb, 1988). Intipati kandungan

ayat tersebut seperti berikut :

1. Ayat 12 menjelaskan tentang peribadi Luqman al-Hakim.

Berdasarkan ayat ini Luqman dikatakan seorang yang sangat

bersyukur kepada Allah s.w.t.

12
2. Ayat 13 menceritakan cara Luqman memberi pendidikan

kepada anak-anak tentang bahaya syirik. Beliau berkata : Hai

anakku, Janganlah kamu mempersekutukan Allah,

sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar

kezaliman yang besar.

3. Ayat 14 memerintahkan setiap orang anak mesti berbuat baik

kepada kedua orang tua.

4. Ayat 15 menjelaskan dengan lebih lanjut tentang ketaatan

kepada orang tua yang harus dilandaskan oleh ketaatan kepada

Allah s.w.t. dan kewajiban mengikuti jalan orang-orang yang

sentiasa bertaubat kepada Allah s.w.t.

5. Ayat 16 Luqman mengingatkan kepada anak-anaknya bahawa

Allah s.w.t. akan membalas semua perbuatan manusia.

6. Ayat 17 Luqman menyuruh anak-anaknya menegakkan solat,

mengerjakan amal makruf nahi mungkar dan bersabar di atas

segala musibah yang menimpa diri.

7. Ayat 18 Luqman memperingati anak-anaknya supaya tidak

bersikap angkuh dan sombong iaitu memalingkan muka dari

manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi

dengan angkuh.

8. Ayat 19 bersikap pertengahan atau sederhana dalam segala hal

dan berakhlak yang baik seperti sederhana dalam berjalan dan

lunakkanlah suara.(Al-Quran dan terjemahannya, 1412H).

13
Secara keseluruhan nasihat Luqman merangkumi kesempurnaan beragama,

kepercayaan kepada hari akhirat dan keutamaan akhlak mulia. Penjelasan ayat di

dalam surah Luqman menunjukan Allah s.w.t. juga menyeru supaya setiap ibu bapa

mencontohi Luqman yang memiliki kesempurnaan peribadi dan pendidikan Islam.

1.3 KETOKOHAN LUQMAN AL-HAKIM

Nama Luqman ialah Luqman bin Ba'uran bin Nahur bin Tarakh. Ada juga yang

mengatakan beliau ialah Luqman bin 'Unqan bin Marwan. Hidup sebelum

kebangkitan nabi Daud a.s.(Imam Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani,

1993).

Ada pendapat yang mengatakan Luqman hidup pada zaman nabi Daud a.s. Namun

ada juga pendapat yang mengatakan beliau hidup antara zaman nabi Isa a.s dan

Muhammad s.a.w. (Muhammmad Sayyid Tantawi, 1985). Luqman hidup selama

1000 tahun sehingga berjumpa dengan Nabi Daud a.s. dan mendapat pendidikan

daripadanya (Mohammad Amin bin Adullah al-Urammi, 2001).

14
Luqman memberi fatwa sebelum kebangkitan Nabi Daud a.s. tetapi selepas Nabi

Daud a.s. diutus menjadi nabi beliau berhenti memberi fatwa malah berguru dan

mengambil ilmu daripada Nabi Daud a.s. (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-

Mahali dan Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ibi Bakr al-Sayuti, 1996).

Tokoh sarjana berselisih pendapat sama ada beliau nabi atau lelaki saleh. Ada yang

berpendapat Luqman merupakan seorang yang saleh malah ada yang mengatakan

beliau seorang yang bijaksana (Cyril Glasse, 1988; Thomas Patrick Hughes, t. th.).

Ada juga yang mengatakan Luqman merupakan seorang lelaki saleh yang

dikurniakan hikmah (Mohammad Sayyid Tantawi, 1985).

Selain daripada itu ada juga pendapat yang mengatakan beliau seorang nabi seperti

nabi Danial dan nabi Dzu al-Karnain bukan rasul yang mesti menyampaikan ajaran

tuhan kepada umatnya (H.A.R. Gibb dan J.H. Kramers, 1974). Manakala Mujahadah

berkata beliau merupakan kadi bagi Bani Israil (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd

al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987 dan

(Mohammad Jamal al-Din al-Qasami, 1978).

Kebanyakan sarjana Islam mengatakan Luqman al-Hakim merupakan seorang yang

saleh bukan nabi. Manakala sarjara barat meyakini bahawa beliau merupakan

seorang nabi. Walau apa sekalipun beliau tetap mendapat anugerah yang sangat baik

daripada Allah s.w.t. lantaran jasa dan pendidikan yang diberikan beliau untuk

keluarga dan anak-anak.

15
Pada pendapat al-Baidhowi Luqman al-Hakin ialah Luqman bin Ba'uran daripada

anak Azar iaitu anak nabi Ibrahin a.s. Luqman juga merupakan anak saudara nabi

Ayob a.s. Beliau berbangsa kulit hitam dari negeri Nuwabi, Sudan, Mesir. Beliau

berjumpa dengan nabi Daud a.s. dan mendapat pendidikan daripadanya. Kemudian

Allah s.w.t. memberikan beliau hikmah iaitu akal yang cerdas, kebijaksanaan ilmu

dan teguh pendirian. Kebanyakan ulama berpendapat beliau seorang hakim bukan

nabi. Beliau hanya memberi fatwa sebelum kebangkitan nabi Daud a.s. (Wahbah al-

Zuhaili, 1991).

Ibnu Abbas berpendapat Luqman merupakan hamba kulit hitam. Said al-Musaiyyab

mengatakan beliau orang kulit hitam dari Sudan, Mesir (Imam Abi al-Firaj Jamal

al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi,

1987).

Hal ini menunjukkan Allah s.w.t. tidak memilih dari kalangan hambaNya sebagai

nubuwah dan wali atau memberi hikmah berdasarkan kepada rupa paras atau

kecantikan (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari

al-Shafie, 2001).

Selain daripada itu, ulamak juga berselisih pendapat tentang perkataan Luqman sama

ada perkataan Arab atau bukan Arab. Sekiranya bukan perkataan Arab Luqman

bermaksud pengetahuan. Jika perkataan Luqman berasal daripada perkataan Arab

16
juga bermaksud pengetahuan tetapi huruf alif dan nun merupakan huruf tambahan

(Imam Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Said bin al-Musaiyyab berpendapat Luqman bekerja sebagai tukang jahit. Ibnu Zaid

pula mengatakan beliau seorang pengembala, manakala Khalid al-Rubaie mengatakan

beliau ahli perniagaan (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin

Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

Sesungguhnya Luqman merupakan insan biasa yang menjalani kehidupan dengan

penuh tekun dan tabah. Beliau sangat mencintai ilmu dan kehidupan suci. Segala

tanggungjawab yang dipikul adalah amanah yang mesti ditunaikan dengan jujur dan

ikhlas. Sifat zuhud dan rendah diri yang beliau miliki mendapat pujian daripada

Allah s.w.t. melalui pengurnian hikmah yang mengangkat martabat beliau menjadi

seorang yang sangat bersyukur.

1.4 PENDIDIKAN ANAK-ANAK DARI PERSPEKTIF ISLAM

Anak-anak pada pandangan Islam adalah amanah Allah s.w.t yang mesti dijaga dan

dididik dengan baik. Anak-anak menjadi tempat bergantung para ibu bapa semasa

mereka sudah lanjut usia dan uzur. Mereka juga merupakan anugerah Allah s.w.t.

yang tidak ternilai untuk menghiasi kehidupan setiap ibu bapa. Fungsi anak kepada

kedua ibu bapa semasa hidup di dunia sangat besar sedangkan di akhirat kelak

anak-anak merupakan tanaman wangi orang tua di syurga.

17
Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kahfi ayat 46.

Terjemahan :
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia.

Mereka merupakan perhiasan hidup di dunia, permata hati dan penyejuk mata seperti

firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Furqan ayat 74,

Terjemahan :
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan
anak-anak yang menyenangkan hati kami.

Anak-anak hanya akan terselamat daripada sebarang bentuk kesalahan atau jenayah

jika mereka mendapat pendidikan yang baik. Justeru ibu bapa mesti melaksanakan

tanggungjawab mendidik anak-anak ke arah mencari keredaan Allah s.w.t. agar

mereka terselamat daripada melakukan perkara-perkara tidak baik dan azab api

neraka di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Tahrim, ayat 6.

Terjemahan :
Hai orang-orang yang beriman, lindungilah diri dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri
daripada manusia dan batu.

18
Harapan setiap ibu bapa untuk mendapatkan anak yang saleh dan baik memerlukan

asuhan yang berterusan. Kejayaan pendidikan ini terbukti melalui pencapaian yang

diperolehi oleh Luqman al-Hakim seperti yang tercatat dalam al-Quran yang mulia.

Islam sangat membenci dan mencela sikap orang tua yang buruk terhadap

anak-anaknya dan mengabaikan pendidikan mereka. Akhlak anak-anak yang buruk

dan rosak sebahagian besar disebabkan oleh pendidikan yang diterima daripada kedua

orang tua. Anak-anak tidak mengetahui tentang tanggungjawab mereka kepada diri

sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, para ibu bapa bertanggungjawab

melaksanakan pendidikan tersebut agar mereka tidak dihanyutkan oleh arus pergaulan

liar yang tidak mengenali nilai-nilai agama dan tidak bermanfaat kepada semua.

Pendidikan dalam Islam membentuk seseorang supaya menunaikan tanggungjawab

kepada

1. diri sendiri mencakupi kebersihan dan kasih sayang.

2. masyarakat memokuskan kepada keadilan dan ihsan.

3. Allah s.w.t. kewajiban ketaatan (Abdullah Muhammad Zain, 1992).

Justeru, tanggungjawab ibu bapa dan pendidik mengajar anak-anak tentang urusan

keagamaan, melatih dan membiasakan mereka dengan beribadat kepada Allah s.w.t.

(Muhammad Hussain, 1998).

19
Terjemahan :
Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ibu
bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah
dan menyusu dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu
dan kedua ibu bapa kamu. Hanya kepadaKu kamu kembali.
Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan
dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuan kamu tentang
itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah
keduanya di dunia dengan baik. Dan ikutlah jalan orang yang
kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKulah kembali
kamu. Maka Kuberitakan kepada kamu apa yang telah kamu
kerjakan.

Kehadiran ayat ini sebagai petunjuk bahawa ayat al-Quran merupakan kaedah

pendidikan dan memberi nasihat yang paling baik. Kaedah pendidikan anak-anak

yang menggunakan dalil al-Quran bukanlah sesuatu yang luar biasa atau baru pada

pandangan Islam.

Luqman juga menjelaskan tentang ilmu dan kpercayaan kepada hari akhirat serta

pembalasannya , Firman Allah s.w.t. ayat 16 :

Terjemahan :
Wahai anakku! Sesungguhnya jika sesuatu itu hanya seberat biji
sawi sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di langit
atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Halus dan Maha Mengetahui.

66
Penggunaan dalil al-Quran sebagai hujah dalam pendidikan sangat berkesan. Hati

anak-anak akan lebih terbuka untuk menerima segala pendidikan al-Quran dengan

yang tenang dan jujur.

4.6.2 NASIHAT MELALUI PERKARA MENAKUTKAN

Nasihat yang diberikan oleh Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya berkaitan

dengan perkara-perkara yang menakutkan seperti balasan dan azab Allah s.w.t. yang

sangat dahsyat pada hari akhirat kelak. Hal ini tercatat di dalam ayat 15 dan 16 :

Terjemahan :
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu,
kemudian hanya kepada Akulah kembali kamu, maka Aku
beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Sesungguhnya Allah s.w.t. akan mendatangkannya.

Ayat tersebut menekankan supaya anak-anak menyedari setiap perbuatan akan dinilai

oleh Allah s.w.t. sama ada kecil atau besar. Nasihat yang dilaksananakan beliau

bertujuan untuk menanamkan akidah yang mantap melalui kata-kata yang sopan,

jujur dan baik menyebabkan beliau berjaya mendidik anak-anaknya kepada Islam dan

memiliki pegangan akidah yang kuat.

67
4.6.3 NASIHAT YANG TERKANDUNG BANYAK PERKARA

Nasihat Luqman al-Hakim melalui kata-kata yang tepat dan merangkumi banyak

perkara seperti jika kamu sedang solat, maka jagalah hati kamu. Jika kamu berada di

dalam majlis makan, maka jagalah perangai kamu. Jika kamu berada di rumah orang,

maka jagalah pandangan mata kamu. Jika kamu bersama manusia ramai, maka

jagalah lidah kamu. Ingatlah dua perkara dan lupakanlah dua perkara. Dua perkara

yang mesti kamu ingat ialah Allah s.w.t. dan maut. Manakala dua perkara yang mesti

kamu lupa ialah kebaikan yang kamu lakukan kepada orang lain dan lupakanlah

kejahatan yang orang lain lakukan kepada kamu (Muhammad al-Amin bin Abd Allah

al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001).

4.6.4 NASIHAT YANG BERNAS

Nasihat Luqman al-Hakim yang memberi maksud yang bernas berdasarkan catatan

tafsir Jalalain ialah apabila ditanya kepada Luqman : Siapakah manusia yang paling

jahat di muka bumi ini? Beliau menjawab : Manusia yang banyak melakukan

kejahatan dan tidak kisah dengan pandangan manusia lain terhadap perbuatan

jahatnya (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahali dan Jamal al-Din Abd al-

Rahman bin Ibi Bakr al-Sayuti, 1996).

4.7 GAYA BAHASA

68
Gaya bahasa pendidikan Luqman al-Hakim menepati kehendak dan keperluan Islam

yang bersesuaian sepanjang masa. Tiga bentuk gaya bahasa yang berlainan telah

berjaya dikesan dalam pendidikan Luqman al-Hakim.

4.7.1 BAHASA SERUAN

Luqman al-Hakim memanggil anaknya dengan panggilan manja seperti yang

dilakukan kepada anak-anak kecil. Firman Allah s.w.t. ayat 13, 16 dan 17.

Terjemahan :
Wahai anak kesayanganku.

Panggilan seumpama ini menunjukkan kasih sayang dan cinta yang sangat mendalam

daripada seorang bapa kepada anaknya. Panggilan yang penuh dengan kasih sayang

juga akan menyentuh hati si anak dan lebih cepat diikuti dan ditaati oleh seseorang

anak (Abd al-Mun'ain Ahmad Tu'ailab, 1995).

Nada untuk memberi pertolongan dan penuh dengan kasih sayang seorang bapa

terhadap anaknya. Panggilan ini juga dikhususkan kepada anak kecil untuk

melahirkan rasa cinta yang sangat mendalam dan belaian kelembutan kasih sayang

yang terlalu tinggi kepada anak yang disayangi. Panggilan ini juga menunjukkan si

bapa sentiasa menjaga dan prihatin terhadap segala keperluan anaknya (Muhammad

Sayyid Tantawi, 1985).

69
Sebanyak 3 kali kata seruan ini digunapakai di dalam ayat 12-19. Firman Allah

s.w.t. ayat 13 :

Terjemahan :
Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu mempersekutukan
Allah.

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu
perbuatan seberat biji sawi…..

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat ……

4.7.2 BAHASA KIASAN

Pendidikan yang diketengahkan Luqman al-Hakim melalui bahasa kiasan atau ibarat

yang mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam seperti meninggikan suara

melebihi keperluan diibaratkan sama dengan suara keldai. Firman Allah s.w.t. ayat

19.

70
Terjemahan :
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Firman Allah s.w.t., ayat 16 :

Terjemahan :
Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu
perbuatan seberat biji sawi dan berada di dalam batu atau langit
atau bumi….

Ayat 16 kebaikan yang sedikit dibandingkan dengan sebesar biji sawi. Batu pejal

dikiaskan dengan hijab atau terhalang. Langit menunjukkan terlalu jauh dan bumi

melambangkan kegelapan merupakan tempat yang paling gelap (Muhammad al-Razi

Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang
bertambah-tambah …..

Lemah yang semakin lemah sebagai simbolik kepada kesusahan yang terpaksa

ditempuhi oleh seseorang ibu semasa mengandung (Wahbah al-Zuhaili, 2002).

71
Kehadiran bahasa kiasan mampu memantapkan lagi nasihat Luqman al-Hakim.

Masej pendidikan yang disampaikan menjadi lebih jelas dan kukuh menyebabkan

anaknya terpegun mendengar isi hujahan tersebut.

4.7.3 BAHASA ISYARAT

Bahasa isyarat juga mempu meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Kedatangan

unsur-unsur bahasa isyarat menjadikan nasihat Luqman al-Hakim lebih cantik dan

tersusun rapi. Bahasa isyarat penting yang diungkap dalam bahasa yang ringkas

mempunyai maksud lain yang lebih penting seperti suruhan melaksanakan amar

makruf dan nahyi mungkar dalam ayat 17, firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah dari
perbuatan mungkar.

Pelaksanaan amar makruf dan nahyi mungkar sebagai isyarat kemuliaan manusia.

Tugas ini hanya dikhususkan kepada manusia kerana malaikat tidak pernah menyuruh

atau mencegah malaikat lain dengan sesuatu suruhan atau larangan (Muhammad al-

Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995). Hal ini disebabkan

sifat malaikat sendiri yang tinggi dan tidak pernah melakukan sebarang maksiat.

Pendidikan Luqman al-Hakim juga menggunakan kaedah pendidikan yang umum

tetapi perlu ditafsir semula kepada yang lebih khusus. Suruhan dan larangan yang

72
dikemukan sebagai medium untuk menyampaikan kehendak sebenar ayat. Hal ini

terbukti di dalam beberapa perkara penting yang terkandung di dalam ayat 19, firman

Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu sebagai isyarat

sederhana dan pertengahan di dalam perbuatan dan percakapan (Muhammad al-Razi

Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Selain daripada itu, ayat ini juga menjelaskan tentang sifat haiwan yang buruk iaitu

suara yang tinggi seperti keldai. Isyarat tersebut bertujuan untuk menghapuskan sifat

takbur atau sombong dan menghidupkan sifat-sifat kemuliaan malaikat (Muhammad

al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Takbur ialah akhlak orang kafir dan sekutunya manakala tawadu' merupakan akhlak

para nabi dan orang-orang saleh kerana tanda hamba Allah s.w.t. yang saleh ialah

mereka berjalan di atas muka bumi dengan lemah lembut iaitu tawadu'. Sifat tawadu'

juga akan melahirkan mahabbah (kecintaan atau kasih sayang) (Imam al-Ghazali,

1968).

73
Asas kejadian manusia yang lebih mulia daripada binatang. Justeru manusia perlu

kepada pembentukkan akhak yang baik. Sesungguhnya pendidikan melalui

perumpamaan atau bahasa isyarat akan memberi penjelasan yang lebih mendalam

(Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Luqman berjaya memilih gaya bahasa yang bersesuaian dengan tempat, masa dan

masej yang hendak disampaikan dalam pendidikan beliau. Hal ini disebabkan bahasa

merupakan alat komunikasi dan medium perhubungan yang sangat penting.

Kejayaan dan kegagalan sesebuah pendidikan juga bergantung rapat dengan tatacara

atau kaedah gaya bahasa yang dipersembahkan semasa memberi pendidikan.

4.8 KEISTIMEWAAN PENDIDIKAN LUQMAN AL-HAKIM

Keistimewaan pendidikan Luqman al-Hakim menjadi mantap kerana menepati

sasaran pendidikan yang menggunakan strategi pendidikan yang baik.

Kecemerlangan pendidikan beliau lantaran kedapatan beberapa ciri penting yang

tidak boleh dinafikan iaitu :

74
4.8.1 ILMU KEIBUBAPAAN

Proses mendidik anak-anak dengan ilmu akidah, ibadah dan akhlak sangat bergantung

rapat kepada keperibadian ibu bapa. Para ibu bapa mesti mempunyai pengetahuan

yang mendalam tentang persoalan tersebut sebelum mendidik anak-anak mereka.

Pra-syarat ini telah diungkapkan dalam ayat 12. Firman Allah s.w.t.

Terjemahan :
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan hikmat kebijaksanaan
kepada Luqman.

Hikmah ialah berpegang teguh kepada kebenaran ilmu dan beramal dengan ilmu

tersebut. Hikmah daripada Allah s.w.t. ialah mengetahui sesuatu perkara dan beramal

bersungguh-sungguh. Rentetan daripada itu sesetengah manusia mendapat hikmah

atau makrifat tentang hakikat kewujudan sesuatu perkara yang menyebabkannya

mengerjakan amal kebaikan sahaja. Hal ini demikian yang disifatkan kepada Luqman

al-Hakim di dalam ayat ini (Nasr al-Din Abi Abbas Ahmad bin Muhammad al-Maliki

al-Iskandarani al-Makruf bi Ibn al-Munir, 1994).

Pada pendapat Qatadah r.a. hikmah dalam ayat di atas ialah menguasai ilmu-ilmu

Islam (al-Sayuti, 2000). Hikmah juga bermaksud melengkapkan diri dengan

ilmu-ilmu ketuhanan dan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik (Wahbah al-

Zuhaili, 1991).

75
Hikmah ialah ilmu yang memberi petunjuk kepada kebenaran. Hilmah juga

merupakan cahaya yang mampu menyuluh kepada matlamat kebijaksanaan dan

kebaikan (Abd al-Mun'ain Ahmad Tuailab, 1995). Selain daripada itu, hikmah ialah

nur atau cahaya di dalam hati. Seseorang yang dapat mengetahui tentang sesuatu

perkara dengan pandangan hati yang dikenali sebagai pandangan basirah (Imam al-

Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki, t.th.).

Selain daripada itu, hikmah juga bermaksud taufiq kepada beramal dengan ilmu dan

faham. Syukur kepada Allah. s.w.t. dan memujiNya di atas segala pemberian nikmat

dan kelebihan, menyintai kebaikan kepada manusia, melakukan perkara-perkara

kebaikan dan bermanfaat kepada manusia. Semua ini menunjukkan Luqman al-

Hakim mendapat hidayah Allah s.w.t. yang menuju kepada makrifat yang sebenar

bukan melalui jalan para nabi (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Hikmah yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada Luqman al-Hakim ialah fakeh dalam

Islam. Justeru menurut pendapat Imam al-Jauzi hal ini menunjukkan beliau hanya

seorang hamba atau lelaki yang saleh bukan nabi kerana Allah s.w.t. tidak pernah

meurunkan wahyu kepadanya (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin

Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

Hikmah menjelaskan tentang hikmah yang diberikan oleh Allah s.w.t.seperti hikmah

zahir yang terdapat di langit atau bumi dan hikmah batin iaitu hanya diperolehi di

76
dalam ilmu dan hikmah. Petunjuk kepada tauhid yang hanya diberikan kepada

sesetengah hambaNya yang terpilih sahaja seperti Luqman al-Hakim yang

memperolehinya melalui jalan selain daripada petunjuk jalan para nabi atau

kebangkitan rasul (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alamiyyi, 2001).

Sesungguhnya hikmah yang dikurniakan Allah s.w.t. menjadikan beliau seorang bapa

yang tabah dalam membimbing dan mendidik anak-anaknya.

4.8.2 KONSEP SYUKUR

Konsep syukur merupakan satu sifat penting untuk kesempurnaan peribadi ibu bapa

yang tercatat di dalam surah Luqman. Hal ini disebabkan Luqman al-Hakim hanya

mempunyai satu sifat sahaja yang diiktirafkan Allah s.w.t. berdasar petikan ayat 12

sehingga 19 iaitu sifat syukur. Firman Allah s.w.t.:

Terjemahan :
Bersyukurlah kepada Allah…

Ayat ini juga bertujuan untuk membimbing manusia secara tidak langsung supaya

bersyukur kepada Allah s.w.t. melalui contoh yang diketengahkan Luqman al-Hakim

(Syed Qutb:2001). Secara umum pengertian syukur ialah memuji Allah s.w.t. di

atas segala pemberian nikmat dan mentaati segala perintahNya (Muhammad al-Amin

bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001). Dialah yang mesti

dipuji bukan makhluk (Imam al-Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki, t.th.). Situasi

orang yang bersyukur diperlihatkan melalui kisah Luqman al-Hakim yang

digambarkan sebagai seorang yang bersyukur kepada Allah s.w.t. Hikmah yang

77
dikurniakan Allah s.w.t. telah melahirkan sifat syukur di dalam diri Luqman al-

Hakim (Sayyid Qutb. 1988).

Menurut Amr Ibn Qais r.a. hasil pengurniaan hikmah daripada Allah s.w.t. telah

membentuk peribadi Luqman al-Hakim menjadi seorang yang bertaqwa kepada Allah

s.w.t., benar dalam percakapan, menunaikan amanah dan beliau juga akan

mendiamkan diri jika tidak perlu. Manakala Mujahid r.a. pula telah mengambarkan

Luqman sebagai seorang lelaki yang saleh (al-Sayuti: 2000).

Sifat syukur lahir daripada limpahan hikmah yang diperolehi seseorang. Hikmah pula

akan melahirkan amalan yang berdasarkan ilmu dan kefahaman seperti bersyukur

dan memuji Allah s.w.t. di atas segala nikmat serta kelebihan yang diberikanNya,

suka menyebarkan kebaikan kepada manusia dan menggunakan seluruh anggota yang

dijadikan Allah untuk kebaikan dan perkara-perkara berfaedah (Wahbah al-Zuhaili,

1991). Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh al-Khazin dalam tafsirnya apabila

dikurniakan hikmah seseorang itu akan beramal dengan ilmunya dan kemudia ia

bersyukur (Ala’ al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi, 1995).

Syukur mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan hikmah. Justeru seseorang itu

dianggap berhikmah kerana bersyukur kepada Allah s.w.t. Ini kerana bersyukur

kepada Allah adalah perkara yang paling utama (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din

Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

78
Selaian daripada itu, sifat syukur juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan

hikmah. Sifat syukur adalah manifestasi hikmah yang dikurniakan Allah kepada

Luqman al-Hakim. Kesan daripada sifat syukur banyak memberi faedah kepada

manusia. Justeru sifat ini wajar dikategorikan sebagai prasyarat untuk menjadi ibu

bapa yang cemerlang.

4.8.3 PENGAWASAN IBU BAPA

Luqman al-Hakim menunjukkan sifat orang yang bersyukur di dalam dirinya dan

sentiasa mengawasi orang lain. Hikmah yang dimiliki Luqman al-Hakim juga

berjaya meletakkan beliau sebagai orang yang tabah dalam membimbing dan

mendidik anak-anaknya. Justeru hikmah yang dimiliki Luqman al-Hakim juga

diterjemahkan sebagai syukur dan nasihat dengan pengawasan (Wahbah al-Zuhaili,

1991). Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Di waktu dia memberi pelajaran kepada anaknya.

Di waktu dia memberi pelajaran kepada anaknya (Wahuwa yaizuhu) bermaksud

pengawasan contoh Luqman al-Hakim menanamkan akidah tauhid dan menjauhi

perkara syirik (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993). Setiap

pengajaran dan pendidikan Luqman kepada anaknya sentiasa diawasi beliau.

79
4.9 KESIMPULAN

Luqman al-Hakim telah mengutarakan sebuah pendidikan yang baik selaras dengan

objektif pendidikan Islam. Beliau telah mengemukakan kaedah pengajaran dan

persembahan isi pendidikan yang tersusun rapi, mengikut urutan, mantap serta sangat

menarik.

Kaedah pendidikan yang dikemukakan oleh Luqman al-Hakim menekankan perkara

suruhan dan larangan, yang diiringi pula dengan alasan yang munasabah. Aspek

suruhan meliputi asas kesempurnaan beragama, kepercayaan kepada hari akhirat dan

keutamaan berakhlak mulia. Sementara aspek larangan pula merangkumi larangan

syirik dan sifat sombong.

Pendidikan Luqman al-Hakim juga mengetengahkan pelbagai bentuk nasihat dalam

usaha mendidik anak-anaknya. Nasihat Luqman al-Hakim yang indah dan penuh

kesopanan menyebabkan anak-anaknya tertarik serta mudah patuh kepada segala

suruhan dan larangannya. Nasihat beliau juga menggunakan pelbagai gaya bahasa

seperti bahasa seruan, bahasa kiasan dan bahasa isyarat untuk memantapkan

pendidikan beliau.

Proses mendidik anak-anak amat berkait rapat dengan sifat dan ilmu yang dimiliki

oleh para ibu bapa. Luqman al-Hakim berjaya mendidik anak-anaknya kerana beliau

mempunyai sifat syukur iaitu satu perkara yang sangat dituntut oleh Allah s.w.t.

80
Hikmah yang diperolehi oleh Luqman al-Hakim juga telah berjaya membentuk beliau

menjadi seorang mukmin yang sejati.

81
BAB V
HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T.

5.0 PENDAHULUAN

Hubungan manusia dengan Allah s.w.t. sangat penting. Hubungan tersebut juga

dikenali sebagai hubungan hamba dengan penciptanya. Luqman al-Hakim

menekankan pendidikan hubungan dengan Allah s.w.t. mencakupi pendidikan tentang

akidah yang berkaitan dengan larangan syirik, kepercayaan kepada hari akhirat,

gesaan melaksanakan taubat dan mendirikan solat.

5.1 PENDIDIKAN AKIDAH

Pendidikan akidah merupakan tunjang utama Islam. Persoalan akidah menjadi asas

dan topik perbincangan penting pendidikan Luqman firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa
memberi nasihat kepadanya: wahai anakku! Janganlah engkau
sekutukan Allah….

Persoalan akidah diungkapkan melalui larangan Luqman al-Hakim kepada anaknya

agar jangan menyekutukan Allah s.w.t. Takrif syirik ialah sebarang pernyataan atau

ungkapan yang meletakkan kedudukan Allah s.w.t setaraf dengan makhluk sama ada

pada zat, sifat, mengingkari kewujudan Allah s.w.t. atau menyifatkan Allah s.w.t.

82
dengan sesuatu sifat kekurangan. Justeru janganlah mempersekutukan Allah s.w.t. di

dalam ibadat, percakapan, perbuatan sebaliknya ikhlaslah kamu semua terhadap tuhan

yang menciptakan kamu iaitu Allah Azawajalla (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985).

Syirik yang dimaksudkan dalam surah Luqman ini merujuk kepada syirik uluhiyyah

kerana alasan nasihat Luqman al-Hakim menegaskan perbuatan syirik seperti

melakukan kezaliman kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t ayat 13 :

Terjemahan :
Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar

Pengertian zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya manakala adil pula

meletakkan sesuatu pada tempatnya. Seseorang yang menyamakan antara pencipta

dengan makhluk atau menyamakan Allah s.w.t. dengan berhala dikatakan sebagai

orang yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Oleh itu, orang yang syirik

dikatakan telah melakukan satu kezaliman dan dosa yang besar kepada Allah s.w.t.

(Ala’ al-din Ali bin Muhammad al-Baghdadi, 1994 dan Muhammad Mahmud

Hijazi, 1992)

Perbuatan syirik ditegaskan sebagai satu kezaliman kerana menyekutukan Allah s.w.t.

dengan sesuatu yang menyebabkan wujud persaingan dan pertandingan. Walau

bagaimanapun orang kafir juga mengakui tentang kewujudan dan kekuasaan Allah

83
s.w.t. tetapi mereka enggan beriman seperti yang tercatat di dalam ayat 31, surah

Yunus :

Terjemahan :
Katakanlah : Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari
langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa menciptakan
pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan
makhluk yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati
dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?
Maka mereka menjawab : Allah. Maka katakanlah: Mengapa
kamu tidak bertaqwa (kepadanya).

Larangan mensyirikkan Allah s.w.t. dalam nasihat Luqman al-Hakim sebagai satu

peringatan penting agar anaknya tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara

selain daripada Allah s.w.t. dan mengesakan bagi yang berhak iaitu Allah s.w.t. sama

ada dengan hati, jiwa serta ruh (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami 2001).

Luqman al-Hakim melarang anaknya supaya jangan syirik kerana ada pendapat yang

mengatakan bahawa anaknya seorang musyrik. Justeru beliau sentiasa mengingatkan

anaknya tentang hal ini sehingga kembali memeluk Islam. Kedapatan juga pendapat

ulama yang mengatakan anak Luqman al-Hakim seorang muslim maka larangan

syirik sebagai ingatan agar anaknya tidak melakukan perbuatan tersebut pada masa

hadapan. Justeru al-Alusi telah mentashihkan kedua-dua pendapat tersebut dengan

mengatakan tujuan nasihat Luqman al-Hakim untuk menghentikan perbuatan syirik

(Abi al-Fadhil Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, 1994).

84
Luqman al-Hakim menitik-beratkan larangan mensyirikkan Allah s.w.t.. Beliau telah

mengulang larangan tersebut sebanyak dua kali seperti yang tercatat dalam ayat 13

dan 14, surah Luqman. Hal ini demikian disebabkan dosa syirik amat besar dan

tidak akan mendapat keampunan Allah s.w.t. seperti dalam firman Allah s.w.t. surah

AL-Nisa', ayat 48.

Terjemahan :
Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa syirik,
dan dia mengampuni segala dosa yang lain daripada itu, bagi
sesiapa yang dikehendakiNya.

5.2 MENGIKUTI JALAN ORANG-ORANG YANG KEMBALI KEPADA


ALLAH S.W.T.

Luqman menyediakan sebuah pendidikan yang mantap kepada anak-anaknya.

Sekiranya mereka tersilap melakukan sesuatu perkara yang melanggari peraturan

agama, beliau mengajarkan anak-anaknya supaya segera bertaubat seperti dalam ayat,

Terjemahan :
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu….

Ayat ini juga mempunyai asbab al-Nuzul atau sebab penurunan ayat. Peristiwa ini

berlaku semasa pengislaman Abu Bakar al-Siddiq r.a. kemudian diikuti Saad bin Abi

Waqqas, Abd al-Rahman bin Auf, Said bin Zaid, Othman bin Affan, Talhah dan Az-

85
Zubair bin Awwam. Mereka telah bertanya kepada Abu Bakar r.a. sebelum mereka

memeluk Islam. Mereka berkata : Adakah engkau beriman dan percaya kepada

Muhammad s.a.w. Abu Bakar r.a. menjawab : Ya. Aku ikut Rasulullah s.a.w., aku

beriman dan aku percaya kepadanya. Para sahabat tersebut turut pergi berjumpa

Rusulullah s.a.w. dan memeluk Islam. Lalu ayat ini dikatakan diturun kepada Saad

bin Abi Waqas (Muhammad Ali al-Saiyyas, et.al., 1994 dan Imam Abi Al-Hassan Ali

bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995). Firman Allah s.w.t. ayat 15 :

Terjemahan :
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu,
kemudian hanya kepada Akulah kembali kamu, maka Aku
beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, di dalam ayat di atas ialah agama.

Seseorang yang telah menerima kewajiban agama untuk ketaatan iaitu Rasulullah

s.a.w. dan para sahabat baginda (Abi Muhammad Husaini bin Mas’ud al-Fira’ al-

Baghawi al-Shafie, 1993). Orang yang kembali kepadaKu juga ditafsirkan merujuk

kepada Abu Bakar r.a. (Muhammad Ali al-Saiyyas, et.al., 1994 dan Imam Abi Al-

Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995). Manakala menurut Ibn al-

Munzir daripada Ibn Juraij, mereka berpendapat : orang yang kembali ialah

Muhammad s.a.w. Walaupun begitu jamhur ulama Tafsir berpendapat orang yang

kembali merujuk kepada umum iaitu sesiapa sahaja daripada orang Islam yang

berbuat baik (Muhammad Ali al-Saiyyas, et.al., 1994).

86
Selain daripada itu, ulama Tafsir berselisih pendapat tentang maksud Dan ikutlah

jalan orang yang kembali kepadaKu di dalam ayat ini. Muhammad Ali al-Saiyyas

et al. berpendapat kembali kepada Tuhan melalui jalan yang benar bukan jalan syirik.

Beliau berkata : Ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu dengan tauhid dan

ikhlas dalam ketaatan, bukan jalan ibu bapa yang menyuruh melakukan syirik kepada

Allah s.w.t. (Muhammad Ali al-Saiyyas, et.al., 1994).

Wahbah al-Zuhaili, et.al. pula mengatakan mengikuti jalan orang yang kembali

kepada Allah s.w.t. dengan taubat, menunaikan perkara taat dan ikhlas sebagai hak

Allah s.w.t. Beliau berkata : Ikutilah jalan-jalan orang yang melakukan taubat, taat

dan ikhlas kerana haknya kepada Allah s.w.t. sahaja (Wahbah al-Zuhaili, et.al.,

2002).

Sebaliknya pendapat Wahbah al-Zuhaili di dalam buku yang bertajuk Al-Tafsir Al-

Munir ialah menunaikan perintah yang telah digariskan oleh agama berasaskan

tauhid. Beliau berkata : Ikutilah di dalam hal-hal agama iaitu jalan-jalan yang

ditempuhi oleh orang-orang yang telah kembali kepada tauhid dengan ikhlas dalam

ketaatan (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Manakala pada pendapat al-Shaukani pula merujuk kepada orang saleh yang

bertaubat. Beliau berkata : Ikutilah jalan orang yang kembali kepada Allah s.w.t.

daripada kalangan hambaNya yang saleh dengan taubat dan ikhlas (Mohammad bin

Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

87
Selain daripada itu pengertian Dan ikutlah jalan orang yang kembali kepadaKu ialah

merujuk kepada konsep inabah iaitu kembali kepada tuhan dengan taubat dan

istighfar (Wahbah al-Zuhaili, 1991). Inabah juga menunjukkan kepada umum yang

memfokuskan pesanan kepada semua penghuni alam dan manusia iaitu jalan yang

ditempuhi oleh para nabi, orang mukmin dan orang saleh (Wahbah al-Zuhaili, 1998).

Pengertian Inabah pada epistimologi ialah pulang dan kembali kepada sesuatu. Iaitu

taubat daripada syirik dan kembali kepada Islam seterusnya mengikuti jejak nabi

s.a.w. serta kembali kepada Allah s.w.t. dengan tauhid, ikhlas dengan ketaatan bukan

mengikuti jalan para ibu bapa yang menyuruh kepada syirik. Hal ini demikian

bertepatan dengan hujah supaya menunaikan suruhan Allah s.w.t. dengan mengikuti

jalan-jalan taubat dan menjauhi larangan Allah s.w.t. daripada mengikuti jalan-jalan

selain daripada jalan orang beriman (Wahbah al-Zuhaili, 1998).

Inabah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan taubat. Jika inabah bermaksud

kembali maka taubat pula membawa maksud sebagai sesal. Perasaan taubat atau

sesal lahir daripada keinsafan seseorang hamba di atas keterlanjuran perkara dosa

yang telah dilakukan serta berazam tidak mengulanginya lagi. Walaupun begitu

persoalan inabah lebih halus dan mendalam berbanding dengan persoalan taubat

(Rosnaaini Hamid, 1997).

88
Taubat yang diterima di sisi Allah s.w.t. ialah taubat di atas perkara-perkara buruk

yang dilakukan secara tidak sengaja atau jahil. Firman Allah s.w.t. ayat 17,

surah Al-Nisa',

Terjemahan :
Sesungguhnya taubat di sisi Allah s.w.t. hanyalah taubat bagi
orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan….

Luqman memokuskan pendidikan anaknya dengan menanamkan sifat inabah.

Persoalan pendidikan hati yang lebih halus agar anaknya sentiasa insaf dan patuh

kepada perintah Allah s.w.t.

5.3 ALLAH S.W.T. TEMPAT KEMBALI DAN PEMBERI BALASAN

Penjelasan seterusnya berkaitan dengan penegasan bahawa Allah s.w.t. merupakan

tempat kembali semua makhluk dan membalas segala perbuatan manusia semasa di

dunia. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Kemudian hanya kepada Akulah kembali kamu, maka
Kuberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Allah menegaskan bahawa di hari akhirat kelak semua manusia akan kembali

kepadaNya. Sesungguhnya manusia selepas mati akan dikembalikan semua kepada

Alllah s.w.t. Allah akan menghitung dan menceritakan segala pekerjaan di dunia

89
sama ada baik atau buruk. Allah s.w.t. akan membalas setiap amalan pebuatan

manusia di dunia setimpal dengan apa yang diusahakan mereka (Wahbah al-Zuhaili,

2002).

Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu iaitu mencakupi mereka yang syirik,

berbuat baik, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. dengan sepenuh hati

(Muhammad Ali al-Saiyyas, Abd al-Latif al-Subki dan Muhammad Ibrahim

Muhammad Karsun, 1994).

Semua makhluk akan dikembalikan bukan selain daripadaNya. Allah s.w.t. akan

mendedahkan segala kebaikan dan keburukan yang dilakukan manusia semasa di

dunia. Allah s.w.t juga akan memberikan ganjaran dan balasan stimpal dengan

perbuatan yang dilakukan manusia semasa hayat (Wahbah al-Zuhailli, et al., 2002).

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan :
maka kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Balasan Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya hasil daripada perbuatan baik dan

buruk (Muhammad Ali al-Saiyyas, Abd al-Latif al-Subki dan Muhammad Ibrahim

Muhammad Karsun, 1994). Allah s.w.t. akan menceritakan kepada semua manusia

90
tentang segala perbuatan semasa hidup di dunia dan membalas segala perbuatan

tersebut sama ada iman atau kafir (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Allah s.w.t. akan membalas segala perbuatan pada hari akhirat kelak. Ayat ini

merupakan ancaman yang bertujuan untuk menakut-nakutkan akibat perbuatan

kesalahan, durhaka dan maksiat sama seperti janji Allah s.w.t. yang akan membalas

segala balasan yang baik bagi orang-orang yang taat kepada perintahNya dan berbuat

baik kepada ibu bapa (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

5.4 KEPERCAYAAN KEPADA HARI AKHIRAT DAN PEMBALASAN


ALLAH S.W.T.

Persoalan akidah tentang kepercayaan kepada hari akhirat dijelaskan dengan lebih

mendalam oleh Luqman al-Hakim dalam ayat 16. Nasihat ini disampaikan melalui

kaedah yang sangat bijak. Beliau telah mengaitkan persoalan tersebut dengan

kehalusan dan kesyumulan ilmu Allah s.w.t. serta kekuasaanNya. Firman Allah

s.w.t., :

Terjemahan :
Wahai anakku! Sesungguhnya jika sesuatu itu hanya seberat biji
sawi sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di langit
atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Halus dan Maha Mengetahui.

91
Ayat yang dinyatakan ini adalah lanjutan daripada amaran Allah s.w.t. terhadap

kesalahan melakukan syirik dengan mengaitkan ancamannya dengan hari akhirat dan

pembalasan ke atas dosa yang dilakukan manusia (Muhammad al-Amin bin Abd

Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001), firman Allah s.w.t. ayat 15 :

Terjemahan :
Kemudian kepada Akulah tempat kamu kembali dan aku akan
memberitahu kepada kamu segala perbuatan yang telah dilakukan
kamu.

Tujuan amaran ini untuk mengingatkan manusia tentang bahaya syirik setelah Allah

s.w.t. memerintahkan umat manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bukan

Islam. Peringatan ini penting kerana dikhuatiri sepanjang pergaulan tersebut akan

melemahkan pegangan agama sehingga melakukan kesalahan mensyirikkan Allah

s.w.t. (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie,

2001).

Perkataan Qardalil yang terdapat dalam ayat 16, surah Luqman al-Hakim ialah kadar

yang sangat kecil yang digunakan untuk menimbang biji-bijian. Ia juga merujuk

kepada timbangan seberat biji sawi kerana bijian tersebut termasuk dalam golongan

biji-bijian yang sangat kecil (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-

Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001) atau ukuran timbangan sebesar debu (Muhammad

Sayyid Tantawi, 1985). Sedangkan kadar pengurangan atau penambahan timbangan

seberat bijian tersebut tidak dapat dikesan oleh alat penimbang (Imam Muhammmad

bin Ali bin Muhammad al-Shaukani, 1993).

92
Perkataan sahratin menurut Qatadah bermaksud berada di dalam bukit. Manakala

al-Saidi pula berpendapat di bawah tujuh lapis bumi. Beliau menegaskan bukan di

langit dan bukan di permukaan bumi (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-

Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi, 1987).

Nasihat Luqman al-Hakim dalam ayat di atas dapat membangkitkan daya imaginasi

anaknya tentang tempat tersembunyi sesuatu rahsia yang amat dalam dan luas. Di

samping itu nasihat beliau juga dapat menyedari hati anak bahawa ilmu Allah s.w.t.

tetap menjejaki segala kebaikan dan keburukan walau sebesar biji sawi. Seterusnya

akan tertanam hakikat persoalan hari akhirat ke dalam hati anaknya di sebalik nasihat

beliau. Hal ini bersesuaian dengan ajaran al-Quran yang mahu menanam konsep

kepercayaan kepada hari akhirat ke dalam hati setiap manusia dengan kaedah

penerangan yang menarik (Syed Qutb: 1988). Setiap perbuatan manusia semasa

hidup di dunia akan kembali kepada individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Firman Allah s.w.t., ayat 46, surah Sajadah :

Terjemahan :
Sesiapa yang melakukan kebajikan maka untuk dirinya sendiri dan
sesiapa yang berbuat jahat akan menimpa dirinya sendiri pula.
Dan tidaklah Tuhan berlaku aniaya terhadap hamba-hambaNya.

Luqman al-Hakim mendidik anak-anaknya dengan kepercayaan kepada pembalasan

Tuhan. Beliau menegaskan setiap perbuatan akan dibalas Allah s.w.t. sekalipun lebih

93
kecil daripada biji sawi. Justeru Luqman al-Hakim berpesan kepada anak-anak supaya

sering menziarahi jenazah kerana dapat mengingatkan tentang pembalasan Tuhan.

Beliau berkata : Sekiranya kamu berada di dua persimpangan iaitu sama ada menziarahi

kematian atau memenuhi jemputan kenduri kahwin. Maka hendaklah kamu menziarahi

jenazah kerana mengingatkan kamu kepada kematian, sebaliknya menghadiri majlis

kenduri kahwin boleh melalai kamu daripada mengingati Tuhan (al-Sayuti, 2000).

Ayat ini juga mempunyai kisah yang berkaitan pertanyaan anak Luqman al-Hakim

kepada beliau tentang persoalan ilmu dan pembalasan Allah s.w.t. Kedapatan dua

peristiwa penting yang tercatat dalam sejarah ayat ini iaitu ;

1. Anak Luqman al-Hakim bertanya kepada beliau. Wahai bapaku!

Lihatlah jika sebiji bijian yang kecil berada di dasar laut, adakah

Allah s.w.t. akan mengetahuinya?

2. Wahai bapaku! Jika aku melakukan kesalahan yang tidak dilihat

oleh seseorang pun, adakah Allah s.w.t. akan tahu?

Justeru kedatangan ayat ini untuk memberi jawapan kepada pertanyaan anak tersebut

(Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi,

1987). Luqman al-Hakim berkata kepada anaknya, wahai anakku, jika ada kebaikan,

kejahatan, kezaliman dan kesalahan yang menyamai timbangan atau sama berat

dengan biji sawi berada ditempat yang tersembunyi seperti di dalam batu atau tempat

yang tinggi seperti langit atau tempat yang paling dalam seperti perut bumi nescaya

Allah s.w.t. akan mendatangkannya pada hari akhirat nanti iaitu pada hari perhitungan

94
dan timbangan segala amalan. Allah juga akan membalas segala kebaikan dan

keburukan tersebut (Wahbah al-Zuhaili, 1991) seperti dalam firman Allah s.w.t. ayat

47, surah al-Anbiya' :

Terjemahan :
Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat,
maka tidaklah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika
(amalan itu) hanya seberat sebiji sawi pasti Kami mendatangkan
pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. ayat 7-8, surah al-Zilzilah.

Terjemahan :
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zahrahpun,
nescaya ia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang
mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat
(balasan) nya pula.

Ayat 16, surah Luqman juga merupakan ungkapan atau pendidikan terakhir Luqman

al-Hakim kepada anaknya. Melalui ucapan ini terpancar cahaya keimanan di hati

anaknya lantaran kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. yang menyebabkan anaknya

mati dalam Islam dan shahid. Hal sedemikian juga pernah berlaku kepada nabi

Ibrahim a.s. setiap kali baginda menunaikan solat. Baginda mendengar bunyi seperti

air mengelegak atau mendidih di dalam dadanya yang diistilahkan sebagai Burhan al-

95
Sadri (Imam al-Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki, t.th. dan Shaykh Ismail Haqqi al-

Burusawi. t. th.).

Pendidikan yang diberikan oleh Luqman al-Hakim berjaya membawa anaknya

sehingga kepada peringkat al-Muqarabin iaitu orang-orang yang dekat dengan Tuhan.

Peringkat ini sangat sukar dan tidak mampu dicapai oleh manusia biasa yang sangat

lalai, lupa dan banyak melakukan perkara maksiat (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi.

t. th.)

5.3 ALLAH S.W.T. MAHA MENGETAHUI

Luqman al-Hakim mengakhiri nasihat beliau tentang kepercayaan kepada hari akhirat

dan pembalasan tuhan dengan kekuasaan dan kebesaran ilmu Allah s.w.t. Firman

Allah s.w.t. :

Terjemahan :
Nescaya Allah s.w.t. akan mendatangkannya. Sesungguhnya Allah
Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Dhamir ha' (sesungguhnya) merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh

seseorang sama ada baik atau jahat (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985). Allah s.w.t.

akan menghadirkan segala perbuatan tersebut dan membalas orang yang

melakukannya (Imam Muhammmad bin Ali bin Muhammad al-Shaukani, 1993).

96
Segala perbuatan manusia tidak boleh disembunyikan bahkan ilmu Allah s.w.t. tetap

mengetahui semua perkara tersembunyi (Imam Muhammmad bin Ali bin Muhammad

al-Shaukani, 1993). Allah s.w.t. akan mendatangkan segala perkara yang

tersembunyi dalam bentuk yang boleh dilihat oleh mata kasar (Muhammad al-Razi

Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Ayat Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Ayat ini mempunyai tiga

pendapat ulama iaitu :

1. Allah s.w.t. akan mengetahuinya.

2. Allah s.w.t. akan menzahirkannya.

3. Allah akan mendatangkannya pada hari akhirat kelak untuk diberi

pembalasan (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin

Muhammad Al-Jauzi, 1987).

Maksudnya ayat ini menjelaskan tentang ilmu Allah s.w.t. yang sangat luas iaitu ilmu

tentang perkara ghaib dan perkara yang jelas serta mencakupi segala perbuatan

hambanya. Allah s.w.t. juga berkuasa membalas segala perbuatan manusia pada hari

akhirat kelak (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Sesungguhnya ilmu Allah s.w.t. maha halus dan dapat sampai kepada setiap sesuatu

yang tersembunyi sekalipun sangat dalam, halus dan terlalu jauh. Ilmu Allah s.w.t.

juga mampu mengetahui segala perbuatan manusia kerana Allah s.w.t. mengetahui

perkara-perkara yang zahir dan batin (Wahbah al-Zuhaili,1991).

97
Di samping itu berat sebiji sawi yang kecil dan terlindung daripada pandangan mata

manusia tidak terlepas daripada perhitungan Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t.

maha halus tindakannya lagi maha melihat (Abd al-Munaim Ahmad Tuailab, 1995).

Luqman al-Hakim telah mendidik anaknya supaya mempercayai kewujudan hari

akhirat iaitu tempat manusia akan menerima pembalasan di atas segala perbuatan

mereka sama ada baik atau jahat. Setiap manusia tidak dapat melarikan diri daripada

pembalasan Allah s.w.t. Justeru Luqman al-Hakim mengingatkan anaknya tentang

kehalusan dan kesyumulan ilmu Allah s.w.t. Di samping itu beliau juga mendidik

anaknya tentang kepercayaan kepada kekuasaan Allah s.w.t. yang sangat adil dan

teliti.

Pendidikan Luqman al-Hakim mampu membina keyakinan yang teguh kepada Allah

s.w.t. Nasihat Luqman al-Hakim tentang kepercayaan kepada hari akhirat dan

pembalasan Allah s.w.t. merupakan ingatan dan ancaman yang sangat berkesan

kepada pembentukan iman di hati. Nasihat beliau juga akan menimbulkan sifat

berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk terutama perbuatan yang halus dan

tersembunyi.

98
5.6 SURUHAN PELAKSANAAN SOLAT

Al-Quran terus menceritakan tentang nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Beliau menasihatkan anaknya agar memantapkan akidah yang telah wujud dalam jiwa

melalui amalan tawajjuh kepada Allah s.w.t. dengan ibadat solat. Ibadat solat

merupakan amalan paling mulia yang dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri

kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.:

Terjemahan :
Wahai anakku, dirikanlah solat..

Luqman al-Hakim menasihati anaknya supaya mengerjakan solat. Beliau berkata :

Wahai anakku ! Apabila tiba waktu solat, janganlah engkau melengah-lengahkannya

dengan perkara lain. Segeralah menunaikan solat dan beristirehatlah di dalamnya

kerana solat itu adalah al-deen. Hendaklah engkau mengerjakan solat berjemaah

walau dalam keadaan yang sukar (Abi al-Fadhil Shihab al-DinAl-Sayyid Mahmud

al-Alusi al-Baghdadi,1994).

Solat penting kerana pelaksanaan tauhid dan al-deen. Solat juga menyuruh beribadat

kepada Allah s.w.t. dan tegahan menyembah berhala. Solat mesti mengikuti syariat

agama iaitu menepati bilangan rakaat, fardhu dan waktu kerana solat merupakan tiang

agama dan satu cara munajat kepada Allah s.w.t. (Wahbah al-Zuhaili, 1991 dan

Syeikh Ahmad al-Showi al-Maliki, t.th.).

99
Solat perlu dilakukan dengan sempurna syarat, rukun dan dikerjakan dalam waktu

yang telah ditetapkan Syarak. Solat juga merupakan tiang agama, petunjuk keimanan

serta cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selain daripada itu, solat juga dapat

membantu menjauhkan diri daripada kemungkaran dan sekaligus dapat

membersihkan jiwa. Tujuan ibadat solat untuk memperbaiki nafsu iaitu tempat

bermula segala kejahatan dan kubu hawa nafsu. Nafsu yang jahat dan amalan

mungkar sangat dibenci oleh Allah s.w.t. (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi, t. th.).

Solat merupakan lambang kesempurnaan ibadat yang diwajibkan ke atas setiap

individu melalui perbuatan selepas menyempurnakan iman melalui jalan ilmu dan

iktikad di dalam hati. Sesungguhnya larangan syirik seperti yang dijelaskan sebelum

ini benar-benar menghimpunkan suruhan tauhid yang merupakan perkara awal yang

diwajibkan ke atas manusia (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi, t. th.).

Solat ialah nur atau cahaya dan berkat. Solat menyinari hati yang kecil dan

melahirkan perkara-perkara yang tersembunyi. Justeru orang yang bersolat sentiasa

berjalan di atas landasan cahaya dan makrifat (Muhammad Hussain, 1998) yang tidak

mudah tergelincir ke lembah kesesatan. Firman Allah s.w.t. ayat 45, surah al-

Ankabut :

Terjemahan :
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah s.w.t. (solat)
adalah lebih besar (keutaannya dari ibadat-ibadat yang lain).

100
Solat perlu dilakukan dengan sempurna syarat, rukun dan dikerjakan dalam waktu

yang telah ditetapkan Syarak. Solat juga merupakan tiang agama, petunjuk keimanan

serta cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selain daripada itu, solat juga dapat

membantu menjauhkan diri daripada kemungkaran dan sekaligus dapat

membersihkan jiwa. Tujuan ibadat solat untuk memperbaiki nafsu iaitu tempat

bermula segala kejahatan dan kubu hawa nafsu. Nafsu yang jahat dan amalan

mungkar sangat dibenci oleh Allah s.w.t. (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi, t. th.).

Pendidikan solat kepada anak-anak juga ditekankan oleh nabi Ibrahim a.s. seperti

yang tercatat dalam firman Allah s.w.t. ayat 40, surah Ibrahim :

Terjemahan :
Ya Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang
tetap mendirikan solat.

Sesungguhnya Luqman al-Hakim mendidik anaknya agar menunaikan solat dengan

sempurna. Perlaksanaan ibadat solat adalah lambang keperibadian seorang muslim

sejati yang dapat menghubungkan antara makhluk dan penciptaNya tanpa sebarang

perantaraan.

101
5.7 KESIMPULAN

Pendidikan awal Luqman al-Hakim kepada anaknya berkaitan tentang hubungan

makhluk dengan Allah s.w.t. ialah menanamkan akidah tauhid dan menjauhi syirik.

Pendidikan beliau yang serius berjaya mengembalikan akidah anak yang kufur

kepada Islam. Luqman al-Hakim sentiasa mengulangi pendidikan tersebut sehingga

sebati dengan jiwa anaknya dan mati dalam Islam.

Luqman al-Hakim juga menyediakan jalan kembali yang jelas iaitu taubat kepada

Allah s.w.t. Kesalahan yang dilakukan oleh si anak sama ada sengaja atau tidak

diingatkan beliau agar segera bertaubat kepada Allah s.w.t. Cara untuk bertaubat

dijelaskan berdasarkan garis panduan syarak dan mengikuti amalan-amalan yang

dilakukan oleh orang-orang saleh.

Luqman al-Hakim memantapkan akidah anaknya dengan kepercayaan kepada hari

akhirat dan pembalasan Allah s.w.t. Allah s.w.t. Maha mengetahui dan Maha

berkuasa untuk menghisab serta membalas segala perbuatan manusia dengan adil.

Allah s.w.t. juga akan memberi ganjaran yang setimpal tanpa sebarang penganiayaan

atau penipuan.

Kepercayaan kepada hari akhirat menjadi peringatan kepada manusia agar

berhati-hati dalam setiap perbuatan. Amalan manusia sama ada sama ada baik,

buruk, taat dan maksiat sekalipun sebesar zarah akan dihisab dan ditimbang

102
amalannya pada hari akhirat kelak. Allah s.w.t. juga akan membalas semua perbuatan

manusia walaupun sebesar debu atau biji sawi. Hal ini demikian menjadikan hanya

Allah s.w.t. sahaja sebagai tempat beribadat, memohon restu dan memenuhi segala

harapan.

Seterusnya pendidikan solat diketengahkan Luqman al-Hakim kepada anaknya

merupakan amalan anggota zahir yang dapat dilihat oleh mata kasar. Pendidikan

solat merupakan satu pendidikan penting melalui anggota zahir untuk

menghubungkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t.

Luqman al-Hakim menekankan pendidikan solat setelah beliau melaksanakan

pendidikan iman melalui ilmu dan iktikad di hati. Kombinasi antara ilmu dan amal

dalam pendidikan Luqman al-Hakim berjaya mendidik anak-anaknya menjadi insan

yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

103
BAB VI
HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

6.0 PENDAHULUAN

Hubungan manusia sesama manusia penting berdasarkan nasihat Luqman al-Hakim.

Beliau telah mengingatkan dan mendidik anaknya supaya berakhlak mulia terutama

ketika menjalinkan hubungan dengan manusia. Kaedah pendidikan untuk berhubung

sesama manusia yang dilaksanakan oleh Luqman al-Hakim mencakupi dua aspek

utama iaitu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan berakhlak mulia kepada

masyarakat.

6.1 BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBU BAPA

Pendidikan pertama yang ditekan Luqman al-Hakim dalam hubungan sesama

manusia ialah berbuat baik kepada kedua ibu bapa seperti yang diperintahkan Allah

s.w.t dalam ayat 14.

Terjemahan :
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada
kedua-dua ibu bapanya….

Ayat di atas merupakan perintah daripada Allah s.w.t. kepada setiap anak supaya

menunaikan kewajiban mereka kepada kedua ibu bapa. Perintah tersebut bersifat

umum yang merangkumi perintah berbuat baik kepada ibu bapa yang Islam dan kafir

104
(Muhammad Ali al-Saiyyas, Abd al-Latif al-Subki dan Muhammad Ibrahim

Muhammad Karsun, 1994). Walau apa agama sekalipun yang dianuti oleh para ibu

bapa maka kewajiban dan tanggungjawab menunaikan hak mereka masih lagi dituntut

oleh Islam.

Ulama berselisih pendapat sama ada ayat ini kata-kata Luqman al-Hakim atau kalam

Allah s.w.t. (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993). Sekiranya

kalam Allah s.w.t. yang mencelah nasihat Luqman al-Hakim ia bertujuan untuk

menguatkan larangan di dalam ayat 13 iaitu syirik kepada Allah s.w.t. (Mohammad

bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993 dan Imam Muhammad bin Ali bin

Muhammad, 1993).

Walaupun begitu menurut al-Wasi ayat ini merupakan Kalam musta'nif iaitu ayat

yang diturunkan bertujuan untuk mencelah ayat yang sebelumnya yang berkaitan

dengan nasihat Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya supaya jangan berlaku syirik

kepada Allah s.w.t. sekalipun dengan ancaman yang berat. Kehadiran ayat ini

sebagai ayat pemisah rangkaian nasihat Luqman al-Hakim semata-mata untuk

memuji nasihat Luqman al-Hakim (Mohammad Sayyid Tantawi, 1985).

Kehadiran ayat ini juga merupakan satu pujian daripada Allah s.w.t. terhadap nasihat

Luqman al-Hakim. Ia merupakan satu pujian secara balaghah yang menepati

kedudukan yang sangat cantik (Muhammad Ali al-Saiyyas, Abd al-Latif al-Subki dan

Muhammad Ibrahim Muhammad Karsun, 1994). Pengiktirafan yang tertinggi

105
daripada Allah s.w.t. dan kekal sebagai satu kewajiban supaya semua manusia

berbuat baik kepada kedua ibu bapa serta melakukan ihsan kepada mereka (Abd al-

Munaim Ahmad Tuailab, 1995).

Pengorbanan para ibu bapa yang sangat besar mendapat pengiktirafan daripada Allah

s.w.t.. Para ibu bapa sentiasa sabar berhadapan dengan sebarang kesusahan semasa

membesar dan mendidik anak-anak. Selain daripada itu, pengorbanan yang dilakukan

mereka juga merupakan satu pengorbanan yang sangat ikhlas. Justeru Luqman

al-Hakim berpesan kepada anaknya dengan gaya bahasa yang simbolik tentang

teguran ibu bapa kepada anak-anak. Beliau berkata: Wahai anakku! seandainya ibu

bapamu marah kerana kesilapan yang dilakukan, maka marahnya bagaikan baja bagi

tanaman (Imam Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 2000).

Pengiktirafan Allah s.w.t. terhadap pengorbanan para ibu bapa terbukti melalui

ayat-ayat al-Quran yang menekankan perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Hal ini demikian dapat dilihat dalam ayat-ayat al-Quran yang mengaitkan perintah

berbakti atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan ibadah tauhid kepadaNya

seperti yang tercatat dalam surah An-Nisa' ayat 36.

Terjemahan :

106
Sembahlah Allah s.w.t. dan janganlah kamu mempersekutukanNya
dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,
kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang
dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba
sahaya.

Begitu juga dengan ayat 8, surah al-Ankabut,

Terjemahan :
Dan Kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada
kedua ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk
mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada
pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti
keduanya.

Surah al-Isra' ayat 23-24.

Terjemahan :
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara
kedua-dua atau kedua-duanya sampai lanjut usia dalam
pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada
keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka
dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Surah al-An'aam, ayat 151.

107
Terjemahan :
Katakanlah : Mari kubacakan apa yang diharamkan ke atas kamu
oleh Allah s.w.t. iaitu : janganlah kamu mempersekutukan sesuatu
dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa dan janganlah
kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan.

Surah al-Baqarah, ayat 83.

Terjemahan :
Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji daripada Bani Israil
iaitu : Janganlah kamu menyembah selain daripada Allah s.w.t.
dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak
yatim dan orang-orang miskin serta ucapkan kata-kata yang baik
kepada manusia.

Imam al-Ghazali berpendapat sekiranya Alllah s.w.t. tidak menyebut di dalam

kitabNya tentang kewajiban menghormati kedua ibu bapa. Penghormatan tersebut

boleh diketahui dengan akal fikiran bahawa ia adalah satu kewajiban. Perintah

berbuat baik ini termaktub dalam kitab besar seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran

dan diwahyukan kepada seluruh para nabi. Allah s.w.t. juga mengakui keredaan ibu

bapa berada di dalam keredaan Allah s.w.t. manakala kemarahan ibu bapa berada di

dalam kemarahan Tuhan (Nasr bin Muhammad Ibrahim al-Samarqandi, 1990).

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa mencakupi 3 aspek penting iaitu :

1. Perbuatan.
2. Sikap.
3. Ucapan (Mohammad Nur bin Abd al-Hafit Saudid, 1998).

108
Justeru taat dan patuh kepada kedua orang tua merupakan salah satu kewajiban utama

dalam taqarrub kepada Allah s.w.t. manakala durhaka kepada keduanya termasuk

dalam golongan dosa besar. Berbuat baik kepada ibu bapa meninggalkan kesan yang

sangat besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat (Mohammad Nur bin Abd al-Hafit

Saudid, 1998).

Kasih sayang anak dapat dilihat melalui pengorbanan yang ditunjukkan kepada kedua

ibu bapa terutama ketika mereka sudah lanjut usia. Anak-anak yang baik akan

sentiasa berusaha melakukan perkara-perkara yang direstui dan membahagiakan hati

ibu bapa. Mereka tidak akan membiarkan kedua ibu bapa yang dikasihi berada dalam

kesusahan dan penderitaan. Selain daripada itu mereka sentiasa berdoa agar kedua

ibu bapa dirahmati Allah s.w.t. dunia dan akhirat seperti dalam firman Allah s.w.t.

dalam surah Al-Isra' ayat 23-24.

Terjemahan :
Tuhanku, kasihanilah keduanya seperti keduanya telah mendidik
aku di waktu kecil.

Tugas mendidik anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa merupakan satu

tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh setiap ibu bapa. Kewajiban mereka

mendidik anak-anak supaya menghormati, menghargai dan mematuhi arahan seperti

yang dikehendaki Islam. Kegagalan anak-anak menghormati ibu bapa mempunyai

kaitan yang sangat rapat dengan usaha pendidikan ini.

109
6.1.1 KEUTAMAAN KETAATAN KEPADA IBU BERBANDING BAPA

Allah s.w.t memberi peringatan di dalam ayat ini supaya anak-anak mengenangkan

pengorbanan seorang ibu yang dibebani dengan pelbagai kesusahan sewaktu

mengandung dan menyusu anak ketika kecil.

Terjemahan :
Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang
bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun.

Seorang ibu mengandung anak di dalam kandungan yang semakin hari kandungan

menjadi semakin besar dan berat menyebabkan ibu semakin lemah. Menurut Imam

al-Shaukani : sesetengah ulamak berpendapat perempuan dijadikan dalam bentuk

kejadian yang lemah kemudian ditambah pula dengan beban kehamilan (Mohammad

bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Maksud ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah

lemah ialah lemah semasa mengandung dan kesakitan semasa melahirkan anak (Jalal

al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahalli dan Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi

Bakr al-Sayuti, 1996). Setiap hari ibu mengandung memikul kepenatan yang

semakin bertambah disebabkan pertambahan berat badan akibat pembesaran janin di

dalam kandungan. Hal ini demikian menjadikan seseorang ibu semakin lemah

(Mohammad Sayyid Tantawi, 1985). Para ibu ditambah pula dengan beban

110
penyusuan setelah menanggung beban kehamilan (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din

Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

Demikianlah pendapat ulama tentang maksud dalam keadaan lemah yang

bertambah-tambah.

Ayat seterusnya menjelaskan tentang pengorbanan ibu yang menyusukan anak.

Terjemahan ayat : Dan menyusukan selama dua tahun. Allah s.w.t. menetapkan

jangka masa penyusuan selama 2 tahun kerana keperluan semulajadi ( Mohammad

Nor bin Abd al-Hafit Suwaid, 1998). Menurut al-Shaukani jangka masa penyusuan

selama dua tahun dikhususkan kepada tanggungjawab ibu (Mohammad bin Ali bin

Mohammad al-Shaukani, 1993).

Penyususuan merupakan keperluan asasi kepada anak-anak yang baru lahir sehingga

mampu meninggalkan kesan yang cukup besar kepada anak. Lantaran Allah s.w.t.

mengiktiraf penyusuan sebagai hukum syarak ( Mohammad Nor bin Abd al-Hafit

Suwaid, 1998). Firman Allah s.w.t. ayat 23, surah al-Nisa',

111
Terjemahan :
Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibu kamu, anak-anak
kamu yang perempuan, saudara-saudara kamu yang perempuan,
saudara-saudara bapa kamu yang perempuan, saudara-saudara ibu
kamu yang perempuan, anak-anakperempuan dari saudar-saudara
kamu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudara
kamu yang perempuan, ibu-ibu yang menyusui kamu, saudara
perempuan yang sepersusuan, ibu-ibu isteri kamu (mentua)
anak-anak isteri kamu dalam peliharaan kamu…………..

Islam mengikat hubungan antara lelaki dengan wanita melalui ikatan perkahwinan

dan dihimpunkan di dalam sebuah keluarga. Masing-masing memikul

tanggungjawab untuk membentuk ahli keluarga yang saleh dalam membina

masyarakat yang baik dan terhormat. Justeru dipertanggungjawabkan kewajiban bagi

tiap-tiap pasangan, suami memberi nafkah manakala isteri menunaikan tugas

penyususan ( Mohammad Nor bin Abd al-Hafit Suwaid, 1998).

Perintah di dalam ayat di atas selari dengan ayat al-Quran yang menjelaskan tentang

kewajiban seorang ibu menyempurnakan proses penyusuan selama dua tahun seperti

yang termaktub dalam surah al-Baqarah, ayat 233,

Terjemahan :
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.

Al-Quran juga turut mengakui tentang kesusahan seseorang ibu menempuh

kehamilan, kesakitan ketika melahirkan, kesusahan semasa menyusu dan menjaga

anak kecil meliputi selama lebih kurang 30 bulan berdasarkan surah al-Ahqaf, ayat

15.

112
Terjemahan :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan
melahirkannya pula dengan bersusah payah, sedangkan tempoh
mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susu ialah
dalam masa tiga puluh bulan.

Sesungguhnya Islam menghargai pengorbanan dan kepayahan ibu bapa dalam

membesar dan mendidik anak-anak mereka. Berbuat baik dan taat kepada ibu lebih

utama (Shamsuddin Abi Abdullah Muhammad bin Muflih al-Muqaddasi al-Hanbali,

1996).

6.1.2 KETAATAN KEPADA IBU BAPA MESTI BERLANDASKAN


KETAATAN KEPADA ALLAH S.W.T.

Ketaatan kepada kedua ibu bapa sangat dituntut oleh Islam sekiranya suruhan tersebut

tidak bercanggah dengan hukum dan perintah Allah s.w.t. seperti Ayat 15,

Terjemahan :
Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan
dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuan kamu tentang
itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya

Allah s.w.t telah menjelaskan dengan cukup jelas tentang pengorbanan seorang ibu

seperti yang dihuraikan dalam ayat sebelum ini. Sekalipun besar pengorbanan para

ibu kepada seorang anaknya dan kewajiban anak mentaati kedua mereka namun

ketaatan tersebut mesti berlandaskan hukum syarak. Allah s.w.t. memerintahkan

113
supaya tidak mentaati kepada makhluk sekalipun ibu bapa sekiranya perintah mereka

bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. Keengganan mentaati perintah yang

bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. tidak dianggap suatu dosa atau kesalahan

di sisi Allah s.w.t. (al-Sayuti, 2000).

Selain daripada itu, perintah yang terkandung di dalam ayat ini merupakan lanjutan

kepada gandingan padu antara perintah berbuat baik kepada ibu bapa dan larangan

syirik kepada Allah s.w.t. Perintah berbuat baik kepada ibu bapa akan terbatal jika

bertentangan dengan hukum syarak. Tidak boleh taat kepada makhluk tentang

perkara-perkara maksiat (Wahbah al-Zuhaili, Muhammad Adnan Salim, Muhammad

Bisami Rushdi al-Zain dan Muhammad Wahbi Sulaiman, 2002).

Walau bagaimanapun, kedatangan ayat ini mempunyai sejarah asbabul nuzul. Ia

diturun kepada Saad bin Abi Waqqas salah seorang sahabat nabi s.a.w. yang terkenal

sewaktu beliau mula memeluk Islam. Ibunya bernama Haminah binti Abi Suffian bin

Umaiyyah menentang keras terhadap keislaman beliau (Muhammad Mahmud Hijazi,

1992 dan Wahbah al-Zuhaili, 1991). Justeru ayat ini diturunkan sama seperti yang

tercatat di dalam ayat 8, surah al-Ankabut.

114
Terjemahan :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya. Dan jika keduanya memaksa kamu untuk
mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada
pengetahuan Kamu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti
keduanya. Hanya kepada Akulah kembali kamu, Aku akan
khabarkan kepada kamu tentang apa yang telah kamu kerjakan.

Saad bin Abi Waqqas berkata : Ayat tersebut diturunkan untuk aku. Aku sangat

mencintai dan berbakti kepada ibuku. Ketika aku memeluk Islam ibuku menegur :

Hai Saad! Apa yang terjadi kepada diri kamu? Kamu mesti keluar daripada agama

baru kamu ini. Jika tidak ibu akan mogok makan dan minum sehingga mati. Biarlah

engkau dicemoh orang kerana mendurhakai dan menyakiti hati ibu sendiri. Orang

akan memanggil kamu dengan panggilan : Hai si pembunuh ibunya!

Segera aku menjawab kepada ibu dengan berkata : Wahai ibu! Jangan lakukan

perbuatan tersebut. Sia-sia sahaja semua ancaman ibu, aku tidak akan meninggalkan

agama yang benar ini walau apa alasan sekalipun…. Selama sehari semalam aku

tinggal bersama ibuku. Ternyata ibuku benar-benar membuktikan kata-kata yang

telah diucapkan kepadaku.

Keadaan semakin genting apabila ibuku masih bertegas dengan pendiriannya. Lalu

aku mempertahankan keyakinan aku terhadap Islam dan berkata kepada ibuku :

Ketahuilah wahai ibu, Demi Allah jika ibu mempunyai seratus nyawa lalu nyawa

tersebut keluar satu persatu dari tubuh ibu nescaya aku tidak akan meninggalkan

agama ini, walau apa sekalipun terjadi. Aku tidak akan peduli dengan segala

115
ancaman ibu. Setelah ibuku menyaksikan ketegasan dan keteguhan sikap aku,

barulah beliau mahu makan. Lalu turunlah ayat ini (al-Sayuti, 2000). Sikap seperti

ini mesti dicontohi oleh setiap orang Islam agar teguh dengan pegangan agama yang

benar.

Allah s.w.t. menyuruh setiap manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa dalam

mentaati segala suruhan mereka yang baik sahaja (Mohammad Sayyid Tantawi,

1985). Tidak boleh taat kepada kedua ibu bapa dalam berbuat maksiat kepada Allah

s.w.t, terutama menyekutukan atau syirik kepada Allah s.w.t. kerana redha kepada

kekufuran dan perkara-perkara maksiat adalah kufur dan ingkar di sisi Allah s.w.t.

(Shamsuddin Abi Abdullah Muhammad bin Muflih al-Muqaddasi al-Hanbali, 1996).

Islam melarang anak-anak mentaati perintah ibu bapa yang bertentangan dengan

hukum syarak sekalipun amalan tersebut disuruh dan satu amalan rutin seharian para

ibu bapa seperti yang berlaku di dalam sejarah Nabi Ibrahim a.s. Bapa baginda

bekerja sebagai tukang membuat patung berhala yang disembah oleh kaumnya. Al-

Quran mencatat kisah tersebut di dalam surah Al-Anbiya', ayat 52-54,

Terjemahan :
Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapa dan kaumnya :
Patung-patung apakah yang kamu tekun beribadat kepadanya?
Mereka menjawab : Kami mendapati bapa-bapa kami
mnyembahnya. Ibrahim berkata : Sesungguhnya kamu dan
bapa-bapa kamu berada di dalam kesesatan yang nyata.

116
Sekalipun tanggungjawab dan pengorbanan ibu bapa sangat besar kepada seorang

anak sehingga ayat yang berkaitan dengan perintah mentaati kedua ibu bapa

digandingkan bersama larangan syirik kepada Allah s.w.t. Namun segala amalan

yang bertentangan dengan hukum Allah s.w.t. dan tidak pernah dilakukan rasulnya

maka perbuatan tersebut mesti dijauhi oleh seseorang anak. Hal ini tercatat di dalam

firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Maidah ayat104,

Terjemahan :
Apabila dikatakan kepada mereka : Marilah mengikuti apa yang
diturunkan Allah dan mengikuti rasul. Mereka menjawab :
Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami
mengerjakannya.

6.1.3 HUKUM MENGHORMATI IBU BAPA KAFIR

Ayat ini menjelaskan tentang kewajiban anak-anak yang beragama Islam menunaikan

kewajiban kepada ibu bapa yang kafir seperti menghormati, bergaul mesra,

menjalinkan silatulrahim dan menafkahkan rezeki kepada mereka. Firman Allah

s.w.t.

Terjemahan :
pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.

117
Pergaulilah di dalam ayat di atas ialah berbuat baik dan mengekalkan silatul rahim

(Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahalli dan Jalal al-Din Abd al-Rahman bin

Abi Bakr al-Sayuti, 1996).

Luqman al-Hakim juga melaksanakan perintah Allah s.w.t dalam pendidikan anak-

anaknya berdasarkan kepada ayat ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Qushairi.

Menurut beliau anak dan isteri Luqman al-Hakim adalah kafir. Oleh itu, Luqman

al-Hakim tidak pernah berputus asa malah sentiasa mendidik dan menasihati

kedua-duanya sehingga kembali kepada Islam. Setelah anak dan isteri beliau kembali

kepada Islam, Luqman al-Hakim tetap mengawasi mereka agar kekal di dalam Islam

(Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Suhaili berkata anak Luqman al-Hakim bernama Tharan pada pendapat Ibn Jarir dan

al-Qurtubi. Manakala Kalabi pula berpendapat anak Luqman al-Hakim bernama

Mushkam, al-Niqash dan An'am (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani,

1993 dan Abi Muhammad Husini bin Mas’ud al-Fira’ al-Baghawi al-Shafie, 1993).

Imam al-Jauzi menjelaskan maksud berhubunglah dengan keduanya ialah

menjalinkan silatul rahim dengan kedua ibu bapa kafir (Imam Abi al-Firaj Jamal

al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi,

1987).

118
Imam al-Jauzi juga berpendapat perkataan makruf di dalam ayat tersebut ialah

memperelokkan hubungan dari aspek perbuatan (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd

al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

Setiap orang Islam yang beriman diperintah supaya bergaul secara baik dengan ibu

bapa yang bukan Islam seperti bertolak ansur dan bersikap terbuka di dalam

pergaulan tetapi tidak mentaati atau melakukan perkara-perkara syirik kepada Allah

s.w.t. (Abu Syakir, 1996). Kesalahan syirik merupakan dosa yang paling besar dan

tidak diampunkan Allah s.w.t. Firman Allah ayat 48, surah al-Nissa' :

Terjemahan :
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan dia
mengampuni segala dosa yang selain daripada itu……

Hak-hak kedua ibu bapa mesti ditunaikan sekalipun berlainan agama. Asma' Abu

Bakar as-Siddiq r.a berkata : Ibuku datang ke rumah, sedangkan ia seorang musyrik.

Lalu aku menemui Rasulullah s.a.w. untuk bertanyakan tentang hal ibu aku. Aku

berkata : Ya, Rasulullah ibuku yang kafir datang mengharapkan bakti kewajibanku

sebagai puterinya. Apakah aku boleh menerima dan berhubung baik dengan beliau?

Rasulullah s.a.w. bersabda : Ya, peliharalah hubungan baiknya. Lalu Allah s.w.t.

menerangkan di dalam ayat 8, surah mumtahanah (Mohammad Sayyid Tantawi,

1985). Firman Allah s.w.t.

119
Terjemahan :
Allah s.w.t. tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan
berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi
kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari
negeri kamu…..

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang kafir tidak boleh diabaikan. Anak-anak

wajib memberi perbelanjaan berbentuk harta kepada ibu bapa jika mereka miskin,

lemah lembut di dalam percakapan dan berdoa agar mereka menerima Islam (Abd al-

Mun'ain Ahmad Tu'ailab, 1995). Anak-anak perlu memikir dan mengenangkan jasa

dan pengorbanan mereka sebagai ibu bapa. Allah s.w.t. juga tidak menghalang

manusia berbuat baik kepada orang kafir yang menghormati dan mencintai kehidupan

yang harmoni.

6.1.4 KONSEP SYUKUR

Ayat seterusnya menekan konsep syukur kepada Allah s.w.t. dan kedua ibu bapa.

Firman Allah s.w.t.

Terjemahan :
Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu.

Syukur di dalam ayat ini mengaitkan hubungan syukur kepada Allah s.w.t. dan ibu

bapa. Ikatan kedua-dua syukur iaitu syukur kepada Allah s.w.t. dan ibu bapa

merupakan dalil atau petunjuk bahawa menunaikan hak-hak kedua ibu bapa sangat

besar (Wahbah al-Zuhaili, 2002). Tanggungjawab kepada kedua ibu bapa sama

120
penting dengan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. (Mohammad bin Ali bin

Mohammad al-Shaukani, 1993).

Allah s.w.t. memerintah setiap orang anak supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. dan

kedua ibu bapa. Perintah bersyukurlah kepadaKu (Allah s.w.t.) kerana Allah s.w.t.

tempat keluar segala nikmat atau pemberi nikmat manakala kedua ibu bapa pula

merupakan sebab kelahiran seseorang anak dan memberi didikan yang sempurna

(Wahbah al-Zuhaili, 2002).

Ulama tafsir juga berselisih pendapat tentang konsep syukur kepada ibu bapa dengan

konsep syukur kepada Allah s.w.t. Syukur kepada ibu bapa bermaksud

tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap orang anak terhadap ibu bapa mereka

(Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad Al-Shaukani, 1993). Manakala syukur

kepada Allah s.w.t. kerana diberikan hikmah yang mencakupi pelbagai cara sama ada

ilham, wahyu atau pengajaran dan pembelajaran (Abd al-Mun'in Ahmad Tuailab,

1990).

Kedua-dua perintah ini bergandingan sangat rapat. Selain daripada itu, gandingan

ayat ini juga menunjukkan Allah s.w.t. memuliakan pendidikan Luqman tentang

kebesaran Allah s.w.t. iaitu berkaitan larangan syirik. Justeru ayat bersyukurlah

kamu kepadaKu dan kedua ibu bapa kamu menjelaskan tentang hubungan antara

larangan syirik dan berbuat baik kepada ibu bapa di dalam wasiat Luqman al-Hakim

(Tafsir Ayat Ahkam, 1994).

121
Terdapat 3 ayat yang diturunkan Allah s.w.t. mempunyai ikatan yang tidak boleh

dipisahkan antara satu dengan lain. Allah s.w.t. tidak terima amalan tersebut

sekiranya tidak ditunaikan serentak kedua-dua sekali iaitu fardhu solat dan zakat,

firman Allah s.w.t. ayat , surah.

Terjemahan :
Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat…

Sesiapa yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat maka solatnya tidak diterima

Allah s.w.t. Kedua ialah taat kepada Allah s.w.t. dengan mentaati Rasulullah s.a.w.

seperti di dalam firman Allah s.w.t. ayat, surah.

Terjemahan :
Taatlah kamu kepada Allah dan rasulnya…

Sesiapa yang mentaati Allah s.w.t. tetapi tidak mentaati Rasulullah s.a.w. maka

ketaatan tersebut tertolak di sisi Allah s.w.t. Ketiga ialah bersyukur kepada Allah

s.w.t. hanya akan diterima setelah terlebih dahulu bersyukur kepada kedua ibu bapa.

Firman Alllah s.w.t. ayat 14, surah Luqman.

Terjemahan :
Bersyukurlah kamu kepada aku dan kedua ibu bapa kamu…

Justeru sesiapa yang bersyukur kepada Allah s.w.t. tetapi tidak bersyukur kepada

kedua ibu bapa tidak diterima kesyukuran tersebut (Imam al-Ghazali, 1968 dan Nasr

bin Muhammad Ibrahim al-Samarqandi, 1990).

122
6.2 ADAB KEMASYARKATAN

Hubungan sesama manusia yang kedua ialah kemasyarakatan. Luqman al-Hakim

membekalkan anaknya dengan adab sopan yang baik sebelum dilepaskan berhadapan

dengan masyarakat sekeliling. Kewajiban bapa kepada anaknya tiga perkara iaitu :

1. Memilih ibu (calon isteri) yang baik.

2. Memberi nama yang baik.

3. Memberi pendidikan adab.

Justeru pendidikan adab kepada anak-anak merupakan tanggungjawab yang

diwajibkan di atas bahu bapanya (Shaykh Mohammad Taqi Falsafi dan Fadzil

al-Husaini al-Mailani, 1992).

Pendidikan ilmu dan adab sangat penting pada pandangan Islam. Abu Zakaria

al-Anbazi berkata : Ilmu tanpa adab seperti api tanpa kayu. Adab tanpa ilmu seperti

ruh tanpa jasad (Mohammad Nur bin Abd al-Hafiz Suwaid, 1998). Justeru

kebijaksanaan Luqman al-Hakim terserlah apabila beliau berjaya mendidik

anak-anaknya dengan ilmu dan adab secara serentak sehingga kombinasi antara

kedua-duanya bersepadu serta seimbang.

Luqman al-Hakim berkata kepada anaknya : Jika kamu sedang menunaikan solat

maka jagalah hati kamu. Jika kamu dijemput ke majlis makan maka jagalah

tingkahlaku kamu. Jika kamu di rumah orang maka jagalah pandangan mata. Jika

123
bersama manusia ramai maka jagalah lidah kamu. Hanyan dua perkara perlu kamu

ingat dan dilupai. Dua perkara yang perlu kamu ingat ialah Allah s.w.t. dan maut.

Dua perkara yang mesti kamu lupai ialah kebaikan yang kamu lakukan kepada

manusia lain dan kejahatan orang lain terhadap kamu (Muhammad al-Amin bin Abd

Allah al-Urammi al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001).

Luqman al-Hakim juga sentiasa memperingati anaknya agar mengambil berat dengan

pendidikan ilmu kerana hanya dengan ilmu pengetahuan dapat meninggikan martabat

seseorang. Beliau berkata: Wahai anak kesayanganku! Hendaklah engkau sentiasa

menghadiri majlis ulama dan mendengar hujah para hukamak. Sesungguhnya Allah

s.w.t. menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (Mohammad Nur bin Abd al-

Hafiz Suwaid, 1998).

Ilmu dan akhlak merupakan dua aset penting yang dititikberatkan oleh Luqman al-

Hakim sebelum beliau melepaskan anaknya mengharungi kehidupan bermasyarakat.

Hubungan sesama manusia yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim kepada anaknya

melalui adab bermasyrakat mencakupi beberapa aspek seperti berikut :

6.3 AMAR MAKRUF DAN NAHYI MUNGKAR

Pendidikan Luqman al-Hakim seterusnya menitikberatkan tanggungjawab seorang


muslim kepada diri sendiri dan masyarakat iaitu amr ma’ruf dan nahyi mungkar
seperti yang dinyatakan dalam ayat 17, surah Luqman.

124
Terjemahan :
Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah
(mereka) daripada perbuatan yang mungkar.

Amar makruf dan nahyi mungkar merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakan
(Abi Muhammad Husaini bin Mas'ud al-Farra' Al-Bagwi al-Shafie, 1993) yang
mampu menentukan kualiti terbaik seseorang muslim seperti firman Allah s.w.t. ayat
110, surah Ali Imran,:

Terjemahan :
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada mungkar
dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman tentulah
itu lebih baik bagi mereka. Antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

Ulama berselisih pendapat tentang maksud dan kehendak amar makruf dan nahyi

mungkar. Amar Makruf ialah mengajak manusia supaya menyembah Allah, manakala

nahyi mungkar pula ialah mencegah manusia daripada menyembah berhala (Shaykh

Hud bin Muhakkam al-Hijri, 1990).

Amar makruf ialah menyuruh diri sendiri dan orang lain mengerjakan apa yang

diperintahkan syarak yang sesuai dengan pertimbangan akal pemikiran seperti

berakhlak mulia, memperelokan tingkahlaku, mendidik diri sendiri dengan mengajak

125
orang lain kepada kemajuan dan ketinggian tamadun (Muhammad Sayyid Tantawi,

1985).

Imam al-Syairazi (m.1193M) pula mentakrifkan pengertian amar makruf dan nahyi

mungkar dengan maksud menyuruh kepada kebaikan dan mencegah perkara maksiat

dan perbuatan yang buruk serta memperbaiki kehidupan masyarakat (Muhammad

Sayyid Tantawi, 1985).

Menurut Imam Syeikh Ismail Haqqi al-Barusawi(t.t), amar makruf ialah mengajak

manusia melakukan kebaikan, iaitu perkara yang boleh mendekatkan manusia dengan

Allah s.w.t., manakala nahyi mungkar pula ialah mencegah manusia dari melakukan

perkara-perkara keji, yang boleh melalaikan manusia daripada mengingati Allah

s.w.t. Setelah Luqman al-Hakim mendidik anaknya dengan perintah solat untuk

kesempurnaan peribadi maka seterusnya beliau menyuruh anaknya melaksanakan

amar makruf dan nahyi mungkar untuk menyempurnakan orang lain (al-Qadi

Nasiruddin Abi Said, 1988). Orang yang sentiasa mengajak orang lain kepada

kebaikan seolah-olah dirinya sendiri yang melakukan kebaikan. Nahyi mungkar pula

perlu dilakukan sekadar terdaya, samada dengan tangan, lidah atau hati (Syeikh

Ahmad Showi al-Maliki, t.t.).

Luqman al-Hakim menyediakan keperibadian seorang pemimpin kepada anaknya

untuk berhadapan dengan masyarakat. Hal ini terungkap di dalam kisah pendidikan

beliau. Luqman ditanya anaknya : Siapakah sejahat-jahat manusia? Beliau berkata :

126
Orang yang tidak memperdulikan manusia sekeliling mengatakan bahawa ia seorang

yang jahat (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahalli dan Jalal al-Din Abd

al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 1996). Orang yang tidak memperdulikan nasihat,

kritikan dan pandangan orang lain terhadap dirinya malah tetap kekal dengan perkara

mungkar, maka orang tersebut merupakan orang yang sangat jahat pada pandangan

Luqman al-Hakim.

Selain daripada itu, Amr ma’ruf dan nahyi mungkar juga bermaksud mengawal-selia

aktiviti umat Islam dalam setiap aspek kehidupan. Had sempadan pengawalan

tersebut ialah mempastikan umat Islam melakukan kebaikan dan mencegah

kemungkaran berdasarkan garis paduan yang telah ditetapkan syarak. Luqman

al-Hakim telah mendidik anaknya untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap

masyarakat dengan sempurna setelah melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah

iaitu solat (Syed Qutb, 1991).

6.4 KONSEP SABAR

Luqman al-Hakim memberi pendidikan tentang sabar kepada anaknya setelah beliau

selesai melaksanakan perintah pendidikan solat dan melaksanakan amar makruf dan

nahyi mungkar. Sabar di atas segala kesusahan, kepayahan dan perkara-perkara yang

berkaitan degan ketuhanan. Perlaksanaan amar makruf dan nahyi mungkar pada

kebiasaannya akan berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan sangat menyakitkan

hati. Oleh itu seseorang itu sangat dituntut supaya bersabar (Wahbah al-Zuhaili,

127
1991 dan Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar,

1995). Firman Allah s.w.t. ayat 17, surah Luqman :

Terjemahan :
Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu

Luqman al-Hakim memulakan pendidikan dengan wasiat mendirikan solat dan

diakhiri dengan perintah supaya sabar kerana tiang pertolongan daripada keredaan

Allah s.w.t. ialah sabar (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi

al-Harari al-Shafie 2001)

Wahbah al-Zuhaili pula berpendapat nasihat Luqman al-Hakim dimulai dengan solat

kerana solat merupakan tiang agama dan diakhiri dengan konsep sabar kerana sabar

adalah asas yang tetap untuk melaksanakan segala ketaatan dan tiang keredaan Allah

s.w.t. (Wahbah al-Zuhaili, 1991) firman Allah s.w.t. ayat 45, surah al-Baqarah :

Terjemahan :
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu sangat berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk.

Maksud sabar di dalam ayat di atas ialah bersabar ke atas segala kesusahan kerana

hidup di dunia penuh dengan kepedihan dan kepayahan. Manakala kerehatan itu

hanya ada di dalam syurga sahaja (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985).

128
Sifat sabar yang dianjurkan oleh Luqman al-Hakim termasuklah sabar ketika diuji

Allah s.w.t. dengan ketakutan terhadap musuh, kelaparan kerana ketiadaan makanan,

kehilangan harta benda dan nyawa seperti kemusnahan ladang pertanian dan

kematian ahli keluarga. Hanya orang yang sabar sahaja akan mendapat rahmat

daripada tuhannya (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi. t. th.)

Sabar hanya diperolehi hasil daripada pendidikan ilmu dan makrifat. Hasil sifat sabar

berjaya membentuk tatasusila yang tinggi dan akhlak yang teguh. Sabar merupakan

sifat orang beriman. Justeru orang yang sabar ialah mereka yang bersabar ketika

kesusahan dan bersyukur di atas perkara-perkara kenikmatan. Sesungguhnya sabar

dalam bala sangat sukar kepada setiap orang (Hassan Sharqawi, 1983).

Ayat seterusnya menegaskan tentang perintah mendirikan solat, perlaksanaan amar

makruf dan nahyi mungkar dan kepentingan konsep sabar termasuk dalam kategori

akhlak yang mulia (Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Shaukani, 1993) dan

perintah yang diwajibkan Allah s.w.t. kepada setiap umat Islam (Shaykh Ismail Haqqi al-

Burusawi, t. th.). Semua perkara tersebut memerlukan keazaman yang sangat tinggi,

firman Allah s.w.t. ayat 17, surah Luqman :

Terjemahan :
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang
diwajibkan.

129
Ujian Tuhan terhadap manusia semasa di dunia sangat berat dan mesti ditempuhi

dengan sabar kerana ia termasuk urusan yang mesti diutamakan seperti yang

ditegaskan Allah s.w.t. dalam ayat 186, surah Ali Imran :

Terjemahan :
Kamu sesungguhnya akan diuji terhadap harta kamu dan diri
kamu. Dan kamu sesungguhnya akan mendengar dari orang-orang
yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang
mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak dan menyakitkan
hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang
demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

Sesungguhnya pelaksanaan perintah solat, menunaikan amar makruf dan nahyi

mungkar dan bersabar di dalam kesusuhan termasuk perkara-perkara sukar.

Seseorang yang melaksanakan perintah tersebut memerlukan keazaman serta

ketabahan hati yang kental. Hal ini diingatkan oleh Luqman al-Hakim agar anaknya

tidak mudah patah hati atau kecewa sewaktu menunaikan perintah tersebut.

6.5 SIFAT SOMBONG DAN TAKBUR

Luqman al-Hakim memberi alasan dan peringatan kepada anaknya agar berhati-hati

dengan sifat sombong kerana sikap tersebut akan mengundang kemurkaan

Allahs.w.t., firman Allah s.w.t. ayat 18, surah Luqman :

130
Terjemahan :
Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekelian orang yang sombong
dan membangga-banggakan diri.

Perkataan Mukhtal disifatkan kepada orang yang berjalan dengan gaya sombong dan

takbur termasuklah gaya berjalan yang melenggang-lenggok kerana kegembiraan

mendapat nikmat yang banyak. Manakala fakhur bermaksud orang yang selalu

memuji-muji diri sendiri dan menghina orang lain yang tidak sama seperti dirinya

(Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Perkataan al-Fakhur juga merupakan sifat buruk yang dinisbahkan kepada orang

yang berpaling muka kerana sombong (Abi al-Fadhil Shihab al-Din Al-Sayyid

Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, 1994). Perkataan Fakhur bermaksud orang yang

merasa besar diri dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya seperti harta

kekayaan dunia dan kemegahan malah dalam masa yang sama ia enggan bersyukur

kepada Allah s.w.t. (Shaykh Hud bin Muhakkam al-Hijri, 1990).

Istilah sombong dapat ditakrifkan sebagai memperkecilkan orang lain dan menolak

kebenaran yang berpunca daripada kekaguman pada diri sendiri (Said Hawwa, 2001).

Seburuk-buruk sifat takbur ialah takbur kepada Allah s.w.t. dan para rasulNya.

Firman Allah ayat 14, surah al-Naml:

131
Terjemahan:
Dan mereka yang mengingkarinya kerana kezaliman dan
kesombongan, pada hal hati mereka meyakini kebenaran.
Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang
melakukan kerosakan.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang merasa takjub dengan diri sendiri

yang dapat dilihat melalui gaya berjalan dengan sombong. Manakala sikap berlagak

sombong dengan orang lain pula dapat dilihat melalui sikap seseorang yang berpaling

muka ketika bercakap (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Sifat takbur sesama manusia pula ialah memandang rendah terhadap mereka serta

membanggakan dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.

Terjemahan :
Para sahabat juga bertanya tentang sifat sombong ini
seperti yang tercatat di dalam kisah Abdullah bin Amr.
Beliau berkata : Ya Rasulullah, kami telah mengerti
tentang syirik, tetapi apakah erti kibir (sombong)?
Apakah jika salah seorang di antara kami memakai
sepasang sandal yang bagus dan bahagian atas sandal itu
bagus, hal itu bererti kibir? Rasulullah s.a.w. menjawab :
Bukan. Seorang sahabat bertanya: Apakah jika salah
seorang di antara kami mempunyai teman-teman yang
datang kepadanya, itu bererti kibir (sombong)?
Rasulullah s.a.w. menjawab: Bukan. Seseorang sahabat
bertanya lagi : Kalau begitu, apakah erti kibir itu ya
Rasulullah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Menolak
kebenaran dan meremehkan orang lain (Bukhari dan
Ahmad, Al-Bukhari Fi Adabil Mufrad, hlm. 167, Musnad
Imam Ahmad, juz 2, hlm. 169, 170, 225, Al-Ahaadith al-
Sahihah, juz 1, hlm. 208-209).

Allah s.w.t. juga tidak akan memandang kepada orang yang takbur pada hari akhirat

kelak. Sabda Rasulullah s.a.w.

132
Terjemahan :
Daripada Abi Hurairah r.a Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
3 golongan yang Allah s.w.t. tidak bercakap pada hari
akhirat, tidak membersihkan dan tidak memandang kepada
mereka ialah orang yang berzina, pemerintah yang
berbohong dan fakir yang takbur (Riyad al-Salihin, 2001).

Sifat Takbur adalah tingkah laku batin yang membuahkan perilaku zahir pada diri

seseorang iaitu sesuatu sikap jiwa yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang

lain atau penciptanya iaitu Allah s.w.t. Allah s.w.t. menggambarkan dua keadaan

yang menjadi petunjuk kepada orang yang mempunyai sifat takbur iaitu memalingkan

muka ketika bercakap dengan seseorang kerana memandang rendah kepadanya dan

berjalan dengan gaya yang angkuh dan sombong. Justeru Luqman al-Hakim

melarang anaknya bertingkah laku angkuh dan sombong dalam menunaikan

kewajiban terhadap masyarakat iaitu larangan memalingkan muka dan berjalan

dengan gaya sombong.

6.5.1 LARANGAN MEMALINGKAN MUKA

Luqman telah melarang anaknya bersikap sombong dan angkuh melalui nasihat yang

sangat sopan, ayat 18, surah Luqman :

Terjemahan :
Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari
manusia (kerana sombong)

133
Apabila bercakap dengan manusia hendaklah memandang ke arah mareka dengan wajah

ceria dan berseri-seri dan tidak langsung menunjukkan sikap sombong (Muhammad

al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001). Orang yang

memalingkan muka daripada manusia lain kerana sombong diibaratkan sebagai unta

yang sakit lehernya sehingga kejang (Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad al-

Shaukani, 1993).

Imam al-Sayuti mentafsirkan ayat di atas sebagai satu kaedah pendidikan akhlak oleh

Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya tentang adab sopan sewaktu menyampaikan

ilmu dan dakwah kepada masyarakat. Pendidikan yang baik hanya akan berlaku

sekiranya tidak terdapat perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Sikap sombong,

angkuh dan memaling muka ketika bercakap ditujukan khusus kepada orang-orang

miskin (al-Sayuti, 2000).

Sayyid al-Qutb pula melihat larangan ini dari dua sudut yang berbeza pertama sebagai

adab dalam berdakwah. Allah s.w.t. mengharamkan seseorang yang bersifat sombong

dan angkuh semasa memimpin manusia kepada kebaikan. Kedua, lebih buruk lagi jika

sikap ini diamalkan oleh orang-orang yang tidak pernah berdakwah kepada kebaikan

(Sayyid Qutb, 1988).

Walau bagaimanapun, ayat ini mempunyai sejarah asbab al-nuzul iaitu tentang

teguran Allah s.w.t. terhadap layanan Rasulullah s.a.w. kepada orang buta . Menurut

kitab Durr al-Manthur, persamaan hak antara orang fakir dan orang kaya di dalam

menuntut ilmu pengetahuan mesti diberi penekanan penting. Sesungguhnya Nabi

134
s.a.w. ditegur seperti yang tercatat di dalam ayat 1-2, surah Abasa. Firman Allah

s.w.t. :

Terjemahan :
Dia (Mhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah
datang seuorang buta kepadanya.

Peristiwa itu berhubung dengan seorang Islam yang buta iaitu Abdullah bin Ummi

Maktum (Imam Abi Al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995). Beliau

datang berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang perkara-perkara agama.

Rasulullah s.a.w. tidak dapat melayannya kerana pada masa yang sama baginda sibuk

memberi penerangan kepada ketua-ketua kaum musyrik Mekah tentang ajaran Islam.

Antara mereka ialah Utbah bin Rabi'ah, Abu Jahal bin Hisham, Abbas bin Abdul

Mutalib dan Ummaiyyah bin Khalaf (Imam Abi Al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi

al-Nisaburi, 1995).

Rasulullah s.a.w. berusaha menyeru para pembesar tersebut memeluk Islam dengan

harapan lebih ramai lagi para pengikut mereka akan turut serta. Baginda meneruskan

penerangan kepada ketua-ketua Quraish sehingga Allah s.w.t. menegur sikap baginda

yang memandang remeh kepada masalah Abdullah bin Ummi Maktum menerusi ayat

tersebut. Walau bagaimanapun selepas peristiwa tersebut Rasulullah s.a.w. lebih

menghormati Abdullah bin Ummi Maktum. Setiap kali Rasulullah s.a.w. berjumpa

dengannya akan mengucapkan ------------------------------------- yang bermaksud

selamat datang, kerana engkaulah aku ditegur oleh Tuhanku (Imam Abi Al-Hassan

Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995).

135
Allah s.w.t. menegur sikap Rasulullah s.a.w. yang bermasam muka kepada Abdullah

bin Ummi Maktum yang ikhlas. Peristiwa ini memberi pengajaran supaya baginda

memberi layanan yang selayaknya kepada orang-orang yang sedia menerima

petunjuk sekalipun dia seorang miskin yang tidak mempunyai sebarang pengaruh.

Allah s.w.t. menegur Rasulullah s.a.w. supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.

6.5.2 LARANGAN BERJALAN SOMBONG

Pendidikan kedua Luqman berkaitan dengan sifat sombong ialah larangan berjalan

dengan sombong. Firman Allah s.w.t. ayat 18 :

Terjemahan :
dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan langkah yang
angkuh.

Perkataan marahan bermaksud cara berjalan melenggang-lenggok kerana gembira

mendapat nikmat yang banyak tetapi memandang remeh dengan nikmat yang

diperolehi lantaran hati terhijab. Rentetan daripada itu akan lahir pula sifat besar diri,

tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. dan tidak menggunakan nikmat dengan cara yang

betul (Wahbah al-Zuhaili, 1991). Firman Allah s.w.t. ayat 37, surah al-Isra'.

Terjemahan:

136
Dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan berlagak
sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak
dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan
sampai setinggi gunung-ganang.
Takbur dan sombong ialah akhlak orang-orang kafir dan sekutunya manakala

tawadhu' merupakan akhlak para nabi dan orang-orang saleh (Al-Ghazali, t.th.).

Tawadhu' sangat diburu oleh orang-orang yang saleh kerana sifat tersebut dapat

menimbulkan mahabbah iaitu kecintaan (Al-Ghazali, t.th.)

Sikap orang yang bejalan dengan sombong tercatat di dalam riwayat Yahya bin Jabir

al-Tho'i dari Khudaif bin al-Harith berkata : Aku duduk di sisi Abdullah bin Amru

bin al-As, maka aku dengar beliau berkata: Sesungguhnya kubur akan bercakap

dengan manusia apabila ia dimasukkan ke dalam kubur kelak : Wahai Bani Adam!

Betapa tidak engkau sopan kepadaku. Tidakkah engkau tahu bahawa akulah rumah

yang keseorangan, tidakkah engkau sedar bahawa akulah rumah kegelapan, tidakkah

engkau tahu bahawa akulah rumah kebenaran. Wahai Bani Adam! Betapa tidak

engkau sopan kepadaku. Selama ini engkau berjalan sekitarku dengan lagak sombong

dan takbur (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Dua aspek yang ditekankan oleh Luqman al-Hakim dalam ayat ini merupakan

cerminan daripada sikap sombong yang dapat diketahui oleh pandangan biasa iaitu

memalingkan pipi daripada manusia sama ada melalui gerak-geri sombong dan tidak

menghiraukan manusia atau berjalan di bumi dengan gaya takbur serta tidak

mempedulikan manusia lain. Gerak-geri dan tingkah laku seperti ini membayangkan

seseorang itu ditimpa penyakit takbur (Sayyid Qutb, 1988).

137
6.6 KONSEP KESEDERHANAAN

Luqman al-Hakim mendidik anaknya agar mengutamakan sifat sederhana dalam

menunaikan setiap tanggungjawab dan lain-lain urusan dunia. Titik fokus

pendidikan Luqman dalam usaha menanamkan sifat sederhana di dalam jiwa anaknya

dapat dilihat melalui penekanan terhadap gaya berjalan dan perintah rendahkan suara

apabila berinteraksi dengan masyarakat.

6.6.1 SEDERHANA DALAM GAYA BERJALAN

Luqman al-Hakim menjelaskan cara berjalan yang sesuai setelah menjelaskan tentang

gaya berjalan yang buruk iaitu larangan berjalan di muka bumi dengan angkuh dan

sombong. Firman Allah s.w.t dalam ayat 19 :

Terjemahan :

Dan sederhanakanlah dalam gaya perjalananmu

Luqman al-Hakim menerangkan cara berjalan yang baik iaitu berjalan dengan gaya

sederhana. Maksud sederhana dalam berjalan ialah seseorang itu tidak berjalan

lambat seperti orang yang lemah dan tidak bertenaga tetapi tidak pula terlalu cepat

seperti orang yang tergopoh-gapah. Menurut Ata' : Hendaklah berjalan dengan tenang

138
dan penuh kesopanan. Kesederhanaan melangkah sewaktu berjalan menggambarkan

ketenangan jiwa dan kesopanan tingkah laku. Sifat tenang dan sopan santun

merupakan budi pekerti mulia yang sangat dituntut oleh Islam (Al-Jauzi, Imam Abi

al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad, 1987).

Gaya berjalan secara sederhana mengambarkan cara berjalan orang yang bercita-cita

tinggi, berjiwa besar dan gagah berani. Sebaliknya berjalan dengan tergopoh-gapah

akan menghilangkan keindahan dan kecantikan seorang mukmin. Selain daripada itu,

berjalan terlalu cepat akan meletihkan, apabila seluruh anggota tubuh badan

digerakkan secara pantas (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Hal ini demikian membuktikan kesederhanaan mampu melahirkan rasa rendah diri yang menjadi

ciri utama golongan mukmin sejati. Firman Allah s.w.t. ayat 63, surah al-Furqan :

Terjemahan:
Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang
yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati. Apabila
orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-
kata yang baik.

Perkataan rendah hati bermaksud tenang dan sederhana (Imam Muhaddis Ibn Kathir.

1998.). Hamba Allah s.w.t. yang saleh ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi

dengan lemah lembut yang menggambarkan sifat tawadhu' (Al-Ghazali, Abi Hamid

bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad, t.th.).

139
Pada suatu hari, Umar melihat seorang lelaki tunduk tidak bermaya. Berkata Umar:

Angkatlah mukamu. Sesungguhnya Islam itu bukanlah orang-orang sakit belaka (Abi

al-Fadhil Shihab al-Din Al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, 1994).

Menurut Ibnu Mas'ud : Janganlah berjalan terlalu cepat kerana meniru cara orang

Yahudi. Dan jangan pula berjalan terlalu lambat kerana meniru cara orang Nasrani.

Sebaik-baiknya ialah mengambil jalan tengah antara keduanya (Abi al-Fadhil Shihab

al-Din Al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, 1994).

6.6.2 RENDAHKAN SUARA

Pertuturan dan percakapan juga merupakan perilaku lahir yang menjadi ukuran budi

pekerti seseorang. Luqman menitikberatkan tentang budi pekerti mulia seperti yang

dianjurkan beliau kepada anaknya supaya bercakap dengan suara yang lembut, tidak

keras dan terjerit-jerit. Firman Allah s.w.t. ayat 19 :

Terjemahan :
Dan lunakkanlah suara kamu.

Perlahankanlah dan kawallah suara kamu mengikut keperluan agar sesuai dengan

keadaan sekeliling. Tambahan pula suara yang rendah menyebabkan mesej yang

ingin disampaikan oleh seseorang itu lebih mudah untuk difahami. Selain daripada

itu, tidak boleh meninggikan suara pada tempat yang tidak diperlukan terutama

ketika melaksanakan amar makruf dan nahyi mungkar. Seseorang mukmin juga

140
dituntut merendahkan suara semasa berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t.

Sesungguhnya suara yang melebihi had keperluan sangat buruk pada pendengaran

(Nasir al-Din Abi al-Abbas Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Iskandarani al-

Ma'ruf bi Ibn al-Munir, 1994, ).

Selain daripada itu merendahkan suara ketika bercakap membayangkan adab sopan,

kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan bahawa perkara yang diucapkan

adalah benar serta bernas. Hanya orang-orang yang biadab sahaja bercakap dengan

suara yang keras dan bahasa yang kesat. Pada kebiasaan, seseorang yang ragu tentang

nilai perkataan atau nilai dirinya akan berusaha melindungi keraguan tersebut di

sebalik kata-kata yang tajam, kasar dan keras (Sayyid Qutb,1988).

Merendahkan suara menggambarkan kesederhanaan dalam tingkah-laku. Sikap

tersebut menggambarkan kemuliaan akhlak. Manakala suara yang tinggi merupakan

sifat haiwan yang digambarkan dengan keldai (Muhammad al-Razi Fakhr al-Din Ibn

al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Selain daripada gesaan merendahkan suara Luqman juga menyuruh anaknya supaya

berdiam diri kerana sifat tersebut banyak mengandungi kebaikan. Dari Abdullah, dari

Sufian r.a. berkata : Berkata Luqman kepada anaknya : Wahai anakku! Janganlah

kamu menyesal di atas sikap berdiam diri kerana percakapan itu hanya dari perak,

sedangkan diam itu dari emas (Imam Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-

Sayuti, 1987).

141
Dikeluarkan oleh Ahmad daripada Ibnu Abi Najih r.a. berkata: Berkata Luqman:

Berdiam diri itu merupakan kebijaksanaan, tetapi sedikit sekali pelakunya (Imam

Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 1987).

Seseorang muslim yang baik sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang

lain. Penjagaan lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang buruk juga disarankan

oleh Luqman al-Hakim. Hal ini demikian tercatat dalam sejarah sewaktu beliau

berkhidmat sebagai hamba. Pada suatu hari, tuannya membeli kambing lalu berkata

kepadanya: Sembelih kambing ini dan berikan kepadaku dua anggota terbaik. Lalu

Luqman pun menyembelih kambing tersebut dan mengambil dua anggota iaitu lidah

dan hati, lalu memberikan kepada tuannya. Pada suatu hari yang lain, tuannya

membeli kambing lalu menyuruh Luqman menyembelih dan mengambil dua anggota

terburuk. Luqman turut memberikan lidah dan hati. Oleh itu, tuannya memohon

penjelasan daripadanya. Berkata Luqman : Tidak ada yang lebih baik daripada lidah

dan hati, sekiranya kedua-dua itu berkeadaan baik. Dan tidak ada yang lebih buruk

daripada lidah dan hati, sekiranya kedua-dua itu dalam keadaan buruk (Ala’ al-din Ali

bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi, 1995). Rendahkan suara lebih

mendekatkan diri kepada taqwa.

142
6.7 SUARA KELDAI

Ayat seterusnya membidas orang yang bercakap dengan suara yang tinggi seperti

suara keldai. Firman Allah s.w.t. ayat 19 :

Terjemahan :
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai

Tambahan pula, Allah s.w.t. juga tidak menyukai ucapan yang buruk seperti firman

Alllah s.w.t., di dalam surah an-Nisaa', ayat 148 :

Terjemahan :
Allah tidak menyukai ucapan buruk.

Himar ialah binatang yang digunakan di kalangan masyarakat Arab untuk tujuan celaan

dan maki hamun. Masyarakat Arab menggelar keldai sebagai binatang bertelinga

panjang menunjukkan kepada beberapa perkara yang amat hodoh. Justeru pemilihan

suara pekikan keldai yang diibaratkan kepada orang yang meninggikan suara merupakan

perkara buruk yang sangat dibenci oleh masyarakat dan Allah s.w.t (Muhammad Jamal

al-Din al-Qasimi, 1978).

143
Sifat suara himar yang hodoh kerana awalnya ialah zafir iaitu suara bunyi

seakan-akan tiupan seruling dan akhirnya shahir iaitu suara tarikan nafas yang

tersekat-sekat (Nasir al-Din Abi al-Abbas Ahmad bin Muhammad, 1994 ;

Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995 ;

Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi, t. th. dan Shaykh Ahmad al-Sawa al-Maliki, t.th.).

Seburuk-buruk suara manusia apabila bercakap ialah mereka yang meninggikan suara

tanpa keperluan. Luqman mengibaratkan orang yang meninggikan suara sebagai

meniru gaya keldai. Hal- ini disebabkan perangai keldai yang buruk. Kebanyakan

binatang akan berbunyi apabila berasa kesempitan atau penat tetapi keldai akan

berbunyi walaupun ia tidak penat atau tanpa sebarang hajat. Bunyi keldai yang sangat

buruk dikatakan sama seperti bunyi ahli-ahli neraka (Ala’ al-din Ali bin Muhammad

bin Ibrahim al-Baghdadi, 1995).

Suara yang paling buruk ialah suara keldai. Al-Quran cuba memberi gambaran

bahawa seseorang yang bercakap dengan suara yang tinggi seolah-olah seperti keldai

sedangkan percakapan dengan mengeluarkan suara yang tinggi sangat dibenci oleh

Allah s.w.t. (Ibnu Kathir, 1998). Seseorang yang bercakap dengan nada tinggi

menyebabkan semua yang diperkatakan menjadi kurang menarik. Abi Hatim pernah

berkata : Jeritan semua makhluk adalah tasbih kecuali jeritan keldai (al-Suyuti, 2000).

144
Abu al-Laith berkata : Suara keldai memang sudah diketahui di kalangan Arab

sebagai suara yang buruk sekalipun masih terdapat suara binatang-binatang lain yang

lebih buruk dari suara keldai. Selain daripada itu, Allah s.w.t. juga telah membuat

perbandingan dengan contoh yang diketahui umum tentang suara buruk iaitu suara

keldai yang seakan-akan suara ahli neraka. Suara sedemikian merimaskan setiap

orang yang mendengar (Ala’ al-din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi,

1995).

Menurut Sufian al-Thauri : Keldai berbunyi kerana ia melihat syaitan. Oleh itu,

apabila terdengar suara keldai terutama pada waktu malam, hendaklah memohon

perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan syaitan. Sebaliknya suara kokokan

ayam yang kedengaran terutama pada waktu malam kerana ia ternampak malaikat.

Oleh itu, apabila terdengar kokokan tersebut, berdoalah kepada Allah s.w.t. kerana ia

adalah waktu mustajab doa (Imam Muhaddis Ibn Kathir, 1998).

Suara yang buruk lebih jelik daripada perangai yang buruk. Manakala suara yang baik

pula lebih mulia dari tingkah laku yang buruk. Ini kerana lidah merupakan

terjemahan hati (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din

Umar, 1995).

Orang-orang Arab bermegah-megah dengan suara yang tinggi pada zaman jahiliyah.

Tetapi orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dilarang meninggikan suara jika

tidak diperlukan setelah kedatangan Islam. Allah s.w.t. memuji mereka yang

145
merendahkan suara dalam majlis nabi s.a.w. (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn

al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Justeru al-Quran menyampaikan pendidikan melalui keindahan bahasa yang mampu

membidas perbuatan mereka yang meninggikan suara ketika bercakap: Sesungguhnya

suara yang paling buruk ialah suara keldai. Melalui ayat tersebut, terlukislah satu

pemandangan yang lucu dan menjijikkan serta menimbulkan perasaan benci terhadap

perbuatan meninggikan suara. Seseorang yang mempunyai hati dan perasaan dapat

memahami gambaran yang lucu di sebalik pengungkapan tersebut yang begitu

menarik serta mempunyai makna yang mendalam. Seseorang yang baik akhlak

semasa bercakap tidak mungkin akan meniru cara keldai mengeluarkan suara (Sayyid

Qutb, 1988).

Perbuatan bercakap dengan suara yang keras dan kuat ketika tidak perlu dilarang

Allah s.w.t. Ini kerana suara sedemikian bagaikan suara keldai yang dianggap

seburuk-buruk suara dan sangat dibenci oleh Allah s.w.t. Tujuan perbandingan itu

untuk menjelaskan tentang hukum haram meninggi suara ketika tidak perlu dan

sangat keji pada pandangan masyarakat (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-

Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

146
Luqman memberi tumpuan pendidikan kepada larangan meninggikan suara yang

diibaratkan seperti suara keldai yang buruk. Ibarat yang tinggi dan mendalam

maksudnya lebih mudah bagi pihak anak untuk memahami kehendak pendidikan

tersebut.

Secara keseluruhan dapat disimpulkan rangkaian nasihat Luqman bertujan

menghindari dua perbuatan maksiat iaitu syirik dan sombong. Nasihat tersebut

bertepatan dengan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada puteranya iaitu melarang puteranya

daripada syirik dan sombong (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah

Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

6.8 KESIMPULAN

Hubungan sesama manusia dititikberatkan dalam konteks pendidikan Luqman

al-Hakim. Perkara penting yang menjadi tumpuan pendidikan beliau ialah berbuat

baik kepada kedua ibu bapa dan berakhlak mulia terhadap masyarakat.

Berbuat baik kepada ibu bapa mencakupi aspek perbuatan, sikap dan ucapan. Hal ini

demikian mempamerkan kasih sayang yang ikhlas daripada seorang anak terhadap

kedua ibu bapanya. Seseorang anak hendaklah mendahulukan ibu daripada bapanya

dalam usaha untuk menunaikan tanggungjawab syarak dan membalas jasa mereka.

147
Seseorang anak perlu taat kepada kedua ibu bapanya selagi perintah mereka tidak

bertentangan dengan perintah dan hukum Allah s.w.t. Anak-anak juga masih

bertanggungjawab kepada kedua ibu bapa yang kafir seperti menjalinkan silaturrahim

dan memberi nafkah hidup sekiranya mereka tidak mampu.

Luqman al-Hakim merupakan contoh yang jelas kerana beliau berjaya mendidik isteri

dan anaknya yang kafir kembali kepada Islam. Sesungguhnya nasihat dan

pengawasan Luqman al-Hakim sangat baik dan berkesan. Selain daripada itu,

Luqman al-Hakim juga menekankan konsep syukur kepada Allah s.w.t. dan kedua ibu

bapa di dalam pendidikan beliau.

Pendidikan Luqman dari aspek kemasyarakatan pula bertujuan menyediakan peribadi

yang baik kepada seseorang anak apabila berhadapan dengan masyarakat. Luqman

al-Hakim mengajar anaknya beradab sopan semasa bergaul dengan masyarakat.

Pendidikan pertama Luqman al-Hakim ialah melaksanakan Amar Makruf dan Nahyi

Mungkar yang akan banyak berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Justeru

sabar amat diperlukan dalam menangani masalah tersebut.

Luqman al-Hakim juga menasihatkan anaknya agar menjauhi sifat sombong dan

takbur. Beliau menjelaskan tentang keburukan kedua-dua sikap tersebut melalui

amalan memalingkan muka ketika bercakap dan berjalan dengan gaya yang sombong.

Seterusnya, Luqman al-Hakim menyarankan kepada anaknya agar bersederhana

dalam hidup iaitu melalui cara berjalan dan bercakap dengan gaya sederhana. Akhir

148
nasihat Luqman al-Hakim ialah menggambarkan suara keldai sebagai seburuk-buruk

suara dan perbuatan meninggikan suara termasuk dalam kategori sikap yang buruk.

Sesungguhnya nasihat Luqman al-Hakim terdiri daripada kombinasi jalinan nasihat

yang baik untuk mendidik anak kepada kehidupan bermasyarakat yang cemerlang.

149
BAB VII
KESIMPULAN DAN SARANAN

7.0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya pendidikan Luqman merupakan sebuah pendidikan yang baik. Beliau

berjaya mendidik anak-anaknya lantaran isi pendidikan yang dipersembahkan beliau

sangat mantap dan menepati sasaran. Justeru berdasarkan hasil penyelidikan yang

dijalankan telah membolehkan penulis membuat beberapa kesimpulan dan cadangan

seperti berikut :

7.1 KESIMPULAN

Keseluruhan pendidikan Luqman mempunyai isi, gaya persembahan dan metodologi

yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga pada masa kini. Antara

kesimpulan yang yang dapat diambil ialah :

1. Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai pada

pandangan Islam. Justeru pendidikan anak-anak yang sempurna

tidak boleh diabaikan oleh para ibu bapa. Pendidikan juga mesti

dilaksanakan dengan penuh hikmah dan bijaksana agar selaras

dengan kehendak serta syariat Islam.

150
2. Luqman adalah contoh peribadi seorang bapa mithali yang

dikurniakan hikmah oleh Allah s.w.t. Kaedah pendidikan Luqman

merupakan panduan yang sangat baik kepada para ibu bapa.

3. Hikmah merupakan satu pemberian yang sangat berharga daripada

Allah s.w.t. kepada hambaNya yang terpilih. Ia menjadi petunjuk

kepada pengetahuan yang sebenar ke arah kebaikan dan

kebenaran.

4. Kaedah terbaik dalam mendidik anak-anak ialah mengadakan

pengawasan serentak dengan pendidikan dan nasihat yang

diberikan kepada mereka. Ibu bapa juga tidak boleh jemu atau

putus asa dalam menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

5. Syirik kepada Allah s.w.t. seperti mematuhi perintah selain

daripada Allah s.w.t., menyembah berhala dan menyekutukan

Allah s.w.t. di dalam ibadat merupakan kezaliman yang besar.

Perkataan syirik juga merupakan perkara-perkara buruk yang

dilakukan oleh seseorang hamba terhadap penciptanya yang

memberi rezeki dan kehidupan.

151
7. Manusia akan dibangkitkan semula daripada kubur. Mereka akan

kembali kepada Allah s.w.t. untuk diberi pembalasan ke atas

segala hasil perbuatan mereka semasa hidup di dunia. Sekalipun

kebaikan dan kejahatan yang dilakukan sangat sedikit.

Sesungguhnya Allah s.w.t. akan menilai dan membalas segala

perbuatan baik dan buruk, taat dan maksiat walau sebesar biji

sawi pada hari akhirat kelak.

8. Manusia hendaklah berhati-hati dengan segala tindak tanduknya

kerana setiap perbuatan diketahui dan akan dinilai oleh Allah s.w.t.

sama ada perbuatan yang zahir atau tersembunyi daripada

pandangan manusia umum.

9. Konsep inabah mengajar manusia agar kembali kepada Allah s.w.t.

selepas melakukan sesuatu kesalahan melalui taubat, menunaikan

perkara taat dan ikhlas.

10. Solat sangat penting dalam kehidupan seseorang mukmin kerana

ibadat solat yang sempurna mampu mendekatkan seseorang

dengan Allah s.w.t. dan mencegah daripada melakukan

kemungkaran.

152
12. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mentaati di dalam

perkara-perkara kebaikan dan bukan maksiat merupakan kewajiban

kepada setiap orang Islam. Suruhan Allah s.w.t. supaya berbuat

baik kepada kedua ibu bapa secara umum merangkumi ibu bapa

yang Islam dan kafir. Ketaatan anak kepada kedua ibu bapa yang

menganut sebarang agama adalah wajib.

13. Ketaatan anak kepada perintah ibu bapa supaya melakukan syirik

kepada Allah s.w.t. atau meninggalkan kewajiban seorang Islam,

tidak dibenarkan kerana tidak boleh mentaati makhluk dalam

perkara-perkara maksiat kepada Khalik.

14. Ketaatan kepada ibu melebihi daripada taat kepada bapa kerana

tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang ibu. Pengorbanan ibu

melebihi bapa kerana tiga perkara iaitu mengandung, menyusu dan

mendidik. Ketiga-tiga tahap pengorbanan ini diiktirafkan Allah

s.w.t. sebagai pengorbanan penting yang melayakkan seseorang

anak mentaati ibu melebihi bapa. Manakala ketaaatan anak kepada

bapa berada pada tempat yang keempat.

153
15. Lama masa penyusuan yang dibenarkan syarak ialah dua tahun.

Syarak telah mengkhususkan tanggungjawab penyusuan kepada

ibu manakala bapa pula bertanggungjawab memberi nafkah kepada

anak-anak dan ibu (isteri).

16. Syukur kepada Allah s.w.t. di atas segala nikmat iman dan

kurniaanNya merupakan anugerah yang sangat besar. Manakala

syukur kepada ibu bapa pula memberi layanan yang baik semasa

berintraksi dengan keduanya seperti bercakap dengan sopan

santun, memohon keampunan Allah s.w.t. kepada keduanya dan

memenuhi hajat yang dipinta mereka.

17. Bersahabat secara baik kepada keduanya di dunia menunjukkan

harus menghubungkan silaturahim dengan ibu bapa yang kafir

seperti memberi nafkah harta jika mereka miskin dan berusaha

berdakwah agama Islam kepada mereka dengan lemah lembut.

18. Mendirikan solat dan melaksanakan amar al-makruf dan nahyi al-

mungkar merupakan dua tugas yang dituntut oleh Allah s.w.t.

Tambahan pula kedua-dua perintah ini sering berhadapan dengan

kesusahan dan kesukaran. Justeru kesabaran yang sangat tinggi

diperlukan semasa menunaikan tanggungjawab tersebut.

154
19. Sabar hanya diperolehi daripada pendidikan ilmu dan makrifat.

Sabar juga berjaya membentuk tatasusila yang tinggi dan akhlak

yang teguh. Sabar merupakan sifat orang yang beriman. Hanya

orang yang sabar sahaja akan mendapat rahmat daripada Allah

s.w.t.

20. Tanda sifat sombong ialah memalingkan muka daripada manusia

lain dan berjalan dengan angkuh. Sesungguhnya Allah s.w.t.

sangat benci kepada manusia yang sombong dan takbur malah

mengiktirafkan sebagai musuhNya dan bersedia untuk diperangi.

21. Sederhana ketika berjalan dan lunakkanlah suara merupakan

cerminan orang yang baik. Manakala sifat suka meninggikan suara

sangat buruk pada pandangan Allah s.w.t. yang diibaratkan seperti

suara keldai.

Intipati pendidikan yang diberikan oleh Luqman menepati kehendak dan garis

panduan Islam. Pedidikan beliau menjelaskan tentang cara untuk berintraksi dengan

Allah s.w.t. dan sesama manusia. Kedua-dua hubungan ini menjamin kesejahteraan

dan keredaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

155
7.2 CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, penulis cadangkan :

1. Para ibu bapa boleh mengaplikasikan model pendidikan Luqman

kepada anak-anak mereka. Kesempurnaan pendidikan mampu

menghasilkan anak yang baik dan taat kepada perintah agama.

2. Akhlak ibu bapa mesti diselia selalu kerana ibu bapa merupakan

teladan yang awal kepada anak-anak. Mereka akan bertindak dan

melakukan sesuatu perkara berdasarkan kepada teladan yang

dicontohi kepada mereka.

3. Ibu bapa juga mesti melaksanakan segala suruhan dan menjauhi

larangan agama agar anak-anak dapat membiasakan diri dengan

situasi keagamaan. Mereka tidak kekok membesar dalam keluarga

yang patuh kepada perintah agama.

4. Akhlak yang baik mesti ditanamkan dalam jiwa anak-anak.

Mereka akan mudah mengikuti segala kehendak atau displin yang

dikenakan kepada mereka semenjak kecil.

156
5. Kawalan yang baik terhadap kebebasan anak-anak sangat penting.

Mereka tidak boleh dibenarkan keluar atau bersahabat dengan

rakan-rakan yang rendah akhlak. Sesungguhnya akhlak rakan akan

mempengaruhi sikap atau peribadi anak-anak.

6. Ibu bapa mesti melatih anak menunaikan solat fardu lima waktu

semenjak berusia 7 tahun. Mereka juga bertanggungjawab

memastikan anak-anak menunaikan solat lima waktu dengan

sempurna kerana solat adalah tiang agama untuk mencapai

keredaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

7. Tugas mendidik anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa

mesti dilaksanakan oleh para ibu bapa. Kelalaian pendidikan

tersebut boleh mengakibatkan mereka sendiri terdampar

keseorangan atau terpaksa menghuni rumah orang-orang tua pada

usia lanjut atau uzur.

8. Pihak sekolah dan kementerian pendidikan boleh menjadikan topik

atau sub topik daripada kajian surah Luqman ini sebagai silibus

pendidikan sekolah.

157
9. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga boleh

memanfaatkan hasil kajian ini sama ada untuk diaplikasikan dalam

penghayatan keagamaan seharian individu atau organisasi.

10. Majlis agama Islam negeri boleh menjadikan hasil kajian penulis

sebagai silibus untuk kursus pra perkahwinan. Isi kandungan

penyelidikan ini mampu menyumbangkan sebuah persedian yang

baik kepada bakal-bakal pengantin untuk mengharungi kehidupan

berkeluarga.

11. Masyarakat juga mesti prihatin dengan tingkah laku remaja.

Justeru mereka mesti mengadakan persiapan diri dengan ilmu

keagamaan yang baik agar dapat bersama menolong menangani

masalah remaja kini.

12. Anak-anak juga mesti sedar bahawa ibu bapa mesti dijaga apabila

mereka sudah lanjut usia. Perasaan kasih sayang dan keperluan

nafkah hidup yang asas seperti tempat perlindungan, makanan dan

pakaian mesti diberi perhatian utama oleh setiap orang anak.

Pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa pada usia lanjut mereka

merupakan dosa yang tidak diampunkan Allah s.w.t.

158
Demikianlah beberapa kesimpulan dan cadangan yang diperolehi daripada

penyelidikan yang telah dijalankan penulis. Harapan penulis semoga ia bermanfaat

untuk semua.

159
8. BIBLIOGRAFI

(Abdul Halim Mat Diah. 1987. Suatu Contoh Tentang Metodologi. Fakulti
Usuluddin. AIUM : Kuala Lumpur).

Abdul Karem Zaidan. 1987. Dasar-Dasar Ilmu Dakwah. Shah Alam : Dewan
Pustaka Fajar.

Abdullah Nasih Ulwan. 1994. Tarbiyyah al-Aulad Fi al-Islam. Beirut : Dar al-Islam
liltaba’ah Wa al-Nashr Wa al-Tauzia’.

Abd al-Munaim Ahmad Tuailab. 1995. Fath al-Rahman Fi Tafsir al-Quran. Tanpa
tempat : Dar al-Islami.

Abdul Ghani Shamsudin. 1994. "Falsafah Pendidikan Islam (Suatu Perspektif Baru)".
Abd. Halim El-Muhammady (ed.) Pendidikan Islam: Peranannya Dalam
Pembangunan Ummah. Selangor : Persatuan Bekas Mahasiswa Islam
Timur Tengah.

Abdullah Muhammad Zain. 1992. Al-Akhlak al-Islamiyyah Wa Atharuha Fi Bina al-


Mujtama'. Kuala Lumpur : Pustakan Antara.

Abdullah Nashih Ulwan. 1990. Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam.(ter:


Klang Book Centre). Selangor: Klang Book Centre.

Abdul Rashid Ahmad. 1991. Surah Luqman: Suatu Analisa tentang asas-asas
pendidikan Luqman dan hubungannya dengan pendidikan Islam dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sarjana Pengajian Islam UKM.

Abi al-Fadhil Shihab al-DinAl-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi. 1994. Ruh


al-Maani Tafsir al-Quran al-Azim Wa Sibag al-Musani. t.tp. : Dar al-Fikr.

Abi Muhammad Husini bin Mas’ud al-Fira’ al-Baghawi al-Shafie. 1993. Tafsir
al-Baghawi (Mussamma) Mualim al-Tanzil. Beirut : Dar al-Kutub.

Aboebakar Atjeh. 1985. Pengantar Ilmu tarekat dan Tasauf. Kota Bharu : Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd.

Abu Syakir. 1996. Peranan Anak Terhadap Ibu Bapa. Johor Bahru : Perniagaan
Jahabersa.

Abu Urwah. 1988. Risalah Usrah. Jil. 1. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

Ala’ al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi. 1995. Tafsir al-Khazin
al-Musamma Lubab al-Ta’wil Fi Maani al-Tanzil. Beirut, Lebanon : Dar
al-Kutub al-Alamiyyah.

160
Ala’ al-Din Ali bin Muhammad al-Baghdadi. 1994. Muhtadhar Tafsir al-Khazin
al-Musamma Lubab al-Ta’wil Fi Maani al-Tanzil. Damsyik, Beirut :
Al-Yamamah Litabaah Wa al-Nashr Wa al-Tauzia’a.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1978. Islam And Secularisme. Kuala Lumpur :
Muslim Youth Movement Of Malaysia (ABIM).

Amran Kasimin. 1992. Bagaimana Mencegah Kejahatan Melalui Sembahyang. Kuala


Lumpur: Dinie Publishers.

Bey Arifin .1996. Hidup Sesudah Mati.Cet. 4.Singapura:Pustaka Nasional Pte. Ltd.

DBP. 1998. Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : DBP

Don Hellriegel, John W. Slocum, Jr dan Richard W. Woodman. 1998. Organization


Behavior. Ohio : South-Western College Publishing.

Elmes, D. G. Kontowitz, B. H dan Roediger, H. L. 2003. Research Methods In


Psychology. Canada : Thomson Wadsworth.

Al-Ghazali, Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. t.th. Ihya'
Ulum al-Din. Jil.3. Mesir : Maktabah wa Matbaah muhammad ali sabih
wa Auladuhu.

Al-Ghazali, 1984. Rahsia-rahsia Solat. (ter : Muhammad al-Baqir). Bandung :


Penerbit Karisma.

Gibb, H.A.R. dan Kramers, J.H.. 1974. Shorter Encyclopaedia Of Islam. Leiden :
E.J. Brill.

Gibb, H.A.R., Kramers, J. H., Levi-Provencal, E. dan Schacht, J. 1986. The


Encyclopaedia Of Islam. Jil. 1. Leiden : E. J. Brill.

Glasse, Cyril. 1988. The Concise Encyclopaedia Of Islam. London : Stacey


International.

H. Cholid Abri. 1995. Wasiat Dan Mutiara Hikmah Luqman Al- Hakim. Surabaya :
Risalah Busti.

Hafiz Ibn Ahmad Hamki. 1982. Su'al Jawab Fi al-Aqidah al-Islamiyyah, Qaherah :
Dar al-I'tisam.

Hassan Sharqawi. 1983. Nahwu Tarbiyyah Islamiyyah. Iskandariyyah : Muasasah


Shabab al-Jami’ah.

161
Houtsma, M. Th., Winsinck, A.J., Levi-Provencal, E. Gibb H.A.R. dan
Haffening, W.1987. . First Encyclopaedia of Islam (1913-1936).
Vol (5). New York : E.J. Brill

Hughes, Thomas Patrick. t. th. Dictionary of Islam. Pakistan: Premier Book House.
Imam Ibn al-Qaiyyum. 1948. Al-Tafsir Al-Qaiyyum Liimam Ibn al-
Qaiyyum. Beirut, Lebanon : Dar al-Kutub al-Alamiyyah.

Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Abd al-Wahab, t.th. Magmu'at al-Tauhid, Kaherah : Dar
al-Fikr Li al-Tiba'ah Wa al-Nashr Wa al-Tauzia'.

Imam Abi Al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi. 1995. Asbab al-Nuzul ,
Qaherah : Dar al-Hadith.

Imam Abi Zakaria Yahya Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi. 2001. Riyad al-Salihin.
Qahirah : Dar al-Salam. Elmes, Kontowitz dan Roediger, 2003).

Imam Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti. 1987. Al-Dzarar
al-Manthur Fi al-Tafsir al-Ma’thur Wahuwa Muhtadhar Tafsir
Tarjamah al-Quran. Beirut, Lebanon : Dar al-Kutub al-Alamiyyah.

Imam Muhaddis Ibn Kathir. 1998. Tafsir al-Quran al-Azim. Beirut : Dar Ibn Hazim.

Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahali dan Jamal al-Din Abd al-Rahman bin
Ibi Bakr al-Sayuti. 1996. Tafsir Imam al-Jalalain. Qahirah : Dar al-Hadis.

Ibnu al-Jauzi, Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin
Muhammad 1995. Tibb al-Ruhani.Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Jauzi, Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad.
1987. Zad al-Masir Fi Ilm al-Tafsir. Beirut : Maktabah al-Islami.

Al-Jauziyyah, Ibn Qayyim. (t.th). Tariq al-Hujratain Wa Bab al-Saadatain. Beirut,


Lebanon : Dar al-Kitab al-Arabi.

Al-Jauziyyah, Ibn Qayyim. 1987. Tahzib Madarij al-Salikin. Ed. Abd al-Mun'ain
Saleh al-A'la al-Izzi. Beirut, Lebanon : Mu'asasat al-Risalah.

Kerlinger, F. N. 1992. Foundations Of Behavioral Research (Third Edition) ; Fort


Worth : Harcourt Brace College Publishers.

Klaus Krippendorff. 1981. Content Analysis: An Introduction to Its Methodology.


Beverly Hills : Sage Publications, Inc.

Mana’ al-Qattan. 1995. Mabahith Fi Ulum al-Quran. Beirut : Muassasah al-Risalah.

162
Muhammad Hussain. 1998. Al-Ashirah al-Taibah Ma’a al-Aulad Wa Tarbiyatihim.
Qaherah : Dar al-Tauzia’ Wa al-Nashr al-Islamiyyah.

Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani.1988. Manahil al-‘Irfan fi Ulum al-Quran. Juz.


2. Beirut : Dar Kutub al-Ilmiah.

Muhammad Abd al-Qadir Ahmad. 1980. Turuq Ta’lim al-Tarbiyyah al-Islamiyyah.


Qaherah : Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah.

Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie. 2001.
Tafsir Hadaiq al-Rauh Wa al-Raihan. Tanpa tempat : Dar Tauq al-Nahah.

Muhammad Ali al-Sayyas, Abd al-Latif al-Subki, Muhammad Ibrahim Muhammad


Karsun. 1994. Tafsir Ayat al-Ahkam Ashraf Ala Tanqihihi Wa Tashih
Usulihi. Beirut : Dar Ibn Kathir.

Muhammad Ibn Yusuf al-Shahir Abi Hayyan al-Andulusi al-Irnati. 1992. Tafsir
al-Bahr al-Mahid. Qahirah : Dar al-Kutub al-Islami.

Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi. 1978. Tafsir al-Qasimi al-Musamma Mahasin


al-Ta'wil. Beirut : Dar al-Fikr.

Muhammad Kamal Hassan. 1988. Pendidikan dan Pembangunan Satu


Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Muhammad Mahmud Hijazi. 1992. Al-Tafsir al-Wadih. Al-Azhar, Qahirah : Dar


al-Tafsir Litaba’ Wa al-Nashr.

Muhammad Nur Abd al-Hafit Suwaid. 1998. Manhaj al-Tarbiyyah al-Nabawiyyah Li


Tifl Maa Namazaj Tatbiqiyyah Min Hayati al-Salaf al-Saleh Wa Ahwal
al-Ulama' al-Amilin. Beirut : Dar Ibn Kathir.

Muhammad Qutb. 1990. Manhaj Tarbiyah Islamiyah. Lebanon : Dar al-Kutub


al-Arabi.

Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar. 1995. Tafsir
al-Fakhr al-Razi al-Mashtahir bi al-Tafsir al-Kabir Wa Mafatih al-Ghaib.
Beirut : Dar al-Fikr.

Muhammad Said Musa. 1998. Fan Tarbiyyah al-Aulad Fi al-Islam. Qaherah : Dar al-
Tauzia’ Wa al-Nashr al-Islamiyyah.

Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti. 1996. Keyakinan Hakiki Kewujudan Maha


pencipta Dan Tugas Makhluk Di Alam Semesta. Petaling Jaya:Selangor

163
Nasir al-Din Abi al-Abas Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Iskandarani al-Ma'ruf
bi Ibn al-Munir. 1994. Tahqiq Sulaiman Mala Ibrahim Aughalu. Tanpa
tempat : Dar al-Iran al-Islami.

Nasir al-Din Abi al-Abbas Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Iskandarani al-Ma'ruf
bi Ibn al-Munir. 1994. Al-Taisir al-Ajib Fi Tafsir al-Gharib. Beirut : Dar
al-Ghurub al-Islami.

Nasir al-Din Abi Said Abd Allah bin Umar bin Muhammad al-Shairazi al-Baidowi.
1988. Tafsir al-Baidowi al-Musamma Anwar al-Tanzil Wa Asrar
al-Ta’wil. Beirut, Lebanon : Dar al-Kutub al-Alamiyyah.

Al-Nawawi, Abi Zakaria Muhyiddin bin Sharf. 1995. Kitab al-Majmuk : Sharh
al-Muhazzib lil-Shirazi (Juzu’ 3).Kaherah: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.

Ramayulis dkk. 1990. Pendidikan Islam Dalam Rumah Tangga. Jakarta : Kalam
Mulia.

Said Hawa. 1989. Al-Asas Fi al-Tafsir. Qahirah : Dar al-Islam Litaba’ah Wa


al-Nashr Wa al-Tauzia’.

Sa’id Hawwa. 2001. Mensucikan Jiwa. ShahAlam:Pustaka Dini Sdn. Bhd.

Al-Samarqandi, Nasr bin Muhammad Ibrahim. 1990. Tanbihu al-Ghafilin. Jil. 1. Tp.
Tempat : Dar al-Shiraq.

Sayyid Qutb. 1988. Fi Zilal al-Quran (Juzu’ 5). Beirut : Dar al-Syuruk.

Sayyid Qutb Rahimullah. 2000. Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Ter. : Yusoff Zaky Hj
Yacob. Kota Bharu : Pustaka Aman Press.

Shamsu al-Din Abi Abdullah Muhammad bin Muflih al-Muqaddasi al-Hanbali, 1996.
Al-Adab al-Shar’iyyah Wa al-Minah al-Mar’iyyah. Mekah
al-Mukarammah : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz.

Al-Shaukani, Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1993. Fath al-Qadir
al-Jami' Baina Fanni al-Riwayyah Wa al-Dirayyah Min Ilm al-Tafsir.
Kaherah : Dar al-Haramain.

Shaykh Ahmad al-Sawa al-Maliki. t.th. Hashiyyah al-Alamah al-Sawa Ala Tafsir
al-Jalalain. t. tp. : Dar al-Fikr.

Shaykh Hud bin Muhakkam al-Hijri. 1990. Tafsir Kitab Allah al-Azim. T.tp. : Dar
al-Arabi al-Islami.

Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi. t. th. Tafsir Ruh al-Bayan. Beirut. : Dar al-Fikr.

164
Shaykh Muhammad Taqi Falsafi. 1992. Al-Tifl Baina al-Warasath Wa al-Tarbiyyah.
Beirut : Muasasah al-A’lami Lilmatbu’at.

Shaykh Nasir bin Muhammad bin Ibrahim al-Samarqandi. 1990. Tanbiyahu


al-Ghafilin. Jeddah : Dar al-Shuruq.

Stone, P.J. et. al. 1966. The General Inquirer : A Computer Approach To Content
Analysis. Cambridge: MIT Press.

Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy. 1991. Terj. Hassan Langgulung. Falsafah


Pendidikan Islam. Shah Alam : Hizbi.

Tantawi, Muhammad Sayyid. 1985. Al-Tafsir al-Wasit Li al-Quran al-Karim. Mesir :


Dar al-Maarif.

Wahbah al-Zuhaili. 1991. Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Shari'ah Wa


Al-Manhaj Fi Akhar Al-Kitab Fahrasah Al-Ghibaiyyah Shamilah.
Lebanon : Dar Al-Fikr Al-Mu'asir.

Wahbah al-Zuhaili, Muhammad Adnan Salim, Muhammad Bisami Rushdi al-Zain


dan Muhammad Wahbi Sulaiman, al-Mausu'ah al-Quraniah Muyassarah,
2002. Damshiq : Dar al-Fikr.

Al-Zahabi, Muhammad Hussien. 1995. al-Tafsir wa al-Mufassirun. Qahirah :


Maktabah Wahbah.

Zakiah Daradjat. 1988. Solat Menjadikan Hidup Bermakna. Jakarta: Yayasan


Pendidikan Islam RUHAMA

Zaki Mubarak, t.th. Akhlak Ind Al-Ghazali. Beirut : al-Maktabah al-'Asriyyah


Litaba'ah Wa al-Nashr.

165

Anda mungkin juga menyukai