Anda di halaman 1dari 40

MODEL KEPERCAYAAN, SIKAP DAN AMALAN

PENGAJARAN DALAM KALANGAN


GURU PERMULAAN MATEMATIK
BAGI SEKOLAH RENDAH DI
MALAYSIA

NOZIATI BINTI BORHAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


MODEL KEPERCAYAAN, SIKAP DAN AMALAN PENGAJARAN DALAM
KALANGAN GURU PERMULAAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH
DI MALAYSIA

NOZIATI BINTI BORHAN

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI


IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2017
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

15 September 2017 NOZIATI BINTI BORHAN


P 63932
iii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt Rabb yang telah mengurniakan rezeki dan
rahmatNya atas jihad menuntut ilmu ini. Hanya dengan keizinanNya jua, perjalanan
penyelidikan ilmu ini dapat disempurnakan sebagai satu syarat utama memperoleh Ijazah
Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pendidikan Matematik. Saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada penyelia saya Yang Berbahagia,
Prof. Madya Dr Effandi Bin Zakaria (UKM) , penilai dalaman hasil kerja tesis ini Dr
Roslinda Rosli dan penilai luar atas segala bimbingan, nasihat, dorongan dan ilmu yang
diberi sepanjang perjalanan menuntut ilmu penyelidikan ini. Segala jasa baik, bimbingan,
dorongan, teguran dan nasihat yang diberikan amat bermakna dan bernilai untuk saya
tingkatkan ilmu dalam bidang pendidikan matematik di masa akan datang. Hanya Dia yang
mampu membalas segala ilmu dan jasa baik yang diberikan.

Penghargaan ini turut dikongsi bersama dengan setinggi-tinggi ucapan ribuan terima
kasih kepada Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di atas
pembiayaan pengajian ini sepenuhnya. Turut dititipkan ucapan ini kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung terutama para pensyarah dari fakulti
pendidikan UKM , Prof Madya Dr Uzi Dolah (UPSI), Prof Madya Dr Ahmad Fauzi (UPM),
Prof Madya Datin Dr. Sharifah Nurul Akmar Syed Zamri (UM), Prof Madya Dr. Mazlini
Adnan (UPSI), Dr Yusminah Yusuf (IPIS) dan Dr S. Pumadevi (IPGKRM), ketua-ketua unit
bahagian sekolah rendah Jabatan Pendidikan Negeri, guru besar serta barisan pentadbir
sekolah, guru permulaan yang terlibat atas perkongsian ilmu bagi penambahbaikan
penulisan tesis ini.

Sekalung penghargaan yang teristimewa buat kedua ibu bapa yang di kasihi Haji
Borhan Bin Hassan dan Hajjah Bedah Binti Ariff serta suami Makhzan Bin Maulud yang
sentiasa memberikan semangat padu untuk terus berjuang menuntut ilmu, sokongan yang
tidak pernah putus dengan doa yang sentiasa mengiringi dalam menempuh perjuangan ilmu
ini. Penghargaan juga buat dua permata hati Nurein Nur Ailiz dan Muhammad Nazrin yang
sentiasa memahami saat-saat getir dan susah payah bersama. Juga tidak dilupakan buat adik
beradik yang memahami kesukaran yang dihadapi, semoga Allah merahmati anda semua.
Buat insan-insan istimewa yang sentiasa memberikan dorongan agar terus berjuang Dr Siti
Mistima Maat, Dr Farah Mukhtar dan rakan seperjuangan akan tetap dalam ingatan. Hanya
Allah jua yang membalas segala kebaikan yang diberikan dan mengurniakan segala
maghfirahNya kepada kalian tersayang. Semoga ilmu yang saya peroleh ini saya salurkan
kepada jalan yang benar-benar memberikan manfaat kepada agama, bangsa dan negara. In
Sha Allah.
iv

ABSTRAK

Guru permulaan perlu menguasai beberapa aspek kemahiran dan sikap demi memenuhi
agenda kerajaan yang pelbagai selari dengan pedagogi abad ke 21. Pengalaman yang telah
dilalui oleh guru permulaan memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Komitmen guru permulaan amat perlu bagi melaksanakan kaedah dan
strategi pengajaran bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Justeru itu, kajian
yang dilaksanakan ini adalah bagi mengenal pasti hubungan struktural antara kepercayaan,
sikap dan amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan sekolah rendah di Malaysia.
Seramai 263 responden telah dipilih bagi terlibat dalam kajian ini melalui pensampelan
secara rawak berstrata dari seluruh Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 91
item berskala Likert lima mata digunakan sebagai instrumen bagi fasa pemerolehan data.
Kajian ini menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal melalui perisian IBM
SPSS Statistics 21. Manakala AMOS versi 21 digunakan bagi model persamaan struktural,
analisis laluan dan analisis faktor kesahan (CFA) bagi menguji hipotesis kajian pada aras
signifikan p<.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif secara
tidak langsung yang signifikan antara kepercayaan dan sikap serta sikap dengan amalan
pengajaran. Namun begitu, kepercayaan tidak mempunyai hubungan yang signifikan
dengan amalan pengajaran. Dapatan kajian turut mengenal pasti sikap merupakan
pengantara yang menghubungkan antara kepercayaan dan amalan pengajaran. Akhirnya,
penambahbaikan dan perubahan dari aspek reka bentuk aktiviti, latihan program
pembangunan profesional dan program latihan keguruan dapat di laksanakan sebagai satu
usaha melengkapkan guru permulaan dengan strategi pengajaran, kaedah, kemahiran yang
diperlukan serta pengetahuan untuk melahirkan guru yang komited dalam bilik darjah.
v

MODEL OF BELIEF, ATTITUDE AND TEACHING PRACTICES AMONG NEW


TEACHERS FOR PRIMARY SCHOOL IN MALAYSIA

ABSTRACT

New teachers need to master some aspects of skill and attitude in order to fulfill the
government's agenda with the 21st century pedagogy. The experiences of new teachers in
the first year of service affect the effectiveness of teaching and learning in the classroom.
The commitments of new teachers to implement the methods and teaching strategies was
deemed necessary in order to produce students who are creative and innovative. Therefore,
this research was conducted to determine the structural relationship between beliefs,
attitudes and teaching practices among new teachers throughout Malaysia. A total of 263
respondents were selected to participate in this research through stratified random sampling
from all over Malaysia. A questionnaire containing 91 items with five-point Likert scales
was used as an instrument for data acquisition phase. This research used principal
component analysis (PCA) which analyzed using IBM SPSS Statistics 21. AMOS Version
21 was used for structural equation modeling, path analysis and confirmatory factor analysis
(CFA) for testing the hypotheses on the significant level of p <.05. The findings indicated
that there is a positive indirect relationship between beliefs and attitudes and also attitudes
and teaching practices. However, beliefs do not have a significant relationship with teaching
practices. The finding also showed that attitude has been identified as a mediator that
connect between beliefs and teaching practices. Finally, improvements and changes in terms
of design activities, training programs, professional development and training programs can
be implemented in an effort to equip teachers with teaching strategies, methods, skills and
knowledge to produce committed teachers in the classroom.
vi

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xvi

BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Tujuan Kajian 8
1.5 Objektif Utama Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Hipotesis Kajian 10
1.8 Kerangka Konseptual Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 15
1.10 Kepentingan Kajian 17
1.11 Definisi Operasional 20
1.11.1 Kepercayaan 20
1.11.2 Sikap 20
1.11.3 Amalan Pengajaran 21
1.11.4 Guru Permulaan 22
1.12 Kesimpulan 22

BAB II KAJIAN LITERATUR


2.1 Pengenalan 23
2.2 Teori dan Model Kepercayaan 23
2.2.1 Teori Tindakan Bersebab Fishbein Dan Ajzen (1975) 23
2.2.2 Teori Tingkah Laku Terancang (1985) 25
2.2.3 Model Kepercayaan Wilkins (2008) 28
vii

2.2.4 Model Kepercayaan Ernest (1989) 29


2.3 Kepercayaan 31
2.4 Kepercayaan Matematik 35
2.4.1 Kepercayaan Terhadap Sifat Matematik 37
2.4.2 Kepercayaan Terhadap Pengajaran Matematik 40
2.4.3 Kepercayaan Terhadap Pembelajaran Matematik 43
2.5 Teori-Teori Sikap 45
2.5.1 Teori Percanggahan Kognitif Festinger (1957) 46
2.5.2 Teori Afektif Kognitif Rosenberg (1960) 47
2.6 Sikap 48
2.6.1 Kebimbangan Matematik 51
2.6.2 Keseronokan Matematik 55
2.6.3 Konsep Kendiri 56
2.6.4 Nilai Matematik 58
2.7 Model Pengajaran 59
2.7.1 Model Pengajaran Asas Robert Glaser (1962) 59
2.7.2 Model Pengajaran Slavin (1994) 61
2.8 Amalan pengajaran 62
2.8.1 Amalan Pengajaran Berpusatkan Guru 66
2.8.2 Amalan Pengajaran Berpusatkan Pelajar 68
2.8.3 Amalan Pengajaran Kreatif 72
2.9 Perkaitan Konstruk Kepercayaan, Sikap dan Amalan
Pengajaran 76
2.9.1 Kepercayaan dan Sikap 76
2.9.2 Kepercayaan dan Amalan Pengajaran 79
2.9.3 Sikap dan Amalan Pengajaran 81
2.10 Kajian Kepercayaan , Sikap dan Amalan Pengajaran. 84
2.10.1 Kajian Dalam Bidang Pendidikan Matematik
Menggunakan Analisis Model Persamaan Struktural 89
2.11 Kesimpulan 92

BAB III METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan 93
3.2 Reka Bentuk Kajian 93
3.3 Populasi Dan Pensampelan Kajian 94
3.4 Saiz Sampel 99
3.5 Instrumen Kajian 100
3.5.1 Item Bagi Konstruk Kepercayaan 101
viii

3.5.2 Item Bagi Konstruk Sikap 102


3.5.3 Item Bagi Konstruk Amalan Pengajaran 104
3.6 Terjemahan Item Instrumen Kajian 105
3.7 Kajian Pra Instrumen 107
3.8 Kajian Rintis 113
3.9 Tatacara Pengumpulan Data 115
3.10 Tatacara Penganalisisan Data 118
3.11 Penyemakan Data 119
3.11.1 Penyimpangan dari Taburan Normaliti 121
3.11.2 Multikolinearan dan Singulariti 121
3.11.3 Pengecaman Data Terpencil 122
3.12 Analisis Statistik 123
3.12.1 Analisis Deskriptif 123
3.12.2 Analisis Inferensi 124
3.13 Analisis Faktor Penerokaan (Exploratory Factor Analysis -
EFA) 124
3.13.1 Analisis Faktor Penerokaan Bagi Konstruk
Kepercayaan 126
3.13.2 Analisis Faktor Penerokaan Bagi Konstruk Sikap 130
3.13.3 Analisis Faktor Penerokaan Bagi Konstruk Amalan
Pengajaran 133
3.14 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 137
3.14.1 Kesahan Instrumen Kajian 137
3.14.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 143
3.14.3 Kebolehpercayaan dan Kesahan Konstruk Model
Persamaan Struktural 146
3.15 Pengujian Pemboleh Ubah Pengantara (Mediator) 150
3.16 Kesimpulan 152

BAB IV DAPATAN KAJIAN


4.1 Pengenalan 153
4.2 Profil Responden 153
4.3 Syarat Pembentukan Model Persamaan Struktural Bagi
Konstruk Kepercayaan, Sikap dan Amalan Pengajaran 156
4.3.1 Analisis Faktor Pengesahan Bagi Konstruk
Kepercayaan 156
4.3.2 Analisis Faktor Pengesahan Bagi Konstruk Sikap 164
4.3.3 Analisis Faktor Pengesahan Bagi Konstruk Amalan
Pengajaran 173
ix

4.4 Kesepadanan Model Persamaan Struktural Bagi Kepercayaan,


Sikap dan Amalan Pengajaran Berdasarkan Data Yang Di
Peroleh 179
4.5 Hubungan Antara Kepercayaan, Sikap dan Amalan
Pengajaran 186
4.6 Sikap Sebagai pemboleh ubah Pengantara (Mediator) Yang
Menghubungkan Antara Kepercayaan Dan Amalan
Pengajaran 189
4.6.1 Pengesahan Sikap Sebagai Pemboleh ubah Pengantara
Menggunakan Pengujian Bootstrapping 191
4.7 Sumbangan Faktor Kepercayaan Terhadap Variasi Sikap dan
Amalan Pengajaran 193
4.8 Penutup 197

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 199
5.2 Ringkasan Kajian 199
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 201
5.3.1 Kesepadanan Model Struktural Bagi Kepercayaan,
Sikap Dan Amalan Pengajaran Dengan Data Kajian
Yang Di Peroleh 202
5.3.2 Hubungan Kepercayaan, Sikap dan Amalan
Pengajaran Dalam Kalangan Guru Permulaan Sekolah
Rendah 206
5.3.3 Sikap Sebagai Pemboleh Ubah Pengantara Yang
Menghubungkan Antara Kepercayaan dan Amalan
Pengajaran 215
5.3.4 Sumbangan Komponen Kepercayaan Terhadap Variasi
Sikap dan Amalan Pengajaran 216
5.4 Rumusan Kajian 217
5.5 Implikasi Kajian 220
5.5.1 Implikasi Teoritikal 220
5.5.2 Implikasi Terhadap Hubungan Profesionalisme Guru
Permulaan 222
5.5.3 Implikasi Terhadap Program Pembangunan
Profesional 224
5.5.4 Implikasi Terhadap Amalan Pengajaran 227
5.6 Sumbangan Kajian 230
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 232
5.8 Penutup 234
x

RUJUKAN 236

LAMPIRAN

Lampiran A Soal Selidik 269

Lampiran B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 280

Lampiran C Pengesahan Instrumen Oleh Pakar 281

Lampiran D Kebenaran Menggunakan Soal Selidik 286


xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 3.1 Taburan Penempatan Guru Permulaan Matematik Mengikut Negeri


dan Tahun Semasa 95

Jadual 3.2 Lokasi Kajian Mengikut Zon dan Negeri Yang Dipilih 95

Jadual 3.3 Jumlah Responden Bagi Pensampelan Rawak Berstrata Mengikut


Negeri 97

Jadual 3.4 Bilangan Responden Berdasarkan Prosedur Statistik 98

Jadual 3.5 Taburan Item Soal Selidik Bagi Setiap Konstruk 101

Jadual 3.6 Pecahan Item Bagi Konstruk Kepercayaan 102

Jadual 3.7 Pecahan Item Mengikut Konstruk Sikap 103

Jadual 3.8 Pecahan Item Mengikut Konstruk Amalan Pengajaran 105

Jadual 3.9 Taburan Responden Kajian Pra Instrumen Mengikut Demografi 108

Jadual 3.10 Nilai Kolerasi dan Indeks Kebolehpercayaan Alpha Cronbach (α)
Bagi Sub Konstruk Kepercayaan Matematik 109

Jadual 3.11 Kolerasi dan Indeks Kebolehpercayaan Alpha Cronbach(α) Sub


Konstruk Sikap Guru Terhadap Matematik 111

Jadual 3.12 Nilai Kolerasi dan Indeks Kebolehpercayaan Alpha Cronbach (α)
Bagi Sub Konstruk Amalan Pengajaran Matematik 112

Jadual 3.13 Model Kebagusuaian Dengan Menggunakan Indeks Fit Untuk


Analisis Faktor Penerokaan (Exploratory Factor Analysis) 114

Jadual 3.14 Indeks Goodness Of Fit 125

Jadual 3.15 Keputusan Analisis KMO Dan Bartlett’s Test Sphericity Bagi
Konstruk Kepercayaan 127

Jadual 3.16 Keputusan Analisis Faktor Penerokaan bagi Kepercayaan 128

Jadual 3.17 Rumusan Bilangan Item Kepercayaan Selepas Analisis 129

Jadual 3.18 Keputusan Analisis Faktor Penerokaan Bagi Konstruk Sikap Dalam
Kalangan Guru Permulaan 131

Jadual 3.19 Rumusan Bilangan Item Sikap Terhadap Matematik Selepas


Analisis Faktor Penerokaan 133
xii

Jadual 3.20 Keputusan Analisis Faktor Penerokaan Bagi Konstruk Amalan


Pengajaran Dalam Kalangan Guru Permulaan 135

Jadual 3.21 Rumusan Bilangan Item Amalan Pengajaran Selepas Analisis


Faktor Penerokaan 137

Jadual 3.22 Panel Pakar Penilai Reka Bentuk Instrumen Kajian 138

Jadual 3.23 Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan 144

Jadual 3.24 Kebolehpercayaan Alpha cronbach (α) Bagi Konstruk Kajian 146

Jadual 3.25 Laporan Kesahan Menumpu (Convergent Validity) Bagi Analisis


CFA Model Persamaan Struktural 148

Jadual 3.26 Rumusan Indeks Kesahan Diskriminan (Discriminant Validity)


Bagi Konstruk Model Persamaan Struktural 150

Jadual 4.1 Analisis Deskriptif Bilangan Guru Permulaan Mengikut Jantina


dan Bangsa 154

Jadual 4.2 Pengalaman Mengajar Matematik 155

Jadual 4.3 Tahun Lantikan, Jenis Sekolah dan Lokasi Sekolah 155

Jadual 4.4 Taburan Penempatan Guru Permulaan Mengikut Negeri


Berkhidmat 156

Jadual 4.5 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Kepercayaan


Terhadap Sifat Matematik 158

Jadual 4.6 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Bagi Kepercayaan


Terhadap Pengajaran Matematik 160

Jadual 4.7 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Kepercayaan


Terhadap Pembelajaran Matematik 161

Jadual 4.8 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Kepercayaan


Terhadap Matematik 163

Jadual 4.9 Nilai CFA Untuk Konstruk Kepercayaan 163

Jadual 4.10 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Kebimbangan


Matematik 166

Jadual 4.11 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran keseronokan


Matematik 167

Jadual 4.12 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Konsep Kendiri 168

Jadual 4.13 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Nilai Matematik 169
xiii

Jadual 4.14 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Sikap Terhadap


Matematik 171

Jadual 4.15 Keputusan CFA Untuk Konstruk Sikap 172

Jadual 4.16 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Pengajaran


Berpusatkan Guru 174

Jadual 4.17 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Pengajaran


Berpusatkan Pelajar 175

Jadual 4.18 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Amalan Pengajaran


Kreatif 176

Jadual 4.19 Indeks Kesepadanan Bagi Model Pengukuran Amalan


Pengajaran 177

Jadual 4.20 Keputusan CFA Untuk Konstruk Amalan Pengajaran 178

Jadual 4.21 Indeks Kesepadanan Model Persamaan Struktural Bagi


Kepercayaan, Sikap Dan Amalan pengajaran 185

Jadual 4.22 Dapatan Persamaan Struktural Bagi Koefisien Laluan dan Ujian
Hipotesis 187

Jadual 4.23 Analisis Keputusan Ujian Pemboleh Ubah Pengantara


(Mediator) 190

Jadual 4.24 Kesan Langsung Yang Dipiawaikan 192

Jadual 4.25 Kesan Secara Tidak Langsung Yang Dipiawaikan (standardized


indirect effect) 193

Jadual 4.26 Rumusan : Kesignifikanan Kesan Langsung dan Kesan Tidak


Langsung 193

Jadual 4.27 Kesan Saiz Berdasarkan Kepada Julat (Cohen 1988) 195

Jadual 4.28 Ringkasan Nilai Pemberat Regresi Ke Atas Sikap dan Amalan
Pengajaran Dalam Model Persamaan Struktural 196
xiv

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian 15

Rajah 2.1 Model Kepercayaan Wilkins (2008) 29

Rajah 2.2 Model Kepercayaan Ernest (1989) 31

Rajah 2.3 Aktiviti Utama Pengajaran Berkesan 41

Rajah 2.4 Proses Perubahan Kepercayaan dan Sikap 51

Rajah 2.5 Model Pengajaran Glaser (1962) 60

Rajah 3.1 Pengaruh Pengantara M Ke Atas Hubungkait Antara K dan E 151

Rajah 3.2 Pengujian Pemboleh Ubah Pengantara (Mediator) 152

Rajah 4.1 Model Pengukuran Kepercayaan Terhadap Sifat Matematik 158

Rajah 4.2 Model Pengukuran Bagi Kepercayaan Terhadap Pengajaran


Matematik 159

Rajah 4.3 Model Pengukuran KepercayaanTerhadap Pembelajaran


Matematik 160

Rajah 4.4 Model Pengukuran Konstruk Kepercayaan Dalam Kalangan


Guru Permulaan Matematik Sekolah Rendah 162

Rajah 4.5 Model Pengukuran Kebimbangan Matematik 165

Rajah 4.6 Model Pengukuran Keseronokan Matematik 166

Rajah 4.7 Model Pengukuran Bagi Konsep Kendiri 168

Rajah 4.8 Model Pengukuran Bagi Nilai Matematik 169

Rajah 4.9 Model Pengukuran Konstruk Sikap 171

Rajah 4.10 Model Pengukuran Amalan Pengajaran Berpusatkan Guru 173

Rajah 4.11 Model Pengukuran Amalan Pengajaran Berpusatkan Pelajar 174

Rajah 4.12 Model Pengukuran Bagi Faktor Amalan Pengajaran Kreatif 175

Rajah 4.13 Model Pengukuran Konstruk Amalan Pengajaran Dalam


Kalangan Guru Permulaan Sekolah Rendah 177
xv

Rajah 4.14 Model Pengukuran Kepercayaan, Sikap dan Amalan


Pengajaran 180

Rajah 4.15 Model Persamaan Struktural Kepercayaan, Sikap dan Amalan


Pengajaran 181

Rajah 4.16 Nilai Kesepadanan Model Pengukuran Kepercayaan, Sikap dan


Amalan Pengajaran Dalam Kalangan Guru Permulaan Selepas
Semakan Semula 183

Rajah 4.17 Model Persamaan Struktural Kepercayaan , Sikap dan Amalan


Pengajaran Sebelum Nilai Kesepadanan 184

Rajah 4.18 Kesepadanan Model Persamaan Struktural Kepercayaan 186

Rajah 4.19 Model Persamaan Struktural Bagi Meramal Sumbangan Relatif


Kepercayaan Terhadap Amalan pengajaran dan Sikap 195

Rajah 5.1 Model Akhir Persamaan Struktural Yang Telah Dilaksanakan 232
xvi

SENARAI SINGKATAN

AKEPT Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi

AMOS Analysis of Moment Structures

AVE Average Variance Extracted

BPG Bahagian Pendidikan Guru

BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum

CFA Confirmatory Factor Analysis

CFI Comparative Fit Index

C.R Critical Ratio

CR Constructs Reliability

Df Degrees of Freedom

EFA Exploratory Factor Analysis

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

GFI Goodness-of-Fit Index

IPG Institut Pendidikan Guru

IPIS Institut Pendidikan Guru Islam

ISMP Ijazah Sarjana Muda Perguruan

JNJK Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KMO Kaiser-Meyer-Olkin Measures of Sampling Adequacy

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

MI Modification Index

NFI Normed Fit Index

OECD Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan


xvii

PCA Principal Component Analysis

PFI Parsimonious Fit Index

PGFI Parsimonious Goodness-of-Fit Index

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PISA Programme for International Student Assessment

PNFI Parsimonious Normed Fit Index

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

SGM Standard Guru Malaysia

RMSR Root Mean Square Residual

RMSEA Root Mean Square Error of Approximation

SEM Structural Equation Modeling

SK Sekolah Kebangsaan

SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

SPSS Statistical Packages for Social Sciences

TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study

TPB Theory of Planned Behaviour

TRA Theory of Reasoned Actioned

TLI Tucker-Lewis Index

UM Universiti Malaya

UPM Universiti Putra Malaysia

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris


1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dalam dunia yang kini dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi , jatuh
bangunnya sesebuah negara bangsa adalah bergantung kuat kepada utuhnya sistem
pendidikan. Sistem pendidikan merupakan wadah kepada saluran yang mempersiapkan
generasi pelapis yang akan membangunkan sesebuah negara bangsa. Kementerian
memperoleh pelbagai input dari golongan pendidik, ahli akademik, ibu bapa dan pelajar
mengenai keperluan bagi memastikan aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai
sepenuhnya dan seterusnya meningkatkan kualiti profesionalisme guru.

Lantaran itu, pendidikan negara haruslah dicorakkan dengan pelaksanaan sistem


pendidikan yang berpaksikan kepada falsafah pendidikan yang mantap dan jitu.
Pemilihan golongan pendidik yang terbaik dengan latihan keguruan yang tinggi
kualitinya untuk menyertai profesion ini perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya
demi memperkasa dan memartabatkan sistem pendidikan dalam pelbagai bentuk
perubahan di abad ini sejajar dengan perkembangan bidang pendidikan semasa.

Sehubungan dengan itu, perubahan pesat yang berlaku di awal abad 21 ini telah
memperlihatkan pelbagai idea yang bersifat progresif, dinamik dan pragmatik mengenai
pendidikan seterusnya yang memberikan implikasi terhadap kualiti keguruan
khususnya. Saling hubungan ini dapat dilihat apabila kualiti keguruan mempunyai
perkaitan yang kuat dalam menentukan kualiti sistem pendidikan negara. Malahan,
sistem pendidikan negara bermatlamat dalam memberikan tumpuan kepada penghasilan
tenaga pendidik yang berilmu, progresif, berketerampilan, berdaya saing agar dapat
meletakkan pendidikan negara di tahap yang terbaik. Oleh yang demikian, peranan guru
2

sebagai penyampai ilmu, pembimbing, pembentukan akhlak pelajar perlulah bersifat


menyeluruh yang menuntut profesion perguruan untuk meluaskan konsep pendidikan
yang sesuai dengan perubahan yang berlaku dalam era globalisasi ini.

Sejak awal lagi, profesion keguruan menyedari perubahan yang pesat ini dan
telah menjadi satu cabaran bagi para guru dalam mempersiapkan diri mereka dalam
melaksanakan perubahan yang berlaku dengan penuh komited dan bertanggungjawab
terutamanya dalam kemenjadian modal insan. Penambahbaikan dan peningkatan kualiti
menjadi antara aspek yang diberikan perhatian utama melibatkan kepimpinan,
pengurusan organisasi, kurikulum, pembelajaran dan pemudahcaraan. Sehubungan
dengan itu, bagi mencapai hasrat melahirkan guru yang cemerlang dan berwibawa,
aspek yang dinilai bukan sahaja tertumpu kepada aspek luaran sahaja tetapi dari
pelbagai aspek keperkasaan seperti profesionalisme, prinsip, keutuhan peribadi,
keterampilan mental dan intelektualitinya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta
kebijaksanaan kepimpinannya (Nazeri 2014).

Walau bagaimanapun perkara tersebut perlu ditangani sebaiknya berdasarkan


matlamat negara dalam memastikan penghasilan tenaga pendidik adalah memenuhi
ciri-ciri yang diperlukan bagi sumber tenaga manusia yang cemerlang dan berkualiti.
Lantaran itu, bagi memenuhi ciri-ciri yang diperlukan, golongan intelektual dan barisan
pendidik harus merancang pendidikan secara berterusan dalam melakukan
pembaharuan dari aspek pedagogi, kreativiti, inovasi, kepercayaan dan amalan guru
agar kualiti profesion keguruan dapat dipertingkatkan .

Komitmen yang tinggi perlu dilakukan sepenuhnya oleh para guru dengan usaha
positif guru melaksanakan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran terutama
dalam transformasi pendidikan bertaraf dunia menjelang 2020. Secara realitinya,
memang tidak dapat dinafikan bahawa guru perlu mengukuhkan profesionalisme
dengan ilmu kemahiran, teori pendidikan, kurikulum, pedagogi, berpengetahuan luas,
mempunyai imej dan sikap diri yang tinggi untuk meletakkan martabat profesion
keguruan Malaysia bertaraf dunia. Justeru, bagi memastikan profesion keguruan adalah
bertaraf dunia, semua golongan pendidik perlulah melakukan perubahan anjakan
paradigma secara lebih sistematik dan menyeluruh agar ciri-ciri kecemerlangan diiktiraf
sepenuhnya dari pelbagai aspek pendidikan.
3

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan guru hari ini bukan sahaja merujuk kepada proses meningkatkan kecekapan
pengajaran yang terbaik yang dapat memberikan impak yang besar dalam dunia
pendidikan. Tetapi ia juga merupakan satu usaha mendidik golongan guru permulaan
yang berilmu tinggi dalam masyarakat profesional serta dapat memberikan sumbangan
kepada pembangunan keguruan secara khususnya hingga menjadi profesion pilihan
(PPPM 2013-2025) dalam kalangan masyarakat. Setiap tahun, sebilangan besar guru
permulaan yang telah tamat pengajian akan ditempatkan di sekolah rendah dan
menengah di seluruh Malaysia. Demografi profesion keguruan menunjukkan bahawa
profesion ini mempunyai ramai guru yang muda dan hampir dua pertiga daripada
keseluruhan guru berada pada umur di bawah 40 tahun.

Implikasi kepada keadaan ini memperlihatkan bahawa guru muda ini akan
berkhidmat dalam tempoh 20 tahun akan datang dan 50% daripadanya akan berkhidmat
sehingga 30 tahun yang akan datang (PPPM 2013). Sehubungan dengan itu, adalah
penting kualiti guru yang dilahirkan di alaf 21 ini merupakan guru yang mampu
membentuk generasi dan sistem pendidikan yang cemerlang agar berkemampuan
membangunkan masyarakat dan negara selari dengan perkembangan terkini serta
mengatasi cabaran-cabaran terkini. Guru permulaan telah menerima pelbagai input ilmu
pengetahuan semasa berada di dalam proses pengajian. Yakni guru permulaan yang
berwibawa mampu mendidik pelajar menjadi insan yang unggul serta memenuhi
tuntutan mendidik di zaman mencabar ini sejajar dengan keperluan individu demi masa
depan pendidikan negara.

Cabaran mendidik dalam kalangan guru permulaan ini harus dilihat dari
pelbagai aspek terutama dalam membina pedagogi pembelajaran di dalam abad 21 yang
menitikberatkan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Namun begitu, senario yang
berlaku ini memberikan gambaran akan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan
yang harus ditempuh oleh golongan-golongan profesional bagi memastikan kualiti
pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang berada di tahap yang lebih
cemerlang dan berkualiti.
4

Sementara itu, cabaran dan rintangan profesionalisme keguruan turut


merangkumi aspek tertentu seperti kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran yang
meninggalkan impak besar kepada pengajaran dan pembelajaran . Ketiga-tiga aspek ini
perlu dilihat sebagai satu konstruk menyeluruh yang mempunyai hubung kait di antara
satu sama lain kerana setiap satunya mempunyai tunjangnya yang tersendiri. Begitu
juga dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011
yang turut menggambarkan cabaran ini dalam kerangkanya tersendiri yang terdiri
daripada enam tunjang utama. Antaranya adalah tunjang kerohanian, sikap dan nilai
yang terdiri daripada penghayatan amalan agama, kepercayaan bagi mencapai
keseimbangan insan dan pembelajaran yang berkesan di abad 21 ini.

Penumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dan kreativiti dalam konteks
pendidikan matematik di abad 21 ini secara tidak langsung dapat mewujudkan
kesinambungan antara kurikulum pendidikan matematik sekolah rendah dengan
pendidikan matematik sekolah menengah yang lebih mencabar. Sejak dua tiga dekad
kebelakangan ini, terdapat kepelbagaian pendekatan dan teknik yang dicadangkan
dalam pelaksanaan pengajaran tetapi bukan kesemua pendekatan atau teknik yang
dicadangkan itu adalah sesuai untuk diaplikasikan dalam semua situasi . Kesemua
cadangan ini merupakan usaha bagi meningkatkan kemahiran matematik dan
penguasaan penyelesaian masalah. Cabaran pengajaran matematik di alaf 21 ini
mempunyai perbezaan yang ketara dengan pengajaran matematik di masa lalu kerana
mata pelajaran matematik memerlukan pemahaman konsep yang menyeluruh selain
kemahiran mengira yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Malahan sistem
kurikulum sedia ada telah dikemas kini kearah pembelajaran yang lebih saintifik
berdasarkan kepada pembelajaran berasaskan masalah, berinovatif, relevan dan terkini
bagi memenuhi pencapaian pembelajaran yang ditetapkan.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa perubahan-perubahan


yang berlaku dari semasa ke semasa dalam kurikulum persekolahan menuntut peranan
yang sepenuhnya daripada semua golongan. Peranan guru adalah penting sebagai
penggerak kepada kesinambungan kurikulum ini (KPM 2013) bagi memastikan
kejayaan atau kegagalan sesuatu perubahan yang dilaksanakan. Ini secara tidak
langsung dapat menghasilkan murid yang lebih berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
5

sebagaimana matlamat yang diharapkan dalam pelaksanaan KSSR hingga berjaya


mencapai hasrat yang diaspirasikan oleh negara maju.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Cabaran globalisasi yang semakin rencam menuntut guru permulaan yang berada di
abad 21 mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran matematik dalam menilai,
mencipta, mengaplikasi operasi matematik, penyelesaian masalah harian dengan
sistematik, tepat dan teliti dengan lebih berkesan. Guru perlu mendedahkan kepada
pelajar pelbagai aspek pemikiran bagi menghasilkan pelajar yang berfikiran secara
kreatif dan kritis supaya dapat menguasai beberapa aspek keterampilan bagi
meningkatkan profesion keguruan. Malahan, guru juga harus mempamerkan sikap,
tingkah laku, kepercayaan dalam setiap aspek amalan pengajaran yang dilaksanakan di
dalam bilik darjah dengan penuh komited. Setiap aspek ini berkaitan di antara satu sama
lain dan kebergantungan ini perlu di analisis bagi mendapatkan satu pengujian secara
menyeluruh untuk melihat hubungan di antara setiap aspek yang terlibat.

Bagi tujuan tersebut, guru harus mampu berhadapan dengan situasi amalan
pengajaran pada masa kini yang terdiri daripada pelbagai pendekatan. Kesemua
pendekatan ini adalah demi memenuhi hasrat dan agenda yang telah di rancang oleh
kerajaan yang selari dengan arus perkembangan dunia (Othman 2000). Oleh yang
demikian, komitmen guru dalam mempelbagaikan kaedah, strategi dan pendekatan
pengajaran amat diperlukan dalam kemenjadian murid dan menghasilkan pelajar minda
kelas pertama yang kreatif dan inovatif (Abd Rahim 2007; Maria Kattou et al. 2009 ;
Starko 2010, Yu-Je Lee 2011) walaupun secara realitinya diketahui terdapat pelbagai
rintangan dan cabaran yang pasti di hadapi semasa proses pelaksanaannya.

Dalam mengaspirasikan hasrat pembentukan modal insan kelas pertama dan


kemenjadian murid ini, tidak di nafikan bahawa terdapat pelbagai perkara yang perlu di
pertimbangkan dalam profesionalisme keguruan. Tinjauan turut mendapati bahawa
guru permulaan menghadapi pelbagai masalah dan berada di tahap sederhana (Kim &
Roth 2011; Nor Asmah et al. 2006; Tengku Zawawi 2005). Antara yang di kenalpasti
adalah pergantungan guru yang sepenuhnya terhadap kaedah pengajaran yang
berbentuk syarahan, kurang penerapan kemahiran berfikir aras tinggi serta tidak
6

mencapai kualiti pengajaran yang diharapkan. Kesemua perkara ini menjadi tumpuan
utama kerana kualiti pengajaran guru menjadi faktor yang paling mempengaruhi
pencapaian pelajar (Darling-Hammond 2000; Jill 2010; Wilson, Flodent & Ferrini
Mundy 2001) dan mampu meningkatkan pembelajaran pelajar (Rockoff
2004;Wischkaemper 2005) terutama dalam situasi pendidikan kini yang senantiasa
berubah. Pengalaman yang dilalui oleh guru dari semasa ke semasa meningkatkan
kualiti guru dari segi kredibiliti dan kepakaran guru dalam bidang yang diceburi . Di
antara kesemua faktor yang menjadi tumpuan ini, terdapat beberapa faktor yang benar-
benar mendominasi perkara tersebut dan adalah perlu mendapatkan gambaran jelas
mengenai sumbangan dan hubungan setiap pemboleh ubah laten yang terlibat ini secara
relatifnya.

Sementara itu, tinjauan Boles dan Troen (2002) turut mendapati bahawa
pengalaman yang telah di lalui oleh guru permulaan pada tahun pertama
perkhidmatannya sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap tahap keberkesanan
amalan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta sikap yang diamalkan
sepanjang tempoh perkhidmatannya. Bukan mudah bagi para guru untuk melengkapkan
penyediaan kemenjadian generasi baharu yang lebih berilmu, berketerampilan tetapi
juga perlu memikirkan kaedah pengajaran yang terbaik untuk disampaikan kepada
pelajar. Justeru itu, indikator yang memainkan peranan dalam pembentukan sikap dan
amalan pengajaran guru harus di fokuskan agar dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta dapat melahirkan generasi
progresif dan dinamik.

Sementara itu, kajian lalu mendapati bahawa masih terdapat guru yang
melaksanakan amalan pengajaran yang berpusatkan kepada guru (Hamidah 2004;
Seman 2004; Zulkiflie 2005), tertumpu kepada penggunaan buku teks (Noraini 2005;
Perkkila 2003) dan papan hitam bagi tujuan menyampaikan pengetahuan serta
kemahiran matematik hingga menyebabkan pelajar kurang aktif dalam pembelajaran
matematik. Amalan pengajaran yang lebih bersifat kreatif dan berpusatkan kepada guru
lebih digalakkan dalam usaha melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Oleh yang
demikian, bagi mendapatkan gambaran secara menyeluruh pendekatan terbaik yang
7

diamalkan dalam kalangan guru permulaan, hubungan secara struktural perlu dijalankan
secara menyeluruh sebagai diagnostik bagi setiap konstruk laten yang terlibat.

Begitu juga halnya dengan tinjauan kajian Raymond (1997) dan Zaidah (2005)
yang turut mendapati bahawa masih terdapat dalam kalangan guru permulaan
matematik yang kurang yakin mengajar dan masih mengamalkan pengajaran secara
tradisional atau didaktik. Guru berpendapat bahawa mengajar dengan baik merupakan
satu tugasan yang berat terutama dalam mempersiapkan diri dengan pelbagai latar
belakang pelajar yang berbeza. Guru di abad 21 ini khususnya guru permulaan harus
menguasai kepakaran dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah terutama apabila terdapat tuntutan inovasi di zaman globalisasi ini dan sentiasa
bersikap terbuka dan positif dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang.

Beberapa faktor telah di kenalpasti menyumbang kepada prestasi pendidikan


Malaysia yang antaranya adalah elemen keutamaan guru untuk menghabiskan sukatan
pelajaran bagi mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan awam tanpa perlu
memahami konsep matematik yang sebenar. Impak daripada itu, pembelajaran secara
kreatif dan kritis tidak dapat di manfaatkan sepenuhnya dalam bilik darjah hingga
timbul beberapa keluhan daripada pelbagai pihak tentang tahap penguasaan matematik
yang lemah dalam kalangan majoriti pelajar di negara ini (Kamel Ariffin 2002).
Kelemahan dikenal pasti dalam dalam membuat penyelesaian masalah (Mahmud 2000;
Mohd & Hassan 2001; Tarzimah & Subahan 2010) hingga menyebabkan pelajar tidak
mampu untuk bersaing setanding dengan pelajar-pelajar dari negara maju yang lain.

Secara umumnya, masih belum terdapat satu kajian menyeluruh dalam konteks
pendidikan Matematik di Malaysia bagi mengenal pasti apakah hubungan struktural
antara kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran serta sumbangan atau pengaruh
kepercayaan terhadap sikap dan amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan
khususnya. Kajian terdahulu turut mendapati bahawa sikap memainkan peranan yang
penting sebagai pengantaraan kepada perubahan sesuatu tingkah laku. Pengaplikasian
kaedah struktural ini dapat memperlihatkan hubungan setiap konstruk kajian
menggunakan teknik analisis yang begitu terperinci serta pengaruh dominan setiap
subkonstruk yang terdapat di dalam konstruk tersebut.
8

Oleh yang demikian, setelah meneliti dan mengkaji situasi ini, pengkaji
menjalankan satu kajian yang menyeluruh ke atas guru permulaan matematik sekolah
rendah di Malaysia bagi mengenal pasti hubungan secara struktural bagi kepercayaan,
sikap dan amalan pengajaran. Dapatan yang di peroleh dari kajian ini sangat penting
bagi memperlihatkan secara menyeluruh hubungan konstruk utama yang terlibat di
dalam kajian ini. Berikutnya kajian ini juga dijangka mampu untuk memberikan
kefahaman dan pendedahan secara struktural tentang pentingnya kepercayaan
seseorang guru terhadap matematik yang akhirnya memberikan implikasi besar kepada
pembentukan sikap dan amalan pengajaran di dalam bilik darjah.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan struktural antara tiga
konstruk iaitu kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran dalam kalangan guru
permulaan matematik bagi sekolah rendah di Malaysia dengan membangunkan satu
model persamaan struktural menggunakan analisis faktor pengesahan (CFA) dan
analisis model persamaan struktural (SEM). Seterusnya model yang dihasilkan melalui
kajian ini dapat menjadi indikator kepada faktor kepercayaan dalam kalangan guru
permulaan yang memberikan impak kepada pembentukan sikap dan amalan pengajaran
guru dalam bilik darjah.

1.5 OBJEKTIF UTAMA KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif yang telah dibentuk. Objektif
bagi kajian ini adalah seperti berikut :

1. Menentukan kesepadanan model struktural bagi konstruk kepercayaan, sikap


dan amalan pengajaran berdasarkan data yang di peroleh dari guru permulaan
matematik bagi sekolah rendah di Malaysia.

2. Menentukan hubungan struktural antara kepercayaan, sikap dan amalan


pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah rendah di
Malaysia.
9

3. Menentukan sejauhmana sikap merupakan pemboleh ubah pengantara


(mediator) yang menghubungkan secara struktural antara kepercayaan dan
amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah
rendah di Malaysia.

4. Menentukan sejauhmana sumbangan konstruk kepercayaan yang terdiri


daripada kepercayaan terhadap sifat matematik, kepercayaan terhadap
pengajaran matematik dan kepercayaan terhadap pembelajaran matematik
terhadap variasi dalam sikap dan amalan pengajaran dalam kalangan guru
permulaan matematik sekolah rendah di Malaysia .

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi menjawab empat persoalan kajian
yang telah dibentuk. Berikut adalah persoalan kajian tersebut:

1. Apakah terdapat kesepadanan model struktural bagi kepercayaan, sikap dan


amalan pengajaran berdasarkan data yang di peroleh dari guru permulaan
matematik bagi sekolah rendah di Malaysia ?

2. Apakah terdapat hubungan struktural antara kepercayaan, sikap dan amalan


pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah rendah di
Malaysia?

3. Sejauh manakah sikap merupakan pengantara (mediator) yang menghubungkan


secara struktural antara kepercayaan dan amalan pengajaran dalam kalangan
guru permulaan matematik bagi sekolah rendah di Malaysia?

4. Sejauh manakah sumbangan kepercayaan yang terdiri daripada kepercayaan


terhadap sifat matematik, kepercayaan terhadap pengajaran matematik dan
kepercayaan terhadap pembelajaran matematik terhadap variasi dalam sikap dan
amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik sekolah rendah
di Malaysia?
10

1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Berikut merupakan hipotesis nol yang telah dibentuk bagi kajian ini:

Persoalan kajian 1 :

H01: Tidak terdapat kesepadanan model struktural bagi konstruk kepercayaan, sikap
dan amalan pengajaran berdasarkan data guru permulaan matematik bagi sekolah
rendah di Malaysia yang di peroleh.

Persoalan kajian 2:

H02a: Tidak terdapat hubungan struktural yang signifikan antara kepercayaan dan sikap
dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah rendah di Malaysia.

H02b: Tidak terdapat hubungan struktural yang signifikan antara sikap dan amalan
pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah rendah di
Malaysia.

H02c: Tidak terdapat hubungan struktural yang signifikan antara kepercayaan dan
amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah rendah di
Malaysia.

Persoalan kajian 3:

H03: Sikap bukan merupakan pengantara (mediator) yang menghubungkan secara


struktural antara kepercayaan dan amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan
matematik bagi sekolah rendah di Malaysia.
11

Persoalan kajian 4 :

H04a : Kepercayaan terhadap sifat matematik tidak memberi sumbangan yang


signifikan terhadap sikap dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah
rendah di Malaysia.

H04b: Kepercayaan terhadap pengajaran matematik tidak memberi sumbangan yang


signifikan terhadap sikap dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah
rendah di Malaysia.

H04c : Kepercayaan terhadap pembelajaran matematik tidak memberi sumbangan yang


signifikan terhadap sikap dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah
rendah di Malaysia.

H04d : Kepercayaan terhadap sifat matematik tidak memberi sumbangan yang


signifikan terhadap amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi
sekolah rendah di Malaysia.

H04e : Kepercayaan terhadap pengajaran matematik tidak memberi sumbangan yang


signifikan terhadap amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi
sekolah rendah di Malaysia.

H04f : Kepercayaan terhadap pembelajaran matematik tidak memberi sumbangan yang


signifikan terhadap amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi
sekolah rendah di Malaysia.

1.8 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Satu kerangka konsep dibentuk dengan berasaskan kepada teori dan model serta melihat
kepada faktor input dari elemen kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran. Gabungan
ketiga-tiga pemboleh ubah ini berkait rapat dengan usaha dan intervensi strategik yang
digunakan oleh guru untuk berhadapan dengan kehidupan profesionalisme serta
membentuk suasana pengajaran yang kondusif. Selain itu, ia juga dapat membentuk
kefahaman guru terhadap hasil yang diterjemahkan oleh pelajar berserta pengalaman
12

yang di peroleh (Devine et al. 2010; Sammons et al. 2007; Van Braak & Van Keer
2008).

Kombinasi dua model kepercayaan yang menjadi asas kepada pembentukan


kerangka konseptual kajian ini melibatkan model kepercayaan Ernest (1989) dan model
kepercayaan Wilkins (2008) selain teori utama Teori Tindakan Bersebab 1975 dan
Teori Tingkah Laku Terancang Ajzen yang telah diubahsuai bagi memenuhi konteks
kajian penyelidikan ini. Pemilihan model kepercayaan ini berserta teori yang
mendasarinya adalah bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji yang
merangkumi aspek mengenal pasti hubungan struktural antara ketiga-tiga konstruk
utama kajian dengan menggunakan analisis faktor pengesahan dan pembangunan model
persamaan struktural selain mengesahkan bahawa setiap konstruk ini saling
mempengaruhi di antara satu sama lain.

Berdasarkan kepada kerangka konseptual yang dicadangkan di Rajah 1.1 ,


pemboleh ubah bersandar , pemboleh tidak bersandar dan pemboleh ubah pengantara
telah dikenal pasti. Berdasarkan kepada pembahagian ini, konstruk kepercayaan
merupakan pemboleh ubah bebas yang turut dikenali sebagai eksogenus dalam analisis
persamaan struktural manakala amalan pengajaran merupakan pemboleh ubah
bersandar atau dinamakan sebagai endogenus. Indikator bagi setiap konstruk
merupakan pernyataan yang digunakan di dalam soal selidik yang dibina bagi mengukur
pemboleh ubah laten di dalam kajian ini.

Kepercayaan merupakan pegangan yang telah sebati dan kukuh pada diri
seseorang dan amat sukar untuk diubah. Kepercayaan dalam kalangan guru amat
penting kerana apa jua amalan dan tindakan yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah
merupakan satu produk kepercayaan mereka (Cooney 2001). Konstruk kepercayaan
yang dikaji di dalam kajian ini terdiri daripada kepercayaan terhadap sifat matematik,
kepercayaan terhadap pengajaran matematik dan kepercayaan terhadap pembelajaran
matematik dan di dapati konstruk kepercayaan ini mempunyai hubungan positif yang
signifikan dengan konstruk sikap (Allan et al. 2005; Moodaley, Grobler & Lens 2006).
13

Berdasarkan model kepercayaan Ernest (1989), kepercayaan terhadap sifat


matematik yang merangkumi beberapa proses penghafalan syarat dan peraturan ini
merupakan salah satu kategori kepercayaan yang paling penting dinyatakan dalam
konstruk kepercayaan. Malahan perkara tersebut menjadi satu subkonstruk utama dalam
mengukur kepercayaan dalam kalangan guru . Kepercayaan memberikan impak kepada
pelaksanaan amalan pengajaran walaupun dipengaruhi oleh beberapa limitasi dalam
konteks sosial dan pemikiran guru.

Terdapat beberapa kajian terdahulu yang mendapati bahawa terdapat perbezaan


yang signifikan antara kepercayaan dan amalan pengajaran mereka yang disebabkan
oleh beberapa faktor lain yang mempengaruhi amalan pengajaran dalam bilik darjah.
Menurut Ernest (1989) perkara tersebut mungkin disebabkan oleh faktor seperti
jangkaan pelajar, ibu bapa, kurikulum, sistem penilaian dan sistem persekolahan
keseluruhannya. Sementara itu, menurut model kepercayaan Wilkins (2008) amalan
pengajaran dipengaruhi secara tidak langsung oleh beberapa faktor yang antaranya ialah
pengetahuan , kepercayaan dan sikap. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang
guru membentuk kepercayaan dan sikap sama ada secara positif atau negatif dan
seterusnya memberikan impak kepada guru untuk bertindak melaksanakannya dalam
amalan pengajarannya di dalam bilik darjah.

Dapatan tinjauan lalu mendapati bahawa kepercayaan terhadap sifat matematik,


kepercayaan terhadap pengajaran matematik dan kepercayaan terhadap pembelajaran
matematik mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan amalan pengajaran
guru di dalam bilik darjah (Beswick 2006, 2007;Charalambos et al. 2002; Ernest
1988,1989, 2000 ; Hall 2005 ; Hart 2002; Manouchehri 2003 ; Reeder 2002; Savasci-
Acikalin 2009; Thompson 1992). Secara tidak langsung hubungan yang terbentuk ini
sudah pasti mempunyai perkaitan dengan konstruk sikap terhadap mata pelajaran
tertentu dan akhirnya memberikan kesan kepada pencapaian pelajar terhadap mata
pelajaran yang diajar oleh guru.

Rohani et al. (2005) dalam kajiannya mendapati bahawa konstruk sikap


mempengaruhi pendekatan guru dalam pengajaran serta pelaksanaan strategi
pengurusan bilik darjah dengan lebih positif (Henson 2001; Pinkston-Miles 2003;
Scharlach 2008) serta dikenal pasti menjadi penentu utama bagi kejayaan akademik
14

(Popham 2005). Pelbagai pembahagian sikap yang dicadangkan oleh pengkaji-pengkaji


terdahulu tetapi pengkaji merujuk kepada perbincangan Leder (1992) yang menyatakan
bahawa subkontruk sikap yang terdiri daripada kebimbangan , keseronokan, konsep
kendiri dan nilai matematik itu merupakan antara isu yang seringkali diketengahkan
dalam kajian.

Sehubungan dengan itu, subkonstruk sikap yang terdiri daripada kebimbangan


matematik , keseronokan matematik, konsep kendiri dan nilai matematik (Leder 1992)
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan amalan pengajaran serta
merupakan pemboleh ubah pengantara yang menghubungkan antara kepercayaan dan
amalan pengajaran guru(Eleftherios & Theodosius 2007 ; Hannula 2002; Hodgen &
Askew 2006; Maria et al. 2015; Philippou & Christou 1998, 2003; Zan & Di Martino
2007) . Amalan pengajaran guru pada masa kini adalah pelbagai berdasarkan kepada
pelaksanaan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam bilik
darjah.

Dalam konteks kajian terhadap guru permulaan, kebanyakan amalan pengajaran


guru permulaan adalah sebagaimana mereka diajar atau dilatih semasa berada dalam
latihan keguruan (Noyes 2004 ; Sabri 2006) dan cenderung untuk melakukan perkara
yang sama apabila memasuki alam pekerjaan sebenar. Amalan pengajaran guru adalah
berbeza di antara satu sama lain walaupun guru mempunyai pengetahuan yang sama
terhadap sesuatu mata pelajaran. Amalan pengajaran berpusatkan guru lebih
mendominasi aktiviti dalam bilik darjah. Apabila guru mendominasi aktiviti dalam
bilik darjah, situasi pengajaran lebih bersifat kuliah atau syarahan manakala pelajar pula
dikumpulkan secara homogen mengikut keupayaan.

Secara ringkasnya, amalan pengajaran berpusatkan guru ini menyebabkan


pelajar melakukan sebarang aktiviti secara bersendirian , lebih bersifat tradisional dan
hanya berdasarkan kepada arahan yang diberikan oleh guru tanpa melibatkan pelajar
dan pengajaran secara kreatif. Walaupun demikian, amalan pengajaran ini sangat efektif
dalam kalangan murid sekolah rendah kerana mereka sangat bergantung kepada
pengajaran dan bimbingan dari guru sendiri. Situasi ini sangat berbeza dengan amalan
pengajaran berpusatkan pelajar yang lebih bersifat konstruktivisme dan begitu
15

digalakkan di mana pelajar berbincang dalam satu kumpulan atau secara berpasang-
pasangan bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Tindakan yang
dilakukan oleh guru permulaan ini menunjukkan bagaimana guru permulaan
menterjemahkan kepercayaannya dalam amalan pengajaran semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku ini secara tidak langsung mengesahkan bahawa wujudnya
hubungan di antara konstruk-konstruk yang terlibat. Hasil daripada kerangka konsep
ini, ketiga-tiga pemboleh ubah kajian ini telah digabungkan bagi menghasilkan satu
model pengukuran dan akhirnya model persamaan struktural bagi konstruk
kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan seperti
mana yang dicadangkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

1.9 BATASAN KAJIAN

Berikut merupakan perincian bagi batasan kajian yang dihadapi oleh pengkaji dalam
melaksanakan kajian ini.

1. Responden Kajian

Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan populasi guru permulaan matematik bagi
sekolah rendah yang merupakan graduan lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) bagi lantikan pertama tahun 2013, 2014 dan 2015. Kesemua responden kajian
16

meliputi mereka yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis


Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Oleh yang
demikian dapatan kajian yang di peroleh adalah terdiri daripada kalangan guru
permulaan yang dipilih berdasarkan kepada pensampelan secara rawak berstrata.
Dapatan kajian daripada kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah rendah di
Malaysia ini tidak menggambarkan pandangan kesemua guru permulaan matematik
termasuklah guru di sekolah menengah di seluruh Malaysia.

2. Instrumentasi

Pengumpulan maklumat bagi kajian ini tertakluk sepenuhnya dengan menggunakan


soal selidik sebagai medium pemerolehan data. Penganalisisan data dalam kajian ini
bergantung sepenuhnya kepada item-item yang dibangunkan oleh pengkaji berdasarkan
adaptasi dan modifikasi yang telah dibuat dari beberapa kajian terdahulu bagi konstruk
kepercayaan,sikap dan amalan pengajaran. Oleh itu, analisis data yang di peroleh
daripada responden adalah bergantung sepenuhnya kepada keikhlasan dan kejujuran
responden yang terlibat dalam kajian untuk menjawab kesemua item yang dikemukakan
di dalam soal selidik. Bagi mengatasi perkara ini, pengkaji menyampaikan beberapa
maklumat penting kepada responden kajian dan pentadbir sekolah sebelum soal selidik
ditadbirkan sama ada secara individu mahupun melalui lampiran yang disediakan
bersama soal selidik yang dipos kepada guru berkenaan.

3. Lokasi

Data yang di peroleh bagi kajian ini hanya merangkumi guru permulaan sekolah rendah
bagi opsyen matematik. Guru ini adalah dari kalangan mereka yang telah berkhidmat di
antara satu hingga tiga tahun dan sehubungan dengan itu, situasi ini merupakan satu
proses yang rumit untuk melibatkan sebilangan guru yang ramai bagi sesebuah negeri
dan daerah. Kebanyakan guru permulaan ini di tempatkan di kawasan-kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak, Perak dan Pahang yang di kategorikan sebagai kawasan
pedalaman P1, P2 dan P3 berbanding dengan guru yang telah mempunyai pengalaman
dan telah lama berkhidmat. Oleh yang demikian, guru yang terpilih sebagai responden
kajian bagi setiap negeri dan daerah perlulah diperluaskan bagi mendapatkan bilangan
17

responden yang sesuai dan menepati syarat apabila dijalankan analisis persamaan
struktural (SEM).

Di samping itu juga terdapat guru permulaan yang ditempatkan di sekolah-


sekolah orang asli yang tidak dikategorikan dalam liputan kajian pengkaji. Ini adalah
kerana bilangan guru permulaan yang ditempatkan di sekolah orang-orang asli ini
adalah sangat sedikit (minoriti) dan hanya terdapat penempatan baharu di beberapa buah
negeri dan daerah sahaja. Malahan terdapat perbezaan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, pendekatan, teknik dan strategi yang digunakan berbanding dengan
pelajar-pelajar yang berada di arus aliran perdana ini.

1.10 KEPENTINGAN KAJIAN

Sememangnya tidak dinafikan bahawa kepercayaan dalam kalangan guru dari aspek
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan sikap semula jadi seseorang guru, perhatian guru dalam bilik darjah serta
mempengaruhi tugasan profesional seseorang guru seperti perancangan pengajaran,
penilaian dan tugasan terutama dalam kalangan guru muda. Kesemua perkara ini akan
memberikan impak kepada setiap keputusan yang di ambil oleh seseorang guru ketika
sesi interaksi bersama para pelajar di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, dapatan
yang di peroleh daripada kajian ini diharap dapat digarap untuk mengenal pasti
hubungan kepercayaan dalam kalangan guru permulaan yang memberikan hasil dapatan
yang sah dan boleh dipercayai berserta dengan pembentukan sikap dan amalan
pengajaran yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
holistik . Berikut dinyatakan beberapa kepentingan kajian kepada pelbagai pihak yang
secara tidak langsung memberikan impak secara keseluruhan.

1. Kepentingan Kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian


Pendidikan Guru (BPG), Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Dengan adanya kajian ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) khususnya
dapat mengambil pendekatan yang relevan dan dinamik bagi melahirkan kepimpinan
guru permulaan yang berkualiti, menyelidiki dan memperbaiki etika profesionalisme
18

pendidikan. Dalam pada itu, maklum balas yang giat dijalankan di peringkat IPGM
saban tahun mengenai penilaian keberkesanan program yang dijalankan juga dapat
memberi nilai tambah kepada kajian pengkaji kerana ia menjurus kepada penglibatan
guru baharu yang ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Selain ini, kajian ini juga dapat menyumbang kepada satu kaedah pentaksiran yang
mantap, berkesan dan menyeluruh terhadap kepercayaan dan sikap guru permulaan
terutama dalam amalan pengajaran di dalam bilik darjah. Perkara ini dapat dijadikan
sebagai penanda aras kepada bakal guru mahupun guru permulaan yang akan dilahirkan
kelak sama ada kepercayaan itu perlu diubah atau terus utuh sebagai suatu pegangan
supaya mereka menjadi guru matematik yang berkualiti dan berkesan. Adalah penting
bagi pihak kementerian pendidikan khususnya di bahagian pendidikan matematik
mengkaji, menilai, menambah baik apa yang telah digubal dan yang akan di gubal
melalui analisis kajian dalam kurikulum pendidikan matematik di sekolah-sekolah di
Malaysia pada masa akan datang.

2. Kepentingan Kepada Organisasi Penyelidik

Proses mengenal pasti kepercayaan dalam kalangan guru permulaan dapat memberi
impak yang besar kepada kumpulan penyelidik yang ingin mendapatkan maklumat
dapatan berkaitan dengan kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran dalam kalangan
guru. Dengan terhasilnya kajian ini, bukan sahaja dari aspek kepercayaan sahaja yang
dapat diterjemahkan malahan aspek berkaitan dengan sikap dan amalan pengajaran guru
baharu dalam menangani isu globalisasi terkini dalam pendidikan matematik terutama
dari segi amalan pengajaran guru.

Oleh yang demikian, dapatan kajian pengkaji dapat memberikan impak dan input
sokongan kepada maklum balas kajian penilaian program bagi graduan IPGM yang
telah ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Maklum balas yang
dijalankan oleh penyelidik peringkat IPGM menjurus kepada keberkesanan modul yang
digunakan sepanjang pengajian, sosialisasi guru baharu dalam kalangan rakan sekerja,
kemahiran komunikasi, amalan pengajaran guru dan beberapa input yang dicadangkan
oleh IPGM. Selain itu, melalui kajian ini juga, diharapkan golongan penyelidik yang
terlibat dengan profesion keguruan benar-benar memahami isu dan persoalan yang
19

wujud di samping mempergiatkan lagi penyelidikan secara meluas dan menjadi nadi
penggerak kepada perubahan dan kemajuan pendidikan negara.

3. Kepentingan Kepada Organisasi Sekolah Di Malaysia

Menerusi kajian ini, ia mampu membantu pentadbiran pihak sekolah mendapat maklum
balas mengenai profesionalisme guru permulaan yang ditempatkan dalam perkhidmatan
sebenar dan peka bahawa kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran seseorang guru
permulaan itu adalah sangat penting dari segi memahami profesion yang digalas serta
komitmen dalam bidang perguruan yang semakin mencabar dewasa ini. Selain itu, ia
juga dapat memberikan fokus yang spesifik kepada guru permulaan terhadap persediaan
rancangan pengajaran, kebolehan dan keterampilan guru, penggunaan bahan
pengajaran, penyampaian pengajaran guru, pengaruh guru terhadap pencapaian pelajar
dan sebagainya yang memberikan impak kepada amalan pengajaran guru di dalam bilik
darjah. Ini adalah kerana profesion perguruan merupakan satu bidang yang dinamik dan
mempunyai kompleksitinya dalam membentuk perkembangan pelajar yang berilmiah,
berpotensi dan berketerampilan. Guru harus mempersiapkan diri dengan potensi diri
yang lebih unggul dan proaktif.

4. Kepentingan Kepada Aspek Pedagogikal

Dengan terhasilnya kajian ini, diharapkan kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran
dalam kalangan guru permulaan dapat menjadi contoh dan teladan dengan meletakkan
aspek keperibadian, kematangan dalam pemikiran, pemilikan kejituan ilmu kepada
guru permulaan yang sedang berkhidmat, guru berpengalaman, guru pelatih dan juga
bakal guru yang berada di institusi pengajian. Ini adalah kerana kualiti guru menentukan
kualiti pengajaran dan amat perlu diberikan perhatian utama dalam sistem pendidikan
berdasarkan amalan terbaik secara global (Goe 2007, 2008 ; Kaplan & Owings 2002;
Mourshed, Chijioke & Barber 2010). Malahan , kajian ini turut memberi manafaat
kepada para murid untuk mendapatkan amalan pengajaran terbaik daripada guru
permulaan yang akan membekalkan ilmu pengetahuan kepada mereka secara holistik
dan berkesan.
20

1.11 DEFINISI OPERASIONAL

Bahagian berikut ini akan memperincikan beberapa definisi operasional bagi memberi
kefahaman yang lebih nyata dan memastikan tafsiran yang betul digunakan di dalam
kajian ini.

1.11.1 Kepercayaan

Menurut Liljedahl (2005) kepercayaan didefinisikan sebagai perkara benar tentang


matematik dan berdasarkan kepada pengalaman sendiri sebagai pelajar matematik.
Turut dikenali sebagai kerangka rujukan atau struktur matematik yang terbina dalam
minda seseorang individu (Malmivouri 2001) yang memainkan peranan yang penting
terhadap sikap, interpretasi, maklum balas afektif yang ditunjukkannya apabila
berhadapan dengan pembelajaran matematik. Berbeza dengan tinjauan Tabachnick dan
Zeichner (2003) yang merujuk kepercayaan dari perspektif guru sebagai satu set idea
dan tindakan yang digunakan dalam pengajaran.

Dalam konteks kajian ini, pengkaji mengklasifikasikan kepercayaan guru


terhadap matematik kepada tiga sub konstruk utama iaitu kepercayaan terhadap sifat
matematik, kepercayaan terhadap pengajaran matematik dan kepercayaan terhadap
pembelajaran matematik. Kepercayaan yang dimiliki oleh seseorang guru terhadap
matematik membentuk tindakan atau sikap positif dan negatif terhadap subjek tersebut
dan seterusnya menyumbang kepada pemilihan pelaksanaan amalan pengajaran dalam
bilik darjah. Malahan terdapat kajian terdahulu yang turut menyatakan bahawa guru
membentuk amalan pengajarannya berdasarkan kepada pegangan kepercayaan
pendidikan yang dimilikinya (Stipek, Givvin, Salmon & MacGyvers 2001).

1.11.2 Sikap

Menurut Beck dan Kosnick (2001) sikap merujuk kepada tingkah laku seseorang guru
dalam usahanya menyampaikan kecekapan dan menyelesaikan sebarang bebanan kerja
bagi memastikan kecemerlangan pendidikan dan melahirkan generasi berkualiti (Abd.
Halim & Rohani 2006).Sikap turut didefinisikan sebagai penilaian keseluruhan
terhadap sesuatu objek berdasarkan kognitif, afektif , tingkah laku dan mempengaruhi
21

sesuatu tindakan (Maio & Haddock 2009). Lantaran daripada itu, sikap memberikan
kesan kepada darjah komitmen guru terhadap peranan yang dibawanya, bagaimana guru
menyampaikan ilmu kepada pelajar dan dalam usaha memperkembangkan kerjayanya
(Chen & Rovegno 2000; Darling-Hammond 2000).

Oleh yang demikian, sikap dalam konteks kajian ini mengukur sikap guru
terhadap matematik dalam aspek pengajaran berdasarkan kepada empat elemen penting
yang sering kali menjadi perbincangan para pengkaji iaitu kebimbangan matematik,
keseronokan matematik , nilai matematik dan konsep kendiri. Umum mengetahui
bahawa individu membentuk sikap berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui dan
sekiranya seseorang guru itu mengamalkan sikap positif, keberkesanan sesuatu inovasi
dapat diperkenalkan dan diimplementasikan dalam pengajaran bilik darjah (Albirini
2006 ; Baylor & Ritchie 2002; Teo 2008) dan begitulah sebaliknya.

1.11.3 Amalan Pengajaran

Amalan merujuk kepada sesuatu yang dilakukan, dilaksanakan , dikerjakan sebagai


suatu kebiasaan, perbuatan baik atau kebajikan. Manakala pengajaran pula merupakan
suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan , pelaksanaan , penilaian
dan maklum balas (Halim et al. 2004; Mok Soon Sang 2002; Rohizani et al. 2005). Pada
masa yang sama, aktiviti pengajaran adalah aktiviti atau proses yang mempunyai
matlamat dan tujuan tertentu. Antara matlamat pengajaran menurut Abdul Ghaffar
(2003) adalah untuk menyampaikan maklumat, membolehkan pelajar menguasai
kemahiran, membantu pelajar memiliki sikap dan nilai yang sihat, menggalakkan
pelajar berfikir secara kritis dan kreatif serta membantu pelajar supaya lebih berdikari.
Oleh yang demikian, amalan pengajaran guru diistilahkan kepada kepercayaan diri
mereka dan bagaimana mereka ini melaksanakan pengajaran mereka dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan itu, amalan pengajaran yang dikaji dalam kajian ini merangkumi
amalan pengajaran berpusatkan guru yang berbentuk tradisional, amalan pengajaran
berpusatkan pelajar atau konstruktivis dan amalan pengajaran kreatif.
22

1.11.4 Guru Permulaan

Norasmah et al. (2006) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) memperincikan definisi
guru permulaan sebagai guru baharu yang terlatih dan mula berkhidmat dalam sistem
pendidikan antara satu hingga tiga tahun . Guru permulaan ini dikastegorikan sebagai
masih dalam tempoh percubaan serta belum disahkan lagi dalam jawatan. Justeru itu,
guru permulaan di dalam kajian ini adalah merujuk kepada guru matematik sekolah
rendah di seluruh Malaysia yang telah memasuki sistem pendidikan bagi profesion
perguruan buat kali pertama dengan mempunyai sedikit pengalaman mengajar (Tsui
2003). Bagi merealisasikan tujuan kajian ini, golongan guru permulaan yang terlibat
sebagai responden kajian ini merupakan guru matematik yang mengajar di sekolah
rendah yang berkhidmat di tiga unit sekolah sama ada Sekolah Kebangsaan (SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
di seluruh Malaysia dengan kelulusan ISMP keluaran IPGM. Golongan guru permulaan
ini menerima lantikan pertama mereka pada tahun 2013, 2014 dan 2015 bagi opsyen
matematik.

1.12 KESIMPULAN

Keupayaan sesebuah negara dalam membangunkan modal insan kelas pertama menjadi
antara daya saing yang perlu ditangani sewajarnya kerana kualiti sesebuah negara
bergantung kepada mentaliti indikator yang menyokongnya. Sehubungan dengan itu,
aspek kepercayaan , sikap dan amalan pengajaran yang dibincangkan dalam kajian ini
merupakan antara indikator penting kepada kualiti profesionalisme keguruan. Pelbagai
kajian terdahulu telah dijalankan bagi mempertingkatkan profesionalisme keguruan dari
semasa ke semasa bagi memenuhi matlamat standard kualiti pendidikan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, beberapa teori dan model kepercayaan diteliti bagi melihat
hubungan antara pemboleh ubah yang terlibat di dalam kajian ini sehingga kepada
pembentukan model struktural. Selain daripada itu, faktor sikap turut dikenal pasti
sebagai pemboleh ubah pengantara (mediator) yang menghubungkan antara
kepercayaan dengan amalan pengajaran. Akhir sekali satu model kepercayaan, sikap
dan amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan dihasilkan melalui dapatan
kajian ini agar dapat dimanfaat sebagai panduan kepada pembentukan kepercayaan,
sikap dan amalan pengajaran guru permulaan khasnya.

Anda mungkin juga menyukai