Anda di halaman 1dari 39

AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ABAD KE-21, PENGETAHUAN KANDUNGAN


DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK

SALIZA BINTI ALI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21,
PENGETAHUAN KANDUNGAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK

SALIZA BINTI ALI

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI


IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2019
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
tiap-tiap

25 Mac 2019 SALIZA BINTI ALI


P88585
iii

PENGHARGAAN

Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaan dan rahmatnya
maka saya telah berjaya menyelesaikan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya
ucapkan kepada penyelia saya Dr. Siti Mistima binti Maat, yang banyak memberi idea,
motivasi, membantu dan membimbing serta memberikan sokongan moral sehingga saya
dapat menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua
pensyarah di Fakulti Pendidikan yang telah berkongsi ilmu pengetahuan mereka
sepanjang tempoh pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga saya
dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang telah saya perolehi sepanjang tempoh
pengajian saya untuk meningkatkan kemahiran pengajaran saya dan membantu murid-
murid saya agar berjaya dalam pembelajaran mereka.

Seterusnya, ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Pengetua, Guru Besar,
guru-guru penolong kanan, ketua panitia, dan guru-guru matematik yang sudi memberi
kerjasama membantu melancarkan proses kutipan data. Tidak lupa juga terutama kepada
semua sahabat seperjuangan Norsuhaila, Sharida, Azmi, Chia, Nurfitrianti, Ain, Wani,
yang turut memberi idea dan motivasi dalam melengkapkan kajian ini. Semoga budi baik,
jasa dan kerjasama yang kalian berikan mendapat ganjaran yang setimpalnya daripada
Allh SWT.

Penghargaan juga dikhususkan buat suami tercinta Rosli bin Ab. Rahman dan
anak yang sangat dikasihi, Muizzuddin, Nurul Nabilah, Nurul Najihatussolehah,
anak-anak
Fakhruddin dan Nurul Afiqah yang banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang
tempoh pengajian. Tidak lupa juga kepada ayahanda tersayang Ali bin Talib yang
sentiasa memberi galakan dan mendoakan agar dapat menyempurnakan kajian ini.
iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) abad ke-21, pengetahuan kandungan dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dalam kalangan guru matematik. Kajian ini juga bagi mengenal pasti hubungan dan
sumbangan amalan PdP abad ke-21 dan pengetahuan kandungan matematik dengan
KBAT. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif sebagai rekabentuk kajian dan
temu bual digunakan sebagai sokongan dapatan kajian. Seramai 226 guru matematik di
daerah Besut dijadikan sebagai sampel kajian dan sepuluh orang guru terlibat dalam temu
bual. Responden dipilih secara rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan Statistic Package for Sosial Science (SPSS) versi 23 dan ATLAS.ti 8. Data
deskriptif telah dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai.
Manakala data inferensi pula dianalisis menggunakan ujian MANOVA, ujian-t sampel
bebas, ujian Korelasi Pearson dan ujian regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan
tahap amalan PdP abad ke-21 guru matematik pada keseluruhannya berada pada tahap
tinggi ia
iaitu min 3.68 dan sisihan piawai 0.43. Tahap pengetahuan kandungan guru
matematik pula berada pada tahap yang lemah dengan min markah 5.97 dan sisihan
piawai 2.23. Manakala tahap KBAT guru matematik adalah sederhana dengan min
keseluruhan adalah 3.64 dan sisihan piawai 0.39. Analisis ujian MANOVA menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina bagi amalan PdP abad ke-ke
21 dan KBAT guru matematik. Hasil analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina untuk pengetahuan kandungan
guru matematik. Dapatan korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan positif
signifikan yang sederhana di antara amalan PdP abad ke-21 dengan KBAT. Manakala
pengetahuan kandungan turut menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan yang
lemah terhadap KBAT. Walau bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara amalan PdP abad ke-21 dengan pengetahuan kandungan. Analisis regresi berganda
mendapati amalan PdP abad ke-21 dan pengetahuan kandungan memb memberi sumbangan
terhadap KBAT. Dapatan temu bual juga turut menyokong hasil dapatan kajian tinjuan
ini. Kesimpulannya, walaupun tahap amalan PdP abad ke-21 guru mtematik adalah tinggi
Beg juga dengan
tetapi tahap KBAT guru matematik masih di peringkat sederhana. Begitu
pengetahuan kandungan guru matematik yang masih lemah memberi kesan kepada
KBAT guru. Oleh itu, adalah diharapkan dapatan kajian ini boleh membantu
Kementerian Pendidikan merancang program atau kursus yang boleh meningkatkan
amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT guru matematik dalam
meningkatkan mutu pendidikan negara.
v

21ST -CENTURY TEACHING AND LEARNING PRACTICE, CONTENT


KNOWLEDGE AND HIGHER ORDER THINKING SKILL AMONG
MATHEMATICS TEACHERS.

ABSTRACT

This study aims to identify the stages of the 21st-century teaching and learning (TnL)
practice, content knowledge and higher order thinking skills (HOTS) among the
mathematics teacher. This study also identifies the relationship and contribution of TnL
practice in the 21st-century and content knowledge with HOTS. This study uses a
quantitative design as research design and interview used as support for the findings. A
total of 226 mathematics teachers in Besut district were used as sample surveys and ten
teachers were involved in the interview. Respondents are selected at random. Data
obtained were analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) version 23 and
ATLAS.ti 8. Descriptive data were analyzed using frequency, percentage, mean and
standard deviation. While inference data was analyzed using a MANOVA test, free
sample t-test, Pearson correlation test, and multiple regression test. The results showed
that the 21st-century TnL practice of mathematics teachers was at a high level of the mean
of 3.68 and a standard deviation of 0.43. The content knowledge level of mathematics
teachers was at a lower level with a mean score of 5.97 and a standard deviation of 2.23.
For the HOTS level, the mathematics teacher is modest with the overall mean of 3.64 and
the standard deviation of 0.39. MANOVA test analysis shows that there is no significant
difference based on gender for 21st-century TnL practice and HOTS of the mathematics
teacher. Correlation findings also show that there is a significantly lower positive
relationship between 21st-century TnL practices with HOTS. Whi While the content
knowledge also shows a significantly lower positive relationship to HOTS. However,
there is no significant relationship between 21st century TnL practices with content
knowledge. Multiple regression analysis found 21st-century TnL practices and content
knowledge contributed to HOTS. The interview findings also support the findings of this
study. In conclusion, although the 21st-century TnL practice is high, the HOTS level of
teachers is still moderate. Similarly, the content knowledge of the math teacher is still
weak affecting the HOTS teacher. Therefore, it is hoped that this study can help the
Ministry of Education to plan programs or courses that can improve the practice of the
21st-century TnL, content knowledge and HOTS of teachers in improving the quality of
education in the country.
vi

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI ILUSTRASI xiv
SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Kerangka Konseptual Kajian 12
1.5 Tujuan Kajian 15
1.6 Objektif Kajian 15
1.7 Persoalan Kajian 16
1.8 Hipotesis Kajian 17
1.9 Kepentingan Kajian 18
1.9.1 Kepentingan kepada Pihak Berwajib 19
1.9.2 Kepentingan kepada Pihak Pelaksana 19
1.10 Batasan Kajian 20
1.11 Definisi Operasional 20
1.11.1 Amalan PdP Abad ke-21 20
1.11.2 Pengetahuan Kandungan Guru 21
1.11.3 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 21
1.12 Rumusan 22

BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN


2.1 Pengenalan 23
2.1.1 Model Abad Ke-21 Keberhasilan Murid dan Sistem
Sokongan 23
vii

2.1.2 Teori Kontruktivisme 24


2.1.3 Perspektif Perkembangan Kognitif 27
2.1.4 Perspektif Pembelajaran Sosial 28
2.2 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 29
2.2.1 Kemahiran Komunikasi 32
2.2.2 Kemahiran Refleksi 35
2.2.3 Kemahiran Kolaboratif 36
2.2.4 Kemahiran Pentaksiran 37
2.2.5 Penyelesaian Masalah 38
2.2.6 Kemahiran Teknologi 40
2.2.7 Kreativiti 41
2.2.8 Kemahiran Inovasi 42
2.3 Pengetahuan Kandungan 42
2.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 45
2.5 Faktor Demografi 48
2.5.1 Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dengan
Jantina 49
2.5.2 Pengetahuan Kandungan dengan Jantina 50
2.5.3 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dengan Jantina 50
2.6 Kajian-kajian Berkaitan Amalan Pengajaran dan
Pembelajaran Abad Ke-21, Pengetahuan Kandungan dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 50
2.6.1 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke
Ke-21 51
2.6.2 Pengetahuan Kandungan 56
2.6.3 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 57
2.6.4 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21
Ke
dan Pengetahuan Kandungan 59
2.6.5 Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21
Ke
dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 59
2.6.6 Pengetahuan Kandungan dan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) 60
2.7 Rumusan 61

BAB III METODOLOGI


3.1 Pengenalan 62
3.2 Reka Bentuk Kajian 62
3.3 Populasi dan Persampelan 64
3.3.1 Populasi 64
3.3.2 Lokasi Kajian 65
3.3.3 Sampel Kajian 67
3.4 Instrumen Kajian 69
3.4.1 Bahagian A: Demografi 69
viii

3.4.2 Bahagian B: Instrumen Soal Selidik Amalan PdP


Abad Ke-21 70
3.4.3 Bahagian C: Instrumen Soal Selidik KBAT 72
3.4.4 Bahagian D: Instrumen Soal Selidik Pengetahuan
kandungan 73
3.4.5 Protokal Temu bual 74
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 74
3.6 Kajian Rintis 76
3.6.1 Sampel Kajian Rintis 84
3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik Kajian 84
3.7 Temu Bual 86
3.7.1 Kesahan 89
3.7.2 Kebolehpercayaan 89
3.8 Prosedur Kajian 89
3.9 Tatacara Analisis Data 92
3.9.1 Analisis Deskriptif 93
3.9.2 Analisis Statistik Inferensi 93
3.9.3 Temu Bual 99
3.10 Rumusan 99

BAB IV ANALISIS DATA


4.1 Pengenalan 100
4.2 Demografi Responden Kajian 100
4.3 Analisis Deskriptif dan Pengujian Hipotesis 102
4.3.1 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 102
4.3.2 Tahap Pengetahuan Kandungan Dalam Kalangan
Guru Matematik 109
4.3.3 Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tingg (KBAT)
Dalam Kalangan Guru Matematik 110
4.3.4 Perbezaan Amalan PdP Abad Ke-21 Berdasarkan
Jantina 115
4.3.5 Perbezaan Pengetahuan Kandungan Dalam
Kalangan Guru Matematik berdasarkan Jantina 118
4.3.6 Perbezaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Dalam Kalangan Guru Matematik Berdasarkan
Jantina 119
4.3.7 Hubungan Antara Amalan PdP Abad Ke-21,
Pengetahuan Kandungan Guru Dan KBAT 122
4.3.8 Sumbangan Antara Amalan PdP Abad Ke-21,
Pengetahuan Kandungan dan KBAT Dalam
Kalangan Guru Matematik 123
4.4 Dapatan Temu Bual 125
ix

4.4.1 Tema 1: Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad


ke-21 (APAK 21) 125
4.4.2 Tema 2: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 135
4.4.3 Tema 3: Pengetahuan kandungan (PAK) 143
4.5 Kesimpulan 150

BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 152
5.2 Ringkasan Kajian 152
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 154
5.3.1 Tahap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad
Ke-21 Dalam Kalangan Guru Matematik 154
5.3.2 Tahap Pengetahuan Kandungan Dalam Kalangan
Guru Matematik 163
5.3.3 Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Kalangan Guru Matematik 163
5.3.4 Perbezaan Amalan PdP Abad ke-21 Berdasarkan
Jantina 167
5.3.5 Perbezaan Pengetahuan Kandungan Berdasarkan
Jantina 168
5.3.6 Perbezaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Berdasarkan Jantina 168
5.3.7 Hubungan Antara Amalan PdP Abad Ke-21,
Pengetahuan Kandungan Dan KBAT 169
5.3.8 Sumbangan Antara Amalan PdP Abad Ke-21
Ke- dan
Pengetahuan Kandungan Terhadap KBAT Dalam
Kalangan Guru Matematik 169
5.4 Kesimpulan 171
5.5 Implikasi Kajian 172
5.5.1 Penggubal Kurikulum Matematik Seperti Bahagian
Pembangunan Kurikulum dan Penggubal Dasar
Pendidikan Seperti Kementerian Pendidikan
Malaysia. 172
5.5.2 Pihak Sekolah 173
5.5.3 Guru Matematik 173
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 174
5.7 Rumusan 176

RUJUKAN 177

LAMPIRAN

Lampiran A Borang Soal Selidik 197


x

Lampiran B Protokol Temu Bual 210

Lampiran C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 211

Lampiran D Surat Kebenaran EPRD 212

Lampiran E Surat Akuan Penterjemahan Bahasa 213

Lampiran F Surat Akuan Menyemak Kesahan Instrumen Soal Selidik 217

Lampiran G Surat Akuan Kesahan Muka dan Kesahan Kandungan


Instrumen Protokol Temubual Pengajaran dan Pembelajran
Abad ke-21, KBAT dan Pengetahuan Kandungan Guru
Matematik 222

Lampiran H Penilaian dan Pengesahan Instrumen 227


xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 3.1 Bilangan Guru Matematik di Daerah Besut Terengganu 65

Jadual 3.2 Taburan Konstruk Amalan PdP Abad Ke-21 Guru Matematik 70

Jadual 3.3 Skala Likert 5 Skor Amlalan PdP Abad Ke-21 Guru Matematik 71

Jadual 3.4 Contoh Pernyataan Item – Item Dalam Amalan PdP Abad Ke-21
Guru Matematik 71

Jadual 3.5 Taburan Konstruk KBAT 72

Jadual 3.6 Skala Likert 5 Skor KBAT Guru Matematik 72

Jadual 3.7 Contoh Pernyataan Item-Item Dalam Kemahiran Berfikir Aras


Tinggi (KBAT) 73

Jadual 3.8 Skor Pemarkahan Bagi Pengetahuan Kandungan. 74

Jadual 3.9 Interpretasi Alfa Cronbach Mengikut Bond dan Fox (2007) 75

Jadual 3.10 Pertukaran Item Soal Selidik Bagi Amalan Pengajaran dan
Pembelajaran Abad Ke-21 77

Jadual 3.11 Pertukaran Item Soal Selidik Bagi Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) 78

Jadual 3.12 Pertukaran Item Soal Selidik Bagi Pengetahuan Kandungan 81

Jadual 3.13 Profil Responden Kajian Rintis 84

Jadual 3.14 Kebolehpercayaan Intrumen Amalan Pengajaran dan


Pembelajaran Abad Ke-21 85

Jadual 3.15 Kebolehpercayaan Instrumen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


(KBAT) 85

Jadual 3.16 Skor Indeks Nilai Pekali Kebolehanpercayaan ANATES 86

Jadual 3.17 Kebolehpercayaan Instrumen Pengetahuan Kandungan Guru 86

Jadual 3.18 Ciri-ciri Demografi Peserta Kajian 88

Jadual 3.19 Persoalan Kajian Dengan Kaedah Analisis Data yang


Digunakan 93

Jadual 3.20 Interpretasi Skor Min 93


xii

Jadual 3.21 Skewness dan Kurtosis Bagi Setiap Pemboleh Ubah 95

Jadual 3.22 Aras Kekuatan Nilai Pekali Korelasi 97

Jadual 4.1 Profil Demografi Responden Kajian 101

Jadual 4.2 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru
Matematik 103

Jadual 4.3 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Bagi Aspek Kemahiran
Komunikasi 104

Jadual 4.4 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Bagi Aspek Kemahiran
Refleksi 104

Jadual 4.5 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Bagi Aspek Kemahiran
Kolaboratif 105

Jadual 4.6 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Bagi Aspek Kemahiran
Pentaksiran 106

Jadual 4.7 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Bagi Aspek Kemahiran
Penyelesaian Masalah 106

Jadual 4.8 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Bagi Aspek Kemahiran
Teknologi 107

Jadual 4.9 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Bagi Aspek Kreativiti 108

Jadual 4.10 Tahap Amalan PdP Abad Ke-21 Bagi Aspek Kemahiran Inovasi 108

Jadual 4.11 Skor Pengetahuan kandungan Guru Matematik 109

Jadual 4.12 Tahap Pengetahuan Kandungan 109

Jadual 4.13 Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Guru Dalam Pengajaran
Matematik 110

Jadual 4.14 Tahap KBAT Bagi Aspek Pemahaman Tentang KBAT 111

Jadual 4.15 Tahap KBAT Bagi Aspek Pengetahuan Tentang KBAT 112

Jadual 4.16 Tahap KBAT Bagi Aspek Kemahiran Pelaksanaan KBAT


Dalam Pengajaran Matematik. 113

Jadual 4.17 Tahap KBAT Bagi Aspek Sikap Guru Terhadap Pengajaran
KBAT Dalam Matematik 114

Jadual 4.18 Tahap KBAT Bagi Aspek Penilaian Tentang KBAT 115

Jadual 4.19 Ujian Box’M Perbezaan Amalan PdP Abad Ke-21 116
xiii

Jadual 4.20 Ujian Levene 116

Jadual 4.21 Analisis MANOVA Satu Hala Amalan PdP Abad Ke-21 117

Jadual 4.22 Test of Between-Subject Effects: Perbandingan Bagi konstruk


Dalam Amalan PdP Abad Ke-21 Berdasarkan Jantina 118

Jadual 4.23 Ujian Levene’s Perbezaan Pengetahuan Kandungan Dalam


Kalangan Guru Matematik Berdasarkan Jantina 119

Jadual 4.24 Analisis Ujian-t Sampel Bebas Pengetahuan Kandungan Guru


Matematik Berdasarkan Jantina 119

Jadual 4.25 Ujian Box’M Perbezaan KBAT Berdasarkan Jantina 120

Jadual 4.26 Ujian Levene 121

Jadual 4.27 Analisis MANOVA Satu Hala KBAT Berdasarkan Jantina 121

Jadual 4.28: Test of Between-Subject Effects: Perbandingan bagi Konstruk


Dalam KBAT 122

Jadual 4.29 Korelasi Pearson 122

Jadual 4.30 Analisis Varians 124

Jadual 4.31 Regresi Sumbangan Aspek-aspek Dalam Amalan PdP Dan


Pengetahuan Kandungan Terhadap Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) 124
xiv

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual : Sumber Model Model Partnership for


21𝑠𝑡 Century (2015) dan Model Shulman (1987) 15

Rajah 2.1 Model Abad Ke-21 Keberhasilan Pelajar dan Sistem Sokongan
(The Partnership for 21st Century Learning 2015) 24

Rajah 3.1 Carta Alir Reka Bentuk Kajian 64

Rajah 3.2 Peratus Pelajar Mendapat Gred A, B dan C Dalam Mata


Pelajaran Matematik Bagi Peperiksaan UPSR Mengikut Daerah
Bagi Negeri Terengganu dari Tahun 2015 hingga 2017 66

Rajah 3.3 Peratus Pelajar Lulus Mata Pelajaran Matematik Dalam


Peperiksaan SPM Tahun 2014 -2016 Mengikut Daerah di
Negeri Terengganu 67

Rajah 3.4 Tata Cara Pengumpulan Data 91

Rajah 3.5 Proses Analisis Data Kajian 99

Rajah 4.1 Analisis Tahap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke


Ke-
21 103

Rajah 4.2 Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 111


xv

SENARAI SINGKATAN

ANOVA Analysis Of Variance

CCK Pengetahuan kandungan lazim

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

HCK Pengetahuan kandungan khusus

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KBAT kemahiran berfikir aras tinggi

KCC Pengetahuan kandungan dan kurikulum

KCS Pengetahuan tentang isi kandungan dan pelajar

KCT Pengetahuan tentang pengajaran dan isi kandungan

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KPP Komuniti pembelajaran profesional

KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

MANOVA Multivariat Analysis of Variance

PCK Pedagogikal Isi Kandungan

PdP Pengajaran dan pembelajaran

PIK Pengetahuan kandungan

PISA The Programme for International Student Assessment

PLC Professional learning community

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PT3 Pentaksiran Tingkatan 3

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS Statistical Package for Social Sciences

TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study


xvi

TMK teknologi maklumat dan komunikasi

TN50 Projek Transformasi Nasional

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

VIP Variance inflation factor

ZPD Zone of proximal devopment


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini akan menjelaskan latar belakang, masalah kajian, kerangka konseptual kajian,
tujuan kajian, kepentingan kajian, definisi istilah, dan rumusan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam era abad ke-21, banyak cabaran perlu ditangani oleh sistem pendidikan semua
negara. Cabaran ini memerlukan perancangan yang mantap dalam mendidik generasi
akan datang supaya boleh berfungsi dengan berkesan serta dapat membangunkan
masyarakat mereka. Hal ini penting supaya kesinambungan generasi akan datang tidak
terjejas (Okogbaa 2017). Bagi menghadapi cabaran ini, Malaysia telah merangka
pelbagai dasar dalam sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang (Badrul Hisham & Mohd Nasruddin
2016). Perkara ini selari dengan hasrat mulia negara ke arah menyediakan pendidikan
bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang (Norazilawati et al 2014).

Sehubungan dengan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


2013-2025 telah dibangunkan untuk melaksanakan hasrat ini. PPPM juga bertujuan
untuk memperkasakan sistem pendidikan yang memberi manfaat kepada guru dan
murid melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara lebih efektif. Salah satu
daripada 11 anjakan utama PPPM adalah dengan penyertaan Malaysia dalam Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) bertujuan untuk kesamarataan
akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa (Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2016).
2

Penglibatan Malaysia dalam TIMSS sejak tahun 1999 dan The Programme for
International Student Assessment (PISA) dari tahun 2009 ini telah membuka dimensi
baru dalam pendidikan di Malaysia, terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan
Sains. Dalam keputusan TIMSS 2015, Malaysia telah berjaya memperbaiki kedudukan
bagi subjek Sains dengan mengumpul 471 mata untuk menghuni tempat ke-24
berbanding tempat ke-32 dengan 426 mata pada TIMSS 2011. Manakala bagi subjek
matematik pula, Malaysia antara 18 negara yang menunjukkan peningkatan pencapaian
dengan menduduki tempat ke-22, naik empat anak tangga dari skor 465 pada tahun
2014 ke 440 pada tahun 2011. Pencapaian yang meningkat ini telah meletakkan
Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai 39 negara peserta. Sasaran
Malaysia sebenarnya adalah untuk mencatat skor 500 bagi subjek Matematik dan Sains
pada TIMSS 2019.

Namun sehingga ke hari ini Malaysia belum mencapai sasaran tersebut. Hal ini
telah menjadi cabaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutama
dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan sejajar dengan Falsafa
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). KPM telah membuat pelbagai perubahan dalam sistem
pendidikan negara kerana keperluan kepada PdP abad ke-21. Oleh itu, sebagai
pendokong utama sistem pendidikan, guru seharusnya sentiasa mengikuti
perkembangan kemajuan pendidikan tersebut (Muhammad Faizal & Abd. Khalil 2015).
PdP abad ke-21 merupakan antara aspirasi KPM dalam membangunkan kemahiran
abad ke-21
-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga
Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa (Badrul Hisham & Mohd
Nasruddin 2016). Pembelajaran abad ke-21 diharapkan dapat melahirkan murid yang
berfikiran kritikal serta mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
(Quieng et al. ; Siti Norfarhana & Siti Mistima 2017).

Antara tujuan pembelajaran abad ke-21 adalah melahirkan murid yang


mempunyai produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) (Anjakan 2015). Perkara ini selari dengan Model Partner for 21𝑠𝑡 Century Skill
(The Partnership for 21st Century Learning 2015). Model ini menggabungkan
beberapa komponen keberhasilan murid dan sistem sokongan abad ke-21 iaitu
3

kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, kemahiran refleksi, kemahiran


kolaborasi, kemahiran pentaksiran, penyelesaian masalah, kemahiran teknologi,
kreativiti dan kemahiran inovasi. Kemahiran pemikiran kritikal ditakrifkan sebagai
kemahiran membuat penaakulan, kreativiti, bertanggung jawab menyelesaikan
masalah, membuat pertimbangan dan keputusan, mengakses, menilai, menggunakan
maklumat dan kemahiran membuat keputusan (Wilson-Ahlstrom et al. 2014).
Kemahiran komunikasi adalah proses menghantar dan menerima maklumat, ianya
mungkin datang dalam pelbagai bentuk bentuk - lisan atau bukan lisan (Quieng et al.
2015). Kemahiran refleksi adalah kemahiran guru melihat semula kelemahan yang
berlaku dalam proses pengajaran yang dijalankan sama ada yang berkaitan dengan
menentukan objektif, pemilihan aktiviti dan kaedah pengajaran, pemilihan isi
kandungan, penggunaan alat penilaian murid dan sebagainya (Bozkurt & Yetkin-
Yetkin
Özdemir 2018). Kemahiran kolaborasi merujuk kepada kemahiran interpersonal, kerja
berpasukan, fleksibiliti dan kecekapan budaya yang memerlukan banyak persefahaman,
kompromi, pengorbanan dan usaha (Wilson-Ahlstrom et al. 2014).

Manakala kemahiran pentaksiran adalah kemahiran menilai perkembangan dan


pencapaian murid dengan menggunakankan pelbagai kaedah dan pendekatan (Ferguson
2013). Penyelesaian masalah pula adalah mengabung maklumat baru dengan cara baru
untuk menyelesaikan masalah (Pehkonen et al. 2013), kemahiran teknologi adalah
merangkumi kemahiran penggunaan buku teks, papan tulis sehinggalah kepada
penggunaan teknologi terkini seperti internet, komputer, papan interaktif dan
sebagainya (Zolkefli et al. 2018). Kreativiti pula boleh ditafsirkan sebagai kebolehan
seseorang menghasilkan idea-idea baru yang kreatif (Zabani 2012). Inovasi pula
merupakan penambahbaikan dan pemodenan kepada PdP sedia ada (Nina et al. 2016).

Guru-guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut


supaya dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan (Anjakan 2015). Hal ini
disebabkan, guru merupakan faktor yang mendasari kejayaan dalam membina
kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid (Nurzarina & Roslinda 2017). Guru
adalah penyumbang kepada kelemahan murid dalam menguasai kemahiran komunikasi,
pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, sekiranya guru tidak menguasai
kemahiran abad ke-21 (Carlgren 2013). Oleh kerana itu guru memainkan peranan utama
4

dalam mengikuti perkembangan kemajuan pendidikan ini (Muhammad Faizal & Abd.
Khalil 2015). Guru perlu memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 (Anjakan
2015). Lantaran itu, amalan PdP abad ke-21 guru dilihat sebagai satu usaha yang harus
dipandang serius. Hal ini selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) supaya guru boleh mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan
konteks tempatan, bagi menyediakan warga negara Malaysia untuk bersaing pada
peringkat antarabangsa (Badrul Hisyam & Mohd Nasruddin 2016).

Guru berperanan penting dalam melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri


tersebut serta mengaplikasikan pembelajaran kelas abad ke-21. Pembelajaran ini yang
berfokuskan kepada pembelajaran yang berpusatkan murid, penggunaan komputer,
pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri, mengadakan persekitaran yang kondusif,
pembelajaran kolaboratif dan penilaian berasaskan pencapaian (Badrul Hisham &
Mohd Nasruddin 2016). Adalah diharapkan guru boleh mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran, proses dan nilai dalam perancangan dan pelaksanaan PdP. Oleh kerana gguru
merupakan orang yang telah diberi amanah dan tanggungjawab dalam memastikan FPK
terlaksana (Nor Aisyah & Mohd Kashfi 2017). Guru juga merupakan pembimbing yang
berperanan membantu murid mengaitkan maklumat baru yang diperolehi dari usaha
kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru. Justeru itu, gguru
perlu mengenal
engenal pasti literasi abad ke-21 dan kemahiran hidup, seperti kecekapan dalam
kerjasama, komunikasi, penyesuaian, keupayaan untuk mengakses, menganalisis
mengana dan
menggunakan maklumat, antara lain, perlu dibangunkan dan diperkukuh dalam
kalangan murid untuk penyertaan yang berkesan dalam ekonomi hari ini. Guru tidak
boleh memberikan pengetahuan apa yang mereka tidak miliki. Oleh itu, guru perlu
meningkatkan pengetahuan supaya peranan mereka dapat digunakan sepenuhnya.

Pengetahuan kandungan yang mendalam dalam matematik perlu dikuasai oleh


guru supaya kemahiran matematik lebih mudah dikuasai oleh murid (Shulman 1987).
Pengetahuan kandungan mewakili pemahaman guru tentang perkara yang diajar
(Kleickmann et al. 2015). Guru tidak hanya perlu memahami sesuatu yang begitu tetapi
guru perlu memahami mengapa sesuatu itu menjadi begitu (Shulman 1986). Guru perlu
menguasai kandungan subjek mereka (Anjakan 2015). Pengetahuan kandungan adalah
5

pengetahuan yang membolehkan guru mengajar tajuk yang khusus bagi meningkatkan
pemahaman konseptual murid. Jadi guru memainkan peranan penting dalam
menyampaikan kandungan seperti yang dinyatakan dalam standard kurikulum (Aini
Hayati et al. 2013).

Kejayaan dan kegagalan pencapaian murid juga banyak berkait dengan


penyampaian kandungan mata pelajaran tersebut kerana pengetahuan kandungan guru
menyumbang kepada kualiti pengajarannya (Aini Hayati et al. 2013; Hurrell 2013).
Menguasai kandungan subjek kurikulum juga merupakan ciri-ciri guru matematik abad
ke-21. Pengetahuan kandungan guru mempengaruhi pemahaman konsep saintifik
mereka sendiri dan juga miskonsepsi yang wujud dalam kalangan murid mereka (Aini
Hayati et al. 2013). Kelemahan dalam kefahaman tentang pengetahuan kandungan akan
mempengaruhi perancangan dan pengajaran guru Pengetahuan kandungan
mempengaruhi tindakan dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Grossman et al. 1989). Kefahaman
Kef yang mendalam tentang kandungan yang diajar
akan mencetuskan pedagogi yang sesuai dalam pengajaran guru (Ma 1999)
1999). Penguasaan
pengetahuan kandungan yang efektif daripada guru-guru merupakan faktor yang akan
2000). Aini
memberi kesan langsung kepada proses pengajaran (Supovitz & Turner 2000)
Hayati et al. (2012) dalam kajian mereka yang melibatkan 361 orang guru matematik
sekolah rendah di Perak mendapati pengetahuan kandungan matematik mereka berada
pada tahap tinggi. Guru matematik wajib menguasai pengetahuan mendalam dalam
bidang matematik (Aini Hayati et al. 2012). Pengetahuan kandungan sangat penting
bagi membangunkan tindakan pengajaran yang berkesan (Phelps & Schilling 2004).

Jadi, guru matematik perlu mempunyai pengetahuan kandungan yang mantap.


Oleh kerana, matematik merupakan kemahiran yang sangat diperlukan dalam bidang
kerjaya (Nurulhuda 2016). Maka setiap murid perlu menguasai kemahiran matematik
dalam menghadapi cabaran globalisasi pada masa depan. Kemahiran abad ke-21 juga
menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sebagai asas utama bagi
mencapai hasrat KPM. Antara cabaran yang dihadapi dalam pendidikan abad ke-21
adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah KBAT (Anjakan
2015). Peranan guru sebagai pendidik sangat penting dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan (Nor Hasmaliza 2016). Kualiti pendidikan boleh ditingkatkan dengan
6

mengurangkan kaedah pengajaran secara konvensional. Kaedah pengajaran secara


konvensional dalam pengajaran matematik masa kini masih banyak digunakan oleh
guru. Kaedah ini kurang merangsang KBAT murid dan menyebabkan mata pelajaran
Matematik kurang diminati. Perkara ini merupakan salah satu faktor kegagalan dalam
melahirkan murid yang mencapai pemikiran aras tinggi.

Keadaan ini turut mempengaruhi pencapaian matematik di peringkat Ujian


Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). KBAT menuntut setiap murid menguasai pelbagai kemahiran kognitif
seperti inovatif, pemikiran kreatif, penaakulan dan penyelesaian masalah. Penerapan
unsur KBAT dalam matematik perlu dilakukan dengan kaedah yang boleh menarik
minat murid. Hal ini kerana matematik sering dikatakan sebagai mata pelajaran yang
sukar dan membosankan. Perkara ini dirasakan oleh murid kerana masalah dalaman ddan
luaran yang timbul semasa proses pembelajaran matematik. Walaupun begitu,
matematik merupakan satu keperluan dalam kehidupan individu. Setiap lapisan
masyarakat perlu sentiasa mengaplikasi matematik dalam kehidupan seharian. Tanpa
matematik segala aktiviti seharian tidak dapat dijalankan dengan lebih sempurna (Nur
Ain Syakira 2017).

Dalam kemahiran abad ke-21 aspek KBAT juga menjadi asas utama bagi
2013-
mencapai hasrat KPM ini. KBAT sangat penting dalam merealisasikan PPPM 2013
2025. PPPM telah menggariskan enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional, pengetahuan dan kemahiran berfikir
yang diperlukan oleh murid untuk bersaing pada peringkat global. Penguasaan
kemahiran berfikir yang mantap memainkan peranan penting dalam melahirkan murid
yang kreatif dan inovasi. Sekiranya amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan
guru dan KBAT dapat dilaksanakan pada tahap yang maksimum banyak masalah
berkaitan dengan pendidikan matematik dapat diatasi. Justeru itulah, kajian ini ingin
melihat sejauh mana tahap amalan PdP abab ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT
guru matematik. Apakah amalan ini ada hubungannya dengan jantina guru. Sejauh
mana hubungan ini mempengaruhi amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan
dan KBAT guru matematik pada masa kini. Kajian juga ingin melihat sumbangan
amalan abad ke-21 dan pengetahuan kandungan kepada KBAT guru matematik.
7

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21 memerlukan guru merancang,


berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berlatarkan Model
Partnership for 𝟐𝟏𝒔𝒕 Century (2015). Permasalahannya dalam kalangan guru adalah,
dari segi kefahaman, kemahiran dan kesediaan mereka untuk memberi input dan
kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan pada abad ke-21 (Badrul
Hisham & Mohd Nasruddin 2016). Guru yang rendah kemahiran abad ke-21 sedikit
sebanyak akan memberi kesan negatif kepada kemenjadian murid (Amiree 2016).
KBAT pula merupakan kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21.

Kualiti ilmu pengetahuan perlu ditingkatkan melalui penerapan KBAT. Semua


kemahiran ini penting ke arah menyediakan generasi yang memiliki pelbagai kemahiran
yang mampu bersaing di peringkat global (Tuan Rahayu et al. 2017). Pengetahuan guru
tentang KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru masih
berada pada tahap yang rendah (Uminur Atikah & Effandi 2015). Laporan kajian
keperluan oleh perunding Kestrel Education (UK) dan 𝟐𝟏𝒔𝒕 Century school (USA) yang
dibentangkan pada 2 November 2011 juga mendapati pemikiran aras tinggi dalam
kalangan guru dan murid di Malaysia masih rendah.

Perkara ini berlaku kerana masih ramai guru melaksanakan pengajaran bercorak
tradisional dan berpusatkan guru (Siti Faizzatul Aqmal & Razali 2011). Amalan PdP
dalam bilik darjah yang kurang menekankan strategi KBAT seperti kaedah penyoalan,
perbincangan dan inkuiri penemuan. PdP yang menjurus kepada peperiksaan masih
menjadi satu isu. Hal ini melemahkan usaha bagi melahirkan murid yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam FPK (Zamri
2014). Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid lebih berminat
untuk belajar di samping dapat meningkatkan KBAT murid dalam bilik darjah. Pelbagai
inovasi baru dalam PdP cuba dilakukan oleh kerajaan bagi membantu guru mengajar
dengan lebih berkesan dan dapat memberi pemahaman yang baik kepada murid tentang
isi pengajaran yang disampaikan oleh guru (Nor Hasmaliza 2016). Guru juga masih
tidak bersedia menggunakan teknologi terkini dalam proses PdP (Siti Faizzatul Aqmal
8

& Razali 2011). Kajian (Moeti et al. 2017) pula mendapati penerapan kemahiran kritikal
boleh dilaksanakan melalui pengajaran guru.

Oleh itu, guru mesti mempunyai kemahiran menerapkan kemahiran kritikal


kepada murid. Guru mesti mempunyai kemahiran dalam PdP yang dapat menjamin
kemajuan murid secara optimum dalam penerapan pembelajaran abad ke-21 dan KBAT
bagi memenuhi standard kualiti PdP. PdP abad ke-21 dan KBAT seharusnya dikuasai
oleh setiap guru. Guru perlu mahir menentukan kesesuaian bahan pengajaran, sumber
pembelajaran, meransang penglibatan aktif murid, berkeupayaan membuat penilaian
prestasi, pengukuran dan penambahbaikan PdP. Guru juga perlu mahir dalam
menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK). Dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan PdP guru juga perlu proaktif
(Nor Aisyah & Mohd Kashfi 2017). Permasalahannya banyak kajian yang dijalankan
menyatakan tahap KBAT guru masih di tahap sederhana.

2013-2025.
Bagi mengatasi masalah ini KPM telah membangunkan PPPM 2013
2013-2015 dalam
Empat langkah telah diambil dalam gelombang pertama PPPM 2013
meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan guru. Langkah-langkahnya adalah
meningkatkan standard profesionalisme, mengukur prestasi berdasarkan kompetensi,
meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalisme berterusan dan
mengurangkan beban tugas pentadbiran guru. Guru yang mempunyai amalan PdP abad
ke-21dan
21dan KBAT adalah guru yang baik. Mereka bukan sahaja dapat membantu murid
bersaing dan menghadapi kehidupan yang mencabar apabila tamat daripada sistem
persekolahan. Malah, peranan guru sangat besar dan penting dalam menjana kemahiran
abad ke-21 murid.

Tahap penguasaan KBAT murid dalam penyelesaian masalah matematik masih


lagi rendah (Siti Marlina 2013). Perkara ini bermakna tahap kesediaan guru juga masih
berada pada tahap sederhana kerana tahap murid bergantung kepada tahap kesediaan
guru. Guru perlu melengkapkan diri mereka dalam menguasai KBAT bagi
menghasilkan murid yang mempunyai pemikiran aras tinggi (Mazlini & Nor Shaheera
2018). Hal ini disebabkan kualiti sistem pendidikan bergantung kepada kualiti yang
dimiliki oleh gurunya (Rathi 2015). Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat
9

sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid. Kajian menyatakan dua orang
murid yang sebaya dengan prestasi sederhana diajar oleh dua orang guru yang berbeza
menunjukkan prestasi yang berbeza (Anjakan 2015).

Guru adalah pelaksana dan merupakan golongan yang rapat dengan sistem
pendidikan yang sedia ada. Kerisauan untuk melaksanakan pembaharuan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung menimbulkan rasa ketidakselesaan
guru dalam menjalankan tugasan mereka. Guru memainkan peranan utama dalam
menjayakan program pendidikan (Okogbaa 2017). Guru adalah penggerak kepada
kesinambungan kurikulum (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013). Jadi
keberkesanan pengajaran boleh diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif murid
telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan
dilaksanakan.

Keberkesanan dalam pengajaran memerlukan kesediaan dari semua pihak bagi


melaksanakan visi dan misi negara (Norazilawati et al 2014). Kajian yang dijalankan
bagi mengenai pasti amalan guru dalam melaksanakan penggunaan teknologi maklumat
dalam matematik telah menghasilkan pengajaran matematik yang baik serta mendapat
penerimaan yang baik oleh murid (Genlott & Grönlund 2016 ; Siti Nurul Mahfuzah et
al. 2017))

Sumaiyah dan M. Jasmy (2017) dalam kajiannya mendapati kemahiran


teknologi maklumat merupakan amalan yang boleh meningkatkan pengetahuan guru
dalam penerapan KBAT dalam bilik darjah seterusnya meningkatkan KBAT murid.
Hasil kajian ini menunjukkan amalan PdP abad ke-21 perlu dilaksanakan oleh guru agar
dapat meningkatkan minat murid terhadap PdP. Maslinah (2016) telah menjalankan
kajian tentang kaedah visualisi dalam meningkatkan keupayaan murid dalam
menyelesaikan masalah matematik berayat. Dapatannya menunjukkan kaedah ini
berupaya meningkatkan keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah matematik
berayat. Hasil dapatan ini juga menunjukkan guru perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran secara lebih kreatif supaya berjaya meningkatkan tahap keupayaan murid
dalam pembelajaran.
10

Kejayaan penerapan KBAT bergantung kepada keupayaan guru dalam


mengendalikan proses pengajaran KBAT di dalam bilik darjah (Tan Shin Yen & Siti
Hajar 2015; Valdez et al. 2015). Kajian yang dijalankan oleh Zulhelmi et al. (2017)
kepada 199 orang guru matematik sekolah rendah mendapati pengetahuan kemahiran
berfikir mereka berada pada tahap sederhana berbanding guru sekolah menengah.
Dapatan kajian Nooriza & Effandi (2015) pula menunjukkan kesediaan guru dalam
aspek pelaksanaan dan pengetahuan KBAT masih belum mencukupi. Siti Azeana dan
Abdul Halim (2017) dalam kajiannya terhadap 50 orang guru sekolah rendah mendapati
guru telah mempunyai kesediaan guru dalam menerapkan KBAT dalam penyelesaian
masalah matematik. Kajian Tan dan Siti Hajar (2015) pula mendapati guru kurang yakin
dari aspek pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Selain itu, kesaksamaan jantina turut menjadi perhatian dalam bidang


matematik (Stoet & Geary 2013; Penner & Paret 2008). Kajian Aznita (2014) berkaitan
amalan PdP abad ke-21 menemukan perbezaan antara guru lelaki dan guru perempuan.
Begitu juga dengan kajian kemahiran berfikir aras tinggi antara jantina guru oleh
Saidatul Akmal et al. (2016) mendapati terdapat perbezaan antara guru lelaki dan guru
perempuan. jantina guru oleh
rempuan. Malah kajian berkaitan pengetahuan kandungan antara jant
Apau (2017), Jordan (2013), Roslin (2005) dan Leong al. (2015) turut mendapati
terdapat percanggahan dapatan antara guru lelaki dan guru perempuan. Oleh itu, kajian
ini perlu diterokai untuk melihat jurang pandangan tentang perbezaan jantina dalam
prestasi guru pra perkhidmatan.

Manakala kajian yang dijalankan oleh Norazilawati et al. (2014) juga mendapati
tahap pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) guru matematik tahun 3 di Seremban masih di tahap sederhana. Kajian
oleh Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2016) ke atas pensyarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh mendapati tahap KBAT pensyarah IPG Kampus Ipoh paling rendah
berbanding amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Kajian Siti Nurfarhana
dan Siti Mistima (2015) mendapati pengajaran guru secara konvensional menyebabkan
murid kurang berminat dengan matematik. Murid juga tidak dapat mengaitkan
matematik dengan kehidupan harian serta menjalani suasana pembelajaran dengan
pasif. Dapatan kajian-kajian ini menunjukkan kepentingan amalan PdP abad ke-21 serta
11

tahap KBAT guru masih berada di tahap sederhana. Amalan pedagogi guru penting
untuk memastikan kejayaan penerapan KBAT di dalam bilik darjah (Mccormick dan
Raines 2015).

Kajian-kajian memfokuskan kepada elemen-elemen pengetahuan kandungan


juga adalah penting untuk pengajaran (Grossman et.al 1989; Rice & Kitchel 2015).
Kajian-kajian yang lebih spesifik melihat perhubungan antara pengetahuan kandungan
subjek dengan penyoalan di bilik darjah (Carlsen 1988; Rice & Kitchel 2015),
pengetahuan kandungan yang akan diajar juga dipengaruhi tentang apa dan bagaimana
mereka mengajar (Shulman & Grossman 1987). Guru yang kurang menguasai isi
kandungan subjek juga akan memberi kesan kepada wacana dalam bilik darjah (Carlsen
1988). Apabila guru mempunyai maklumat yang tidak tepat tentang isi kandungan
subjek bagi kemahiran yang diajar, mereka akan menyalurkan idea yang kurang tepat
tentang kandungan subjek tersebut kepada murid (Edwards & Thompson, 2010).

Malahan mereka juga turut gagal untuk mencabar salah konsep pelajar dan
menggunakan buku teks dan bahan rujukan tanpa kritikan atau membuat perubahan
yang sesuai (Ball & Mcdiarmid 1991). Kajian-kajian terdahulu lebih banyak
menfokuskan pengetahuan pedagogi kandungan (PPIK) (Nazri e al. 2018) tetapi kajian
yang memfokuskan pengetahuan kandungan masih terhad. Kajian oleh Mohd Yusof
dan Effandi (2015) berkaitan cara mengintegrasikan komponen pengetahuan
pedagogikal kandungan dalam pengajaran. Kajian oleh Tengku Zawawi, Ramlee
Mustapha dan Abdul Razak Habib (2009) berkaitan PPIK Matematik Sekolah Rendah.
Elemen PIPK telah diberi fokus dalam kajian oleh Simsek dan Boz (2016) dan Depaepe
et al. (2013) terhadap pengetahuan guru matematik. Oleh itu, pengkaji akan
memfokuskan kajian tentang pengetahuan kandungan dalam kalangan guru matematik.

Jika ditinjau dari kajian-kajian lepas, kajian-kajian berkaitan amalan bagi setiap
kemahiran telah sering dilaksanakan. Namun begitu kajian terdahulu lebih
memfokuskan hanya satu kemahiran dalam PdP abad ke-21 dalam kajian mereka.
Kemahiran komunikasi (Aimi Hafizah 2017), kemahiran refleksi (Bozkurt & Yetkin-
Ozdemir 2018; Murphy 2016), kemahiran kolaboratif (Nor'ain et. al 2015),
penyelesaian masalah (Mwei 2017), Kemahiran pentaksiran (Chitsonga 2015),
12

kemahiran teknologi ( Hayatun 2015 ; Siti Zaleha & Siti Mistima 2017 ), kreativiti (Tee
Yueh Jiuan 2007), kemahiran inovasi ( Aini Hayati 2013; Daher & Anabousy 2018;
Erdemir & Ingec 2016). Justeru berbeza daripada kajian terdahulu kajian ini akan
mengkaji semua amalan kemahiran PdP abad ke-21 secara keseluruhannya. Kajian ini
akan melihat tahap amalan PdP bagi kemahiran komunikasi, kemahiran refleksi,
kemahiran kolaboratif, kemahiran pentaksiran, penyelesaian masalah, kemahiran
teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi dalam kalangan guru matematik. Serta
mengabungkan, pengetahuan kandungan dan dengan KBAT guru matematik.

Kajian-kajian tentang amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, KBAT


dan pengetahuan kandungan guru telahpun dijalankan tetapi kajian ini masih belum
diterokai secara lebih meluas. Maka kajian ini cuba mengkaji tentang perkara tersebut
ke-21,
supaya dapat mengenal pasti dan menjelaskan sejauh mana amalan PdP abad ke
KBAT dan pengetahuan kandungan guru matematik. Kajian ini juga ingin melihat
kandungan
hubungan di antara jantina dengan amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kand
dan KBAT guru matematik. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi mengisi kelompongan
tersebut serta menambah kajian-kajian yang sedia ada.

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual ini terdiri daripada beberapa komponen yang berkaitan dengan
teori dan beberapa model. Fokus kajian ini adalah mengenal pasti tahap amalan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21 guru matematik, tahap pengetahuan
kandungan dan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) guru matematik. Kajian
ini juga adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan PdP abad ke-21 dengan
pengetahuan kandungan guru matematik, amalan PdP abad ke-21 dengan KBAT guru
matematik dan pengetahuan kandungan dengan KBAT guru matematik. Selain itu,
kajian ini juga akan melihat sama ada terdapat sumbangan di antara amalan PdP abad
ke-21 dan pengetahuan kandungan terhadap KBAT dalam kalangan guru matematik.

Justeru itu, satu kerangka konseptual kajian telah dibentuk, untuk menjelaskan
serta menunjukkan perkaitan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam kajian ini.
Bagi mengenal pasti amalan PdP abad ke-21 guru matematik, Model Partnership for
21𝑠𝑡 Century (2015) digunakan dalam kajian ini. Walau bagaimana pun, aspek
13

kemahiran pemikiran kritikal digugurkan kerana kemahiran ini kerana ia berkait rapat
dengan KBAT. KBAT telah dijadikan satu aktiviti PdP utama yang ingin dikaji. Hal ini
kerana kajian tentang KBAT guru matematik ingin dilihat dengan lebih menyeluruh.
Pengetahuan kandungan guru matematik juga turut dikaji. Dalam meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mempunyai pengetahuan yang berkaitan
dengan pengajaran mereka sesuai dengan model Shulman (1991). Pengetahuan yang
ingin dikaji adalah pengetahuan kandungan asas matematik guru.

Kajian ini menjadikan teori konstruktivisme sebagai dasar kajian kerana


menurut Von Glasersfeld (1984) konstruktivisme merupakan satu teori yang
mempunyai kaitan dengan usaha bagi mengetahui sesuatu yang boleh membezakan
antara aktiviti ‘pengajaran’ dengan ‘latihan’. Pengajaran yang berdasarkan Teori
Konstruktivisme melibatkan penyoalan aktif, berkolaborasi dan kerjasama dalam usaha
untuk mendapatkan pengetahuan (Valdez et al. 2015). Berdasarkan pandangan
konstruktivisme perkembangan pengetahuan mesti dibina secara aktif dan bermakna
oleh guru serta murid kerana ini melambangkan sifat yang dinamik (Cochran et al.
1993). Dalam teori konstruktivisme sekiranya murid ingin memperolehi pengetahuan,
sendiri.
mereka mesti membentuk kefahaman konseptual dan prosedural sendiri

Proses pembelajaran melalui konstruktivime boleh mengerakkan minda murid


bagi menjana peraturan dan panduan dalam memahami dunia sekeliling mereka serta
membentuk pembelajaran bermakna (Celinea 2017). Pengetahuan yang diperolehi
ketika mempelajari matematik dapat murid gunakan untuk menyelesaikan masalah
matematik yang mereka hadapi seterusnya membentuk pengetahuan (Faridah Salleh
2013). Guru memainkan peranan dalam membimbing murid membentuk kefahaman
ini. Guru perlu sentiasa berfikir mengenai kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat
menghadapi segala perubahan dalam dunia pendidikan terutama berkait dengan
kemahiran dan penggunaan kemahiran abad ke-21 (Amiree 2016). Kefahaman
konstruktivisme boleh menjadikan guru lebih bertanggungjawab untuk menyampaikan
pelajaran kepada murid (Rozita 2018). Guru boleh menerapkan elemen KBAT dalam
pengajaran melalui pendekatan konstruktivisme bagi meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran matematik.
14

Penggunaan teori konstruktivisme ini sesuai untuk menjelaskan amalan


pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, pengetahuan kandungan dan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Matematik kerana banyak elemen yang boleh
diaplikasi seperti kemahiran penyelesaian masalah, KBAT dan pengetahuan
kandungan. Justeru itu teori konstruktivisme sangat sesuai dijadikan asas dalam kajian
ini. Teori Pembelajaran sosial Vygotsky (1978) turut digabungkan dalam kajian ini bagi
memantapkankan aspek-aspek yang dibincangkan dalam kajian. Teori ini menekankan
pembelajaran dan perkembangan mental, bahasa dan sosial berlaku melalui interaksi
sosial (Ormrod 2014). Ianya sangat bersesuaian dengan elemen 4C dalam pembelajaran
dan pengajaran abad ke-21 iaitu “ communication’, collaboration, critical thinking and
creativity’

Bagi mencapai objektif kajian, kerangka konsep kajian dibina sebagai panduan
kepada pengkaji untuk menjalankan kajian. Kerangka ini menerangkan bagaimana
pengajaran dan pembelajaran guru matematik berkait rapat dengan amalan PdP abad
ke-21,
21, pengetahuan kandungan dan KBAT guru serta ada perkaitan dengan jantina
guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT dalam kalangan guru
matematik sekolah. KBAT merupakan pembolah ubah bersandar manakala amalan PdP
abad ke-21
21 dan pengetahuan kandungan merupakan pemboleh ubah tidak bersandar.

Faktor demografi guru akan diambil kira bagi melihat sejauh mana faktor ini
memberi kesan terhadap pengetahuan kandungan guru. Faktor demografi tersebut
adalah faktor jantina. Faktor jantina boleh membezakan tahap pengetahuan kandungan
seseorang guru (Jordan 2013). Jadi faktor demografi dimasukkan sebagai pemboleh
ubah tak bersandar untuk melihat interaksi dengan amalan PdP abad ke-21, pengetahuan
kandungan dan KBAT dalam kalangan guru matematik.

Analisis hubungan dan perbezaan antara komponen juga turut dikaji. Hal ini
membawa maksud amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, pengetahuan
kandungan dan KBAT dalam kalangan guru matematik berkait rapat dengan jantina
guru berkenaan. Berdasarkan objektif kajian dan instrumen yang digunakan, kerangka
konseptual telah dibentuk bagi dijadikan panduan dalam mencapai matlamat kajian.
15

Kerangka konseptual yang dirangka ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas yang
menggunakan model-model terpilih. Hasil kajian ini akan dijadikan sebagai rujukan
untuk menjawab persoalan kajian.

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual : Sumber Model Model Partnership for 21𝑠𝑡
Century (2015) dan Model Shulman (1987)

1.5 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan menentukan hubungan antara amalan PdP abad ke-21,
pengetahuan kandungan dengan KBAT dalam kalangan guru matematik.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Secara spesifiknya, objektif kajian ini adalah untuk:

i Mengenal pasti tahap amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan dan
KBAT dalam kalangan guru matematik.
16

ii Menentukan perbezaan amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan dan


KBAT dalam kalangan guru matematik berdasarkan jantina.

iii Menentukan hubungan di antara amalan PdP abad ke-21 dengan pengetahuan
kandungan dan KBAT dalam kalangan guru matematik.

iv Menjelaskan sumbangan amalan PdP abad ke-21 dan pengetahuan kandungan


terhadap KBAT dalam kalangan guru matematik.

1.7 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian berikut:

1 a) Apakah tahap amalan PdP abad ke-21 bagi aspek kemahiran komunikasi,
kemahiran refleksi, kemahiran kolaboratif, kemahiran pentaksiran, penyelesaian
masalah, kemahiran teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi dalam kalangan
guru matematik?

b) matematik
Apakah tahap pengetahuan kandungan dalam kalangan guru matematik?

c) Apakah tahap KBAT bagi aspek pemahaman tentang KBAT, pengetahuan


tentang KBAT, Kemahiran pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, sikap guru
terhadap pengajaran KBAT dalam matematik dan penilaian tentang KBA
KBAT
dalam kalangan guru matematik?

2. Apakah terdapat perbezaan antara amalan PdP abad ke-21 bagi aspek kemahiran
komunikasi, kemahiran refleksi, kemahiran kolaboratif, kemahiran pentaksiran,
penyelesaian masalah, kemahiran teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi
dalam kalangan guru matematik berdasarkan jantina?

3. Apakah terdapat perbezaan pengetahuan kandungan dalam kalangan guru


matematik berdasarkan jantina?
17

4. Apakah terdapat perbezaan antara KBAT bagi aspek pemahaman tentang


KBAT, pengetahuan tentang KBAT, Kemahiran pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran, sikap guru terhadap pengajaran KBAT dalam matematik dan
penilaian tentang KBAT dalam kalangan guru matematik berdasarkan jantina.

5. Apakah hubungan di antara amalan PdP abad ke-21 dengan pengetahuan


kandungan dan KBAT dalam kalangan guru matematik?

6. Apakah sumbangan amalan PdP abad ke-21 dan pengetahuan kandungan


terhadap KBAT dalam kalangan guru matematik.

1.8 HIPOTESIS KAJIAN

Dalam menjelaskan persoalan kajian 2 dan persoalan kajian 3 kajian ini membentuk
hipotesis nol seperti berikut:

𝐻𝑜 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan PdP abad ke-21
ke bagi
aspek kemahiran komunikasi, kemahiran refleksi, kemahiran kolaboratif,
kemahiran pentaksiran, penyelesaian masalah, kemahiran teknologi, kreativiti
dan kemahiran inovasi dalam kalangan guru matematik berdasarkan jantina.

𝐻𝑜 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan kandungan dalam


kalangan guru matematik berdasarkan jantina.

𝐻𝑜 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara KBAT bagi aspek pemahaman
tentang KBAT, pengetahuan tentang KBAT, Kemahiran pelaksanaan KBAT
dalam pengajaran, sikap guru terhadap pengajaran KBAT dalam matematik dan
penilaian tentang KBAT dalam kalangan guru matematik berdasarkan jantina.

𝐻𝑜 4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan PdP abad ke-21 dengan
pengetahuan kandungan dan KBAT guru matematik.

𝐻𝑜 5 Tidak terdapat sumbangan amalan PdP abad ke-21 dan pengetahuan kandungan
terhadap KBAT dalam kalangan guru matematik.
18

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Guru adalah insan yang penting dalam merealisasikan hasrat negara melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani dan rohani serta kreatif dan inovatif selari dengan era
abad ke-21 ini. Sejajar dengan itu amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 guru
juga mesti mencapai tahap yang tinggi. Malah tahap pengetahuan guru juga mesti dapat
ditingkatkan dalam usaha meningkatkan tahap KBAT dalam kalangan murid-murid.
Oleh kerana itulah kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti saling hubung antara
amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT guru matematik dengan
jantina. Terdapat beberapa sebab mengapa kajian ini penting dijalankan. Pertama,
penelitian yang dilakukan terhadap kajian-kajian lepas mendapati bahawa terdapat
hubungan langsung dan tidak langsung antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh
ubah lain yang terlibat dalam kajian ini.

Namun, hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah masih belum dibuktikan


sepenuhnya. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dari segi
pengesahan yang dilakukan terhadap hubungan-hubungan tersebut dalam kalangan
guru matematik.
tematik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menjelaskan
amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT
guru matematik dengan jantina.

Kajian ini juga akan memberi gambaran kepada pihak yang terbabit tentang
tenta
amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT dalam kalangan guru
matematik. Dapatan kajian ini juga sangat penting supaya dapat dijadikan panduan serta
maklumat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melihat hasil daripada
pelbagai program, saranan dan galakan yang telah dilaksanakan. Maklumat daripada
kajian ini boleh diambil sebagai penilaian, sejauh mana tahap amalan PdP abad ke-21,
pengetahuan kandungan dan KBAT dalam kalangan guru matematik mampu memberi
kesan kepada kecemerlangan murid di sekolah dan pembangunan professional guru.

Selain itu, kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada guru tentang amalan
Pdp abad ke-21 dan pengetahuan kandungan penting dalam meningkatkan tahap KBAT
dalam kalangan guru. Amalan PdP abad ke-21 yang mantap secara tidak langsung akan
menyumbang KBAT dalam kalangan guru. Begitu juga dengan pengetahuan yang
19

mendalam dalam asas kandungan matematik boleh memberi kesan kepada tahap KBAT
para guru.

1.9.1 Kepentingan kepada Pihak Berwajib

Kajian ini adalah releven bagi menambah maklumat serta panduan kepada pihak
berwajib dalam bidang pendidikan, seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dari segi amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kadungan
dan KBAT guru matematik. Kajian ini membuktikan bahawa amalan PdP abad ke-21
dan pengetahuan kandungan guru memberi sumbangan dalam meningkatkan usaha
menerapkan KBAT di dalam bilik darjah serta secara tidak langsung boleh
meningkatkan penguasaan KBAT murid. Justeru itu, ianya seiring dengan matlamat
utama sistem pendidikan negara dalam menyediakan murid untuk menguasai KBAT
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2013)

Dapatan kajian ini juga boleh memberi maklum balas kepada pihak berwajib ini
tentang amalan PdP abad ke-21 dan tahap pengetahuan kandungan guru. Melalui kajian
ini kelemahan dan kelebihan amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan dan
KBAT guru dapat dikenal pasti serta tindakan serta langkah penambahbaikan boleh
dijalankan oleh pihak-pihak ini.

1.9.2 Kepentingan kepada Pihak Pelaksana

Guru sebagai golongan pelaksana merupakan medium utama dalam memastikan dasar
yang dirancang oleh pihak berwajib tercapai. Justeru itu, kajian ini dilihat boleh
memberi input dan panduan kepada guru dalam meningkatkan amalan PdP abad ke-21,
pengetahuan kandungan dan KBAT di dalam bilik darjah. Perkara ini kerana amalan
abad ke-2, pengetahuan kandungan dan KBAT merupakan perkara penting yang wajar
dimantapkan oleh semua guru. Kajian ini juga memperlihatkan faedah amalan PdP abad
ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT guru dalam usaha meningkatkan
professionalisme guru serta meningkatkan pencapaian murid.
20

1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini mengkaji amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT guru
matematik. Batasan kajian ini merangkumi perkara berikut:

i Kajian ini hanya melibatkan guru matematik yang mengajar di sekolah


menengah dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
sahaja.

ii Kajian ini melibatkan responden dalam kalangan guru sahaja. Pengumpulan


data daripada pentadbir ataupun murid tidak dilaksanakan. Hal ini kerana kajian
ini hanya
ya melihat amalan PdP abad ke-21,
ke , pengetahuan kandungan dan KBAT
dari sudut guru sahaja.

iii Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama bagi mengumpul
data. Data yang diperoleh melalui soal selidik merupakan pandangan dan
persepsi kendiri responden kajian semata-mata. Ia bergantung kepada kejujuran
responden terhadap pernyataan yang dikemukakan dalam soal selidik. Walau
bagaimana pun data ini akan disokong dengan protokol temu bual supaya data
yang diperolehi lebih telus.

1.11 DEFINISI OPERASIONAL

Definisi beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini ialah:

1.11.1 Amalan PdP Abad ke-21

Amalan bermaksud tingkah laku guru yang terkandung dalam proses interaksi di bilik
darjah termasuk respon, percakapan dan perbuatan yang boleh diukur (Nursafra 2017).
Menurut Shulman (1987), amalan pengajaran guru adalah tindakan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek-aspek pengurusan pedagogi interaksi,
penerangan, disiplin, kerja kumpulan, sesi soal jawab dan pengajaran secara penemuan
dan inkuiri.
21

Pengajaran adalah proses untuk menyampai dan menyumbang idea dan


memudah cara pembinaan ilmu. Menentukan standard serta menggalakkan kreativiti,
membantu murid untuk belajar dan mencabar murid ke arah pencapaian potensi yang
optimum (Zarima 2017). Amalan PdP abad ke-21 yang dibincangkan dalam kajian ini
merujuk kepada kemahiran komunikasi, kemahiran refleksi, kemahiran kolaboratif,
kemahiran pentaksiran, penyelesian masalah, kemahiran teknologi, kreativiti dan
kemahiran inovasi. Soal selidik amalan PdP abad ke-21 menggunakan pemeringkatan
pemilihan jawapan juga terhad kepada skala likert lima mata, iaitu skor 1 mewakili
“tidak pernah”, skor 2 “hampir tidak pernah”, skor 3” jarang-jarang”, skor 4 “kerap”
dan skor 5 “sangat kerap”.

1.11.2 Pengetahuan Kandungan Guru

Pengetahuan kandungan adalah pemahaman guru mengenai apa yang diajar


(Kleickmann et al. 2015). Pengetahuan kandungan berkaitan dengan konsep, prinsip,
fakta, hukum dan model tertentu. Ia juga berhubung dengan paradigma, norma, kaedah,
cara membangunkan pengetahuan baru, peraturan dan bukti (Shulman 2011). Guru
bukan hanya perlu memahami sesuatu itu begitu tetapi mengapa ianya menjadi seperti
diajar
itu. Penekanan adalah pemahaman yang mendalam tentang perkara yang diaj
(Shulman
Shulman 2011). Pengetahuan kandungan dalam kajian ini adalah tentang pemahaman
guru tentang pengetahuan asas kandungan dalam mata pelajaran matematik. Skor
pengetahuan kandungan yang akan diberi adalah lemah, sederhana, memuaskan baik
dan sangat baik.

1.11.3 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) membawa maksud suatu pemikiran logik yang
merujuk kepada keupayaan individu dalam menggunakan pelbagai kemahiran kognitif
seperti menaakul, menganalisis, mensintesiskan dan menghasilkan sesuatu yang baharu
bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi (Suhanna 2018). Rajendran (2008)
menyatakan KBAT menjurus kepada pengaplikasian aktiviti mental yang kompleks.
KBAT adalah keupayaan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Zaidah et al. 2014).
22

Justeru itu KBAT dapatlah dirumuskan merujuk kepada keupayaan


mengembangkan minda bagi guru. KBAT yang dibincangkan dalam kajian ini adalah
KBAT guru matematik tentang pemahaman terhadap KBAT, pengetahuan tentang
KBAT, tahap kemahiran pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, sikap guru terhadap
KBAT dan penilaian guru terhadap KBAT. Skor bagi soal selidik KBAT menggunakan
skala likert lima mata, iaitu skor 1 mewakili “sangat tidak bersetuju”, skor 2 “tidak
setuju”. Skor 3 “tidak pasti”, skor 4 “bersetuju” dan skor 5 “sangat bersetuju”

1.12 RUMUSAN

Bab ini merupakan pengenalan kepada kajian yang hendak dijalankan iaitu mengenal
pasti dan menjelaskan amalan PdP abad ke-21,
ke 21, pengetahuan kandungan dan KBAT
guru matematik. Tujuan kajian turut diterangkan untuk menjelaskan secara umum
kajian yang dilaksanakan serta hasilnya. Berdasarkan tujuan kajian ini, objektif dan
persoalan kajian dibentuk seterusnya terbinanya hipotesis nol. Kerangka konsep kajian
juga dibentuk sebagai perwakilan kepada pemboleh ubah, model dan strategi kajian
digunakan sebagai gambaran kepada keseluruhan proses kajian. Definisi operasional
merupakan definisi sebenar seperti apa yang dimaksudkan dalam kajian serta
diterangkan dengan jelas dalam bab ini. Batasan kajian turut diperincikan bagi
menjelaskan kekangan dan halangan kepada perjalanan kajian.

Anda mungkin juga menyukai