Anda di halaman 1dari 39

MENINJAU TAHAP PENGUASAAN GURU PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI TERHADAP PENGAJARAN KAEDAH BERMAIN KEPADA


MURID MASALAH PEMBELAJARAN

UMAR BIN NORMAN

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN


DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
SARJANA PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2016
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

31 Oktober 2016 UMAR BIN NORMAN


P71555
iii

PENGHARGAAN

Rasa rendah diri dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNYA dapat saya
menyempurnakan tanggungjawab saya untuk menyiapkan penulisan tesis sarjana
seperti yang telah dirancang. Pada kesempatan ini saya ingin meyatakan jutaan terima
kasih dan penghargaan kepada orang perseorangan dan institusi yang banyak membantu
dalam menyempurnakan penulisan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Pertamanya sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada


penyelia utama saya iaitu Encik Mohd Moktar Bin Taha kerana banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan yang berguna sepanjang pengajian saya di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
pensyarah pendidikan khas fakulti pendidikan UKM iaitu Prof. Madya Doktor Mohd
Hanafi Bin Mohd Yasin dan Dr Safani Bin Bari yang memberi sokongan dan pandangan
serta penambahbaikan dalam kerja pembikinan tesis ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada Dr. Azhar Bin Azizdari Institut Perguruan Guru Malaysia, Cyberjaya yang tidak
jemu menjawab pelbagai pertanyaan dan memberi kata-kata semangat.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasik kepada


Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi biasiswa cuti belajar bergaji penuh,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, Institusi
Pendidikan Guru, guru besar dan para responden guru yang bekerjasama

Akhir sekali, setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih diucapkan


kepada isteri tercinta iaitu Lily Hartini Binti Saparudin yang begitu bertolak ansur, sabar
dan memahami situasi saya sebagai mahasiswa. Kedua-dua anak saya iaitu Lavenda
Ufairah dan Orked Leen Delisha atas kasih sayang dorongan, dan pengorbanan mereka.
Sesungguhnya, kalian berdua adalah pembakar semangat kepada “daddy” untuk terus
maju kehadapan.Akhir kata, saya berharap agar penulisan ini mampu menambah ilmu
pengetahuan sedia ada dan memberi manfaat kepada pembacanya.
iv

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam melaksanakan
pengajaran kaedah bermain terhadap murid bermasalah pembelajaran. Penguasaan guru
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian juga menentukan
kekangan dan cadangan penambahbaikan dari perspektif pandangan guru. Kajian
dijalankan secara kuantitatif deskriptif menggunakan perisian SPSS 22.0 melibatkan 83
orang guru pendidikan khas program integrasi sekolah rendah masalah pembelajaran di
daerah Kuala Langat. Berdasarkan kajian rintis, nilai pekali Alpha Cronbach
kebolehpercayaan instrumen adalah 0.857. Statistik deskriptif digunakan untuk
mendapat maklumat berkaitan persoalan kajian, manakala statistik inferensi iaitu
Manova, kruskal wallis dan kolerasi pearson digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil
dapatan kajian secara keseluruhan mencatatkan penguasaan guru adalah (MIN=3.72,
SP=0.42) kekangan pelaksanaan (MIN=3.88, SP=0.27) dan cadangan penambahbaikan
pengajaran (MIN=4.41, SP=0.32). Ketiga-tiga dapatan ini berada ditahap tinggi.
Analisis inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan
guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berdasarkan faktor jantina,
pengalaman mengajar, bidang matapelajaran yang diajar dan kekangan pelaksanaannya.
Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap
pengajaran kaedah bermain adalah tinggi (MIN=4.01, SP=0.53). Dapatan yang tinggi
juga dicatat pada aspek sikap (MIN=3.76, SP=0.58). Namun, tahap yang sama tidak
dicatatkan bagi aspek kemahiran procedural dan generik yang mencatatkan tahap
sederhana (MIN=3.39, SP0.54). Keberkesanan pengajaran kaedah bermain amat
bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Kelemahan salah satu
daripadanya perlu diatasi agar penguasaan guru terhadap pelaksanaan pengajaran.
Kaedah Bermain berada ditahap tinggi yang seterusnya menggalakkan inovasi dan
kejayaan dalam perubahan pendidikan.
v

REVIEW SPECIAL EDUCATION TEACHER LEVEL INTEGRATION OF


TEACHING METHODS TO PLAY TO STUDENTS LEARNING PROBLEMS

ABSTRACT

This study was conducted to identify the level of proficiency of teachers in the teaching
methods play against students with learning disabilities. Possession of teachers covers
the knowledge, skills and attitudes. The study also specify constraints and
recommendations for improvement of teachers' perspective vie. Studies carried out
quantitatively using SPSS 22.0 includes 83 special education teachers, elementary
school integration program of learning problem in Kuala Langat. Based Pilot study, the
Cronbach alpha reliability coefficient was 0.857 instruments. Descriptive statistics were
used to obtain information on the research questions, while statistical inference, namely
Manova, Kruskal Wallis and Pearson correlation was used to test the hypothesis. The
findings of the study as a whole recorded a teacher mastery is (MIN = 3.72, SD = 0.42)
implementation constraints (MIN = 3.88, SD = 00:27) and recommendations for
improvement of instruction (MIN = 4:41, SD = 0.32). All three of these findings to be
ranked high. Inferential analysis showed no significant differences in teachers' mastery
of knowledge, skills and attitudes based on gender, teaching experience, the subjects
taught and implementation constraints. Overall, the survey shows that the level of
knowledge about the teaching methods of play was high (mean = 4.01, SD = 0.53)
Findings also noted that high on attitude (mean = 3.76, SD = 0.58). However, the same
level recorded for the non-procedural aspects and generic skills which recorded a
moderate level (MIN = 3.39, SP0.54). The effectiveness of teaching methods play very
much depends on the knowledge, skills and attitudes of teachers. The one downside of
it must be overcome in order for teachers to share teaching methods Playing
implementation to be ranked high which in turn promotes innovation and success in
educational change.
vi

KANDUNGAN

Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI ILUSTRASI xiv
SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Kerangka Konsep Kajian 9
1.5 Tujuan Kajian 12
1.6 Objektif Kajian 12
1.7 Persoalan Kajian 13
1.8 Hipotesis Kajian 14
1.9 Kepentingan Kajian 15
1.10 Skop Kajian 16
1.11 Batasan Kajian 17
1.12 Definisi Istilah 17

1.12.1 Penguasaan Guru 17


1.12.2 Pendekatan Pengajaran 18
1.12.3 Startegi Pengajaran 19
1.12.4 Pengetahuan 22
1.12.5 Kemahiran 23
1.12.6 Sikap 23
1.12.7 Kekangan 24
1.12.8 Faktor Demografi 24
vii

1.13 Kesimpulan 24

BAB II KAJIAN KEPERPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan 26

2.2 Teori dan Model berkaitan Penguasaan Guru 26

2.2.1 Teori Pemikiran Kawalan Adaptif 27


2.2.2 Model Sikap ABC (Nelson & Quick 2004) 28
2.2.3 Model Perubahan Pendidikan Fullan (2001) 29
2.2.4 Model Membuat Keputusan Roger (1995) 31

2.3 Sejarah Kaedah Bermain 33

2.4 Pengajaran Berasaskan Kaedah Bermain (KB) 37

2.4.1 Matlamat dan Objektif Pengajaran Kaedah Bermain 41


2.4.2 Kemahiran Asas Guru dalam Pengajaran Kaedah 43
Bermain
2.4.3 Kelebihan Pengajaran Kaedah Bermain 45
2.4.4 Peranan Guru dalam Pengajaran Kaedah Bermain 48

2.5 Penguasaan Guru 51

2.5.1 Pengetahuan 54
2.5.2 Kemahiran 57
2.5.3 Sikap 60

2.6 Kekangan dalam Pelaksanaan Kaedah Terapi Bermain 62

2.6.1 Implikasi Kekangan dalam Pelaksanaan Pengajaran 64


Kaedah Bermain (KB)
2.7 Cadangan Penambahbaikan Guru 64
2.8 Pengaruh Demografi Terhadap Penguasaan Guru 66
2.9 Hubungan Antara Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap 69
2.9.1 Hubungan Kekangan dengan Penguasaan Guru 71

2.10 Kesimpulan 72
viii

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 76
3.2 Reka Bentuk Kajian 76
3.3 Populasi Kajian 78
3.4 Kerangka Kerja Operasi 79

3.5 Instrumen Kajian 80

3.5.1 Bahagian A 82
3.5.2 Bahagian B 82
3.5.3 Bahagian C 83
3.5.4 Bahagian D 83
3.5.5 Bahagian E 84
3.5.6 Bahagian F 84

3.6 Kesahan Instrumen 85


3.7 Kajian Rintis 86
3.8 Kebolehpercayaan Instrumen 87
3.9 Prosedur Pengumpulan Data 88

3.10 Penganalisisan Data 89


3.10.1 Statistik Deskriptif 89
3.10.2 Statistik Inferensi 90

3.11 Aras Signifikan 91


3.12 Rumusan Ujian Statistik 91
3.13 Kesimpulan 92

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 95

4.2 Profil Demografi Kajian 95


Jadual 4.1 Profil demografi responden kajian
ix

4.3 Analisis Dapatan Kajian 96

4.3.1 Tahap penguasaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran 96


dan sikap terhadap pengajaran kaedah bermain
4.3.2 Kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran dan 98
pembelajaran menggunakan kaedah bermain
4.3.3 Sikap guru dalam melaksanakan pengajaran dan 100
pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain

4.4 Kekangan guru pendidikan khas dalam melaksanakan kaedah 101


bermain

4.5 Cadangan penambahbaikan penguasaan guru pendidikan khas 103


terhadap kaedah bermain

4.6 Perbezaan penguasaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan 109


pembelajaran menggunakan kaedah bermain

4.6.1 Perbezaan Penguasaan Guru dalam Melaksanakan 110


Pengajaran dan Pembelajaran dengan Menggunakan
Kaedah Bermain Berdasarkan Jantina
4.6.2 Perbezaan Penguasaan Guru dalam Melaksanakan 113
Pengajaran dan Pembelajaran dengan Menggunakan
Kaedah Bermain Berdasarkan Pengalaman Mengajar
4.6.3 Perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran 115
dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain
berdasarkan bidang pengkhususan

4.7 Hubungan antara pengetahuan, kemahiran, sikap dan kekangan guru 118
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah bermain

4.8 Kesimpulan 119

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN


KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 121


5.2 Ringkasan Kajian 121
5.3 Perbincangan 123

5.3.1 Tahap Pengetahuan Guru 123


5.3.2 Tahap Kemahiran Guru 125
x

5.3.3 Sikap Guru 127


5.3.4 Tahap Penguasaan Guru Secara Keseluruhan 129

5.4 Kekangan dalam Pelaksanaan Kaedah Bermain 130


5.5 Cadangan Penambahbaikan 133
5.6 Pengaruh Demografi Terhadap Penguasaan Guru 136
5.6.1 Hubungan Penguasaan Guru dengan Jantina 136
5.6.2 Hubungan Penguasaan Guru dengan Pengalaman Mengajar 136
5.6.3 Hubungan Penguasaan Guru dengan Pengkhususan 137
Matapelajaran

5.7 Hubungan antara Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap 138


5.8 Hubungan antara Kekangan dengan Penguasaan Guru 139
5.9 Implikasi Dapatan Kajian 149
5.10 Cadangan Kajian 141
5.11 Cadangan Lanjutan 143
5.12 Kesimpulan 145

RUJUKAN 147

LAMPIRAN
Lampiran A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 170
Lampiran B Pengesahan Pakar 171
Lampiran C Soal Selidik 177
xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 2.1 Model Analisis Sikap ABC (Nelson & Quick 2004) 28

Jadual 3.1 Bilangan Sampel Kajian Mengikut Sekolah 78

Jadual 3.2 Pecahan Aspek Soalan Mengikut Persoalan Kajian 81

Jadual 3.3 Pengukuran Skala Likert Lima Mata 82

Jadual 3.4 Aspek Pengetahuan Kaedah Bermain 82

Jadual 3.5 Aspek Kemahiran Kaedah Bermain 83

Jadual 3.6 Aspek Sikap Kaedah Bermain 83

Jadual 3.7 Aspek Kekangan Kaedah Bermain 84

Jadual 3.8 Aspek Cadangan Penambahbaikan Kaedah Bermain 85

Jadual 3.9 Nilai Instrumen Pekali Alpha Cronbach 87

Jadual 3.10 Pentaksiran Nilai Min Bagi Konstruk Pengetahuan, 89


Kemahiran dan Sikap Guru Masalah Pembelajaran

Jadual 3.11 Hubungan kekuatan Pekali Kolerasi Pearson 91

Jadual 3.12 Rumusan Ujian Statistik 92

Jadual 4.1 Profil demografi responden kajian 93

Jadual 4.2 Tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan pengajaran 96


dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain

Jadual 4.3 Tahap kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran 98


dan pembelajarandengan menggunakan kaedah bermain

Jadual 4.4 Tahap sikap guru dalam melaksanakan pengajaran dan 100
pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain

Jadual 4.5 Tahap kekangan guru pendidikan khas dalam 101


melaksanakan kaedah terapi bermain

Jadual 4.6 Cadangan penambahbaikan penguasaan guru pendidikan 103


khas dalam melaksanakan kaedah bermain
xii

Jadual 4.7 Tahap penguasaan guru dalam melaksanakan pengajaran 109


dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain

Jadual 4.8 Box’M perbezaan penguasaan guru dalam melaksanakan 111


pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kaedah bermain berdasarkan jantina

Jadual 4.9 Wlilks’ Lambda perbezaan penguasaan guru dalam 111


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah bermain berdasarkan jantina

Jadual 4.10 Manova perbezaan penguasaan guru dalam melaksanakan 112


pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kaedah bermain berdasarkan jantina

Jadual 4.11 Box’M perbezaan penguasaan guru dalam melaksanakan 113


pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kaedah bermain berdasarkan pengalaman mengajar

Jadual 4.12 Wlilks’ Lambda perbezaan penguasaan guru dalam 114


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah bermain berdasarkan pengalaman
mengajar

Jadual 4.13 Manova perbezaan penguasaan guru dalam melaksanakan 114


pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kaedah bermain berdasarkan pengalaman mengajar

Jadual 4.14 Kruskal Wallis perbezaan penguasaan guru dalam 116


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah bermain berdasarkan bidang
pengkhususan

Jadual 4.15 Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti 118


hubungan antara pengatahuan, kemahiran, sikap dan
kekangan guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain
xiii

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian 11

Rajah 2.1 Model Analisis Sikap ABC 31

Rajah 2.2 Model Proses membuat Keputusan Inovasi Roger (1995) 33

Rajah 3.1 Pengumpulan Data Kajian 76

Rajah 3.2 Kerangka Operasi Kerja Keseluruhan 80


xiv

SENARAI SINGKATAN

KB Kaedah Bermain

MMP Murid Masalah Pembelajaran

PDP Pengajaran dan Pembelajaran

PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi

GTP Government Tranfomation Programme


1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Keperluan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan
tinggi perlu bermula dari tenaga pengajar itu sendiri. Bagi memenuhi hasrat tersebut,
Malaysia amat memerlukan pendidik yang tidak hanya mampu memenuhi tuntutan era
pendidikan semasa malah mereka juga mampu menjadi pencetus dan peneraju dalam
membentuk hala tuju aspirasi pendidikan negara. Usaha untuk mewujudkan masyarakat
berilmu, cemerlang akademik dan sahsiah bermula dari seorang individu pendidik yang
cemerlang (Sufean Hashim 2003).

Pengajaran Kaedah Bermain (KB) merupakan aktiviti yang tidak seharusnya


dipisahkan dengan murid masalah pembelajaran (MMP). Ia merupakan fitrah
semulajadi bagi seorang kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu melalui bermain.
Pendekatan pengajaran ini memberi peluang kepada mereka untuk membuat
penerokaan, penemuan, pengalaman baharu serta penerapan nilai-nilai murni
(Christensen 2003; Cooney & Sha 2009).

Berdasarkan sukatan Kurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan melalui huraian


kurikulumnya sejak 15 tahun dahulu menunjukkan pendekatan pengajaran KB masih
lagi dipraktikkan sebagai medium pendidikan semasa. Bermula tahun 2010 apabila
Program Tranformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan, Kurikulum baharu iaitu Standard
Pendidikan Khas Kebangsaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menyenaraikan KB sebagai salah satu pendekatan yang harus digunakan oleh guru-
guru pendidikan khas sewaktu mengajar. Ketetapan ini adalah rentetan kepentingan KB
2

sebagai perantara dalam meningkatkan kebolehan murid ke tahap yang lebih baik.

Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran perlu mempunyai tahap


penguasaan yang tinggi terutamanya dari aspek pengetahuan dan kemahiran agar
pendekatan pengajaran KB yang dilakukan adalah bersesuaian dengan kebolehan dan
latar belakang MMP. Persediaan yang rapi oleh guru sebelum mengajar perlu dititik
beratkan bagi menjamin kualiti penyampaian pengajaran terbaik. Peluang yang adil dan
saksama perlu diberikan kepada semua MMP berasaskan komponen pengajaran dan
pembelajaran (PdP) pendidikan khas masalah pembelajaran yang merangkumi
komponen.
1. Pengurusan Kehidupan
2. Akademik Berfungsi
3. Keagamaan dan Nilai Murni
4. Sosial, Riadah dan Kreativiti

Menurut Brock et.al (2009) KB mampu memberi peluang kepada MMP untuk
meneroka, mengkaji, dan menyusun idea disamping pertambahan pengetahuan dan
pengalaman. Selain itu, pengkaji seperti Bodrova & Leong (2003) menggunakan KB
untuk meningkatkan perkembangan kognitif dan sosial. Menurut Brock (2009)
pendekatan KB banyak menyelesaikan masalah tingkah laku, meningkatkan motivasi
dan menggalakkan pengelibatan serta tumpuan. Pandangan ini turut dipersetujui oleh
Riley (2013). Pandangan Mariani dan Hawa (2009) aktiviti pengajaran KB membantu
perkembangan murid bukan sahaja kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)
malahan melangkaui aspek pembentukan sahsiah diri dan keperibadian. Oleh yang
demikian pendekatan pengajaran KB tidak boleh dipandang enteng oleh para guru.

Pendekatan pengajaran MMP harus dimulakan dari tahap yang mudah dan
konkrit dipersetujui oleh Kammaii dan Yuhonda (2009) aktiviti bermain akan lebih
berkesan berbanding kaedah berpusatkan guru dan lembaran kerja. Guru harus
memanfaatkan peluang yang ada bagi merangsang pemikiran dan melatih kemahiran
menyelesaikan masalah untuk diadaptasi dalam situasi kehidupan sebenar. Disamping
itu, pengajaran KB juga dapat menghilangkan rasa bosan dan perasaan takut murid
3

terhadap guru serta persekitaran kelas yang sentiasa berubah-ubah (Wood & Artfield
2007).

Memetik kata-kata Mantan Menteri Pendidikan iaitu Tan Sri Dato Musa Bin
Mohammad (2001) penggubalan sesuatu kokurikulum bertujuan melonjakkan potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi aspek pembinaan minda,
penerapan nilai-nilai murni, pengukuhan kewajaran emosi dan penyuburan kekuatan
fizikal sebagai persediaan untuk memasuki hidup bermasyarakat. Kesemua hasrat ini
akan hanya tercapai sekiranya pendekatan pengajaran dilakukan secara bermain
berpandukan kepada prinsip fleksibel, tidak berorentasikan peperiksaan dan
menggembirakan.

Menyedari akan hakikat itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah


bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Khas (BPK) dalam menyediakan tenaga
kerja guru dengan pelbagai kemahiran pedagogi terutamanya pengajaran KB.
Banyak usaha telah dilakukan bagi memastikan guru dilapangan bersedia dari segi
pengetahuan, kemahiran dan mempunyai sikap yang positif terhadap MMP. Selain
itu, maklumat dan dapatan yang ada mampu memberi manfaat yang besar kepada
pelbagai pihak agar penambahbaikan pengajaran KB dapat dilakukan dari masa ke
masa. Ini kerana keberhasilan dan kelancaran pengajaran KB sangat bergantung kepada
peranan guru (Ravitz 2008; Pearlman 2006; Grant 2002; & Thomas 2000).

Sehubungan dengan itu adalah wajar untuk mengetahui tahap penguasaan guru
pendidikan khas masalah pembelajaran dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
mereka terhadap pengajaran KB.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengajaran KB merupakan kaedah yang perlu diterapkan oleh guru terhadap murid
berkeperluan khas masalah pembelajaran. Pendekatan ini mampu membantu murid
yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan kehidupan seharian mereka.
Menurut Camchale (2004) “Kaedah bermain adalah pendekatan psikoterapi yang
berasaskan kepada psikodrama dan prinsip perkembangan. Tujuan kaedah bermain ini
4

adalah untuk membantu melegakan tekanan dan emosi kanak-kanak melalui pelbagai
pendekatan imaginasi dan ekspresi perasaan dengan bantuan peralatan permainan
tertentu seperti boneka, tanah liat, kesenian dan instrumen muzik”.

Walaubagaimanapun, pendekatan pengajaran KB tidak dapat dilaksanakan


sepenuhnya berikutan kekangan yang dihadapi oleh guru seperti kesukaran mengawal
tingkah laku MMP di dalam kelas, peruntukan masa yang tidak mencukupi, kekurangan
bahan bantu mengajar (BBM), keupayaan kreativiti guru yang terbatas dan ketiadaan
manual panduan yang dapat membimbing guru untuk menjalankan pengajaran KB
secara tersusun dan sistematik. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil kajian
yang dilakukan oleh Profesor Madya Dr. Sharifah Norhaida Syed Idros dari Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia dari tahun 2007 hingga 2010
mendapati bahawa 20 dari 25 orang guru yang ditemubual mengakui kelebihan KB
sewaktu pengajaran, namun tidak mampu melaksanakan sepenuhnya disebabkan
kekangan tersebut.

Menerusi matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang


diterjemahkan melalui huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menunjukkan
hasrat Negara mewujudkan pendidikan berkualiti untuk semua bagi memenuhi
keperluan pendidikan terutamanya MMP adalah amat jelas. Kaedah Bermain
merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang dititik beratkan dalam gagasan
perubahan pendidikan tersebut. Walaubagaimanapun, pelaksanaan kaedah pengajaran
ini amat bergantung kepada keupayaan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan
seseorang guru dalam mengintegrasikannya. Menurut Morrison (1995) kejayaan
sesuatu pengajaran amat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru dalam
merangsang kebolehan MMP disamping menggalakkan persekitaran selesa. Objektif
pengajaran yang telah ditetapkan mampu dicapai sekiranya guru mampu
mempersiapkan diri dengan perancangan, pelaksanaan dan penilaian sebelum, semasa
dan selepas pengajaran dilaksanakan (Isenberg & Jalongo 2003).

Di Malaysia pengajaran dan pembelajaran MMP merujuk kepada murid


berkeperluan khas yang mempunyai masalah kecacatan seperti serebrum palsi,
kesukaran komunikasi, autisme, gangguan tumpuan ADHD, hiperaktif, disleksia dan
5

terencat akal (Jabatan Pendidikan Khas 2003). Dasar KPM yang memberi peluang
kepada semua murid untuk menerima akses pendidikan bagi mengembangkan bakat dan
potensi diri membuka ruang kepada pembukaan Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) masalah pembelajaran di banyak sekolah seluruh negara (Sapora Sipon & Wan
Anor Wan Sulaiman 2002).

Bagi menjamin hak dan kepentingan golongan ini, Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 telah digubal agar selari dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Menerusinya, langkah kementerian memperkasakan PPKI dalam
membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang mampu dicapai apabila
KPM meningkatkan kopentensi pengurusan, pentadbir, guru dan anggota kumpulan
sokongan agar lebih terlatih dan memenuhi keperluan pendidikan semasa.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran guru yang tinggi amat diperlukan


dalam melakukan perubahan dan penambahbaikan kaedah pengajaran terhadap MMP.
Menurut Erdman dan Jaroll (2006) seorang guru perlu mengambil kira ciri-ciri khusus
semulajadi murid yang diajar seperti keadaan fizikal, kestabilan emosi, keupayaan
kognitif dan kesediaan psikologi sebelum melangkah jauh dalam proses P&P. Oleh
yang demikian guru harus memahami situasi dan masalah dengan mencari jalan
penyelesaian kearah perubahan dan penambahbaikan pada tahap pemahaman MMP.

Perbezaan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan sedia ada MMP secara tidak
langsung membatasi proses PdP berkesan. Situasi ini mengkehendaki guru untuk lebih
berkemahiran mengorganisasi dan memahami setiap orang muridnya. Landreth dan
Bratton (2000) menggalakkan untuk membuat modifikasi pengajaran, memahami
refleksi dan perasaan, menggunakan perbandingan metafora, melukis, bercerita serta
membuat interpretasi. Tambahan lagi, KB adalah bersesuaian dengan fitrah semulajadi
MMP yang memperolehi pengetahuan dan pengalaman melalui bermain.

Selain itu, kepakaran guru juga amat diperlukan bagi membantu MMP untuk
belajar dan memahami persekitaran dengan cara yang betul (Embi & Azmi 2012).
Pendekatan KB yang dilakukan oleh guru seharusnya mampu diterima tanpa tekanan
dan paksaan disamping menggalakkan mereka untuk terus berkembang seperti mana
6

menurut Brock et al. (2009) pembelajaran yang menggunakan KB sebagai perantara


akan membolehkan MMP mengembangkan potensi diri secara semulajadi dengan lebih
cepat.

Guru-guru perlu bersikap terbuka dan berani untuk keluar dari zon selesa bagi
memahami dan mencari pendekatan terbaik dalam mengajar MMP. Guru juga harus
mempunyai sikap empati kepada murid tanpa adanya pilih kasih dan sentiasa berfikiran
positif dengan tidak menjadikan kelemahan murid sebagai penghalang kepada
kecemerlangan. Tugas dan amanah yang diberikan dalam menyediakan perkhidmatan
terbaik kepada MMP harus disantuni dengan kesusilaan agar pengetahuan, kemahiran,
pengalaman dan pembentukan sahsiah dapat disalurkan terus kepada MMP.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Penguasaan guru dalam aspek pengetahuan dan kemahiran adalah penentu


pembentukan generasi masa hadapan negara. Oleh itu, usaha peningkatan modal insan
negara perlu dimulakan terlebih dahulu bermula dari seorang guru. Snow dan Burns
(2013) berpandangan guru harus mempunyai pengetahuan tentang pedagogi pengajaran
yang bersesuaian dengan anak muridnya. Ini kerana setiap MMP mempunyai masalah
pembelajaran yang berbeza.

Berdasarkan sudut pandangan guru di dalam kajian ini, KB bukanlah


pendekatan terbaik dalam proses pembelajaran kerana ia akan hanya melambatkan
proses pengajaran, membuang masa, bising dan tidak teratur. Golongan ini berpendapat
objektif pembelajaran teras untuk menerapkan ilmu pengetahuan terutamanya
penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira tidak mampu tercapai
sekiranya pendekatan KB digunakan secara berterusan. Pandangan ini ada
persamaannya dengan hasil tinjauan yang dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysi (2011) terhadap guru pendidikan khas bukan option
yang baru mengajar dalam satu bengkel pengenalan terhadap Pendidikan Khas
menunjukkan 55% daripada mereka menyatakan negatif dengan berpendapat
pengajaran KB bersifat halangan pada peringkat pendidikan asas persekolahan. Kajian
yang dilakukan oleh Jemaah Nazir Pendidikan Khas pada tahun 2008 mendapati guru-
7

guru telah menggunakan sukatan pendidikan khas yang ditetapkan dengan baik, namun
dari segi pelaksanaan KB sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran masih tidak
optimum.

Permasalah kedua adalah kurangnya pendedahan maklumat terkini kepada guru


pendidikan khas masalah pembelajaran berkaitan pengajaran KB. Mengikut dapatan
kajian ini, sebanyak 75% guru bersetuju kekurangan latihan sebagai salah satu
kekangan pelaksanaan pengajaran KB. Selain itu kajian terdahulu berkaitan
pelaksanaan KB banyak tertumpu kepada kesan terhadap murid berbanding aspek
penguasaan guru. Landreth (1987) dan Ray et al. (2004) menyatakan kepentingan
pelaksanaan KB terhadap murid berkeperluan khas disamping penguasaan guru sebagai
pelaksana. Kurangnya pendedahan berkaitan KB akan menyebabkan proses
penambahbaikan program tidak dapat dilakukan termasuklah peluang dan akses
terhadap pendidikan berkualiti. Shanti (2008) menyatakan guru pendidikan khas
masalah pembelajaran tidak menerima pendedahan berkaitan pengetahuan dan
kemahiran yang seharusnya dikuasai. Elemen seperti matlamat, konsep, prosedur dan
kemenjadian hasil perlu dikuasai oleh guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan baik.

Permasalah ketiga adalah guru masih terikat dengan pendekatan tradisional yang
lebih berpusatkan guru berbanding murid (Robiah Sidin & Sakinah Mohamad 2007).
Sesetengah guru tidak mempunyai kemahiran kreativiti sewaktu mengajar sehingga
mengambil masa yang lama untuk memikirkan aktiviti dan bahan pengajaran yang
sesuai dengan objektif yang telah ditetapkan. Kelemahan ini membawa kepada
kesuntukan masa untuk merancang pengajaran yang akhirnya membawa guru kepada
jalan pintas menggunakan pendekatan formal seperti “chalk and talk”. Keadaan ini
merujuk dapatan kajian Hussein (2012) yang menunjukkan pengajaran guru prasekolah
dan guru pendidikan khas di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala-Lumpur lebih
menggunakan pendekatan formal. Dapatan mendapati guru-guru lebih mementingkan
keperluan menghabiskan silibus pelajaran berbanding memenuhi keperluan murid.
Matlamat pengajaran agar murid mampu berkembang dari aspek sosio-emosi, bahasa,
intelek dan dan fizikal tidak akan tercapai sekiranya situasi ini masih berterusan.
8

Permasalahan keempat adalah kurangnya pengalaman guru dalam


melaksanakan pengajaran KB. Menurut Isenberg dan Jalongo (2001) ramai guru telah
melaksanakan KB tetapi tanpa adanya perancangan dan aktiviti permainan berstuktur
dan tersusun. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Rashidi dan Abdul Razak (2013)
kebanyakan guru menyedari kelebihan dan kepentingan pembelajaran KB, namun
kurang pengetahuan tentang teori pembelajaran dan pelaksanaannya seperti mana
dicadangkan oleh kementerian mengakibatkan guru sering mengabaikan pendekatan
pengajaran bermain dan sesetengahnya menolak terus pendekatan ini (Bodora & Leong
2003 & Brandon 2002). Keadaan ini dapat dibuktikan melalui tinjauan yang dilakukan
oleh Jemaah Nazir Pendidikan Khas (2013) peringkat kedua di Selangor dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur terhadap 30 buah sekolah integrasi menunjukkan
kebanyakan kelas tidak melaksanakan sepenuhnya pengajaran KB walaupun guru-guru
mengakui kesan positif akibat kurangnya pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

Permasalah kelima adalah pengajaran berorentasikan peperiksaan. Yong (2009)


menyatakan bahawa walaupun banyak usaha dijalankan untuk memantapkan kemahiran
pengajaran guru, namun diperingkat sekolah seolah-olah masih cenderung untuk
menilai murid melalui peperiksaan berdasarkan bilangan “A” yang dihasilkan. Menurut
Khadijah Rohani (2009) program pendidikan khas yang menekankan akademik semata-
mata, akan membuat MMP bosan, tertekan dan tidak minat untuk belajar yang akhirnya
jika dipaksa akan menjurus kepada ketidakstabilan emosi. Pandangan ini turut
dipersetujui oleh Liszkowski et al. (2013) penekanan aspek akedemik sewaktu diawal
usia mampu merosakkan minat MMP utuk belajar. Lantaran itu, guru didapati tidak
mampu mengadaptasi keperluan MMP dan lebih cenderung untuk mempraktikkan
amalan pengajaran berpusatkan guru yang mana lebih terbukti keberkesanan untuk
menghabiskan silibus akademik tahunan dengan cepat tanpa memikirkan keperluan
pengajaran murid berkeperluan khas.

Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dilakukan bagi mengetahui sejauh
manakah tahap penguasaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap
pengajaran KB. Aspek penguasaan guru perlu diberi perhatian bagi membantu murid
membuat penyesuaian diri, sosial, emosi, tingkahlaku serta perkembangan rohani dan
mental dalam suasana pembelajaran yang tidak menekan. Maklumat yang berguna dan
9

lebih spesifik berkaitan keperluan guru dalam meningkatkan professionnya dapat


dimanfaatkan oleh pihak yang berkepentingan di dalam kajian ini.

1.4 KERANGKA KONSEP KAJIAN

Kejayaan sesuatu perubahan dan inovasi pendidikan dalam melaksanakan KB amat


bergantung kepada tahap penguasaan guru. Perbincangan bersama penyelia bagi
pengadaptasian tiga teori dan tiga model akan dijadikan dasar pembentukan kerangka
konseptual kajian agar tidak tersasar dari objektif yang telah ditetapkan. Teori dan
model tersebut adalah Teori Pemikiran Kawalan Adaptif, Anderson (1993) Teori
Membuat Keputusan Inovasi, Rogers (1995) Model Sikap ABC, Nelson & Quick
(2004), Model Perubahan Pendidikan Fullan (2001) serta rujukan dari pelbagai kajian
bagi menyokong konstruk yang telah dipilih.

Pandangan Jhon Anderson (1983) dalam teori Pemikiran Kawalan Adaptif


menyatakan bahawa gabungan pengetahuan deklaratif dan pengetahuan prosedural
yang ada pada diri seseorang akan mewujudkan hubungan dalam pemikiran. Beliau
menerangkan pengetahuan deklaratif yang berbentuk pengetahuan asas dan saling
berasingan akan bertambah mantap dan kukuh sekiranya disokong oleh pengetahuan
berbentuk kemahiran yang memerlukan kesungguhan dan latihan.

Berdasarkan model sikap ABC yang diperkenalkan oleh Nelson dan quick pada
tahun 2004 tahap penguasaan guru terhadap KB melibatkan tiga elemen dalaman utama
iaitu komponen perasaan (afektif), tingkah laku (behavioral) dan kepercayaan (kognitif)
yang akhirnya membentuk konstruk sikap bagi kajian ini. Sikap positif akan mendorong
melakukan tugasan dan hasil yang baik Manakala sikap negatif pula akan mengongkong
semua potensi kemahiran yang ada.

Teori Proses membuat keputusan yang dipelopori oleh (Rogers 1995) turut
dijadikan sandaran utama bagi kajian ini. Beliau menggambarkan proses ini sebagai
pencarian sumber maklumat bermula dari pengumpulan pengetahuan, kepercayaan,
membuat keputusan, pelaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pengesahan. Proses
10

membuat keputusan oleh penerima inovasi akan memakan masa yang panjang sebelum
seseorang itu menerima atau menolak perubahan inovasi yang diperkenalkan.

Model perubahan pendidikan Fullan (2001) turut dijadikan sandaran dalam


kajian ini. Proses yang diperkenalkan oleh beliau melibatkan empat peringkat yang
dimulai dengan pengenalan (initiation) pelaksanaan (implementation) pengintitusian
(continuation) dan hasil (outcome). Walaubagaimanapun dalam kajian ini peringkat
pertama dan kedua diberikan penekanan memandangkan ia saling berhubung di antara
pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan inovasi pendidikan.

Berdasarkan kajian, pembolehubah bagi kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu
bebas dan bersandar. Pembolehubah bebas merujuk kepada faktor jantina, pengalaman
mengajar dan bidang pengkhusussan serta penguasaan guru terhadap kaedah bermain
yang terdiri daripada aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Manakala
pembolehubah bersandar pula merujuk kepada kekangan yang dihadapi oleh guru
dalam melaksanakan kaedah bermain terhadap murid berkeperluan khas. Kerangka
konseptual kajian ini dapat dijelaskan dalam rajah dibawah.
11

DEMOGRAFI KAJIAN JANTINA


PENGALAMAN MENGAJAR
PENGKHUSUSAN MATAPELAJARAN

PENGUASAAN GURU MELAKSANAKAN KAEDAH BERMAIN

PENGETAHUAN KEMAHIRAN SIKAP GURU


TENTANG KB MELAKSANAKAN KB TERHADAP KB

-Matlamat Pelaksanaan - Kemahiran Prosedural -Perasaan (Afektif)


-Konsep - Kemahiran Generik -Tindakan (Behavioral)
-Elemen -Keyakinan (Kognitif)
-Kriteria
-Hasil Pembelajaran

KEKANGAN PELAKSANAAN KAEDAH


BERMAIN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH BERMAIN


TERHADAP MURID MASALAH PEMBELAJARAN

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka kajian diatas dibina adalah untuk mengenal pasti penguasaan guru
melaksanakan kaedah bermain dalam aspek pengetahuan yang terdiri daripada
pengertian, matlamat, konsep, elemen, prosedur dan hasil pembelajaran. Aspek kedua
adalah kemahiran yang terdiri daripada prosedural dan generik. Kajian juga akan
memperlihatkan aspek sikap guru dalam melaksanakan kaedah bermain yang terdiri
daripada konstruk afektif (perasaan), behavioral (tindak tanduk) dan kognitif
(keyakinan) Perubahan positif akan terlihat sekiranya guru itu mampu menguasai
ketiga-tiga aspek serta berupaya mengatasi kekangan dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran KB terhadap MMP.
12

Cadangan penambahbaikan bagi mengatasi kekangan pelaksanaan KB dari


perseptif pandangan guru diambil kira sebagai jalan penyelesaian yang membawa
kepada keberhasilan pengajaran KB. Apabila faktor kekangan tidak lagi menjadi
penghalang, maka secara teorinya penguasaan guru terhadap pelaksanaan KB akan
bertambah baik. Keadaan ini akan membuka lembaran baharu kepada perubahan
pendidikan di masa hadapan dan seterusnya membantu mengukuhkan lagi penguasan
guru terhadap pengajaran KB.

1.5 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap penguasaan guru pendidikan khas
terhadap pendekatan pengajaran KB yang memfokus kepada murid bermasalah
pembelajaran merangkumi aspek penguasaan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Selain
itu kajian juga akan menyatakan kekangan yang dihadapi serta cadangan
penambahbaikan bagi mengatasinya dari perseptif pandangan guru pendidikan khas
masalah pembelajaran di sekolah integrasi. Keutamaan penyelidik dalam kajian ini
adalah untuk mengetahui tahap perbezaan penguasaan guru yang didasari oleh faktor
jantina, pengalaman mengajar dan matapelajaran yang diajar. Selain itu tujuan kajian
dijalankan juga adalah untuk mengenalpasti hubungan diantara penguasaan
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru serta tahap kekangan sewaktu pelaksanaan
berdasarkan faktor jantina, pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, kajian dijalankan adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam melaksanakan pengajaran dengan


menggunakan kaedah bermain berasaskan aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap.

2. Mengetahui kekangan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran


berasaskan kaedah bermain dari sudut pandangan guru.
13

3. Mengetahui cadangan penambahbaikan penguasaan guru pendidikan khas


terhadap pengajaran dan pembelajaran kaedah bermain dari sudut pandangan
guru.

4. Mengetahui perbezaan tahap penguasaan guru dari aspek pengetahuan,


kemahiran dan sikap terhadap pengajaran kaedah bermain berdasarkan kepada
faktor demografi jantina, pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan
matapelajaran.

1.7 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif yang telah dirangka, maka terdapat lapan persoalan kajian telah
dihasil adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap penguasaan guru dalam melaksanakan pengajaran kaedah


bermain dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap?

2. Apakah bentuk kekangan yang wujud dalam melaksanakan Kaedah Bermain


dari pandangan guru pendidikan khas?

3. Apakah bentuk cadangan penambahbaikan yang wujud dalam melaksanakan


kaedah bermain dari pandangan guru pendidikan khas?

4. Adakah terdapat perbezaan penguasaan guru dari aspek pengetahuan,


kemahiran dan sikap terhadap pengajaran kaedah bermain berdasarkan faktor
demografi jantina, pengalaman mengajar dan pengkhususan mata pelajaran?

5. Menentukan bentuk hubungan yang wujud diantara pengetahuan, kemahiran,


sikap dan kekangan dalam pelaksanaan pengajaran kaedah bermain.
14

1.8 HIPOTESIS KAJIAN

Bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibina, maka hipotesis akan menjawab
persoalan kajian. Pemerolehan data menggunakan kaedah secara inferens dilakukan
bagi kesahan hasil dapatan. Bagi persoalan kajian (1) dan (2) analisis Manova
digunakan. Analisis Kruskal Wallis digunakan pada persoalan kajian ke (3) dan
persoalan kajian ke (4) adalah menggunakan Korelasi Pearson. Pada keseluruhan kajian
ini terdapat

Hipotesis persoalan kajian ke 1: Ujian Manova


Ho1.1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan KB berdasarkan demografi jantina
Ho1.2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan KB berdasarkan demografi jantina
Ho1.3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan KB berdasarkan demografi jantina.

Hipotesis persoalan kajian ke 2: Ujian Manova


Ho2.1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan kaedah bermain berdasarkan demografi pengalaman
mengajar.
Ho2.2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan kaedah bermain berdasarkan demografi pengalaman
mengajar.
Ho2.3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan kaedah bermain berdasarkan demografi pengalaman
mengajar.

Hipotesis persoalan kajian ke 3: Ujian Kruskal Wallis


Ho3.1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan kaedah terapi bermain berdasarkan bidang
pengkhusussan matapelajaran
15

Ho3.2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran dalam melaksanakan


pengajaran menggunakan kaedah terapi bermain berdasarkan bidang
pengkhususan matapelajaran
Ho3.3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap dalam melaksanakan
pengajaran dengan menggunakan kaedah bermain berdasarkan bidang
pengkhususan matapelajaran.

Hipotesis persoalan kajian ke 4: Ujian Kolerasi Pearson


Ho4.1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan dari aspek pengetahuan dengan
kekangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kaedah Bermain
Ho4.2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan dari aspek kemahiran dengan
kekangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kaedah Bermain
Ho4.2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan dari aspek sikap dengan kekangan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kaedah Bermain

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah satu penambahbaikan ilmu dalam bidang pendidikan khas khususnya
dalam pelaksanaan pengajaran Kaedah Bermain (KB).Dapatan kajian ini mampu
memberi penambahbaikan ilmu, perkongsian pengetahuan, amalan dan kemahiran demi
kemajuan pendidikan negara. Pengujian tentang sejauh manakah tahap penguasaan guru
pendidikan khas terhadap pengajaran KB adalah sesuatu yang wajar diberi perhatian
agar kelemahan dan keperluan seseorang guru itu dapat dikenalpasti dalam memberi
perkhidmatan pendidikan yang berkualiti selain mengetahui factor-faktor yang
mendasari sesuatu penguasaan yang dimiliki oleh seseorang guru pendidikan khas
masalah pembelajaran.

Pelbagai pihak yang bernaung di bawah KPM seperti guru-guru disekolah, para
pensyarah institut pendidikan guru dan universiti dapat memanfaatkan hasil kajian
untuk latihan perguruan, penawaran kursus dan serta penyelidikan lanjutan. Ini secara
tidak langsung dapat membantu guru dalam meningkatkan tahap penguasaan mereka
dalam sesuatu bidang tertentu.
16

Kajian ini juga secara tidak langsung akan mengisi kelompongan keperluan dan
kehendak murid dalam menerima perkhidmatan terbaik dari seorang guru. Hasil
dapatan adalah releven untuk dijadikan rujukan. Perbincangan berkaitan kaedah yang
manakah sesuai untuk dilaksanaka serta hujahan sokongan bagi mendukung sesuatu
penyataan mampu dijadikan sandaran dalam melaksanakan KB kepada murid
berkeperluan khas. Melalui pengajaran secara tersusun, murid-murid akan dapat
menukarkan perasaan cemas, risau dan takut kepada perasaan gembira, tenang dan ingin
tahu yang sekaligus meningkatkan keyakinan dan nilai estim mereka.

1.10 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini tertumpu pada empat aspek penting iaitu:

1. Aspek pertama mengenai kesediaan pengetahuan guru dalam melaksanakan


pengajaran KB di PPKI. Ciri-ciri aspek ini seperti:
a) Matlamat pelaksanaan
b) Konsep
c) Elemen
d) Kriteria
e) Hasil pembelajaran

2. Aspek kedua mengenai kesediaan kemahiran guru dalam melaksanakan


pengajaran KB di PPKI. Ciri-ciri aspek ini seperti:
a) Kemahiran prosedural
b) Kemahiran generik

3. Aspek ketiga mengenai kesediaan sikap guru dalam melaksanakan pengajaran


KB di PPKI. Ciri-ciri aspek ini seperti:
a) Perasaan (afektif)
b) Tindakan (behavioral)
c) Keyakinan (kognitif)
17

1.11 BATASAN KAJIAN

Terdapat beberapa kekangan yang telah dikenal pasti sewaktu menjalankan kajian ini.
Di antara kekangan kajian tersebut adalah seperti berikut.

1. Pengumpulan data menggunakan instrument soal selidik mempunyai


kelemahannya tersendiri. Hasil dapatan kajian adalah bergantung kepada
kesungguhan dan kerelaan responden melengkapkan borang kajian soal selidik.
Selain itu terdapat sesetengah responden lebih gemar menggunakan bahasa
komunikasi untuk menjawab berbanding penulisan. Tambahan pula ada
kemungkinan segelintir responden yang menjawab soalan dengan sambil lewa
dan menganggap ia adalah tidak penting.
2. Hanya terdapat 13 buah sekolah yang menawarkan program pendidikan Khas
Integrasi di daerah Kuala-Langat dengan bilangan guru yang mengajar adalah
seramai 83 orang. Memandangkan bilangan responden yang terhad, maka kajian
rintis dilakukan terhadap 30 orang guru pendidikan khas di daerah berlainan
iaitu Petaling Perdana sebagai sampel kajian.
3. Kajian ini dijalankan hanya berdasarkan kepada objektif kajian yang telah
disenaraikan.

1.12 DEFINISI ISTILAH

Kajian yang baik seharusnya dapat menghuraikan pelbagai istilah yang wujud dalam
kajian tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dan menambah kefahaman
tentang perkara pokok yang dibincangkan. Apabila penyataan sesuatu istilah adalah
jelas dalam konteksnya, maka pembaca mampu memahami dan memfokus kepada tajuk
yang disampaikan oleh penyelidik tanpa perasaan ragu-ragu dan hilang tumpuan.

1.12.1 Penguasaan Guru

Kejayaan sesuatu pengajaran di dalam kelas amat bergantung kepada penguasaan


seseorang guru dalam sesuatu bidang. Shafritz (2009) mendefinasikan bahawa ia
merupakan satu prinsip dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang
18

merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap. Penguasaan guru juga berkait rapat
dengan kemahiran menyampaikan ilmu yang khusus dalam sesuatu skop pengajaran
kepada muridnya (National Board for Professional Teaching Standards 2008)
Penguasaan guru yang baik adalah dengan menggunakan pelbagai kemahiran dan
kebolehan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran kondusif (Robet E.
Slavin 2003).

Sharifah Alwiya (1996) menyatakan penguasaan seorang guru adalah gabungan


unsur seni dan sains dalam membentuk kaedah pengajaran. Cruickshak (2007)
menyatakan penguasaan guru dalam sesuatu bidang pengetahuan harus meliputi prinsip,
kaedah, teknik dan pertimbangan yang didasari oleh kekuatan pengetahuan yang
mantap. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan Abdul Rahim Abdul
Rasyid (2012) yang menjelaskan penguasaan ilmu guru adalah penting bagi
menyampaikan pengetahuan kepada murid MMP dengan pelbagai cara dan kaedah
menarik agar pengajaran tidak membosankan. Dalam kajian ini penguasaan guru
merujuk keupayaan menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam
membantu melaksanakan amalan pengajaran yang dirancang.

1.12.2 Pendekatan Pengajaran

Pendekatan pengajaran adalah hala tuju yang dipilih oleh guru untuk golongan sasaran
iaitu murid masalah pembelajaran. Berdasarkan pandangan Kaye Barrington (2008)
pendekatan pengajaran di terjemahkan sebagai “to near come to in any sense” atau jalan
yang diambil untuk melaksanakan sesuatu berasaskan teori atau generalisasi tertentu.
Sesuatu pendekatan pengajaran yang diajar oleh guru adalah berdasarkan keutamaan
dan keprihatinan disamping faktor lain seperti bagaimana seseorang guru itu
mengendalikan murid, penyampaian fakta, penggunaan bahasa dan kesediaan murid itu
sendiri dalam proses PdP.

Ini bermakna pendekatan pengajaran merujuk kepada pengendalian dan usaha


untuk mencapai objektif pengajaran. Pendekatan pengajaran boleh disampaikan melalui
dari umum kepada spesifik (deduktif), dari spesifik kepada umum (induktif), dari
19

maujud kepada abstrak, dari mudah kepada sukar mahupun daripada apa yang diketahui
kepada sesuatu yang belum diketahui.

1.12.3 Strategi Pengajaran

Startegi pengajaran merupakan susunan serta gabungan bebarapa pendekatan dan


kaedah tertentu bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran. Menurut pandangan
Woolflok (2009) konsep strategi pengajaran adalah kemampuan guru dalam memilih
pendekatan dan kaedah yang betul berdasarkan objektif pengajaran yang telah
ditetapkan sebelum itu. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya ialah strategi
pengajaran berpusatkan guru, murid, bahan dan pemusatan tugas ataupun aktiviti (Jack
Richards 2007). Pendekatan KB menepati strategi pengajaran berpusatkan murid. Oleh
itu, ia dipilih sebagai elemen utama kajian bagi mengetahui tahap sebenar penguasaan
guru memandangkan kelebihan yang ada padanya seperti galakan kepada aktiviti
penerokaan, penemuan dan perbincangan.

a. Kaedah

Kaedah merupakan susunan perancangan atau langkah yang digunakan untuk mencapai
sesuatu matlamat dengan menggunakan segala sumber yang ada seperti tenaga, masa
dan kemudahan secara optimum. Sharifah Alwiyah Alsagof (1986) menyatakan bahawa
kaedah merupakan perubahan ke arah satu tujuan perancangan yang telah dirancang
secara tersusun. Manakala Hassan Langgulung (1981) pula menyatakan bahawa kaedah
adalah jalan untuk mencapai matlamat dan tujuan.

Oleh itu, apa sahaja cara seseorang guru lakukan untuk memberi kefahaman
kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Antara
kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru sewaktu pengajaran adalah seperti kaedah
terus, semulajadi, oral-aural, latih tubi dan linguistik. Dalam kajian ini kesemua kaedah
yang digunakan oleh guru akan bersandarkan kepada pengajaran dan pembelajaran
secara bermain.
20

b. Kaedah Bermain

Kaedah bermain adalah satu pengajaran yang membenarkan dan memberi peluang
kepada MMP untuk mengekspresi diri dengan cara yang menyenangkan (Foster 1989).
Pengalaman bermain melalui gabungan pelbagai sensori, kemahiran, bercerita, main
peranan, penerokaan dan sebagainya memberi kenangan manis dalam kehidupan
mereka. Kaedah ini menjadi laluan yang membolehkan MMP untuk mengeksplorasi
dan mewujudkan hubungan interpersonal disamping memahami perasaan dan
kemahuan diri sendiri.

Pandangan Elizabeth (2003) menyatakan kaedah bermain membolehkan MMP


merasa bebas untuk meluahkan emosi dalam keadaan yang selamat. Ekspresi perasaan
yang dilahirkan melalui bermain mampu menukar situasi perasaan sedih, takut,
tertekan, gementar dan rasa bersalah kepada peningkatan estim kendiri yang tinggi
(Landreth 1987, 2002; Ray Perkins & Oden 2004). Melalui bermain juga MMP belajar
untuk berkomunikasi dan faham kepentingan interaksi sosial dengan rakan
sepermainan. Selain itu, KB juga memberi peluang untuk merasai perasaan dan
mengawal keadaan yang dapat membantu mereka berurusan dengan realiti sebenar
(Landreth 2002).

c. Teknik

Teknik dalam sesuatu pengajaran adalah kemahiran atau perkara khusus dan spesifik
yang terdapat dalam sesuatu kaedah pengajaran. (Rahimah Sabran & Rahim Syam
2009). Menurut Slavin (2005) teknik merupakan satu cara penyampaian pengetahuan
atau kemahiran dengan tujuan untuk mempercepatkan kefahaman murid. Sekiranya
seseorang guru gagal menguasai teknik-teknik tertentu, kegagalan matlamat kaedah
pengajaran adalah tinggi. Penggunaan kaedah pengajaran dan pemilihan teknik yang
betul akan memberi impak positif kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan oleh guru amat bergantung kepada asas-
asas pengkaedahan yang mantap serta boleh dipercayai (Thompson & Brenda 2012).
Beberapa teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru adalah seperti teknik
bercerita, penyelesaian masalah, perbincangan, demonstrasi dan bermain. Dalam kajian
21

ini, teknik bermain dijadikan sandaran bagi mengetahuai tahap penguasaan guru
terhadap pengajaran kaedah bermain kepada MMP.

d. Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan bantu mengajar merupakan alat komunikasi audi visual yang bertindak sebagai
bahan rangsangan keinginan kepada murid bertujuan untuk memberitahu dan
mempengaruhi dalam sesuatu proses pengajaran disamping menjadikannya lebih
menarik (Abdul Rahim Abdul Rasyid 2012). Pandangan Allan J. Mize, J (2009) pula
menyatakan BBM merupakan satu bahagian yang padu dalam proses pembelajaran
dengan tujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dengan murid serta
mempercepatkan proses kefahaman. Norzilah Baharom (2011) membahagikan BBM
kepada tiga ketagori iaitu; alat pendengaran, alat pandang dan alat pandang-dengar. Abd
Wahab (2011) pula membahagikan BBM kepada dua bahagian iaitu media elektronik
dan media bukan elektronik. Selain itu, Kamarulzaman Sukami (2010) menyatakan
prinsip-prinsip asas BBM adalah seperti kepelbagaian bahan, pemilihan, kecekapan
penggunaan dan kesesuaian. Dalam kajian ini, penguasaan guru akan dilihat dari sudut
sejauh manakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap meraka terhadap penggunaan
BBM sewaktu pengajaran dan pembelajaran murid masalah pembelajaran.

e. Penilaian

Penilaian dalam pendidikan merupakan satu proses membuat keputusan secara


sistematik yang melibatkan pemerolehan, pentaksiran dan pengenalpastian maklumat
berasaskan kepada sesuatu objektif yang telah ditetapkan (Borich 2006). Pandangan ini
dipersetujui oleh Gay (2012) dengan menambah bahawa penilaian yang baik mampu
membimbing guru membuat pertimbangan dan keputusan berhubung pengajaran dan
pembelajaran disamping menentukan kekuatan dan kelemahan. Penilaian boleh
dilakukan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif atau secara kedua-duanya. Selain itu
penilaian berbentuk formatif, sumatif, diagnostik dan kriteria juga boleh dilakukan oleh
guru terhadap MMP. Menurut pandangan Chua Yan Piaw (2008) penilaian dari
pelbagai sudut seperti latar belakang, pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid
perlu dinilai oleh guru sebelum sesuatu keputusan penilaian dilakukan untuk tindakan
22

selanjutnya. Dalam kajian ini penilaian adalah sangat penting bagi mengenal pasti status
semasa atau akan datang bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan program.

1.12.4 Pengetahuan

Penguasaan guru dalam pengajaran merangkumi pengetahuan, kemahiran dan amalan


sikap (Vamos dan Zhou 2007; Wong En Ji 2000 & Siti Norahizah 2002). Konteks
pengetahuan dalam kajian ini adalah selari dengan Raja Maznah Raja Hussin (2008)
iaitu penguasaan pedagogi dalam aspek persiapan sebelum mengajar dan keyakinannya
sewaktu mengajar. Dalam kajian ini pengetahuan merangkumi aspek pengertian,
matlamat, konsep, elemen dan hasil pembelajaran kaedah bermain itu sendiri.

Kajian luar negara yang dilakukan oleh Nixon (1974) dan Fraser (1982) yang
seterusnya diulas oleh Abd Halim (2010) ada membincangkan tentang penguasaan guru
terhadap pengajaran di dalam kelas. Beliau menyatakan penguasaan seorang guru
berada diparas yang tinggi sekiranya dia mempunyai pengetahuan yang bersandarkan
kepada kemahiran serta kebolehan menerangkan isi pelajaran dengan berkesan.
Pandangan ini dipersetujui oleh Noraziah (2007) dalam satu forum pendidikan
menyatakan pengetahuan merupakan kepandaian yang disusun secara sistematik serta
memerlukan kaedah dan startegi bagi menerang dan memberi kefahaman. Lantaran itu,
guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bidangnya agar dapat
menyantuni murid ditahap yang paling optimum.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Awang Ismail dan Hamzah Uli (2010)
pengetahuan terhasil apabila pengintegrasian kesemua pancainderanya berlaku bagi
membentuk pengalaman. Kemampuan melihat dan mendengar dengan baik akan
mempengaruhi pemerolehan pengetahuan (Pearman 2006). Sementara itu, Nanda
(2010) menyatakan pengetahuan guru akan terbatas sekiranya kurangnya pendedahan,
latihan, minat dan kemampuan kognitif. Kelemahan guru ini mengakibatkan
penyampaian pengajaran yang tidak jelas dan mengakibatkan salah faham berkaitan
pengertian, konsep dan isi pelajaran. Apabila guru itu sendiri tidak berkemampuan
melaksanakan tugasnya, maka kesan negatif hasil pengajaran boleh dilihat terhadap
murid. Guru yang berpengetahuan mampu membawa perubahan dalam proses
23

pengajarannya bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan (Datuk Dr. Khir Bin
Mohd Yusof, 2014). Pengetahuan yang ada pada guru akan membolehkan mereka
melaksanakan tugas dengan lebih berkeyakinan dan cemerlang (Haron 2011).
Keperluan ini telah dinyatakan oleh Jamila (2005) menerusi kajiannya, guru harus
menguasai pengetahuan berkaitan isi kandungan pelajaran, kurikulum dan pedagogi
bagi menjadikan pengajaran MMP adalah dari kalangan guru yang membudayakan
pengetahuan melalui pemikiran kreatif dan inovatif.

1.12.5 Kemahiran

Kemahiran merupakan keupayaan seseorang untuk berfikir, menaakul, mengaplikasi


dan melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kombinasi
proses intelektual dan kemahiran motor halus dan kasar (Sani Agus, 2003). Menurut
Dodges (1999) kemahiran guru adalah kepintaran, kepandaian dan kecekapan yang
dilakukan dengan cepat untuk mencapai sesuatu. Aspek kemahiran dalam kajian ini
akan memfokus kepada pengujian penguasaan guru terhadap kemahiran prosedur
(persediaan) dan generik yang bertindak sebagai penyokong terhadap kemahiran
prosedur meliputi kemahiran berfikir, menilai tingkahlaku, teknologi maklumat dan
komunikasi serta hasil kerja murid.

1.12.6 Sikap

Berdasarkan definisi Krik dan Gray (2000) sikap merupakan kesediaan untuk bertindak
balas secara positif (favorably) atau secara negatif (unfavorably) terhadap situasi
tertentu. Cooley (2006) berpendapat bahawa sikap terbentuk secara tersusun yang
bersifat tetap meliputi proses emosinal, kognitif, motivasi dan persepsi terhadap sesuatu
perkara. Sikap dikatakan kecenderungan individu untuk bertindak balas atau respon
dengan cara yang khusus terhadap apa-apa stimulasi yang wujud dalam masyarakat atau
lingkungan sosial seseorang. Manakala mengikut pendapat Gange (2002) sikap
merupakan internal dalaman yang ada pada semua orang bagi mempengaruhi urusan
pilihan keputusan, tingkahlaku tindakan dan peristiwa. Piaget (1961) menambah, sikap
akan mempengaruhi keyakinan melalui proses akomodasi dan asimilasi pengetahuan
yang mereka perolehi selaras dengan teori perkembangan kognitif sedia ada.
24

Dalam konteks kajian ini, aspek sikap merujuk kepada tindak balas pendirian
seorang guru sama ada lebih cenderung bersikap positif atau menolak dengan
mempamerkan sikap negatif terhadap pelaksanaan pengajaran KB terhadap MMP.
Terdapat tiga dimensi utama yang dilihat dalam aspek pembolehubah sikap iaitu
dimensi afektif, kognitif dan tingkah laku. Skala likert lima mata digunakan sebagai
penentu aras bermula (1) sangat tidak setuju sehingga (5) sangat setuju.

1.12.7 Kekangan

Kekangan di dalam kajian ini bermaksud halangan-halangan sama ada secara fizikal
mahupun psikologi. Gangguan yang wujud dikalangan guru akan dilihat dan dinilai
dalam enam dimensi yang berbeza iaitu penglibatan sokongan pihak pentadbir,
kemudahan prasarana, latihan dan kemahiran, sokongan sumber, kemudahan masa
fleksibel dan faktor kesediaan murid itu sendiri.

1.12.8 Faktor Demografi

Demografi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang stuktur dan susunan
populasi manusia atau kependudukan diruang lingkup penempatan tertentu. Ia mengkaji
berkaitan sebab dan akibat terhadap sesuatu perubahan seperti peningkatan, penurunan
dan perpindahan. Di dalam kajian ini faktor demografi merujuk kepada tiga dimensi
iaitu jantina, pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan mata pelajaran diajar.
Pengalaman mengajar akan menyatakan tentang tempoh perkhidmatan guru tersebut
samaada kurang 10 tahun atau lebih 10 tahun. Manakala, bidang pengkhususan mata
pelajaran akan memfokus kepada mata pelajaran utama yang diajar oleh guru di sekolah
iaitu pengurusan kehidupan, akademik berfungsi, keagamaan dan nilai murni serta
sosial, riadah dan kreativiti

1.13 KESIMPULAN

Di dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan berkaitan “Apakah sebenarnya yang
dikatakan dengan pengajaran Kaedah Bermain terhadap murid masalah pembelajaran”.
Pengkaji juga menerangkan latar belakang permasalahan kajian menerusi penyataan
25

masalah mengapa kajian ini perlu dijalankan. Tujuan, objektif, persoalan, hipotesis dan
kerangka konsep kajian juga turut diterangkan dengan jelas sebagai panduan secara
keseluruhan. Selain itu pengkaji juga menjelaskan kepentingan, skop, batasan dan
definasi istilah kajian. Tahap penguasaan guru merujuk kepada aspek pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru.

Kajian ini adalah selari dengan misi dan visi huraian kurikulum pendidikan khas
yang telah ditetapkan, dimana ia tidak hanya memfokus kepada keberhasilan murid,
bahkan kepada guru itu sendiri. Penguasaan pengajaran perlu ada pada seorang guru
memandangkan pendekatan ini mampu mendatangkan keseronokan dan kepuasan
sewaktu belajar kepada MMP disamping mampu mengukuhkan kekuatan fizikal,
sahsiah, koordinasi tubuh dan memperkembangkan kemahiran sosial dan intelek.
Penggunaan teori dan model tertentu didalam kajian ini bertujuan mengetahui tahap
sebenar penguasaan guru terhadap pengajaran KB. Selain itu, faktor kekangan
pelaksanaannya disamping cadangan penambahbaikan turut dibincangkan. Hasil kajian
ini adalah diharap mampu memberi manfaat kepada pelbagai pihak berkepentingan
seperti penggubal dasar, pihak pentadbir sekolah, guru, ibu-bapa, badan bukan kerajaan
yang memperjuangkan pendidikan serta murid itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai