Anda di halaman 1dari 73

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016


Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

PROPOSAL

TAJUK
KEBERKESANAN MODUL KEROHANIAN PEMULIHAN
AKHLAK REMAJA DI BAITUL EHSAN DAERAH SABAK
BERNAM,SELANGOR.

NAMA
HASLINDA BINTI HJ MASIAN

NO MATRIK
MI133019

MASTER SARJANA FALSAFAH

NAMA PENYELIA
DR SULAIMAN SHAKIB BIN MOHAMAD NOOR

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

1
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

ABSTRAK :

Kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan modul kerohanian yang telah di
laksanakan di Baitul Ihsan dalam proses pemulihan akhlak remaja perempuan yang telah
terlanjur melakukan salahlaku seksual, akan tetapi mereka mengulangi perbuatan mereka
selepas mereka keluar dari pusat pemulihan tersebut. Kajian ini telah dibuat disalah
sebuah rumah perlindungan wanita di Daerah Sabak Bernam.Tujuan kajian ini dibuat
adalah untuk mengenalpasti persepsi dan minat pelatih terhadap modul kerohanian
pemulihan akhlak remaja di Baitul Ihsan. Seterusnya mengetahui tahap penghayatan
agama di kalangan pelatih ketika mengikuti modul kerohanian pemulihan di Baitul Ihsan.
Untuk mengenalpasti permasaalahan pelatih ketika melaksanakan modul kerohanian
pemulihan akhlak. Kajian ini dijalankan ke atas 200 orang remaja perempuan dengan
menggunakan kaedah soalselidik tentang keberkesanan modul kerohanian dalam proses
memulihkan masalah gejala salahlaku seksual.Pengkajian ini dilakukan melalui kajian
perpustakaan dan kajian lapangan melalui instrument soal selidik responden.Metod yang
digunakan adalah kaedah kuantitatif..Data-data yang diperolehi diperoses dengan
menggunakan perisisan berstatistik iaitu SPSS (Statistical Pakages for social Sciences).
Versi 17.0..Justeru di akhir kajian ini beberapa cadangan dikemukakan oleh pengkaji
untuk rujukan penyelidikan masa akan datang.
Kata kunci : remaja,masalah seksual,pemulihan,akhlak,kerohanian.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

2
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

3
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Kerangka Teori 11

1.9 Teori Konsep 11

1.10 Definisi Istilah 11

1.10.1 Keberkesanan

1.10.2 Modul

1.10.3 Kerohanian

1.10.4 Pemulihan

1.10.5 Akhlak

1.10.6 Remaja

1.10.7 Perempuan

1.10.8 Baitul Ehsan

1.11 Kesimpulan 14

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

4
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.1.1 Latar Belakang sejarah Baitul Ehsan 18

2.1.2 Visi dan Misi 20

2.1.3 Objektif Baitul Ehsan 21

2.1.4 Fungsi Bahagian Baitul Ehsan 22

2.1.5 Piagam Pelanggan 23

2.1.6 Perkhidmatan yang Disediakan 29

2.1.7 Keistimewaan 33

2.1.8 Disiplin 33

2.2.1 Tinjauan Pandangan Terhadap

Konsep Akhlak Islam 46

2.2.2 Kajian-kajian Lepas 48

2.3 Kesimpulan 54

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 55

3.2 Reka Bentuk Kajian 55

3.3 Kajian Perpustakaan 57

3.4 Kaedah Soal selidik 57

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

5
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
3,5 Tempat Kajian 58

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 58

3.5 Instrumen Kajian 58

Data Primer 59

3.5.1 Bahagian A 59

3.5.2 Skala Likert 61

3.5.3 Data Sekunder 62

3.6 Prosedur Kajian 62

3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan 63

3.8 Kajian Rintis 64

3.9 Kajian Sebenar 64

3.8 Analisa Data 64

3.9 Jangka Masa Kajian 65

3.10 Kesimpulan 65

BAB 4 ANALISA DATA

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

6
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

4.1 Pengenalan

4.2 Analisa Data ( Bahagian A)

4.2.1 Maklumat Umur Responden

4.2.2 Maklumat Jantina Responden

4.2.3 Maklumat Bangsa Responden

4.2.4 Maklumat Aliran Pendidikan Responden

4.2.5 Maklumat Bilangan Adik Beradik Responden

4.2.6 Maklumat Pekerjaan Ibu Bapa Responden

4.3 Analisa Data (Bahagian B)

4.3.1 Maklumat Mengenai persepsi dan minat pelatih

terhadap modul kerohanin akhlak

4.3.2 Maklumat Mengenai Menganal Pasti

Keberkesanan Serta Penghayatan Program

Pengisian Yang Dijalankan Untuk Remaja

Berkenaan.

4.3.3 Maklumat mengenai permasaalahan pelatih mengikuti

modul kerohanian pemulihan akhlak

4.4 Kesimpulan

BAB 5 PERBINCANGAN,RUMUSAN DAA CADANGAN


5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Latar Belakang Responden

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

7
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
5.2.2 Mengenal Pasti
Keberkesanan Serta Penghayatan Program
Kerohanian Yang Dijalankan Untuk Remaja
Berkenaan.

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Penutup

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN
Borang Soal Selidik
Surat Perakuan Fakulti Untuk Menjalankan Kajian.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

8
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

KEBERKESANAN MODUL KEROHANIAN

PEMULIHAN AKHLAK REMAJA

DI BAITUL EHSAN DAERAH SABAK BERNAM.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Remaja merupakan sebahagian besar daripada jumlah penduduk Malaysia dan

merupakan komponen penduduk yang utama di Malaysia. Ini kerana terdapat kira-kira

5.1 juta orang penduduk di Malaysia berada dalam lingkungan umur 10 hingga 19 tahun.

Ini menghampiri kepada satu pertiga (1/3) daripada populasi penduduk Malaysia yang

mana ianya adalah satu anugerah (demographic bonus) kepada negara kerana dengan

jumlah tenaga muda yang sebegini besar mempunyai potensi untuk dibentuk dan dididik

menjadi penduduk yang berkualiti bagi kemajuan negara pada masa depan

(Shahrizat,2005)

Masyarakat Malaysia khasnya yang remaja banyak terlibat dengan gejala sosial

,seperti ketagihan dadah,merempet,merompak,menyamun,salahlaku seksual,sek

rambang,derhaka kepada kedua ibubapa,melepak, ponteng sekolah dan banyak lagi

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

9
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
jenayah yang mereka lakukan.Dengan kata lain remaja ini perlu didekati agar wujud

keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap ibubapa dan guru.Oleh yang demikian

perubahan sikap dari negative kepada sikap positif memakan masa yang lama dan

penerapan program-program seperti kursus motivasi,sesi kaunseling,program

kepimpinan,aktiviti kokurikulum dan lain-lain lagi dapat membentuk personality

individu.Keberkesanan program perlu dipantau dan dikaji selalu agar kumpulan sasaran

menerima faedahnya.(Khalim Zainal 2010)

Mencegah lebih baik daripada mengubati inilah istilah yang telah acap kali

disebut agar semua anggota masyarakat sedar dan bersama-sama mencegah perilaku

akhlak remaja yang melampaui batas.Antara usaha kerajaan menangani masalah ini,ialah

dengan membina rumah-rumah perlindungan remaja,khasnya remaja perempuan yang

telah keterlanjuran melakukan zina.Mereka yang terlanjur ini akan di baik pulih akhlak

mereka agar menjadi manusia yang beriman setelah mereka bertaubat diatas perlakuan

mereka yang menyalahi hukum Allah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kegiatan jenayah salahlaku seksual berlaku hampir setiap hari telah memberi

kesan kepada fizikal mental, emosi dan spiritual masyarakat Malaysia. Masalah tersebut

sentiasa dibicarakan hampir setiap masa. Remaja mengandung luar nikah semakin

mengancam keharmonian masyarakat, semakin banyak ditegur, dipapar dan disiarkan

gambar-gambar bayi yang dibuang seperti sampah oleh pelaku tidak bermoral itu, serta

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

10
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
semakin bertambah pula bilangan bayi-bayi yang dibuang. 1 Ini amat membimbangkan

kepada masyarakat kita.

Selain itu, jenayah yang membabitkan kes khalwat masih mencatatkan angka

tertinggi di antara kesalahan utama jenayah syariah direkodkan Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS) pada 2011 iaitu sebanyak 1,734 kes. 2 Tambahan lagi, terdapat banyak

masalah sosial lain yang membabitkan remaja seperti minum arak, penyalahgunaan

dadah, lari dari rumah dan sebagainya. Keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi

muda jika tidak dibendung dan diawasi akan melahirkan generasi yang tidak bermoral

dan mempunyai masa depan yang gelap. Oleh itu, tindakan atau langkah-langkah yang

sistematik perlu dilakukan bagi membendung masalah ini.

Faktor kerapuhan institusi keluarga merupakan faktor utama yang menyebabkan

remaja terjebak dalam gejala sosial dan salah laku ini. Kesibukan kerja dan kurangnya

kawalan daripada ibu bapa menyebabkan mereka menjadi semakin liar dan tidak dapat

dibendung. Oleh itu, mereka dengan mudah melakukan kesilapan dalam memilih rakan-

rakan.

Sehubungan itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk membentuk sahsiah dan

mengurangkan masalah sosial yang melanda masyarakat kini. Ibu bapa memainkan

peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan yang

terkawal seperti memantau pergerakan mereka supaya tidak terpengaruh dengan perkara-

1 http://www.utusan.com.my/ (9 oktober 2012)

2 http://www.sinarharian.com.my/ (9 oktober 2012)

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

11
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
perkara negatif dan mendidik mereka dengan ilmu agama serta tunjuk ajar yang baik.

Selain itu, pemilihan rakan yang baik juga mempengaruhi tingkah laku mereka supaya

tidak terjebak dalam masalah salah laku ini.

Di samping itu, kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) juga memainkan

peranan yang penting bagi memulihkan remaja yang terlibat dalam masalah sosial ini.

Pelbagai institusi pemulihan dan pusat perlindungan ditubuhkan untuk mengubati mereka

yang mempunyai masalah sosial. Antara institusi yang ditubuhkan ialah Raudatus

Sakinah dan Bela Insan yang terletak di Kuala Lumpur,Darul Islah di Sg.Air Tawar

Sabak Bernam , serta Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan Rumah Ikhtiar yang

terletak di Selangor.

Kewujudan institusi pemulihan akhlak dilihat dapat memperbaiki masalah sosial

dan salah laku remaja. Pelbagai program dilaksanakan bagi membentuk dan membimbing

remaja-remaja yang bermasalah seperti program keagamaan, program bimbingan dan

kaunseling, program kemahiran vokasional, program pendidikan akhlak, pertanian dan

riadah. Setiap program yang dilaksanakan mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri

dalam proses pemulihan remaja supaya dapat memperbaiki akhlak mereka.

Salah satu institusi yang ditubuhkan adalah Pusat Perlindungan Wanita Baitul

Ehsan yang terletak di Sabak Bernam Selangor. Pusat perlindungan ini memainkan

peranan yang sangat penting untuk memulihkan wanita-wanita yang bermasalah di

samping membawa mereka ke arah yang lebih baik. Hal ini kerana boleh dikatakan setiap

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

12
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
hari kita mendengar tentang kes-kes yang tidak bermoral oleh wanita-wanita di Malaysia

seperti berkhalwat, berzina sehingga melahirkan anak luar nikah, pembuangan bayi,

rogol, penderaan serta masalah-masalah yang lain. Oleh itu, adalah sangat penting bagi

mereka untuk melaksanakan pelbagai program yang dapat membimbing wanita-wanita

yang bermasalah ini supaya kembali ke pangkal jalan.

Peranan yang dimainkan oleh pusat-pusat pemulihan mempengaruhi sikap wanita

yang bermasalah untuk berubah iaitu program-program yang dilaksanakan perlulah

mempunyai unsur motivasi serta mampu memberikan impak yang baik dalam diri remaja

dan wanita supaya mereka sedar akan kesilapan yang pernah mereka lakukan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menjelaskan keberkesanan

pemulihan akhlak di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dalam program pemulihan

wanita-wanita bermasalah. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan

pemulihan akhlak wanita yang dilaksanakan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan

serta untuk mengetahui persepsi atau pandangan pelatih-pelatih wanita di pusat

perlindungan tersebut terhadap program yang dijalankan.

1.3 Pernyataan Masalah

Pusat-pusat pemulihan akhlak telah banyak dibina di Malaysia oleh pihak

berwajib.Fungsi pusat ini adalah untuk memulihkan akhlak remaja yang rosak akhlak

mereka. Antaranya Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam. Antara

salahlaku yang telah meraka lakukan adalah seperti ,mengandung anak luar nikah, lari

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

13
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
dari rumah, perintah mahkamah dan sukarela. Dengan adanya pusat ini sekurang-

kurangnya dapat membimbing remaja kepada jalan yang benar dan diredhoi, menginsafi

salahlaku yang telah mereka lakukan dan bertaubat di atas salahlaku yang pernah mereka

lakukan.

Dengan fenomena ini pengkaji ingin mengkaji apakah modul kerohanian yang

dijalankan di Baitul Ehsan benar-benar memberi kesan yang baik terhadap remaja ini.?

Selepas mereka keluar daripada pusat ini, adakah remaja ini benar-benar mengamalkan

apa yang mereka pelajari?

Oleh itu, beberapa institusi dan pusat perlindungan telah diwujudkan beserta

dengan program-program dan modul-modul yang sistematik. Namun, masalahnya kini,

peratus golongan wanita yang terjerumus dalam gejala sosial terus meningkat. Situasi ini

memperlihatkan kepada kita perlunya satu pendekatan yang sistematik atau kaedah yang

difikirkan lebih sesuai dalam menanganinya.

Berdasarkan program-program yang dijalankan di Pusat Perlindungan Wanita

Baitul Ehsan, didapati banyak program dan aktiviti pemulihan yang telah dilaksanakan

dalam usaha untuk membantu mereka yang terlibat ini kembali ke pangkal jalan.

Program-program yang sedia ada termasuklah bimbingan dan kaunseling, aktiviti

keagamaan, latihan vokasional, pertanian dan rekreasi. Hal ini kerana, pusat perlindungan

wanita memainkan peranan yang sangat penting untuk memulihkan wanita yang

bermasalah.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

14
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan Pusat

Perlindungan Wanita Baitul Ehsan ini dalam memulihkan wanita-wanita bermasalah. Di

samping itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui latar belakang Pusat Perlindungan

Wanita Baitul Ehsan serta untuk mengetahui apakah persepsi-persepsi pelatih pusat

perlindungan tersebut terhadap program yang dilaksanakan.

Secara umumnya,kajian ini di buat adalah untuk memulihkan para remaja yang
terlanjur dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah dibentangkan nanti,masalah ini
dapat dibendung dan remaja itu akan berusaha memperbaiki dirinya yang telah
melakukan dosa .Remaja kini terlalu bebas melakukan salahlaku seksual tanpa rasa segan
silu.Jika perlakuan ini dibiarkan akan bertambahlah kelahiran anak luar nikah.Media
masa elektronik mendedahkan terlalu banyak masalah ini.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

15
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan latarbelakang masalah yang dinyatakan,kajian ini akan memberikan

tumpuan secara keseluruhanya kepada perkara-perkara berikut :

1.4.1 Untuk mengenalpasti persepsi dan minat pelatih terhadap modul

kerohanian pemulihan akhlak di Baitul Ehsan.

1.4.2 Untuk mengetahui tahap penghayatan agama di kalangan pelatih ketika

mengikuti modul kerohanian pemulihan di Baitul Ehsan

1.4.2 Untuk mengenalpasti permasaalahan pelatih ketika melaksanakan modul


kerohanian pemulihan akhlak di Baitul Ehsan.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah persepsi dan minat pelatih terhadap modul kerohanian pemulihan

akhlak di Baitul Ehsan?

1.5.2 Bagaimanakah tahap penghayatan agama di kalangan para pelatih ketika

mengikuti modul kerohanian pemulihan?

1.5.3 Apakah permasaalahan pelatih ketika melaksanakan modul kerohanian di


Baitul Ehsan?

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

16
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

1.6 Kepentingan Kajian

Adapun penyelidikan atau kajian ini mempunyai beberapa kepentingan yang antara lain

adalah :

1.6.1 Kepentingan kepada pelatih

Kajian ini penting sebagai statistik untuk mengetahui tahap pengetahuan agama dalam

kalangan pelatih.Melalui cara ini,masalah “buta Ilmu Agama”akan dapat ditangani lebih

berkesan kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan statistic yang didapati melalui

peperiksaan bertulis dan ujian amali pelatih.

1.6.2 Kepentingan kepada masyarakat.

Penyelidikan ini dilihat dapat membuka mata masyarakat tentang kewujudan Pusat

Perlindungan Wanita Baitul Ehsan ini serta mereka dapat mengetahui peranan dan

kepentingan pusat perlindungan wanita ini untuk memulihkan dan memperbaiki akhlak

wanita dan remaja yang terlibat dalam masalah sosial.

1.6.3 Kepentingan kepada ibubapa./penjaga

Selain itu, kajian ini dapat membantu para ibu bapa mendapatkan tempat yang sesuai

untuk menempatkan anak mereka yang terlibat dalam masalah sosial dan salah laku bagi

mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

17
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

1.6.4 Kepentingan kepada komuniti.

Ia juga dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan program-program yang

dilaksanakan di pusat perlindungan ini. Mereka dapat mengetahui sejauhmana

keberkesanan program-program yang dijalankan dalam proses pemulihan wanita-wanita

yang bermasalah.

1.6.5 Kepentingan kepada kerajaan dan pihak berwajib.

Kajian ini juga mampu memberi manfaat yang berguna kepada pihak kerajaan atau

organisasi yang terlibat dalam merencanakan program-program di pusat perlindungan

tersebut untuk memantapkan dan memperbaiki kekurangan yang ada terhadap program-

program yang sedia ada. Ini kerana, program-program yang dilaksanakan perlulah

mendapat maklum balas daripada pelatih pusat perlindungan tersebut sama ada maklum

balas yang positif atau negatif. Perkara ini sangat penting supaya pihak yang terlibat

dapat menggunakannya sebagai garis panduan untuk memperbaiki kualiti program yang

sedia ada di pusat perlindungan tersebut.

1.7 Skop Kajian (Batasan Kajian )

Menurut Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long,skop kajian dapat dibahagikan

kepada tiga iaitu skop masa,skop tempat dan skop kajian.Dari sudut masa,penyelidik

menjalankan kajian ini dari tahun 2013,2014,2015 dan 2016.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

18
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Manakala skop tempat pengkaji telah memilih Pusat Perlindungan Wanita

Baitul Ehsan di Daerah Sabak Bernam sebagai tempat kajian.Dilihat dari skop subjek

kajian,penyelidik melakukan kajian terhadap pelatih-pelatih Pusat Pemulihan Akhlak

Wanita di Baitul Ehsan Daerah Sabak Bernam yang terdiri daripada kategori perintah

mahkamah dan sukarela. Kakitangan pusat ini juga turut menjadi responden untuk kajian

ini.

1.8 Kerangka Teori

Kerangka teori kajian atau theoretical framework bermaksud; satu set gambar

rajah yang memandu kepada proses penyelidikan yang menghubungkan antara beberapa

idea dan komponen penyelidikan serta mencakupi aliran teori kajian yang digunakan

termasuklah persoalan kajian,tinjauan literature dan metodologi kajian (Sufean

Hussin,1995:12)

Kajian ini telah menggunakan teori model Konteks, Input, Proses dan Produk

(CIPP) yang direka bentuk oleh Daniel L. Stufflebeam dan Anthony J.Shinkfield (2007),

ia memfokuskan kepada penilaiaan berorientasikan pembaikan ( improvement oriented

evaluation)yang bertujuan untuk membuat keputusan (decision making) terhadap sesuatu

kursus atau program pendidikan (Daniel L.Stufflebeam dan Anthony J.Shinkfield,2007 :

329)

Secara ringkasnya,melalui teori model CIPP,proses keberkesanan sesuatu kursus

dimulai dengan agensi pengawalan yang mengoperasikan system (kursus atau program)

kemudian diikuti oleh keberkesanan pada tahap pertama iaitu menilai keberkesanan

Konteks (kandungan)modul kerohanian pemulihan dengan menetapkan matlamat-

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

19
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
matlamat kurikulum yang disasarkan. Seterusnya tahap kedua ialah menilai keberkesanan

Input yang memfokuskan kepada aspek persepsi dan minat pelatih terhadap modul

kerohanian pemulihan akhlak dan peranan persekitaran Baitul Ehsan.Selepas itu diikuti

ke tahap ketiga iaitu keberkesanan Proses yang memfokuskan kepada penggunaan

strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di samping mengenalpasti

permasalahan-permasalahan yang menghalang keberkesanan modul yang boleh

menggagalkan komponen-komponen yang terdapat dalam dimensi Konteks dan

Input.Akhir sekali ialah keberkesanan Produk yang memfokuskan kepada hasil

pencapaian produk modul dari aspek pemikiran,sikap dan tigkah laku dalam kalangan

pelatih di Baitul Ehsan.

Menurut Azizi Yahaya (t.t), tujuan utama mengesan keberkesanan menggunakan

model CIPP adalah untuk (Azizi Yahaya et.al,t.t: 7)

1. Mengaitkan matlamat konteks,input dan proses dengan hasil program.

2. Menentukan kesesuaian persekitran dalam membantu pencapaian

matlamat dan objektif program.

3. Memperbaiki sesuatu program dan bukan menjurus untuk membuktikan

akan sesuatu kebenaran.

4. Memperbaiki perjalanan sesuatu pogram.

5. Menekankan keberkesanan dan pengawalan kualiti sesuatu program yang

sedang berjalan.

Secara asasnya,kerangka teori bagi kajian ini adalah seperti yang

dinyatakan dalam rajah 1.4 berikut

Rajah 1.4 : Aliran Asasi Bagi Model CIPP Yang Telah Diubahsuai

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

20
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Sistem Operasi Umum

Penilaian Formatif

Konteks Input Proses Produk

Ite Ite Ite


Ite

Keputusan

Gugurkan Teruskan Penambahbaikan

Sumber : Daniel L. Stufflebeam dan Anthony J .Shinkfield (2007),Evoluation Theory,


Models & Applications,SanFrancisco: Jossey-Bass : 327 & 348

Memandangkan kerangka teori di atas sekadar memaparkan reka bentuk yang

asasi sahaja maka ia perlu diubah suai mengikut kesesuaian dengan aspek-aspek

keberkesanan modul kerohanian pemulihan akhlak di Baitul Ehsan.yang hendak

dilakukan oleh pengkaji. Justeru, teori model CIPP dari segi rangka konsepnya adalah

seperti dalam rajah 1.5 berikut:

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

21
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Rajah 1.5 : Kerangka Teori Kajian-Teori Model CIPP

Adaptasi Daripada Model Keberkesanan Modul Kerohanian Pemulihan Akhlak

Remaja CIPP oleh Danial L.Stufflebeam (2007)

Agensi Pengawalan

Keberkesanan Modul Kerohanian Pemulihan Akhlak Remaja

di Baitul Ehsan Sabak Bernam

Konteks Input Proses Produk

Objektif dan Persepsi dan Penggunaan Mengesan hasil


matlamat Modul minat pelatih strategi pencapaian
kerohanian terhadap Modul pengajaran dan produk modul
kerohanian pembelajaran kerohanian dari
Keberkesanan modul aspek perubahan
Modul kerohanian Peranan
pemikiran,sikap
persekitaran Mengenalpasti
dan tingkahlaku
permasalahan
Modul Kerohanian dalam kalangan
yang meghalang
sebagai bahan pelatih remaja.
keberkesanan
pengajaran
modul

Keputusan

Teruskan Penambahbaikan

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

22
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
1.8.1 Penggunaan Model CIPP Dalam Kajian

Daniel L.Stufflebeam (1971), tokoh penilaian pendidikan yang mula-mula

memperkenalkan teori Context, Input, Process dan Product ( CIPP ) (Daniel L.

Stufflebeam, 1971: 229). Teori ini berbentuk decision-management-oriented ( orientasi

keputusan pengurusan) yang digunakan dalam membuat penilaian keberkesanan sesuatu

modul atau program pemulihan. Model CIPP secara komprkehensifnya berbentuks kesan

proses yang berterusan (continuing process). Maklumat-maklumat disediakan kepada

pengurusan adalah untuk tujuan membuat keputusan.Terdapat tiga teknik proses

keberkesanan modul atau program iaitu:

1. Menggariskan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi pengumpulan

data.

2. Mendapatkan maklumat

3. Menyediakan maklumat kepada sekumpulan individu yang berkenaan.

Tiga teknik di atas mestilah dilakukan secara berurutan dalam empat faktor

seperti berikut :

1. Konteks

Membuat pilihan ke atas persekitaran program yang memfokuskan kepada

kandungan modul itu sendiri seperti keperluan-keperluan, peluang-

peluang, nilai-nilai kepercayaan, matlamat, kemahiran, penguasaan dan

sasaran.

2. Input

Menyediakan matlumat dan menentukan penggunaan sumber-sumber bagi

memenuhi matlamat modul.Ia memfokuskan kepada penggunaan pelbagai

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

23
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
strategi dan kaedah yang digunakan yang dirasakan berpotensi untuk

mencapai objektif modul.

3. Proses

Ia bertujuan untuk mengawal dan mengurus modul yang sedang

berlangsung, menentukan apa yang dirancang sama dengan apa yang

berlaku. Terdapat tiga strategi dalam faktor proses iaitu yang pertama,

mengesan elemen-elemen yang boleh merosakkan modul seperti

permasalahan-permasalahan yang wujud dalam modul yang dirasa boleh

menghalang pencapaian objektif modul. Kedua, menyediakan maklumat

untuk membuat keputusan. Ketiga, Mengekalkan rekod prosedur-prosedur

yang berlaku.

4. Produk

Mengumpul maklumat-maklumat untuk menentukan harapan-harapan

dalam mencapai objektif modul serta membuat keputusan sama ada modul

perlu diteruskan, diubah suai, ditangguhkan atau ditamatkan. (Ibid: 229 -

230)

Cates pula menjelaskan keberkesanan Contest(kandungan) bertujuan

untuk mengenal pasti tujuan atau matlamat sesuatu modul iti

diadakan.Input (pemberian) dilihat dari segi bagaimana sumber dan

strategi yang memberi kesan itu berkesan dalam modul.Procees

(pelaksanaan ) di buat secara mengumpul data dan maklumat mengenai

perjalanan modul seperti apa yang dirancangkan.Product (hasilan) pula

dilaksanakan untuk menentukan hasilan menepati modul.Kempat-empat

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

24
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
prosedur CIPP ini hendaklah digabungkan untuk membuat keputusan

sama ada modul tersebut ingin diteruskan, dipindahkan atau diubah suai

atau di tamatkan. (Cates, W.M, 1985 :143-152)

Oleh sebab tesis ini berbentuk menilai keberkesanan modul

kerohanian pemulihan akhlak maka pengkaji merasa teori model Konteks,

Input, Proses dan Produk amat sesuai digunakan kerana telah dipraktikkan

secara meluas dan lebih berbentuk applied (telah digunakan) dan bukan

sekadar theoretical framework sahaja. Kajian penilaian keberkesanan

sesuatu modul atau kursus melalui teori model konteks, Input, Proses dan

produk ini boleh mencapai tahap pembuktian yanh tinggi dan segala hasil

dapatan kajian memiliki ciri-ciri reliability(yang boleh dipercayai) dan

validity (kesahan) yang dibuktikan masih lagi ideal dalam realitinya

kerana ia di bina mengikut kaedah yang saintifik (James Longest, 1975:

48-55)

1.9 Teori Konseptual

Berdasarkan teori ini,penulis berpendapat bahawa modul pemulihan akhlak di

baitul ehsan dapat memulihkan akhlak remaja yang telah terlanjur.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

25
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
1.10 Definisi Istilah

Huraian istilah menjelaskan beberapa istilah yang digunapakai dalam tajuk

kajian.Tajuk kajian ini ialah ‘ Keberkesanan Modul Kerohanian Dalam Pemulihan

Akhlak Remaja Di Baitul Ehsan Sabak Bernam’. Pengkaji telah membahagikan istilah-

istilah yang perlu untuk dihuraikan iaitu Keberkesanan, Modul Kerohanian, pemulihan,

akhlak, remaja dan Baitul Ehsan Sabak Bernam.

1.10.1 Keberkesanan

Kajian ini secara spesifik menjurus kepada keberkesanan modul kerohanian

pemulihan akhlak dalam usaha mewujudkan perubahan terhadap pemikiran, sikap, dan

tingkahlaku dalam kalangan pelatih di Baitul Ehsan Sabak Bernam. Dengan lain, kajian

ini bukannya mengkaji kesan kursus tersebut, sebaliknya kajian ini mengkaji hal

keberkesanannya. Ini kerana dalam kajian pendidikan, maksud keberkesanan membawa

makna yang berbeza dengan maksud kesan. Secara literalnya istilah ‘keberkesanan

‘berasal dari perkataan ‘kesan’ yang membawa maksud mendatangkan sesuatu pengaruh

kepada pemikiran, sikap, watak seseorang atau sesuatu golongan seperti mengubah sikap,

membangkitkan satu kecenderungan atau perasaan (Dr Teuku Iskandar, 2002: 263-264).

Menurut Teuku Iskandar lagi (1986) dalam Kamus Dewan menjelaskan ‘kesan’

sebagai

“1. Tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas. 2. Sesuatu sama ada kebaikan
atau keburukan)yang timbul dari sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan tindakan
dan lain-lain) kesudahan (hasil, akibat) dari sesuatu. 3. Pengaruh (pada pemikiran,
sikap, watak dan sebagainya yang timbul akibat dari menyaksikan (mendengar
atau membaca) sesuatu, kegiatan lain, atau didorong oleh sesuatu perbutan
(peristiwa) reaksi, tindak balas, bekas (jejak) kesan-kesan sepintas lalu. Manakala
‘keberkesanan’didefinasikan sebagai : perihal keberkesanannya ( sesuatu
tindakan, perubahan dan sebagainya)”( Tenku Iskandar, 1986: 567-568).

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

26
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
“Kesan” digunakan bagi mengukur dan membandingkan dua perkara (method

experimental) (Institut Tadbir Negara, 2000 : 3 “ Kesan” juga bermaksud hasil

daripada pengalaman dalam dua situasi yang berbeza yang dikaitkan dalam kajian

berbentuk experiment (Lee J.Cronbach, 1993: 672:673).

Sementara itu, “keberkesanan”pula bermaksud tindak balas (impact)

subjek yang membaw kepada sesuatu perubahan hasil daripada sesuatu

pencapaian matlamat untuk membuat keputusan (metode survey) (Allan

C.Ornstein dan francis P.Hupkin,1993:326). Ia juga bermaksud; reference to the

quality, prolonged effort of mind to change and reshape experience (SteveWhite

et.al, 1990: 13). “Keberkesanan” juga boleh dtakrifkan sebagai “Sesuatu yang

mempunyai kreteria yang boleh diukur atau dinilai daripada aspek kualiti dan

pencapaian” (Cheng. V. C,1996: 12). Ia juga melibatkan kajian tentang sejauh

mana pelatih telah dapat mencapai objektif (achieve the objective) modul yang

dilihat melalui gred peperiksaan dan apa yang dihasilkan menepati perancangan (

David Patt, 1980 : 417)

Perkataan ‘keberkesanan’ menurut Zainal Abidin Safawan (1995) adalah

perihal berkesan atau berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan dan lain-lain). Ia

bermaksud pencapaian sesuatu kejayaan, kemajuan dan kemenangan (Zainal

Abidin Safawan, 1995:891). Menurut E.M Kirpatrick et.al (1983),

“keberkesanan” boleh ditakrifkan sebagai kecekapan pengurusan yang

menyebabkan sesuatu tindakan atau proses, mencapai matlamat. Ia juga dikatakan

sesuatu tindakan yang timbul daripada sesuatu kejadian atau intipati daripada

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

27
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
penulisan atau percakapan sebagai balasan yang terhasil daripada reaksi terhadap

sesuatu perkara ( E.M, Kirpatrick et.al, 1983:398)

Menurut Cambridge International Dictionary of English (1995),

“keberkesanan” merujuk kepada istilah impressive yang membawa maksud

sesuatu yang mendatangkan kesan perasaan yang cukup mengkagumkan,

selalunya disebabkan ia kelihatan istimewa atau penting atau kerana ia merupakan

satu pencapaian (Cambridge International Dictionary of English, 1995: 711).

Namun menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan (1992), “keberkesanan”

merujuk kepada istilah effectiveness yang membawa erti keberkesanan,

kemujaraban, kemustajaban, dan kemanjuran (Kamus Inggeris Melayu Dewan,

(1992 : 449).

Istilah “keberkesanan” dari sudut pendidikan pula ialah kejayaan yang

optimum dengan usaha yang minimum. Dengan erti kta lain, pembelajaran

berkean adalah satu usaha yang teratur, bersistemetik, bertatatertib serta optimum

yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponan pembelajaran

untuk mencapai kejayaan yang paling maksimum (Khalid Mohamed Nor,

1993:5). Menurut Ahmad Atory Hussain (1996), “keberkesanan” adalah sesuatu

yang berorentasikan keputusan (result orented), iaitu diber satu tugas dengan

jumlah imput dan dalam satu set masa tertentu (set time limit) (Ahmad Atory

Hussain,1996 :35).

Selain daripada itu, “keberkesanan” juga membawa maksud tindak balas

(impact) subjek yang membawa kepada sesuatu perubahan hasil daripada sesuatu

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

28
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
pencapaian matlamat untuk membuat keputusan (metode survey) (Allan

C.Ornstein dan Francis P.Hunkins, 1993: 326). Ia juga bermaksud reference to the

quality, a prolnged effort of mind to change and reshape experience (Steve white,

Peter Mayne dan Tim Evarton, 1990:13)

Daripada aspek keberkesanan kursus dalam pendidikan, Kah Boh Boon (1987)

menjelaskan: The term ‘effectiveness’ is concerned with how far a course or activity hs

brought about the intended result pertaining to the acquisition of professional knowledge

and skills expected of a teacher ( Kah Boh Boon et.al,1987 : 5). Butterfield pula

menambah:…..standard that the curriculum seeks to establish (Sue Butterfield 1995:

172). Walau bagaimanapun,untuk mnilai sesuatu keberkesanan atau

sebaiknya,kebiasaannya akan dimulakan dengan soalan atau istilah seperti “sejauh

manakh sesuatu…..”. Dengan itu keberkesanan membawa implikasi penilaian (Hussein

Ahmad, 1991: 145).

Dengan itu,kajian keberkesanan yang dibincangkan oleh pengkaji dalam kajian ini

adalah menjurus kepada proses menilai keberkesanan modul kerohanian pemulihan

akhlak yang diajar di Baitul Ehsan Sabak Bernam. Penilaian keberkesanan ini adalah

untuk melihat dampak yang berlangsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran modul

kerohanian pemulihan akhlak kepada pelatih-pelatih baitul ehsan.Keberkesanan modul

kerohanian ini akan dilihat melalui kaedah temubual dan analisis data secara kuantitatif

yang melibatkan penggunaan instrument temu bual,analisis dokumen dan soal selidik.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

29
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
1.10.3 Modul : Menurut Kamus Dewan (2007), Modul kursus,latihan pelajaran dan

sebagainya.

1.10.4 Pemulihan: Menurut Kamus Dewan (2007),pemulihan bermaksud perbuatan


memulihkan,pengembalian kepada keadaan yang semula.Kajian ini dibuat sebagai
alternatif untuk memulihkan salahlaku remaja.

1.10.5 Akhlak Menurut Said Tontowi bermaksud,tingkahlaku semulajadi mengikut


perlakuan yang dibuat oleh manusia.Menurut Haron Din (1999 : 154) perkatan akhlak
berasal dari perkataan Arab (al-Akhlak),k atamnbl b

Menurut Kamus Dewan (2007:25)akhlak sebagai jama’ bagi khuluq budi


pekerti,kelakuan dan tabiat.Kamus Komprehensif Times (1994:11)akhlak beerti
watak,kelakuan,tabiat dan bentuk perangai.

Menurut Imam Al-ghazali (1980) menyatakan akhlak itu sebagai kebaikan


lbudipek\erti seseorang yang berasal dari jiwanya lalu menerbitkan semua
perbuatan dengan mudah
\
\tanpa memerlukan sama sekali kepada pemikiran dan penelitian.

Dalam kajian ini akhlak memainkan peranan yang penting untuk mengubati dan
memulihkan salahlaku remaja.

1.10.4 Remaja :Menurut Kamus Dewan (2007 : 1308 ) remaja didefinasikan sebagai
mulai dewasa,sudah akil baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin.Kamus
Komprehensif Times (1994 : 426) pula remaja beerti cukup umur,sudah baligh dan saat
antara budak dengan dewasa.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

30
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Menurut Rogers (1981)dalam Ani Hayati binti Husin (1999:2) mendifinasikan
remaja mengikut umur kronologi walaupun tidak ada had umur yang rijid yang menjadi
penentu usia 28 tahun.Jangkamasa umur 12 hingga 15 tahun dianggap awal
remaja.Manakala 15 hingga 18 tahun dianggap diperingkat remaja.

Menurut pengkaji remaja bermula umur 15- 21 tahun yang mempunyai keinginan
dan perasaan yang begelora lagi mencabar,dan perlakuan yang ingin mencuba sesuatu
yang baharu dalam kehidupan mereka.Jika tdak dikawal dan dibendung mereka akan
tersasardari jalan yang sebenar-benarnya.

1.10.5.Perempuan :Menurut Kamus Dewan (2007:932) mendefinasikan sebagai wanita


iaitu lawan bagi lelaki.Menurut Kamus Komprehensif (1994:396) mendefinasikan
perempuan sebagai wanita atau gadis.

Menurut pengkaji perempuan ini adalah wanita yang harus dijaga


maruahnya,Dalam kajian ini perempuan mestilah menjaga diri agar tidak terjerumus
kelembah kehinaan dengan melakukan salahlaku seksual.

1.10.6 Salahlaku:Menurut Kamus Dewan (2007) salahlaku bermaksud kelakuan yang


dianggap tidak bermoral atau tidak beretika.

Menurut pengkaji salahlaku ini adalah kelakuan yang tidak betul dan salah serta
melanggar norma-norma dan nilai kehidupan.

1.10.7 Seksual :Menurut /Kamus Dewan (2007 : 1416) mendefinasikan bukan seks,dan
bukan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.
Pengkaji mengertikan seksual adalah hubungan antara lelaki dan perempuan
sehingga melahirkan anak luar nikah.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

31
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
1.10.8 Baitul Ehsan : Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Baitul Ehsan (BE)
merupakan sebuah tempat pusat pelindungan wanita bagi mendapatkan khidmat
pemulihan dan perlindungan di Negeri Selangor.

Maksud dalam kajian ini,Baitul Ehsan(BE)merupakan pusat pelindungan wanita


yang telah rosak akhlaknya,terutamanya dalam kes salahlaku seksual.

Kesimpulan

Akhlak dan remaja tidak dapat dipisahkan,bagi membentuk akhlak yang mulia
perlunya tarbiyah rohiyah agar individu remaja itu terbentuk dengan perlakuan dan
akhlak yang baik mengikut tarbiyah islamiah yang terarah berpandukan Alquran dan
Assunnah.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

32
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Pada zaman globalisasi ini,umat Islam di landa suatu fenomena kebejatan

gejala sosial yang amat membimbangkan.Media massa arus perdana saban hari

memaparkan pelbagai berita mengenai masalah sosial salahlaku seksual,sehingga

menyebabkan berlakunya pembuangan bayi yang tidak berdosa di merata tempat.Jika

perkara ini dibiarkan akan menyebabkan rosak atau runtuh martabat bangsa dan umat

Islam seluruhnya terutama bagi golongan remaja Islam.(Sulaiman 2005).

Bagi membendung masalah yang kian berleluasa ini,semua pihak

sewajarnya bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah gejala salahlaku seksual

ini.Dalam menanggani masalah ini seharusnya mereka perlu sedar dan insaf untuk kepada

kepada hukum Allah dan kembali ke pangkal jalan berpanduka al-quran dan as-sunnah

agar martabat dan maruah mereka sentiasa terpelihara.

Dalam bab ini,penyelidik akan membincangkan tentang kajian-kajian

lepas yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dijalankan.Antara lain sorotan tersebut

tertumpu kepada pemulihan keruntuhan akhlak dikalangan remaja Islam perempuan yang

telah terlanjur melakukan zina sehingga melahirkan anak,sejauhmana keberkesanan

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

33
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
program pemulihan yang telah dilaksanakan di salah sebuah Pusat Perlindungan Wanita

di daerah Sabak Bernam.

2.2 Sorotan Kajian

Sepanjang pengamatan didapati ada kajian atau karya ilmiah yang berkaitan

dengan tajuk ini antaranya:

2.2.1 Dr. Azizi Hj Yahaya, Mohd Anuar Abd Rahman, Abd Rahim Hamdan

dan Yusof Boon (2010) dalam kajiannya yang bertajuk Program Pemulihan Akhlak

Wanita: Sejauhmanakah Keberkesanan Pusat Perlindungan Wanita Membantu Proses

Pemulihan? yang membicarakan tentang keberkesanan program-program yang telah

dijalankan di pusat perlindungan wanita tersebut bagi mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan program yang sedia ada.

2.2.2 Noor Huda bt Tajudin yang bertajuk Persepsi Pelatih Terhadap

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan,

beliau secara khususnya mengkaji mengenai persepsi pelatih terhadap perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling dalam proses pemulihan pelatih. Persepsi tersebut

merangkumi persepsi terhadap tugas atau peranan kaunselor, jenis-jenis perkhidmatan

kaunseling yang disediakan, kekerapan pelaksanaan aktiviti kaunseling dan persepsi

pelatih mengenai kesan aktiviti kaunseling terhadap diri mereka.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

34
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
2.2.3 Azizi Yahaya dan Jesmin Bt Abd Wahab dalam kajiannya yang bertajuk

Keberkesanan Program-Program Pemulihan Tingkah laku Di Taman Seri Putri Batu

Gajah dan Kompleks Dar-Assa’adah, mereka telah mengkaji tentang keberkesanan

perlaksanaan program yang dijalankan di Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak dan

Kompleks Dar-Assa’dah, Kuala Lumpur sebagai persediaan wanita-wanita yang

bermasalah ini kembali ke pangkuan masyarakat.

2.2.4 Muhammad Rashid Bin Rajuddin & Dayana Farzeeha Binti Ali dalam

kajiannya yang bertajuk persepsi pelatih - pelatih lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok

Mas Melaka terhadap program latihan kemahiran vokasional yang dijalankan, mereka

mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi persepsi pelatih-pelatih sekolah

Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional

yang dijalankan. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor minat, kesedaran terhadap

kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih,

keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam

kerjaya serta suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran

dan tenaga pengajar.

2.2.5 Seterusnya menurut Mustapha Bin Awang dalam kajiannya yang bertajuk

Usaha-Usaha Pemurnian Akidah Islam: Analisis Khusus Terhadap Usaha-Usaha

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pusat Pemurnian Akidah Jabatan

Agama Islam Selangor (JAIS) Di Hulu Yam Baru Selangor, beliau telah mengkaji tentang

usaha-usaha yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pusat

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

35
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Pemurnian Akidah Jabatan Agama Islam Selangor terhadap pemurnian dan pemulihan

akidah pelatih. Pelbagai pendekatan dan aktiviti yang dijalankan dalam proses memberi

bimbingan dan memulihkan pelatih agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan.

Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dijalankan, penulis tidak mendapati kajian yang

sama telah dilakukan. Sebagai meneruskan usaha oleh pengkaji terdahulu, pengkaji telah

memilih untuk melakukan kajian mengenai sejauhmana keberkesanan Pusat Perlindungan

Wanita Baitul Ehsan khususnya dalam program pemulihan akhlak wanita-wanita

bermasalah iaitu kajian yang berbentuk menyeluruh terhadap program-program yang

dijalankan termasuk program kemahiran vokasional, pendidikan akhlak dan program

bimbingan dan kaunseling

2.3 Latar Belakang Baitul Ehsan

Baitul Ehsan atau Kompleks Perlindungan wanita merupakan Kompleks

Perlindungan wanita bagi mendapatkan khidmat pemulihan dan perlindungan di negeri

Selangor.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan merupakan pusat yang menempatkan

wanita-wanita atau remaja-remaja yang mengalami masalah sosial dalam kehidupan

mereka. Penubuhan pusat ini dilihat sangat penting bagi membantu serta membimbing

remaja dan wanita yang memerlukan pertolongan dan latihan untuk berubah menjadi

insan yang lebih baik.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

36
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Pusat ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan

segala keperluan pusat dan penghuni dibiaya sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor. 3

Baitul Ehsan merupakan sebuah pusat perlindungan wanita yang ditubuhkan di bawah

pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor melalui peruntukan dibawah Seksyen 53 dan

54(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 Tahun 1995 (EJSS 2003). Pusat

Perlindungan Wanita telah diwartakan pada 13 September 2001.

Melalui peruntukan yang sama, satu kaedah telah digubal dan telah diluluskan

pada 28 september 2001 bersamaan 10 Rejab 1422H di dalam mesyuarat Majlis Agama

Islam Selangor (MAIS) iaitu Perintah-perintah tetap Baitul Ehsan 2001 yang

membolehkan Baitul Ehsan mentadbir, memulih, membimbing dan melindungi serta

melindungi golongan wanita yang menghadapi masalah sosial di negeri Selangor

khususnya.4

Perintah-perintah tetap pusat perlindungan wanita (Negeri Selangor) 2001 di antaranya

mengandungi :

a) Tanggungjawab ketua institusi, kakitangan dan tenaga pengajar.

b) Rekod-rekod berkaitan kemasukan dan pelepasan penghuni.

c) Penyusunan pusat meliputi jadual harian, pakaian, makanan, kemudahan dan

keistimewaan penghuni seperti cuti, surat dan lawatan.

d) Hal ehwal berkaitan peraturan dan disiplin.

3 Temu bual bersama Puan Nur Afniza Bt Kahpi, Timbalan Penguasa Kaunseling Pusat
Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, (15 Februari 2013) di PPWBE, Sabak Bernam.
4 http://www.mais.net.my (12 Mei 2012)

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

37
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
e) Kesalahan-kesalahan kecil atau besar dan hukumannya. 5

Pusat ini didirikan di dalam kawasan seluas 6 ekar di daerah Sabak Bernam yang

dahulunya dikenali sebagai Pusat Dakwah Selangor. 6 Melalui penubuhan pusat ini,

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengorak langkah dengan lebih jitu dan

memainkan peranan utama di dalam mentadbir hal ehwal wanita di samping jabatan-

jabatan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negeri.

Namun, pada tahun 2005 pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan

rasminya telah mengambil alih pentadbiran Baitul Ehsan daripada Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS) sehingga sekarang. Pada tahun 2010, Pusat Perlindungan Wanita Baitul

Ehsan diletakkan di bawah bahagian Ar-Riqab Majlis Agama Islam Selangor. 7

2.4 Visi dan Misi

Menerapkan amalan-amalan nilai murni bagi membentuk sahsiah diri yang taat

dan solehah berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah selaras dengan visi JAIS melahirkan

masyarakat Islam yang maju,berjaya,dinamik dan diredhoi Allah.

Memberikan perkhidmatan perlindungan pemulihan,latihan bimbingan,kaunseling,

5 Dokumen Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan

6 http://www.mais.net.my (12 mei 2012)


7 Ibid

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

38
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Kemahiran bersepadu dan kemudahan latihan vokasional kepada kumpulan wanita dan

gadis yang terlibat dengan gejala sosial selaras dengan kehendak maksud Seksyen 53 &

54@Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 (1995).

2.5 Objektif Penubuhan

i. Tujuan utama penubuhan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan ini

adalah untuk melaksanakan kehendak maksud Seksyen 53 dan 54 (2)

Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 Tahun 1995. Seksyen 53 telah

memperuntukkan bahawa Majlis boleh, melalui pemberitahuan

dalam warta menetapkan mana-mana tempat menjadi pusat pemulihan

diluluskan atau rumah diluluskan bagi maksud Enakmen ini. Manakala

seksyen 54 (2) memperuntukkan bahawa jika mana-mana Mahkamah telah

mensabitkan mana-mana orang perempuan atas suatu kesalahan di bawah

Bahagian IV, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman yang

dinyatakan bagi kesalahan itu, memerintahkan supaya orang perempuan

itu ditempatkan ke suatu rumah yang diluluskan selama tempoh yang tidak

melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

ii. Memberi perlindungan dan pemulihan kepada wanita dan gadis yang

terdedah kepada bahaya moral.

iii. Memberi latihan dan bimbingan dalam segenap aspek iaitu rohani dan

jasmani melalui pendidikan agama dan sosial .

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

39
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

iv. Menyediakan kem kemahiran bersepadu dan kemudahan latihan

vokasional.8

2.6 Carta Organisasi

Penguasa

Mohd Makhi Bin Adnan

Seksyen Pengurusan

Timbalan Penguasa Pentadbiran

Rosniza Bt Yahya

Penolong Penguasa Pentadbiran

Siti Fairuz Bt Roselan

Penolong Penguasa Kewangan

Huzara Bt Badarulhisham

Pembantu Am Pejabat

Faridah Bt Jalal

Pekerja Am Rendah Awam

8 http://www.mais.net.my (12 mei 2012)

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

40
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Jaya Kasturi Bin Muhammad

Seksyen Hal Ehwal Penghuni Dan Kaunseling

Timbalan Penguasa Hal Ehwal Penghuni Dan Kaunseling

Nur Afniza Bt Kahpi

Penolong Penguasa Pendidikan

Mohd Zulhelmi Bin Mohamad Zailan

Penolong Penguasa Kaunseling

Zabedah Bt Abdullah

Penolong Penguasa Penghuni

Siti Zarina Bt Mohammad Salleh

Warden

Siti Suhaizanini Bt Sulan

Fasehah Bt Salbani

Norshahida Bt Jamri

Nor Faezah Bt Nasrudin

Irni Sureani Bt Jamari

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

41
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Seksyen Operasi

Timbalan Penguasa Operasi

Jamal Bin Abdullah

Penolong Penguasa Rumah Perlindungan

Zakiah Bt Ishak

Penolong Penguasa Disiplin

Latifah Bin Shaffeei

Penolong Pengurusan Penghuni

Faezatul Aimi Bt Nordin

2.7 Kategori Kemasukan Pelatih

Pelatih Baitul Ehsan merupakan orang yang diterima masuk ke Baitul Ehsan.

Terdapat dua kategori kemasukan di Baitul Ehsan iaitu pelatih sukarela dan perintah

mahkamah:

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

42
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
i) Sukarela

Merupakan pemohon yang memohon untuk memasuki pusat secara sukarela

dengan sebab pihak Majlis Agama Islam Selangor sebagai pelindung ingin

memberi pemulihan berkaitan masalah sosial.

ii) Perintah Mahkamah

Merupakan perintah yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah syariah

terhadap seseorang bagi ditempatkan di pusat. Ianya terbahagi kepada 3 jenis

iaitu:

a) Telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di dalam bahagian 2 dan 4

Enakmen Jenayah syariah Selangor no.9 tahun 1995.

b) Telah disabitkan dengan hukuman dibawah seksyen 54(2) enakmen jenayah

syariah Selangor no. 9 tahun 1995 iaitu menjalani pemulihan sebagai ganti

hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan.

c) Telah diperintahkan di bawah seksyen 22 (5) enakmen tatacara jenayah

syariah Selangor 2003 supaya dilakukan tahanan reman sementara sehingga

menunggu perbicaraan seterusnya.9

2.8 Syarat-syarat Kemasukan dan Pelepasan Pelatih

9 Ibid

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

43
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
i) Syarat-syarat kemasukan pelatih sukarela

a) Warganegara Malaysia dan mestilah beragama Islam

b) Mestilah seorang perempuan.

c) Anak Selangor kecuali dengan kebenaran Setiausaha atau Timbalan

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

d) Jika penghuni luar Selangor, ibu bapa atau salah seorang dari mereka adalah

kelahiran anak Selangor. Selain itu, kes berlaku di dalam negeri Selangor.

e) Telah bermastautin di Selangor selama 6 bulan atau lebih.

f) Berumur 13 tahun ke atas kecuali dengan kebenaran pengarah.

g) Sihat dari segi fizikal dan mental.

h) Medical check-up oleh pegawai perubatan yang diiktiraf.

i) Waktu penerimaan kemasukan hanya pada hari bekerja iaitu pada jam 8 pagi

hingga 5 petang.

j) Membuat surat akuan sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah yang berdaftar.

k) Membuat perjanjian MOU dengan keluarga- borang A (tempoh masa).

l) Kemasukan selama 6 bulan sahaja.

m) Permohonan kemasukan hendaklah melalui bahagian pemulihan Ar-Riqab,

MAIS.

n) Borang kemasukan boleh didapati di bahagian pemulihan Ar-Riqab Shah

Alam.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

44
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
o) Kes akan dirujuk dan dipanjangkan kepada bahagian penguatkuasaan Jabatan

Agama Islam Selangor (JAIS) berdasarkan seksyen 25(2), dalam bahagian IV

Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

ii) Syarat-syarat pelepasan pelatih sukarela

a) Sistem merit berdasarkan disiplin pelatih.

b) Kehadiran pelatih dalam program yang dianjurkan seperti kelas fardhu ain,

dan kelas kemahiran vokasional.

c) Keputusan penilaian kelas fardhu ain

d) Telah tamat tempoh pemulihan.

iii) Syarat-syarat kemasukan pelatih perintah mahkamah

a) Waran daripada Mahkamah Rendah Syariah Selangor

b) Tiada had umur

c) Kes berlaku di dalam negeri Selangor

d) Tempoh kemasukan mengikut arahan yang telah ditentukan oleh Mahkamah

Rendah Syariah Selangor.

iv) Syarat pelepasan perintah mahkamah

a) Pelatih telah tamat tempoh hukuman. 10

10 Ibid

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

45
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
2.9 Prosedur Kemasukan Pelatih

Pelatih yang dimasukkan ke Baitul Ehsan akan melalui beberapa peringkat. Penguasa

Baitul Ehsan bertanggungjawab menerima kemasukan pelatih dari bahagian

penguatkuasaan agama bagi pelatih perintah mahkamah dan bahagian pemulihan Al-

Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi pelatih sukarela. Kemudian Timbalan

Penguasa Operasi dibantu oleh Penolong Penguasa Pengurusan Penghuni dan Penolong

Seliaan Penghuni akan menyemak dokumen-dokumen yang dibawa oleh pelatih untuk

memastikan dokumen cukup dan lengkap.

Seterusnya, keluarga pelatih hendaklah melengkapkan borang perjanjian akuan

rawatan, Timbalan Penguasa Pengurusan Penghuni akan menerangkan kepada keluarga

mengenai peraturan pusat dan pelatih akan menandatangani borang perakuan menduduki

pusat. Penolong Penguasa Pengurusan Penghuni bertanggungjawab menyerahkan pelatih

kepada Seksyen Penyeliaan Pelatih untuk proses penempatan dan penginapan, merekod

maklumat pelatih ke dalam buku daftar kemasukan pelatih, seterusnya membuka fail sulit

pelatih dan menyerahkan fail sulit pelatih kepada penguasa untuk pengesahan dan

pembacaan ikrar pelatih. Pengurusan kemasukan pelatih selesai.11

Rajah 2.1: Carta Alir Pengurusan Kemasukan Pelatih

Menerima permohonan kemasukan pelatih

Menyemak dokumen permohonan pelatih

11 Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor. (2012).

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

46
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Tidak lengkap

Lengkap

a) Keluarga melengkapkan borang perjanjian akuan

rawatan

b) Menerangkan kepada keluarga mengenai peraturan

pusat

c) Penghuni melengkapkan borang perakuan menduduki

pusat

Serah pelatih kepada seksyen penyeliaan pelatih untuk

penempatan dan penginapan

Rekod maklumat dalam buku daftar kemasukan pelatih.

a) Buka fail sulib) Serah fail sulit kepada penguasa

Selesai

2.10 Kemudahan dan Perkhidmatan

Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Perlindungan

Wanita Baitul Ehsan. Kemudahan dan perkhidmatan disediakan agar dapat memenuhi

keperluan pelatih. Kemudahan dan perkhidmatan dalam konteks ini merujuk kemudahan

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

47
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
prasarana dan juga perkhidmatan secara langsung atau tidak langsung sama ada

melibatkan perkhidmatan secara individu atau perkhidmatan melibatkan semua pelatih.

Antaranya adalah:

a) Jagaan dan perlindungan

Dari aspek jagaan dan perlindungan, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan

telah menyediakan kemudahan asrama untuk pelatih-pelatih pusat. Sebanyak 9

buah asrama telah dibina dan dua buah asrama telah diasingkan bagi pelatih yang

mengandung dan berpantang. 12 Selain itu, pelatih pusat turut diberi pakaian

seragam yang membezakan antara mereka iaitu pakaian berwarna merah jambu

adalah untuk penghuni yang mengandung, biru gelap untuk ketua rumah, biru

cerah untuk ketua umum, dan ungu untuk penghuni biasa. Perkhidmatan bas dan

van juga ada disediakan di pusat ini bagi memudahkan urusan pihak pusat untuk

menghantar pelatih ke hospital, ke program motivasi di luar dan urusan-urusan

yang lain. Dewan makan serta keperluan harian yang lain juga turut disediakan

oleh pusat ini.

b) Pendidikan dan Bimbingan Rohani

12 Temu Bual Bersama Puan Afniza Bt Kahpi, Ibid.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

48
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Dari aspek pendidikan, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah

menyediakan kelengkapan belajar seperti kelas akademik, kelas fardu ain,

perpustakaan, alat bantuan mengajar dan alatan menulis. 13 Selain itu, pihak pusat

ini juga menyediakan surau bagi penghuni menunaikan solat dan sebagai tempat

untuk melakukan aktiviti keagamaan seperti ceramah, tazkirah, serta hafalan Al-

Quran dan Hadis.

c) Bimbingan dan Kaunseling

Dari aspek bimbingan dan kaunseling, pusat ini telah mengadakan perkhidmatan

kaunseling secara individu, kelompok dan keluarga. Kaunselor bertauliah juga

dilantik untuk membimbing penghuni-penghuni pusat yang menghadapi

masalah.14 Di samping itu bilik kaunseling telah disediakan oleh pusat ini bagi

memudahkan proses kaunseling.

d) Latihan vokasional

Dari aspek latihan vokasional, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah

menawarkan latihan jahitan, masakan dan kraftangan. Pusat ini telah

menyediakan 3 buah bengkel iaitu bengkel jahitan, bengkel masakan dan bengkel

kraftangan supaya penghuni-penghuni boleh mempelajarinya dengan selesa.

13 Temu Bual Bersama En. Mohd Zulhelmi Bin Mohd Zailan, Penolong Penguasa Pendidikan
Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, (15 Februari 2013) Di PPW Baitul Ehsan Sabak
Bernam.
14 Ibid

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

49
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Jadual 2.1: Aktiviti Harian Pelatih

Masa Aktiviti

5.15 Pagi Bangun pagi dan persiapan diri

5.30 Pagi Solat subuh berjemaah

7.00 Pagi Senaman pagi

7.45 Pagi Sarapan pagi

8.30 Pagi Kelas fardu ain

10.30 Pagi Solat sunat dhuha berjemaah

11.00 Pagi -Aktiviti mingguan-

12.30 Tengah Hari Makan tengah hari

1.15 Petang Solat zohor berjemaah dan tazkirah

2.30 Petang Kelas tuisyen/ bengkel

4.30 Petang Solat Asar berjemaah dan bacaan mathurat

5.15 Petang Riadah

6.00 Petang Makan malam

7.00 Malam - Solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib

- Solat Isyak berjemaah

10.00 Malam - Minum malam

- Roll call

11.00 Malam Tidur

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

50
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
e) Riadah

a. Kawad

b. Permainan Pingpong

c. Bola tampar

d. Bola jarring

e. Lain-lain.

2.1.9 Keistimewaan

i. Mendapat cuti (cuti hari raya/menjalani pembedahan )

ii. Keluar membeli belah bersama pegawai pembimbing.

iii. Menerima lawatan dari keluarga sebulan sekali

v. Pembebasan awal (berkahwin/meneruskan pengajian )

2.1.10 Disiplin

Membawa aspek kerohanian.Program yang dijalankan diberikan penekanan

latihan dan aktiviti sosial.Keluarga terdekat digalakkan membuat lawatan

bulanan.Hukuman akan ditarik balik dengan keistimewaan yang telah diberikan kepada

pelatih.Hukuman itu telah tersabit dalam perintah B.E 2001.

2.2 Tinjauan Hubungan Akhlak dengan Individu Muslim

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

51
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Akhlak merupakan perilaku,tingkah laku yang berkaitan dengan manusia.(Said

Tontowi )2002 .Menurut salaf soleh Akhlak merupakan agama,dan agama diibaratkan

juga akhlak.Menurut Ibnu Qayyum setiap binaan itu ada asas.dan Islam merupakan asas

sesutu binaan.Ulama’telah bersepakat yang dimaksudkan akhlak mulia itu adalah buah

iman dan mempunyai kekuatan yang sebenar sepeeti mendirikan solat..Manakala akhlak

buruk itu melahirkan kelemahan iman seperti minum arak.

Kesimpulannya kita dapat lihat bahawa akhlak ini sangat berkait rapat dengan

manusia.Sebagai contoh akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah Al-Quran.

Remaja yang mempunyai akhlak yang baik dapat membawa diri dan rakan

sekeliling kearah kebenaran dan kebahagian di samping mereka mencari rakan-rakan

yang baik dan akhlak sempurna.

Remaja yang terlepas daripada kongkongan keluarga akan bebas keluar dan

beranggapan inilah masa untuk melepaska dendam dan ikut hawa nafsu sentiasa

memberontak dengan perubahan diri mereka sehinga mereka sanggup melakukan perkara

keji dan terkutuk seperti merokok,penagih dadah,pergaulan bebas lelaki dan

perempuan,seks bebas,melahirkan anak luar nikah dan lain-lain sehingga memalukan

keluarga mereka sendiri.

Menurut Haron Din (1999:154 ) manusia dan akhlak tidak dapat dipisahkan

walaupun sedikit dari umurnya.Setiap laku perbuatan atu gerak laku amalannya atau

tindakan yang diambil oleh seseorang tidak terlepas atau terkeluar dari lingkungan yang

baik atau jahat,samada sedar atau tidak.

Remaja yang berakhlak mulia mendapat didikan agama yang sempurna daripada

kedua ibubapa mereka,guru-guru dan sebagainya dapat berfikir dengan positif di atas

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

52
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
perbuatan yang akan dilakukan setiap hari,jika sebaliknya remaja ini akan melakukan

perkara –perkara mengikut hawa nafsu mereka tanpa memikirkan kebaikan atau

keburukkan kepada diri mereka yang mengakibatkan kemusnahan pada diri remaja

tersebut.

Contohnya muka tidak akan kelihatan cantik dan sempurna dengan hanya cantik

dan sempurna dua mata sahaja,sedangkan hidung,mulut serta pipi misalnya cacat dan

hodoh.Begitulah sebaliknya jika batin bersih dan suci akan melahirkan perlakuan akhlak

yang baik dan mulia dalam semua segi.

Dengan ini untuk mengelakkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja

pihak kerajaan dan badan-badan yang berkenaan mengenakan peraturan-peraturan yang

wajib dipatuhi bagi setiap remaja supaya mereka takut untuk melakukan perkara-perkara

yang tidak sopan.Tujuannya adalah untuk mencegah mereka dari melakukan perkara

mengikut hawa nafsu mereka yang dilarang oleh agama.

2.3 Kajian-kajian Lepas

Nabilah Shaiem (2010)

Menurut beliau yang dimaksudkan dengan Isu Remaja ialah segala persoalan dan

tingkah laku remaja yang dianggap menyalahi dan bertentangan dengan nilai- nilai dan

pegangan moral. Masalah sosial, vandalisme, penyalahgunaan dadah, pengaruh budaya

kuning/barat, buli, lari darirumah, lepak, mencuri/merompak/menyamun, ragut, jen ayah

seks/rogol/sumbang mahram, seks rambang/pergaulan bebas/bohjan/homoseksual,

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

53
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
keruntuhan akhlak, merokok, lumba haram/mat rempit, gengsterisme, ponteng sekolah

dan pembuangan bayi

Punca /Faktor/ Sebab berlaku sedemikian.

i. Institusi kekeluargaan yang goyah. hubungan kekeluargaan yang longgar.

Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang negatif. Keluarga yang terlalu

memberikan kebebasan (bersikap terbuka yang keterlaluan). Ibu bapa

yang terlalu memanjakan anak-anak. Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.

Penceraian ibu bapa.

ii. Pengaruh rakan sebaya.Tersalah memilih kawan yang bersikap

negatif/mempunyai masalah disiplin.Perlakuan negatif disokong oleh

rakan.Menyahut cabaran daripada rakan sebaya.

iii. Pegangan agama yang rapuh Didikan agama yang kurang.Ibu bapa lalai

dengan hal-hal duniawi.

iv. Pengaruh media massa (mediacetak, elektronik, internet dan lain-

lain).Media elektronik menyiarkan rancangan yangberunsurkan

keganasan.Rancangan dari barat yang memaparkan gaya hidupyang

bebas/mewah.Memaparkan adegan remaja melawan ibu bapa

keranamemperjuangkan hak kebebasan merekaLambakan bahan picisan

yang berunsurkan seks.Menyalurkan maklumat tentang fesyen-

fesyenterkini.Penyebaran budaya kuning.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

54
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
v. Sikap remaja itu sendiri.Sikap dahaga akan keseronokan.Tidak mahu

mendengar nasihat ibu bapa.Kurang keyakinan pada diri sendiri.Mangsa

penderaan.

vi. Sikap masyarakat .Sebahagian masyarakat bersikapapati, individualistik

dan materialistik.Mementingkan soal kebendaan.Kebanyakan masalah

sosial berlaku di bandar.Kebanyakan penduduk tidak ambil peduli

tentanghal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.

Kesan-kesan/implikasi yang timbul

i. Menggugat kesejahteraan sosial. Remaja menjadi liar. Mengganggu

ketenteraman awam.2. Membantutkan pembangunan negara Remaja tidak

berupaya memberikan sumbangan kepada negara. Menggagalkan usaha

kerajaan melaksanakan dasar dasar pembangunan dengan berjaya.

ii. Menjejaskan Imej Negara.Negara-negara lain akan memandang

rendahkredibiliti negara kita.Masalah sosial yang membabitkan pelancong

asingakan mendapat liputan yang meluas oleh pihak media.

iii. Mencemarka Maruah Negara.Masyarakat hilang kepercayaan terhadap

keluargatersebut.Menjejaskan masa depan adik-beradik yang

lain.Menjejaskan emosi keluarga.

vii. Menjejaskan Masa Depan Remaja.Terlibat dengan gejala sosial

menyebabkan mereka menjadi sampah masyarakat.Tidak mempunyai hala

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

55
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
tuju dan matlamat yang jelaspada masa depan.Sukar mendapat semula

kepercayaan daripadamasyarakat.Hidup terumbang –ambing.

Langkah-langkah mengatasi Masalah ini.

i. Peranan Institusi Keluarga dan hubungan kekeluargaan.Ibubapa

perlu. meluangkan masa dengan anak-anak.Ibu bapa perlu mengenali

rakan anak-anak mereka.Memberikan didikan agama kepada anak-anak

adalah permulaan pendidikan yang paling utama..Sentiasa prihatin dengan

perubahan sikap anak-anak.Menjadi role model kepada anak-anak.

ii. Peranan Masyarakat Memberikan sokongan yang padu terhadap semua

program yang dianjurkan oleh kerajaan.Membantu membimbing remaja

yang tersalah langkah.Menerima kembali remaja yang tersalah langkah

dengan hati yang terbuka.Mengaktifkan/menubuhkan Rukun Tetangga

(RT) dikawasan tempat tinggal.

iii. Peranan Sekolah Pihak sekolah mengenal pasti pelajar yang mempunyai

masalah disiplin.Sentiasa memaklumkan kes salah laku kepada

ibubapaPelajar yang bermasalah diberikan hukumanberbentuk kerja

amal.Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

56
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
iv. Peranan Media Masa .Ibubapa dan pihak penyiaran hendaklah erhati-hati

memilih bahan yang ingin disiarkandan diterbitkan.Mengutamakan bahan

yang bermutu.Tidak mementingkan keuntungan semata-mata

v. Peranan Kerajaan Melancarkan pelbagai kempen untuk pembangunan

masyarakat, keluarga dan remaja.Kempen dapat mengurangkan masalah

sosial dalam kalangan remaja.Menguar-uarkan kempen hingga ke kawasan

luarbandar.

Menurut Ghazali Darussalam (1980) menyatakan akhlak itu sebagai kebaikan

budipekerti seseorang yang berasal dari jiwanya lalu menerbitkan semua perbuatan

dengan mudah tanpa memerlukan sama sekali kepada pemikiran dan penelitian.

Dalam kajian ini akhlak memainkan peranan yang penting untuk mengubati dan

memulihkan salahlaku remaja,

Kajian yang lepas telah dibuat berkaitan keruntuhan akhlak remaja,pengkaji

hanya mengkaji keberkesanan modul kerohanian pemulihan akhlak remaja yang

dilaksanakan di baitul Ehsan.Modul kerohanian yang dijalankan terhadap pelatih-pelatih

ini sekurang-kurangnya dapat memberi kesan yang baik terhadap mereka.

Beberapa kajian telah di buat,pengkaji dapat meninjau kajian yang telah dibuat

oleh Sufean Hussin dan Che Zainon Omar dalam bukunya bertajuk :’Masalah Remaja

daripada Keluarga Ibu Tunggal (2002 :23) Kesimpulan yang boleh didapati dari buku

tersebut adalah kebanyakkan remaja yang tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling di

kalangan yang hidup dengan keluarga ibu tunggal banyak menghadapi masalah akhlak

dan tidak dapat menyesuaikan diri dalam pelajaran dan kerja –kerja akademik.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

57
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Menurut Nur Simah binti dalam kajian ilmiah Universiti Malaya (UM) membuat

kajian tentang keruntuhan akhlak remaja di Melaka.Kajiannya membicarakan tentang

punca-punca keruntuhan akhlak remaja serta kesan kepada remaja.

Oleh ynag demikian,timbul masalah keruntuhan remaja yang berleluasa,

Sebab itu,pengkaji memilih untuk membuat kajian atas tajuk pemulihan akhlak yang

menggunakan populasi berlainan membabitkan remaja Islam perempuan.

Abu Samah bin Kolom dalam kajian ilmiahnya Universiti Malaya (UM) (1997)

membuat kajian mengenai Punca keruntuhan Moral Belia Kota:Satu tinjauan Dari

Perspektif Islam di Kuala-Lumpur,memberi kesimpulan bahawa remaja masa kini telah

membuat perhubungan seksual secara bebas sehingga tahap yang membahayakan.Gejala

ini jika tidak dibendung,akan merosakan bangsa dan martabat agama Islam itu sendiri.

Menurut Syarifah binti Kifli (2000) pelajar (UM) dalam kajian ilmiahnya megenai

masalah remaja Islam di Kampung Kalanahan Papar Sabah,mengatakan bahawa punca

runtuh akhlak remaja disebabkan pembangunan kota yang amat hebat,menyebabkan

remaja lalai dan leka mengikut arus pembangunan dan melayan hawa nafsu

mereka.Penghayatan agama untuk remaja diabaikan.Masalah remaja di kampong ini,ada

juga dijalankan oleh kariah masjid.Namun minat remaja untuk memperbaiki akhlak

mereka amat kurang.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

58
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Nor Aida (1997/98) Universiti Malaya (UM) dalam kajian ilmiahnya :Gejala

sosial remaja: satu kajian di Felda Kumai,Triang,Pahang menyimpulkan bahawa

golongan remaja pada masa kini ingin hidup bebas tanpa kongkongan kedua

ibubapa,mereka tidak pandai mengambil peluang kebebasan yang diberikan kepada

mereka,malah menggunakan waktu tersebut dengan berpoya-poya mencari

hiburan.Masalah ini perlu diselesaikan oleh semua pihak terutamanya

kerajaan,masyarakat dan keluarga.

Pegangan agama yang tidak dianggap penting juga menyebabkan gejala ini

berleluasa.Dengan demikian amat perlu bagi semua pihak menanamkan dalam jiwa

remaja dengan iman yang teguh.

Pendidikan akhlak juga penting bagi membentuk generasi remaja yang

berkarisma dan seterusnya menerajui Negara,dengan menjadi pemimpin pada masa akan

datang.

Kesimpulan

Dengan demikian,dengan beberapa kajian mengenai keruntuhan akhlak remaja

yang tidak bermoral itu,pengkaji terpanggil untuk mengkaji cara pemulihan akhlak yang

terbaik menurut Islam dan pelaksanaannya bagi menyelesaikan masalah keruntuhan

akhlak remaja Islam.Pemulihan remaja ini,mestilah menimbulkan kesedaran dan

keinsafan dalam diri,agar menjadi remaja berjaya di dunia dan di akhirat.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

59
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan salah satu bab yang amat penting bagi membuat

sesuatu kajian mengikut prosedur atau kaedah pelaksanaan kajian yang dijalankan.Dalam

bab ini ada beberapa aspek yang berkaitan dengan prosedur kajian akan dihuraikan secara

terperinci.Antara aspek yang dikemukakan adalah reka bentuk kajian,tempat

kajian,populasi serta sample kajian,instrument kajian,kajian rintis,prosedur kajian,analisis

data dan jangka masa kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

60
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Kajian yang akan dijalankan ini merupakan kajian kes berbentuk deskriptif yang

menggunakan tinjauan melalui pengedaran soal selidik.Menurut Mohamed Najib Abdul

Ghafar (1999):123) Kajian deskriptif merujuk kepada pengumpulan data

sekunder(penyelidik bukan saksi utama)untuk menentukan satu fenomena.Menurut Mohd

Majid Konting (2005;96) penyelidikan ini amat bermatlamat untuk menerangkan satu

fenomena yang sedang berlaku.Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat

sesuatau peristiwa yang berlaku.

Menurut Van Delan(dalam Mohd Najib,1999:123) kajian kes deskriptif

menerangkan fenomena dengan cara menganalisis data deskriptif yang diperolehi

daripada borang soal selidik. Mohd Majid Konting (2005:96) pula menyatakan bahawa

penyelidikan deskriptif bertujuan menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang

diterokai.Perkara ini disokong oleh Gray,1996( dalam Mohd Majid Konting 2000-96)

yang menyatakan bahawa kajian deskriptif melibatkandata dalam usaha menjawab

persoalan kajian dengan menggunakan kaedah soal selidik untuk mengetahui

keberkesanan pemulihan akhlak remaja yang telah dilaksanakan terhadap individu remaja

tersebut.

Mohd Najib (1999:89) menyatakan soal selidik selalunya digunakan unutk

mengetahui sikap seseorang.Maka,pengkaji,memilih instrument soal selidik kerana sesuai

dengan tujuan penyelidikan.bagi memilih instrument yang dikemukakan ianya hendaklah

jimat masa dan jimat kos.Responden hanya memilih jawapan yang disediakan.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

61
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Menurut Mohd Majid Konting (2005: 202),soal selidik merupakan alat ukur yang

digunakan dalam kajian bagi mendapatkan matlumat yang tepat mengenai

fakta,kepercayaan,perasaan,kehendak dan sebagainya.

Secara umumnya,reka bentuk kajian ini meliputi kajian perpustakaan dan

soalselidik.Semua maklumat yang diperolehi akan ditafsirkan secara kuantitatif.

i. Kajian Perpustakaan

Kajian secara perpustakaan ini digunakan untuk mencari maklumat yang


berkaitan dengan sejarah Pusat Perlindungan Wanita ditubuhkan dan program
pemulihan yang dilaksanakan sejauhmanakah keberkesanannya terhadap pelatih-
pelatih. Bahan-bahan bagi kajian ini termasuklah buku-buku, majalah,penulisan
blogger, jurnal, kertas kerja dan sebagainya. Kajian perpustakaan turut melibatkan
internet.Bahan rujukan diperolehi daripada beberapa perpustakaan Awam dan
Universiti tempatan berhampiran.Metod ini akan digunakan secara keseluruhan
dalam semua bab.

ii. Kaedah Soal Selidik

Penulis menggunakan satu set borang soal selidik untuk mendapatkan

maklumat daripada pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan mengenai

keberkesanan program yang dijalankan di Pusat Perlindungan tersebut. Borang

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

62
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
soal selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan

C. Soalan bahagian A merupakan latar belakang pelatih, manakala bahagian B

merupakan keberkesanan program yang disediakan terhadap proses pemulihan

pelatih dan bahagian C merupakan pengalaman pelatih mengikuti program yang

disediakan di Baitul Ehsan. Seramai kira-kira 200 orang pelatih dipilih secara

rawak untuk menjawab soal selidik ini.

Kajian ini mengaplikasikan kaedah pungutan data secara kuantitatif.Kaji selidik

akan dijalankan kepada responden.Metod Kuantitatif digunakan sepenuhnya untuk

menganalisis data dan membuat kesimpualan dalam bab 4 ,5 dan kesimpulan.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang terletak di

Sabak Bernam Selangor.Subjek kajian merangkumi tiap-tiap ahli yang mewakili dalam

populasi itu (Alias Baba,1992)

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Dalam kajian ini,sampel adalah terdiri daripada remaja perempuan yang berumur

antara 15 hingga 23 tahun.Pelatih-pelatih ini kebanyakkan tinggal di negeri

Selangor.Populasi dan sampel kajian ini ialah remaja perempuan yang mendiami Baitul

Ehsan sebanyak 100 orang sahaja.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

63
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang
akan diedarkan kepada sampel berdasarkan kepada objektif kajian. Soal selidik ini terdiri
daripada empat bahagian:

Segala data dan maklumat yang dikumpulkan adalah berdasarkan kepada bentuk

data primer dan data skunder.

3.5.1 Data Primer

Penulis menggunakan satu set borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat

daripada pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan mengenai keberkesanan

program yang dijalankan di Pusat Perlindungan tersebut. Borang soal selidik yang

diedarkan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D . Soalan bahagian A

merupakan latar belakang pelatih, manakala bahagian B merupakan keberkesanan

program yang disediakan terhadap proses pemulihan pelatih,bahagian C merupakan

pengalaman pelatih mengikuti program yang disediakan di Baitul Ehsan dan bahagia D

hubungan pelatih dengan pencipta dari sudut amaklan dan penghayatan.. Seramai 200

orang pelatih dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik ini.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

64
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
i. Latar Belakang Demografi (Bahagian A)

Bahagian ini menumpukan soalan-soalan mengenai maklumat umum latar


belakang demografi responden. Maklumat-maklumat tersebut ialah umur, jantina,
status, keturunan, tempat tinggal, pendidikan, aliran pendidikan, sektor pekerjaan
dan pendapatan.

ii. Keberkesanan program yang disediakan terhadap proses pemulihan


terhadap pelatih (Bahagian B)

Bahagian ini menumpukan soalan-soalan yang berkaitan dengan punca-punca


remaja terjebak dengan salahlaku seksual.. Ia dipecahkan kepada tiga konstruk
iaitu; i. Faktor Persekitarani ii. Faktor Keluarga dan iii. Faktor Rakan Sebaya.

iii. Penghayatan Keagamaan dan Amalan Remaja pengalaman pelatih


mengikuti program yang disediakan di Baitul Ehsan (Bahagian C)

Bahagian ini menumpukan soalan-soalan yang berkaitan dengan penghayatan


keagamaan remaja dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan kepada tiga konstruk
iaitu; i. Minat ilmu agama, ii. Amalan dan iii. Kawalan diri.

iv. Hubungan remaja dengan pencipta sejauhmana keakrabannya.


(Bahagian D)

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

65
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Bahagian ini akan menumpukan persoalan kepada cadangan yang bersesuaian
untuk penyelesaian isu dan akan membantu cadangan yang berkesan. Bahagian
ini mengandungi bahagian cadangan yang telah disediakan oleh penulis dan
responden diminta membuat persetujuan mereka. Ruang kosong disediakan bagi
responden untuk menyatakan idea-idea mereka yang tersendiri.

(Skala Likert)

Skala ini digunakan kerana ia mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sangat

tinggisehingga 85%(Menurut Majid Konting,1994)Manakala menurut Mohd Najib (1999

:88) kaedah ini respoden boleh memilih jawapan daripada satu kontium (ekstrem ke

ekstrem)

Terdapat lima maklum balas berdasarkan skala likert ini :

Skor 1 : Amat Tidak Setuju

Skor 2 : Tidak Setuju

Skor 3 : Kurang Setuju

Skor 4 : Setuju

Skor 5 : Amat Setuju

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

66
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Soalan-soalan berkaitan di bahgian B dibahagikan kepada dua bahagian.Di mana

bahagian 1 berkaitan program pemulihan yang dijalankan merangkumi 1 hingga

20..Bahagian 2 pula berkaitan dengan mengenal pasti keberkesanan dan penghayatan

program serta pengisian yang dijalankan,merangkumi soalan 21 hingga 47.

3.5.2 Data Sekunder

i) Kajian Dokumen

Data-data kajian ini juga diperolehi melalui kajian-kajian dokumen seperti buku, tesis,

akhbar artikel dan lain-lain. Selain itu, maklumat-maklumat mengenai pelatih dan Pusat

Perlindungan Wanita Baitul Ehsan diambil dari dokumen- dokumen simpanan Baitul

Ehsan sendiri.

3.6 Prosedur Kajian

Prosedur kajian merupakan eleman penting agar tercapai objektif kajian yang

dikehendaki.Berikut adalah prosedur kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

Perbincangan di antara penyelidik dengan penyelia bagi menetapkan tajuk


kajian

Menghantar kertas cadangan penyelidikan meliputi Bab 1(Pengenalan),Bab


2(Sorotan Kajian )dan Bab 3 (Metodologi Kajian ) untuk penyemakan

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

67
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

Penyelidik menyediakan instrument kajian,mengadakan kajian rintis,


mengedarkan set soalselidik dan membuat penambahbaikkan ke atas
penulisan Bab 1,2,dan 3 setelah mengadakan perbincangan dengan
penyelia

Penyelidik melakukan analisis daripada kajian rintis.Bagi item-item yang


kurang sesuai akan dibuat penambahbaikan.

Penyelidik akan mengumpul data kajian dan menganalisis data dengan


perisisan Statistic Package For Social Science (SPSS)

Menyediakan laporan akhir merangkumi Bab ! hingga 5

Menyediakan kertas kerja untuk pembentangan

Penyerahan akhir Tesis Sarjana

Pengkaji memilih sampel terdiri daripada remaja yang tinggal di Pusat perlindungan

wanita.Pengkaji memohon kebenaran daripada pihak yang berkenaan.Pengkaji

memberikan maklumat cara menjawab yang betul dan tepat untuk memastikan data yang

dikumpul benar.

3,7 Kesahan dan kebolehpercayaan

Kesahan merujuk kepada kesesuaian interpretasi yang dibuat daripada markah

ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

68
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
penilaian tersebut (Mohd Najib Abdul Ghafar,1999)Kesahan dalam kajian ini mengikut

soalselidik yang digunakan iaitu mengenalpasti bagaimana keberkesanan modul

pemulihan akhlak di Baitul Ehsan dilaksanakan terhadap para pelatih bermasalah itu

memberi kesan atau sebaliknya.Pengkaji membina soalan yang menjurus kepada

persoalan dan objektif kajian agar soalselidik dapat menjawab permasalah kajian.

3.8 Kajian Rintis

Kajian ini dijalankan untuk menjalankan ujian sebenar.Tujuan dijalankan kajian

rintis ini adalah untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal

selidik.Untuk itu pengkaji mengambil item-item dari kajian lepas yang mana telah sah

kebolehpercayananya dan diubah suai mengikut kesesuaian tajuk kajian pengkaji.

3.9 Kajian Sebenar

3.8 Analisis Data

Data-data yang diperoleh daripada responden diperoses dengan menggunakan

program Statiscal Package for Social Sciences (SPSS) versi 17.0 untuk mendapatka

peratusan min bagi setiap item soalan.

Azizah Tumiran (1999) dalam Siti Hasriah mengatakan huraian dalam

penganalisaan boleh dirumus berdasarkan kepada nilai berikut:

i. Nilau skor min antara 3.6661 hingga 5 menunjukkka tahap persetujuan

yang tinggi

ii. Nilai skor antara 1 hingga 2.33 menunjukkan tahap persetujuan yang

rendah.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

69
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

3.9 Jangka Masa Kajian

Dalam menjalankan kajian ini memang ada melibatkan kos masa dan tenaga dan

wang ringgit.Ia bermula dari awal semesta pertama lagi dalam membincangkan tajuk

tesis.

Kajian di Pusat Perlindungan Wanita (menjalankan soal selidik )pada bula

September 2013 dan Disember 2013).Kajian ini memakan masa 2 tahun iaitu dari 2014

hingga 2016.

3.10 Kesimpulan

Merujuk kepada metodologi kajian ini,penkaji telah mengatur beberapa langkah

yang mesti diikuti oleh penyelidik supaya keputusan dicapai bertepatan dengan objektif

kajian.Pengkaji juga telah menentukan reka bentuk kajian untuk memudahkan pengkaji

menjalankan kajian.Pengkaji juga menentukan sampel yang ingin dikaji menerusi

instrument yang telah disediakan.Pengkaji memilih remaja Pusat Perlundungan

Wanita,sebagai sampel dan soal selidik sebagai instrument untuk menyampaikan data.

Dalam konteks pemulihan akhlak manusia dalam sesuatu masalah yang

dihadapiamat perlu di sana tarbiyah dan didikan yang berterusan bagi merealisasikan

iman dan takwa sebagai pegangan hidup,akhlak yang baik merupakan aset terpenting

yang harus dijana sebaik mungkin demi mencapai “Al-Falah” iaitu kejayaan di dunia dan

akhirat. Ini bertepatan dengan pernyataan dan gesaan Allah dalam firman-Nya yang

bermaksud: “Kami tinggikan darjat kedudukan sesiapa yang kami kehendaki, dan tiap-

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

70
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui”.

(Surah Yusuf: 76).

Sebagai konklusinya, kajian yang dilaksanakan ini mampu memberi

penambahbaikan keberkesanan pelaksanaan pemulihan akhlak di Pusat Perlindungan

Wanita ke arah pembangunan pemulihan akhlak yang tinggi bagi melahirkan generasi

yang insaf bertaubat,beriman,bertaqwa dan beramal soleh.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

71
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

BIBLIOGRAFI

Al-Quran : Surah Yusuf ayat 76.

Ghazali Darussalam,(2003) Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah


Norlizah Che Hassan,2014.Dinamika Kendiri Remaja.UPM

Ucapan:

Shahrizat Abdul Jalil. (2005).Ucaptama sempena Seminar Keluarga Bahagia 2005 dlm
.input Ucaptama
Khalim Zainal, 2010. Pembentukan Tingkah Laku Remaja Menurut Barat dan Islam,
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari.

Kamus Dewan eisi 2005, Terbitan Dewan Bahasa da Putaka.

Abu Zarin b. Selamat 2014 Penilaian Kurikulum tamadun Islam terhadap pelajar bukan
Islam di Politeknik Kawasan Tengah
Yusuf Qardhowi
Imam Ghazali ‘ihya’ Ulumuddin
Fati Yakan
Abu Nasih Ulwan Tarbiatul Aulad

Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini. 2013. Keberkesanan Pelaksanan Kursus Pendidikan


Islam Fardu Ain Ke Arah Pembangunan Modal Insan Dalam Kalangan Tentera. Tesis
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Dr.James E.Gardner (1990). Memahami Gejolak Masa Remaja: PenerbitMitra Utama,


Jakarta.

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

72
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace
30 November – 01 December 2016
Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia
Sufean Hussin, 2002.Masalah Remaja daripada Keluarga Ibu Tunggal, Tinggi Press
Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my (9 oktober 2012)

http://www.sinarharian.com.my (9 oktober 2012)

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

73

Anda mungkin juga menyukai