Anda di halaman 1dari 496

PENGEKALAN SOSIOBUDAYA DAN AMALAN

WARISAN SUFISME KOMUNITI TAMIL MUSLIM


KADAYANALLUR DI PULAU PINANG

MOHAMMED SIRAAJ BIN SAIDUMASUDU

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


2015
PENGEKALAN SOSIOBUDAYA DAN AMALAN
WARISAN SUFISME KOMUNITI TAMIL MUSLIM
KADAYANALLUR DI PULAU PINANG

Oleh

MOHAMMED SIRAAJ BIN SAIDUMASUDU

Tesis yang Diserahkan untuk Memenuhi Keperluan bagi


Ijazah Doktor Falsafah

Ogos 2015
PENGHARGAAN

Pertama-tama dipanjangkan pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah dengan izin dan

inaya-Nya saya dapat menyiapkan tesis ini. Seterusnyasaya merakamkan penghargaan

kepada penyelia pertama Dr. Syaikh Abdullah bin Hassan Mydin dari Pusat Pengajian

Pendidikan Jarak Jauh atas bimbingan dan tunjuk ajar ikhlas beliau dan penyelia kedua,

Prof. Madya Dr. Azizan Sabjan dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains

Malaysia, yang turut membantu dalam melengkapkan tesis ini. Selain itu, saya

mengucapkan terima kasih kepada ayahanda, Said Masud bin Othuman yang sentiasa

menyokong dan membantu usaha saya ini khususnya dalam meneliti teks-teks bahasa

Tamil. Tidak dilupakan semestinya ibu tersayang dan sokongan moral isteri Pn. Nazrinah

bt Nahoor Meera dan anak-anak khususnya Nurul Syuhada untuk menyiapkan tesis ini.

Dalam kajian komuniti ini ramai individu yang telah menghulurkan bantuan dari

segi maklumat dan bahan rujukan serta kerjasama dan sokongan yang ikhlas. Tanpa

bantuan mereka kajian ini tidak dapat disempurnakan. Antara individu yang saya hargai

adalah Encik Sultan Arif bin Mohamad Mydin, Osman bin Ibrahim, Sulaiman bin Ahmad,

Mohamad Shah bin Pakkir, Said Ahmad bin Haidros, O.N. Kader Mydin, M.K. Majeed,

Mashood bin Eusoff, Sultan Syed Salhamid, Al Rashid bin Sinta, dan ramai lagi individu

yang tidak sempat saya senaraikan di ruangan yang sempit ini.

Akhirnya, saya merakamkan ucapan JazakAllahu Khairan Kathiran kepada para

pemimpin persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

Pulau Pinang dan mereka yang dinyatakan serta tidak dinyatakan di sini.

ii
SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN ii
SENARAI KANDUNGAN iii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI PETA ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI GAMBAR FOTO xi
SENARAI LAMPIRAN xii
DAFTAR TRANSLITERASI BAHASA TAMIL xiv
DAFTAR TRANSLITERASI BAHASA ARAB xv
DAFTAR KEPENDEKAN xvi
DAFTAR ISTILAH xviii
ABSTARK xxi
ABSTRACT xxiii

BAB 1: PENDAHULUAN 1

1.1 Latar Belakang Kajian 1


1.2 Permasalahan Kajian 7
1.3 Objektif Kajian 15
1.4 Persoalan Kajian 15
1.5 Kepentingan Kajian 15
1.6 Metodologi Kajian 16
1.6.1 Unit Penganalisisan 20
1.6.2 Kerja Lapangan 21
1.6.3 Strategi Penyelidikan 22
1.6.4 Instrumen Kajian 23

iii
1.6.5 Populasi dan Sampel Kajian 24
1.6.6 Pengumpulan Data 27
1.6.7 Analisis Data 30
1.6.8 Batasan Kajian 31
1.7 Sorotan Kajian Lepas 32
1.8 Organisasi Kajian 52
1.9 Definisi Operasional 54
1.9.1 Sosiobudaya 54
1.9.2 Sufisme 56
1.9.3 Amalan Agama 56
1.9.4 Amalan Warisan Sufisme 57
1.10 Rumusan 57

BAB 2: SEJARAH PENEMPATAN KOMUNITI TAMIL MUSLIM 58


KADAYANALLUR DI PULAU PINANG

2.1 Pengenalan 58
2.2 Kerangka Teori Migrasi 59
2.2.1 Definisi Migrasi 59
2.2.2 Faktor Migrasi Berasaskan Teori Migrasi 61
2.3 Asal usul Tamil Muslim 68
2.4 Gelaran Komuniti Tamil Muslim 70
2.4.1 Yavana, Sonakar, Anjuvanam dan Thulukkar 71
2.4.2 Chulia, Keling dan Mamak 72
2.5 Subkomuniti dan Orientasi Identiti Komuniti Tamil Muslim di
78
Tamil Nadu
2.6 Pembentukan Komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang 83

2.7 Asal usul Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur Pulau Pinang 96

iv
2.7.1 Kedudukan Geografi dan Demografi Kadayanallur 97
2.7.2 Penempatan Awal Komuniti Tamil Muslim Syafie di
Kadayanallur 101
2.7.3 Pekerjaan Penenunan Kain 108

2.8 Faktor Penghijrahan Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur ke


Pulau Pinang 113
2.9 Cara Penghijrahan ke Pulau Pinang 118
2.10 Perkembangan Petempatan di Pulau Pinang 124
2.11 Perkembangan Pekerjaan di Pulau Pinang 135
2.12 Rumusan 144

BAB 3: PENINGKATAN SOSIOBUDAYA MELALUI AMALAN 145


BERPERSATUAN

3.1 Pengenalan 145


3.2 Latar Belakang Tradisi Pengamalan Nama Keluarga 146
3.2.1 Tradisi Pengamalan Nama Keluarga di Pulau Pinang 149
3.2.2 Rasional Nama-nama Keluarga 156
3.3 Konsep Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat 164
3.4 Asas Penubuhan Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat 166
3.4.1 Persatuan Muslim Bersatu (UMA) 171
3.4.2 Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI) 174
3.4.3 Persatuan Hidayathul Islam (PHI) 181
3.4.4 Persatuan Muslim Kadayanallur (PMK) 181
3.4.5 Central Muslim Society (CMS) 183
3.4.6 Persatuan Nurul Islam (PNI) 185
3.5 Perkembangan Pendidikan Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur 188
3.5.1 Perkembangan Pendidikan Arab 191
3.5.2 Tokoh Ulama: Dato Abdullah Bukhari 210
3.5.3 Perkembangan Pendidikan Tamil 219

v
3.5.3 (a) Sekolah Tamil United Muslim Association 223
3.5.3 (b) Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam 236
3.5.3 (c) Sekolah Tamil Tenkasi Muslim 241

3.6 Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Komuniti Melalui 248


Sosiobudaya
3.6.1 Amalan Nyanyian Bait 249
3.6.2 Majlis Panchayam 254
3.6.3 Majlis Keramaian dan Hari Keluarga 256
3.6.4 Pemeliharaan Kebajikan Komuniti 257
3.6.5 Pengukuhan Rangkaian Kekeluargaan Komuniti 260
3.6.6 Kegiatan-kegiatan Sosial Lain 262
3.6.6 (a) Kugiran Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat 263
3.6.6 (b) Hubungan Dengan Komuniti Lain 268
3.7 Rumusan 270

BAB 4: AMALAN WARISAN SUFISME KOMUNITI TAMIL 272


MUSLIM KADAYANALLUR

4.1 Pengenalan 272


4.2 Konsep Sufisme dan Amalan Warisan Sufisme 273
4.2.1 Latar Belakang Sufisme 273
4.2.2 Sejarah Ringkas Perkembangan Sufisme 278
4.2.3 Konsep Amalan Warisan Sufisme 280

4.3 Latar Belakang Perkembangan Pengaruh Sufisme di India Selatan 283


4.4 Perkembangan Sufisme di Kawasan Pedalaman India Selatan dan
Kadayanallur 291

vi
4.5 Perluasan Kepercayaan Terhadap Keramat di Pulau Pinang 296
4.5.1 Nagore Dargah 299
4.5.2 Keramat Dato Koyah 301
4.6 Amalan di Keramat dan Perayaan Kanthoori 305
4.6.1 Amalan di Keramat Pulau Pinang 305
4.6.2 Perayaan Kanthoori 311
4.7 Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat dan Sufisme 319
4.7.1 Ratib 324
4.8 Sufisme dan Budaya Penamaan Anak 327
4.9 Amalan Menziarahi Keramat dan Konsep Tawassul 333
4.10 Amalan Maulid 344
4.10.1 Kedudukan Maulid dalam Islam 353
4.11 Kepercayaan Terhadap Wafaq dan Budaya 786 358
4.12 Rumusan 370

BAB 5: DAPATAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 372

5.1 Perbincangan 372


5.2 Rumusan Keseluruhan 390
5.3 Cadangan 397

BIBLIOGRAFI 400
LAMPIRAN

vii
SENARAI JADUAL

Muka Surat

Jadual 1.1 Taburan Jumlah Penduduk Berketurunan India Mengikut


Daerah di Pulau Pinang pada Tahun 2010 25

Jadual 3.1 Senarai Nama Keluarga Berdasarkan Nama Tempat Asal


Usul 161

Jadual 3.2 Senarai dan Maksud Nama Keluarga Berasaskan Bahasa


Malayalam 161

Jadual 3.3 Senarai Nama Keluarga Berasaskan Pekerjaan 163

Jadual 3.4 Kolej Arab di Tamil Nadu dan Gelaran yang Dianugerahkan
kepada Siswazah 201

Jadual 4.1 Kumpulan Huruf Hijaiyyah Berdasarkan Sifat Alam


Semulajadi 362

Jadual 4.2 Huruf- huruf Hijaiyyah Mengikut Susunan Abjad Hawwaz


dan Sistem Hisab al-Jummal 362

Jadual 4.3 Nilai Bismillah Mengikut Kiraan Sistem Hisab al-Jummal 365

viii
SENARAI PETA

Muka Surat

Peta 1.1 Peta Sempadan Daerah Pentadbiran dan Kawasan Pihak


28
Berkuasa Tempatan Pulau Pinang

Peta 2.1 Kedudukan Kadayanallur, Daerah Tirunelveli, Tamil 100


Nadu,India

Peta 2.2 Kedudukan Pusat Penenunan Kain di Daerah Tirunelveli, 112


Tamil Nadu, India

Peta 2.3 Kawasan-kawasan Petempatan Utama Komuniti Tamil 129


Muslim Kadayanallur Sekitar Bandar George Town

ix
SENARAI RAJAH

Muka Surat

Rajah 1.1 Kerangka Kaedah Kajian 29

Rajah 2.1 Faktor-Faktor yang Terdapat di Kawasan Asal Usul dan 66


Kawasan Destinasi serta Rintangan yang Muncul Berdasarkan
Teori Push-and- Pull

Rajah 3.1 Contoh Skrip-Arab Tamil 198

Rajah 4.1 Naqsha untuk Menghalang Gangguan Musuh 365

x
SENARAI GAMBAR FOTO

Muka Surat

Gambar Foto 2.1 Petempatan Komunti Tamil Muslim Kadayanallur di Jalan


Kedah, George Town, Pulau Pinang 133

Gambar Foto 3.1 Persatuan Muslim Bersatu (UMA) di Alimsawalai, Lebuh


Chulia, George Town, 1932 176

Gambar Foto 3.2 Bangunan Persatuan Anjuman Himayathul Islam 1950-an


(Masjid Mohamed Bee Bee) 180

Gambar Foto 3.3 Madrasathul Mahmoodathul Arabia, 1935 196

Gambar Foto 3.4 Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam, George Town, 2013 208

Gambar Foto 3.5 Dato S.A. Abdullah Bukhari 218

Gambar Foto 3.6 Sekolah Tamil United MuslimAssociation, 1951 228

Gambar Foto 3.7 Perasmian Bangunan Baru Sekolah Tamil United Muslim
Association oleh En. Khir Johari,1958 232

Gambar Foto 3.8 Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam, 1957 240

Gambar Foto 3.9 Orkes Seri Melur, UMA 1950-an 266

Gambar Foto 4.1 Nagore Dargah, Lebuh Chulia, George Town 306

Gambar Foto 4.2 Suasana di Keramat Dato Koyah, George Town 317

Gambar Foto 4.3 Perayaan Kanthoori di Nagore Dargah, George Town 318

Gambar Foto 4.4 Majlis Bacaan Maulid Komuniti Tamil Muslim 351

xi
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Satu Biografi Responden Generasi Muda Komuniti Tamil Muslim


Kadayanallur di Pulau Pinang

Lampiran Dua Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik, Kawasan


Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Timur Laut dan Barat
Daya, Negeri Pulau Pinang

Lampiran Tiga Biografi Informan.

Lampiran Empat Contoh Transkrip Temu bual dengan Informan Tamil


Muslim
Lampiran Lima Senarai Soalan Temu Bual

Lampiran Enam Resit Syarikat A.S. Mansoor,1946

Lampiran Tujuh Senarai Nama Keluarga Tamil Muslim Kadayanallur di


Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu, India

Lampiran Lapan Senarai Nama Keluarga Komuniti Tamil Muslim


Kadayanallur di Pulau Pinang

Lampiran Sembilan Kad Jemputan Kahwin Komuniti Tamil Muslim


Kadayanallur yang Mengandungi Nama Keluarga

Lampiran Sepuluh Senarai Nama Keluarga Komuniti Tamil Muslim


Kadayanallur Mengikut Tradisi Pegangan Terhadap Katci

Lampiran Sebelas Gambar Foto Pembukaan Bangunan Baru UMA di No. 202,
Jalan Transfer, George Town, Pulau Pinang pada tahun 1934

Lampiran Dua Belas Surat Rasmi Pelantikan Pengurus Madrasa Anjuman


Himayathul Islam yang Ditandatangan oleh S. Mohamed
Shafee sebagai Pemegang Amanah Asal Bangunan Masjid
Mohamed Bee Bee pada 3 April 1963

xii
Lampiran Tiga Belas Surat Permohonan Penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Persatuan Muslim Bersatu, 202, Jalan Transfer,
George Town, Pulau Pinang pada Tahun 1985 dari Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang

Lampiran Empat Belas Surat Pengesahan Sekolah Tamil Anjuman Himayathul


Islam Kalvi Padasalai sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan
atau grant-in-aid school kepada pengurus sekolah ini dari
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang yang bertarikh 19 Mei 1949

Lampiran Lima Belas Jadual Ringkasan Aspek Sosiobudaya Berkaitan dengan


Persatuan-Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat Komuniti
Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang

Lampiran Enam Belas Senarai Keramat di Pulau Pinang

Lampiran Tujuh Belas Senarai Penyumbang Kandhuri di Nagore Dargah, Lebuh


Chulia, Pulau Pinang

Lampiran Lapan Belas Salasilah Syeikh Uthuman Lebbai Chisti, Kadayanallur,


Tirunelveli, Tamil Nadu, India. Salasilah Beliau dalam
Tarekat Qadiriah Chistiyah

xiii
DAFTAR TRANSLITERASI BAHASA TAMIL

Penggunaan transkripsi nama dan istilah Tamil melalui transliterasi bahasa Melayu adalah
berdasarkan sistem transliterasi Tamil Lexicon seperti berikut:

VOKAL

a அ e எ
ā ஆ ē ஏ
i இ ai ஐ
ī ஈ o ஒ
u உ ō ஓ
ū ஊ au ஔ

KONSONAN

k க் m ம்
ṅ ங் y ய்
c ச் r 
ñ ஞ் l ல்
ṭ ட் v வ்
ṇ ண் ḻ ழ்
t த் ḷ ள்
n ந் ṟ ற்
p ப் ṉ ன்
k ஃ

xiv
DAFTAR TRANSLITERASI BAHASA ARAB

Penggunaan transkripsi nama dan istilah Bahasa Arab melalui transliterasi bahasa Melayu
adalah berdasarkan sistem transliterasi huruf Arab-Rumi, Dewan Bahasa dan Pustaka
seperti berikut:

KONSONAN

‫ء‬ ’ ‫ع‬ ‘

‫ب‬ b ‫غ‬ gh

‫ت‬ t ‫ف‬ f

‫ث‬ th ‫ق‬ q

‫ج‬ j ‫ك‬ k

‫ح‬ ḥ ‫ل‬ l

‫خ‬ kh ‫م‬ m

‫د‬ d ‫ن‬ n

‫ذ‬ dh ‫و‬ w

‫ر‬ r ‫ه‬,‫ة‬ ‘

‫ز‬ z VOKAL

‫س‬ s Pendek Panjang

ُ ‫)ـ‬
‫ش‬ sy ‫و‬ u
dhamah (

‫ص‬ ṣ fathah (‫)ــَـ‬ ‫ا‬ a

‫ض‬ ḍ kasrah (‫)ــِـ‬ ‫ي‬ i

‫ط‬ ṭ

‫ظ‬ ẓ

xv
DAFTAR KEPENDEKAN

AHI Anjuman Himayathul Islam

APIM Angkatan Pemuda India Muslim Selangor

CMS Central Muslim Society

DJN Darjah Johan Negeri

DKK Darah Keturunan Keling

DSPN Darjah Setia Pangkuan Negeri

EPF Employee Provident Fund

H Tahun Hijrah

Hlm. Halaman

KIMMA Kesatuan India Muslim Malaysia

M Tahun Masihi

MAHI Madrasa Anjuman Himayathul Islam

MAIPP Majils Agama Islam Negeri Pulau Pinang

MBRS Malaysian British Royal Society

MFNPP Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang

MPPP Majlis Perbandaran Pulau Pinang

NNMB Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

NNS Negeri-Negeri Selat

PERMIM Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia

PHI Persatuan Hidayathul Islam

PHT Penang Heritage Trust

PI Passport of India

xvi
PMK Persatuan Muslim Kadayanallur

pnys. Penyusun

pnyt. Penyunting

RTM Radio Televisyen Malaysia

SHTI Syarikat Hindia Timur Inggeris

SM Tahun Sebelum Masihi

STMWS SingaporeTenkasi Muslim Welfare Society

t.h. Tiada halaman

t.t Tiada tahun

Terj. Terjemahan

TMBS Tenkasi Muslim Benefit Society

TMS Tenkasi Muslim Society

w. Tahun Wafat

UMA United Muslim Association/Persatuan Muslim Bersatu

UNESCO The United Nations Organization for Education,


Science and Culture

xvii
DAFTAR ISTILAH

Dargah Istilah bahasa Tamil yang merujuk kepada keramat wali


Allah atau sufi.

Eksogami Merujuk kepada perkahwinan di luar lingkungan etnik


atau kaum yang sama.

Endogami Merujuk kepada perkahwinan dalam lingkungan etnik


atau kaum yang sama.

Homogen Bermaksud bahagian atau kumpulan masyarakat pada


asasnya berasal dari unit atau bahagian yang sama jenis.
Masyarakat atau komuniti homogen merujuk kepada
masyarakat yang mengalami dan mempunyai jenis
budaya, nilai, bahasa dan agama yang sama.

Kaikadi Istilah bahasa Tamil yang bermaksud kereta sorong


yang digunakan untuk mengangkut barang.

Kanaqa Istilah bahasa Parsi yang membawa maksud rumah yang


didiami oleh golongan sufi. Ia juga merujuk kepada
tempat pertemuan sufi dan muridnya untuk menjalankan
ritual dan upacara kerohanian (majlis) berasaskan
sufisme.

Kaṭai Istilah bahasa Tamil yang bermaksud kedai atau rumah


kedai.

Katci Istilah bahasa Tamil yang bermaksud parti atau


kelompok.

Khalwat Istilah bahasa Arab yang bermaksud pengasingan atau


pengunduran diri untuk tujuan-tujuan kerohanian.

Kanthoori Istilah ini berasal daripada perkataan Turki dan disebut


juga sebagai kanduri dan kandri. Ia merujuk kepada
tindakan pemberian makanan kepada orang miskin
ketika sambutan ulang tahun kelahiran atau kematian
seorang wali.

xviii
Kuṭumpapeyar Istilah bahasa Tamil yang merujuk kepada nama
keluarga

Nercai Istilah bahasa Tamil yang bermaksud pemberian


makanan atau manisan selepas upacara keagamaan.

Ribat Tempat golongan sufi untuk melakukan ibadah dan


latihan kewajipan-kewajipan lain. Ribat selalunya
didirikan di atas tanah wakaf atau sedekah para
pengikut sesebuah tarekat. Di tempat yang khusus ini
syaikh dan para murid dapat melakukan latihan dengan
tekun, tanpa diganggu oleh urusan-urusan kehidupan
biasa yang lain.

Salik Salik merujuk kepada seseorang yang sudah berada


dalam perjalanan kerohanian peringkat demi peringkat,
tetapi masih belum mencapai taraf ma’rifah atau
mengenal Tuhannya.

Suluk Istilah bahasa Arab dalam konteks sufisme bermaksud


suatu pengembaraan rohaniah seorang salik melalui
latihan rohaniah dan melawan nafsu serta syaitan serta
sentiasa kekal dalam zikrullah.

Tatchanai Istilah bahasa Tamil yang bermaksud buah tangan atau


pemberian. Dalam komuniti Tamil pemberian ini
lazimnya berbentuk buah-buahan, sirih, kapur dan buah
pinang serta sagu hati dalam bentuk wang. Pemberian
tatchanai merupakan sebahagian daripada adat dan
kebudayaan komuniti Tamil di India.

Uzlah Istilah bahasa Arab yang merujuk kepada perbuatan


menyisih diri daripada masyarakat untuk sementara
waktu bagi maksud mencapai kebenaran dengan cara
menjalani latihan-latihan kerohanian dalam tempoh
tersebut.

Wafaq Wafaq merupakan ilmu yang menggunakan nombor dan


huruf juga dikenali sebagai ilmu simia dan ilmu rahsia
huruf. Nama Allah SWT dipecah-pecahkan serta
disusun bersama angka, para rasul dan sahabat besar
yang digunakan dalam tangkal dan azimat. Nombor-
nombor ini kemudiannya digunakan sebagai tangkal
bagi tujuan perubatan, pelaris, pemanis muka,
pendinding panahan mata dan sebagainya.

xix
Zawiyah Istilah bahasa Arab dan dari segi bahasa ia merujuk
kepada sudut atau pelosok. Dalam sufisme, istilah ini
merujuk kepada suatu tempat pertemuan yang lazim
bagi ahli-ahli suatu tarekat suffiyyah. Ia boleh jadi
berupa sebuah bilik sahaja atau sebuah masjid dan
sebagainya.

xx
PENGEKALAN SOSIOBUDAYA DAN AMALAN WARISAN SUFISME

KOMUNITI TAMIL MUSLIM KADAYANALLUR DI PULAU PINANG.

ABSTRAK

Kajian ini tertumpu pada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang telah

mewujudkan penempatan mereka di Pulau Pinang sejak akhir kurun ke-19. Komuniti ini

yang dikategorikan sebagai golongan Tamil Muslim bukan pedagang telah berkembang

secara tetap dan terlibat dalam perkembangan aspek sosiobudaya di Pulau Pinang.

Penglibatan mereka adalah signfikan dari aspek sosiobudaya kepada perkembangan

komuniti ini dan masyarakat lain serta perkembangan sejarah sosial Malaysia. Oleh yang

demikian, objektif kajian ini berfokus kepada sejarah penempatan komuniti ini di George

Town, Pulau Pinang dan peranan komuniti ini dalam perkembangan aspek sosiobudaya

melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Selain itu, kajian ini juga

menumpu pada amalan agama warisan sufisme komuniti ini di Pulau Pinang. Seterusnya,

dalam memperoleh data untuk memenuhi objektif kajian ini, pengkaji menggunakan

kaedah kajian kualitatif yang melibatkan kajian dokumen, temu bual termasuk sejarah

lisan dan pemerhatian. Dari konteks dokumen, sumber-sumber primer dan sekunder

digunakan untuk memperoleh data. Hasil kajian menunjukkan bahawa komuniti Tamil

Muslim ini mempunyai keunikan identiti rangkaian kekerabatan berasaskan nama keluarga

dan sumbangan dalam aspek sosiobudaya khususnya dalam perkembangan bidang

pendidikan Arab dan Tamil di Pulau Pinang. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa

amalan agama warisan sufisme komuniti ini mempunyai pengaruh latar belakang

xxi
penyebaran Islam dan budaya masyarakat setempat di India Selatan yang memberi impak

kepada pembentukan aspek sosiobudaya mereka di Pulau Pinang.

xxii
THE SOCIO-CULTURAL PRESERVATION AND TRADITIONAL PRACTICE

OF SUFISM AMONG THE KADAYANALLUR TAMIL MUSLIM COMMUNITY

IN PENANG.

ABSTRACT

This research focuses on the Kadayanallur Tamil Muslim community that

established their settlement in Penang since the end of 19th century. This non-trading Tamil

Muslim community who settled down permanently in Penang are involved in the

development of socio-cultural aspects. Their involvement in these aspects, in fact, is

significant to the development of their own community members, of other communities as

well as the development of the social history of Malaysia. Therefore, this research aims to

investigate the settlement history of this community in George Town, Penang and their

roles in socio-cultural aspects via their kin centre associations. Furthermore, this research

also investigates the Sufism inherited religious practices of this community. In gaining

research data based on the stated objectives, the researcher applies qualitative research

methodology which comprises analysis of documents, interviews inclusive oral history and

observations. In terms of documents, primary and secondary sources were used to gain

reliable data. The result of this research shows that this Tamil Muslim community has a

unique kin network identity based on family names and they contributed in socio-cultural

aspects especially in the development of Arabic and Tamil education in Penang.

Furthermore, it shows that their traditional practices of Sufism firmly influenced by

historical background of spread of Islam and culture of local community in South India.

xxiii
These factors have fundamental impact on molding socio-cultural aspects of their lives in

Penang.

xxiv
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Penglibatan komuniti India Muslim secara aktif di Pulau Pinang dikesan sejak

penguasaannya oleh Francis Light pada tahun 1786. Komuniti India Muslim khususnya

Tamil Muslim telah memainkan peranan yang penting dalam aspek ekonomi, sosial, politik,

kebudayaan dan sejarah perkembangan bandar dalam konteks pembangunan Pulau Pinang

pada peringkat awal. Kewujudan Masjid Kapitan Keling di George Town membuktikan

peranan yang besar komuniti Tamil Muslim ini.1 Pada hakikatnya, komuniti Tamil Muslim

merupakan sebahagian daripada komuniti India Muslim. Dari konteks istilah, India Muslim

didefinisikan sebagai komuniti Islam yang berasal dari daerah dan wilayah yang berbeza di

India merangkumi komuniti Tamil, Gujerat, Malayali, Telegu, Punjabi dan etnik-etnik lain.2

Istilah Tamil Muslim pula merujuk kepada komuniti yang bertutur bahasa Tamil sebagai

bahasa ibunda dan beragama Islam.3 Komuniti Tamil Muslim merupakan komuniti India

Muslim yang dominan di Pulau Pinang4 dan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

merupakan salah satu komponen komuniti Tamil Muslim yang mula berkembang di Pulau

Pinang sejak akhir kurun ke-19.

1
Khoo Salma Nasution. (2009). The Tamil Muslim in Early Penang: Network for a New Global Frontier. Dlm
(pnyt.).Wazir Jahan Karim, Straits Muslims: Diasporas of the Northern Passage of the Straits of Malacca
George Town: Straits G.T., hlm. 97.
2
Mujeeb, M. (1967 ). The Indian Muslim. London: George Allen & Unwind Ltd, hlm. 1-3.
3
More, J.B. (2004). Muslim Identity,Print Culture, and the Dravidian Factor in Tamil Nadu. New
Delhi:Orient Longman Private Limited, hlm. 3.
4
Khoo Salma Nasution. (2009). The Tamil Muslim in Early Penang, hlm. 97.
1
Pada dasarnya, pembentukan dan penglibatan komuniti Tamil Muslim di Pulau

Pinang merupakan rentetan daripada penglibatan komuniti ini di Kepulauan Melayu yang

dikenal pasti sejak kurun ke-8 Masihi. Hubungan para pedagang Tamil Muslim dengan

Semenanjung Tanah Melayu bermula di Kedah5 dan diikuti zaman Kesultanan Melayu

Melaka pada kurun ke-15 Masihi.6 Komuniti Tamil Muslim telah memainkan peranan

penting dalam bidang perdagangan di Melaka sehingga kejatuhan Kesultanan Melayu

Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Tamil Muslim atau Chulia7 terus berkembang

apabila mereka berhijrah dari Melaka ke tempat-tempat di luar kawalan kuasa Eropah dan

meluaskan lagi aktiviti perdagangan. Mereka disambut baik oleh sultan negeri-negeri

Melayu dan memberi sandaran utama demi perkembangan perdagangan di negeri masing-

masing. Oleh yang demikian, komuniti Tamil Muslim berkembang di Johor, Perak, Kedah

dan Acheh pada kurun ke-17 dan kurun ke-18. Pedagang Tamil Muslim dilantik sebagai

saudagar raja di negeri-negeri ini dan menguruskan hal ehwal sultan serta golongan

bangsawan. Melalui proses ini mereka mula mempunyai ikatan kekeluargaan dengan

pemerintah melalui perkahwinan dengan ahli keluarga diraja atau kerabat diraja.8

Penglibatan komuniti Tamil Muslim dalam bidang perdagangan sehingga

menjangkau aspek pentadbiran di Perak disaksikan pada kurun ke-18. Komuniti Tamil

Muslim berkhidmat sebagai jurubahasa istana, penterjemaah dan saudagar raja yang

5
Kedah kekal sebagai pelabuhan antarabangsa yang utama walaupun pernah diserang oleh Raja Chola
dari Pantai Koromandel pada tahun 1025 sehingga peranannya diambil alih oleh Melaka pada kurun ke -
15. Fujimoto, Helen. (1988). The South Indian Muslim Community and the Evolution of the Jawi
Peranakan in Penang up to 1948. Tokyo: ILCAA Tokyo Gaikokugo, Daigaku, hlm. 5.
6
Muhammad Yusoff Hashim (1989). Kesultanan Melayu Melaka:Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke- 16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm, 310-322.
7
Arasaratnam,S. (1989). Islamic Merchant Communities of the Indian Subcontinent in Southeast Asia. Kuala
Lumpur: University of Malaya, hlm. 17.
8
Ibid.
2
bertanggungjawab menguruskan perdagangan milik sultan Perak.9 Komuniti Tamil Muslim

juga memainkan peranan penting dalam Kesultanan Kedah yang telah muncul sebagai pusat

perdagangan pada kurun ke-18. Terdapat sebahagian daripada komuniti Tamil Muslim

menetap di kawasan Kuala Kedah dan mereka berdagang dari sini di sepanjang Selat

Melaka, Burma sehingga ke Pantai Koromandel.10 Selain penglibatan dalam perdagangan,

pedagang Tamil Muslim memegang jawatan penting dalam pentadbiran Kesultanan

Kedah.11

Setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786,12 Pulau Pinang

telah berkembang menjadi pusat perdagangan dan pertanian yang maju. Keadaan ini

menarik penduduk sekitar Pulau Pinang khususnya komuniti pedagang Tamil Muslim dari

Kedah pada peringkat awal. Mereka merupakan antara komuniti Tamil Muslim yang

membuat keputusan untuk tinggal di Pulau Pinang. Selain daripada mereka, golongan

pedagang Tamil Muslim dari Pantai Koromandel turut terlibat dalam rangkaian perdagangan

di pelabuhan Pulau Pinang. Sebahagian daripada mereka menetap di Pulau Pinang dalam

proses menjalankan perdagangan di sini. Namun, ada di antara mereka yang tinggal di Pulau

Pinang secara tetap dan separa tetap yang kembali ke India dan diganti dengan yang lain.

Jejak langkah pengembara dan pelayar Tamil Muslim peringkat awal diikuti pengembara

9
Antara contoh saudagar raja adalah Sidi Lebbe yang merupakan saudagar Tamil Muslim yang
berpengaruh di Perak pada tahun 1670-an. Beliau memegang jawatan saudagar raja beberapa tahun dan
berhijrah ke Johor setelah pengaruh beliau berkurangan. Di Johor, beliau meneruskan kegiatan
perdagangan. Pedagang Belanda menggelar beliau sebagai Sedelebe. Andaya, Barbara Watson.( 1979).
Perak, the Abode of Grace: A Study of an Eighteenth Century Malay State. Kuala Lumpur: Oxford
University Press, hlm. 86.
10
Ibid.
11
Misalnya Dato’ Seri Raja yang bernama Jamal berperanan sebagai penasihat Sultan Abdullah pada akhir
kurun ke-18 dan Bapu Kundur pula menjadi penasihat kepada Sultan Ahmad Tajudin pada awal kurun
ke-19 di Kedah. Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence. Kuala
Lumpur: Oxford University Press., hlm 53 dan 162.
12
Cullin, E.G & Zehnder, W.F. (1905). The Early History of Penang, 1592-1827. Penang: The Criterion
Press, hlm. 5-8.
3
Tamil Muslim lain sebagai sebahagian daripada rangkaian penghijrahan keturunan, kaum

kerabat dari kampung halaman masing-masing. Komuniti ini terlibat dengan pelbagai

aktiviti seperti perdagangan, menjaja dan menjalankan kerja-kerja pemburuhan di

pelabuhan.13

Sejak zaman penguasaan Francis Light lagi, pembentukan komuniti Tamil Muslim di

Pulau Pinang melibatkan penghijrahan dan penempatan subkomuniti Tamil Muslim yang

berlainan. Antara subkomuniti ini yang paling awal berhijrah dikenali sebagai Marakayyar

dari Thanjavur dan Rawthar atau Ravuttar.14 Proses penghijrahan ini diikuti pelbagai

komuniti Tamil Muslim lain yang bukan daripada kalangan Marakayyar dan Rawthar.

Kebanyakan daripada mereka secara dominan yang berhijrah ke Pulau Pinang adalah dari

kawasan Thanjavur dan Ramnad, India Selatan. Dalam konteks ekonomi, golongan ini

terlibat dalam bidang komersial dan perdagangan. Atas dasar ini mereka dikategorikan

sebagai komuniti pedagang dan majoriti daripada mereka tinggal di Pulau Pinang secara

separa tetap. Pada akhir kurun ke-19, sebuah lagi komuniti Tamil Muslim yang penting

yang berhijrah ke Pulau Pinang ialah dari kawasan Kadayanallur dan Tenkasi iaitu kawasan

pedalaman dari arah Barat India Selatan berhampiran Pantai Malabar, Kerala. Kedua-dua

kawasan ini terletak di Daerah Tirunelveli, Tamil Nadu.15 Berbanding dengan golongan

Tamil Muslim pedagang, komuniti Tamil Muslim dari Kadayanallur tidak terlibat dalam

bidang komersial dan perdagangan. Oleh yang demikian, mereka dikategorikan sebagai

komuniti Tamil Muslim bukan pedagang.

13
Ibid., hlm. 5-8.
14
Perincian maklumat tentang subkomuniti Tamil Muslim Marakayyar dan Rawthar akan dibincangkan
dalam bab 2 kemudian.
15
Ibid., hlm. 97.
4
Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mula berhijrah ke Pulau Pinang pada tahun

1880-an dan 1890-an dan diikuti oleh komuniti Tamil Muslim dari kawasan Tenkasi selepas

beberapa tahun. Komuniti bukan pedagang ini memulakan penempatan secara berpusat di

bandar George Town.16 Berbanding dengan komuniti Tamil Muslim pedagang, komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur mewujudkan penempatan baru secara tetap bersama keluarga

masing-masing di Pulau Pinang. Proses ini berterusan sehingga mereka membentuk

komuniti yang diistilahkan sebagai komuniti yang stabil kerana mereka tidak berulang alik

atau kembali ke daerah asal usul mereka di Tamil Nadu, India. Pada masa ini, dianggarkan

terdapat seramai 20,000 Tamil Muslim Kadayanallur dan 5,000 Tamil Muslim Tenkasi

menetap di Pulau Pinang.17 Walaupun penglibatan komuniti ini tidak menyerlah dalam

aspek ekonomi pada peringkat awal khususnya sebelum Perang Dunia Kedua, komuniti ini

telah melibatkan diri dan berkembang dalam aspek sosiobudaya di Pulau Pinang. Komuniti

ini terus berkembang sehingga dapat membentuk persatuan berpusatkan kaum kerabat dan

agama di Pulau Pinang yang berperanan penting sebagai platform dalam pengekalan dan

perkembangan aspek sosiobudaya komuniti ini.

Dalam kajian ini, perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau

Pinang akan diberi tumpuan utama. Namun, dalam konteks kajian ini komuniti Tamil

Muslim Tenkasi dirangkumkan di bawah komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Hal yang

demikian kerana komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan komuniti Tamil Muslim Tenkasi

mempunyai persamaan dari aspek sejarah asal usul di Tamil Nadu, budaya, pegangan

16
Khoo Salma Nasution. (2002). The Tamil Muslims – Weaving a Tale of Success. Dlm Khor, Neil and Das,
Malini (pnyt.).Glimpses of Old Penang. Petaling Jaya: Star Publications, hlm. 67-69.
17
Ibid.

5
mazhab iaitu mazhab Shafie, bahasa pertuturan dan amalan-amalan sosial yang lain serta

dikategorikan sebagai komuniti Tamil Muslim bukan pedagang. Perkara yang membezakan

kedua-dua komuniti ini hanya petempatan mereka di Tamil Nadu iaitu Kadayanallur dan

Tenkasi. Tambahan pula, dari sudut kekeluargaan, anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dan Tenkasi berkahwin antara satu sama lain dan hal ini membawa kepada

pembentukan keluarga yang menggabungkan kedua-dua komuniti ini serta mengekalkan

sifat homogen mereka. Secara keseluruhannya, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

merupakan komuniti yang dominan dan telah membentuk sebuah komuniti yang tetap serta

stabil di Pulau Pinang berbanding komuniti Tamil Muslim dari kawasan dan daerah lain.

Memandangkan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur telah memulakan penempatan

mereka di Pulau Pinang lebih daripada satu abad, perkembangan dan sumbangan mereka

dari aspek sosiobudaya khususnya dan amalan agama warisan sufisme di Pulau Pinang agak

signifikan dan perlu diketengahkan. Tidak terdapat kajian atau rujukan yang terperinci

mengenai komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Oleh yang demikian,

kajian yang menyeluruh dan terperinci tentang komuniti Tamil Muslim Kadayanallur perlu

dijalankan berasaskan pembuktian. Kajian ini penting dan berperanan sebagai satu wadah

untuk mewujudkan rujukan dan panduan yang konkrit tentang komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dari sudut perkembangan sejarah serta perspektif sosiobudaya dan amalan

warisan sufisme di Pulau Pinang.

6
1.2 Permasalahan Kajian

Sejarah penempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang bermula

pada tahun 1880-an dan 1890-an dan terus berkembang sehingga hari ini. Komuniti ini mula

membentuk komuniti Tamil Muslim tetap dan stabil di sekitar bandar George Town sejak

awal tahun 1890-an. Sesungguhnya, pembentukan komuniti yang stabil ini di bandar George

Town melibatkan mereka dalam perkembangan sosiobudaya komuniti Tamil Muslim di

Pulau Pinang. Dalam jangka masa yang lama, anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur telah memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam pembangunan

khususnya aspek sosial dan kebudayaan.

Kajian menyeluruh mengenai komuniti Tamil Muslim di Malaysia secara umum

dan di Pulau Pinang secara khusus amat kurang. Hanya terdapat beberapa kajian dan

penulisan sahaja yang menjurus kepada skop dan aspek tertentu yang melibatkan komuniti

Tamil Muslim dijalankan sehingga kini. Misalnya, Helen Fujimoto,18 Judith Nagata19,

Halimah Mohd Said dan Zainab Abdul Majid20 serta Omar bin Yusoff21 memberi fokus

kepada aspek evolusi identiti dan asimilasi komuniti India Muslim khususnya Jawi

Peranakan di Pulau Pinang. Walaupun, pembentukan komuniti Tamil Muslim dibincangkan

dalam konteks sejarah awal di Pulau Pinang namun perkembangan mereka tidak diberi

fokus utama. Hal yang demikian kerana skop perbincangan dalam siri penulisan tersebut

menjurus kepada aspek pembentukan dan evolusi kaum Jawi Peranakan dari aspek identiti,

18
Fujimoto, Helen. (1988). The South Indian Muslim Community and the Evolution of the Jawi Peranakan in
Penang up to 1948. Tokyo: ILCAA Tokyo Gaikokugo Daigaku.
19
Nagata, Judith. (1979). The Malaysian Mosaic. Vancouver: University of British Colombia Press.
20
Halimah Mohd Said & Zainab Abdul Majid. (2004). Images of the Jawi Peranakan of Penang:Assimilation
of the Jawi Peranakan Community into Malay Society. Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
21
Omar Yusoff. (2005). Kaum Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Isu-Isu Budaya dalam Konteks
Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia.Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.
7
perubahan bahasa, budaya dan gaya hidup. Penulisan yang lebih berfokus kepada

perkembangan dan peranan komuniti Tamil Muslim khususnya golongan pedagang

Maraikkayar di Pulau Pinang pada awal kurun ke-19 sehingga awal kurun ke-20 dalam

aspek ekonomi dan sosial diketengahkan oleh Khoo Salma Nasution.22 Peranan dan

perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur tidak dijadikan fokus utama dalam

penulisan ini. Walaupun, Khoo Salma Nasution23 telah menulis tentang latar belakang dan

perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur namun paparan sejarah perkembangan

komuniti ini berbentuk naratif, diskriptif dan tidak menyeluruh. Oleh yang demikian, kajian

yang lebih serius dan menyeluruh yang menyentuh tentang perkembangan dan peranan

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur perlu dijalankan.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur khususnya generasi muda kurang mengetahui

tentang asal usul dan perkembangan sejarah mereka sendiri.24 Komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dan komuniti India Muslim secara umum. Mereka masih tidak didedahkan

tentang aspek penempatan awal mereka di Pulau Pinang termasuk aspek sejarah

penghijrahan dari Kadayanallur, Tamil Nadu, India, perkembangan petempatan dan

22
Khoo Salma Nasution. (2009). The Tamil Muslim in Early Penang: Network for a New Global Frontier.
Dlm (pnyt.). Wazir Jahan, Straits Muslims: Diasporas of the Northern Passage of the Straits of Malacca
Karim, George Town, Penang.:Straits G.T., hlm. 97-120.
23
Khoo Salma Nasution, (2002). The Tamil Muslims – Weaving a Tale of Success, hlm.67.
24
Penyelidik telah menemu bual 11 orang individu dalam kalangan generasi muda komuniti Tamil Muslim
Kadayanallur untuk menilai tahap pengetahuan mereka mengenai sejarah dan asal usul komuniti ini.
Antara individu yang ditemu bual adalah seperti berikut: Temu bual dengan Azizah binti Abdul Rahman
pada 9 Mei 2015; Temu bual dengan Nur Zakiah binti Abdul Majid pada 9 Mei 2015; Temu bual dengan
Fatimah binti Nahoor Meera 10 Mei 2015; Temu bual dengan Sabrina binti Ayub pada 10 Mei 2015;
Temu bual dengan Nur Hidayah binti Mohd Nazir pada 10 Mei 2015; Temu bual dengan Azizah binti
Syed Abu Bakar pada 11 Mei 2015; Temu bual dengan Syed Mohd Ashraf bin Syed Mohd Baqir pada 9
Mei 2015; Temu bual dengan Mohd Ridzuan bin Abdul Majid pada 9 Mei 2015; Temu bual dengan
Muhammad Thahir bin Shaik Ali pada 10 Mei 2015; Temu bual dengan Azlan Shah bin Sikandar
Zulkarnain pada 11 Mei 2015; Temu bual dengan Muhammad Aslam bin Abdul Aziz pada 11 Mei 2015.
(Rujuk Lampiran Satu yang memaparkan biografi responden generasi muda komuniti Tamil Muslim
Kadayanallur di Pulau Pinang)
8
pekerjaan pada awal kurun ke-20.25 Keadaan ini berlaku kerana kurangnya maklumat yang

didokumentasikan tentang komuniti ini. Walaupun wujud usaha mendokumentasikan

sejarah awal komuniti Tamil Muslim secara umum oleh Pertubuhan Liga Muslim,26
27
Persatuan Muslim Bersatu (UMA), Penang Heritage Trust dan The Indian Chamber of

Commerce and Industry melalui kolokium yang dianjurkan mengenai komuniti India di

Pulau Pinang, namun fakta sejarah dan maklumat yang disampaikan hanya menyentuh

aspek-aspek tertentu yang berkaitan sejarah awal komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

secara umum. Kajian tentang proses penghijrahan dan pengalaman hidup individu-individu

yang berhijrah secara terus dari Kadayanallur hanya diceritakan secara lisan dan tidak dikaji

serta direkodkan secara terperinci.

Seterusnya, maklumat dan pendokumentasian tentang peranan yang dimainkan oleh

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam perkembangan dalam aspek sosial khususnya

pendidikan agama dan pendidikan Tamil di Pulau Pinang tidak lengkap dan berselerak. Jika

kajian yang serius tidak dijalankan, warisan sejarah dari konteks peranan dan sumbangan

komuniti ini mungkin tidak akan diketengahkan dalam sejarah perkembangan pendidikan

Malaysia dan tidak dihargai oleh generasi Tamil Muslim kini, komuniti India Muslim dan

25
Seeni Naina Mohamed. (2001). Indian Muslims in Penang: Role and Contributions. Dlm Second
Colloquium of The Penang Story Indians in Penang - A Historical Perspective..22 September 2001.
Penang: Penang Heritage Trust, hlm. 1-2. Dimuat turun pada 23 April 2011 daripada http://penangstory.
net.my/main-story.html.
26
Haja Najmudeen Kader & Abdul Khalil H.P. Shawkataly. (2007). Liga Muslim Pulau Pinang: Meraikan
50 Tahun Khidmat Komuniti. Pulau Pinang:Liga Muslim Pulau Pinang.
27
Penang Heritage Trust (PHT) atau Persatuan Warisan Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1986
merupakan sebuah badan bukan kerajaan. Matlamat utama badan ini ialah memelihara dan mengekalkan
warisan sejarah Pulau Pinang dan menganjurkan program-program mengenai budaya dan pendidikan
kepada umum di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hasil usaha berterusan badan ini menjadi salah
satu faktor utama pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008.
Penang Heritage Trust.(2013).PHT Profile. Dimuat turun pada 30 Disember 2013 daripada
http://www.pht.org.my/? page_id=1590.
9
masyarakat Malaysia dalam konteks yang lebih luas.28 Oleh yang demikian, fokus kajian

dalam aspek ini penting sebagai satu langkah pengayaan literasi maklumat dan fakta sejarah

dalam perkembangan pendidikan agama dan Tamil di Pulau Pinang. Pada hakikatnya,

peranan komuniti minoriti seperti Tamil Muslim dalam bidang pendidikan di Pulau Pinang

malah di Malaysia kurang dipaparkan dalam dunia akademik berdasarkan faktor kekurangan

pelaksanaan kajian. Jika dilihat dalam perspektif perkembangan pendidikan Tamil misalnya,

penglibatan komuniti Tamil Muslim tidak langsung dinyatakan dalam penulisan sejarah

pendidikan vernakular. Dalam konteks perkembangan pendidikan agama di Pulau Pinang

pula, peranan komuniti ini hanya ditonjolkan dalam aspek-aspek tertentu seperti pembinaan

masjid dan pewakafan tanah oleh para penulis tertentu misalnya Khoo Salma Nasution29
30
dan Judith Nagata. Kajian mereka tidak menjangkau kepada peranan organisasi dan

anggota komuniti termasuk tokoh-tokoh ulama Tamil Muslim tempatan dalam

perkembangan pendidikan agama dan syiar Islam. Kepincangan dan kekurangan yang

disebutkan di atas menunjukkan secara tidak langsung kepada keperluan kajian menyeluruh

terhadap peranan komuniti Tamil Muslim dalam aspek pendidikan agama dan Tamil.

Jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas dan lebih signifikan misalnya dalam

konteks bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO (The United Nations

Organization for Education, Science and Culture) pada 7 Julai 2008,31 peranan komuniti

Tamil Muslim termasuk dari Kadayanallur dipandang serius oleh masyarakat tempatan dan

28
Temu bual dengan Abdul Kader bin Haja Mydin pada 21 April 2011. Beliau merupakan Presiden
Persatuan Anjuman Himayathul Islam dan Pergerakan Iqba Islamiah.
29
Khoo Salma Nasution. (2009). The Tamil Muslim in Early Penang, hlm. 110-120.
30
Nagata, Judith.(1993). Religion and Ethnicity among the Indian Muslims of Malaysia. Dlm Indian
Communities in Southeast Asia, (pnyt.). Kernial Singh Sandhu dan A. Mani. Singapore: Times Academic
Press and Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 513-540.
31
Penang Heritage Trust.(2013). PHT Profile. Dimuat turun pada 30 Disember 2013 daripada http://www.pht.
org.my/?page_id=.
10
antarabangsa. Hal ini dibuktikan dengan jelas melalui usaha berterusan yang telah diambil

oleh Penang Heritage Trust (PHT) atau Persatuan Warisan Pulau Pinang untuk mengkaji

dan memaparkan sumbangan, budaya dan sejarah komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang

dari aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya melalui penganjuran seminar dan kolokium di
32
bawah projek The Penang Story sejak tahun 2001 seperti yang dibincangkan sebelum

ini.33 Senario semasa dan tuntutan kepada hasil kajian mengenai komuniti Tamil Muslim

termasuk Tamil Muslim Kadayanallur untuk melengkapkan paparan sejarah dan budaya

komuniti ini membuktikan kepentingan kajian ini dalam perkembangan George Town

sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pada hakikatnya, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur merupakan komuniti yang

unik berbanding komuniti Tamil Muslim yang lain di Pulau Pinang dari segi budaya

pengamalan nama keluarga. Tradisi pengamalan nama keluarga merupakan warisan tradisi

yang diamalkan di Kadayanallur, India, sejak turun temurun. Pengamalan nama keluarga

dalam kalangan anggota komuniti berperanan besar sebagai identiti diri, mewujudkan ikatan

kekeluargaan dan mengekalkan sifat homogen34 serta amalan endogami35 komuniti ini.

Dalam konteks yang lebih luas, pengamalan nama keluarga meletakkan asas kepada

pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti ini di Pulau Pinang.

32
The Penang Story Projek merupakan program yang dianjurkan Penang Heritage Trust (PHT) untuk
mengumpul maklumat dan melengkapkan sejarah aspek sosiobudaya, seni bina dan aspek-aspek lain
pelbagai komuniti di George Town, Pulau Pinang. Penang Heritage Trust.(2013). Penang Story. Dimuat
turun pada 30 Disember 2013 daripada http://www.pht.org.my/?page_id=3075.
33
Ibid.
34
Mengikut bidang sosiologi, istilah homogen merujuk kepada kewujudan rangkaian ciri-ciri yang sama
dalam sesebuah kumpulan manusia. Persamaan ini merangkumi pelbagai aspek termasuk jantina, umur,
kelas sosial, kelompok etnik, pendidikan dan latar belakang pendidikan. Lawson, Tony & Garrod, Joan.
(2012). Dictionary of Sociology. Chicago: Routledge, hlm. 112.
35
Endogami adalah perkahwinan yang dijalankan dalam kalangan sesebuah kumpulan atau komuniti khusus
sahaja. Perkahwinan di luar komuniti ini dilarang atau tidak digalakkan. Rajendra, K. Sharma. (2004).
Indian Society, Institutions and Change. New Delhi: Atlantic Publishers & Dist, hlm. 111.
11
Berdasarkan pemerhatian penyelidik, sebahagian daripada generasi muda komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur Pulau Pinang tidak menitikberatkan kepentingan nama keluarga dan

impaknya ada di antara mereka yang tidak tahu tentang nama keluarga dan salasilah

keluarga sendiri. Keadaan ini tercetus kerana beberapa faktor antaranya impak daripada

asimilasi budaya Melayu dan kurangnya pengetahuan tentang sejarah asal usul serta

kepentingan nama keluarga dan salasilah.36 Oleh yang demikian, kajian tentang aspek

budaya khususnya pengamalan nama keluarga komuniti ini perlu dijalankan secara ilmiah

sebagai panduan dan rujukan komuniti Tamil Muslim serta para penyelidik dalam bidang

sosiologi dan antropologi.

Fakta dan maklumat tentang sejarah perkembangan awal dan peranan persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat Tamil Muslim Kadayanallur Pulau Pinang kurang

dikaji secara menyeluruh dan terperinci. Hal ini menyebabkan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur kurang pendedahan dan sukar mendapat rujukan dari aspek sejarah

perkembangan, peranan dan isu-isu berkaitan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat

komuniti ini. Walaupun sejarah penubuhan dan perkembangan persatuan-persatuan ini

dibukukan oleh Liga Muslim dan dibentangkan dalam kolokium mengenai komuniti India di

Pulau Pinang37 namun ia tidak menyeluruh. Terdapat juga maklumat-maklumat penting

yang dipaparkan hanya dalam bentuk makalah atau buku cenderamata persatuan sempena

36
Temu bual dengan Sultan bin Sinta Madar, pada 5 Julai 2010. Beliau adalah bekas presiden Persatuan
Hidayathul Islam, pada 5 Julai 2010.
37
Kolokium kali kedua mengenai The Penang Story” Indians in Penang- a Historical Pespective” telah
dianjurkan oleh Penang Heritage Trust dengan kerjasama The Indian Chamber of Commerce and
Industry, Penang, pada 22 September 2001 di Hotel City Bayview, Lebuh Farquhar Pulau Pinang.
Kolokium melibatkan pembentangan kertas kerja oleh sarjana dan tokoh-tokoh tempatan mengenai sejarah
perkembangan dan sumbangan komuniti India termasuk komuniti India Muslim. Penang Story. (2001)
Second Colloquium of 'The Penang Story' Indians in Penang - A Historical Pespective”, Penang:
Penang Heritage Trust. Dimuat turun pada 23 April 2011 daripada http://penangstory.net.my/ main-
story.html.l
12
sambutan ulang tahun penubuhan seperti Persatuan Muslim Bersatu (UMA) yang

menerbitkan buku cenderamata sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-50 pada tahun

197938 dan yang ke 8039 pada tahun 2010. Penyelidik juga mendapati terdapat beberapa isu

dan konflik dalaman yang menjadi asas perbezaan antara persatuan-persatuan. Isu-isu yang

penting yang menjadi asas penubuhan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat ini

tidak dibincangkan oleh penyelidik dan penulis sejarah secara ilmiah. Oleh itu, kajian

mengenai sejarah dan perkembangan awal persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat

Tamil Muslim Kadayanallur amat penting dan signifikan untuk memahami perkembangan,

peranan dan sumbangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.

Dalam konteks pengamalan agama komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau

Pinang, terdapat amalan agama warisan sufisme yang dipraktikkan berdasarkan tradisi yang

diwarisi dari India. Komuniti ini kurang didedahkan tentang rasional amalan agama yang

diwarisi ini. Amalan-amalan agama ini termasuk amalan menziarahi keramat, maulid yang

terbahagi kepada maulid nabi dan maulid terhadap syeikh-syeikh tarekat serta kepercayaan

terhadap wafaq dan pengamalan ilmu ini. Amalan menziarahi keramat misalnya Nagore

Dargah yang terletak Lebuh Chulia dan makam Keramat Dato Koyah yang terletak di Jalan

Transfer, Geroge Town, Pulau Pinang,40 menjadi sebahagian daripada amalan agama yang

sinonim dengan komuniti Tamil Muslim secara keseluruhan termasuk komuniti Tamil

38
Persatuan Muslim Bersatu. (1979). Buku Cenderamata Sambutan Jubli Perak. Pulau Pinang: Persatuan
Muslim Bersatu..
39
Persatuan Muslim Bersatu. (2010). Persatuan Muslim Bersatu:Buku Cenderamata Sambutan Ulang
Tahun ke- 80. Pulau Pinang: Persatuan Muslim Bersatu.
40
Ghulam Sarwar Yousof. (2001). The South Asian Cultural Impact Upon Penang. Dlm Second Colloquium
of 'The Penang Story: Indians in Penang - A Historical Perspective. 22 September 2001. Penang: Penang
Heritage Trust, hlm.1-2. Dimuat turun pada 23 April 2011 daripada http://penangstory.net.my/main-
story.html.

13
Muslim Kadayanallur. Penyelidik mendapati kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti

cara amalan berasaskan sufisme yang diwarisi oleh komuniti Tamil Muslim dari perspektif

sejarah dan rasional, kesahihan serta justifikasi amalan-amalan tradisi ini dari segi syarak.

Kajian dari konteks amalan agama ini amat perlu dan penting kerana penyelidik

berpendapat bahawa komuniti Tamil Muslim Kadayanallur perlu mengetahui dan

memahami rasional amalan keagamaan tradisi komuniti mereka dari konteks sejarah,

budaya dan syariah Islamiah.

Berdasarkan kepincangan dan keperluan yang dibincangkan secara terperinci,

didapati kajian mengenai komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sebagai sebahagian

daripada komponen komuniti Tamil Muslim dan India Muslim secara amnya adalah

signifikan dalam konteks bandaraya George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Hal ini sejajar dengan kenyataan yang ditegaskan oleh Seeni Mohammed pada tahun 2001

dalam kertas kerja beliau yang bertajuk Indian Muslims in Penang: Role and Contribution41

yang menyeru agar kajian secara akademik perlu dijalankan mengenai perkembangan

komuniti India Muslim di Pulau Pinang seperti berikut:

“ Today, 45 years after independence, the Indian Muslims still maintain a place notable
among other communities in Penang. But, have they kept up with the process of progress
around them? Whatever the answer is, establishing it with supporting facts may need
some research and study”

41
Seeni Mohammed. (2001). Indian Muslims in Penang, hlm. 6.
14
1.3 Objektif Kajian

1. Mengkaji sejarah penempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di George


Town, Pulau Pinang.

2. Meninjau peranan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur melalui persatuan-


persatuan berpusatkan kaum kerabat dalam aspek sosiobudaya di Pulau Pinang.

3. Menilai amalan agama warisan sufisme dalam kalangan komuniti Tamil Muslim
Kadayanallur di Pulau Pinang.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah perkembangan sejarah penempatan Tamil Muslim Kadayanallur di George


Town, Pulau Pinang?
2. Bagaimanakah komuniti Tamil Muslim Kadayanallur memainkan peranan melalui
persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat dalam aspek sosiobudaya di Pulau
Pinang?
3. Apakah amalan agama warisan sufisme dalam kalangan komuniti Tamil Muslim
Kadayanallur di Pulau Pinang?

1.5 Kepentingan Kajian

1. Kajian ini diharapkan dapat bertindak sebagai dokumen rujukan ilmiah dan panduan

utama komuniti Tamil Muslim Kadayanallur tentang asal usul dan perkembangan

komuniti Tamil Muslim sejak zaman penempatan mereka di Pulau Pinang sekitar

1890-an sehingga 1995. Dalam konteks Pulau Pinang, sejarah perkembangan

komuniti ini dapat membantu melengkapkan proses pensejarahan bandar George

Town, Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

15
2. Kajian ini seterusnya menjadi landasan utama untuk menjelaskan secara sistematik,

berasaskan bukti ilmiah mengenai sejarah kewujudan persatuan-persatuan Tamil

Muslim Kadayanallur dan peranan penting persatuan-persatuan ini dalam

pembangunan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dari aspek sosiobudaya di

Pulau Pinang.

3. Dari konteks sejarah pendidikan, peranan komuniti Tamil Muslim dalam

perkembangan pendidikan agama dan vernakular khususnya pendidikan Arab dan

Tamil dapat diketengahkan. Oleh itu, kajian ini dapat memperkayakan khazanah

sejarah pendidikan negara.

4. Kajian tentang kebudayaan khususnya amalan pengidentitian keluarga melalui nama

keluarga dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur bertindak sebagai

sumber tambahan kepada para sosiologis dan geneologis.

5. Kajian ini juga membantu generasi muda Tamil Muslim untuk menghargai nilai-nilai

sejarah komuniti Tamil Muslim yang kaya dengan nilai-nilai Islam.

1.6 Metodologi Kajian

Dalam konteks kajian ini, perbincangan metodologi kajian lebih menjurus kepada

aspek-aspek berkaitan pendekatan kualitatif yang merangkumi unit penganalisisan, kerja

lapangan, strategi penyelidikan, instrumen kajian, populasi dan sampel kajian, pengumpulan

data, analisis data dan batasan kajian. Secara keseluruhan, kajian ini menggunakan

pendekatan kajian perpustakaan dan kualitatif yang melibatkan kaedah induktif dan

rekabentuk etnografi. Kaedah kualitatif merupakan kaedah kajian yang melibatkan tinjauan,

16
temu bual dan kajian dokumen.42 Kaedah kualitatif mengambil berat kepentingan konteks

pemahaman yang menekankan situasi bersejarah yang berlaku dan memahami aspek ini

secara keseluruhan dan global. Tujuan penggunaan kaedah kualitatif adalah mencari

pengertian yang mendalam tentang suatu gejala, fakta atau realiti yang hanya dapat difahami

oleh penyelidik setelah dikaji secara mendalam dan tidak hanya terbatas pada pandangan

pada tahap permukaan sahaja. Oleh kerana kajian ini melibatkan komuniti yang berfokus

kepada aspek sosiobudaya maka rekabentuk kajian kualitatif iaitu etnografi diaplikasikan.43

Etnografi ialah melibatkan diri secara peribadi dalam proses penyelidikan dengan

memerhati, mendengar dengan teliti, menghargai dan melibatkan diri dalam budaya sesuatu

masyarakat yang melibatkan tingkah laku, kepercayaan dan bahasa. Ia adalah suatu

pendekatan interpretif untuk mencari makna sesuatu fenomena. Lazimnya untuk memahami

budaya sesuatu masyarakat penyelidik akan menjalankan temu bual, permerhatian dan

mengumpul dokumen mengenai masyarakat tersebut untuk memahami secara mendalam

mengenai budaya mereka. Penyelidik juga perlu tinggal bersama dalam masyarakat yang

dikaji dan melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat itu.44

Dua bentuk data utama dikumpulkan dalam kajian ini iaitu data primer dan sekunder.

Data primer merupakan data asal yang dikumpul penyelidik manakala data sekunder

merupakan data yang diperoleh daripada punca-punca lain termasuk bahan-bahan yang

terdapat di perpustakaan, Arkib Negeri Pulau Pinang dan persatuan berpusatkan kaum

kerabat. Sementara itu, dari segi teknik pengumpulan data, bagi mendapatkan data primer

42
John. W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research. Second Edition. New Jersey: Pearson, hlm. 203.
43
Ibid., hlm. 436.
44
Ibid.
17
kajian dokumen-dokumen primer dan temu bual dijalankan. Tinjauan dijalankan di

persatuan-persatuan Tamil Muslim Kadayanallur yang merangkumi Persatuan Muslim

Bersatu (UMA), Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI), Persatuan Hidayathul Islam

(PHI) dan Persatuan Muslim Kadayanallur (PMK). Tindakan ini bertujuan mendapatkan

maklumat daripada sumber-sumber primer yang melibatkan dokumen-dokumen, laporan

tahunan, minit mesyuarat, keratan akhbar, makalah atau majalah yang diterbitkan dan

dikumpulkan oleh persatuan-persatuan ini. Data primer juga diperoleh berdasarkan kaedah

temu bual secara semuka dengan beberapa orang informan yang mempunyai pengetahuan

tentang asal usul dan perkembangan awal komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau

Pinang .

Maklumat dan fakta perkembangan sejarah awal komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

di Pulau Pinang khususnya mengenai cara kedatangan dan penempatan awal di sekitar

bandar George Town tidak dibukukan dan tidak pernah dikaji sebelum ini. Oleh yang

demikian, kebanyakan maklumat dan data diperoleh melalui kaedah temu bual dengan

informan yang terlibat secara langsung dalam proses penghijrahan komuniti ini khususnya

antara tahun 1935 hingga 1953.45 Maklumat mengenai informan yang berpengalaman dan

berpengetahuan diperoleh melalui maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat dan informan-informan yang ditemu bual

mengesyorkan informan lain yang berkaitan dengan aspek kajian ini yang dapat membantu

dalam memberikan maklumat mengenai komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau

Pinang.

45
Penyelidik tidak dapat menemui informan dalam kalangan anggota komuniti ini yang berhijrah sebelum
tahun 1935 kerana kebanyakan daripada mereka telah pun meninggal dunia.
18
Selain daripada menemu bual informan-informan yang berpengalaman dan

berpengetahuan mengenai sejarah awal, informan-informan yang terdiri daripada pemimpin

komuniti yang menerajui persatuan dan pertubuhan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

dan pemimpin serta tokoh agama turut ditemu bual. Langkah ini penting untk mendapatkan

maklumat mengenai sejarah perkembangan, aktiviti dan sumbangan persatuan-persatuan ini

sejak penubuhannya sehingga kini dalam aspek sosiobudaya dan pengamalan agama

warisan sufisme dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Temu bual terbuka dalam kajian ini pada dasarnya adalah berpandukan kaedah

sejarah lisan atau oral history. Kaedah ini merupakan temu bual kualitatif yang memberi

penekanan kepada perspektif dan pandangan responden. Pada dasarnya, kaedah ini

melibatkan temu bual terbuka dan berbentuk induktif. 46 Kaedah sejarah lisan adalah satu

metod kajian yang sah dan sejarawan sering menggunakan kaedah in sebagai cara

mendokumetasi dan memelihara rekod-rekod sejarah.47 Oleh yang demikian, kaedah ini

digunakan sebagai metodologi kajian dalam sejarah dan tradisi. Melalui kaedah ini,

penyelidik mengumpul maklumat tentang perkara yang lepas daripada informan termasuk

data yang tidak dapat diperoleh melalui rekod bertulis mengenai peristiwa, masyarakat,
48
keputusan dan juga proses. Menurut Leavy sejarah lisan merupakan kaedah yang efektif

untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang mendalam daripada perspektif

informan serta sesuai digunakan dalam kajian mengenai sesebuah komuniti. (Rujuk

46
Leavy, Patricia. (2011). Oral History :Understanding Qualitative Research. New York: Oxford University
Press, hlm. 3.
47
Sejarawan telah mengaplikasi kaedah sejarah lisan sejak tahun 1948 sebagai teknik moden dalam
mendokumentasi sejarah. Hal ini merujuk kepada Allan Nevins, sejarawan Universiti Columbia yang
mula merekodkan memoir dan nostalgia orang-orang yang signifikan dalam kehidupan rakyat Amerika.
Ibid., hlm. 4.
48
Ibid.
19
Lampiran Empat yang menunjukkan contoh transkrip temu bual dengan informan Tamil

Muslim)

Selain temu bual secara semuka, kaedah pemerhatian juga diaplikasi untuk

meneliti amalan agama warisan sufisme yang diamalkan oleh komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur seperti amalan maulid dan menziarahi makam keramat. Kajian perpustakaan

dijalankan secara mendalam untuk mendapatkan data sekunder yang merangkumi maklumat

mengenai sorotan kajian dan data mengenai aspek sejarah, sosiobudaya dan amalan agama

komuniti Tamil Muslim. Data sekunder malah sebahagian daripada data primer diperoleh

melalui kaedah ini yang memberikan gambaran tentang komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur di Pulau Pinang. (Rujuk Rajah 1.1 iaitu kerangka kaedah kajian yang

menjelaskan tentang proses kajian ini dijalankan)

1.6.1 Unit Penganalisisan

Unit penganalisisan dalam kajian ini terdiri daripada individu komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Menurut Babbie, walaupun sebuah komuniti atau

populasi dikaji unit penganalisisan dalam kajian tersebut tetap merujuk kepada sekumpulan

individu.49 Dalam kajian sains sosial, unit penganalisisan merujuk kepada perkara atau

orang yang dikaji sama ada individu, kumpulan manusia, organisasi, negeri, sistem sekolah

atau produk kehidupan sosial.50 Pada masa yang sama, perlu diambil kira bahawa unit

penganalisisan tidak semestinya menjadi sumber utama maklumat tetapi maklumat-

49
Babbie, Earl. (2010). The Basics of Social Research . Wardsworth USA: Cengage Learning, hlm. 101.
50
Ibid.
20
maklumat yang menggambarkan unit analisis tersebut dari sumber-sumber lain juga

memainkan peranan sebagai sumber.51 Oleh itu, data kajian mengenai aspek sejarah

penempatan dan sosiobudaya komuniti ini bukan sahaja diperoleh daripada individu

komuniti ini malah sumber-sumber yang lain.

1.6.2 Kerja Lapangan

Maklumat tentang komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang amat

kurang kerana tidak dikaji secara ilmiah dan tidak dibukukan. Oleh yang demikian,

penyelidik menjalankan kajian lapangan yang melibatkan temu bual, tinjauan, pemerhatian

dan pemerhatian dengan penyertaan52 dalam amalan tradisi komuniti ini di daerah Pulau

yang merangkumi Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya, khususnya di kawasan

George Town. Tindakan ini merupakan kaedah untuk mendapatkan data tentang aspek-

aspek mengenai sejarah awal penempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau

Pinang, aspek-aspek sosiobudaya, sejarah penubuhan persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat dan amalan agama warisan sufisme komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Dalam kerja lapangan ini, sejumlah informan yang berpengetahuan tentang sejarah dan

perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan Tenkasi ditemu bual secara

semuka. Informan-informan yang ditemu bual mempunyai latar belakang dan pengalaman

yang berbeza. Oleh yang demikian, penyelidik memilih informan mengikut aspek-aspek

yang dikaji berdasarkan objektif kajian. Seterusnya, penyelidik melawat persatuan dan

51
Ibid.
52
Tindakan-tindakan ini merupakan bentuk pengumpulan data berdasarkan kaedah kualitatif. Creswell,
John. W. (2005). Educational Research, hlm. 209.
21
pertubuhan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur bagi mendapatkan dokumen-dokumen

penting tentang sejarah perkembangan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan persatuan-

persatuan ini. Selain itu, penyelidik juga membuat pemerhatian, menghadiri dan turut serta

dalam majlis-majlis keagamaan, mesyuarat persatuan-persatuan, program-program tertentu

yang dianjurkan persatuan-persatuan Tamil Muslim Kadayanallur bagi mendapatkan data

dan maklumat tentang aspek-aspek yang dikaji seperti dibincangkan sebelum ini.

1.6.3 Strategi Penyelidikan

Dalam menjalankan kajian ini, strategi induktif telah digunakan. Kaedah

induktif merupakan salah satu strategi dalam sains sosial yang merujuk kepada tindakan

mengeneralisasikan data atau hasil kajian tertentu.53 Penyelidik bermula dengan tinjauan

perpustakaan berkenaan kaum Tamil Muslim Kadayanallur lalu membentuk permasalahan

kajian dan persoalan kajian umum berkenaan mengenai sejarah awal penempatan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang, sejarah penubuhan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat, aspek sosiobudaya dan amalan agama warisan sufisme.

Seterusnya, dari masa ke semasa penyelidik mengumpul data yang berkaitan dengan aspek

yang dikaji tentang masyarakat Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Selepas itu,

penyelidik membuat generalisasi dan kesimpulan berasaskan maklumat yang diperoleh.

53
Babbie, Earl. (2010). Basic Social Research, hlm. 1.
22
1.6.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada

panduan soalan terbuka dan soalan-soalan rangsangan untuk mencungkil maklumat daripada

informan. Soalan-soalan yang dibentuk adalah berkaitan dengan sejarah perkembangan

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur Pulau Pinang, aspek sosiobudaya, sejarah penubuhan

persatuan dan amalan agama warisan sufisme komuniti ini. Pemilihan kaedah ini adalah

sesuai kerana kajian ini memerlukan maklumat dan data mengenai hampir semua aspek

yang dikaji berdasarkan objektif kajian. Hal ini adalah kerana data dan maklumat mengenai

komuniti Kadayanallur tidak dapat diperoleh secara menyeluruh melalui kajian

perpustakaan dan berasaskan rekod-rekod bertulis. Keadaan ini wujud akibat kekurangan

rekod dan ketiadaan kajian dijalankan mengenai komuniti ini di Pulau Pinang dalam

konteks objektif kajian ini. Tambahan pula, maklumat mengenai komuniti ini yang hanya

didokumentasikan dalam bentuk makalah, buku cenderamata, kertas kerja dan artikel-artikel

di dalam surat khabar tidak menyeluruh serta terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.

Temu bual terbuka dalam kajian ini pada dasarnya adalah berpandukan kaedah sejarah lisan

atau oral history yang telah dibincangkan sebelum ini. Oleh itu, melalui strategi ini banyak

soalan mengenai aspek-aspek yang dikaji dapat diajukan kepada informan.

23
1.6.5 Populasi dan Sampel kajian

Berdasarkan Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa

Tempatan dan Mukim 201054 jumlah penduduk Pulau Pinang adalah 1,526, 324 orang.

Dalam konteks penduduk berketurunan India, jumlah mereka di seluruh negeri Pulau Pinang

yang melibatkan Daerah Timur Laut, Daerah Barat Daya, Daerah Seberang Perai Utara,

Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan adalah 149,905 orang.

Daripada jumlah ini, jumlah penduduk berketurunan India yang melibatkan Daerah Timur

Laut ialah 51,468 dan Barat Daya ialah 11,737. Jadi jumlah keseluruhan penduduk

berketurunan India di kawasan Pulau adalah 63,205 orang. (Sila rujuk Jadual 1.1 yang

menunjukkan taburan jumlah penduduk berketurunan India mengikut daerah di Pulau

Pinang pada tahun 2010 dan sila rujuk Lampiran Dua yang menunjukkan jumlah penduduk

Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya, Negeri Pulau Pinang, mengikut kumpulan

etnik.).

Berdasarkan bancian ini, tiada maklumat jumlah penduduk berketurunan India

mengikut agama yang dianuti termasuk agama Islam. Keadaan ini menyebabkan penyelidik

menghadapai kesukaran bagi mengenal pasti bilangan masyarakat India Muslim yang

tinggal di Pulau Pinang kini. Berikutan masalah ini, penyelidik sukar untuk memperoleh

saiz populasi komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan Tenkasi sebenar yang tinggal di

Daerah Timur Laut dan Barat Daya. Oleh yang demikian, penyelidik menggunakan jumlah

54
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
dan Mukim 2010 : Population distribution by local authority areas and mukims 2010. Putrajaya: Jabatan
Perangkaan Malaysia, hlm. 127-128.
24
anggaran penduduk Tamil Muslim Kadayanallur sebanyak 20,000 orang dan Tenkasi

seramai 5,000 orang sebagai jumlah populasi dalam kajian ini.55

Jadual 1.1
Taburan Jumlah Penduduk Berketurunan India Mengikut
Daerah di Pulau Pinang pada Tahun 2010

Daerah Jumlah Penduduk


Berketurunan India
Timur Laut 51,468
Barat Daya 11,737
Seberang Perai Utara 22,371
Seberang Perai Tengah 34,590
Seberang Perai Selatan 29,739
Jumlah 149,905

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2011) Taburan Penduduk Mengikut Kawasan


Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 : Population Distribution by Local
Authority Areas and Mukims 2010. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia,
hlm.127-128.

Dalam pemilihan sampel kajian, kaedah purposif digunakan yang melibatkan teknik

persampelan snowball dan homogeneous. Kaedah purposif pada dasarnya digunakan dalam

kajian kualitatif. Menurut kaedah ini, sampel kajian dikenal pasti berdasarkan kriteria dan

ciri-ciri yang memenuhi tujuan kajian.56 Dalam kajian kualitatif yang menggunakan

persampelan purposif, lebih daripada satu strategi atau teknik persampelan boleh

55
Khoo Salma Nasution. (2002). The Tamil Muslims – Weaving a Tale of Success, hlm. 67.
56
Babbie, Earl. (2010). Basic Social Research, hlm. 200.
25
diaplikasikan dalam satu-satu kajian mengikut keperluan kajian.57 Persampelan snowball

salah satu bentuk persampelan purposif yang merujuk kepada tindakan penyelidik yang

meminta informan agar mengesyorkan individu atau informan lain yang mempunyai kriteria

yang sama dengan aspek yang dikaji. Keadaan ini berlaku akibat kompleksiti dan kesukaran

bagi penyelidik untuk mengenal pasti informan yang memenuhi kriteria yang dikaji.58

Persampelan homogeneous pula merujuk kepada sekumpulan individu yang mempunyai

ciri-ciri persamaan berdasarkan keahlian kumpulan tersebut dalam subkumpulan atau

subkomuniti. Dalam konteks kajian ini, anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang

bersifat homogen termasuk dalam kategori ini.

Berasaskan kaedah ini, dalam kajian ini, sampel kajian yang distilahkan sebagai

informan seramai 39 orang dipilih dalam kalangan individu yang berpengetahuan tentang

aspek-aspek yang dikaji tentang komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang yang

melibatkan generasi dahulu dan sekarang. Selain itu, bagi tujuan mengenal pasti dan menilai

tahap pengetahuan generasi muda mengenai sejarah asal usul komuniti seramai 11 orang

responden telah ditemu bual. Segala maklumat diberikan informan dianggap mewakili

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Perkara ini sudah tentu berpandukan kepada

maklumat yang disampaikan oleh informan. Walau bagaimanapun maklumat-maklumat

yang ingin diperoleh tidak terhad kepada tindakan, persepsi dan justifikasi informan sahaja.

57
Patton,M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Method (2nd ed.). Newbury Park,CA:Sage,
hlm.170.
58
Creswell, John. W. (2005). Educational Research, hlm. 206.
26
1.6.6 Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah

berdasarkan kepada kaedah kualitatif. Kerja lapangan dijalankan di Daerah Timur Laut dan

Barat Daya, Pulau Pinang. Kerja lapangan telah mengambil masa selama setahun.

Penyelidik tidak menghadapi masalah untuk mengenal pasti informan kerana penyelidik

sendiri merupakan salah seorang anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan mudah

mendapat bantuan daripada pemimpin-pemimpin komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Dengan bantuan yang diberikan beberapa orang pemimpin komuniti ini, penyelidik tidak

menghadapi masalah untuk mengenal pasti informan yang dapat memberikan maklumat

tentang aspek yang dikaji tentang Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang seperti yang

dibincangkan sebelum ini. Setelah nama-nama mereka dikenal pasti untuk ditemu bual,

penyelidik mula berkunjung ke rumah mereka. Terdapat juga informan yang ditemu bual di

persatuan dan pertubuhan Tamil Muslim Kadayanallur khususnya permimpin-pemimpin

komuniti ini. (Rujuk Lampiran Tiga yang menunjukkan biografi informan untuk kajian ini.)

Kunjungan dan lawatan diadakan ke persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur untuk mendapatkan dokumen-dokumen dan

gambar-gambar sebagai bahan bukti utama kajian ini. Tindakan ini amat penting kerana

kajian mengenai penglibatan dan sumbangan anggota komuniti ini melalui persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat Tamil Muslim tidak dijalankan sebelum ini. Oleh itu,

dalam kajian ini pengumpulan data tidak menggunakan borang soal selidik. Penggunaan

soal selidik menghadkan skop soalan-soalan yang akan dibentuk. Selain itu, kebanyakan

informan bertutur dalam bahasa Tamil dan penggunaan soal selidik tidak sesuai dengan para

27
Peta 1.1
Sempadan Daerah Pentadbiran dan Kawasan Pihak
Berkuasa Tempatan Pulau Pinang

Nota: (1) Yang bertanda adalah kawasan penyelidikan dijalankan.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2011) Taburan Penduduk Mengikut


Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010: Population
Distribution by Local Authority Areas and Mukims 2010. Putrajaya:
Jabatan Perangkaan Malaysia, hlm.135.

28
khabar dan

Rajah 1.1
Kerangka Kaedah Kajian

Nota: Rajah in menjelaskan tentang proses pelaksanaan kajian ini.

29
informan dan objektif kajian dalam kajian ini. Penggunaan soal selidik sudah tentu akan

menimbulkan kesukaran kepada penyelidik bagi mendapatkan maklumat yang diinginkan

tentang komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. (Sila rujuk Lampiran Lima yang

menyenaraikan soalan-soalan temu bual kajian ini.)

1.6.7 Analisis data

Untuk menganalisis data, penyelidik menentukan semula segala data yang

diinginkan mengenai sejarah awal penempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur,

penubuhan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat, aspek sosiobudaya serta amalan

agama warisan sufisme komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terlebih dahulu. Berdasarkan

data yang dikumpulkan, penyelidik mencari tema dan membuat koding ke atas maklumat

yang diterima. Ini bertujuan, untuk meringkaskan data yang diperoleh. Setelah beberapa

tema dikenal pasti, penyelidik menyusun semula tema-tema ini yang dianggap bersesuaian

dengan aspek yang dikaji berdasarkan objektif kajian. Seterusnya, penyelidik menyusun

semula dengan teliti dan sistematik tema-tema yang mungkin terdiri daripada satu tema

utama untuk dianalisis. Cara ini adalah sejajar dengan tuntutan kaedah kualitatif dan strategi

induktif yang mengklasifikasikan tema-tema yang wujud dengan data-data lain yang

berkaitan.59

59
Creswell, John. W. (2005). Educational Research, hlm. 231.

30
1.6.8 Batasan kajian

Kajian ini mempunyai beberapa batasan. Pertama, Dalam konteks penglibatan

persatuan berpusatkan kaum kerabat, Persatuan Muslim Bersatu (UMA) akan dijadikan

sampel utama berdasarkan perolehan data yang lengkap berbanding persatuan kaum kerabat

yang lain.

Kedua, dalam konteks tahun kajian dan perspektif sejarah petempatan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur, kajian hanya melihat perkembangan secara umum dari tahun

1890 sehingga tahun 1995 sahaja. Jangkaun kajian mengenai aspek yang dinyatakan terbatas

sehingga tahun 1995 kerana pada tahun berkenaan corak petempatan secara berkelompok

telah berakhir. Perbincangan tentang aspek-aspek sosiobudaya dan amalan warisan sufisme

dilihat sehingga kini.

Ketiga, maklumat dan data dikumpul berdasarkan sumber primer yang

merangkumi dokumen-dokumen asal dan temu bual dengan informan atau orang sumber.

Hal yang demikian kerana kekurangan bahan rujukan dan dokumen bertulis secara khusus

mengenai komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Sebaliknya, maklumat

tentang komuniti ini dijumpai secara bertaburan ataupun terselit-selit dalam penulisan-

penulisan tentang komuniti Tamil Muslim. Tambahan pula terdapat maklumat yang tidak

didokumentasikan langsung. Oleh yang demikian, penapisan maklumat yang teliti terpaksa

dilakukan supaya rumusan yang dicapai benar-benar mewakili komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur di Pulau Pinang.

31
Keempat, dalam kajian ini, aspek sosiobudaya merujuk kepada beberapa aspek

yang berkaitan sosial dan budaya. Dalam konteks sosial, aspek pendidikan, amalan

berpersatuan, institusi keluarga dan perkembangan muzik melalui kegiatan kugiran menjadi

fokus utama. Manakala aspek budaya merujuk kepada pengamalan nama keluarga dan

amalan nyanyian bait. Walaupun aspek amalan warisan sufisme termasuk dalam aspek

sosial namun dalam konteks kajian ini aspek ini dinyatakan secara berasingan kerana dikaji

dalam perspektif pengaruh sufisme dan tradisi secara khusus.

1.7 Sorotan Kajian Lepas

Berdasarkan semakan dan penelitian penyelidik mengenai kajian, penulisan dan karya

mengenai tajuk kajian ini atau tajuk yang hampir sama, penyelidik mendapati tidak ada

kajian yang pernah dijalankan mengenai komuniti Tamil Muslim Kadayanallur daripada

perspektif yang dikaji secara langsung. Namun, terdapat kajian-kajian dan karya yang

menyentuh aspek-aspek khusus mengenai komuniti Tamil Muslim dan India Muslim di

Malaysia termasuk Pulau Pinang, Singapura dan India. Antara kajian dan penulisan-

penulisan tersebut adalah seperti berikut:

60
Kajian Omar bin Yusoff memberi fokus utama tentang perkembangan kaum Jawi

Peranakan di Pulau Pinang dan meneroka proses etnogenisis yang berlaku sejak daripada

generasi ketiga kaum ini yang memberi kesan ke atas kebudayaan mereka. Kesan proses ini,

pada asasnya berbeza daripada kaum India Muslim dan Melayu. Kaum Jawi Peranakan

60
Omar Yusoff. (2005). Kaum Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Isu-Isu Budaya dalam Konteks
Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia.Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.
32
mengadaptasikan sosiopolitik dan kebudayaan Melayu yang dominan sehingga membentuk

identiti dan nilai-nilai murni kaum Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Objektif

kajian ini ialah mengenal pasti asal usul pembentukan kaum Jawi Peranakan, meninjau

riwayat hidup Kapitan Keling yang menjadi pengasas pembentukan kaum Jawi Peranakan di

Pulau Pinang, mengenal pasti budaya sebenar dan identiti kaum Jawi Peranakan di Pulau

Pinang. Dalam kajian ini, Omar meneliti sejarah kedatangan dan penghijrahan komuniti

India Muslim yang dominannya Tamil Muslim yang membawa kepada pembentukan kaum

Jawi Peranakan. Beliau juga menyentuh tentang subkomuniti Tamil Muslim yang

merangkumi golongan Marakkar, Rawthar dan Labbai. Golongan Marakkar menjadi fokus

perbincangan kerana mereka adalah perintis kepada kewujudan kaum Jawi Peranakan di

Pulau Pinang. Kajian ini juga menyentuh tentang budaya kaum Jawi Peranakan yang

mempunyai pengaruh komuniti India Muslim. Kajian ini tidak membincangkan tentang

perkembangan sejarah dan peranan komuniti Tamil Muslim dalam aspek politik, sosial dan

ekonomi secara khusus dan tidak langsung membincangkan tentang komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur

61
Seterusnya, kajian Torsten Tschacher menumpu pada kesan perbezaan etnik terhadap

kehidupan beragama komuniti Tamil Muslim di Singapura. Kajian ini dijalankan dengan

menjadikan latar belakang sejarah di India Selatan sebagai asas perbandingan dari segi

pengamalan Islam dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Singapura. Tujuan utama

kajian ini ialah untuk mengenal pasti perbezaan etnik sebagai asas perbezaan amalan agama

dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Singapura. Torsten juga meneliti kesan

61
Tschacher, Torsten. (2006). The Impact of being Tamil on Religious Life among Tamil Muslims in
Singapore. Tesis Ph.D, South Asian Studies Programme, National University of Singapore.

33
perbezaan amalan agama berasaskan perbezaan etnik dalam kehidupan beragama dalam

komuniti Tamil Muslim di Singapura. Dalam kajian ini, komuniti Tamil Muslim menjadi

subjek kajian kerana mereka merupakan kumpulan etnik India Muslim yang paling ramai

yang bertutur bahasa Tamil. Mereka juga mempunyai sejarah yang panjang dari aspek

penempatan di Asia Tenggara dan Singapura. Komuniti Tamil Muslim terlibat secara

langsung dalam pembentukan Persatuan Muslim Singapura atau Singapore Muslim Society

melalui pembinaan masjid dan penubuhan persatuan–persatuan agama. Seterusnya komuniti

ini juga mempunyai rekod yang signifikan berkaitan penerbitan dan dokumentasi mengenai

Islam. Tamil Muslim adalah komuniti yang bersifat homogen dan mempunyai perbezaan

dari aspek latar belakang, daerah asal, komitmen dengan subkomuniti, mazhab, amalan

agama, stratifikasi sosial, pekerjaan, sejarah penghijrahan dan tahap asimilasi dengan

komuniti Melayu. Walaupun kajian ini melibatkan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di

Singapura, latar belakang sejarah, budaya, amalan agama dan peranan mereka tidak

diketengahkan secara terperinci dan menyeluruh.

62
Khoo Kay Kim pula meneroka tentang sikap komuniti Melayu terhadap komuniti

India dan India Muslim. Beliau menyatakan penerimaan komuniti Melayu terhadap

komuniti India Muslim mudah disebabkan Islam. Beliau mengaitkan penerimaan ini dengan

penglibatan ramai anggota komuniti India Muslim dalam pergerakan Jemaah Tabligh.

Aspek-aspek berkaitan sikap dan hubungan komuniti Melayu dengan India Muslim diberi

tumpuan. Wujud stereotaip dalam komuniti Melayu bahawa Indian Muslim sebagai peniaga
62
Khoo Kay Kim. (1993). Malay Attitudes toward Indians. Dlm (pnyt.). Kernial Singh Sandhu dan A. Mani.
Indian Communities in Southeast Asia. Singapore: Times Academic Press and Institute of Southeast
Asian Studies, hlm. 266-287.

34
yang bijak. Secara keseluruhan sikap komuniti Melayu terhadap komuniti India Muslim

tidak pasif atau negatif berasaskan semangat perjuangan Islam yang melibatkan pergerakan

Jemaah Tabligh. Pada hakikatnya, Jemaah Tabligh merupakan satu pergerakan Islam yang

berpengaruh dalam kalangan komuniti umum di Malaysia. Pergerakan Tabligh bermula di

India pada kurun ke-19 yang diasaskan oleh Maulana Ilyas (1885-1944). Pergerakan ini

bertujuan untuk menyebarkan mesej dan ajaran Islam. Pergerakan Tabligh mula

diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1952 dan sejak awal lagi majoriti pengikut Jemaah

Tabligh adalah dari kalangan komuniti India Muslim. Komuniti Melayu pula mula

melibatkan diri dalam Jemaah Tabligh pada awal tahun 1970-an. Rentetan daripada

penglibatan komuniti Tamil Muslim dalam pergerakan ini, masjid-masjid Tamil Muslim

menjadi pusat aktiviti Jemaah Tabligh. Perbincangan dalam buku ini tidak memberi fokus

khusus kepada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.

Judith Nagata63 dalam penulisan beliau menumpu pada masalah identiti komuniti Indian

Muslim yang mengalami asmilasi dengan komuniti Melayu Islam akibat persamaan agama

iaitu Islam. Beliau berhujah bahawa India Muslim sebagai satu golongan yang diistilahkan

sebagai bangsa hibrid yang mempunyai ciri-ciri keIndian dan keMelayuan. Menurut beliau,

identiti India Muslim tidak jelas dan agak kabur. Komuniti India Muslim terbahagi kepada

subkomuniti berasaskan daerah dan bahasa yang berpaksikan agama atau mazhab iaitu

Hanafi dan Shafie. Beliau juga menghuraikan secara ringkas tentang sejarah penglibatan

komuniti India Muslim dalam perdagangan di Tanah Melayu sehingga membawa kepada

penempatan dan perkembangan golongan ini di Pulau Pinang. Penglibatan komuniti India

Muslim dalam kegiatan ekonomi yang pelbagai membentuk subkomuniti India Muslim yang

63
Nagata, Judith. (1979). The Malaysian Mosaic. Vancouver: University of British Colombia Press.

35
mempunyai tahap sosioekonomi berbeza yang meletakkan komuniti Kadayanallur dan

Tenkasi sebagai pekerja bawahan. Nagata juga membincangkan tentang kegiatan agama

komuniti India Muslim seperti sumbangan tanah wakaf, pembinaan masjid mengikut identiti

masing-masing, penglibatan dalam Jemaah Tabligh serta kegiatan keagamaan yang lain.

Dalam konteks amalan berpersatuan, kegiatan persatuan dan pertubuhan sosial India

Muslim seperti Liga Muslim dan United Muslim Association (UMA) hanya dibincangkan

secara umum. Skop perbincangan Nagata lebih tertumpu kepada status dan pembentukan

identiti komuniti India Muslim yang dilihat dalam konteks sejarah, sosial dan agama. Dalam

kajian yang berbentuk etnogenisis ini, identiti komuniti India Muslim dikategorikan kepada

tiga kelompok; pertama, mereka yang menerima asimilasi budaya Melayu secara

menyeluruh dan menjadi Melayu atau bumiputra. Kedua, mengekalkan identiti sebagai

seorang yang berketurunan India tanpa berusaha atau menerima sebarang proses asimilasi

budaya Melayu atau diistilahkan proses peMelayuan. Ketiga, menjadi Jawi Peranakan atau

Darah Keturunan Keling (DKK) yang saling bertukar sandaran identiti antara India dan

Melayu.

Seterusnya, dalam penulisan ini, Judith Nagata menyentuh sedikit tentang status

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam konteks identiti dan asimilasi. Komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur disitilahkan sebagai the permanent Indian Muslim community

atau komuniti India Muslim tetap dalam konteks identiti kerana pengekalan identiti Tamil

Muslim tanpa melalui asimilasi dengan komuniti Melayu. Komuniti ini membezakan diri

mereka melalui institusi sosial dan agama mereka sendiri, tinggal secara berpusat di

kawasan majoriti Tamil Muslim, mengunjungi masjid-masjid Tamil Muslim, memelihara

36
bahasa keturunan mereka dan mengamalkan budaya serta upacara tertentu tertentu dalam

kehidupan seharian mereka. Menurut beliau lagi, terdapat organisasi agama dalam kalangan

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang seperti Persatuan Iqbal, Persatuan

Kadayanallur Muslim dan Persatuan Anjuman Himayathul Islam. Persatuan-persatuan ini

bersifat kedaerahan, dianggotai komuniti Tamil Muslim dan bercakap bahasa Tamil dalam

urusannya. Persatuan Iqbal serta Persatuan Muslim Kadayanallur mengamalkan

perlembagaan tertentu dari Selatan India. Walaupun budaya Tamil Muslim dan bahasa

ibunda terus dipelihara dan diamalkan, komuniti Tamil Muslim tidak dapat menafikan

pengaruh budaya Melayu dalam kehidupan mereka di Malaysia ditambah pula ada yang

mengaku diri mereka sebagai bumiputera jika bukan Melayu. Komuniti Tamil Muslim sedar

bahawa masih terdapat perbezaan dalam pengamalan budaya Tamil Muslim dan budaya

Melayu yang menjadi pemisah antara mereka. Namun, menurut pandangan Nagata, anggota

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur masih kekal dengan amalan dan identiti keIndian dan

kurang menerima asimilasi kebudayaan Melayu. Skop perbincangan Nagata lebih menjurus

aspek identiti dan proses asimilasi komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang. Sejarah dan

perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan sumbangan serta peranan dalam

konteks sosiobudaya dan pengamalan agama tidak disentuh secara khusus.

Dalam penulisan seterusnya, Ranjit Singh64 membincangkan tentang penempatan

awal komuniti Tamil Muslim di Sarawak. Perbincangan lebih menjurus kepada

perkembangan komuniti Tamil Muslim kerana 90 peratus komposisi komuniti Indian

Muslim di Sarawak terdiri daripada Tamil Muslim. Fokus diberi terhadap aspek

64
Ranjit Singh, D.S. (1993). Indians in East Malaysia. Dlm (pnyt.). Kernial Singh Sandhu and A. Mani.
Indian Communities in Southeast Asia. Singapore: Times Academic Press and Institute of Southeast Asian
Studies, hlm.558-584.
37
perkembangan populasi, penglibatan Tamil Muslim dalam perniagaan status etnik dan

peranan komuniti Tamil Muslim dalam pengukuhan syiar Islam serta perkembangan

pendidikan agama di Sarawak. Tamil Muslim di Kuching, Sarawak merupakan komuniti

yang mempunyai pengaruh dan melibatkan diri dalam kegiatan serta aktiviti agama Islam

secara serius. Komitmen ini terbukti dengan pembinaan Masjid India dan sebuah sekolah

agama iaitu Al Madrasatul Islamiah Kuching bersebelahan masjid ini pada tahun 1937 yang

telah diusahakan oleh Encik Mohamad Sharif, pengerusi Masjid India pada masa itu. Dari

aspek etnik, komuniti Tamil Muslim terbahagi kepada dua iaitu mereka yang menerima

asimilasi dengan komuniti Melayu dan golongan yang mengekalkan identiti asal sebagai

Tamil Muslim. Petempatan dan pusat perniagaan awal komuniti ini terletak bersebelahan

dengan pengkalan Sungai Kuching, Kawasan Kuching. Kawasan sekitar Gambier Street

merupakan pusat perniagaan utama komuniti Tamil Muslim sehingga dikenali sebagai Kling

Street dan Kampung Kling. Sebahagian daripada anggota komuniti Tamil Muslim

mengemukakan bantahan terhadap penggunaan perkataan Kling. Akibat bantahan tegas

komuniti ini, kedua-dua kawasan tersebut diberi nama baru dan dikenali sebagai India Street

dan Kampung India menggantikan nama Kling semasa awal pemerintahan Raja Charles

Vyner Brooke. Oleh itu, kawasan jalan India masih berperanan sebagai pusat penyebaran

dan pemeliharaan aspek-aspek berkaitan komersial, budaya, bahasa dan agama komuniti

Tamil Muslim di Sarawak. Walau bagaimanapun, fokus penulisan Ranjit hanya tertumpu

kepada komuniti Tamil Muslim Sarawak sahaja dan peranan komuniti Tamil Muslim

termasuk Tamil Muslim Kadayanallur di Sabah dan Semenanjung Malaysia tidak

dibincangkan.

38
Selanjutnya, kajian Mines65 menumpu pada komuniti Tamil Muslim khususnya

Tamil Muslim di Daerah Pallavaram, berdekatan dengan bandar Madras, Tamil Nadu,

India. Aspek-aspek tentang kehidupan ekonomi dan sosial komuniti Tamil Muslim diberi

tumpuan. Islam sebagai agama yang diamalkan berperanan dalam membentuk corak dan

pola hubungan dalam kalangan komuniti Tamil Muslim dan di luar lingkungan etnik Tamil

Muslim serta tindak tanduk komuniti Tamil Muslim dalam aktiviti ekonomi. Dalam

membincangkan hal ini, Mines menjelaskan stratifikasi sosial yang wujud dalam kalangan

Tamil Muslim. Aspek-aspek yang dikaji dalam karya beliau adalah elemen dan faktor yang

membezakan aktiviti serta amalan ekonomi Tamil Muslim dengan mereka yang beragama

Hindu. Beliau juga mengkaji tentang hubungan dan kesan amalan ekonomi dengan

kepercayaan, nilai, aspirasi dan struktur sosial terhadap amalan komuniti Tamil Muslim dan

komuniti Hindu.

Menurut Mines, faktor sosial seperti komuniti Hindu memberi kesan kepada amalan

ekonomi komuniti Tamil Muslim. Umpamanya sistem kasta dalam komuniti Hindu yang

tiada unsur mobiliti sosial menetapkan pekerjaan khusus kepada golongan tertentu mengikut

hierarki sosial. Sistem sosial yang hampir menyerupai sistem kasta wujud dalam kalangan

komuniti Tamil Muslim disaksikan berdasarkan pembahagian komuniti Tamil Muslim

kepada empat subkelompok utama iaitu Rawthar, Marakkar, Labbai dan Kayalar. Walau

bagaimanapun, pembentukan kelompok dalam komuniti Tamil Muslim tidak berasaskan

konsep sistem kasta dalam komuniti India Hindu kerana ia lebih berorientasikan pekerjaan

dan status sosioekonomi. Mines juga meneroka peranan agama Hindu dan Islam dalam

65
Mines, Mattison. (1972). Muslim Merchants: The Economy Behavior of an Indian Muslim Community.
New Delhi: Shri Ram Centre for Industrial Relations and Human Resources.

39
membentuk bentuk tingkah laku dalam aktiviti ekonomi dalam kedua-dua komuniti ini di

Tamil Nadu India. Walau bagaimanapun. Mines tidak membincangkan langsung tentang

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Tamil Nadu dan luar India. Hal yang demikian

kerana kajian beliau hanya tertumpu di satu daerah yang kecil iaitu Pallavaram sahaja.

66
Kajian Helen Fujimoto menjelaskan tentang perkembangan komuniti India

Muslim yang dominannya Tamil Muslim di Pulau Pinang sejak pendaratan Francis Light di

Tanjung Penaga pada tahun 1786. Beliau membincangkan tentang sejarah kedatangan dan

pembentukan komuniti Tamil Muslim dari India Selatan di Pulau Pinang. Hasil

perkahwinan antara komunti Tamil Muslim telah membawa kepada pembentukan komuniti

hibrid yang dikenali sebagai Jawi Peranakan. Kajian Fujimoto lebih menjurus kepada aspek-

aspek perubahan bahasa, budaya dan gaya hidup komuniti Jawi Peranakan. Fujimoto

memperincikan tentang pembentukan dan perkembangan komuniti Jawi Peranakan di Pulau

Pinang yang bermula sejak kedatangan Kapitan Keling. Dalam kajian ini, beliau tidak

membincangkan tentang sejarah perkembangan dan pembentukan komuniti Tamil Muslim

lain termasuk Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang secara menyeluruh.

Sirajumuṉīr Naṟpaṇi Maṉṟam, sebuah badan kajian di Kadayanallur, Tirunelveli,

Tamil Nadu, India, telah menghasilkan karya ulung pada tahun 2009 mengenai komuniti

Tamil Muslim di Kadayanallur. Karya ini merupakan hasil kajian dan pengumpulan data

sekumpulan penyelidik Tamil Muslim di bawah pimpinan ketua editor, S.A. Ibrahim. Fokus

utama karya ini adalah mengenai sejarah awal, kebudayaan, pegangan agama, amalan

tradisi, pekerjaan dan perkembangan sosial serta politik komuniti Tamil Muslim di kawasan

66
Fujimoto, Helen. (1988). The South Indian Muslim Community and the Evolution of the Jawi Peranakan
in Penang up to 1948. Tokyo: ILCAA Tokyo Gaikokugo Daigaku.

40
Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu.67 Asal usul dan pembentukan komuniti Tamil

Muslim yang berhijrah dari Kerala dan membentuk penempatan baru di Kadayanallur

dijelaskan. Komuniti ini mula menetap dan berkembang di Kadayanallur sejak tahun 1560

setelah berhijrah dari bebarapa kawasan di Kerala akibat serangan pihak penjajah Portugis

terhadap komuniti Islam di Kerala. Konteks aktiviti ekonomi komuniti ini yang terlibat

dalam pekerjaan penenunan kain diperincikan. Hampir setiap rumah di Kadayanallur

mempunyai alat asas untuk menenun kain. Proses dan teknik penenunan kain tradisional

yang dipraktikan oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur juga dibincangkan dalam

penulisan ini.

Amalan tradisi komuniti ini dari segi adat istiadat khususnya amalan nama keluarga,

amalan berpersatuan dan perkahwinan turut diperjelaskan. Komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur mengalami keperitan dan kesusahan hidup akibat kemerosotan industri

penenunan kain. Industri penenunan kain merosot akibat tindakan pihak British yang

menguasai India, menyekat perkembangan industri penenunan kain India pada kurun ke-19.

Akibatnya, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mula berhijrah ke kawasan lain di sekitar

Tamil Nadu dan di luar India khususnya Pulau Pinang dan Singapura. Sejak tahun 1880-an,

pembentukan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur bermula di Pulau Pinang dan

berkembang menjadi komuniti majoriti dalam kalangan komunti Tamil Muslim dari daerah

lain. Walau bagaimanapun, perbincangan dalam penulisan ini hanya memberi tumpuan

kepada sejarah pembentukan dan perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di

Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu, India. Perkembangan komuniti Tamil Muslim

67
Ibrahim, S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu. Kadayanallur, Tirunelveli,Tamil Nadu:
Sirajumuṉīr Naṟpaṇi Maṉṟam.
41
Kadayanallur di Pulau Pinang dan Singapura hanya dibincangkan sedikit sebagai satu

pengenalan dan tidak menyeluruh. Tambahan pula, peranan dan sumbangan komuniti ini di

Pulau Pinang dalam bidang sosiobudaya dan pengamalan agama tidak disentuh secara

menyeluruh dalam penulisan ini.

Seterusnya, Ravi Shankar68 dalam penulisan beliau menumpu pada perkembangan

sejarah dan perbezaan identiti komuniti Tamil Muslim di Tamil Nadu,India, Malaysia dan

Singapura. Aspek yang dikaji adalah mengenai identiti yang merujuk kepada identiti

berasaskan agama, institusi agama dan perbezaan mazhab yang diamalkan komuniti Tamil

Muslim di Tamil Nadu, Malaysia dan Singapura. Sejarah penerimaan Islam oleh komuniti

Tamil Muslim, penglibatan komuniti Tamil Muslim dalam penyebaran agama Islam melalui

aktiviti perdagangan di Asia Tenggara disentuh sedikit. Kontradiksi antara prinsip-prinsip

Islam dengan kepercayan berasaskan kebudayaan tempatan serta amalan-amalan agama

tradisi komuniti Tamil Muslim diberi tumpuan. Faktor-faktor yang membentuk amalan

keagamaan dan kehidupan harian Tamil Muslim di Tamil Nadu dan Malaysia dibincangkan

penulis. Seterusnya, Shankar menjelaskan tentang penglibatan komunti Tamil Muslim

dalam perkembangan institusi agama seperti pembinaan masjid dan dargah serta sumbangan

berterusan komuniti ini dalam memelihara institusi agama tersebut melalui amalan wakaf

sehingga kini. Seterusnya nilai komuniti Tamil Muslim yang dominan, peranan wanita dan

pimpinan agama dalam kalangan komuniti Tamil Muslim dijelaskan.

68
Ravi Shankar. (2001). Tamil Muslims in Tamil Nadu, Malaysia and Singapore: Historical Identity,
Problems of Adjustment and Change in the Twentieth Century. Kuala Lumpur: A. Jayanath.

42
Dalam penulisan ini, perbincangan juga menjurus kepada kesan dari segi politik

yang berlaku melalui perubahan-perubahan dan gerakan-gerakan komuniti Tamil Muslim di

Tamil Nadu terhadap pendirian komuniti Tamil Muslim di Malaysia seperti peristiwa

perobohan Masjid Babri. Selain itu, kedudukan organisasi agama Tamil Muslim di Malaysia

dan Singapura di bawah pentadbiran dan pengurusan Jabatan Agama Islam dan Majlis

Agama Islam diberi perhatian. Penulisan ini juga mengupas tentang hubungan berterusan di

antara komuniti Tamil Muslim yang berhijrah ke Malaysia dan Singapura dengan Tamil

Nadu. Konteks penulisan ini adalah tentang persoalan persamaan identiti secara kolektif di

antara komuniti Tamil Muslim di Tamil Nadu, Malaysia dan Singapura khususnya dari

jangka waktu permulaan Perang Dunia Kedua sehingga kini. Kesignifikan komuniti Tamil

Muslim sebagai sebahagian daripada komuniti Malaysia yang berketurunan Tamil dan

bercakap bahasa Tamil dan berpegang kepada agama Islam diukur dan dianalisis. Namun,

penulisan ini memfokuskan perkembangan sejarah dan perubahan identiti komuniti Tamil

Muslim secara kolektif di Tamil Nadu, Malaysia dan Singapura tanpa mengkaji secara

mendalam subkomuniti Tamil Muslim tertentu khususnya komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur di Tamil Nadu, Malaysia dan Singapura. Aspek kajian penyelidik yang

merangkumi sejarah pembentukan dan perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

di Pulau Pinang tidak dibincangkan.

69
Seterusnya, A. Mani dalam artikel jurnal yang bertajuk “Aspects of Identity and

Change among Tamil Muslims in Singapore” dalam Journal of the Institute of Muslim

Minority Affairs membincangkan mengenai komuniti Tamil Muslim di Singapura. Beliau

69
Mani, A. (1992). Aspects of Identity and Change among Tamil Muslims in Singapore. Journal Institute
of Muslim Minority Affairs, 13 (2), hlm 337-357.

43
meninjau tentang transisi komuniti Tamil Muslim di Singapura dalam konteks sejarah dan

demografi dalam proses perubahan pesat di Singapura. Memandangkan komuniti Tamil

Muslim merupakan golongan yang dominan dalam kalangan komuniti India Muslim di

Singapura, peranan mereka agak signifikan dari segi ekonomi dan sosial. A.Mani mengkaji

posisi dan pendirian kontemperari serta trend persatuan-persatuan sukarela komuniti Tamil

Muslim. Penulisan ini menjadikan latar belakang sejarah perkembangan komuniti Tamil

Muslim di Singapura sebagai asas perubahan dari segi identiti dan proses asimilisasi serta

Islamisasi yang ditafsirkan sebagai proses peMelayuan anggota komuniti Tamil Muslim.

Beliau meneliti dan menganalisis pengadaptasian komuniti Tamil Muslim dengan budaya

Melayu. Komuniti Tamil Muslim dikaitkan dengan masyarakat Melayu dari segi agama

manakala dengan masyarakat India yang beragama Hindu pula dikaitkan dari segi bangsa.

Artikel ini juga menyingkap perbezaan sandaran identiti di antara anggota komuniti Tamil

Muslim yang berbeza dari segi kampung dan daerah asal usul di India Selatan. Oleh yang

demikian, beliau menyatakan bahawa komuniti Tamil Muslim mengamalkan orientasi yang

berbeza dalam membentuk dan mengekalkan sebuah komuniti. Hal ini termasuk komuniti

Tamil Muslim dari Kadayanallur yang hidup menetap di Singapura sejak awal tahun 1920-

an.

Perbincangan A. Mani selanjutnya menumpu pada aspek-aspek penghijrahan,

pekerjaan, aktiviti ekonomi, hubungan kekeluargaan, kekerabatan, perkahwinan dan peranan

persatuan-persatuan sukarela komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Singapura. Namun,

perbincangan ini hanya bersifat umum. Antara yang dibincangkan adalah sumbangan

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam bidang pendidikan yang berjaya menubuhkan

Sekolah Tamil Umar Pulavar juga dikenali sebagai Umar Pulavar Tamil School bagi
44
memenuhi keperluan pendidikan anak-anak mereka. Kemudian, sekolah ini telah mengikut

polisi dan peraturan pendidikan yang ditetapkan pihak berwajib dan menjadi sekolah

sepenuh masa yang menawarkan pendidikan peringkat rendah dan menengah sehingga

dibubarkan pada tahun 1982. Berdasarkan artikel ini, persamaan tertentu dari segi trend

penghijrahan, penempatan awal di kawasan bandar, aktiviti ekonomi dan amalan

berpersatuan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur Singapura dan Pulau Pinang dapat

dilihat dengan jelas. Namun, artikel ini tidak membincangkan langsung tentang komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.

Seterusny, artikel jurnal yang ditulis oleh Stark70 menumpu pada isu identiti

komuniti India Muslim di Malaysia yang menghadapi krisis antara memihak kepada identiti

Melayu atau kekal dengan identiti keIndiaan yang diletakkan bersama komuniti Hindu.

Beliau menyatakan bahawa masyarakat Malaysia yang merangkumi pelbagai bangsa telah

mewarisi kategori dan pelabelan bangsa yang telah ditentukan oleh pihak British pada

zaman kolonial. Akibatnya, komuniti Melayu, Cina dan India telah mengembangkan blok-

blok identiti yang homogen. Dalam keadaan ini, komuniti India Muslim berusaha

meletakkan diri mereka dalam kategori tersendiri. Sebahagian daripada mereka berpendirian

untuk mengekalkan identiti mereka sebagai India Muslim manakala sebahagian lagi

berhasrat mengadaptasi dan mengasimilasi diri mereka dengan budaya Melayu khususnya

selepas dasar kerajaan Malaysia yang memberi keutamaan kepada golongan Bumiputra.

Sesungguhnya mereka terikat dengan dua pihak dari segi identiti dan agama iaitu identiti

India dari segi bangsa dan Islam dari segi agama. Islam mengikat mereka dengan

70
Stark, Jan (2006). Indian Muslims in Malaysia: Images of Shifting Identities in the Multi-ethnic State.
Journal Institute of Muslim Minority Affairs, 26 (3), hlm. 383-398, doi:10.1080/13602000601141398.
45
masyarakat dominan Melayu manakala India mempunyai persamaan dengan komuniti India

yang beragama Hindu. Oleh yang demikian, mereka berada dalam keadaan dilema antara

berpihak kepada masyarakat Melayu Islam atau komuniti India Hindu dalam aspek

perwakilan politik dan peruntukan sumber kerajaan. Stark juga menegaskan bahawa

sebahagian anggota komuniti India Muslim mempunyai autonomi ekonomi sendiri tanpa

bergantung kepada kerajaan dan sebahagian daripada mereka dapat mengambil peluang

dalam aspek ekonomi bersandarkan rangkaian dalam kalangan masyarakat Islam secara

umum. Walaupun kerajaan Malaysia mengambil pelbagai langkah untuk membentuk konsep

bangsa Malaysia namum dalam konteks konsiliditasi identiti bagi komuniti India Muslim

adalah satu masalah yang sukar dirungkai. Artikel ini membincangkan secara dominan

mengenai permasalahan identiti dan hala tuju komuniti India Muslim dan tidak menyentuh

langsung tentan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.

Selanjutnya, artikel jurnal karangan Osman Abdullah Chuah, Abdul Salam M.Shukri
71
dan Mohd Syukri Yeoh ini menganalisis mengenai status komuniti India Muslim dari

perspektif sejarah dan definisi yang sepatutnya diberikan kepada etnik minoriti ini. Ia juga

mengetengahkan realiti politik India Muslim khususnya dalam kumpulan masyarakat

minoriti yang tidak signifikan berbanding dengan komuniti Melayu yang lebih ramai dari

segi kuantiti dan komuniti India serta Cina yang tidak beragama Islam. Fokus utama artikel

ini menjurus kepada posisi dan dilema komuniti India Muslim dalam menentukan identiti

mereka antara bersandar kepada identiti Melayu atau India. Hal ini adalah berdasarkan

71
Osman Abdullah Chuah, Abdul Salam M.Shukri & Mohd Syukri Yeoh. (2011). Indian Muslims in
Malaysia: A Sociological Analysis of a Minority Ethnic Group. Journal Institute of Muslim Minority
Affairs, 31( 2), hlm. 217-230. doi:10.1080/13602004 .2011.583513

46
kepada Artikel 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa seseorang

didefinisikan dan diiktiraf sebagai Melayu jika seorang individu bertutur dalam Bahasa

Melayu, mengamalkan kebudayaan Melayu dan mengamalkan agama Islam. Selain itu,

sumbangan komuniti India Muslim juga diketengahkan. Dalam artikel ini realiti komuniti

ini di Malaysia dipersoalkan iaitu mereka tidak mempunyai kuasa politik tetapi kekal

sebagai minoriti yang dipinggirkan dalam penguasaan politik masyarakat Melayu dan

hagemoni ekonomi masyarakat Cina. Pada hakikatnya, mereka menghadapi masa depan dan

prospek yang kabur sebagai komuniti yang dipinggirkan dari segi identiti. Namun,

sebahagian daripada anggota komuniti ini secara perlahan telah berasimilasi dengan budaya

Melayu khususnya melalui perkahwinan dan menikmati keuntungan politik. Sebagai kontra

ada pihak dalam kalangan komuniti ini yang menentang perubahan ini dan berusaha

mengekalkan serta memelihara tradisi etnik India Muslim. Walau bagaimanapun, artikel ini

tidak mengkhususkan perbincangan mengenai komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan

lebih menjurus kepada masalah dilema dan transformasi identiti komuniti India Muslim di

Malaysia secara umum.

Dalam kertas kerja yang bertajuk “The South Asian Cultural Impact Upon Penang,”

Ghulam Sarwar Yousof 72 membincangkan tentang pembentukan hubungan antara komuniti

Selatan India dengan Pulau Pinang dan kesan hubungan ini dalam konteks kebudayaan dan

agama. Perkembangan komuniti India yang beragama Islam dan Hindu diberi fokus dari

aspek dalam kebudayaan dan agama. Dalam konteks komuniti India Muslim, penglibatan

72
Ghulam Sarwar Yousof. (2001).The South Asian Cultural Impact Upon Penang. Second Colloquium of
The Penang Story Indians in Penang - A Historical Perspective. 22 September 2001, Penang: Penang
Heritage Trust, hlm 1-11.Dimuat turun pada 23 April 2011 daripada http://penangstory.net.my/main-
story.html.
47
mereka dalam amalan agama diberi tumpuan dari segi sumbangan dalam pembinaan dan

pengasasan masjid-masjid pada kurun ke-19 di Pulau Pinang seperti Alimsawalai, Masjid

Pakistan atau Pathan dan amalan agama yang dikaitkan dengan kewujudan keramat seperti

Keramat Dato Koyah, Keramat Nagor Dargah dan Keramat Mak Mah. Walau

bagaimanapun, peranan dan penglibatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur secara

khusus tidak dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Seterusnya, Seeni Mohamed73 dalam kertas kerja yang bertajuk “Indian Muslims in

Penang: Role and Contributions” menelusuri perkembangan kelompok-kelompok komuniti

Tamil Muslim yang menetap di Pulau Pinang dari aspek tempat asal usul dan identiti

mereka termasuk komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan Tenkasi. Beliau menyatakan

bahawa India Muslim sebagai istilah yang merujuk kepada etnik Tamil, Malayali, Telegu,

Punjabi dan sebagainya yang berasal dari India. Istilah Tamil Muslim pula merujuk kepada

komuniti Tamil Muslim yang bercakap bahasa Tamil. Namun, komuniti Tamil Muslim

dikenali sebagai India Muslim di Pulau Pinang. Selanjutnya, Seeni Mohamed

membincangkan peranan dan sumbangan komuniti Tamil Muslim dari aspek sosial

khususnya pendidikan, peranan dalam pengukuhan syiar Islam dari segi sumbangan tanah

wakaf dan pembinaan masjid, kesusasteraan dan penerbitan. Peranan komuniti Tamil

Muslim dari aspek politik melalui Persatuan Liga Muslim dan persatuan gabungan Tamil

Muslim Kadayanallur seperti Persatuan Muslim Bersatu (UMA), Persatuan Hidayatul Islam

73
Seeni Naina Mohamed. (2001). Indian Muslims in Penang: Role and Contributions. Second Colloquium of
'The Penang Story Indians in Penang - A Historical Perspective . 22 September 2001. Penang: Penang
Heritage Trust., hlm 1-6. Dimuat turun pada 23 April 2011 daripada http://penangstory.net.my/main-
story.html.

48
(PHI), Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI), Persatuan Muslim Kadayanallur

(PMK), Persatuan Tenkasi Muslim dan Persatuan Iqbal disentuh sepintas lalu.

Kertas kerja ini turut membincangkan aktiviti ekonomi komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur pada peringkat awal penempatan mereka di Pulau Pinang. Mereka bekerja

sebagai buruh kasar, penyapu sampah, penjual ikan, sayur-sayuran dan penjual daging.

Selanjutnya, perkembangan dan sumbangan tokoh-tokoh komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dan Tenkasi disentuh sedikit. Namun, perbincangan Seeni Muhammad

tersimpang dari fakta sebenar dalam konteks komuniti Tamil Muslim Tenkasi yang dirujuk

sebagai kelompok majoriti dalam kalangan komuniti Tamil Muslim. Hal yang sebenarnya,

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur merupakan komuniti majoriti berbanding Tenkasi.

Barangkali, Seeni merangkumkan kedua-dua komuniti, Kadayanallur dan Tenkasi di bawah

istilah Tenkasi berdasarkan faktor tempat asal usul mereka dari daerah yang sama iaitu

Tirunelveli, Tamil Nadu, India. Seeni juga tidak memperincikan sejarah dan perkembangan

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan Tenkasi di Pulau Pinang.

74
Kajian Raja Mohamed yang telah dibukukan pada tahun 2004 pula menelusuri

tentang asal usul komuniti Tamil Muslim dari Pantai Koromandel, Tamil Nadu, India

Selatan dan memberi fokus utama terhadap peranan mereka dalam perdagangan dan

kegiatan laut dari tahun 1750 sehingga zaman kemerosotan dominasi komuniti pedagang

Tamil Muslim dalam aspek perdagangan pada tahun 1900 di India Selatan. Selain daripada

aspek perdagangan, Raja Mohamed juga meneroka aspek kebudayaan dan keagamaan

komunti Tamil Muslim Koromandel. Kajian ini pada hakikatnya membincangkan asal usul

74
Raja Mohamed, J. (2004). Maritime History of the Coromandel Muslims: A Socio- Historical Study on the
Tamil Muslims 1750-1900. Madras: Director of Museums, Government Museum.
49
komuniti Tamil Muslim yang lebih tertumpu kepada golongan pedagang. Dalam konteks

komuniti Tamil Muslim bukan pedagang didapati tiada perbincangan secara langsung dalam

kajian ini termasuk komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Tirunelveli.

Selanjutnya, dalam artikel yang bertajuk “The Tamil Muslims – Weaving a Tale of

Success,” Khoo Salma Nasution75 memaparkan sejarah kedatangan awal komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur dan Tenkasi dari Tirunelveli, Tamil Nadu. Komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dan Tenkasi terlibat sebagai penenun dalam industri penenunan kain. Akibat

revolusi perindustrian yang berlaku di Britain pada kurun ke-19, industri penenunan kain

tradisional mengalami kemerosotan dengan pengenalan mesin moden dari Britain di India.

Pada tahun 1860, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menindas dan menyekat

perkembangan industri penenunan kain di India dengan melaksanakan cukai yang tinggi ke

atas pengusaha-pengusaha industri penenunan kain tradisional. Dasar SHTI ini memberi

impak yang negatif terhadap punca pendapatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Keadaan ini memaksa sebahagian daripada anggota komuniti ini berhijrah ke kawasan lain

termasuk Pulau Pinang. Komuniti ini memulakan penempatan mereka di sekitar George

Town pada tahun 1880-an dan 1890-an.

Khoo Salma Nasution juga menjelaskan mengenai aktiviti ekonomi komuniti ini

yang tiada pengalaman dalam perniagaan atau pekerjaan lain selain menenun kain. Keadaan

ini menyebabkan mereka hanya mampu bekerja sebagai buruh kasar, kuli, pengangkut

barang di pelabuhan, penyapu jalan dan pekerjaan pemburuhan lain untuk meneruskan

kehidupan pada peringkat awal penghijrahan. Segelintir daripada anggota komuniti ini mula

75
Khoo Salma Nasution. (2002). The Tamil Muslims – Weaving a Tale of Success. Dlm Khor, Neil, Das &
Malini (pnyt.).Glimpses of Old Penang. Petaling Jaya: Star Publications, hlm.67-69.

50
menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan di pasar Chowrasta sebagai penjual

daging lembu dan kambing, makanan dan minuman. Menjelang tahun 1920-an, kaum

wanita Tamil Muslim Kadayanallur turut membantu keluarga masing-masing dengan

menjual rempah giling dari rumah ke rumah di George Town dan dipasarkan juga kepada

penjual nasi kandar sebagai bahan utama masakan kari. Seterusnya, penulisan ini

membincangkan aspek penubuhan persatuan pertama komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

iaitu Persatuan Muslim Bersatu atau United Muslim Association (UMA) pada tahun 1929.

Sejarah awal penubuhan dan aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan oleh UMA dari segi

agama, rekreasi dan pendidikan dibincangkan. Seterusnya, sejarah penubuhan Tengkasi

Muslim Benefit Society (TMBS) iaitu persatuan komuniti Tamil Muslim Tenkasi dijelaskan

secara ringkas. Dalam konteks kajian ini, penyelidik mendapati, walaupun skop

perbincangan artikel dilihat menyentuh pelbagai aspek namun artikel ini hanya

membincangkan sejarah perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dari aspek

penempatan awal, pekerjaan dan penubuhan persatuan seperti UMA dan TMBS secara

ringkas dan berbentuk deskriptif. Sebaliknya, maklumat tentang latar belakang komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur di Tamil Nadu tidak diperincikan. Pada hakikatnya, artikel ini

tidak langsung membincangkan tentang asas dan sejarah penubuhan persatuan-persatuan

lain selain UMA dan TMBS, peranan dan sumbangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

dari konteks sosiobudaya, konsep pengamalan nama keluarga dan amalan agama warisan

sufisme di Pulau Pinang.

Berdasarkan sorotan kajian dan karya-karya terdahulu, penyelidik mendapati tiada

tumpuan khusus dan menyeluruh tentang aspek-aspek yang dikaji mengenai komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur dalam kajian ini. Aspek-aspek tersebut berdasarkan objektif kajian
51
termasuk sejarah awal penempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang,

aspek sosiobudaya termasuk pengamalan nama-nama keluarga, sejarah penubuhan

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat dan amalan agama warisan sufisme komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini

adalah kajian baru yang cuba meneroka dan mengkaji perkembangan komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur secara menyeluruh berdasarkan objektif kajian.

1.8 Organisasi Kajian

Kajian ini disusun dalam lima bab utama seperti berikut:-

a) Bab satu adalah pendahuluan kepada kajian ini. Bab ini menyentuh tentang latar

belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian,

metodologi kajian serta sorotan kajian lepas tentang komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

di Pulau Pinang.

b) Bab dua menumpu pada sejarah perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di

Pulau Pinang. Sebelum menjurus secara berfokus kepada perkembangan komuniti ini di

Pulau Pinang, perbincangan dalam bab ini akan menyentuh mengenai teori migrasi yang

mempunyai kaitan dengan faktor penghijrahan komuniti Tamil Muslim ke Pulau Pinang.

Seterusnya tumpuan akan diberikan kepada perbincangan secara terperinci mengenai asal

usul dan asas pembentukan kelompok dan subkomuniti komuniti Tamil Muslim di India

Selatan dan di Pulau Pinang. Selanjutnya, bab ini membincangkan sejarah awal

pembentukan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Tamil Nadu India, sejarah

52
kedatangan dan pembentukan awal komuniti ini serta perkembangan awal penempatan dan

pekerjaan mereka di Pulau Pinang.

c) Bab tiga akan menjelaskan tentang usaha dan penglibatan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur di Pulau Pinang dalam aspek sosiobudaya melalui pembentukan persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat sejak tahun 1929. Hal ini melibatkan budaya

pengamalan nama keluarga dalam kalangan mereka yang berperanan sebagai asas ikatan

kekeluargaan dan penerusan sifat homogen serta amalan endogami komuniti ini. Dalam bab

ini, antara perkara yang disentuh adalah konsep dan latar belakang pembentukan persatuan

berpusatkan kaum kerabat, sumbangan komuniti ini dalam aspek pendidikan Arab dan

Tamil di Pulau Pinang dan pengukuhan aspek sosiobudaya dalam kalangan mereka.

d) Bab empat membincangkan tentang amalan agama warisan sufisme dalam komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur dan komuniti Tamil Muslim secara umum di Pulau Pinang.

Dalam bab ini, fokus perbincangan akan tertumpu kepada latar belakang perkembangan

Islam di India Selatan yang mempunyai pautan dengan sufisme sehingga mempunyai

pengaruh yang kuat dalam amalan-amalan keagamaan tradisi utama. Antara amalan agama

tradisi yang diamalkan secara turun temurun yang diberi tumpuan termasuk pegangan

terhadap wali keramat, maulid yang merangkumi maulid nabi dan syeikh sufi serta

kepercayaan terhadap wafaq76 dan pengamalannya. Seterusnya, setiap amalan ini

disandarkan kepada rasional dan hujah berlandaskan al-Quran dan Hadis sebagai justifikasi

sama ada berasaskan syarak atau tidak.

76
Wafaq merujuk kepada ilmu yang menggunakan nombor dan huruf. Ilmu ini juga dikenali sebagai ilmu
simia dan ilmu rahsia huruf. Ibn Khaldun. (1967). The Muqaddimah: An Introduction to History. Vol. 2.
(Terj.). Franz Rasenthal: Princeton University Press, hlm. 171.
53
e) Bab lima merupakan bab terakhir yang memaparkan dapatan, rumusan dan cadangan.

Rumusan dibuat berdasarkan kepada dapatan kajian. Isu dan masalah yang dihadapi

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur serta cadangan dibincangkan.

1.9 Definisi Operasional

Berikut disenaraikan beberapa konsep penting berdasarkan tumpuan kajian yang hendak

dilaksanakan.

1.9.1 Sosiobudaya

Sosiobudaya adalah istilah gabungan sosial dan budaya. Sosial merujuk kepada segala hal

yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan yang merangkumi aspek hubungan
77
sosial, stratifikasi sosial, interaksi sosial, budaya dan tingkah laku masyarakat. Budaya

pula merujuk kepada cara hidup78 yang merujuk kepada tingkah laku manusia, simbol,

kepercayaan, idea dan juga material atau objek yang dibuat oleh manusia.79 Aspek-aspek ini

termasuk tradisi dan kelaziman sesebuah masyarakat. Menurut Edward Burnett Tylor,80

budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, di dalamnya terkandung

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-

kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Oleh yang

demikian, budaya terbahagi kepada budaya material dan bukan material. Dalam konteks

77
Noran Fauziah Yaakub. (1987). Pengantar Sosiologi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, hlm. 35
78
Naylor , Larry L. (1996). Culture and Change: An Introduction. Westport : Greenwood Publishing Group,
hlm. 16 dan 39.
79
Rosman ,Abraham., Rubel ,Paula G., Weisgrau Maxine K. (2009). The Tapestry of Culture: An Introduction
to Cultural Anthropology. United Kongdom: Rowman Altamira, hlm. 1-2.
80
Tylor, Edward Burnett. (1871). Primitive Culture: Researches Into the Development of Mythology,
Philosophy, Religion, Art, and Custom, Volume 1.London: J. Murray, hlm. 1.
54
kajian ini, budaya bukan material diberi tumpuan. Oleh itu, maksud sosiobudaya secara

umum ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang

lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam pelbagai bidang

hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu. Dalam

konteks kajian ini aspek sosial meliputi perkembangan masyarakat dari aspek penempatan

dan pekerjaan, amalan berpersatuan, pendidikan dan kegiatan muzik manakala budaya yang

diberi fokus dalam kajian ini ialah pengamalan nama keluarga dan budaya nyayian bait.

Pada hakikatnya, amalan agama juga termasuk dalam aspek sosial namun dalam konteks

kajian ini amalan agama yang dirujuk sebagai amalan warisan sufisme komuniti ini

dibincangkan secara khusus.

1.9.2 Sufisme

Sufisme81 atau ilmu tasawuf merujuk kepada ilmu yang mengajar manusia untuk membaiki

dan membersihkan hati manusia dari sifat-sifat yang tercela agar menjadi baik serta luhur

sehingga hatinya menjadi benar dan lurus dalam menuju Allah SWT.82 Ilmu ini adalah satu

usaha untuk menguasai dimensi jasmani manusia agar tunduk kepada dimensi rohani

dengan berbagai cara, sambil bergerak menuju kesempurnaan akhlak dan meraih

pengetahuan atau makrifat tentang zat Ilahi dan kesempurnaan-Nya.83 Secara

81
Simuh. (1996). Tasawuf dan Perkembangannya dalam Islam. Jakarta: Raja Grafindo Persada, hlm. 25.
82
Musyrifah Sunanto. (2003). Asal-Usul Tasawuf serta Perkembangannya di Indonesia. Dlm H. Amsal
Baktiar. (pnyt.). Tasawuf dan Gerakan Tarekat. Bandung, Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung, hlm.
23
83
Ibrahim Hilal. (2002). Tasawuf antara Agama dan Filsafat: Sebuah Kritikan Metodologis. (Terj.) Ija.
Suntana dan E. Kusdian. Bandung: Pustaka Hidayah, hlm. 19-20.
55
keseluruhannya, ia merupakan ilmu yang menjelaskan dan menghuraikan tentang hakikat

kerohaniaan seseorang insan di sisi Allah SWT.

1.9.3 Amalan Agama

Amalan agama dalam konteks kajian ini merujuk kepada segala amalan dalam agama Islam

yang berteraskan akidah, syariah dan akhlak atau iman, Islam dan ihsan yang bersumberkan

al-Quran dan Sunnah.84 Amalan agama atau ibadat dalam Islam terbahagi kepada dua

kategori, iaitu ibadat khusus dan umum. Ibadat khusus merujuk kepada amalan yang khusus

seperti melaksanakan ibadat solat, menunaikan zakat, berpuasa, mengerjakan haji dan

seupamanya manakala ibadat umum adalah segala amalan yang tidak bercanggah dengan

syariah Islamiah seperti mencari rezeki yang halal.85

1.9.4 Amalan Warisan Sufisme

Amalan warisan sufisme adalah amalan-amalan keagamaan yang lahir daripada pengaruh

amalan yang khusus dalam sufisme atau tasawuf yang dijadikan tradisi masyarakat umum.

Warisan merujuk kepada peninggalan nenek moyang, seperti tradisi, kepercayaan atau cara

hidup, yang diamalkan oleh sesuatu kaum.86 Amalan-amalan keagamaan ini telah menjadi

amalan turun-temurun sesebuah masyarakat atau komuniti yang dipraktikan oleh orang

84
Quraish Shihab, M. (1996). Wawasan Al-Quran: Tafsir Tematik atas Pelbagai Persoalan Umat. Kuala
Lumpur: Mizan Pustaka, hlm. 496.
85
Mohd. Fadli Sulaiman. (2004). Kebahagiaan: Definisi Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications, hlm.
59-60.
86
Kamus Dewan.(2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1801.
56
kebanyakan yang mungkin mempunyai pengaruh budaya masyarakat tersebut atau

masyarakat setempat.87 Dalam konteks kajian ini amalan-amalan seperti menziarahi

keramat dan bertawassul, maulid dan kepercayaan terhadap wafaq dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim dirujuk sebagai amalan warisan sufisme.

1.10 Rumusan

Sebagai rumusan, bab ini menjelaskan perkara-perkara asas mengenai penyelidikan

ini dan bagaimana kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang

diperlukan agar kajian ini dapat dijalankan dengan lebih sistemetik. Oleh yang demikian,

bab seterusnya akan mempersembahkan secara khusus tentang asal usul pembentukan

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan proses pembentukan mereka di Pulau Pinang

sebagai latar belakang transformasi komuniti ini.

87
Mariasusai Dhavamony.(2006). Fenomena Agama. Yogyakarta : Kanisius, hlm. 21.
57
BAB 2

SEJARAH PENEMPATAN KOMUNITI TAMIL MUSLIM KADAYANALLUR

DI PULAU PINANG

2.1 Pengenalan

Bab ini akan menjurus kepada perbincangan tentang asal usul pembentukan dan

penempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Fokus perbincangan

terlebih dahulu akan memberi tumpuan kepada teori migrasi yang melibatkan aspek

penghijrahan komuniti Tamil Muslim. Memandangkan komuniti ini adalah salah satu

komposisi komuniti Tamil Muslim, aspek asal usul dan proses pembentukan komuniti Tamil

Muslim secara umum di India Selatan akan dibincangkan. Aspek yang disentuh termasuk

pembentukan identiti dan subkomuniti Tamil Muslim yang wujud di Tamil Nadu.

Seterusnya, aspek pembentukan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang secara

berperingkat akan dibincangkan khususnya Tamil Muslim Kadayanallur. Dalam mengkaji

pembentukan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur aspek-aspek berkaitan asal usul dan

pembentukan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Kadayanallur, Tamil Nadu akan

dibincangkan. Selanjutnya, penyelidik akan menumpu pada faktor-faktor yang membawa

kepada penghijrahan dan cara penghijrahan komuniti ini ke Pulau Pinang secara terperinci.

Di akhir perbincangan ini, perkembangan petempatan dan pekerjaan komuniti ini di Pulau

Pinang akan disentuh.

58
2.2 Kerangka Teori Migrasi

Sebelum membincangkan tentang komuniti Tamil Muslim termasuk Kadayanallur,

perbincangan akan menjurus kepada kerangka teori mengenai migrasi. Teori migrasi pada

dasarnya dari konteks analitikal berkait rapat dengan faktor dan cara migrasi atau

penghijrahan komuniti Tamil Muslim ke Pulau Pinang.

2.2.1 Definisi Migrasi

Migrasi atau penghijrahan merupakan semua bentuk pergerakan yang membawa

kepada perubahan tempat tinggal. Migrasi merupakan pergerakan antara kawasan secara

sementara atau tetap yang merentangi pelbagai jarak.88 Menurut Everett S.Lee,89 migrasi

didefinisikan sebagai secara meluas sebagai perubahan tempat tinggal secara tetap dan

separa tetap. Tiada perbezaan tempat yang dituju secara sukarela atau tidak dan tiada

perbezaan antara migrasi dalaman atau luaran. Asalkan terdapat pergerakan antara satu unit

ke unit yang lain dikira sebagai migrasi walaupun implikasi pergerakan-pergerakan ini

berbeza. Migran pula adalah seseorang yang berpindah dari satu unit pentadbiran ke unit

yang lain. Migran juga merujuk kepada seseorang yang bergerak dengan niat untuk

membentuk tempat tinggal yang baharu di negara atau kawasan yang lain daripada tempat

asal usulnya. Jika individu tersebut kembali ke tempat asal usulnya, beliau digelar sebagai

88
Kosinski,Laszek,A. & Prothero, Mansell,R. (pnyt.).(1974). People on Move: Studies on Internal Migration.
London: Methuen & Co. Ltd, hlm.3.
89
Lee, Everett, S. (1969). A Theory of Migration. Dlm Jackson, John Archer. (pnyt.). Migration. Cambridge:
Cambridge University Press, hlm. 282.
59
90
migran yang berulang returning migrant. Migrasi dalam jangka masa satu tahun atau

lebih kebiasaannya difahami sebagai penanda aras untuk membezakan antara pergerakan

biasa antara satu tempat ke tempat lain dan juga penghijrahan. 91 Seorang migran boleh jadi

seorang yang bergerak ke bandar-bandar dalam sebuah negara, pelarian yang menyeberangi

sempadan antarabangsa kerana melarikan diri daripada penindasan agama atau politik,

pencari pekerjaan yang bergerak ke negara lain bagi memperolehi keselesaan atau peluang

ekonomi, seorang hamba yang dipaksa untuk bergerak dan seorang yang dipindahkan

kerana malapetaka atau peperangan. Oleh yang demikian, pakar demografi tidak dapat

menentukan satu definisi operasional yang sesuai untuk konsep ini kerana ia berlaku dalam

keadaan-keadaan yang berbeza.

Migrasi merupakan fenomena yang kompleks dan salah satu penyumbang kepada

perkembangan demografi 92 dan simptom serta implikasi daripada perubahan sosial utama di

sesebuah tempat. Di kebanyakan tempat proses perindustrian mengakibatkan penghijrahan

penduduk dari kawasan pedalaman ke bandar, antara bandar dalam negara yang sama dan

antara negara dengan negara lain.93 Oleh yang demikian, migrasi terbahagi kepada dua

kategori iaitu migrasi dalaman (internal) dan antarabangsa (international).

90
Kosinski,Laszek,A. & Prothero, Mansell,R. (pnyt.). (1974). People on Move, Ibid., hlm. 4.
91
Kleinschmidt, Harald .(2003). People on the Move: Attitudes Toward and Perceptions of Migration in
Medieval and Modern Europe. California: Greenwood Publishing Group, hlm. 12.
92
Demuth, Andreas. (2000). Some Conceptional Thoughts on Migration Research. Dlm Biko Agozino
(pnyt.). Theoretical and Methodological Issues in Migration Research:Interdisciplinary, Intergenerational
and International Perspectives. Aldershot, England: Ashgate
93
Jansen, C.J. (1970). Migration: A Sociological Problem. Dlm Richmond, A.H. (pnyt.). Reading in the
Sociology of Migration. London:Pragemon Press Limited, hlm.3.
60
2.2.2 Faktor Migrasi Berasaskan Teori Migrasi

Sebagai langkah menggariskan motif dan faktor migrasi, terdapat teori-teori

yang dikembangkan mengenai migrasi sejak akhir kurun ke-17. Maka timbulah sebilangan

teori migrasi antaranya teori migrasi Ravenstein,94 Lee95 dan Todaro.96 Dalam konteks

kajian ini, teori migrasi Ravenstein, Lee dan Todaro serta konsep sirkulasi akan diberi

tumpuan kerana mempunyai perkaitan dengan faktor-faktor migrasi komuniti Tamil Muslim

ke Pulau Pinang. Teori migrasi Ravenstein dan Lee memberi penekanan kepada aspek

ekonomi sebagai faktor utama migrasi berlaku berpandukan model push-and-pull atau

faktor ‘penolak’ dan ‘penarik’.

Dari konteks teori migrasi, pada tahun 1880-an, Ravenstein mengetengahkan

konsep Law of Migration.97 Menurut beliau, sebab utama berlakunya migrasi adalah faktor

ekonomi iaitu mencari pekerjaan yang lebih baik dan faedah kewangan. Menurut teori ini

terdapat tujuh aspek mengenai migrasi. Pertama, kadar migrasi jarak dekat adalah tinggi dan

jumlah migran akan berkurangan jika jarak kawasan destinasi makin jauh. Kedua, migrasi

mempunyai tahap-tahap yang menuju ke arah pusat yang tinggi seterusnya tahap yang

lebih tinggi dalam pembangunan misalnya dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar

kemudian beralih ke kawasan bandar yang lebih besar dan kawasan yang lebih maju

sehingga ke tahap luar sempadan sesebuah negara. Ketiga, bahawa setiap gelombang

migrasi akan mewujudkan gelombang migrasi susulan. Keempat, beliau menyatakan

94
Jansen, C.J. (1970). Migration: A Sociological Problem, hlm.10-11.
95
Lee, Everett, S. (1969). A Theory of Migration, hlm. 285-290.
96
Todaro, Michael P.& Smith, Stephen C. (2006). Economic Development. United Kingdom: Pearson
Education Limited, hlm 419-420.
97
Jansen, C.J. (1970). Migration: A Sociological Problem, hlm.10-11.
61
penduduk kawasan bandar kurang cendurung untuk berhijrah berbanding dengan penduduk

di kawasan bandar. Kelima, kaum wanita adalah golongan majoriti dalam konteks migrasi

jarak dekat. Keenam, perkembangan atau perubahan teknologi termasuk perkembangan

pengangkutan adalah pemangkin kepada migrasi. Ketujuh, migrasi berlaku kerana aktiviti

dan keadaan negatif di negara asal usul atau keadaan ekonomi di tempat tersebut seperti

undang-undang yang menindas, cukai yang tinggi dan keadaan semulajadi yang tidak baik.

Menurut Kosinski,98 mekanisme migrasi dapat diterangkan berlandaskan

faktor penolak dan penarik atau push-and- pull factor. Kebanyakan individu mempunyai

tempat tinggal yang tetap. Namun, tindakan untuk berpindah ke tempat lain terjadi jika

keperluan seseorang tidak dapat dipenuhi seperti kehilangan pekerjaan, penindasan etnik,

agama dan politik, diskriminasi sosial dan budaya sesebuah masyarakat dan malapetaka

seperti banjir, kemarau, kebuluran dan sebagainya. Maklumat mengenai destinasi baharu

menarik individu yang terlibat untuk berpindah ke tempat lain yang menawarkan peluang

yang baik. Perkara ini disebut sebagai faktor penarik yang merangkumi peluang politik,

ekonomi dan sosial yang lebih baik dan selesa.

Sebenarnya teori ini adalah berlandaskan faktor migrasi yang ditegaskan

sebelum Kosinski oleh D.J. Bogue99 dan P.George100 yang turut mendokong teori penarik

dan penolak. Beliau menegaskan migrasi yang berlaku kerana faktor penolak yang kuat

seperti malapetaka, kebuluran, kemarau dan kehabisan sumber mempunyai pilihan yang

sedikit untuk membuat keputusan untuk tidak berhijrah. George menyatakan bahawa sebab
98
Kosinski,Laszek,A. & Prothero, Mansell,R. (pnyt.). (1974). People on Move, Ibid., hlm. 4
99
Jansen, C.J. (1970). Migration: A Sociological Problem., hlm.12.
100
George, P. (1970). Types of Migration of the Population According to the Professional and Social
Composition of Migrants. Dlm Richmond, A.H. (pnyt.). Reading in the Sociology of Migration. London:
Pragemon Press Limited, hlm.39-48.
62
berlakunya penghijrahan adalah kerana keperluan atau kewajipan politik dan agama serta

desakan ekonomi di tempat asal usul yang disusuli dengan keperluan pekerja di tempat

yang dituju.101

Sejajar dengan pandangan D.J. Bogue dan P. George, Everett S.Lee turut meletakkan

faktor ekonomi sebagai sebab utama migrasi berasaskan teori faktor penolak dan penarik.102

Beliau menyatakan bahawa terdapat empat faktor yang menyebabkan orang mengambil

keputusan untuk melakukan migrasi. Antaranya faktor-faktor berkaitan dengan tempat asal

usul (faktor penolak), faktor yang berkaitan dengan destinasi atau tempat yang dituju (faktor

penarik), rintangan-rintangan yang muncul dan faktor-faktor peribadi.103 Faktor penolak

termasuk konflik antarabangsa, koflik ketenteraan, penindasan pemerintah, migrasi paksaan,

diskriminasi terhadap golongan minoriti, penafian hak asasi manusia, keganasan,

kemiskinan, kebuluran, pengangguran dan malapetaka. Faktor-faktor penarik pula termasuk

jaminan sistem upahan minimum, pasaran buruh dengan gaji yang tinggi, kemudahan

pendidikan dan mendapatkan pekerjaan, keadaan ekonomi yang membangun, kewujudan

kaum keluarga di destinasi dan peluang untuk memajukan diri. Dalam konteks kaum

kerabat, jika seseorang individu mempunyai kaum kerabat dan keluarga di negara lain

mereka mungkin akan mempertimbangkan keputusan untuk berhijrah dan keputusan dalam

pemilihan tempat.

Pada dasarnya, Lee mengembangkan teori Ravenstein yang memberi tumpuan

yang lebih kepada volum atau kuantiti arus migrasi dan sifat-sifat migarsi yang berlaku.

101
Ibid.,hlm. 39-40.
102
Lee, Everett, S. (1969). A Theory of Migration, hlm. 285-290.
103
Ibid., hlm. 285.
63
Beliau menyatakan volum migrasi dari suatu tempat berubah bersama dengan kewujudan

pelbagai aspek di kawasan yang dituju. Volum migrasi berubah berdasarkan kondusi migran

sebelum ini dan perubahan keadaan luaran tempat tersebut. Volum migrasi bergantung

kepada situasi ekonomi yang mempunyai kecenderungan untuk berkembang dalam jangka

masa yang lama.104 Akhirnya, Lee menyatakan bahawa volum migrasi bergantung kepada

tahap pembangunan sesebuah negara dan kawasan yang akan didiami oleh golongan migran

ini. Kewujudan dan perkembangan gelombang migrasi susulan bergantung kepada efisensi

dan keadaan positif migran di tempat baharu berbanding dengan nilai negatif di tempat asal

usul. Sebaliknya beliau menegaskan bahawa arus migrasi akan berkurangan jika keadaan

destinasi dan tempat asal usul adalah sama. Beliau menyatakan bahawa tahap gelombang

migrasi bergantung kepada keadaan ekonomi destinasi, tahapnya tinggi semasa berlaku

peningkatan ekonomi sebaliknya rendah dalam keadaan ekonomi merudum. 105

Dalam mengulas sifat-sifat migran, Lee menyatakan bahawa mereka agak

selektif. Migran akan memikirkan tentang faktor-faktor positif atau faktor penarik destinasi

dan faktor-faktor negatif atau faktor penolak tempat asal usul. Hal ini termasuk sifat-sifat

migran bergantung kepada sifat masyarakat tempat asal usul dan destinasi yang dituju.

Menurut Lee berdasarkan Rajah 2.1, terdapat faktor positif (+), faktor negatif (-), faktor

neutral (o) di daerah asal dan destinasi tujuan. Faktor positif adalah faktor yang

memberikan keuntungan apabila bertempat tinggal di daerah tersebut. Faktor negatif adalah

faktor yang memberikan nilai negatif pada daerah tersebut yang menjadikan alasan untuk

pergi dari daerah tresebut. Sedangkan yang dimaksud faktor neutral adalah faktor yang ada

104
Ibid., hlm. 285-287.
105
Ibid.
64
pada daerah asal dan destinasi yang tidak mempengaruhi individu untuk berada di daerah

tersebut. Berdasarkan teori migrasi Lee, faktor terpenting setiap individu dalam melakukan

migrasi adalah faktor individu itu sendiri, faktor individu memberikan penilaian apakah

suatu daerah dapat memenuhi keperluannya atau tidak. Rintangan antaranya adalah kos

migrasi yang tinggi, topografi daerah atau kawasan destinasi dan juga kemudahan

pengangkutan.

Selanjutnya, Michael P. Todaro 106 menyatakan migrasi merupakan suatu proses yang

sangat selektif mempengaruhi setiap individu dengan ciri-ciri ekonomi, sosial, pendidikan

dan demografi tertentu, maka pengaruhnya terhadap faktor-faktor ekonomi dan bukan

ekonomi bergantung kepada situasi dan keperluan individu atau migran. Kepelbagaian

keperluan tersebut tidak hanya terdapat pada arus migrasi antara wilayah pada negara yang

sama, tetapi juga pada migrasi antara negara. Selain faktor ekonomi, terdapat empat faktor

bukan ekonomi yang mempengaruhi keinginan seseorang melakukan migrasi. Antaranya

ialah pertama, faktor sosial, termasuk keinginan para migrant untuk melepaskan diri

daripada unsur-unsur tradisional yang terkandung dalam organisasi-organisasi sosial yang

mengongkong mereka. Kedua, faktor semulajadi, termasuk pengaruh iklim dan bencana

alam, seperti banjir dan kemarau. Ketiga, faktor demografi, termasuk penurunan tahap

kematian dan kadar pertumbuhan penduduk suatu tempat. Keempat, faktor budaya,

termasuk pembinaan kelestarian hubungan keluarga besar yang berada pada tempat tujuan

migrasi. Kelima, faktor komunikasi, termasuk kualiti seluruh kemudahan pengangkutan,

106
Todaro, Michael P.& Smith, Stephen C. (2006). Economic Development, hlm. 419-420.
65
sistem pendidikan berasaskan trend urbanisasi dan elemen-elemen modernisasi yang

ditimbulkan oleh media massa.

Rajah 2.1
Faktor-Faktor yang Terdapat di Kawasan Asal Usul dan Kawasan
Destinasi serta Rintangan yang Muncul Berdasarkan Teori Push-and-
Pull

Sumber: Lee, Everett, S. (1969). A Theory of Migration. Dlm Jackson, John


Archer.(pnyt.). Migration. Cambridge: Cambridge University Press, hlm. 287.

Migrasi adalah perubahan tempat tinggal secara tetap atau separa tetap dari satu

lokasi ke satu lagi.107 Perubahan separa tetap adalah merujuk kepada sirkulasi.108 Istilah

sirkulasi adalah pertukaran antara individu dan kumpulan kecil antara tempat asal usul

dengan destinasi baru dan ia bersifat jangka masa pendek, berulang-ulang. Dalam sirkulasi

107
Lee, Everett, S. (1969). A Theory of Migration, hlm. 282.
108
Istilah sirkulasi juga dirujuk sebagai migaris berulang, migrasi sikulasi, migrasi buruh upahan, mobiliti
bermusim dan pergerakan pelayar. Chapman, Murray & Prothero, Mansell, R. (1985). Themes on
Circulation in the Third World. Dlm Prothero, Mansell, R. & Chapman, Murray (pnyt.). Circulation in
Third World Countries. London: Routledge & Kegan Paul, hlm. 1.
66
migran tiada hasrat untuk tinggal atau berubah secara tetap di tempat baharu.109 Sirkulasi

berlaku berikutan berlakunya perubahan atau modernisasi, iaitu sirkulasi dalam konteks

bidang sosial dan rangkaian sosial iaitu pautan kepada kewajipan terhadap kampung

halaman serta salah satu cara untk meningkatkan kebajikan keluarga dan mengelakkan

risiko. Terdapat tiga sebab berlakunya sirkulasi berulang atau berterusan. Pertama, ia

membenarkan integrasi dengan tempat lain dan keadaan baharu. Kedua, ia berpunca

daripada ketidakstabilan aspek sosioekonomi tempat asal usul dan ketiga, ia melibatkan

pertukaran buruh antara satu bentuk produksi dengan yang lain.110

Dalam konteks komuniti Tamil termasuk Tamil Muslim, pergerakan secara sirkulasi

disaksikan melalui kegiatan perdagangan secara berterusan dari Tamil Nadu, India dengan

kawasan-kawasan baharu di luar India termasuk Tanah Melayu.111 Selain itu, migrasi

komuniti Tamil Muslim ke Pulau Pinang juga berlaku atas faktor ekonomi, peluang

pekerjaan dan hubungan kekerabatan sejajar dengan teori migrasi yang dibincangkan di atas.

Perbincangan secara terperinci berdasarkan bukti sejarah mengenai isu migrasi ini akan

diolah kemudian dalam bab ini. Dalam perbincangan seterusnya, asal usul komuniti Tamil

Muslim akan disentuh.

109
Ibid.
110
Ibid., hlm. 1-3.
111
Stein, Burton. (1977). Circulation and the Historical Geography of Tamil Country. Journal of Asian
Studies. 37 (1), hlm. 9.
67
2.3 Asal Usul Tamil Muslim

Tamil Muslim merujuk kepada komuniti Islam yang bertutur dalam bahasa Tamil
112
dan berasal dari Tamil Nadu, India Selatan. Komuniti Tamil Muslim pada peringkat

awal terbentuk dan tinggal di bandar pesisir Pantai Koromandel, India Selatan. Islam

berkembang di India Selatan lebih awal sebelum siri ekspedisi perluasan kuasa dan

penyebaran Islam dari Asia Tengah di India Utara melalui jalan darat. Proses ini membawa

kepada kemunculan Kesultanan Islam Delhi yang diikuti oleh Kesultanan Mughal di

India Utara. Dalam konteks India Selatan, Islam tersebar secara perlahan dan kompleks

dalam jangka masa berbeza. Islam mula berkembang di kawasan pantai India Selatan

khususnya di kawasan Pantai Malabar dan Koromandel seawal kurun ke-8 dan kurun ke-9.

Kemudian Islam menyusup ke kawasan pedalaman secara berperingkat pada kurun ke-13

dan kurun ke-14.113 Proses penyebaran Islam ini membawa kepada pembentukan komuniti

Tamil Muslim di India Selatan.

Pada dasarnya, faktor perdagangan dan perkahwinan berperanan sebagai elemen

utama dalam proses penyebaran Islam dan mewujudkan masyarakat Islam yang baru di

India Selatan. Dalam konteks perkembangan rangkaian perdagangan dan aktiviti maritim,

pedagang dan pelayar Arab Islam memulakan penempatan mereka sepanjang Pantai
114
Koromandel yang melibatkan kawasan Kalayapatnam, Karaikal dan Cuddalore seawal

kurun ke-8.115 Di kawasan-kawasan ini, berlaku perkahwinan antara pedagang Arab dengan

112
Tamil Nadu bermaksud negara Tamil yang terletak di bahagian tenggara India. More , J.B. (2004).
Muslim Identity, hlm. 1.
113
Bayly, Susan. (1989). Saints, Goddesses and Kings: Muslims and Christian in South Indian Society
1700-1900. United Kingdom: Cambridge University Press, hlm. 86.
114
Arasaratnam, S. (1989). Islamic Merchant Communities, hlm. 3.
115
Raja Mohamad. (2004). Maritime History of the Coromandel Muslims: A Socio-Historical Study on the
68
komuniti Tamil tempatan yang mewujudkan komuniti Indo-Arab yang dikenali sebagai

Marakayyar, Rawthar, Labbai. Selain itu, perkahwinan juga berlaku di antara Tamil

Muslim bukan berketurunan Arab dengan masyarakat tempatan. Kebanyakan petempatan

yang padat dengan penduduk Islam terletak di bandar-bandar pelabuhan Thanjavur,

Ramanathapuram dan Tirunelveli serta kawasan-kawasan seperti Pulicat, Nagapattinam,116

Kilakkarai dan Kayalpattanam.117

Jika dilihat daripada aspek pegangan mazhab, proses penyebaran Islam di India

menjadi faktor penganutan dan pengamalan mazhab yang berbeza dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim. Komuniti Tamil Muslim yang menerima Islam melalui jalan laut menerusi

pedagang dan pendakwah Arab mengamalkan mazhab Syafie. Sebaliknya, komuniti Tamil

Muslim yang menerima Islam melalui jalan darat termasuk ekspedisi ketenteraan dan

perluasan kuasa dari arah Iraq dan Utara India kebiasaannya menganut mazhab Hanafi.118

Oleh yang demikian, komuniti Tamil Muslim yang menetap di kawasan Pantai Koromandel

dan Pantai Malabar mengamalkan mazhab Syafie. Hal ini melibatkan komuniti Tamil

Muslim Marakkayar yang berpengaruh dan bergiat aktif dalam perdagangan.119 Seterusnya,

Tamil Muslim 1750-1900. Chennai:Director of Museums, Government Museum, hlm. 58.


116
Pelabuhan Nagapattinam juga disebut sebagai Nagapatnam dan Negapatnam. Raja Mohamad. (2004).
Maritime History, hlm. 58. Lihat juga Sandhu,Kernial Singh.(1969). Indians in Malaya, hlm. 118.
117
Ibid.
118
D’Souza, Victor S. (1973). Status Groups among the Moplahs on the South-West Coast of India. Dlm
Imtiaz Ahmad (pnyt.).Caste and Social Stratification Among the Muslims. Delhi: Manohar Book Service,
hlm. 45.
119
Selain daripada komuniti Tamil Muslim Marakkayar, komuniti Muslim Moplah di Pantai Malabar juga
bermazhab Syafie akibat penerimaan Islam melalui para pedagang Arab. Ibid.
69
komuniti Tamil Muslim yang mengamalkan mazhab Hanafi melibatkan komuniti Labbai,

Rawthar dan Tamil Muslim lain di India Selatan.120

Dari segi budaya dan gaya hidup, komuniti Tamil Muslim bertutur dalam bahasa

Tamil dan mengintegrasikan diri mereka dengan persekitaran sosiobudaya masyarakat

Tamil Hindu yang dominan di Tamil Nadu, India Selatan. Budaya Tamil merupakan

budaya komuniti Tamil Muslim sama seperti komuniti Tamil yang beragama Hindu.121

Oleh yang demikian, komuniti ini tidak menganggap diri mereka terasing daripada Tamil

Nadu kerana faktor agama semata-mata. Sebaliknya, mereka wujud sebagai komuniti

Muslim yang diiktiraf oleh masyarakat Tamil Hindu berasaskan identiti Islam yang unik.122

Pada hakikatnya, komuniti Tamil Muslim mengekalkan identiti keIslaman mereka mengikut

asas Islam dan prinsip-prinsip syarak. Identiti ini bukan sahaja dipelihara di India Selatan

malah telah menjangkau ke kawasan luar India khususnya Asia Tenggara melalui hubungan

perdagangan dan penghijrahan. Rentetan itu, komuniti Tamil Muslim mempunyai identiti

mereka tersendiri dan gelaran tertentu di India Selatan dan di Asia Tenggara.

2.4 Gelaran Komuniti Tamil Muslim

Dari konteks identiti, komuniti Tamil Muslim dikenali dengan gelaran-gelaran

khusus sejak kedatangan Islam ke India pada kurun ke-8. Gelaran-gelaran seperti Yavana,

Sonakar, Thulukkar dan Anjuvanam ditujukan kepada komuniti Tamil Muslim dan gelaran-
120
Mines, Mattison. (1973). Status Groups among the Moplahs on the South-West Coast of India. Dlm
Imtiaz Ahmad (pnyt.). Caste and social stratification among the Muslims.Delhi: Manohar Book Service,
hlm. 63.
121
Mines, Mattison. (1972). Muslim Merchants:The Economic Behaviour of an Indian Muslim Community.
New Delhi: Shri Ram Centre for Industrial Relations and Human Resources, hlm. 11.
122
Raja Mohamad. (2004). Maritime History, hlm. 59.
70
gelaran ini berubah-ubah mengikut peredaran masa daripada perspektif masyarakat di Tamil

Nadu, India Selatan.123 Pada masa yang sama, gelaran-gelaran berorientasikan pengaruh

luar India seperti Chulia, Keling dan Mamak dipraktikkan mengikut perspektif Barat124 dan

masyarakat di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Dalam perbincangan ini, perincian setiap

gelaran ini akan diolah.

2.4.1 Yavana, Sonakar, Anjuvanam dan Thulukkar

Komuniti Tamil Muslim pernah digelar sebagai Yavana pada peringkat awal

kedatangan Islam di India Selatan oleh masyarakat bukan Islam. Pada asalnya istilah

Yavana dirujuk kepada orang Greek dan Rom, kemudian ditujukan kepada orang asing

termasuk pedagang, askar dan artisan berketurunan Arab, Parsi dan Yahudi.125 Dalam era

Tamil pertengahan dan moden, orang Arab atau Muslim sahaja dirujuk sebagai Yavana.126

Walau bagaimanapun, lama kelamaan dan mengikut peredaran masa komuniti Muslim yang

lahir di India, diintegrasikan dengan konteks masyarakat tempatan dan dipengaruhi

kebudayaan Tamil. Oleh itu, penggunaan perkataan Yavana tidak lagi digunakan bagi

merujuk komuniti Tamil Muslim sebaliknya digelar sebagai Sonakar atau Jonakan.127

Penggunaan nama Sonakar masih diamalkan kini dalam kalangan Tamil Muslim di Pantai

Koromandel yang merujuk kepada meraka yang terlibat dalam bidang perikanan dan

kelautan. Kegiatan ekonomi komuniti Tamil Muslim awal yang tingal di bandar-bandar

123
Ibid., hlm. 61.
124
Dalam penulisan sejarah Asia Tenggara oleh Barat pada kurun ke-18, Tamil Muslim dirujuk secara
kolektif sebagai Chulia selain daripada istilah Kling (Keling) dan Moor. Arasaratnam, S.(1989). Islamic
Merchant Communities, hlm. 17.
125
More, J.B.(2004). Muslim Identity, hlm. 4.
126
Ibid.
127
Ibid.
71
pelabuhan di India Selatan turut berperanan sebagai elemen identiti dan gelaran terhadap

mereka. Para pedagang Tamil Muslim menubuhkan persatuan perdagangan untuk

memenuhi keperluan aktiviti perdagangan dan sempena itu, mereka digelar sebagai

Anjuvanam yang merujuk kepada kesatuan sekerja saudagar Muslim.128

Salah satu istilah terkenal yang merujuk kepada komuniti Tamil Muslim adalah

Thulukkar. Perkataan Thulukkar adalah intonasi bahasa Tamil yang merujuk kepada

individu yang berasal dari Turki atau orang Turki. Perkaitan dan pengaruh Turki muncul di

India Selatan berikutan pemerintahan Kesultanan Turki di Madurai selama 55 tahun pada

kurun ke-14.129 Walaupun Tamil Muslim tiada kaitan dengan orang Turki, mereka juga

digelar sebagai Thulukkar. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor persamaan agama iaitu

Islam antara pemerintah dengan rakyat Tamil yang beragama Islam.130 Dalam konteks

masyarakat India yang beragama Hindu di Malaysia, perkataan Tulukkar turut digunakan

dalam kalangan mereka untuk merujuk kepada anggota komuniti Tamil Muslim sehingga

kini.

2.4.2 Chulia, Keling dan Mamak

Dalam penulisan sejarah Asia Tenggara oleh Barat pada kurun ke-18, berdasarkan

rekod perdagangan Belanda dan British, Tamil Muslim dirujuk secara kolektif sebagai

128
Raja Mohamad. (2004). Maritime History, hlm. 71.
129
Kesultanan Madurai telah memerintah kawasan Koromandel dari tahun 1323 sehingga 1378 Masihi
merupakan golongan ketua panglima tentera dari kesultanan Delhi. Kesultanan Madurai pada kurun ke-
14, dipanggil Thulukkaniam dan Thulukkavanam. Tempat atau penempatan Thulukkar dinamakan
sebagai Thulukkanam. Ibid., hlm. 54 dan 72.
130
More, J.B. (2004). Muslim Identity, hlm. 13.
72
Chulia.131 Istilah Chulia asalnya diambil sempena nama kerajaan dan kawasan

pemerintahan kerajaan Chola. Sejak zaman kegemilangan kerajaan Chola pada kurun ke-11,

komuniti Tamil Muslim mula berkembang di India Selatan. Atas sandaran keadaan ini,

Tamil Muslim dikenali sebagai Chulia.132 Namun begitu, istilah Chulia bukan satu istilah

eksklusif yang menjurus kepada Tamil Muslim semata-mata tetapi ia juga merujuk kepada

kepada semua orang Tamil tanpa mengira kasta dan agama yang berasal dari Pantai

Koromandel, India Selatan. Walau bagaimanapun, dominasi pedagang Tamil Muslim

dalam aspek perdagangan luar antara India Selatan dan Asia Tenggara memperkukuhkan

pengaplikasian istilah Chulia secara dominan kepada komuniti Tamil Muslim.133

Dalam konteks Asia Tenggara khususnya Malaysia, komuniti Tamil Muslim juga

digelar sebagai Keling. Istilah Keling diambil daripada perkataan Melayu untuk melabel

komuniti India Selatan secara umum.134 Dalam Sejarah Melayu, istilah Keling merujuk

kepada saudagar atau orang yang berasal dari India Selatan.135 Perkataan Keling digunakan

oleh masyarakat Melayu Melaka untuk merujuk kepada komuniti Muslim dan Hindu dari

131
Pada hakikatnya mengikut intonasi yang sama komuniti Tamil Muslim juga dirujuk sebagai Cholia atau
Choliar secara umum. Hampir semua pelayar dan perantau Barat khususnya British pada zaman
pertengahan dan moden India memanggil komuniti Tamil Muslim sebagai Chuliar atau Choliar.Choliar
juga ditulis sebagai Chooliar. Campbell, L. D., Samuel , E. (pnyt.). (1801). The Asiatic Annual Register:
A View of the History of Hindustan and of the Politics, Commerce, and Literature of Asia for the Year
1799. London: J. Debrett, Piccadilly, hlm. 16,17 dan 118. Lihat juga. Cullin, E.G & Zehnder, W.F.(1905).
The Early History of Penang, hlm. 4-9.
132
Wink, Andre. (1991). Al Hind: The Making of the Indo-Islamic World, Volume 1, Early Medieval India
and Expansion of Islam 7th -11th Centuries. 2nd ed. Leiden: E.J.Brill, hlm. 78. Chulia juga
diidentifikasikan dan dirujuk kepada golongan pedagang Tamil Muslim Marakkayar sedangkan mereka
hanya salah satu kelompok dalam komuniti Tamil Muslim.Sanjay Subramaniam .(2001). Penumbral
Visions: Making Polities in Early Modern South India. Delhi: Oxford University Press, hlm. 95.
133
Raja Mohamad. (2004). Maritime History,hlm. 71.
134
Dalam bahasa Inggeris, Keling dieja sebagai Kling begitu juga rekod-rekod Inggeris dan Portugis turut
mencatatkan perkataan Kling. Dalam konteks kajian ini, ejaan Keling mengikut bahasa Melayu dan
orientasi Malaysia digunakan. Fujimoto, Helen. (1988). The South Indian Muslim Community, hlm. 9.
135
Ibid.
73
India Selatan yang digelar orang Melayu sebagai Benua Keling.136 dan Tanah Keling.137 Hal

ini dapat dilihat daripada petikan Sejarah Melayu seperti berikut:

“ Hatta maka Sultan Mahmud pun hendak menyuruh ke benua Keling membeli kain
serasah empat puluh bagai….Maka Hang Nadim dititah baginda ke benua Keling
membeli kain itu…Maka Hang Nadim pergilah naik kapal Hang Isap…”138

Perkataan Keling berasal daripada perkataan yang merujuk kepada kerajaan Buddha

bernama Kalinga dan berada di kawasan penutur bahasa Tamil di India Selatan.139 Perkataan

benua Keling dan Kalinga disebut secara meluas dalam teks-teks Sejarah Melayu yang

merujuk kepada India Selatan.140 Pelabelan komuniti India Selatan sebagai orang Keling

yang juga disebut sebagai orang Kalinga bukan sahaja melibatkan masyarakat Melayu tetapi

masyarakat di Kepulauan Melayu. Hal ini adalah berdasarkan bukti ketibaan orang-orang

Kalinga di Jawa Tengah yang dijelaskan dalam buku New History of T’ang Dynasty (618-

906M).141 Ketibaan orang Kalinga telah membentuk sebuah kerajaan yang bernama Ho-ling

di Jawa Tengah pada tahun 674 Masihi. Menurut catatan China istilah Ho-ling adalah

sebutan dalam bahasa China terhadap perkataan Kalinga. Berdasarkan bukti batu bersurat,

orang dari kebanyakan kawasan dari India Selatan dikenali sebagai Ho-ling iaitu Kalinga.

Hal ini menunjukkan orang-orang Kalinga merupakan komuniti dominan dalam kalangan

orang India sama ada sebagai penduduk atau pedagang di Jawa Tengah. Walaupun pada

136
Andaya,B.W. and Andaya, Leornard. Y. (1982). A History of Malaysia. Hong Kong: Macmillan
Press,hlm. 21. Lihat juga Muhammad Yusoff Hashim.(1990). Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 247.
137
Hamzah Hamdani. (2007). Hikayat Abdullah. Batu Caves, Selangor: PTS Publications & Distributors,
hlm. 4.
138
Shellabear, W.G. (1977). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti, hlm. 163.
139
Khoo Salma Nasution.(2009). The Tamil Muslim in Early Penang, hlm. 98.
140
Brown, C.C. (1970). Sejarah Melayu or Malay Annals. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 6-
12.
141
Sarkar, H.B. (1986). Trade and Commercial Activities of Southern India in the Malayo-Indonesian World
(up to A.D. 1511).Vol 1. Calcutta. Firm Klm Private Limited, hlm. 71.
74
asalnya istilah Kalinga merujuk atau diaplikasikan kepada orang dari kawasan Kalinga

sahaja namun secara beransur-ansur ia menjadi istilah yang dipanjangkan penggunaannya

kepada komuniti Tamil, dari India Selatan.142

Penggunaan ini berlangsung sehingga penguasaan perdagangan Hindu diambil alih

oleh pedagang Tamil Muslim dari India Selatan.143 Namun, ketika pemerintahan Portugis di

Melaka pada kurun ke-16, istilah Keling digunakan untuk merujuk komuniti Hindu

kemungkinan kerana kurangnya komuniti pedagang Tamil Muslim di pelabuhan Melaka

berbanding sebelumnya.144 Dalam kebanyakan konteks istilah ini merujuk kepada

golongan Tamil termasuk Tamil Muslim. Pada dasarnya, Keling bukan satu istilah esklusif

untuk golongan Tamil sahaja tetapi merangkumi komuniti lain seperti komunti yang

bertutur bahasa Telegu dan Malayalam. Namun, penggunaan perkataan Keling terhadap

Tamil Muslim lebih meluas. Jadi, istilah Keling dan Chulia mempunyai maksud yang sama

iaitu merujuk kepada masyarakat yang berasal dari Pantai Koromandel secara umum tanpa

mengira agama dan latar belakang.

Dalam konteks Malaysia, istilah Keling digunakan dengan perspektif yang berbeza

mengikut negeri. Di Pulau Pinang istilah Keling merujuk secara eksklusif kepada komuniti

Indian Muslim khususnya Tamil Muslim manakala di luar Pulau Pinang perkataan Keling

merujuk kepada komuniti India Hindu.145 Walau bagaimanapun perkataan Keling dianggap

142
Ibid.
143
Fujimoto, Helen (1988). The South Indian Muslim Community, hlm. 9.
144
McPherson McPherson, Kenneth.(1990). Chulias and Kelings: Indigenous Trade Diasporas and
Penetration of the Indian Ocean Littoral. Dlm Trade and Politics in the Indian Ocean Historical and
Contemporary Perspectives, disunting Giorgio Borsa. Delhi: Manohar, hlm. 44.
145
Halimah Mohd Said & Zainab Abdul Majid.(2004). Images of the Jawi Peranakan, hlm. 18.
75
mempunyai nilai yang negatif di Tanah Melayu menjelang awal kurun ke-20.146 Barangkali

nilai ini dikaitkan dengan kedatangan buruh-buruh dari India Selatan yang dibawa British

untuk bekerja di ladang-ladang getah. Tahap status sosioekonomi yang rendah para buruh

ini telah memberi nilai negatif terhadap perkataan Keling. Keadaan ini berbeza dengan nilai

dan fungsi perkataan Keling sejak prazaman Kesultanan Melayu Melaka seperti yang

dibincangkan sebelum ini yang berperanan sebagai identiti tempat asal usul komuniti

Tamil dan tidak menunjukkan nilai-nilai negatif. Faktor lain ketiadaan nilai negatif terhadap

istilah ini mungkin disebabkan status sosioekonomi komuniti Tamil Muslim sebagai

golongan pedagang.

Seterusnya, gelaran yang popular terhadap komuniti Tamil Muslim adalah mamak.

Istilah mamak merujuk kepada lelaki India Muslim dan orang Melayu berketurunan India

Muslim.147 Dalam konteks sejarah Malaysia, berkurun lamanya, anggota komuniti India

Muslim khususnya Tamil Muslim memainkan peranan sebagai menteri dan juga bendahara

di negeri-negeri Melayu di bawah Sultan. Selain daripada itu, Tamil Muslim yang kaya

mengahwinkan anak perempuan mereka dengan kaum kerabat sultan dan digelar dalam

istilah Melayu sebagai mamak Bendahara atau mamak Menteri.148 Dalam Kesultanan

Melayu Melaka, istilah mamak digunakan untuk merujuk kepada bendahara Melaka yang

berketurunan Tamil Muslim dan digelar sebagai mamak Bendahara. Jika diteliti teks-teks

dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, gelaran mamak Bendahara muncul dalam

146
Khoo Salma. (2009). The Early Tamil Muslim, hlm. 114.
147
Halimah Mohd Said & Zainab Abdul Majid. (2004). Images of the Jawi Peranakan, hlm.17.
148
A.Bakar Hamid. (1983). Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah:Siri Kajian Sastera DBP.
Kementerian Pelajaran Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 106.
76
dialog antara sultan dan bendahara di beberapa tempat. Antaranya adalah seperti berikut

yang dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:

“Satelah baginda mendengar sembah Pateh Kerma Wijaya itu, maka titah baginda pada
Bendahara Paduka Raja, “Ya mamak Bendahara, berilah tempat Pateh Kerma Wijya ini
hampir dengan kampong mamak.” Maka sembah Bendahara,”Daulat tuanku.” 149

Dalam konteks bahasa, istilah mamak berasal daripada perkataan bahasa Tamil iaitu

mama yang bermaksud bapa saudara sebelah ibu atau pakcik.150 Istilah mama juga merujuk

kepada suami mak saudara belah bapa, bapa mertua dan panggilan hormat mereka yang

lebih tua dan tidak dikenali semasa berurusan.151 Perkataan mamak digunakan secara meluas

oleh orang tempatan kerana kecenderungan penutur bahasa Tamil dalam kalangan komuniti

India Muslim menggunakan perkataan mama. Apabila perkataan ini diserap masuk ke dalam

bahasa Melayu ia disesuaikan dengan cara penutur tempatan menyebutnya. Daripada istilah

asalnya mama bertukar kepada mamak.152 Meskipun ia disebut dengan cara tempatan

maksudnya tetap sama sebagai istilah hormat. Bagi sesetengah India Muslim panggilan

mamak dianggap merendah-rendahkan komuniti India Muslim dan label yang tidak elok

digunakan. Ini berpunca daripada sikap penutur tempatan yang memberi gambaran

perkataan mamak sebagai perkataan yang membawa maksud India Muslim sebagai kelas

kedua dalam masyarakat. Ini dapat dilihat apabila perkataan ini digunakan dalam pertuturan

seharian yang berunsur jenaka dan mempersenda. Selain daripada gelaran-gelaran yang

149
Shellabear.W.G. (1963). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 63.
150
Halimah Mohd Said. (2004). Images of the Jawi Peranakan, hlm. 17.
151
New English-English-Tamil Dictionary.( 2006).First Edition. Chennai :Sura Books, hlm. 212.
Lihat juga Muhamad Faizal Sharbudin & Zamri Muhamad.(2008). Rahsia Bisnes Mamak. Selangor:
PTS Professional Publishing Sdn Bhd., hlm.5.
152
Faizal Sharbudin & Zamri Muhamad.(2008).Rahsia Bisnes Mamak, hlm. 55.
77
dibincangkan, komuniti Tamil Muslim terbahagi kepada beberapa subkomuniti berasaskan

pekerjaan dan tempat asal usul. Perbincangan seterusnya akan menyentuh secara terperinci

mengenai aspek ini.

2.5 Subkomuniti dan Orientasi Identiti Komuniti Tamil Muslim di Tamil Nadu

Pada dasarnya, komuniti Tamil Muslim di Tamil Nadu terbahagi kepada tiga

kelompok atau subkomuniti utama iaitu Marakkayar, Rawthar dan Labbai.153 Pembentukan

kelompok dalam komuniti Tamil Muslim tidak mempunyai pengaruh agama dan

kepercayaan seperti komuniti Tamil Hindu. Golongan ini tidak disusun mengikut hierarki

seperti konsep sistem kasta dalam agama Hindu yang diamalkan oleh komuniti Hindu.

Menurut Raja Mohamed, nama subkomuniti Tamil Muslim merupakan gelaran

berorientasikan pekerjaan dan tidak wujud unsur-unsur halangan berkaitan agama dari aspek

perkahwinan dan pergaulan antara mereka. Perbezaan antara mereka hanya pegangan

mazhab. Komuniti Marakkayar mengamalkan mazhab Syafie manakala Labbai dan

Rawthar berpegang dengan mazhab Hanafi. Namun, agak sukar untuk membezakan satu

sama lain kerana mereka bercampur aduk dan menganut agama Islam.154 Walau

bagaimanapun, setiap subkomuniti berbeza dari segi status sosioekonomi berdasarkan faktor

tahap pencapaian ekonomi dan pekerjaan. Namun, tidak terdapat unsur halangan dari segi

mobiliti sosial seperti yang dipraktikkan dalam sistem kasta komuniti Hindu.

153
Menurut Mines pula komuniti Tamil Muslim terbahagi kepada empat subkomuniti yang utama iaitu
Rawthar, Marakkayar, Labbai dan Kayalar. Namun, Raja Mohamed mempertikaikan pembahagian
Mines yang merangkumkan Kayalar dalam senarai ini. Beliau menegaskan bahawa Kayalar termasuk
dalam kategori subkomuniti Marakkayar yang berhijrah dari daerah Kayalapattanam. Ibid., hlm. 71-72.
Lihat juga Mines, Mattison.(1972).Muslim Merchants, hlm. 23.
154
Raja Mohamad.(2004). Maritime History, hlm. 72.
78
Golongan Marakkayar adalah kelompok komuniti Tamil Muslim yang berdarah

keturunan Arab atau Indo-Arab. Istilah Marakkayar ditulis dalam pelbagai bentuk termasuk

Maraikkayar, Marikkayar, Mariccan, Marikkar dan Marakkar.155 Sebahagian besar

daripada golongan Marakkayar ini terlibat dalam bidang pelayaran dan aktiviti maritim

tempatan dan antarabangsa. Mereka juga muncul sebagai komuniti yang dominan di bandar-

bandar pelabuhan pesisir Pantai Koromandel dari segi populasi dan sosioekonomi

berbanding golongan Labbai dan Rawthar.156 Dalam konteks Malaysia, istilah Marakkayar

mengalami transisi sehingga disebut sebagai Merican atau Marikan akibat pengaruh bahasa

Inggeris dan bahasa Melayu dalam pengistilahan dan penamaan serta proses asmilasi dan

perkahwinan golongan pedagang Marakkayar dengan wanita-wanita tempatan. Akibatnya,

berlaku pembentukan kaum Jawi Peranakan yang masih mengekalkan identiti keturunan

Marakkayar melalui penggunaan istilah Merican dengan nama mereka di Pulau Pinang.157

Subkomuniti Tamil Muslim yang kedua ialah Labbai158 yang mempunyai sedikit campuran

darah Arab dan penganut agama Islam dalam kalangan komuniti Tamil tempatan. Pada

dasarnya, golongan Labbai merupakan pedagang yang mahir lazimnya digelar oleh kuasa

Barat sebagai merchant of Mohamedans atau saudagar Islam. Selain itu, mereka juga

berperanan sebagai nelayan, pembuat kapal, anak-anak kapal, pedagang produk marin,

penyelam yang mahir dalam mencari mutiara dan batu karang serta cengkerang.159

155
Ibid., hlm. 84.
156
Thurston, Edgar.& Rangachari, K. (2001). Castes and Tribes of Southern India . Vol.1. Cetakan
Pertama 1909. New Delhi: Asian Educational Services, hlm. 1.
157
Halimah Mohd Said & Zainab Abdul Majid.(2004). Images of the Jawi Peranakan, hlm. 90.
158
Raja Mohamad.(2004). Maritime History,hlm. 76.
159
Thurston, Edgar.& Rangachari, K. (2001).Castes and Tribes, hlm.1-2.
79
Subkomuniti yang ketiga adalah Rawthar yang merujuk kepada mereka terlibat

dengan perdagangan kuda, tunggangan kuda dan latihan berkuda.160 Perdagangan kuda

berkembang maju antara negara Arab dan pantai Timur India. Pada zaman pertengahan,

pelabuhan-pelabuhan Kayalapattanam, Kilakkarai dan Devipattanam merupakan pelabuhan

yang sibuk dengan perdagangan kuda. Pedagang Muslim membawa dan mengangkut kuda

dalam kapal-kapal dagang mereka.161 Semasa kepesatan perdagangan kuda, orang Arab dan

Parsi diambil berkhidmat di bawah pemerintahan raja tempatan untuk melatih dan menjaga

kuda di kawasan pantai Koromandel, kawasan pedalaman dan istana raja. Dalam proses ini

mereka berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan anak-anak hasil daripada

perkahwinan ini digelar sebagai Ravuthar atau Rawthar. Pada asalnya gelaran Rawthar

merujuk pada asalnya kepada golongan Arab dan dipanjangkan ke atas individu yang

terlibat dalam aktiviti berkaitan dengan kuda kemudian gelaran ini hanya merujuk kepada

sekumpulan komuniti Muslim yang bertutur bahasa Tamil sahaja yang mengekalkan gelaran

Rawthar dalam penggunaan nama.162 Pada masa ini, ramai golongan Rawthar terlibat

dalam pelbagai bidang perdagangan dan perniagaan di bandar-bandar pelabuhan dan

kawasan pedalaman di Tamil Nadu.

Selain daripada kelompok utama komuniti Tamil Muslim yang dibincangkan di atas,

anggota komuniti Tamil Muslim terbahagi kepada kelompok berbeza berasaskan daerah

atau wilayah dan pekerjaan yang mempunyai hierarki dalam kalangan mereka.163 Faktor

160
Rawthar juga dirujuk sebagai Rabithu dalam bahasa Arab, Ravut dalam bahasa Telegu, Rawthar dalam
bahasa Tamil dan Rahootha dalam bahasa Sanskrit. Kesemua istilah ini membawa maksud yang dikaitkan
dengan perdagangan kuda, askar berkuda, penunggangan kuda atau latihan berkaitan dengan kuda. Raja
Mohamad. (2004). Maritime History, hlm.74.
161
Ibid.
162
Ibid.
163
Arasaratnam, S. (1989). Islamic Merchant Communities, hlm. 3.
80
pegangan mazhab, keturunan dan tempat asal usul memainkan peranan dalam membezakan

komuniti Tamil Muslim antara satu sama lain.164 Walau bagaimanapun, agak sukar untuk

membezakan mereka bersandarkan tingkah laku dan pekerjaan mereka. Berikutan

perkembangan jumlah komuniti Tamil Muslim di kebanyakan tempat di India Selatan dan

penglibatan mereka dalam pelbagai sektor ekonomi menyebabkan sandaran identiti Tamil

Muslim lebih berorientasikan tempat asal usul kaum kerabat atau kin center. Oleh yang

demikian, komuniti Tamil Muslim mengidentifikasikan diri mereka bersandarkan daerah

dan urru atau kampung halaman mereka seperti komuniti Tamil Muslim Kutthanallur,

Karikal, Nagapattinam, Nagore, Parangipettai, Pantai Selatan Arcot,Tanjore, Kottakapan,

Pondicherry, Muttupettani dan Tenkasi serta Kadayanallur dari Tirunelveli.165 Berasaskan

tradisi ini, komuniti Tamil Muslim dari kawasan Kadayanallur merujuk diri mereka sebagai

Tamil Muslim Kadayanallur.

Kelangsungan dominasi ketiga-tiga subkomuniti iaitu Marakkayar, Rawthar dan

Labbai Tamil Muslim sebagai kelompok utama yang mewakili komuniti Tamil Muslim

yang berorientasikan pekerjaan tidak signifikan secara berterusan. Oleh yang demikian,

subkomuniti Marakkayar, Rawthar dan Labbai tidak berperanan sebagai subkomuniti yang

signifikan seperti zaman prakolonial dan kolonial di India. Istilah Marakkayar, Rawthar dan

Labbai lebih berperanan sebagai nama keluarga dan galur keturunan yang disabitkan dengan

nama individu Tamil Muslim di Tamil Nadu, India serta di luar India termasuk Pulau

164
Mines, Mattison. (1983). Kin Centres and Ethnicity among Muslim Tamilians. Dlm (pnyt.). Imtiaz
Ahmad. Modernization and Social Change among Muslims in India. Delhi: Manohar, hlm. 99-100. Lihat
juga Mines, Mattison. (1972). Muslim Merchants, hlm. 23-24.
165
Tschacher, Torsten. (2006). The Impact of being Tamil on Religious Life among Tamil Muslim in
Singapore. Tesis Ph.d, South Asian Studies Programme, National University of Singapore, hlm. 210.
81
Pinang dan Singapura seperti Shakkarai Rowther dan Seeni Rowther.166 Dari segi

pengistilahan dan identiti subkomuniti yang dikelompokkan berdasarkan tempat asal usul

atau kaum kerabat lebih signifikan dan relevan secara mikro dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim. Dalam perspektif yang lebih luas identiti komuniti Tamil Muslim mengalami

transformasi mengikut peredaran masa di Pulau Pinang. Sejak zaman prakolonial komuniti

ini dikenali secara rasmi sebagai Keling, Chulia dan selepas kemerdekaan dirangkumkan di

bawah istilah India Muslim.

Kawasan dan daerah asal usul yang berbeza mempunyai impak bukan sahaja dalam

pembentukan identiti malah bentuk pekerjaan komuniti Tamil Muslim. Dari konteks

petempatan, kebanyakan daripada populasi Tamil Muslim menetap di kawasan pesisir

Pantai Koromandel, India Selatan. Oleh itu, secara dominannya mereka terlibat secara aktif

dalam kegiatan perdagangan, komersial dan kelautan. Namun, terdapat juga di antara

mereka khususnya dari kawasan pedalaman terlibat dalam bidang pertanian, penenunan

kain dan permaidani, pembuatan barangan kulit dan pemburuhan. Oleh yang demikian,

komuniti Tamil Muslim boleh dikategorikan kepada komuniti Tamil Muslim pedagang dan

komuniti Tamil Muslim bukan pedagang. Dengan asas identiti dan latar belakang yang

berbeza ini komuniti Tamil Muslim dari India Selatan telah terbentuk di Tanah Melayu dan

seterusnya menjangkau ke Pulau Pinang melalui proses hubungan perdagangan dan

penghijrahan yang berlaku sejak zaman prakolonial seperti yang dibincangkan dalam bab 1.

Oleh yang demikian, perbincangan seterusnya akan menyentuh tentang pembentukan

komunit Tamil Muslim di Pulau Pinang secara umum dan akan menjurus kepada

pembentukan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur secara khusus.

166
Ibid., hlm. 76-78.
82
2.6 Pembentukan Komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang

Komuniti Tamil Muslim dari Tamil Nadu, India Selatan, merupakan komuniti yang

paling besar jumlahnya dalam kalangan komuniti India Muslim di Pulau Pinang.167

Komuniti Tamil Muslim mula terbentuk di Pulau Pinang secara meluas sejak tahun 1786.

Namun, segelintir anggota komuniti India telah pun berada di Pulau Pinang sebelum

kedatangan Francis Light. Kedatangan dan perkembangan komuniti India Muslim di Pulau

Pinang dapat dirangkumkan kepada tiga peringkat. Pertama, golongan yang berhijrah ke

Pulau Pinang sebagai pedagang, pengembara, pembekal senjata dan lain-lain. Golongan ini

merupakan golongan yang paling awal berhijrah ke Pulau Pinang berbanding dengan

golongan India Muslim yang lain. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan

Marakkayar termasuk dari Kedah dan India Selatan.168 Peringkat kedua melibatkan migrasi

golongan buruh ke Pulau Pinang yang bekerja dalam sektor perladangan dan juga terlibat

dengan projek-projek kerajaan.169 Peringkat kedua ini berlaku pada tahun 1787 atau

dipercayai lebih awal.170 Peringkat ketiga pula melibatkan kedatangan golongan bukan

buruh yang berkhidmat sebagai profesional seperti guru, garison dan pekerja di pejabat

kerajaan.171

Sebelum berlaku pembentukan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang, komuniti

ini khususnya golongan pedagang Tamil Muslim telah mempunyai hubungan dengan

167
Khoo Salma Nasution. (2009). The Early Tamil Muslim, hlm. 119.
168
Sandhu, Kernial Singh.(1969). Indians in Malaya, hlm. 172.
169
Ibid., hlm. 46-47.
170
Ibid., hlm. 47.
171
Pekerja dalam sektor perkhidmatan kerajaan dan garison juga melibatkan diri dalam bidang pemburuhan
sebagai pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan. Ibid.
83
Kepulauan Melayu sejak kurun ke-8.172 Dalam konteks Malaysia, hubungan ini dalam

bentuk perdagangan bermula di Kedah dan diikuti zaman Kesultanan Melayu Melaka pada

kurun ke-15.173 Pedagang Tamil Muslim dari Pantai Koromandel berdagang di Asia

Tenggara termasuk Sumatra, Kepulauan Melayu, Selatan Thailand dan Burma. Sebahagian

daripada pedagang Tamil Muslim tinggal secara tetap di wilayah-wilayah dan kawasan ini,

berkahwin dengan wanita tempatan dan menerima serta mengasimilasi dengan kebudayaan

Melayu atau tempatan.174

Komuniti Tamil Muslim memainkan peranan penting dalam bidang perdagangan di

Melaka sehingga kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511.

Tamil Muslim terus berkembang apabila mereka berhijrah dari Melaka ke tempat-tempat di

luar kawalan kuasa Eropah dan meluaskan lagi aktiviti perdagangan dan pengaruh. Mereka

disambut baik oleh sultan negeri-negeri Melayu dan memberi sandaran utama kepada

mereka demi perkembangan perdagangan di negeri masing-masing. Oleh yang demikian,

komuniti Tamil Muslim berkembang di Johor, Perak, Kedah dan Acheh pada kurun ke-17

dan kurun ke-18. Kemahiran pedagang Tamil Muslim dalam perdagangan membawa kepada

pelantikan sebagai saudagar raja di negeri-negeri ini. Saudagar raja bertanggungjawab

menguruskan hal ehwal perdagangan sultan dan golongan bangsawan. Seterusnya mereka

berkahwin dengan ahli keluarga diraja atau kerabat diraja.175

Dengan kejatuhan Melaka sebagai pusat perdagangan utama dan kemunculan Pulau

Pinang sebagai sebuah pelabuhan yang baru di bawah Syarikat Hindia Timur Inggeris

172
Fujimoto, Helen.(1988). The South Indian Muslim Community, hlm. 5.
173
Muhammad Yusoff Hashim.(1989). Kesultanan Melayu Melaka hlm, 310-315.
174
Nagata, Judith. (1993). Religion and Ethnicity among the Indian Muslims of Malaysia, hlm. 515.
175
Arasaratnam, S.(1989). Islamic Merchant Communities, hlm. 17.
84
(SHTI), tumpuan aktiviti perdagangan dan perniagaan beralih ke bahagian utara

Semenanjung Tanah Melayu. Laluan perdagangan baru telah diwujudkan bagi

menghubungkan India dan Pulau Pinang serta Kedah melalui Sumatra. Pulau Pinang telah

berkembang menjadi pusat perdagangan dan pertanian yang maju setelah Francis Light

mendudukinya secara rasmi pada 11 Ogos 1786.176 Keadaan ini menarik komuniti Tamil

Muslim sekitar Pulau Pinang khususnya dari Kedah berhijrah ke Pulau Pinang pada

peringkat awal. Hal ini ditegaskan oleh Sandhu bahawa pengasasan pelabuhan Pulau Pinang

oleh Light menjadi faktor sebahagian daripada pedagang Tamil Muslim dari negeri-negeri

Melayu memindahkan rangkaian perniagaan mereka ke Pulau Pinang.

Ketibaan pertama komuniti Tamil Muslim adalah hampir kesemuanya dari Kedah.

Golongan pedagang Marakayyar adalah antara komuniti Tamil Muslim yang paling awal

tiba dan memulakan penempatan mereka di Pulau Pinang.177 Hal ini dapat dilihat dengan

kehadiran pedagang Tamil Muslim awal dari Kedah iaitu Cauder Mohudeen Maraikkar atau

Kader Mydin Merican178 yang mempunyai rangkaian perniagaan di Kuala Kedah dan Pulau

Pinang.179 Beliau kemudian telah dilantik sebagai kapitan kepada komuniti Chulia atau

Kapitan Keling dan telah mengasaskan pembinaan Masjid Kapitan Keling pada tahun 1801

176
Cullin, E.G & Zehnder, W.F. (1905). The Early History of Penang, hlm 5-8.
177
Sandhu, Kernial Singh.(1969.) Indians in Malaya, hlm. 118.
178
Nama Cauder Mohudeen merupakan ejaan dalam dokumen British. Nama ini merujuk kepada Kader
Mydin Maraikkar. Beliau merupakan seorang pengendali kapal dan pedagang yang berdagang antara
pelabuhan Nagore, Nagapattinam dan Kedah. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1834. Fujimoto,
Helen.(1988). The South Indian Muslim Community, hlm, 42-43.
179
Sandhu, Kernial Singh.(1969). Indians in Malaya, hlm. 118.
85
di George Town, Pulau Pinang.180 Laporan mengenai peruntukan tanah ini dinyatakan

dalam The Hand Book of the Mohammedan and Hindu Endowments Board seperti berikut:

“As the trade of the Settlement increased, attracting many Mohammedans


traders and marines it became more necessary to erect a more permanent
building and to provide a large burial ground. Cauder Mohuddeen, a wealthy
Mohammedan Kling, took the matter in hand and, having a collected
subscriptions, built the present mosque. He also prevailed upon the
Mohammedan merchants and marines to subscribe certain sums for the upkeep
of this mosque.” 181

Para pedagang Marakkayar dari Kuala Kedah ini kemudian disertai oleh kumpulan

pedagangan Tamil Muslim lain dari Prai, Selangor, Acheh, Borneo dan India.182 Kehadiran

dan aktiviti perdagangan para pedagang Tamil Muslim terus dari India Selatan khususnya

Pantai Koromandel di pelabuhan Pulau Pinang seterusnya membawa kepada pembentukan

komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang. Rangkaian pelayaran dan perjalanan kapal secara

tetap telah wujud antara Pulau Pinang dengan pelabuhan-pelabuhan di Pantai Koromandel

seperti Nagapattinam dan Nagore.183 Kemudahan pengangkutan ini menjadi salah satu

faktor utama kedatangan anggota komuniti Tamil Muslim ke Pulau Pinang. Semasa zaman

Francis Light, kehadiran kapal-kapal dari Nagore, Nagapattinam, Porto Novo dan

Pondicherry, India Selatan, telah menjadi lumrah di perairan Pulau Pinang. Kapal-kapal ini

bukan sahaja membawa masuk barangan perniagaan malah kapal-kapal ini sentiasa dipenuhi

180
Sir George Leith, Gebanor Pulau Pinang bagi pihak SHTI pada tahun 1801 telah memperuntukkan
sebidang tanah untuk rumah ibadat orang Islam di bahagian selatan Lebuh Malabar (kini Lebuh Chulia)
seluas 18 ekar. Tanah tersebut telah dianugerahkan di bawah nama Cauder Mohudeen. The Hand Book of
the Mohammedan and Hindu Endowments Board. (1932). Penang: The Criterion Press, hlm. 9-10.
181
Ibid., hlm. 9.
182
Sandhu, Kernial Singh.(1969). Indians in Malaya, hlm. 118.
183
Arasaratnam, S.(1970). Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm.
6.
86
dengan orang, kebanyakan daripada mereka adalah peniaga yang cuba mendapatkan peluang

perniagaan.184

Antara pedagang Tamil Muslim awal yang datang terus dari Pulicat, Pantai

Koromandel termasuk Mohammed Syed dan rakan-rakannya termasuk Muchtoon Saib,

Boojoo Mohammed dan Ismail Mohammed. Mereka tiba di George Town pada tahun 1787

dan menetap di bandar ini sebagai saudagar. Mereka merupakan antara saudagar Tamil

Muslim yang menjadi kaya raya hasil daripada aktiviti perdagangan antara Pulau Pinang dan

Pantai Koromandel dari tahun 1787 sehingga 1814.185 Produk perniagaan utama mereka

adalah tekstil dan juga barangan lain dari India. Perdagangan mereka pesat sehingga mereka

memiliki bangunan kedai-kedai yang dibina daripada batu–bata di Lebuh Chulia, George

Town. Pemilikan bangunan kedai-kedai ini penting kerana kebanyakan barangan diniagakan

dari Pulau Pinang ke India dan sebaliknya disimpan di dalam gudang-gudang dan juga

bangunan perniagaan mereka.186 Para pedagang awal lain seperti Kader Mydin Merican dan

adik beliau Mohamed Merican Noordin juga terlibat secara aktif dalam perdagangan

antarabangsa dan transit pada awal kurun ke-19 di Pulau Pinang. Mohamed Merican

Noordin misalnya adalah antara pedagang persendirian yang paling banyak menghantar

kargo ke beberapa pelabuhan sekitar Nusantara, Chittagong, Moulmein, Arakan, India dan

China. Kepesatan perdagangan beliau terus giat sehingga tahun 1850-an sebelum diambil

alih oleh anak-anak beliau pada tahun 1870.187

184
Sandhu, Kernial.(1969). Indians in Malaya, hlm. 117.
185
Nordin Hussin. (2007). Trade and Society in the Straits of Melaka: Dutch Melaka and English Penang
1780-1830. Volume 100 of NIAS Monograph Series. Copenhagen: NIAS Press, hlm. 79.
186
Ibid., hlm. 79-80.
187
Kegiatan perdagangan Mohammed Merican Noordin diteruskan oleh empat orang anak beliau iaitu Vapoo
87
Selain daripada kemudahan perdagangan, jaminan keselamatan menjadi faktor

pemangkin kepada hubungan perdagangan dan penghijrahan Tamil Muslim dari India

Selatan. Hubungan Pulau Pinang dengan India terbina dengan kukuh sejak awal pembukaan

pelabuhan Pulau Pinang oleh Francis Light. Hal yang demikian kerana Pulau Pinang berada

di bawah naugan SHTI dan diurus tadbir dari Calcutta. Pentadbiran Pulau Pinang sebagai

salah satu kawasan pentadbiran Britain menjamin keselamatan imigran dan pedagang India.

Tambahan pula, dasar perdagangan Belanda yang menyekat dan tegas di bahagian selatan

Selat Melaka memacu tumpuan para pedagang India ke pelabuhan Pulau Pinang.

Kebebasan ini amat penting khususnya kepada pedagang Tamil Muslim kerana corak

perdagangan mereka secara tradisional bergantung kepda kewujudan kemudahan dan dasar

terbuka penjajah. Implikasinya, Pulau Pinang terbuka kepada pedagang dan masyarakat

India sejak awal lagi atas kepentingan perdagangan di rantau ini.188

Melalui proses ini para pedagang dan anggota komuniti Tamil Muslim berkunjung

dan berdagang di Pulau Pinang. Sebahagian daripada mereka membuat keputusan untuk

tinggal di Pulau Pinang. Namun, ada di antara mereka yang tinggal di Pulau Pinang secara

tetap dan separa tetap yang kembali ke India dan diganti dengan yang lain. Laporan awal

British menyatakan bahawa menjelang tahun 1794 dan sejak pembukaan Pulau Pinang oleh

Kaptain Francis Light, seramai 1,000 pekedai Chulia atau Indian Muslim telah pun berada

di Pulau Pinang.189 Menurut Vaughan:190

Merican Noordin, Nina Merican Noordin, Habib Merican Noordin dan Mashurdin Merican Noordin
selepas tahun 1870. Mahani Musa. (2011). Melayu-Muslim Dalam Sejarah George Town. Kuala
Lumpur: Arkib Negara Malaysia, hlm. 113.
188
Fujimoto, Helen. (1988). South Indian Muslim, hlm. 24.
189
Chullin E.G. & Zehder W.F. (1905) . The Early History of Penang, hlm. 9-10.
190
Ibid., hlm. 9.
88
“the great part of these (Chulia) have long been inhabitants of Quedah and some of
them were born there. They are all shopkeepers or coolies. About one thousand are
settled here, some with families.The vessels from the coast bring over 1,500 to 2,000
men, who, by traffic in various kinds of labour, obtain a few dollar with which they
return to their homes and are succeded by others”

Pada peringkat awal, kebanyakan pedagang dan saudagar Tamil Muslim tidak menetap

secara tetap di Pulau Pinang. Lazimnya, mereka mewujudkan agensi perniagaan di Pulau

Pinang dengan rangkaian agensi mereka di Tamil Nadu dan di tempat lain sebagai strategi

perniagaan.191 Hanya segelintir sahaja membawa keluarga mereka bersama dari kampung

halaman mereka. Adalah menjadi adat mereka yang menggalakkan golongan lelaki ke luar

negara dan membawa balik kekayaan daripada berhijrah dengan keluarga untuk tinggal

secara tetap di luar negara. Pepatah Tamil menyebut:

‘Tirai kadal oodium thiraviyam thedu’.

Pepatah ini bermaksud walaupun terpaksa mengharungi lautan luas, carilah

kekayaan. Pepatah ini bertindak sebagai falsafah saudagar dan pedagang Tamil secara

umum sebagai justifikasi tindakan mereka untuk berlayar ke luar negara.192 Wanita dan

anak-anak mereka ditinggalkan di kampung halaman dan kebiasaannya saudagar dan

pedagang akan pulang tiga tahun sekali meningkatkan status ekonomi keluarga mereka.

Jejak langkah pengembara dan pelayar Tamil Muslim peringkat awal diikuti pengembara

Tamil Muslim lain sebagai sebahagian daripada rangkaian penghijrahan keturunan, kaum

kerabat dari kampung halaman masing-masing. Komuniti ini terlibat dengan pelbagai

191
Pedagang Tamil Muslim juga mewujudkan pusat dan rumah persinggahan untuk kegunaan wakil-wakil
perniagaan mereka dan komuniti Tamil Muslim secara umum. Kemudahan ini wujud di semua pelabuhan
utama Pantai Koromandel yang menguruskan trafik penumpang antara India Selatan dan Negeri-Negeri
Selat antaranya adalah Nagore, Nagapattinam, Madras, Karikal, Pondicherrry, Cuddalore dan Porto Novo.
Sandhu, Kernial Singh. (1969). Indians in Malaya, hlm. 119.
192
Mani, A.(1992). Aspects of Identity and Change Among Tamil Muslims in Singapore, hlm. 339.
89
aktiviti seperti perdagangan, menjaja dan menjalankan kerja-kerja pemburuhan di

pelabuhan.193

Jumlah komuniti India Muslim yang sedia ada di Pulau Pinang meningkat dengan

kehadiran para banduan dari India termasuk yang beragama Islam. Menurut Turnbull, pada

bulan Mac 1790, dua orang banduan India Muslim bernama Eyeno Deen Sheikdar dan

Mohamed Heiant telah dihantar ke Pulau Pinang.194 Kedua-dua banduan ini merupakan

banduan India Muslim paling awal dihantar ke Pulau Pinang. Para banduan ini dibawa

masuk oleh SHTI untuk memenuhi keperluan buruh yang melibatkan kerja-kerja membina

bangunan dan jalan-jalan raya. Mereka turut bekerja di pejabat-pejabat kerajaan di George

Town serta menjadi tukang gaji.195 Bermula pada tahun 1788, kerajaan British di India telah

menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat untuk banduan menjalani hukuman seumur hidup

dan selama tujuh tahun atau lebih daripada itu. Banduan-banduan didatangkan dari India ke

Negeri-Negeri Selat dari tahun 1790 sehingga akhir tahun 1860.196 Mulai tahun 1790,

banduan-banduan India mula dihantar ke Pulau Pinang dan mereka berasal dari pelbagai

wilayah di India dan mereka juga terdiri daripada pelbagai suku kaum. Pada tahun 1838

hanya 60 peratus daripada mereka yang kembali ke India selepas tamat tempoh hukuman

mereka. Kecenderungan banduan-banduan untuk tinggal di Tanah Melayu adalah

disebabkan oleh tindakan kerajaan India untuk tidak menanggung bayaran tambang terhadap

193
Ibid.
194
Turnbull, C.M. (1972). The Straits Settlements 1826-67: Indian Presidency to Crown. Kuala
Lumpur:Oxford University Press,hlm. 89. Lihat juga Sandhu, Kernial. (1969). Indians in Malaya, hlm.
133-134.
195
Turnbull, C.M. (1972). The Straits Settlements, hlm. 89.
196
Melaka mula menerima banduan dari Pulau Pinang pada tahun 1805 sehingga 1808 sebelum diserahkan
semula kepada Belanda. Seterusnya, banduan-banduan dihantar ke Melaka selepas Perjanjian Inggeris
Belanda pada tahun 1824 dan Singapura pula menerima banduan pada bulan April 1825. Ibid.
90
banduan yang dibebaskan pada awal tahun 1830-an.197 Selain daripada dasar kerajaan India,

British telah memperkenalkan ticket to leave system yang membenarkan banduan yang

berkelakuan baik berkhidmat dengan pegawai Inggeris dan masyarakat Eropah dengan

dibayar upah.198 Tahun-tahun berikutnya hingga tahun 1860 didapati hampir 200 hingga 300

orang banduan yang dibebaskan, tinggal di Negeri-negeri Selat setiap tahun.199 Proses ini

menjadi salah satu faktor penyesuaian dan penyerapan banduan komuniti India ke dalam

masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang.

Terdapat anggota komuniti India Muslim yang merangkumi semua kategori yang

dinyatakan sebelum ini yang berkahwin dengan wanita tempatan dalam kalangan etnik

Melayu. Hasil perkahwinan ini mencetuskan transformasi dan pembentukan kaum baru

yang mempunyai darah campuran Melayu dan India. Golongan ini dikenali sebagai Jawi

Pekan200 dan Jawi Peranakan.201 Perkataan Jawi adalah istilah yang digunakan oleh orang

Arab untuk merujuk orang Melayu di Kepulauan Melayu. Kedua-dua istilah ini mengalami

197
Pada tahun 1858, terdapat 4,000 banduan di negeri-negeri Selat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,800
orang banduan ditempatkan di Pulau Pinang. Sebahagian daripada mereka yang telah dibebaskan
membuat keputusan untuk tinggal di Pulau Pinang dan mereka berkahwin dengan bekas banduan India
atau wanita Melayu. Pada tahun 1857, daripada 2,139 banduan, seramai 145 telah mendapat pengampunan
tanpa syarat dan kebanyakan daripada mereka telah dihantar pulang ke India. Namun mereka tidak selesa
tinggal di India dan kembali ke Negeri-negeri Selat serta menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-
kecilan,menjaga lembu, tukang, kebanyakan mereka mendapat pekerjaan dari sektor swasta dan juga
Jabatan Kerja Raya. Sandhu, Kernial Singh. (1969). Indians in Malaya, hlm. 133-134.
198
Ibid. Lihat juga Mahani Musa.(2003). Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai
Semenanjung Tanah Melayu, 1821 hingga 1940-an. MBRAS Monograph No. 36. Selangor: MBRAS,
hlm.50
199
Sandhu, Kernial. (1969). Indians in Malaya, hlm. 133-134.
200
Pada tahun 1857, J.D.Vaughan, memberi beberapa tafsiran mengenai Jawi Pekan yang pada asalnya
dikenali sebagai Jawi Bukan (bukan Melayu), Jawi Pukan atau Jawi Pekan. Namun, istilah Jawi Pekan
kurang dari segi penggunaanya. Nagata, Judith. (1979). Malaysian Mosaic: Perspectives From A Poly-
Ethnic Society. Vancouver: University of British Columbia Press, hlm. 36.
201
Istilah Jawi Peranakan juga merujuk kepada mereka yang berketurunan India Muslim yang dilahirkan di
Tanah Melayu dan berkahwin dengan wanita Melayu. Kumpulan ini kemudian dikenali sebagai Peranakan
iaitu anak kelahiran tempatan atau merujuk kepada percampuran darah. Sepanjang tahun 1860-an dan
1870-an dengan penambahan dan perkembangan komuniti ini peringkat generasi kedua dan ketiga istilah
Jawi Peranakan menggantikan Jawi Pekan. Ibid. Lihat juga Khoo Salma Nasution.(2009).The Tamil
Muslims in Early Penang, hlm. 100.
91
evolusi dari segi penggunaannya di Pulau Pinang. Istilah Jawi Pekan mula dimasukkan

dalam Laporan Tahunan banci Negeri-negeri Selat yang pertama pada sekitar tahun 1871.

Kemudian istilah Jawi Peranakan diguna pakai dalam Laporan Tahunan banci Negeri-

Negeri Selat tahun 1881.202

Jawi Peranakan di Pulau Pinang bukan sahaja merujuk kepada golongan Melayu

yang berkahwin campur dengan lelaki India Muslim, namun ia turut juga melibatkan

gologan Melayu yang berkahwin campur dengan golongan Arab, Bengali, Punjabi, Acheh

dan begitu juga dengan Siam dan Cina. Jawi Pekan turut merujuk kepada golongan India

Muslim yang telah pun menerima dan mengalami proses asimilasi budaya Melayu, walaupn

kedua-dua ibu bapa mereka terdiri daripada golongn India Muslim, tetapi generasi pertama

mereka yang dilahirkan di Pulau Pinang telah mengelompokkan diri mereka sebagai Jawi

Pekan ataupun Melayu. Di Pulau Pinang, komuniti ini juga dikatakan mempunyai hubungan

kekeluargaan yang rapat di antara satu keluarga dengan keluarga yang lain dan ada di antara

mereka mempunyai pertalian persaudaraan dengan kaum kerabat diraja Kedah.203

Jika dilihat dalam konteks etnik Tamil Muslim dalam kalangan India Muslim,

pembentukan mereka di Pulau Pinang melibatkan golongan saudagar, pedagang, pekedai,

pelaut, buruh dan banduan. Komuniti Tamil Muslim tidak berhijrah ke Pulau Pinang sebagai

askar atau garison. Berdasarkan kenyataan Sandhu, orang India Utara sahaja yang terdiri

daripada kaum Punjab dan Sikh diambil British sebagai askar dan sepoy di Tanah Melayu

kerana kesesuain mereka untuk berkhidmat dalam bidang pertahanan dan keselamatan.204

202
Fujimoto Helen (1988). South Indian Muslim, hlm. 113.
203
Omar Yusoff.( 2005). Kaum Jawi Peranakan di Pulau Pinang, hlm. 110.
204
Sandhu Kernial Singh.(1969). Indians in Malaya, hlm. 85.
92
Penghijrahan saudagar, pedagang, buruh, askar dan banduan India Muslim telah

membawa kepada kewujudan dan pembentukan komuniti India Muslim di Pulau Pinang

melalui proses yang berbeza berdasarkan perbincangan di atas. Akibatnya, populasi

komuniti ini terus meningkat di Pulau Pinang. Berdasarkan laporan Crawfurd, Pulau Pinang

mempunyai sebanyak 39,000 orang penduduk pada tahun 1824 dan daripada jumlah ini,

6,417 orang adalah Chulia.205 Mengikut banci penduduk Pulau Pinang pada tahun 1833,

jumlah penduduk Pulau Pinang adalah 40,322 dan komuniti Chulia merangkumi 7,886

orang.206 Proses pembentukan komuniti Tamil Muslim yang melibatkan pelbagai latar

belakang aspek ekonomi dan sosial dalam jangka masa yang panjang di Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, komposisi komuniti Tamil Muslim dikategorikan berdasarkan

subkomuniti yang terbentuk di India Selatan berasaskan pekerjaan dan juga komuniti Tamil

Muslim yang lain berdasarkan daerah dan tempat asal usul mereka.

Seperti dibincangkan sebelum ini, komuniti Tamil Muslim terdiri daripada tiga

kaum yang dominan iaitu Marakkayar, Labbai dan Rawthar. Namun, dalam konteks Pulau

Pinang, subkomuniti Labbai tidak termasuk dalam komposisi komuniti Tamil Muslim di

Pulau Pinang. Komuniti Tamil Muslim Marakkayar dan Rawthar dari Thanjavur, Pantai

Koromandel, India Selatan merupakan antara golongan paling awal berhijrah ke Pulau

Pinang. Golongan ini terkenal dan berpengaruh dalam bidang perdagangan. Proses

penghijrahan seterusnya melibatkan kebanyakan Tamil Muslim bukan dari kalangan

Marakkayar atau Rawthar tetapi berasal dari pelbagai komuniti Tamil Muslim dari daerah

205
Crawfurd, John. (1967). Journal of an Embassy from the Governor-General of India to the Courts of
Siam and Cochin China. Cetakan pertama 1828. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 19-20.
206
Newbolt, T.J. (1971). Political and Statistical Accounts of the British Settlements in The Straits of
Malacca. Cetakan Pertama 1839. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 54-55.
93
Thanjavur dan Ramnad, Tamil Nadu, India. Seterusnya, pada tahun 1880-an dan 1890-an

sekumpulan komuniti Tamil Muslim berhijrah kemudian ke Pulau Pinang dari kawasan

Kadayanallur dan Tenkasi, yang terletak di daerah Tirunelveli, Tamil Nadu, India Selatan.

Kawasan pedalaman dari arah Barat Selatan India berhampiran Pantai Malabar, Kerala.

Komuniti ini dikenali sebagai Tamil Muslim Kadayanallur dan Tenkasi.

Jika dilihat pada bidang ekonomi yang diceburi, anggota komuniti Tamil Muslim

Marakayyar, Rawthar dan kebanyakan yang berasal dari daerah Ramnad dan Thanjavur

melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan. Atas dasar ini, golongan ini

dikategorikan sebagai komuniti Tamil Muslim pedagang manakala komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dan Tenkasi pula dikategorikan sebagai komuniti Tamil Muslim bukan

pedagang. Penetapan ini adalah berdasarkan faktor kegiatan ekonomi komuniti ini yang

terdiri daripada golongan penenun kain yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang

perniagaan dan perdagangan. Latar belakang ekonomi komuniti Tamil Muslim pedagang

dan bukan pedagang memberi impak dalam bentuk pekerjaan yang diceburi pada peringkat

awal pembentukan komuniti ini di Pulau Pinang. Komuniti Tamil Muslim pedagang bergiat

aktif dalam bidang perdagangan, perniagaan dan perkapalan manakala komuniti Tamil

Muslim bukan pedagang terlibat dalam bidang pemburuhan. Keadaan ini menyebabkan

wujud hierarki sosioekonomi dalam kalangan komuniti ini. Judith Nagata telah

mengkategorikan pedagang yang dikenali sebagai Chulia oleh pihak British, mempunyai

kedudukan sosioekonomi yang tinggi berdasarkan pekerjaan mereka yang berkaitan dengan

perniagaan emas dan berlian serta aktiviti ekonomi komersial. Komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dan Tenkasi dari India Selatan pula berada di tahap sosioekonomi yang rendah

94
kerana dikaitkan dengan pekerjaan yang berstatus rendah yang melibatkan kerja-kerja

pemburuhan seperti buruh pelabuhan, penyapu jalan, atendan pawagam dan sebagainya.207

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi aspek sejarah penghijrahan,

daerah asal usul dan pembentukan komuniti yang tetap di Pulau Pinang antara komuniti

Tamil Muslim pedagang dan bukan pedagang. Berdasarkan perbincangan sebelum ini,

komuniti Tamil Muslim pedagang mengamalkan dasar menetap secara separa tetap di Pulau

Pinang dengan meninggalkan kaum keluarga mereka di kampung halaman mereka. Mereka

tidak membentuk komuniti yang tetap di Pulau Pinang pada peringkat awal kerana mereka

hanya datang berniaga dan berdagang di Pulau Pinang tanpa membawa bersama keluarga.

Setelah berniaga untuk jangka masa tertentu mereka kembali ke kampung halaman di Tamil

Nadu. Perniagaan mereka di Pulau Pinang secara tradisinya diambil alih oleh sanak saudara

dan kaum kerabat mereka untuk jangka masa yang dipersetujui bersama. Proses ini

dinamakan sebagai circulatory208 yang merujuk kepada rangkaian sirkulasi yang berlaku

dalam kalangan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim. Peranan mereka lebih berfokus

kepada perkembangan ekonomi berbanding dengan aspek sosial. Pada dasarnya, faktor ini

juga menyebabkan golongan Tamil Muslim pedagang tidak berkeperluan membawa

bersama keluarga mereka dan tinggal di Pulau Pinang secara tetap.

Berbeza dengan komuniti Tamil Muslim pedagang, komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur sebagai golongan bukan pedagang mengamalkan dasar menetap secara tetap

di Pulau Pinang . Walaupun perkembangan komuniti ini di Pulau Pinang berlaku agak lewat

207
Nagata, Judith.(1993). Religion and Ethnicity among the Indian Muslims of Malaysia, hlm. 517.
208
Markovits, Claude, Pouchepadass, Jacques and Sanjay Subrahmanyam.(2003). Introduction: Circulation
and Society under Colonial Rule. Dlm (pnyt.).Claude Markovits, Jacques Pouchepadass and Sanjay
Subrahmanyam Society and Circulation: Mobile People and Itinerant Cultures in South Asia.New Delhi:
Permanent Black, hlm. 1-3.
95
berbanding dengan komuniti Tamil Muslim pedagang iaitu sejak tahun 1880- an dan 1890-

an, komuniti ini berkembang di Pulau Pinang sebagai sebuah komuniti yang stabil dan tetap.

Dalam jangka masa penempatan mereka lebih daripada 100 tahun di Pulau Pinang, telah

berlaku transformasi dalam aspek sosiobudaya dalam kalangan anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur. Pada masa yang sama, mereka telah memainkan peranan dan

memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan aspek

sosiobudaya di Pulau Pinang. Dalam konteks kajian ini, komunit Tamil Muslim bukan

pedagang menjadi tumpuan dan fokus utama. Pembentukan dan perkembangan komuniti

dari segi sosiobudaya sejak penempatan mereka akan dibincangkan secara terperinci.

2.7 Asal usul Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur Pulau Pinang

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur merupakan komuniti yang menyandarkan

identiti mereka berdasarkan kawasan asal usul mereka. Oleh yang demikian, mereka

dikenali sebagai komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Sejak tahun 1880-an dan 1890-an

anggota komuniti Tamil Muslim yang berasal dari kawasan Kadayanallur, daerah

Tirunelveli,Tamil Nadu, India Selatan, mula berhijrah dan menetap di Pulau Pinang.

Kumpulan Tamil Muslim Kadayanallur yang pertama mula bertapak di Pulau Pinang sekitar

tahun 1880-an dan 1890-an diikuti migrasi berkala sehingga tahun 1953. Komuniti baru ini

memulakan penempatan secara berpusat sekitar bandar George Town yang merangkumi

Lebuh Chulia, Jalan Transfer, Jalan Kedah, Jalan Hutton, Jalan Argyll dan Jalan Dato

96
Koyah.209 Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan Tenkasi menetap secara tetap bersama

keluarga masing-masing sehingga membentuk komuniti yang diistilahkan sebagai komuniti

yang stabil kerana mereka tidak berulang alik atau kembali ke daerah asal usul mereka di

Tamil Nadu, India.

Komuniti ini terus berkembang di Pulau Pinang sehingga dapat membentuk

persatuan berpusatkan kaum kerabat dan agama serta memberi sumbangan dalam aspek

sosiobudaya. Kini, dianggarkan terdapat seramai 20,000 Tamil Muslim Kadayanallur dan

5,000 orang Tenkasi di Pulau Pinang.210 Komuniti ini mempunyai susur galur sejarah dan

asal usul tersendiri. Sejarah asal usul komuniti Tamil Muslim ini perlu diteroka untuk

mengenali asal-usul, identiti dan kebudayaan yang berasal dari kawasan Kadayanallur,

Tirunelveli, Tamil Nadu, India. Tradisi, identiti dan trend kehidupan di Kadayanallur

diwarisi dan diteruskan dengan perubahan-perubahan tertentu dalam aspek sosiobudaya dan

pengamalan agama oleh komuniti ini di Pulau Pinang. Oleh yang demikian perbincangan

seterusnya akan difokuskan kepada latar belakang sejarah komuniti Tamil Muslim ini di

Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu, India.

2.7.1 Kedudukan Geografi dan Demografi Kadayanallur

Pada masa ini Kadayanallur merupakan sebuah bandar kedua terbesar yang

mempunyai majlis perbandaran sendiri.211 Bandar ini merupakan salah satu kawasan yang

209
Khoo Salma Nasution.(2002). The Tamil Muslims – Weaving a Tale of Success. Dlm Khor, Neil & Das,
Malini (pnyt.). Glimpses of Old Penang. Petaling Jaya: Star Publications, hlm. 67.
210
Ibid.
211
Mengikut laporan rasmi banci kerajaan India, terdapat 3 buah bandar terbesar di daerah Tirunelveli iaitu
97
terletak di bawah Taluk Tenkasi212 di Daerah Tirunelveli, negeri Tamil Nadu, India Selatan.

Jarak Kadayanallur adalah 16 km ke selatan kawasan Tenkasi.213 Nama asal Kadayanallur

adalah Marithur dan kemudian dinamakan sebagai Kadayanallur.214 Asalnya tempat ini

dinamakan sebagai Kadakanallur kemudian bertukar kepada Kadayaanallur seterusnya

Kadaynallur.215 Kadayanallur adalah salah sebuah kawasan penenun kain yang terkenal

sehingga industri penenunan kain sinonim dan dikaitkan terus dengan bandar ini.216

Dari segi geografi, Kadayanallur terletak pada kedudukan 9.08°U 77.35° Timur.217

Bandar ini terletak di kaki bukit Banjaran Barat. Keluasan kawasan bandar ini adalah 52.25

km². Dari segi iklim, bandar ini mengalami cuaca kering kecuali ketika musim-musim

monsun. Bandar ini dikelilingi sawah padi, kebun kelapa dan kolam-kolam. Sebuah sungai

kecil mengalir di tengah-tengah bandar ini. Kawasan penempatan di Kadayanallur dibina di

kawasan yang mempunyai sumber air dan kolam-kolam. Nama-nama kawasan kecil di

Kadayanallur kebanyakannnya diklasifikasikan berdasarkan sungai dan air. Antara kolam-

kolam yang didapati di kawasan ini adalah Attakulam, Poddakolam, Paloorani,

Pertama, bandar Tirunelveli, kedua, Kadayanalllur dan ketiga, adalah Tenkasi. Office of Registrar General
& Commissioner India (2001). Basic Data Sheet. [Tirunelveli (29), Tamil Nadu (33)]. Dimuat turun pada
20 Disember 2013 daripada http://censusindia.gov.in/ Dist_ File/ datasheet-3329.pdf.
212
Taluk adalah istilah yang diaplikasikan dalam pentadbiran di India yang merujuk kepada bahagian atau
subdaerah yang merangkumi beberapa buah bandar atau kampung. Government Of Madras Staff,
Government of Madras (1942). Gazetteer of the Nellore District: Brought Upto 1938: Madras district
gazetteers. Madras: Asian Educational Services, hlm. 281. Taluk Tenkasi merangkumi kawasan-kawasan
Tenkasi, Kadayanallur, Courtallam, Sambavar, Vadagarai, Aygudi dan Sundarapandiapuram. Office of
Registrar General & Commisioner India (2011). Primary Census Abstract [Tamil Nadu (33)] [Tirunelveli
(628)]. Dimuat turun pada 20 Disember 2013 daripada http://www.censusindia.gov.in/(Sbw3oa4zay3lt 3y
55 xr dts 055)/pca/pca.aspx.
213
India, Office of Registra, Chokalinggam, K. (1974). Census of India 1971:D. Migration tables (2 V.).
Vol.2 : Tamil Nadu, Manager of Publications, hlm. 127.
214
Abdul Rahim.(1977). Islamia Kalaikalanchiam. Vol. 2. Chennai: Universal Publisher and Book Seller,
hlm. 513.
215
Ibrahim, S.A.(pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 31.
216
India, Office of Registra Chockalingam, K.(1974). Census of India 1971, hlm. 127.
217
Indiamapia. (2013). Tamil Nadu,Kadayanallur Map. Dimuat turun pada 22 Disember 2013 daripada
http://www.indiamapia.com/Tirunelveli/Kadayanallur.html
98
Thamaraikulam, Annamalai Peri, Periyakulam dan Salaperriekulam.218 Kolam amat penting

dan berguna untuk kegiatan penanaman padi dan proses penghasilan kain dalam

perindustrian penenunan kain di kawasan ini. Bandar Kadayanallur terdiri daripada 2 koloni

atau bahagian besar. Koloni pertama terletak di bahagian utara dan dikenali sebagai

Kadayanallur Utara manakala bahagian selatan pula dikenali sebagai Krishnapuram. Dalam

lingkungan koloni ini terdapat beberapa penempatan yang disebut sebagai nagere atau

nageram. Petempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur tertumpu di kawasan-kawasan

yang merangkumi Madinah nagere, Mustapha nageram, Mihraj nageram, Ilyas nageram,

Rahmanitha nageram, Iqbal nageram, Firdausiyah nageram dan Makkah nageram.219

Berdasarkan bancian penduduk India tahun 2011, Kadayanallur mempunyai seramai 90 364

orang penduduk daripada jumlah keseluruhan penduduk Daerah Tirunelveli seramai 3 077

233 orang.220 Kebanyakan penduduk generasi kini adalah petani walau bagaimanapun

kebanyakan daripada mereka bekerja di dalam negara dan luar negara khususnya Asia

Barat. Terdapat hampir 41 peratus221 penduduk yang beragama Islam daripada jumlah

penduduk di Kadayanallur sehingga tahun 2001. (Sila rujuk Peta 2.1 yang menunjukkan

kedudukan Kadayanallur, Daerah Tirunelveli,Tamil Nadu di India Selatan).

218
Ibrahim, S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 31-33.
219
Ibid., hlm. 33.
220
Office of Registrar General & Commisioner India.(2011). Primary Census Abstract [Tamil Nadu (33)],
[Tirunelveli (628)]. Dimuat turun pada 20 Disember 2013 daripada http://www.censusindia.gov.in/
S(bw3oa4zay 3lt 3y5 5xr dts 055)/pca/pca.aspx..
221
Jumlah hampir 41 peratus ini adalah berdasarkan data penduduk Islam mengikut bancian tahun 2001. Pada
tahun 2001 jumlah penduduk Kadayanallur adalah 75 612 dan daripada angka ini jumlah penduduk yang
beragama Islam adalah 30 727 orang. Data bancian tahun 2001 digunakan sebagai rujukan kerana data
untuk tahun 2011 tidak dapat diperoleh. Ibid.
99
Peta 2.1
Kedudukan Kadayanallur, Daerah Tirunelveli, Tamil Nadu,India

Nota: (1) Yang bertanda adalah kedudukan Kadayanallur di Daerah Tirunelveli,


Tamil Nadu, India Selatan.
(2) Peta yang tidak berskala.
Sumber: Google Map. (2014). [Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu] Dimuat turun
pada 12 Mei 2014 daripada https://maps.google.com.my/maps? f=q& source
=s_q&hl=en&geocode=&q=kadayanallur,+Tirunelveli+,Tamil+Nadu&aq
=&sll =4.140634,109. &pw=2. .

100
2.7.2 Penempatan Awal Komuniti Tamil Muslim Syafie di Kadayanallur

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang menjadi fokus kajian telah memulakan

penempatan awal di kawasan Kadayanallur pada tahun 1560. Pada asalnya mereka

merupakan sebahagian daripada komuniti Muslim dari Kerala telah berhijrah ke kawasan-

kawasan sempadan Kerala akibat serangan pihak penjajah Portugis pada tahun tersebut.

Sebahagian daripada anggota komuniti ini merupakan komuniti yang mempunyai darah

keturunan Mapilla222 yang berasal dari Kerala dan berpegang dan beramal dengan mazhab

Syafie. Atas dasar inilah mereka dikenali juga sebagai Syafie Muslim di Kadayanallur. 223

Pada akhir kurun ke-15, sebelum kedatangan Portugis, Kerala tidak mempunyai

pemerintahan berpusat. Pemerintahan beraja berasaskan sistem feudal wujud mengikut

dinasti dan daerah berasingan di Kerala.224 Pemerintahan beraja melibatkan Raja Kolathiri

yang dikenali juga sebagai Raja Connonore, Raja Venad dan Raja Zamorin digelar juga

sebagai Raja Kalikut dan Tiruvadi.225 Penduduk Kerala di bawah pemerintahan raja-raja

ini226 merangkumi masyarakat Hindu, Kristian, Yahudi, Islam dan Konkani. Mereka hidup

dengan aman damai dan saling faham memahami antara satu sama lain dari aspek

222
Mapilla juga disebut sebagai Mophlah merujuk kepada komuniti Muslim di pantai Malabar atau Kerala.
Penempatan Mapilla merangkumi sepanjang pantai Barat India bermula dari Tanjung Comorin di selatan
sehingga Mangalore di bahagian utara. Kawasan-kawasan ini merangkumi negeri-negeri Kerala dan
sebahagian negeri Mysore.Populasi golongan Mapilla adalah satu pertiga daripada keseluruhan populasi
di Kerala, daerah Malabar. Mereka juga tinggal di Pulau Laccadive pesisir Pantai Malabar dan
keseluruhan penduduk pulau ini adalah komuniti ini dan bahasa pertuturan adalah bahasa Malayalam.
D’Souza, V.S. (1973). Status Group Among the Moplahs on the South-West Coast of India. Dlm Imtiaz
Ahmad (pnyt.).Caste and Social Stratification among the Muslims.Delhi: Manohar Book Service, hlm. 46.
223
Ibrahim, S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm.58.
224
Panikkar, K.M. (1960). A History of Kerala: 1498-1801. Annamalainagar: The Annamalai University,
hlm. 18.
225
Wink, Andre. (1991) Al Hind: The Making of the Indo-Islamic World, hlm. 75.
226
Selain daripada raja-raja tersebut, terdapat raja-raja kecil yang menguasai kawasan Tanur, Cranganore,
Cochin, Mangat, Idappalli, Vadakkumkur, Procaud, Kayamkulam dan Quilon. Ibid.
101
kepercayaan dan budaya. Jika dilihat dari konteks komuniti Islam di Kerala, walaupun

mereka mempunyai pengaruh dan reputasi yang baik dengan pemerintah khususnya Raja

Zamorin, mereka tidak dibenarkan terlibat dalam politik. Secara umumnya, komuniti Islam

hidup dalam keadaan selesa tanpa gangguan dan penindasan. Hubungan perdagangan antara

pedgang-pedagang dari pantai Arab khususnya dari Muscat, Hadramaut227 dan pusat

perdagangan lain di Tanah Arab dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai Malabar

seperti Quilon dan Kalikat wujud sejak zaman pra-Islam lagi.228 Setelah Islam berkembang

di Tanah Arab pada kurun ke-7 hubungan perdagangan ini berterusan sehingga membawa

kepada penempatan pedagang Arab awal pada kurun ke-8.229 Pedagang Arab dari Muscat

merupakan golongan pedagang yang awal yang mengembangkan perdagangan di pelabuhan

Kalikat. Aktiviti perdagangan antara pedagang Arab dan pelabuhan-pelabuhan di pantai

Malabar semakin pesat sehingga para pedagang Arab ini membina petempatan mereka di

Kalikat dan Cochin. 230 Dalam jangka masa yang panjang, kewujudan petempatan pedagang

Arab ini telah mewujudkan hubungan antara masyarakat Arab dengan masyarakat tempatan

pantai Malabar dan kawasan pesisir pantai lain di India Selatan. Implikasinya membawa

kepada kewujudan komuniti Islam di India Selatan melalui perkahwinan antara pedagang

dan pelayar Arab khusunya dari Yaman dengan wanita-wanita tempatan serta melalui

kegiatan dakwah Islamiah.231

Rentetan itu, populasi Islam di Kerala mula meningkat menerusi penerimaan dan

penganutan Islam dalam kalangan penduduk tempatan. Komuniti Islam berkembang dari

227
Wink, Andre.(1991). Al Hind: The Making of the Indo-Islamic World, hlm. 68.
228
Panikkar, K.M.(1960). A History of Kerala. hlm. 1
229
Wink, Andre.(1991). Al Hind: The Making of the Indo-Islamic World, hlm. 71.
230
Panikkar,K.M.(1960). History of Kerala, hlm. 9.
231
D’Souza, Victor S. (1973). Status Group among the Moplahs on the South-west Coast of India, hlm. 45.
102
kawasan pelabuhan ke kawasan pedalaman seperti Valapattanam, Theekkodi, Pandalayani,

Kakkadu, Kozocodu, Ponnani dan Palakkadu khususnya pada zaman Marakkar kedua.

Maka lahirlah komuniti Islam di Kerala yang boleh dikategorikan kepada golongan

Maraikar, Thangal, Lebbai dan Ezhavas.232 Komuniti Kerala Muslim atau Mapilla ini

mempunyai perbezaan dari aspek kebudayaan dan asal usul. Namun, komuniti ini yang

menerima Islam melalui pengaruh Arab memiliki persamaan sifat-sifat tertentu antaranya

ialah persamaan pegangan mazhab iaitu mazhab Syafie.233

Pada akhir kurun ke-15, Portugis memulakan ekspedisi untuk menguasai Kerala.

Matlamat perjuangan Portugis berasaskan penguasaan perdagangan dan keagamaan.234

Portugis keluar berlayar dari Portugal untuk menghapuskan penguasaan dan monopoli

pedagang-pedagang Arab dan orang Islam yang dirujuk sebagai Moor serta memastikan

setiap penduduk tanah yang dikuasai Portugis menjadi pengikut Christ atau penganut agama

Kristian. Dalam mencapai matlamat ini, Portugis mula menjelajah ke India dan menjajah

beberapa kawasan strategi di Pantai Malabar seperti Tudukodi, Cochin dan Quilon. Pihak

Portugis amat benci terhadap komuniti Islam dan bertindak kejam terhadap mereka secara

232
Menurut D’ Souza, komuniti Mapilla terbahagi kepada empat golongan iaitu Thangal, Arabi, Pusalar
dan Ossan.Golongan Thangal dan Arabi berdarah keturunan Arab manakala golongan Pusalar dan Ossan
adalah masyarakat tempatan Islam yang bukan berketurunan Arab. Ibid., hlm. 49-50. Lihat juga
Panikkar, K.M.(1960). History of Kerala, hlm. 3.
233
Di India, hanya masyarakat yang menerima Islam melalui pengaruh Arab sahaja bermazhab Syafie. Di
pantai Barat India, terdapat tiga kelompok komuniti Islam bermazhab Syafie iaitu Mophlah dari Pantai
Malabar, Konkani dari Pantai Konkan dan Navayat dari Kanara. Ibid., hlm. 45.
234
Usaha Portugis untuk menguasai Kerala bermula sejak tahun 1498 dan berakhir pada bulan Januari tahun
1663 apabila kalah di tangan Belanda. Kekalahan ini menamatkan hubungan Portugis dengan Kerala
selama 165 tahun. Dalam jangka masa kewujudan Portugis di Kerala, mereka telah memusnahkan harta
benda dan membunuh orang-orang Islam dan Hindu. Chopra, P.N., Ravindran, T.K. & Subrahmaniam, N.
(1979). History of South India volume III: Modern Period. New Delhi: S. Chand & Company Ltd, hlm.
11-12.
103
berterusan.235 Portugis mengancam dan menindas masyarakat Islam di sepanjang pantai

Malabar dan merompak kapal-kapal Muslim dan mengancam keselamatan mereka.236 Raja-

raja Hindu, Raja Zamorin, Raja Kolathiri, Raja Venad dan raja-raja kecil yang lain di

Kerala telah dikalahkan oleh Portugis. Pada masa ini, wujud siri peperangan dan

pertempuran dengan Raja Zamorin237 dan komuniti Mapilla. Namun, kemenangan memihak

kepada pihak Portugis. Siri pertempuran dan penguasaan Portugis mengakibatkan kematian

dan kemusnahan ke atas masyarakat Islam yang melibatkan kemusnahan kampung halaman

dan masjid-masjid.

Pada tahun 1560, berikutan kekejaman Portugis yang berterusan, beberapa kelompok

penduduk Islam bersama keluarga mereka telah berhijrah ke kawasan sempadan daerah

Tirunelveli, Tamil Nadu, Selatan India, untuk mencari perlindungan dan keselamatan.

Mereka memulakan kehidupan dan membina penempatan baru di Kadayanallur. Selain dari

235
Semasa Vasco da Gama bertemu dengan raja Zamorin setibanya di Calicut (Kalikat) pada tahun 1498,
beliau telah meletakkan syarat bahawa urusan perdagangan Raja Zamorin dengan Portugis hanya boleh
diteruskan jika orang Islam ditentang dan dihapuskan. Raja Zamorin menolak permintaan dan tuntutan
Vasco da Gama dan tidak bersetuju berurusan dengan Portugis dan meminta Vasco da Gama
meninggalkan Calicut. Zayn al-Din b. Abd al-Aziz al-Malibari .(1833). Tohfut-ul-Mujahideen:An
Historical Work in Arabic. (Terj.) M.J. Rowlandson. London: Oriental Translation Fund of Great
Britain and Ireland, hlm. 71.
236
Terdapat beberapa peristiwa yang membuktikan kekejaman dan tahap kebencian Portugis terhadap
masyarakat Islam. Antaranya, kapal kepunyaan Koja Kassim yang penuh dengan barang perdagangan
dan orang Islam yang baru selesai menunaikan haji telah ditahan Portugis. Barangan mereka dirampas
dan kapal mereka dibakar tanpa peri kemanusiaan, Keluarga Maraikar Abu Bakar dibunuh. Beberapa
serangan terhadap pelabuhan-pelabuhan Kalikut dan Cochin telah dilancarkan Portugis yang
mengakibatkan kemusnahan petempatan dan perkampungan-perkampungan masyarakat Arab dan Islam.
Ibid., hlm. 103-104.
237
Zamorin adalah dinasti yang paling berpengaruh di Kerala yang mengamalkan dasar kebebasan beragama
dan perdagangan terhadap penduduk tempatan dan orang asing. Raja Zamorin menyokong dan
mempertahankan pedagang Arab dan komuniti Muslim atau Mapilla kerana mereka tidak mencampuri
urusan politik dan bekerjasama dengan pemerintah. Selain itu, golongan Marakkayar dalam kalangan
orang Islam berperanan sebagai panglima perang Raja Zamorin secara turun temurun seperti Kunji Ali
Maraikar I,II dan III. Oleh yang demikian, Raja Zamorin menolak permintaan dan tuntutan Vasco da
Gama agar mereka dihapuskan sebagai syarat perdagangan. Copra.(1979). History of South India, hlm.
2-3. Lihat juga Panikkar, K.M.(1960). History of Kerala, hlm. 9-45.
104
Kadayanallur, sebahagian daripada mereka berhijrah ke kawasan Melapalayam,

Poddalpurthur dan Tenkasi di daerah Tirunelveli. Sebelum komuniti Islam ini membina

petempatan secara tetap di Kadayanallur, mereka tinggal di lereng bukit bernama Marathur.

Namun, akibat masalah gangguan binatang buas, mereka terpaksa mencari kawasan baru

dan mula menetap di Kadayanallur. 238

Pada peringkat awal, komuniti Islam dari Kerala ini yang dikenali sebagai Tamil

Muslim Syafie berasaskan pegangan mazhab mereka, memulakan penempatan di bahagian

utara Kadayanallur dengan membina petempatan awal di sepanjang jalan-jalan yang lurus

yang merangkumi antaranya Periyateru dan Attakolamteru. Periyatteru pernah digelar

sebagai Anji Wannatarteru.239 Sebelum kedatangan komuniti Tamil Muslim Syafie dari

Kerala, komuniti Tamil Muslim lain telah pun menetap di Kadayanallur. Namun, mereka

bermazhab Hanafi dan digelar sebagai Hanafi Muslim. Golongan Hanafi Muslim

mempunya kawasan petempatan khusus di Kadayanallur dan mereka digelar sebagai pettai

oleh komuniti Tamil Muslim Syafie kerana mereka bermazhab Hanafi dan terlibat dalam

perniagaan.240 Terdapat juga komuniti Patan yang berasal dari India Utara menetap di

bahagian utara Kadayanallur yang dikenali sebagai Patani Muslim. Selepas beberapa ketika,

mereka berpindah ke kawasan lain.

238
Ibrahim, S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 59.
239
Teru adalah istilah bahasa Tamil yang bermaksud jalan. Bentuk jalan-jalan di petempatan komuniti ini
dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi mereka. Komuniti Tamil Muslim ini terlibat dalam industri
penenunan kain. Kebiasaanya penenun kain tinggal berdekatan antara satu sama lain di jalan yang lurus
dan memanjang. Ia merupakan trend tempat tinggal komuniti penenun kain. Hal yang demikian juga
dapat dilihat di petempatan penenun kain yang lain seperti di Kallidaikurichi dan Singampattu.
Fanslelow, F.S.(1986). A comparative Study of the Social and Economic Organisation of Muslim and
Hindu Traders in Tirunelveli District, South India. Tesis Ph.D, London School of Economics and Political
Science, University of London., hlm. 38.
240
Abdul Rahim. (1977). Islamia Kalaikalanchiam, hlm. 513.
105
Komuniti Tamil Muslim Syafie (seterus akan disebut sebagai komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur) memulakan penempatan mereka dengan sekelompok komuniti

Muslim dari Kerala mula berkembang apabila disertai oleh pelbagai anggota Tamil Muslim

yang berasal dari kampung dan kawasan sekitar Kadayanallur. Hubungan ini berlaku

melalui faktor penghijrahan dan perkahwinan antara anggota komuniti Tamil Muslim sekitar

Kadayanallur dengan mereka yang berasal dari Kerala. Impaknya, komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur yang terbentuk bukan sahaja melibatkan mereka yang berhijrah dari Kerala

malah anggota komuniti Tamil daripada pelbagai latar belakang. Hakikat ini terbukti

melalui pengamalan nama keluarga yang mengekalkan identiti sesebuah keluarga. Terdapat

nama keluarga dalam kalangan komuniti ini yang merujuk kepada kampung halaman dan

kawasan sekitar Tamil Nadu.241 Perbincangan tentang pengamalan nama keluarga akan

diperincikan dalam bab 3.

Dalam konteks agama, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang asalnya dari

Kerala menjadikan Kerala sebagai asas rujukan budaya dan agama.242 Pimpinan agama

Kerala didatangkan ke Kadayanallur untuk menguruskan hal-hal keagamaan. Hal ini

disaksikan melalui usaha anggota komuniti ini yang menjemput dan membawa para ulama

dan pendakwah dari Kerala ke Kadayanallur untuk memenuhi keperluan agama. Sejumlah

pimpinan agama diperlukan kerana jumlah anggota komuniti ini bertambah mengikut

peredaran masa.

241
Ibrahim,S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm.118.
242
Pada kurun ke-16, komuniti Syafie Muslim dari Kerala yang berhijrah ke Melaypalayam, Tenkasi dan
Kadayanallur mempunyai persamaan dari aspek amalan agama, nama keluarga,cara hidup, pakaian, adat
istiadat, percakapan dan jenis makanan dalam kalangan mereka, Mereka juga berbaiah dengan syeikh-
syeikh tarekat dari Kerala dan jadikan mereka sebagai pemimpin agama di kawasan mereka. Ibrahim,
S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 72.
106
Pada peringkat awal, Imam Syeikh Meeran Lebbai Alim243 dari Theddevallai,

Kerala, dijemput oleh Muhamad Athaviyar, peniaga kain dan tekstil dari Kadayanallur.

Sejak itu, Syeikh Meeran Lebbai berperanan sebagai pemimpin agama dan imam yang

mengasaskan masjid komuniti Tamil Muslim Kadayanallur bermazhab Syafie pertama di

Periyateru, Kadayanallur, pada tahun 1692 bersamaan dengan 1104 Hijrah.244 Beliau

berperanan sebagai imam dan menjalankan khidmat agama dalam menegakkan syiar Islam.

Setelah beliau meninggal dunia, pimpinan agama komuniti ini diambil alih oleh anak kedua

beliau yang dinamakan sempena nama ayahanda beliau Syeikh Uthuman Lebbai. Para

ulama lain dari dari Kerala adalah seperti Said Abdul Rahman Masawi, Muhamad Husin

Shah dan Syeikh Abu Bakar. Para pemimpin agama ini merupakan syeikh-syeikh tarekat

yang telah mempelopori pembentukan jemaah-jemaah tarekat sufi dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur dari kurun ke-17 sehingga awal kurun ke-19.245 Pada dasarnya,

pegangan dan pautan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terhadap sufisme ini menjadi

asas kepada pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat dan penerusan

amalan-amalan agama berasaskan sufisme setelah berlaku penghijrahan ke Pulau Pinang.

Perincian mengenai aspek ini akan dibincangkan dalam bab 3 dan 4.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terus berkembang dengan pembentukan

jemaah-jemaah kecil berasaskan sufisme dalam kalangan mereka dan mengamalkan

kebudayaan tersendiri khususnya pengamalan nama keluarga. Dari aspek pendidikan,

243
Syeikh Meeran Lebai adalah anak sulong kepada Syeikh Uthuman Lebbai yang dikatakan adalah
generasi ke-27 Nabi Muhammad SAW dan berhijrah dari negara Arab pada tahun 1078 Hijrah ke Pantai
Malabar. Setelah berada di Kochi (Cochin) untuk menjalankan kegiatan agama, beliau berkahwin dengan
wanita tempatan di Theddevallai, Kerala. Appachi Appa adalah gelaran hormat dan penuh kasih diberikan
penduduk tempatan terhadap beliau. Abdul Rahim.(1977). Islamia Kalaikalanchiam, hlm. 513-514.
244
S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 73.
245
Ibid. hlm. 80-83.
107
pendidikan agama dititikberatkan sehingga Kadayanallur terkenal sebagai sebuah kawasan

yang melahirkan ramai alim ulama dan hafiz al-Quran. Dari konteks ekonomi hampir semua

anggota komuniti ini melibatkan diri dalam industri penenunan kain sebagai mata pencarian

utama. Hanya sebahagian kecil sahaja terlibat dalam bidang pertanian dan perniagaan

makanan serta minuman. Perbincangan seterusnya akan menumpu pada kegiatan ekonomi

iaitu penglibatan anggota komuniti ini dalam bidang penenunan kain dan faktor

penghijrahan mereka ke Pulau Pinang .

2.7.3 Pekerjaan Penenunan Kain

Dari aspek ekonomi, kegiatan ekonomi utama komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

adalah industri penenunan kain secara tradisional. Kegiatan penenunan kain menjadi

pekerjaan utama komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Hampir semua lapisan anggota

komuniti ini yang merangkumi golongan lelaki, perempuan, orang tua dan muda serta

semua anggota keluarga terlibat dalam perindustrian penenunan kain yang telah dijalankan

sejak turun-temurun di Kadayanallur.246 Pekerjaan penenunan kain berperanan sebagai

sumber pendapatan utama di Kadayanallur sehingga hampir di setiap rumah komuniti ini

mempunyai sekurang-kurangnya sebuah atau dua buah alat penenunan kain. Kepentingan

industri ini boleh digambarkan melalui pepatah Tamil yang terkenal di Kadayanallur seperti

berikut:247

“Kakudiiel kal waika widhal sotil kai waika mudiyather”

246
Ibrahim,S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 184.
247
Ibid.
108
Maksud pepatah Tamil di atas ialah jika tidak diletakkan kaki di alat penenunan kain maka

seseorang itu tidak dapat meletakkan tangan atas nasi. Pepatah ini secara tidak langsung

menunjukkan pergantungan komuniti ini terhadap industri sebagai punca pendapatan utama.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terlibat dalam industri penenunan kain secara

tradisional dalam skala yang besar kerana peranan industri tekstil sebagai sumber ekonomi

utama India Selatan. Secara tradisionalnya, eksport utama India Selatan adalah tekstil

berasaskan kain kapas. Misalnya, Kayalapattinam berperanan sebagai pusat pewarnaan dan

pencorakan kain kapas sehingga Belanda pernah membina sebuah kilang di sini.248 Dari

kurun ke-16 sehingga kurun ke-18, India merupakan pembekal utama barangan tekstil ke

negara-negara Asia dan Eropah serta memenuhi pasaran negara-negara ini.249

Sesungguhnya, faktor permintaan yang tinggi terhadap produk berasaskan tekstil telah

menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri penenunan kain. Keadaan ini

mewujudkan pusat-pusat penenunan kain di India Selatan dan melibatkan jumlah penduduk

yang ramai dalam industri ini. Penduduk yang terlibat dalam industri ini terdiri daripada

komuniti Tamil Hindu dan Muslim. Komuniti Tamil Hindu yang terlibat secara aktif dalam

industri ini adalah golongan yang berkasta penenun kain tradisi seperti Pattacalaiyan,

Pattunulkaran dan Kaikkolaiyan. Sementara itu, para penenun kain dalam kalangan Tamil

Muslim yang bekerja sebagai penenun kain dalam skala yang besar berpusat seperti di

Melapalayam Kadayanallur and Tenkasi. 250

248
Fanselow, F.S.(1986). A Comparative Study of the Social and Economic Organisation, hlm. 37.
249
Sandhu, Kernial Singh.(1969). Indians in Malaya, hlm. 195.
250
Fanselow, F.S.(1986). A Comparative Study of the Social and Economic Organisation, hlm. 37.
109
Pusat penenunan kain secara tradisional ditubuhkan di bahagian selatan Pantai

Koromandel antaranya Kallidaikurichi dan Melapalayam terletak di daerah Tirunelveli.

Permintaan yang tinggi terhadap produk tekstil menyebabkan industri ini menjadi

perniagaan yang menguntungkan. Perkembangan yang positif ini bertindak sebagai

pemangkin kepada tuan-tuan tanah Brahman melaburkan pendapatan hasil jualan produk

pertanian mereka dalam industri penenunan secara tradisional. Selain itu, di Melapalayam

pula, penenun kain induk atau masterweaver dan saudagar yang kaya melaburkan

pendapatan daripada hasil perniagaan komersial mereka dalam industri penenunan kain.

Mereka membentuk rangkaian pusat penenunan kain komuniti Tamil Muslim di kawasan

sekitar melalui orang tengah. Antara kawasan tersebut ialah Kadayanallur, Tenkasi,

Seydanganallur, Puliyankudi, Ambasamundram, Eruvadi dan kawasan-kawasan kecil di

bahagian barat Tirunelveli seperti Singapattu dan Kalakkadu.251 Peta 2.2 menunjukkan

pusat-pusat penenunan kain di Daerah Tirunelveli, India Selatan. Dalam konteks sosial,

industri penenunan kain telah mewujudkan jaringan hubungan yang rapat antara kasta-kasta

penenun kain tradisi dan orang tengah serta dengan komuniti Tamil Muslim yang

bermazhab Syafie termasuk komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang berkait rapat

dengan peranan dominan mereka dalam perdagangan tekstil di Lautan Hindi.

Secara langsung, industri penenunan kain tradisional melibatkan dua golongan iaitu

mereka yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penenunan kain dan golongan

penenun induk yang digelar dalam bahasa Tamil sebagai tarakanar252 atau tarakan.253

Tarakanar merujuk kepada orang tengah yang memainkan peranan utama dalam

251
Ibid.
252
Ibid., hlm. 38.
253
Ibrahim, S.A.(pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 184-85.
110
mewujudkan rangkaian perniagaan antara saudagar dan kapitalis dengan penenun kain.

Tarakanar juga berperanan sebagai penenun induk yang menyediakan dan membekalkan

bekalan mentah seperti benang kepada penenun-penenun kain secara kredit. Seterusnya,

tarakanar akan membeli kembali hasil tenunan mereka dengan sumber kewangan yang

dibekalkan oleh kapitalis dan saudagar.254 Lazimnya, setiap tarakanar mempunyai sejumlah
255
penenun kain sebagai pekerja antara 10-200 orang. Penenun kain bekerja sebagai kuli

dan memperoleh upah berdasar jumlah gulungan kain atau pauh yang dapat dihasilkan.

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, sebahagian besar daripada mereka

adalah golongan pekerja yang bergantung kepada golongan tarakanar. Namun, terdapat

juga sebahagian kecil daripada komuniti ini sendiri berperanan sebagai golongan tarakanar.

Menurut Mohamad Ibrahim,256 bekas penenun kain di Kadayanallur, pihak

tarakanar bertindak sebagai orang tengah dan hanya membekalkan benang. Para pekerja

akan basahkan benang tersebut, sapukan gam, keringkan dan jemurkan. Setelah itu, tahap

seterusnya melibatkan proses yang agak rumit untuk menghasilkan helaian kain. Jika dapat

dihasilkan satu pauh,257 pekerja akan dibayar Rs 10-12. Pelbagai jenis kain dihasilkan di

Kadayanallur seperti sarung, kain untuk pakaian, kain sarong dan sebagainya.

Walaupun pekerjaan penenunan kain dipandang mulia dan amat penting namun

tidak mendatangkan keuntungan yang besar kepada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

secara keseluruhan. Hal yang demikian keranan keadaan ekonomi komuniti ini bergantung

254
Fanselow, F.S. (1986). A Comparative Study of the Social and Economic Organisation, hlm. 37-38.
255
Ibrahim, S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 185
256
Temu bual dengan Mohamad Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2010 di Pulau Pinang. Beliau
merupakan bekas penenun kain di Kadayanallur dan telah berhijrah ke Pulau Pinang pada bulan Mei
1953.
257
Satu pauh menyamai sejumlah 48 helaian kain pelikat. Ibid.
111
Peta 2.2
Kedudukan Pusat Penenunan Kain di Daerah Tirunelveli, Tamil Nadu, India

Sumber: Fanslelow, F.S. (1986). A Comparative Study of the Social and Economic
Organisation of Muslim and Hindu Traders in Tirunelveli District, South
India. Tesis Ph.D, London School of Economics and Political Science,
University of London, hlm. 12.

Nota: (1) Simbol menunjukkan pusat-pusat penenunan kain di Daerah


Tirunelveli.
(2) Kadayanallur dan Tenkasi di tulis dengan fon yang lebih besar.

112
kepada perkembangan, permintaan dan pasaran produk industri penenunan kain secara

tradisional. Akibat kemerosotan industri penenunan kain di India pada akhir kurun ke-19,

sebahagian daripada anggota komuniti ini telah kehilangan sumber pendapatan sehingga

mendesak mereka berhijrah ke luar Kadayanallur khususnya Pulau Pinang untuk mencari

kehidupan yang lebih baik. Dalam perbincangan seterusnya, fakto-faktor penghijrahan

mereka ke Pulau Pinang akan diolah.

2.8 Faktor Penghijrahan Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur ke Pulau Pinang

Penghijrahan awal komuniti Tamil Muslim Kadayanallur ke Pulau Pinang dikenal pasti

bermula pada tahun 1880-an dan 1890-an. Penghijrahan komuniti ini ke Pulau Pinang

berterusan secara berkala sehingga tahun 1953. Arus penghijrahan berterusan ini dari

Kadayanallur ke Pulau Pinang adalah berteraskan faktor desakan ekonomi dan kemiskinan

secara umum.

Pada dasarnya, kehidupan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur penuh dengan cabaran

dan berbentuk perjuangan. Majoriti daripada mereka terlibat dengan pekerjaan penenunan

kain kerana permintaan yang tinggi terhadap tekstil. Walau bagaimanapun, penglibatan

dalam industri penenunan kain tidak menjamin mereka memperoleh pendapatan yang

mencukupi. Keadaan mereka bertambah buruk pada kurun ke-19, industri penenunan kain

telah mengalami perubahan akibat Revolusi Perindustrian di Britain. Industri penenunan

kain tradisional India tidak dapat ditandingi British khususnya dari aspek kualiti walaupun

113
Britain menggunakan teknologi dan mesin pemintalan kain yang lebih moden.258 Pihak

British melalui SHTI mengambil tindakan-tindakan drastik untuk mempertahankan dan

melindungi industri tekstil British. Antara tindakan British termasuk penggunaan mesin

pemintal benang yang lebih efisen dari Britain dan menubuhkan kilang-kilang tekstil

British259 di India. Seterusnya, British mengenakan cukai dan duti import yang tinggi260

terhadap barangan tekstil India.261 Misalnya pada tahun 1860, British telah melaksanakan

cukai terhadap semua penenun kain tradisional. Tindakan British ini membawa kepada

kemusnahan industri tekstil tradisional India.

Penenun kain tradisional India tidak dapat bersaing lagi dengan produksi pakaian

yang jauh lebih murah yang dihasilkan melalui mesin kilang kapas British. Impak daripada

perkembangan ini, kemahiran penenun kain semakin kurang diperlukan. Jadi, India

kehilangan statusnya sebagai negara pembekal produk tekstil yang dimusnahkan oleh SHTI

dengan cara menipu dan menjadikan India sebagai pengguna produk tekstil British.262 Hal

yang demikian bertujuan untuk menyekat industri penenunan kain tradisional India supaya

tidak berperanan sebagai penyaing kepada industri tekstil British. Pada hakikatnya, dasar

258
Pada kurun ke-16 hingga kurun ke-18, India merupakan pembekal utama barangan buatan ke negara-
negara Asia dan Eropah. Barangan India termasuk barangan tekstil memenuhi pasaran negara
Eropah.Sandhu, Kernial, Indians in Malaya, hlm. 195.
259
Kilang kapas yang pertama dibina di Calcutta pada tahun 1818 namun terbantut, kemudian sebuah
kilang memulakan operasi di Bombay, India pada tahun 1851. Dalam konteks India Selatan, Sejak tahun
1825 dan selepas itu, akibat peningkatan import mesin pemintal benang dan penubuhan kilang-kilang
pemintal benang tempatan misalnya di Vikramasingapuram dan Ambasamudram pada tahun 1885
industri penenunan kain secara tradisional mengalami kemerosotan dan zaman kemusnahan. Ghosh.G. K.
& Shukla Ghosh. (1995). Indian Textiles: Past and Present. New Delhi: S.B. Nangia, hlm.26.
260
Menjelang kurun ke-19 cukai terhadap kain kapas yang dimport ke Britain telah naik 50 peratus. Keadaan
ini berlaku sejak sebelum Revolusi Perindustrian lagi. Duti import dinaikkan secara progresif sehingga
tahun 1813, kadar yang dikenakan adalah tidak kurang daripada 85 peratus. Hamzah Alavi.(1982).
Capitalism and Colonial Production: Essays on the Rise of Capitalism in Asia. Australia: Routledge
Kegan & Paul, hlm.56.
262
Ghosh.G. K. & Shukla Ghosh. (1995). Indian Textiles, hlm. 26-27.
114
British bermatlamat menjadikan India sebagai pembekal bahan mentah tekstil dan bukan

sebagai pengeksport barangan siap tekstil dan pesaing terhadap perdagangan British.263

Implikasi daripada dasar British yang menindas ini adalah kejatuhan industri-

industri tekstil dan juga bidang lain di India yang merangkumi industri besar dan kecil-

kecilan yang berperanan sebagai sumber ekonomi penduduk India. Rentetan daripada dasar

ini, tahap pengangguran, kemiskinan dan kebuluran semakin serius di India menjelang

akhir kurun ke-19.264 Hal ini melibatkan sebahagian besar daripada penenun kain, pembuat

tembikar, pengilang, pembuat kasut dan sebagainya. Keadaan yang mendesak ini

menyebabkan sebahagian kecil daripada mereka beralih kepada pekerjaan pembinaan jalan

keretapi, jalan raya dan pembinaan pelabuhan yang sesuai dengan kemahiran sedia ada.

Namun, sebahagian besar penduduk tiada pilihan selain daripada meninggalkan India dan

berhijrah ke negara lain untuk mencari kehidupan.265

Implikasi daripada keadaan ekonomi yang meleset dan mendesak ini turut melibatkan

komuniti penenun kain Tamil Muslim Kadayanallur. Industri penenunan kain yang sekian

lama diusahakan oleh komuniti ini telah mengalami kemerosotan. Penenun utama dan

broker Tamil Muslim yang berperanan sebagai orang tengah dalam industri penenunan dan

penghasilan kain, kini telah beralih kepada pengedaran produk-produk industri yang

diimport.266 Tindakan orang tengah ini menyebabkan permintaan dan penawaran kerja

penenunan kain semakin berkurangan kepada para penenun kain di Kadayanallur. Secara

kontra, keadaan ekonomi dan pendapatan penenun-penenun kain tradisional yang terlibat

263
Sandhu, Kernial. (1969). Indians in Malaya, hlm.32.
264
Ghosh.G. K.& Shukla Ghosh. (1995). Indian Textiles, hlm. 26.
265
Sandhu, Kernial Singh.(1969). Indians in Malaya, hlm. 36.
266
Fanslelow, F.S. (1986). A Comparative Study of the Social and Economic Organisation, hlm.37-38
115
secara langsung dalam menghasilkan kain terjejas akibat pelaksanaan dasar ekonomi British

di India.

Kebanyakan penenun kain tradisional Tamil Muslim Kadayanallur, mendapati diri

mereka sukar memperoleh pendapatan dan mengalami zaman kesusahan serta kebuluran.

Hal ini mendesak mereka berhijrah ke tempat lain khususnya Pulau Pinang dan Singapura.

Menurut Sultan Arif, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berhijrah ke Pulau Pinang

dengan tujuan mencari kehidupan yang lebih baik dan bukan bertujuan memulakan

perniagaan baru kerana mereka merupakan golongan penenun kain dan bukan golongan

peniaga. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

bidang lain.267 Khabar yang mengatakan kehidupan yang lebih baik, selesa dan peluang

pekerjaan boleh diperoleh dengan mudah menjadi pemangkin kepada penghijrahan anggota

komuniti ini secara berterusan ke Pulau Pinang.

Sebelum berlaku penghijrahan ke Pulau Pinang terdapat anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur pernah berhijrah ke tempat lain seperti Sri Lanka dan Burma untuk

mencari kehidupan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi dan sosial di

negara-negara ini hampir sama dengan keadaan di India menyebabkan mereka tidak

bertahan lama dan mula beralih ke Pulau Pinang. Menurut Sultan Arif, keluarga datuk

beliau pernah berhijrah ke Sri Lanka dan menetap di sana beberapa tahun sebelum berhijrah

ke Pulau Pinang. Oleh kerana keadaan hidup di Sri Lanka tiada beza dengan Kadayanallur

267
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhamad Mydin pada 9 Ogos 2010. Beliau merupakan bekas presiden
Persatuan Hidayathul Islam (PHI) dan mempunyai pengalaman serta berpengetahuan luas mengenai aspek
sosiobudaya komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

116
dari segi ekonomi dan sosial maka mereka membuat keputusan untuk berhijrah ke Pulau

Pinang setelah mendapat peluang berbuat demikian.268

Penghijrahan komuniti yang bermula sejak awal pada tahun 1880-an dan 1890-an

berterusan dengan rangkaian penghijrahan secara beransur-ansur sehingga tahun 1953.

Penambahan jumlah anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang

disaksikan melalui penghijrahan beramai-ramai antara tahun 1950 sehingga 1953 khususnya

pada tahun 1952 dan 1953 menyaksikan jumlah penghijrahan yang paling tinggi.269 Hal

yang demikian kerana kehidupan yang susah, keadaan kebuluran dan kemarau yang

berpanjangan di Kadayanallur.270 Selain itu, faktor yang mendesak penghijrahan anggota

komuniti ini adalah perubahan undang-undang imigresen yang ketat yang bakal

dilaksanakan di Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1953.271 Undang-undang imigresen

yang baru iaitu Immigration Ordinance 1952 (No.68 of 1952) telah diluluskan oleh

Kerajaan Tanah Melayu pada 24 April 1952 dan berkuatkuasa pada 1 Ogos 1953.272

Menurut perkara larangan kemasukan (Prohibition of Entry) Ordinance 1952, kemasukan

semua orang India ke Tanah Melayu dikawal buat kali pertama.273 Oleh kerana bimbang

268
Ibid.
269
Rekod perjalanan Passport Of India, Onna Mohamad Nagoor Meeran, PI no. A 133766 (1950), hlm. 1-
4. Lihat juga Rekod perjalanan Passport Of India, Ameer Sultan, PI no. A 380323 (1953), hlm. 1-4.
Hal ehwal ketika penghijrahan antara tahun 1952 sehingga tahun 1953 turut dinyatakan oleh Muhammad
Ibrahim bin Osman.Temu bual dengan Muhammad Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2010.
270
Ibid.
271
Ibid.
272
Rang undang-undang telah dirangka pada tahun 1949 untuk mengawal semua bentuk kemasukan
imigran baru sebagai satu cara memastikan standard dan keselamatan penduduk yang telah menjadikan
Tanah Melayu sebagai tanah air mereka. Setelah diluluskan rang undang-undang ini dikenali sebagai
Immigration Ordinance 1952. Sandhu.Kernial Singh.(1969). Indian in Malaya, hlm. 149-150.
273
Hak untuk memasuki Malaya telah dihadkan kepada warganegara British atau rakyat di bawah naungan
British, rakyat di bawah naungan sultan-sultan negeri-negeri Melayu, warganegara Persekutuan, rakyat
British yang sudah menjadi penduduk Tanah Melayu dan orang asing yang memiliki sijil kerakyatan
serta para isteri serta anak kepada mereka yang disebutkan di atas. Imigirasi baru terhad kepada mereka
yang memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan. Ibid., hlm. 150.
117
kemungkinan tiada peluang atau sukar untuk berhijrah ke Pulau Pinang dan ditambah pula

masalah ekonomi yang mendesak maka sebahagian anggota komuniti ini mengambil

keputusan untuk berhijrah secara beramai-ramai. Menurut Ibrahim bin Osman274 yang turut

berhijrah ke Pulau Pinang pada bulan Mei tahun 1953, antara tahun 1952 hingga 1953

ratusan keluarga mula berhijrah dan menetap di Pulau Pinang sehingga mereka menghadapi

masalah petempatan dan terpaksa tinggal secara berkelompok dalam sesebuah rumah dalam

keadaan yang agak sesak. Menurut Mydin Pillay bin Kassim,275 selepas tahun 1948

dianggarkan seramai 2,000 anggota komuniti ini telah berhijrah ke Pulau Pinang dari

Kadayanallur. Sebelum menyentuh tentang aspek petempatan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur, perbincangan seterusnya akan menumpu pada cara penghijrahan anggota

komuniti ini ke Pulau Pinang.

2.9 Cara Penghijrahan ke Pulau Pinang

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pembentukan komuniti Tamil Muslim di

Pulau Pinang secara umum melibatkan pelbagai latar belakang termasuk pedagang,

pembekal senjata, buruh dan profesional. Dalam konteks penghijrahan Tamil Muslim

sebagai buruh, Sandhu menegaskan bahawa sebahagian besar komuniti India Muslim dari

India berhijrah ke Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang sebagai buruh bebas. Jika dilihat

dari aspek etnik, buruh bebas kebanyakannya terdiri daripada komuniti Tamil dari India

Selatan dan komuniti Malayali atau Malabari dari Pantai Malabar. Sebanyak 30 peratus

daripada buruh bebas ini terdiri daripada komuniti India Muslim. Buruh bebas yang
274
Temu bual dengan Muhammad Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2010.
275
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Kassim pada 15 Oktober 2011.
118
berhijrah ke Tanah Melayu berperanan sebagai pekerja bot, pekerja kontrak bangunan dan

pekerja kilang, tukang masak, pekerja am dan tukang bersih.276

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, sejajar dengan hujah Sandhu,

bentuk penghijrahan mereka ke Pulau Pinang adalah sebagai buruh bebas. Faktor ekonomi

yang mendesak menyebabkan mereka berhijrah atas dasar mencari kehidupan yang lebih

baik277 melalui jemputan dan mengikut kaum kerabat serta sanak saudara yang sudah pun

menetap dan bekerja di Pulau Pinang. Seperti dibincangkan sebelum ini, anggota komuniti

ini mula berhijrah ke Pulau Pinang sejak tahun 1880-an dan 1890-an. Para perantau awal

dari Kadayanallur menuju ke pelabuhan Nagapattinam,Pantai Koromandel, Tamil Nadu dan

dari sana mereka mengikut pedagang-pedagang Tamil dengan menaiki bot dan kapal layar

yang memakan masa hampir 10 hari perjalanan ke Pulau Pinang.278 Pada peringkat awal

disebabkan terlalu miskin ada dalam kalangan perantau yang menaiki kereta lembu dari

Kadayanallur ke Thanjavur279 serta menuju ke pelabuhan Nagapattinam kerana tiada wang

untuk menaiki keretapi. Seterusnya mereka bekerja sebagai kuli di pelabuhan dan pekerja

kapal dagang. Melalui kegiatan ini mereka memperoleh wang tambang dan berpeluang

untuk berhijrah ke Pulau Pinang sebagai buruh bebas. Para perantau awal tidak menaiki

kapal berkuasa wap tetapi kapal layar yang disebut sebagai pāymarakappal untuk sampai

ke Pulau Pinang.280

276
Sandhu, Kernial. (1969). Indians in Malaya, hlm. 117.
277
Persatuan Muslim Bersatu.(1979). Buku Cenderamata Sambutan Jubli Perak, t.h.
278
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Kassim pada 15 Oktober 2011.
279
Thanjavur adalah salah satu daerah di India Selatan. Istilah Thanjavur ditransliterasikan sebagai Tanjore
semasa pemerintahan British dan peringkat awal kemerdekaan India sehingga tahun 1967. Bouton,
Marshall M. (2014). Agrarian Radicalism in South India. New Jersy: Princeton University Press,hlm.71.
280
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Kassim pada 15 Oktober 2011.
119
Pada peringkat permulaan, hanya kaum lelaki281 sahaja dalam kalangan Tamil

Muslim Kadayanallur berhijrah ke Pulau Pinang sebelum membawa bersama kaum keluarga

masing-masing untuk terus menetap di Pulau Pinang. Kehadiran anggota komuniti ini di

Pulau Pinang menarik minat dan membuka peluang kepada anggota-anggota lain untuk turut

berhijrah bersama ahli keluarga masing-masing.282 Mengikut tradisi yang popular dalam

kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang, anggota komuniti terawal

yang sampai di Pulau Pinang berasal dari keluarga Mupancaṭṭi.283 Beliaulah yang

mengkhabarkan tentang keadaan Pulau Pinang kepada komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur seterusnya Pulau Pinang dijadikan destinasi utama penghijrahan komuniti ini.

Dalam perbincangan mengenai proses penghijrahan komuniti ini, persoalan timbul

tentang bilakah bermulanya penempatan komuniti ini bersama keluarga masing-masing

secara tetap? Persoalan ini tidak dapat dijawab dan dibuktikan secara tepat mengikut tahun

yang khusus kerana ketiadaan rekod. Namun, berdasarkan rekod Persatuan Muslim Bersatu

(UMA),284 terdapat anggota komuniti ini lahir di Pulau Pinang sebelum tahun 1900.

Misalnya, M.M Pitchay Gani285 salah seorang pengasas Persatuan Muslim Bersatu

dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1896. Rekod lain hanya diperoleh melalui temu bual

281
Menurut Mydin Pillay bin Kassim hanya kaum lelaki yang berani yang sanggup mengambil risiko sahaja
berhijrah peringkat awal dengan menggunakan bot merentasi lautan luas untuk ke Pulau Pinang. Ibid.
282
Persatuan Muslim Bersatu.(1979). Buku Cenderamata Sambutan Jubli Perak, t.h
283
Oleh kerana peristiwa ini, ahli keluarga Mupancaṭṭi berkenaan digelar sebagai Kolapana. Nama
Kolapana sebenarnya bermaksud Pulau Pinang tetapi disebabkan tidak disebut dengan betul, perkataan
ini telah bertukar menjadi Kolapana. Pada masa ini keluarga Mupancaṭṭi tidak lagi menetap di
Kadayanallur. Keseluruhan keturunan keluarga Mupancaṭṭi menetap di Pulau Pinang dan Singapura.
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhamad Mydin pada 9 Ogos 2010 Perbincangan tentang
pengamalan nama keluarga komuniti ini diperincikan dalam bab 3.
284
Persatuan Muslim Bersatu.(1979). Buku Cenderamata Sambutan Jubli Perak, t.h
285
M.M. Pitchay Gani yang berasal dari keluarga Mukuperi merupakan salah seorang daripada 13 orang
pengasas Persatuan Muslim Bersatu (UMA). Beliau merupakan pengasas persatuan ini yang paling tua
dan meninggal dunia pada tahun 1930. Pengasas seterusnya N.N. Mohamed juga dilahirkan di Pulau
Pinang pada tahun 1901. M.M. Uthuman juga salah seorang pengasas UMA dilahirkan di Pulau Pinang
pada tahun 1905. Ibid.
120
misalnya Muhamad Ibrahim286 menyatakan bahawa datuk beliau telah berhijrah ke Pulau

Pinang sekitar tahun 1880-an dan bapa beliau lahir pada tahun 1900 di Pulau Pinang. Oleh

yang demikian, kewujudan penempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur bersama

dengan keluarga mereka di Pulau Pinang ternyata bermula sebelum tahun 1900.

Arus penghijrahan berterusan secara beransur-ansur berlaku melalui jemputan kaum

keluarga dan sahabat handai yang sudah pun menetap di Pulau Pinang. Ketibaan beberapa

anggota komuniti pada awal tahun 1900-an dari Kadayanallur ke Pulau Pinang didapati

tercatat dalam rekod UMA tentang latar belakang pengasas persatuan tersebut. Misalnya,

A.K.Abdul Rahman yang tiba pada tahun 1908, A.S. Mansor dan M.P. Uthuman tiba pada

tahun 1909 dan A.S. Meera Husin berhijrah pada tahun 1911. Ramai anggota komuniti ini

berhijrah secara beramai-ramai selepas tahun 1919 dan antara tahun 1950-1953. Misalnya,

berdasarkan tinjauan didapati antara keluarga yang berhijrah ke Pulau Pinang dalam jangka

masa antara tahun 1950 sehingga 1953 adalah keluarga Onna Mohamad Nagoor Meeran

yang berhijrah dari Kadayanallur melalui Madras ke Pulau Pinang pada tahun 1950. Beliau

berhijrah bersama isteri, Nagoor Meeral dan anak-anak mereka termasuk Jaafar, Mumdass,

Pathumuthu dan Hamida.287 Keluarga lain yang berhijrah adalah keluarga Ameer Sultan

bin Osman bersama isteri dan tiga orang anak mereka termasuk Kuppal Mydin, Syed dan

Kareemghani. Mereka berhijrah dari Kadayanallur melalui Madras ke Pulau Pinang pada

bulan Julai 1953.288 Sebahagian daripada anggota komuniti ini berhijrah ke Pulau Pinang

melalui pelabuhan Nagapittanam dan pelabuhan Madras bergantung kepada tahun dan

keadaan masa penghijrahan mereka. Kebanyakan daripada anggota komuniti yang

286
Temu bual dengan Muhammad Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2010.
287
Rekod perjalanan Passport Of India Onna Mohamad Nagoor Meeran, PI no. A 133766 (1950), hlm. 1-4.
288
Rekod perjalanan Passport Of India Ameer Sultan, no. A 380323 (1953), hlm. 1-4.
121
ditemubual menaiki kapal berkuasa wap bernama Rajula dari pelabuhan Nagapattinam dan

State of Madras dan Jalagopal dari pelabuhan Madras, India.

Perjalanan kapal wap dari pelabuhan Nagapattinam dan Madras ke Pulau Pinang

mengambil masa 5 hingga 10 hari. 289 Kapal yang dinaiki akan berlabuh di Pulau Jerejak

dan semua imigran yang menuju Pulau Pinang menjalani pemeriksaan kesihatan dan

dikuarantin selama 4 hingga 7 hari di pulau ini sebelum dibenarkan memasuki Pulau

Pinang.290 Hal ini dinyatakan dalam laporan mengenai kedatangan buruh-buruh dari India

ke Pulau Pinang dalam The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942)291

bahawa seramai 334 buruh telah sampai di Pulau Pinang dengan kapal wap S.S. Rajula pada

12 Disember 1935. Seramai 109 orang buruh dihantar ke Pulau Jerejak untuk dikuarantin

dan selebihnya meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Swettenham dan akan dikuarantinkan

di sana. The Straits Times292 pada tahun 1935, pula membuat laporan seperti berikut:

“The Rajula brought 389 State-aided labourers to Penang of whom it is


expected that 122 would be sent to Pulau Jerejak and the balance proceed to
Port Swettenham for quarantine there.”

Salah seorang anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang terlibat secara langsung

dalam proses penghijrahan melalui kapal wap Rajula dari Naggapatinam ke Pulau Pinang

memperjelaskan lagi proses pemeriksaan kesihatan di pusat kuarantin Pulau Jerejak. Abdul

289
Temu bual dengan Ameer Sultan bin Osman pada 30 Jun 2013.
290
Pulau Jerejak dijadikan pihak British sebagai stesen kuarantin pemeriksaan kesihatan imigran. Pulau ini
juga berfungsi sebagai pusat kesihatan penyakit kusta. The Strait Times, 21 September 1903, hlm.8. Lihat
juga . The Straits Times, 2 Oktober 1931, hlm.11.
291
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942),13 Disember 1935, hlm.7. Para imigran
yang dibawa dari India dan China untuk bekerja di Pulau Pinang dihantar ke Pulau Jerejak untuk
dikuarantin bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Buruh-buruh yang dihantar ke negeri lain selain Pulau
Pinang dikuarantin di Pelabuhan Swettenham . Lihat juga. The Straits Times, 21 November 1934, hlm.13.
292
The Straits Times, 26 Julai 1935, hlm. 4.
122
Mutalif bin Mydin Pillay293 yang berhijrah ke Pulau Pinang dari Kadayanallur pada tahun

1935 menyatakan:

“Apabila kami sampai di kawasan pantai Nagapatinam, kami naik sampan


untuk sampai ke kapal yang biasanya akan berada di kawasan tengah laut.
Sebaik sampai dekat dengan kapal, kami naik seorang demi seorang ke
dalam kapal.Perjalanan kami mengambil masa 5 hari untuk sampai ke
Pulau Pinang. Kemudian kami ditempatkan di Pulau Jerejak. Yakni ,
kambing dan lembu yang mungkin hidap penyakit dan juga manusia akan
menjalani pemeriksaan kesihatan dan penyakit. Akan diberi suntikan, ubat-
ubatan dan makanan. Kami duduk di sini (Pulau Jerejak) selama empat
hari. Dari Pulau Jerejak kami tidak naik kapal tapi sampan dan sampai di
pelabuhan Pulau Pinang.”

Pengalaman yang sama diceritakan oleh informan atau orang sumber yang ditemui termasuk

Mydin Pillai bin Kassim,294 Ibrahim bin Osman,295 Abdul Jabar bin Mohideen Pillai296 dan

Ameer Sultan bin Osman yang berhijrah ke Pulau Pinang antara tahun 1948 sehingga 1953.

Namun, terdapat juga anggota komuniti ini yang berhijrah ke Pulau Pinang tetapi kembali

ke Kadayanallur kerana mereka terpaksa mengharungi kehidupan yang susah di Pulau

Pinang. Sebahagian daripada mereka berhijrah dari Pulau Pinang ke Singapura dan

sebaliknya.297

Berdasarkan perbincangan ini, dapatlah disimpulkan bahawa penghijrahan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur ke Pulau Pinang adalah sebagai buruh dan pekerja bebas.

Seterusnya, kedatangan mereka adalah berasaskan jemputan kaum keluarga yang telah pun

293
Temu bual dengan Abdul Mutalif bin Mydin Pillay pada 10 Julai 2010. Beliau dikenali berasaskan nama
keluarga beliau sebagai Seyen Kidir Mutalif. Lahir di Kadayanallur dan berhijrah ke Pulau Pinang pada
tahun 1935 bersama ibu bapa beliau ketika berumur 13 tahun.
294
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Kassim pada 15 Oktober 2011.
295
Temu bual dengan Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2010.
296
Temu bual dengan Abdul Jabar bin Mohideen Pillai 6 Julai 2013.
297
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Kassim pada 15 Oktober 2011.
123
menetap di Pulau Pinang. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terus menetap dan

berkembang bersama keluarga masing-masing tanpa kembali ke Kadayanallur secara

beransur-ansur melalui proses penghijrahan berlanjutan sehingga tahun 1953. Oleh yang

demikian, petempatan mereka berkembang sekitar bandar George Town sejak tahun 1890-

an.

2.10 Perkembangan Petempatan di Pulau Pinang

Penghijrahan secara beransur-ansur dan berperingkat komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur sejak tahun 1880-an dan 1890-an telah mewujudkan petempatan berkelompok

anggota komuniti ini di sekitar bandar George Town, Pulau Pinang. Pada peringkat awal

penghijrahan, sebahagian kecil anggota komuniti ini memulakan petempatan mereka sekitar

kawasan pelabuhan Pulau Pinang. Seterusnya mereka mengembangkan petempatan di

kawasan sekitar Lebuh Chulia298 yang tertumpu di kawasan berhampiran Kampung

Malabar. Petempatan awal ini dikenali secara tradisi sebagai Minachi Kambom atau

Kampung Minachi. Seterusnya, petempatan mereka mula berkembang dengan pertambahan

jumlah anggota komuniti yang semakin ramai berhijrah ke Pulau Pinang. Hal yang

demikian menyebabkan komuniti ini mula menetap di sekitar bandar George Town

merangkumi kawasan kejiranan di sepanjang Jalan Hutton, Jalan Argyll. Jalan Dato Koyah,

Jalan Kampung Malabar, Jalan Kedah, Jalan Transfer, Jalan Ariffin, Jalan Halfway dan

Jalan Ceylon. Peta 2.3 menunjukkan kedudukan jalan-jalan utama di bandar George Town

298
Penempatan paling awal komuniti Tamil Muslim Kadayanallur adalah di sekitar di Jalan Chulia
khususnya di Kampung Minaci yang terletak di bahagian belakang bangunan Persatuan Anjuman
Himayathul Islam. Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhammad Mydin pada 15 Ogos 2010.
124
yang menjadi tumpuan pembinaan petempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Kawasan kejiranan tertentu di sekitar George Town misalnya Jalan Kedah299 asalnya

merupakan petempatan komuniti Jawi Peranakan. Namun pada awal kurun ke-20, mereka

telah berpindah ke kawasan lain. Kawasan kejiranan tersebut seterusnya dipenuhi oleh

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang terus menetap untuk jangka masa yang lama.300

Terdapat juga sebahagian kecil anggota komuniti ini berpindah dan memulakan petempatan

baru di kawasan lain seperti Jelutong, Sungai Pinang, Jalan Perak, Gelugor dan Air Itam

mengikut kemampuan dan keperluan pekerjaan masing-masing.

Corak petempatan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di sekitar bandar

George Town adalah berbentuk kelompok dan setempat. Sebahagian besar keluarga

komuniti ini tinggal secara berkelompok di rumah-rumah kedai yang disewa dan kawasan

petempatan pula terletak berdekatan antara satu sama lain. Menurut Abdul Wahab,

petempatan komuniti Tamil Muslim ini terbentuk secara berkelompok berdasarkan faktor

kedudukan ekonomi mereka yang tidak kukuh.301 Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

merupakan komuniti yang tidak mempunyai kemampuan kewangan dan kebanyakan

daripada mereka bekerja sebagai buruh kasar. Oleh yang demikian, status ekonomi mereka

agak rendah dan tidak mampu memiliki rumah sendiri. Anggota komuniti ini menetap

secara berkelompok dalam rumah-rumah besar dengan cara menyewa bilik-bilik kecil. Hal

299
Jalan Kedah juga pernah dikenali sebagai Kampong Melaka. Terdapat keluarga Melayu di sini membuat
dan menjual cincaluk serta makanan Melaka lain pada awal tahun 1900-an. Khoo Salma
Nasution.(1993). Streets of Georgetown, hlm.98. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur tinggal di
sepanjang Jalan Kedah dan sebuah perkampungan di sini yang dikenali sebagai ulu kambom yang
bermaksud kampung dalam. Kemungkinan kampung yang dimaksudkan adalah Kampong Melaka.
Temu bual dengan Ahmad Meera binti Othuman pada 1 Januari 2012.
300
Ibid., hlm. 98.
301
Abdul Wahab b Ismail. (1978). Socio-economic Study on a Selected Group of Indian Muslims of Rifle
Range Flats, Ayer Itam, Penang. Pusat Sains Kemasyarakatan: Universiti Sains Malaysia. (Latihan
Ilmiah yang tidak diterbitkan), hlm. 11.
125
yang demikian kerana kadar sewa bilik-bilik kecil adalah lebih murah berbanding dengan

sewa sebuah rumah yang sempurna dan besar.

Terdapat juga anggota komuniti ini yang berkemampuan menyewa sebuah rumah

yang besar kemudian beliau akan menyewakan rumah tersebut kepada beberapa keluarga

anggota komuniti ini. Saiz bilik yang kecil dan penghuni yang ramai menyebabkan mereka

terpaksa duduk dalam keadaan yang sesak. Bilik-bilik yang kecil didiami oleh kaum

keluarga masing-masing dan terdapat rumah yang didiami hampir 40 buah keluarga pada

satu-satu masa seperti rumah yang besar di no.20-22, Jalam Hutton. Rumah ini mempunyai

16 buah bilik yang dibahagi-bahagikan untuk memenuhi 40 buah keluarga.302 Sebuah lagi

rumah besar dikenali sebagai Cēyaṉkaṭai di no. 108B, Lebuh Chulia, George Town pernah

didiami seramai 22 buah keluarga. Menurut Sultan bin Sinta, keadaan rumah yang sempit di

Cēyaṉkaṭai menyebabkan keluarga beliau pada tahun 1930-an mengikat langsir sebagai

pembahagi bilik dengan keluarga lain.303 Begitu juga sebuah rumah yang dikenali sebagai

Aṭayarkaṭai yang terletak di 28, Jalan Kedah didiami sehingga 14 buah keluarga. Rumah ini

dibahagikan kepada 14 buah bilik berasingan bagi 14 buah keluarga.304 Mereka berkongsi

tandas, bilik mandi dan tempat masak kerana tiada pilihan.305 Ketika kekurangan perumahan

pada tahun 1960-an dan awal 1970-an, keadaan sekitar kawasan George Town agak sempit.

Keluarga tertentu mengambil giliran untuk tidur di mana-mana sahaja walaupun di bawah

katil dan meja. Keadaan rumah yang sempit dan padat ini memaksa sebahagian daripada

kaum lelaki tidur di bahagian luar bilik dan ruang terbuka. Terdapat juga kaum lelaki yang

302
Temu bual dengan En.Ahmad Sha bin Abdullah pada 3 Disember 2012.
303
Temu bual dengan Sultan bin Sinta pada 3 Januari 2012.
304
Penyelidik berpengalaman tinggal di no. 28, Jalan Kedah sejak 1973 sehingga akhir tahun 1984.
305
Temu bual dengan Sultan bin Sinta pada 3 Januari 2012.
126
bujang dan yang sudah berkahwin tidur di persatuan berpusatkan kaum kerabat seperti

Persatuan Muslim Bersatu (UMA) dan Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI).306

Rumah-rumah yang besar yang dihuni ramai keluarga menjadi sindiran sehingga digelar

sebagai Kapal Rajula dan Kapal State of Madras.307

Perkembangan jumlah keluarga dan petempatan mencetuskan identiti tidak formal

bagi rumah yang didiami sesebuah keluarga Tamil Muslim Kadayanallur. Mengikut tradisi

komuniti ini, rumah-rumah yang mereka tinggal diberi nama tertentu sebagai satu identiti

dalam kalangan mereka selain daripada alamat rumah sedia ada. Kebiasaannya, rumah-

rumah yang didiami oleh beberapa buah keluarga secara berkelompok digelar sebagai

kaṭai.308 Menurut Ahmad Meera309 antara kaṭai yang terkenal termasuk Cēyaṉkaṭai,

Māmatukaṭai, Pallathukaṭai, Periyakaṭai,310 Aṭaiyarkaṭai dan Mūppaṉcaṭṭikaṭai. Identiti

kaṭai ditentukan sempena nama tuan punya rumah, pengurus sewaan rumah tersebut yang

kebiasaannya digelar sebagai kerani, peristiwa tertentu, nama keluarga dan keadaan fizikal

kawasan rumah

Dalam konteks sandaran identiti kaṭai misalnya Cēyaṉkaṭai di Lebuh Chulia,

Aṭaiyarkaṭai di Jalan Kedah dan Mūppaṉcaṭṭikaṭai di Jalan Transfer dinamai demikian

sempena nama keluarga ketua pengurus atau kerani rumah tersebut, Mamatukaṭai,

bernombor 20-22, Hutton Lane pula mendapat namanya berdasarkan pokok mempelam

306
Temu bual dengn Ibrahim Bin Osman pada 10 Julai 2011.
307
Makal Osai, 15 Julai 2007, hlm. 2. Artikel dalam surat khabar berbahasa Tamil yang bertajuk Pinangil
Kadayanallur Tenkasi Muslim Makkal ini mengisahkan sejarah ringkas komuniti Tamil Muslim
Kadayanallur. Artikel dikarang oleh Mydin Sultan, salah seorang anggota komuniti ini berdasarkan
pengalaman beliau.
308
Perkataan kaṭai bermaksud kedai dalam bahasa Tamil. New English-English-Tamil Dictionary.( 2006).
First Edition. Chennai :Sura Books, hlm. 523.
309
Temu bual dengan Sulaiman bin Ahmad pada 24 Januari 2012.
310
Periyakaṭai juga dikenali sebagai Uthuman Syed kaṭai. Ibid.
127
yang disebut mamatu yang tumbuh di hadapan rumah tersebut, Pallatukaṭai, di Jalan Argyll

pula dinamai bersandarkan keadaan fizikal sekitar rumah tersebut yang berlekuk-lekuk dan

berlubang-lubang kecil. Perkataan pallathu bermaksud berlekuk-lekuk dalam bahasa Tamil.

Begitu juga Periyakaṭai mendapat namanya berdasarkan keadaan fizikalnya yang besar.

Periya bermaksud besar dalam bahasa Tamil. Rumah-rumah ini disebut sebagai kaṭai

kerana saiz rumah yang didiami besar dan didiami oleh sekelompok keluarga.311 Dalam

konteks identiti petempatan komuniti ini, bukan sahaja rumah yang didiami diberi gelaran

dan nama malah kawasan petempatan juga diberi identiti secara tidak formal. Misalnya,

kawasan petempatan di Jalan Kedah disebut sebagai Ulu Kambom yang bermaksud

Kampung Dalam dan petempatan di Ariffin dan Jalan Sekerat atau Half Way Road digelar

sebagai Attar Kambom yang bermaksud Kampung Attar.312 (Gambar Foto 2.1 menunjukkan

keadaan rumah-rumah kedai yang pernah didiami oleh komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur)

Kewujudan petempatan tetap anggota komuniti yang berhijrah lebih awal ke Pulau

Pinang bertindak sebagai platform yang menjamin keselamatan dan saluran bantuan awal

dari segi petempatan serta pekerjaan kepada rangkaian anggota Tamil Muslim lain yang
313
baru berhijrah ke Pulau Pinang. Hal ini dapat disaksikan dalam kes Cēyaṉkaṭai yang

terletak di Lebuh Chulia. Rumah ini berperanan besar sebagai rumah transit utama dan juga

311
Temu bual dengan Said Masud pada 8 Januari 2012.
312
Temu bual dengan Sulaiman bin Ahmad pada 24 Januari 2012.
313
Cēyaṉkaṭai adalah sebuah rumah besar yang beralamat 108B, Lebuh Chulia, George Town. Rumah ini
pada asalnya adalah kepunyaan seorang lelaki berketurunan Arab kemudian dijual kepada seorang
peniaga Cina. Rumah ini kemudian disewa oleh Osman iaitu ayah kepada S.O Muhamad Mydin
(Muhamad Mydin bin Osman), pembekal rempah giling Tamil Muslim Kadayanallur yang dikenali
sebagai Cēyaṉkaṭai sempena nama keluarga S.O.Muhamad Mydin yang lahir di Pulau Pinang pada tahun
128
Peta 2.3
Kawasan-kawasan Petempatan Utama Komuniti Tamil
Muslim Kadayanallur Sekitar Bandar George Town.

Nota: (1) Peta ini tidak berskala.


Sumber : Google Map. (2014).[Georgetown, Penang]. Dimuat turun pada 12 Mei 2014
daripada https://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geo
de=&q=Georgetown+Penang&aq=0&oq=GEORG&sll=4.140634,109.618148
& sspn=11.48607,21.555176&vpsrc=6&ie=UTF8&ll=5.417226,100.331483
&spn=0.011215,0.02105&t=m&z=16&ei= GoB5VJLWI8OXvAS0p4GwBg
&pw=2

1904. Sultan Arif merupakan anak tunggal S.O. Muhamad Mydin. Temu bual dengan Sultan Arif bin
S.O. Muhamad Mydin pada 9 Ogos 2010.
129
petempatan awal bagi kebanyakan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang baru

tiba ke Pulau Pinang. Peranan Cēyaṉkaṭai sebagai pusat transit dan petempatan utama

bermula seawal tahun 1900. Menurut Ibrahim bin Osman,314 ayah beliau yang lahir di Pulau

Pinang pada tahun 1900 sering mempelajari al-Quran dari seorang bernama Syevegen di

Cēyaṉkaṭai ketika berumur 7 tahun. Sultan Arif menyatakan bahawa ayah beliau, S.O.

Muhamad Mydin dilahirkan di Cēyaṉkaṭai pada tahun 1904. Ketua atau kapitan Cēyaṉkaṭai

pada asalnya Mittin Pillai atau Osman diikuti anak beliau S.O. Muhamad Mydin seorang

pembekal rempah giling, membantu anggota komuniti ini mendapatkan petempatan dan

juga pekerjaan. Sultan Arif315 anak kepada S.O. Muhamad Mydin menjelaskan:

“ Masa bapa dan datuk saya pergi hantar dan bekal rempah giling di kedai-kedai orang
pettai di kawasan pelabuhan,kapal dari urru (India) nanti sampai, ramai orang kita sampai
dari India untuk hidup di sini. Mereka kenal orang India dari Kadayanallur, masa orang
kita yang baru sampai turun. Mereka tidak ada pengalaman dan tidak kenal orang di sini.
Mereka akan tanya dari mana mereka datang Mereka akan sebut Kadayanallur. Mereka
akan tanya nama keluarga mereka,.? Mereka akan jawab Mukupari,Cēyaṉ dan sebagainya.
Kamu ke sini nak jumpa siapa? Mereka akan jawab kami tak kenal sesiapa pun. Jadi datuk
atau bapa saya, bawa mereka ke Cēyaṉ kaṭai dan sediakan tempat tinggal jika ada tempat,
yang berbentuk bilik atau ruang yang sesuai untuk duduk. Ini dibuat sebagai satu bantuan
dan sokongan kepada mereka apa yang patut. Bagi menyara hidup, mereka terlibat dalam
pekerjaan menggiling rempah. Beginilah mereka lalui masa hidup mereka.”

Jika dilihat dalam konteks perubahan corak petempatan, trend petempatan secara

berkelompok dan setempat mengalami perubahan yang agak perlahan walaupun selepas

Perang Dunia Kedua. Keadaan ini berlaku akibat penambahan jumlah anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur yang berhijrah antara tahun 1950 sehingga 1953. Kedatangan

314
Temu bual dengn Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2011.
315
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhamad Mydin pada 9 Ogos 2010.
130
anggota komuniti yang baru ini mewujudkan kesesakan dan keperluan kepada tempat

tinggal yang baru. Akibatnya, sanak saudara dan sahabat handai yang sudah pun mempunyai

tempat tinggal menumpangkan keluarga yang baru tiba dari Kadayanallur di bilik-bilik di

rumah yang disewa. Keadaan ini menyebabkan trend menetap secara berkelompok

berterusan dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Walau bagaimanapun

perubahan trend ini berlaku secara beransur-ansur dan agak perlahan serta bercorak

individualistik pada peringkat awal khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Jika diteliti

perubahan trend petempatan secara berkelompok berlaku berdasarkan faktor peningkatan

tahap sosioekonomi dan pembangunan kawasan bandar.

Dalam konteks ekonomi, kebanyakan keluarga komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

terus hidup dalam keadaan berkelompok sehingga mereka mencapai satu tahap ekonomi

yang baik khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Penglibatan sebahagian kecil anggota

komuniti ini dalam sektor perniagaan di pasar Chowrasta, telah menjadi faktor kekuatan dan

peningkatan tahap ekonomi mereka. Perkembangan ini telah memberi impak kepada

perubahan corak petempatan mereka daripada tinggal berkelompok kepada pemilikan rumah

persendirian. Kebanyakan individu yang mula memiliki rumah sendiri terlibat dalam bidang

perniagaan seperti menjual ikan dan daging di pasar Chowrasta. Hal yang demikian dapat

dilihat dalam kes beberapa individu Tamil Muslim Kadayanallur. Antaranya adalah A.S.

Mansor seorang penjual daging, M.K. Pakir Mohamed dan O.N. Kader Mydin316 penjual

ikan di pasar Chowrasta misalnya telah memiliki rumah sendiri pada tahun 1960-an.

Walaupun terdapat individu Tamil Muslim Kadayanallur iaitu Muhamad Mydin bin Syeikh

Uthuman, yang terlibat dalam bidang perniagaan di pasar Chowrasta sejak tahun 1930-an

316
Temu bual dengan O.N. Kader Mydin pada 6 Februari 2011.
131
dan mempunyai rumah yang dimiliki sendiri namun rumah tersebut didiami oleh beberapa

keluarga lain, sanak-saudara dan adik-beradik beliau. Rumah tersebut terkenal dalam

kalangan anggota komuniti ini sebagai Periyakaṭai (rumah atau kedai besar) di Jalan

Sekerat, George Town.317

Walaupun pemilikan persendirian wujud namun keadaan ini tidak mengubah trend

petempatan secara berkelompok. Perubahan trend petempatan ini lebih jelas dan melibatkan

lebih ramai individu selepas sekitar akhir tahun 1950-an. Perubahan awal berlaku dari aspek

petempatan berkelompok dalam kalangan komuniti Tamil Muslim melalui pelaksanaan

projek-projek pembangunan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di lokasi petempatan

mereka. Rumah-rumah besar yang mereka diami secara berkelompok selama ini terpaksa

dirobohkan kerana pembinaan bangunan baru di tapak lokasi berkenaan. Setiap keluarga

yang terlibat dipindahkan ke tempat lain dan diberikan sebuah rumah kos rendah, rumah

transit atau dibayar pampasan. Antara projek pembangunan yang terlibat termasuk, projek

pembangunan dan perumahan mula dilancarkan di atas sebidang tanah di Jalan Kedah oleh

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1971. Oleh yang demikian, tanah yang didiami

oleh sebahagian besar daripada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Jalan Kedah yang

dikenali sebagai Ulu Kambum diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara rasmi.

Sebagai ganti sejumlah 45 buah keluarga komuniti Tamil Muslim perkampungan Jalan

Kedah yang dikenali sebagai ulu kambom dipindahkan kawasan Air Itam dengan syarat

sewa beli dan tawaran-tawaran berbentuk ganti rugi dan pampasan tertentu yang berpatutan.

317
Temu bual dengan Sulaiman bin Ahmad pada 24 Januari 2012.
132
Gambar Foto 2.1
Petempatan Komunti Tamil Muslim Kadayanallur di Jalan Kedah,
George Town, Pulau Pinang

Sumber: Gambar diambil oleh penyelidik di Jalan Kedah, George Town, semasa menjalankan
kerja lapangan pada 20 September 2012.

133
Mereka dipindahkan ke Rumah Pangsa Padang Tembak atau Rifle Range, yang terletak di

Air Itam, Pulau Pinang.318 Seterusnya, pelaksanaan projek pembangunan dan pembinaan

tempat letak kereta di tapak rumah bernombor 20-22, Jalan Hutton yang dikenali sebagai

Mamatukaṭai. Pelaksanaan projek ini melibatkan pemindahan semua keluarga yang menetap

di sini. Setiap keluarga diberikan sebuah rumah transit iaitu rumah kluster di kawasan

Jelutong sebagai pampasan.319

Selain daripada faktor pelaksanaan penawaran rumah-rumah kos rendah,

pengukuhan tahap ekonomi telah memberi peluang kepada anggota komuniti ini untuk

mendapatkan dan mendiami rumah-rumah yang selesa sepanjang tahun 1980-an. Menurut

Sultan Arif, kebanyakan daripada mereka telah berpindah dari kawasan petempatan asal di

George Town ke rumah-rumah yang lebih selesa berikutan peningkatan taraf sosioekonomi

mereka. Secara beransur-ansur, trend menetap secara berkelompok tidak lagi diamalkan.

Namun, secara umumnya segelintir anggota komuniti ini masih tinggal secara berkelompok

sehingga awal tahun 1990-an.320

Berdasarkan perbincangan mengenai petempatan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur, penyelidik mengenal pasti faktor kemiskinan dan tahap ekonomi yang rendah

bertindak sebagai faktor utama komuniti ini terpaksa hidup di petempatan dan rumah-rumah

besar yang disewa secara berkelompok. Namun, anggota komuniti ini telah berusaha

318
Projek Rumah Pangsa Padang Tembak atau Rifle Range Flat adalah projek perumahan kos rendah yang
mula dibina pada tahun 1969 oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Terdapat juga segelintir daripada
penduduk di sini menerima duit pampasan daripada kerajaan dan berpindah ke tempat lain. Abdul
Wahab Ismail.(1978). Socio-economic Study, hlm. 22.
319
Ibid.
320
Menurut Sultan Arif, semasa beliau berpindah dari rumah Cēyaṉ pada tahun 1991, beliau mendapati
masih terdapat 22 buah keluarga yang tinggal secara berkelompok di rumah tersebut.
134
membaiki tahap ekonomi mereka secara beransur-ansur sehingga mampu memiliki rumah

sendiri dan trend tinggal secara berkelompok tidak diamalkan selepas awal tahun 1990-an.

2.11 Perkembangan Pekerjaan

Anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur merupakan komuniti penenun kain

yang berhijrah ke Pulau Pinang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak ada

kemahiran dan ilmu berkaitan dengan pekerjaan lain selain daripada penenunan kain.

Keadaan dan aktiviti ekonomi Pulau Pinang tidak mempunyai kaitan dengan penenunan

kain secara tradisional.321 Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memanfaatkan dan

mengaplikasikan kemahiran dalam bidang penenunan kain tradisional di Pulau Pinang.

Tambahan pula, mereka tidak mempunyai kemahiran perniagaan seperti komuniti Tamil

Muslim pedagang yang lain. Secara umumnya, sebahagian besar daripada mereka tidak

tahu bagaimana menjana pendapatan melalui perniagaan. Kebanyakan anggota komuniti ini

yang tidak berkemampuan dari segi ekonomi, terpaksa melakukan kerja-kerja pemburuhan

dengan bayaran yang rendah seperti pengendalian kargo, buruh kasar, pembinaan dan

menyapu jalan dan semua bentuk aktiviti ekonomi lain demi meneruskan kehidupan.322

321
Di Pulau Pinang tiada kemudahan untuk menenun kain bahan mentah seperti kapas dan benang serta
peralatan khusus. Tambahan pula, komuniti ini tiada modal dan tempat yang luas untuk memulakan
industri penenunan kain di Pulau Pinang. Temu bual dengan Mydin Pillay bin Kassim pada 15 Oktober
2011.
322
Haja Hajmudeen dan Shawkataly,H.P. (2008). Liga Muslim, hlm. 11.
135
Pada peringkat awal anggota komuniti ini khusus kaum lelaki bekerja sebagai kuli

dan pemunggah barangan dagang dari kapal-kapal di pelabuhan Pulau Pinang.323 Mereka

bekerja untuk ejen-ejen perniagaan untuk memunggah barangan seperti arang dan garam ke

gudang-gudang syarikat perniagaan. Mydin Pillay 324 menjelaskan:

“Jadi lelaki Kadayanallur bekerja di pelabuhan untuk mengangkut arang dalam


seminggu hingga sepuluh hari dan menerima upah yang bersesuaian. Melalui
pekerjaan ini mereka menyara hidup.”

Pengalaman bekerja menjadi kuli dan pemunggah barang dagang di pelabuhan dinyatakan

oleh Abdul Mutalif bin Mydin Pillay yang berhijrah ke Pulau Pinang pada tahun 1935.325

Beliau menyatakan:

“Mengenai kapal, bapa saya setelah tinggal di sini (Pulau Pinang) bekerja
sebagai kuli untuk jangka waktu tertentu. Kami memunggah arang dari kapal,
memunggah dan mengangkut guni-guni”

Selain bekerja sebagai kuli dan pemunggah barangan dagang, anggota komuniti Tamil
326
Muslim Kadayanallur mengambil upah melalui perkhidmatan menarik kaikadi atau

kereta sorong untuk menghantar barang dagang ke destinasi dan premis perniagaan. Abdul

Mutalif menjelaskan lagi:

”Bapa saya yang bekerja sebagai seorang kuli dan menarik kereta sorong. Barangan
kami hantar ke Jalan Jelutong, Jalan Argyl. Saya pun tolong bapa saya. Barangan
ini ikut keadaan seperti kita pindah rumah. Taukeh-taukeh Cina membuat keputusan
dan menentukan tempat untuk barangan seperti tong-tong acar dihantar ke tempat-

323
Ibid.
324
Mydin Pillay pernah bekerja sebagai pemunggah arang batu dari kapal untuk dihantar ke gudang dan
kilang peleburan bijih timah di Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang. Temu bual dengan Mydin Pillay bin
Kassim pada 15Oktober 2011.
325
Temu bual dengan Abdul Mutalif bin Mydin Pillay pada 26 Julai 2010.
326
Kaikadi bermaksud kereta sorong beroda dua dalam bahasa Tamil. Istilah ini digunakan secara meluas.
Dalam kalangan Tamil Muslim Kadayanallur kerana ramai yang terlibat dalam pekerjaan menarik kereta
sorong pada peringkat awal. Temu bual dengan Osman bin Muhamad Mydin pada 7 Julai 2010.
136
tempat tertentu. Namale (orang kita) hanya bekerja sebagai kuli sementara sanggup
menghantar barangan dengan bayaran $1.00 atau $0.80 ke tempat yang diarah.”

Seterusnya, anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur tidak sekadar terikat dengan

pekerjaan-pekerjaan berkaitan dengan pelabuhan, malah mereka terus berusaha melakukan

pelbagai pekerjaan lain di peringkat awal penempatan mereka di Pulau Pinang. Antara

pekerjaan yang dikenal pasti merangkumi memproses sembelihan lembu dan kambing di

rumah sembelihan City Council atau Majlis Perbandaran, pembantu jurugambar di kedai

gambar, jurujual, pembantu stor syarikat-syarikat perniagaan milik warganegara British dan

pembantu kedai.327

Bentuk pekerjaan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mula berkembang khususnya

setelah menjalin hubungan dalam konteks pekerjaan dengan kumpulan komuniti India

Malabari di Pulau Pinang. Jalinan ini membuka peluang dan pendedahan kepada mereka

mengenai dunia perniagaan. Pada peringkat awal, mereka mula bekerja sebagai pembantu

kepada peniaga-peniaga yang berketurunan Malabari iaitu tuan punya perniagaan yang

menjual daging, ikan dan sayur-sayuran328 di Pasar Chowrasta, Jalan Penang, George

Town.329 Mereka mempelajari cara dan kemahiran berurus niaga melalui pengalaman yang

diperoleh di pasar ini. Setelah jangka masa tertentu, khususnya selepas era Perang Dunia

Kedua, peniaga-peniaga Malabari telah memberi hak perniagaan ini kepada pembantu-
327
Perkara ini dapat dikenal pasti berdasarkan rekod Persatuan Muslim Bersatu (UMA) yang menyatakan
pekerjaan 13 orang pengasas persatuan tersebut. Persatuan Muslim Bersatu.(1979). Buku Cenderamata
Jubli Emas, t.h.
328
Golongan Malabari yang bertutur dalam bahasa Malayalam berasal dari Kerala, bahagian Barat India
Selatan. Sebahagiannya datang ke Pulau Pinang sebagai banduan. Golongan Malabari terkenal sebagai
buruh binaan yang telah membina kebanyakan bangunan kerajaan di Pulau Pinang. Sebahagian daripada
bekas banduan ini telah beralih kepada perniagaan kecil-kecilan dan bertindak sebagai kumpulan
peniaga penting yang telah memulakan Pasar Chowrasta. Khoo Su Nin.(1993). Streets of George Town,
hlm. 97.
329
Nama Chowrasta berasal daripada nama tempat yang terkenal di Calcutta, India yang bermaksud
simpang empat dalam bahasa Urdu. Ibid., hlm. 67.
137
pembantu ini. Namun, terdapat juga segelintir daripada anggota komuniti ini yang sudah

pun terlibat sebagai peniaga di pasar ini sebelum Perang Dunia Kedua lagi misalnya M.A.

Ahmad bin Ahmadsah telah bekerja sebagai peniaga daging sebelum tahun 1944.330

Melalui proses ini anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanllur mula bertindak

sebagai peniaga ikan, daging lembu, daging kambing dan sayur-sayuran di Pasar Chowrasta.

Antara peniaga daging lembu dalam kalangan Tamil Muslim Kadayanallur pada peringkat

awal selain M.A. Ahmad adalah A.S. Mansor dan A.K. Meera Husin. 331 Selain daripada

menjual daging lembu A.S. Mansoor menguruskan perniagaan barangan runcit. Beliau

mempunyai sebuah syarikat yang ditubuhkan di pasar ini pada tahun 1946 di kawasan pasar

ini.. (Sila rujuk Lampiran Enam yang menunjukkan resit jualan Syarikat A.S. Mansoor)

Penglibatan aktif serta dominasi komuniti Tamil Muslim di Pasar Chowrasta menyebabkan

pasar ini digelar sebagai Kalinga Bansan atau pasar Keling oleh komuniti Cina.332 Selain

itu, mereka juga menjaja dan mengendalikan gerai-gerai makanan dan minuman berdekatan

dengan pasar ini dan sekitar bandar George Town. Melaui proses ini, komuniti ini telah

mempopularkan minuman teh tarik, minuman yang terkenal di Malaysia pada masa ini.333

Dalam konteks perniagaan runcit, sebahagian kecil daripada anggota komuniti Tamil
334
Muslim Kadayanallur terlibat sektor ini. Menurut Sinta Madar, sejak tahun 1950-an

keluarga beliau yang dikenali sebagai Minnal Koddi dan Jaya Koddi terlibat secara aktif

330
Surat Rasmi Pelantikan M.A. Ahmad bin Ahmadsah sebagai Pengurus Masjid Mohamed Bee Bee oleh
Mohamed Abdul Gafoor, Mohamed Shaffee, B.D.Merican dan Shaik Mydin, 1 Ogos 2604. (1 Ogos
1944).
331
A.S. Mansoor merupakan peniaga daging awal yang popular dalam kalangan komuniti ini Persatuan
Muslim Bersatu. (1979) Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h.
332
Khoo Su Nin.(1993). Streets of Georgetown, hlm. 67.
333
Haja Najmudeen dan Shawkataly, H.P.(2008). Liga Muslim, hlm.11.
334
Temu bual dengan Sinta Madar bin S.K. Abu Bakar pada 6 Disember 2012. Sinta Madar merupakan
Presiden Persatuan Hidayathul Islam semasa.
138
dalam perniagaan kecil-kecilan khususnya dalam industri menghasilkan barangan

berasaskan tembakau seperti cerut. Seterusnya, S.O. Muhamad Mydin di samping

mengendalikan perniagaan pembekalan rempah giling, beliau turut terlibat sebagai ejen

pengedar minuman ringan syarikat Fraser & Neave (F&N) kepada premis-premis

perniagaan sekitar George Town pada tahun 1950-an.335 Selanjutnya, keluarga Said Haidros

turut terlibat dalam perniagaan runcit secara kecil-kecilan di Jalan Sekerat sejak awal tahun

1960-an. Selain daripada perniagan runcit, terdapat juga sebahagian kecil anggota komuniti

ini memperoleh pendapatan dengan menjaja makanan dan minuman.336

Penglibatan sebahagian daripada anggota komuniti ini dalam perniagaan secara kecil-

kecilan menunjukkan perkembangan dan transisi anggota komuniti ini ke sektor perniagaan

secara perlahan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar anggota komuniti ini masih bekerja

sebagai buruh dan pekerja bawahan. Pertambahan jumlah anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur berlaku berikutan penghijrahan beramai-ramai antara tahun 1950 sehingga

1953 secara langsung menjadi faktor kepada penyertaan berterusan anggota komuniti ini

yang baru berhijrah dalam sektor pemburuhan. Jika sebelum ini, kebanyakan individu

bekerja sebagai buruh di kawasan pelabuhan namun selepas tahun 1953 ramai anggota

komuniti ini menyertai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai buruh, khususnya

mereka yang berhijrah dari Kadayanallur antara tahun 1950-1953.337

335
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhamad Mydin pada 9 Ogos 2010.
336
Temu bual dengan Said Ahmad bin Haidros pada 15 Jun 2013.
337
Menurut O.N. Kader Mydin, kebanyakan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang sudah pun
menetap di Pulau Pinang sebelum tahun 1950, tidak berminat bekerja sebagai buruh di bawah Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Penglibatan komuniti ini dalam pekerjaan buruh MPPP bermula
setelah anggota komuniti ini yang berhijrah tahun 1950-1953 menyertainya. Temu bual dengan O.N.
Kader Mydin pada 6 Februari 2011.
139
Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur turut terlibat dalam pemprosesan dan

penghasilan rempah giling atau masala338 sebagai salah satu sumber ekonomi. Melalui

penjualan rempah giling kaum wanita membantu menyara kaum kelurga mereka.339 Selain

daripada menggiling rempah, wanita-wanita komuniti Tamil Muslim Kadayanallur juga

menjalankan aktiviti menumbuk beras untuk menghasilkan tepung sebagai kerja sampingan.

Menjelang tahun 1920-an, wanita-wanita komuniti Tamil Muslim Kadayanallur menjadi

terkenal dengan rempah giling dan mereka mula menjual bahan masakan ini. Mereka

membawa rempah giling dalam bakul-bakul di atas kepala mereka dan menjualnya dari

rumah ke rumah. Mereka juga menjual rempah giling di sepanjang Tamil Street berdekatan

Pasar Chowrasta.340 Abdul Mutalif341 menjelaskan:

“Kami pada peringkat awal, duduk di Gelugor dengan sewa rumah sebanyak 3 Dollar
di tepi pantai. Sanak -saudara membantu dengan memberi batu giling, penumbuk dan
batu tumbuk beras untuk mencari rezeki. Emak saya giling rempah dan letakkan
rempah giling (masala) atas dulang dan menjualkannya kepada penduduk kampung.”

Rempah giling dibekalkan oleh anggota komuniti ini kepada peniaga-peniaga nasi kandar

sebagai bahan utama masakan kari nasi kandar. Salah seorang pembekal utama rempah

giling kepada peniaga nasi kandar pada tahun 1900-an di George Town adalah S.O.

Muhamad Mydin.342 Peniaga-peniaga nasi kandar kebiasaannya adalah golongan Tamil

338
Rempah giling atau dikenali sebagai masala dalam bahasa Tamil merupakan bahan utama masakan kari
dan makanan khususnya nasi kandar. Rempah giling dihasilkan dengan cara memproses dan menggiling
bahan-bahan mentah seperti cili merah, cili kering, bawang merah,bawang putih, halia, kunyit, jintan
manis, jintan putih, buah pelaga, lada, kayu manis dan rempah-ratus terpilih. Rempah giling digiling
dengan menggunakan batu giling secara tradisional. Batu giling dimiliki hampir setiap keluarga Tamil
Muslim Kadayanallur. Rempah giling yang siap digiling ditutup dengan daun pisang untuk mengekalkan
kesegaran dan kelembapannya serta mengurangkan kadar kekeringan. Temu bual dengan Salma binti
Kothari pada 21 Januari 2012.
339
Ibrahim,S.A.(pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 788. .
340
Khoo Salma Nasution, (2002). The Tamil Muslims – Weaving a Tale of Success, hlm. 67.
341
Temu bual dengan Abdul Mutalif b. Mydin Pillay pada 26 Julai 2010.
342
S.O. Muhamad Mydin juga digelar sebagai musalkaran Muhamad (orang masala atau rempah) dalam
kalangan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang Temu bual dengan Sultan Arif pada 9 Ogos 2010.
140
Muslim pedagang yang berasal dari kawasan Ramnad, India Selatan. Sebahagian daripada

mereka tiada modal untuk memulakan perniagaan nasi kandar. Demi memastikan

kelangsungan permintaan terhadap rempah giling, pembekal rempah giling memberi

pinjaman modal pendahuluan kepada peniaga nasi kandar dan mengikat perjanjian untuk

membekal rempah giling kepada mereka untuk jangka masa yang ditetapkan. Sultan Arif

anak tunggal kepada S.O. Muhamad Mydin menyatakan pengalaman ayah beliau seperti

berikut:

“Orang-orang pettai dari Ramanad , India. datang ke sini, dan mula berniaga nasi
yakni nasi kandar. Nasi kandar bukan restoran tapi kandar yang digunakan untuk
mengangkut belangga yang ada kari ikan, daging dan nasi. Beliau menjadi pembekal
rempah giling kepada peniaga-peniaga nasi kandar. Orang-orang pettai biasanya
datang ke sini tanpa apa-apa. Biasanya mereka akan pinjam duit modal dari
pembekal rempah giling sebanyak $100-$200 untuk memulakan perniagaan”.

S.O. Muhamad Mydin merupakan seorang kapitan Cēyaṉkaṭai yang didiami oleh beberapa

keluarga secara berkelompok. Wanita-wanita yang mendiami rumah ini diupah dan terlibat

dalam penghasilan rempah giling. Tambahan pula, para perantau dan Tamil Muslim

Kadayanallur yang tiada tempat penginapan dibantu oleh beliau dengan menempatkan

mereka di rumah Cēyaṉ dan kaum wanita yang berhijrah bersama diambil bekerja untuk

menggiling rempah. Terdapat sejumlah 40-50 buah batu giling di rumah ini bagi tujuan

penghasilan rempah giling.

Selain daripada S.O. Muhamad Mydin, terdapat juga anggota Tamil Muslim

Kadayanallur lain yang membekalkan rempah giling ke kedai-kedai nasi kandar secara

kecil-kecilan. Pembekal dan penjual rempah giling Tamil Muslim Kadayanallur juga

141
didapati di kawasan Air Itam khususnya di Pasar Air Itam.343 Penglibatan anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur dalam penghasilan dan pembekalan rempah giling mula

berkurangan menjelang tahun 1990-an dan hampir tiada khususnya di pasar Chowrasta pada

masa ini. Namun, perniagaan rempah giling masih diteruskan oleh sebuah keluarga di pasar

Air Itam. Penglibatan anggota komuniti ini dalam penghasilan rempah giling mula meleset

apabila permintaan terhadap rempah giling mula berkurangan akibat pengenalan dan

penggunaan serbuk rempah yang dihasilkan melalui mesin. Seterusnya, rempah giling hanya

boleh bertahan selama dua atau tiga hari di luar peti sejuk dan seminggu jika diletakkan

dalam peti sejuk. Sebaliknya, serbuk kari yang dihasilkan melalui mesin boleh bertahan

lebih daripada sebulan.344 Faktor ketahanan ini menjadi antara sebab utama pengguna lebih

meminati serbuk rempah kari moden berbanding rempah giling. Tambahan pula, proses

untuk menghasilkan rempah giling mengambil masa dan meletihkan. Seterusnya, generasi

muda komuniti ini tidak berminat meneruskan perniagaan rempah giling kerana tidak

menguntungkan dan ramai yang menjawat jawatan di sektor kerajaan dan swasta yang

menawarkan pendapatan yang lebih berbanding perniagaan rempah giling.

Jenis pekerjaan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berkembang dan

mencakupi pelbagai sektor ekonomi mengikut peredaran masa. Komuniti ini amat prihatin

dan mementingkan pendidikan anak-anak mereka dan percaya bahawa nasib mereka boleh

berubah melalui peningkatan tahap pendidikan generasi baru. Perkembangan pendidikan

dan tahap ekonomi dalam kalangan generasi ketiga komuniti ini membolehkan beberapa

anggota menjawat jawatan tertentu di sektor swasta dan kerajaan sekitar tahun 1960-an dan

343
Keluarga Kirutarakan menerajui dan mewarisi perniagaan rempah giling di Pasar Air Itam sejak tahun
1940-an . Temu bual dengan Salma bt Kothari pada 21 Januari 2012.
344
Ibid.
142
1970-an. Terdapat anggota komuniti ini yang menjawat jawatan kerani dalam sektor

kerajaan dan swasta. Jawatan kerani dianggap sebagai satu jawatan yang tinggi martabatnya

pada tahun 1960-an dan 1970-an. Seterusnya, peningkatan tahap pendidikan melahirkan

golongan profesional dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur pada tahun

1970-an.345 Menjelang tahun 1980-an dan selepas itu, generasi muda komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur mengalami transformasi dan semakin ramai anggota komuniti

menjawat jawatan-jawatan profesional seperti doktor, peguam, guru, ahli perniagaan,

jurutera dan pegawai-pegawai kerajaan.

Pada dasarnya penghijrahan dan penempatan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

ke Pulau Pinang adalah berasaskan faktor ekonomi. Oleh yang demikian, anggota komuniti

ini telah memulakan kehidupan mereka di Pulau Pinang sejak tahun 1880-an terlibat dalam

pelbagai aktiviti ekonomi mengikut kemampuan dan kebolehan mereka. Transformasi dari

segi profesion dan aktiviti ekonomi komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang

tercetus sejak tahun 1950-an. Perubahan ini berlaku akibat peningkatan tahap ekonomi dan

tahap pendidikan dalam kalangan generasi ketiga komuniti ini. Kini, anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur menceburi pelbagai aktiviti ekonomi yang mencakupi bidang

perniagaan, pendidikan dan perkilangan.

345
Khoo Salma Nasution.(2002).The Tamil Muslims –Weaving a Tale of Success, hlm. 68. Antara golongan
professional dalam komuniti ini terlibat dalam bidang perubatan. Antara doktor perubatan yang paling
awal lahir pada akhir tahun 1950-an adalah Datuk Dr. Ahmad Shah bin Sayed. Beliau mula melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan di Madras, India pada tahun 1952 dan merupakan anggota komuniti ini
yang pertama memperoleh ijazah pada tahun 1956. Beliau pernah menjawat jawatan Pengarah Hospital
Pulau Pinang pada tahun 1980-an. Temu bual dengan Datuk Dr. Ahmad Shah bin Sayed pada 23
Disember 2012. Selain beliau doktor peubatan lain lahir pada tahun 1970-an antaranya Dr. Tajudin bin
Sinta dan Dr. Abdul Jamair bin S.K. Abdul Mutalif. Mereka memperoleh ijazah kedoktoran di Manipur
Medical College, Kartanaka, India. Temu bual dengan Abdul Mutalif b. Mydin Pillai pada 26 Julai 2010.
143
2.12 Rumusan

Pembentukan komuniti Tamil Muslim secara keseluruhan di Pulau Pinang melibatkan

peringkat dan latar belakang yang berbeza. Komuniti ini mempunyai perbezaan dari segi

tempat asal usul dan pekerjaan yang mencetuskan gelaran dan identiti yang berbeza. Dalam

konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, mereka telah berkembang sebagai sebuah

komuniti yang stabil kerana faktor penempatan di Pulau Pinang secara tetap berbanding

dengan komuniti Tamil Muslim dari golongan pedagang. Mereka telah membentuk corak

penempatan secara berkelompok di George Town sehingga awal tahun 1990-an. Komuniti

ini, telah berkembang dari segi ekonomi pemburuhan kepada bentuk kegiatan ekonomi

perdagangan dan profesional sepanjang penempatan mereka di Pulau Pinang khususnya

selepas Perang Dunia Kedua. Selain dari itu, mereka telah membentuk dan menubuhkan

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat yang telah berperanan sebagai platform bagi

mereka memelihara kebajikan, ikatan kekeluargaan dan juga tradisi yang berasaskan adat

dan keagamaan secara turun- temurun. Pada masa yang sama, menerusi persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat juga komuniti ini telah memberi sumbangan dalam bidang

sosiobudaya yang melibatkan anggota komuniti ini dan juga kaum lain sekitar George

Town. Perbincangan dalam bab 3 akan akan menjurus kepada latar belakang, peranan dan

sumbangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam aspek sosiobudaya menerusi

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat ini di bandar George Town.

144
BAB 3

PENINGKATAN SOSIOBUDAYA MELALUI AMALAN BERPERSATUAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan akan menjurus kepada usaha-usaha komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur melalui amalan berpersatuan berpusatkan kaum kerabat bagi

memelihara dan meningkatkan aspek-aspek sosiobudaya dalam kalangan mereka di George

Town, Pulau Pinang. Komuniti ini telah mengasaskan persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat berteraskan elemen pengamalan nama keluarga dan pegangan terhadap

sufisme. Oleh yang demikian, latar belakang pengamalan nama keluarga dalam komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur akan diperincikan. Seterusnya, sebelum menyentuh tentang

kegiatan komuniti ini dalam aspek sosiobudaya komuniti ini, perbincangan akan berfokus

kepada pemahaman terhadap konsep pusat kaum kerabat secara teoritikal. Perbincangan

selanjutnya akan berkisar tentang latar belakang penubuhan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Dalam

bahagian akhir bab ini, perbincangan akan menjurus kepada usaha dan sumbangan komuniti

ini dalam aspek sosiobudaya yang merangkumi pendidikan, pemeliharaan budaya,

rangkaian kekeluargaan dan seni muzik.

145
3.2 Latar Belakang Tradisi Pengamalan Nama Keluarga

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang menjadikan persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat sebagai landasan untuk mengukuhkan hubungan ikatan

kekeluargaan komuniti selain daripada memenuhi keperluan aspek sosial dan budaya.

Pengamalan nama keluarga merupakan sebahagian daripada tradisi dan budaya komuniti ini

yang termasuk dalam aspek sosiobudaya yang merangkumi aspek tradisi dan kelaziman

sesebuah masyarakat.346 Elemen utama yang menghubungkan anggota komuniti ini adalah

pengamalan nama keluarga. Penghijrahan sebahagian daripada komuniti ini ke Pulau Pinang

secara beransur-ansur tidak menjadi faktor penghalang kepada mereka untuk meneruskan

tradisi pengamalan nama keluarga. Sejak penghijrahan dan penempatan awal komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang, tradisi dan budaya komuniti yang berakar

umbi dari Kadayanallur, Tamil Nadu, terus diamalkan. Oleh yang demikian, latar belakang

pengamalan nama keluarga dalam kalangan komuniti ini akan ditelusuri. Seterusnya,

penerusan dan perkembangan amalan ini di Pulau Pinang sehingga memberi impak kepada

kewujudan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti ini akan dibincangkan.

Pada hakikatnya, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur adalah sebuah komuniti

homogen dalam kebanyakan aspek sosial dan budaya. Berikutan itu, komuniti ini secara

langsung mengamalkan sistem endogami. Pada hakikatnya, pengamalan sistem endogami

adalah signifikan dalam memelihara sifat homogen sesebuah etnik melalui pewarisan tradisi

dan budaya secara turun-temurun.347 Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur,

346
Rosman, Abraham., Rubel ,Paula G., Weisgrau Maxine K. (2009). The Tapestry of Culture, hlm. 1-2.
347
Southwood, Katherine E. (2012). Ethnicity and the Mixed Marriage Crisis in Ezra 9-10: An
Anthropological Approach: Oxford Theological Monographs. New York: Oxford University Press, hlm.
66.
146
elemen yang mengukuhkan sifat homogen dan amalan endogami ini adalah identiti mereka

yang dimanifestasikan melalui pengamalan nama-nama keluarga. Melalui pengamalan ini,

rangkaian anggota komuniti ini dapat dikenal pasti dan diperkukuhkan. Setiap anggota

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mempunyai nama-nama khusus berkaitan dengan

keluarga masing-masing. Amalan penggunaan nama keluarga atau kuṭumpapeyar dalam

kalangan anggota komuniti ini wujud sejak pembentukan mereka di Kadayanallur,

Tirunelveli, Tamil Nadu, India pada pertengahan kurun ke-16.348

Nama keluarga merupakan salah satu identiti utama dalam kalangan komuniti ini

secara khusus. Nama keluarga ini amat penting dan amat dititiberatkan oleh komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur sebagai platform utama untuk mengenal pasti identiti anggota

komuniti ini. Melalui nama keluarga rangkaian ikatan kekeluargaan komuniti ini dapat

dibina. Keadaan ini mewujudkan keakraban serta hubungan mesra dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur secara konsisten.349 Bagi anggota komuniti ini, pengamalan

nama keluarga amat penting sebagai identiti diri sehingga parap nama setiap anggota

komuniti ini menggunakan nama keluarga masing-masing di samping nama ayah dalam

dokumen rasmi. Nama setiap individu Tamil Muslim Kadaynallur bermula dengan dua

perkataan awal sebagai parap. Perkataan pertama merujuk kepada nama keluarga dan

perkataan kedua nama ayah.350 Misalnya. M.O. Said Masud, M merujuk kepada nama

keluarga yang bermula dengan huruf M seperti Mūkkuppeṟi, Maularan, Matten dan

sebagainya. Perkataan O pula merujuk kepada nama ayah individu yang bermula dengan

huruf O misalnya Othuman dan Omar.

348
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhamad pada 19 Disember 2011.
349
Ibrahim,S.A . (pnyt.).( (2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 111.
350
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Persatuan Muslim Bersatu: Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h
147
Penggunaan nama keluarga bukan sahaja berperanan sebagai identiti dalaman

komuniti ini malah ia mengukuhkan sifat homogen mereka yang bertindak sebagai kayu

pemisah dan membezakan komuniti ini dengan komuniti Tamil Muslim dari daerah-daerah

lain yang kebiasaannya bermazhab Hanafi yang digelar pettai.351 Hal ini dapat dilihat

melalui amalan endogami dalam aspek perkahwinan yang hanya digalakkan sesama anggota

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sahaja dan perkahwinan dengan orang luar khususnya

Tamil Muslim bermazhab Hanafi amat tidak digalakkan. Dasar ini diamalkan kerana

perkahwinan dengan Tamil Muslim di luar lingkungan komuniti dari Kadayanallur

memutuskan jurai keturunan berpaksikan nama keluarga komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur. Komuniti Tamil Muslim di Kadayanallur berkembang sebagai komuniti

homogen menerusi tradisi pengamalan nama keluarga seiring dengan perkembangan jumlah

anggota komuniti ini. Sehingga kini terdapat sebanyak 155 nama keluarga di Kadayanallur.

(Sila rujuk Lampiran Tujuh yang menyenaraikan nama-nama keluarga komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu, India.). Dalam perbincangan seterusnya,

tradisi pengamalan nama keluarga di Pulau Pinang, rasional dan kemunculan nama-nama

keluarga di Kadayanallur, Tamil Nadu serta latar belakang nama-nama keluarga komuniti

ini akan diperincikan.

351
Pettai merupakan gelaran dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terhadap Tamil
Muslim selain daripada mereka. Kebiasaannya mereka bermazhab Hanafi. Pettai merupakan nama satu
kawasan yang kebiasaannya peniaga Tamil Muslim berniaga. Oleh kerana, kebanyakan Tamil Muslim
yang bukan bermazhab Syafie terlibat dalam perniagaan mereka digelar juga dengan gelaran ini. Temu
bual dengan Sultan Arif bin S.O.Muhamad Mydin pada 9 Ogos 2010.
148
3.2.1 Tradisi Pengamalan Nama Keluarga di Pulau Pinang

Dalam perbincangan di atas, penyelidik telah menyentuh tentang pengamalan nama

keluarga oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Kadayanallur, Tamil Nadu, India.

Penghijrahan sebahagian daripada komuniti ini ke Pulau Pinang secara beransur-ansur tidak

menjadi faktor penghalang kepada mereka untuk meneruskan tradisi pengamalan nama

keluarga. Sejak penghijrahan dan penempatan awal komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di

Pulau Pinang, tradisi dan budaya komuniti yang berakar umbi dari Kadayanallur terus

diamalkan. Pengamalan nama keluarga dalam kalangan komuniti ini diteruskan dan mereka

mengekalkan ciri mereka sebagai sebuah komuniti homogen yang mengamalkan sistem

endogami yang membantu memelihara sifat homogen komuniti ini melalui pewarisan tradisi

dan budaya pengamalan nama keluarga secara turun-temurun. Hal ini sejajar dengan

pandangan Bromley yang menegaskan salah satu faktor kelangsungan endogami adalah

penghijrahan golongan minoriti ke tempat lain.352 Tradisi pengamalan nama keluarga

diteruskan sebagai satu landasan penting dalam proses pengukuhan dan pembinaan

rangkaian kekeluargaan serta identiti antara anggota komuniti ini. Hubungan yang rapat

antara satu sama lain menyebabkan setiap anggota keluarga komuniti ini mengenali antara

satu sama lain berdasarkan nama keluarga.

Pembentukan dan perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau

Pinang hanya melibatkan sebahagian daripada komuniti Tamil Muslim di Kadayanallur.

Oleh yang demikian, keluarga tertentu sahaja dengan nama yang khusus berkembang di

352
Bromley, Yu. (1974). The Notion of Ethnos and Typhology of Ethnic Communities: The Terms Ethnos
and Its Definition. Dlm Bromley, Yu (pnyt.). Soviet Ethnology and Anthropology Today. Walter de
Gruyter: The Hague, Netherlands, hlm. 65-67. Lihat juga Southwood, Katherine, E.(2012). Ethnicity and
the Mixed Marriage Crisis, hlm. 66.

149
Pulau Pinang. Terdapat juga sebahagian daripada keluarga komuniti ini berhijrah dan

menetap di Singapura. Komuniti ini yang berhijrah, menetap dan berkembang di Pulau

Pinang hanya melibatkan sebahagian daripada nama keluarga yang wujud di Kadayanallur.

Nama-nama keluarga asal dari Kadayanallur terus diamalkan dan dipelihara anggota

komuniti ini berdasarkan amalan tradisi turun-temurun. Namun, pertambahan dan

perkembangan berterusan anggota komuniti ini telah mewujudkan keperluan kepada identiti

baru. Hal yang demikian menyebabkan beberapa nama keluarga baru lahir dan diamalkan

hanya di Pulau Pinang. Antara nama keluarga tersebut ialah Amarcaṉ, Moṅkāli, Pitcai dan

Othuman Syed.353 Nama-nama keluarga yang disebutkan tercetus daripada nama keluarga

yang sedia wujud di Kadayanallur. Misalnya, nama keluarga Amarcaṉ berasal dan

bercabang daripada nama keluarga Vāvaṉar. Salah satu kaum kerabat Vāvaṉar yang

berperanan sebagai ketua keluarga yang besar telah menjadikan nama beliau sebagai identiti

zuriat dan kaum keluarga beliau di Pulau Pinang sehingga melahirkan keluarga bernama

Amarcaṉ.354

Mengikut tinjauan, penelitian dan kajian terperinci penyelidik berdasarkan dokumen

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat dan temu bual dengan pemimpin-pemimpin

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, terdapat lebih daripada 117 buah nama keluarga

yang wujud dan diamalkan di Pulau Pinang.355 (Sila rujuk Lampiran Lapan yang

menunjukkan senarai nama keluarga yang wujud dan diamalkan oleh komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.). Sesungguhnya, pengamalan nama keluarga dalam

353
Temu bual dengan Muhammad Mydin bin Kalanatar Mastan pada 13 November 2012.
354
Ibid.
355
Persatuan Muslim Bersatu (t.t). Buku Jemputan Kahwin. Pulau Pinang: Persatuan Muslim Bersatu, hlm. 1-
10.
150
kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang mempunyai signifikan

sebagai identiti unik dan pengekalan sifat homogen komuniti ini daripada dua peringkat

iaitu luaran dan dalaman. Pada peringkat luaran, kewujudan nama keluarga bertindak

sebagai kayu pengukur dan pembanding beza identiti antara komuniti ini dengan komuniti

Tamil Muslim yang bukan berasal dari Kadayanallur. Pada peringkat dalaman pula, nama-

nama keluarga berperanan sebagai identiti dan platform utama untuk mengenal pasti ikatan

kekeluargaan sesebuah keluarga dengan keluarga yang lain dalam kalangan mereka. Hal ini

demikian kerana komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mengamalakan sistem endogami

yang berpegang kepada prinsip serta tradisi kekeluargaan yang hanya membenarkan

hubungan kekeluargaan terjalin antara anggota komuniti ini sahaja.

Mengikut prinsip dan sistem endogami komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, pada

dasarnya, perkahwinan hanya dibenarkan sesama anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur sahaja. Sebaliknya perkahwinan antara anggota komuniti ini dengan anggota

komuniti Tamil Muslim selain Kadayanallur khususnya Tamil Muslim bermazhab Hanafi,

orang Melayu dan bukan Melayu tidak digalakkan. Tindakan ini akan memutuskan

kesinambungan jurai keturunan berasaskan nama keluarga dan secara langsung melemahkan

tahap homogen komuniti ini. Dalam konteks perkahwinan sesama anggota komuniti ini

pula, perkahwinan antara keluarga yang memiliki nama keluarga yang sama dilarang dan

amat tidak digalakkan. Mengikut tradisi komuniti ini, ikatan kekeluargaan yang terjalin

melalui perkahwinan haruslah berlaku antara keluarga yang mempunyai nama keluarga

yang berbeza. Hal yang demikian kerana perkahwinan sesama keluarga yang sama dianggap

perkahwinan antara saudara mara sendiri dan menghalang perkembangan rangkaian

151
kekeluargaan dengan keluarga lain.356 Amalan dan pegangan tradisi perkahwinan yang

melibatkan nama keluarga berterusan sejak penempatan komuniti ini di Pulau Pinang secara

kolektif dan dipandang serius. (Sila rujuk Lampiran Sembilan yang menunjukkan contoh

kad jemputan kahwin komuniti ini yang mengamalkan nama kelurga.).

Dalam konteks jurai keturunan, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mengamalkan

konsep patrilineal dalam menentukan jurai keturunan anggota komuniti. Sejajar dengan

konsep ini, nama keluarga ayah akan diwarisi anak-anak mereka. Berikutan dengan ini,

penerusan sesebuah nama keluarga dipertanggungjawabkan kepada kaum lelaki. Oleh yang

demikian, nama keluarga sesebuah keluarga yang tidak mempunyai anak lelaki mungkin

mengalami kepupusan. Penerusan dan pemeliharaan nama keluarga tidak menjadi satu isu

selagi anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berkahwin dengan pasangan dalam

kalangan komuniti yang sama. Persoalan timbul dari konteks pemeliharaan keturunan dan

nama keluarga ialah, adakah nama keluarga akan terus terpelihara jika berlaku perkahwinan

antara anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dengan anggota komuniti bukan

Kadayanallur? Jika lelaki Tamil Muslim Kadayanallur berkahwin dengan wanita bukan dari

komuniti yang sama, jurai keturunan berasaskan nama keluarga masih terpelihara dan

diteruskan. Sebaliknya, jika wanita Tamil Muslim Kadayanallur berkahwin dengan

pasangan bukan Kadayanallur maka waris-waris yang lahir tidak dianggap sebagai

keturunan Kadayanallur dan nama keluarga tidak diteruskan.

Walau bagaimanapun, pada masa ini sebahagian kecil anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur tidak menjadikan amalan tradisi ini sebagai sandaran dan pegangan

356
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhamad pada 19 Disember 2011.
152
utama yang perlu diikuti. Hal ini menunjukkan berlaku peralihan daripada pegangan

terhadap sistem endogami dalam kalangan komuniti ini. Kini, perkahwinan berlaku antara

anggota komuniti ini dengan masyarakat Islam yang bukan berasal daripada Tamil Muslim

Kadayanallur yang merangkumi individu Tamil Muslim dari daerah lain, Melayu, Punjab,

Gujerat, Malayali malah komuniti luar negara termasuk dari Sepanyol, Britain, Yemen dan

Pakistan tanpa halangan. Jika dilihat dari segi kekerapan, perkahwinan campur anggota

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dengan anggota komuniti Melayu mempunyai

kekerapan yang tinggi berbanding dengan komuniti lain. Pada dasarnya, perkahwinan

campur sudah pun berlaku dalam kalangan komuniti ini sejak tahun 1970-an, namun

kekerapannya amat kurang berbanding dengan akhir tahun 1990-an sehingga kini.357 Hal

yang demikian kerana impak daripada proses asimilasi dengan budaya Melayu atau

peMelayuan dan faktor perkembangan pendidikan moden yang mengubah bentuk pemikiran

generasi muda. Walaupun terdapat transisi dari segi kelangsungan pegangan terhadap sistem

endogami yang menuju kepada eksogami358 dalam kalangan anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur, secara keseluruhannya majoriti anggota komuniti ini masih lagi

berpegang kepada sistem endogami.

Begitu juga dari segi dasar larangan perkahwinan antara nama keluarga yang sama.

Terdapat anggota komuniti yang melangsungkan perkahwinan antara pasangan yang

mempunyai nama keluarga yang sama. Mereka bertindak sedemikian memandangkan

larangan ini hanya sekadar adat dan perkahwinan antara anggota komuniti yang mempunyai

nama keluarga yang sama dibolehkan berdasarkan syariah Islam. Sebagai contoh bagi

357
Ibid.
358
Eksogami merujuk kepada sistem perkahwinan di luar sesebuah kumpulan, komuniti atau etnik.
Southwood, Katherine, E. (2012). Ethnicity and the Mixed Marriage Crisis, hlm. 65.
153
larangan perkahwinan sesama anggota komuniti ini dapat dilihat dalam kes perkahwinan

antara Mohamad Arif bin Abdul Karim dan Rozaina binti Musa. Kedua-dua pasangan ini

berasal dari keluarga yang sama iaitu Cēyaṉ dan mempunyai pertalian kekeluargaan yang

rapat sebagai sepupu. Mereka melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 Disember

2010.359 Walaupun pasangan yang disebut berjaya melangsungkan perkahwinan, mereka

terpaksa mengharungi kritikan dan penentangan khususnya kaum kerabat yang masih

berpegang teguh kepada prinsip tidak berkahwin sesama keluarga yang memiliki nama

keluarga yang sama.

Seterusnya, pengamalan nama keluarga dalam kalangan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur mempunyai pengaruh dan sentimen kelompok khusus yang dikenali sebagai

kaṭci. Pegangan kepada kaṭci tertentu muncul sejak di Kadayanallur berasaskan syeikh-

syeikh tarekat yang berperanan sebagai pemimpin agama. Keluarga tertentu menjadikan

syeikh-syeikh tarekat tersebut sebagai pemimpin agama mereka. Melalui proses ini,

kelompok-kelompok keluarga yang mempunyai nama keluarga berbeza menjadikan syeikh

tarekat sebagai ikutan dan rujukan utama di Kadayanallur. Syeikh-syeikh tarekat yang

menjadi pengasas aliran tarekat di Kadayanallur termasuk Syeikh Meeran Lebbai

mengasaskan jemaah Lebbai Sahib Jamat atau mēlakkaṭci. Kondotty Jamat yang dikenali

sebagai kilakkaṭci pula diasaskan seorang sufi bernama Muhamad Husin Shah. Seterusnya,

Tankal Jamat atau tankalkaṭci diasaskan oleh guru tarekat bernama Said Abdul Rahman

Masawi Turab Sahibullah Haja Rahimullah. Seterusnya, jemaah Kathatu pula lahir apabila

anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang berbaiah dengan Syeikh Abu Bakar dan

359
Temu bual dengan Mohamad Arif bin Abdul Karim pada 15 Oktober 2013.
154
mereka dikenali sebagai kuṇṭūṭikaṭci. Hal yang demikian menyaksikan pembentukan empat

kaci utama di Kadayanallur iaitu mēlakkaṭci, kilakkaṭci, tankalkaṭci dan kuṇṭūṭikaṭci. 360

Kewujudan kaṭci yang menjadi kayu pemisah dan landasan pembahagian nama-

nama keluarga kepada kelompok berbeza menimbulkan beberapa persoalan dalam komuniti

ini. Adakah sentimen kaṭci menimbulkan ketegangan dari segi hubungan antara mereka?

Seterusnya, adakah kaṭci bertindak sebagai asas untuk membezakan status anggota komuniti

menyamai sistem kasta? Menurut Sultan Arif,361 peranan kaṭci hanya melibatkan aktiviti

dalam persatuan- persatuan berpusatkan kaum kerabat. Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh

persatuan-persatuan ini secara khusus melibatkan kelompok keluarga anggota komuniti

yang menjadi ahli persatuan tersebut seperti yang dibincangkan sebelum ini. Keadaan ini,

pada hakikatnya tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan sesama anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur. Hubungan kelompok keluarga mēlakkaṭci mempunyai hubungan

yang baik dengan kilakkaṭci dan tankalkaṭci dalam aspek-aspek sosiobudaya khususnya

dalam perkahwinan, kematian dan hal-hal kegamaan. Jika dilihat dalam hal perkahwinan

misalnya, kelompok keluarga dari semua kaṭci dalam komuniti ini berkahwin antara satu

sama lain tanpa sekatan. Tidak ada pantang larang dan peraturan adat yang menggariskan

larangan perkahwinan antara kaṭci yang berlainan.

Pada hakikatnya, masalah timbul apabila perkataan mēlakkaṭci dan kilakkaṭci

disalahertikan dari segi bahasa. Mēlakkaṭci dianggap oleh anggota komuniti ini sebagai parti

atau kelompok atasan manakala kilakkaṭci pula disalahertikan sebagai parti atau kelompok

bahawan. Sebenarnya, perkataan mēlakkaṭci merujuk kepada anggota komuniti ini yang

360
Ibrahim, S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 80-88.
361
Temu bual dengan Sultan Arif Muhamad pada 19 Disember 2011.
155
tinggal di kawasan barat Kadayanallur atau parti barat.362 Kilakkaṭci pula merujuk kepada

anggota komuniti ini yang tinggal di kawasan timur Kadayanallur atau parti timur. Oleh

kerana pengikut syeikh-syeikh tarekat berbeza tertumpu di kawasan barat dan timur maka

mereka digelar sebagai melakkaṭci iaitu parti barat dan kilakkaṭci iaitu parti timur.363 Secara

langsung, hal ini menafikan persoalan kemungkinan pegangan pada kaṭci berbeza bertindak

sebagai asas perbezaan status dan hierarki yang menyamai kasta dalam masyarakat

beragama Hindu. Dalam konteks Pulau Pinang, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur telah

menjadikan perbezaan kaṭci sebagai asas kepada penubuhan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat. Sebelum perbincangan mengenai asas penubuhan persatuan

berpusatkan kaum kerabat, rasional pengamalan nama keluarga yang terbentuk di

Kadayanallur, Tamil Nadu dan konsep persatuan berpusatkan kaum kerabat akan disentuh.

3.2.2 Rasional Nama-nama Keluarga

Kewujudan nama-nama keluarga dan budaya pengamalan nama keluarga komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur mempunyai rasional dan asas-asas yang berkaitan dengan

aspek sosial dan budaya komuniti ini. Pada dasarnya, pembentukan komuniti Tamil Muslim

bermazhab Syafie di Kadayanallur melibatkan bukan sahaja kelompok orang Islam yang

berhijrah dari Kerala malah pelbagai anggota Tamil Muslim dan penduduk sekitar yang

berhijrah dan terus menetap di Kadayanallur.364 Oleh yang demikian, latar belakang asal

anggota komuniti ini telah menjadi sebahagian daripada faktor kepada pembentukan nama-

362
Torsten, Tschacher. (2006). The Impact of being Tamil, hlm. 89.
363
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Turab Shah pada 11 Disember 2012.
364
Ibid., hlm. 118.
156
nama keluarga diamalkan di Kadayanallur. Nama kampung atau tempat asal usul, pekerjaan,

nama ketua keluarga dan gelaran-gelaran serta nama timangan menjadi asas kepada

pembentukan nama-nama keluarga. Namun, hanya nama keluarga tertentu sahaja yang dapat

dikenal pasti dari segi latar belakang dan rasional kewujudan nama tersebut. Selebihnya,

tidak dapat dikenal pasti sebabnya atas faktor ketiadaan maklumat dan hanya diikuti serta

diamalkan secara turun temurun.365

Kemunculan nama keluarga pada peringkat awal di Kadayanallur berpunca dengan

lima nama keluarga asal iaitu Cōṉṉi, Mūppamāppiḷḷai, Peruntarakaṉ, Cēyaṉ dan Pulavaṉ.

Daripada lima nama keluarga ini, lahirlah pelbagai rangkaian nama keluarga lain.366 Nama

keluarga Cōṉṉi merujuk kepada sunni iaitu istilah Arab yang bermaksud pengikut Ahlul

Sunnah wal Jama’ah. Berasaskan nama keluarga ini seterusnya lahir pecahan kelompok

nama keluarga yang merangkumi Muṭṭani, Pakkirtarakaṉ, Kostarakaṉ,367 Mukammatukaṉi

(Muhamad Ghani), Cēyaṉtarakaṉ dan Yaṉiyar.368 Dalam konteks nama keluarga

Mūppamāppiḷḷai yang pada asalnya disebut sebagai Munni Mupar telah berubah kepada

Mūppamāppiḷḷai. Dari konteks bahasa, Mūpar merupakan perkataan bahasa Malayalam

bermaksud sulung atau anak sulung, dengan maksud yang sama disebut sebagai Mupaṉ

dalam bahasa Tamil. Perkataan Mapelai pula merujuk kepada orang Islam Malabar iaitu

Mopilla dan mempelai dalam bahasa Tamil. Oleh yang demikian, Mūppamāppiḷḷai

bermaksud mempelai sulong dalam bahasa Tamil.369 Nama-nama keluarga yang tercetus

365
Ibid., hlm. 111.
366
Ibrahim,S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 111.
367
Tarakaṉ bermaksud orang tengah atau broker khususnya dalam industri tekstil manakala Yanniyar adalah
gelaran atau nama timangan. Ibid., hlm. 111.
368
Ibid.
369
Muparmapelai dalam konteks bahasa Tamil kebiasaannya disebut juga sebagai Mutamapelai dan
Mupanmapelai. Ibid., hlm. 112.
157
dan berangkai daripada keluarga Mūppamāppiḷḷai melibatkan Karuttamoṉṉamat (Karta

Monna Muhamed), Periyamustapā, Ceytarakaṉ, Moṉṉalebbai, Moṉṉaṉamatlebbai (Munna

Mohamed Lebbai), Cēmalebbai, Cēvu, Paruttippottai, Aṇṭā, Cālāppalavai, Karuttalebbai,

Cēyaṉtarakan, Topi, Pavoti, Karuttāṉ.370

Nama keluarga perintis ketiga adalah Peruntarakaṉ yang bermaksud agen

perniagaan atau broker. Nama-nama keluarga yang bercabang daripada keluarga

Peruntarakaṉ merangkumi Cēppiḷḷai, Abtullā (Abdullah), Mastāntarakaṉ, Aṇṇavi,

Cemantarakaṉ, Māṭumuṭṭi, Karuttakalipa dan Kōskalipā.371 Seterusnya, nama kelurga

Cēyaṉ wujud hasil gabungan perkataan Syeikh dan Ayen. Syeikh bermaksud ketua

manakala Ayen merupakan nama individu yang memimpin keluarga. Sultan Arif372

berpendapat bahawa perkataan Cēyaṉ diambil daripada perkataan Cēvakkaṉ373 dan bertukar

kepada Cēyaṉ. Pecahan nama-nama keluarga daripada nama Cēyaṉ adalah Cēṅkar, Cēnuṟu,

Alimupaṉ , Kaṇṭār, Kāṉātti, Kōttalai dan Cēvanalli.374

Nama keluarga perintis selanjutnya adalah Pulavaṉ. Perkataan Pulavaṉ bermaksud

penyair dalam bahasa Tamil. Ahli keluarga ini mendapat nama Pulavaṉ kerana terlibat

dalam bidang nyanyian syair. Nama keluarga yang lahir daripada keluarga Pulavaṉ

melibatkan Pulavaṉkosmīttīṉ, Pulavaṉcēlakkari, Pulavaṉkātar, Mupan, Avicāri, Tolaṉ,

Jamīṉ, Kattaiyan, Mamāli dan Aṭaiyar.

370
Ibid., hlm. 113.
371
Ibid., hlm. 114.
372
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhamad pada 19 Disember 2011.
373
Cēvakkaṉ adalah perkataan bahasa Malayalam yang bermaksud pelayan atau yang memberi khidmat.
Menurut Sultan Arif, ketika berada di Malayalam keturunan keluarga Cēyaṉ yang pernah berkhidmat di
istana dan digelar sebagai Cēvakkaṉ. Ibid.
374
Ibrahim,S.A. (pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 114.
158
Nama keluarga golongan ulama tempatan Kadayanallur kebanyakannya bertunjang

kepada keturunan Syeikh Meeran Lebbai. Beliau yang berhijrah atas jemputan ke

Kadayanallur dari Thiddevelai, Kerala, untuk menjalankan kerja-kerja agama sebagai imam,

mempunyai empat orang bermula dengan Syeikh Umar Muhayuddin Lebbai, Syeikh

Othman Lebbai, Syeikh Muhamad Hassan Lebbai dan Syeikh Nagor Lebbai. Melalui anak-

anak Syeikh Meeran Lebbai lahir nama-nama keluarga mengikut waris-waris yang berbeza.

Seterusnya, nama-nama keluarga yang lahir dan berkembang melalui waris Syeikh Umar

Muhayuddin merangkumi keluarga Said Ahmad Lebbai, Koppu Lebbai, Mammalebbai,

Umar Lebbai dan Valikutti Lebbai. Seterusnya, nama keluarga dari arah keturunan Syeikh

Uthuman Lebbai pula melibatkan nama keluarga Uthuman Lebbai, Haji Sahibu, Mohamed

Abu Bakar Sahibu, Wali Sahibu,Kulli Sahibu dan Vārkkaṭṭi Sahibu.375

Nama-nama keluarga yang muncul dari arah keturunan Syeikh Muhamad Hasan pula

meliputi Muhideen Lebbai, Pottalebbai, Katarlebbai, Kōca Ahmed Lebbai dan

Kōcalebbai.376 Seterusnya, nama-nama keluarga yang muncul dari arah keturunan Syeikh

Nagor Lebbai adalah Navalebbai.377 Nama-nama keluarga Syeikh Umar Muhayuddin

Lebbai Alim, Syeikh Muhamad Hassan dan Syeikh Nagor Lebbai digelar sebagai Syeikh

Meeran Lebbai kuṭumum atau keluarga Syeikh Meeran Lebbai secara kolektif manakala

keluarga-keluarga dari arah Syeikh Uthuman Lebbai dikenali sebagai Sahib. 378

Berdasarkan perbincangan sebelum ini didapati bahawa komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur juga terbentuk melalui penghijrahan penduduk sekitar kawasan ini. Dalam

375
Ibid., hlm. 115.
376
Nama ketua keluarga bermula dengan Kothari Shah Lebbai kemudian Kosa Ahmed Lebbai dan bertukar
menjadi Kōcalebbai
377
Ibid.
378
Ibid.
159
konteks pembentukan nama keluarga, penduduk yang berhijrah dari kawasan lain dan

menetap di Kadayanallur diidentifikasikan dan digelar sempena nama tempat atau

kampung asal usul mereka. Nama-nama keluarga tersebut termasuk Kalankāttan,

Karuṅkolattan, Mūkkuppeṟi, Cenkoṭaiyaṉ, Cāḷai, Oradi, Mañcu, Ocalattaṉ, Oṭṭaṉ, Kanji,

Muṭavaṉ dan Paḷlaiyattan.379 Jadual 3.1 menunjukkan senarai nama keluarga berdasarkan

urru atau kampung asal-usul.

Terdapat nama keluarga tertentu di Kadanyallur wujud berasaskan bahasa

Malayalam. Nama keluarga tersebut merangkumi Kuñcumaraikkāṉ,380 Mēttaṉ, Makkaṭṭi,

Moṉṉāṭṭi, Mainaṭi dan Karuppamuppaṉ.381 Nama-nama keluarga mempunyai maksud yang

dipaparkan melalui bahasa Malayalam. Jadual 3.2 memaparkan maksud nama-nama

keluarga berasaskan bahasa Malayalam. Seterusnya, ketua keluarga juga dijadikan asas

kepada kewujudan nama keluarga di Kadayanallur. Nama keluarga tersebut merangkumi

Vāṇattoṭu, Pakaratti, Celamalebbai, Vāvaṉar, Vāvākācim Tulukkamīttīṉ, Nainamēttaṉ ,

Ceyppu, Okkaci, Molimeli , Acaiṉa (Hasaina), Ucaiṉa (Husaina), Kalantar, Umarkaṉi,

Cēvulai, Cēvakkaṉ, Cēvaraiyaṉ, Mukammatukaṉi, Cēvu, Karuttamoṉṉamatue,

Periyamustapā, Moṉṉalebbai, Cēppiḷḷai, Abtullā (Abdullah), Kōskalipā, Cēyaṉ, Cēṅkar,

Cēnuṟu, Alimupaṉ , Kāṉātti, Cēvanalli , Pulavaṉkosmīttīṉ, Pulavaṉkātar, Avicāri, Mamāli,

Said Ahmad Lebbai, Mammalebbai, Umar Lebbai, Uthuman Lebbai, Mohamed Abu Bakar

Sahibu, Vali Sahibu, Kather Lebbai, Kosa Ahmad Lebbai, Kōcalebbai dan Navalebbai.

379
Ibid., hlm. 118.
380
Kunji merupakan sebutan bersifat kasih sayang terhadap seseorang. Marakayyar merujuk kepada mereka
yang membawa bot. Istilah ini mengalami perubahan dari Kunji Marakayar kepada Kuñcumaraikkaṉ,
Ibid., hlm. 118-119.
381
Ibid.
160
Jadual 3.1
Senarai Nama Keluarga Berdasarkan Nama Tempat Asal Usul

Nama Keluarga Tempat Asal Usul


Karuṅkolattan Kalunggu
Karuṅkolattan Kalungkulam
Mūkkuppeṟi Mūkkuppeṟi
Cenkoṭaiyaṉ Cenkoṭai (Sengkotai)
Cāḷai Cāḷai (Salai)
Oraṭṭi Orraitta
Mañcu Manji Kollai
Ocalattaṉ Usilampati
Oṭṭaṉ Oṭṭaṉ Sattiram
Kacci Kanjipuram atau Kanjlapalli
Muṭavaṉ Modevern
Paḷlaiyattan Palayam

Jadual 3.2
Senarai dan Maksud Nama Keluarga
Berasaskan Bahasa Malayalam

Nama Keluarga Bahasa Malayalam


Kuñcumaraikkāṉ Kunji panggilan berunsur kasih sayang.
Marikan bermaksud orang bot.
Mēttaṉ Nama Muhamad.
Makkaṭṭi Nama Makthun Kutti.
Moṉṉāṭṭi Nama Mona Kutti.
Mainaṭi Nama Mydin Kutti.
Karuppamuppaṉ Mupan merujuk kepada anak sulung dan
Karrupu merujuk kepada nama warna kulit
hitam.

161
Nama timangan menjadi salah satu elemen utama dalam pembentukan nama

keluarga di Kadayanallur. Nama timangan lazimnya diperoleh bersandarkan peristiwa, sifat

atau keadaan fizikal tertentu yang berkaitan dengan individu atau sesebuah keluarga dalam

kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Nama-nama keluarga yang dikenal pasti

kewujudannya berasaskan nama timangan termasuk Cēmalebbai, Aṇṭā, Paruttippottai,

Karuttalebbai, Topi, Cālāppalavai, Yaṉiyar, Aṇṇavi, Māṭumuṭṭi, Mūkkaraiyaṉ, Kōttalai,

Tolaṉ, Kattaiyan, Aṭaiyar dan Pulavaṉcēlakkari. Seterusnya, nama-nama keluarga yang

terbentuk kerana peristiwa dan sebab tertentu melibatkan Karuttāṉ, Kaṇṭār,382 Pulavaṉ,

Koppulebbai, Vāḷikuttalebbai, Haji Sahibu. Kulli Sahibu, Varakaṭṭi Sahibu, Muhideen dan

Pottalebbai.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terlibat secara besar-besaran dalam industri

penenunan kain yang menjadi sumber pendapatan utama mereka. Hal yang demikian,

pekerjaan ini juga berperanan sebagai sumber pembentukan nama-nama keluarga. Antara

nama keluarga yang lahir berdasarkan pekerjaan merangkumi Accikaṭṭi, Kampaṟuttāṉ,

Kambuḷi, Kōr, Pavoti dan Taṭṭākkutiyaṉ. Jadual 3.3 menunjukkan senarai nama keluarga

berasaskan jenis pekerjaan secara terperinci.

Terdapat nama-nama keluarga Tamil Muslim Kadayanallur wujud kerana pelbagai

faktor yang berbeza selain daripada kategori yang telah dibincangkan. Antaranya adalah

Pattaṇi yang memperoleh nama berdasarkan faktor ahli keluarga ini asalnya dari kalangan

komuniti Phatan yang bertutur dalam bahasa Urdu. Kemudian mereka berhijrah dan

menetap di Kadayanallur. Begitu juga senarionya dengan nama keluarga Inti dan Intikalipā

382
Seorang dari keluarga ini telah menjumpai atau mencipta sesuatu yang baru dalam pekerjaan
penenunan kain. Ibid., hlm. 118.
162
Jadual 3.3
Senarai Nama Keluarga Berasaskan Pekerjaan

Nama Keluarga Pekerjaan

Accikaṭṭi Acci bermaksud acuan dan istilah Accikaṭṭi merujuk


kepada orang yang terlibat dalam proses pengacuanan
dalam pekerjaan penenunan kain.

Kampaṟuttāṉ Orang yang terlibat dalam proses pemotongan kayu dalam


industri penunan kain digelar sebagai Kamber Rutan

Kambuḷi Mereka yang memahat kayu yang digunakan untuk


pekerjaan penunan kain digelar Kambuḷi malah mereka
juga berasal dari tempat bernama Kambali.

Kōr Orang yang bertugas dalam proses memasukkan atau


membetulkan benang dalam acuan semasa penenunan kain
dijalankan

Pavoti Berkaitan dengan pekerjaan penenunan kain dalam proses


menyediakan gulungan kain.

Taṭṭākkutiyaṉ Mereka yang terlibat dalam pembuatan emas

Kedua-dua keluarga ini berasal dari India Utara dan mereka berhijrah serta menetap di

Kadayanallur. Oleh kerana mereka bercakap bahasa Hindi pada asalnya, maka keluarga ini

mendapat nama Inti yang bermaksud Hindi. Seterusnya nama keluarga Taṅkappalḷacci yang

terhasil daripada perkataan taṅkappal dan Acci pula merujuk kepada orang yang bernama

Acci.383 Nama keluarga Maulapitcay dan Maularan diambil daripada perkataan maula yang

merujuk kepada mereka ini yang baru menerima Islam. Selanjutnya, nama keluarga Mupaṉ

383
Ibid., hlm. 112.
163
yang merujuk kepada anak sulung dan nama keluarga Jamīṉ yang berkaitan denga mereka

yang mempunyai hubungan dengan golongan zamindar 384 iaitu tuan tanah.

Berdasarkan perbincangan di atas, amalan nama keluarga dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur berperanan sebagai identiti keluarga dan komuniti tersebut

secara umum serta nama keluarga mengukuhkan rangkaian kekeluargaan komuniti ini yang

membezakan mereka dengan komuniti Tamil Muslim lain. Pengamalan nama keluarga ini

terus diamalkan oleh komuniti ini walaupun telah berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengamalan nama keluarga dalam kalangan

komuniti ini bukan sahaja mengukuhkan sifat homogen dan rangkaian kekeluargaan malah

telah berperanan sebagai asas kepada pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat. Oleh itu, dalam perbincangan seterusnya, konsep persatuan berpusatkan kaum

kerabat akan disentuh.

3.3 Konsep Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat

Menurut Mines, komuniti Tamil Muslim merupakan komuniti berteraskan pusat

kaum kerabat.385 Istilah pusat kaum kerabat atau kin centre merujuk kepada bandar dan

kampung halaman asal komuniti Tamil Muslim di India. Ia juga merujuk kepada tempat

lahir sebahagian daripada mereka dan bagi sebahagian tempat berasalnya komuniti dan

384
Zamindar adalah istilah bahasa Parsi yang bermaksud pemegang amanah tanah yang merujuk kepada
tuan tanah yang bertanggungjawab mengutip cukai dan pendapatan daripada hasil tanaman dari para
petani. Krishna Dutta. (2003). Calcutta: A Cultural and Literary History. UK: Signal Books
Limited, hlm. 32.
385
Mines, Mattison. (1983). Kin Centres and Ethnicity among Muslim Tamilians. Dlm Modernization and
Social Change among Muslims in India, (pnyt.).Imtiaz Ahmad. Delhi: Manohar, hlm. 99-100.
164
kaum kerabat mereka. Bagi golongan Tamil Muslim, kepentingan konsep berpusatkan kaum

kerabat lebih bermakna daripada isu tempat asal usul. Kepentingan konsep berpusatkan

kaum kerabat bukan sekadar landasan rujukan lokasi asal usul tetapi suatu fokus kepada

pemeliharan dan pemantapan rangkaian sosial dan ekonomi dalam kalangan komuniti Tamil

Muslim. Konsep ini juga membekalkan pedagang dengan pekerja yang boleh dipercayai

melalui rangkaian sumber perniagaan. Namun, aspek yang utama dalam konsep berpusatkan

kaum kerabat ialah peranannya sebagai sumber identiti kepada komuniti Tamil Muslim.386

Kewujudan dan pengekalan identiti melalui pelbagai institusi boleh dilihat dalam

konteks Pulau Pinang. Komuniti Tamil Muslim secara umum mengekalkan identiti

berteraskan pusat kaum kerabat dalam aspek perkahwinan, ritual dan amalan

berpersatuan.387 Identiti komuniti Tamil Muslim diperkukuhkan dengan jelas melalui

institusi persatuan berpusatkan kaum kerabat. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

merupakan komuniti yang paling awal menubuhkan persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat sejak zaman pra-Perang Dunia Kedua di Pulau Pinang. Pusat kaum kerabat yang

merujuk kepada tempat asal usul dimanifestasikan melalui persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat ini untuk mewujudkan dan memelihara identiti, sosiobudaya dan kebajikan

anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

386
Ibid.
387
Ibid.
165
3.4 Asas Penubuhan Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang yang mula berhijrah ke Pulau

Pinang sejak tahun 1880-an berkembang secara beransur-ansur pada awal tahun 1900-an.

Proses penghijrahan yang berterusan ini meningkatkan jumlah anggota komuniti ini yang

menetap di bandar George Town, Pulau Pinang. Keadaan ini menyebabkan anggota

komuniti ini membentuk persatuan sebagai sebuah platform untuk mengurus dan menangani

masalah sosiobudaya yang tidak mampu diuruskan secara individu. Berlandaskan dasar dan

prinsip inilah komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang menubuhkan

persatuan-persatuan demi menjaga kebajikan dan memastikan keperluan mereka dalam

pelbagai aspek yang merangkumi sosiobudaya dan agama dipenuhi. Oleh yang demikian,

persatuan berpusatkan kaum kerabat yang ditubuhkan oleh anggota komuniti ini lebih

bercorak persatuan sosial. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mula menubuhkan

persatuan berpusatkan kaum kerabat sejak tahun 1929.

Aspek yang unik dalam pembentukan dan penubuhan persatuan berpusatkan kaum

kerabat dalam komuniti ini adalah elemen atau faktor yang dijadikan asas dalam membentuk

persatuan-persatuan mereka. Dalam hal ini, latar belakang sejarah dan penerusan budaya

dan tradisi pada hakikatnya memberi impak dalam aspek ini. Dua faktor amalan tradisi

utama iaitu pegangan terhadap guru atau syeikh tarekat dan pengamalan nama keluarga

berperanan besar dalam penubuhan persatuan dalam kalangan komuniti ini. Kedua-dua

faktor ini secara langsung menyumbang kepada kewujudan elemen pembeza dalam

komuniti ini dan menyediakan tapak kepada kelahiran persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat mengikut aliran yang berlainan. Keanggotaan setiap persatuan berpusatkan

166
kaum kerabat ditentukan melalui nama-nama keluarga yang dikelompokkan berdasarkan

pegangan dan ikutan kepada syeikh atau guru tarekat masing-masing sejak di Kadayanallur,

Tamil Nadu, India. Istilah persatuan berpusatkan kaum kerabat atau kin-centre associations

turut digunakan oleh Torsten388 yang merujuk kepada persatuan sosial komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur di Singapura yang mula ditubuhkan pada tahun 1940. Komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur Pulau Pinang bertindak menubuhkan persatuan berpusatkan kaum

kerabat secara rasmi pada tahun 1929 iaitu Persatuan Muslim Bersatu atau United Muslim

Association (UMA) yang merupakan titik tolak utama untuk menyatukan dan membantu

komuniti ini dalam hal ehwal sosiobudaya mereka.389

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang mula berkembang di Pulau Pinang sejak

awal tahun 1900-an masih berpegang kepada prinsip dan ideologi kaṭci tertentu yang

diwarisi dari Kadayanallur berasaskan syeikh-syeikh tarekat yang berperanan sebagai

pemimpin agama seperti dibincangkan sebelum ini. Walaupun terdapat empat kaṭci asal

yang wujud di Kadayanallur, hanya tiga kaṭci sahaja berkembang di Pulau Pinang. Tiga

kaṭci utama dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang

termasuk melakkaṭci, kilakkaṭci dan tankalkaṭci. Ketiadaan anggota komuniti ini yang

termasuk dalam kelompok nama keluarga berasaskan kuṇṭūṭikaṭci menjadi faktor kaṭci ini

tidak berkembang di Pulau Pinang. Setiap kaṭci dalam kalangan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur di Pulau Pinang dianggotai kelompok-kelompok keluarga yang memiliki

nama keluarga khusus. Ketentuan pembahagian setiap kelompok keluarga komuniti ini

388
Torsten, Tschacher. (2006). The Impact of being Tamil, hlm. 89.
389
Persatuan Muslim Bersatu. (1979). ). Persatuan Muslim Bersatu: Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h.
167
adalah berasaskan pembahagian yang sedia wujud di Kadayanallur.390 (Sila rujuk Lampiran

Sepuluh yang memaparkan senarai nama keluarga komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

mengikut tradisi pegangan katci di Pulau Pinang.).

Pada peringkat awal komuniti ini hidup bersatu dan membantu antara satu sama lain

sebagai sebuah komuniti baru di Pulau Pinang. Demi mewujudkan komuniti yang bersatu

padu, sentimen kaṭci yang diamalkan di Kadayanallur telah diketepikan kerana ketiadaan

syeikh tarekat atau badan sosial yang berperanan sebagai institusi yang membezakan

mereka. Kewujudan sentimen kaṭci dikenal pasti sejak komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur Pulau Pinang mula menubuhkan persatuan berpusatkan kaum kerabat pada

tahun 1929. Seperti yang disebut sebelum ini, Persatuan Muslim Bersatu (UMA) merupakan

persatuan berpusatkan kaum kerabat pertama yang ditubuhkan anggota komuniti ini.

Sentimen pegangan kaṭci yang sedia ada menyebabkan perpecahan dan persaingan dalam

kalangan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Impaknya

kilakkaṭci dan tankalkaṭci pula bertindak menubuhkan persatuan berpusatkan kaum kerabat

masing-masing. Pada peringkat awal anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dari

kilakkaṭci dan tankalkaṭci bergabung dan menubuhkan Persatuan Anjuman Himayathul

Islam pada tahun 1930. Namun, gabungan dan kesepaduan antara kilakkaṭci dan tankalkaṭci

tidak kekal lama akibat masalah dalaman antara kedua-dua pihak.391 Oleh yang demikian,

anggota komuniti dari tankalkaṭci menubuhkan Persatuan Hidayathul Islam (PHI) pada

tahun 1941.

390
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhamad Mydin pada 19 Disember 2011.
391
Temu bual dengan Othuman bin Mohamed Mydin pada 7 Julai 2010.
168
Seterusnya kemelut dan perbezaan kaṭci tidak disenangi sebahagian anggota

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Hal yang demikian, membawa kepada penubuhan

persatuan baru yang tidak berkonsepkan sentimen kepartian atau kaṭci. Berasaskan konsep

terbuka ini Persatuan Muslim Kadayanallur (PMK) ditubuhkan pada tahun 1945.392

Menjelang tahun 1946, anggota komuniti Tamil Muslim Tenkasi bertindak menubuhkan

Tenkasi Muslim Benefit Society (dikenali sebagai Persatuan Nurul Islam mulai tahun 1986).

Dalam konteks persatuan, anggota komuniti Tamil Muslim Tenkasi bergabung dan

menyertai persatuan berpusatkan kaum kerabat UMA dan AHI) mengikut pegangan

melakkaṭci dan kilakkaṭci.393 Menurut Mydin Pillay,394 anggota komuniti Tamil Muslim

Tenkasi bertekad menubuhkan persatuan berpusatkan kaum kerabat sendiri kerana mereka

tidak mempunyai peluang bersuara dalam UMA dan AHI..

Rentetan daripada kemelut ini, pada tahun 1953 Central Muslim Society (CMS) telah

ditubuhkan sebagai inisiatif untuk mengurangkan perbezaan kaṭci dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur yang dimanifestasikan melalui persatuan berpusatkan kaum

kerabat. CMS merupakan persatuan gabungan yang dianggotai perwakilan dari UMA, AHI,

PHI dan PMK. CMS berperanan sebagai platform untuk memupuk perpaduan dan

menyelesaikan masalah berbangkit dalam kalangan anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur.395 Kesemua persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim

392
Temu bual dengan Mohamed Shah bin Pakir Mohammed pada 27 Januari 2012. Beliau merupakan
salah seorang pengasas PMK pada tahun 1945.
393
Temu bual dengan Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012. Beliau merupakan Presiden
Persatuan Nurul Islam dari tahun 1997 sehingga kini..
394
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Turab Shah pada 11 Disember 2012. Beliau merupakan bekas
Presiden Persatuan Nurul Islam.
395
Haja Najmudeen Kader & Abdul Khalil H.P. Shawkataly. (2007). Liga Muslim, hlm. 46.
169
Kadayanallur ini menjadi anggota gabungan Pertubuhan Liga Muslim Pulau Pinang yang

ditubuhkan pada tahun 1949 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1954.396

Pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat Tamil Muslim

Kadayanallur di Pulau Pinang mempunyai pengaruh pengamalan nama keluarga dan

pegangan sufisme yang berpaksikan perbezaan pegangan terhadap syeikh-syeikh tarekat

yang berakar umbi dari Kadayanallur, Tamil Nadu. Perbezaan ini mewujudkan kelompok-

kelompok keluarga yang berbeza dalam kalangan komuniti ini. Jika dilihat daripada satu

aspek, corak pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat ini unik kerana

berasaskan pegangan sufisme. Walau bagaimanapun, keadaan ini menimbulkan masalah dan

menjadi antara faktor perpecahan serta perbezaan pendapat dalam kalangan anggota

komuniti Tamil Muslin Kadayanallur. Hal ini terbukti dengan keperluan penubuhan CMS

untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama komuniti ini melalui persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat. Walaupun aspek negatif ini tidak dapat dinafikan, komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur menjadikan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat ini

sebagai satu landasan untuk memelihara kebajikan anggota komuniti dan mengukuhkan

aspek sosiobudaya mereka sejak sebelum kemerdekaan lagi. Secara tidak langsung, melalui

persatuan-persatuan ini, mereka telah memberi sumbangan dalam aspek sosiobudaya.

Penglibatan dan sumbangan komuniti ini dalam aspek sosiobudaya akan dibincangkan

dalam kajian ini berdasarkan tema atau aspek sosiobudaya dan bukannya berdasarkan

sumbangan atau aktiviti setiap persatuan secara berasingan. Oleh yang demikian, dalam

perbincangan seterusnya, perincian latar belakang persatuan berpusatkan kaum kerabat

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang akan dibincangkan.

396
Ibid., hlm. 24.
170
3.4.1 Persatuan Muslim Bersatu (UMA)

Perkembangan dan pertambahan jumlah anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur pada tahun 1920-an mewujudkan keperluan kepada pusat pertemuan dan

perbincangan permasalahan anggota komuniti termasuk soal kekeluargaan, keagamaan dan

pendidikan. Mereka berkumpul dan berbincang tentang permasalahan anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur di tempat-tempat yang berlainan kerana tiada pusat yang tetap.

Pada peringkat awal tidak muncul lagi soal kaṭci dalam kalangan komuniti ini kerana

mereka masih lagi tidak stabil dari segi ekonomi dan sosial serta tidak mempunyai platform

yang kukuh untuk menangani permasalahan dalam kalangan mereka. Oleh yang demikian,

seramai 13 orang tokoh pemimpin komuniti ini telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan

sebuah persatuan berasaskan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur iaitu

United Muslim Assosiation (UMA) atau Persatuan Muslim Bersatu pada tahun 1929.

Pemimpin pengasas UMA termasuk A.K. Abdul Rahman, A.K. Meera Hussein, A.S.

Mansoor, A.S. Mohammad, M.A.Mohd Sultan, M.M. Pitchay Ghani, M.M. Othuman, M.N.

Othuman Mydin, A.K Syeikh Othuman, M.P. Othuman, N.N. Mohammad, O.S. Mohd

Yusoff dan S.S. Sulaiman.397 A.K. Abdul Rahman dilantik sebagai presiden pertama

UMA.

Penubuhan UMA merupakan satu langkah komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

dalam mewujudkan persatuan berpusatkan kaum kerabat yang pertama dalam kalangan

mereka. Walaupun tiada sentimen kaṭci pada peringkat awal, namun jika dilihat dari

397
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h. Lihat juga Persatuan Muslim
Bersatu. (2010). Persatuan Muslim Bersatu: Sambutan Ulang tahun ke- 80. Pulau Pinang:Persatuan
Muslim Bersatu, hlm.20.
171
perspektif kaṭci, semua pengasas UMA dan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

yang dominan adalah dalam kalangan mellakaṭci berbanding dengan anggota komuniti

daripada kaṭci-kaṭci lain. Masalah kepimpinan dan punca pembentukan persatuan-persatuan

lain oleh killakaṭci dan tankalkaṭci telah pun dibincangkan sebelum ini. Penubuhan UMA

adalah berdasarkan matlamat untuk memelihara dan mengukuhkan aspek kebajikan,

perpaduan dan taraf hidup komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Selain daripada itu, UMA

juga bermatlamat memperkukuhkan aspek pengamalan ajaran Islam khususnya amalan-

amalan berdasakan tarekat Qadiriah Chistiah di bawah ajaran Syeikh Uthuman Lebbai

Chisti dan menyambut secara besar-besaran majlis-majlis keagamaan seperti sambutan Hari

Memperingati Syeikh Uthuman Lebbai, Maal Hijrah dan Maulidur rasul.398

Dalam konteks bangunan UMA, sebagai usaha awal untuk meneruskan peranan

UMA, sebuah bangunan di No. 417F Lebuh Chulia di kawasan yang dikenali sebagai

Alimsahwalai dijadikan sebagai bangunan UMA pada peringkat awal penubuhannya. (Sila

rujuk gambar 3.1 memaparkan bangunan asal UMA di Lebuh Chulia bersama dengan

anggota persatuan pada tahun 1932). Berasaskan faktor kekurangan sumber kewangan

komuniti ini yang secara umumnya masih tidak kukuh dari segi ekonomi, bangunan ini

disewa dengan bayaran sebanyak $13 sebulan. Jika dilihat dari konteks peranan peringkat

awal, anggota komuniti ini menjadikan UMA sebagai tempat perjumpaan, perkhidmatan

kemasyarakatan dan kekeluargaan serta pusat pendidikan melalui kelas-kelas bahasa Tamil

pada waktu malam.399 Keperluan yang berterusan, peningkatan peranan UMA dan

pertambahan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanalllur menjadi faktor dan sebab

398
Ibid.
399
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas ,t.h.
172
utama mereka berusaha mendapatkan sebuah bangunan sendiri yang lebih luas dan di bawah

pemilikan UMA sepenuhnya. Usaha dan tindakan untuk mendapatkan bangunan sendiri

mula diambil sejak tahun 1933.400

Beberapa pimpinan UMA yang berkemampuan telah memberi sumbangan kewangan

untuk membeli sebidang tanah yang berkeluasan 4,000 kaki persegi berserta sebuah rumah

di 202 Jalan Transfer yang bernilai $5,500 untuk dijadikan bangunan UMA pada tahun

1934.401 Kemampuan kewangan pimpinan UMA terhad dan hanya mampu menyumbang

$2,000. Masalah ini dapat diselesaikan dengan sumbangan kewangan 10 orang anggota

UMA sebanyak $200 seorang. Penyumbang-penyumbang tersebut termasuk A.K. Abdul

Rahman, A.K. Meera Hussein, A.K. Syeikh Othuman, A.S. Mansoor, A.S. Mohammad, ,

M.P. Othuman, M.N. Othuman Mydin, M.N. Meera Mydin Lebbai, M.S. Masooth dan S.K

Nagoor.402 Namun, jumlah ini masih tidak mencukupi untuk membeli bangunan tersebut.

Sebagai alternatif, bangunan ini digadai untuk mendapatkan baki $2,000 dengan bayaran

faedah sebanyak $15 sebulan sehingga bangunan UMA dimiliki sepenuhnya UMA pada

tahun 1938 setelah bayaran pinjaman dapat dilangsai sepenuhnya.403 (Sila rujuk Lampiran

Sebelas yang menunjukkan gambar foto pembukaan bangunan baru UMA di No. 202, Jalan

Transfer, George Town, Pulau Pinang, pada tahun 1934.).

Dari tahun 1934 sehingga tahun 1938, pelbagai usaha telah dilakukan ahli UMA

untuk membaik pulih bangunan persatuan. Sumbangan dari segi tenaga, kemahiran dan

400
Ibid.
401
Persatuan Muslim Bersatu ditubuhkan pada tahun 1929. Didaftarkan di bawah seksyen 5 Akta
Pertubuhan 1949 bernombor pendaftaran 389 dan beralamat di 202 Jalan Transfer , George Town. Pulau
Pinang. Persatuan Muslim Bersatu. (2010). Buku Cenderamata Sambutan Ulang Tahun ke-80, hlm. 18.
402
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h.
403
Ibid.
173
kewangan diterima daripada ahli. Bangunan UMA bukan sahaja bertindak sebagai bangunan

persatuan malah sebagai sebuah sekolah Tamil yang menyediakan perkhidmatan pendidikan

kepada komuniti Tamil Muslim dan komuniti lain. Hal yang demikian, menjelang tahun

1958, sekeping tanah bersebelahan bangunan UMA di Jalan Kedah telah dibeli untuk

dijadikan sebahagian daripada bangunan sekolah untuk menampung penambahan pelajar di

United Muslim Tamil School atau Sekolah Tamil Persatuan Muslim Bersatu. Tanah tersebut

dibeli dengan harga $14,000 dan sebanyak $20,000 dibelanja untuk membina bangunan

sekolah baharu. Perbincangan tentang sekolah ini akan diperincikan di bawah tajuk

perkembangan pendidikan kemudian. Usaha anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

khususnya ahli-ahli UMA untuk menaik taraf bangunan persatuan merupakan satu

kesinambungan sejak penubuhannya. Sejak tahun 1978, rancangan untuk membina

bangunan 2 tingkat telah dijalankan melalui penubuhan jawatankuasa yang dinamakan

sebagai Jawatankuasa Bangunan Baru.404 Setelah pelbagai usaha diambil secara berterusan

matlamat untuk membina bangunan dua tingkat di tapak asal persatuan berjaya dicapai pada

tahun 1996.

3.4.2 Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI)

Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI) ditubuhkan pada tahun 1930 oleh

sekelompok anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang pada asalnya

menganggotai UMA.405 Pada dasarnya seperti yang dibincangkan sebelum ini, mereka yang

berasal daripada kilakkaṭci dan tankalkaṭci telah membuat keputusan untuk keluar daripada
404
Persatuan Muslim Bersatu. (1993). Imej Baru. Pulau Pinang: Persatuan Muslim Bersatu, hlm.3.
405
Haja Najmudeen Kader & Abdul Khalil H.P. Shawkataly.(2007). Liga Muslim Pulau Pinang, hlm.16.
174
UMA kerana permasalahan kepimpinan. Kemudian menjelang tahun 1941, akibat salah

faham berlaku perpecahan antara kilakkaṭci dan taṅkaḷkaṭci. Anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur daripada kelompok tankalkaṭci pula telah keluar daripada

menganggotai AHI dan menubuhkan persatuan sendiri yang dikenali sebagai Persatuan

Hidayathul Islam (PHI) yang akan dibincangkan kemudian. Sejak itu, AHI hanya dianggotai

dan ditadbir urus oleh kelompok kīḻakkaṭci sehingga kini.

Walaupun terpaksa mengalami perpecahan akibat perbezaan kaṭci, anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur menjadikan AHI sebagai platform untuk memelihara dan

mengukuhkan aspek sosiobudaya komuniti ini. Matlamat ini terbukti melalui objektif

penubuhan AHI untuk memberi perkhidmatan pendidikan khususnya dalam hal keagamaan

dan memelihara kebajikan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.406 Berasaskan

peranan AHI yang bermakna, premis AHI bukan sahaja digunakan sebagai pusat kegiatan

persatuan malah bertindak sebagai madrasah dan masjid. Dalam konteks pendidikan, selain

berperanan sebagai madrasah al-Quran, AHI juga pernah berperanan sebagai sekolah Tamil

iaitu Anjuman Himahyathul Islam Kalvi Padasalai sehingga akhir tahun 1960. Perbincangan

tentang sekolah Tamil ini akan diperincikan kemudian.

Dalam konteks bangunan operasi AHI, sebuah bangunan disewa pada peringkat

awal penubuhannya di No. 6 Jalan Dato Koyah, George Town, Pulau Pinang. Keperluan

kepada bangunan yang lebih luas dan selesa untuk menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan

menyebabkan pihak pengurusan persatuan ini menyewa premis yang beralamat di No. 487

Lebuh Chulia, pada pertengahan tahun 1940-an dan berpindah pula ke sebuah rumah kedai

406
Ibid.
175
Gambar Foto 3.1

Persatuan Muslim Bersatu (UMA) di Alimsawalai, Lebuh Chulia,


George Town, 1932.

Pimpinan Persatuan Muslim Bersatu (UMA) dan anggota persatuan bergambar di


bangunan asal persatuan di No. 417F, Alimsawalai, Lebuh Chulia, George Town,
Pulau Pinang sempena perjumpaan Hari Raya pada tahun 1932.

Sumber: Persatuan Muslim Bersatu. (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas. Pulau
Pinang: Persatuan Muslim Bersatu t.h.

176
beralamat di No. 491, Lebuh Chulia pada akhir tahun 1940-an sebelum menjadikan sebuah

lagi premis beralamat di No.507, Lebuh Chulia sebagai pusat kegiatan tetap AHI. Pada

hakikatnya, premis beralamat No. 507 adalah sebuah masjid satu tingkat yang pada asalnya

mengikut rekod British dikenali sebagai Syed Mohuddeen Mosque atau Masjid Syed

Mohuddeen. Masjid ini diasaskan oleh seorang wanita yang bernama Mohamed Bibi sekitar

tahun 1860-an dan 1870-an dan setelah beliau meninggal dunia, beliau telah dikebumikan di

dalam masjid tersebut.407 Maklumat dinyatakan dalam The Hand Book of the Mohammedan

and Hindu Endowments Board ialah seperti berikut:

“This mosque stood on Lot 246 T.S. XVIII which consisted of an area of 3003
square feet. It was founded by a lady named Mohamed Bibi, the grant-aunt of
Mahomed Sheriff who, in 1905, was working as a clerk in the Treasury. When
Mahomed Bibi died, the Mosque was uncompleted and work upon it was
finished by executors. She was buried near the Mosque. In 1886 Mohamed
Sheriff rebuilt the Mosque at his own expense. In 1905 there was no regular
Imam and income” 408

Pada dasarnya, masjid ini juga dikenali sebagai Mohamed Bee Bee Mosque atau

Masjid Mohamed Bee Bee sempena nama pengasas masjid ini. Menurut The Hand Book of

the Mohammedan and Hindu Endowments Board nazir atau pengurus asal masjid ini ialah

Mohamed Sheriff iaitu cucu saudara kepada Mohamed Bibi namun maklumat tentang

riwayat hidup Mohamed Sheriff tidak diketahui. Kemungkinan tugas tersebut diteruskan

oleh waris-waris Mohamed Sheriff atau keluarga keturunan Mohamed Bibi. Walau

bagaimanapun, sehingga tahun 1944 terdapat empat orang nazir yang bertanggungjawab

407
The Hand Book of the Mohammedan and Hindu Endowments Board. (1932). Penang: The Criterion, hlm.
66.
408
Ibid.
177
menjaga dan mengurus masjid ini iaitu Mohamed Abdul Gafoor, Mohamed Shaffee, B.D.

Merican dan Shaik Mydin.409 Namun, menjelang tahun 1944, tanggungjawab sebagai

pengurus masjid ini telah diserahkan kepada anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

barangkali atas faktor tahap penggunaan masjid oleh anggota komuniti ini yang tinggal

sekitar Lebuh Chulia yang berperanan dalam mengimarahkan kembali masjid ini yang tidak

aktif sejak tahun 1905. Berikutan itu, ketiga-tiga nazir ini telah melantik M.A. Ahamad bin

Ahmadsah sebagai pengurus secara rasmi pada 1 Ogos 1944. Beliau merupakan presiden

AHI dan juga seorang peniaga daging di pasar Chowrasta,410 Hal ini dicatatkan dalam surat

pelantikan pengurus Masjid Mohamed Bee Bee seperti berikut:

“We, the undersigned MOHAMED ABDUL GAFOOR, MOHAMED SHAFFEE,


B.D. MERICAN and SHAIK MYDIN all of Penang the Nathirs of MOHAMED BEE
BEE’S MOSQUE which is situated in Chulia street next to premises No. 487 do
hereby nominate and appoint M.A. AHMAD bin AHMADSAH of No. 20 Hutton
Lane Penang Beef Merchant of Chowrasta Market Penang to be our Manager for
the purpose of managing and taking charge of all the affair of the abovesaid
Mosque…Dated at Penang this 1st day of August 2604” 411

Rentetan perubahan hak pengurusan Masjid Mohamed Bee Bee, kelas-kelas al-

Quran dan aktiviti keagamaan AHI dijalankan di masjid ini dengan lebih giat lagi. Pada

hakikatnya, kelas-kelas al-Quran AHI telah pun dijalankan untuk jangka masa yang lama

sejak tahun 1930-an lagi di masjid ini. (Sila rujuk Gambar Foto 3.2 yang memaparkan

bangunan Masjid Mohamed Bee Bee yang dijadikan bangunan Persatuan Anjuman

Himayathul Islam). Lama kelamaan kebanyakan aktiviti persatuan termasuk pelaksanaan

sekolah Tamil dijalankan melalui pembinaan bilik darjah di bahagian belakang masjid ini.
409
Surat Pelantikan M.A. Ahmad bin Ahmadsah sebagai Pengurus Masjid Mohamed Bee Bee oleh
Mohamed Abdul Gafoor, Mohamed Shaffee, B.D.Merican dan Shaik Mydin, 1 Ogos 2604. (1 Ogos
1944).
410
Ibid.
411
Ibid.
178
Peranan AHI dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan semakin penting dan memerlukan

ruang yang lebih luas. Oleh yang demikian, anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

melalui AHI telah merobohkan bangunan asal masjid ini dan telah membina sebuah

madrasah dua tingkat pada awal tahun 1963.412 Bangunan madrasah Anjuman Himayathul

Islam ini berperanan sebagai pusat pembelajaran al-Quran dan mengekalkan fungsi masjid

sebagai tempat ibadat umat Islam. Perkembangan madrasah ini akan dibincangkan secara

terperinci dalam perbincangan seterusnya.

Setelah bangunan madrasah ini siap dibina, peranan AHI lebih berfokus kepada

pengurusan madrasah dan hal ehwal persatuan AHI sebagai persatuan berpusatkan kaum

kerabat. Kewujudan bangunan dua tingkat ini, membuat ruang dan peluang kepada

penyertaan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan bukan Kadayanallur

melibatkan diri dalam pergerakan keagamaan dan kebajikan. Misalnya Pergerakan Iqbal

Islamiah yang diasaskan oleh anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur pada tahun

1964 menjadikan bangunan AHI sebagai pusat operasi mereka dalam menjalankan kerja-

kerja dakwah.413 Selain daripada menguruskan perkembangan pendidikan agama dan Tamil,

Persatuan Anjuman Himayathul Islam menangani masalah kebajikan, memelihara hubungan

kekeluargaan dan adat istiadat anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sehingga kini.

412
Surat Permohonan Penubuhan Madrasa daripada Persatuan Anjuman Himayathul Islam kepada Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang, 10 Mac 1963.
413
Pergerakan Iqbal Islamiah pada peringkat awal penubuhannya beroperasi di Jalan Argyll, George Town
dan mulai tahun 1964 telah berpindah alamat dan menjadikan Bangunan Persatuan Anjuman Himayathul
Islam, 507, Jalan Chulia, sebagai bangunan persatuan dan pusat pergerakan. Temu bual dengan O.N.Kader
Mydin pada 6 Februari 2011.
179
Gambar Foto 3.2
Bangunan Persatuan Anjuman Himayathul Islam 1950-an
(Masjid Mohamed Bee Bee).

Pemimpin dan anggota Persatuan Anjuman Himayathul Islam bergambar di hadapan


bangunan AHI yang asalnya dikenali sebagai Masjid Mohamed Bee Bee di 507, Lebuh
Chulia pada tahun 1950-an.

Sumber : Gambar foto ini diperoleh daripada Said Ahmad bin Haidros.

180
3.4.3 Persatuan Hidayathul Islam (PHI)

Persatuan Hidayathul Islam (PHI) merupakan persatuan berasaskan kaum kerabat

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang ketiga. Kelompok tankalkaṭci anggota komuniti

ini berpecah dari bergabung dengan kilakatchi menubuhkan PHI pada tahun 1941414 dan

didaftarkan secara rasmi pada tahun 1950.415 PHI memulakan kegiatan persatuan di bawah

pimpinan presiden pertamanya, S.S. Abdullah. Matlamat penubuhan PHI adalah untuk

menjaga kebajikan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dari aspek sosiobudaya

dan menjalankan amalan-amalan keagamaan. Pada mulanyan PHI menyewa sebuah

bangunan di Lebuh Dickens. Pada tahun 1947, PHI berpindah ke Jalan Argyll, George

Town, Pulau Pinang. Pengasas dan ahli PHI telah menghulurkan bantuan dan memberi

sumbangan kewangan untuk membeli bangunan sendiri beralamat No. 86 Jalan Kedah pada

tahun 1965. Bangunan PHI di Jalan Kedah bukan sahaja dijadikan sebagai pusat operasi

kegiatan persatuan pernah dijadikan sebagai pejabat UMNO cawangan Chowrasta.416 Pada

tahun 2011, PHI telah mengambil langkah proaktif dengan membina bangunan tiga tingkat

di atas tapak asal PHI di Jalan Kedah.

3.4.4 Persatuan Muslim Kadayanallur (PMK)

Anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang menolak pegangan kaṭci

bertekad menubuhkan sebuah persatuan tidak berkonsepkan sentimen kepartian. Berasaskan

414
Haja Najmudeen Kader & Abdul Khalil H.P. Shawkataly. (2007). Liga Muslim, hlm. 18.
415
Sijil Pendaftaran Persatuan Hidayathul Islam. Societies Ordinance. (1949). Form II, The Societies
(Registration) Rules, 1949. No.8 in R.of. S. (FM) 395/4.9.
416
Haja Najmudeen Kader & Abdul Khalil H.P. Shawkataly. (2007). Liga Muslim, hlm. 18.
181
konsep terbuka ini Persatuan Muslim Kadayanallur (PMK) ditubuhkan anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur sejurus setelah tamatnya Perang Dunia Kedua pada 23

Disember 1945 dan didaftarkan secara rasmi pada 22 Disember 1947.417 Persatuan ini

ditubuhkan pada asalnya dengan nama Persatuan Pemuda Muslim Kadayanallur dan

ditukarkan kepada Persatuan Muslim Kadayanallur (PMK) kemudian atas faktor

ketidaksesuian perkataan pemuda yang tidak fleksibel. Secara tidak langsung perkataan

pemuda merujuk khusus kepada golongan pemuda dan menafikan penyertaan golongan tua

untuk jangka masa panjang sebagai ahli persatuan.418

PMK diasaskan oleh 11 orang pemuda komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang

berfikiran terbuka dan tidak berpegang kepada sentimen kaṭci. Setelah beberapa siri

perjumpaan dan bermesyuarat mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah

persatuan yang terbuka kepada semua anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang

menafikan ikatan sentimen kaṭci.419 Oleh yang demikian, PMK disertai oleh anggota

komuniti daripada melakkaṭci, kilakkaṭci dan tankalkaṭci yang menolak sentimen kaṭci. Hal

ini menyebabkan mereka keluar daripada menjadi anggota UMA, AHI dan PHI dan

menyertai PMK.

Matlamat penubuhan persatuan ini ialah mengeratkan silaturahim, memupuk

semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Perpaduan dipupuk melalui penafian semangat kepartian dan berasaskan prinsip Islam

sebagai ummah. Hal ini dilihat melalui ayat al-Quran dari surah Ali Imran ayat ke 103420

417
Temu bual dengan Mohamed Shah bin Pakir Mohammed pada 27 Januari 2012.
418
Ibid.
419
Ibid.
420
Permulaan ayat ke 103 Surah Ali Imran berbunyi “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada
182
yang dijadikan slogan PMK dan logo PMK yang mempunyai 99 jalur yang melambangkan

Asma’ al Husna.421 Perpaduan dipupuk melalui prinsip Islam Di samping itu, persatuan ini

juga bertujuan meningkatkan taraf hidup komuniti ini. Dari konteks bangunan operasi

PMK, pada peringkat awal penubuhannya, sebuah bangunan dua tingkat di alamat No. 170,

Jalan Transfer disewa untuk menjalankan kegiatan dan aktiviti persatuan. Pada tahun 1969.

PMK telah memiliki bangunan sendiri di No. 4, Jalan Sekerat Pulau Pinang, yang kini

dikenali sebagai Jalan A.S. Mansor.422 Selain Pulau Pinang, komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur juga menubuhkan persatuan berpusatkan kaum kerabat di Singapura di bawah

nama Kadayanallur Muslim League.

3.4.5 Central Muslim Society (CMS)

Sentimen pegangan pada kaṭci melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur menjadi penghalang kepada

usaha mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan komuniti ini. Walaupun PMK

ditubukan sebagai landasan alternatif untuk menolak sentimen ini namun masih tidak dapat

memenuhi matlamatnya. Sebaliknya, PMK menjadi sebuah lagi persatuan berpusatkan

kaum kerabat yang mempunyai identiti sendiri. Beberapa anggota komuniti terus

memikirkan cara untuk menyelesaikan kemelut kepartian ini melalui campur tangan pihak

tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai…” . Surah Ali Imran 3:103.
421
Logo dan slogan PMK adalah cetusan fikiran Ustaz Syeikh Muhammad Salleh, pengajar dan mudir
Madrasathul Mahmoodathul Arabiah dan guru kepada Mohamed Shah ketika beliau belajar di madrasah
tersebut. Beliau dirujuk oleh Mohamed Shah, salah seorang pengasas PMK untuk membentuk logo dan
slogan PMK berasaskan konsep perpaduan ummah. Temu bual dengan Mohamed Shah bin Pakir
Mohammed pada 27 Januari 2012.
422
Haja Najmudeen Kader & Abdul Khalil H.P. Shawkataly (2007). Liga Muslim, hlm. 20.
183
ketiga. Kesempatan untuk menangani masalah ini diperoleh ketika lawatan Tuan

Muhammad Ismail Sahib,423 Presiden Indian Union Muslim League, melawat Pulau

Pinang.424 Menurut Mohamed Shah,425 beliau dan beberapa rakan yang lain telah bertemu

dengan Tuan Muhammad Ismail Sahib dan menyatakan masalah kepartian dan perpecahan

yang dihadapi oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Berikutan permintaan Mohamed Shah dan rakan-rakan, Tuan Muhammad Ismail

Sahib membuat keputusan untuk memanjangkan lagi jangka waktu lawatan beliau di Pulau

Pinang dan bertekad tidak akan pulang ke India selagi masalah sentimen kepartian komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur tidak diselesaikan. Kesedihan dan kerisauan beliau terhadap

masalah perpecahan ini diibaratkan sebagai air mata darah oleh Sultan Mydin dalam artikel

beliau bertajuk Pinangil Tenkasi Kadayanallur Muslimkal dalam akhbar berbahasa Tamil,

Makal Osai.426 Hasrat murni beliau direalisasikan melalui pertemuan dengan semua

pemimpin persatuan berpusatkan kaum kerabat yang diadakan di bangunan UMA, 202,

Jalan Transfer, George Town pada bulan Julai 1953. Setelah perbincangan terperinci

akhirnya berdasarkan cadangan Tuan Muhammad Ismail Sahib yang dipersetujui semua

perwakilan persatuan berpusatkan kaum kerabat, sebuah lagi pertubuhan ditubuhkan dengan

423
Muhammad Ismail (1896–1972) berasal dari Tirunelveli, Tamil Nadu merupakan presiden Liga
Muslim Negeri Tamil Nadu (Tamilnad State Muslim League) India sejak tahun 1945 dan setelah berlaku
pemisahan India dan Pakistan pada tahun 1947, beliau dilantik sebagai presiden pertama Indian Union
Muslim League pada tahun 1948. Beliau terkenal dengan gelaran "Quaid-e-Millat" (pemimpin negara)
di Tamil Nadu dan Kerala. Ralhan Om Prakash. (1999). Encylopaedia of Political Parties.(Vol.33-50).
New Delhi: Anmol Publications. hlm. 13.
424
Tuan Muhammad Ismail Sahib bersama J.M. Jamal Noideen Sahib, setiausaha Jamal Mohamed College
di Trichy, India Selatan dan M.S. Abdul Majeed setiausaha Persatuan Pendidikan Muslim Madras, India
membuat lawatan pendidikan ke Pulau Pinang. Mereka telah sampai ke Pulau Pinang dengan kapal
wap S.S. Amerskerk dari Burma. Tujuan siri lawatan ini adalah untuk mengumpul dana pendidikan
kolej- kolej Muslim dan memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di luar India. Siri
lawatan ini melibatkan Burma, Siam dan Tanah Melayu. The Straits Times, 14 Julai 1953.
425
Temu bual dengan Mohamad Shah bin Pakir Mohammed pada 27 Januari 2012.
426
Tajuk artikel Pinangil Tenkasi Kadayanallur Muslimkal bermaksud Masyarakat Islam Tenkasi dan
Kadayanallur Pulau Pinang. Makkal Osai, 22 Julai 2007, hlm. 2.
184
nama Central Muslim Society (CMS) pada tahun 1953. Berdasarkan persetujuan yang

dibuat, CMS akan disertai oleh seramai 11 orang perwakilan dari setiap persatuan berpusat

kaum kerabat yang merangkumi UMA. AHI, PHI dan PMK. Pemimpin tertinggi CMS

dengan gelaran presiden pula dipilih secara bergilir setiap penggal untuk jangka masa dua

tahun daripada setiap persatuan gabungan. CMS tidak mempunyai bangunan sendiri sebagai

pusat operasi. Oleh itu, persatuan berpusatkan kaum kerabat presiden CMS yang dilantik

kelazimannya akan dijadikan sebagai pusat operasi persatuan ini sehingga kini. CMS

berperanan sebagai badan yang melaksanakan program-program kemasyarakatan dan

keagamaan unutk mewujudkan perpaduan dalam kalangan komuniti ini.427

3.4.6 Persatuan Nurul Islam (PNI)

Dalam konteks amalan berpersatuan, komuniti Tamil Muslim Tenkasi tidak

memiliki persatuan berpusatkan kaum kerabat khusus secara rasmi sebelum tahun 1946.

Anggota komuniti Tamil Muslim Tenkasi juga terbahagi kepada melakkaṭci dan kilakkaṭci

seperti komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Pada peringkat awal, anggota komuniti ini

menyertai persatuan berpusatkan kaum kerabat UMA bagi mereka yang berasal daripada

melakkaṭci dan Anjuman Himayathul Islam (AHI) disertai oleh kumpulan kilakkaṭci.428

Komuniti Tamil Muslim Tenkasi seterusnya keluar secara beransur-ansur daripada

persatuan UMA dan AHI dan berusaha menubuhkan sebuah persatuan berpusatkan kaum

427
Temu bual dengan Mohamed Shah bin Pakir Mohammed pada 27 Januari 2012.
428
Temu bual dengan Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012. Beliau merupakan Presiden
Persatuan Nurul Islam dari tahun 1997 sehingga sekarang.
185
kerabat khusus untuk komuniti Tenkasi. Menurut Sultan Syed,429 usaha ke arah

menubuhkan persatuan sendiri telah bermula sejak tahun 1939 tetapi sedikit terbantut kerana

Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, komuniti Tamil Muslim Tenkasi telah

berkumpul dan berjumpa secara mingguan dengan menyewa sebuah rumah di Amoy Lane,

George Town. Mereka mengadakan aktiviti keagamaan khususnya membaca maulid pada

setiap malam Jumaat dan sepanjang 1-12 Rabiul Awal sempena menyambut hari kelahiran

Nabi Muhammad SAW. Dengan cara ini, anggota komuniti Tenkasi yang menyertai UMA

dan AHI mula menyertai kegiatan ini secara beransur-ansur. Walaupun terdapat anggota

komuniti ini yang terus kekal dalam UMA dan AHI sebagai anggota seumur hidup namun

mereka turut serta dalam kegiatan keagamaan ini. Secara tidak langsung, sebuah persatuan

yang tidak berdaftar dan bersifat sementara telah ditubuhkan dengan nama Tenkasi Sangam

atau Persatuan Tenkasi.

Melalui kegiatan membaca maulid anggota komuniti Tamil Muslim Tenkasi mula

bersatu dan matlamat mereka untuk menubuhkan persatuan sendiri tercapai dengan

penubuhan Tenkasi Muslim Benefit Society (TMBS) yang berdaftar secara rasmi pada tahun

1946 yang beralamat di no.39, Jalan Kedah, George Town, Pulau Pinang. Faktor

kewujudan TMBS mempunyai pengaruh luar khususnya pimpinan komuniti Tamil Muslim

Tenkasi di Singapura. Tuan Tappu Sahib, pemimpin Singapore Tenkasi Muslim Welfare

Society (STMWS)430 iaitu persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Muslim Tenkasi

Singapura telah memberi cadangan dan nasihat agar komuniti Tenkasi bersatu di bawah satu

429
Ibid.
430
Singapore Tenkasi Muslim Welfare Society ditubuhkan pada tahun 1940 untuk mengelakkan
perpecahan dalam komuniti Tamil Muslim Tenkasi Singapura. Torsten Tschacher (2006). The Impact of
being Tamil, hlm. 133-317.
186
pertubuhan dan menolak sentimen melakkaṭci dan kilakkaṭci.431 Seterusnya faktor

kurangnya manfaat yang diterima oleh anggota komuniti Tamil Muslim Tenkasi selama

penyertaan mereka sebagai ahli dalam UMA dan AHI menyebabkan mereka berusaha

menubuhkan persatuan khusus bagi mereka. Menurut Mydin Pillay,432 anggota komuniti

Tamil Muslim Tenkasi bertekad menubuhkan persatuan berpusatkan kaum kerabat sendiri

kerana mereka tidak mempunyai peluang bersuara dalam UMA dan AHI.433

TMBS mengalami perubahan dari segi nama persatuan apabila ditukarkan dengan

nama Tenkasi Muslim Society (TMS). Seterusnya TMS ditukarkan dengan nama Persatuan

Nurul Islam (PNI) mulai 1hb Februari 1987 dan kekal sehingga kini.434 Perubahan ini

berlaku sebagai langkah memenuhi keperluan semasa yang dapat membantu anggota

komuniti maju dalam pelbagai bidang.435 Komuniti Tamil Muslim Tenkasi melalui

Persatuan Nurul Islam berusaha menjalankan aktiviti dan program yang memenuhi

kebajikan dan memelihara amalan tradisi, keagamaan, budaya khususnya institusi

kekeluargaan dan perkembangan pendidikan komuniti Tamil Muslim Tenkasi.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa penubuhan

persatuan-persatuan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur secara umum

431
Ibid. Lihat juga Persatuan Nurul Islam.(1997). Buku Cenderamata Majlis Jasamu Di Kenang: Sempena
Perayaan Ulang tahun Yang ke 50 Persatuan Nurul Islam. Pulau Pinang. Persatuan Nurul Islam, t.h.
432
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Turab Shah pada 11 Disember 2012. Beliau merupakan bekas
Presiden Persatuan Nurul Islam.
433
Selepas beberapa tahun penubuhan TMBS telah berlaku masalah kepimpinan dalam persatuan ini.
Akibatnya sebahagian daripada anggota persatuan ini bertindak menubuhkan sebuah lagi organisasi iaitu
Sanmarka Moulud Sabai di bawah pimpinan M.T. Meerasah pada tahun 1950-an. Haja Najmudeen Kader
& Abdul Khalil H.P. Shawkataly. (2007). Liga Muslim, hlm. 44.
434
Persatuan Nurul Islam. (1997). Buku Cenderamata Majlis Jasamu Di Kenang, t.h.
435
Dari konteks bangunan persatuan ,TMBS beroperasi pada peringkat bangunan bernombor 39, Jalan
Kedah kemudian berpindah ke bangunan sekolah di Jalan Popus dan akhirnya pada tahun 1986, sebuah
rumah dua tingkat beralamat 59, Jalan Kedah Pulau Pinang dibeli sebagai bangunan Persatuan Nurul
Islam dijadikan bangunan persatuan sehingga kini. Ibid. Maklumat yang sama dinyatakan oleh Sultan
Syed Salhamid.Temu bual dengan Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012.
187
mempunyai latar belakang sejarah bertunjangkan perbezaan kaṭci dan pegangan sufisme.

Perbezaan ini walaupun mencetuskan bibit-bibit perpecahan, secara keseluruhan kebajikan

dan aspek sosiobudaya komuniti ini dapat dipelihara dan diperkukuh walaupun melalui

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat yang berlainan. Dalam konteks pemeliharaan

aspek sosial, salah satu aspek sosial utama yang dititikberatkan oleh komuniti ini adalah

pendidikan. Oleh yang demikian, dalam perbincangan seterusnya, perkembangan dan

sumbangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan Tenkasi dalam aspek pendidikan

sejak penempatan awal komuniti ini di Pulau Pinang akan diperincikan. Aspek pendidikan

yang akan dibincangkan merangkumi penubuhan institusi sekolah, madrasah dan kelas-kelas

al-Quran, penyediaan infrastruktur pendidikan tambahan seperti perpustakaan dan bantuan

pendidikan kepada anggota komuniti. Selain daripada aspek pendidikan, komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur juga telah bertindak secara kolektif melalui persatuan berpusatkan

kaum kerabat untuk memelihara dan mengukuhan institusi kekeluargaan dan budaya

mereka.

3.5 Perkembangan Pendidikan Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

Sebelum menyentuh tentang peranan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam

menyediakan dan mengembangkan aspek pendidikan melalui persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat menjelang tahun 1929, senario dan bentuk pendidikan yang diterima oleh

komuniti Tamil Muslim secara umum akan dibincangkan.

188
Secara umumnya sejak awal kurun ke-19, sebahagian daripada anggota komuniti Tamil

Muslim pada dasarnya terlibat dalam dua bentuk pendidikan iaitu pendidikan Arab dan Tamil.

Namun, dalam masa yang sama sebahagian daripada komuniti Tamil Muslim terlibat dalam

arus pendidikan Inggeris pada zaman kolonial dan juga pendidikan vernakular Melayu.

Antaranya ialah Penang Free School, Sekolah Melayu Chowrasta di Jalan Penang436 dan Jalan

Hutton437 dan sekolah-sekolah Inggeris lain sekitar bandar George Town.438

Sejak penempatan awal di sekitar bandar George Town sejak 1880-an dan 1890-an pada

dasarnya komuniti Tamil Muslim Kadayanallur menerima pendidikan Tamil dan asas al-Quran

yang dirujuk sebagai pendidikan Arab439 secara umum. Jika dilihat kepada pendidikan sedia

ada anggota komuniti ini sebelum penghijrahan, bukan semua anggota komuniti ini memiliki

pengetahuan dan berpeluang memperoleh pendidikan awal di Kadayanallur, Tamil Nadu, India

sebelum berhijrah ke Pulau Pinang. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang mula

berkembang di Pulau Pinang secara beransur-ansur pada awal tahun 1900-an, memerlukan

pendidikan asas untuk anak-anak mereka yang dibawa bersama ketika berhijrah dan juga

generasi baru yang lahir di Pulau Pinang. Namun, faktor status sosioekonomi yang rendah

komuniti ini yang majoriti anggotanya terlibat dalam kerja-kerja pemburuhan menyebabkan

436
Sekolah Melayu Chowrasta telah dipindahkan ke bangunan baharu di Jalan Hutton, George Town,
pada tahun 1936 dan kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung. Sekolah Kebangsaan Sri
Tanjung. (2009).[Sejarah]. Dimuat turun daripada http://sksritanjung. blogspot.com/2009_05_01_
archive.html. pada 31 Ogos 2013.
437
Chelliah D.D (1960). A History of the Educational Policy of the Straits Settlements 1800-1925. Kuala
Lumpur. The Government Press, hlm. 66-67.
438
Khoo Salma Nasution. (2009). The Early Tamil Muslim, hlm. 113.
439
Pendidikan Arab yang merujuk kepada pendidikan asas al-Quran dan fardhu ain serta pendidikan
Tamil adalah bentuk pendidikan yang ditawarkan dan mampu diperoleh segelintir anggota komuniti
Tamil Muslim Kadayanallur peringkat awal tahun 1900-an. Mohammed Siraaj Saidumasudu & Shaik
Abdullah Hasan Mydin. (2013). Komuniti Tamil Muslim Pulau Pinang: Penglibatan dn Sumbangan
dalam Perkembangan Awal Pendidikan Arab dan Tamil di George Town, Pulau Pinang. Dlm Aiza
Maslan@ Baharudin, Shohana Hussin, Nadiah Ismail, & Wan Siti Azahayu Wan Mohamed (pnyt.).
Prosiding Seminar Kebangsaan Isu Tamadun dan Cabaran Semasa (SIKCAS). 27 November 2013.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm. 335.
189
hanya segelintir sahaja daripada kalangan kaum lelaki memperoleh pendidikan Tamil dan Arab

di madrasah-madrasah dan juga daripada orang perseorangan. Tujuan pendidikan Tamil adalah

hanya untuk memberi pengetahuan bahasa bagi tujuan pertuturan dan penulisan sahaja.

Dalam konteks pendidikan Inggeris, komuniti ini tidak mampu menghantar anak-

anak mereka untuk belajar di sekolah Inggeris kerana masalah kewangan pada peringkat awal.

Namun, setelah sebahagian kecil anggota komuniti ini terlibat dalam perniagaan dan kukuh

dari segi ekonomi, mula menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Inggeris pada tahun

1940-an dan 1950-an. Selepas tahun 1960-an, peluang pendidikan anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur berkembang dan anak-anak komuniti ini mengikuti pengajian dan alam

persekolahan arus perdana berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mula berkembang dari segi jumlah sehingga

mewujudkan keperluan kepada penubuhan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat

untuk menjaga kebajikan anggota komuniti ini dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan

seperti dibincangkan sebelum ini. Menjelang tahun 1929, UMA mula menyediakan

pendidikan asas kepada anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Usaha ini

diperkukuhkan dengan penubuhan AHI yang turut menyediakan institusi pendidikan untuk

komuniti ini pada tahun 1949. Pada tahun 1960, Tenkasi Muslim Benefit Society (TMBS)

yang menubuhkan sebuah sekolah persendirian turut menyumbang ke arah perkembangan

pendidikan Tamil komuniti ini. Dalam perbincangan seterusnya, perkembangan pendidikan

Arab dan Tamil akan disentuh.

190
3.5.1 Perkembangan Pendidikan Arab

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini pendidikan awal yang diterima oleh

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sejak penempatan mereka di Pulau Pinang adalah

pendidikan agama yang dirujuk sebagai pendidikan Arab. Sebagai umat Islam, anak-anak

anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur diberi penekanan dan keutamaan dalam

pembelajaran al-Quran. Anak-anak komuniti ini memperoleh pendidikan Arab daripada

orang perseorangan, institusi madrasah, dan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat

di George Town, Pulau Pinang.

Pendidikan agama sudah pun berkembang di bandar George Town sebelum

penghijrahan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur lagi. Komuniti Tamil Muslim dalam

kalangan golongan pedagang telah mula menubuhkan kelas-kelas al-Quran di masjid dan

juga madrasah yang merangkumi pendidikan agama di Masjid Alimsahwalai, Lebuh Chulia

dan Madrasathul Mahmoodathul Arabiah di Lebuh Ah Quee. Pada awal tahun 1800-an,

Haji Abdul Kader Alim, seorang imam yang dihormati, dibawa ke Tanah Melayu yang

merujuk kepada Pulau Pinang atas permintaan dan jemputan Persatuan Islam Daerah

Thanjvur, India Selatan.440 Beliau berperanan sebagai pemimpin agama dan mengadakan

kelas-kelas al-Quran kepada kanak-kanak di sekitar Lebuh Chulia yang dikenali sebagai

Kampung Wali Alimsah dan kini disebut sebagai Alimsahwalai. Pada tahun 1811, Haji

Abdul Kader Alim yang mengetuai sekelompok umat Islam, telah membeli sebidang tanah

dan telah membina sebuah masjid di atas tapak tanah kampung ini melalui sumbangan

masyarakat Islam sekitar, masjid ini dikenali sebagai Masjid Alimsah. Beliau hanya tinggal

440
Abdul Kahar bin Yusoff et al.(1974). Historical Survey of the Mosques, t.h.
191
di sebuah pondok dan menjalankan tugas sebagai imam dan guru agama. Imam Haji Abdul

Kader Alim telah meninggal dunia pada tahun 1852.441

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, pada peringkat awal

khususnya sebelum Perang Dunia Kedua anak-anak komuniti ini yang tinggal di sekitar

George Town mempelajari al-Quran dan fardu ain di Madrasathul Mahmoodathul Arabiah

yang beroperasi di Lebuh Ah Quee. 442 Madrasah ini pada asalnya dikenali sebagai Madrasah

Hamid Arabi telah ditubuhkan pada awal tahun 1900-an oleh Sheikh Abdul Hamid Arabi

seorang saudagar Tamil Muslim berketurunan Arab.443 Beliau yang memulakan perniagaan

berlian dan permata telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan madrasah ini yang

mengajar al-Quran dan pengajian hukum-hukum Islam setahun atau lebih setelah beliau

bertapak di Pulau Pinang. Madrasah ini merupakan madrasah terbesar yang wujud di

George Town sebelum pengasasan Madarasatul Mashoor Al Islamiyah oleh komuniti Arab

pada tahun 1916.444 Madrasah ini dikelolakan dan dibiayai melalui sumbangan kewangan

441
Beliau dikebumikan di tanah perkuburan bahagian belakang masjid Alimsawalai. Ibid.
442
Bangunan Madrasathul Mahmoodathul Arabiah pada asalnya terletak di Lebuh Pitt (kini dikenali sebagai
Jalan Kapitan Keling) yang diperuntukkan oleh Mohamedan and Hindu Endowment Board. Oleh kerana
keperluan bangunan tersebut untuk tujuan lain, sebuah rumah satu tingkat digantikan sebagai bangunan
madrasah di Lebuh Ah Quee pada tahun 1920. The Hand Book of Mohamedan and Hindu Endowment
Board. (1932)., hlm. 32.
443
Nama asal Madrasah Mahmudatul Arabia ialah Madrasah Hamid Arabi digelar sempena nama
pengasasnya Sheikh Abdul Hamid Al-Khahirah, saudagar Tamil Muslim dari keturunan Arab dari
Kayalpattinam, India Selatan. Beliau dibesarkan di Kaherah Mesir dan dihantar ke Kayalpattinam untuk
melanjutkan pengajian Islam beliau. Akhirnya beliau menetap di Kayalapattinam dan berkahwin dengan
wanita tempatan. Kemudian, beliau berhijrah ke Pulau Pinang pada tahun 1900 bersama anak lelaki
beliau, Mohamed Salleh yang berumur 10 tahun. Khoo Salma Nasution. (2009). The Early Tamil
Muslim, hlm. 115.
444
Madrasatul Mashoor Al Islamiyah juga dikenali sebagai Sekolah Arab Al-Mashoor mendapat
namanya sempena pemimpin komuniti Arab Pulau Pinang, Syed Ahmad Al Al-Mashoor yang juga
dikenali sebagai Ayid Mashoor. Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1916 di Kampung Jawa Lama
dan dipindahkan ke Lebuh Tek Soon pada tahun 1920. Omar Farouk Shaeik Ahmad. (1978). The Arabs
in Penang. Dlm Malaysia in History: Special Issue: Focus on Penang. Vol. XXI. No 2. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia, hlm. 7.

192
oleh peniaga dan pedagang sekitar George Town. Sebuah asrama juga disediakan untuk

mereka yang menetap di kawasan luar bandar seperti Balik Pulau. Anak lelaki beliau

Mohamed Salleh yang berkelulusan dari Kaherah dan India serta fasih dalam bahasa Arab

meneruskan pengajaran di madrasah yang diasaskan oleh ayah beliau. Seterusnya, beliau

menguruskan madrasah ini setelah Sheikh Abdul Hamid kembali ke India pada tahun 1920.

Madrasah ini mula menggunakan nama Madrasathul Mahmoodathul Arabiah mulai tahun

1920 semasa ditadbir Syeikh Mohamed Salleh. Pengajian di madrasah ini dikendalikan

secara percuma dan tiada yuran dikenakan ke atas pelajar. Atas dasar keagamaan,

pengurusan madrasah terus mendapat sokongan dan sumbangan kewangan para pedagang

dan peniaga sekitar George Town. Seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada kaum

India Muslim khususnya Tamil Muslim, Melayu dan Jawi Peranakan pernah mengikuti

pengajian di madrasah ini pada tahun 1920-an.445

Bahasa pengantar yang digunakan di madrasah ini adalah bahasa Tamil dan Melayu

manakala Bahasa Inggeris diajar secara berasingan. Kanak-kanak Tamil Muslim diajar

membaca dan menulis dalam bahasa Tamil dengan menggunakan tulisan Arab-Tamil atau
446
Arabu-Tamil manakala kanak-kanak Melayu pula diajar dengan menggunakan tulisan

445
Fujimoto, Helen. (1988). The Evolution of South Indian Muslim, hlm.89. Lihat juga Khoo Salma. (2009).
The Early Tamil Muslim, hlm. 115.
446
Arab-Tamil merujuk kepada bahasa Tamil yang ditulis dengan menggunakan skrip atau tulisan Arab.
Perkataan Arab dimodifikasi dan disesuaikan dengan konsonan dan vowel bahasa Tamil yang tidak
wujud dalam bahasa Arab dengan menambah titik-titik terhadap perkataan huruf hijaiyah atau huruf ejaan
Arab yang asal. Tulisan ini dikenali sebagai Arwi atau lisanul-arwi dalam bahasa Arab. Mengikut bahasa
Tamil ia disebut sebagai araputtamil atau Arabu-Tamil. Arwi mula berkembang di Tamil Nadu India
sekitar akhir kurun ke-17. Arwi menjadi popular dan mengalami era keemasan pada akhir kurun ke-19
melalui penghasilan karya-karya dengan menggunakan tulisan Arwi. Perkembangan ini turut
diperhebatkan oleh syarikat-syarikat percetakan di Kilakkarai, Tamil Nadu, yang telah menyumbang
kepada penerbitan buku-buku dalam tulisan Arwi. Shu‘ayb, Tayka. (1993). Arabic, Arwi and Persian in
Sarandib and Tamil Nadu: A Study of the Contributions of Sri Lanka and Tamil Nadu to Arabic, Arwi,
Persian and Urdu Languages, Literature and Education. Madras: Imamul Arus Trust, hlm. 85.
193
Jawi. Mata pelajaran diajar merangkumi Tasawwuf, Tafsir, Hadis dan Bahasa Arab yang
447
merangkumi nahu dan saraf. Terdapat dua sesi pengajaran di madrasah ini, iaitu pagi

dan petang. Dalam konteks kitab rujukan, antara kitab yang menjadi rujukan utama

fardu ain adalah Ahkam al-Muslimin al- Syafiah dan Simthu Sibyan.448 Kedua-dua kitab ini

ditulis dalam skrip Arab–Tamil. Memandangkan komuniti Tamil Muslim mengamalkan

mazhab Syafie dan Hanafi, maka hukum fekah berdasarkan mazhab Syafie diajar

berdasarkan kitab Ahkam al-Muslimin al-Syaf’iah manakala untuk mazhab Hanafi kitab

Simthu Sibyan dirujuk.449

Selain daripada aktiviti pembelajaran, para pelajar terpilih terlibat dalam kegiatan

dan program bacaan maulid nabi atau berzanji, bacaan surah Yasin dan tahlil, majlis zikir

serta doa. Upacara keagamaan ini biasanya dijalankan di madrasah dan rumah orang

perseorangan yang berhajat di bawah pimpinan Syeikh Muhamed Salleh. Seterusnya guru-

guru dan para pelajar madrasah menyertai perarakan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal

setiap tahun dengan penuh meriah.450 Menurut Sulaiman bin Ahmad salah seorang anggota

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan bekas pelajar madrasah ini pada tahun 1930-an

sehingga awal tahun 1940-an, setiap pelajar akan diberi pakaian kot, kain sarong dan

songkok yang sama untuk menyertai perarakan. Selain itu, pasukan perarakan madrasah ini

447
Khoo Salma Nasution.(2009). The Early Tamil Muslim, hlm. 115.
448
Ahkam al Muslimin al-Syaf’iah adalah rujukan utama dalam bidang akidah dan fekah berdasarkan
mazhab Al Syafie manakala kitab Simthu Sibyan pula merangkumi hukum fekah berdasarkan mazhab
Hanafi. Shahul Hamid (t.t) Ahkam al Muslimin al- Syafi’iah. Madras:Mathba’ Shahul Hamidiah, hlm. 1-
10. Lihat juga Syeikh Muhammad Yusof (t.t). Simthu Sibyan. Madras: Abul Barkath Alim Sohib, hlm. 1.
448
Temu bual dengan Osman bin Shahul Hamid pada 8 April 2013.
448
Temu bual dengan Sulaiman bin Ahmad pada 3 Januari 2012 dan Mohamed Shah bin Pakir Mohammed
pada 24 Januari 2012. Sulaiman bin Ahmad dan Mohamad Shah merupakan bekas pelajar Madrasathul
Mahmoodathul Arabiah sejak tahun 1930-an sehingga zaman Perang Dunia Kedua.
448
Temu bual dengan Sulaiman bin Ahmad pada 3 Januari 2012.
448
Khoo Salma Nasution. (2009). The Early Tamil Muslim, hlm. 115.
450
Temu bual dengan Sulaiman bin Ahmad pada 3 Januari 2012
194
pada tahun 1930-an mempunyai iringan paulan dram dan kompang.451 (Sila rujuk Gambar

Foto 3.3). Namun madrasah ini berhenti beroperasi dan ditutup buat sementara waktu

setelah pengeboman tentera Jepun yang merosakkan bangunan madrasah semasa Perang

Dunia Kedua.452 Bangunan madrasah ini dibina kembali sebagai bangunan dua tingkat

selepas zaman Jepun dan beroperasi selepas tahun 1950-an. Namun, operasi ini hanya

bertahan sehingga tahun 1978 sebelum ditutup sepenuhnya.453

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, Madrasathul Mahmoodathul

Arabiah telah memainkan peranan penting dalam menyediakan dan menyalurkan

pendidikan asas al-Quran dan pengajian Islam kepada mereka. Di madrasah ini guru-guru

agama Tamil Muslim mengajar semua anak-anak Tamil Muslim termasuk Tamil Muslim

Kadayanallur yang mencakupi majoriti pelajar madrasah. Hal ini diperakui oleh Sultan bin

Sinta,454 antara anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang pernah menuntut di

madrasah ini ketika zaman kanak-kanak beliau sebelum Perang Dunia Kedua. Beliau

menyatakan bahawa:

“Hampir 80 peratus pelajar yang belajar di madrasah ini adalah namale (Tamil
Muslim Kadayanallur). Kami mengaji al-Quran dan Bahasa Arab. Ustaz yang
mengajar kami ialah Mohamed Salleh.”

451
Ibid.
452
Ibid.
453
Ibid.
454
Temu bual dengan Sultan bin Sinta 15 Julai 2010.
195
Gambar Foto 3.3
Al Madrasathul Mahmoodathul Arabiah, 1935.

Ustaz Syeikh Mohamed Salleh (berkot hitam sambil memegang anak kecil)
pengelola Madrasathul Mahmoodathul Arabiah bersama guru dan para pelajar
bergambar di hadapan bangunan madrasah sempena perararakan Maulidur Rasul pada
tahun 1935.

Sumber: Ibrahim, S.A. (2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu. Kadayanallur: Sirajul


Munir Narpanimandram, hlm. 780.

196
Antara pelajar madrasah ini dalam kalangan Tamil Muslim Kadayanallur yang

ditemui penyelidik termasuk Mohamed Shah bin Pakir Mohammed,455 Sultan bin Sinta,456

Sulaiman bin Ahmad,457 Dato’ S.A. Abdullah bin Abdul Rahman yang lebih dikenali umum
458
sebagai ustaz Abdullah Bukhari Muhamad Mydin bin Abdul Rahman dan Muhamad

Hanifah bin Kalantar Mastan.459 Bekas-bekas pelajar lain yang terkenal dalam kalangan

komuniti ini termasuk Sadaqatullah bin Mydin dan Sulaiman bin Abdul Rahman, Mohamed

Mydin bin Abu Bakar, Osman bin Muhamad Ali dan Sultan Ghani bin Mydin. 460 Melalui

pengajian di madrasah ini, asas al-Quran, fardu ain, bahasa Arab dan Arab-Tamil dipelajari

oleh anggota komuniti ini sebagai panduan utama dalam pengamalan agama Islam dalam

kehidupan mereka. Pada hakikatnya, ilmu agama yang diperoleh khususnya di bawah

bimbingan ustaz Mohamed Salleh diamalkan oleh bekas-bekas pelajar yang masih hidup

sehingga kini. Salah satu warisan ilmu yang tersebut adalah kemahiran membaca dan

menulis Arab-Tamil. Bekas pelajar seperti Sulaiman bin Ahmad dan Mohamed Shah bin

Pakir Mohammed masih menggunakan tulisan Arab-Tamil sebagai medium untuk menelaah

ilmu fekah dan akidah. Antara kitab Arab-Tamil terkenal dalam ilmu fekah yang masih

dirujuk adalah Ahkam al Muslimin al Syafieyah.461 (Sila rujuk Rajah 3.1 yang memaparkan

skrip Arab-Tamil)

455
Temu bual dengan Mohamed Shah bin Pakir Mohammed pada 27 Januari 2012.
456
Temu bual dengan Sultan bin Sinta pada 15 Julai 2010.
457
Temu bual dengan Sulaiman bin Ahmad pada 23 Januari 2012.
458
Temu bual dengan Dato S.A. Abdullah bin Abdul Rahman pada 22 Disember 2009.
459
Temu bual dengan Mohamed Hanifah bin Kalantar Mastan pada 1 Disember 2011.
460
Ibid.
461
Kitab ini merupakan rujukan utama komuniti Tamil Muslim yang bermazhab Syafie dalam asas ilmu
fekah dan akidah. Shahul Hamid bin Idrus (t.t.) Ahkam al Muslimin al Syafiyah. Madras: Shahul
Hamidiah. .
197
Rajah 3.1
Contoh Skrip Arab-Tamil

Sumber: Shahul Hamid bin Idrus (t.t). Ahkam al-Muslimin al- Syafi’iah. Madras:
Mathba’ Shahul Hamidiah, hlm.15 -16.

198
Selain daripada menjadi institusi yang mengukuhkan ilmu al-Quran dan pengajian

Islam dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, madrasah ini telah berperanan

sebagai institusi yang melahirkan pemimpin agama dalam kalangan komuniti ini. Beberapa

pelajar madrasah ini meneruskan usaha menyebarkan ilmu al-Quran dan asas pendidikan

Islam kepada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur selepas perang Dunia Kedua. Mohamed

Mydin bin Abu Bakar, Mohamed Shah bin Pakir Mohamed dan Said Ahmad bin Abdul

Rahman mengajar al-Quran dan asas pendidikan Islam kepada anggota komuniti ini di AHI

pada peringkat awal. Osman bin Muhamad Ali pula bertugas sebagai imam di Masjid Titi

Papan, Jalan Burma. Peranan AHI dalam mengukuhkan pendidikan al-Quran dan fardu ain

akan dibincangkan kemudian.

Fokus dan kecenderungan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terhadap

pendidikan agama pada peringkat awal khususnya sejurus tamatnya Perang Dunia Kedua,

tidak terhenti di peringkat madrasah harian sahaja. Terdapat anggota komuniti ini

meneruskan pelajaran di Madrasatul Mashoor Al Islamiyah di Lebuh Tek Soon selepas

menamatkan pengajian di Madrasathul Mahmoodathul Arabiah sehingga ke peringkat

pengajian empat thanavi. Seterusnya, pengajian mereka diteruskan ke institusi pengajian

Islam yang lebih tinggi di India.462 Institusi pengajian Islam formal di India dikenali

sebagai kolej Arab atau Arabi Kolej. Antara kolej Arab yang terkenal dan menjadi tumpuan

kebanyakan pelajar Tamil Muslim Kadayanallur adalah Kolej Misbahul Huda yang terletak

di Needur, Daerah Thanjavur, Tamil Nadu, India. Kolej-kolej Arab lain yang terkenal di

India Selatan khusunya di Tamil Nadu adalah Kolej Arab Baquihathus Salihat, Kolej Arab

462
Temu bual dengan Dato S.A. Abdullah bin Abdul Rahman pada 22 Disember 2009.
199
Manba’ul Anwar, Kolej Arab Annoorul Muhammadia, Kolej Arab Misbahul ‘Ula, Kolej

Arab Jamalia dan Kolej Arab Riyathul Jinan.463

Setelah menamatkan pengajian di India maka lahirlah alim ulama yang mempunyai
464
kelayakan sebagai maulana atau maulavi yang diikuti dengan nama institusi pengajian

masing-masing seperti Misbahi dan Baqavi secara formal dalam kalangan komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur pada akhir tahun 1950-an. Para siswazah lepasan kolej-kolej Arab

digelar bersandarkan nama kolej yang menjadi pusat pengajian mereka. Misalnya, lepasan

Kolej Misbahul Huda digelar sebagai Misbahi dan lepasan Kolej Arab Baquihatus Salihat

digelar sebagai Baqavi.465 Jadual 3.4 menunjukkan senarai kolej-kolej Arab yang terkenal di

Tamil Nadu berserta dengan gelaran yang dianugerahkan kepada para siswazah. Antara

tokoh agama Tamil Muslim Kadayanallur awal lepasan pengajian Kolej Arab Misbahul

Huda merangkumi Maulavi Dato’ Abdullah Bukhari, Maulavi Sulaiman bin

Abdul Rahman, Maulavi Sultan Ghani bin Mydin,466 Maulvi Muhamad Mydin bin Abdul

Rahman467 dan Maulavi Muhamad Hanifa bin Kalantar Mastan.468 Seterusnya, lepasan

Kolej Arab Baquihathus Salihat pula adalah Maulavi Sadaqatullah bin Mydin. Setelah

kembali ke Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin agama ini berkhidmat sebagai tokoh agama

463
Mani, A.(1992). Aspects of Identity and Change among Tamil Muslims In Singapore. Journal of
Affairs of Muslim Minority. 13 (2), hlm. 347.
464
Lazimnya para graduan pengajian Islam di India digelar sebagai maulana dan maulavi yang menyamai
gelaran ustaz dalam konteks Malaysia. Kurzman, Charles. (2002). Modernist Islam, 1840-1940: A
Sourcebook. New York: Oxford University Press, hlm. 315.
465
Mani, A.(1992). Aspects of Identity , hlm. 347.
466
Temu bual dengan Dato S.A. Abdullah bin Abdul Rahman, 22 Disember 2009.
467
Temu bual dengan Muhamad Mydin bin Abdul Rahman pada 5 Februari 2011.
468
Maulavi Muhamed Hanifa bin Kalantar Mastan merupakan salah seorang pemimpin agama yang terkenal
dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang yang berperanan sebagai pendakwah, guru dan
imam dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang. Seterusnya beliau juga berkhidmat
moderator rancangan agama saluran bahasa Tamil di RTM Pulau Pinang sejak tahun 1966 sehingga kini.
Antara rancangan radio yang dikendalikan oleh Maulavi Muhamed Hanifa bin Kalantar Mastan adalah
Ceramah Islam, Keluarga Islam, Pendidikan Islam dan Sabda Junjungan. Temu bual dengan Mohamed
Hanifah bin Kalantar Mastan pada 1 Disember 2011.
200
yang menjadi rujukan kepada komuniti Tamil Muslim khususnya Tamil Muslim

Kadayanallur sejak akhir 1950-an dan awal tahun 1960-an.

Melalui proses ini lahirlah pimpinan agama tempatan dalalm kalangan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur secara khusus. Kebiasaanya para ulama dijemput dari India

untuk menguruskan hal-hal keagamaan dalam kalangan komuniti Tamil Muslim kerana

tiada pimpinan agama secara formal dalam kalangan penduduk Tamil Muslim tempatan.

Walau bagaimanapun, para ulama Tamil Muslim tempatan yang berkelulusan dari kolej-

kolej Arab dari India tidak mendapat pengikhtirafan dari segi pensijilan oleh kerajaan. Hal

yang demikian, menyukarkan mereka memperoleh pekerjaan dalam sektor kerajaan di

Malaysia. Keadaan ini menyukarkan para graduan kolej-kolej Arab India memperoleh

pekerjaan di bawah jabatan-jabatan kerajaan.

Jadual 3.4
Kolej Arab di Tamil Nadu dan Gelaran yang Dianugerahkan kepada Siswazah

Kolej Tempat dan Daerah Gelaran

Kolej Arab Baquihathus Salihat Velur, Arcot Utara Baqavi

Kolej Arab Manba’ul Anwar Lalpet,Arcot Selatan Manba’i

Kolej Arab Misbahul Huda Needur, Tanjore Misbahi

Kolej Arab Annoorul Muhammadia Pothukudi, Tanjore Ulavi

Kolej Arab Misbahul ‘Ula Kutanalur Ulavi

Kolej Arab Jamalia Bandar Madras Jamali

Kolej Arab Riyathul Jinan Pattai, Thirunelevi Riyajee

201
Penubuhan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur membantu perkembangan pendidikan Arab dan Tamil dalam kalangan

anggota komuniti ini pada era sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Selain daripada

peranan Madrasathul Mahmoodathul Arabiah dalam aspek pendidikan Al Quran, AHI juga

berperanan sebagai pusat pembelajaran asas-asas al-Quran sejak penubuhannya pada tahun

1930. Peranan AHI dalam menyediakan pembelajaran semakin kukuh melalui sumbangan

pelajar-pelajar lepasan Madrasathul Mahmoodathul Arabiah yang berkhidmat sebagai guru

al-Quran kepada anak-anak komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Pembelajaran dan pelaksanaan kelas-kelas al-Quran semakin aktif setelah AHI

didaftarkan sebagai Madrasa Anjuman Himayathul Islam pada tahun 1963. Bangunan AHI

telah dinaik taraf melalui pembinaan bangunan dua tingkat yang siap sepenuhnya pada awal

tahun 1963 dan dirasmikan pada 17 Februari 1963.469 Pembinaan bangunan baru yang

didaftarkan atas nama madrasah menunjukkan komitmen AHI dalam pelaksanakan

pengajian al-Quran dan fardu ain secara lebih formal dan sistematik. Dalam konteks

pentadbiran, seperti yang dibincangkan sebelum ini, madrasah ini dipengerusikan oleh M.A.

Ahmad bin Ahmadsa. Pada masa yang sama beliau merupakan salah seorang jemaah

pengurusan bangunan asal AHI dan madrasah ini yang dikenali sebagai Mohamed Bee Bee

Mosque yang beralamat di 507, Lebuh Chulia, sejak 1 Ogos 1944.470 Pembinaan madrasah

ini berlaku dengan izin nazir masjid Mohamed Bee Bee yang asal dan memerlukan

penambahan dari segi pengurus dan pemegang amanah malah dua orang nazir asal masjid

469
Surat Permohonan Penubuhan Madrasa daripada Persatuan Anjuman Himayathul Islam kepada Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang,10 Mac 1963.
470
Surat Rasmi Pelantikan Pengurus Madrasa Anjuman Himayathul Islam oleh S. Mohamed Shafee, 3
April 1963. (Sila rujuk Lampiran Dua Belas)
202
ini telah meninggal dunia. Oleh yang demikian, seramai empat orang pimpinan AHI telah

dilantik sebagai pengurus bersama madrasah ini bersama M.A. Ahmad bin Ahmadsa iaitu

Mohamed Shah bin Mohd. Yusoff, Sultan Mydin bin Haji Ahmad, Sinthas bin Haji Ahmad

dan Omar bin Jamal.471 Hal ini dinyatakan dalam surat rasmi pelantikan pengurus baru

Madrasah AHI pada 3 April 1963 oleh S. Mohamed Shafee seperti berikut:

“Whereas the Mohamed Bee Bee Mosque has been re-built and is now re-named the
Anjuman Himayathul Islam (Madrasa) and numbered 507 Chulia Street, Penang. Whereas
the said M.A. Ahmad bin Ahmadsa is leaving for Mecca on the 6th day of April 1963. Now
I, S. Mohamed Shafee, as the only Nathir of the said Mosque nominate and appoint
1.Mohamed Shah bin Mohd, Yusoff of No.26 Nanning Street,Penang. 2. Sultan Mydin bin
Haji Ahmad of No: 26 Nanning Street,Penang. 3.Sinthas bin Haji Ahmad of No: 26
Nanning Street, Penang. 4.Omar bin Jamal of No: 3 Dato Koyah Road, Penang to be the
Joint Managers of the Anjuman Himayathul Islam Madrasa and to manage, take charge of
all its affairs.”472

Perubahan pentadbiran dan jemaah pengurusan madrasah mengalami perubahan mengikut

keperluan dan keputusan pimpinan AHI. Pelantikan baru jemaah pengurusan dan pemegang

amanah madrasah dan AHI dilakukan melalui perubahan dasar dan keadaan semasa. Pada

tahun 1979, jumlah pemegang amanah madrasah ini telah ditambah kepada 7 orang. 473

Dari konteks penggunaan Madrasa AHI bahagian bawah madrasah ini dijadikan

sebagai dewan sembahyang untuk meneruskan fungsi asal Masjid Mohamed Bee Bee.

Kelas-kelas al-Quran dan pengajian fardu ain dijalankan di tingkat dua. Dalam aspek fardu

ain kitab-kitab dalam tulisan Arab-Tamil dijadikan rujukan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Antara kitab yang digunakan adalah Ahkam al-Muslimin al- Syafiah dan

471
Ibid.
472
Ibid.
473
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Anjuman Himayathul Islam Yang Ke-49. (1979). Anjuman Himayathul
Islam, Pulau Pinang, 22 Julai, hlm.2.
203
Simthu Sibyan. Guru-guru agama yang terdiri daripada pemimpin agama komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur yang melibatkan Ustaz Said Ahmad bin Abdul Rahman, Dato’

Abdullah Bukhari, Maulavi Mohamad Hanifa bin Kalantar Mastan, Maulavi Sultan Gany

bin Mydin, dan Ustaz Muhamad Mydin bin Abdul Rahman mengendalikan kelas-kelas al-

Quran. Pelajar-pelajar terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam kalangan

anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang tinggal sekitar kawasan George Town.

Pada peringkat awal permulaan madrasah ini seramai 30 orang pelajar mengikuti

pengajian al-Quran di sini.474 Pada dasarnya, jumlah para pelajar terus berkembang sehingga

mencecah lebih daripada seratus orang pada tahun 1966.475 Jumlah pelajar yang terus

meningkat ini menjadi faktor kelas-kelas dilaksanakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan

petang. Selain daripada itu, tenaga pengajar yang layak dari segi akademik juga diperlukan

sehingga pihak pengurusan Madrasa AHI menjemput dan membiayai tenaga pengajar untuk

jangka masa tertentu dari Tamil Nadu. Selain daripada mengajar al-Quran, tenaga pengajar

ini juga berperanan sebagai penceramah dan pembimbing ilmu agama kepada orang dewasa

dalam kalangan komuniti Tamil Muslim yang bermazhab Syafie dan Hanafi dalam bahasa

Tamil. Dalam konteks mazhab Hanafi, guru agama yang pakar dalam mazhab ini

diperlukan. Hal ini disaksikan dengan kehadiran Moulana A. Mohamed Mohideen476 dari

Tamil Nadu untuk mengajar di Madrasa AHI pada tahun 1966 dan Mohlawi Alim

Muhammed Thameem Manbavi pada tahun 1976.477 Mengikut rekod Madrasa AHI

474
Surat Permohonan Penubuhan Madrasa daripada Persatuan Anjuman Himayathul Islam kepada Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang,10 Mac 1963
475
Surat S.T. Shahul Hamid, President Anjuman Himayathul Islam kepada kepada The Asst. Controller of
Imigration, Penang, 29 Disember 1966.
476
Ibid.
477
Surat Setiausaha Anjuman Himayathhul Islam kepada Ketua Pengarah, Jabatan Imigiresen, Kuala
Lumpur, 27 April 1977.
204
sehingga tahun 1981, terdapat empat orang guru Al-Quran dan kelas-kelas al-Quran

dijalankan pada waktu pagi, petang dan malam.478 Madrasa AHI terus berperanan sebagai

pusat yang menyediakan platform pengembangan ilmu asas al-Quran dalam komuniti Tamil

Muslim di George Town sehingga sekitar tahun 1985. Menjelang tahun 1985, Madrasa AHI

tidak lagi berperanan sebagai madrasah kerana kekurangan pelajar. Keadaan ini berlaku

kerana ramai anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sekitar Lebuh Chulia

khususnya telah berpindah ke kawasan lain.479

Dalam konteks pelaksanaan kelas-kelas al-Quran selain AHI, persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat lain termasuk UMA, PMK dan PNI turut mengendalikan kelas al-

Quran di bangunan persatuan masing-masing. Sekitar tahun 1950-an, kelas-kelas al-Quran

mula dilaksanakan di bangunan UMA pada waktu malam. Kanak-kanak lelaki dan

perempuan komuniti Tamil Muslim sekitar Jalan Kedah, Jalan Sekerat dan dari kawasan

berdekatan mengikuti kelas-kelas ini.480 Pada peringkat awal pelaksanaan kelas-kelas ini,

Dato’ Abdullah Bukhari dan Maulavi Mohamed Hanifa menjadi pengajar. Namun, setelah

beberapa tahun, mereka tidak lagi mengajar di UMA atas sebab-sebab peribadi. Kelas-kelas

al-Quran ini diteruskan juga di bawah pengendalian pengajar yang mempunyai pengetahuan

asas tentang al-Quran. Pengajian al-Quran ini diteruskan sehingga bangunan lama UMA

dirobohkan pada tahun 1995.481 Selepas bangunan baru dibina, kelas-kelas al-Quran tidak

lagi diteruskan.

478
Surat Presiden Anjuman Himayathul Islam kepada Syeikh Mohamed Al Hamad Ashubaili, Duta Arab
Saudi di Malaysia, 25 Mei 1981.
479
Temu bual dengan Abdul Kader bin Haja Mydin pada 15 Mac 2012. Beliau merupakan Presiden
Persatuan Anjuman Himayathul Islam.
480
Penyelidik sendiri telah mengikuti kelas al-Quran di UMA dari tahun 1980 sehingga tahun 1985.
481
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-67.(1996). Persatuan Muslim Bersatu,
205
Pelaksanaan kelas-kelas al-Quran telah dilaksanakan di PMK sejak tahun 1950-an

khususnya pada waktu malam.482 Namun, penerusan kelas-kelas al-Quran ini bergantung

kepada kemampuan persatuan untuk menyediakan tenaga pengajar. Berikutan keadaan ini,

pengendalian kelas al-Quran tidak konsisten setiap tahun. Menjelang tahun 1995, usaha

yang lebih serius untuk menubuhkan kelas al-Quran yang lebih sistematik diambil oleh

PMK. Sebuah madrasah al-Quran yang dinamakan sebagai Madrasah Azhariah ditubuhkan

dan didaftarkan di bangunan PMK, Jalan Sekerat, George Town.483 Madrasah ini

mengendalikan kelas-kelas al-Quran untuk murid-murid Tamil Muslim yang berumur 7

hingga 14 tahun dan dijalankan pada waktu malam dari 7 sehingga 9 malam. Ustaz Moulavi

Syed Saibudeen dan Ustaz S.M. Syed Mohamed bertindak sebagai pengajar madrasah ini.

Madrasah ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan sehingga tahun 2002.

Walau bagaimanapun, madrasah ini terpaksa ditutup akibat kekurangan pelajar. Menurut

Shahul Hamid bin Mohamed Mydin, keadaan ini berlaku kerana ramai anggota komuniti

yang tinggal sekitar Jalan Sekerat telah berpindah ke tempat lain akibat pelaksanaan

undang-undang kawalan sewa di Pulau Pinang.484

Dalam konteks PNI pula, pelaksanaan pengajaran al-Quran bermula sejak

penubuhannya di Jalan Kedah pada tahun 1946. Kelas-kelas al-Quran diteruskan di

bangunan sekolah Tamil di Lorong Popus sejak tahun 1960-an di bawah kendalian Maulavi

Pulau Pinang, 1 Mei, hlm.3.


482
Temu bual dengan Osman bin Shahul Hamid pada 8 April 2013. Menurut beliau, dari tahun 1972
sehingga 1974 beliau mengendalikan kelas-kelas al-Quran di bangunan PMK pada waktu malam.
483
Temu bual dengan Shahul Hamid bin Mohamed Mydin pada 28 Mac 2013.Shahul Hamid bin Mohamed
terlibat secara langsung sebagai ahli jawatankuasa penubuhan Madrasah Azhariah PMK pada tahun
1995. Shahul Hamid bin Mohamed Mydin merupakan Presiden Persatuan Muslim Kadayanallur
(PMK) bagi tempoh 2012-2014.
484
Ibid.
206
Sadaqatullah bin Mydin al Baqavi.485 Lazimnya pengajian ini dijalankan pada waktu petang

dan malam untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Namun, pelaksanaan kelas al-Quran

di PNI terbantut selama dua tahun setelah Maulavi Sadaqatullah bin Mydin meninggal dunia

pada tahun 1972. Walau bagaimanapun, mulai tahun 1974, kelas-kelas al-Quran mula

dilaksanakan semula di bawah kendalian dan penyeliaan Haji Osman bin Shahul Hamid.486

Pihak pengurusan PNI dengan inisiatif golongan muda khususnya Syeikh Abdullah bin

Hassan Mydin, mengambil langkah yang lebih drastik untuk mewujudkan kelas al-Quran

yang formal dan sistematik. Oleh yang demikian, PNI melaksanakan kelas-kelas al-Quran

melalui institusi madrasah yang didaftarkan sebagai Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam

secara rasmi pada tahun 1989 di bangunan Sekolah PNI, 26, Lorong Popus, Pulau Pinang, di

bawah pengelolaan Haji Osman bin Shahul Hamid selaku mudir madrasah ini. 487 Madrasah

ini didaftarkan di bawah Jabatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebagai Sekolah

Agama Rakyat. (Sila rujuk Gambar Foto 3.4 yang menunjukkan suasana pembelajaran di

Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam.)

Pada masa ini, madrasah ini dikendalikan oleh 6 orang tenaga pengajar secara

sukarela dan murid-murid dari prasekolah hingga ke sekolah menengah sedang mengikuti

kelas ini dan ianya berjalan secara percuma.488 Pada dasarnya, madrasah ini adalah antara

madrasah komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang diikhtiraf sebagai sekolah agama

rakyat. Kesungguhan dan fokus terhadap aspek pembangunan pengajian Islam dan al-Quran

485
Temu bual dengan Osman bin Shahul Hamid pada 8 April 2013.
486
Osman bin Shahul Hamid merupakan anak murid kepada Maulavi Sadaqatullah bin Mydin sejak
tahun 1957 untuk jangka masa 13 tahun. Peranan guru beliau diambil alih dan diteruskan untuk
melaksanakan kelas-kelas al-Quran di PNI sehingga kini. Beliau adalah mudir di Madrasah
Tarbiyyah Nurul Islam sejak tahun 1989 hingga kini. Ibid.
487
Persatuan Nurul Islam. (1997). Buku Cenderamata Majliis Jasamu Di Kenang, t.h.
488
Ibid.
207
Gambar Foto 3.4
Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam, George Town, 2013.

Para pelajar Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam, George Town, Pulau Pinang sedang
mengikut kelas al-Quran.

Sumber: Gambar foto ini diperoleh daripada Syeikh Abdullah bin Hassan Mydin.

208
komuniti ini yang direalisasikan melalui pelaksanaan madrasah diperluaskan lagi melalui

pewakafan tanah untuk membina institusi pengajian al-Quran yang lebih luas dan

sistematik. Hal ini disaksikan melalui perkembangan terbaru Persatuan Nurul Islam yang

telah melancarkan program pewakafan tanah untuk mendirikan Kompleks Pendidikan Nurul

Islam yang lebih luas dan fleksibel.489

Selain itu, kelas-kelas bimbingan untuk subjek-subjek akademik bagi murid-murid

madrasah yang akan menduduki peperiksaan awam termasuk Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malysia (SPM) dan

Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dijalankan dengan bantuan tenaga pengajar dari

luar secara percuma. Program-program bercorak seminar, forum, perbahasan, pertandingan

pidato dan sesi motivasi dijalankan pada setiap bulan untuk para pelajar madrasah.490

Perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur memberi fokus kepada pendidikan agama Islam khususnya pengajian al-

Quran dan fardu ain sejak penempatan mereka di George Town. Usaha berterusan untuk

memastikan komuniti Tamil Muslim memperoleh ilmu al-Quran direalisasikan melalui

pelaksanaan kelas-kelas al-Quran di persatuan dan madrasah. Pada dasarnya, Madrasathul

Mahmoodathul Arabiah telah berperanan sebagai pencetus dan sumber pendidikan Islam

awal kepada komuniti ini pada awal dan pertengahan tahun 1900-an. Institusi ini

sesungguhnya, telah melahirkan pimpinan agama Tamil Muslim tempatan yang berperanan

489
Persatuan Nurul Islam.(2014). Buku Cenderamata Majlis Pelancaran Tanah Wakaf dan Pembangunan
Persatuan Nurul Islam: Pulau Pinang: Persatuan Nurul Islam, hlm 1-3.
490
Persatuan Nurul Islam (1997). Buku Cenderamata Majliis Jasamu Di Kenang, t.h.

209
sebagai imam, guru agama dan sumber rujukan agama utama komuniti ini. Seterusnya,

institusi ini telah membuka jalan kepada sebahagian daripada mereka untuk melanjutkan

pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi sehingga menjadi ulama yang diiktiraf. Antara

ulama yang terkenal bukan sahaja dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Pulau Pinang

malah masyarakat Islam secara keseluruhan di Pulau Pinang adalah Dato Abdullah bin

Abdul Rahman Bukhari. Perbincangan seterusnya akan menjurus kepada peranan dan

sumbangan beliau kepada pembangunan dan pengukuhan syiar Islam di Pulau Pinang.

3.5.2 Tokoh Ulama: Dato Abdullah Bukhari

Nama beliau adalah S.A. Abdullah bin Abdul Rahman Bukhari bin Said

Muhammad. Beliau dilahirkan di Jalan Argyll, George Town, Pulau Pinang pada

29.06.1933. Beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Abdullah Bukhari dalam kalangan umat

Islam di Pulau Pinang. 491

Dalami konteks pendidikan, beliau mendapat pendidikan awal dalam pengajian al-

Quran di Persatuan Anjuman Himayathul Islam sebelum dikenali sebagai madrasah.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian al-Quran dan fardu ain di Madrasathul

Mahmoodathul Arabiah, Jalan Ah Quee dari tahun 1938 sehingga 1941. Pengajian beliau di

madrasah ini telah terhenti buat sementara berikutan Perang Dunia Kedua,. Setelah tamat

zaman perang, beliau melanjtkan pelajaran di Madrasah Mashoor yang terletak di Lebuh

Tek Soon dari tahun 1947 sehingga tahun 1952. Beliau berjaya memperoleh sijil peringkat

491
Biodata dan kebanyakan maklumat mengenai Dato Abdullah Bukhari adalah hasil temu bual dengan
beliau pada 22.12.2009 dan Surat Permohonan Pencen S.A. Abdullah Bukhari bin Abdul Rahman kepada
Kepada Pihak Berkenaan (Kementerian Pelajaran), 7 Jun 2012.
210
khismulthakhasus sanawi rabiah atau empat thanavi.492 Pengajian di madrasah ini

membolehkan beliau menguasai bahasa Arab dan pengajian Islam. Tuntutan terhadap ilmu

tidak terhenti di sini sahaja, beliau meneruskan pengajian beliau ke peringkat yang lebih

tinggi dalam pengajian Islam di institusi pengajian Islam di India. Dari tahun 1952 sehingga

1958 beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam Tinggi dan hafazan al-

Quran di Kolej Arab Misbahul Huda, Thanjavur, Tamil Nadu, India. Peringkat pengajian

tertinggi di kolej ini adalah diploma dan beliau berjaya memperolehinya setelah tamat

pengajian pada tahun 1958. Diploma yang diperoleh sebenarnya melayakkan beliau untuk

menyambung pengajian di tahun kedua peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al

Azhar, namun hasrat ini tidak kesampaian kerana masalah kemiskinan.493

Setelah kembali ke tanah air pada tahun 1958, beliau bertugas kembali sebagai guru

agama di Madrasah Mashoor di Lebuh Tek Soon, George Town sejak bulan September

tahun 1958. Antara mata pelajaran yang beliau ajar adalah ilmu Faraid, Tafsir, Fekah, dan

Mantik. Beliau juga pernah diberi tanggungjawab dalam pentadbiran madrasah ini sebagai

Penolong Pengetua ketika diterajui oleh Pengetua, Ahmad Badjunid.494 Pada tahun 1979

Madrasah Mashoor di Lebuh Tek Soon telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Madrasah ini telah dipindahkan dari tapak asal di Lebuh Tek Soon atas faktor

pembangunan dan pembinaan bangunan kerajaan ke bangunan baru di Jalan Air Itam yang

dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Al Mashoor (Lelaki). Beliau yang telah

bertugas di Madrasah Mashoor sejak tahun 1958 telah diserap sebagai guru sandaran di
492
Peringkat tertinggi pengajian Islam yang ditawarkan Madrasah Mashoor adalah kelas khismulthakhasus
iaitu kelas khusus atau khismul‘alli atau kelas tinggi. Omar Farouk Shaeik Ahmad. (1978). The Arabs in
Penang. Dlm Malaysia in History: Special Issue Focus on Penang, hlm. 8.
493
Temu bual dengan Dato S.A. Abdullah bin Abdul Rahman pada 22 Disember 2009 .
494
Surat Permohonan Pencen S.A. Abdullah Bukhari kepada Kepada Pihak Berkenaan (Kementerian
Pelajaran), 7 Jun 2012.
211
bawah seliaan Bahagian Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai tahun

1980 sehingga beliau bersara pada tahun 1988 setelah berkhidmat sebagai guru agama

selama 29 tahun.495 Selain daripada berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan, beliau

juga berkhidmat sebagai guru Al-Quran dan fardu ain di Madrasah Anjuman Himayathul

Islam sehingga tahun 1985.

Dari konteks sejarah latar belakang keluarga, penempatan awal keluarga Dato’

Abdullah Bukhari di George Town bermula dengan penghijrahan datuk beliau, Said

Muhammad Bukhari dari Kadayanallur ke Pulau Pinang pada awal tahun 1900-an. Pada

peringkat awal, keluarga beliau menetap di Jalan Argyll kemudian ke Lebuh Chulia sebelum

berpindah ke Jalan Ceylon. Datuk beliau juga seorang yang alim dalam ilmu agama dan

telah berkhidmat sebagai guru al-Quran di Persatuan Hidayathul Islam serta mengajar

kanak-kanak Tamil Muslim di rumah-rumah mereka. Dari aspek ekonomi, seperti

kebanyakan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, keluarga beliau terpaksa

mengharungi kesusahan dan kesempitan ekonomi khsusunya sepanjang zaman sebelum

perang dunia kedua. Ayah beliau, Abdul Rahman bin Said Muhammad Bukhari telah

bekerja sebagai kuli dan menarik kereta sorong untuk menyara kehidupan keluarganya.

Namun, ayah beliau amat prihatin tentang pembelajaran agama anak-anak beliau.

Keprihatinan dan keutamaan terhadap pendidikan agama mempunyai perkaitan dengan

faktor peranan dan asal-usul keluarga Dato Abdullah Bukhari.

495
Malangnya beliau tidak dilantik sebagai guru tetap KPM sehingga beliau pencen pada tahun 1988
walaupun pihak KPM telah bersetuju menyerap masuk guru-guru asal madrasah ini sebelum tahun 1979
sebagai guru tetap. Ibid.

212
Dari perspektif keturunan, Dato’ Abdullah Bukhari lahir daripada keluarga orang

alim dan pemimpin agama yang mempunyai pertalian dengan syeikh sufi di Kadayanallur,

Tirunelveli, Tamil Nadu. Dalam komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, wujud tradisi

pengamalan nama keluarga seperti diperincikan sebelum ini. Dalam konteks ini, keturunan

dan nama keluarga Dato’ Abdullah Bukhari adalah Celamalebbai yang mempunyai urutan

dan salasilah sufi dan pemimpin agama komuniti ini di Kadayanallur yang berasal dari

Kerala mempunyai percampuran darah keturunan Indo-Arab.Kesinambungan keturunan ini

berlanjutan melalui perkahwinan di Kadayanallur. Mengikut tradisi pimpinan agama di

Kadayanallur, ahli keluarga Celamalebbai kebiasaannya diberi tanggungjawab untuk

menjadi pimpinan agama untuk menguruskan hal-hal keagamaan dalam kalangan komuniti

ini.496 Oleh yang demikian, kebanyakan daripada anggota keluarga ini amat prihatin tentang

pengajian al-Quran dan pendidikan Islam sehingga melahirkan ramai ulama, ustaz dan lebai

dalam komuniti ini di Kadayanallur. Kesinambungan peranan ini diteruskan di Pulau Pinang

yang bermula dengan datuk beliau seterusnya diri beliau dan juga adik-beradik beliau yang

lain. Antaranya adalah Sulaiman bin Abdul Rahman, Muhamad Mydin bin Abdul Rahman

dan Said Ahmad bin Abdul Rahman yang mendapat pendidikan agama sama seperti beliau.

Seterusnya, mereka berkhidmat kepada komunti Tamil Muslim sebagai guru agama, imam

masjid, penceramah dan pakar rujuk masalah-masalah keagamaan.

Dalam konteks sumbangan dan perkhidmatan, selain daripada bidang pendidikan,

Dato Abdullah Bukhari berperanan sebagai pemimpin agama utama dalam komuniti Tamil

Muslim dan masyarakat Islam secara umum di Pulau Pinang. Beliau berkhidmat sebagai

496
Temu bual dengan Dato S.A. Abdullah bin Abdul Rahman pada 22 Disember 2009 .
213
imam mazhab Hanafi masjid Kapitan Keling secara rasmi pada tahun 1972.497 Sudah

menjadi tradisi bagi Masjid Kapitan Keling diterajui oleh dua orang imam yang bermazhab

Syafie dan Hanafi. Oleh yang demikian pada a masa yang sama jawatan imam mazhab

Syafie dipegang oleh Haji Sheikh Ahmad bin Baldram sehingga beliau meninggal dunia

pada pertengahan tahun 1989. Oleh kerana keperluan kepada imam mazhab Syafie, ahli

jawatankuasa Masjid Kapitan Keling telah memohon kepada Jabatan Agama Islam agar

imam Abdullah Bukhari dilantik dan diiktiraf sebagai imam kedua-dua mazhab iaitu Hanafi

dan Syafie. Permohonan ini diluluskan dan beliau dilantik sebagai imam kedua-dua mazhab

secara rasmi pada 10 Ogos 1989.498 Pada masa yang sama, beliau juga bertindak sebagai

imam pada masa-masa tertentu di Masjid Alimsawalai, Jalan Chulia, George Town.

Sebagai imam, Ustaz Abdullah Bukhari menjalankan tugas-tugas harian sebagai

imam termasuk mengimami solat lima kali sehari dan juga solat Jumaat. Dalam konteks

solat Jumaat, khutbah disampaikan dalam bahasa Tamil dan bahasa Melayu secara bergilir

untuk memenuhi keperluan umat Islam pelbagai kaum. Selain penggunaan dwi bahasa, solat

Jumaat di masjid ini diadakan secara bergilir dengan Masjid Melayu Jalan Acheh sehingga

kini dan hal ini sudah menjadi tradisi di Masjid Kapitan Keling sejak zaman kolonial lagi.

Tradisi ini wujud akibat konflik dalam menentukan hak untuk mengadakan solat Jumaat

antara komuniti Melayu yang mendominasi Masjid Melayu Acheh di Jalan Acheh dengan

komunti Tamil Muslim yang sebahagiannya bermazhab Hanafi di Masjid Kapitan Keling.

Hal ini dapat diselesaikan dengan melaksanakan sistem giliran iaitu solat Jumaat akan
497
Mengikut tradisi Masjid Kapitan Keling, dua orang imam dilantik mengikut mazhab Syafie dan
mazhab Hanafi. Hal ini kerana, sebahagian anggota komuniti Tamil Muslim mengamalkan mazhab
Hanafi mengikut tradisi yang diwarisi dari India. Mohamed Nasar bin Ghose Mohamed. (1992). Sejarah
Masjid Kapitan Keling. Kota Bharu:Maktab Perguruan Kota Bharu. [Latihan Ilmiah yang tidak
diterbitkan], hlm 63.
498
Ibid.
214
dijalankan di kedua-dua masjid mengikut giliran masing-masing setiap Jumaat. Ustaz

Abdullah Bukhari kebiasaannya akan menjadi khatib di masjid lain khususnya Masjid

Kelawai apabila giliran Masjid Melayu untuk mengendalikan sembahyang Jumaat tiba.

Selain mengimami solat, Ustaz Abdullah Bukhari mengendalikan majlis-majlis ilmu dan

ceramah agama di Masjid Kapitan Keling khususnya dalam bidang Tafsir al-Quran. Beliau

juga menjalankan majlis ilmu di masjid-masjid sekitar seperti Masjid Alimsawalai, Masjid

Benggali, Madrasah Anjuman Himayathul Islam, dan Masjid Negeri.499 Selain daripada

masjid, beliau juga menjalankan majils ilmu di persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur seperti UMA. Namun, sebab faktor umur,

kini beliau hanya mampu menjalankan majlis ilmu di Masjid Kapitan Keling, Masjid

Alimsawalai dan Masjid Negeri sahaja.

Selain berperanan sebagai imam, beliau juga menjadi tempat rujukan masalah

keagamaan dalam komuniti ini. Beliau juga bertindak sebagai perawat masalah-masalah

gangguan makhluk halus, masalah gangguan jiwa dan sebagainya. Kebiasaanya beliau

membacakan ayat-ayat suci al-Quran dalam air dan diberikan kepada pesakit. Selain

daripada perkara-perkara ini, Ustaz Abdullah Bukhari diberi penghormatan oleh komuniti

Tamil Muslim untuk memilih dan menamakan anak-anak mereka dengan nama yang baik.

Beliau juga dirujuk sebagai penasihat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dan

hubungan antara anggota komuniti Tamil Muslim. Pendapat beliau dihormati dan dipatuhi

kebanyakan anggota komuniti ini. Selain daripada aspek ini, beliau berperanan sebagai

499
Surat Permohonan Pencen S.A. Abdullah Bukhari kepada Pihak Berkenaan (Kementerian Pelajaran), 7
Jun 2012.
215
pencetus kepada pembangunan pembelajaran dan pendidikan Islam khususnya penubuhan

madrasah dan kelas-kelas agama.

Perkhidmatan dan sumbangan beliau dalam pengukuhan syiar Islam menjangkau ke

peringkat yang lebih tinggi. Penglibatan beliau sebagai pemimpin agama menyeluruh dari

peringkat akar umbi sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Seterusnya, beliau juga

diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai seorang ulama yang

disegani dan dihormati. Tahap ilmu beliau diiktiraf sehingga Jabatan Agama Islam yang

melantik beliau sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam
500
Negeri Pulau Pinang (MAIPP), Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang (MFNPP) dan Dana

Wakaf Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Dalam konteks organisasi dan persatuan komuniti

Tamil Muslim beliau dilantik sebagai Penasihat Agama Liga Muslim Pulau Pinang sejak

tahun 1985 sehingga kini. Tahap ilmu beliau khususnya dalam bidang tahfiz dan tafsir Al-

Quran diiktiraf sehingga beliau pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Lujna Tashih Al-

Quran Kebangsaan sehingga akhir tahun 1990-an.

Sumbangan beliau sebagai seorang ulama Tamil Muslim yang terus mengukuhkan

syiar Islam dalam kalangan umat Islam di Pulau Pinang mendapat pengiktirafan daripada

kerajaan dan organisasi tertentu. Oleh yang demikian, beliau telah menerima anugerah dan

gelaran kehormat sebagai satu tanda pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan dan

jasa beliau. Pada tahun 1990, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri

Pulau Pinang. Seterusnya pada tahun 1992 beliau memperoleh Pingat Kelakuan Terpuji

(PKT) dan Darjah Johan Negeri (DJN) pada tahun 1996. Sumbangan dan perkhidmatan

500
Ibid. Lihat juga Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Kali Ke-2. (2011). George
Town, Pulau Pinang, 7 April 2011, hlm.1.
216
konsisten beliau dikenang dan terus diiktiraf sehingga beliau dikurniakan Darjah Setia

Pangkuan Negeri (DSPN) pada tahun 2007 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang

membawa gelaran Dato’.501 (Sila rujuk Gambar Foto 3.5 yang memaparkan Dato S.A.

Abdullah Bukhari)

Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa Dato Abdullah Bukhari

telah memberi sumbangan yang besar kepada pengukuhan syiar Islam dalam aspek

pendidikan Arab, pengajian Islam dan tafsir al-Quran dalam kalangan komuniti Tamil

Muslim dan umat Islam secara umum di Pulau Pinang. Tenaga dan kepakaran beliau juga

turut disumbang di peringkat negeri dan kebangsaan. Dalam konteks pendidikan khususnya

dalam komuniti Tamil Muslim, beliau bukan sahaja memainkan peranan dalam

mengukuhkan ilmu Bahasa Arab malah melalui perkhidmatan sebagai guru agama di

Anjuman Himaythul Islam, tulisan Arab-Tamil telah diajar dan dikembangkan dalam

kalangan sebahagian kecil komuniti Tamil Muslim.

Pada hakikatnya, jumlah anggota komuniti ini yang berkelulusan dalam pengajian

agama amat kurang akhir tahun 1980-an. Perkembangan kesedaran dan semangat

mengamalkan agama dalam kalangan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

melalui pergerakan Islam khususnya Jemaah Tabligh memberi impak positif dan

transformasi dalam melahirkan pimpinan agama yang melalui proses pengajian pondok dan

kolej Arab dalam dan luar negara pada akhir tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an.502

501
Temu bual dengan Dato S.A. Abdullah bin Abdul Rahman pada 22 Disember 2009 .
502
Sebahagian daripada anak-anak komuniti Tamil Muslim Kadayanallur melanjutkan pelajaran di
madrasah-madrasah tahfiz di Pulau Pinang dan di luar Pulau Pinang termasuk Madrasah Tahfiz Masjid
Benggali, Sungai Rusa Balik Pulau, Pulau Pinang, Pondok Lanai, Sik, Kedah dan Kubang
Bujur, Kuala Terenganu, Terengganu. Seterusnya, sebahagian daripada mereka melanjutkan pelajaran
217
Gambar Foto 3.5
DATO S.A. ABDULLAH BUKHARI

Dato S.A. Abdullah Bukhari di Masjid Kapitan Keling.

Sumber: Gambar foto diambil oleh penyelidik ketika menjalankan kerja


lapangan pada 17 Januari 2012 di Masjid Kapitan Keling.
George Town, Pulau Pinang.

dalam bidang alim di Madrasah al Hashimiyah, Colombo, Sri Lanka dan Pakistan. Terdapat juga segelintir
anggota komuniti ini melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Universiti Islam
Antarabangsa dan Universiti Al Azhar Mesir menjelang awal tahun 2000. Temu bual dengan Anuar bin
Ibrahim pada 23 Disember 2012. Anuar bin Ibrahim merupakan salah seorang pelajar awal dan perintis
anggota Tamil Muslim Kadayanllur yang telah mengikuti pengajian di Pondok Lanai, Sik, Kedah dan
Madrasah Al Hashimiyah, Colombo, Sri Lanka pada awal tahun 1990-an.
218
Perbincangan seterusnya akan menyentuh tentang perkembangan pendidikan Tamil dalam

kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.

3.5.3 Perkembangan Pendidikan Tamil

Sebelum menyentuh tentang peranan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam

perkembangan pendidikan Tamil di bandar George Town, perbincangan akan menelusuri

sepintas lalu tentang perkembangan pendidikan Tamil di Pulau Pinang. Dalam konteks

sejarah perkembangan pendidikan Tamil di Pulau Pinang dan Tanah Melayu, sekolah Tamil

yang pertama telah ditubuhkan oleh pihak British pada tahun 1821 dalam premis Penang

Free School. Namun, sekolah tersebut bertahan sehingga 1832 sebelum ditutup akibat tahap

kehadiran pelajar yang lemah dan kekurangan enrolmen pelajar. Keperluan penubuhan

sekolah Tamil muncul kembali berikutan kehadiran buruh-buruh dari India Selatan. Usaha

ini telah diambil oleh gerakan mubaligh Kristian iaitu Ladies Bible dan React Society yang

telah menubuhkan sekolah Tamil untuk anak-anak buruh di Nibong Tebal, Pulau Pinang

pada tahun 1872. Perkembangan ini berterusan dengan penubuhan sekolah-sekolah Anglo-

Tamil Seberang Perai pada awal tahun 1880-an. Walau bagaimanapun, hanya terdapat lima

buah sekolah sahaja dan kebanyakannya dikendalikan oleh mubaligh Kristian.503 Akibat

tahap kehadiran yang lemah, tidak ada antara sekolah ini bertahan lama.

Dalam konteks pendidikan Tamil di bandar George Town, selepas penutupan

sekolah Tamil di Penang Free School pada tahun 1832, Sekolah Anglo-Tamil Chowrasta

telah ditubuhkan pihak British di Jalan Penang dan sebuah lagi sekolah Anglo-Tamil
503
Chelliah, D.D.(1960). A History of the Educational Policy, hlm. 42.
219
ditubuhkan di Jalan Dato Keramat pada tahun 1874. Berasaskan faktor kehadiran dan

enrolmen murid yang lemah, Sekolah Anglo-Tamil Chowrasta telah diubah menjadi

Sekolah Melayu Chowrasta pada 1876.504 Hal yang demikian adalah bersandarkan

pendirian kerajaan British yang menegaskan bahawa pendidikan vernakular Tamil tidak

penting kepada komuniti Tamil. Rentetan dasar ini, pihak British telah membuat keputusan

untuk tidak menyokong penubuhan sekolah-sekolah Tamil pada tahun 1876. Sebaliknya,

British terus menyokong sekolah vernakular Melayu dan Inggeris berasaskan faktor bahawa

bahasa Inggeris merupakan bahasa komersial negara dan bahasa Melayu bahasa lingua

franca masyarakat Melayu yang perlu dipelihara. 505

Walau bagaimanapun, dasar British dalam aspek pendidikan Tamil berubah

mengikut keperluan semasa. Perubahan dasar ini disaksikan pada tahun 1923, dengan

pelaksanaan Labour Ordinance 1923 di Negeri-Negeri Selat (NNS) dan Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu (NNMB). Di bawah ordinan ini majikan diminta menubuhkan sekolah

Tamil untuk anak-anak buruh India jika terdapat lebih daripada 10 orang kanak-kanak

antara umur 7 hingga 14 tahun. Ordinan ini juga bertindak sebagai satu instrumen yang

membawa kepada pelantikan inspektor Eropah untuk menyelia sekolah Tamil pada tahun

1930 yang dibantu oleh seorang pembantu penyelia berbangsa India. Bermula tahun 1938

seorang pegawai pendidikan yang dilatih secara khusus di India dilantik sebagai Inspector of

Indian School iaitu penyelia sekolah Tamil di NNS dan NNMB.506 Perkembangan

pendidikan Tamil menunjukkan peningkatan selepas Perang Dunia Kedua berikutan

504
Ibid., hlm. 55
505
Ibid., hlm.79.Lihat juga Francis Wong Hoy Kee & Gwee Yee Hean (1971). Perspectives: The
development of Education in Malaysia and Singapore Kuala Lumpur: Heinemann Education Books
(Asia), hlm. 10.
506
Ibid.
220
pendirian kerajaan British yang mula menunjukkan perhatian serius terhadap pendidikan

sekolah vernakular melalui pelaksanaan dasar pendidikan baru pada tahun 1946. Dasar ini

menekankan pendidikan bahasa ibunda secara percuma dan menambah atau meningkatkan

geran peruntukan untuk sekolah Tamil. Tindakan ini menjadi pemangkin kepada

peningkatan pelajar di sekolah Tamil.507

Pada tahun 1947, perkembangan sekolah Tamil memasuki fasa kedua apabila British

mengambil tanggungjawab terhadap sekolah Tamil dan gaji guru sekolah Tamil.508 Bilangan

sekolah Tamil juga meningkat secara mendadak. Menjelang tahun 1947, terdapat 741

sekolah rendah Tamil di Tanah Melayu dengan 33,945 orang pelajar.509 Impak daripada

perubahan dasar British mengikut keperluan sejak tahun 1930-an ini membawa kepada

perkembangan pendidikan Tamil sehingga mewujudkan lima jenis sekolah di NNS dan

NNMB. Pertama sekolah yang dikendalikan oleh pengurus estet, kedua sekolah

dikendalikan oleh mubaligh Kristian atau persatuan-persatuan komuniti, kebanyakan

sekolah dalam kedua-dua kategori ini menerima grants-in-aid atau bantuan kerajaan, jenis

ketiga pula sekolah persendirian dikendalikan oleh orang perseorangan, jenis keempat

adalah sekolah Tamil Kerajaan dan jenis kelima pula dikendalikan oleh jabatan- jabatan

tertentu seperti Sanitary Board.510

Perubahan dasar British terhadap pendidikan Tamil menjadi pemangkin kepada

perkembangan semula pendidikan Tamil di bandar George Town melalui penubuhan

507
Cheeseman, H.R. (1948). Annual Report on Education in the Malayan Union for 1947. Kuala Lumpur
Government Printer, hlm.50-51.
508
Ibid.
509
Philip Loh Fook Seng.(1975). Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaysia 1874-1940. Kuala
Lumpur: Oxford University Press, hlm.102-103.
510
Linehan, W. (1939). Annual Report on Education in the Straits Settlements and the Federated Malaya
States for the Year 1938. Singapore: The Government Press, hlm. 44.
221
sekolah-sekolah Tamil selepas tahun 1930-an dan 1940-an. Antara sekolah Tamil yang

ditubuhkan di bandar George Town adalah Sekolah Tamil Convent, Jalan Penang, Sekolah

Tamil Sarasvati (Persatuan Hindu), Jalan Dato Keramat dan Sekolah Tamil Jalan Sungai.

Seterusnya terdapat juga sekolah-sekolah Tamil yang ditubuhkan selepas tahun 1940-an, di

kawasan berdekatan dengan bandar George Town termasuk Sekolah Tamil Ramakrishna,

Jalan Scotland, Sekolah Tamil Rajaji, Jalan Air Itam, Sekolah Tamil Azad, Jalan Bagan

Jermal dan Sekolah Tamil Sekolah Subramaniya Barathee, Gelugor.511 Jika dilihat dari

konteks jenis sekolah Tamil bandar, lazimnya di kawasan bandar dikendalikan dan

dikembangkan oleh organisasi agama khususnya mubaligh Kristian dan persatuan serta

individu.512 Secara umumnya, sekolah-sekolah Tamil di bandar lebih berorganisasi dan

mempunyai kemudahan yang lebih baik daripada sekolah-sekolah Tamil di estet. Namun,

sekolah-sekolah ini terhad kepada pendidikan sekolah rendah dan tumpuan juga diberi

kepada aspek keagamaan dan etika.

Sejajar dengan perkembangan ini, dalam konteks pendidikan Tamil di bandar

George Town, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur turut berperanan sebagai salah satu

komuniti yang memberi sumbangan dalam peningkatan pendidikan Tamil. Peranan ini

direalisasikan melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat Tamil Muslim

Kadayanallur. Selaku organisasi sosial komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang pertama,

Persatuan Muslim Bersatu (UMA) telah mengambil langkah awal untuk menyediakan

infrastruktur pendidikan untuk komuniti Tamil Muslim di kawasan bandar sejak awal tahun

1930-an sehingga dapat menubuhkan sebuah sekolah bantuan kerajaan pada tahun 1946.

511
Morais Victor, J.and Pothen, Phillip P. (pnyt.).(1965). Educational Directory of Malaysia and Singapore
1965. Kuala Lumpur: J. Victor Morais and P.Phillip Pothen, hlm.1-23.
512
Philip Loh Fook Seng.(1975). Seeds of Separatism, hlm.102.
222
Langkah ini telah diikuit oleh AHI yang menubuhkan sekolah Tamil pada tahun 1949 dan

PNI juga turut menubuhkan sekolah Tamil pada tahun 1960. Perbincangan seterusnya akan

menyentuh tentang latar belakang penubuhan sekolah-sekolah Tamil tersebut di George

Town.

3.5.3 (a) Sekolah Tamil United Muslim Association (UMA)

Dalam konteks pendidikan Tamil di Pulau Pinang khususnya di kawasan bandar

George Town, UMA telah memainkan peranan penting dalam memastikan komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur mendapat pendidikan awal. Pendidikan Tamil merupakan bentuk

pendidikan yang disediakan oleh UMA kepada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan

komuniti Tamil sekitar sejak awal tahun 1930-an sehingga akhir tahun 1985.513 Sejurus

penubuhan UMA di Lebuh Chulia, anggota komuniti Tamil Muslim telah memberi

perhatian terhadap pendidikan. Sebagai persatuan berpusatkan kaum kerabat, UMA telah

memulakan usaha dalam menyediakan kemudahan untuk mendapatkan kemahiran dan

pendidikan asas kepada anggota komuniti ini.

Langkah awal yang diambil adalah melalui pelaksanaan kelas-kelas malam pada

awal tahun 1930-an di bangunan UMA, No. 417F, Alimsawalai, Lebuh Chulia, George

Town. Dalam kalangan anggota komuniti ini, pada kelazimannya kelas-kelas malam disebut

sebagai sekolah. Berdasarkan faktor ketiadaan kemudahan institusi pendidikan Tamil lain

di kawasan bandar George Town, maka kelas-kelas malam ini berperanan sebagai pusat

pembelajaran anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang merangkumi pelajar


513
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h.
223
kategori kanak-kanak dan dewasa. Memandangkan anggota komuniti ini sibuk mencari

nafkah pada waktu siang dan hidup dalam keadaan serba kekurangan, kelas-kelas malam ini

membantu mereka untuk mendapatkan pendidikan agama dan terutamanya pendidikan

bahasa Tamil. Seterusnya, kelas-kelas malam ditawarkan secara percuma kepada setiap

pelajar. Sekolah malam ini dirasmikan oleh tuan H.H. Abdul Kader,514 seorang peguam

tersohor di Pulau Pinang pada masa tersebut. Dari konteks kurikulum, asas dan kemahiran

pembacaan al-Quran, Bahasa Tamil dan asas-asas Bahasa Inggeris diajar kepada anak-anak

anggota komuniti. Tenaga pengajar terdiri daripada individu yang menyumbangkan tenaga

dan ilmu secara sukarela. Antara tenaga pengajar yang dikenal pasti ialah N.N. Othman

Mydin dan N.M. Ibrahim. Selain daripada pendidikan Tamil, kemahiran seni

mempertahankan diri India Selatan, silambam juga diajar kepada anak-anak Tamil Muslim

di UMA pada ketika itu.

Usaha anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam mengukuhkan dan

meningkatkan tahap pendidikan diteruskan setelah UMA memiliki bangunan baru yang

lebih luas di 202, Jalan Transfer, George Town pada tahun 1934. Kelas-kelas bahasa Tamil

dan al-Quran diteruskan sebagai kesinambungan usaha untuk menyumbang kepada

peningkatan ilmu pengetahuan dalam kalangan anak-anak komuniti ini.515 Kegiatan

keilmuan dan fokus terhadap pembangunan pendidikan Tamil yang dijalankan dalam

lingkungan dan kapasiti persatuan ini sepanjang tahun 1930-an sehingga zaman Pendudukan

514
H.H. Abdul Kader merupakan seorang peguam dan wakil kaum India dalam Majlis Perundangan
(Legislative Council) Negeri Selat Pulau Pinang sejak tahun 1928. Beliau yang memiliki ijazah dalam
bidang undang-undang Universiti Cambridge, England dan memainkan peranan sebagai wakil kaum India
dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Presiden Kesatuan India dan ahli jawatankuasa Straits
Settlement Association atau Kesatuan Negeri-negeri Selat cawangan Pulau Pinang. The Straits Times, 25
Julai 1928, hlm. 8.
515
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h.
224
Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini seperti

rakyat Malaysia yang lain, komuniti Tamil Muslim turut mengalami zaman kesusahan dan

kegiatan persatuan terbantut. Walau bagaimanapun, anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur meneruskan lagi perkhidmatan pendidikan Tamil setelah berakhirnya zaman

Jepun.

Perubahan yang besar berlaku setelah pihak British kembali ke Tanah Melayu pada

akhir tahun 1945. Anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, telah mengambil langkah

yang lebih serius dalam perkembangan pendidikan Tamil di bandar George Town. Kelas-

kelas Tamil yang dilaksanakan didapati tidak memadai untuk memenuhi keperluan

pendidikan anggota komuniti ini. Oleh yang demikian, sebuah sekolah Tamil telah

ditubuhkan secara formal yang dikenali sebagai United Muslim Association Tamil School

atau Sekolah Tamil Persatuan Muslim Bersatu dengan status grant-in-aid school atau

sekolah bantuan kerajaan pada tahun 1946.516 Sekolah beroperasi secara lebih sistematik

kerana terdapat guru-guru yang terlatih yang berkhidmat di sekolah ini. Antara guru terlatih

yang terkenal yang berkhidmat di sekolah ini pada peringkat awal adalah Encik A.M.K

Ibrahimsha dan Encik Arokia Dass.517 Hal yang demikian berkaitan dengan perubahan

dasar pihak British terhadap sekolah vernakular Tamil di Tanah Melayu dan Negeri-Negeri

Selat selepas Perang Dunia Kedua seperti yang dibincangkan sebelum ini. Dalam, konteks
516
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h. Lihat juga Sijil Tamat Sekolah
Rendah United Muslim Association Standard Type (Tamil) Primary School milik Sulaiha Bebe binti
Mohd bertarikh 10 Disember 1965; Temu bual dengan Sulaiha Bebe binti Mohd pada 17 April 2013.
Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Tamil UMA pada tahun 1960-an.
517
A.M.K Ibrahimsha merupakan seorang guru Tamil Muslim yang berkhidmat di sekolah ini sehingga awal
tahun 1950-an. beliau merupakan guru yang serba boleh yang berkeupayaan mengajar pelbagai mata
pelajaran antaranya Bahasa Tamil, Matematik dan Bahasa Inggeris. Temu bual dengan Shawal Hamid bin
K.P. Majid pada 20 September 2013. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini antara tahun 1948
sehingga 1949;Temu bual dengan Abdul Hamid bin Nagor pada 30 September 2013.Beliau merupakan
bekas pelajar sekolah Tamil UMA pada akhir tahun antara tahun 1946 sehingga tahun 1948. Lihat juga
Persatuan Muslim Bersatu.(1979). Buku Cenderamata Jubli Emas, t.h.
225
Sekolah Tamil UMA, transformasi dasar ini memberi impak positif kepada peningkatan

jumlah enrolmen pelajar sehingga 200 orang pada awal tahun 1950-an.518 Selain faktor ini,

penghijrahan lebih ramai anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur antara tahun 1950

sehingga tahun 1953 juga menjadi pemangkin kepada peningkatan jumlah enrolmen pelajar

di sekolah ini. (Sila rujuk Gambar Foto 3.6 yang memaparkan para pelajar, guru dan

pengurus Sekolah Tamil UMA pada tahun 1951).

Jika diperhatikan dari aspek pelaksanaan kurikulum pada zaman kolonial,

pengajaran dan pembelajaran sekolah Tamil UMA adalah sama dengan pelaksanaan

kurikulum seperti sekolah-sekolah Tamil yang lain di Tanah Melayu. Dari konteks mata

pelajaran yang diajar pada zaman kolonial, kurikulum sekolah Tamil tiada pengajaran

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Penekanan hanya diberikan kepada kemahiran

membaca, menulis dan mengira serta penulisan karangan dan mata pelajaran Ilmu Alam.519

Buku-buku teks dibawa masuk dari India. Menurut Abdul Hamid bin Nagor,520 yang

berpengalaman belajar di Sekolah Tamil UMA dari tahun 1946 sehingga tahun 1948,

sekolah ini bermula dengan pelaksanaan kelas darjah satu selepas zaman Jepun pada tahun

1946. Pada masa itu, para pelajar sekolah ini hanya terdiri daripada pelajar lelaki. Mata

pelajaran yang dipelajari pada zaman beliau termasuk bahasa Tamil, Matematik, Ilmu Alam

dan Pendidikan Jasmani. Maklumat yang sama dinyatakan oleh Shawal Hamid bin Majid
521
dan Said Masud bin Othuman,522 mereka merupakan bekas pelajar sekolah ini antara

518
Ibid..
519
Cheeseman, H.R. (1948). Annual Report on Education in the Malayan Union for 1947, hlm.53. Lihat
juga Manikam Krishna (2008). The Development of Tamil Education in Malaysia: An Analysis of
Achievements and Challenges. Kuala Lumpur: Yayasan Strategik Sosial, hlm. 12.
520
Temu bual dengan Abdul Hamid bin Nagor pada 30 September 2013.
521
Temu bual dengan Shawal hamid bin K.P. Majid pada 20 September 2013.
522
Temu bual dengan Said Masud bin Othuman pada 11 Julai 2012.
226
tahun 1948 sehingga 1950. Sekolah Tamil UMA hanya menawarkan pembelajaran sehingga

ke peringkat darjah empat sahaja sebelum tahun 1958 kerana kekurangan jumlah bilik

darjah dan infrastruktur. Oleh yang demikian, selepas darjah empat, kebiasaannya pelajar

dari sekolah Tamil UMA akan melanjutkan pelajaran di darjah lima dan enam di sekolah

Tamil lain atau sekolah aliran Melayu dan Inggeris.

Dalam konteks sekolah Tamil, antara sekolah yang menjadi pilihan antara tahun

1948 sehingga tahun 1949 ialah adalah Sekolah Tamil Saraswati di bawah kendalian

Persatuan Hindu (Hindu Saba) di Jalan Dato Keramat dan Sekolah Tamil Ramakrishan,

Jalan Scotland.523 Menjelang tahun 1950, Sekolah Tamil Jalan Sungai, atau River Road

Tamil School, Pulau Pinang menjadi pilihan utama kerana taraf sekolah ini sebagai sekolah

Tamil kerajaan yang pertama di Pulau Pinang.524 Namun, terdapat juga pelajar yang

melanjutkan pelajaran atau berpindah ke sekolah Melayu khususnya Sekolah Melayu

Chowrasta, Jalan Hutton dan juga sekolah Inggeris seperti Anglo-Chinese School (Sekolah

Pykett), Methodist Boys School, Sekolah Inggeris Jalan Scotland dan sebagainya di

peringkat sekolah rendah dan menengah.525 Terdapat juga sebahagian daripada pelajar yang

hanya belajar dua hingga tiga tahun sahaja di sekolah Tamil sebelum melanjutkan pelajaran

di sekolah Melayu dan Inggeris. Hal yang demikian kerana anggota komuniti mula sedar

akan kepentingan dan nilai komersial pendidikan Melayu dan Inggeris berbanding dengan
523
Encik Abdul Hamid Nagoor telah melanjutkan pelajaran di darjah empat di sekolah Tamil Persatuan
Hindu dan darjah lima dan enam di Sekolah Tamil Ramakrishna pada tahun 1948 dan 1949. Temu bual
dengan Abdul Hamid bin Nagor pada 30 September 2013.
524
Sekolah Tamil Jalan Sungai ditubuhkan pada tahun 1949 dan dibuka secara rasmi pada 17 Januari 1950
di Jalan Sungai, Pulau Pinang oleh Pesuruhjaya Residen , A.V. Aston. Sekolah ini merupakan sekolah
Tamil berstatus sekolah kerajaan pertama di Pulau Pinang. Sekolah baharu tersebut mempunyai enrolmen
seramai 350 murid lelaki dan perempuan. Morais Victor, J.and Pothen, Phillip P. (pnyt.).(1965).
Educational Directory of Malaysia and Singapore 1965, hlm.299. Lihat juga The Straits Times, 18
Januari 1950, hlm.8.
525
Temu bual dengan Said Masud bin Othuman pada 11 Julai 2012.

227
Gambar Foto 3.6
Sekolah Tamil United Muslim Association, 1951

Guru, pihak pengurusan sekolah dan para pelajar Sekolah Tamil UMA, 202, Jalan
Transfer, George Town, Pulau Pinang pada tahun 1951.

Sumber: Diperoleh daripada Encik Said Ahmad bin Haidros

228
pendidikan Tamil.526 Pada dasarnya bahasa Inggeris tidak termasuk dalam kurikulum

sekolah Tamil UMA pada zaman kolonial dan impaknya para pelajar tidak mempunyai

kemahiran bahasa Inggeris yang mempunyai nilai ilmu dan komersial pada ketika itu.

Menyedari kepentingan bahasa Inggeris ini guru sekolah Tamil UMA seperti A.M.K.

Ibramsha dan individu terpelajar seperti N.Yusof dengan kerjasama pihak pengurusan

UMA, telah mengambil inisiatif melaksanakan kelas-kelas tambahan bahasa Inggeris di luar

waktu sekolah di bangunan UMA kepada pelajar sekolah Tamil ini yang berminat sejak

tahun 1946. Setiap pelajar dikenakan yuran pengajian sebanyak $1.50 sebulan.527

Anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berfikiran jauh dan berusaha secara

konsisten dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak komuniti mereka.

Komitmen komuniti ini disaksikan melalui tindakan UMA meluaskan pemilikan tanah

persatuan untuk meningkatkan infrastruktur Sekolah Tamil UMA. Menjelang tahun 1958,

sekeping tanah bersebelahan bangunan UMA di Jalan Kedah, telah dibeli untuk dijadikan

bangunan tambahan sekolah untuk menampung penambahan jumlah pelajar di Sekolah

Tamil United Muslim Association. Tanah tersebut dibeli dengan harga $14,000 dan

sebanyak $20,000 dibelanja untuk membina bangunan sekolah yang mampu memuatkan

lima kelas.528 Pada tahun 1958, bangunan sekolah baru yang mengandungi lima kelas

tersebut dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, Encik Mohd Khir

bin Johari. Upacara perasmian telah diadakan dengan meriah dan besar-besaran di bawah

526
Informan yang ditemui penyelidik seperti Shawal Hamid bin Majid menjelaskan bahawa beliau hanya
belajar dua tahun di sekolah Tamil UMA iaiatu 1948 dan 1949. Kemudian beliau didaftarkan oleh
abang beliau ke Sekolah Inggeris Methodist, di Jalan Macalister. Temu bual dengan Shawal Hamid bin
K.P. Majid pada 20 September 2013.
527
Temu bual dengan Abdul Hamid bin Nagor pada 30 September 2013.
528
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas,t.h. Lihat juga Persatuan Muslim
Bersatu (2010). Buku Cenderamata Sambutan Ulang Tahun ke-80, hlm. 21.
229
pentadbiran Pengerusi Biro Pendidikan UMA Encik M.N. Othman Mydin dan usaha ini

turut dibantu pimpinan UMA dan guru besar sekolah Tamil ini ketika itu iaitu Encik David

Salomon yang menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 1958. 529 (Sila rujuk Gambar Foto

3.7 yang memaparkan peristiwa perasmian bangunan tambahan Sekolah Tamil UMA oleh

Encik Mohd Khir Johari).

Sebagai sekolah bantuan kerajaan, perkembangan pendidikan di sekolah ini adalah

sejajar dengan perkembangan pendidikan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1957.

Kurikulum yang dilaksanakan adalah berlandaskan kurikulum yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran. Jumlah tahap kelas atau darjah yang ditawarkan ditingkatkan dari

darjah 4 ke darjah 6 berikutan penambahan bilangan bilik darjah. Para pelajar sekolah ini

mula menerima bantuan buku teks sejak tahun 1975, bantuan pakaian juga diberikan

kepada murid-murid yang kurang berkemampuan hasil daripada sumbangan anggota

komuniti yang berkemampuan. Komitmen UMA dalam menyokong dan memperkukuh

perkembangan pendidikan Tamil diteruskan melalui penubuhan sebuah perpustakaan dalam

bangunan UMA untuk kegunaan para pelajar dan juga ahli persatuan. Perpustakaan ini

mengandungi lebih daripada 1000 buah buku.530

Selain daripada penyediaan infrastruktur yang kondusif, anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur telah mengambil langkah-langkah positif untuk memastikan anak-

anak anggota komuniti hadir ke sekolah dan mengikuti pembelajaran. Masalah kehadiran

murid ke sekolah merupakan masalah yang sering dihadapi pihak pentadbiran sekolah Tamil

529
Ibid., hlm. 23.
530
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas ,t.h.
230
UMA. Menurut Muhammad Haneef bin Mohideen Abdul Kader,531 bekas guru sekolah

Tamil UMA pada tahun 1960-an dan 1980-an, para pelajar berkurangan jumlahnya dari

tahun ke tahun. Semasa tahun satu jumlah pelajar lelaki dan perempuan dapat memenuhi

jumlah sepatutnya dalam setiap kelas. Namun, jumlah ini berkurangan pada tahun kedua dan

tahun seterusnya kerana terdapat pelajar yang berhenti dan tidak hadir ke sekolah. Oleh

yang demikian, guru Sekolah Tamil UMA dan pimpinan UMA khususnya M.K. Kalandar

Mastan532 mengambil langkah mengunjungi setiap keluarga Tamil Muslim sekitar bandar

George Town untuk memberi nasihat tentang kepentingan pendidikan dan kewajipan

menghantar anak ke sekolah. Mereka juga menyemak serta memeriksa periuk belanga533

untuk mencari sijil lahir anak yang cukup umur untuk ke sekolah tetapi tidak dihantar ke

sekolah oleh ibu bapa masing-masing.

Punca utama masalah kekurangan pelajar yang menghadiri Sekolah Tamil UMA

adalah masalah kemiskinan dan kurangnya kesedaran dalam kalangan anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur. Dalam konteks pelajar lelaki, disebabkan kemiskinan murid

lelaki terpaksa bekerja untuk mengurangkan beban ibu bapa manakala pelajar perempuan

531
Muhamad Haneef bin Mohideen Abdul Kader merupakan bekas guru Sekolah Tamil UMA. Beliau
bertugas sebagai guru di sekolah tersebut dari tahun 1962 sehingga 1967 sebelum berpindah ke sekolah
lain. Namun, beliau ditempatkan kembali di sekolah yang sama pada 1980-an sehingga akhir tahun
1985. Temu bual dengan Muhamad Haneef bin Mohideen Abdul Kader pada 18 Disember 2012.
532
M.K. Kalandar Mastan merupakan Presiden UMA pada tahun 1966,1970 dan 1976. Beliau telah
berkhidmat secara komited sepanjang hayat untuk UMA sejak zaman remaja. Beliau merupakan
seorang pemimpin yang tegas, lantang bersuara dan berperanan besar dalam menyatupadukan serta
membantu komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam pelbagai aspek. Persatuan Muslim Bersatu.
(2010). Sambutan Ulang Tahun ke-80, hlm 28-30.
533
Pada tahun 1950-an dan 1960-an kebanyakan keluarga komuniti Tamil Kadayanallur tinggal secara
berkelompok dengan menyewa bilik-bilik dalam sesebuah rumah. Oleh yang demikian, dokumen-
dokumen yang penting seperti sijil lahir disimpan dalam periuk belanga agar selamat. Temu bual dengan
Muhamad Haneef bin Mohideen Abdul Kader pada 18 Disember 2012.
231
Gambar Foto 3.7

Perasmian Bangunan Baru Sekolah Tamil United Muslim Association


oleh Encik Mohd Khir Johari, 1958.

Encik Khir Johari, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu merasmikan pembukaan
bangunan kelas baru Sekolah Tamil UMA pada tahun 1958.

Sumber: Persatuan Muslim Bersatu. (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas. Pulau Pinang:
Persatuan Muslim Bersatu, t.h.

232
pula lazimnya akan berhenti belajar setelah mencapai akil baligh.534 Keadaan ini berlaku

kerana bentuk pemikiran yang negatif masih wujud dalam kalangan komuniti Tamil Muslim

pada tahun 1960-dan 1970-an terhadap kaum perempuan yang difikirkan tidak perlu

pendidikan tinggi kerana mereka akan berkahwin dan ke dapur jua akhirnya. Selain daripada

kemiskinan, faktor kurangnya minat terhadap sekolah Tamil dalam kalangan anggota

komuniti Tamil Muslim menyebabkan kurangnya enrolmen pelajar di sekolah Tamil UMA.

Kebanyakan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur menghantar anak-anak mereka

sekitar 1970-an ke sekolah-sekolah kebangsaan kerana faktor kepentingan bahasa

kebangsaan dan prospek pekerjaan yang lebih luas bagi pelajar keluaran sekolah

kebangsaan.535

Rentetan daripada masalah ini dan perubahan sikap anggota komuniti Tamil

Muslim sendiri terhadap pendidikan Tamil, Sekolah Tamil UMA telah mengalami masalah

kekurangan pelajar sehingga terpaksa menggabungkan kelas. Pada tahun 1985, kelas-kelas

darjah satu, dua dan tiga digabungkan menjadi satu kelas manakala kelas darjah empat, lima

dan enam digabungkan dan dijadikan sebagai sebuah kelas. Kelas-kelas yang digabungkan

ini dikenali sebagai kelas campuran dalam bidang pendidikan.536 Masalah kekurangan

pelajar bertindak sebagai salah satu faktor sekolah Tamil UMA dicadangkan oleh pihak

Lembaga Pengurusan Sekolah Tamil UMA agar operasi sekolah ini perlu dihentikan. Kelas-

kelas campuran merugikan pelajar dan tidak menjamin masa depan pelajar anggota

534
Ibid.
535
Ibid.
536
Kelas bercantum merujuk kepada kelas yang murid-muridnya terdiri lebih daripada satu tahun
persekolahan, misalnya gabungan kelas Tahun 2 dengan Tahun 3 atau gabungan kelas Tahun 1, Tahun 2
dan Tahun 3. Gabungan ini berpunca daripada bilangan murid yang tidak mencukupi untuk membuka
kelas-kelas biasa. Di Malaysia, bilangan yang dibolehkan membuka sebuah kelas ialah tidak kurang
daripada 15 orang. Shahabuddin Hashim, Rohizani bt Yaakub & Mohd Zohir. (2005). Pedagogi:Strategi
dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, hlm. 136.
233
komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang tidak dapat mengikuti mata pelajaran tertentu

mengikut tahap sepatutnya.537 Keadaan ini telah tersasar daripada matlamat asal penubuhan

sekolah Tamil UMA untuk memenuhi keperluan pendidikan anggota komuniti ini.

Selain daripada faktor-faktor yang dibincangkan di atas, pihak pengurusan UMA

telah pun merancang untuk membina bangunan baru di tapak bangunan UMA yang sedia

ada. Pada dasarnya, perancangan telah dibuat sejak tahun 1978 melalui Jawatankuasa

Bangunan Baru.538 Oleh yang demikian, pihak Lembaga Pengurus Sekolah Tamil UMA

telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan mencadangkan

agar sekolah ini ditutup pada tahun 1985.539 Keputusan ini diambil setelah Jemaah

Pengurusan Sekolah UMA bermesyuarat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Sekolah Tamil UMA. Lembaga Pengurus Sekolah Tamil UMA dengan persetujuan PIBG

sekolah menyatakan bahawa bangunan UMA yang digunakan sebagai bangunan Sekolah

Tamil UMA akan dirobohkan. Keputusan ini diambil keranan pihak pengurusan UMA

sedang merancang untuk membina bangunan bertingkat di atas tapak persatuan. Atas faktor

ini, sekolah ini terpaksa ditutup.

Dalam surat pertama yang bertarikh 10 hb Jun 1985 pihak pengurusan UMA

memohon agar pihak Jabatan Pelajaran memindahkan sekolah ini ke tapak lain dengan

537
Temu bual dengan Mashood bin Eusoff pada 13 Disember 2012.
538
Persatuan Muslim Bersatu. (1993). Imej Baru, hlm.3.
539
Surat yang dihantar oleh pihak pengurusan persatuan UMA yang bertarikh 10hb Jun 1985 dan 17
Julai1985 kepada Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pulau Pinang. Dalam surat rasmi tersebut
dinyatakan bahawa Jemaah Pengurusan Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) pada
25 Mei 1985 agar sekolah Tamil UMA ditutup kerana tapak bangunan UMA yang bertindak sebagai
bangunan sekolah akan dirobohkan dan bangunan bertingkat akan dibina.

234
mengekalkan nama sekolah asal. Namun, dalam surat kedua yang bertarikh 17hb Julai 1985

(Sila rujuk Lampiran Tiga Belas) dinyatakan dengan tegas agar sekolah Tamil UMA ditutup

seperti berikut:

“Dalam mesyuarat Lembaga Pengurus dan Persatuan Ibubapa dan guru-guru yang
telah diadakan pada 26.5.1985 maka dengan sebulat suara kami telah mengambil
keputusan untuk menutup sekolah ini.’

Berikutan daripada tindakan ini, pada akhir tahun 1985, Sekolah Tamil UMA telah ditutup

secara rasmi.540 Para murid dan guru sedia ada dipindahkan ke sekolah lain khususnya

Sekolah Tamil Jalan Sungai, Pulau Pinang.541

Dalam aspek pendidikan, selain daripada penubuhan sekolah Tamil, komuniti Tamil

Muslim melalui UMA meneruskan pelaksanaan kelas-kelas al-Quran pada waktu petang

dan malam. Selain itu, kelas bahasa Melayu untuk warga dewasa turut dijalankan pada

waktu malam sejak tahun 1978 sehingga tahun 1986.542 Kelas-kelas al-Quran dijalankan

untuk mengajar kanak-kanak sekitar George Town sehingga bangunan asal UMA

dirobohkan pada 15 Mac 1995 bagi pembinaan bangunan baru.543 Selepas bangunan baru

siap dibina pada tahun 1996, pelaksanaan kelas-kelas al-Quran tidak lagi diteruskan.

540
Berdasarkan Laporan Unit Pendidikan dalam Minit Mesyuarat Agong UMA 1986, tiada laporan
mengenai perkembangan Sekolah Tamil UMA. Hal ini menjadi sandaran dan bukti bahawa sekolah
Tamil UMA telah ditutup secara rasmi pada akhir tahun 1985 Persatuan Muslim Bersatu (1986). Minit
Mesyuarat Agong Yang Ke-57, 20 April 1986. Persatuan Muslim Bersatu, hlm. 3.
541
Temu bual dengan Muhammad Haneef bin Mohideen Abdul Kader pada 18 Disember 2012.
542
Persatuan Muslim Bersatu .(1978). Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu (UMA) Yang Ke-
49, hlm.2-3. Lihat juga Persatuan Muslim Bersatu .(1987). Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim
Bersatu (UMA) Yang Ke-58, 19 April 1987. Persatuan Muslim Bersatu., hlm.3.
543
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-67.(1996). Persatuan Muslim Bersatu,
Pulau Pinang, 1 Mei, hlm.3.
235
Selain daripada Sekolah Tamil UMA, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur telah

menubuhkan sebuah lagi sekolah Tamil melalui AHI iaitu Sekolah Tamil Anjuman

Himayathul Islam, Jalan Chulia, George Town. Perbincangan seterusnya akan menyentuh

tentang perkembangan sekolah ini.

3.5.3 (b) Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam

Selain daripada pelaksanaan pendidikan Tamil melalui Sekolah Tamil UMA,

perkembangan pendidikan Tamil, terus didokong oleh komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur melalui AHI pada akhir tahun 1940-an. Pada peringkat awal pelaksanaan

kelas-kelas bahasa Tamil dijalankan dalam kelas- kelas pengajian al-Quran di persatuan

ini. Namun, berdasarkan keperluan terhadap pendidikan Tamil pimpinan AHI telah

membuat keputusan untuk mendirikan sebuah sekolah Tamil di bandar George Town

pada tahun 1949. Bangunan AHI yang asalnya terletak di alamat 491, Lebuh Chulia

dijadikan sekolah Tamil yang dinamakan sebagai Anjuman Himaythul Islam Kalvi
544
Padasalai atau Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam. Sebagai sebuah institusi

pendidikan Tamil, sekolah ini telah menyediakan kemudahan pendidikan kepada komuniti

Tamil Muslim dan komuniti Tamil bukan Islam termasuk Hindu dan Kristian di sekitar

George Town. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam surat permohonan untuk

menubuhkan sekolah baru yang dihantar oleh presiden AHI kepada Ketua Inspektor

Sekolah-Sekolah Pulau Pinang pada tahun 1948 seperti berikut:

544
Sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada 8 Februari 1949
di bawah Section 7, Registration of School Enactment (CAP.159). Superintendent of Education, State of
Penang. (1949). Certificate of Registration of A School Under SEC 7, Registration of Schools Enactment
(CAP. 159). No. 4346 (Edu.31).
236
“Under the auspices of Anjuman Himayathul Islam (association) it is proposed
to conduct both secular and religious school for the Indian Muslim children
living in and around the of Penang road area. The school will be conducted in
545
the premise of the Chulia Street Small Mosque . “

Setelah permohonan penubuhan sekolah diluluskan, Sekolah Tamil AHI mula

beroperasi pada 10 Januari 1949546 dan telah dibuka secara rasmi pada 30 Januari 1949.547

Pada peringkat permulaan, enrolmen pelajar adalah seramai 40 orang yang diajar oleh

seorang guru berdaftar. Dari konteks pengendalian sekolah ini, pada peringkat awal selama

3 bulan sejak penubuhannya, peruntukan kewangan disalurkan melalui derma dan

sumbangan daripada kenalan anggota komuniti ini dan ahli persatuan. Oleh yang demikian,

pihak pengurusan persatuan memohon geran atau bantuan kewangan kerajaan untuk

memenuhi keperluan pengendalian sekolah ini dan pembayaran gaji guru.548 Permohonan

ini telah diluluskan dan secara rasmi sekolah Tamil ini berstatus grant-in-aid atau sekolah

bantuan kerajaan sejak 1 April 1949.549 Tahap pembelajaran yang ditawarkan di sekolah

ini bermula dari darjah satu sehingga empat sahaja. Hanya satu sesi pembelajaran iaitu pada

waktu pagi dilaksanakan dan para pelajar terdiri daripada lelaki dan perempuan Tamil

Muslim. 550

545
Surat Presiden Persatuan Anjuman Himayathul Islam kepada Senior Inspector of Schools, Penang, 20
Oktober 1948.
546
Surat Pengurus Anjuman Himayathul Islam Kalvi Padasalai kepada Senior Inspector of Schools, Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang, 26 April 1949.
547
Surat Jemputan Sekolah Anjuman Himayathul Islam kepada Hamied Khan J.P, 28 Januari 1949.
548
Surat Pengurus Anjuman Himayathul Islam Kalvi Padasalai kepada Senior Inspector of Schools, 26 April
1949.
549
Education Department of Penang No.(12) in Edu.489/48. (1949). Surat Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
kepada kepada Anjuman Himayathul Islam Kalvi Padasalai, 19 Mei 1949. (Sila rujuk Lampiran Empat
Belas.).
550
Temu bual dengan Mydin Pillay bin Turab Shah 11 Disember 2012. Beliau merupakan salah seorang
pelajar di Sekolah Tamil AHI pada tahun 1950-an. Sebenarnya beliau belajar pada asalnya di Sekolah
Tamil UMA sebelum berpindah ke sekolah ini.
237
Faktor infrastruktur bangunan AHI yang tidak luas yang merangkumi bangunan satu

tingkat yang memanjang, hanya sebuah kelas sahaja dapat disediakan di bahagian belakang

AHI. Bahagian hadapan AHI pula terdiri daripada dewan sembah yang digunakan untuk

kegiatan agama dan kelas-kelas pengajian al-Quran. Oleh yang demikian, para pelajar

sekolah ini dari semua kategori digabungkan dalam satu kelas yang sama. Murid darjah

satu sehingga darjah empat digabungkan dalam satu kelas dan diajar oleh guru mengikut

giliran.551 Oleh kerana sekolah ini berstatus sekolah bantuan kerajaan, guru-guru

ditempatkan dan dibiayai oleh kerajaan serta pelajaran percuma disediakan kepada para

pelajar.552 Antara guru yang mengajar di sekolah ini sehingga tahun 1959 adalah P.R.

Krishnan selaku guru besar, Abdul Hamid bin Nagor, A.M.K. Ibramsha, Md. Shariff bin

A.Rahim dan S. Karuppiah553 (Sila rujuk Gambar Foto 3.8 yang memaparkan para pelajar,

guru dan pihak jemaah pengurusan Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam Kalvi

Padasalai pada tahun 1957)

Dalam konteks kurikulum, seperti pelaksanaan kurikulum sekolah Tamil UMA

dan sekolah Tamil lain di Tanah Melayu diteruskan. Pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Bahasa Tamil diberi keutaman dengan penekanan difokuskan kepada kemahiran

membaca, menulis dan penulisan karangan. Selain Bahasa Tamil mata pelajaran Matematik

dan Ilmu Alam turut diajar. Pengajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tidak

551
Temu bual dengan Sinta Madar bin Nagoor Meera pada 2 Jun 2013. Beliau merupakan salah seorang
bekas pelajar di Sekolah Tamil AHI dari tahun 1953 sehingga tahun 1956.
552
Ibid.
553
S. Karrupiah merupakan guru bahasa Inggeris yang mengajar secara bergilir di tiga buah sekolah Tamil
sekitar bandar George Town iaitu Sekolah Tamil UMA, Anjuman Himayathul Islam dan Subramania
Bharathiar. Maklumat ini adalah berdasarkan tuntutan perjalanan beliau ke sekolah-sekolah ini pada bulan
Disember 1959. Anjuman Himayathul Islam Kalvi Padasalai. (1959). Surat Tuntutan Perjalanan S.
Karrupiah Bulan Disember kepada pihak pengurusan Anjuman Himayathul Islam Kalvi Padasalai, 19
Disember 1959.

238
dilaksanakan di peringkat sekolah ini sebelum kemerdekaan. Salah seorang pelajar sekolah

ini pada tahun 1950-an, Sinta Madar bin Nagoor Meera menyatakan:

“Di Anjuman dari segi pelajaran saya cuma belajar basic (asas) sahaja, bahasa
Tamillah asal, kalau sebut basic seperti Geografi, Matematik pun ada. Dalam
Matematik ada multiplication (darab), kira-kira. Itulah yang penting, multiplication
yang saya belajar pada masa itu, mereka akan pastikan kami hafal dan
ingat....Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia tidak ada..”

Dari konteks Bahasa Inggeris, pihak pengurusan AHI juga prihatin tentang kepentingan

bahasa ini kepada anggota komuniti ini. Menurut Sinta bin Nagoor Meera, kelas-kelas mata

pelajaran Bahasa Inggeris dilaksanakan pada waktu malam secara berasingan. Menjelang

tahun 1957, mata pelajaran Bahasa Melayu mula diterapkan dan diajar di sekolah ini sejajar

dengan Penyata Razak yang dijadikan Akta Pelajaran 1957. Oleh kerana pembelajaran di

sekolah Tamil ini hanya sehingga darjah empat sahaja, kebanyakan pelajar kebiasaannya

melanjutkan pelajaran mereka di peringkat darjah lima dan enam di Sekolah Tamil Kerajaan

Jalan Sungai, George Town.554

Pihak pengurusan AHI di bawah penyeliaan dan naungan Pengerusi Pelajaran sejak

penubuhan sekolah ini sehingga tahun 1960 adalah K.M Mohd.Haneefa dan M.A. Ahmadsa

yang dibantu ahli-ahli jawatankuasa biro pelajaran persatuan, bertanggungjawab

memastikan pendidikan Tamil di sekolah ini berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun,

sekolah Tamil ini hanya mampu menyediakan pendidikan Tamil kepada anggota komuniti

554
Temu bual dengan Sinta Madar bin Nagoor Meera pada 2 Jun 2013.
239
Gambar Foto 3.8
Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam, 1957.

Guru, Pentadbir dan para pelajar Sekolah Tamil Anjuma Kalvi Padasalai pada tahun
1957. Pengurus sekolah ini, Haji M.A. Ahmad bin Ahmadsa (berserban) turut serta
dalam sesi bergambar ini.

Sumber: Gambar foto ini diperoleh daripada Encik Said Ahmad bin Haidros, Persatuan
Anjuman Himayathul Islam.

240
Tamil Muslim sehingga pertengahan November tahun 1960. Hal ini demikian kerana,

bangunan asal AHI dirobohkan untuk membina bangunan bertingkat pada akhir tahun

1960. Pada 14 November 1960, para pelajar di sekolah ini yang berjumlah 36 orang555 dan

berserta guru telah dipindahkan ke Sekolah Tamil UMA bagi meneruskan pembelajaran di

sana. Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantar pihak pengurusan Persatuan

Anjuman Himayathul Islam iaitu M.A.Ahmadsa kepada pengurus Employee Provident Fund

(EPF) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dijelaskan seperti berikut:

“I wish to inform you that Anjuman Himayathul Islam Tamil School students and
Mr.P.R.Krishnan (Teacher) were transferred to United Muslim Association Tamil
School on 14th November 1960 owing to construction of Anjuman Himayathul
Islam Building. The Education Department gave the above teacher’s salary for
November and December 1960 to the United Muslim Association Tamil School.
So, I did not send the employee contribution. Please excuse me for not informing
you in time. I am not running the school since Nov 1960.”556

Status sekolah ini telah ditukar menjadi madrasah al-Quran yang dikenali sebagai Madrasa

AHI selepas bangunan bertingkat AHI yang dirasmikan pada awal tahun 1963 seperti

diperincikan dalam perbincangan sebelum ini.

3.5.3 (c) Sekolah Tamil Tenkasi Muslim

Perhatian dan fokus yang serius terhadap pendidikan oleh komuniti Tamil Muslim

Tenkasi diterjemahkan melalui penubuhan kelas-kelas bahasa Inggeris dan bahasa Tamil di

Persatuan Tenkasi Muslim (TMBS) beberapa tahun selepas penubuhan persatuan ini pada

555
Jumlah ini adalah berdasarkan baucer bayaran grant pada bulan November 1959 dari Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang. State Education Board of Penang (1959). Final Payment of O.C.A.R for 1959.
Voucher No. SEB98/11 To Chairman Anjuman Himayathul Islam Tamil School, Penang.
556
Surat Haji. M.A. Ahamad kepada Pengurus, EmployeeProvident Fund (EPF), Kuala Lumpur, 7 Februari
1961.
241
tahun 1946. TMBS yang beroperasi di sebuah rumah kedai bernombor 39, Jalan Kedah,

menjadikan bahagian bangunan tingkat atas sebagai kelas. Sekolah ini dikendalikan sebagai

kelas-kelas kecil persendirian. Murid-murid khususnya daripada kalangan komuniti Tamil

Muslim Tenkasi diberi keutamaan untuk belajar di kelas-kelas ini. Berasaskan kepada

prinsip bahawa bahasa Tamil perlu dipelajari anak-anak Tamil Muslim, maka kelas-kelas

ini dilaksanakan oleh persatuan. Pada peringkat permulaan bahasa Tamil, Inggeris dan al-

Quran diajar di sekolah ini. Kebanyakan pelajar yang tidak bersekolah khususnya yang

tidak menghadiri sekolah kerajaan dan orang dewasa yang tidak mempunyai kemahiran

menulis serta membaca bahasa Tamil secara formal turut belajar di kelas-kelas ini.557

Dari konteks pengajar, guru-guru Tamil Muslim mengajar secara sukarela tanpa

bayaran sebagai perkhidmatan sosial kepada kaum kerabat mereka. K.M. Mohamed dan P.S.

Shahul Hameed adalah antara guru-guru awal yang pernah mengajar dan mengendalikan

kelas-kelas di persatuan ini.558 Seterusnya, peningkatan berlaku dari segi jumlah pelajar

yang belajar di sekolah ini dan kewujudan serta kesediaan guru-guru bertauliah untuk

berkhidmat di sekolah ini menjadi dorongan kepada rancangan menubuhkan sebuah sekolah

persendirian yang formal. Menurut Sultan Syed Salhamid,559 rancangan menubuhkan

sebuah sekolah persendirian di tingkat satu bangunan persatuan di Jalan Kedah terbantut

pada peringkat awal. Hal yang demikian, kerana masalah keselamatan para pelajar. Hasil

pemeriksaan pegawai pendidikan negeri mendapati bahawa tingkat atas bangunan persatuan

tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai. Untuk mengatasi masalah ini,

557
Temu bual dengan Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012.
558
Persatuan Nurul Islam (1997). Buku Cenderamata Majlis Jasamu Di Kenang, t.h. Penglibatan guru-guru
awal ini menunjukkan sumbangan moral dan sosial yang tinggi kepada komuniti Tamil Muslim. Temu
bual dengan En Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012.
559
Temu bual dengan En Sultan Syed Salhamid pada17 November 2012 .
242
pemimpin komuniti Tamil Muslim Tenkasi telah memohon bantuan dan sokongan Jabatan

Kebajikan dan pemimpin politik untuk menubuhkan sekolah Tamil persendirian di tempat

lain. Akhirnya, pada akhir tahun 1950-an, sebidang tanah milik Majlis Perbandaran Pulau

Pinang (MPPP) diperuntukkan sebagai pajakan untuk pembinaan sekolah Tamil TMBS di

Lorong Popus, George Town, Pulau Pinang. Peruntukan tanah ini diperoleh pihak persatuan

TMBS melalui jasa baik dan bantuan D.S. Ramanathan, Datuk Bandar Pulau Pinang.560

Walaupun peruntukan tanah telah diperoleh, TMBS menghadapi masalah kewangan

untuk membina bangunan baru sekolah Tamil di Lorong Popus. Oleh yang demikian,

sebidang tanah Jalan Kedah, yang dimiliki TMBS terpaksa dijual dengan harga RM7,500.

Wang yang diperoleh dijadikan modal bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Tamil

Tenkasi Muslim (Tenkasi Muslim Tamil School). 561 Sekolah tersebut dirasmikan oleh V.T.

Sambathan, Presiden Kongres India Malaysia (MIC) dan Menteri Kerja Raya, Pos dan

Telekomunikasi Malaysia, pada 9hb Oktober 1960 sebagai sebuah sekolah Tamil

persendirian.562 Sebagai sekolah persendirian, Sekolah Tamil Tenkasi Muslim dihadiri

kebanyakan murid melepasi had umur yang ditetapkan yang tidak layak memasuki sekolah-

sekolah kerajaan.563 Murid-murid ini pula terdiri daripada anak-anak anggota komuniti

Tamil Muslim dan komuniti Tamil Hindu. Kebanyakan anak-anak komuniti Tamil Muslim

yang belajar di sekolah ini lebih tua daripada kanak-kanak biasa. Hal ini berlaku kerana

terdapat anggota komuniti Tamil Muslim yang bukan dari Kadayanallur atau Tenkasi yang

sudah pun menjadi warganegara Malaysia kebiasaannya membawa anak-anak mereka ke

560
Ibid.
561
Persatuan Nurul Islam (1997). Buku Cenderamata Majlis Jasamu Di Kenang,t.h.
562
The Strait Times, 10 October 1960.
563
Temu bual dengan Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012 .
243
Pulau Pinang kemudian. Kanak-kanak yang melepasi had umur untuk berdaftar di sekolah

kerajaan dan memerlukan tempoh masa tertentu untuk menjadi warganegara kebiasaannya

diterima sebagai murid di Sekolah Tamil Muslim Tenkasi.564

Sekolah Tamil Tenkasi yang ditubuhkan berstatus sekolah persendirian dan tidak

mendapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan. Oleh yang demikian, pihak

pengurusan persatuan terpaksa menguruskan pembiayaan pengurusan sekolah melalui

bantuan kewangan dan sokongan pihak luar. N.T.S. Arumungam Pillai,565 pengerusi MIC

kawasan Pulau Pinang dan Seberang Perai, telah memberi bantuan dengan membiayai gaji

guru-guru yang mengajar di sekolah ini. Yuran yang dikutip daripada murid sebanyak RM1

sehingga RM2 sebulan juga tidak mencukupi untuk menampung pembiayaan sekolah

sepenuhnya. Akibatnya, pihak pengurusan TMBS menghadapi masalah kewangan sehingga

aktiviti-aktiviti persatuan terbantut dan tidak dapat dilaksanakan kerana sebahagian besar

sumber kewangan digunakan untuk pembiayaan sekolah. Sebagai langkah penyelesaian

pihak pengurusan TMBS telah memohon beberapa kali kepada pihak Jabatan Pelajaran agar

sekolah Tamil ini dijadikan sekolah bantuan kerajaan tetapi semua permohonan ini tidak

berjaya.566 Setelah beberapa tahun, kepentingan Bahasa Tamil mula pudar dan pengendalian

dan penyeliaan sekolah tidak dapat diuruskan dengan sempurna. Hal yang demikian, jumlah

murid yang meneruskan pembelajaran di sekolah ini semakin berkurangan. Berdasarkan

564
Ibid.
565
N.T.S. Arumungam Pillai adalah Presiden MIC cawangan Pulau Pinang dan Seberang Perai. Pada
masa yang sama beliau merupakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Beliau juga
mengendalikan surat khabar Tamil seluruh negara Tamil Malar. Rajeswary Ampalavanar Brown.(1993).
The Contemporary Indian Political Elite in Malaysia. Dalam Indian Communities in Southeast Asia, hlm.
244-245.
566
Temu bual dengan Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012.
244
faktor kekurangan murid dan masalah kewangan maka sekolah Tamil Tenkasi Muslim telah

ditamatkan operasinya oleh pihak pengurusan sekolah pada tahun 1964.567

Walaupun bangunan sekolah Tamil ini tidak lagi berfungsi sebagai sekolah selepas

tahun 1964, pihak pengurusan dan pentadbiran TMBS memastikan aktiviti berasaskan

pendidikan yang menjadi matlamat asal penubuhan sekolah ini diteruskan. Pada peringkat

awal kelas al-Quran dan fardu ain dilaksanakan untuk kanank-kanak dan orang dewasa pada

waktu malam di bangunan sekolah ini. Kelas al-Quran ini dikendalikan oleh Maulavi

Sodakotullah bin Mydin. Penerusan kelas al-Quran ini akhirnya telah membawa kepada

penubuhan Madrasah Nurul Islam pada tahun 1989 yang aktif sehingga kini seperti telah

dibincangkan sebelum ini. Selain daripada madrasah, bangunan sekolah ini juga digunakan

sebagai tadika mulai tahun 1979, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga kini.

Selain itu, bangunan sekolah ini pernah dijadikan pusat pentadbiran persatuan sementara

kerana rumah persatuan yang beralamat 39 Jalan Kedah, George Town diambil alih oleh

kerajaan negeri Pulau Pinang untuk pembangunan.568

Usaha komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam menyediakan kemudahan

pendidikan Tamil di George Town telah memberi implikasi positif kepada anak-anak

mereka. Melalui pendidikan Tamil peringkat sekolah rendah, lepasan sekolah Tamil

mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Hal yang demikian menjadikan

mereka mampu memperoleh ilmu pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Sebahagian

lepasan sekolah Tamil ini khususnya Sekolah Tamil Persatuan Muslim Bersatu (UMA)

melanjutkan pelajaran ke sekolah Melayu iaitu Sekolah Melayu Chowrasta dan sekolah-

567
Ibid.,
568
Persatuan Nurul Islam (1997). Majlis Jasamu Di Kenang,t.h.
245
sekolah Inggeris sekitar George Town. Mereka bertindak demikian kerana peluang untuk

mendapatkan pekerjaan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terbuka

lebih luas kepada lepasan sekolah Inggeris pada zaman kolonial dan sekolah kebangsaan

selepas era kemerdekaan. Bersandarkan faktor ini, anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan sejak akhir

tahun 1950-an dan selepas itu. Senario ini bertindak sebagai salah satu faktor kekurangan

murid secara beransur mengikut peredaran masa di sekolah Tamil khususnya Sekolah Tamil

UMA.

Walau bagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran bahasa dan kesusasteraan Tamil

yang diperoleh dari sekolah Tamil anjuran persatuan-persatuan kaum kerabat ini

dikembangkan sebahagian kecil anggota komuniti ini melalui penyertaan mereka dalam

persatuan persuratan Tamil yang dikenali sebagai Penang Tamil Youth Bell Club569 pada

tahun 1960-an. Kegiatan beberapa individu Tamil Muslim Kadayanallur dalam bidang teater

dan persuratan telah memberi sumbangan kepada perkembangan bahasa Tamil melalui

penghasilan artikel dan makalah-makalah pada tahun 1960-an. Antaranya ialah K.A. Abdul

Kader, Hassan Ghani dan Mydin Sultan.570 Terdapat bekas pelajar Sekolah Tamil UMA,

telah menceburkan diri dalam bidang kewartawanan dan penulisan bahagian bahasa Tamil

RTM seperti Hassan Ghani dan Mydin Sultan atau Mohamad Sultan Mulla Said Mydin

569
Penang Bell Youth Club yang diasaskan pada tahun 1954 di Pulau Pinang, bermatlamat mengukuhkan
dan mengekalan identiti kebudayaan Tamil dalam kalagan komuniti India. Paul G. Pakirnathan (2002).
The Tamil Festival in Penang: Tamil Cultural Identity and Development. The Penang Story-
International Conference 2002. 18-21 April 2002, The City Bayview Hotel, Penang,: The Penang
Heritage Trust & STAR Publications, hlm.3. Dimuat turun pada 24 April 2011 daripada
http://penangstory.net.my /docs/abs- paulgpakirnathan.doc.
570
Ibid.
246
Pillai.571 Berikutan perkembangan pendidikan pada akhir tahun 1960-an, golongan terpelajar

dan profesional mula lahir dalam kalangan generasi baru komuniti ini. Mereka menjawat

jawatan-jawatan profesional yang merangkumi doktor, jurutera, pegawai kerajaan, pegawai

bank, guru dan perniagaan dalam sektor kerajaan dan swasta di Pulau Pinang dan negeri-

negeri lain.572

Berdasarkan perbincangan di atas, peranan komuniti Tamil Muslim dalam

perkembangan pendidikan Arab dan Tamil menunjukkan komitmen jitu komuniti ini dalam

memperkukuh pengetahuan Islam dan memelihara kesinambungan amalan menuntut ilmu

dan warisan bangsa dalam kalangan umat Islam. Mereka telah menyediakan platform untuk

mendapatkan asas ilmu agama dan pendidikan Tamil kepada komuniti Tamil Muslim dan

masyarakat India di bandar George Town. Usaha berterusan komuniti Tamil Muslim dalam

mendokong pendidikan Arab dan Tamil sejak zaman kolonial lagi telah membantu

mewujudkan komuniti yang berilmu. Faktor ini telah membantu mereka untuk mendapatkan

pekerjaan dan berkemampuan memperoleh ilmu dan maklumat dalam pelbagai bidang.

Salah satu khazanah ilmu yang menjadi warisan yang amat berharga adalah

pengamalan dan penggunaan tulisan Arwi yang digunakan oleh segelintir anggota komuniti

ini khususnya bekas pelajar Madrashatul Mahmoodatul Arabia dan Madrasa AHI. Buku-

buku dan teks-teks berkaitan dengan bidang ilmu Fekah dan Tauhid masih dijadikan rujukan

harian. Seterusnya, hasil daripada usaha ini telah melahirkan tokoh-tokoh Tamil Muslim

tempatan seperti Dato Abdullah Bukhari dan beberapa individu lain yang mendapat

571
Mydin Sultan dan Hassan Ghani adalah adik beradik yang bergiat aktif dalam Tamil Bell Club. Ibid.
572
Khoo Salma Nasution.(2002). The Tamil Muslims - Weaving a Tale of Success, hlm. 68.

247
pendidikan asas di Sekolah Tamil Persatuan Muslim Bersatu. Kegemilangan yang telah

berlalu diteruskan oleh persatuan dan pertubuhan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang

kini melalui pelaksanaan aktiviti pembelajaran Al-Quran melalui madrasah dan program-

program keagamaan dan akademik. Selain daripada sumbangan dalam aspek pendidikan,

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat menitikberatkan ikatan kekeluargaan,

pengamalan kebudayaan warisan dan aktiviti sosial lain. Oleh yang demikian, perbincangan

seterusnya akan menyentuh tentang peranan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

dalam memperkukuhkan identiti, tradisi dan ikatan kekeluargaan antara mereka berdasarkan

pengamalan nama keluarga, pengamalan nyanyian bait, panchayam, kegiatan kugiran atau

muzik dan aktiviti sosial lain.

3.6 Pengukuhan Institusi Keluarga Melalui Sosiobudaya

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur menjadikan persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat sebagai landasan untuk mengukuhkan hubungan ikatan kekeluargaan

komuniti. Aspek yang utama yang menghubungkan anggota komuniti ini adalah

pengamalan nama keluarga. Amalan nama keluarga merupakan identiti utama anggota

komuniti ini dan berperanan sebagai asas kewujudan persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat seperti yang dibincangkan sebelum ini. Oleh itu, dalam perbincangan seterusnya,

aspek-aspek amalan tradisi dan rangkaian kekeluargaan yang dipraktikan oleh persatuan

berpusat kaum kerabat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan ikatan dalam

kalangan anggota komuniti akan diselusuri. Antara faktor yang akan disentuh merangkumi

tindakan pengumpulan data keluarga komuniti Tamil Muslim Kadayanallur untuk tujuan
248
jemputan kahwin, amalan tradisi yang dikenali sebagai nyanyian bait, jawatakuasa

panchayam,kegiatan kebajikan dan pemuafakatan dan kegiatan sosial lain khususnya muzik

sejak penubuhan persatuan sehingga kini.

3.6.1 Amalan Nyanyian Bait

Nyayian atau bacaan bait merupakan amalann tradisi komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur ketika upacara perkahwinan dan bersunat atau berkhatan. Amalan tradisi ini

adalah kesinambungan daripada tradisi turun temurun komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

dari India dan terus diamalkan sejak penempatan mereka di George Town Pulau Pinang

sehingga kini. Nyanyian bait merujuk kepada nyayian atau bacaan puisi yang memuatkan

rangkap-rangkap syair dalam bahasa Tamil. Dalam konteks bahasa, bait bermaksud

sejumlah baris yang mewujudkan kesatuan dalam satu bahagian puisi, sama seperti kesatuan

perenggan dalam prosa. Istilah lain untuk bait adalah rangkap atau untai.573

Rangkap-rangkap syair ini memuatkan kata-kata dan puji-pujian kepada Nabi

Muhammad SAW dan doa-doa yang mengandungi permohonan kesejahteraan, kebahagiaan

dan keselamatan dalam majlis perkahwinan kepada pengantin lelaki dan perempuan.

Nyanyian bait juga dijalankan terhadap kanak-kanak lelaki dalam majlis berkhatan atau

bersunat. Selain daripada itu, setiap bait memuatkan nasihat dan panduan untuk menjalani

kehidupan baru sebagai suami isteri dan membentuk keluarga bahagia.574 Dalam nyanyian

bait juga terdapat ucapan-ucapan tahniah dan juga nama pihak persatuan berpusatkan kaum

573
Rahman Shaari.(2001). Bimbingan Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd, hlm. 12.
574
Temu bual dengan Mashood bin Eusoff pada 28 Mac 2013.
249
kerabat yang terlibat. Nyanyian bait ini tidak diiringi permainan alat muzik dan dinyanyikan

secara beramai-ramai.

Namun, menurut Mashood,575 amalan nyanyian bait dalam majlis berkhatan giat

dijalankan sebagai satu tradisi oleh hampir setiap keluarga sehingga tahun 1952 dan 1953.

Namun selepas jangka masa tersebut, amalan ini hanya dijalankan atas jemputan dan

pilihan keluarga. Nyanyian bait lebih bermakna kepada pengantin yang berkahwin

berbanding dengan kanak-kanak yang bersunat.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur melalui persatuan berpusatkan kaum kerabat

memelihara tradisi nyanyian bait ini dengan menghasilkan syair-syair melalui karya dan

penulisan anggota komuniti ini dan juga penulis serta penyair terkenal dalam kalangan

mereka. Berdasarkan koleksi bait Persatuan Muslim Bersatu,576 terdapat 13 buah bait yang

terkenal yang ditulis oleh O.M.A. Ghani, N.M. Othuman, A.A. Abdul Kader dan Pakeer

Muhamad. Koleksi nyanyian bait ini juga memuatkan syair munajat Syeikh Uthuman

Lebbai.

Setiap persatuan berpusatkan kaum kerabat memberi keutamaan untuk amalan

nyanyian bait sebagai satu amalan tradisi yang penting yang mesti dipelihara. Pada

dasarnya, tujuan utama nyanyian bait diamalkan kerana ia bertindak sebagai salah satu asas

yang memupuk hubungan silaturahim dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan antara

anggota komuniti melalui persatuan berpusatkan kaum kerabat.577 Secara tidak langsung

ikatan kekerabatan dan semangat kekitaan sesebuah keluarga dengan persatuan berpusatkan

575
Ibid.,
576
Persatuan Muslim Bersatu (t.t). Baitup Padangkal. Pulau Pinang: Persatuan Muslim Bersatu, t.h.
577
Temu bual dengan Mashood bin Eusoff pada 28 Mac 2013.
250
kaum kerabat diperkukuhkan melalui amalan bait. Hal yang demikian, setiap persatuan

berpusatkan kaum kerabat mempunyai Jawatankuasa Bait yang menguruskan dan

menjalankan amalan nyanyian bait bagi memenuhi permintaan anggota komuniti.578

Permohonan untuk mengadakan nyanyian bait dan ucapan madah daripada persatuan

kebiasaannya dilakukan melalui jemputan perkahwinan daripada anggota komuniti. Kad

jemputan perkahwinan akan disertakan dengan sumbangan sagu hati yang dikenali sebagai

tatcanai579 yang disertakan juga dengan bayaran mengikut kadar yang ditentukan oleh

persatuan berpusatkan kaum kerabat.580 Kadar bayaran berubah mengikut keperluan dan

keadaan ekonomi semasa.581 Bayaran dikenakan sebagai satu komitmen untuk membantu

memenuhi keperluan kewangan persatuan dan sokongan kepada komitmen Jawatankuasa

Bait yang menguruskan persembahan bait.

Persembahan bait dijalankan secara berkumpulan berjumlah antara 10 hingga 15

orang yang terdiri daripada wakil-wakil jawatankuasa bait persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat. Wakil-wakil ini hanya melibatkan kaum lelaki kerana mengikut tradisi, kaum

wanita tidak terlibat langsung dalam persembahan bait. Kumpulan persembahan bait akan

menghadiri majlis perkahwinan keluarga anggota komuniti yang menjemput. Seterusnya

persembahan nyanyian bait akan dilaksanakan di atas pentas sanding. Kedua-dua pengantin

578
Minit Mesyuarat Agung Persatuan Muslim Kadayanallur Yang Ke -66. (2012). Persatuan Muslim
Kadayanallur, Pulau Pinang, 23 Mei, hlm.4.
579
Dari segi bahasa, tatchanai adalah perkataan Tamil yang bermaksud buah tangan. Dalam konteks
perbincangan di atas ia merujuk kepada pemberian buah-buahan, sirih, kapur dan buah pinang dalam
sebuah dulang bersama-sama dengan kad jemputan dan bayaran sagu hati. Pemberian tatcanai
merupakan sebahagian daripada adat dan kebudayaan komuniti Tamil di India. Temu bual dengan
Mashood bin Eusoff pada 28 Mac 2013.
580
Ibid.
581
Kadar tatchanai semasa adalah RM50.00 dan bagi ucapan madah pula RM30.00. Menurut Mashood, pada
peringkat awal kadar tatchanai tidak ditentukan oleh jawatankuasa bait sebab terdapat anggota komuniti
yang memberi sumbangan tatchanai pada kadar yang tidak munasabah. Ibid.
251
akan dikelilingi ahli kumpulan bait dan nyanyian bait akan dipersembahkan. Sebelum

nyanyian bait dimulakan ketua kumpulan bait memberikan ucapan madah ketua kumpulan

bait persatuan diikuti bacaan selawat dan taranum. Sekurang-kurangnya dua lagu bait akan

dinyanyikan. Adakala tiga buah lagu dinyanyikan jika keluarga pengantin lebih akrab

hubungannya dengan persatuan berpusatkan kaum kerabat berkenaan. Selepas nyanyian bait

sumbangan hadiah daripada pihak persatuan berpusatkan kaum kerabat diberikan kepada

pengantin lelaki sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah. 582

Nyanyian bait pada hakikatnya mewujudkan pertautan yang lebih rapat antara

anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dengan persatuan berpusatkan kaum kerabat

masing-masing. Selain daripada mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan identiti bahawa

keluarga tersebut termasuk dalam persatuan kaum kerabat khusus. Namun, menurut

Mashood, pada peringkat awal nyanyian bait persatuan kaum kerabat hanya

dipersembahkan kepada keluarga yang menjadi ahli persatuan sahaja. Walau bagaimanapun,

kumpulan bait persatuan ini boleh mempersembahkan nyanyian bait kepada mereka yang

bukan ahli persatuan tersebut atas permintaan keluarga yang terlibat. Persembahan bait mula

diminati umum sehingga terdapat juga jemputan anggota komuniti Tamil Muslim lain yang

bukan Kadayanallur dan Tenkasi, bagi persembahan bait kumpulan nyanyian bait Persatuan

Muslim Bersatu.583

Nyanyian bait diteruskan oleh kumpulan bait persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sehingga kini. Namun, wujud masalah

penguasaan bahasa Tamil dalam kalangan generasi muda Tamil Muslim. Kebanyakan

582
Ibid.
583
Ibid.
252
pemuda dan remaja Tamil Muslim Kadayanallur tidak mempunyai kemahiran membaca dan

menulis bahasa Tamil. Hal yang demikian kerana majoriti generasi baru anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur terlibat dalam arus pendidikan kebangsaan dan tidak

mempelajari bahasa Tamil secara formal. Akibatnya, jika dilihat dalam konteks nyanyian

bait, teks-teks nyanyian bait yang ditulis dalam bahasa Tamil tidak dapat dibaca. Sebagai

langkah proaktif, misalnya Persatuan Muslim Bersatu (UMA) telah mengambil langkah

untuk mengatasi masalah ini dengan menulis teks-teks bahasa Tamil tersebut dalam skrip

tulisan rumi bagi meneruskan tradisi nyanyian bait.584

Anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mengekalkan tradisi turun temurun

nyanyian bait melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Amalan nyanyian bait

berperanan sebagai salah satu landasan utama bagi mengukuhkan lagi ikatan institusi

kekeluargaan dan silaturahim antara anggota komuniti dengan persatuan berpusatkan kaum

kerabat. Tambahan pula, amalan ini bertindak sebagai elemen pengukuhan pautan dan

ikatan identiti sesebuah keluarga komuniti ini dengan persatuan berpusatkan kaum kerabat

masing-masing.

584
Menurut Encik Mashood, walaupun tulisan rumi diadaptasikan sebagai medium dan skrip untuk
membaca bahasa Tamil kumpulan ini masih menghadapi masalah dari segi ketepatan sebutan bahasa
Tamil. Hal ini sedikit mencacatkan kualiti persembahan nyanyian bait. Ibid.

253
3.6.2 Majlis Panchayam

Selain daripada amalan bait, anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

menubuhkan Majlis panchayam585 bagi mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan mereka

melalui platform persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Majlis panchayam atau

majlis timbang tara diwujudkan di setiap persatuan tersebut bagi menyelesaikan masalah-

masalah kekeluargaan dalam kalangan anggota komuniti. Pelakasanaan panchyam oleh

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur merupakan satu amalan tradisi yang diwarisi dari

Kadayanallur, Tirunelveli, India Selatan. Masyarakat India tradisi khususnya di bahagian

pedalaman dan juga kawasan kampung pada dasarnya menyelesaikan perselisihan dan isu-

isu kemasyarakatan melalui medium panchayam yang dikendalikan oleh pemimpin

masyarakat yang diberi kuasa untuk memberi keputusan dan menegakkan keadilan. Tradisi

ini diamalkan oleh masyarakat India sebagai salah satu budaya mereka tanpa mengira agama

dan keturunan.586

Sejak penubuhan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat, komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur telah mengamalkan tradisi panchayam untuk menyelesaikan

perselisihan faham, pertelingkahan dan permasalahan kekeluargaan yang lazimnya berkaitan

dengan isu perkahwinan dan penceraian. Selain itu, masalah-masalah dalaman antara ahli

persatuan juga diselesaikan melalui panchayam. Setiap persatuan berpusatkan kaum kerabat

585
Istilah panchayat juga dikenali sebagai panchyam merujuk kepada mahkamah tradisional yang
diwakili lima orang, yang diberi kuasa untuk menyelesaikan masalah atau isu masyarakat. Adalah hampir
sama dengan konsep dalam kalangan masyarakat Hindu secara umum, dan ahli-ahlinya dipilih daripada
kalangan mereka yang mempunyai reputasi yang baik. Komuniti ini mempunyai persidangan konsul
tradisi atau panchayam yang diketuai oleh pemimpin keluarga atau komuniti setempat dalam kalangan
masyarakat India. Segala perselisihan ditentukan oleh Panchayam atau juri dalam kalangan pemimpin
lelaki . Kumar Suresh .(1998). India’s Communities:N-Z.Vol.3.New Delhi:Oxford University Press, hlm.
1286 .
586
Ibid.
254
mempunyai jawatankuasa panchayam untuk menangani permasalahan kekeluargaan ahli-

ahli persatuan dan ahli-ahli persatuan lain yang terlibat. Hal ini bermaksud jika berlaku

masalah keluarga antara suami dan isteri kemungkinan suami menjadi ahli persatuan kaum

kerabat lain dan isteri pula dari persatuan yang berlainan. Pemilihan jawatankuasa

panchayam persatuan tertentu bergantung kepada persetujuan keluarga atau individu yang

terlibat. Jawatankuasa panchayam akan bertindak menguruskan permasalahan kekeluargaan

atas permintaan kaum keluarga yang terlibat.587

Dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat perbicaraan diadakan di persatuan

atau di rumah pihak terlibat. Hal ini bergantung kepada tradisi jawatankuasa panchayam

persatuan berpusatkan kaum kerabat. Misalnya UMA melaksanakan perbicaraan di

bangunan persatuan manakala PHI pula di rumah pihak yang terlibat. Sebelum sebarang

perbicaraan dilaksanakan, kedua-dua pihak mesti memenuhi syarat jawatankuasa

panchayam dan menerima keputusan yang diambil.

Jawatankuasa panchyam berperanan sebagai pusat rujukan anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur bagi sebarang hal-hal dan masalah kekeluargaan khususnya hal-hal

rumah tangga. Jika dilihat dari perspektif pengukuhan ikatan kekelurgaan, amalan

panchayam mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan keakraban anggota komuniti ini.

Panchayam diberi keutamaan dan dipandang serius anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur sejak peringkat awal penempatan awal mereka di Pulau Pinang sehingga awal

tahun 1980-an.588 Pergantungan kepada panchayam sebagai platform penyelesaian masalah

kekeluargaan oleh komuniti ini mempunyai pengaruh dua faktor. Pertama, sehingga awal

587
Temu bual dengan Mashood bin Eusoff pada 28 Mac 2013.
588
Ibid.
255
1980-an, majoriti anggota komuniti ini masih lagi tinggal secara berkelompok di kawasan

George Town. Kewujudan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat di sekitar

penempatan mereka memudahkan mereka merujuk kepada jawatankuasa panchayam.

Kedua, permasalahan kekeluargaan dapat diselesaikan secara rahsia dan tertutup melalui

jawatankuasa panchayam. Jika diadili atau bicarakan di institusi lain, masalah keluarga

mungkin diketahui umum.

Sehingga kini, jawatankuasa panchayam masih lagi wujud di setiap persatuan

berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Walaupun peranan

jawatankuasa ini tidak berfungsi secara aktif namun ia masih diperlukan sebagai rujukan

untuk menangani masalah dalaman persatuan dan juga kes-kes kekeluargaan tertentu

walaupun jarang dikendalikan.

3.6.3 Majlis Keramaian dan Hari Keluarga

Ikatan kekeluargaan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur diperkukuhkan oleh

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat melalui pelaksanaan majlis keramaian

seperti perjumpaan pada Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan Hari Keluarga.589

Tradisi perjumpaan dan perhimpunan sempena hari raya merupakan tradisi komuniti ini

sejak penubuhan persatuan berpusatkan kaum kerabat khususnya UMA. Berdasarkan rekod

minit mesyuarat UMA perjumpaan dan perhimpunan ringkas ahli-ahli persatuan UMA

diadakan setiap tahun sebagai amalan penting untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim

589
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-49.(1978). Persatuan Muslim Bersatu, Pulau
Pinang, 16 Jun, hlm.3-4. Lihat juga Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-
85.(2014). Persatuan Muslim Bersatu, Pulau Pinang, 25 Mei, hlm. 5.
256
dan ikatan kekerabatan dalam kalangan anggota komuniti. Kebiasaanya jamuan dan ucapan

sempena hari raya diadakan di bangunan persatuan dan semua ahli yang hadir akan

bergambar beramai-ramai. Selain itu, untuk mencapai tujuan yang sama iaitu mengeratkan

hubungan kekeluargaan anggota komuniti program Hari Keluarga juga diadakan oleh

UMA.590

3.6.4 Pemeliharaan Kebajikan Komuniti

Anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur membentuk persatuan berpusatkan

kaum kerabat dengan matlamat memelihara dan melindungi aspek kebajikan anggota

komuniti ini di Pulau Pinang. Kebajikan komuniti dalam kajian ini merujuk kepada bentuk-

bentuk bantuan yang disalurkan persatuan berpusatkan kaum kerabat dalam aspek sosial

termasuk bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan dan bantuan khairat

kematian.

Persatuan berpusatkan kaum kerabat dijadikan sebagai platform umum untuk

menyalurkan bantuan kepada anggota komuniti ini yang miskin dan yang memerlukan

bantuan. Bantuan dalam bentuk wang dan barang keperluan asas seperti beras kebiasaannya

disalurkan dan diagihkan kepada anggota komuniti yang layak pada bulan Ramadhan dan

Hari Raya Aidil Fitri.591 Amalan pemberian bantuan bulan Ramadhan adalah sebahagian

daripada tradisi dan tanggungjawab sosial persatuan berpusatkan kaum kerabat Tamil

590
Ibid., hlm. 6.
591
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-53.(1982). Persatuan Muslim Bersatu, Pulau
Pinang, 23 Mei, hlm. 3. Lihat juga Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-65.
(1994). Persatuan Muslim Bersatu, Pulau Pinang, 29 Mei, hlm. 3.
257
Muslim Kadayanallur. Setiap persatuan termasuk UMA, AHI, PHI, PKM dan PNI bertindak

memberi bantuan ini kepada anggota komuniti ini khususnya dan juga komuniti muslim

yang lain. Persatuan berpusatkan kaum kerabat pernah berperanan sebagai pusat penyaluran

dan pemberian sedekah dan pembayaran wang zakat oleh peniaga-peniaga Tamil Muslim

sekitar George Town pada tahun 1950-an dan 1960-an. Hal yang demikian dapat dilihat

dalam konteks AHI yang telah dijadikan pusat pengagihan bantuan kepada komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur oleh peniaga-peniaga terkenal seperti S.M.Idris.592

Seterusnya, kebajikan anggota komuniti ini dipelihara melalui pelaksanaan khairat

kematian oleh setiap persatuan berpusatkan kaum kerabat. Khairat kematian diberi oleh

pentadbiran persatuan kepada keluarga ahli persatuan yang meninggal dunia. Sehingga kini

khairat kematian diberikan kepada ahli persatuan berpusatkan kaum kerabat tanpa mengira

latar belakang dan status sosioekonomi keluarga yang terlibat.

Amalan pemberian bantuan khairat kematian diteruskan persatuan berpusatkan kaum

kerabat sejak penubuhannya. Pada peringkat awal penempatan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur sehingga sekitar tahun 1970-an, konsep khairat kematian merujuk kepada

pemberian bantuan oleh persatuan berpusatkan kaum kerabat dalam menguruskan jenazah

keluarga anggota komuniti yang tidak mampu menguruskan jenazah kerana kemiskinan.

Persatuan berpusatkan kaum kerabat menanggung segala perbelanjaan dan menguruskan

592
Temu bual dengan Mohamed Shah bin Pakir Mohammed pada 27 Januari 2012.

258
jenazah sehingga selesai secara percuma. Waris keluarga si mati tidak perlu membayar

kembali kepada persatuan berpusatkan kaum kerabat.593

Dalam konteks pengurusan jenazah, selain daripada pelaksanaan khairat kematian,

persatuan kaum kerabat juga mengukuhkan ikatan kekerabatan melalui amalan ucapan

takziah kepada keluarga si mati di tanah perkuburan. Setelah jenazah dikebumikan, anggota

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur akan berkumpul di satu kawasan lapang di tanah

perkuburan untuk membacakan doa selamat dan ucapan takziah kepada keluarga si mati.

Mereka juga akan dijemput untuk menghadiri majlis tahlil di rumah si mati.594

Pemeliharaan kebajikan masyarakat ini diteruskan oleh anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur diteruskan sehingga kini. Pada hakikatnya, kegiatan ini bukan sekadar

meringankan beban anggota komuniti malah dapat memupuk dan memperkukuh

perpaduan dan silaturahim di antara mereka. Selain itu, majlis takziah yang melibatkan bacaan

yasin, doa selamat dan sedekah lazimnya diadakan untuk memperingati ahli-ahli persatuan, saudara-

mara ahli dan tokoh-tokoh dalam kalangan komuniti ini yang telah meninggal dunia.595

593
Walau pun kaum keluarga si mati tidak perlu membayar kembali segala perbelajaan urusan jenazah
kepada persatuan, namun kebiasaannya mereka akan membayar kembali kemudian, setelah keadaan
sosio ekonomi mereka agak stabil. Hal yang demikian kerana masalah perasaan malu dengan anggota
komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sekitar yang menyindir berkenaan dengan hal penerimaan bantuan
pengurusan jenazah. Temu bual dengan Mashood bin Eusoff pada 29 Mac 2013
594
Ibid.Penyelidik juga telah membuat pemerhatian menghadiri perhimpunan ucapan takziah dan majlis
tahlil beberapa keluarga Tamil Muslim Kadayanallur yang dikenali sejak tahun 2011.
595
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke- 85.(2014). Persatuan Muslim Bersatu,
Pulau Pinang, 25 Mei, hlm. 5.
259
3.6.5 Pengukuhan Rangkaian Kekeluargaan Komuniti

Pemantapan perpaduan dan ikatan kekeluargaan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur merupakan elemen utama yang dipelihara oleh anggota komuniti ini di Pulau

Pinang. Matlamat dicapai anggota komuniti ini melalui persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat. Hal yang demikian, persatuan berpusatkan kaum kerabat meletakkan aspek

pengukuhan perpaduan dan rangkaian kekeluargaan sebagai sebahagian daripada matlamat

penubuhan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat.596

Sejak penempatan awal komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sehingga awal tahun

1990-an, majoriti komuniti Tamil Muslim Kadayanallur tinggal sekitar bandar George

Town. Hal yang demikian, membolehkan anggota komuniti menghubungi dan bertemu

anggota lain bagi tujuan jemputan kahwin, upacara rasmi di persatuan dan majlis-majlis

keramaian lain. Selain daripada itu, mereka masih kenal mengenali antara satu sama lain

dengan lebih dekat berasaskan faktor nama keluarga yang berperanan sebagai elemen

identiti utama komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Penempatan komuniti ini yang tinggal

secara berkelompok di sekitar bandar George Town dan pengamalan nama keluarga sebagai

nama keluarga telah mewujudkan rangkaian kekeluargaan yang utuh dalam kalangan

anggota komuniti.

Rangkaian kekeluargaan merupakan unsur utama untuk menghubungkan setiap

anggota komuniti ini melalui persatuan-persatuan kaum kerabat secara skala yang besar.

Persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat dapat mengekalkan rangkaian kekeluargaan

596
Persatuan Muslim Bersatu.(1979). Buku Cenderamata Sambutan Jubli Perak. Pulau Pinang: Persatuan
Muslim Bersatu.

260
ini melalui rekod data-data ahli persatuan. Namun. masalah untuk memelihara dan

mengekalkan rangkaian ini timbul secara langsung akibat perkembangan generasi baru dan

penempatan baru anggota komuniti di luar kawasan George Town. Jumlah anggota komuniti

ini terus berkembang sehingga tiada maklumat dan data menyeluruh mengenai mereka serta

keluarga mereka. Tambahan pula, ramai daripada anggota komuniti ini telah berpindah dan

tinggal di kawasan lain di Pulau Pinang selain Daerah Timur Laut termasuk Daerah Barat

Daya, Seberang Perai Utara dan Selatan. Terdapat juga sejumlah keluarga yang menetap di

Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. 597

Inisiatif untuk mengatasi masalah keciciran maklumat akibat perkembangan

komuniti di luar bandaraya George Town dan Pulau Pinang telah diambil oleh UMA sejak

awal tahun 1990-an untuk mengumpul maklumat keluarga khususnya alamat tempat tinggal,

nama keluarga dan nombor telefon unutk dihubungi. Maklumat-maklumat ini diperoleh

melalui rekod keahlian persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Maklumat hampir

setiap keluarga berdasarkan ketua keluarga dikumpul dan dibukukan sebagai rujukan

khususnya bagi tujuan jemputan perkahwinan kaum kerabat anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur.

Usaha awal telah diambil oleh Muhamad Eusoff bin Othman untuk mengumpul dan

membukukan maklumat ini kemudian dibantu oleh Haji Muhammad Mydin bin Kalantar

Mastan dan Abdul Kader. Data dalam buku ini sentiasa dikemaskini melalui pengkalan data

sistem komputer oleh Haji Muhamad Mydin bin Kalantar Mastan.598 Buku ini dinamakan

sebagai Buku Jemputan Perkahwinan dan mengandungi maklumat mengenai nama ketua

597
Persatuan Muslim Bersatu (t.t). Buku Jemputan Kahwin. Persatuan Muslim Bersatu, hlm. 1-10
598
Temu bual dengan Haji Muhammad Mydin bin Kalantar Mastan pada 23 Oktober 2013.
261
keluarga, nama keluarga, alamat kediaman dan nombor telefon setiap keluarga komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur. Seterusnya, alamat kediaman disusun mengikut lokasi

kawasan-kawasan di sekitar George Town dan daerah-daerah lain termasuk Seberang Perai,

Kedah dan Kuala Lumpur. 599

Walaupun penghasilan buku ini bertujuan membantu anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur menguruskan jemputan perkahwinan, secara tidak langsung ia

mengekalkan dan mengukuhkan rangkaian kekerabatan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur.

3.6.6 Kegiatan-kegiatan Sosial Lain

Dalam konteks kegiatan-kegiatan sosial lain, fokus utama perbincangan akan menjurus

kepada kegiatan muzik yang berkembang melalui landasan persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Arus perkembangan muzik pada akhir

tahun 1940-an di Tanah Melayu turut melibatkan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

Sebahagian kecil daripada anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanllur menceburi bidang

muzik melalui penglibatan mereka dalam persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat.

Penglibatan ini telah menjadi sumber dan elemen pengukuhan perpaduan dan ikatan

persaudaraan antara mereka. Selain daripada itu, kegiatan ini secara langsung mewujudkan

hubungan dengan kaum lain termasuk masyarakat Melayu dan Cina. Secara tidak langsung,

penglibatan mereka dalam bidang muzik telah memberi sumbangan kepada perkembangan

muzik tanah air pada tahun 1950-an dan 1960-an. Dalam perbincangan ini, penglibatan
599
Ibid.
262
Persatuan Muslim Bersatu (UMA) dalam bidang muzik akan dijadikan kajian kes dan diberi

fokus utama berbanding dengan persatuan lain. Hal yang demikian kerana UMA merupakan

persatuan yang paling aktif dalam kedua-dua bidang ini dan juga faktor kekurangan

maklumat serta dokumen dari persatuan-persatuan lain.

3.6.6 (a) Kugiran Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur seperti komuniti lain terlibat dalam bidang

muzik khususnya dalam bentuk kugiran. Persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat

bertindak sebagai medium bagi anggota komuniti ini untuk terlibat dalam bidang ini dan

sumber hiburan kepada masyarakat secara umum. Kumpulan kugiran Tamil Muslim seperti

Orkes Sri Melur,600 Kumpulan Muzik Kadayanallur Muslim dan Inbanila telah lahir dan
601
memainkan peranan dalam perkembangan seni muzik dalam kalangan komuniti ini.

Dalam perbincangan ini, perkembangan kumpulan muzik melalui persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sejak awal tahun 1940-an

akan disentuh dengan menjadikan UMA sebagai fokus utama.

Dalam komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, UMA merupakan persatuan

berpusatkan kaum kerabat yang paling awal menceburi bidang muzik. Segelintir anggota

UMA mempunyai minat dan bakat yang tinggi dalam bidang muzik. Akhirnya pada tahun

1942 persatuan telah membeli peralatan muzik yang diperlukan dan menubuhkan Kumpulan

Seni Muzik. Di antara orang yan memainkan peranan penting pada masa tersebut ialah A.S.

600
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas,t.h. Lihat juga Persatuan Muslim
Bersatu. (2010). Buku Cenderamata Sambutan Ulang Tahun ke-80, hlm.26.
601
Temu bual dengan Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012.
263
Masoothu dan S.S Shahul Hamid.602 Kumpulan muzik ini menjalankan latihan secara

konsisten untuk memantapkan lagi persembahan dan kemahiran. Sejak penubuhan

kumpulan ini lagi mereka mendapat perhatian masyarakat dan dijemput untuk mengadakan

persembahan di majlis-majlis keramaian. Walau bagaimanpun kegiatan kumpulan ini

terbantut ketika zaman pemerintahan Jepun.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, kumpulan muzik ini telah kembali aktif pada

tahun 1946. Kumpulan muzik komuniti ini terus berkembang di bawah pimpinan A.S

Masoothu yang lebih dikenali sebagai “Jab” dan sebagai langkah untuk meningkatkan lagi

mutu muzik peralatan muzik ditambah. Kumpulan Muzik ini mengalami tranformasi dan

mula terkenal dalam kalangan bukan sahaja komuniti Tamil Muslim malah masyarakat

Melayu ketika dipimpin oleh S.S. Shahul Hamid. Pada dasarnya, beliau telah mencetuskan

transformasi kumpulan muzik ini agar lebih profesional. Secara rasmi kumpulan muzik

UMA diberi penjenamaan baru yang dikenali sebagai Orkes Sri Melur UMA.603 Orkes Sri

Melur dianggotai pemuzik-pemuzik dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

dan juga pemuzik-pemuzik masyarakat Melayu. Kugiran ini terkenal dalam kalangan

komuniti Tamil Muslim dan juga masyarakat umum. Oleh yang demikian, Orkes Sri Melur

sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis keramaian

terutamanya majlis perkahwinan. Lagu-lagu popular yang sering dipersembahkan ialah

adalah lagu-lagu Tamil dan Hindi serta Islamik.

602
Persatuan Muslim Bersatu (1979). Buku Cenderamata Jubli Emas,t.h. Lihat juga Persatuan Muslim
Bersatu. (2010). Buku Cenderamata Sambutan Ulang Tahun ke-80, hlm.26.
603
Ibid.
264
Kugiran Orkes Sri Melur yang dianggotai oleh 14 orang pemuzik telah menjadi

terkenal dan mula mendapat pengiktirafan kerana mendapat peluang untuk membuat

persembahan di rancangan RTM pada setiap minggu untuk jangka masa tertentu pada tahun

1950-an dan 1960-an. 604 Orkes Sri Melur UMA pada hakikatnya juga berjaya mencungkil

ahli-ahli muzik dan penyanyi terkenal tanahair antaranya ialah S. Shamsudin dan L.Ramli.

Ahli lain yang turut memainkan peranan penting pada masa itu ialah A.A Ibrahim, S.I

Abdul Majid dan Bakar. Selepas 16 tahun mengecapi pelbagai kejayaan akhirnya Orkes Sri

Melur mula menjadi tidak aktif semenjak tahun 1958 di bawah UMA. Perpecahan mula

berlaku selepas S.S. Shahul Hamid yang memimpin kugiran ini akhirnya menubuhkan

kumpulan muzik berasingan kerana masalah dalaman. Sejak itu, Orkes Sri Melur bergerak

dan bergiat aktif di bawah kendalian pemuzik Melayu dan tidak lagi didominasi anggota

komunit Tamil Muslim Kadayanallur.605 (Rujuk Gambar Foto 3.9 yang memaparkan ahli

Orkes Seri Melur UMA pada tahun 1950-an).

Dalam konteks persatuan lain selain UMA, kegiatan kugiran di bawah persatuan mula

menjadi faktor persaingan antara persatuan berpusatkan kaum kerabat. Mulai tahun 1960-an,

PMK membentuk kumpulan kugiran mereka sendiri dengan nama Kugiran Persatuan

Muslim Kadayanallur. Kebiasaan kugiran ini mengadakan persembahan di majlis-majlis

keramaian dan perkahwinan. Lagu–lagu Tamil, Hindi dan juga Melayu sering

didendangkan. Menjelang tahun 1970-an, kumpulan ini mula merosot dan tidak aktif lagi.606

604
Ibid.
605
Ibid.
606
Temu bual dengan Sultan Syed Salhamid pada 17 November 2012. Selain berperanan sebagai Presiden
Persatuan Nurul Islam, Sultan Syed Salhamid juga seorang pemuzik yang mahir memainkan seruling.
Beliau juga berkebolehan dalam menghasilkan lirik lagu Tamil dan Melayu.
265
Gambar Foto 3.9
Orkes Seri Melur, UMA 1950-an.

Ahli kugiran Orkes Seri Melur bersama Encik Shahul Hamid (bersongkok) bersama
anggota lain termasuk L.Ramli yang duduk dua dari kanan.

Sumber: Gambar foto ini diperoleh daripada Encik M.K. Majeed. Sahib, Persatuan
Muslim Bersatu.

266
Kegiatan muzik ini diteruskan oleh sekumpulan ahli muzik Tamil Muslim di PNI pada

awal tahun 1970-an. Kumpulan muzik ini dikenali dengan nama Inbanila. Kumpulan ini

terkenal dengan lagu-lagu Tamil dan Hindi sehingga bukan sekadar mendapat jemputan ke

majlis-majlis perkahwinan dan keramaian malah dijemput untk mengadakan persembahan

di majlis-majlis rasmi dan kelab-kelab malam. Walau bagaimanapun, kumpulan Inbanila

telah tidak aktif menjelang akhir tahun 1980-an.607 Selepas era ini, sehingga kini, tidak

wujud kumpulan muzik secara formal dalam kalangan Tamil Muslim Kadayanallur.

Pemuzik-pemuzik seperti Sultan Syed Salhamid, mendendangkan lagu secara solo dan

membuat persembahan dengan menyertai kumpulan muzik lain di kelab malam dan majlis-

majlis keramaian serta rasmi atas jemputan.

Berdasarkan perbincangan ini, didapati anggota komunit Tamil Muslim Kadayanallur

telah kembangkan seni muzik melalui platform persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat. Secara tidak langsung, mereka telah memberi sumbangan kepada perkembangan

seni muzik tanah air melalui penglibatan penyanyi veteran termasuk S. Shamsudin dan

L.Ramli selain daripada memenuhi keperluan hiburan masyarakat. Selain daripada seni

muzik, persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat juga khususnya UMA berperanan

sebagai platform bagi komuniti ini melibatkan diri dan menyerlah dalam bidang sukan di

Pulau Pinang pada tahun 1950-an dan 1960-an. Bidang sukan yang sering menjadi tumpuan

607
Ibid.

267
adalah badminton, sepak takraw dan bola sepak.608 Misalnya, dalam konteks sukan bola

sepak, UMA merupakan pasukan bola sepak yang disenaraikan dalam divisyen 2 dan 3 Liga

Pulau Pinang (Penang League), Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) pada tahun

1960-an.609 Penglibatan komuniti ini dalam bidang muzik dan sukan melalui persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat memperkukuhkan hubungan dan perpaduan dalam

kalangan mereka dan juga masyarakat umum. Secara tidak langsung, persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat bertindak sebagai medium bagi anggota komuniti ini memberi

sumbangan dan berhubung dengan komuniti lain dalam aspek sosiobudaya.

3.6.6 (b) Hubungan Dengan Komuniti Lain

Amalan berpersatuan pada hakikatnya menyediakan ruang dan peluang kepada

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur untuk berinteraksi dengan komuniti lain secara

anggota komuniti ini juga menyertai persatuan-persatuan Tamil Muslim lain. Selain itu,

mereka juga menyertai persatuan, kelab sosial, pertubuhan dan pergerakan Islam yang

dianggotai pelbagai kaum.

608
Penglibatan komuniti ini dalam bidang sukan selain daripada bola sepak khususnya badminton,dan sepak
takraw juga agak signifikan sekitar tahun 1950-an dan 1960-an. Anggota komuniti ini telah menyertai
dan pernah memenangi piala dalam kejohanan dan pertandingan peringkat negeri dalam sukan
badminton dan sepak takraw. Gelanggang badminton di bangunan UMA pernah dijadikan tempat
menjalani latihan oleh pemain badminton negeri Pulau Pinang pad athun 1950-an. Persatuan Muslim
Bersatu. (2010). Buku Cenderamata Sambutan Ulang Tahun ke-80, hlm.26-27. Oleh kerana objektif
kajian tidak menjurus kepada kegiatan sukan, penyelidik tidak memperincikan penglibatan anggota
komuniti ini dalam bidang ini.
609
Berita Harian, 9 Mac 1960, hlm.8. Lihat juga The Straits Times, 2 Mac 1961, hlm.13.
268
Sejak Liga Muslim ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1954, persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat Tamil Muslim Kadayanallur telah menjadi persatuan-persatuan

gabungan Liga Muslim. Persatuan-persatuan gabungan Liga Muslim termasuk Persatuan

Muslim Bersatu (UMA), Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI), Persatuan

Hidayathul Islam (PHI), Persatuan Muslim Kadayanallur (PMK), Young Muslim Sport Club

(YMSC), Malaysian Pakistani League Penang, Persatuan India Muslim Bagan, Butterworth,

Liga Muslim Bukit Mertajam, Pergerakan Iqbal Islamiah dan Persatuan Mustaqim.610 Selain

itu, di peringkat yang lebih luas yang merangkumi peringkat kebangsaan, persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat juga mewujudkan jalinan dengan Persekutuan

Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM)611 dan Kesatuan India Muslim Malaysia

(KIMMA).612 Keanggotaan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam Liga Muslim,

PERMIM dan KIMMA secara langsung memaparkan pegangan politik komuniti ini yang

menyokong kerajaan yang memerintah di bawah parti UMNO dan Barisan Nasional. Oleh

yang demikian, mereka terlibat dalam arus perubahan politik, sosial dan ekonomi komuniti

India Muslim di Malaysia melalui peranan pertubuhan-pertubuhan ini.

610
Haja Najmudeen Kader & Abdul Khalil H.P. Shawkataly (2007). Liga Muslim Pulau Pinang, hlm. 24-30.
611
PERMIM ditubuhkan pada tahun 1973 dan berpusat di Kuala Lumpur dan untuk menjaga kebajikan
masyarakat India Muslim. Walaupun ia bukan pertubuhan politik tetapi mengamalkan dasar pro-kerajaan.
Kini, PERMIM dianggotai oleh 40 persatuan India Muslim gabungan. Persekutuan Pertubuhan India
Muslim Malaysia. (2011). Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia. Diakses pada 20 Mei 2014
daripada http://www. permim.org.
612
KIMMA telah ditubuhkan pada tahun 1976 dan merupakan pertubuhan politik komuniti India Muslim
Malaysia yang diiktiraf dan pro-kerajaan. KIMMA diterima sebagai ahli gabungan UMNO pada 27 Ogos
2010. Kesatuan India Muslim Malaysia .(2014). Penubuhan KIMMA. Diakses pada 20 Mei 2014 daripada
http://www.kimma.my /?cur=page/ page&id=29&title= PENUBUHAN _KIMMA.
269
3.7 Rumusan

Berdasarkan perbincangan dalam bab ini, didapati komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur mempunyai keunikan dari segi permbentukan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat yang berasaskan sufisme atau pegangan terhadap syeikh tarekat.

Selain daripada elemen sufisme, budaya pengamalan nama keluarga yang mewujudkan

identiti khusus dan rangkaian kekeluargaan dalam anggota komuniti ini mengekalkan sifat

homogen melalui sistem perkahwinan endogami dalam kalangan mereka. Kedua-dua aspek

ini telah meletakan asas kepada pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat di Geoge Town yang berperanan sebagai platform utama bagi mereka mengurus dan

mengukuhkan aspek sosiobudaya komuniti ini di samping memberi sumbangan kepada

komuniti Tamil Muslim dan komuniti lain di George Town. Persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat sesungguhnya sentiasa berusaha untuk mengekalkan warisan

pengamalan nama keluarga dan rangkaian kekeluargaan di samping memelihara aspek

sosiobudaya lain termasuk kebajikan, amalan budaya nyayian bait, panchayam dan

perkembangan muzik dalam bentuk kugiran. Di samping itu, peranan bermakna komuniti ini

melalui persatuan-persatuan ini dalam perkembangan pendidikan Arab dan Tamil dalam

kalangan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan komuniti Tamil Muslim dan

India secara umum di bandar George Town. (Sila rujuk Lampiran Lima Belas yang

memaparkan jadual ringkasan aspek sosiobudaya berkaitan dengan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.).

Seterusnya, hasil perbincangan menunjukkan bahawa sufisme berperanan besar dalam

perkembangan sosiobudaya komuniti ini khususnya dalam konteks pembentukan persatuan

berpusatkan kaum kerabat. Namun, pengaruh sufisme tidak terhad dalam aspek ini sahaja,
270
malah mempunyai impak yang signifikan dalam pengamalan agama tertentu yang diwarisi

secara turun temurun komuniti yang diistilahkan sebagai amalan warisan sufisme. Oleh

yang demikian, amalan warisan sufisme yang merangkumi amalan menziarahi keramat,

maulid dan kepercayaan terhadap wafaq dalam kalangan komuniti Tamil Muslim akan

dibincangkan dalam bab seterusnya.

271
BAB 4

AMALAN WARISAN SUFISME KOMUNITI TAMIL MUSLIM KADAYANALLUR

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, amalan warisan sufisme dalam kalangan komuniti Tamil Muslim

secara umum dan Tamil Muslim Kadayanallur secara khusus di Pulau Pinang akan

dibincangkan. Oleh yang demikian, konsep amalan-amalan tersebut yang merangkumi

amalan menziarahi keramat, maulid dan kepercayaan terhadap wafaq dan pengamalannya

akan diperincikan. Amalan-amalan warisan sufisme dalam kalangan komuniti ini berkait

rapat dengan peranan golongan sufi dan latar belakang sejarah penyebaran Islam di India

Selatan. Oleh itu, perbincangan dalam bab ini, akan dimulai dengan konsep sufisme atau

tasawuf dan konsep amalan warisan sufisme serta perbincangan mengenai latar belakang

penyebaran Islam di India Selatan yang menyemai pengaruh sufisme dalam kalangan

komuniti Tamil Muslim. Impak daripada proses ini telah mewujudkan pautan yang kukuh

terhadap para sufi sehingaa membentuk amalan dan budaya warisan sufisme dalam kalangan

komuniti ini. Seterusnya, perbincangan akan menjurus kepada pewarisan dan penerusan

amalan-amalan warisan sufisme akibat penghijrahan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

dan komuniti Tamil Muslim secara umum dari India Selatan ke Pulau Pinang. Skop

perbincangan juga akan menyentuh tentang hukum syarak yang berkaitan dengan amalan

272
tawassul, maulid dan penggunaan wafaq sebagai satu penilaian dan justifikasi pengamalan

agama yang diwarisi ini dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang.

4.2 Konsep Sufisme dan Amalan Warisan Sufisme

Sebelum memperincikan tentang amalan warisan sufisme komuniti Tamil Muslim di

Pulau Pinang, perbincangan akan menjurus kepada konsep sufisme atau tasawuf sebenar dan

kedudukannya dalam Islam serta amalan-amalan agama yang terbentuk hasil daripada

warisan sufisme dalam kalangan anggota komuniti ini.

4.2.1 Latar Belakang Sufisme

Sufisme613 atau ilmu tasawuf merujuk kepada ilmu yang mengajar manusia untuk

membaiki dan membersihkan hati manusia dari sifat-sfat yang tercela agar menjadi baik dan

luhur sehingga hatinya menjadi benar dan lurus dalam menuju Allah SWT.614 Ilmu ini

adalah satu usaha untuk menguasai dimensi jasmani manusia agar tunduk kepada dimensi

rohani dengan berbagai cara, sambil bergerak menuju kesempurnaan akhlak dan meraih

pengetahuan atau makrifat tentang zat Ilahi dan kesempurnaan-Nya.615 Secara

keseluruhannya, ia merupakan ilmu yang menjelaskan dan menghuraikan tentang hakikat

613
Pada awalnya sufisme merupakan gerakan zuhud iaitu menjauhi hal duniawi dalam Islam seterusnya
perkembangannya melahirkan tradisi mistisisme Islam. Para orientalis Barat mengistilahkan tasawuf
sebagai sufisme yang digunakan pada awal kurun ke-19 untuk merujuk secara khusus kepada mistisisme
Islam. Sufisme atau tasawuf tidak dirujuk untuk mistisisme yang terdapat dalam agama lain. Simuh.
(1996). Tasawuf dan Perkembangannya dalam Islam. Jakarta: Raja Grafindo Persada, hlm. 25.
614
Musyrifah Sunanto. (2003). Asal-Usul Tasawuf serta Perkembangannya di Indonesia. Dlm H. Amsal
Baktiar. (pnyt.). Tasawuf dan Gerakan Tarekat. Bandung, Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung, hlm.
23.
615
Ibrahim Hilal. (2002). Tasawuf antara Agama dan Filsafat: Sebuah Kritikan Metodologis. (Terj.). Ija.
Suntana dan E. Kusdian. Bandung: Pustaka Hidayah, hlm. 19-20.
273
kerohaniaan seseorang insan di sisi Allah SWT. Ketinggian martabat seseoarang insan

diukur dari aspek batinnya yang merujuk kepada tahap takwanya. Takwa adalah kadar

nisbah bagi ketinggian martabat rohaniah seseorang insan, sebaliknya fizikal manusia tidak

dijadikan asas untuk mengukur ketinggian martabat seseorang insan tetapi sebagai alat

untuk mencapai ketinggian martabat tersebut. Intipati amalan yang terkandung dalam ajaran

sufisme bersifat perjalanan kerohanian melalui disiplin tarekat yang mempunyai misi untuk

menyembuhkan manusia daripada pelbagai bentuk penyakit batiniah yang membentuk insan

yang kamil.616

Tarekat adalah jalan yang boleh menyampaikan seseorang mukmin ke darjat ihsan

dan ihsan itu adalah tasawuf. Maka ini bermaksud tarekat ialah jalan mujahadahnya dan

tasawuf adalah natijahnya. Pada dasarnya disiplin tarekat adalah perjalanan rohaniah dan

tasawuf pula adalah pencapaian rohaniah setelah melalui berbagai tingkat mujahadah617 di

jalan Allah. Kesannya, seseorang mukmin bersih dan suci hatinya daripada berbagai-bagai

kekotoran dosa dan unsur syirik yang dikenali sebagai sufi.618 Secara praktikalnya istilah

tarekat merujuk kepada suatu institusi yang mempunyai peraturan tersendiri atau peraturan-

peraturan khusus yang diikuti dan dihayati kehendak-kehendaknya oleh seseorang sufi di

bawah naungan satu kumpulan daripada kumpulan-kumpulan kesufian yang mengikut


619
panduan daripada salah seorang syaikh yang terkemuka. Ia juga merujuk kepada

616
Othman Napiah. (2001). Pengantar Ilmu Tasawuf. Sekudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,
hlm. 2-6.
617
Mujahadah merujuk kepada perjuangan menegakkan hukum Allah SWT di dalam kehidupan secara zahir
dan dalam diri dengan cara melawan hawa nafsu. Istilah ini juga bermaksud perjuangan membersihkan
jiwa dengan cara membanyakkan amalan atau ibadah. Zakaria Stapa (1995). Akhlak & Tasawwuf Islam.
Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd, hlm. 97.
618
Jahid Sidek. (1997). Shaikh dalam Ilmu Tariqah, hlm.11.
619
Syaikh merujuk kepada orang yang telah sampai pada peringkat yang membolehkannya mengendalikan
pengajaran dan membuat arahan pada muridnya. Zakaria Stapa (1995). Akhlak & Tasawwuf Islam, hlm.
100.
274
kumpulan individu dari kalangan golongan sufi yang menghubungkan diri mereka kepada

seseorang syaikh tertentu dan tunduk patuh kepada peraturan-peraturan yang cukup ketat

dalam hubungan dengan suluk620 kerohanian. 621

Sesungguhnya, sufisme adalah suatu disiplin yang sah dalam Islam. Terdapat
622
kelompok ulama dalam kalangan ulama salafiah yang menyatakan bahawa sufisme

sebagai sesuatu yang tidak wajar dan tidak sesuai dengan keseluruhan semangat serta

pembawaan Islam sebagai agama yang dinamik dan progresif.623 Sebaliknya terdapat

kelompok ulama yang berkata ilmu tasawuf ini wajar dan mempunyai kedudukan yang

tersendiri dalam Islam.624 Sufisme merupakan dimensi yang paling dalam atau domensi

yang bersifat batiniah daripada wahyu keIslaman. Maka ia dari sudut pandangan kerohanian

Islam merupakan pusat yang menyelaraskan secara dalaman seluruh organisma keagamaan

Islam. Sufisme tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan syariat Islam kerana ilmu ini

tumbuh dan berkembang dalam kerangka syariat Islam. Tiga teras agama Islam ialah Iman,

620
Suluk merujuk kepada perjalanan dan pengembaraan rohaniah dari satu hal dan maqam menuju al-Haq
dengan bersungguh-sungguh berbuat ibadah serta sentiasa kekal dalam zikir Allah. Secara ringkasnya
suluk juga bermaksud suatu pengembaraan rohaniah seorang salik melalui latihan rohaniah dan melawan
nafsu serta syaitan serta sentiasa kekal dalam zikrullah. Ibid., hlm.100.
621
Ibid., hlm. 71-73.
622
Istilah salafiah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu salaf dari segi bahasa bermaksud golongan
atau kaum terdahulu (nenek moyang) sama ada ibu bapa atau kaum kerabat dari sisi umur dan keutamaan.
Menurut istilah pula, salaf bermaksud generasi pertama dan terbaik dari kalangan umat Islam, yang
merangkumi Rasulullah SAW, para Sahabat, tabi`in, tabi` at-tabi`in, dan para pengikut mereka yang
terdiri daripada para ahli Hadis, imam-imam yang membawa petunjuk pada tiga kurun pertama Hijrah.
Generasi permulaan ini dinamakan salafus soleh. Istilah salafi dinisbah kepada golongan salaf dan
mengikuti mazhab dan manhaj salaf yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. Namun, golongan
salaf yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah golongan yang menyandarkan istilah salaf ke atas diri
mereka mulia kurun ke-8 Hijrah yang dipelopori oleh Taqiyyudin Ahmad Ibn Taymiyyah dan pedokong-
pedokong seterusnya seperti Ibn Qayyim al Jauziyah, Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz Baz dan
Muhammad Nasir al Din al Albani. Golongan ini juga dikenali selepas Muhammad Abdul Wahab sebagai
Wahabi. Shaykh Muhammad bin Ramzaan. (2013). The Guidance of the Companions With Regards To
The People Of Innovation (Salafi). Tobago, Tobago &Trinidad: Muwahhideen Publications, hlm. 23-29.
Lihat juga Mut’ab bin Suryan. (2007). Beda Salaf dengan Salafi: Harusnya Sama Kenapa Beda?
(Terj.).Wahyuddin Abu Ja’afar. Solo: Media Islamika, hlm. 1-8.
623
Ibrahim Hilal. (2002). Tasawuf antara Agama dan Filsafat, hlm. 44-45.
624
Zakaria Stapa (1995). Akhlak & Tasawwuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd, hlm. 25.
275
Islam dan Ihsan. Ketiga-tiga asas ini maka lahirlah tiga asas ilmu Islam iaitu ilmu tauhid,

ilmu fekah dan ilmu tasawuf atau sufisme. Ihsan ialah melakukan ibadat kepada Allah

dalam satu keadaan dan suasana ketika hati dapat berasa dan menyaksikan hakikat

wujudnya Allah, keagungan dan kesempurnaan-Nya. Beribadat kepada Allah SWT adalah

berdasarkan iman (tauhid) dan Islam (syariah) yang bermaksud ibadat itu adalah

penghayatan ilmu tauhid dan ilmu fekah. Ibadat itu jika dapat ditingkatkan sehingga

mendapat pengalaman rasa seakan-akan atau seolah-olah melihat atau menyaksikan hakikat

Allah, maka pengalaman rasa seakan-akan melihat Allah itulah ihsan yang kemudian

dikenali sebagai tasawuf atau tarekat. Tauhid dan fekah adalah aspek zahirnya (syariah),

sedangkan tasawuf adalah aspek batinya.625 Oleh itu, setiap amalan kerohanian yang tidak

dapat disahkan kesahihannya oleh syariat Islam tidak boleh dikaitkan dengan istilah tasawuf

atau sufisme dalam pengertian yang tepat. Sufisme bersifat batiniah yang hanya boleh

dicapai menerusi ad-dhawq atau kecapaian rohani dan al-suluk iaitu pengembaraan

kerohanian di jalan kesufian sebagai penyediaan diri supaya layak menerima limpahan ilmu

daripada Allah SWT.626

Pada dasarnya ilmu tasawuf atau sufisme mempunyai lapan prinsip utama.627 Pertama,

takwa iaitu melakukan segala perintah Allah dan menjauhi segala yang dilarang-Nya. Allah

SWT menjelaskan dalam al-Quran tentang kedudukan orang yang bertakwa sebagai yang

dicintai Allah. Dengan prinsip takwa seseorang yang beramal dengan tasawuf mestilah

sentiasa istiqamah dan berusaha meningkatkan ketakwaan. Istiqamah ini disebutkan sebagai

al-karamah ma’nawiyyah atau al-karamah al-haqiqiyah dan al-karamah al kubra iaitu

625
Jahid Sidek. (1997). Shaikh dalam Ilmu Tariqah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm 11-12.
626
Ibid., hlm. 32-34
627
Ibid., hlm. 14-35. Lihat juga Othman Napiah (2001). Pengantar Ilmu Tasawuf, hlm. 19-35.
276
seseorang yang sentiasa istiqamah dalam bertakwa pada zahir dan batin sehingga terbuka

hijab hati dan dapat ma’rifah.628 Kekeramatan tersebut akan menjadikan matlamat orang
629
salik kerana kekeramatan tersebut akan menjadikan salik itu kian hampir kepada Allah

SWT dan keredaan-Nya. Prinsip kedua adalah zikrullah dan muraqabah. Zikrullah atau

memperingati Allah berperanan untuk menerangi hati orang yang salik dan membezakan

martabat seorang hamba dengan hamba-Nya yang lain. Zikrullah yang dimaksudkan di sini

ialah zikir al-darajat iaitu zikrullah yang mempunyai cara, kaedah, peraturan dan adab-adab

khusus. Muraqabah pula bermaksud kesedaran hati atau rohani seseorang salik yang

berterusan bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan mengetahui semua hal dan keadaan

dirinya. Prinsip ketiga ialah mursyid atau shaikh atau murabbi atau guru yang mengajar,

mendidik, membimbing dan mengasuh aspek zahir dan batin seorang salik. Menurut

penggunaan golongan sufi, syaikh dirujuk kepada seseorang yang menjalani jalan kebenaran

dan mengenali secara tepat perkara yang perlu ditakuti dan perkara-perkara bahaya dan

seorang yang berperanan memampankan agama dan syariat ke dalam hati para murid.

Prinsip keempat merujuk kepada yang bermaksud cita-cita, tekad dan keazaman yang tinggi

atau bermujahadah dalam menuju jalan Allah SWT. Prinsip kelima ialah menuntut ilmu

daripada ketiga-tiga cabang ilmu tauhid, fekah serta tasawuf. Prinsip keenam ialah

khalwat,630 uzlah 631


dan suluk yang bermaksud melazimkan diri berada di tempat yang

628
Ma’rifah merujuk kepada pengalaman atau ilmu berhubung dengan Tuhan dan mengetahui segala sesuatu
mengikut hakikat sebenar sesuatu tersebut yang didahului dengan kejahilan. Ibid., hlm. 96.
629
Salik merujuk kepada seseorang yang sudah berada dalam perjalanan kerohanian peringkat demi
peringkat,tetapi masih belum mencapai taraf ma’rifah atau mengenal Tuhannya. Istilah ini juga dirujuk
kepada seseorang yang menjalani suluk melalui sesuatu tarekat tertentu. Zakaria Stapa.(1995). Akhlak
&Tasawuf Islam, hlm. 99.
630
Khalwat adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud pengasingan atau pengunduran diri untuk tujuan-
tujuan kerohanian. Ibid., hlm. 95 .
277
sunyi dan menyisihkan diri daripada masyarakat pada beberapa waktu tertentu untuk

menjalani latihan-latihan kerohanian dan pembersihan batin. Prinsip yang ketujuh pula ialah

rakan seperguruan untuk beribadat bersama dan penting dalam pembentukan peribadi

seseorang salik. Prinsip kelapan ialah menjaga adab untuk menghayati amalan sufisme

yang sebenar. Adab ini termasuk adab terhadap Allah, shaikh mursyid, rakan, diri sendiri

dan orang ramai. 632

4.2.2 Sejarah Ringkas Perkembangan Sufisme

Dari konteks sejarah, mengikut pandangan ahli sufisme atau tasawuf, puncak

keunggulan imu dan amalan kerohanian Islam itu telah pun wujud pada zaman Nabi

Muhammad SAW dan para sahabat. Hakikat ilmu sufisme ini wujud pada zaman Nabi

Muhammad SAW tetapi bukan pada namanya. Pendek kata, kehidupan bertasawuf dalam

Islam telah pun bermula dalam bentuk perseorangan. Mereka menggunakan cara atau jalan

yang tersendiri dalam melaksanakan ibadat dan mujahadah masing-masing.633 Pada kurun

kedua Hijrah, aliran sufisme yang terkenal kini tidak muncul lagi tetapi ilmu sufisme telah

pun dihayati oleh angkatan tabi’in tabi’un seperti Hasan al-Basri (w.110H), Ibrahim bin

Adham (w.161H) dan Rab’ah al ‘Adawiah (w.185H).634 Walau bagaimanapun, sufisme

sebagai suatu disiplin ilmu mula mencapai kematangan dan kesempurnaan pada kurun

631
Uzlah adalah istilah bahasa Arab yang merujuk kepada perbuatan menyisih diri daripada masyarakat untuk
sementara waktu bagi maksud mencapai kebenaran dengan cara menjalani latihan-latihan kerohanian
dalam tempoh tersebut. Ibid., hlm. 102.
632
Othman Napiah (2001). Pengantar Ilmu Tasawuf, hlm. 19-35.
633
Zakaria Stapa. (1995). Akhlak & Tasawwuf Islam, hlm. 69.
634
Jahid Sidek.(1997). Shaikh dalam Ilmu Tariqah, hlm. 85.
278
ketiga Hijrah.635 Pada zaman ini telah wujud mazhab dan aliran tarekat atau sufi order.

Mulai pertengahan kurun ketiga Hijrah, golongan sufi mula membentuk dan menyusun

tarekat tertentu yang mempunyai peraturan tertentu seperti Abu Yazid al-Bistami (w.261H)

dan Abu al-Qasim al-Junaid (w.297H) menjadikan sufisme lebih bersemarak dalam

kalangan umat Islam. Pada peringkat awal, aktiviti mereka berpusat di masji-masjid selepas

itu mereka berpusat di khanaqah636 ribat637 dan zawiyah,638 tersendiri. Seterusnya selepas

kurun keempat Hijrah, khususnya kurun kelima dan zaman selepas itu aliran-aliran tarekat

terus berkembang dan dikenali dengan para shaikh yang memperloporinya. Antaranya ialah

al-Rifaiyyah yang dinisbahkan kepada Shaikh Ahmad bin ‘Ali ar-Rifa’i, al-Qadiriyah yang

dinisbahkan kepada Shaikh Abdul al-Qadir Jilani (w.562H), al-Naqssyabandiyah yang

dinisbahkan kepada Shaikh Muhammad bin Muhammad Baha’ al-Din al-Naqshabandi

(w.791H) dan Chistiyyah yang dinisbahkan kepada Shaikh Mu’in al-Din Hasan Chisti

(w.633H).639

Perkembangan sejarah sufisme ini, pada dasarnya menafikan pandangan orientalis Barat

yang cuba merujuk ilmu tasawuf kepada sumber-sumber yang tidak bersifat Islamik sama

ada ia sumber berupa tradisi kerohanian dari peradaban Timur ataupun Barat.640 Selain itu

635
Zakaria Stapa (1995). Akhlak & Tasawwuf Islam, hlm. 25
636
Khanaqah istilah bahasa Parsi yang membawa maksud rumah yang didiami oleh golongan sufi. Ibid. hlm.
95. Ia juga merujuk kepada tempat sufi dan muridnya bertemu dan menjalankan ritual dan upacara
kerohanian (majlis) berasaskan sufisme. Gunter , Michael M.(2011) Historical Dictionary of the Life of
Kurds.United Kingdom: Scarecrow Press, hlm. 160.
637
Ribat adalah tempat berlatih golongan sufi untuk melakukan ibadah dan latihan kewajipan-kewajipan lain.
Ribat selalunya didirikan di atas tanah wakaf atau sedekah para pengikut sesebuah tarekat. Di tempat yang
khusus ini syaikh dan para murid dapat melakukan latihan dengan tekun, tanpa diganggu oleh urusan-
urusan kehidupan biasa yang lain. Ibid., hlm. 99.
638
Zawiyah adalah istilah bahasa Arab dan dari segi bahasa ia merujuk kepada sudut atau pelosok. Dalam
sufisme, istilah ini merujuk kepada suatu tempat pertemuan yang lazim bagi ahli-ahli suatu tarekat
suffiyyah. Ia boleh jadi berupa sebuah bilik sahaja atau sebuah masjid dan sebagainya. Ibid., hlm. 103.
639
Jahid Sidek (1997). Shaikh dalam Ilmu Tariqa, hlm. 81-83.
640
Zakaria Stapa.(1995). Akhlak & Tasawwuf Islam, hlm.25.
279
Ibn Khaldun, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal juga mengiktiraf tasawuf sebagai

disiplin ilmu yang sah dalam Islam. Dalam perbincangan ini, perincian topologi sufisme

yang merangkumi sufisme Salafi, Sunni dan Filosof yang muncul mengikut perkembangan

masa tidak diberi tumpuan kerana skopnya di luar objektik kajian ini.

4.2.3 Konsep Amalan Warisan Sufisme

Sebelum menyentuh mengenai konsep amalan warisan sufisme, perbincangan akan

menjurus kepada konsep amalan agama dalam Islam. Islam merupakan agama yang

berteraskan akidah (iman), syariah (Islam) dan akhlak (ihsan). Oleh yang demikian, amalan

agama dan pengibadatan adalah berteraskan ketiga-tiga aspek ini bersumberkan al-Quran

dan Sunnah.641 Dalam ajaran agama terdapat dua bentuk ajaran, iaitu pengetahuan dan

pengamalan. Iman atau akidah merupakan aspek pengetahuan sedangkan syariat merupakan

aspek pengamalan. Amalan agama atau ibadat dalam Islam terbahagi kepada dua kategori,

iaitu ibadat khusus dan ibadat umum. Ibadat khusus termasuklah mengerjakan solat,

membayar zakat, berpuasa, menunaikan haji, membaca al-Quran dan bersedekah. Ibadat

umum pula segala perbuatan yang tidak bercanggah dengan syarak dan dikerjakan kerana

Allah SWT seperti mencari rezeki yang halal, membantu sesama manusia, menuntut ilmu

fardhu kifayah dan seumpamanya.642 Berasaskan konsep amalan agama dan ibadat dalam

Islam, maka kedudukan amalan-amalan dalam sufisme adalah selari dengan matlamat

syarak yang memberi penekanan kepada ketakwaan.

641
Quraish Shihab, M. (1996). Wawasan Al-Quran: Tafsir Tematik atas Pelbagai Persoalan Umat. Kuala
Lumpur: Mizan Pustaka, hlm. 496.
642
Mohd. Fadli Sulaiman. (2004). Kebahagiaan: Definisi Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications, hlm.
59-60.
280
Walau bagaimanapun, dalam konteks amalan-amalan warisan sufisme yang menjadi

tradisi keagamaan masyarakat Islam khususnya di India Selatan, perlu diteliti untuk

mengenal pasti sejauh mana amalan tradisi ini mengekalkan prinsip-prinsip sufisme yang

sebenar. Isu ini perlu diberi gambaran yang jelas kerana sebahagian amalan sufisme ini

mengalami perubahan akibat pengaruh budaya tempatan. Hal ini bertepatan dengan dapatan

kajian sosiologi agama bahawa bukan sahaja agama mampu mengubah budaya dan struktur

organisasi sesuatu masyarakat sebaliknya budaya juga sebenarnya mampu mempengaruhi

amalan agama.643 Sesungguhnya, pengaruh dan peranan golongan sufi dalam menyebarkan

Islam di India Selatan pada dasarnya melahirkan pengamal-pengamal ilmu tarekat yang

mempraktikkan amalan-amalan khusus mengikut prinsip-prinsip sufisme yang berlandaskan

syariah. Namun, amalan ini turut diikuti dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam umum

dalam kalangan umat Islam. Mereka memberi penghormatan serta penekanan penting

terhadap amalan-amalan ini seperti amalan menziarahi keramat, maulid dan kepercayaan

terhadap wafaq. Mengikut peredaran masa, amalan-amalan ini menjadi amalan dan budaya

keagamaan yang diwarisi secara turun-temurun. Oleh yang demikian, amalan-amalan ini

diistilahkan sebagai amalan warisan sufisme dalam kalangan komuniti Tamil Muslim.

Namun dalam amalan-amalan tertentu khususnya seperti amalan menziarahi keramat

mempunyai pengaruh budaya tempatan di India telah menghasilkan interpretasi dan


644
perlakuan yang tampak tidak Islamik dalam dalam kalangan komuniti ini yang akan

diperincikan kemudian. Hal ini sejajar dengan pandangan Othman Napiah645 yang

menegaskan bahawa terdapat golongan masyarakat yang cuba beramal dengan disiplin

643
Mariasusai Dhavamony.(2006). Fenomena Agama. Yogyakarta : Kanisius, hlm. 21.
644
Raja Mohamed. (2004). Maritime History, hlm. 303-306.
645
Othman Napiah (2001). Pengantar Ilmu Tasawuf, hlm. 18.
281
sufisme tetapi jahil tentang selok-belok agama amnya dan amalan sufisme khasnya

akibatnya berlakulah penyelewengan yang berselindung dengan ajaran sufisme. Faktor

utama terjadinya perkara ini adalah penyebaran dan penerimaan Islam yang mempunyai

pengaruh sufisme yang dominan bercampur aduk dengan budaya tempatan sehingga wujud

amalan-amalan tertentu di luar lingkungan fahaman sufisme sebenar.

Keadaan bentuk pegangan baharu ini berlaku akibat proses Islamisasi di India yang

melibatkan unsur-unsur kekeramatan sebagai satu metod untuk menyemai keyakinan

terhadap Islam dan proses Islamisasi terhadap budaya tempatan tertentu yang masih
646
mengekalkan cara perlakuannya. Hujah ini ditegaskan juga oleh Mohsen Saedi yang

menyatakan bahawa untuk memahami budaya India Muslim termasuk Tamil Muslim

terdapat dua faktor yang mempengaruh dan telah menyumbang kepada evolusi mental serta

perkembangan amalan agama mereka. Pertama, pengaruh faktor Islam dan falsafah hidup

yang dituntut. Kedua, faktor pengaruh budaya dan tamadun tempatan khususnya agama

Hindu yang sedia wujud. Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada komuniti India

Muslim berbeza dengan pihak lain di tempat lain dalam aspek tertentu. Pada hakikatnya,

Islam tidak sampai ke India dalam satu blok yang mampan tetapi dalam skala yang kecil dan

tersebar secara beransur dalam jangka masa panjang. Kebudayaan Hindu sudah pun

bertapak di India bermula sejak awal kurun ke-6 SM manakala budaya Islam di India mula

berkembang sejak kurun ke-8 M. Jika seorang atau sekumpulan orang mengubah agama

dan menerima idea-idea agama baru, mereka menghadapi masalah berkaitan dengan budaya

asal dan cuba menyelesaikannya melalui proses asimilasi dan transisi dari budaya bukan

646
Mohsen Saeidi Madani.(1993). Impact of Hindu Culture on Muslims. Delhi. M D Publication Pvt Ltd,
hlm. 2.
282
Islamik kepada Islamik. Dalam proses ini, mereka membawa elemen-elemen budaya asal

dan agama yang baru. Selain itu, masyarakat Islam di India dipengaruhi, beberapa tradisi

dominan komuniti sekitar mereka terutamanya komuniti Hindu. Mereka berkongsi budaya

berasaskan bangsa yang tidak menjejaskan pegangan keagamaan. Akibatnya, sejak

peringkat awal lagi terdapat titik pertemuan dan hubungan antara komuniti India Muslim

dan komuniti bukan Islam.647

Oleh yang demikian, perbandingan antara amalan agama berasaskan prinsip-prinsip

sufisme dan amalan warisan sufisme yang mungkin mengalami adaptasi dan asimilasi

budaya tempatan perlu difahami dari perspektif konseptual dan praktikal. Kefahaman ini

penting untuk mengelakkan kecelaruan dan salah faham mengenai amalan-amalan warisan

sufisme sesebuah komuniti khususnya komuniti Tamil Muslim dalam konteks kajian ini.

Dalam perbincangan seterusnya, latar belakang peranan sufisme penyebaran Islam di India

Selatan akan dibincangkan.

4.3 Latar Belakang Perkembangan Pengaruh Sufisme di India Selatan

Dalam konteks amalan agama warisan sufisme, komuniti Tamil Muslim mempunyai

pegangan dan kepercayaan yang kuat terhadap makam wali keramat atau sufi di India dan

juga di tempat lain termasuk di Pulau Pinang. Pada hakikatnya, pegangan terhadap amalan

ini mempunyai asas sejarah yang berkait rapat dengan proses penyebaran Islam dan

asimilasi serta pengaruh budaya keagamaan komuniti bukan Islam di India Selatan. Oleh

yang demikian, latar belakang kewujudan kepercayaan terhadap sufi dan makam wali

647
Ibid.
283
keramat perlu ditelusuri untuk memahami hakikat dan nilai amalan ini dalam kalangan

komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang.

Islam mula bertapak di India Selatan sebelum berlaku penyebaran di India Utara

melalui ekspedisi dari Asia Tengah sehingga munculnya Kesultanan Islam yang

merangkumi Kesultanan Delhi dan Moghul. Dalam konteks India Selatan, Islam tersebar

secara perlahan dan kompleks dalam jangka masa berbeza. Islam mula berkembang di

kawasan pantai India Selatan seawal kurun ke-8 dan kurun ke-9. Kemudian Islam menyusup

ke kawasan pedalaman secara berperingkat pada kurun ke-13 dan kurun ke-14.648 Dalam

perbincangan ini, fokus akan diberikan kepada penyebaran Islam dan sufisme di kawasan

pantai India Selatan sebelum dilanjutkan ke kawasan pedalaman.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, Islam tersebar lebih awal khususnya di India

Selatan yang menumpu pada kawasan Pantai Malabar dan Koromandel. Dalam proses

penyebaran Islam faktor perdagangan dan perkahwinan menjadi elemen yang utama dalam

pembentukan masyarakat Islam di India Selatan. Pedagang dan pelayar Arab selain

berdagang, mereka juga menetap sepanjang Pantai Koromandel seawal kurun ke-8 atau ke-

9. Jumlah mereka meningkat apabila rantau ini memainkan peranan penting dalam

perdagangan tekstil antarabangsa yang menghubungkan India Selatan dengan pelabuhan-

pelabuhan entreport di Asia Barat dan Kepulauan Indonesia.649 Islam juga berkembang

melalui perkahwinan antara pedagang Arab dan masyarakat tempatan sehingga melahirkan

komuniti Tamil Muslim berdarah keturunan Arab atau Indo-Arab. Seterusnya komuniti

648
Bayly, Susan. (1989). Saints, Goddesses and Kings: Muslims and Christian in South Indian Society 1700-
1900. Cambridge: Cambridge University Press., hlm. 86.
649
Ibid., hlm 74
284
Tamil Muslim berkembang melalui perkahwinan di antara Tamil Muslim bukan

berketurunan Arab dengan masyarakat tempatan.

Pada masa yang sama, faktor yang penting dalam penyebaran Islam di India Selatan

adalah melalui pengaruh golongan sufi. Tradisi sufisme diperkenalkan di India Selatan pada

kurun ke-8 dan kurun ke-9 oleh para pedagang dan pelayar Arab awal apabila mereka

menjalinkan hubungan perdagangan dengan kawasan pantai Koromandel.650 Oleh yang

demikian, sufisme mula menapak dan berkembang di kawasan pantai khususnya di bandar-

bandar pelabuhan di sepanjang Pantai Koromandel termasuk Porto Novo, Karaikkal,

Nagore, Nagapattinam, Muttupet and Adirampatanam. Faktor ini menyebabkan Islam mula

tersebar melalui institusi sufisme di kawasan pantai sebelum menjangkau ke kawasan

pedalaman.

Golongan sufi telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam bukan

sahaja di India malah di Asia Tenggara dan kebanyakan kawasan di dunia Islam.651

Golongan sufi merujuk kepada mereka yang telah benar-benar berjaya menghayati jalan

agama Islam dan sampai ke darjat ihsan serta menjadi seorang manusia yang bersih dari segi

zahir dan batinnya.652 Golongan sufi menekankan prinsip-prinsip, ajaran Islam dan

pengabdian diri kepada Allah SWT melalui proses dakwah. Mereka juga memainkan

pelbagai peranan dalam masyarakat antaranya sebagai pakar dalam perubatan, perawatan

penyakit, perawat gangguan makhluk halus dan pemimpin kerohanian serta keagamaan.

650
Bayly, Susan. (1989). Saints, Goddesses and Kings, hlm. 77.
651
Ibid., hlm.74. Lihat juga Schimmel, Annemarie. (1980). Islam in the Indian Subcontinen. Leiden:
E.J.Brill, hlm. 23.
652
Jahid Sidek. (1997). Shaikh Dalam Ilmu Tariqah. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm. 9
dan 48.
285
653
Melalui peranan ini, tradisi sufisme mula berpengaruh dalam kalangan komuniti

Tamil di India Selatan. Para sufi berdakwah dan menyebarkan syiar Islam kepada komuniti

Tamil yang beragama Hindu dan juga Islam.654 Kegiatan dakwah, kata-kata hikmah dan

perbuatan mereka menjadi faktor penyebaran Islam dan pengukuhan syiar Islam. Namun,

peranan golongan sufi ini bertindih dengan peranan pemimpin agama atau orang suci bukan

Islam khususnya dalam komuniti Tamil Hindu. Oleh yang demikian, pengajaran dan

peranan golongan sufi mempunyai persamaan dengan pengajaran siddhar atau sittar iaitu

golongan mistik Tamil-Hindu.655 Faktor persamaan ini menarik perhatian orang ramai dan

menjadi instrumen penerimaan Islam dalam kalangan bukan Islam pada peringkat awal

penyebaran Islam. Pada hakikatnya, melalui prosess ini bentuk ajaran Islam yang

mempunyai pengaruh disiplin mistik dan konsep berkat atau barakah656 diperkenalkan serta

diterapkan oleh institusi sufisme kepada mereka yang bukan Islam.657 Oleh yang demikian,

penerimaan Islam melalui institusi sufisme telah mewujudkan pautan dan membentuk

pandangan serta perspektif terhadap Islam yang berasaskan konsep penghormatan,

kecintaan, keberkatan dan kekeramatan para sufi. Seterusnya, pautan ini dimanifestasikan

dan dilanjutkan melalui kewujudan makam-makam keramat wali selepas kewafatan para

sufi di India Selatan.

Keadaan ini menyebabkan pegangan dan kepercayaan yang berkembang terhadap

makam keramat wali telah berperanan sebagai sebagai satu elemen yang kritikal dalam

653
Simuh.(1996). Tasawuf dan Perkembangannya dalam Islam. Jakarta: Raja Grafindo Persada, hlm. 25.
654
Raja Mohamed. (2004). Maitime History, hlm. 304.
655
Ibid., hlm. 305.
656
Barakah adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud keberkatan atau pertolongan khas daripada Allah
SWT yang ada di sekitar peribadi suci atau perkara-perkara suci seupama al-Quran dan lainnya yang
diberi keberkatan oleh Allah SWT. Zakaria Stapa. (1995). Akhlak &Tasawuf Islam, hlm. 92.
657
Robinson, Francis. (1982). Atlas of the Islamic World Since 1500. New York: Facts on File, hlm. 30.
286
penyebaran Islam ke kawasan dan budaya baru di India Selatan. Makam keramat wali

berfungsi sebagai tempat masyarakat dari pelbagai agama mencari keberkatan sufi.

Kunjungan masyarakat pelbagai bangsa dan agama ke keramat menjadi faktor terjalinnya

hubungan antara mereka dengan orang Islam yang terdiri daripada orang awam dan

pengikut tarekat. Implikasinya, melalui proses ini masyarakat bukan Islam mula terdedah

kepada ajaran Islam dan sebahagian daripada mereka menerima serta menganut Islam.

Secara tidak langsung, makam keramat wali berperanan sebagai salah satu faktor

penyebaran Islam di India Selatan.658 Berdasarkan fakta ini, peranan makam keramat wali

begitu penting bagi komuniti Tamil Muslim sehingga ia menjadi tempat pengamalan

kehidupan agama yang lebih fleksibel.659

Walau bagaimanapun, menurut Richard Eaton660 yang mengkaji tentang sufisme di

Deccan, India, amalan pengibadatan yang terbentuk atas kepercayaan makam keramat wali

ini telah mengadun tradisi dan adat tempatan yang bukan Islam dengan ajaran Islam. Ia

mewujudkan ajaran Islam dalam bentuk yang menyeberangi dan mengatasi sempadan

perbezaan agama komuniti Muslim dan bukan Muslim. Jadi, natijahnya, institusi makam

keramat wali menghasilkan bentuk pegangan baru terhadap agama di India Selatan.

Pada dasarnya, makam keramat wali Allah mempunyai gelaran dan peranan khusus

di India Selatan. Makam keramat wali dirujuk sebagai dargah,661 dan taykal dalam bahasa

658
Bayly, Susan. (1989). Saints, Goddesses and Kings, hlm. 77.
659
Raja Mohamed. (2004). Maritime History, hlm. 303.
660
Eaton, Richard Maxwell. (1978 ). Sufis of Bijapur 1300-1700: Social Roles of Sufi in Medieval India.
New Jersy: Princeton University Press, hlm 70.
661
Dargah disebut juga sebagai durgha dalam bahasa Tamil. Perkataan berasal daripada bahasa Parsi yang
bermaksud istana raja, namun di India ia dirujuk sebagai makam keramat para wali. Schimmel,
Annemarie. (1980). Islam in the Indian Subcontinent., hlm. 263.
287
Tamil.662 Makam keramat wali di India Selatan berperanan sebagai tempat yang dihormati

dan mempunyai kuasa suci yang terkumpul di dalamnya keberkatan dan karamah para wali

Allah. Berikutan itu, makam keramat wali berperanan besar sebagai pusat penyembuhan

ajaib, tempat yang mempunyai fadilat serta tempat penyerahan orang suci.663 Dalam konteks
664
gelaran kepada para wali Allah, mereka dirujuk sebagai pir, baba (Tamil: bava), wali

(Tamil:vali/auliya) atau antavar. Wali Allah yang dimakamkan semasa hidupnya mungkin

berperanan sebagai seorang cendekiawan, pujangga, guru, pendakwah, ulama, penyair yang

mencapai tahap seorang sufi. Selain daripada menjadi cendekiawan dan pendakwah mereka

juga pakar dalam perubatan tradisional dan mempunyai kuasa mistik. Sifat-sifat unik ini

menarik perhatian dan menanam keyakinan orang ramai terhadap para sufi atau wali.665

Para sufi kebiasaannya berasal dari salah satu aliran sufisme yang diiktiraf atau

tarekat yang mempunyai mandat daripada wali Allah pengasas tarekat tersebut. Ajaran

tarekat ini diajar dan dipindahkan dalam satu rangkaian pengganti kerohanian dan

pegangan yang disebut sebagai salasilah. Tempat pengajaran para sufi atau khanaqa

kelazimannya dijadikan sebagai tempat persemadian setelah kewafatan mereka. Kemudian,

tempat persemadian tersebut dijadikan makam keramat wali yang bertindak sebagai tempat

penziarahan pengikut tarekat dan orang awam.666 Pengikutnya bergantung kepada

662
Istilah Taykal berasal dari perkataan Turki tekke. Raja Mohamed. (2004). Maritime History, hlm. 303.
Lihat juga Bayly, Susan. (1989). Saints, Goddesses and Kings, hlm. 75.
663
Ibid.
664
Perkataan pir diambil daripada bahasa Parsi yang merujuk kepada sufi atau wali. Perkataan ini
mempunyai persamaan maksud dengan sheikh atau seseorang yang amat dihormati Raja Mohamed.
(2004). Maritime History, hlm. 304. Lihat juga Schimmel Annemarie. (1980). Islam in the Indian
Subcontinent, hlm. 271.
665
Raja Mohamed. (2004). Maritime History, hlm. 303.
666
Ibid. Lihat juga Bayly. (1989). Saints, Goddesses and Kings, hlm. 75.
288
keberkatan guru dan juga keberkatan keramat wali yang kemudiannya dianggap sebagai

waris atau murid wali yang asal.667

Dari konteks aliran sufisme, tarekat Qadiriyah yang paling awal, berpengaruh dan

tersebar secara meluas di India Selatan. Aliran tarekat ini telah diasaskan oleh tokoh sufi

terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir Jilani (w.561 H) di Baghdad pada kurun ke-12.668 Aliran

tarekat Qadiriyah mula menapak dan berkembang di India pada akhir kurun ke-14 dan awal

kurun ke-15.669 Aliran sufisme utama lain yang berpengaruh dan berkembang luas di India

Selatan adalah Chistiyah,670 Shattariyah dan Naqsyabandiyah. Rentetan daripada

perkembangan ini, sejak kurun ke-16, formulasi doktrin dan falsafah Ibn Arabi khususnya
671
wahdathul wujud mula berpengaruh dan memainkan peranan yang utama dalam

perkembangan pemikiran dan amalan sufisme di India Selatan.672

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengukuhan sufisme di kawasan Pantai

Koromandel menjadi antara faktor kewujudan masjid-masjid yang hebat dan kanaqa sufi

yang aktif di bandar-bandar pelabuhan di sepanjang Pantai Koromandel.673 Pengaruh

sufisme yang semakin utuh, mengakibatkan wujudnya tradisi membina dan mengasaskan

makam-makam wali keramat dalam kalangan komuniti Tamil Muslim. Tradisi ini mula

berkembang di kawasan-kawasan pesisir pantai ini. Kebanyakan keramat terdapat di bandar-

667
Jahid Sidek. (1997). Shaikh Dalam Ilmu Tariqah, hlm. 317.
668
Abdul Qader Jilani dilahirkan pada 470 H/1077M dan wafat pada 561H/1166M. Terkenal dengan gelaran
Ghausul ‘I-A’zam. Saiyid Athar Abbas Rizvi. (1992). A History of Sufism in India: From Sixteenth to
Modern Century. Vol II. New Delhi. Munshiram Manoharlal Publisher Pvt. Ltd, hlm 54.
669
Ibid.
670
Muin al-Din Chisti dari Ajmer merupakan pengasas pertama aliran tarekat yang tersusun di India. Tarekat
ini dikenali dengan nama Chistiyah. Ibid., hlm. 1.
671
Wahdathul wujud bermaksud kesatuan dalam hakikat Allah. Ahmad Faidzurrahim. (2013). Ibn Arabi:
Menyingkap Tabir Fitnah. Batu Caves, Selangor: Yamani Angle Sdn. Bhd, hlm. 40.
672
Saiyid Athar Abbas Rizvi.(1992). A History of Sufism in India, hlm. 1.
673
Bayly,Susan. (1989). Saints, Goddesses and Kings, hlm. 77.
289
bandar pesisir pantai Koromandel seperti di Porto Novo,674 Nagore, Karaikal, Muthupet,

Kilakkarai, Ervadi dan Kayalapattanam. Salah satu makam keramat wali yang terkenal di

India Selatan adalah dargah Mahaguru Sufi Shahul Hamid Nagore dan lazimnya digelar

Nagore Dargah. 675 Makam-makam keramat wali yang awal seperti di Porto Novo, Kovalam

dan Kolachel dikatakan berkaitan dengan para sahabat nabi.676 Makam-makam keramat wali

ini menjadi institusi yang suci kepada komuniti Tamil Muslim dan juga Hindu. Peranan

golongan pedagang Marakkayar dan Labbai dalam menaungi keramat-keramat wali dan

perayaan-perayaan memperingati para wali Allah mengukuhkan lagi kesinambungan

kewujudan makam keramat wali dan amalan penziarahan keramat di Pantai Koromandel.677

Sebahagian daripada bandar-bandar ini juga berperanan sebagai pusat-pusat Islam

yang penting di India Selatan. Misalnya, Kilakkarai dan Kayalapatnam merupakan bandar

yang menjadi pusat tradisi kebudayaan dan pengajian Islam yang penting bagi komuniti

Tamil Muslim Marakkayar. Pusat- pusat ini melahirkan para cendekiawan dan ilmuwan sufi

terkenal dan disanjung. Sebahagian besar sufi adalah penyair dan mereka telah

memperkayakan bahasa Tamil dan kesusasteraan Islam melalui penulisan serta karya

mereka. Misalnya, Peer Mohamed Aulia Sahib berasal dari Takkalai dan Shaikh

Sadaqatullah Appa (1632-1703)678 dari Kayalapatanam. Begitu juga Mastan Sahib, yang

berasal dari Tondi, seorang penyair yang terkenal dalam kalangan orang ramai. Kegiatan

dakwah, kata-kata hikmah dan perbuatan mereka menjadi faktor penyebaran Islam dan

674
Asalnya bandar ini dikenali dengan nama Mahmud Bandar. Ibid.
675
Dargah ini berkait rapat dengan cita-cita pembinaan negara pemerintah Maratha, Raja Thanjavur pada
kurun ke-17 dan kurun ke-18. Ibid., hlm. 91.
676
Raja Mohamed.(2004). Maritime History, hlm. 303.
677
Bayly,Susan. (1989). Saints, Goddesses and Kings, hlm. 84-86.
678
Syeikh Sadaqatullah merupakan seorang sufi dari tarekat Qadiriyah pada kurun ke-17 dan awal kurun ke-
18. Raja Mohamed.(2004). Maritime History, hlm. 303.
290
pengukuhan syiar Islam. Makam-makam para sufi secara umum dihormati oleh anggota

komuniti Tamil Muslim 679 dan juga pengamal tarekat dari seluruh India Selatan, Sri Lanka,

Malaysia dan Indonesia. 680 Amalan mewujudkan dan mengasaskan makam-makam keramat

yang bermula di kawasan pesisir pantai ini mula menyusup masuk ke kawasan pedalaman

Tamil Nadu, India Selatan termasuk Kadayanallur sejajar dengan penyebaran Islam yang

pesat ke kawasan-kawasan ini.

4.4 Perkembangan Sufisme di Kawasan Pedalaman India Selatan dan

Kadayanallur

Perbincangan seterusnya menjurus kepada perkembangan Islam dan pengaruh

sufisme ke kawasan pedalaman India Selatan termasuk kawasan Kadayanallur, Tirunelveli.

Hal ini sama seperti di kawasan pesisir pantai, telah membawa kepada kemunculan keramat-

keramat wali. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang menjadi skop kajian ini seperti

komuniti Tamil Muslim dari kawasan lain, juga terpengaruh dengan kepercayaan terhadap

makam keramat wali melalui proses ini. Hal ini berkait rapat dengan proses penyebaran

Islam melalui kegiatan dakwah para sufi di India Selatan yang mengakibatkan

perkembangan populasi India Muslim di kawasan pedalaman. Islam mula tersebar di

kawasan pedalaman seawal kurun ke-13 hingga kurun ke-14.681 Pada masa yang sama

melalui kegiatan perdagangan juga Islam dan tradisi sufisme turut berkembang secara

679
Ibid., hlm. 306.
680
Bayly, Susan.(1989). Saint, Goddesses and Kings, hlm. 91.
681
Ibid., hlm. 86.
291
beransur-ansur di kawasan pedalaman. Ketika akhir zaman pemerintahan Pandya682

misalnya, para pedagang Marakkayar dari kawasan pantai mempunyai hubungan

perdagangan dengan kawasan-kawasan yang mempunyai pusat-pusat tekstil yang utama.

Seterusnya, sebelum pengasasan Kesultanan Madurai (1323-1378) terdapat pergerakan

pedagang-pedagang dari kawasan pantai ke kawasan pedalaman Tamil Nadu dan tindakan

ini telah melahirkan pergerakan sufisme dan permulaan usaha penyebaran Islam di kawasan

pedalaman.

Melalui proses ini Islam diperkenalkan dan disebarkan kepada komuniti penenun

kain dan pekerja Tamil. Hal ini menjadi salah satu faktor kepada peningkatan populasi

masyarakat Islam di kebanyakan bandar penenunan kain. Terdapat bukti kewujudan

penempatan awal orang Islam di kawasan seperti Tenkasi, Pottapudur dan Kadayanallur.683

Di kawasan-kawsan ini terdapat populasi masyarakat Islam yang besar pada kurun ke-18

dan awal kurun ke-19. Pada peringkat awal, pengaruh para sufi telah mula berkembang

dalam kalangan komuniti pekerja industri berasaskan kulit dan pedagang pakaian, penenun

permaidani serta kain. Perkembangan positif ini, melahirkan sejumlah besar penganut Islam

yang baru khususnya dalam kalangan penenun kain dan permaidani. Sebahagian daripada

petani juga menerima agama Islam khususnya di kawasan-kawasan yang terletak

berhampiran dengan petempatan golongan artisan dan pedagang Islam.

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang bermazhab Syafie, para

sufi dari pesisir Pantai Malabar atau Kerala, telah memainkan peranan yang amat penting

682
Dinasti Pandya atau Pandyan merupakan antara dinasti tertua di India Selatan selain dinasti Chola dan
Chera. Dinasti ini telah memerintah sebahagian dari India Selatan dari tahun 600 SM dan bertahan
sehingga pertengahan kurun ke-14. Chopra, P.N., Ravindran,T.K. & Subrahmaniam, N. (1979). History of
South India, hlm. 120.
683
Bayly, Susan. (1989). Saint, Goddesses and Kings, hlm. 87.
292
dalam pengukuhan dan penyebaran syiar Islam di Kadayanallur dan kawasan sekitar pada

kurun ke-17. Penyebaran Islam dan pengaruh sufisme di Kadayanallur bertunjangkan Kerala

kerana faktor asal usul komuniti Tamil Muslim di kawasan ini yang berhijrah dari Kerala

dan mewujudkan petempatan baru di Kadayanallur pada pertengahan kurun ke-16. Rentetan

itu, pimpinan agama dan aliran sufisme yang mempengaruhi komuniti ini berpandukan

corak dan pengaruh Islam di Kerala. Seperti dibincangkan dalam bab 2 sebelum ini, sufi

Syeikh Meeran Lebbai yang berasal dari Kerala berperanan sebagai pemimpin agama dan

imam komuniti Tamil Muslim bermazhab Syafie di Kadayanallur pada peringkat awal.

Anak-anak beliau termasuk Syeikh Umar Lebbai, Syeikh Uthuman Lebbai, Syeikh

Muhamad Hassan dan Said Nagor Lebbai turut menjadi pemimpin agama yang dihormati

selepas beliau. Syeikh Uthuman Lebbai (w.1760M) dan keluarga beliau berperanan penting

dan paling berpengaruh dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.684 Syeikh

Uthuman Lebbai mempelajari dari ayahnya ilmu-ilmu kerohanian dan tasawuf serta sering

berzuhud dan bertafakur berasaskan tarekat Qadiriyah Chistiyah. Seterusnya, beliau juga

berguru dengan syeikh sufi tarekat Chistiyah iaitu Syed Masood.685 Syeikh Uthuman Lebbai

berbaiah dengan beliau serta menjadi murid yang setia kepada beliau. Mereka menyebarkan

syiar Islam di sekitar Kadayannallur, Tamil Nadu dan sehingga ke kawasan Sri Lanka.

Syeikh Uthuman Lebbai telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1760 ketika berumur 91

tahun dan disemadikan bersebelahan dengan ayah dan abang beliau. Makam beliau

kemudian dijadikan sebagai makam keramat dan dikenali sebagai Dargah Syeikh Uthuman

684
Ibrahim, S.A.(pnyt.). (2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm.73 dan 81.
685
Syed Masood merupakan seorang sufi tarekat Chistiyah yang berasal dari Gulbarga, India Utara. Beliau
telah sampai ke Kadayanallur dalam usaha dakwah untuk menyebarkan syiar Islam. Syeikh Uthuman
Lebbai telah berbai’ah dengan Syed Masood dan menjadi murid beliau. Mereka telah melaksanakan
perkhidmatan agama dan menyebarkan Islam ke kawasan sekitar Kadayanallur. Ibid., hlm. 441.
293
Lebbai di Kadayanallur. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur amat menghormati dan

menyanjungi beliau dan digelar sebagai Syeikhuna atau Syeikh kami. Syeikh Meeran Lebai,

waris-waris termasuk Syeikh Uthuman Lebbai dan para pengikutnya digelar sebagai Lebbai

Sahib.686

Dalam konteks pegangan terhadap sufisme komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

pada asasnya hidup bersatu sebagai sebuah jemaah yang mengikut aliran tarekat yang

dibawa oleh Syeikh Uthuman Lebbai.687 Namun, pertambahan jumlah anggota komuniti ini

menjadi faktor peralihan kepada guru tarekat lain dari Kerala untuk memenuhi keperluan

agama mereka. Kecenderungan komuniti ini terhadap para sufi dari Kerala berterusan

dalam pembentukan jemaah-jemaah tarekat yang baru. Berikutan perkembangan ini,

lahirlah kelompok atau jemaah komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang mengikut

syeikh-syeikh sufi dari Kerala. Antaranya ialah Said Abdul Rahman Masawi yang berasal

dari daerah Ponnani, Kerala yang telah mengasaskan Tankal Jamat. Aliran tarekat

pegangan jemaah ini adalah tarekat Qadiriyah. Tankal Jamat disertai oleh beberapa

keluarga dan terus berkembang di Kadayanallur.688 Seterusnya, Kondotty Jamat pula

diasaskan seorang sufi bernama Muhamad Husin Shah Turab Sahibullah Haja Rahimullah,

dari kawasan Kondotty, Kerala.689 Jemaah Kathatu pula lahir apabila anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur berbaiah dengan Syeikh Abu Bakar yang berasal dari kawasan

bernama Kathatu, Kerala.

686
Ibid., hlm. 81-83.
687
Ibid. Lihat juga Abdul Rahim.(1979). Islamiyah Kalaikalanchiam. vol 2. Chennai: Universal Publisher
and Book Seller, hlm.513.
688
Ibid., hlm. 81-83
689
Ibid., hlm. 82.

294
Kebiasaannya setelah para sufi ini meninggal dunia, makam mereka dijadikan

makam keramat wali oleh pengikut masing masing. Selain itu, terdapat juga replika keramat

dibina oleh para pengikut dan murid tarekat sebagai peringatan wali-wali Allah yang

dimakamkan di tempat lain. Dengan cara ini, pegangan terhadap makam keramat wali terus

berkembang dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Sehingga kini terdapat

13 buah dargah di Kadayanallur.690 Pegangan dan kepercayaan terhadap keramat wali tidak

ditinggalkan oleh komuniti ini setelah mereka berhijrah dan berkembang di Pulau Pinang

seperti komuniti Tamil Muslim lain. Namun, terdapat perbezaan dari segi manifestasi

kepercayaan dan pegangan tehadap sufi antara komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan

komuniti Tamil Muslim lain di Pulau Pinang. Aspek ini akan dibincangkan secara terperinci

dalam perbincangan seterusnya.

Secara keseluruhan kesinambungan institusi dargah atau makam keramat wali Allah

dan pautan terhadap institusi ini oleh komuniti Tamil Muslim, pada hakikatnya dipengaruhi

oleh faktor penyebaran Islam yang didokong oleh golongan sufi yang telah menyuntik serta

menyemai fahaman sufisme di India Selatan. Impaknya dalam jangka masa yang panjang

yang merangkumi beberapa kurun, komuniti Tamil Muslim di Tamil Nadu telah

mengembangkan satu corak yang sama dari segi kepercayaan tradisi yang memberi fokus

kepada rangkaian penziarahan dan kezuhudan terhadap makam keramat wali. Tradisi ini

juga berperanan sebagai elemen penyatuan komuniti Tamil Muslim yang kukuh, merintangi

690
Antara makam keramat wali yang terdapat di Kadayanallur adalah Maktun Nyanigar Dargah, Syekhuna
Wali Allah Dargah (Syeikh Othuman Lebbai), Mas’ud Nyanigar Rahmatullah ‘Alai Dargah (replika),
Kalantar Mastan Dargah Syeikhuna Sinta Madar Dargah (replika), Magan Thurab Shah Sahibullah
Rahmatullah ‘Alai Dargah, Markar Shah Walilullah Dargah, Kalvathar Nyanigar Dargah, Kaltaika
Dargah, Al--Syeikh Haja Muhaiyaddin Dargah Ayyapuram Dargah, Peer Muhammad Dargah (replika)
dan Nagoor Antavar Dargah (replika). Ibrahim, S.A.(pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu,
hlm. 437- 448.

295
rantau Tamil Nadu tanpa mengira daerah asal-usul mereka. Tradisi dan amalan-amalan

warisan sufisme yang merangkumi pegangan terhadap keramat, maulid dan ilmu wafaq

dalam kalangan komuniti ini, seterusnya berkembang akibat penghijrahan dan pembentukan

komuniti Tamil Muslim di luar India Selatan termasuk Pulau Pinang. Oleh yang demikian,

dalam perbincangan selanjutnya, perkembangan ketiga-tiga tradisi ini dalam komuniti Tamil

Muslim di Pulau Pinang akan diolah.

4.5 Perluasan Kepercayaan Terhadap Keramat di Pulau Pinang

Dalam perbincangan sebelum ini, telah diterangkan tentang penglibatan golongan

pedagang daripada kalangan Marakayyar khususnya diikuti Labbai dan Rawather di

bandar-bandar pelabuhan seperti Kayalpatnam, Kirrakalai dan Nagore dalam mendokong

dan menaungi amalan kepercayaan terhadap makam keramat wali di Tamil Nadu. Komuniti

pedagang Tamil Muslim ini yang berhijrah dan yang bergerak ke luar India kerana peluang

komersial tidak melupakan tradisi ini yang diamalkan di kawasan dan kampung halaman

asal usul mereka. Hal ini dapat dilihat dalam konteks Pulau Pinang dan Singapura. Apabila

Pulau Pinang dan Singapura diasaskan sebagai pelabuhan atau pusat pengumpulan SHTI,

golongan Marakkayar yang berpegang kepada wali Allah Shahul Hamid dari Nagore

adalah antara komuniti pedagang Tamil Muslim yang telah mula berkembang di George

Town, Pulau Pinang dan Singapura.691

Tradisi pegangan terhadap makam keramat wali amat penting bagi para pedagang

Tamil Muslim walaupun jauh daripada keramat asal di India. Apabila berpisah daripada
691
Susan Bayly.(1989). Saint, Goddesses and Kings, hlm. 93.
296
pusat keramat yang asal, pengikut sufi ini membina replika makam keramat wali Nagore

atau Nagore Dargah yang terletak di bandar pelabuhan Nagore, Tamil Nadu di tempat lain.

Setiap keramat replika yang dibina dianggap atau dilihat sama seperti yang asal iaitu tempat

turun dan berkumpulnya keberkatan. Tambahan pula, golongan pedagang ini menyediakan

pembiayaan dan harta yang cukup untuk memastikan tahap aktiviti keramat seperti di

Nagore. Mereka mewakafkan kedua-dua pusat keramat yang baru ini dan memberi

sumbangan dan sokongan untuk sambutan ‘‘urs atau perayaan memperingati wali di Pulau

Pinang dan Singapura sama seperti yang diadakan di keramat yang asal.692

Pada hakikatnya, penghijrahan komuniti Tamil Muslim ke kawasan lain di luar

India Selatan meluaskan dan menyemarakkan lagi tradisi amalan pegangan terhadap

keramat. Pemisahan mereka daripada keramat asal sebenarnya tidak membawa kepada

pegangan Islam yang lebih universal tanpa unsur keramat. Penerusan amalan ini bukan

sahaja mempengaruhi amalan komuniti Tamil Muslim malah turut meletakkan asas

kepercayaan terhadap keramat dalam kalangan masyarakat tempatan di luar India. Keadaan

ini dapat disaksikan dalam konteks latar belakang kewujudan keramat yang melibatkan

masyarakat Islam lain khususnya komuniti Melayu di Pulau Pinang.

Amalan kepercayaan keramat dalam kalangan komuniti Melayu mempunyai pengaruh

komuniti Muslim dari India yang sudah lama bertapak di Pulau Pinang. Oleh itu, terdapat

sejumlah keramat di Pulau Pinang yang melibatkan komuniti Melayu dan juga India Muslim
693
sejak sebelum kedatangan Francis Light. Menurut kajian Abdul Kahar terhadap masjid

dan keramat di Pulau Pinang pada tahun 1974, telah menyenaraikan sebanyak 24 buah

692
Ibid., hlm. 93-94.
693
Ibid.
297
keramat wali di Pulau Pinang.(sila rujuk Lampiran Enam Belas.). Antara keramat ini yang

senaraikan oleh Abdul Kahar, hanya lima keramat melibatkan komuniti India Muslim yang

merangkumi Nagore Dargah di Lebuh Chulia, Keramat Shaik Ismail, Makam Ma’amah,

Keramat Tuah dan Keramat Dato Koya.

Walau bagaimanapun, mengikut pemerhatian dan tinjauan penyelidik, kajian Abdul

Kahar dan rakan-rakan, mengenai keramat yang melibatkan komuniti Tamil Muslim di

Pulau Pinang tidak menyeluruh. Didapati masih wujud keramat-keramat kecil yang menjadi

tumpuan anggota komuniti ini yang tidak disenaraikan antaranya Keramat Sikandar di Bukit

Chinanah, Kebun Bunga, Keramat Kafur Ali di Taman Jesselton, Keramat Batu Gantung,

Air Itam dan Keramat Pulau Keramat, Tanjung Bungah.694 Keramat-keramat ini menjadi

tumpuan dalam kalangan sebahagian kecil penziarah dan pengamal tarekat. Antara keramat

ini seperti Keramat Bukit Chinanah dan Keramat Pulau Keramat atau popular sebagai kutti

malai pernah menjadi keramat yang popular dalam kalangan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur sehingga awal tahun 1980-an. Keramat Bukit Chinanah atau Santhanamalai

misalnya pernah menjadi keramat yang paling ramai dikunjungi Tamil Muslim

Kadayanallur bersama kaum keluarga masing-masing setiap tahun khususnya ketika

perayaan kanthoori keramat tersebut. Namun begitu, fokus kajian tidak menjurus kepada

keramat-keramat kecil ini kerana hanya dikunjungi oleh segelintir anggota komuniti ini

malah terdapat keramat yang telah dirobohkan misalnya Keramat Bukit Chinanah telah

dirobohkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada tahun 1984.695 Oleh yang

694
Penyelidik sendiri pernah menyertai perayaan di keramat ini ketika zaman kanak-kanak pada awal tahun
1980-an. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai wali Allah yang disemadikan di makam-makam
keramat ini tidak banyak diketahui. Mengikut tinjauan penyelidik, hanya nama mereka sahaja diketahui,
asal usul mereka tidak begitu jelas dan tidak ada bukti yang kukuh.
695
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Iqbal Islamiyah Yang Ke-19.(1985). Pulau Pinang, 28 Mei, hlm.3.
298
demikian, perbincangan seterusnya akan hanya menjurus kepada penglibatan komuniti

Tamil Muslim dalam amalan kepercayaan kepada makam keramat wali di Pulau Pinang

berpandukan amalan mereka di Keramat Nagore dan Keramat Dato Koyah.

4.5.1 Nagore Dargah

Perbincangan selanjutnya akan menyentuh tentang perkembangan amalan

kepercayaan terhadap keramat wali khususnya Keramat Nagore dan Keramat Dato Koyah

dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang. Kedua-dua keramat ini merupakan

pusat penziarahan komuniti Tamil Muslim yang paling aktif di bandar George Town. Oleh

yang demikian, aspek sejarah kewujudan kedua-dua makam keramat ini akan diberi fokus.

Selain daripada itu, penglibatan komuniti Tamil Muslim dan juga komuniti lain dari

pelbagai latar belakang sosial dan agama dalam amalan kepercayaan terhadap keramat juga

akan disentuh.

Pegangan dan kepercayaan yang kuat terhadap keramat wali telah mendorong

komuniti pedagang Tamil Muslim khususnya golongan Marakkayar untuk membina sebuah

replika Nagore Dargah yang terletak di kawasan Nagore, Tamil Nadu, India. Replika

keramat wali yang dinamakan dengan nama yang sama iaitu Nagore Dargah yang terletak di

Lebuh Chulia, George Town, Pulau Pinang.696 Bangunan replika ini dianggap sama seperti

Nagore Dargah yang asal, sebagai tempat turunnya keberkatan. Golongan peniaga

Marakkayar dan Rawthar menyediakan pembiayaan dan harta yang cukup untuk

memastikan tahap aktiviti keramat diteruskan sama seperti Nagore Dargah yang sebenar.
696
Abdul Kahar bin Yusoff et al. (1974). Historical Survey of the Mosques, t.h.
299
The Hand Book of the Mohammedan and Hindu Endowments Board 697 mencatatkan

bangunan ini sebagai Nagore Mosque atau Masjid Nagore. Nagore Dargah berbeza

daripada keramat lain kerana tiada batu nisan wali tetapi hanya terdapat binaan seupama

makam sebagai memorial kepada wali, Shahul Hamid yang telah meninggal dunia dan

dikebumikan di Nagore, Tamil Nadu, India. Bangunan replika Nagore Dargah ini dibina di

atas tanah yang telah diperuntukkan oleh SHTI pada 2 November 1801 di bawah gran

bernombor 368/1801 di bahagian utara Lebuh Malabar698 untuk tujuan agama.699 (Sila rujuk

Gambar Foto 4.1 yang memaparkan bangunan Nagore Dargah, George Town.). Makam

keramat wali ini telah dibina oleh Nakarsah Jemadar sebagai peringatan kepada wali Allah

Nagore iaitu Shahul Hamid di samping berperanan sebagai pusat tarekat Qadiriyah di luar

India. Dari konteks pengurusan, walaupun tidak ada lembaga pengurus atau pemegang

amanah dilantik secara rasmi oleh pihak berkuasa British namun Nagore Dargah ini

dikendalikan dan diurus anggota keluarga Vapoo Dorai Saiboo yang mendakwa berasal

daripada keturunan wali Allah Shahul Hamid. Barangkali atas dasar ini, terdapat sebuah lagi

makam disemadikan di dalam bangunan keramat ini dikatakan adalah Shaik Abdul Kadir

alias Sheena Naina Sahib yang meninggal pada tahun 1850. Beliau merupakan bapa kepada

Vapoo Saiboo.700

Dalam konteks pengurusan keramat ini, selepas Ordinan Endowment 1905

dilaksanakan, Nagore Dargah telah diambil alih oleh The Mohammedan and Hindu

697
The Hand Book of the Mohamedan and Hindu Endowments Board. (1932)., hlm. 17.
698
Jalan Malabar adalah nama asal Lebuh Chulia sekarang. Tanah tersebut mempunyai keluasan 1656 kaki
persegi di bahagian baratnya adalah Lebuh King dan di bahagian selatan pula Lebuh Malabar. Ibid.
699
Ibid.
700
Ghulam Sarwar Yousof.(2013). Issues in Traditional Malaysian Culture, Singapore: Partridge Singapore,
hlm. 21.
300
Endowments Board. 701 Walau bagaimanapun, keramat ini masih diurus selia oleh komuniti

Tamil Muslim dari kalangan Marakkayar khususnya golongan pedagang dan saudagar.

Pembiayaan kewangan dan pengurusan darga ini dikendalikan secara persendirian oleh

peniaga Tamil Muslim khususnya Marakkayar sehingga kini.702

4.5.2 Keramat Dato Koyah

Keramat Dato Koyah pula merupakan sebuah lagi keramat yang popular dan kerap

diziarahi oleh anggota komuniti Tamil Muslim dan komuniti lain. Keramat ini adalah

sebuah bangunan berbentuk empat segi yang terletak di Jalan Transfer, George Town. Di

dalam bangunan ini terdapat makam wali bernama Syed Mustapha Idris. Beliau telah

meninggal dunia pada tahun 1840 dan sejurus peninggalan beliau makam tersebut dibina.

Keramat ini terkenal dengan gelaran Keramat Dato Koya dan juga dikenali dalam kalangan

masyarakat sekitar tahun 1870-an sebagai Keramat Fakir.703 Dato adalah nama yang

terkenal yang digunakan oleh orang Melayu, India dan China untuk beberapa jenis keramat.

Bagi keramat Muslim atau kubur dirujuk demikian sebagai tanda penghormatan. Batu nisan

di makam ini asalnya dibuat daripada kayu namun telah digabung dengan pembinaan batu

yang lebih besar. Kepala kayu batu nisan tersebut masih kelihatan.704 Namun, tidak ada

rekod yang dipelihara dan tiada inskripsi atas batu nisan tersebut.

Syed Mustafa Idris atau Dato Koyah berasal dari Pantai Malabar, India Selatan dan

dibawa ke Pulau Pinang oleh British sebagai seorang banduan. Beliau dihormati di Malabar

701
Ibid.
702
Senarai Ahli Jawatankuasa Pengurusan yang dipaparkan dalam Nagore Dargah. (Sila Rujuk Lampiran
Tiga Belas.)
703
Muhammad Ibrahim Munsyi.(1980). Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. (Dengan pengenalan
dan anotasi oleh Mohd. Fadzil Othman).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 110-111.
704
Abdul Kahar et.al (1974). Historical Survey of Mosques and Kramat on Penang Island. t.h.
301
sebagai seorang alim yang telah menziarahi Mekah dan Madinah. Malangnya, beliau

dituduh terlibat dalam pembunuhan sedangkan beliau tidak melakukan pembunuhan

tersebut.705 Oleh itu, beliau telah ditangkap oleh pihak British kerana membunuh dan

dijadikan banduan di Pulau Pinang yang berperanan sebagai pusat penahanan banduan dari

India pada akhir kurun ke-18 dan pada kurun ke-19.

Beliau telah dihantar ke Pulau Pinang bersama banduan-banduan India yang lain

sebagai pekerja pembinaan.706 Mengikut cerita tradisi masyarakat Islam di Pulau Pinang,

kekeramatan dan amalan mistik Syed Mustafa Idris sebagai seorang wali terserlah dalam

kalangan buruh-buruh banduan. Kuasa mistik digunakan untuk melindungi diri beliau dan

daripada layanan yang tidak adil. Kemampuan beliau sentiasa dapat menyusup keluar dari

penjara dan kejadiaan-kejadiaan misteri yang berlaku dalam kerja-kerja pembinaan oleh

para banduan jelas menunjukkan unsur-unsur mistik beliau. Hal yang demikian, beliau

dibebaskan oleh pihak polis.707 Beliau kemudian menjadi fakir yang meminta sedekah dan

sentiasa memberi makan kepada orang ramai khususnya kanak-kanak sekitar Kampung

Malabar, George Town.708 Selain daripada itu, beliau juga mempunyai karamah yang boleh
709
mengubati penyakit. Menurut catatan Muhammad Munsyi Ibrahim yang menziarahi

keramat ini pada 24 April 1872 ketika melawat Pulau Pinang, Syed Mustafa telah

dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman selama tujuh tahun dan beliau terpaksa

705
Muhammad Ibrahim Munsyi.(1980). Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, hlm. 111. Lihat juga
Khoo Su Nie. (1993). The Streets of Georgetown, hlm. 161
706
Bermula pada tahun 1789, kerajaan British di India telah menggunakan Pulau Pinang sebagai tempat
untuk banduan menjalani hukuman selama tujuh tahun atau lebih daripada itu. Pada tahun 1789,
beberapa banduan mula dihantar ke Pulau Pinang seterusnya ke Melaka dan Singapura Banduan-banduan
didatangkan dari India ke Negeri-Negeri Selat dari 1796 sehingga akhir tahun 1873. Mereka berasal dari
pelbagai wilayah di India dan mereka juga terdiri daripada pelbagai suku kaum. Sandhu,Kernial Singh.
(1969). Indians in Malaya, hlm. 204.
707
Muhammad Ibrahim Munsyi.(1980). Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, hlm. 111.
708
Ibid.
709
Khoo Su Nie.(1993). The Streets of Georgetown, hlm. 161.
302
tinggal di Pulau Pinang kerana tidak dibenarkan kembali ke India oleh pihak British. Beliau

menghabiskan hidup beliau dengan menjadi fakir selama lima tahun sebelum meninggal

dunia.710

Beliau disayangi dan dihormati oleh komuniti Malabar dan penduduk sekitar George

Town. Apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1840, jenazah beliau dikebumikan di

tempat beliau biasa duduk iaitu di bawah sebatang pokok dan mengikut peredaran masa

kubur beliau dijadikan makam keramat wali. Hal yang demikian kerana kekeramatan beliau

terserlah melalui kejadian-kejadian pelik berlaku di perkuburan beliau. Kejadian ini

dinyatakan oleh Muhammad Munsyi Ibrahim dalam catatan beliau seperti berikut:

“Demikianlah halnya itu hingga kira-kira lima tahun lamanya sakitlah ia lalu mati dan
dikuburkan orang pada tepi Jalan Hatin itu. Maka ada kira-kira berapa hari kemudian
daripada dikuburkan dia itu, orang-orang rumah yang dekat-dekat di situ pada tiap-
tiap malam mendengar bunyi ratib dekat kubur itu. Dan ada pula orang-orang yang
masuk alamat mengatakan dia itu keramat dan nisan kuburnya pun berjarak sendiri
dan kuburnya menjadi lebih panjang daripada masa ditanam. Maka yakinlah orang-
orang itu mengatakan ‘keramat’ lalu diperbuatkan adat oleh mereka itu tiap-tiap tahun
sekali,….”

Berikutan perkembangan ini, pihak berkuasa British bukan sahaja menganugerahkan tanah

yang berstatus tanah wakaf untuk pembinaan makam dan malah telah menamakan jalan

berdekatan sempena nama beliau iaitu Jalan Dato Koya. Pengikut asal Dato Koyah adalah

komuniti Islam Malabar yang tinggal di Kampung Malabar dan Jalan Dato Koyah.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang memulakan penempatan di Pulau

Pinang sejak tahun 1890-an, mula menetap sekitar Keramat Dato Koyah telah melibatkan

diri dengan amalan-amalan dalam keramat ini. Latar belakang sejarah komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur yang berkaitan dengan komuniti Malabar dari segi asal usul dan

710
Muhammad Ibrahim Munsyi.(1980). Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, hlm. 111.
303
syeikh-syeikh tarekat yang berketurunan Malabar, mewujudkan ikatan dengan komuniti

Malabar di Pulau Pinang. Tambahan pula, wali Allah Dato Koyah sendiri berketurunan

Malabar dan persamaan ini mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua komuniti. Seterusnya,

faktor penempatan di kawasan sekitar keramat ini, mendorong mereka menziarahinya

berbanding dengan keramat lain. Oleh yang demikian, dalam konteks Keramat Dato Koyah,

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur telah mengambil berat dan terlibat secara langsung

dalam penerusan dan pemeliharaan warisan keramat ini.711 Walau bagaimanapun, keturunan

anggota komuniti Malabar menjadi pemegang amanah untuk menjaga keramat ini pada

peringkat awal.712 Bagi komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, Keramat Dato Koyah

dikenali dengan nama Koyah Palivassal atau Masjid Koyah.713 Majoriti pengunjung dan

penziarah keramat ini adalah dari kalangan komuniti ini berbanding dengan komuniti Tamil

Muslim dari daerah lain.

Perayaan mengingati wali Allah atau kanthoori diadakan pada 5 Safar setiap tahun.

Beras dan makanan dibahagikan kepada fakir miskin dan orang ramai. Pembahagian dan

pengagihan beras kepada orang miskin akan berlangsung selama 10 hari pada asalnya

namun jumlah hari berubah mengikut peredaran masa. Pada masa-masa lain, orang akan

711
Temu bual dengan Abdul Rashid bin Mashood pada 26 Januari 2014. Menurut beliau, komuniti Tamil
Muslim Kadayanallur mengambil tanggungjawab untuk memelihara Keramat Dato Koyah sehingga
mereka telah menubuhkan Persatuan Pemuda Dato Koyah pada tahun 2010.
712
Walaupun terdapat senarai pemegang amanah sejak zaman British dalam mentadbir Keramat Dato Koyah
namun kuasa pentadbiran mereka terbatal mengikut undang-undang pentadbiran tanah wakaf. Dalam
aspek penguatkuasaan pentadbiran tanah wakaf, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) merupakan
pemegang amanah tunggal yang mentadbirkan kesemua harta wakaf di Pulau Pinang mengikut seksyen 9
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1959. Oleh itu, MAIPP berhak menentukan pihak yang
bertanggungjawab dan layak untuk mengurus bangunan di atas tanah wakaf. Kamarudin Ngah. (1992). Isu
Pembangunan Tanah Wakaf. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.9.
713
Temu bual dengan Mashood bin Eusoff pada 28 Mac 2013.
304
datang untuk mengunjungi keramat ini untuk memenuhi hajat mereka melalui berdoa di

keramat ini.

4.6 Amalan di Keramat dan Perayaan Kanthoori

Tradisi pegangan terhadap keramat dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Pulau

Pinang melibatkan bentuk-bentuk amalan dan perayaan di dalam keramat. Pewarisan dan

penerusan tradisi ini dari Tamil Nadu mempunyai pengaruh yang besar terhadap

perkembangan amalan-amalan di dalam keramat yang terdapat di Pulau Pinang. Dalam

perbincangan berikut aspek-aspek tersebut akan diperincikan.

4.6.1 Amalan di Keramat Pulau Pinang

Dalam konteks amalan di dalam keramat, amalan dan perayaan mengingati para

wali dilaksanakan di India Selatan pada asalnya diteruskan dan dipelihara tradisinya di

Pulau Pinang. Oleh yang demikian, amalan dalam keramat di India Selatan ditinjau sebelum

meneliti amalan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang. Kebiasaannya anggota komuniti

Tamil Muslim mengunjungi keramat ketika perayaan mengingati para wali dan juga pada

hari Khamis dan Ahad setiap minggu. Mereka hadiahkan surah al Fatihah dengan bunga-

bungaan dan wangi-wangian, manisan dan memohon agar hajat mereka diterima. Selain itu

mereka juga sedekahkan wang dan bernazar dengan pemberian atau perantaraan barangan

tertentu yang menjadi simbolik kepada hajat dan nazar mereka. Mereka yang bernazar akan

membawa dan mempersembahkan barangan atau objek menyerupai buaian kerana inginkan

305
Gambar Foto 4.1
Nagore Dargah, Lebuh Chulia, George Town.

Sumber: Gambar foto ini diambil oleh penyelidik semasa menjalankan kerja
lapangan pada 23 November 2013.

306
anak, bentuk anggota badan yang dibuat daripada logam seperti aluminium, perak dan emas

yang menyerupai tangan, kaki, mata, telinga, hidung, perut dan sebagainya agar penyakit di

anggota badan tersebut sembuh.714 Seterusnya dalam keadaan tertentu kanak-kanak juga

dibawa ke keramat untuk upacara mencukur rambut. Hampir semua penziarah akan

bersumpah dan bernazar untuk melaksanakan nazar mereka. Lazimnya, mereka menziarahi

keramat sekali lagi jika hajat mereka tercapai malah ada antara mereka menunaikan nazar

dengan bercukur dan mengadakan kenduri untuk orang miskin.

Pesakit penyakit sakit jiwa juga dibawa ke keramat wali untuk tujuan perubatan dan

pemyembuhan. Sebahagian daripada keramat terpilih di India Selatan seperti di Eravadi,

Nagore dan Papavoor dianggap lebih efektif sebagai pusat penyembuhan penyakit-penyakit

yang berkaitan dengan mental berbanding dengan klinik dan institusi perubatan moden.

Lazimnya, para pesakit mental dan jiwa akan ditempatkan selama sebulan di keramat-

keramat ini agar mereka sembuh daripada penyakit tersebut. Kedua-dua golongan Muslim

dan Hindu mempunyai keyakinan bahawa pesakit sakit jiwa boleh sembuh di keramat wali.

Kebiasaannya kelopak bunga ros kering dan manisan akan diagihkan kepada

penziarah dargah malah ada juga yang mengagihkan simpulan kain hitam yang dibacakan

ayat-ayat al-Quran kepada para penziarah. Hal ini dilakukan atas permintaan penziarah

dengan bayaran tertentu. Simpulan dipakai pada leher, tangan, lengan dan anggota badan

lain. Lelaki dan perempuan memakainya sebagai pendinding untuk mengelakkan diri

mereka daripada gangguan makhlus halus.715 Kebanyakan amalan ini diamalkan oleh

masyarakat Hindu yang juga menziarahi makam keramat. Komuniti Hindu juga mempunyai

714
Raja Mohamed.(2004). Maritime History, hlm. 310.
715
Ibid., hlm. 311.
307
keyakinan yang kuat terhadap keberkatan dan karamah sufi Muslim dalam sesebuah

keramat. Akibatnya, anggota komuniti Hindu lebih ramai menziarahi makam keramat ini

berbanding dengan komuniti Islam seperti yang berlaku di Nagore Dargah, India.

Komuniti Tamil Muslim meneruskan kepercayaan terhadap makam keramat sejak

penempatan mereka di Pulau Pinang mengikut tradisi yang diwarisi dari Tamil Nadu, India.

Keramat dianggap sebagai tempat yang penuh dengan keberkatan, memenuhi hajat, mencari

penyelesaian masalah kesihatan dan jiwa. Berdasarkan pemerhatian penyelidik di Nagore

Dargah dan Keramat Dato Koyah, George Town, para penziarah menjadikan tempat ini

untuk mendapatkan keberkatan, berdoa untuk kebaikan dan kebahagian serta bernazar untuk

memenuhi hajat melalui wali.716 Sama seperti di India Selatan, dargah dirujuk sebagai pusat

penyembuhan penyakit yang tidak dapat sembuh melalui perubatan moden. (Sila rujuk

Gambar Foto 4.2 yang memaparkan penziarah yang berdoa di Keramat Dato Koyah)

Kebiasaannya makam keramat diziarahi oleh komuniti Tamil Muslim dan juga komuniti

lain termasuk komuniti Melayu dan India yang beragama Hindu. Makam keramat

dikunjungi setiap hari namun menjadi tumpuan ramai seperti di India, pada hari Khamis

atau malam Jumaat dan pada hari sambutan perayaan memperingati wali Allah. Amalan-

amalan yang sering dilakukan oleh penziarah adalah berdoa, membaca Surah Yasin dan

Fatihah sebagai hadiah kepada wali keramat. Pada dasarnya, amalan yang popular oleh

kebanyakan penziarah ialah bernazar agar hajat mereka diterima Allah melalui proses

tawassul. Di Nagore Dargah misalnya, teks doa tawassul dipaparkan agar dibaca oleh

penziarah. Walau bagaimanapun, menurut Kamarulzaman, petugas agama di Nagore

716
Penyelidik telah menjalankan kajian lapangan dan pemerhatian di Nagore Dargah, George Town, Pulau
Pinang dan Keramat Dato Koya pada 23 November 2013.
308
Dargah, hanya segelintir daripada penziarah sahaja berbuat demikian.717 Penziarah juga

bernazar agar hajat mereka dipenuhi.

Dalam konteks amalan bernazar, keramat bertindak sebagai salah satu tempat alternatif

untuk bernazar khususnya bagi wanita yang tidak mempunyai anak. Jika mereka

memperoleh anak selepas bernazar di sini, sebagai tanda penghargaan, anak tersebut

dinamakan sempena nama wali Allah yang dimakamkan. Pemberian atau sedekah dalam

bentuk wang, buah-buahan, makanan dan manisan disediakan oleh penziarah untuk

diberikan kepada orang miskin dan agar mereka memperoleh kebaikan serta hajat mereka

dipenuhi melalui amalan ini. Wang biasanya dimasukkan dalam tabung keramat. Tambahan

pula, bunga-bungaan ditaburkan atas batu peringatan Syeikh Shahul Hamid sebagai tanda

penghormatan.718

Anggota masyarakat yang beragama lain khususnya Hindu, menjadi antara penziarah

yang sering mengunjungi keramat wali di Pulau Pinang. Kepercayaan mereka terhadap

kuasa mistik, keberkatan dan penyembuhan dimenifestasikan melalui kekerapan kunjungan

mereka ke keramat. Berdasarkan permerhatian penyelidik di Nagore Dargah, Lebuh Chulia,

seorang wanita datang ke makam keramat, berdoa dan memasukkan sedikit wang dalam

tabung dan beredar ke tempat kerja. Begitu juga, seorang wanita beragama Hindu

berkunjung ke Nagore Dargah dan meminta penjaganya agar menaburkan bunga atas batu

peringatan wali Allah Shahul Hamid Nagore. Dari konteks peranan makam keramat sebagai

pusat penyembuhan, disaksikan penyelidik pada masa pemerhatian beliau melalui

717
Temu bual dengan Kamarulzaman Jalaludin pada 28 November 2013. Beliau merupakan seorang petugas
agama yang berkelulusan pengajian Islam dari Thanjavur, India. Beliau digaji oleh jemaah pengurusan
Nagore Dargah, Lebuh Chulia, Pulau Pinang sejak tahun 2000.
718
Raja Mohamed.(2004). Maritime History, hlm. 309.
309
kunjungan seorang wanita beragama Hindu bersama anak perempuan beliau yang sakit ke

makam keramat untuk mendapatkan air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran. Air tersebut

dijadikan penawar bagi penyakit anak beliau. Menurut Kamarulzaman, keajaiban berlaku

melalui proses ini, penyakit yang dihidapi sembuh dengan izin Allah. Penziarah yang datang

untuk mendapatkan air penawar ini terdiri daripada semua bangsa termasuk komuniti

Melayu dan India.719 Selain air jampian, kegiatan membuat dan menjual azimat yang diikat

dengan tali hitam juga dijalankan di Nagore Dargah, George Town, Pulau Pinang seperti di

dargah-dargah di India. Azimat diberikan kepada pesakit atas permintaan penziarah sebagai

pelindung dari gangguan makhluk halus.

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur penziarahan ke makam

keramat pernah dilakukan ketika majlis perkahwinan. Salah satu tradisi anggota komuniti ini

adalah menziarahi Nagore Dargah dan Keramat Dato Koyah semasa berlangsungnya majlis

perkahwinan. Setelah majlis akad nikah, pengantin lelaki akan diarak ke dua-dua makam

keramat ini untuk berdoa dan mendapakan keberkatan agar rumah tangga yang bakal dibina

penuh dengan kebahagiaan dan berkekalan.720 Walau bagaimanapun, tradisi ini hanya

bertahan sehingga akhir tahun 1970-an dan tidak lagi diamalkan oleh komuniti ini.

Selain daripada amalan ziarah, terdapat kumpulan pengamal tarekat yang mengadakan

majlis zikir di kedua-dua makam keramat ini. Kumpulan pengamal tarekat ini terdiri

daripada kalangan komuniti Tamil Muslim dan juga komuniti Melayu.721 Kumpulan ini juga

mengadakan majlis bacaan maulid. Berbeza dengan dargah-dargah di India, Nagore Dargah

dan juga Keramat Dato Koyah tidak sekadar berperanan sebagai keramat sebaliknya

719
Ibid., hlm. 309.
720
Temu bual dengan Mashood bin Eusoff pada 28 Mac 2013.
721
Ibid.
310
berperanan sebagai surau. Amalan solat juga dijalankan di kedua -dua tempat ini pada hari-

hari tertentu. Selain daripada amalan-amalan yang dibincangkan di atas, amalan yang utama

yang dijalankan di kedua-dua makam keramat wali ini adalah sambutan perayaan hari

peringati wali Allah atau kanthoori setiap tahun. Seterusnya perincian mengenai perayaan

ini akan dibincangkan.

4.6.2 Perayaan Kanthoori

Antara amalan utama yang dijalankan di makam keramat adalah perayaan

mengingati dan menghormati para wali Allah yang dimakankan di makam keramat masing-

masing oleh komuniti Tamil Muslim. Perayaan ini diadakan setiap tahun sempena

mengingati dan menghormati wali Allah yang telah meninggal dunia.722 Perayaan tahunan

ini disambut sebagai tanda ulang tahun hari kematian wali Allah. Komuniti Tamil Muslim

yang terlibat meraikan perayaan ini untuk beberapa hari dan menarik kunjungan dan

penyertaan ramai orang. Sambutan perayaan ini dikenali sebagai kanthoori, ‘urs dan

santhanakoodu dalam kalangan komuniti Tamil Muslim. Di India Selatan, istilah untuk

perayaan ini adalah ‘urs dari segi bahasa bermaksud perkahwinan. Menurut Susan Bayly,

‘urs dalam konteks perayaan di keramat bermaksud satu pertemuan yang amat

menggembirakan dengan Tuhan yang berlaku apabila seorang sufi meninggal dunia.723 Di

Tamil Nadu, istilah kanthoori atau kanturi724 digunakan secara meluas berbanding dengan

722
Raja Mohamed. (2004). Maritime History, hlm. 306.
723
Bayly, Susan (1989). Saint, Kings and Goddess, hlm. 143.
724
Kanthoori yang disebut juga sebagai kanduri dan kandri, berasal daripada perkataan Turki dan muncul
dalam sastera Islam Tamil klasik Yakobu Siddar Padal (lagu puisi Yakobu Siddar) pada kurun ke-17.
Dalam puisi tersebut perkataan kanthoori dirujuk sebagai tindakan pemberian makanan kepada orang
311
istilah ‘urs. Jika dilihat dari perspektif asal-usul perayaan kanthoori, ia telah diperkenalkan
725
di India Selatan semasa pemerintahan Bhamini Sultan Ahmed Shah I (1422-1436) yang

pada asalnya disambut sebagai ulang tahun kematian raja.726 Lama-kelamaan sambutan telah

menjangkau kepada pemimpin agama khususnya para wali Allah. Di Tamil Nadu, sambutan

kanthoori ini mempunyai cara sambutan yang berbeza mengikut keramat yang berlainan.

Antaranya, melibatkan perarakan kenderaan, objek-objek tertentu, tarian, nyanyian, berjalan

atas api, penyembelihan kerbau dan ayam yang mempunyai pengaruh budaya Hindu dan

hampir sama dengan apa yang dilakukan terhadap dewa-dewa sakti Hindu. Walau

bagaimanapun, di beberapa keramat tertentu, upacara kanthoori dilaksanakan secara

sederhana dengan membaca maulid dan al-Quran.

Dalam pelaksanaan kanthoori ritual yang dikenali sebagai santhanakoodu

merupakan antara aktiviti yang utama.727 Menurut Susan Bayly, perayaan kanthoori Tamil

Muslim, penyapuan cairan cendana ke atas batu nisan makam wali keramat diamalkan

sebagai satu amalan yang mendamaikan dan menghalang kuasa serta tenaga berbentuk

hukuman atau pembalasan dari wali.728 Amalan ini sebenarnya mempunyai persamaan

dengan ritual Hindu yang sama iaitu menyapukan cairan cendana ke atas berhala dewa

untuk mengurangkan dan menghalang kuasa sakti pemusnah dewa Tamil Hindu. Komuniti

miskin ketika sambutan ulangtahun kelahiran atau kematian seorang wali. Raja Mohamed.(2004).
Maritime History, hlm. 307.
725
Kesultanan Bahmani merupakan kerajaan Islam pertama di Deccan, India Selatan (1347–1527).
Kesultanan Deccan ini telah diasaskan oleh Alauddin Hassan Bahman Shah yang telah memberontak
terhadap Sultan Muhammad bin Tughlaq dari Kesultanan Delhi. Schimmel Annemarie. (1980). Islam in
the Indian Subcontinent, hlm.51.
726
Raja Mohamed.(2004). Maritime History, hlm. 306.
727
Bayly Susan.(1989). Saints, Goddesses and Kings, hlm. 143.
728
Ibid., hlm. 146.
312
Tamil Muslim dan juga mereka yang beragama Hindu serta daripada pelbagai latar belakang

sosial dan agama turut terlibat dalam upacara santhanakoodu di seluruh Tamil Nadu.

Ketika sambutan ini, sebuah periuk atau bekas yang mengandungi cairan cendana

diarak ke keramat dengan kereta yang dihias, dengan iringan muzik dan permainan mercun

atau bunga api dan orang ramai turut memberi penghormatan kepada belanga periuk cairan

cendana. Di akhir perarakan, periuk ini diterima dengan penuh penghormatan dan cairan

cendana disapu pada batu nisan wali di keramat tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam upacara

khantoori yang dijalankan di Nagore Dargah, Tamil Nadu yang mengambil masa selama 14

hari. Perayaan ini bermula dengan upacara menaikkan bendera. Upacara khusus dijalankan

setiap malam. Pada hari ke sepuluh periuk cendana dibawa dengan kenderaan yang dihiasi

dalam perarakan dari Nagapattinam dengan muzik dan hiburan. Individu yang terdiri

daripada Muslim dan Hindu lazimnya berdiri sepanjang jalan dan memberi penghormatan

terhadap periuk cairan cendana. Apabila periuk tersebut sampai ke Nagore Dargah, periuk

cendana tersebut diterima dengan penuh penghormatan dan cairan cendana disapu pada batu

nisan makam keramat wali Allah Shahul Hamid.729 Terdapat rebutan dalam kalangan

pengunjung untuk mendapatkan sedikit cairan cendana tersebut yang dianggap mempunyai

keberkatan. Pada akhir upacara ini, manisan dan makanan diedarkan dan dibahagikan

kepada para pengunjung.

Bagi komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang, perayaan kanthoori diadakan setiap tahun

sebagai amalan warisan mengikut tarikh hari kewafatan wali Allah, Shahul Hamid di

Nagore Dargah dan Syed Mustafa, Keramat Dato Koya. Dalam konteks Nagore Dargah di

729
Raja Mohamed.(2004). Maritime History, hlm. 307-308.
313
Pulau Pinang, meskipun bangunan dargah ini hanya sebuah replika dargah yang asal,

perayaan kanthoori tetap diadakan pada hari kewafatan wali Allah Shahul Hamid selama 14

hari iaitu berrmula 1 sehingga 14 Jamadil Akhir. Perayaan ini diadakan selari dengan

perayaan di Nagore, Tamil Nadu. Sambutan perayaan ini dijalankan selama 14 hari selepas

waktu Asar, bacaan maulid dijalankan beserta kenduri dan pemberian makanan lazimnya

nasi minyak serta manisan yang dikenali sebagai nercai kepada penziarah dan orang-orang

miskin. Upacara menaikkan bendera hijau dijalankan pada hari pertama sebagai simbol

bermulanya perayaan memperingati wali. Sepanjang 14 hari tersebut, individu dan golongan

peniaga dari golongan mengambil tanggungjawab secara bergilir untuk membiayai dan

sediakan makanan di dargah ini. Kebanyakannya daripada mereka terdiri daripada kalangan

peniaga Marakkayar dan mereka yang berasal dari Nagore.730 (Sila rujuk Lampiran Tujuh

Belas yang memaparkan senarai penyumbang perayaan kandhuri (kanthoori) di Nagore

Dargah, Lebuh Chulia.).

Pada asalnya, upacara sambutan kanthoori di Nagore Dargah, Pulau Pinang hampir

sama dengan dargah yang asal di Nagore khususnya sebelum Perang Dunia Kedua.
731
Menurut Ghulam Sarwar Yusof pada hari pertama upacara kanthoori di Nagore Dargah,

George Town dilancarkan, sebelum bendera dinaikkan, lazimnya bendera tersebut diarak

sepanjang Lebuh Ah Quee, Lebuh Pitt, Lebuh Carnarvon, Jalan Maxwell, Jalan Burmah,

Jalan Transfer, Jalan Argyll dan Lebuh Chulia sebelum dibawa semula ke Nagore Dargah.

Begitu juga pada hari terakhir iaitu hari ke 14 kanthoori, perarakan dengan kereta berhias

yang membawa bekas berisi cairan cendana diarak di laluan yang sama seperti perarakan
730
Senarai pembiaya perayaan Kanthoori Nagore Dargah, Lebuh Chulia, Pulau Pinang.
731
Ghulam Sarwar Yousof. (2013). Issues in Traditional Malaysian Culture, hlm. 20.
314
bendera pada hari pertama.732 Namun, amalan-amalan ini kecuali upacara menaikkan

bendera tidak lagi dipraktikkan oleh komuniti Tamil Muslim di dargah ini ketika sambutan

perayaan kanthoori. (Sila rujuk Gambar Foto 4.3 yang memaparkan upacara menaikkan

bendera di nagore Dargah, Lebuh Chulia)

Perayaan Kanthoori di Keramat Dato Koyah pula berlangsung pada 5 Safar setiap tahun

sebagai memperingati hari kewafatan wali Allah Syed Mustafa. Upacara ini dimulakan

dengan aktiviti bacaan maulid dan upacara menaikkan bendera serta pemberian makanan

atau nercai kepada para penziarah. Tradisi santhanakoodu dijalankan di makam ini tanpa

perarakan seperti di India. Cairan cendana disapukan dengan cara meletakkan tapak-tapak

tangan yang dicelup dalam bekas yang diisi cairan cendana atas bendera hijau. Sedikit

cairan juga disapukan atas batu nisan makam dan bakinya diberikan kepada penziarah.

Penziarah biasanya menyapu cairan cendana ini di leher dan anggota badan mereka sebagai

satu tanda keberkatan.

Jika diteliti, amalan penziarah keramat di Pulau Pinang hampir sama dengan amalan

dargah-dargah di India Selatan. Namun, amalan tertentu seperti perarakan santanakoodu,

pengorbanan binatang ternakan, berjalan atas bara api dan amalan lain yang mempunyai

pengaruh agama Hindu tidak dipraktikan di Nagore Dargah dan Keramat Dato Koyah, Pulau

Pinang kini. Walaupun terdapat amalan seperti persembahan lagu-lagu keagamaan yang

diiringi muzik pada tahun 1950-an semasa sambutan perayaan kanthoori, namun amalan ini

tidak diteruskan lagi.733 Perubahan yang ketara dapat disaksikan dari segi peranan baru

keramat seperti Nagore Dargah dan Keramat Dato Koyah. Kedua-dua keramat ini

732
Ibid.
733
Ibid.
315
berperanan sebagai surau untuk tujuan menunaikan solat khususnya bagi para pengikut

tarekat yang tidak berlaku di India Selatan.

Berdasarkan perbincangan di atas, maka jelas kepada kita bahawa komuniti Tamil

Muslim di India Selatan berkongsi pandangan yang sama terhadap kuasa suci, tradisi agama

yang sama yang telah merentasi sempadan keagamaan dan pegangan komuniti ini. Akibat

penghijrahan komuniti ini, telah berlaku penerusan amalan menziarahi keramat dalam

kalangan komunti Tamil Muslim di Pulau Pinang. Tambahan pula, mereka telah

mempelopori pembinaan keramat-keramat seperti Nagore Dargah dan juga Keramat Dato

Koyah. Dalam konteks kaedah sambutan hari memperingati wali atau syeikh, terdapat

perbezaan dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Pualu Pinang khususnya dalam

kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Selain daripada penglibatan dalam amalan

penziarahan dan perayaan kanthoori di keramat, manifestasi pegangan dan penghormatan

terhadap syeikh sufi asal mereka dizahirkan melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Oleh yang demikian, perbincangan

seterusnya akan menjurus kepada aspek tersebut.

316
Gambar Foto 4.2
Suasana di Keramat Dato Koyah, George Town, Pulau Pinang

Para penziarah sedang berdoa di sisi makam keramat wali Syed Mustafa, Keramat
Dato Koya,Jalan Transfer, George Town, Pulau Pinang.

Sumber: Gambar diambil oleh penyelidik semasa menjalankan kerja lapangan di


keramat Dato Koyah pada 8 Disember 2013.

317
Gambar Foto 4.3
Perayaan Kanthoori di Nagore Dargah, George Town.

Upacara menaikkan bendera pada hari pertama sambutan perayaan kanthoori di


Nagore Dargah, Lebuh Chulia, George Town, Pulau Pinang.

Sumber: Gambar diambil oleh penyelidik ketika menghadiri upacara tersebut sebagai
kerja lapangan pada 11 April 2014. (1 Jamadil Akhir 1435 Hijrah).

318
4.7 Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat dan Sufisme

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, jelas kepada kita komuniti Tamil Muslim

secara keseluruhan tanpa perbezaan kawasan asal usul, mempunyai pautan dan kepercayaan

kepada syeikh sufi dan makam keramat wali. Dalam konteks anggota komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang, pegangan terhadap sufi bukan sahaja dilihat dari

aspek amalan penziarahan ke makam keramat wali malah melalui pembentukan persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat yang telah dibincangkan dalam bab 3 sebelum ini.

Setiap persatuan berpusatkan kaum kerabat ini terbentuk berasaskan pegangan kepada

syeikh sufi dan aliran tarekat berbeza. UMA menjadi pengikut aliran tarekat yang dibawa

Syeikh Uthuman Lebbai.734 Pengikut aliran ini digelar sebagai jemaah Sahib Lebbai. AHI

pula berpegang kepada Kondotty Jamat pula diasaskan seorang sufi bernama Muhamad

Husin Shah, Turab Sahibullah Haja Rahimullah. Kedua-dua jemaah ini adalah berasaskan

aliran tarekat Chistiyah. PHI pula berpegang kepada guru tarekat Syeikh Kamil bernama

Said Abdul Rahman Masawi. Aliran tarekat pegangan jemaah ini adalah tarekat

Qadiriyah.735

Manifestasi pegangan dan penghormatan terhadap syeikh sufi asal mereka

dizahirkan melalui sambutan kanthoori dan amalan ratib yang dijalankan melalui persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Syeikh Sufi

diperingati melalui sambutan perayaan kanthoori melalui persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat. Namun, anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur tidak menggunakan

istilah kanthoori untuk perayaan ini. Sebaliknya mereka hanya merujuk upacara ini sebagai

734
Ibrahim, S.A.(pnyt.). (2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 80-81.
735
Ibid.
319
perayaan hari memperingati syeikh. Sambutan ini diadakan di persatuan masing-masing

mengikut tarikh kewafatan syeikh sufi mereka. Dalam konteks sambutan hari ulang tahun

ini, para pengikut Syeikh Uthuman Lebbai lebih serius dan komited dalam mengamal dan

mengekalkan tradisi memperingati ajaran dan hari ulang tahun kewafatan syeikh sufi

mereka. Oleh yang demikian, perayaan yang disambut di UMA dijadikan kajian kes dalam

aspek ini.

Pengikut-pengikut Sheikh Uthuman Lebbai yang terdiri daripada anggota UMA,

memperingati hari kewafatan syeikh sufi mereka melalui Perayaan Hari Peringatan

Kamilvali Saigana Shaikuthumanul Chisti. Perayaan ini diadakan dari 1 hingga 5 Rejab

setiap tahun oleh anggota UMA kerana sambutan ini adalah salah satu matlamat penubuhan

persatuan ini.736 Pada hari pertama, doa selamat dan bacaan bait atau syair puji-pujian

terhadap syeikh yang disampaikan dalam bentuk nyayian secara beramai-ramai oleh para

pengikut syeikh iaitu para ahli UMA, sebagai tanda kasih sayang dan penghormatan kepada

Syeikh Uthuman Lebbai. Upacara santhanakoodu pula dimanifestasikan dengan cara

memasukkan tangan dalam bekas yang diisi dengan cairan cendana dan cap tangan dengan

cairan cendana diletakkan di atas bendera oleh para pemimpin persatuan. Selepas itu,

upacara menaikkan bendera tersebut dijalankan. Manisan, kuih muih serta nasi minyak

diberikan kepada para pengujung yang disebut sebagai nercai. Pada hari-hari berikutnya,

sehingga 5 Rejab, bacaan maulid dijalankan dan nasi minyak atau nercai diberikan kepada

mereka yang hadir dan orang miskin. Sebanyak lima keluarga terpilih akan mengambil

tanggungjawab atau morai untuk membiayai pemberian nercai selama lima hari sepanjang

736
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-53.(1982). Persatuan Muslim Bersatu, Pulau
Pinang, 23 Mei, hlm. 3. Lihat juga Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-
85.(2014). Persatuan Muslim Bersatu, Pulau Pinang, 25 Mei, hlm. 5.
320
perayaan ini berlangsung secara bergilir.737 Selain itu, terdapat keluarga tertentu komuniti

ini yang menyambut hari memperingati Syeikh Uthuman Lebbai di rumah mereka dengan

mengadakan upacara menaikkan bendera, nyanyian bait dan pemberian nasi minyak sebagai

nercai kepada sanak saudara dan jiran tetangga.738

Bagi anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang menjadi pengikut ajaran

Syeikh Uthuman Lebbai bukan sahaja sambutan hari memperingati syeikh dititikberatkan

malah intipati ajaran syeikh diberi perhatian serius. Kefahaman dan pemikiran terhadap

konsep wali Allah dalam kalangan ulama dan pengikut Syeikh Uthuman Lebbai

bertunjangkan penerimaan para wali Allah sebagai penyambung usaha dakwah Islamiah

selepas Nabi Muhammad SAW. Hujah mereka adalah berdasarkan firman Allah dalam

Surah Yunus ayat ke- 62 sehingga 64 seperti berikut:

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari


sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan
berdukacita. (62) (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta
mereka pula sentiasa bertakwa. (63) Untuk mereka sahajalah kebahagiaan
yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada sebarang perubahan
pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.(64) 739

Anggota komuniti ini meyakini bahawa ketaatan dan mencintai wali Allah

merupakan satu keperluan kepada orang yang soleh. Keyakinan ini diterjemahkan melalui

pengamalan ajaran para wali Allah.740 Berlandaskan hakikat dan kefahaman ini, bagi

mereka sufi Syeikh Uthuman Lebbai perlu ditaati atas dasar peranan beliau sebagai guru

737
Penyelidik juga telah menghadiri dan menyertai majlis sambutan Hari Memperingati Syeikh Uthuman
Lebbai di Persatuan Muslim Bersatu pada 10 Mei 2013.
738
Keluarga Othuman Syed yang tinggal di rumah besar atau terkenal dengan gelaran periyakatai, Jalan
Sekerat, George Town melaksanakan upacara ini setiap tahun secara persendirian. Temu bual dengan
Mohamed bin Mohd Yousoff pada 24 Mac 2013.
739
Surah Yunus, 10: 62-64.
740
Said Makhtum, O.M.S dan Said Masud, O.M.S. (1971). Mainjanak Karuwulam. Penang: United Muslim
Association, hlm. vi.
321
yang murshid yang telah menunjukkan jalan kebenaran. Pengorbanan dan jasa beliau yang

telah menyebarkan dan mengukuhkan syiar Islam amat disanjungi. Dalam konteks

menyebarkan syiar Islam dan ilmu kesufian, Syeikh Uthuman Lebbai telah berdakwah di

sekitar kawasan Tirunelveli, Melaipalayam, Tidduvellai, Alur, Sri Lanka serta kawasan lain

di India Selatan.741 (Sila rujuk Lampiran Lapan Belas yang menunjukkan Salasilah Syeikh

Uthuman Lebbai)

Oleh yang demikian, para pimpinan UMA telah mengambil langkah untuk

mengekalkan dan menghidupkan kembali ajaran Syeikh Uthuman Lebbai sebagai panduan

hidup dan jalan yang hak untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan memperoleh

kejayaan serta keredaan Allah SWT. Tindakan ini dapat disaksikan melalui usaha N.N.

Othuman Mydin742 yang telah menghasilkan karya kesufian sebagai panduan dan rujukan

terhadap sejarah serta ajaran Syeikh Uthuman Lebbai pada tahun 1961. Beliau telah menulis

sebuah buku kecil dalam bahasa Tamil yang bertajuk Kamil Syeikhuna Said Syeikh

Othuman Chisti Ratia Allahhu anhu Ubutisthi Wantha Syekhunawil Ithiyakhural.743

Dalam buku ini, kepentingan berpegang ajaran para sufi yang menyambung tugas

para nabi untuk menegakkan kebenaran dan menentang kejahatan ditegaskan.744 Oleh itu,

usaha dakwah Syeikh Uthuman Lebbai sebagai seorang sufi yang kamil perlu dihargai dan

dihayati kerana beliau telah berdakwah dan berkhidmat kepada agama pada kadar yang amat
741
Ibid.
742
N.N. Othuman Mydin salah seorang guru sekolah Tamil UMA. Beliau merupakan seorang guru yang
dihormati. Persatuan Muslim Bersatu. (2010). Buku Cenderamata Sambutan Ulang tahun ke- 80, hlm.20.
743
Othuman Mydin,N.N. (1961). Kamil Syeikhuna Said Syekh Uthuman Chisti Ratia Allah hu anhu
Ubutisthi Wantha Syekhunawil Ithiyakhural. Pulau Pinang. Persatuan Muslim Bersatu, hlm.1-2. Buku
ini dihasilkan di bawah di bawah penyeliaan Mathihul Badur S.S. Jamaliah Said Abul Kassim Qadiri
Hussiniyi dari kawasan Kaddaru, Tamil Nadu, dan Hafiz Maulavi M.A. Shahul Hamid Baqawi dari
Kadayanallur. M.P. Mastan Sahib telah membiayai percetakan bagi pihak UMA dan diterbitkan oleh
UMA pada 6 Rejab tahun 1381 bersamaan dengan 13 Disember 1961.
744
Ibid., hlm.2.
322
besar. Dalam berdakwah beliau menerapkan unsur-unsur kerohanian dan kecintaan kepada

Allah melalui munajat dan syair. Pungutan munajat dan syair Syeikh Uthuman Lebbai yang

masyhur ketika beliau berdakwah dimuatkan dalam buku ini. Syair-syair digabung jalin

sebagai maulid dan diselangi dengan ayat-ayat al-Quran sebagai dalil kepada kesahihan

munajat beliau.745 Pada hakikatnya, selain pegangan terhadap syeikh diperkukuhkan, buku

ini dihasilkan sebagai satu platform untuk meningkatkan tahap ilmu, keimanan dan

ketakwaan dalam kalangan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.

Selain daripada karya awal N.N. Othuman dalam bentuk buku kecil atau risalah,

pimpinan UMA meneruskan usaha untuk membukukan karya mengenai munajat dan syiar

dakwah Syeikh Uthuman Lebbai yang lebih komprehensif. Usaha ini dapat direalisasikan

melalui penerbitan sebuah lagi buku yang bertajuk Mainjanak Karuwulam pada tahun

1971.746 Matlamat sebenar penghasilan buku ini adalah mewujudkan semangat keagamaan,

dakwah Islamiah dan ketakwaan kepada Allah melalui doa, munajat dan syair serta kata-

kata hikmah Syeikh Uthuman Lebbai. Selain daripada itu, penerbitan buku ini bertujuan

untuk melengkapkan maklumat dan sejarah ringkas Syeikh Uthuman Lebbai sebagai

panduan kepada pengamal dan pengikut tarekat Qadiriyah Chisti. Pada hakikatnya,

penerbitan buku ini merupakan satu usaha jangka masa panjang untuk mengekalkan warisan

Syeikh Uthuman Lebbai menerusi pemeliharaan munajat dan syair- syair kerohanian beliau

sebagai panduan kepada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Menurut O.M.S. Said

745
Ibid., hlm 2- 5.
746
Buku ini diterbitkan UMA hasil seruan dan nasihat O.M.S Syed Makthum, salah seorang pemimpin
Lebbai Sahib Jamat, Kadayanallur, Tamil Nadu. Nasihat tersebut disampaikan semasa beliau melawat
UMA pada akhir tahun 1960-an. Beliau menyatakan keperluan menerbitkan sebuah buku yang
komprehensif mengenai sejarah, doa, munajat dan syair-syair kerohanian Syeikh Uthuman Lebbai. Said
Makhtum, O.M.S dan Said Masud, O.M.S. (1971) Mainjanak Karuwulam. Penang: United Muslim
Association, hlm.vii.
323
Masud, munajat dan syair-syair kerohanian beliau perlu dihayati dalam usaha dakwah

Islamiah dalam komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.747

Sesungguhnya, persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur berperanan sebagai platform yang penting untuk pengamalan ajaran syeikh

sufi dan menzahirkan ketaatan serta peringatan pengikut syeikh sufi melalui sambutan hari

memperingati wali Allah. Berdasarkan perbincangan di atas, karya-karya ilmiah dan

kerohanian dihasilkan oleh anggota komuniti ini untuk mengekalkan warisan dan dakwah

kerohanian Syeikh Uthuman Lebbai. Selain daripada aspek ini, ajaran syeikh sufi ini juga

diamalkan melalui amalan ratib secara mingguan oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat.

4.7.1 Ratib

Selain daripada amalan menziarahi keramat dan perayaan memperingati wali Allah,

amalan berasaskan pegangan terhadap sufisme dalam kalangan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dilaksanakan melalui amalan ratib. Ajaran syeikh sufi diamalkan melalui

amalan ratib secara mingguan oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur melalui persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat. Perkataan ratib berasal daripada bahasa Arab yang

bermaksud yang teratur. Dalam istilah tassawuf, perkataan ratib merujuk kepada suatu

bentuk zikir, ayat-ayat al-Quran, selawat dan doa-doa terpilih yang disusun oleh seorang

747
Ibid.

324
sufi atau guru tarekat. Ratib dibaca pada waktu-waktu tertentu oleh seseorang atau beberapa

orang dalam suatu jemaah sesuai dengan aturan yang telah ditentukan oleh penyusunnya.748

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim, ratib yang terkenal adalah Ratib Jalaliyah,

Qadiriyah dan juga Chistiyah. Amalan ratib dijalankan dalam kalangan anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Ratib

dibacakan secara berjemaah pada hari Khamis selepas Maghrib atau Isya’ setiap minggu

sebagai satu kesinambungan ajaran syeikh sufi. Sejak peringkat awal penubuhan persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat, amalan ratib dilaksanakan secara konsisten di setiap

persatuan. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan amalan ini mula digantikan dengan bacaan

surah Yasin dan tahlil sahaja. Mengikut pemerhatian penyelidik, amalan ratib mengikut

aliran tarekat asal komuniti ini tidak diamalkan kini kecuali di UMA. Jenis ratib yang

diamalkan adalah Ratib Chistiyah berasaskan ajaran Syeikh Uthuman Lebbai.

Kebiasaannya, selepas ratib dibacakan yang diiringi doa, nercai atau makanan dan manisan

diberikan kepada mereka yang hadir. 749

Amalan ratib ini dititikberatkan oleh komuniti ini, khususnya anggota persatuan

berpusatkan kaum kerabat iaitu UMA. Berdasarkan pemerhatian penyelidik 750 amalan ratib

Chistiyah dilaksanakan setiap minggu secara konsisten, walaupun kehadiran jemaah tidak

memuaskan. Amalan ratib ini dijalankan dengan serius sejak penubuhan UMA seiring

dengan matlamat persatuan ini yang bertanggungjawab meneruskan ajaran tarekat Syeikh

Uthuman Lebbai. Demi memastikan amalan ratib diteruskan, Jawatankuasa Ratib

748
Syukriadi Sambas, H. & Tata Sukayat . (2003). Quantum Doa:Membangun Keyakinan Agar Doa Tak
Terhijab dan Mudah Dikabulkan. Jakarta: Hikma P Mizan Publika, hlm. 137.
749
Penyelidik telah menghadiri dan menyertai majlis bacaan ratib di Persatuan Muslim Bersatu (UMA) pada
30 Mei 2013.
750
Ibid.
325
ditubuhkan agar pelaksanaan Ratib Chistiyah berlangsung secara tertib dan sempurna.

Selain itu, peruntukan khusus untuk pelaksanaan ratib diberikan dalam bajet dan pengurusan

persatuan setiap tahun.751

Pada hakikatnya, penerusan amalan ratib oleh anggota komuniti ini menunjukkan

satu corak amalan warisan berasaskan syeikh sufi dan guru tarekat mengikut kelompok

keluarga anggota komuniti ini. Pada peringkat awal, ratib diamalkan sebagai satu bentuk

pengibadatan dan identiti pegangan tarekat yang menjadi tunjang pengasasan persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat. Namun, bukan semua anggota komuniti terlibat dalam

amalan ini. Lama kelamaan, amalan ini dijalankan sebagai satu amalan tradisi persatuan

tanpa penglibatan ramai anggota. Terdapat juga anggota komuniti persatuan berpusatkan

kaum kerabat yang telah menghentikan amalan tradisi ini seperti AHI dan PHI.

Kesimpulannya didapati amalan ratib dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

didasari pegangan terhadap syeikh sufi dan tarekat warisan kelompok keluarga berasaskan

latar belakang sejarah di Kadayanallur. Warisan ini diteruskan di Pulau Pinang menerusi

persatuan berpusatkan kaum kerabat yang mewarisi dan memelihara aliran tarekat masing-

masing.

Berdasarkan perbincangan ini, jelas kepada kita bahawa keunikan komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur dalam aspek amalan berkaitan dengan pegangan dan pautan terhadap

sufi berbanding dengan komuniti Tamil Muslim lain adalah melalui manifestasi pegangan

melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Impak pegangan terhadap sufi

751
Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-66.(1995). Persatuan Muslim Bersatu, Pulau
Pinang, 28 Mei, hlm.3-5. Lihat juga Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu Yang Ke-
85.(2014). Persatuan Muslim Bersatu, Pulau Pinang, 25 Mei, hlm.6.

326
diterjemahkan oleh komuniti Tamil Muslim melalui amalan menziarahi keramat, sambutan

perayaan memperingati sufi sama ada melalui institusi keramat atau platform lain seperti

persatuan berpusatkan kaum kerabat dan amalan ratib. Pada hakikatnya, impak pautan ini

menjangkau sehingga mempengaruhi budaya komuniti ini khususnya trend penamaan anak-

anak sempena nama sufi. Amalan ini menjadi tradisi secara turun-temurun sehingga nama-

nama tertentu dalam kalangan mereka menjadi simbolik dan sinonim dengan komuniti

Tamil Muslim di Pulau Pinang malah Malaysia secara umum. Oleh itu, perbincangan

seterusnya akan menyentuh tentang aspek ini.

4.8 Sufisme dan Budaya Penamaan Anak

Sufisme mempunyai pengaruh dalam mencorakkan budaya komuniti Tamil Muslim

khususnya budaya penamaan anak. Komuniti ini seperti umat Islam lain, menamakan anak-

anak mereka dengan nama yang baik dan selari dengan ajaran Islam. Komuniti Tamil

Muslim secara umum menamakan anak-anak mereka sempena nama para nabi dan orang

soleh. Dalam konteks nama orang soleh, nama para sufi diberi keutamaan. Hal ini

mempunyai hubungan dengan latar belakang sejarah penyebaran Islam yang dipelopori oleh

para sufi. Pautan kepada para sufi ini mewujudkan penghormatan dan ketaatan kepada

mereka yang dimanifestasikan melalui institusi dargah dan amalan-amalan berasaskan

sufisme seperti dibincangkan sebelum ini. Kewujudan institusi dargah pada hakikatnya,

memberi impak dan mempengaruhi budaya komuniti Tamil Muslim khusus dalam aspek

penamaan anak sempena nama golongan sufi dan wali Allah dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim.
327
Pada kelazimannya, nama-nama sufi terkenal di India dan luar India menjadi pilihan

dalam kalangan anggota komuniti ini. Antara beberapa nama sufi tersebut merangkumi

Mohidin Abdul Kader Jilani, Shahul Hamid atau Nagoor Meera, Kalantar Mastan,

Sadaqatullah, Peer Mohammed, Said Masud, Syeikh Osman atau Othuman, Syeikh Daud

dan Koyappa. Penggunaan nama Mohidin atau Mydin popular dan mempunyai kekerapan

yang tinggi dalam komuniti Tamil Muslim sehingga nama tersebut sinonim dengan

komuniti ini. Mohidin diambil sempena nama Mohidin Abdul Kader Jilani dan dieja

sebagai Mydin dan Maidin. Selain daripada itu, nama seperti Shahul Hamid, wali Allah

yang terkenal di India Selatan adalah antara nama yang popular dalam komuniti ini.

Seterusnya, Sadaqatullah Appa merupakan seorang ilmuwan, penyair dan sufi yang terkenal

di Killakarai, Tamil Nadu. Nama beliau juga sering dinamakan kepada anak-anak Tamil

Muslim.752

Pemilihan nama sufi yang khusus dalam komuniti ini dipengaruhi faktor latar

belakang penyebaran dan pengukuhan syiar Islam yang melibatkan golongan sufi di

kampung halaman mereka. Secara tradisi komuniti Tamil Muslim membina makam keramat

di kawasan dan kampung asal-usul mereka sebagai tanda penghormatan, penghargaan dan

keberkatan terhadap para sufi seperti perbincangan yang lepas. Oleh yang demikian, nama

para sufi yang dimakamkan di kawasan tersebut menjadi antara nama pilihan untuk

dinamakan kepada anak-anak mereka. Dalam konteks komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur, anak-anak mereka diberi nama sempena nama para sufi di India dan juga

luar India secara umum yang menyamai komuniti Tamil Muslim yang lain. Namun, anggota

komuniti ini yang terikat dengan aliran tarekat khusus mengikut kelompok masing-masing

752
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhammad pada 8 Mei 2012.
328
seperti dibincangkan sebelum ini menjadikan nama-nama para sufi yang menjadi syeikh

tarekat mereka sebagai pilihan. Nama-nama para sufi ini sentiasa menjadi pilihan kerana

mereka diabadikan sebagai peringatan melalui kewujudan keramat yang terletak di kawasan

Kadayanallur. Para sufi tersebut termasuk Syeikh Uthuman Lebbai atau Syeikh Osman,

Kalandar Mastan, Said Masu’d, Sinta Madar dan Thurab Shah.753 Kewujudan makam-

makam keramat ini menjadi asas kepada penerusan penggunaan nama-nama para sufi di

Kadayanallur yang diwarisi dan diteruskan oleh komuniti ini di Pulau Pinang.

Selain daripada faktor yang disebutkan di atas, nama para sufi tertentu menjadi

pilihan sebagai nama anak komuniti Tamil Muslim atas faktor penerimaan hajat mereka

untuk mendapatkan anak di keramat. Terdapat sebahagian wanita Tamil Muslim yang tidak

mempunyai zuriat, menziarahi keramat untuk berdoa tawassul dan bernazar agar mendapat

zuriat. Jika nazar mereka tercapai dan memperoleh anak, ada yang menamakan anak mereka

sempena nama wali Allah yang diziarahi di keramat. Tindakan ini dilakukan oleh mereka

sebagai penghargaan dan penghormatan kepada wali tersebut. Dalam konteks nazar untuk

dapatkan anak, Keramat Dato Koyah terkenal dalam kalangan sebahagian anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Hal yang demikian kerana faktor kawasan

petempatan mereka berdekatan dengan keramat ini dan kekerapan penziarahan komuniti ini.

Tambahan pula, mereka turut terlibat dalam menjaga dan memelihara keramat ini. Oleh

itu, terdapat anggota komuniti ini sama ada lelaki atau perempuan yang dinamakan sempena

nama Dato Koyah.754 Jika anak lelaki dinamakan dengan nama Koyappa dan Koya

753
Ibrahim, S.A.(pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 437- 448.
754
Perkataan koya adalah istilah bahasa bahasa Malayalam yang bermaksud maha guru yang dihormati.
Istilah koya sebenar berasal daripada bahasa Parsi iaitu khwāja atau khoja yang bertukar sebutannya
329
sebaliknya anak perempuan pula dinamakan dengan nama Koya Bee. Perkara ini

diperjelaskan lagi oleh Koyappa bin Mohamad Shah755 mengenai latar belakang penamaan

nama beliau sempena nama Dato Koyah. Beliau menyatakan:

“Ini cerita mak saya, mak saya melahirkan anak perempuan


semua, saya ini anak ke lapan dari tujuh orang anak, kemudian
biasalah mak saya orang lama, pergi ke Koya pallivasal (Keramat
Koyah), beliau berniat di sana, untuk dapatkan anak lelaki, setelah
dapat, saya dinamakan mengikut nama Koyappa”

Pautan anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dengan Keramat Dato Koyah amat

kukuh sehingga nama Koya hanya diamalkan oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

berbanding dengan komuniti Tamil Muslim dari daerah lain di Pulau Pinang.

Memandangkan para sufi terdiri daripada lelaki maka wujud persoalan tentang

penamaan anak perempuan yang disabitkan dengan nama sufi. Dalam isu ini, nama para sufi

memang dikekalkan dan terus diberikan kepada anak perempuan. Namun, identiti tambahan

yang membezakan perempuan dengan lelaki digabungkan dengan nama sufi tersebut.

Gabungan ini dilakukan melalui dua metod; pertama melalui penambahan nama sufi dengan

nama perempuan seperti Mohidin Fatimah. Kedua, melalui penambahan istilah seperti Bee

dan Meeral dengan nama sufi. Antaranya adalah Koya Bee, Mohideen Bee, Kader Bee,

Othuman Meeral, Nagoor Meeral756 dan Kader Meeral. Walau bagaimanapun, terdapat juga

mengikut bahasa Malayalam kepada koya . Istilah ini juga adalah nama satu kaum di Pulau Luccadive,
Pantai Malabar, Kerala. Nama Koya sinonim dengan komuniti Muslim Malabar atau Mapilla. Leela
Dube. (1973). Caste Analogues among the Laccadive Muslims. Dlm Imtiaz Ahmad (pnyt.). Caste and
Social Stratification, hlm. 207.
755
Temu bual dengan Koyappa bin Mohamad Shah pada 15 Disember 2013.
756
Passport India ( PI) (1950). No. A 133766 .
330
nama-nama sufi tertentu dinamakan kepada anak perempuan tanpa sebarang penambahan

seperti Nagoor dan Nagoora.

Dalam aspek penggunaan nama sufi, budaya Tamil khususnya elemen bahasa

mempengaruhi corak penamaan anak. Keadaan ini dilihat melalui kecenderungan komuniti

Tamil Muslim menggantikan nama dalam bahasa Arab dengan intonasi bahasa Tamil. Hal

ini berlaku akibat penterjemahan bahasa Arab ke bahasa Tamil yang membawa maksud

yang sama dan tidak menukar makna asal istilah atau nama tersebut. Nama-nama seperti

Sadaqatullah disebut sebagai Allah Pitchay, Shahul Hamid sebagai Nagoor Meeran atau

Nagoor Meera, Noor Muhammad disebut sebagai Oli Muhammad dan sebagainya. Nama-

nama lain yang terlibat dalam kategori termasuk Mydin Pillai dan Pitchay Ghani.

Penggunaan nama para sufi dalam bahasa Tamil yang bercampur aduk dengan bahasa Arab,

mewujudkan identiti komuniti Tamil Muslim yang unik dalam kalangan masyarakat Melayu

yang mungkin dianggap sebagai nama yang janggal.

Pengamalan dan penggunaan nama para sufi sebagai nama anak dalam kalangan

komuniti Tamil Muslim turut melibatkan gelaran keAraban merangkumi gelaran Syed atau

Said dan Syeikh. Faktor utama pembentukan gelaran ini adalah kerana sebahagian daripada

sufi dan wali Allah yang dimakamkan di Tamil Nadu yang berketurunan Arab

menggunakan gelaran Syeikh dan Syed. 757 Kebanyakan daripada mereka berasal dari tanah

Arab dan berhijrah ke India untuk berdakwah dan menyebarkan Islam. Antara nama sufi

757
Antara sufi berketurunan Arab adalah Syeikh Daud yang dimakamkan di Muttupedai, Sultan Said
Ibrahim dimakamkan di Eravadi, Said Ahmad dimakamkan di Jailpadanam, Syeikh Allauddin,
dimakamkan di Papavoor dan Syeikh Abdullah dimakamkan di Peranamalai. Kebanyakan makam-
makam ini terdapat di daerah Ramanadh, Tamil Nadu, India Selatan. Saali, J.M. (1981). Thamizhkathu
Durgakkal.Chennai: Nur Publishing, hlm. 7-30.
331
yang biasa digunakan oleh komuniti Tamil Muslim termasuk Syeikh Osman,758 Syeikh

Daud dan Said atau Syed Ibrahim, Said Ahmad, Syeikh Alauddin dan Syeikh Abdullah.

Budaya penamaan ini menimbulkan pertikaian komuniti Melayu berketurunan Arab

di Pulau Pinang. Mereka mengkritik komuniti Tamil Muslim yang menggunakan nama

berasaskan gelaran Syeikh sedangkan mereka bukan berketurunan Arab.759 Hal ini kerana

lazimnya gelaran Syeikh dan Syed adalah simbol keturunan Arab.760 Pertikaian mungkin

timbul akibat kurangnya maklumat dan latar belakang sejarah budaya penamaan anak

komuniti Tamil Muslim berasaskan nama sufi. Walau bagaimanapun, terdapat juga anggota

komuniti ini yang menamakan anak sebagai Syeikh, Said dan Siti kerana mereka dilahirkan

pada hari Jumaat.761 Namun, tidak dinafikan terdapat segelintir anggota komuniti ini

menamakan anak dengan gelaran Syeikh dan Said tanpa asas-asas tertentu. .

Kesinambungan penggunaan nama-nama para sufi sebagai nama anak dapat dilihat

sehingga kini. Selain daripada faktor perolehan anak melalui proses nazar di dargah, faktor

tradisi memperingati nama nenek moyang dan keturunan agar tidak luput daripada warisan

sejarah keluarga juga memainkan peranan penting. Seorang ayah kebiasaannya akan

menamakan anaknya dengan nama ayah beliau atau datuk. Tradisi ini jelas dalam kes Sultan

Arif bin Muhammad,762 yang telah menamakan anak-anak beliau dengan nama tujuh

generasi keturunan beliau. Dalam proses ini, terdapat nama yang melibatkan nama para sufi

758
Ibrahim, S.A.(pnyt.).(2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu, hlm. 80.
759
Judith Nagata .(1993 ). Religion and Ethnicity among the Indian Muslims of Malaysia, hlm.521.
760
Omar Farouk Shaeik Ahmad. (1978). The Arabs in Penang. Dlm Malaysia in History: Special Issue
Focus on Penang. Vol. XXI. No 2. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, hlm.11.
761
Judith Nagata.(1993). Religion and Enthnicity among the Indian Muslim, hlm 521.
762
Temu bual dengan Sultan Arif bin Muhammad pada 8 Mei 2012.
332
walaupun bukan semua. Melalui proses ini, tradisi penggunaan nama para sufi berterusan

dalam kalangan anggota komuniti Tamil Muslim.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas kepada kita bahawa sufisme mempunyai

pengaruh yang jelas terhadap pemilihan dan penggunaan nama dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim termasuk Kadayanallur di Pulau Pinang dan juga di seluruh Malaysia.

Komuniti Tamil Muslim mengekalkan tradisi penggunaan nama sebagai identiti diri dan

anak-anak mereka berasaskan nama para sufi. Tradisi ini diamalkan secara berterusan

berikutan kewujudan institusi dargah atau makam keramat wali di Pulau Pinang dan

kawasan lain di Malaysia. Selain itu, faktor hubungan anggota komuniti kalangan komuniti

ini dengan India melalui penziarahan ke dargah-dargah utama seperti di Nagore dan

Eravadi di Tamil Nadu menjadi salah satu sebab penerusan tradisi ini.

4.9 Amalan Menziarahi Keramat dan Konsep Tawassul

Berdasarkan perbincangan di atas, amalan-amalan yang dilakukan komuniti Tamil

Muslim dalam proses penziarahan keramat seperti berdoa, bernazar dan menghormati para

wali Allah membawa kepada persoalan yang berkaitan dengan akidah. Dalam konteks

penilaian hukum terhadap amalan ini, konflik berlaku dengan konsep fundamental dengan

keesaan Allah dalam Islam. Adakah amalan ini membawa kepada syirik atau penyekutuan

terhadap Allah dengan objek lain dalam penyembahan? Persoalan juga timbul, adakah

komuniti Tamil Muslim mempraktikkan amalan ziarah keramat tanpa landasan dan hujah

syarak? Kesimpulan ini mungkin berasaskan pemerhatian seseorang tentang apa yang

dilakukan oleh penziarah berbanding dengan apa yang mereka fikir dan percaya atau yakini.
333
Dalam menjawab persoalan ini, konsep tawassul dalam Islam yang berkaitan dengan amalan

penziarahan keramat akan dibincang dan diperincikan sebelum menilai kedudukan amalan

ini dalam kalangan komuniti Tamil Muslim.

Tawassul adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud salah satu cara yang boleh

digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Beberapa istilah digunakan dalam

konsep ini yang mempunyai maksud yang sama seperti al wasala, al wasail, al tawsil dan al
763 764
tawassul yang bermakna perbuatan menggunakan wasilah atau perantaraan untuk

mendekatkan diri kepada Tuhan765 dan secara terminologi, tawassul766 adalah usaha

mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menggunakan wasilah. Ia juga bererti semua

yang dijadikan sebab dikabulkan sesuatu permohonan oleh Allah SWT dan menolong

mendekatkan diri kepada-Nya.767 Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, tawassul dari segi bahasa

ialah mengambil wasilah bagi mencapai sesuatu yang diingini. Tawassul kepada Allah

bermaksud mengambil perantaraan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dan mendapat

pahala dengan mengambil jalan perantaraan.768 Perkara ini dijelaskan beliau berdasarkan

maksud perkataan wasilah dalam firman Allah SWT seperti berikut:

763
Musa Muhammad Ali .(2004). Hakikat Tawassul dan Wasilah Menurut Al-Quran dan Sunnah.(Terj.) Ali
Muhammad. Selangor: Thinker’s Library, hlm. 45.
764
Dari segi bahasa wasilah bermaksud penghampiran misalnya seseorang yang berwasilah kepada Allah
sesungguhnya beliau beramal dengan amalan yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Ali Jum’ah.
(2012). Penerangan Yang Tepat Untuk Membetulkan Beberapa Fahaman Yang Keliru:Bab Kenabian
Rasulullah.(Tej.) Muhammad Mujahid. Selangor: Mawleed Publishing Sdn.Bhd,hlm. 132.
765
Arif Zamhari. (2010). Rituals of Islamic Spirituality: A Study of Majlis Dhikr Groups in East Java.
Australia:ANU E Press, hlm. 70.
766
Istilah tawassul juga dimaksudkan dalam keadaan tertentu dengan penggunaan istilah isti’nah, syafa’at
dan tawajjuh. Musa Muhammad Ali (2004). Hakikat Tawassul dan Wasilah, hlm. 52
767
Ibid., hlm. 45
768
Al-Qardhawi,Yusuf.(2005). Fusul fi al-‘Akidah Baina as-Salaf wa al-Khalaf. Kahera:Maktabah Wahbah,
hlm. 257.
334
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah
769
(perantaraan) dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.”

Perbincangan mengenai tawassul dalam kajian ini menjurus kepada isu bertawassul

dengan wali Allah dan orang soleh yang telah meninggal dunia serta diistilahkan sebagai

wali keramat. Sebelum memperincikan masalah hukum mengenai hal tersebut, penjelasan

tentang jenis-jenis tawassul yang dibenarkan dalam syarak akan disentuh sepintas lalu.

Jenis-jenis tawassul yang disepakati ulama tentang keharusannya adalah tawassul kepada

Allah dengan zat Allah SWT, nama Allah dan sifat-sifat-Nya, amal soleh dan doa saudara

yang beriman. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama

mengenai perbuatan bertawassul kepada Allah SWT dengan perantaraan Nabi Muhammad

SAW, para nabi, para malaikat dan para solihin termasuk golongan sufi dan wali Allah

khususnya setelah kewafatan mereka.770

Dalam konteks perbincangan tentang penziarahan amalan bertawassul dengan para

wali dan sufi yang dimakamkan, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama.

Perdebatan berlangsung berkenaan persoalan perbuatan bertawassul dengan mereka yang

sudah meninggal dunia di perkuburan mereka. Hal ini sudah pasti termasuk bertawassul

dengan nabi selepas kewafatan baginda dengan menggunakan upamanya allahuma inni

asaluka bi nabiyyika (Ya Allah! Saya memohon kepada engkau melalui nabi engkau) dan

bertawassul melalui wali Allah selain daripada nabi.771 Persoalannya adakah perbuatan ini

sejajar dengan syarak atau tidak?

769
Surah al-Maidah 5:35.
770
Al-Qardhawi,Yusuf. (2005). Fusul fi al-‘Akidah Baina as-Salaf wa al-Khalaf, hlm. 257.
771
Arif Zamhari. (2010). Rituals of Islamic Spirituality, hlm. 71-73.
335
Sebahagian ulama khususnya golongan salafiah melarang perbuatan bertawassul

kepada nabi selepas kewafatan baginda. Taqiyyudin Ahmad Ibn Taymiyyah (1263M-

1328M), Ibn Qayyim al Jauziyah (1292M-1350M) dan ulama salafi lain termasuk

Muhammad Nasir al Din al Albani (w. 1999M) berpendirian bahawa bertawassul dalam

bentuk ini adalah syirik. Hujah mereka adalah kerana orang yang sudah meninggal dunia

tidak boleh dipohon untuk memohon kepada Allah SWT. Keadaan ini berbeza jika nabi

masih hidup. Golongan ulama ini menentang amalan tawassul atas dasar dan hujah yang

disandarkan kepada Ibn Taimiyyah.

Bagi Ibn Taymiyyah, memohon kepada Nabi Muhammad SAW ketika masih hayat

baginda merupakan satu bentuk tawassul yang dituntut. Ibn Taymiyyah mendefinisikan

tawassul sebagai memohon doa nabi ketika hayat baginda dan syafa’at di hari akhirat nanti

ketika baginda masih hidup. Begitu juga, bertawassul kepada orang yang soleh ketika masih

hidup. Perbuatan bertawassul ketika hidup tidak membawa kepada perbuatan syirik kerana

mereka tidak akan menyembah nabi ketika baginda hidup dan pastinya nabi akan melarang

mereka.772 Selepas kewafatan nabi, para sahabat tidak bertawassul melalui nabi. Ibn

Taimiyyah berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari mengenai Saidina Umar r.a.,

pernah berdoa meminta hujan kepada Allah SWT dengan menyebut:

"Wahai Tuhan kami! Kami pernah bertawassul (meminta hujan) dengan (perantaraan)
nabi-Mu, maka Engkau menurunkan hujan. Kini kami bertawassul dengan bapa
saudara nabi-Mu (al-Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami".773

772
Al-Bani, Muhammad Nasirudin. (2001). Al-Tawassul Anwa'uhu wa Ahkamuhu. Riyadh: Maktabah al-
Ma’rif Lilnashr wa al-Tawzi’, hlm. 51-69. Lihat juga Ibn Taimiyyah.(1970). Qa‘idah Jalilah fi al-
Tawassul wa al-Wasilah. Beirut: Dar al-Arabiyyah, hlm.201-202.
773
Hadis riwayat Bukhari no. 536 dalam Al-Bani, M.Nashiruddin. (2005). Ringkasan Sahih Muslim
(Muktasar Sahih Muslim).Jil.2. Jakarta: Gema Insani, hlm. 32.
336
Hadis sahih ini menunjukkan bahawa Saidina Umar ibn Khattab pernah bertawassul

dengan nabi ketika baginda masih hidup. Namun, selepas kewafatan baginda, Umar al

Khattab bertawassul dengan bapa saudara Nabi, Abbas ketika berlakunya kemarau di

Madinah. Ibn Taymiyyah bersandarkan bukti ini untuk menyatakan bahawa tawassul hanya

dibolehkan melalui orang yang hidup dan bukan melalui doa orang yang sudah meninggal

dunia. Jika bertawassul dengan zat nabi dan kedudukan nabi diharuskan, kenapa Umar

bertawassul melalui bapa saudara nabi dan bukan nabi secara langsung sedangkan

kedudukan nabi lebih mulia berbanding dengan bapa saudara baginda?

Secara kontra, sebahagian ulama berpegang kepada pendapat bahawa tawassul

dengan nabi, para wali dan orang soleh diharuskan dan bukan syirik baik perantaraan

peribadi mahupun dengan makam kedudukan mereka.774 Syeikh Abu al-Hussain Abdullah

bin Abdul Rahman al-Makki menegaskan bahawa para ulama sebelum Ibn Taimiyah

sepakat tentang keharusan bertawassul dengan diri Rasulullah SAW dan para solihin,

sehinggalah datang Ibnu Taymiyyah lantas menyalahi pendapat para ulama sebelumnya.

Kebanyakan para ulama empat mazhab sepakat tentang keharusan bertawassul dengan

Rasulullah SAW dan orang yang soleh.775 Menurut Musa Muhammad Ali, bertawassul

perantaraan kebaikan para Nabi dan orang soleh semasa mereka hidup mahupun setelah

mereka wafat termasuk dalam tawassul yang tidak bertentangan dengan syarak.776

Bertawassul dengan perantaraan Rasulullah SAW, para nabi atau hamba-hamba Allah yang

soleh lainnya dan memohon pertolongan kepada Allah dengan nama mereka berdasarkan

774
Syaikh Ja’far Subhani. (1989). Tawassul, Tabarruk, Ziarah Kubur,Karamah Wali:Kritikan Atas Faham
Wahabi. Jakarta. Pustaka Hidayah, hlm.73-74.
775
Ibid., hlm 73.
776
Musa Muhammad Ali .(2004). Hakikat Tawassul dan Wasilah, hlm. 45-47.
337
keyakinan bahawa mereka adalah hamba-hamba Allah yang terhormat lagi makbul

pertolongannya di sisi Allah SWT.777

Hujah ini disokong oleh sebahagian para ulama terkenal termasuk As-Subki (w. 756

H), As-Samhudi (w. 911H) dan Al-Qastallani (w. 923H).778 Seterusnya pendirian disokong

dan diperjuangkan oleh para ulama selepas mereka seperti Syeikh Yusof bin Ismail al-

Nabhani (w. 1350H) serta ulama kontemprori seperti Dr. Ali Jum’ah. Sejajar dengan

pendirian mereka, Ibn Hajar al-Haitami (909H-974H) menyatakan bahawa istigathah

dengan perantaraan Rasulullah SAW, para nabi selainnya, beserta orang yang soleh itu

memiliki makna tawassul dengan tuah atau kehebatan kedudukan mereka. Si pemohon

meminta agar orang yang dijadikannya sebagai wasilah itu memohon pertolongan kepada

yang lebih tinggi daripadanya.779

Antara sandaran hujah yang membolehkan tawassul dengan Nabi Muhammad SAW

sewaktu hidup dan setelah kewafatan baginda adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh

Abu Isa Al-Tarmizi seperti berikut: 780

777
Ibid., hlm. 49.
778
Para ulama ini menyokong dan menyatakan bahawa bertawassul adalah mengikut syarak dalam karya-
karya mereka antaranya Imam As-Subki di dalam Syifa’ As-Saqam, Qasthalani Ahmad bin Abi Bakar di
dalam Mawahid al- Laduniyyah dan Sayid As Samhudi di dalam Tarikh al-Madinah. Al-Nabhani, Syeikh
Yusof bin Ismail . (1983). Shawahid al Haq fi al-Istigathah bi Sayyid al-Khalq. Beirut.Darul al Fikr,
hlm.137-141. Lihat juga Syaikh Ja’far Subhani. (1989). Tawassul, Tabarruk, hlm.73-89.
779
Ibid., 78
780
Hadis riwayat Imam Ahmad, Imam an-Nasa'i, Imam Ibnu Majah dan Imam Ibnu Khuzaimah. Menurut
Imam al-Baihaqi, Imam al-Hatsami, Imam at-Thabari dan Imam al-Zahabi, hadis ini adalah sahih. Musa
Muhammad Ali. (2004). Hakikat Tawassul Dan Wasilah, hlm. 60-61. Dr. Ali Jum’ah pula menegaskan
bahawa hadis ini telah disahihkan oleh al Hakim dan al Tirmizi. Tidak ada seorang ulama pun
mengatakan hadis ini dhaif atau lemah. Hadis ini juga turut disahihkan oleh Syeikh Nasir Al- Din Al-
Bani. Ali Jum’ah. (2012). Penerangan Yang Tepat, hlm. 138.
338
“Diriwayatakan dari Uthman bin Hunaif bahawa seorang lelaki buta mendatangi
Rasulullah SAW lalu meminta agar Rasulullah SAW dan berkata: Pohonlah kepada
Allah agar aku diberikanNya kesembuhan.’ Rasulullah menjawab: ‘Kalau engkau
menghendaki aku berdoa, akan ku lakukan. Namun, kalau engkau mahu bersabar,
maka itu lebih baik.’ Orang itu berkata:’Doakanlah. ‘Rasulullah kemudian
menyuruhnya berwudhu’ dengan baik, lalu solat dua rakaat dan berdoa dengan doa
berikut: ‘Ya Allah, aku mohon kepadaMu dan aku mengharap kepadaMu dengan
NabiMu Muhammad SAW, nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad! aku menghadap
Tuhanku dengan (perantaraan) mu, dalam meminta hajatku, maka perkenankanlah
hajatku. Ya Allah, jadikanlah dia syafi’ (penolong) bagiku..."

Al-Baihaqi 781 menambah dalam riwayatnya:

“Orang itu bangun dan dapat melihat”

Menurut Imam Syeikh Yusof bin Ismail Al-Nabhani, hadis di atas menunjukkan bahawa

Nabi Muhammad SAW mengajar orang buta tersebut doa dan tidak mendoakannya kerana

baginda hendak beliau memperoleh tawajjuh atau syafa’ah dengan Nabi Muhammad SAW

ketika menghadapi masalah, kesempitan dan kecelakaan serta memenuhi hajatnya dengan
782
sempurna. Hal ini bermaksud, orang buta tersebut boleh memenuhi hajatnya dengan

menggunakan doa tersebut ketika baginda masih hidup dan setelah baginda wafat. Beliau

juga menegaskan bahawa golongan salaf dalam kalangan para sahabat juga mengamalkan

doa ini untuk memenuhi hajat mereka selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Beliau

bersandarkan peristiwa Uthman bin Hunaif yang telah mengajar doa ini kepada seorang

lelaki agar dapat berjumpa dengan Khalifah Uthman bin Affan, ketika zaman

pemerintahannya.783

Kenyataan ini disokong oleh Dr. Ali Jum’ah bahawa hadis ini merupakan dalil yang

menggalakkan penggunaan lafaz tersebut di dalam doa kerana ia diajar oleh baginda kepada

781
Al-Nabhani, Syeikh Yusof bin Ismail. (1983).Shawahid al Haq, hlm.137.
782
Ibid.
783
Ibid. Lihat juga Musa Muhammad.(2004). Hakikat Bertawassul dan Wasilah, hlm. 64-65.
339
salah seorang daripada sahabatnya. Lafaz ini juga tidak terdapat sebarang pengkhususan

jangka waktu iaitu hanya boleh digunakan pada zaman nabi sahaja atau hanya untuk orang

tertentu sahaja seperti para sahabat. Hadis tersebut jelas menunjukkan galakan berdoa

dengannya pada setiap waktu.784 Keharusan bertawassul diperkukuhkan lagi oleh Allama

Syeikh Shihab Al-Romli (w. 957H) yang menegaskan bahawa kemukjizatan para nabi dan

kekeramatan para wali Allah tidak putus malah berterusan selepas kewafatan mereka kerana

mereka masih hidup di sisi Allah di dalam kubur-kubur mereka.785 Menurut Ali Jum’ah,

keempat-empat mazhab fiqh iaitu Mazhab Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali bersepakat

dalam mengharuskan tawassul dengan Nabi Muhammad SAW.786 Misalnya, tindakan Imam

Syafie yang pernah bertawassul dengan perantaraan Imam Abu Hanifah ketika beliau

melawat kota Baghdad. Beliau pernah ziarah kuburnya dan mengucapkan salam, kemudian

bertawassul kepada Allah dengan perantaraan Imam Abu Hanifah tentang keperluan beliau

yang penting.787 Antara hujah lain para ulama ini adalah hadis ini dijelaskan di dalam Sahih

Bukhari berkenaan Saidina Umar r.a. pernah berdoa meminta hujan kepada Allah SWT yang

dibincangkan di atas. Ini jelas menunjukkan bahawa keharusan berdoa dengan orang-orang

soleh selain daripda bertawassul kepada Rasulullah SAW.

Berdasarkan hujah dan perbincangan di atas, didapati para ulama mempunyai

sandaran dan landasan dalil masing-masing dalam masalah tawassul khususnya selepas

kewafatan nabi dan para wali Allah. Golongan ulama salafiah bertegas bahawa tawassul

selepas kewafatan nabi dan para wali adalah syirik. Namun, sebahagian daripada ulama

muktabar membenarkan dan mengharuskan tawassul dengan perantaraan Nabi Muhammad


784
Ali Jum’ah. (2012). Penerangan Yang Tepat, hlm. 138-139.
785
Al-Nabhani, Syeikh Yusof bin Ismail. (1983). Shawahid al Haq, hlm.141.
786
Ibid., hlm. 134.
787
Syaikh Ja’far Subhani. (1989). Tawassul, Tabarruk, hlm. 81.
340
SAW, para nabi dan para wali serta orang soleh ketika mereka hidup dan selepas wafat.

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelaslah bahawa berdoa kepada Allah dengan perantaraan

Rasulullah SAW, para solihin dan sebagainya diharuskan di dalam Islam. Pada hakikatnya

tawassul tidak ada kaitan dengan masalah penyekutuan dalam akidah kerana setiap orang

meyakini, hanya Allah SWT yang mampu memberi manfaat dan memberi kemudaratan

kepada mereka.788 Imam Syaukani (w.1250H) memperjelaskan lagi perihal tawassul dengan

menyatakan bahawa harusnya bertawassul kepada Allah melalui Rasulullah SAW dengan

disertakan pegangan bahawa yang berkuasa itu adalah Allah SWT. Dialah pemberi nikmat

dan berkuasa menariknya semula. Apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi dan apa yang

tidak dikehendaki-Nya pasti tidak akan berlaku.789 Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan

hujah Hassan al-Banna (1906-1949M) dalam Usul al ‘Isyrin, yang menyatakan bahawa

berdoa kepada Allah di samping bertawassul dengan salah satunya makhluk adalah

perselisihan cabang (furu’) dalam cara berdoa yang tidak termasuk dalam masalah akidah.790

Walaupun terdapat hujah yang jelas tentang masalah tawassul khususnya dengan

wali Allah yang sudah wafat, pegangan terhadap amalan ini dalam kalangan komuniti Tamil

Muslim perlu diteliti dari aspek ilmu dan pengaruh budaya serta tradisi. Sandaran dalil

nakli yang mengharuskan tawassul dalam Islam tidak boleh dijadikan sebagai hujah untuk

mengharuskan amalan ziarah keramat para wali dan bertawassul secara mutlak tanpa syarat.

Hal yang demikian kerana kefahaman dan ilmu mengenai konsep tawassul dalam Islam

tidak dimiliki oleh semua anggota komuniti Tamil Muslim yang menziarahi keramat. Pada

788
Al-Nabhani, Syeikh Yusof bin Ismail. (1983). Syawahid al-Haq, hlm 142-143.
789
Ali Jum’a. (2012). Penerangan Yang Tepat, hlm. 140
790
Al-Qardhawi, Yusuf.(2005). Fusul fi al-Akidah, hlm 262.Lihat juga Ali Abdul Halim Mahmud.(2007).
Syarah Usul 20 Al Imam Hasan Al Banna: Rukun Faham. Dewan Pustaka Fajar. Selangor, hlm. 1999.

341
hakikatnya, mereka yang sering menziarahi keramat mempunyai hajat, berada dalam

kesempitan dan kesusahan serta keperluan-keperluan yang terdesak seperti masalah

kesihatan dan ketiadaan anak. Desakan akibat kesusahan yang dihadapi dan kedangkalan

ilmu mengenai konsep tawassul, amalan ziarah dan berdoa di dalam keramat wali, dikhuatiri

membawa kepada penyimpangan daripada dari garis panduan tawassul sebenar. Akibatnya,

penziarah mungkin memohon terus kepada para wali agar hajat mereka dipenuhi dan

masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Keadaan ini mungkin menjejaskan akidah

penziarah dan membuka laluan kepada amalan syirik kepada Allah SWT. Hujah ini sejajar

dengan pendapat Dr. Yusof Al-Qardhawi menolak amalan bertawassul dengan zat nabi dan

para solihin atas dasar keharusan bertawassul membuka jalan kepada tindakan berdoa

kepada sesuatu selain Allah dan meminta pertolongan daripadanya malah dikhuatiri

kebanyakan manusia mencampur aduk kedua-dua perkara ini. Hal ini jelas merosakkan

akidah dan membawa kepada jalan syirik kepada Allah SWT.791

Berdasarkan pemerhatian penyelidik di Nagore Dargah dan Keramat Dato Koyah,

George Town, Pulau Pinang, para penziarah Tamil Muslim berdoa, membaca surah Yasin

dan bersedekah di kedua-dua keramat agar hajat dan permintaan mereka dikabulkan. Dalam

mengulas tentang konsep tawassul yang difahami oleh para penziarah, Kamarulzaman

Jalaludin,792 petugas dan juga penjaga Nagore Dargah, Pulau Pinang menjelaskan bahawa:

“Kita tidak pohon daripada beliau (wali) tetapi kita minta sokongan atau
recommendation dari beliau kepada Allah supaya doa kita dimakbulkan”

791
Al-Qardhawi, Yusuf. (2005). Fusul fi al-‘Akidah, hlm. 266.
792
Temu bual dengan Kamarulzaman Jalaludin pada 23 November 2013.
342
Pemerhatian penyelidik juga mendapati terdapat doa tawassul untuk memanjangkan umur

yang ditulis bahasa Arab dipaparkan di dalam dargah Nagore, Pulau Pinang, agar dibaca

oleh penziarah. Doa tersebut adalah seperti berikut:

“Wahai pemilik Nagore, jadilah kepada ku penolong dalam pendengaran,


anggota badan, dan sebaik-baik orang yang melihat dan dalam memanjangkan
umur ku dan bukan dalam memendekkan umur. Wahai yang mengumpulkan
kebaikan Abdul Kader.”

Berkenaan dengan doa tawassul ini, Kamarulzaman menyatakan bahawa penziarah

yang berilmu dan tahu mengenai doa tersebut sahaja akan membacakan doa tersebut.

Umumnya para penziarah akan berdoa mengikut kehendak dan kefahaman mereka.

Berdasarkan hasil pemerhatian dan temu bual penyelidik mendapati kebanyakan penziarah

adalah mereka yang terdiri daripada orang awam yang kurang arif dan tidak mempunyai

ilmu yang mendalam tentang hukum-hakam Islam. Oleh yang demikian, amalan menziarahi

keramat perlu didasari oleh ilmu mengenai konsep tawassul untuk memelihara penziarah

khususnya komuniti Tamil Muslim supaya tidak terseleweng daripada pegangan akidah

Islam dan terjerumus dalam amalan syirik. Hujah ini disokong oleh Raja Mohamed yang

menegaskan bahawa majoriti anggota komuniti Tamil Muslim menganggap wali Allah

sebagai perantaraan terbaik untuk tujuan pengibadatan dan dargah merupakan sumber untuk

mendapat keberkatan dan rahmat. Implikasi daripada kepercayaan kepada wali Allah telah

menanam kepercayaan dan khurafat kepada keajaiban dalam kalangan mereka yang tidak

berilmu. 793

793
Raja Mohamed. (2004). Maritime History, hlm 313.
343
4.10 Amalan Maulid

Amalan maulid atau berzanji diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam di

seluruh dunia termasuk komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang. Maulid merupakan

perkataan Arab yang secara lazimnya merujuk kepada sambutan kelahiran Nabi Muhammad

SAW dan para sufi serta teks atau kitab maulid yang mengandungi syair puji-pujian yang

dibaca ketika sambutan maulid.794 Sufisme mempunyai pengaruh dan hubungan yang rapat

dengan perkembangan amalan ini. Hal yang demikian adalah kerana kebanyakan kitab

maulid ditulis oleh tokoh dan pengamal sufisme. Hasil karya mereka yang dipaparkan dalam

bentuk kitab maulid lebih tepat jika dikelompokkan sebagai karya sastera sufi.795 Penekanan

terhadap amalan pembacaan kitab maulid menjadi tradisi para sufi dan pengamal tarekat

kerana di dalamnya terdapat konsep Nur Muhammad.796 Sufisme dan maulid perantara

peranan kitab maulid sesungguhnya menghubungkan pembaca dengan Nabi Muhammad

SAW yang dikasihi. Kecintaan kepada nabi ini dalam tradisi maulid berperanan sebagai

sarana wusuliyah menuju kecintaan kepada Allah. Kecintaan ini kemudian dipanjangkan

kepada para sufi melalui bacaan maulid terhadap sufi dan wali Allah setelah kewafatan

mereka. Seterusnya, peranan golongan sufi dan penekanan aliran sufisme terhadap bacaan

maulid menjadi faktor perluasan, kesinambungan dan kemasyhuran amalan ini dalam

kalangan masyarakat Islam. Akibatnya, amalan maulid menjadi amalan keagamaan

warisan sufisme yang popular dalam masyarakat Islam termasuk komuniti Tamil Muslim di

794
Ali Jum’ah.(2012). Penerangan Yang Tepat, hlm.99. Lihat juga John Renard. (2009). A To Z of Sufism.
United Kingdom: Scarcecrow Press, hlm. 53.
795
Muhammad Sholkhin, K.H. (2009). Syeikh Abdul Qadir Jailani: 17 Jalan Menggapai Mahkota Sufi.
Yogyakarta: Penerbit Mutiara Media, hlm.55.
796
Ibid., hlm.105.
344
seluruh dunia walaupun sebahagian daripada mereka tidak terikat dengan aliran tarekat

tertentu.

Pada hakikatnya, maulid merupakan karya seni naratif yang mengisahkan sirah

perjalanan Rasulullah SAW. Ia adalah teks doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat

Nabi Muhammad SAW yang biasa dilantunkan dengan irama atau nada tertentu. Kitab

maulid mengandungi syair-syair tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW yang

merangkumi salasilah keturunan, masa kanak-kanak, remaja, dewasa, hingga dilantik

menjadi rasul. Selain itu, kitab maulid juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki

Nabi Muhammad SAW serta berbagai-bagai peristiwa untuk dijadikan teladan oleh umat

manusia.797

Komuniti Tamil Muslim terlibat secara langsung dalam pengamalan maulid nabi dan

juga maulid terhadap para sufi. Dari segi penggunaan istilah, komuniti ini menggunakan

istilah maulud yang diwarisi dari India berbanding dengan istilah maulid. Anggota

komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang membaca maulid ketika perayaan Maulid Nabi

Muhammad SAW atau Maulidiru Rasul sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW pada

bulan Rabiul Awal. Mengikut tradisi, komuniti ini mengamalkan pembacaan maulid selama

12 hari bermula dari 1 Rabiul Awal sehingga 12 Rabiul Awal. Kebiasaannya, bacaan

maulid ini dijalankan selepas solat Asar dan Maghrib di premis persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat, pertubuhan dan rumah orang perseorangan. Tradisi ini

797
Ahmad Mujahid Abdullah , Siti Rugayah Hj. Tibek, Wan Kamal Mujani, Jawiah Dakir & Kamaruzaman
Yusuf .(2013). The Practice of Barzanji, Is It In Line With Islamic Teaching? Amalan Barzanji, Adakah Ia
Selaras Dengan Ajaran Islam? International Journal of West Asian Studies, 4 (2) ,hlm.26-27,doi:
10.5895/ijwas.2012.08
345
diamalkan sejak turun temurun yang diwarisi dari Tamil Nadu, India. Makanan dan manisan

yang dikenali sebagai nercai diberikan kepada para peserta dan pengunjung.798

Selain itu, pada tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun, anggota komuniti Tamil

Muslim Pulau Pinang lazimnya, menyertai upacara perarakan Maulidur Rasul secara aktif

di bandar George Town sejak zaman kolonial sehingga kini. Komuniti ini menyertai

perarakan ini melalui platform persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat dan

persatuan-persatuan lain termasuk UMA, AHI, PHI, PMK, CMS, Liga Muslim, madrasah-

madrasah dan pertubuhan-pertubuhan lain.799 Di samping itu, maulid ini yang boleh

dipadankan dengan pelbagai rentak bacaan juga dibaca di majlis dan keraian tertentu.800

Oleh itu, bacaan maulid dalam komuniti ini juga diadakan ketika peristiwa khusus seperti

perkahwinan, majlis berkhatan dan juga majlis-majlis yang berhajat kepada keberkatan

maulid seperti perasmian rumah baru atau kedai.

Maulid lazimnya disampaikan dan dilantunkan secara berirama oleh sekumpulan

pembaca. Irama yang disampaikan bergantung kepada pengaruh budaya dan persekitaran

sesebuah komuniti. Dalam konteks komuniti Tamil Muslim, pengaruh budaya Tamil dari

segi irama mendominasi cara penyampaian berbanding dengan irama Arab yang

mempengaruhi bacaan barzanji. Bait-bait dibacakan secara berselang seli antara satu

kumpulan pembaca dengan yang lain. Selain daripada cara penyampaian, bacaan maulid

798
Penyelidik telah menjalankan pemerhatian dan turut menyertai majlis bacaan maulid di Persatuan
Muslim Bersatu anjuran Central Muslim Society (CMS) dari 15 Januari 2014 sehingga 26 Januari 2014.
Penyelidik juga menyertai perarakan Maulidur Rasul anjuran kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 28
Januari 2014.
799
Haja Najimuddin dan Abdul Khalil Shawkataly (2007). Meraikan 50 Tahun Khidmat Masyarakat, hlm.
29-31.
800
Ahmad Mujahid Abdullah , Siti Rugayah Hj. Tibek, Wan Kamal Mujani, Jawiah Dakir & Kamaruzaman
Yusuf .(2013). The Practice of Barzanji, Is It In Line With Islamic Teaching?, hlm.26.
346
dalam kalangan komuniti Tamil Muslim hanya dijalankan oleh kaum lelaki sahaja. Kaum

wanita tidak dilibatkan dalam bacaan maulid secara berjemaah atau dalam majlis-majlis

bacaan maulid secara terbuka. Hal ini berbeza dengan amalan bacaan barzanji dalam

masyarakat Melayu yang melibatkan kaum lelaki dan wanita. (Sila rujuk Gambar Foto 4.4

yang menunjukkan majlis bacaan maulid komuniti Tamil Muslim).

Dalam konteks penggunaan kitab maulid, bacaan maulid di Nusantara termasuk di

Malaysia pada hakikatnya adalah berasaskan kitab Barzanji atau nama sebenarnya Aqd

al-Jauhar fi Maulid al-Nabi al-Azhar merupakan sebuah sastera-sejarah yang ditulis

sekitar tahun 1175 Hijrah/1761 Masihi. Kitab ini adalah karya tokoh dan pengamal

sufisme, Syaikh Ja’afar bin Hasan bin ‘Abd Karim bin Muhammad al-Barzanji al Kurdi
801
(1103-1180H/1690-1766M). Berdasarkan nama beliau, kitab maulid digelar sebagai

kitab Barzanji dan perlakuan membaca maulid disebut sebagai berzanji. Kitab Barzanji

yang digunakan oleh masyarakat Melayu yang ditulis tajuknya dalam bahasa Arab

antaranya adalah Majmu’ah al-Mawalid wa Ad’iyyah: Syarafu al-Anam Barzanji Nasar

wa Barzanji Nazham802 dan Majmu’ah al-Mawlud Syarafu al-Anam803 yang memuatkan

komposisi maulid Syarf al-Anam, Barzanji Nasar, Barzanji Nazham ,Qasidah Burdah al-

Muabarakah, ‘Adyiah Khatamul Aulad, ‘Aqidah al-Awam, Ratib Sayidina Muhammad,

Talqin Mayit, Doa Nisfu Sya’ban dan Maulud Dib’ai. Dalam kalangan masyarakat Melayu

maulid Barzanji Nasar yang berbentuk prosa lirik, Barzanji Nazham yang berbentuk karya

801
’Allamah al-Muhaddis al-Musnid al-Sayyid Ja’far bin Hasan bin Abdil Karim al-Barzanji merupakan
mufti Mazhab Syafie di Madinah al-Munawarah. Beliau merupakan penyusun maulid yang
termasyhur yang digelar Maulid al-Barzanji. Sebahagian daripada ulama menyatakan nama asli kitab
tersebut ialah Iqd al-Jauhar Fi Maulid al-Nabi al-Azhar. Ibid., hlm. 27.
802
Ibid., hlm. 26.
803
Muhammad bin Haji Muhammad Sa’id (pnys.). (t.t). Majmu’ah al-Mawlud Syarafu al-Anam. Pulau
Pinang: Maktabah wa Matba’ah Darul Ma’arif. Pulau Pinang.
347
puitis terutamanya Qasidah Marhaban dan Maulid Syaraf al-Anam terutamanya Qasidah Ya

Nabi Salam Salam ‘Alaik kebiasaannya diamalkan ketika menyambut perayaan maulid nabi

dan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, aqiqah, dan berkhatan.

Berbanding dengan masyarakat Melayu di Malaysia, amalan maulid dalam komuniti

Tamil Muslim Pulau Pinang baik dari segi keutamaan amalan ini dan penggunaan kitab

maulid adalah berorientasikan elemen amalan berasaskan sufisme dari India Selatan.

Komuniti ini yang menjadikan maulid sebagai satu amalan keagamaan yang diberi

keutamaan dan penghormatan yang tinggi.804 Keadaan ini wujud kerana maulid dalam

kalangan komuniti ini merupakan amalan yang diwarisi dari India dan mempunyai impak

dan pengaruh sufisme seperti dibincangkan sebelum ini. Penerusan amalan ini menyebabkan

komuniti Tamil Muslim tidak terpengaruh dengan corak amalan maulid masyarakat Melayu

di Malaysia. Hal ini termasuk dari segi penggunaan kitab Barzanji dan cara penyampaian.

Dari segi kitab maulid komuniti ini menggunakan kitab maulid yang bertajuk Subhana

Maulud yang dihasilkan di Tamil Nadu, India. Dengan asas yang sama dengan kitab

Barzanji, kitab ini mengandungi unsur puitis dan boleh dilagukan sebagai prosa lirik. Kitab

ini adalah gabungan puisi dan sirah Nabi Muhammad SAW yang dihasilkan oleh para sufi

dan ulama terkenal pada akhir kurun ke-17 dan awal kurun ke-18 di Kayalapatnam dan

Kilakarai, Tamil Nadu. Syeikh Sadaqatullah bin Syeikh Sulaiman (1632-1703) yang

dikenali sebagai Sadaqatullah Appa merupakan ulama sufi yang bertanggungjawab

mempelopori amalan maulid yang dibawa dari Tanah Arab di Tamil Nadu.805 Beliau

merupakan sufi tarekat Qadiriah di Kayalapatanam yang juga seorang pujangga dan penyair

804
Abdul Kader, M.S.M.(1995). Taha Nabi Maulidin Tamil Velleke Pairurar. Pulau Pinang: Abdul Kader
Alim, hlm. 1-3.
805
Abdul Rahim. (1979). Islamiyah Kalaikalanchiam, hlm. 35.
348
yang terkenal serta mahir dalam bahasa Arab.806 Karya ini menyajikan sirah Rasulullah

SAW secara puitis yang boleh dilagukan sebagai prosa lirik.

Pengaruh sufisme jelas dalam kalangan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang dengan

pengamalan bacaan maulid kepada para sufi selain daripada Nabi Muhamad SAW. Syeikh

sufi diberi penghormatan serta kecintaan kepada mereka dizahirkan melalui bacaan maulid

para sufi yang terkenal dalam kalangan anggota komuniti ini. Tindakan ini diambil sebagai

satu peringatan dan meraih keberkatan ketika menyambut hari peringatan atau haul807

mereka yang diadakan di makam-makam keramat wali.808 Antaranya ialah Syeikh Abdul

Kader Jilani sebagai pengasas tarekat Qadiriah dan juga dalam konteks India Selatan,

Syeikh Shahul Hamid dari Nagore. Di Tamil Nadu, karya-karya maulid untuk memperingati

kedua-dua sufi ini dihasilkan dan dibukukan. Antara karya tersebut merangkumi Muhayadin

Maulud yang ditujukan kepada Muhayadin Syeikh Abdul Kader Jilani dan Miran Sohib
809
Maulud adalah maulid khas untuk memperingati dan menzahirkan kecintaan melalui

bait-bait syair kepada Syeikh Shahul Hamid. Kebiasaannya maulid ini disebut sebagai

Shahul Hamid Antavar Maulud. Qasidah juga dihasilkan untuk memperingati Syeikh Shahul

Hamid iaitu Qasidah Rayiyah fi Kanja Sawaiyyah yang juga dikenali sebagai Qasidah Ya

Sayidi Syeikhi. Bagi memperingati Muhayaddin Abdul Kader Jilani syair Ya Khutubah

806
Syeikh Sadaqatullah Appa (1632M-1703M) adalah anak kepada Shaik Sulaiman (1591M-1688M),
pengasas aliran sufi Qadiriah di Kayalapatnam. Bayly , Susan (1989). Saints,Goddesses and Kings, hlm.
84.
807
Haul merupakan upacara memperingati wali di makam wali. Kebiasaanya,haul dilakukan bersamaan
dengan kewafatan seseorang wali. Upacara ini dianggap penting kerana ia merupakan pola penghubung
bagi generasi penerus dengan generasi pengasas tarekat melalui penjelmaan keberkatan. Nur
Syam.(2005). Islam Pesisir, Yogyakarta: LKiS Yogyakarta, hlm.184.
808
Ibid.
809
Abdul Majid Arus. (pnyt.). Manaij al-Anwar fi Madahi al- Rasul wa al-Abrar. Madras: M.E. Shahul
Hamid and Sons., hlm. 214.
349
dihasilkan.810 Kedua-dua karya ini ditulis oleh sufi dan pujangga terkenal Syeikh

Sadaqatullah Appa.811

Selain daripada kedua-dua syeikh sufi ini, syeikh sufi khusus kepada komuniti Tamil

Muslim tertentu juga mempunyai maulid tersendiri.812 Komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur di Pulau Pinang misalnya mengamalkan bacaan maulid kepada Syeikh

Uthuman Lebbai melalui persatuan berpusatkan kaum kerabat UMA. Bacaan maulid

terhadap Syeikh Uthuman Lebbai Chisti kebiasaannya dijalankan semasa menyambut

Perayaan Hari Peringatan Syeikh atau khantoori dari 1 hingga 5 Rejab setiap tahun.

Komuniti Tamil Muslim pada dasarnya memberi keutamaan kepada sambutan dan

bacaan maulid sebagai satu amalan yang penting. Pada asasnya, pembacaan sirah

Rasulullah SAW adalah untuk menunjukkan kecintaan kepada baginda serta mencontohi

dan mengamalkan ajaran baginda. Penghayatan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW

melalui bacaan maulid lebih berkesan berasaskan kefahaman pembaca terhadap maksud

yang tersurat dan tersirat bait-bait yang ditulis dalam bahasa Arab dalam kitab-kitab maulid.

Menyedari peri pentingnya kefahaman ini, Abdul Kader Alim, imam Tamil Muslim dari

Masjid Alimsahwalai, Pulau Pinang, telah menterjemahkan kitab Subhana Maulid ke dalam

810
Ibid., hlm. 159. Himpunan kitab- kitab maulud dan munajat di bawah tajuk Manaij Al-Anwar fi Madahi
al- Rasul wa al-Abrar yang diolah dalam tulisan Arab Tamil. Kitab ini memuatkan jenis- jenis maulid
yang diamalkan oleh masyarakat Islam di India. Antara bait-bait maulid tersebut termasuk Subhana
Maulud, Ya Saiyadi Ya Rasulullah, Ya Khutbu Ahli al-Sama, Ya Saiyidi Syaikhi, Maulid Barzanji,
Mawahib al-Zain fi Matakib al Hasanain, Muhayadin Maulid, Miran Sohib Maulid, Shabihuka Badru Al-
Lail, Khalasi Bait, Madha Bait, Fi Hubbi Saiyidina Muhammad, Fi Wuddi Saidina Al Husain, Ya Rabbi
Inni Sail, Jud Bi Lutfika, Khutbu Zinda Shah Madar Badi’ al-Din Radhiallahuanhu Firil Nuriah,Khuthub
Saidina Abu al-Hassan al-Shazuli,Saidina Khawaja Moidin al-Din al-Chisti,Ya Man Yara Ma Fi al
Dhamir dan Khalwatuna Yakum. Ibid., hlm. 336.
811
Ibid., hlm. 53-64.
812
Komuniti India Muslim dari kawasan dan wilayah yang berbeza di India, membacakan maulid khusus
untuk syeikh sufi yang yang menjadi ikutan mereka sahaja antaranya seperti Saidina Khawaja Moidin al-
Din al-Chisti dan Khutbu Zinda Shah Madar, Ibid., hlm. 294- 333.
350
Gambar Foto 4.4
Majlis Bacaan Maulid Komuniti Tamil Muslim

Majlis bacaan maulid ketika sambutan kanthoori di Keramat Dato Koyah, George
Town, Pulau Pinang.

Sumber: Gambar foto ini diambil oleh penyelidik ketika menghadiri majlis bacaan
maulid komuniti Tamil Muslim di Keramat Dato Koyah, Jalan Transfer,
George Town, pada 8 Disember 2013.

351
bahasa Tamil dengan mengekalkan teks-teks Arab yang asal di bawah tajuk Taha

Nabi Maulidin Tamil Velleke Pairurar.813 Kitab ini mengandungi terjemaahan teks bait-bait

puisi maulid ke dalam bahasa Tamil yang merangkumi Subhana Maulid, Qasidah Ya

Sayadi, Ya Khutbah dan Qasidah Ya Sayadi Syekhi (Shahul Hamid). Abdul Kader

menegaskan dalam kitab ini bahawa penghayatan dan adab-adab dalam membaca maulid

sebagai satu cara menunjukkan rasa cinta dan ketaatan umat Islam kepada nabi.814

Berdasarkan perbincangan ini didapati amalan maulid berperanan sebagai amalan

keagamaan yang utama dan ditekankan dalam komuniti ini yang diamalkan secara turun-

temurun dan salah satu amalan warisan sufisme.

4.10.1 Kedudukan Maulid dalam Islam

Perbincangan seterusnya akan menyentuh masalah hukum amalan maulid

dalam Islam. Adakah amalan maulid yang diamalkan komuniti Tamil Muslim mengikut

syarak atau sebaliknya? Dalam konteks hukum syarak, terdapat khilaf dalam kalangan para

ulama mengenai pengamalan perayaan dan pembacaan maulid ini.815 Sebahagian daripada

mereka menyatakan bahawa amalan ini merupakan bidaah816 termasuk bidaah hasanah dan

813
Abdul Kader, M.S.M.(1995). Taha Nabi Maulidin Tamil Velleke Pairurar. Pulau Pinang: Abdul Kader
Alim.
814
Ibid., hlm. 5-6.
815
Abdullah Yasin Elyas. (1985). Maulid Nabi Menurut Neraca Nabawy. Kuala Lumpur: Islamic
Counsellor, hlm. 2. Dalam buku ini Abdullah Yasin Elyas memperjelaskan tentang posisi maulid dalam
Islam mengikut fatwa Al-Syeikh Abdul Azizi bin Abdullah bin Baz (Ketua Umum Badan Pembahasan
Ilmiyah Fatwa, Da’wah dan Bimbingan Islam. ( Arab Saudi)
816
Maksud bid’ah dari segi bahasa Arab adalah mengadakan sesuatu yang tidak ada contoh sepertinya
sebelum ini. Dari segi istilah pula merujuk kepada perbuatan atau iktikad yang tidak terdapat keizinan
daripada syarak sama ada ia disebut di dalam al-Quran, sunnah, ijmak atau qias serta tidak termasuk
dalam qawa’id syar’iyyah (kaedah dan prinsip am dalam Islam). Ringkasnya, bid’ah adalah
mengadakan sesuatu yang baharu dalam persoalan agama yang bercanggah dengan sumber-sumber
352
sayiah.817 Terdapat juga ulama yang berpendapat hukum amalan ini adalah harus dan

digalakkan.

Dalam konteks hukum bidaah, percanggahan pendapat berlaku dalam menentukan

adakah amalan ini boleh dikategorikan sebagai bid’ah hasanah, bid’ah sayiah dan bid’ah

idhafiyah.818 Fatwa Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menegaskan bahawa

mengadakan upacara memperingati maulid nabi serta mengadakan ibadah tertentu seperti

baca salawat dan salam atas baginda serta beraneka amalan lainnya pada malam tersebut

adalah ditegah. Hal yang demikian kerana ia merupakan bidaah atau suatu hal yang baharu

dalam agama. Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah melakukannya, begitu juga

Khulafa Rasyidin, para sahabat dan para Tabi’in yang hidup pada abad yang paling baik.

Sabda Rasulullah SAW dalam hal ini:

“Barangsiapa mengada–adakan sesuatu perbuatan dalam urusan agama setelah


kami maka perbuatan tersebut pasti ditolak.”819

Menurut Abdullah Yassin,820 berlandaskan fatwa Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

(1910M-1999M) upacara maulid nabi termasuk dalam kategori bidaah tercela atau bid’ah

hukum yang disebutkan. As Sa’adi, Abd. Malik Abd. Rahman. (2002). Salah Faham Terhadap Bid’ah.
(Terj.). Muhammad Fadhli bin Ismail. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm. 1-2.
817
Bid’ah hasanah merujuk kepada pembaharuan dalam agama yang bertepatan dengan ajaran Islam. Bid’ah
sayiah atau bidaah yang keji pula merujuk kepada pembaharuan dalam agama yang tercela yang
bertentangan dengan ajaran dan prinsip Islam yang membawa kepada kesesatan., Ibid., hlm. 2-4.
818
Bid’ah idhafiyah atau bidaah tambahan merujuk kepada perkara baru yang dicipta dalam urusan agama
yang apabila ditinjau dari sudut wujudnya memanglah ada landasannya dari segi syara’, tetapi ia adalah
bidaah bila ditinjau dari segi penambahan-penambahan amalan di dalamnya yang sama sekali tidak
pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ibid., hlm. 3.
819
Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 2697 dipetik daripada As Sa’adi, Abd. Malik Abd.
Rahman.(2002). Salah Faham Terhadap Bid’ah, hlm. 4.
820
Abdullah Yasin Elyas (1985) Maulid Nabi Menurut Neraca Nabawy, hlm. 5.
353
idhafiyah sebab di dalamnya bercampur antara perkara-perkara yang dianjurkan oleh syarak

dengan perkara-perkara yang diada-adakan tanpa landasan.

Bagi para ulama salafiah, setiap amalan dan perkara-perkara baharu dalam persoalan

agama serta pengibadatan adalah bidaah yang ditolak dan segala bentuk bidaah walaupun

baik dari segi perbuatannya tidak boleh diterima sebagai bid’ah hasanah. Hal ini

berlandaskan hadis nabi yang menegaskan bahawa setiap yang diada-adakan itu adalah

sesat. Para ulama yang lain yang mengatakan amalan maulid sebagai bid’ah sayiah

antaranya As-Sakandari (w. 709 H), Al-Fakihani (w.734H), Muhammad bin Abdul Wahab

(w.1183H), Syeikh Abdurrahman bin Hassan dan Muhammad bin Jamil Zain (w. 1431H).821

Bersandarkan alasan yang berasaskan hujah Ibn Taimiyyah, para ulama ini menolak amalan

maulid kerana amalan ini tidak pernah dilakukan oleh kalangan salaf dan tidak seorang pun

dari mereka yang meriwayatkannya, padahal mereka termasuk dalam golongan yang paling

mencintai Rasulullah SAW. Setiap sesuatu yang tidak pernah ada pada masa Rasullulah dan

pada masa sahabat sebagai ajaran, maka tidak ada satu pun yang boleh dianggap ajaran

sesudah mereka.822 Sebaliknya sebahagian para ulama yang berpendapat bahawa upacara

maulid nabi adalah bid’ah hasanah adalah bersandarkan hadis sahih dari Jarir r.a. yang

diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah SAW :

821
Al-Amily, Ja’far Murtadha. (1993). Perayaan Maulud, Khaul dan Hari-Hari Islam: Bukan Sesuatu
Yang Haram. (Terj.) Masykur Ab. Kuala Lumpur: Victory Agencie, hlm. 50.
822
Ibid., hlm. 51-52.
354
“Barangsiapa yang menganjurkan suatu sunnah yang baik maka ia akan
memperoleh pahalanya dan juga pahala orang-orang yang melakukannya dengan
tidak dikurangi sedikit pun dari ganjaran mereka. Demikian pula sebaliknya
barangsiapa yang menganjurkan sunnah yang tercela maka untuknya dosa dan
dosa orang-orang yang melakukanya dengan tidak dikurangi sedikitpun dari dosa
masing-masing”.823

Menurut Dr. Ali Juma’ah, para ulama salafussoleh iaitu golongan zaman tabi’ tabi’in

dan sebelumnya telah pun merayakan maulid nabi sejak kurun keempat dan kurun kelima

Hijrah. Bagi para ulama ini upacara maulid nabi pada hakikatnya hanya mengandungi

perkara-perkara yang baik seperti memberi makan orang ramai, membaca al-Quran,

berzanji, marhaban memuji-muji Nabi Muhammad SAW yang semuanya adalah dianjurkan

oleh sunnah nabi. Semasa hari keputeraan nabi perkara-perkara ini dilakukan untuk

menyatakan rasa cinta dan syukur kita kepadanya yang sangat berjasa menyelamatkan kita

dari lembah jahiliyah sehingga menjadi umat yang maju dan beradab.824 Al Qasthalani (w.

923H) 825
menyatakan bahawa selama umat Islam masih melakukan perayaan peringatan

maulid nabi dan melaksanakan pesta-pesta, memberikan sedekah pada malam itu dengan

pelbagai macam kebaikan, menampakkan kebahagiaan, menambah perbuatan baik dan

melaksanakan pembacaan sejarah maulid nabi. Tindakan ini memperlihatkan bahawa

maulid tersebut mendatangkan keberkatan kepada mereka dengan keutamaan yang bersifat

universal.

Pendapat Ibn al-Haj yang dipetik daripada bukunya al-Madkhal menentang keras

anggapan bidaah atau menurut hawa nafsu bagi orang yang mengadakan peringatan

823
Hadis riwayat Muslim no. 1017 dalam Abdullah Yasin Elyas (1985). Maulid Nabi Menurut Neraca
Nabawy, hlm. 5.
824
Ali Jum’ah. (2012). Penerangan Yang Tepat, hlm. 99. Lihat juga Abdullah Yasin Elyas.(1985). Maulid
Nabi Menurut Neraca Nabawy, hlm. 2.
825
Al-Amily, Ja’far Murtadha. (1993). Perayaan Maulud, hlm. 21.
355
maulid.826 Ibnu ‘Ubaid dalam karyanya Rasailuhu al-Kubra menyatakan bahawa peringatan

maulid adalah salah satu hari besar dari sekian hari besar lainnya. Semua perkara yang

dikerjakan pada waktu itu, yang merupakan ungkapan dari rasa senang dan gembira adalah

mubah atau harus.827 Hujah ini disokong oleh Ibn Hajar Al-Haitami (w. 974H) yang

menyatakan bahawa bidaah yang baik disepakati atas kesunnahannya. Oleh yang demikian,

tindakan berkumpulnya manusia untuk mengadakan perayaan maulid termasuk dalam

bidaah yang baik.828 Seterusnya, Al Hafiz Imam Sayuti (w. 911H) menyatakan dalam

Husnul Maqasid fi ‘Amalil Maulid bahawa amalan maulid adalah bid’ah hasanah yang

diberi pahala kepada mereka yang melakukanya. Hal ini kerana di dalamnya terdapat bentuk

memuliakan nabi dan menzahirkan rasa gembira kerana menyambut hari kelahiran nabi. 829

Permasalahan perintah Allah untuk menghormati, mencintainya, memuliakan dan

mengagungkan Nabi Muhammad SAW tidak ada batasan yang melarang dalam bentuk

khusus. Oleh yang demikian, usaha dan tindakan yang diambil oleh individu Muslim dalam

memenuhi perintah tersebut bukan termasuk bidaah dan tidak termasuk dalam isu

memasukkan sesuatu yang bukan agama ke dalam agama. Didasari hujah di atas, amalan

memuliakan dan menghormati Rasullulah SAW boleh diterjemahkan melalui majlis-majlis

peringatan, menyebarkan ajaran mengenai keutamaan-keutamaan akhlak nabi, membaca

selawat dan salam, mengarang buku yang menjelaskan kehidupannya dan sebagainya.

Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan para ulama seperti Ibn al-Haj (w.

1336H) dan Imam al-Sayuti terhadap amalan maulid termasuk ulama kontemporori Dr. Ali

826
Ali Jum’ah. (2012). Penerangan Yang Tepat, hlm. 100.
827
Ja’far Murtadha Al-Amily.(1993). Perayaan Maulud, hlm. 22.
828
Ibid., hlm. 61.
829
Ali Jum’ah. (2012). Penerangan Yang Tepat, hlm. 101.
356
Jum’ah yang menyatakan bahawa menzahirkan syiar kelahiran nabi merupakan perkara

yang digalakkan dan satu bentuk penghampiran diri. Sambutan maulid merupakan aplikasi

kepada kegembiraan dan kecintaan serta satu bentuk penghormatan kepada Nabi

Muhammad SAW. Tambahan pula, kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan rahmat

bagi sekalian alam dan rahmat ini tidak terhad serta nikmat terbesar bagi umat Islam.830

Bahkan, syariat itu sendiri menggalakkan umat Islam menzahirkan rasa kesyukuran

terhadap nikmat ini.831 Dr. Ali Jum’ah menegaskan perkara ini berdasarkan firman Allah

SWT seperti berikut:

“Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah” 832

Berdasarkan ayat di atas beliau menyatakan bahawa hari kelahiran nabi merupakan salah

satu daripada hari-hari Allah. Maka mengadakan sambutan sempena hari tersebut

merupakan pelaksanaan terhadap perintah Allah dan tidak dikatakan bidaah. Sebaliknya,

amalan tersebut menjadi ikutan yang baik walaupun ia tidak diadakan ketika kehidupan

baginda. Hal yang demikian kerana sambutan hari kelahiran nabi dilaksanakan atas dasar

kecintaan terhadap nabi.833 Walau bagaimanapun, sambutan maulid nabi tersebut perlulah

terdapat di dalamnya bacaan ayat-ayat Allah, amalan sedekah dan tidak cenderung kepada

bentuk-bentuk amalan yang tercela serta perkara-perkara mungkar. 834

Berdasarkan perbincangan di atas, amalan maulid dalam kalangan umat Islam

termasuk komuniti Tamil Muslim didasari oleh hujah-hujah yang mengharuskan amalan

830
Ali Jum’ah. (2012). Penerangan Yang Tepat, hlm. 96-99.
831
Ibid., hlm. 103.
832
Surah Ibrahim 14:5.
833
Ali Jum’ah.(2012). Penerangan Yang Tepat, hlm. 107.
834
As Sa’adi, Abd. Malik Abd. Rahman. (2002). Salah Faham Terhadap Bid’ah, hlm. 229.
357
maulid dilaksanakan atas dasar penghormatan dan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW

Pada hakikatnya, amalan maulid berperanan sebagai salah satu bentuk dakwah yang dapat

menyampaikan kebaikan dan menyemai kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dalam

kalangan umat Islam termasuk komuniti Tamil Muslim.

4.11 Kepercayaan Terhadap Wafaq dan Budaya 786

Kepercayaan terhadap ilmu wafaq dan penggunaannya dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim di Pulau Pinang merupakan salah satu amalan warisan sufisme. Impak

daripada tradisi kepercayaan dan penggunaan terhadap wafaq telah mencetuskan budaya

penggunaan angka 786 dalam komuniti ini. Sesungguhnya, kepercayaan dan penggunaan

wafaq dalam kalangan komuniti ini adalah salah satu amalan berasaskan sufisme yang

diwarisi dari Tamil Nadu, India. Penggunaan wafaq bukan sahaja melibatkan komuniti ini

malah umat Islam dari pelbagai bangsa di seluruh dunia. Wafaq merupakan ilmu yang

menggunakan nombor dan huruf yang dikembangkan oleh para sufi.835 Ilmu ini juga

dikenali sebagai ilmu simia dan ilmu rahsia huruf.836 Dalam kitab ilmu tersebut, nama Allah

SWT dipecah-pecahkan serta disusun bersama angka, para rasul dan sahabat besar yang

digunakan dalam tangkal dan azimat. Nombor-nombor ini kemudiannya digunakan sebagai

835
Ibn Khaldun. (1967). The Muqaddimah: An Introduction to History. Vol. 2. (Terj.). Franz Rasenthal:
Princeton University Press, hlm. 171.
836
Ibid., hlm. 171 -172.
358
tangkal bagi tujuan perubatan, mengikat kasih sayang, kebal, pelaris, pemanis muka,

pendinding panahan mata dan sebagainya. 837

Ilmu wafaq838 muncul melalui kepercayaan dan amalan para sufi yang menggunakan

huruf-huruf Arab ini sebagai satu metod untuk perubatan dan ilmu falak. Menurut Ibnu
839
Khaldun, Imam Ja’far al-Sadiq Muhammad al-Baqir (w. 148H) merupakan ulama yang

perintis dalam menghasilkan nilai bagi huruf-huruf Arab dan nama-nama Allah atau al-

asma’ al-husna berdasarkan kitab al-Jafr yang tidak wujud lagi.840 Seterusnya, dikenal

pasti para sufi yang muncul pada sekitar kurun ke-12 dan kurun ke-13 khususnya Ibn Arabi
841 842
(w. 168H) dan Ahmad al-Buni (w. 1255M.) menghasilkan karya-karya yang terkenal

mengenai ilmu wafaq dan hikmah.843 Antara kitab yang sering dijadikan rujukan dalam

bidang ini ialah kitab karangan Ahmad al-Buni dan angkatannya. Kitab Manba’ Usul al-

Hikmah dan Syams al-Ma’arif al-Kubra tulisan al-Buni misalnya menjadi model utama

penulis dan pengamal ilmu wafaq di India dan di rantau Asia Tenggara untuk menyusun

837
Mat Rofa Ismail.(2009). Ilmu Hikmah Dalam Kajian Etnosains Dan Etnomatematik Rumpun Melayu.
Dlm Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu. 21 Julai 2009. Institut Penyelidikan Matematik
dengan kerjasama Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI): Universiti Putra Malaysia. Dimuat turun pada
15 Februari 2013 daripada http://www.kesturi.net/wp-content/uploads/2009/08/ilmu-hikmah-dalam-
kajian-etnosains-dan-etnomatemetik-alam-melayu.pdf, hlm.23.
838
Ibid., hlm. 2.
839
Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang hadis dan fekah di Madinah bagi golongan ahlul Sunnah wal
Jamaah dan juga golongan Shiah. Imam Abu Hanifa dan Imam Malik pernah merujuk kepada beliau. Ibn
Khaldun. (1967). The Muqaddimah, hlm. 171-172.
840
Ibid.
841
Nama sebenar beliau adalah Muhammad b. ‘Ali b. Muhammad Ibn Ahmad ibn Ali ibn Abdullah ibn
Hatim al’Arabi al Tai al al-Andalusi. Beliau dilahirkan pada 27 Ramadhan 560 H /7 Ogos 1165 di
Murcia (Marsih) Tenggara , Sepanyol dan beliau wafat pada 28 Rabi’l Akhir 638 H/16 November
1240M di Damsyik. Beliau mula menjadi murid dalam jalan sufi ketika berumur 20 tahun dan
seterusnya menjadi syeikh sufi terkenal dengan gelaran Muhyi al-Din Ibn Arabi. Ibn Arabi. (1971).
Sufis of Andalusia.(Terj.). R.W.J. Austin. California: University of California, hlm. 21- 45.
842
Nama sebenar Ahmad ibn ‘Ali al-Buni adalah Sharaf al-Din Ahmad ibn Ali ibn Yusuf al- Buni dan wafat
pada 1225M. Ibn Khaldun. (1967). The Muqaddimah, hlm. 172.
843
Ibid.
359
karya-karya hikmah.844 Kewujudan dan penyebaran aliran sufisme di India turut menjadi

faktor pengadaptasian dan pengamalan ilmu wafaq serta hikmah disalurkan melalui karya-

karya yang terkenal ini. Di samping karya-karya ini, kitab-kitab lain dihasilkan berdasarkan

karya asal sebagai panduan pengamalan ilmu ini.

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Pulau Pinang, para pengamal ilmu ini

mewarisi tradisi pengamalan ilmu wafaq dari India Selatan. Kitab-kitab yang digunakan di

India Selatan dijadikan rujukan dan panduan antaranya termasuk kitab Fawa’id al-

Bahiyyah,845 Jawahir i Khamsah dan Fawaid al-Quran lil Muhimmat Manafi’ul al Asma’

wa Talsamat.846 Kitab-kitab ini ditulis dalam bahasa Tamil yang diadunkan dengan istilah-

istilah Arab yang menggunakan tulisan Arab Tamil.

Menurut ilmu wafaq, setiap huruf mempunyai rahsia dan khasiat yang mampu

mempengaruhi kehidupan. Kekuatan dan khasiat setiap huruf berbeza antara satu sama lain

mengikut kekuatan semulajadi. Huruf-huruf ini dibahagikan kepada 4 kumpulan

berdasarkan elemen berbeza iaitu kategori huruf yang bersifat api, angin, air dan tanah

seperti dipaparkan dalam Jadual 4.1847 Biasanya nombor tersebut ditulis menggunakan

sistem abjad hawwaz yang menggunakan huruf Arab mengikut tertib susunan Abjad (‫)أبجد‬

Hawwaz ( ‫ )ھوز‬,Hutiy( ‫)حطي‬, Kalaman (‫)كلمن‬, Sa'fas,(‫ )سعفص‬Qarasha,( ‫ )قرشت‬Thakhadha

(‫ )ثخذ‬dan Tazagh ( ‫)ضظغ‬. Mengikut sistem ini, setiap huruf mempunyai nilai-nilai khusus

seperti alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, ha = 5, wau = 6, zai = 7… . Sistem perpadanan

huruf dengan nilai ini dikenali sebagai sistem al-jummal. Jadual 4.2 menunjukkan nilai

844
Mat Rofa Ismail. (2009). Ilmu Hikmah Dalam Kajian Etnosains, hlm. 1-3.
845
Temu bual dengan Kamaruzaman Jalaludin pada 23 November 2013.
846
Temu bual dengan Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2010.
847
Ibn Khaldun (1967). The Muqaddimah, hlm. 172-173.
360
setiap huruf hijaiyyah berdasarkan sistem abjad hawwaz. Khasiat dan rahsia huruf ini

bergantung kepada nilai angka setiap huruf.848 Nilai setiap huruf tersebut membentuk

keserasian yang membawa kepada pembinaan sifat-sifat tertentu. Jadual huruf hijaiyyah

dan nilai angka ini berperanan sebagai rujukan untuk kiraan falak astronomi. Seterusnya,

jadual ini merupakan asas dalam memahami ilmu-ilmu hikmah, khususnya ilmu thalsam

dan rahsia huruf. 849

Dalam ilmu wafaq angka-angka ditafsirkan mengikut ilmu hikmah dan nombor-

nombor disusun dalam petak-petak tertentu agar hasil tambahnya memenuhi beberapa

syarat.850 Rajah-rajah ini dikenali sebagai wafaq atau naqsha kerana nombor yang disusun

dalam petak-petak segiempat tersebut mempunyai ciri-ciri yang istimewa khususnya

mempunyai penjumlahan yang sama setiap baris dan lajurnya. Jumlah yang paling kecil

adalah 3 lajur dan baris. Jenis naqsha dilabelkan dengan istilah Arab sebagai thulasi (3x3),

ruba’i (4x4), khumasi (5x5) mengikut jumlah baris dan lajur.851 Nombor-nombor ini

kadang-kala dicampur aduk dengan ayat al-Quran dan nama-nama para nabi, rasul, sahabat

besar Nabi Muhammad SAW dan lain-lain. Dalam kitab Fawa’id al-Bahiyyah misalnya

pengarangnya mencampurkan kalimah Bismillah, selawat dan segi empat ajaib asas 3x3

848
Sistem susunan huruf-huruf Arab ini yang mempunyai pengaruh bahasa Suriani atau bahasa Phonecia.
Adam Gacek .(2009). Arabic Manuscripts: A Vademecum for Readers. Leiden, Netherland: Koninklijke
Brill NV, hlm. 11-12. Lihat juga Abu al-Baqir Ad-Dusuqi.(2007). Rahsia & Khasiat Huruf-Huruf
Hijaiyyah. Kota Bharu: Al-Baqir Enterprise, hlm. 12.
849
Ibid.
850
Mat Rofa Ismail. (2009). Ilmu Hikmah Dalam Kajian Etnosains, hlm. 1-3.
851
Shahul Hamid Lebbai, A.M. (1324H). Kitab Fawaid al-Quran lil Muhimmat Manafi’ul al-Asma’ Wa
Thalsamat, hlm. 6-21.
361
Jadual 4.1
Kumpulan Huruf Hijaiyyah
Berdasarkan Sifat Alam Semulajadi

Tanah Air Angin Api

‫د‬ ‫ج‬ ‫ب‬ ‫ا‬

‫ح‬ ‫ز‬ ‫و‬ ‫ه‬

‫ل‬ ‫ك‬ ‫ى‬ ‫ط‬

‫ع‬ ‫س‬ ‫ن‬ ‫م‬

‫ر‬ ‫ق‬ ‫ص‬ ‫ف‬

‫خ‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫ش‬

‫غ‬ ‫ظ‬ ‫ض‬ ‫ذ‬

Jadual 4.2
Huruf- huruf Hijaiyyah Mengikut Susunan
Abjad Hawwaz dan Sistem Hisab al-Jummal.

‫ز‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ج‬ ‫ب‬ ‫ا‬

7 6 5 4 3 2 1

‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ك‬ ‫ى‬ ‫ط‬ ‫ح‬

50 40 30 20 10 9 8

‫ش‬ ‫ر‬ ‫ق‬ ‫ص‬ ‫ف‬ ‫ع‬ ‫س‬

300 200 100 90 80 70 60

‫غ‬ ‫ظ‬ ‫ض‬ ‫ذ‬ ‫خ‬ ‫ث‬ ‫ت‬

1000 900 800 700 600 500 400

362
dengan hasil tambah 15 bagi setiap lajur dan setiap barisnya, sebagai kegunaan selusuh

perempuan bersalin.852

Dalam konteks komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang secara umum, ilmu wafaq

diamalkan oleh sebahagian anggota komuniti atas kepercayaan yang diwarisi daripada

amalan keagamaan di India yang didasari sufisme. Penggunaan azimat dan tangkal sebagai

satu elemen pelindung daripada kecelakaan, pelaris dan pendinding daripada unsur panahan

mata masih dapat dilihat dalam kalangan komuniti ini. Tangkal kebiasaannya dipakai bagi

tujuan perubatan dan perlindungan daripada gangguan makhluk halus. Azimat berasaskan

ilmu wafaq ini ditulis atas kepingan tembaga dan timah serta digantung di dalam rumah dan

premis perniagaan. Pengamal ilmu wafaq dalam kalangan komuniti ini, terdiri daripada

golongan agama lepasan kolej Arab tertentu dari India dan juga mereka yang mempunyai

asas dari segi keagamaan. Menurut Kamarulzaman Jalaludin,853 salah seorang pengamal

ilmu wafaq, lazimnya tangkal dan azimat disediakan untuk memenuhi keperluan anggota

komuniti sebagai satu penyelesaian masalah mereka. Lazimnya para peniaga Tamil Muslim

meminta beliau menyediakan azimat atau wafaq untuk diletakkan di kedai mereka sebagai

pelaris.

Seterusnya, seorang lagi pengamal ilmu wafaq Tamil Muslim, Ibrahim bin

Osman,854 menjadikan Kitab Fawaid al-Quran lil Muhimmat Manafi’ul al Asma’ Wa

Talsamat sebagai rujukan bagi tujuan perubatan secara peribadi dan juga ahli keluarga.

Keseluruhan kitab ini adalah mengenai ilmu wafaq secara terperinci sebagai satu metod

852
Mat Rofa Ismail. (2009). Ilmu Hikmah Dalam Kajian Etnosains, hlm. 24.
853
Temu bual dengan Kamarulzaman Jalaluddin pada 23 November 2013.
854
Menurut Ibrahim bin Osman beliau mewarisi ilmu wafaq daripada ayahnya. Temu bual dengan Ibrahim
bin Osman pada 10 Julai 2010.
363
untuk memenuhi keperluan individu dari segi kesihatan, perubatan, halangan gangguan jin,

menjamin keselamatan dan sebagainya. Di dalam kitab ini dinyatakan tentang kaedah

menulis wafaq berdasarkan naqsha dan cara mengamalkannya. Wafaq yang telah ditulis,

lazimnya dimasukkan dalam sebuah bekas kecil dan dijadikan tangkal. Rajah 4.1

menunjukkan naqsha untuk menghalang gangguan musuh yang dipetik daripada kitab Kitab

Fawaid al-Quran lil Muhimmat Manafi’ul al-Asma’ Wa Thalsamat.855

Perkembangan ilmu wafaq yang dipelopori para sufi di India mengakibatkan

perluasan penggunaan nilai-nilai huruf yang mewakili istilah-istilah suci dan keagamaan

dalam masyarakat Islam. Misalnya, kalimah Allah diberi nilai 66, kalimah Muhammad

diberi nilai 99, al-Ism al A’zam diberi nilai 76 dan Bismillah diberi nilai 786.856 Amalan

penggunaan nilai-nilai huruf ini telah mencetuskan satu budaya dan identiti unik masyarakat

Islam di India. Identiti ini kemudian diwarisi dan menjadi simbolik komuniti Tamil Muslim

di Pulau Pinang. Pengamalan ilmu wafaq yang meletakkan nilai pada setiap huruf hijaiyyah

telah membentuk budaya penggunaan angka 786 sebagai pengganti kalimah bismillahi

rahmani rahim dalam kalangan komuniti Tamil Muslim. Menurut sistem hisab al-jummal

setiap huruf dalam kalimah bismillahi rahmani rahim dipecahkan satu persatu dan nilai

setiap huruf ini dicampurkan. Hasil tambah nilai setiap huruf tersebut berjumlah 786.

Perkara ini diterangkan secara terperinci berdasarkan Jadual 4.3

855
Shahul Hamid Lebbai, A.M. (1324H) Fawaid al-Quran .hlm. 150.
856
Adam Gacek .(2009). Arabic Manuscripts: A Vademecum for Readers, hlm.12.
364
Rajah 4.1
Naqsha untuk Menghalang Gangguan Musuh

ٍ ۟ ‫ﱠر ِح‬
‫يم‬ ‫ﱢﻣن ﱠر ۟ ﱟب‬ ً‫قَ ۡو ۟ال‬ ‫سلَ ٰـ ۟ ٌم‬
َ
١٢١ ١٣٧ ٢٩٢ ٢٥٨

١٣٢ ١٣٦ ٢٩٣ ٢٥٧

٢٩٤ ٢٥٦ ١٣٣ ١٣٩

١٣٨ ١٣٤ ٣٥٥ ٢٩١

Jadual 4.3
Nilai Bismillah Mengikut Kiraan Sistem Hisab al-Jummal
‫بســــم الــرحمن الــــرحيم‬

Jumlah ‫م‬ ‫ا ل ر ح ي‬ ‫م ن‬ ‫ح‬ ‫ل ر‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ا ل ل‬ ‫س م‬ ‫ب‬

786 4 1 8 2 3 1 5 4 8 2 30 1 5 3 3 1 4 6 2
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0

Budaya penggunaan 786 masih diamalkan oleh komuniti Tamil Muslim sehingga

angka-angka ini sinonim dengan komuniti ini. Simbol angka 786 ditulis oleh anggota

komuniti ini semasa menulis surat, urusan menyediakan dokumen, perjanjian dan rekod-

rekod peribadi. Simbol ini juga diletakkan di premis perniagaan dan gerai- gerai sebagai

satu simbol kalimah suci atau basmallah. Persoalan yang timbul di sini adalah adakah perlu

penggunaan simbol angka 786 sedangkan basmallah boleh ditulis mengikut teks asalnya?

365
Pada hakikatnya, simbol angka digunakan komuniti ini untuk memelihara kalimah

basmallah yang ditulis pada surat atau kertas yang mungkin dibuang atau diletakkan di

tempat yang kotor. Selain daripada perkara ini, sudah menjadi kebiasaan komuniti Hindu

menggunakan simbol dewa pada permulaan dalam penulisan surat dan sebagainya. Selepas

berlakunya Islamisasi di India, komuniti Tamil yang menganut agama Islam menggantikan

simbol tersebut dengan simbol yang Islamik iaitu angka simbol 786.857 Tindakan ini

membuktikan bahawa transformasi kepercayaan dan agama memberi impak kepada

tranformasi budaya yang tidak Islamik kepada budaya yang Islamik.

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa angka 786 mewakili dewa-dewa

Hindu mengikut bidang numerologi agama Hindu. Menurut Ashok Pant,858 berdasarkan

sistem numerologi Hindu, angka 6 merujuk kepada dewa Brahma, tujuh adalah angka untuk

Vishnu dan lapan adalah angka untuk Mahesh. Jadi, menurut pandangan beliau, angka 786

secara kolektif menyamai semua dewa Hindu. Dakwaan dan hujah Ashok Pant tidak tepat

kerana angka 786 yang mewakili basmallah terhasil daripada angka huruf jummal yang

sistematik dan jelas seperti yang dibincangkan di atas. Persamaan angka numerologi agama

Hindu mungkin satu persamaan yang wujud secara kebetulan dan persamaan ini cuba

digunakan untuk mempertikaikan kredibiliti ilmu wafaq dan amalan komuniti Tamil

Muslim.

Dalam perbincangan berikut, kedudukan hukum kepercayaan dan penggunaan wafaq

akan disentuh secara umum. Dari persepektif hukum kepercayaan terhadap wafaq secara

umum diteruskan oleh sebahagain daripada komuniti Tamil Muslim kerana meyakini

857
Temu bual dengan dengan Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2010.
858
Ashok Pant ( 2012). The Truth of Babri Mosque. Bloomington,Indiana: iUniverse, hlm. 49.
366
amalan tradisi ini sejajar dengan hukum syarak. Hal ini kerana ia mengandungi potongan

ayat-ayat al-Quran dan huruf-huruf hijaiyyah. Pada hakikatnya, terdapat khilaf dalam

kalangan ulama mengenai hukum kepercayaan dan penggunaan wafaq yang melibatkan

penggunaan azimat dan tangkal. Pada dasarnya, sebahagian ulama menegaskan bahawa

penggunaan wafaq dalam bentuk tangkal dan azimat adalah bida'ah, khurafat dan ditegah

oleh syarak. Hal yang demikian kerana tangkal-tangkal, manik atau biji-bijian yang ditegah

pemakaiannya jika pemakainya beriktikad bahawa ia dapat menolak bala, penyakit

kemudaratan, musibah dan tidak mengandungi ayat al-Quran atau zikir.859 Terdapat dalil-

dalil yang mengharamkannya, antaranya maksud firman Allah SWT seperti berikut:

"Jika Allah menimpakan sesuatu mudarat kepadamu, maka tiada yang dapat
menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan
bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya." 860

Seterusnya hadis riwayat Imam Ahmad menegaskan bahawa:

861
"Sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik."

"Sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata), maka Allah tidak
akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad'ah
(tangkal berupa kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi
862
keamanan baginya"

Walau bagaimanapun, terdapat para ulama berbeza pendapat tentang hukum

menggantungkan azimat dan tangkal yang mengandungi nama-nama Allah dan sifat-Nya,

859
As Sa’adi, Abd. Malik bin Abd Rahman.(2002).Salah Faham Terhadap Bid’ah, hlm. 258.
860
Surah Yunus 14:107.
861
Hadis riwayat Imam Ahmad dan Syeikh Ahmad Shakir menyatakan sanad hadis ini adalah berstatus
hasan. Al-Qardhawi,Yusof.(1994). Mawqif al-Islam min al-Ilham wa al-Kshfi wa al-Ru’ya wa Min al-
Kananah wa al- Tanaim wa al-Ruqa.Kahera: Maktabah Wahbah, hlm.145.
862
Hadis riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya ditahqiqkan oleh Shaikh Ahmed Muhammas Shakir.
Hadis ini merupakan hadis sahih dipetik dari As Sa’adi ,Abd. Malik bin Abd Rahman. (2002). Salah
Faham Terhadap Bid’ah, hlm. 258.
367
ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang ma’thur. Sebahagian daripada mereka

mengharuskannya manakala sebahagian menafikan keharusannya. Menurut Dr. Abdul

Malik863 pemakaian tangkal dan azimat tidaklah menjadi tegahan jika diambil daripada al-

Quran dan doa-doa ma’thur dengan tujuan yang khusus dan ditulis secara jelas dengan

tulisan Arab yang tidak bercampur dengan mentera atau khurafat.864 Hujah beliau adalah

berdasarkan pandangan tokoh-tokoh seperti Saidatina A’isyah, Ibn Sirin (w.110H). dan

Imam Hafiz ibn Hajar Asqalani (w. 852H) yang mengharuskannya pemakaian tangkal dari

al-Quran. Menurut mereka, yang diharamkan hanyalah tangkal dan azimat yang selain dari

ayat al-Quran. Menurut Imam Ibn Hajar, penggunaan tangkal harus jika menepati tiga

syarat. Antaranya, tangkal yang digunakan mesti berbentuk ayat al-Quran, ditulis dalam

bahasa Arab dan penggunanya yakin bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri

melainkan dengan kuasa Allah. Atas dasar ini, penggunaan tangkal adalah kufur jika

beriktikad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari kejahatan dan membawa kebaikan.865

Antara dalil yang disandarkan hadis sahih seperti berikut:866

“Diriwayatkan oleh Amru bin Syu’aib daripada bapanya daripada datuknya katanya:
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sekiranya salah seorang daripada kamu terjaga
daripada tidurnya, maka ucapkanlah:
‫إذا فـــزع أحــدكم فـــي النـــوم فليقــــــــل أعوذ بكلمـــــات ﷲ التامــــات من غضــــبه وعقابــــه‬
‫وشــر عبـــاده ومن ھمزات الشـــــــياطين وأن يحضــــرون‬
“Abdullah bin Amr mengajarkan doa tersebut kepada anak-anaknya yang telah baligh
manakala bagi yang belum baligh, beliau menulisnya di atas kertas lalu
menggantungkannya di leher anak tersebut.” 867

863
Dr. Abdul Malik bin Abdul Rahman As Sa’adi merupakan seorang tokoh ulama yang terkenal di Iraq.
As Sa’adi, Abd. Malik Bin Abd Rahman.(2002). Salah Faham Terhadap Bid’ah, hlm. iii.
864
Ibid., hlm. 255.
865
Al-Qardhawi, Yusof.(1994). Mawqif al-Islam min al-Ilham, hlm.146.
866
Abd. Malik Bin Abd Rahman.(2002). Salah Faham Terhadap Bid’ah, hlm. 255-256.
867
Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (Abdullah bin Amru) no. hadis : 6696. Berkata Syeikh
Syakhir bahawa sanadnya berstatus sahih, dipetik dari Al-Qardhawi, Yusof. (1994). Mawqif al-Islam min
al- Ilham, hlm.146.
368
Walau bagaimanapun, segolongan ulama lagi mengharamkan pemakaian tangkal

walaupun hanya mengandungi ayat al-Quran. Menurut, Ibrahim al-Nakhaie r.a (w. 96H)
868
sahabat dan para tabi’in termasuk Ibn Masud, al-Qamah, al-Asud, Masruq, Abi Wail,

Haris bin Suwaid, ‘Ubaidah al-Salmani, al-Rabi’ bin al-Khusaim menentang pemakaian

azimat secara keseluruhannya, sama ada azimat daripada ayat Quran dan selainnya.

Pendapat ini disokong oleh Dr. Yusof al-Qardhawi bersandarkan pandangan yang rajih

mengatakan bahawa semua jenis azimat adalah tidak harus digunakan.

Hasil perbincangan ini menunjukkan bahawa penggunaan tangkal dan azimat yang

lahir daripada ilmu wafaq harus dan tidak ditegah jika menggunakan ayat-ayat al-Quran dan

doa-doa yang ma’thur menurut pandangan sebahagian daripada ulama. Penggunaan wafaq

yang mengandungi elemen selain daripada ayat al-Quran ditegah dan dihukum syirik oleh

para ulama berdasarkan hujah-hujah yang disebutkan di atas. Komuniti Tamil Muslim yang

menggunakan wafaq mungkin tidak sedar akan hakikat ini. Keadaan ini wujud kerana

mereka mengamalkan kepercayaan terhadap wafaq sebagai satu metod untuk mencapai

tujuan tertentu atas dasar kepercayaan yang diwarisi turun-temurun. Tujuan tersebut

termasuk untuk melindungi diri daripada gangguan makhluk halus, panahan mata,

melariskan perniagaan dan sebagainya. Dalam mengamalkan kepercayaan terhadap wafaq

secara tradisi tanpa pengetahuan agama mungkin menyebabkan mereka tidak mengikut

syarak. Amalan ini akhirnya boleh merosakkan iktikad mereka dan membawa kepada syirik.

Oleh yang demikian, komuniti Tamil Muslim harus sedar dan faham tentang hukum

penggunaan wafaq dari segi syarak dan memastikan wafaq yang digunakan berasaskan ayat

al-Quran semata-mata.

868
Beliau merupakan seorang tabi’in yang meninggal dunia pada tahun 96 Hijrah. Ibid.
369
4.12 Rumusan

Berdasarkan perbincangan di atas, terbukti latar belakang penyebaran dan

penerimaan Islam di India Selatan yang didokong oleh golongan sufi telah menyemai pautan

dan pendampingan terhadap sufisme dalam kalangan komuniti Tamil Muslim. Pautan ini

telah mencorak satu bentuk pandangan dan perspektif terhadap Islam yang berasaskan

konsep penghormatan, kecintaan, keberkatan dan kekeramatan para sufi. Pautan dan

pegangan terhadap aliran sufisme menjadi asas kepada kelahiran amalan keagamaan warisan

seperti penziarahan keramat, maulid, ratib dan pengamalan ilmu wafaq seperti diperincikan

sebelum ini. Selain daripada amalan agama pengaruh sufisme juga mempengaruhi budaya

komuniti Tamil Muslim dari konteks pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat, penamaan anak berdasarkan nama sufi dan penggunaan angka 786 dalam

kehidupan mereka.

Jika dilihat dari perspektif Islam berlandaskan hukum syarak, amalan-amalan

tersebut mempunyai asas dan hujah syarak mengikut pandangan ilmuwan dan ulama yang

muktabar berpandukan pembuktian yang dibincangkan. Walau bagaimanapun, amalan-

amalan seperti menziarahi keramat dan bertawassul dengan wali Allah, maulid serta

penggunaan wafaq perlu dilaksanakan berlandaskan hukum syarak yang ditetapkan.

Kemungkinan besar anggota komuniti Tamil Muslim melaksanakan amalan-amalan ini

sebagai satu tradisi dalam masyarakat tanpa ilmu pengetahuan agama. Kedangkalan ilmu

dalam melaksanakan amalan agama khususnya amalan yang berkaitan dengan akidah seperti

menziarahi keramat dan wafaq boleh membawa kepada amalan khurafat dan penyekutuan

terhadap Allah atau syirik dalam pengibadatan. Oleh itu, komuniti Tamil Muslim di Pulau

370
Pinang harus mempunyai kesedaran dan ilmu yang kukuh berkaitan amalan-amalan

keagamaan ini yang diwarisi secara turun-temurun. Usaha dakwah dan pengukuhan syiar

Islam merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kekurangan ilmu

tentang hakikat dan rasional amalan-amalan warisan sufisme ini.

371
BAB 5

DAPATAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Berdasarkan perbincangan kajian mengenai aspek sosiobudaya dan amalan warisan

sufisme komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang, persoalan kajian yang

merangkumkan ketiga-tiga permasalahan yang menjadi sasaran kajian akan dibincangkan.

(i) Apakah perkembangan sejarah penempatan Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau

Pinang? (ii) Bagaimanakah komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berperanan melalui

persatuan-persatuan berteraskan keturunan Tamil Muslim Kadayanallur dalam aspek

sosiobudaya. (iii) Apakah amalan agama warisan sufisme dalam dalam kalangan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang? Ketiga-tiga persoalan kajian ini akan dijawab

dan dirumuskan dalam bab yang terakhir ini.

Pembentukan komuniti Tamil Muslim secara keseluruhan di Pulau Pinang

melibatkan peringkat dan latar belakang yang berbeza sejak penguasaan Pulau Pinang oleh

Francis Light pada tahun 1786. Melalui proses penghijrahan yang berterusan, komuniti

Tamil Muslim yang merangkumi golongan pedagang, penjaja, pekerja dan buruh menjadi

sebahagian daripada penduduk Pulau Pinang. Pada hakikatnya, komuniti ini mempunyai

gelaran-gelaran unik yang sebagai komuniti Islam dalam konteks India dan Asia Tenggara

termasuk Malaysia yang merangkumi Yonakar, Sonakar, Anjuvanam, Thullukar, Keling,

Chulia dan Mamak. Seterusnya perbezaan tempat asal usul dan pekerjaan mewujudkan

372
subkomuniti Tamil Muslim yang merangkumi golongan Marrakkayar, Rawthar, Labbai

dan subkomuniti lain. Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, identiti mereka

adalah berasaskan tempat asal-usul iaitu kawasan atau pekan Kadayanallur, Tirunelveli,

Tamil Nadu, India Selatan. Pada dasarnya, komuniti ini bergiat secara dominan dalam

industri penenunan kain di Kadayanallur sebagai sumber pendapatan utama. Kedatangan

komuniti ini ke Pulau Pinang didorong oleh faktor kemiskinan akibat desakan ekonomi yang

meleset di India Selatan dan dasar British terhadap industri penenunan kain khususnya

selepas tahun 1860-an. Implikasinya, sebahagian daripada anggota komuniti ini berhijrah ke

Pulau Pinang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Dari konteks cara penghijrahan,

didapati mereka berhijrah atas dasar mencari kehidupan yang lebih baik melalui jemputan

dan mengikut kaum kerabat serta sanak saudara yang sudah pun menetap dan bekerja di

Pulau Pinang. Oleh yang demikian, bentuk penghijrahan mereka ke Pulau Pinang

dikategorikan sebagai buruh bebas.

Walaupun penghijrahan secara individu komuniti ini berlaku pada tahun 1880-an

namun penempatan komuniti ini bersama kaum keluarga mereka bermula secara

berperingkat sejak tahun 1890-an di bandar George Town, Pulau Pinang. Majoriti anggota

komuniti ini telah berhijrah ke Pulau Pinang dan membentuk petempatan tetap. Pada

hakikatnya, faktor pembentukan petempatan yang tetap membolehkan mereka berkembang

sebagai sebuah komuniti yang stabil di Pulau Pinang. Komuniti ini dilabelkan sebagai

komuniti bukan pedagang berdasarkan latar belakang aktiviti ekonomi mereka yang lebih

berbentuk pemburuhan. Perkara ini yang membezakan mereka dengan komuniti Tamil

Muslim dari daerah lain khususnya Ramanad dan Thanjavur yang terdiri daripada golongan

pedagang. Golongan pedagang ini tidak membentuk komuniti yang tetap dan stabil di Pulau
373
Pinang pada peringkat awal kerana mereka mengamalkan dasar menetap secara separa tetap.

Lazimnya mereka hanya datang berniaga dan berdagang di Pulau Pinang tanpa membawa

bersama keluarga. Setelah berniaga untuk jangka masa tertentu mereka akan kembali ke

kampung halaman di Tamil Nadu. Perniagaan mereka di Pulau Pinang kebiasaannya diambil

alih oleh sanak saudara dan kaum kerabat mereka untuk jangka masa yang dipersetujui

bersama. Proses ini dinamakan sebagai circulatory yang merujuk kepada rangkaian sirkulasi

yang berlaku dalam kalangan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim. Oleh yang demikian,

peranan mereka lebih berfokus kepada perkembangan ekonomi berbanding dengan aspek

sosiobudaya di Pulau Pinang.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur telah membentuk corak petempatan secara

berkelompok dan setempat di George Town sejak tahun 1890-an sehingga tahun 1995.

Akibat kemiskinan dan taraf sosioekonomi yang rendah, anggota komuniti ini tinggal secara

berkelompok di sekitar bandar George Town yang tertumpu antaranya di sepanjang Lebuh

Chulia, Jalan Hutton, Jalan Kedah, Jalan Argyll, Jalan Transfer, Jalan Sekerat dan Jalan

Kampung Malabar. Petempatan mereka berbentuk rumah-rumah kedai yang disewa dan

didiami oleh beberapa keluarga mengikut saiz rumah tersebut. Petempatan berkelompok ini

mewujudkan identiti petempatan setempat yang unik dalam kalangan mereka. Setiap rumah

kedai ini diberikan nama sempena pengurus sewaan, pemilik dan keadaan fizikal rumah

kediaman. Corak identiti ini berkembang dalam kalangan mereka berdasarkan bahasa Tamil

sebagai Cēyaṉkaṭai, Aṭaiyarkaṭai, Mamatukaṭai dan sebagainya seperti yang telah

diperincikan dalam perbincangan sebelum ini.

374
Berdasarkan kajian ini, didapati corak petempatan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur dipengaruhi oleh bentuk pekerjaan dan kegiatan ekonomi mereka. Majoriti

anggota komuniti ini bekerja dalam sektor pemburuhan sebagai punca pendapatan

khususnya sebelum Perang Dunia Kedua. Hasil kajian mendapati faktor kemiskinan dan

tahap ekonomi yang rendah bertindak sebagai faktor utama komuniti ini terpaksa hidup di

petempatan dan rumah-rumah besar yang disewa secara berkelompok. Trend petempatan

secara berkelompok mula mengalami transformasi berdasarkan perubahan faktor tahap

ekonomi, pembangunan kawasan bandar dan perkembangan pendidikan dalam kalangan

anggota komuniti ini. Perubahan trend ini berlaku secara beransur-ansur dan agak perlahan

serta bercorak individualistik pada peringkat awal khususnya selepas Perang Dunia Kedua.

Perubahan ini berterusan sehingga mereka mampu memiliki rumah sendiri dan trend tinggal

secara berkelompok tidak diamalkan selepas awal tahun 1990-an.

Dalam konteks kegiatan ekonomi, komuniti Tamil Muslim Kadayanllur telah

berkembang dari sektor pemburuhan kepada bentuk kegiatan ekonomi perdagangan dan

profesional sepanjang penempatan mereka di Pulau Pinang khususnya selepas Perang Dunia

Kedua. Pada peringkat awal penempatan di Pulau Pinang, secara umumnya, sebahagian

besar daripada mereka tiada pengetahuan dan kemahiran untuk menjana pendapatan melalui

perniagaan. Kebanyakan anggota komuniti ini yang tidak berkemampuan dari segi ekonomi,

melakukan kerja-kerja pemburuhan dengan bayaran yang rendah seperti pengendalian

kargo, buruh kasar, pembinaan dan menyapu jalan malah semua bentuk aktiviti ekonomi

lain demi meneruskan kehidupan. Walau bagaimanapun, mereka berpeluang menceburkan

diri dalam sektor perniagaan secara kecil-kecilan khususnya sebagai penjual daging, ikan

dan sayur-sayuran khususnya selepas era Perang Dunia Kedua di Pasar Chowrasta, George
375
Town. Tahap penglibatan mereka sebagai peniaga di pasar ini tinggi sehingga pasar tersebut

digelar sebagai Kalinga bansan atau pasar Keling oleh komuniti Cina. Selain itu, mereka

juga menjaja makanan dan minuman serta mempopularkan minuman teh tarik.

Perkara yang menarik berdasarkan dapatan kajian ini adalah peranan yang

signifikan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam memajukan perniagaan nasi kandar

melalui penghasilan dan pembekalan rempah giling. Anggota komuniti ini khususnya kaum

wanita menghasilkan rempah giling secara tradisional dan menjual kepada para peniaga nasi

kandar dan masyarakat sekitar George Town sejak awal tahun 1920-an. Transformasi dari

segi kegiatan ekonomi ini pada hakikatnya telah memberi impak yang besar kepada

peningkatan status sosioekonomi dan corak petempatan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur.

Dalam menjawab persoalan kajian kedua, hasil kajian mendapati komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur telah menubuhkan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat

sebagai platform bagi memelihara aspek sosiobudaya mereka di Pulau Pinang. Hal ini

merangkumi aspek-aspek berkaitan dengan pendidikan, kebajikan, ikatan kekeluargaan dan

juga tradisi yang berasaskan adat serta keagamaan secara turun-temurun. Tambahan pula,

menerusi persatuan-persatuan ini komuniti ini telah memberi sumbangan dalam bidang

sosiobudaya kepada anggota komuniti ini dan juga kaum lain sekitar George Town.

Sesungguhnya, faktor pengamalan nama keluarga dan pegangan sufisme meletakkan asas

kepada penubuhan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat ini.

Kajian mendapati keunikan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur terletak pada

tradisi pengamalan nama keluarga dalam kalangan mereka. Kewujudan nama-nama


376
keluarga dalam kalangan anggota komuniti ini mempunyai latar belakang yang berbeza.

Nama keluarga diamalkan oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur adalah berasaskan

kepada nama kampung atau tempat, pekerjaan, nama ketua keluarga dan gelaran-gelaran

serta nama timangan. Amalan nama keluarga dalam kalangan komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur berperanan sebagai identiti keluarga dan komuniti tersebut secara umum serta

nama keluarga mengukuhkan rangkaian kekeluargaan komuniti ini yang membezakan

mereka dengan komuniti Tamil Muslim lain. Pada hakikatnya, pengamalan nama keluarga

ini menjadi faktor utama yang mengekalkan sifat homogen melalui amalan endogami

komuniti ini. Pengamalan nama keluarga ini terus diamalkan oleh komuniti ini di Pulau

Pinang dan menjadi salah satu asas utama dalam pembentukan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat berdasarkan kelompok nama-nama keluarga.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa corak pembentukan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat ini unik kerana berasaskan pegangan sufisme di samping faktor

pengamalan nama keluarga. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan asas penubuhan

persatuan komuniti Tami Muslim yang lain yang menjadikan elemen ekonomi dan

keturunan sebagai asas utama. Pengaruh sufisme yang berpaksikan perbezaan pegangan

terhadap syeikh-syeikh tarekat yang berakar umbi dari Kadayanallur, Tamil Nadu.

Kelompok keluarga tertentu menjadikan syeikh-syeikh tarekat terpilih sebagai pemimpin

agama mereka. Melalui proses ini, kelompok keluarga yang mempunyai nama keluarga

berbeza menjadikan syeikh tarekat sebagai ikutan dan rujukan utama. Perbezaan ini

mewujudkan kelompok keluarga yang berbeza dan sentimen kepartian yang dikenali sebagai

kaṭci yang merangkumi melakkaṭci kilakkaṭci dan tankalkaṭci dalam kalangan komuniti ini

di Pulau Pinang. Berlandaskan perbezaan ini maka persatuan-persatuan kaum kerabat


377
ditubuhkan bermula dengan Persatuan Muslim Bersatu (UMA) oleh melakkaṭci pada tahun

1929, Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI) oleh kilakkaṭci pada tahun 1930 dan

Persatuan Hidayathul Islam (PHI) oleh tankalkaṭci pada tahun 1941. Pegangan sentimen

kepartian ini tidak didokong oleh semua pihak, sebahagian anggota komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur menentang sentimen ini dan menyeru kepada penyatuan. Usaha mereka ini

membawa kepada penubuhan Persatuan Muslim Kadayanallur (PMK) pada tahun 1945.

Sentimen kepartian ini juga menyebabkan komuniti Tamil Muslim Tenkasi yang menyertai

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berpecah dan menubuhkan persatuan berpusatkan

kaum kerabat mereka sendiri iaitu Tenkasi Muslim Benefit Society (TMBS) pada tahun

1946. Penubuhan TMBS pula didapati mempunyai pengaruh kepimpinan komuniti ini dari

Singapura.

Walau bagaimanapun, keadaan ini menimbulkan masalah dan menjadi antara faktor

perpecahan serta perbezaan pendapat dalam kalangan anggota komuniti Tamil Muslin

Kadayanallur. Masalah ini terbukti dengan keperluan penubuhan Central Muslim Society

(CMS) pada tahun 1953 untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama komuniti ini melalui

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Walaupun aspek negatif ini tidak dapat

dinafikan, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur menjadikan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat ini sebagai satu landasan untuk memelihara kebajikan dan

mengukuhkan aspek sosiobudaya mereka sejak sebelum kemerdekaan lagi.

Salah satu dapatan yang penting dalam kajian ini adalah dalam aspek sosial

khususnya dalam bidang pendidikan Arab dan Tamil. Penubuhan dan perkembangan

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di

378
George Town, Pulau Pinang, membantu perkembangan pendidikan Arab dan Tamil dalam

kalangan anggota komuniti ini dan masyarakat Islam yang lain sejak tahun 1930-an.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur memberi fokus kepada pendidikan agama Islam

khususnya pengajian al-Quran dan fardu ain sejak penempatan mereka di George Town.

Usaha berterusan untuk memastikan komuniti Tamil Muslim memperoleh ilmu al-Quran,

direalisasikan melalui pelaksanaan kelas-kelas al-Quran di persatuan berpusatkan kaum

kerabat dan madrasah. Usaha ini disaksikan melalui peranan AHI sebagai pusat

pembelajaran asas-asas al-Quran sejak penubuhannya pada tahun 1930. Selain daripada

AHI, persatuan-persatuan lain termasuk UMA, PMK dan TMBS turut berperanan sebagai

pusat yang menyediakan platform pengembangan ilmu asas al-Quran dalam komuniti Tamil

Muslim. Selain itu, dapatan yang menarik dalam kajian ini ialah persatuan-persatuan ini

khususnya madrasa AHI turut mengembangkan penggunaan tulisan Arab-Tamil atau Arwi

yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran fardu ain.

Dalam konteks pengembangan pendidikan Arab di George Town, dapatan kajian

menunjukkan bahawa Madrasathul Mahmoodathul Arabiah yang diasaskan komuniti Tamil

Muslim pedagang telah berperanan sebagai pencetus dan sumber pendidikan Islam awal

kepada komuniti Tamil Muslim Kadayanallur pada awal dan pertengahan tahun 1900-an.

Institusi ini pada hakikatnya, telah melahirkan pimpinan agama Tamil Muslim Kadayanallur

tempatan yang telah bertindak sebagai imam, guru agama dan sumber rujukan agama utama

komuniti ini. Graduan madrasah ini yang terdiri daripada anggota komuniti ini telah

berperanan sebagai guru agama di Madrasa Anjuman Himayathul Islam dan kelas-kelas al-

Quran persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Melalui pelaksanaan kelas-kelas al-

Quran, komuniti ini menubuhkan madrasah-madrasah baru seperti Madrasah Tarbiyathul


379
Nurul Islam pada tahun 1986 dan Madrasah Azhariah pada tahun 1995 untuk memenuhi

keperluan agama komuniti ini. Pimpinan dan tokoh agama Tamil Muslim yang lahir melalui

proses pendidikan Islam pada peringkat awal telah memberi sumbangan yang besar kepada

pengukuhan syiar Islam dalam aspek pendidikan Arab, pengajian Islam dan tafsir al-Quran

dalam kalangan komuniti Tamil Muslim dan umat Islam secara umum di Pulau Pinang.

Antara tokoh tersohor adalah Dato Abdullah Bukhari bin Abdul Rahman. Tenaga dan

kepakaran beliau dalam bidang agama disumbang hingga ke peringkat negeri dan

kebangsaan.

Dalam konteks pendidikan Tamil, dapatan kajian menunjukkan, persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat komuniti ini telah menubuhkan sekolah-sekolah Tamil bantuan

kerajaan atau grant-in-aid school di bandar George Town sejak tahun 1946. Sekolah-

sekolah tersebut merangkumi Sekolah Tamil Persatuan Muslim Bersatu (UMA) yang

ditubuhkan pada tahun 1946, Sekolah Tamil Anjuman Himaythul Islam Kalvi Padasalai

yang ditubuhkan pada tahun 1949 dan Sekolah Tamil Persatuan Tenkasi Muslim sebagai

sekolah persendirian ditubuhkan selepas kemerdekaan pada tahun 1960. Sekolah-sekolah

ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pendidikan dalam kalangan komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur dan masyarakat sekitar. Pelaksanaan pendidikan Tamil melalui

institusi sekolah yang dikendalikan oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur melalui

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat bukan sekadar menyediakan platform

pembelajaran kepada anak-anak komuniti ini malah komuniti Tamil tanpa mengira agama

secara keseluruhan turut memperoleh manfaat dari aspek pendidikan. Namun, operasi

sekolah Tamil di bawah pengendalian komuniti Tamil Muslim Kadayanallur hanya bertahan

sehingga akhir tahun 1985 dengan penutupan Sekolah Tamil UMA. Dapatan kajian juga
380
menunjukkan bahawa selain menyediakan prasarana pendidikan institusi sekolah Tamil ini

telah memberi sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan Tamil di bandar George

Town. Hakikat ini dibuktikan melalui penglibatan dan sumbangan beberapa individu Tamil

Muslim Kadayanallur yang terdiri daripada lepasan Sekolah Tamil UMA dalam bidang

penulisan dan kesusateraan Tamil melalui penyertaan mereka dalam persatuan persuratan

Tamil yang dikenali sebagai Penang Tamil Bell Youth Club pada tahun 1960-an.

Peranan komuniti Tamil Muslim dalam perkembangan pendidikan Arab dan Tamil

menunjukkan komitmen jitu komuniti ini dalam memperkukuh pengetahuan Islam dan

memelihara kesinambungan amalan menuntut ilmu dan warisan bangsa dalam kalangan

umat Islam. Mereka telah menyediakan platform untuk mendapatkan asas ilmu agama dan

pendidikan Tamil kepada komuniti Tamil Muslim dan masyarakat India di bandar George

Town. Usaha berterusan komuniti Tamil Muslim dalam mendokong pendidikan Arab dan

Tamil sejak zaman kolonial lagi telah membantu mewujudkan komuniti yang berilmu.

Faktor ini telah membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan dan berkemampuan

memperoleh ilmu serta maklumat dalam pelbagai bidang. Salah satu khazanah ilmu yang

menjadi warisan yang amat berharga adalah pengamalan dan penggunaan tulisan Arab-

Tamil atau Arwi yang digunakan oleh segelintir anggota komuniti ini khususnya bekas

pelajar Madrashatul Mahmoodatul Arabia dan Madrasa Anjuman Himayathul Islam. Buku-

buku dan teks-teks dalam tulisan Arwi berkaitan dengan bidang ilmu Fekah dan Tauhid

masih dijadikan rujukan harian. Kegemilangan yang telah berlalu diteruskan oleh persatuan

dan pertubuhan komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang kini melalui pelaksanaan aktiviti

pembelajaran al- Quran melalui madrasah dan program-program keagamaan dan akademik.

381
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa selain daripada aspek pendidikan, komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur juga telah bertindak secara kolektif melalui persatuan

berpusatkan kaum kerabat untuk memelihara dan mengukuhan institusi kekeluargaan dan

budaya mereka. Aspek-aspek ini mencakupi usaha mengukuhkan rangkaian kekeluargaan,

pengamalan nyayian bait, panchayam atau majlis timbang tara, kebajikan komuniti dan

perkembangan kegiatan muzik melalui kugiran. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

menjadikan persatuan-persatuan ini sebagai platform utama bagi penerusan tradisi dan

budaya mereka. Penerusan tradisi ini merupakan usaha untuk mengekalkan identiti dan adat

istiadat yang diwarisi sejak turun temurun dan mengukuhkan perpaduan dan ikatan

kekeluargaan. Perkara yang paling utama ialah pengekalan rangkaian kekeluargaan dalam

kalangan komuniti ini. Sehubungan dengan itu, langkah untuk mewujudkan Buku Jemputan

Perkahwinan yang mengandungi senarai nama keluarga dan kediaman anggota komuniti

Tamil Muslim Kadayanllur oleh UMA merupakan bukti pemupukan dan pengukuhan

rangkaian kekeluargaan. Secara tidak langsung, kandungan buku ini memaparkan corak

penempatan anggota komuniti ini tidak lagi menetap secara berkelompok dan berpusat.

Seperkara yang menarik didapati komuniti ini melalui persatuan kaum kerabat telah

memberi sumbangan dalam aspek perkembangan muzik tanah air melalui penglibatan dalam

kugiran khususnya Orkes Sri Melor pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat, komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur mewujudkan jalinan dan jaringan dengan persatuan dan pertubuhan Tamil

Muslim lain seperti Liga Muslim, Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia

(PERMIM) dan Kesatuan India Muslim Malaysia (KIMMA). Secara tidak langsung,

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat ini berperanan sebagai medium hubungan


382
secara formal dengan persatuan-persatuan lain. Pada hakikatnya, pendirian politik yang

prokerajaan juga diterjemahkan melalui penglibatan mereka dalam persatuan-persatuan ini.

Berdasarkan dapatan kajian yang menjawab persoalan ketiga kajian, didapati

amalan agama dalam kalangan komuniti Tamil Muslim termasuk dari Kadayanallur di Pulau

Pinang yang merangkumi amalan menziarahi keramat, maulid dan kepercayaan terhadap

wafaq adalah berasaskan pengaruh tradisi atau warisan sufisme. Amalan-amalan agama

warisan sufisme dalam kalangan komuniti ini berkait rapat dengan latar belakang sejarah

penyebaran Islam di India Selatan dan peranan golongan sufi. Penyebaran Islam melalui

institusi sufisme telah mewujudkan pautan dan membentuk pandangan serta perspektif

terhadap Islam yang berasaskan konsep penghormatan, kecintaan, keberkatan dan

kekeramatan para sufi dalam komuniti Tamil Muslim. Seterusnya, pautan ini

dimanifestasikan dan dilanjutkan melalui kewujudan makam-makam keramat atau dargah

selepas kewafatan para sufi di India Selatan. Tradisi dan amalan-amalan bertunjangkan

warisan sufisme ini dalam kalangan komuniti ini, seterusnya berkembang akibat

penghijrahan dan pembentukan komuniti Tamil Muslim di luar India Selatan termasuk

Pulau Pinang.

Secara keseluruhan kesinambungan pegangan dan pautan terhadap amalan warisan

sufisme ini disaksikan melalui kewujudan keramat-keramat khususnya Nagore Dargah dan

Keramat Dato Koyah di bandar George Town, Pulau Pinang. Amalan ziarah dan

bertawassul di makam keramat wali, sambutan kanthoori di India, para penziarah Tamil

Muslim dan keturunan lain menjadikan keramat sebagai tempat untuk mendapatkan

keberkatan, berdoa untuk kebaikan dan kebahagiaan serta bernazar untuk memenuhi hajat

383
melalui wali. Pada dasarnya, dargah juga dirujuk sebagai pusat penyembuhan penyakit yang

tidak dapat sembuh melalui perubatan moden. Selain daripada itu, dargah menjadi pusat

untuk menjalankan amalan-amalan zikir dan maulid gerakan tarekat-tarekat komuniti ini.

Berdasarkan hasil kajian, didapati tidak terdapat perbezaan dalam aspek amalan

pegangan dan kepercayaan tehadap keramat antara komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

dan komuniti Tamil Muslim yang lain. Pada dasarnya, kedua-dua komuniti ini terlibat dalam

ritual dan amalan-amalan tradisi di keramat. Namun, terdapat perbezaan dari segi

manifestasi kepercayaan dan pegangan tehadap sufi yang berkaitan dengan komuniti Tamil

Muslim Kadayanallur. Bagi komuniti ini, pegangan terhadap sufi bukan sahaja dilihat dari

aspek amalan penziarahan ke dargah malah komuniti ini memanifestasikan pegangan

terhadap sufi dan tarekat melalui pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum

kerabat. Setiap persatuan kaum berpusatkan kaum kerabat ini terbentuk berasaskan

pegangan kepada syeikh sufi dan aliran tarekat berbeza. Persatuan Muslim Bersatu (UMA)

menjadi pengikut aliran tarekat yang dibawa Syeikh Uthuman Lebbai dan Persatuan

Anjuman Himayathul Islam (AHI) diasaskan seorang sufi bernama Muhamad Husin Shah,

Turab Sahibullah Haja Rahimullah yang mengamalkan aliran tarekat Chistiyah. Persatuan

Hidayathul Islam (PHI) pula berpegang kepada guru tarekat Syeikh Kamil bernama Said

Abdul Rahman Masawi. Aliran tarekat pegangan jemaah ini adalah tarekat Qadiriyah.

Manifestasi pegangan dan penghormatan terhadap syeikh sufi asal mereka

dizahirkan melalui sambutan kanthoori dan amalan ratib yang dijalankan melalui persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Syeikh Sufi

diperingati melalui sambutan perayaan kanthoori melalui persatuan-persatuan berpusatkan


384
kaum kerabat. Sambutan ini diadakan di persatuan masing-masing mengikut tarikh

kewafatan syeikh sufi mereka. Dalam konteks sambutan hari ulang tahun ini, para pengikut

Syeikh Uthuman Lebbai lebih serius dan komited dalam mengamal dan mengekalkan tradisi

memperingati ajaran dan hari ulang tahun kewafatan syeikh sufi mereka. Secara langsung,

persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berperanan

sebagai platform yang penting untuk pengamalan kepada ajaran syeikh sufi dan

menzahirkan ketaatan dan peringatan pengikut syeikh sufi melalui sambutan hari

memperingati syeikh mereka. Perkara yang unik, berdasarkan dapatan kajian, karya-karya

ilmiah dan kerohanian dihasilkan oleh anggota komuniti ini khususnya UMA untuk

mengekalkan warisan dan dakwah kerohanian syeikh sufi yang merangkumi Kamil

Syeikhuna Said Syeikh Uthuman Chisti Ratia Allah hu anhu Ubutisthi Wantha Syekhunawil

Ithiyakhural yang diterbikan pada tahun 1961 dan Mainjanak Karuwulam yang diterbitkan

pada tahun 1971. Selain itu, ajaran syeikh sufi juga diamalkan melalui amalan ratib

khususnya Ratib Chistiyah secara mingguan oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Amalan ratib dalam kalangan

komuniti Tamil Muslim Kadayanallur didasari pegangan terhadap syeikh sufi dan tarekat

warisan kelompok keluarga berasaskan latar belakang sejarah di Kadayanallur. Warisan ini

diteruskan di Pulau Pinang menerusi persatuan berpusatkan kaum kerabat yang mewarisi

dan memelihara aliran tarekat masing-masing.

Kajian juga mendapati bahawa sufisme meletakkan asas kepada trend penamaan

anak komuniti Tamil Muslim. Pada hakikatnya, pautan dan pegangan terhadap sufisme

khususnya makam keramat wali mempunyai pengaruh yang jelas terhadap trend pemilihan

dan penggunaan nama dalam kalangan komuniti Tamil Muslim tanpa mengira daerah asal-

385
usul. Komuniti Tamil Muslim mengekalkan tradisi penggunaan nama sebagai identiti diri

dan anak-anak mereka berasaskan nama para sufi. Tradisi ini diamalkan secara berterusan

berikutan kewujudan dargah atau keramat para wali di tempat asal usul mereka di India dan

juga di luar India termasuk Pulau Pinang serta kawasan lain di Malaysia. Kesinambungan

dan penerusan tradisi ini diperkukuhkan lagi melalui faktor hubungan berterusan sebahagian

daripada anggota komuniti Tamil Muslim dengan di Tamil Nadu melalui penziarahan ke

dargah-dargah utama seperti di Nagore dan Eravadi.

Dalam konteks amalan maulid, kajian mendapati sufisme mendasari amalan maulid

atau berzanji yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk

komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang. Bacaan maulid dalam kalangan komuniti Tamil

Muslim terbahagi kepada iaitu maulid nabi dan maulid kepada para sufi atau wali Allah.

Pembacaan kitab maulid menjadi tradisi para sufi dan pengamal tarekat berdasarkan konsep

Nur Muhammad. Bacaan maulid berperanan sebagai platform untuk menterjemahkan

kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dan amalan ini juga bertindak sebagai cara

menuju kecintaan kepada Allah. Komuniti Tamil Muslim pada dasarnya memberi

keutamaan kepada sambutan dan bacaan maulid sebagai satu amalan keagamaan yang

penting. Pada hakikatnya, para sufi dan pengamal tarekat mempelopori dan memperluaskan

amalan maulid dalam masyarakat Islam. Didapati anggota komuniti Tamil Muslim di Pulau

Pinang membaca maulid ketika sempena kelahiran nabi Muhamad SAW pada bulan Rabiul

Awal. Berbanding dengan masyarakat lain, komuniti ini mengamalkan tradisi pembacaan

maulid selama 12 hari bermula pada 1 Rabiul Awal sehingga 12 Rabiul Awal setiap tahun.

Tradisi ini diamalkan sejak turun temurun yang diwarisi sejak di Tamil Nadu, India. Bacaan

386
maulid juga diadakan dalam kalangan komuniti ini ketika peristiwa khusus seperti

perkahwinan, majlis berkhatan dan juga majlis-majlis yang berhajat kepada keberkatan

maulid seperti perasmian rumah baru atau kedai.

Dari konteks kitab maulid, kajian juga mendapati komuniti Tamil Muslim merujuk

kitab-kitab maulid yang dihasilkan di Tamil Nadu, India Selatan yang dikenali sebagai

Subhana Maulud sebagai asas rujukan untuk amalan ini. Kitab ini adalah gabungan puisi

dan sirah Nabi Muhammad SAW dihasilkan oleh para sufi dan ulama terkenal pada akhir

kurun ke-17 dan awal kurun ke-18 di Kayalapatnam dan Kilakarai, Tamil Nadu. Syeikh

Sadaqatullah Appa (1632M-1703M) merupakan ulama sufi yang bertanggungjawab

mempelopori amalan maulid yang dibawa dari Tanah Arab di Tamil Nadu. Selain daripada

bacaan maulid nabi, penerusan amalan agama warisan sufisme dari Tamil Nadu jelas

melalui pengamalan bacaan maulid kepada para sufi dalam kalangan komuniti Tamil

Muslim di Pulau Pinang. Penghormatan serta kecintaan kepada para sufi dizahirkan melalui

bacaan maulid terhadap Syeikh Abdul Kader Jilani sebagai pengasas tarekat Qadiriah dan

Syeikh Shahul Hamid dari Nagore. Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur

bacaan maulid juga ditujukan kepada para sufi khusus di Kadayanallur seperti Syeikh

Uthuman Lebbai Chisti sempena sambutan Hari Memperingati Syeikh atau Kanthoori.

Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap wafaq dan

pengamalannya serta budaya penggunaan angka 786 dalam kalangan komuniti Tamil

Muslim di Pulau Pinang merupakan salah satu amalan warisan sufisme. Ilmu wafaq

merupakan ilmu yang menggunakan nombor dan huruf. Ilmu wafaq muncul melalui

kepercayaan dan amalan para sufi yang menggunakan huruf-huruf Arab ini sebagai satu

387
metod untuk perubatan dan ilmu falak. Para sufi kurun ke-12 dan kurun ke-13 khususnya

Ibn Arabi dan Ahmad al-Buni menghasilkan karya-karya yang terkenal mengenai ilmu

wafaq dan hikmah. Buku Manba’ Usul al-Hikmah dan Syams al-Ma’arif al-Kubra tulisan

al-Buni misalnya menjadi model utama penulis di India dan di rantau Asia Tenggara untuk

menyusun karya hikmah. Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Pulau Pinang, kitab- kitab

Fawa’id al-Bahiyyah, Kitab Jawahir i Khamsah dan Kitab Fawaid al--Quran lil Muhimmat

Manafi’ul al-Asma’ Wa Thalsamat adalah antara kitab yang dijadikan rujukan oleh

pengamal ilmu wafaq Tamil Muslim. Kitab-kitab ini ditulis dalam bahasa Tamil yang

diadunkan dengan istilah-istilah Arab yang menggunakan tulisan Arab -Tamil.

Komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang secara umum mengamalkan ilmu wafaq

atas dasar kepercayaan yang diwarisi daripada amalan keagamaan di India. Penggunaan

azimat dan tangkal sebagai satu elemen pelindung daripada kecelakaan, pelaris dan

pendinding daripada unsur panahan mata masih dapat dilihat dalam kalangan komuniti

ini. Tangkal juga dipakai bagi tujuan perubatan dan perlindungan daripada gangguan

makhluk halus. Lazimnya, azimat dan tangkal juga diperoleh di dargah atau keramat wali

misalnya Nagore Dargah, George Town, Pulau Pinang dan juga daripada individu yang

mewarisi ilmu wafaq dalam kalangan komuniti ini.

Dapatan kajian yang menarik adalah mengenai budaya pengamalan nombor 786

dalam kalangan komuniti Tamil Muslim. Hasil kajian menunjukkan bahawa budaya dan

identiti unik masyarakat Islam di India termasuk komuniti Tamil Muslim Pulau Pinang yang

berasaskan nombor 786 adalah hasil pengaruh perkembangan ilmu wafaq yang dipelopori

para sufi di India. Pengamalan ilmu wafaq yang meletakkan nilai pada setiap huruf al-

jummal telah membentuk budaya penggunaan angka 786 sebagai pengganti kalimah
388
bismillahi rahmani rahim dalam kalangan komuniti Tamil Muslim. Budaya penggunaan 786

masih diamalkan oleh komuniti Tamil Muslim sehingga kini sehingga angka 786 sinonim

dengan komuniti ini. Pada hakikatnya, simbol angka digunakan komuniti ini untuk

memelihara kalimah basmallah yang ditulis pada surat atau kertas yang mungkin dibuang

atau diletakkan di tempat yang kotor. Kebiasaan komuniti Hindu menggunakan simbol

dewa mereka pada permulaan dalam penulisan surat dan dokumen-dokumen lain. Proses

Islamisasi di India menyebabkan wujudnya adaptasi dan asimilasi budaya Islam yang

diterapkan dalam budaya yang dipengaruhi agama Hindu. Impak daripada proses Islamisasi

ini komuniti Tamil yang menganut agama Islam menggantikan simbol dewa dengan simbol

yang Islamik iaitu angka simbol 786. Transformasi kepercayaan dan agama memberi impak

kepada tranformasi budaya yang tidak Islamik kepada budaya yang Islamik.

Hasil kajian mendapati amalan-amalan yang merangkumi menziarahi keramat untuk

bertawassul dengan wali Allah, maulid serta penggunaan wafaq merupakan isu khilaf dalam

kalangan ulama dari perspektif Islam berlandaskan hukum syarak. Sebahagian ulama

khususnya golongan salafiah menolak amalan-amalan ini berasaskan hujah bahawa amalan-

amalan ini mempunyai unsur syirik dan bidaah. Walau bagaimanapun mengikut pandangan

sebahagian ilmuwan dan ulama yang muktabar berpandukan dalil-dalil al-Quran dan Hadis

ketiga-tiga amalan adalah berlandaskan syarak jika dilaksanakan mengikut syarat-syarat

yang ditetapkan. Dalam proses pewarisan amalan, kemungkinan besar anggota komuniti

Tamil Muslim melaksanakan amalan-amalan ini tanpa ilmu pengetahuan agama, sebagai

satu tradisi dalam masyarakat. Kedangkalan ilmu dalam melaksanakan amalan agama

khususnya amalan yang berkaitan dengan akidah seperti menziarahi keramat dan wafaq

boleh membawa kepada amalan khurafat dan penyekutuan terhadap Allah atau syirik dalam

389
pengamalan agama. Oleh yang demikian, komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang harus

mempunyai kesedaran dan ilmu yang kukuh berkaitan amalan-amalan ini yang diwarisi

secara turun-temurun. Berikutan keadaan ini, usaha dakwah dan pengukuhan syiar Islam

merupakan langkah untuk mengatasi masalah kurangnya kesedaran tentang hakikat amalan-

amalan ini.

5.2 Rumusan Keseluruhan

Secara rumusnya, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur merupakan sebuah

komuniti yang dinamik, progresif dan memberi sumbangan dalam aspek sosiobudaya

Malaysia sepanjang tempoh penempatan mereka sejak tahun 1890-an. Pada hakikatnya,

komuniti ini bersifat homogen yang dikekalkan melalui amalan endogami mempunyai

pegangan agama, identiti dan budaya yang utuh. Anggota komuniti ini telah mengalami

transformasi status sosioekonomi iaitu anjakan dari status dan bentuk penglibatan dalam

sektor pemburuhan pada peringkat awal kepada bidang komersial dan profesional dalam

jangka masa 124 tahun penempatan mereka di Pulau Pinang. Transformasi ini adalah

berasaskan kesungguhan dan kecenderungan komuniti ini untuk mengalami mobiliti sosial

dan pada masa yang sama memperkukuhkan kedudukan komuniti ini dari aspek sosial dan

budaya di bandar George Town.

Penempatan berkelompok komuniti ini di bandar Geoge Town terus berkembang

sejak permulaan pembentukan mereka mulai tahun 1890-an. Namun, corak penempatan

berkelompok mengalami transformasi secara beransur akibat perkembangan kegiatan

390
ekonomi anggota komuniti ini. Dalam konteks kegiatan ekonomi, kemajuan dapat dilihat

khususnya selepas era Perang Dunia Kedua sebahagian anggota komuniti ini bekerja dalam

sektor pemburuhan mula menceburkan diri dalam kegiatan perniagaan di pasar Chowrasta

sehingga pasar ini dikaitkan dengan komuniti ini dengan gelaran pasar Keling. Selain itu,

mereka juga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan menjaja makanan dan

minuman sekitar bandar George Town. Penglibatan yang signifikan komuniti ini adalah

dalam penghasilan rempah giling yang menjadi pemangkin kepada perkembangan makanan

popular nasi kandar, memaparkan peranan kaum wanita dalam pengukuhan kegiatan

ekonomi komuniti ini sejak awal tahun 1920-an.

Seterusnya, anggota komuniti ini menceburi bidang perkhidmatan kerajaan dan

profesional berdasarkan peningkatan tahap pencapaian pendidikan mereka. Perkembangan

kegiatan ini secara langsung menafikan hierarki sosioekonomi komuniti Tamil Muslim yang

meletakkan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur secara statik di tahap terakhir berbanding

komuniti Tamil Muslim pedagang pada tahun 1970-an. Stereotaip identiti dari segi

sosioekonomi terhadap komuniti ini sebagai golongan pekerja dan buruh tidak wujud lagi

dengan kewujudan para peniaga dalam pelbagai bidang, pemborong, pengurup wang,

golongan profesional dalam sektor swasta dan kerajaan dalam serta luar negara dalam

kalangan anggota komuniti ini.

Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berpegang teguh dengan budaya mereka

sebagai penerusan warisan dari Kadayanallur terutamanya pengamalan nama keluarga.

Aspek pengamalan budaya ini unik dalam kalangan mereka kerana ia berperanan sebagai

bentuk identiti utama dalam mewujudkan rangkaian serta ikatan kekeluargaan yang

391
berterusan sehingga kini. Elemen pengamalan nama keluarga penting dari segi pengenalan

diri dan menjadi identiti komuniti ini yang membezakan mereka dengan komuniti Tamil

Muslim dari daerah lain. Impak secara langsung dari pengamalan budaya ini menjadi unsur

asas penerusan sifat endogami dan dapat mewujudkan rangkaian kekeluargaan serta

hubungan antara anggota komuniti ini sejak era penempatan mereka di Pulau Pinang. Pada

dasarnya, pengamalan nama keluarga menjadi asas kepada kewujudan kelompok-kelompok

keluarga yang menjadi salah satu faktor pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan

kaum kerabat.

Perkara yang menarik dan unik dengan komuniti ini adalah kaitan mereka dengan

sufisme. Elemen sufisme memainkan peranan yang signifikan dalam dua aspek utama.

Pertama, sufisme telah meletakkan asas kepada pembentukan persatuan-persatuan

berpusatkan kaum kerabat dan kedua, secara langsung mewujudkan pautan komuniti ini

kepada amalan-amalan yang bersumberkan sufisme atau amalan warisan sufisme dari segi

amalan keagamaan. Persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur yang dipengaruhi unsur sufisme membuktikan pengaruh pegangan mereka

kepada aliran dan syeikh tarekat dalam kalangan komuniti yang diwarisi dari Kadayanallur,

Tamil Nadu. Pengaruh ini telah bertindak sebagai faktor pembahagian kelompok keluarga

komuniti ini berdasarkan nama keluarga dalam mewujudkan sentimen kepartian dan

pembentukan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat mulai tahun 1929 di bandar

George Town, Pulau Pinang. Melalui proses ini Persatuan Muslim Bersatu (UMA),

Persatuan Anjuman Himayathul Islam (AHI), Persatuan Hidayathul Islam (PHI), Persatuan

Muslim Kadayanallur (PMK) dan Persatuan Tenkasi Muslim (TMBS). Walaupun, sentimen

kepartian ini menimbulkan masalah dalaman, konflik dan perpecahan namun isu ini dapat
392
cuba diatasi melalui kewujudan Central Muslim Society (CMS) pada tahun 1953. Walau

bagaimanapun, sentimen kepartian ini beransur pulih mengikut peredaran masa dan

kematangan pemikiran generasi muda anggota komuniti ini.

Melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat komuniti ini yang berstatus

minoriti mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam menjaga kebajikan dan keperluan

anggota komuniti, budaya tradisi dan keutuhan ikatan kekeluargaan. Secara tidak langsung,

usaha anggota komuniti telah memberi sumbangan kepada penerusan amalan-amalan tradisi

dan juga perkembangan aspek sosial. Sumbangan secara kolektif dalam aspek sosial

disaksikan khususnya dalam perkembangan pendidikan Arab dan Tamil. Penglibatan

anggota komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dalam pendidikan Arab pada peringkat awal

dipaparkan melalui peranan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat yang

menyediakan infrastruktur untuk pengajiaan al-Quran dan berperanan sebagai madrasah

misalnya Madrasa Anjuman Himayathul Islam dan Madrasah Tarbiyyathul Nurul Islam.

Melalui pelaksanaan pendidikan Arab ini, anggota komuniti ini bukan sahaja

memperkukuhkan syiar Islam malah hal yang unik di sini mereka telah memelihara dan

menghidupkan penggunaan tulisan Arab-Tamil yang semakin pupus penggunaannya. Hal ini

direalisasikan melalui pengajian kitab-kitab agama yang menggunakan medium tulisan

Arab-Tamil.

Pautan dan kecenderungan terhadap perkembangan pendidikan agama anggota

komuniti ini diterjemahkan dengan kelahiran pemimpin dan tokoh agama tempatan yang

mendapat pendidikan formal di Madrasathul Mahmudthul Arabia, Madrasatul Al Mashoor

dan Kolej-kolej Arab di India. Para pemimpin agama tempatan ini berperanan sebagai

393
rujukan hal-hal keagamaan, penasihat, imam dan guru dalam kalangan komuniti ini.

Pemimpin agama Tamil Muslim tersohor misalnya Dato’ Abdullah Bukhari bin Abdul

Rahman memberi sumbangan ilmu kepada masyarakat Islam Pulau Pinang sehingga

ketokohan beliau diiktiraf di peringkat negeri dan kebangsaan.

Semangat dan usaha ke arah mewujudkan komuniti yang berilmu disaksikan dengan

usaha murni anggota komuniti ini melalui persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat

menubuhkan dan mengendalikan kelas-kelas bahasa Tamil termasuk di bandar George

Town sejak tahun 1930-an sehingga menubuhkan sekolah-sekolah bantuan kerajaan atau

grant-in-aid schools bermula pada tahun 1946 dan berakhir pada tahun 1985. Hal ini

dibuktikan dengan penubuhan Sekolah Tamil Persatuan Muslim Bersatu, Sekolah Tamil

Anjuman Himayathul Islam dan Sekolah Tamil Tenkasi Muslim seperti dibincangkan dalam

bab 3. Hasil usaha mereka dalam bidang pendidikan telah mengupayakan sebahagian

daripada anggota komuniti ini dan komuniti Tamil lain memperoleh pendidikan asas yang

menyediakan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan

memperoleh pekerjaan. Perkara yang menarik di sini ialah lepasan sekolah-sekolah Tamil

ini telah memberi sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan Tamil melalui

penglibatan mereka dalam The Young Tamil Bell Club pada tahun 1960-an.

Selain itu, dalam konteks aspek sosiobudaya lain komuniti Tamil Muslim

mempunyai kesungguhan yang utuh dalam memelihara budaya mereka melalui platform

persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat. Melalui persatuan-persatuan ini, komuniti

ini berjaya mengekalkan rangkaian kekeluargaan dan anggota komuniti ini serta hubungan

antara anggota mereka. Hal ini menunjukkan salah satu faktor pengekalan amalan endogami

394
dan perpaduan komuniti. Selain itu, persatuan-persatuan ini juga berperanan sebagai salah

satu sumber untuk menjaga kebajikan anggota komuniti ini. Budaya tradisi nyanyian bait

dan pelaksanaan majlis timbang tara masih diamalkan sebagai satu penerusan warisan

bangsa yang unik hasil daripada usaha berterusan anggota komuniti ini melalui persatuan-

persatuan berpusatkan kaum kerabat. Dari konteks sosial khususnya aspek muzik, komuniti

ini melalui persatuan-persatuan ini telah memberi sumbangan kepada perkembangan muzik

menerusi peranan Orkes Seri Melur di Pulau Pinang sekitar tahun 1950-an dan 1960-an.

Sesungguhnya, kewujudan persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat ini membuka

peluang dan mengupayakan komuniti ini menceburkan diri dan memberi sumbangan dalam

aspek-aspek sosiobudaya serta berperanan sebagai medium berhubung dengan masyarakat

dan organisasi lain. Peranan ini juga merangkumi aspek politik melalui gabungan persatuan-

persatuan ini dalam organisasi Tamil Muslim yang lebih berpengaruh seperti Liga Muslim.

Penerusan warisan pengaruh sufisme secara langsung mewujudkan pautan komuniti

Tamil Muslim Kadayanallur kepada amalan-amalan warisan sufisme. Amalan-amalan

khusus seperti ziarah keramat, maulid dan pengamalan ilmu wafaq adalah amalan yang

diteruskan oleh komuniti ini secara turun-temurun. Pada hakikatnya, amalan-amalan ini

merupakan amalan komuniti Tamil Muslim secara umum. Namun, komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur mempunyai keunikan dari segi manifestasi amalan tertentu seperti amalan

menyambut hari memperingati syeikh wali Allah yang diraikan melalui platform persatuan

berpusatkan kaum kerabat di samping keramat atau dargah. Selain itu, amalan ratib

mingguan sebagai simbol penerusan tarekat yang diwarisi secara turun-temurun dijalankan

secara konsisten. Penerusan amalan-amalan ini harus sejajar dengan hukum syarak dan

bukan sekadar amalan warisan.


395
Transformasi komuniti Tamil Muslim Kadayanallur bukan sekadar disaksikan dari

aspek sosioekonomi. Anggota komuniti ini tidak dapat tidak turut mengalami proses

asimilasi dengan kebudayaan Melayu sejak penempatan mereka di Pulau Pinang. Walau pun

budaya asas Tamil Muslim dikekalkan dalam kehidupan harian, kebudayaan Melayu

diamalkan dari segi pakaian, bahasa dan adat istiadat seperti upacara perkahwinan. Dalam

konteks penggunaan bahasa Melayu, generasi muda Tamil Muslim Kadayanallur bertutur

secara dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Tamil. Tambahan pula, bahasa

Melayu digunakan secara dominan untuk mengendalikan mesyuarat, majlis-majlis rasmi,

surat-menyurat di persatuan-persatuan berpusatkan kaum kerabat berbanding bahasa Tamil.

Impak dari proses asimilasi menyebabkan sifat homogen dan amalan endogami komuniti ini

mengalami kecairan secara beransur melalui perkahwinan dengan pasangan keturunan lain

khususnya masyarakat Melayu. Implikasi daripada proses asimilasi dengan kebudayaan

Melayu menyebabkan wujudnya krisis identiti dalam kalangan komuniti Tamil Muslim ini

sama ada meletakkan diri mereka sebagai seorang Tamil Muslim atau Melayu. Persoalan ini

menjadi satu masalah yang kompleks dan agak rumit untuk dirungkai.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas kepada kita bahawa komuniti Tamil Muslim

Kadayanallur terus mengalami transformasi dan mobiliti sosial dari aspek sosioekonomi dan

memberi sumbangan dari aspek sosiobudaya kepada komuniti ini dan masyarakat lain. Di

samping itu, mereka mengekalkan identiti dan kebudayaan tradisi sejak penempatan mereka

di Pulau Pinang.

396
5.3 Cadangan

Berdasarkan kesimpulan di atas penyelidik ingin mengemukakan beberapa

cadangan. Memandangkan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur mempunyai sumbangan

yang signifikan dalam aspek sosiobudaya dari konteks pendidikan dan pengamalan nama

keluarga serta kesinambungan amalan keagamaan yang dipengaruhi sufisme, dicadangkan

agar para penyelidik meneliti aspek-aspek lain dalam lingkungan bidang sosial dan budaya

agar kajian mengenai komuniti ini lengkap dan merangkumi semua aspek. Hal ini pada

hakikatnya dalam membantu memperkayakan maklumat tentang budaya masyarakat Pulau

Pinang serta memperluaskan lagi skop kajian dalam bidang sosiologi, antropologi dan kajian

etnik. Antara cadangan penyelidik adalah seperti berikut:

1. Peranan komuniti Tamil Muslim dalam perkembangan syiar Islam yang melibatkan

pergerakan-pergerakan dakwah Islamiah di Pulau Pinang dikaji secara mendalam. Antara

pergerakan yang melibatkan komuniti ini adalah pergerakan berasaskan pertubuhan-

pertubuhan bukan kerajaan seperti Pergerakan Iqbal Islamiah.

2. Dalam konteks sosial, penglibatan komuniti ini dalam pembangunan sukan dan kegiatan

rekreasi di Pulau Pinang khususnya pada era 50-an dan 60-an tidak disentuh secara

terperinci oleh para penyelidik.

3. Jika dilihat dari segi kebudayaan aspek-aspek lain selain daripada pengamalan nama

keluarga dan aspek yang disentuh dalam kajian ini boleh dikaji secara mikro. Aspek

kebudayaan ini merangkumi adat kekeluargaan, perayaan-perayaan khusus, adat-adat

perkahwinan, kelahiran anak dan hal-hal berkaitan dengan kematian. Di samping itu,

397
kebudayaan materialistik juga boleh diteroka termasuk jenis-jenis makanan dan minuman,

pakaian dan perhiasan-perhiasan khusus.

4. Berdasarkan kajian ini, didapati komuniti Tamil Muslim di Pulau Pinang terbahagi

kepada dua kategori iaiatu Tamil Muslim pedagang dan bukan pedagang. Kajian ini lebih

memfokuskan perkembangan komuniti Tamil Muslim bukan pedagang yang merangkumi

Tamil Muslim Kadayanallur dan Tenkasi. Oleh yang demikian, dicadangkan agar kajian

diperluaskan secara mikro terhadap komuniti Tamil Muslim pedagang dalam aspek sosial

dan budaya. Melalui kajian lanjutan ini, diharapkan aspek-aspek perbezaan kedua-dua

komuniti ini dalam bidang sosial dan budaya selain daripada aktiviti ekonomi dapat

diperincikan. Secara keseluruhan melalui kajian yang dicadangkan ini, para penyelidik dapat

mengenal perbezaan dari aspek pembahagian identiti, sosial dan budaya dalam komuniti

Tamil Muslim dan India Muslim secara menyeluruh.

Sesungguhnya kajian ini yang menonjolkan kewujudan komuniti Tamil Muslim

yang mempunyai perbezaan dan kepelbagaian dari aspek sejarah, sosiobudaya dan

pengamalan agama dalam kalangan mereka serta masyarakat lain di Pulau Pinang. Secara

tidak langsung, penglibatan dan peranan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur dan India

Muslim secara umum memberi refleksi bahawa setiap kaum telah dan terus menyumbang

tenaga dalam perkembangan aspek politik, ekonomi dan sosial Pulau Pinang yang

dibuktikan melalui pengiktirafan bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia

UNESCO pada 7 Julai 2008. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari konteks kemanusiaan

kewujudan pelbagai kaum dan budaya di Malaysia adalah untuk mengukuhkan hubungan

sesama manusia dan mengenali antara satu sama lain agar menjadi masyarakat yang

398
makmur, mantap, seimbang dan berjaya di dunia dan akhirat. Perkara ini adalah sejajar

dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat ke 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya.”

399
BIBLIOGRAFI

A. Sumber Primer

Cheeseman, H.R.(1948). Annual Report on Education in the Malayan Union for 1947.
Kuala Lumpur: Education Department of Malayan Union.

Education Department of Penang No.(12) in Edu.489/48. (1949). Surat Jabatan Pelajaran


Pulau Pinang kepada kepada Anjuman Himayathul Islam Kalvi Padasalai, 19 Mei
1949.

Linehan, W. (1939). Annual Report on Education in the Straits Settlements and the
Federated Malay a States for the Year 1938. Singapore: The Government Press.

Minit Mesyuarat Agong Persatuan Anjuman Himayathul Islam Yang Ke-49.(1979).


Anjuman Himayathul Islam, Pulau Pinang, 22 Julai.

Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Bersatu (UMA) dari tahun 1978-2014.

Minit Mesyuarat Agong Persatuan Muslim Kadayanallur Yang Ke -66. (2012). Persatuan
Muslim Kadayanallur, Pulau Pinang, 23 Mei..

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Kali Ke-2. (2011). George
Town, Pulau Pinang, 7 April 2011.

Passport India ( PI) (1950). No. A 133766

Passport India (PI) (1953). No. A 380323

Sijil Tamat Sekolah Rendah United Muslim Association Standard Type (Tamil) Primary
School milik Sulaiha Bebe bt Mohd, 10 Disember 1965.

Societies Ordinance 1949, Form II, The Societies(Registration) Rules, 1949. No.8 in R.of.
S. (FM) 395/49 for Hitayathul Islam Association.

State Education Board of Penang (1959). Final Payment of O.C.A.R for 1959. Voucher No.
SEB98/11 To Chairman Anjuman Himayathul Islam Tamil School. Penang.

Suptritendent of Education, State of Penang. (1949). Certificate of Registration of A


School Under SEC 7, Registration of Schools Enactment (CAP. 159). No. 4346
(Edu.31).

400
Surat daripada Pengerusi Biro Pendidikan Persatuan Muslim Bersatu kepada Pengarah
Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pulau Pinang,17 Julai 1985.

Surat Jemputan Sekolah Anjuman Himayathul Islam kepada Hamied Khan J.P, 28 Januari
1949.

Surat Haji. M.A. Ahamad kepada Pengurus, Employee Provident Fund (EPF), Kuala
Lumpur, 7 Februari 1961.

Surat Permohonan Pencen S.A. Abdullah Bukhari bin Abdul Rahman kepada Pihak
Berkenaan (Kementerian Pelajaran), 7 Jun 2012.

Surat Pengurus Anjuman Himayathul Islam Kalvi Padasalai kepada Jabatan Pelajaran Pulau
Pinang, 26 April 1949.

Surat Presiden Persatuan Anjuman Himayathul Islam kepada Senior Inspector of Schools,
Penang, 20 Oktober 1948.

Surat Presiden Persatuan Anjuman Himayathul Islam kepada Syeikh Mohamed Al Hamad
Ashubaili, Duta Arab Saudi di Malaysia, 25 Mei 1981.

Surat Rasmi Pelantikan M.A. Ahmad bin Ahmadsah sebagai Pengurus Masjid Mohamed
Bee Bee oleh Mohamed Abdul Gafoor , Mohamed Shaffee, B.D.Merican dan
Shaik Mydin, 1 Ogos 2604. (1 Ogos 1944).

Surat Rasmi Pelantikan Pengurus Madrasa Anjuman Himayathul Islam oleh S. Mohamed
Shafee, 3 April 1963.

Surat Setiausaha Anjuman Himayathhul Islam kepada Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen,
Kuala Lumpur, 27 April 1977.

Surat S.T. Shahul Hamid, President Anjuman Himayathul Islam kepada kepada The Asst.
Controller of Imigration, Penang, 29 Disember 1966.

Surat Tuntutan Perjalanan S. Karrupiah Bulan Disember kepada pihak pengurusan Anjuman
Himayathul Islam Kalvi Padasalai, 19 Disember 1959.

401
B. Temu Bual

Abdul Hamid bin Nagor, 30 September 2013.

Abdul Jabar bin Mohideen Pillai, 3 Julai 2013.

Abdul Kader bin Haja Mydin pada 21 April 2011 & 15 Mac 2012.

Abdul Mutalif b. Mydin Pillay pada 10 Julai & 26 Julai 2010.

Abdul Rashid bin Mashood, 26 Januari 2014.

Ahmad Meera binti Othuman, 25 September 2011.

Ahmad Sha bin Abdullah, 3 Disember 2012.

Datuk Dr. Ahmad Shah bin Sayed, 23 Disember 2012.

Ameer Sultan bin Osman, 30 Jun 2013.

Anuar bin Ibrahim, 23 Disember 2012.

Azizah binti Abdul Rahman, 9 Mei 2015.

Azizah binti Syed Abu Bakar, 11 Mei 2015.

Azlan Shah bin Sikandar Zulkarnain, 11 Mei 2015.

Dato S.A. Abdullah bin Abdul Rahman, 22 Disember 2009.

Fatimah binti Nahoor Meera, 10 Mei 2015.

Kamarulzaman Jalaludin, 23 November 2013.

Koyappa bin Mohamad Shah,15 Disember 2013.

Mashood bin Eusoff, 13 Disember 2012, 28 Mac 2012, 29 Mac 2013 & 28 Mac 2013.

Mohd Ridzuan bin Abdul Majid, 9 Mei 2015.

Mohamad Arif bin Abdul Karim, 15 Oktober 2013.

Mohamad Ibrahim bin Osman,10 Julai 2010 & 19 Disember 2011.

402
Mohamed Hanifah bin Kalantar Mastan, 1 Disember 2011.

Mohamed bin Mohd Yousoff pada 24 Ogos 2013.

Mohamed Shah bin Pakir Mohammed, 24 & 27 Januari 2012.

Muhamad Haneef bin Mohideen Abdul Kader,18 Disember 2012.

Muhamad Mydin bin Abdul Rahman, 5 Februari 2011.

Muhammad Aslam bin Abdul Aziz, 11 Mei 2015.

Muhammad Thahir bin Shaik Ali, 10 Mei 2015.

Haji Muhammad Mydin bin Kalantar Mastan, 13 November 2012.

Mydin Pillay bin Kassim, 15 Oktober 2011.

Mydin Pillay bin Turab Shah, 11 Disember 2012.

Nur Hidayah binti Mohd Nazir, 10 Mei 2015.

Nur Zakiah binti Abdul Majid, 9 Mei 2015.

O.N. Kader Mydin, 6 Februari 2011.

Osman bin Shahul Hamid, 8 April 2013.

Othuman bin Mohamed Mydin, 7 Julai 2010.

Sabrina binti Ayub, 10 Mei 2015.

Said Ahmad bin Haidros,15 Jun 2013.

Said Masud bin Othuman, 8 Januari 2012 & 11 Julai 2012.

Salma binti Kothari, 21 Januari 2012.

Shahul Hamid bin Mohamed Mydin pada 28 Mac 2013.

Shawal Hamid, 20 September 2013.

Sinta Madar bin Nagoor Meera, 2 Jun 2013.

Sinta Madar bin S.K. Abu Bakar, 6 Disember 2012.

403
Sulaiha Bebe binti Mohd, 17 April 2013.

Sulaiman bin Ahmad, 3 Januari 2012.

Sultan Arif bin Muhamad Mydin, 9 Ogos 2010, 8 Mei 2012 & 19 Disember 2011.

Sultan bin Sinta, 15 Julai 2010.

Sultan Syed Salhamid, 17 November 2012.

Syed Mohd Ashraf bin Syed Mohd Baqir, 9 Mei 2015.

C. Akhbar

Berita Harian, 9 Mac 1960.

Makal Osai, 15 Julai 2007.

The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 20 Ogos 1949.

The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942),13 Disember 1935.

The Star, 22 Jun 2009.

The Straits Times, 21 September 1903.

The Straits Times, 25 Julai 1928.

The Straits Times., 2 Oktober 1931.

The Straits Times, 21 November 1934.

The Straits Times, 26 Julai 1935.

The Straits Times, 18 Januari 1950.

The Straits Times,14 Julai 1953.

The StraitsTimes,10 Oktober 1960.

The Straits Times, 2 Mac 1961.

404
D. Sumber Sekunder

A. Bakar Hamid. (1983). Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah: Siri kajian sastera
DBP Kementerian Pelajaran Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Kader, M.S.M. (1995). Taha Nabi Maulidin Tamil Velleke Pairurar. Pulau Pinang:
Abdul Kader Alim.

Abdullah Yasin Elyas.(1985). Maulid Nabi Menurut Neraca Nabawy. Kuala Lumpur:
Islamic Counsellor

Abdul Majid Arus (pnyt.).(t.t) Manaij al-Anwar fil Madahi al-Rasul wa al-Abrar. Madras:
M.E. Shahul Hamid and Sons.

Abdul Kahar bin Yusoff, Abu Bakar bin Shariff, Abdul Razak bin Mohamed Sultan, Ahmad
bin Kasmar, Joseph Casimer Fernandez, Suleiman bin Hassan & Williams,W. (1974).
Historical Survey of the Mosques and Kramats on Penang Island. Latihan Ilmiah,
Malayan Teachers’ College, Penang.

As Sa’adi, Abd. Malik Abd. Rahman. (2002). Salah Faham Terhadap Bid’ah. (Terj.).
Muhammad Fadhli bin Ismail. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Abdul Wahab bin Ismail.(1978). Socio-economic Study on a Selected Group of Indian


Muslims of Rifle Range Flats, Ayer Itam, Penang. Pusat Sains Kemasyarakatan:
Universiti Sains Malaysia.. (Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan).

Abu al-Baqir Ad-Dusuqi. (2007). Rahsia & Khasiat Huruf- Huruf Hijaiyyah. Kota Bharu:
Al-Baqir Enterprise.

Adam Gacek. (2009). Arabic Manuscripts: A Vademecum for Readers. Leiden, Netherlands:
Koninklijke Brill NV.

Ahmad Faidzurrahim.(2013). Ibn Arabi: Menyikap Tabir Fitnah. Batu Caves, Selangor:
Yamani Angle Sdn. Bhd.

Ali ‘Abdul Halim Mahmud. (2007). Syarah Usul 20 Al Imam Hasan Al Banna: Rukun
Faham. Selangor: Dewan Pustaka Fajar

Ali Abdullah Yusuf. (1992). The Meaning of The Holy Qur’an. Brentwood, Maryland:
Amana Coporation

Ali Jum’ah. (2012). Penerangan Yang Tepat Untuk Membetulkan Beberapa Fahaman Yang
Keliru:Bab Kenabian Rasulullah.(Tej.). Muhammad Mujahid. Selangor: Mawleed
Publishing Sdn.Bhd.
405
Andaya, Barbara Watson.( 1979). Perak, the Abode of Grace: A Study of an Eighteenth
Century Malay State. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 86.

Andaya,B.W.& Andaya, Leornard.Y.(1982). A History of Malaysia. Hong Kong: Macmillan


Press.

Arasaratnam,S.(1989). Islamic Merchant Communities of the Indian Subcontinent in


Southeast Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

___________ (1970). Indians in Malaysia and Singapore, Kuala Lumpur. Oxford


University Press.

Arif Zamhari. (2010). Rituals of Islamic Spirituality: A Study of Majlis Dhikr Groups in
East Java. Australia ANU E Press.

Ashok Pant. (2012). The Truth of Babri Mosque. Bloomington,Indiana: iUniverse.

Babbie, Earl. (2010). The Basics of Social Research . Wardsworth USA: Cengage Learning.

Bayly, Susan. (1989). Saints, Goddesses and Kings: Muslims and Christian in South Indian
Society 1700- 1900. United Kingdom: Cambridge University Press.

Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

Bouton, Marshall M. (2014). Agrarian Radicalism in South India.New Jersy: Princeton


University Press.

Bromley, Yu. (1974). The Notion of Ethnos and Typhology of Ethnic Communities: The
Terms Ethnos and Its Definition. Dlm Bromley, Yu (pnyt.). Soviet Ethnology and
Anthropology Today. Walter de Gruyter: The Hague, Netherlands, hlm. 55-75.

Brown, C.C. (1970). Sejarah Melayu or Malay Annals. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.

Campbell, L. D., Samuel, E. (pnyt.). (1801). The Asiatic Annual Register: A View of the
History of Hindustan and of the Politics, Commerce, and Literature of Asia for the
Year 1799. London: J. Debrett, Piccadilly.

Chapman, Murray & Prothero, Mansell, R. (1985). Themes on Circulation in the Third
World. Dlm Prothero, Mansell, R. & Chapman, Murray (pnyt.). Circulation in Third
World Countries. London: Routledge & Kegan Paul, hlm.1-28.

406
Chelliah D.D. (1960). A History of the Educational Policy of the Straits Settlements 1800-
1925. Kuala Lumpur: The Government Press.

Chopra, P.N., Ravindran,T.K. & Subrahmaniam, N. (1979). History of South India volume
III:Modern Period. New Delhi: S. Chand & Company Ltd.

Chockalingam, K. (1974). Census of India 1971:D. Migration tables (2 V.). Vol.2 : Tamil
Nadu Manager of Publications.

Crawfurd, John. (1967). Journal of an Embassy from the Governor-General of India to the
Courts of Siam and Cochin China. Cetakan pertama 1828. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

Creswell, John.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating


Quantitative and Qualitative Research. Second Edition. New Jersey: Pearson.

Cullin, E.G & Zehnder, W.F. (1905). The Early History of Penang, 1592-1827. Penang:
The Criterion Press.

D’Souza, Victor S. (1973). Status Groups among the Moplahs on the South-West Coast of
India. Dlm Imtiaz Ahmad (pnyt.). Caste and Social Stratification Among the Muslims.
Delhi: Manohar Book Service.

Demuth, Andreas. (2000). Some Conceptional Thoughts on Migration Research. Dlm Biko
Agozino (pnyt.). Theoretical and Methodological Issues in Migration Research:
Interdisciplinary,Intergenerational and International Perspectives. Aldershot, England:
Ashgate, hlm. 21-58.

Eaton, Richard Maxwell.(1978). Sufis of Bijapur 1300-1700: Social Roles of Sufi in


Medieval India. New Jersy: Princeton University Press.

Faizal Sharbudin & Zamri Muhamad. (2008). Rahsia Bisnes Mamak. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.

Fanslelow, F.S. (1986). A Comparative Study of the Social and Economic Organisation of
Muslim and Hindu Traders in Tirunelveli District, South India. Tesis Ph.D, London
School of Economic and Political Science, University of London.

Francis Wong Hoy Kee & Gwee Yee Hean. (1971). Perspectives: The Development of
Education in Malaysia and Singapore: Kuala Lumpur: Heinemann Education Books
(Asia).
Fujimoto, Helen. (1988). The South Indian Muslim Community and the Evolution of the Jawi
Peranakan in Penang up to 1948. Tokyo: ILCAA Tokyo Gaikokugo Daigaku.

407
Halimah Mohd Said & Zainab Abdul Majid. (2004). Images of the Jawi Peranakan of
Penang: Assimilation of the Jawi Peranakan Community into Malay Society. Kuala
Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Haja Najmudeen Kader & Abdul Khalil H.P. Shawkataly. (2007). Liga Muslim Pulau
Pinang: Meraikan 50 Tahun Khidmat Komuniti. Pulau Pinang: Liga Muslim Pulau
Pinang.

Hamzah Hamdani. (2007). Hikayat Abdullah. Batu Caves, Selangor: PTS Publications &
Distributors.

Hamzah Alavi. (1982). Capitalism and Colonial Production: Essays on the Rise of
Capitalism in Asia. Australia: Routledge Kegan & Paul.

George, P. (1970). Types of Migration of the Population According to the Professional and
Social Composition of Migrants. Dlm Richmond, A.H. (pnyt.). Reading in the
Sociology of Migration. London: Pragemon Press Limited, hlm. 39-48.

Ghosh.G. K. and Shukla Ghosh. (1995). Indian Textiles: Past and Present. New Delhi:
S.B. Nangia.

Ghulam Sarwar Yousof. (2013). Issues in Traditional Malaysian Culture. Singapore:


Partridge Singapore.

Government Of Madras Staff, Government of Madras. (1942). Gazetteer of the Nellore


District:Brought Up to 1938: Madras District Gazetteers. Madras: Asian Educational
Services.

Gunter, Michael M. (2011). Historical Dictionary of the Life of Kurds:United Kingdom.


Scarecrow Press.

Ibrahim Hilal.(2002). Tasawuf antara Agama dan Filsafat: Sebuah Kritikan Metodologis.
(Terj.). Ija. Suntana dan E. Kusdian. Bandung: Pustaka Hidayah.

Ibn Arabi. (1971). Sufis of Andalusia.(Terj.). R.W.J. Austin. California: University of


California.

Ibn Khaldun. (1967). The Muqaddimah: An Introduction to History. Vol. 2. (Terj.).


Franz Rasenthal. New Jersey: Princeton University Press.

Ibn Taimiyyah.(1970). Qa‘idah Jalilah fi al-Tawassul wa al-Wasilah. Beirut: Dar al-


Arabiyyah.

Ishak Ramli.(2006). Inilah Kurikulum Sekolah.Bentong: PTS Publication & Distributors.

408
Ibrahim, S.A. (pnyt.). (2009). Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu. Kadayanallur,
Tirunelveli,Tamil Nadu: Sirajumuṉīr Naṟpaṇi Maṉṟam

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak


Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 : Population Distribution by Local Authority
Areas and Mukims 2010. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jansen, C.J. (1970). Migration: A Sociological Problem. Dlm Richmond, A.H. (pnyt.).
Reading in the Sociology of Migration. London:Pragemon Press Limited, hlm. 1-10.

Al-Amily, Ja’far Murtadha. (1993). Perayaan Maulud, Khaul dan Hari-Hari Islam Bukan
Sesuatu Yang Haram.(Terj.) Masykur Ab. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Jahid Sidek.(1997). Shaikh Dalam Ilmu Tariqah.Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti


Malaya.

Kamarudin Ngah. (1992). Isu Pembangunan Tanah Wakaf. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Khoo Salma Nasution.(2002). The Tamil Muslims – Weaving a Tale of Success. Dlm Khor,
Neil ,Das &Malini (pnyt.). Glimpses of Old Penang. Petaling Jaya: Star Publications,
hlm.67-69.

______ (2009). The Tamil Muslim in Early Penang: Network for a New Global Frontier.
Dlm Wazir Jahan Karim (pnyt.). Straits Muslims: Diasporas of the Northern Passage
of the Straits of Malacca. George Town:Straits G.T., hlm. 97-120.

Khoo Su Nin. (1993). Streets of George Town. Penang: Janus Print and Resources.

Khoo Kay Kim. (1993). “Malay Attitudes toward Indians”. Dlm Indian Communities in
Southeast Asia. (pnyt.). Kernial Singh Sandhu & A. Mani. Singapore: Times
Academic Press and Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 266-287.

Kleinschmidt, Harald.(2003). People on the Move: Attitudes Toward and Perceptions of


Migration in Medieval and Modern Europe. California: Greenwood Publishing Group.

Kosinski,Laszek,A. & Prothero, Mansell, R.(ed.).(1974). People on Move: Studies on


Internal Migration. London: Methuen&Co. Ltd.

Kratoska,H. Paul. (1998). The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic
History.United Kingdom : C.H’urst & Co. Publishers.

Krishna Dutta. (2003). Calcutta: A Cultural and Literary History. UK: Signal Books
Limited,

409
Kurzman, Charles. (2002). Modernist Islam, 1840-1940: A Sourcebook. New York: Oxford
University Press

Lee, Everett, S. (1969). A Theory of Migration. Dlm Jackson, John Archer.(ed.). Migration.
Cambridge: Cambridge University Press, hlm.282-297.

Leela Dube. (1973). Caste Analogues among the Laccadive Muslims.Dlm Imtiaz Ahmad
(pnyt.). Caste and Social Stratification. Delhi: Manohar Book Service.

Leavy, Patricia. (2011). Oral History :Understanding Qualitative Research. New York:
Oxford University Press.

Mahani Musa. (2003). Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai


Semenanjung Tanah Melayu, 1821 hingga 1940-an. MBRAS Monograph No. 36.
Selangor: MBRAS.

_____. (2011). Melayu-Muslim Dalam Sejarah George Town. Kuala Lumpur: Arkib
Negara Malaysia.

Manikam Krishna. (2008). The Development of Tamil Education in Malaysia: An Anaylisis


of Achievements and Challenges. Kuala Lumpur: Yayasan Strategik Sosial.

Mariasusai Dhavamony.(2006). Fenomena Agama. Yogyakarta : Kanisius

Markovits, Claude, Pouchepadass, Jacques & Sanjay Subrahmanyam. (2003). Introduction:


Circulation and Society under Colonial Rule. Dlm Claude Markovits, Jacques
Pouchepadass and Sanjay Subrahmanyam (pnyt.). Society and Circulation: Mobile
People and Itinerant Cultures in South Asia. New Delhi: Permanent Black.

McPherson McPherson, Kenneth. (1990). “Chulias and Kelings: Indigenous Trade


Diasporas and Penetration of the Indian Ocean Littoral”. Dlm Giorgio Borsa (pnyt.).
Trade and Politics in the Indian Ocean Historical and Contemporary Perspectives.
Delhi: Manohar, hlm. 33-46.

Mohamed Nasar bin Ghose Mohamed. (1992). Sejarah Masjid Kapitan Keling. Latihan
Ilmiah.Kelantan: Maktab Perguruan Kota Bharu.

Mohd. Fadli Sulaiman.(2004). Kebahagiaan:Definisi Islam. Kuala Lumpur: Utusan


Publications.

Mohsen Saeidi Madani.(1993). Impact of Hindu Culture on Muslims. Delhi. M D


Publication Pvt Ltd.

410
Morais Victor, J.& Pothen, Phillip P. (pnyt.). (1965). Educational Directory of Malaysia
and Singapore 1965. Kuala Lumpur: J. Victor Morais & P.Phillip Pothen.

More, J.B. (2004). Muslim Identity, Print Culture, and the Dravidian Factor in Tamil Nadu,
Hydrebard: Orient Black.

Mines, Mattison. (1972). Muslim Merchants: The Economy Behavior of an Indian Muslim
Community. New Delhi: Shri Ram Centre for Industrial Relations and Human
Resources.

_____(1983). Kin Centres and Ethnicity among Muslim Tamilians. Dlm (pnyt.). Imtiaz
Ahmad. Modernization and Social Change among Muslims in India. Delhi: Manohar.

Al-Bani, Muhammad Nasirudin. (2001). al- Tawassul Anwa'uhu wa Ahkamuhu. Riyadh:


Maktabah Al Ma’rif Lilnashr wa Al Tawzi’.

Al-Bani, M.Nashiruddin. (2005). Ringkasan Sahih Muslim Muktasar Sahih Muslim .


Jakarta: Gema Insani, jilid II, Maktabah Wahbah.

Muhammad Ibrahim Munsyi.(1980). Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi.


(Dengan pengenalan dan anotasi oleh Mohd. Fadzil Othman). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Sholkhin, K.H. (2009). Syeikh Abdul Qadir Jailani: 17 Jalan Menggapai
Mahkota Sufi. Yogyakarta: Penerbit Mutiara Media.
.
Muhammad Yusoff Hashim.(1989). Kesultanan Melayu Melaka:Kajian Beberapa Aspek
Tentang Melaka pada Abad ke -15 dan Abad ke- 16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala
Lumpur.:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad bin Haji Muhammad Sa’id (pnys.). (t.t), Majmu’ah al-Mawlud Syarafu al-
Anam. Pulau Pinang: Maktabah wa Matba’ah Darul Ma’arif. Pulau Pinang.

Mujeeb, M. (1967). The Indian Muslim. London: George Allen & Unwind Ltd.

Musa Muhammad Ali. (2004). Hakikat Tawassul dan Wasilah Menurut Al-Quran dan
Sunnah. .(Terj.) Ali Muhammad.Selangor:Thinker’s Library.

Musyrifah Sunanto. (2003). Asal-Usul Tasawuf serta Perkembangannya di Indonesia. Dlm


H. Amsal Baktiar. (pnyt.). Tasawuf dan Gerakan Tarekat. Bandung, Indonesia:
Penerbit Angkasa Bandung, hlm. 5-19.

Mut’ab bin Suryan.(2007). Beda Salaf dengan Salafi: Harusnya Sama Kenapa Beda? .
(Terj.).Wahyuddin Abu Ja’afar. Solo: Media Islamika.

411
Nagata, Judith. (1979). The Malaysian Mosaic. Vancouver: University of British Colombia
Press.

____.(1993). Religion and Ethnicity among the Indian Muslims of Malaysia. Dlm
Kernial Singh Sandhu and A. Mani. (pnyt.). Indian Communities in Southeast Asia.
Singapore: Times Academic Press and Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 513-
540.

Naylor, Larry L. (1996). Culture and Change: An Introduction. Westport: Greenwood


Publishing Group.

Newbolt, T.J. (1971). Political and Statistical Accounts of the British Settlements in The
Straits of Malacca. Cet.Pertama 1839. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Noran Fauziah Yaakub. (1987). Pengantar Sosiologi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Nordin Hussin. (2007). Trade and Society in the Straits of Melaka: Dutch Melaka and
English Penang 1780-1830. Volume 100 of NIAS Monograph Series. Copenhagen:
NIAS Press.

Nur Syam. (2005). Islam Pesisir, Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.

Omar Yusoff. (2005). Kaum Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Isu-Isu Budaya dalam
Konteks Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti
Sains Malaysia.

Othman Napiah. (2001). Pengantar Ilmu Tasawuf. Sekudai, Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.

Othuman Mydin, N.N. (1961). Kamil Syeikhuna Said Syekh Uthuman Chisti Ratia Allah hu
anhu Ubutisthi Wantha Syekhunawil Ithiyakhural. Pulau Pinang: Persatuan Muslim
Bersatu.

Panikkar, K.M. (1960). A History of Kerala: 1498-1801. Annamalainagar: The Annamalai


University.

Patton,M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury
Park,CA:Sage

Persatuan Muslim Bersatu (t.t). Buku Jemputan Kahwin. Pulau Pinang: Persatuan Muslim
Bersatu.

____(t.t). Baitup Padangkal. Pulau Pinang: Persatuan Muslim Bersatu.

412
____ (1979). Buku Cenderamata Sambutan Jubli Perak. Pulau Pinang: Persatuan Muslim
Bersatu.

____ (1993). Imej Baru. Pulau Pinang: Persatuan Muslim Bersatu.

(2010). Buku Cenderamata Sambutan Ulang Tahun ke- 80. Pulau Pinang: Persatuan
Muslim Bersatu.

Persatuan Nurul Islam. (1997). Buku Cenderamata Majlis Jasamu Di Kenang. Pulau
Pinang: Persatuan Nurul Islam.

(2014). Buku Cenderamata Majlis Pelancaran Tanah Wakaf dan Pembangunan


Persatuan Nurul Islam. Pulau Pinang: Persatuan Nurul Islam.

Philip Loh Fook Seng (1975). Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaysia 1874-
1940. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Quraish Shihab, M. (1996). Wawasan Al-Quran: Tafsir Tematik atas Pelbagai Persoalan
Umat. Kuala Lumpur: Mizan Pustaka.

Ranjit Singh, D.S. (1993). Indians in East Malaysia. Dlm Kernial Singh Sandhu and A.
Mani (pnyt.). Indian Communities in Southeast Asia. Singapore: Times Academic
Press and Institute of Southeast Asian Studies, hlm.558-584.

Rahman Shaari. (2001). Bimbingan Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Raja Mohamed, J.(2004). Maritime History of the Coromandel Muslims: A Socio-


historical Study on the Tamil Muslims 1750-1900. Madras. Director of Museums,
Government Museum.

Rajendra, K. Sharma.(2004). Indian Society, Institutions and Change. New Delhi: Atlantic
Publishers & Dist.

Rajeswary Ampalavanar Brown. (1993). The Contemporary Indian Political Elite in


Malaysia. Dlm Kernial Singh Sandhu and A. Mani (pnyt.). Indian Communities in
Southeast Asia. Singapore: Times Academic Press and Institute of Southeast Asian
Studies, hlm. 237-264.

Ravi Shankar. (2001). Tamil Muslims in Tamil Nadu, Malaysia and Singapore: Historical
Identity,Problems of Adjustment, and Change in the Twentieth Century. Kuala
Lumpur: A. Jayanath.
413
Renard, John. (2009). A To Z of Sufism. United Kingdom: Scarcecrow Press.

Robinson, Francis (1982). Atlas of the Islamic World Since 1500. New York: Facts on File.

Rosman, Abraham., Rubel, Paula G., Weisgrau Maxine K. (2009). The Tapestry of Culture:
An Introduction to Cultural Anthropology. United Kongdom: Rowman Altamira.

Saali, J.M. (1981). Thamizhkathu Durgakkal.Chennai: Nur Publishing.

Said Makhtum, O.M.S dan Said Masud, O.M.S. (1971) Mainjanak Karuwulam. Penang:
United Muslim Association.

Saiyid Athar Abbas Rizvi. (1992). A History of Sufism in India: From sixtheen to Modern
Century. Vol II. New Delhi. Munshiram Manoharlal Publisher Pvt. Ltd.

Sanjay Subramaniam. (2001). Penumbral Visions: Making Polities in Early Modern South
India. Delhi: Oxford University Press.

Sarkar, H.B. (1986). Trade and Commercial Activities of Southern India in the Malayo-
Indonesian World (up to A.D. 1511). Vol. 1. Calcutta. Firm Klm Private Limited.

Schimmel, Annemarie. (1980). Islam in the Indian Subcontinen. Leiden Koeln: E.J.Brill.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir. (2005). Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar dengan Berkesan. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Shahul Hamid Lebbai, A.M. (1324H). Kitab Fawaid al--Quran lil Muhimmat Manafi’ul al-
Asma’ Wa Thalsamat. Madras.

Shahul Hamid. (t.t). Ahkam al Muslimin al- Syafi’iah. Madras:Mathba’ Shahul Hamidiah.

Shellabear, W.G. (1977 ). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Shu‘ayb, Tayka. (1993). Arabic, Arwi and Persian in Sarandib and Tamil Nadu: A Study of
the Contributions of Sri Lanka and Tamil Nadu to Arabic, Arwi, Persian and Urdu
Languages, Literature and Education. Madras: Imamul Arus Trust.
Southwood , Katherine E. (2012). Ethnicity and the Mixed Marriage Crisis in Ezra 9-10: An
Anthropological Approach: Oxford Theological Monographs. New York: Oxford
University Press.
Simuh.(1996). Tasawuf Dan Perkembangannya Dalam Islam. Jakarta: Raja Grafindo
Persada.

414
Shaykh Muhammad bin Ramzaan. (2013). The Guidance of the Companions With Regards
To The People Of Innovation (Salafi). Tobago, Tobago &Trinidad: Muwahhideen
Publications.

Syaikh Ja’far Subhani. (1989). Tawassul, Tabarruk, Ziarah Kubur,Karamah Wali: Kritikan
Atas Faham Wahabi. Jakarta: Pustaka Hidayah.

Syeikh Muhammad Yusof.(t.t). Simthu Sibyan. Madras: Abul Barkath Alim Sohib.

Syukriadi Sambas, H, & Tata Sukayat. (2003). Quantum Doa:Membangun Keyakinan Agar
Doa Tak Terhijab dan Mudah Dikabulkan. Jakarta: Hikma P Mizan Publika.

Thurston, Edgar. & Rangachari, K. (2001). Castes and Tribes of Southern India. Vol. 1.
Cetakan pertama 1909. New Delhi: Asian Educational Services.

Todaro, Michael P.& Smith, Stephen C. (2006). Economic Development. United Kingdom:
Pearson Education Limited.

Tschacher, Torsten. (2006). The Impact of being Tamil on Religious Life among Tamil
Muslims in Singapore. Tesis Ph.D, South Asian Studies Programme, National
University of Singapore.

Turnbull, C.M. (1972). The Straits Settlements 1826-67: Indian Presidency to Crown.Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

Tylor, Edward Burnett. (1871). Primitive Culture: Researches Into the Development of
Mythology, Philosophy, Religion, Art, and Custom, Volume 1.London: J. Murray.

Al-Qardawi,Yusuf. (1994). Mawqif al-Islam min al-Ilham wa al-Kshfi wa al-Ru’ya wa


Min al-Kananah wa al- Tanaim wa al-Ruqa. Kahera: Maktabah Wahbah.

____. (2005). Fusul fi al-Akidah Baina as-Salaf wa al-Khalaf. Kahera: Maktabah Wahbah.

Wink, Andre. (1991). Al Hind: The Making of the Indo-Islamic World, Volume 1, Early
Medieval India and Expansion of Islam 7th -11th Centuries. 2nd ed. Leiden: E.J.Brill.

Zakaria Stapa. (1995). Akhlak & Tasawwuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.
Bhd.

Zayn al-Dīn b. ʿAbd al-ʿAzīz al- Malībārī.(1833). Tohfut-ul-Mujahideen:An Historical Work


in Arabic. (Terj.) M.J. Rowlandson. London: Oriental Translation Fund of Great
Britain and Ireland.

415
E. Jurnal, Seminar, Makalah dan Laman Web

Ahmad Mujahid Abdullah , Siti Rugayah Hj. Tibek, Wan Kamal Mujani, Jawiah Dakir &
Kamaruzaman Yusuf. (2013) The Practice of Barzanji, Is It In Line With Islamic
Teaching? Amalan Barzanji, Adakah Ia Selaras Dengan Ajaran Islam? International
Journal of West Asian Studiesi, 4 (2), hlm.23-35.doi: 10.5895/ijwas.2012.08.

Ghulam Sarwar Yousof. (2001).The South Asian Cultural Impact Upon Penang. Dlm
Second Colloquium of 'The Penang Story: Indians in Penang - A Historical
Perspective. 22 September 2001.Penang: Penang Heritage Trust, hlm.1-11. Dimuat
turun 23 April 2011 daripada http://penangstory.net.my/main-story.html..

Google Map. (2014).[Georgetown, Penang].Dimuat turun pada 12 Mei 2014 daripada


https://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Georgeto
wn+Penang&aq=0&oq=GEORG&sll=4.140634,109.618148&sspn=11.48607,21.555
176&vpsrc=6&ie=UTF8&ll=5.417226,100.331483&spn=0.011215,0.02105&t=m&z
=16&ei=GoB5VJLWI8OXvAS0p4GwBg&pw=2

Google Map. (2014). [Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu] Dimuat turun pada 12 Mei
2014 daripada https://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en& geoco
de= &q= kadaya nallur,+Tirunelveli+,Tamil+Nadu&aq=&sll=4.140634, 109.
618148&sspn=11.48607,21.555176&vpsrc=6&ie=UTF8&t=m&fll=9.12108,77.6980
59&fspn=1.423682,2.694397&st=113478477035268143843&rq=1&ev=zo&split=1
&ll=9.161756,78.046875&spn=2.846813,5.388794&z=8&iwloc=A&ei=7215VIWW
EMaRvASA4IC4Cw&pw=2.

Indiamapia. (2013). Tamil Nadu, Kadayanallur Map. Dimuat turun pada 22 Disember 2013
daripada http://www.indiamapia.com/Tirunelveli/Kadayanallur.html

Kesatuan India Muslim Malaysia.(2014). Penubuhan KIMMA. Dimuat turun pada 20 Mei
2014 daripada http://www.kimma.my/?cur=page/ page&id=29&title= PENUBUHAN
_KIMMA.

Mani, A.(1992). Aspects of Identity and Change Among Tamil Muslims in Singapore.
Journal of Affairs of Muslim Minority Affairs. 13 (2), hlm 337-357.

416
Mat Rofa Ismail.(2009). Ilmu Hikmah Dalam Kajian Etnosains Dan Etnomatemetik
Rumpun Melayu. Dlm Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu. 21 Julai
2009. Institut Penyelidikan Matematik dengan kerjasama Akademi Sains Islam
Malaysia (ASASI): Universiti Putra Malaysia. Dimuat turun pada 15 Februari 2013
daripada http://www.kesturi.net/wp-content/uploads/2009/08/ilmu-hikmah-dalam-
kajian-etnosains-dan-etnomatemetik-alam-melayu.pdf

Mohammed Siraaj Saidumasudu & Shaik Abdullah Hasan Mydin. (2013). Komuniti Tamil
Muslim Pulau Pinang: Penglibatan dan Sumbangan dalam Perkembangan Awal
Pendidikan Arab dan Tamil di George Town, Pulau Pinang. Dlm Aiza Maslan@
Baharudin, Shohana Hussin, Nadiah Ismail, & Wan Siti Azahayu Wan Mohamed
(pnyt.). Prosiding Seminar Kebangsaan Isu Tamadun dan Cabaran Semasa
(SIKCAS). 27 November 2013. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm. 334-
344.

Paul G. Pakirnathan. (2002). The Tamil Festival in Penang: Tamil Cultural Identity and
Development. Dlm The Penang Story – International Conference 2002. 18-21 April
2002, The City Bayview Hotel, Penang: Penang Heritage Trust & STAR Publications,
hlm.1-6. Dimuat turun pada 24 April 2011 daripada http://penangstory.net.my/docs/
abs-paulgpakirnathan.doc.

Seeni Naina Mohamed.(2001). Indian Muslims in Penang: Role and Contributions. Dlm
Second Colloquium of The Penang Story Indians in Penang - A Historical
Perspective. 22 September 2001. Penang: Penang Heritage Trust, hlm.1-6. Dimuat
turun pada 23 April 2011 daripada http://penangstory.net.my/main-story.html.

Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung. (2009). [Sejarah]. Dimuat turun pada 31 Ogos 2013
daripada http:// sksritanjung. blogspot.com/2009_05_01 archive.html.

Stein, Burton. (1977). Circulation and the Historical Geography of Tamil Country. Journal
of Asian Studies. 37 (1), hlm.7-26.

Office of Registrar General & Commisioner India. (2001). Basic Data Sheet. [Tirunelveli
(29), Tamil Nadu (33)]. Dimuat turun pada 20 Disember 2013 daripada http://
censusindia gov.in/ Dist_ File/ datasheet-3329.pdf.

Office of Registrar General & Commisioner India. (2011). Primary Census Abstract [Tamil
Nadu (33) ,Tirunelveli (628 Dimuat turun pada 20 Disember 2013 daripada http://
www. censusindia.gov.in/ (S(bw3oa4zay3lt3y55xrdts055))/pca/pca.aspx.

Office of Registrar General & Commisioner India (2011). Provisional Population Totals :
Paper 1 :2011 ( Format : pdf , Size :17,363 kB ). Dimuat turun pada 20 Disember 2013
daripada http://www.censusindia.gov.in/2011-prov-results/data_files/tamilnadu/1.PPT%
201%20TN%20-%20Intro.pdf.

417
Office of Registrar General & Commisioner India. (2011). NPR State Report. Dimuat turun
pada 20 Disember 2013 daripada http://censusindia.gov.in/%28S%28 ww 3djx 33nc4in
fn20n0oafmq%29%29 /NprStateReport.aspx?stcd=33 &distcd=27&tslcode=004.

Omar Farouk Shaeik Ahmad. (1978). The Arabs in Penang. Dlm Malaysia in History:
Special Issue Focus on Penang. Volume XXI. No 2. Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia, hlm. 1-16.

Osman Abdullah Chuah, Abdul Salam M.Shukri & Mohd Syukri Yeoh. (2011). Indian
Muslims in Malaysia: A Sociological Analysis of a Minority Ethnic Group. Journal
Institute of Muslim Minority Affairs, 31( 2), hlm. 217-230. doi:10.1080/13602004
.2011.583513

Penang Heritage Trust.(2013). Penang Story. Dimuat turun pada 30 Disember 2013
daripada http://www.pht.org.my/?page _id=3075.

Penang Heritage Trust. (2013). PHT Profile. Dimuat turun pada 30 Disember 2013 daripada
http://www.pht.org.my /?page_id=1590,.

Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia. (2011). Persekutuan Pertubuhan India


Muslim Malaysia. Dimuat turun pada 20 Mei 2014 daripada http://www.permim.org.

Stark, Jan (2006). Indian Muslims in Malaysia: Images of Shifting Identities in the Multi-
ethnic State. Journal Institute of Muslim Minority Affairs, 26 (3), hlm. 383-398,
doi:10.1080/13602000601141398.

F. Kamus dan Ensiklopedia

Abdul Rahim. (1979). Islamiyah Kalaikalanchiam.Vol 2.Chennai: Universal Publisher and


Book Seller

Kamus Dewan.(2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kumar Suresh Singh. (1998). India’s Communities: N-Z.Vol.3. New Delhi: Oxford
University Press.

Lawson, Tony & Garrod, Joan. (2012). Dictionary of Sociology. Chicago: Routledge

New English-English-Tamil Dictionary. (2006). 1st Ed. Chennai : Sura Books.

Ralhan Om Prakash. (1999). Encylopaedia of Political Parties.(Vol.33-50). New Delhi:


Anmol Publications.
418
419
LAMPIRAN-LAMPIRAN
Lampiran Satu

BIOGRAFI RESPONDEN GENERASI MUDA KOMUNITI TAMIL MUSLIM


KADAYANALLUR DI PULAU PINANG

1. Nama: Azizah binti Abdul Rahman.


Umur: 26.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Guru Tadika.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Monggali.

2. Nama: Nur Zakiah binti Abdul Majid.


Umur: 23.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pembantu Teknologi Makmal, Klinik Kesihatan Pulau Pinang.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Pitchay.

3. Nama: Fatimah binti Nahoor Meera.


Umur: 32.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Kerani Pejabat Guaman.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Umartarakan.

4. Nama: Sabrina binti Ayub.


Umur: 20.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM)
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Ottai.

5. Nama: Nur Hidayah binti Mohd Nazir


Umur: 19
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pelajar.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Sengkotai Azizah binti Syed Abu Bakar.

Lampiran 1 1/2
6. Nama: Azizah binti Syed Abu Bakar.
Umur: 34.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Guru.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Umartarakan.
7. Nama: Syed Mohd Ashraf bin Syed Mohd Baqir.
Umur: 20.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pelajar
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Perchali

8. Nama: Mohd Ridzuan bin Abdul Majid.


Umur: 25
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Juruteknik
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Pitchay

9 . Nama: Muhammad Thahir bin Shaik Ali


Umur: 27
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Guru Agama
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Maularan

10. Nama: Azlan Shah bin Sikandar Zulkarnian.


Umur: 32.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pembantu Pejabat.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Aucari.

11. Nama: Muhammad Aslam bin Abdul Aziz.


Umur: 19.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pelajar Tingkatan 6.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Maularan

Lampiran 1 2/2
Lampiran Dua

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Taburan Penduduk Mengikut Kawasan


Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 : Population distribution by local
authority areas and mukims 2010. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia, hlm.
128.

Lampiran 2 1/1
Lampiran Tiga

BIOGRAFI INFORMAN

1. Nama : Abdul Hamid bin Nagor.


Umur: 78
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Cōṉṉi
Pekerjaan: Pesara kerajaan
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Sekolah Tamil UMA
Aktivit Sosial: Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Muslim Bersatu
dan masih aktif sebagai ahli persatuan ini. Beliau juga bergiat dalam menubuhkan
perpustakaan di UMA pada tahun 1960-an.

2. Nama: Abdul Jabar bin Mohideen Pillai.


Umur: 80
Negeri Kelahiran: Kadayanallur,Tirunelveli, Tamil Nadu, India
Tahun Berhijrah ke Pulau Pinang: 1953.
Pekerjaan: Peniaga makanan dan minuman.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Mīyaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau terlibat dalam aktiviti UMA sebagai ahli. Beliau juga bergiat
dalam kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan komuniti Tamil Muslim di George
Town.

3. Nama : Abdul Kader bin Haja Mydin.


Umur: 55
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Penyelia Jabatan Kerja Raya, Pulau Pinang.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Kampuḷi
Aktiviti Sosial:
Beliau merupakan Presiden semasa Persatuan Anjuman Himayathul Islam dan
Pergerakan Iqbal Islamiyah. Beliau juga merupakan bekas Naib Presiden Liga Muslim
Pulau Pinang. Beliau terlibat secara aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan
komuniti Tamil Muslim di George Town.

4. Nama : Abdul Mutalif b. Mydin Pillay.


Umur: 88
Negeri Kelahiran: Kadayanallur,Tirunelveli, Tamil Nadu, India.
Tahun Berhijrah ke Pulau Pinang: 1935.
Pekerjaan: Bekas peniaga rempah giling dan santan di Pasar Air Itam, Pulau Pinang.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Cēvakkaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Muslim
Kadayanallur (PMK). Pulau Pinang dan bergiat aktif dalam aktiviti persatuan pada
tahun 1960-an sehingga 1980-an.

Lampiran 3 1/11
5. Nama :.Abdul Rashid bin Mashood.
Umur: 53
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Kontraktor Binaan.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Conni
Aktiviti Sosial:
Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa UMA.dan juga Presiden Persatuan Dato Koya.
Beliau adalah antara yang bertanggungjawab memelihara dan mengurus aktiviti
keagamaan di Keramat Dato Koya.

6. Nama :. Ahmad Meera binti Othuman


Umur: 78
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Bekas peniaga sayur-sayuran di Pasar Chowrasta sejak tahun 1960-an.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Mūkkuppeṟi
Aktiviti Sosial: Beliau menyokong segala usaha memelihara adat istiadat komuniti
Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang. Beliau berpengetahuan luas tentang adat
istiadat tradisi komuniti ini.

7. Nama :. Ahmad Sha bin Abdullah


Umur: 67
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara kerajaan (Pegawai Perpustakaan Negeri Pulau Pinang)
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Kōcaleppai
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Muslim Bersatu dan
aktif dalam kegiatan masyarakat melalui UMA dan amat peka dengan perkembangan
komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

8. Nama :. Datuk Dr. Ahmad Shah bin Syed


Umur: 82
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara kerajaan (Pegawai Perubatan)
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Lebbai
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas pegawai perubatan atau doktor di hospital
kerajaan dan pernah menjawat jawatan Pengarah Hospital Besar Pulau Pinang pada
tahun 1980-an. Beliau juga pernah dilantik sebagai pegawai perubatan istana Selangor.
Jasa beliau dalam bidang perubatan di Selangor khususnya istana Selangor dihargai
dengan pengurniaan Darjah Setia Negara (DSN) yang membawa kepada gelaran Datuk.
Beliau juga terlibat sebagai ahli dalam Persatuan Nurul Islam (PNI) di Pulau Pinang.
Dalam konteks komuniti Tamil Muslim Kadayanallur, beliau merupakan doktor
perubatan pertama pada tahun 1960-an.

Lampiran 3 2/11
9. Nama :. Ameer Sultan bin Osman.
Umur: 80
Negeri Kelahiran: Kadayanallur,Tirunelveli, Tamil Nadu, India.
Tahun Berhijrah ke Pulau Pinang: 1953.
Pekerjaan: Pesara kerajaan.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Jamīṉ
Aktiviti Sosial:
Beliau merupakan bekas Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Muslim
Kadayanallur(PMK) Pulau Pinang. Beliau juga pernah berperanan sebagai perwakilan
PMK dalam Liga Muslim Pulau Pinang.

10. Nama : Anuar bin Ibrahim.


Umur: 39
Negeri Kelahiran: Pulau Pinang.
Pekerjaan: Guru agama (mudir)
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Tadiyan Pitchay
Aktiviti Sosial:
Beliau merupakan mudir atau pengetua Madrasah Tahfiz darul Ulum Al Hashimiyah,
Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang. Beliau merupakan antara perintis dalam
kalangan generasi muda komuniti Tamil Muslim yang belajar di Kolej Arab al
Hashimiyah, Sri Lanka pada tahun 1990-an dan telah berjaya menubuhkan sebuah
madrsah tahfiz di Air Itam, Pulau Pinang sebagai satu langkah menyebarkan syiar Islam
dan ilmu al-Quran dalam kalangan komuniti ini dan umat Islam.

11. Nama :. Dato S.A. Abdullah bin Abdul Rahman


Umur: 87
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang
Pekerjaan: Pesara guru agama (ustaz)
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Madrasathul Mahmudathul Arabia dan Madrasah Al
Mashoor
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Celamaleppai
Aktiviti Sosial:
Beliau merupakan bekas guru agama Madarasah Al Mashoor, Pulau Pinang. Beliau
berperanan aktif sebagai Imam Masjid Kapitan Keling dan Masjid Alimsah Walai serta
pendakwah bebas. Selain itu beliau berperanan sebagai Ahli Jawatankuasa Jabatan
Mufti Negeri Pulau Pinang dan bekas Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Tashih Al Quran
Kebangsaan. Beliau merupakan tokoh agama dan tempat merujuk hal ehwal keagamaan
dalam kalangan komuniti Tamil Muslim.

Lampiran 3 3/11
12. Nama: Kamarulzaman Jalaludin. (Warganegara India)
Umur: 41
Negeri Kelahiran: Ramanad, Tamil Nadu, India.
Pekerjaan: Guru agama dan penjaga Nagore Dargah George Town, Pulau Pinang
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: -
Aktiviti Sosial: Beliau ditugaskan oleh Jawatan Kuasa Pengurusan Nagore Dargah,
Lebuh Chulia, George Town sebagai penjaga dan pengurus aktiviti keagamaan dalam
keramat ini.

13. Nama: Koyappa bin Mohamad Shah.


Umur: 52.
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pekerja am Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Kirutarakaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan ahli Persatuan Muslim Bersatu dan terlibat dalam
aktiviti persatuan dan kemasyarakatan.

14. Nama:.Mashood bin Eusoff


Umur: 73
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Aṭaiyar
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa UMA dan bekas setiausaha
persatuan ini. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti UMA dan berperanan sebagai
pemimpin persatuan yang mendokong adat istiadat dan tradisi budaya komuniti Tamil
Muslim Kadayanallur. Beliau berpengetahuan luas tentang latar belakang komuniti
ini.

15. Nama: Mohamad Arif bin Abdul Karim.


Umur: 28
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Guru al Quran.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Cēyaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan guru al-Quran di Madrasah Darul Ulum Al
Hashimiyah, Pulau Pinang dan berkelulusan diploma dalam bidang tahfiz Kolej Arab,
Sri Lanka. Bergiat dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Lampiran 3 4/11
16. Nama: Mohamad Ibrahim bin Osman
Umur: 79
Negeri Kelahiran: Kadayanallur, Tamil Nadu, Pulau Pinang
Tahun Berhijrah ke Pulau Pinang: 1953
Pekerjaan: Pesara.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Jamīṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Muslim
Kadayanallur, Pulau Pinang dan masih terlibat dalam aktiviti persatuan. Beliau berjasa
pada persatuan ini kerana pernah memberi sumbangan dalam pertandingan menghias
bangunan sempena Hari Kemerdekaan pada tahun 1957 untuk mendapatkan tempat
pertama.Beliau juga berpengetahuan mengenai latar belakang dan budaya komuniti
Tamil Muslim Kadayanallur. Selain itu, beliau mempunyai ilmu mengenai wafaq.

17. Nama: Mohamed Hanifah bin Mohd Yuosoff


Umur: 60
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang
Pekerjaan: Penjual daging lembu.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Othuman Said
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan seorang ahli Persatuan Muslim Bersatu. Keluarga
beliau lazimnya terlibat dalam aktiviti sambutan hari memperingati Syeikh Othuman
Leppai yang disambut secara persendirian di rumah mereka. Beliau juga
berpengalaman dalam proses penjualan daging lembu di pasar Chowrasta dan pasar
lain.

18. Nama: Mohamed Hanifah bin Kalantar Mastan.


Umur: 75
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang
Pekerjaan: Pendakwah Bebas.
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Madrasathul Mahmudhatul Arabia.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Polavar
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan tokoh agama komuniti Tamil Muslim dan
berperanan sebagai penceramah serta pendakwah yang mengukuhkan syiar Islam
dalam kalangan komuniti Tamil Muslim sejak pertengahan tahun 1960-an. Beliau juga
terlibat dalam program-program keagamaan (bahasa Tamil) Radio Televisyen
Malaysia (RTM) sejak tahun 1960-an sehingga kini dan bekas pengajar di Madrasa
Anjuman Himayathul Islam, George Town, Pulau Pinang.

19. Nama: Mohamed Shah bin Pakir Mohammed,


Umur: 89
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang
Pekerjaan: Pesara
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Madrasathul Mahmudhatul Arabia.
Keturunan: Tamil Muslim.

Lampiran 3 5/11
Nama Keluarga: Mūppaṉcaṭṭi
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan salah seorang pengasas Persatuan Muslim
Kadayanallur Pulau Pinang pada tahun 1945 dan juga bekas Ahli Jawatankuasa
Persatuan Anjuman Himayathul Islam. Beliau bergiat aktif dalam kegiatan
kemasyarakatan dan keagamaan pada tahun 1940-an sehingga 1980-an. Penglibatan
yang aktif ini menyebabkan beliau mempunyai pengetahuan yang luas mengenai lata
belakang dan perkembangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

20. Nama: Muhamad Haneef bin Mohideen Abdul Kader.


Umur: 81
Negeri Kelahiran: Thanjavur, Tamil Nadu, India.
Tahun Berhijrah ke Pulau Pinang: 1953.
Pekerjaan: Pesara kerajaan.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: -
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas guru di Sekolah Tamil Persatuan Muslim
Bersatu (UMA) pada tahun 1960-an dan 1980-an. Beliau bergiat aktif dalam
mengembangkan pendidikan Tamil dalam kalangan komuniti Tamil Muslim.

21. Nama: Muhamad Mydin bin Abdul Rahman, (Allahyarham)


Umur: 85
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang
Pekerjaan: Pesara kerajaan. (guru agama)
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Madrasathul Mahmudhatul Arabia dan Madrasah Al
Mashoor.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Celamaleppai
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas guru agama di Sekolah Tamil Persatuan
Muslim Bersatu (UMA) pada tahun 1960-an dan 1980-an. Beliau merupakan salah
seorang anggota komuniti Tamil Muslim awal yang berpendidikan Arab pada akhir
tahun 1950-an.

22. Nama: Hj.Muhammad Mydin bin.Kalandar Mastan


Umur: 72
Negeri Kelahiran: Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu, India.
Tahun Berhijrah ke Pulau Pinang: 1953
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Māṭumuṭṭi
Pekerjaan: Pesara.
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Muslim Bersatu
(UMA) dan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan Tamil Muslim. Beliau
berpengetahuan luas tentang latar belakang komuniti Tamil Muslim Kadayanallur
khususnya tentang susur galur dan nama keluarga komuniti ini.

Lampiran 3 6/11
23. Nama: Mydin Pillay bin Kassim
Umur: 85
Negeri Kelahiran: Kadayanallur, Tirunelveli, Tamil Nadu, India.
Tahun Berhijrah ke Pulau Pinang: 1948
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Oraṭṭi
Pekerjaan: Pesara.
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Muslim Bersatu
(UMA) dan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan Tamil Muslim. Beliau
berpengetahuan luas tentang latar belakang komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

24. Nama: Mydin Pillay bin Turab Shah.


Umur: 75
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang
Pekerjaan: Pesara kerajaan (bekas guru penolong kanan SMK Abdullah Munshi)
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam Kalvi
Padasalai, George Town, Pulau Pinang.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Pericāḷi
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan Presiden Persatuan Nurul Islam.(PNI) dan
Pengerusi Jawatankuasa Bantuan/ Tabung Pendidikan semasa. PNI. Bergiat aktif
dalam aktiviti kemasyarakatan anjuran PNI.

25. Nama: O.N. Kader Mydin.


Umur: 76
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang
Pekerjaan: Penjual ikan di Pasar Chowrasta, George Town, Pulau Pinang
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Oṭṭai
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan salah seorang pengasas Pergerakan Iqbal Islamiah.
dan Ahli PMK. Bergiat aktif dalam aktiviti dakwah dan keagamaan pada khususnya
pada tahun 1960-an dan 1970-an.

26. Nama: Osman bin Shahul Hamid


Umur: 64
Negeri Kelahiran: Jalan Kedah, George Town, Pulau Pinang
Pekerjaan: Guru agama dan mudir Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Muṭavaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan pengajar al Quran dan Fardhu Ain serta berperanan
sebagai imam surau dan masjid. Beliau mula terliabt dalam kegiatan mengajar al-Quran
dalam kalangan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur sejak awal tahun 1970-an.
Seterusnya beliau merupakan perintis pembangunan Madrasah Tarbiyyah Persatuan

Lampiran 3 7/11
Nurul Islam. Dalam kontek kegiatan kemasyarakatan, beliau berperanan sebagai Ahli
Jawatankuasa PNI, George Town, Pulau Pinang.

27. Nama: Othuman bin Mohamed Mydin. (Allahyarham)


Umur: 88
Negeri Kelahiran: Kadayanallur, Trinulveli, Tamil Nadu, Pulau Pinang.
Tahun Berhijrah ke Pulau Pinang: 1930-an.
Pekerjaan: Pesara.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Taṭṭākkutiyaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PMK dan bergiat aktif
dalam kegiatan kemasyarakatan komuniti Tamil Muslim pada tahun 1950-an sehingga
tahun 1980-an.

28. Nama: Said Ahmad bin Haidros.


Umur: 66
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Cēvakkaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan AHI dan bergiat aktif
dalam kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.
Selain itu beliau Presiden Persatuan Basikal Antik, Pulau Pinang. Beliau juga
berperanan sebagai pengumpul barangan bahan-bahan bersejarah dan antik dan amat
membantu pengkaji dalam penyelidikan ini.

29. Nama: Said Masud bin Othuman


Umur: 75
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Sekolah Tamil UMA.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Mūkkuppeṟi
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas .Ahli Jawatankuasa UMA dan salah seorang
pengasas Pergerakan Iqbal Islamiyah Pulau Pinang. Beliau terlibat dalam kebanyakan
aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur.

30. Nama: Salma binti Kothari.


Umur: 75
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Peniaga rempah giling, Pasar Air Itam.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Pitcay
Aktiviti Sosial: Beliau sentiasa prihatin dengan pengamalan tradisi komuniti Tamil
Muslim Kadayanllur.

Lampiran 3 8/11
31. Nama: Shahul Hamid bin Mohamed Mydin .
Umur: 55
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Bekerja sendiri.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Cēyaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas Presiden dan kini menjadi Ahli Jawatankuasa
PMK serta bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan agama komuniti Tamil
Muslim Kadayanallur.

32. Nama: Shawal Hamid bin K.P. Majid


Umur: 76
Negeri Kelahiran: Jalan Ariffin, George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Sekolah Tamil UMA.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Kōcaleppai
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas Presiden UMA Pulau Pinang dan masih aktif
sebagai Ahli Jawatan Kuasa persatuan. Beliau amat prihatin dengan perkembangan
komuniti Tamil Muslim Kadayanllur dan bergiat aktif dalam aktivit keagamaan dan
kemasyarakatan.

33 . Nama: Sinta Madar bin Nagoor Meera


Umur: 67
Negeri Kelahiran: Jalan Argyll, George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Sekolah Tamil UMA.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Kampuli
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan ahli Persatuan AHI dan bergiat dalam kegiatan
agama dan dakwah Islamiah.

34. Nama: Sinta Madar bin S.K. Abu Bakar


Umur: 76
Negeri Kelahiran: Jalan Argyll, George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Cēyaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan Presiden Persatuan Hidayathul Islam (PHI), Pulau
Pinang semasa. Bergiat aktif dalam kegiatan masyarakat dan keagamaan komuniti
Tamil Muslim.

Lampiran 3 9/11
35. Nama: Sulaiha Bebe binti Mohd
Umur: 62
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Tidak bekerja
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Ottai
Aktiviti Sosial: Beliau bergiat aktif dalam aktiviti masyarakat berkaitan budaya dan
adat istiadat komuniti Tamil Muslim Kadayanallur serta salah seorang bekas pelajar
Sekolah Tamil UMA.

36. Nama: Sulaiman bin Ahmad.


Umur: 86
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Kriteria Khusus: Bekas pelajar Madrasathul Mahmudathul Arabia.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Amarcaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan ahli UMA semasa dan bekas Ahli Jawatankuasa
persatuan. Beliau amat prihatin dengan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan
sehingga hampir setiap tahun beliau mengetuai Jawatankuasa ratib di persatuan.
Sebagai bekas pelajar Madrasathul Mahmudhatul Arabia, beliau mahir dalam
membaca dan menulis Arab-Tamil dan memiliki beberapa buah kitab fekah dan akidah
yang masih digunakan sebagai rujukan..

37. Nama: Sultan Arif bin Muhamad Mydin


Umur: 74
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Cēyaṉ
Aktiviti Sosial: Beliau merupakam bekas Presiden Persatuan Hidayathul Islam (PHI)
dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau mempunyai pengetahuan tentang latar
belakang dan sosiobudaya khususnya pengamalan nama keluarga dalam komuniti
Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang.

Lampiran 3 10/11
38. Nama: Sultan bin Sinta
Umur: 86
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara.
Kriteria Khusus; Bekas pelajar Madrasathul Mahmudathul Arabia.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Cēnuṟu

Aktiviti Sosial: Beliau merupakan bekas Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan
Hidayathul Islam (PHI) dan antara individu yang terlibat dalam bidang perniagaan
runcit.

39. Nama: Sultan Syed Salhamid


Umur: 70
Negeri Kelahiran: George Town, Pulau Pinang.
Pekerjaan: Pesara kerajaan.
Keturunan: Tamil Muslim.
Nama Keluarga: Muṭavaṉ.
Aktiviti Sosial: Beliau merupakan Presiden Persatuan Nurul Islam (PNI) George
Town, Pulau Pinang. Beliau juga terlibat secara aktif dalam kerja-kerja kemasyarakata
dan kebajikan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur. Selain itu, beliau terlibat dalam
bidang muzik seawall tahun 1970-an. Beliau boleh dikatakan sebagai antara perintis
Pancaragam Inba Nila dan terlibat dalam perkembangan muzik dalam masyarakat India
di Pulau Pinang pada tahun 1970-an dan 1980-an

Lampiran 3 11/11
Lampiran Empat

Contoh Transkrip Temu Bual dengan Informan Tamil Muslim

Berikut adalah sebahagian daripada transkrip temu bual dengan informan, Encik Mohammed
Ibrahim bin Osman pada 10 Julai 2010, jam 10.30 a.m.

Penyelidik: Apakah nama Tuan?

En. Osman: Nama saya Mohammed Ibrahim bin Osman.

Penyelidik: Berapakah umur tuan sekarang?

En. Osman: 78 tahun.

Penyelidik: Boleh tuan beritahu tarikh tuan?

En. Osman: Saya lahir pada tahun 1931 di Kadayanallur.

Penyelidik: Bilakah tuan berhijrah ke sini (Pulau Pinang)?

En. Osman: pada 1953 bulan Mei.

Penyelidik: Nama keluarga tuan?

En. Osman: Jamin (zamin)

Penyelidik: Sebelum berhijrah ke sini, apakah pekerjaan tuan di sana (Kadayanallur).

En. Osman: Pekerjaan membuat kain.

Penyelidik: Apakah nama pekerjaan ini?

Jawapan: Nesavu tolil (penenunan kain) 1/2

Penyelidik: Berapakah umur tuan ketika datang ke sini?

En. Osman: 22 tahun.

Penyelidik: Jadi, tuan tinggal di Kadayanallur selama 22 tahun. Apakah tuan dan keluarga tuan
kesemuanya terlibat dalam pekerjaan penenunan kain?

En. Osman: Ya, semua anggota keluarga saya melakukan pekerjaan penenunan kain. Semua orang
di Kadayanallur terlibat dalam penenunan kain.

Lampiran 4 1/8
Penyelidik: Jadi, tuan membuatkan (menghasilkan kain) kepada majikan atau tuan (bos) atau
tarekan (broker)?

En. Osman: Ya. Kami buatkan kain bagi pihak tarekan atau broker

Penyelidik: Jadi, adakah tarekan ini akan membekalkan semua peralatn dan bahan untuk
menghasilkan kain kepada tuan?

En. Osman: Bukan begitu. Tarekan hanya membekalkan benang. Kami akan basahkan benang
tersebut, sapukan gam, keringkan dan jemurkan dan menjalankan proses yang agak rumit untuk
menghasilkan kain. Di urru (Kadayanallur) semua golongan seawal umur 8 tahun sehingga umur
70-80 tahun terlibat dalam aktiviti penenunan kain.Dalam satu keluarga, semua orang turut serta
dalam pekerjaan ini.

Penyelidik: Jadi, tarekan ini hanya membekalkan benang. Bahan-bahan lain ditanggung orang yang
menghasilkan kainkah:

En. Osman: Ya. Kami diberi upah untuk menghasilkan kain.

Penyelidik: Bagaimana upah ini dibayar?Adakah atas kadar mingguan atau bulanan?

En. Osman: Bayaran dibuat berdasarkan jumlah kain dihasilkan. Kain macam ini (sambil
menunjukkan kain pelikat) sebanyak 48 helai sama dengan satu pauh. Kalau kami dapat hasilkan
satu pauh, kami akan dibayar Rs 10-12 ruah (Rupi).

Penyelidik: Berapa ramaikah anggota keluarga tuan di Kadayanallur?

En. Osman: Kami lima orang adik beradik lelaki dan empat orang perempuan. Dan saya anak
kedua.

Penyelidik:Jadi, semua ahli keluarga ibi,ayah, datuk, adik abang dari generasi ke generasi
menjalankan pekerjaan ini?

En. Osman: Ya. Di urru semua oran dan semua keluarga membuat pekerjaan ini.Pekerjaan awal
dan asal kita adalah ini (penenunan kain)

Penyelidik: Berapa pauh boleh dihasilkan dalam sebulan?

En. Osman: 3 pauh boleh dihasilkan dalam masa satu bulan.

Penyelidik: Nama keluarga tuan adalah zamin (jamin). Bagaima nama ini boleh muncul?

Lampiran 4 2/8
En. Osman: Kami mempunyai hubungan dengan golongan zamindar (tuan tanah).

Penyelidik: jadi tuan telah datang ke sini pada tahun 1953? Sebelum tuan datang ramaikah orang
kita ada di sini.?

En. Osman:Bapa saya dan abang-abang bapa saya lahir di sini (Pulau Pinang). Bapa saya lahir di
sini pada tahun 1900, begitu juga abang-abang bapa saya. Mereka berkahwin di sini dan beranak
pinak di sini satu dua anak. Bapa saya bekerja Pitts Street di tempat bernama White Way.(Whiteway
& Laidlaw General Store) sekarang terletak di Lebuh Pantai.

Penyelidik: Jadi, bapa tuan lahir di sini. Bagaimana tuan boleh lahir di urru (India)?

En. Osman: Masa tu, ada disebut sebagai urru kaliyanam (perkahwinan urru). Jadi bapa saya telah
kembali ke Kadayanallur untuk berkahwin di sana ketika beliau berumur 24 tahun. Sebab
berkahwin di urru, perbelajaan kurang. Masa tu perkahwinan berlaku beramai-ramai pada satu
masa sehingga 200 orang.

Penyelidik: Nama bapa tuan ialah ?

En. Osman: Nama bapa saya adalah Osman b Sayid. Bapa saya adalah antara kumpulan orang
yang pertama yang menaiki keretapi pertama bukit bendera apabila dibuka untuk umum.Bapa saya
pernah memberi tahu saya akan hal ini.

Penyelidik: Selain daripada nama bapa tuan, tuan ingatkah nama datuk dan salahsilah?

En. Osman: Nama bapa datuk saya Uppa Mydin, nama bapa dia pula Masuthu. Tak kat tu sahaja
saya tahu.

Penyelidik: Jadi, bapa tuan telah duduk terus di India setelah berkahwin di sana dan tuan lahir dan
membesar di sana sehingga berhijrah semula ke sini (Pulau Pinang) pada tahun 1953. Kenapa
ramai yang berhijrah pada tahun 1919 sebelum tuan berhijrah?

En. Osman: Sebelum itu lagi, namale (orang kita) telah datang ke Pulau Pinang. Mereka telah
sampai ke sini pada tahun 1880-an. Macam datuk saya telah datang ke sini pada tahun 1880-an.

Penyelidik: Di manakah datuk tuan duduk atau tinggal sebaik sahaja sampai di Pulau Pinang.

Lampiran 4 3/8
En. Osman: Di Chulia Street. Di Minachi Kambum (Kampung Minachi). Bapa saya lahir di
kampung ini dan pernah mengajar quran kepada orang ramai di Alimusa Wallai.

Penyelidik: Apakah sebab kedatangan orang sebelum tuan datang ke sini dari Kadayanallur?

En. Osman: Sebabnya ialah kemelesatan ekonomi dan terbantutnya peluang pekerjaan. Majikan
(broker) tiada tugasan atau modal untuk diberikan kepada pekerja. Jadi susah nak hidup
(kesempitan hidup). Jadi, mereka menghubungi orang yang sudah pun berada di Pulau Pinang
sebelum mereka dan melalui mereka di Pulau Pinang mereka pun berhijrah ke Pulau Pinang.

Penyelidik: Setelah sebahagian atau sesetengah orang mula berhijrah ke Pulau Pinang, adakah
mereka yang masih tinggal di Kadayanallur menjalankan pekerjaan penenunan kain?

Kawapan: Ya.Macam ni. Contohnya anda berada di Pulau Pinang, saya berkeadaan susah di India,
jadi saya menulis surat mengatakan saya hendak ke Pulau Pinang. Maka saudara saya di Pulau
Pinang akan menjemput saya ke Pulau Pinang (sebagai pembantu atau pekerja di kedai dan
sebagainay). Begitulah caranya.Macamana orang yang tiada sanak saudara hendak ke sini?
Terpaksa duduk di sana.(Kadayanallur). Masa saya datang ada visa tetapi orang sebelum itu tiada
visa zaman British tetapi ada passport.

Penyelidik: Sebelum tuan datang, bagaimana datuk dan mereka yang sebelum tuan datang ke Pulau
Pinang?

En. Osman: Mereka naik melalui pelabuhan Nagapatnam atau Masdras

Penyelidik: Bagaimana mereka bergerak dari Kadayanallur ke Nagapatnam dan Madras?

Jawapan; Perkhidmatan jalan keretapi mula wujud di Kadayanallur sejak tahun 1928. Sebelum itu,
mereka naik keretapi di Tenkasi dan mereka pergi ke Tenkasi dengan menaiki kereta lembu.

Penyelidik: Berapa lamakah perjalanan tuan dari Kadayanallur ke Nagapatnam atau Madras?

En. Osman: Jika saya naik keretapi pada pukul 2.30 petang saya boleh sampai di Madras pada jam
7.30 pagi. Lebih kurang 450 batu. Macam kita pergi ke Singapura.

Penyelidik: Daripada dapatan saya, ada yang bekerja untuk dapatkan wang di Nagapatnam sebelum
datang ke Pulau Pinang kerana tiada wang? Adakah perkara ini benar?

Lampiran 4 4/8
En. Osman: Sebenarnya, ini adalah perkara biasa. Kadang-kadang perjalanan kapal tertangguh dan
tiada kapal atau tiada tiket atau wang dibawa tidak mencukupi. Jadi ramai yang akan bekerja untuk
dpatakan duit sampingan.

Penyelidik: Berbalik kepada hal tuan, tuan berhijrah ke sini pada tahun 1953. Bagaimana keadaan
Kadayanallur semasa tahun 1952 dan 1953?

En. Osman: Masa itu susah. Pekerjaan amat terhad.

Penyelidik: Semasa tuan datang, adakah anggota keluarga tuan sudah berada di Pulau Pinang?

En. Osman: Bukan anggota keluarga tetapi sanak-saudara saya sudah pun menetap di Pulau
Pinang. Ada yang ambil visa dan passport untuk kami adalah saudara saya dari keluarga Ceyen.
Pada masa kita perlu ada lesen perniagaan dan perakuan pemilikan perniagaan dan keperluan
pekerja. Untuk endapatkan perakuan bersumpah tersebut kita bayar $9.00 Dollar. Selepas itu akan
diproses pihak imigresen di India. Beginilah kami sampai dan kebanyakan orang kita datang ke
Pulau Pinang. Misalnya, kalau penjual ikan ada lesen. Dia boleh gunakan lesen tersebut untuk
menjemput sanak saudaranya bagi tujuan bekerja dengannya.Kebanyakan orang yang datang ke
Pulau pinang selepas tahun 1953 kebanyakannya begini caranya dengan menggunakan satiyam kad
(visa). Dengan visa inilah maka seseorang dari India boleh mendapatkan pasport untuk ke Pulau
Pinang.

Penyelidik: Semasa tuan datang, apakah nama kapal yang tuan tahu?

En. Osman: Masa itu terdapat kapal Rajula, Sarjana dan Silabarum. Rajulalah kapal yang paling
lama.Kapal engin. Kebanyakan daripada kita menaiki kapal Rajula. Selepas sampai di Madras,
pihak imigresen India akan menguruskan pemeriksaan visa dan menyediakan tiket dan tarikh tiket.
Kadang-kadang tiket kapal lewat dua tiga hari. Kami tunggu dan tinggal di rumah tumpangan
sementara menunggu tarikh kapal bertolak.

Soalan; Bagaimana tuan berhijrah ke Pulau Pinang? Adakah seorang diri atau bersama keluarga?

En. Osman: Masa tu saya tak berkahwin, saya berkahwin selepas berada di sini (Pulau Pinang).
Kami berempat, saya, dua orang adik saya dan bapa saudara saya. Bapa saudara aya sudah pun
berhijrah ke Pulau Pinang semasa zaman datuk saya lagi dan beliau kembali ke Kadayanallur
membawa kami bersama ke sini.

Soalan; Berapakah umur bapa saudara tuan masa itu?

Lampiran 4 5/8
En. Osman: 60 tahun ke atas.

Penyelidik:Berapa ramai orang kita yang naik kapal bersama dengan tuan?

En. Osman: saya tidak dapat jelaskan hal ini. Sebab pelbagai keluarga datang masa-masa berbeza
Setiap kapal yang berlayar ada keluarga yang datang.1-2 tahun tertentu perkhidmatan kapal
tersebut ada selepas itu telah dihentikan.

Penyelidik: Berapa lama tuan duduk dalam kapal Rajula ketika datang ke Pulau Pinang?

En. Osman: 7 hari

Penyelidik: Adakah tuan terus sampai di Pelabuhan Pulau Pinang.

Jawab: Selepas sampai di pelabuhan semua imigran yang ke Pulau Pinang akan dibawa ke Pulau
Jerejak dan dikuarantin di sana untuk memeriksa kesihatan dan penyakit selama 3 hari sebelum
dibawa kembali ke Pulau Pinang selepas itu.

Penyelidik: Jadi selepas itu apa yang tuan buat?.

En. Osman: Jadi selepas kami sampai kami tinggal di rumah sanak – saudara dan mencari kerja
kebanyakan kerja kuli di pelabuhan. Saya pula, bekerja di Counsil(Majlis Perbandaran) di Health
Department. Ada yang bekerja di engineering department, kerja buat jalan dan water department..
Kebanyakanny a kerja-kerja menggunakan tenaga manusia. Terdapat juga mereka yang bekerja
sebagai pemunggah barang-barang dan gudang (harbor port) pelabuhan. Masa tu orang kita tidak
berpelajaran dan tidak berkedudukan tinggi. Selepas tahun 1945 sahaja, orang kita cenderung/
tunjukan minat dalam pendidikan. Selepas itu barulah orang belajar samapi spm kemudian ke
universiti.

Penyelidik: Jadi, selepas sampai di Pulau Pinang, di manakah tuan tinggal? Adakah di Chulia
Street?

Jawapan : Tidak, saya tinggal di rumah sanak saudara saya, di no.29 jalan Kedah.

Penyelidik: Bagaimana pula dengan Ceyen Kadai di Chulia Street?

En. Osman: Ceyen Kadai ini adalah rumah persinggahan dan tempat tinggal kebanyakan orang kita
yang berhijrah pada peringkat awal. Pada zaman-zaman bapa saya.

Penyelidik: Jadi, semasa tuan datang, sudah ada orang di Jalan Kedah, Jalan Argyll.

Lampiran 4 6/8
En. Osman: Ya, dah ada orang. Chulia Street, Argyl Road, Penang Road tapi ada dua tiga kadai
sahaja, Hutton lane , Kedah road, Half way road dan Ariffin Road, di tempat inilah orang kita
tinggal. Dalam satu-satu kadai terdapat 10 hingga 15 keluarga.Macam saya sebut tadi, Chulia
street, argyl road, hutton lane dan transfer road. Di sini banyak kadai –kada I besar. Ada juga
kadai-kadai kecil yang didiami keluarga kecil 2-3 keluarga. Kena bayar sewa pada tuan rumah.

Penyelidik: Di Chulia Street, Ceyen kadai, apakah alamat kadai ini?

En. Osman: 108B, Chulia Street.

Penyelidik: Rumah Ceyen dipimpin oleh datuk sultan Arif bernama Osman. Bapa saya yang lahir
di sini pada tahun 1900. Semasa zaman kanak-kanak ketika berumur 6-7 tahun, sering
mempelajari al quran seorang bernama Syevenger di varanda /ruang tamu tingkat satu di Ceyen
kadai. Selepas itu bapa saya pelajari quran dari orang-orang lain. Beliau tidak perg ke sekolah.

Penyelidik: Adakah beliau belajar di madrasah Ah Qeu Street?

Jawpan; tidak-tidak

Penyelidik: Adakah di Ceyen kadai banyak terdapat ammi atau batu giling?

En. Osman: Banyak. Sebab dengan keadaan kerja orang kita susah nak bayar sewa (tak mampu),
jadi rempah dihantar ke gerai=gerai nasi masa itu tiada mesin. Kita baru guna mesin. Semua kerja-
kerja kita kena guna tangan. Tumbuk beras menjadi tepung, giling rempah dengan ammi dan
bekalkan rempah ke kedai-kedai makan. Dan dapat bayaran. Ini sebagai kerja sampingan. Sekarang
dah ada serbuk yang bercampur bahan kimia

Penyelidik: Jadi, orang perempuan membantu kaum lelaki dalam pekerjaan? Apakah pekerjaan
orang lelaki?

En. Osman: Orang lelaki kerja sebagai kuli di pelabuhan apabila sampainya uppu kapal dan kari
kappal. Kerja akan diberi oleh agen untuk memunggah barang dari kapal

Penyelidik: Bagaimana pula dengan pekerjaan adik-adik tuan di Pulau Pinang?

En. Osman: Adik saya Razak dan Abdul Rahman. Razak bekerja di beberapa tempat termasuk di
pelabuhan tapi akhirnya telah menyertai kaunsel. Abdul Rahman pula bekerja kedai kopi
Tenggelebbai Sinta sebagai pembantu kemudian menjual daging di pasar Chowrasta.

Penyelidik: Adakah kita dipaksa British ke Pulau Pinang?

Lampiran 4 7/8
En. Osman: Kita tidak dipaksa, British isytihar bahawa di sini ada peluang pekerjaa n selepas tahun
1885. Masa ramai orang India dibawa agen yang nak pergi ke Malaya untuk menjadi buruh. Jadi,
pihak British akan pilih dengan berjabat tangan. Kalau kasar boleh naik kapal sebagai satu cara
untuk memilih buruh yang layak dan boleh buat kerja.

Penyelidik: Bilakah tuna berkahwin?

En. Osman: tahun 1956 di Pulau Pinang

Penyelidik: Isteri tuan berasal dari mana?

En. Osman: Isteri saya berasal dari Alor Star Kedah. Setelah bapa dia meninggal keluarganya telah
berpindah ke Pulau Pinang.

Penyelidik: Bagaimana kita dipanggil di Pulau Pinang?

En. Osman: Apabila kita sampai di Pulau Pinang maka akan ditanya datang dari mana? Orang
Melayu susah nak sebut Kadayanallur, jadi orang kita biasa sebut dari Tenkasi. Perkataan Tenkasi
inilah bertukar menjadi Tengaji dalam kalangan orang Melayu.

Penyelidik: Bagaimana pula tuan mendapat kerja?

En. Osman: Saya dah mula cari kerja pada hari pertama saya sampai di Pulau Pinang. Saya pergi
jumpa dengan orang kita bekerja sebagai seorang pion di kaunsel dan saya bagi tahu nak kerja. Dia
Tanya ada passport. Saya kata saya ada dan baru sampai hari ini. kemudian saya dapat kerja pada
hari berikut dan diminta melapor diri di kampung Java. Masa itu mana saya tahu mana kampung
Java.

Masa itu kebanyakan orang kita tidur di persatuan. Isteri dan anak-anak tidur dalam bilik mana kita
(kaum lelaki) nak tidur. Ada yang tidur di koridor. Oleh itu, ramai orang lelaki tidur di persatuan-
persatuan.

Penyelidik: Selepas kahwin tuan duduk di mana?

En. Osman: Mula saya duduk di Kedah road, kemudian di Yahudi Road, Lorong Selamat,
kemudian Sungai Pinang seterusnya di Kampung Rawa selepas itu di Jalan Syeikh Yusof (rumah
Panjang),kemudian di Payah Terebong dan akhir sekali di sini (Relau)

Penyelidik: Setakat ini sahaja soalan saya dan saya ucapkan ribuan terima kasih atas maklumat
tuan berikan.

Lampiran 4 8/8
Lampiran Lima

SOALAN TEMU BUAL

Soalan-soalan berikut telah dikemukakan oleh penyelidik kepada informan-informan


dalam sesi temu bual. Soalan-soalan temu bual ini disusun mengikut kategori,tema dan
aspek yang dikaji.

Aspek: Penghijrahan

1. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur berhijrah dari Kadayanallur ke Pulau Pinang sejak
tahun 1880-an dan encik adalah salah seorang anggota komuniti ini yang telah berhijrah ke
Pulau Pinang. Di manakah anda dilahirkan di India? Bilakah anda berhijrah ke Pulau
Pinang? Berapakah umur anda ketika berhijrah ke Pulau Pinang? Apakah yang
menyebabkan anda berhijrah dari Kadayanallur ke Pulau Pinang? Bagaimana keadaan
Kadayanallur semasa anda berhijrah ke Pulau Pinang? Adakah anda berhijrah seorang diri
atau bersama keluarga? Sebelum berhijrah ke Pulau Pinang, apakah pekerjaan anda di
Kadayanallur? Berapa ramaikah anggota keluarga anda di Kadayanallur? Bagaimanakah
anda berhijrah dari Kadayanallur ke Pulau Pinang? Adakah terdapat anggota keluarga atau
sanak saudara anda berada di Pulau Pinang sebelum anda berhijrah? Selepas sampai di
Pulau Pinang, di manakah anda tinggal? Apakah pekerjaan yang anda lakukan di Pulau
Pinang pada peringkat awal selepas sampai di Pulau Pinang? Bilakah komuniti Tamil
Muslim mula berhijrah ke Pulau Pinang? Mengikut tradisi, apakah nama keluarga
komuniti ini yang paling awal berhijrah ke Pulau Pinang.

Aspek: Petempatan Awal

2. Dari aspek petempatan komuniti Tami Muslim Kadayanallur, komuniti ini telah
memulakan petempatan berpusat dan berkelompok sekitar bandar George Town. Ekoran
daripada itu, encik didapati mempunyai pengalaman tinggal di petempatan-petempatan ini.
Di manakah komuniti Tamil Muslim Kadayanallur tinggal pada peringkat awal selepas
berhijrah? Bilakah mereka berhijrah ke Pulau Pinang? Di manakah anda dilahirkan dan
membesar? Di manakah ibu bapa anda dilahirkan? Di manakah mereka tinggal di peringkat
awal? Apakah keadaan rumah yang anda tinggal pada masa itu? Adakah anda tinggal di
sebuah rumah atau bilik? Berapakah sewa setiap bilik? Berapakah bilangan keluarga yang
tinggal dalam satu-satu masa? Mengapa rumah-rumah yang disewa ini dipanggil sebagai
kaṭai? Bolehkah encik sebutkan nama dan bilangan kaṭai yang didiami oleh komuniti kita?
Mengapa komuniti kita tidak tinggal di rumah sendiri? Apakah yang menyebabkan
individu komuniti kita mula memiliki rumah sendiri? Bilakah komuniti kita tidak lagi
mengamalkan trend petempatan secara berkelompok?

Lampiran 5 1/6
Aspek: Kegiatan Ekonomi

3. Dari aspek kegiatan ekonomi dan pekerjaan, anggota komuniti Tamil Muslim
Kadayanallur terlibat dalam sektor perburuhan pada peringkat awal sebelum beralih ke
sektor lain secara perlahan. Encik dan keluarga encik didapati mempunyai pengalaman
dalam kegiatan ekonomi peringkat awal. Oleh yang demikian saya ingin menyoal
perkara-perkara berikut: Apakah pekerjaan anggota komuniti ini pada peringkat awal
penempatan mereka di Pulau Pinang? Apakah pekerjaan bapa anda? Apakah
pekerjaan ibu anda? Apakah pekerjaan utama kaum lelaki komuniti ini pada peringkat
awal penempatan? Apakah pekerjaan kaum wanita komuniti ini pada awal tahun 1900-
an. Bagaimanakah kaum wanita membantu kaum lelaki dari segi ekonomi? Berapakah
jumlah upah atau gaji yang diperoleh oleh anggota komuniti ini yang bekerja sebagai
buruh atau kuli?Apakah pekerjaan anda ketika anda masih muda? Adakah terdapat
hubungan komuniti ini dengan orang Malabar pada peringkat awal? Bilakah komuniti
kita mula terlibat dalam perniagaan di pasar Chowrasta? Siapakah individu yang
terlibat pada peringkat awal sebagi peniaga sebelum Perang Dunia Kedua? Siapakah
individu profesional awal sekitar tahun 1950-an dan 1960-an dalam komuniti ini?

Aspek: Pendidikan: I. Pendidikan Arab

2. Dalam aspek perkembangan pendidikan komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di


Pulau Pinang, komuniti ini terlibat dalam pendidikan Arab (agama) sejak penempatan
mereka. Didapati encik /tuan terlibat secara langsung sebagai pelajar yang mengikuti
pengajian al-Quran di madrasah dan persatuan berpusatkan kaum kerabat. Jadi,
berdasarkan pengalaman anda saya ingin menyoal perkara-perkara berikut: Apakah
nama madrasah yang anda hadiri ketika zaman kanak-kanak anda? Bilakah anda
belajar di madrasah atau persatuan berpusatkan kaum kerabat? Berapa tahun anda
belajar di madrasah ini? Berapakah jumlah anggota komuniti ini yang belajar di
madarasah ini? Siapakah yang mengendalikan madrasah ini? Apakah mata pelajaran
yang anda pelajari di madrasah ini? Apakah ilmu agama dan kemahiran yang anda
peroleh hasil pembelajaran di madrasah ini? Adakah anda masih menggunakan ilmu
agama dan kemahiran yang anda pelajari di madrasah ini kini dalam kehidupan
harian? Siapakah tokoh-tokoh agama dalam kalangan komuniti ini yang pernah belajar
di madrasah ini? Apakah yang mereka lakukan selepas tamat pengajian di madrasah
ini? Bilakah madrasah ini ditutup dan kenapa?`

Lampiran 5 2/6
Aspek: Pendidikan: II.Pendidikan Tamil

5. Dalam aspek pendidikan Tamil, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur telah


menyediakan prasarana pendidikan Tamil melalui kelas-kelas bahasa Tamil dan
penubuhan sekolah-sekolah Tamil seperti Sekolah Tamil United Muslim Association
,Sekolah Tamil Anjuman Kalvi Padasalai dan Sekolah Tamil dan Sekolah Tamil
Tenkasi Muslim di George Town, Pulau Pinang. Berdasarkan pengalaman tuan
sebagai bekas pelajar/guru di sekolah ini saya ingin mendapatakan maklumat
berdasarkan soalan-soaln berikut: Pada tahun berapakah sekolah ini ditubuhkan?
Adakah sekolah ini mendapat bantuan kerajaan atau tidak? Bilakah anda mula belajar
di sekolah ini? Berapakah jumlah pelajar di setiap kelas di sekolah ini?Apakah mata
pelajaran yang anda pelajari di sekolah ini? Siapakah antara guru-guru awal yang
mengajar anda di sekolah ini? Berapa sesi persekolahan yang anda ikuti di sekolah
ini? Sehingga darjah berapa anda belajar di sekolah ini? Selepas tamat persekolahan di
sekolah ini adakah anda lanjutkan pelajaran di sekolah lain? Adakah terdapat
perpustakaan di sekolah ini pada tahun 1940-an sehingga 1960-an ? Adakah mata
pelajaran bahasa Inggeris diajar di sekolah ini pada tahun 1940-an dan 1950-an?
Apakah jenis pekerjaan anda peroleh sebagai lepasan sekolah Tamil? Bagaimana
pihak pengurusan persatuan mengatasi masalah kekurangan pelajar di sekolah Tamil
ini? Bilakah sekolah Tamil ini ditutup? Kenapa sekolah Tamil ini ditutup? Apakah
manfaat yang anda peroleh hasil daripada pengalaman belajar di sekolah Tamil?
Apakah kegiatan yang dilakukan oleh bekas-bekas pelajar sekolah Tamil?

Aspek: Persatuan Berpusatkan Kaum Kerabat

6. Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang menubuhkan persatuan


berpusatkan kaum kerabat yang merangkumi Persatuan Muslim Bersatu (UMA),
Persatuan Anjuman Himayathul Islam, Persatuan Hidayathul Islam (PHI), Persatuan
Muslim Kadayanallur (PMK) dan Persatuan Nurul Islam (PNI). Sebagai pemimpin
komuniti dan persatuan ini, saya ingin memperoleh maklumat berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman anda berpandukan soalan-soalan berikut: Apakah
pengalaman anda dalam persatuan berpusatkan kaum kerabat ini?(Seterusnya akan
disebut sebagai persatuan) Bilakah komuniti ini mula menubuhkan persatuan? Apakah
persatuan yang paling awal ditubukan? Mengapa komuniti perlu menubuhkan
persatuan? Apakah asas utama penubuhan persatuan-persatuan ini dalam kalangan
komuniti ini? Mengapa komuniti minoriti ini mempunyai sehingga lima persatuan di
George Town? Apakah elemen yang membezakan persatuan-persatuan ini?Apakah
yang dimaksudkan dengan perkataan kaṭci? Bagaimana perasaan sentimen kaṭci
berkembang dalam komuniti ini? Apakah aktiviti awal persatuan yang anda terlibat
sebagai pemimpin? Bagaimanakah persatuan-persatuan ini membantu komuniti ini?
Apakah sumbangan utama persatuan anda kepada komuniti ini dan komuniti lain?

Lampiran 5 3/6
Aspek: Budaya Pengamalan Nama Keluarga dan Rangkaian Kekeluargaan

7. Dalam aspek pengamalan nama keluarga, komuniti Tamil Muslim Kadayanallur


mewarisi budaya ini dan terus berkembang sebagai sebuah komunit bersifat endogami
di Pulau Pinang. Sebagai anggota komuniti ini yang terlibat dalam aktiviti
kemasyarakatan secara langsung. Jadi saya ingin mendapatkan maklumat mengenai
pengamalan nama keluarga ini. Boleh saya tahu apakah nama keluarga anda?
Mengapa komuniti ini mengamalkan nama keluarga? Dari mana asalnya nama
keluarga ini? Adakah terdapat perbezaan antara nama keluarga komuniti ini dengan
komuniti Tamil Muslim lain? Bagaimanakah komuniti ini mengekalkan rangkaian
kekeluargaan dan nama keluarga? Adakah muncul nama keluarga baru di Pulau
Pinang dalam kalangan komuniti ini pada peringkat awal? Boleh anda sebutkan
nama-nama keluarga yang yang terdiri dalam kalangan mēlakkaṭci, kilakkaṭci dan
tankalkaṭci? Boleh anggota komuniti ini berkahwin sesama pasangan dari keluarga
yang sama?

Aspek: Budaya Nyanyian Bait dan Kegiatan Muzik dan Kugiran

8. Dalam aspek pengamalan budaya tradisi nyanyian bait dan kegiatan muzik melalui
penubuhan kugiran sudah lama diamalkan oleh komuniti Tamil Muslim Kadayanallur
di Pulau Pinang. Apakah yang dimaksudkan dengan nyanyian bait dalam komuniti
ini? Adakah nyanyian ini warisan dari Kadayanallur yang diteruskan di Pulau
Pinanag? Mengapa nyanyian bait diteruskan? Bilakah nyanyian bait akan
dipersembahkan? Siapakah yang menulis teks-teks bait yang dinyanyikan? Apakah
pihak yang terlibat dalam melaksanakan tradisi nyanyian bait? Dari segi kegiatan
muzik, bilakah kegiatan muzik dalam bentuk kugiran mula diceburi oleh anggota
komuniti ini? Boleh anda nyatakan individu awal yang terlibat dalam kegiatan ini?
Apakah nama kumpulan kugiran peringkat awal dalam kalangan komuniti ini?
Bagaimana kumpulan kugiran mendapat sokongan dari segi kewangan dan perlalatan
muzik? Apakah jenis lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan kugiran ini? Di manakah
persembahan kugiran diadakah dalam komuniti ini?Adakah anggota komuniti lain
turut serta dalam kugiran komuniti ini? Adakah semua persatuan berpusatkan kaum
kerabat mempunyai kugiran masing-masing? Mengapa kegiatan muzik berbentuk
kugiran dalam komuniti ini tidak berkembang kini?

Lampiran 5 4/6
Aspek: Amalan berasaskan sufisme: Ziarah keramat, Maulid dan ilmu Wafaq.

9. Dalam aspek pengamalan agama warisan sufisme yang melibatkan ziarah keramat,
maulid dan wafaq (penggunaan azimat), komuniti Tamil Muslim terbabit secara
langsung dan mempunyai pautan yang rapat. Amalan ini menjadi tradisi agama
komuniti ini. Oleh yang demikian, saya perlukan maklumat daripada pihak tuan
mengenai hal ini berdasarkan soalan-soalan yang saya akan ajukan.

I. Amalan Ziarah Keramat: Nagore Dargah dan Keramat Dato Koyah.

Siapakah yang dikebumikan dalam keramat ini? (Nagore dargah, Lebuh Chulia dan
Keramat Dato Koyah) Adakah keberkatan yang sama dengan di Nagore, India
diperoleh di sini ? Apakah aktiviti yang biasa berlaku di dalam dargah? Bagaimana
proses bernazar di dargah? Adakah sama dengan Nagore Dargah di India? Adakah
objek-objek tertentu seperti model-model bahagian badan dan sebagainya dibawa
sebagai pemberian dan kerana mencari penyelesaian bagi masala tersebut? Adakah
orang-orang yang mempunyai masalah-masalah kesihatan, sakit jiwa dan gangguan
makhluk halus dirawat dargah? Berkenaan dengan urs atau kanthoori, bilakah
upacara ini diraikan setiap tahun di Nagore Dargah dan di sini? Adakah selari dengan
Nagore Dargah di India? Apakah biasa dilakukan semasa kanthoori? Adakah proses
santanakuddu dilakukakn sama seperti di India? Siapakah yang menaungi Nagore
Dargah ini kini? Siapakah yang sering menziarahi keramat ini? Bilakan penziarah
kerap mengunjung atau menziarah dargah? Apakah bentuk pemberian/hadiah atau
sedekah yang diberi oleh penziarah? Apakah mereka lakukan semasa menziarahi
keramat ini? Apakah bentuk penyelesaian atau pertolongan yang lazimnya dicari oleh
para penziarah? Apa pandangan anda tentang perbuatan bertawassul? Adakah
penziarah keramat ini mempunyai pengetahuan tentang konsep tawassul? Mengapa
orang yang bernazar di keramat ini menamakan anak mereka dengan nama wali Allah
yang dimakamkan di keramat ini?

II. Amalan Maulid

Mengapa komuniti ini mengamalakan maulid? Bagaimana bacaan maulid dalam


kalangan komuniti ini bermula? Siapakah yang dikatakan mengikut tradisi komuniti
ini yang memulakan amalan maulid di India Selatan? Apakah majils-majlis yang
sering dibacakan maulid dalam kalangan komuniti ini? Mengapa maulid untuk syeik
sufi dibacakan oleh komuniti ini semasa menyambut hari mempringati syeikh atau
kanthoori? Apakah jenis kitab maulid yang digunakan oleh komuniti ini? Apakah
perbezaan amalan maulid ini Tamil Muslim dengan komuniti Melayu di Pulau
Pinang?

Lampiran 5 5/6
III. Wafaq

Mengapa azimat (wafaq) dan tangkal dipakai oleh komuniti ini? Apakah yang ditulis
dalam azimat atau tangkal? Sebagai pengamal ilmu wafaq, apakah jenis kitab yang
anda rujuk untuk menyediakan azimat? Adakah anda menjual tangkal dan azimat ?
Apakah hukum menggunakan azimat dalam Islam? Apakah yang dimaksudkan
dengan angka 786? Mengapa komuniti ini menggunakan angka 786?

Lampiran 5 6/6
Lampiran Enam

Resit syarikat kepunyaan A.S. Mansoor salah seorang pemimpin komuniti Tamil Muslim
Kadayanallur, yang ditubuhkan pada tahun 1946, di Lebuh Tamil, pasar Chowrasta,
George Town, membuktikan penglibatan anggota komuniti ini dalam perniagaan dalam
tahun 1940-an.

Sumber: Fail Pentadbiran Persatuan Anjuman Himayathul Islam, Lebuh Chulia,


Pulau Pinang.

Lampiran 6 1/1
Lampiran Tujuh

Lampiran 7 1/3
Lampiran 7 2/3
Lampiran 7 3/3
Lampiran Lapan

Lampiran 8 1/2
Lampiran 8 2/2
Lampiran Sembilan

Kad Jemputan Kahwin Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur yang Mengandungi


Nama Keluarga

Sumber: Kad Kahwin ini dipeoleh daripada koleksi Encik Mohd Mydin bin Hamid.

Lampiran 9 1/1
Lampiran Sepuluh

Senarai Nama Keluarga Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur Pulau Pinang


Mengikut Tradis Pegangan Terhadap Katci.

1. Mēlakkaṭci

Bil Nama Keluarga Bil Nama Keluarga Bil Nama Keluarga


1 Āmaracaṉ 16 Mīttinūppaṉ 31 Peruntarakaṉ.
2 Aṭaiyar 17 Mīyaṉ 32 Pulavaṉ cēlakkari
3 Āmalebbai 18 Muṭṭani 33 Cālāppalavai
4 Accikaṭṭi 19 Mamargahany 34 Cenkoṭaiyaṉ
5 Aṇṇavi 20 .Mūkkuppeṟi 35 Cēmirāṉ
6 Kattaiyan 21 Mūppaṉ 36 Cēvaraiyaṉ
7 Kalantar 22 Molimeli 37 Cēvu
8 Kassāli 23 Mamali 38 Tankappalḷacci
9 Katartarakaṉ. 24 Moṅkkaḻi 39 Umartarakaṉ
10 Koppuḷi 25 Naiṉār 40 Teṅkelappai
11 Koppulebbai 26 Naraiyaṉ 41 Uthuman Syed
12 Kōcalebbai 27 Navalebbai. 42 Vāvaṉar
13 Kummāli 28 Oṭṭai 43 Vikilan
14 Kunjimarikan. 29 Oraṭṭi
15 Māṭumuṭṭi 30 Paḷlaiyattan

2. Kilakkaṭci

Bil Nama Keluarga Bil Nama Keluarga Bil Nama Keluarga


1 Ātarlebbai. 11 Mēttaṉ 21 Cēṅvakan.
2 Avicāri 12 Moularan 22 Cēvuḷai.
3 Kambuḷi. 13 Munnalebbai 23 Cukkan
4 Kalaṅkāttan 14 Mupancaṭi. 24 Cōṉṉi
5 Karuppamuppaṉ 15 Nurmalli 25 Cēvanall
6 Kacci 16 Oṭṭaṉ. 26 Tēṇṭai
7 Kōttalai 17 Polavaṉ
8 Kolappana 18 Calai
9 Makkaṭṭi 19 Cēṅkar
10 Malitarkan 20 Cēppiḷḷai

Lampiran 10 1/2
Senarai Nama Keluarga Komuniti Tamil Muslim Kadayanallur Pulau Pinang
Mengikut Tradis Pegangan Terhadap Katci.

3. Taṅkaḷkaṭci

Bil Nama Keluarga Bil Nama Keluarga Bil Nama Keluarga

1 Inti 8 Caṇṭi 11 Cēntarakan,


2 Irasāli, 9 Celamalebbai 12 Taṭṭākkutiyaṉ
3 Karuttalebbai 10 Cemantarakaṉ 13 Tolaṉ,
4 Kirutarakaṉ 11 Cēnuṟu 14 Topi
5 Pattaṇi 12 Cēyaṉ 15

Sumber: Maklumat diperoleh daripada Sultan Arif bin Muhamad Mydin

Lampiran 10 2/2
Lampiran Sebelas

Gambar Foto Pembukaan Bangunan Baru UMA, 1934

Gambar foto pembukaan bangunan baru UMA di No. 202, Jalan Transfer,
George Town, Pulau Pinang pada tahun 1934. Para pemimpin, pengasas,
penyumbang kewangan dan ahli-ahli UMA bergambar beramai-beramai di
hadapan bangunan baru UMA.

Sumber: Gambar foto ini diperoleh daripada koleksi Encik M.K. Majeed

L ampiran 11 1/1
Lampiran Dua Belas

Surat Rasmi Perlantikan Pengurus Madrasa Anjuman Himayathul Islam yang


ditandatangan oleh S. Mohamed Shafee sebagai pemegang amanah asal bangunan Masjid
Mohamed Bee Bee pada 3 April 1963.

Sumber: Fail Pentadbiran Persatuan Anjuman Himayathul Islam, Lebuh Chulia, Pulau
Pinang

L ampiran 12 1/1
Lampiran Tiga Belas

Surat Permohonan Penutupan Sekolah Jenis Kebangssan Tamil Persatuan Muslim Bersatu
202, Jalan Transfer, George Town, Pulau Pinang pada tahun 1985 dari Jabatan Pelajaran
Pulau Pinang.

Sumber: Fail Pentadbiran Persatuan Muslim Bersatu (UMA), Pulau Pinang.

L ampiran 13 1/1
Lampiran Empat Belas

Surat Pengesahan Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam Kalvi Padasalai sebagai
Sekolah Bantuan Kerajaan atau grant-in-aid school kepada pengurus sekolah ini dari
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang yang bertarikh 19 Mei 1949.

Sumber: Fail Pentadbiran Persatuan Anjuman Himayathul Islam.Lebuh Chulia, George


Town, Pulau Pinang.

L ampiran 14 1/1
Lampiran Lima Belas
Lampiran Enam Belas

Senarai Keramat di Pulau Pinang Mengikut Kajian Abdul Kahar et.al.

Bil Nama Keramat Tahun Kewujudan Catatan


1 Keramat Tuah Sebelum 1786
2 Keramat Shaik Ismail Sebelum 1820 Tidak wujud lagi
3 Keramat Nagore 1801
4 Keramat Dato Koyah 1840
5 Makam Ma’mah 1850
6 Keramat Tuan Guru 1880
7 Keramat Panjang Tidak diketahui
8 Keramat Wali 1882
9 Keramat Serban Hijau Tidak diketahui
10 . Keramat Haji Hassan (1 1911
11 Keramat Haji Hassan (2 1880
12 Keramat yang tiada identiti Tidak diketahui
13 Keramat Haji Mohamed Salleh Sebelum 1786
14 Keramat Haji Mohamed Amin 1880
15 Keramat To’ Pakeh Tidak diketahui
16 Keramat Tok Haji Min Tidak diketahui

17 Keramat Pa’ Haji Ahmad Awal kurun ke-19


18 Keramat Sheikh Omar 1881
19 Keramat Haji Kari 1850
20 Keramat Lebai Sa’ad 1850
21 Keramat To’ Haji Abdullah 1850
22 Keramat To’ Salleh Tidak diketahui
23 Keramat Haji Mohamed Tidak diketahui
24 Keramat Tujoh Beradek Tidak diketahui

Sumber: Abdul Kahar bin Yusoff, Abu Bakar bin Shariff, Abdul Razak bin Mohamed
Sultan, Ahmad bin Kasmar, Joseph Casimer Fernandez, Suleiman bin Hassan &
Williams,W. (1974).Historical Survey of the Mosques and Kramats on Penang
Island. Latihan Ilmiah, Malayan Teachers’ College, Penang.
Lampiran Tujuh Belas

Senarai Penyumbang Kandhuri di Nagore Dargah, Lebuh Chulia, Pulau Pinang

NAGORE MOSQUE KHANDURI LIST

1. Hon’ble A.M. Abu Bakar


2. Madam Valliamal Kkthayan
3. S.M. Kader & Company
4. Kalapathu People
3. Malik Enterprise
4. Sampan Man
5. Sikkander Thandal
6. Money Changer and Jewellers.
7. Boat Men
8. Provisions Shop
9. M.A. Pitchay Gunny Sdn Bhd
10. Mohd Meera Sahb Sdn Bhd.
11. S.K. Mohamed Jaffr & Co.
12. Nagore & Naggapattinam Committee

MANAGING COMMITTEE

1. Haji S.M.I.Razak
2. Haji, Shaik Fareed Maricar
3. Haji, Hameed Maricar

Sumber: Papan Senarai Penyumbang Khanthuri Nagore Dargah yang dipaparkan


di Nagore Dargah, Lebuh Chulia, George Town, Pulau Pinang.
Lampiran Lapan Belas

Salasilah Syeikh Uthuman Lebbai Chisti, Kadayanallur, Tirunelveli, India. Salasilah beliau
dalam tarekat Qadiriah Chistiyah

Sumber: Ibrahim,S.A.(ed).(2009).Kadayanallur Musḷimkaḷ Warālaṟu. Kadayanallur:


Sirajumuṉīr Naṟpaṇi Maṉṟam, hlm. 950.

Anda mungkin juga menyukai