Anda di halaman 1dari 34

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TAJUK:
MENGANALISIS KONSEP TASAWUF DALAM ISLAM
PEMANGKIN KEPADA KEDAMAIAN SEBUAH NEGARA

AMIR MIRZA BIN NORZALIMI 2021491756 PEM2456B1


AIMAN ASYRAAF BIN ROSLAN 2021492486 PEM2456B1
WAN ALIF BIN WAN NORAZLAN 2021459652 PEM2456B1
ANAS BIN ARIFFIN 2021867954 PEM2456B1
MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN 2021847136 PEM2456B1
MOHD KARIM

Kertas Kerja ini dikemukakan


bagi memenuhi keperluan kursus
CTU554 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II

SESI MAC – OGOS 2023

PENSYARAH:
DR. MUHAMMAD ANAS IBRAHIM
DEKLARASI PENULIS

“Kami mengakui bahawa kertas kerja ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh
kami sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan
akan sumber-sumbernya.”

NAMA NO. KUMPULAN TANDATANGAN


PELAJAR

AMIR MIRZA BIN NORZALIMI 2021491756 PEM2456B1

AIMAN ASYRAAF BIN ROSLAN 2021492486 PEM2456B1

WAN ALIF BIN WAN NORAZLAN 2021459652 PEM2456B1

ANAS BIN ARIFFIN 2021867954 PEM2456B1

MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN 2021847136 PEM2456B1


MOHD KARIM

Tarikh:

TANDATANGAN PENSYARAH

…………………………………………..
MUHAMMAD ANAS IBRAHIM (DR.)
PEMARKAHAN

PEMETAAN PENJAJARAN KONSTRUKTIF-PELAPORAN BERTULIS:


CLO2 PLO3

BIL KRITERIA MARKAH ESEI MARKAH MARKAH


PENUH DIPEROLEHI

1 Pengenalan (Pernyataan 2
Masalah, Objektif)

2 Susunan Isi/Idea (Kajian 4


Literatur)

3 Analisa & Perbincangan 12


(Metodologi Kajian, Dapatan
& Perbincangan)

4 Rumusan dan Kesimpulan 4

7 Etika Penulisan 4

8 Bibliografi/Rujukan 4

JUMLAH 30
ABSTRAK

Malaysia merupakan diantara salah satu negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang
samada dari sudut agama, bangsa dan etnik. Walaupun sudah merdeka tetapi isu perpecahan
dan salah faham masih tetap berlaku kerana ini dapat menjejaskan perpaduan dan penyatuan
yang telah dibina. Penerapan dasar keislaman telah diamalkan bagi menjamin perpaduan dan
kesejahteraan masyarakat tanpa mengira agama. Tujuan dari hasil kertas kerja ini adalah
untuk mengetahui dan meninjau samada konsep tasawuf dapat membantu dalam memberi
kedamaian kepada sesebuah negara terutamanya negara Malaysia.

Selain itu, melalui kertas kerja ini akan dapat menjelaskan nilai-nilai utama Islam yang
menjadi asas agama dan melihat bagaimana penerapan nilai-nilai ini boleh membawa kepada
perpaduan dan penyatuan dalam masyarakat, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Di
samping itu, kertas kerja ini adalah untuk membantu mengelakkan perspektif yang kurang
baik terhadap agama islam mahupun agama lain dalam membentuk sebuah masyarakat yang
harmoni serta sejahtera. Hasil kertas kerja ini diharapkan dapat membantu memberi sedikit
pendedahan dalam memperkukuhkan lagi perpaduan masyarakat berbilang di Malaysia,
PENGHARGAAN

Assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kerana kami dapat menyiapkan
kertas kerja ini yang berkaitan dengan Menganalisis Konsep Tasawuf Dalam Islam
Pemangkin Kepada Kedamaian Sebuah Negara. Kertas kerja ini merupakan kertas kerja yang
penting dalam subjek CTU554.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tulus kepada Dr. Muhammad Anas
Ibrahim atas dan dorongannya yang amat berguna dalam menyiapkan kertas kerja ini.. Tanpa
pertolongan Dr. Muhammad Anas Ibrahim, perlengkapan kertas kerja ini akan menjadi lebih
sulit.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan yang membantu
dalam menyiapkan kertas kerja ini. Ahli-ahli kumpulan kerja ini telah meletakkan usaha yang
baik dalam menyiapkan kertas kerja ini.

Terima kasih kepada semua responden yang telah meluangkan masa mereka dalam mengisi
tinjauan ini. Kita tidak akan dapat mendapatkan analisis yang mendalam mengenai konsep
tasawuf dalam Islam tanpa kerjasama mereka semua.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah melibatkan diri dalam
penyelesaian kertas kerja ini. Kami berdoa agar kertas kerja ini dapat memberikan
pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep tasawuf dalam Islam dan relevansinya
sebagai pemangkin kedamaian dalam konteks sesebuah negara.
ISI KANDUNGAN
DEKLARASI PENULIS 2
PEMARKAHAN 3
ABSTRAK 4
PENGHARGAAN 5
ISI KANDUNGAN 6
BAB 1 PENGENALAN 8
1.0 PENGENALAN 8
1.1 PERNYATAAN MASALAH 9
1.2 OBJEKTIF KAJIAN 10
1.3 KESIMPULAN 11
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 12
2.0 PENDAHULUAN 12
2.1 TOPIK-TOPIK YANG SESUAI DENGAN KAJIAN 12
2.2 KESIMPULAN 14
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 15
3.0 PENDAHULUAN 15
3.1 REKA BENTUK KAJIAN 16
3.2 INSTRUMEN KAJIAN 17
3.3 PERSAMPELAN 17
3.4 ANALISA KAJIAN 17
3.5 KESIMPULAN 18
BAB 4 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN 19
4.0 PENDAHULUAN 19
4.1 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 19
4.1.1 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA 19
4.1.2 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT UMUR 20
4.1.3 KETINGGIAN ILMU PENGETAHUAN RESPONDEN TENTANG TASAWUF 21
4.1.4 KEBOLEHAN MENGAPLIKASIKAN TASAWUF DALAM KEHIDUPAN 22
4.1.5 KEPENTINGAN ILMU TASAWUF DALAM KEHIDUPAN 23
4.1.6 KEDAMAIAN SESEBUAH NEGARA DAPAT DICAPAI MELALUI KONSEP
TASAWUF 24
4.1.7 MENGAPLIKASIKAN ILMU TASAWUF DALAM DIRI DAPAT
MENJADIKAN DIRI LEBIH BAIK 25
4.2 KESIMPULAN 26
BAB 5 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 26
5.0 RUMUSAN 26
5.1 CADANGAN 26
5.1.1 PENYELIDIK AKAN DATANG 26
5.1.2 KERAJAAN 26
5.1.3 MASYARAKAT 27
6.0 RUJUKAN 28
7.0 LAMPIRAN 29
BAB 1 PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Konsep Tasawuf merupakan salah satu diantara ilmu yang penting dalam islam. Ianya
merupakan diantara salah satu cara atau jalan untuk membantu sesebuah masyarakat yang
berbeza agama untuk memperlengkapi diri dengan nilai-nilai murni dan kerohanian bagi
menjalani kehidupan seharian sebagai satu masyarakat yang majmuk. Kemunculan tasawuf
berlaku sekitar abad ketiga hijrah, iaitu setelah zaman Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Ia
didahului oleh zuhd iaitu sangat terkenal dan diamalkan oleh Rasulullah (SAW) dan para
sahabatnya.

Secara umum, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara dengan kepelbagaian budaya dan
agama yang harmonis dan baik. Ini kerana masyarakat sering berinteraksi satu sama lain
dalam kehidupan seharian, seperti di tempat kerja, sekolah, dan di acara perayaan. Meskipun
terdapat perbezaan di kalangan masyarakat tetapi sikap toleransi telah menjadi kunci utama di
kalangan masyarakat Malaysia.

Namun, masih terdapat isu dan permasalahan yang berkaitan keharmonian dan toleransi
diantara agama masih berlaku di negara Malaysia walaupun sudah lama merdeka. Sebagai
contoh adalah isu sensitif agama yang dapat menimbulkan ketegangan dan konflik diantara
masyarakat yang berbeza agama. Maka, pentingnya untuk menerapkan konsep tasawuf secara
praktis di kalangan masyrakat kerana dapat menjadi salah satu aspek penting dalam mencapai
keharmonian dalam sebuah negara.
1.1 PERNYATAAN MASALAH

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan
agama, di mana kita dapat belajar dan fahami agama yang berbeza lalu dapat melahirkan
masyarakat yang majmuk. Maka dengan itu, masyarakat akan dapat mengamalkan budaya
dan kepercayaan dengan aman dan damai dalam keadaan tenang dan bebas tanpa gangguan
dan diskriminasi tetapi masih terdapat lagi permasalahan yang berlaku di Malaysia. Diantara
permasalahan yang masih berlaku pada masa kini ialah ketidaktahuan atau kurangnya
pemahaman mengenai sesuatu agama dan bangsa. Salah satu perdebatan yang masih berlaku
pada masa kini di kalangan masyarakat malaysia ialah mengenai isu perkauman dan agama
yang masih rendah sehingga menimbulkan masalah yang lebih besar diantara satu agama dan
agama yang lain.

Seterusnya, isu agama digunakan sebagai polemik dalam politik. Para politik tidak
seharusnya menggunakan isu agama sebagai agenda atau usul polemik mereka ketika
berkempen kerana perkara tersebut mampu merosakkan keharmonian sesebuah masyarakat
dan perpaduan rakyat. Sebagai contoh, memetik akhbar berita harian (Jun 19,2023), Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan calon pilihan raya agar tidak
memainkan isu berkaitan agama, kaum dan isu sensitif lain yang boleh merosakkan
keharmonian dan perpaduan rakyat sepanjang berkempen.

Akhir sekali, keterbatasan pendidikan bagi semua peringkat sekolah. Pendidikan dan
pengetahuan yang terbatas tentang konsep tasawuf dapat membantu atau menghalang dalam
penerimaan di kalangan pelajar. Ia nya diperlukan untuk membantu dan memperkuatkan
pendidikan agama yang inklusif yang komprehensif tentang tasawuf. Ini untuk membantu
masyarakat memahami nilai-nilai dan manfaatnya dalam mewujudkan kerharmonian dan
kedamaian walaupun berbeza agama, kaum dan bangsa.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Diantara objektif kajian dalam menerapkan konsep tasawuf dalam Islam sebagai pemangkin
kedamaian sesebuah negara ialah:

i) Meningkatkan pemahaman dan kesadaran tentang konsep tasawuf : Bertujuan untuk


meningkatkan pemahaman dan kesadaran masyarakat mengenai konsep tasawuf dalam islam.
Ini melibatkan pendekatan yang menyeluruh mengenai konsep tasawuf agar dapat memahami
nilai-nilai dan prinsip tasawauf serta praktik spiritual dalam mencapai kedamain sesebuah
negara.

ii) Membangun toleransi dan menghargai terhadap perbezaan agama. Konsep tasawuf dapat
membantu untuk saling menghormati antara kaum yang berbeza agama, yang merupakan
aspek penting dalam menciptakan keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat yang
berbilang kaum dan agama.

iii) Mengatasi ketidakadilan dan diskriminasi. Kajian ini dapat mengenal pasti dan mengatasi
ketidakadilan dan diskriminasi yang mungkin terjadi berdasarkan agama di Malaysia. Dengan
mempromosikan prinsip-prinsip tasawuf yang menekankan keadilan sosial, diharapkan dapat
menciptakan keadilan yang saksama dan adil bagi semua masyarakat.

iv) Meningkatkan kesadaran akan pentingnya spiritualitas dalam kehidupan beragama.


Dengan memperkuatkan pemahaman tentang hubungan individu dengan tuhan dan
pentingnya untuk mempraktikkan dalam kehidupan seharian, supaya masyarakat mempunyai
fondasi yang lebih kuat dalam mencapai kedamaian dan keharmonian dalam kehidupan
harian.

v) Membuat kolaborasi di antara agama. Kajian ini dapat membantu membangun kan
jambatan komunikasi dan pemahaman antara masyarakat yang mempunyai agama yang
berbeza, supaya mendorong kerjasama dalam menciptakan keharmonian sosial di kalangan
masyarakat.
1.3 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, konsep tasawuf dalam islam dapat menjadi pemangkin kepada
kedamaian sebuah negara dengan menerapkan nilai-nilai murni, toleransi, keadilan,
penolakan terhadap kekerasan dan pembangunan karakter yang lebih baik. Di samping itu,
dalam menerapkan konsep tasawuf ini dapat memberikan peluang yang lebih besar bagi
sebuah negara untuk menciptakan masyrakat yang lebih harmonis, damai, dan adil bagi
semua masyrakatnya.
BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 PENDAHULUAN

Konsep tasawuf dalam Islam merujuk ke pada pembangunan diri dalam agama Islam.
Tasawuf merupakan cabang di dalam Islam yang menekankan pentingnya memperdekatkan
hubungan seseorang individu dengan Allah serta mencapai kebaikan batiniah. Tujuan
utamanya adalah mencapai kecintaan dan keredhaan Allah melalui pernambah baikan diri
dari segi agama dan juga moral.

2.1 TOPIK-TOPIK YANG SESUAI DENGAN KAJIAN

Terdapat banyak pendapat tentang asal usul perkataan tasawuf. Salah satunya adalah tasawuf
berasal daripada perkataan al-Safa' yang bererti suci atau bersih. Terdapat juga pendapat yang
mengatakan bahawa perkataan tasawuf mempunyai asal usul daripada bahasa Greek.
Perkataan dalam bahasa tersebut adalah Sofia dimana ia bermaksud kebijaksanaan atau
hikmat. Walau demikian, secara istilah, tasawuf merupakan ilmu yang menekankan ajaran
untuk penambahbaikan dan membersih kan diri untuk menuju kepada kesempurnaan bagi
memperoleh keredhaan Allah SWT.

Tasawuf di dalam islam mempunyai banyak definisi jika ia berdasarkan pendapat para-para
ulama kerana setiap ulama memberikan istilah yang berlainan untuk tasawuf. Menurut Abu
Bakar Muhammad bin Ali bin Ja’far al-Kattani, tasawuf merupakan kebersihan hati dan
bermujahadah. Selain daripada itu, Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib al-Mandili menyatakan
bahawa ilmu tasawuf adalah pengetahuan yang diketahui dengan dia akan segala kelakuan
hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan yang
tercela seperti dengki dan membesarkan diri. Seterusnya, Al-Imam al-Ghazali menyatakan
bahawa tasawuf adalah mendahulukan kesungguhan dalam memerangi hawa nafsu dan
beribadah, menghilangkan segala sifat yang tercela, memutuskan segala hubungan dan
menghadap dengan penuh kemahuan kepada Allah SWT. Daripada ini, dapat disimpulkan
bahawa setiap ulama mempunyai definisi yang sedikit berbeza antara satu sama lain tentang
ilmu tasawuf.
Tasawuf mempunyai peranan yang penting dalam islam bagi memperbentukkan sesebuah
negara. Salah satunya adalah ia merupakan salah satu pendorong dalam penyucian diri dari
segi spiritual dan moral. Dengan adanya tasawuf, seseorang individu bolen memperbaiki
akhlak mereka dan juga menambah baikkan kualiti moral mereka. Selain daripada itu,
tasawuf mampu menambah baikkan ciri-ciri peribadi seseorang. Ciri-ciri baik seperti
kesabaran, rendah diri dan syukur boleh diperbaiki lagi dengan adanya ciri tasawuf dalam
seseorang. Yang penting sekali, tasawuf mampu menambah baikkan kualiti spiritual
seseorang individu. Dengan ilmu tasawuf, seseorang mampu memperapatkan lagi hubungan
antara mereka dan Allah. Kerana ciri-ciri tasawuf yang banyak mendorong kepada kebaikan
diri sendiri, boleh disimpulkan bahawa tasawuf mempunyai kepentingan yang tinggi dalam
islam dan dalam pembangunan sesebuah negara.

Oleh kerana tasawuf mempunyai perkaitan yang tinggi dengan Islam, kita dapat melihat
impak ilmu tasawuf kepada negara-negara moden. Salah satu impak tasawuf adalah
kedamaian sesebuah negara. Dengan adanya ilmu tasawuf dalam setiap individu, tidak akan
berlaku pertelingkahan antara satu sama lain. Ini adalah kerana setiap individu akan lebih
bertolak ansur antara satu sama lain dan juga lebih bersabar dalam menghadapi pertikaian
antara satu sama lain. Selain itu, berlakunya peningkatan dalam kualiti pemerintahan.
Pemimpin-pemimpin negara yang mengamalkan ilmu tasawuf bakal menjadi lebih toleransi
dan adil kepada warga negaranya. Ini dapat melahirkan golongan-golongan pemimpin yang
lebih bertanggungjawab dalam melakukan tugasnya. Akhirnya, etika dan moral dalam setiap
individu akan meningkat. Ini akan membentuk masyarakat yang lebih harmoni dah
hormat-menghormati antara satu sama lain.
Walaupun memberikan banyak impak yang baik kepada sesebuah individu dan juga
komuniti, ilmu tasawuf mempunyai banyak cabaran dan tetangganya sendiri. Antara masalah
yang dihadapi dalam mempraktikkan tasawuf adalah kedegilan sesetengah individu. Terdapat
individu yang lebih mementingkan keperluan diri sendiri. Oleh itu, mereka memandang
remeh terhadap tasawuf atas sebab mempercayai bahawa tasawuf tidak mendatangkan
kebaikan kepada diri mereka. Selain itu, kekuatan nafsu dalam diri ramai individu
menghalang mereka dalam mengamalkan ilmu ini. Nafsu duniawi lebih mendorong mereka
dalam melakukan maksiat dan juga perkara-perkara yang melekakan dan melalaikan.
Akhirnya, kurangnya pendedahan kepada ilmu tasawuf. Kurangnya pendedahan ilmu
menyebabkan masyarakat tidak mempunyai bimbingan yang baik untuk membawa mereka
kepada jalan yang benar.

2.2 KESIMPULAN

Berdasarkan penerangan ini boleh disimpulkan bahawa tasawuf mempunyai banyak definisi.
Walau bagaimanapun, boleh dipahamkan bahawa tasawuf ini merujuk kepada pembangunan
diri dalam agama Islam. Tasawuf mempunyai banyak kepentingan dan juga impak yang
positif kepada kedamaian sesebuah negara. Namun sedemikian, mengamalkan ilmu tasawuf
mempunyai banyak tantangan. Oleh kerana itu, pentingnya kita sebagai individu dan
kommuniti untuk mempraktikkan ilmu ini dalam kehidupan seharian kita.
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang
dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif.
Bab ini akan menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian yang dijalankan.
Bab ini juga akan membincangkan dengan terperinci beberapa perkara penting dalam
metodologi dan strategi yang digunakan dalam menyiapkan kajian tasawuf ini, antaranya
ialah:

1. Reka bentuk kajian.


2. Instrumen kajian.
3. Pensampelan.
4. Analisa Kajian.

Metodologi kajian dan strategi yang disusun untuk mendapatkan maklumat dan data untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian seperti dalam rajah 3.0.1 berikut.
CARTA ALIR PROSES KAJIAN

Rajah 3.0.1 Carta Alir proses kajian yang dijalankan.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan data-data
kuantitatif dan kualitatif yang dipungut melalui borang ‘Google Form’. Data-data yang
diperolehi daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dan dipersembahkan dengan
statistik perihalan dan ujian signifikan. Keputusan ujian-ujian statistik seterusnya akan
memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif. Alat utama yang digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ialah soal
selidik. Responden termasuk 30 pelajar universiti dari seluruh Malaysia.
3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat
mengumpul data. Tingkah laku sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang
dipilih. Instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah untuk memperolehi
dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian diperlukan untuk mendalami konsep berkaitan
sikap, persepsi, keterangan latar belakang dan segala sumber yang berbentuk primer ataupun
sekunder. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah
menggunakan borang soal selidik (Google Form) dan kaedah rujukan.

3.3 PERSAMPELAN

Penyelidikan ini menggunakan kaedah persampelan rawak, di mana Borang ‘Google Form’
adalah medium utama. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama
melibatkan data demografi responden, bahagian kedua melibatkan faktor-faktor yang berkait
dengan tasawuf. Bahagian 2 menggunakan skala Guttman, iaitu skor "ya", "tidak" dan
“mungkin”, dan menggunakan skala Likert lima mata, 1-sangat tidak setuju hingga 5-sangat
setuju. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu
kekerapan, peratusan dan purata.

3.4 ANALISA KAJIAN

Kajian tentang konsep tasawuf telah dijalankan secara atas talian melalui borang ‘Google
Form’. Seramai 30 orang telah menjawab soalan-soalan yang disediakan. Dalam kajian ini,
kami mendapati purata yang mengetahui tentang ilmu tasawuf adalah sederhana. Manakala
bagi mengaplikasikan konsep tasawuf dalam kehidupan kebanyakannya masih was-was.
Walaubagaimanapun, mereka tahu ilmu tasawuf ini penting dalam kehidupan dimana
kedamaian sesebuah negara dapat dicapai melalui konsep tasawuf dan dapat menjadikan diri
kita lebih baik.
3.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya dilaksanakan melalui borang ‘Google Form’ secara
atas talian ke seluruh Malaysia dan seramai 30 responden telah membantu kami dalam kajian
ini. Soalan kajian ini dibentuk bagi mengetahui persepsi masyarakat terhadap konsep tasawuf
dalam kehidupan. Seterusnya setiap peringkat kutipan data dan responden dapat
dibincangkan. Keputusan kajian akan dibincangkan dalam dapatan kajian.
BAB 4 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN

4.0 PENDAHULUAN

Bahagian ini menjelaskan tentang analisis data berdasarkan 30 responden bagi menganalisis
konsep tasawuf dalam islam pemangkin kepada kedamaian sebuah negara. Ribuan terima
kasih diucapkan kepada responden yang sudi meluangkan masa dalam menyeselesaikan
semua soalan yang telah disediakan.

4.1 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan orang awam telah
disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan jantina, umur, dan soalan
berkaitan tasawuf. Responden telah diberikan soalan-soalan yang perlu dijawab secara atas
talian di platform ‘google form’.
4.1.1 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

Jantina Bilangan Peratusan(%)

Lelaki 16 53.3

Perempuan 14 46.7
Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Jantina
Sumber: Google Form, 2023

Rajah 1: Taburan Responden Mengikut Jantina


Sumber: Google Form, 2023
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Berdasarkan Jadual
1 dan Rajah 1, dapatan hasil kajian menunjukkan sebanyak 16 orang dan 53.3% daripada
jumlah 30 orang responden merupakan lelaki. Manakala, terdapat 14 daripada 30 orang
responden atau bersamaan 46.7% merupakan golongan perempuan. Daripada hasil kajian
responden dapat dirumuskan majoritinya datang dari kaum lelaki yang atelah mengisi borang
penyelidikan kami.
4.1.2 TABURAN RESPONDEN MENGIKUT UMUR

Umur (Tahun) Bilangan Peratusan (%)

18 Ke Bawah 6 20

19 antara 22 11 36.7

23 Ke Atas 13 43.3
Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Umur
Sumber: Google Form, 2023

Rajah 2: Taburan Responden Mengikut Jantina


Sumber: Google Form, 2023
Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan demografi responden mengikut umur dari pelbagai usia.
Daripada jumlah 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 13 orang responden
bersamaan 43.3% telah berumur 23 tahun ke atas merupakan bilangan responden yang
tertinggi. Terdapat 11 orang responden di antara umur 19 dan 22 sekaligus menunjukkan
peratusan sebanyak 36.7%. Diikuti pula dengan bilangan responden sebanyak 6 orang
bersamaan 20% yang berusia 18 tahun ke bawah.
4.1.3 KETINGGIAN ILMU PENGETAHUAN RESPONDEN TENTANG TASAWUF

Skala Bilangan Peratusan (%)

1 4 13.3

2 5 16.7

3 12 40

4 6 20

5 3 10

Jadual 3: Ketinggian Ilmu Pengetahuan Responden Tentang Tasawuf


Sumber: Google Form, 2023

Rajah 3: Ketinggian Ilmu Pengetahuan Responden Tentang Tasawuf


Sumber: Google Form, 2023

Jadual 3 dan rajah 3 menunjukkan taburan responden tentang ketinggian ilmu pengetahuan
responden tentang tasawuf. Berdasarkan jadual dan rajah , dapatan hasil kajian menunjukkan
seramai 4 orang atau 13.3% meletakkan skala 1 daripada jumlah 30 orang responden.
Terdapat 5 orang responden meletakkan skala 2 menunjukkan peratusan sebanyak 16.7%.
Selanjutnya, seramai 12 orang responden memilih skala 3 menjadikan peratusan sebanyak
40% dan merupakan skala yang terpaling banyak berbanding lain. Manakala seramai 6 orang
responden meletakkan sekala 4 menunjukkan peratusan sebanyak 20%. Daripada hasil kajian
responden memilih skala 5 hanya 3 orang sahaja dan menunjukkan peratusan sebanyak 10%.
4.1.4 KEBOLEHAN MENGAPLIKASIKAN TASAWUF DALAM KEHIDUPAN

PILIHAN BILANGAN PERATUSAN (%)

YA 6 20

MUNGKIN 16 53.3

TIDAK 8 26.7
Jadual 4: Kebolehan Mengaplikasikan Tasawuf Dalam Kehidupan
Sumber: Google Form, 2023

Rajah 4: Kebolehan Mengaplikasikan Tasawuf Dalam Kehidupan


Sumber: Google Form, 2023

Jadual 4 dan rajah 4 menunjukkan taburan responden berkaitan pandangan mereka tentang
kebolehan mengaplikasikan tasawuf dalam kehidupan. Seramai 6 orang menjawab jawapan
YA sekaligus menunjukkan peratusan sebanyak 20%. Manakala hanya 8 orang sahaja
menjawab TIDAK ini menjadikan peratusan hanya 26.7% sahaja. Daripada hasil kajian
majoriti responden menjawab MUNGKIN yang menujukkan bilangan responden seramai 16
orang dan peratusan 53.3%.
4.1.5 KEPENTINGAN ILMU TASAWUF DALAM KEHIDUPAN

PILIHAN BILANGAN PERATUSAN (%)

YA 15 50

MUNGKIN 11 36.7

TIDAK 4 13.3
Jadual 5: Kepentingan Ilmu Tasawuf Dalam Kehidupan
Sumber: Google Form, 2023

Rajah 5: Kepentingan Ilmu Tasawuf Dalam Kehidupan


Sumber: Google Form, 2023

Jadual 5 dan rajah 5 menunjukkan taburan responden berkaitan pandangan mereka mengenai
kepentingan ilmu tasawuf dalam kehidupan. Seramai 4 orang menjawab jawapan TIDAK
sekaligus menunjukkan peratusan sebanyak 13.3%. Manakala hanya 11 orang sahaja
menjawab MUNGKIN ini menjadikan peratusan hanya 36.7% sahaja. Daripada hasil kajian
majoriti responden menjawab YA sebagai tanda bersetuju dengan kepentingan ilmu tasawuf
dalam kehidupan yang menunjukkan bilangan responden seramai 15 orang dan 50% hasil
undian.
4.1.6 KEDAMAIAN SESEBUAH NEGARA DAPAT DICAPAI MELALUI KONSEP
TASAWUF

PILIHAN BILANGAN PERATUSAN (%)

YA 16 53.3

MUNGKIN 10 33.3

TIDAK 4 13.3
Jadual 6: Kedamaian Sesebuah Negara Dapat Dicapai Melalui Konsep Tasawuf
Sumber: Google Form, 2023

Rajah 6: Kedamaian Sesebuah Negara Dapat Dicapai Melalui Konsep Tasawuf


Sumber: Google Form, 2023

Jadual 6 dan rajah 6 menunjukkan taburan responden berkaitan pandangan mereka tentang
kedamaian sesebuah negara dapat dicapai melalui konsep tasawuf. Seramai 4 orang
menjawab jawapan TIDAK sekaligus menunjukkan peratusan sebanyak 13.3%. Manakala
hanya 10 orang sahaja menjawab MUNGKIN ini menjadikan peratusan hanya 33.3% sahaja.
Daripada hasil kajian majoriti responden memilih jawapan YA ini mebuktikkan mereka
bersetuju dengan kedamaian sesebuah negara dapat dicapai melalui konsep tasawuf yang
dapat dibuktikan melalui peratusan sebanyak 53.3% daripada hasil 16 undian responden.
4.1.7 MENGAPLIKASIKAN ILMU TASAWUF DALAM DIRI DAPAT
MENJADIKAN DIRI LEBIH BAIK

PILIHAN BILANGAN PERATUSAN (%)

YA 14 46.7

MUNGKIN 9 30

TIDAK 7 23.3
Jadual 7: Mengaplikasikan Ilmu Tasawuf Dalam Diri Dapat Menjadikan Diri Lebih Baik
Sumber: Google Form, 2023

Rajah 7: Mengaplikasikan Ilmu Tasawuf Dalam Diri Dapat Menjadikan Diri Lebih Baik
Sumber: Google Form, 2023

Jadual 7 dan rajah 7 menunjukkan taburan responden berkaitan pandangan mereka tentang
mengaplikasikan ilmu tasawuf dalam diri dapat menjadikan diri lebih baik. Seramai 7 orang
menjawab jawapan TIDAK sekaligus menunjukkan peratusan sebanyak 23.3%. Manakala
hanya 9 orang sahaja menjawab MUNGKIN ini menjadikan peratusan hanya 30% sahaja.
Daripada hasil kajian majoriti responden menjawab YA sebagai tanda bersetuju dengan
mengaplikasikan ilmu tasawuf dalam diri dapat menjadikan diri lebih baik, ini semua dapat
dibuktikan pada data seramai 14 orang responden dan menunjukkan peratusan sebanyak
46.7%.
4.2 KESIMPULAN

Secara umumnya, segala maklumat di atas dapat kami huraikan secara terperinci dapatan
kajian berdasarkan instrumen kajian yang telah digunakan dalam pelaksanaan kajian ini.
Instrumen kajian tersebut adalah soal selidik responden mengenai sejauh mana pemahaman
tasawuf terhadap seseorang individu. Soal selidik telah dilengkapkan oleh responden melalui
atas talian di platform ‘google form’.

Dapatan kajian dan perbincangan ini memberikan penjelasan yang jelas mengenai fikiran
masyarakat kini terhadap ilmu tasawuf secara sedar atau tidak sedar kewujudannya. Selain
daripada itu juga, analisa data juga tertumpu kepada kefahaman, aplikasi dan pandangan
responden terhadap fungsi tasawuf pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

BAB 5 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.0 RUMUSAN

Berdasarkan analisis yg dikendalikan oleh kumpulan kami, didapati bahwa responden kami di
dalam kalangan orang dewasa berumur 23 ke atas. Kebanyakannya setuju bahawa konsep
tasawuf dapat memangkin kepada kedamaian negara dengan hampir 50 peratus responden
setuju. Namun begitu, mereka tidak yakin jika mereka mengamalkan konsep tasawuf ini.

5.1 CADANGAN

5.1.1 PENYELIDIK AKAN DATANG

Cadangan bagi penyidik akan datang ialah untuk mempelajari Ilmu tasawuf denagan lebih
mendalam agar sentiasa berpegang dengan Al-quran dan Al-sunnah. Dan hendaklah mereka
menyelidiki sesuatu itu dengan menyatakan perkara yang benar sahaja tanpa penipuan kerana
itu dilarang dalam Islam.
5.1.2 KERAJAAN

Cadangan yang boleh dikemukakan kepada kerajaan ialah untuk memerintah dan memimpin
negara dengan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Dengan cara itu sahaja, negara
Malaysia dapat mencapai kedamaian dalam setiap kaum kerana Islam itu agama yang damai.

5.1.3 MASYARAKAT

Cadangan bagi masyarakat Malaysia adalah memahami ilmu tasawuf. Hal ini untuk menjauhi
kezaliman sesama kaum. Kita duduk di tanah yg sama dan kelak akan saling memerlukan
sesama kita tidak kira kam. Bagi yg beragama Islam haruslah sentiasa bertaubat dan menjauhi
maksiat dan tidak mengejek agama lain. Bagi yang beragama selain Islam, perlulah
menghormati agama Islam kerana ia adalah agama rasmi Malaysia. Jika perkara ini,
dilaksanakan, insyaAllah, Malaysia menjadi negara yang aman dan damai.

5.2 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan analisis yang dilakukan bahawa konsep tasawuf dalam Islam
adalah pemangkin kepada kedamaian sebuah negara.
6.0 RUJUKAN
Konsep dan Pengenalan Ilmu Tasawuf – Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu. (2016, January 2).

Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu. Retrieved April 19, 2023, from

https://spait.whatta.org/?p=278

MEMAHAMI USUL ILMU TASAWUF. (n.d.). Addeen. Retrieved July 4, 2023, from

http://www.addeen.my/index.php/rohani/ibadah/item/391-memahami-usul-ilmu-tasawuf

Muhamad Yusuf Khalid. (2011). Pengenalan ilmu tasawuf untuk remaja Islam. Universiti Sains Islam

Malaysia.

Syukur, H. M. A. (1999). Menggugat tasawuf: sufisme dan tanggung jawab sosial abad 21. Pustaka

Pelajar.

Tasawuf bantu manusia ubati hati yang sakit. (2020, June 14). Harian Metro. Retrieved July 4, 2023,

from

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/589843/tasawuf-bantu-manusia-ubati-hati-yang-s

akit

(Pengertian Tasawuf Dan Manfaat Mempelajarinya, 2021, November 25). Retrieved July 4,2023,

from

https://kalam.sindonews.com/read/610023/70/pengertian-tasawuf-dan-manfaat-mempelajarin

ya-1637838664

(“'Tasamuh' Sebagai Tunjang Kekuatan Keluarga Malaysia,” 2022, June 17). Retrieved Jun 7, 2023

from

https://harakahdaily.net/index.php/2022/06/17/tasamuh-sebagai-tunjang-kekuatan-keluarga-m

alaysia/
7.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai