Anda di halaman 1dari 29

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SECARA AMALI DALAM TOPIK ASAS ELEKTROMEKANIKAL ENJIN

DALAM SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP

WAN MOHD SZALIZAN BIN RAMLI

D20061028003

PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP

PROF. SUPLI EFFENDI BIN RAHIM

FAKULTI SENI DAN MUZIK


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009

1
PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

16 OKTOBER 2009 WAN MOHD SZALIZAN BIN RAMLI


D20061028003

2
PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-NYA

akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang diperlukan.

Menghasilkan tugasan ini telah banyak mengajar saya erti kesabaran dan juga telah

memberi peluang kepada saya mencari bahan, membaca, menyunting dan

menghasilkan semula bahan kepada bentuk latihan penulisan ilmiah. Penghargaan

terima kasih dan sekalung budi diucapkan kepada pensyarah penyelia iaitu Prof. Supli

Effendi Bin Rahim kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam tempoh

menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Prof. Supli Effendi

Bin Rahim, yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang amat berguna

buat saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kerjasama yang diberikan semasa

menjalankan kajian ini amat dihargai dan ucapan terima kasih yang mampu diberi.

Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan bantuan

dan sokongan dalam masa menyiapkan tugasan ini. Jasa semua tetap akan dikenang.

Akhir kata diharapkan tugasan ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada

semua. Sekiranya terdapat kekurangan, saya memohon kemaafan, sesungguhnya

yang baik itu datangnya dari ALLAH dan setiap kesilapan itu adalah datangnya dari

saya sendiri .

3
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pengajaran dan

pembelajaran secara amali di dalam topik Asas Elekrtomekanikal Enjin dalam subjek

Kemahiran Hidup ini. Dalam kajian ini, penyelidik ingin menyelidik adakah pengajaran

dan pembelajaran secara amali merupakan kaedah yang lebih berkesan untuk

menyampaikan isi pembelajaran. Di dalam subjek Asas Elektromekanikal Enjin lebih

memerlukan kepada kaedah amali iaitu keterlibatan para pelajar untuk mencari jalan

penyelesaian yang terbaik di dalam proses pembelajaran mereka. Manakala kaedah

metodologi yang digunakan ialah keadah soal selidik sebagai instrumen. Kajian ini

terdiri daripada 48 orang bakal-bakal guru Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan

Sultan Idris. Kesemuanya responden yang dipilih adalah bakal-bakal guru Kemahiran

Hidup.

4
KANDUNGAN

PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN 1-3

1.1 PERNYATAAN MASALAH 3-4

1.2 OBJEKTIF KAJIAN 4

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN 4-5

1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN 5

1.4.1 ASAS ELEKTROMEKANIKAL ENJIN 6

1.4.2 KERJA AMALI 6

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN 7
2.1 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7-8
2.2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SECATA AMALI 8-12

BAB 3 METODOLOGI

3.0 PENGENALAN 13

5
3.1 REKA BANTUK KAJIAN 13-14

3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN 14

3.3 INSTRUMEN KAJIAN 15

3.4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA 15

BIBLIOGRAFI 16-17

LAMPIRAN 17- 23

BAB 1 PENDAHULUAN

6
1.0 Pengenalan

Penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah selari dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar

berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan

di dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir

secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru.

Pendidikan aneka jurusan mula diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah di

Malaysia pada sekitar tahun 1965. Pada ketika itu pelajar-pelajar diberi pilihan untuk

memilih salah satu dari empat mata pelajaran elektif iaitu Perdagangan, Seni

Perusahaan, Sains Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Pemilihan salah satu daripada

empat mata pelajaran tersebut adalah dibuat berdasarkan kepada kecenderungan,

minat, kebolehan seseorang pelajar tersebut.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran

pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-

kemahiran asas secara teori dan praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan

kehidupan seharian dengan penuh sistematik.

Mengikut huraian sukatan pelajaran mata pelajaran KHB, pengajaran dan

pembelajaran (P & P) hendaklah dilakukan dalam pebagai bentuk aktiviti dan kerja

praktis. Guru-guru boleh menggunakan pelbagai aktiviti seperti membuat projek, tunjuk

cara, lawatan, main peranan, simulasi dan sebagainya. Adakah kesemua guru telah

7
diberikan latihan yang secukupnya dari segi penerapan pengaplikasian Kemahiran

Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran?

Pengajaran guru memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat

Falsafah Pendidikan Negara. Guru harus bersedia untuk menghadapi sebarang

permasalahan yang timbul dalam perkembangan pengajaran dan perlaksanaan mata

pelajaran Kemahiran Hidup sama ada ia berpunca dari faktor luaran atau dalaman.

Merujuk kepada Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004),

pengajaran merupakan satu sistem aktiviti secara khusus ditujukan kepada murid-murid

dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Manakala

mengikut Koh Boh Boon (1985), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan, pengajaran

adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti

pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan

dorongan ibu bapa terhadap murid itu.

Manakala konsep pengajaran pula, menurut Robert Glaser (1986) di dalam buku

Pedagogi Asas Pendidikan menyebut, pengajaran adalah satu proses yang melibatkan

empat elemen utama, iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah

mengajar dan penilaian pencapaian. Semua elemen ini saling mempengaruhi antara

satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kurikulum yang

dibina di dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ini, ia merupakan subjek mata

pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Oleh itu, penekanan terhadap proses

mengajar perlu lebih memberi perhatian kepada pengajaran yang berkonsepkan amali

atau domain psikomotor dan tidak hanya lebih tertumpu kepada domain kognitif sahaja..

8
Menurut Abd. Ghafar Md. Din (2003), kaedah dan teknik pengajaran adalah dua

istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Tidak banyak perbezaan

antara kedua-dua istilah ini.kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana sesuatu

teori pengajaran itu dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat pelaksanaan pengajaran

di bilik darjah.

Kajian mengenai pembelajaran secara amali dalam subjek Kemahiran Hidup ini,

akan memberi kesan terhadap bakal-bakal guru subjek ini. Ini kerana, subjek yang

memerlukan kemahiran seperti subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ia memerlukan

pelajar-pelajar ini lebih kepada membuat amali atau kerja-kerja yang memerlukan

penglibatan para pelajar atau bakal guru ini.

1.1 Pernyataan masalah.

Kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan pembelajaran secara amali di dalam

subjek Kemahiran Hidup Bersepadu oleh bakal-bakal guru subjek ini. Kajian ini adalah

untuk menguji adakah keberkesanan pembelajaran secara amali di dalam subjek ini

akan membantu para bakal guru subjek ini lebih memahami apa yang dipelajari oleh

mereka semasa berada di peringkat Pengajian Tinggi. Antara pernyataan masalah yang

timbul ialah:

I. Sejauh manakah perlaksanaan pembelajaran topik Enjin dalam subjek

Kemahiran Hidup secara amali dilaksanakan kepada pelajar UPSI?


II. Adakah kaedah pembelajaran secara amali membantu mereka nanti semasa di

alam pekerjaan yang sebenarnya?

9
III. Sejauh manakah keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara

amali bagi topik Asas Elektromekanikal Enjin dalam subjek Kemahiran Hidup?

1.2 Objektif kajian.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh bakal-bakal

guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu secara amali

sahaja. Secara khususnya kajian ini adalah seperti berikut:

I. Mengenalpasti permasalahan pembelajaran secara amali di dalam topik Asas

Elektromekanikal Enjin dalam subjek Kemahiran Hidup.


II. Mengenalpasti adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara amali

lebih berkesan berbanding dengan teknik pengajaran yang lain.


III. Mengenalpasti tindak balas pelajar terhadap pembelajaran secara amali di dalam

subjek Kemahiran Hidup.

1.3 Kepentingan kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan tertentu. Begitu juga dengan

kajian ini yang mana hasil yang diperolehi akan dapat memberikan satu gambaran yang

jelas tentang sejauhmanakah perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara amali

dalam subjek kemahiran hidup dapat membantu bakal-bakal guru untuk menghadapi

situasi yang sebenar nanti di alam pekerjaan mereka. Selain daripada itu, adalah

diharapkan kajian ini akan dapat:

10
i. Membantu pihak Jabatan Teknik dan Vokasional dalam mengubah cara

pengajaran dan pembelajaran yang lebih kepada penglibatan pelajar bagi

sesetengah subtopik-subtopik di dalam subjek Kemahiran Hidup.


ii. Memberikan maklum balas kepada pihak Jabatan Teknik dan Vokasional

Universiti Pendidikan Sultan Idris, tentang pendapat para pelajar terhadap

pembelajaran secara amali di dalam topik-topik yang memerlukan kepada

pembelajaran secara amali.


iii. Membantu penyelidik-penyelidik masa hadapan untuk meneruskan kajian yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup secara

amali.

1.4 Skop dan Batasan kajian

Kajian ini adalah berkaitan dengan keberkesanan penggunaan kaedah

pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Kemahiran Hidup Bersepadu dalam

kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Fokus utama penyelidik bagi

kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan penggunaan kaedah secara amali

dalam topik Enjin dalam Subjek Kemahiran HIdup di UPSI. Selain itu juga, untuk

mengetahui adakah keberkesanan pengajaran secara amali lebih berkesan berbanding

dengan teknik pengajaran yang lain.

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar bagi Program Kemahiran Hidup yang

sedang mengikuti pengajian di Fakulti Seni dan Muzik. Kajian yang dijalankan ini hanya

tertumpu kepada pelajar tahun 4 Kemahiran Hidup sahaja di Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

11
Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang penting sering digunakan oleh penyelidik dalam kajian

ini iaitu:

1.4.1 Asas Elektromekanikal Dan Enjin

Menurut Buku Panduan Akademik 2006/2007 (2005), Asas Elektromekanikal

Dan Enjin merupakan salah satu subjek teras program atau pengkhususan bagi pelajar

Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup di UPSI. Subjek ini merupakan salah satu

subjek di mana ia menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan

mekanikal dan elektromekanikal, prinsip mudah asas elektromekanikal dalam dunia

teknologi yang maju.

1.4.2 Kerja Amali

Chen Fook Cheong (1982), telah mendefinikan kerja amali sebagai aktiviti kelas

yang melibatkan pemerhatian, kemahiran manipulatif, pemahaman teori melalui

pemerhatian, pengujian kebenaran teori serta penyelesaian masalah. Kerja amali dalam

kajian ini bermaksud aktiviti-aktiviti yang melibatkan eksperimen untuk menguji

kebenaran teori dan juga penyelesaian masalah pengiraan.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

12
Bab ini akan membincangkan, apakah pendapat dan juga pandangan yang telah

dikemukakan oleh beberapa orang penulis atau pihak lain berpandukan penulisan

mereka dalam buku-buku dan juga artikel lain yang telah dibaca dan telah cuba untuk

difahami oleh penyelidik.

Kajian yang akan dijalankan ini adalah berkaitan dengan keberkesanan kaedah

pengajaran dan pembelajaran secara amali dalam topik Asas Elektromekanikal Enjin

dalam subjek Kemahiran Hidup terhadap bakal-bakal guru ini. Sehubungan itu, konsep

atau makna persepsi harus diperjelaskan terlebih dahulu dalam tinjauan literatur ini .

2.1 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada

murid-murid dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Mengikut Koh Boh Boon (1985), di dalam buku Pedagogi : Asas Pendidikan,

pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur,

termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran

sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu.

Manakala konsep pengajaran mengikut Robert Glaser (1968) di dalam buku

Pedagogi: Asas Pendidikan menyebut, pengajaran adalah satu proses yang melibatkan

empat elemen utama, iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah

mengajar dan penilaian pencapaian. Semua elemen ini saling mempengaruhi antara

satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

13
Manakala maksud pembelajaran pula ialah proses pemerolehan kebiasaan,

pengetahuan dan sikap. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan

perubahan pada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau

persekitaran. Menurut Robert M. Gagne dalam buku Pedagori : Asas Pendidikan pula

menyatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang

yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang berlaku yang disebabkan oleh

proses pertumbuhan secara semula jadi.

2.2 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran secara Amali.

Kepelbagaian kaedah pembelajaran akan membantu proses pengajaran dan

pembelajaran ini dapat dijalankan secara lancar dan lebih berkesan lagi. Dalam bidang

pendidikan pelbagai tanggungjawab perlu dilaksanakan oleh para pendidik.

Tanggungjawab utama ialah menterjemahkan kurikulum melalui perlaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik perlu menguasai berbagai ilmu dengan

mantap dan juga kemahiran penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran dalam bengkel dan bilik darjah.

Menurut Scott (1991) pula berpendapat bahawa untuk mencapai tujuan,

matlamat dan tahap pengajaran yang berkesan bukanlah suatu perkara yang mudah

bahkan ia memerlukan ketabahan, pengorbanan, dan keikhlasan. Setiap pelajar perlu

mempunyai perancangan, persediaan strategi penyampaian yang baik dan sesuai

dengan penerima atau pelajar yang mengikuti pelajaran tersebut. Dengan

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran akan dapat memberi peluang

14
kepada semua peringkat pelajar dalam sesebuah kelas. Dengan cara ini dapat

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Menurut Lave & Wagner (1991) kemahiran dan nilai saintifik lebih mudah dilihat

dan mudah diperolehi melalui kerja-kerja dalam kumpulan kecil. Ini disebabkan semua

ahli boleh mencuba menggunakan sesuatu alat, contohnya penggunaan peralatan

makmal atau bengkel semasa kerja-kerja dan eksperimen sambil mendapat teguran

secara terus dari ahli-ahli kumpulan apabila mereka melakukan kesilapan.

Pelbagai alternatif pengajaran dan pembelajaran diusulkan untuk mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta melibatkan setiap pelajar, salah

satunya ialah amali. Menurut Zol Azlan (2000), beberapa tujuan dan fungsi amali iaitu:

- Mengalakkan pemerhatian yang tepat dan membuat catatan yang teliti.


- Menggalakkan cara pemikiran yang ringkas.
- Membina dan melatih kemahiran manipulatif
- Memberi latihan dalam kaedah penyelesaian masalah.
- Memenuhi keperluan peraturan peperiksaan amali.
- Memudahkan pemahaman konsep dan teori.
- Sebagai sebahagian penting proses mencari fakta secara penyiasatan dan

mencapai prinsip.
- Membuatkan fenomena kemahiran hidup lebih nyata melalui pengalaman

sebenar .
- Menjelas, menyokong dan menekankan teori, konsep, isi dan prinsip yang

disampaikan dalam kelas atau pembacaan sendiri.

Menurut Mohd Najib (1996), sukatan pendidikan di Negara ini masih mementingkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada fakta dan teori

sahaja dan kurang melibatkan kemahiran manipulative dalam kerja makmal (bengkel).

Fenomena ini menggambarkan pendidikan sains masih berorientasikan pembelajaran

15
fakta sahaja, sedangkan pemahaman konsep sesuatu teori saintifik amat memerlukan

kerja amali.

Menurut Ogunniyi (1983), kerja makmal memainkan peranan yang sangat penting

dalam pembelajaran sains. Watson & Blackwood (1985), telah mencadangkan bahawa

kepentingan kerja amali adalah bergantung kepada aspek-aspek belajar sebagaimana

seorang ahli sains tetapi lebih umum dengan menekankan kepada beberapa aspek

seperti kebolehan merekabentuk peralatan, meramal, prinsip bekerja dengan tepat,

meneliti dengan jelas,menilai keputusan, menerangkan data secara draf dan secara

aljabar.

Menurut Derek (1990), pengajaran sains merangkumi kaedah-kaedah tentang sains.

Beliau cuba mendapatkan perspektif pelajar mengenai tujuan amali. Hasilnya beliau

mendapat kerja praktikal sains merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan

sains. Beliau membuat kesimpulan bahawa kerja amali adalah sebagai alat untuk

menyemarakkan semangat ingin tahu atau mendalami ilmu sains.

Cara pengajaran yang berpusatkan makmal boleh memperlihatkan sikap-sikap

seperti yang dinyatakan diatas. Ini dinyatakan oleh Ertepinar (1996), dimana beliau

menggunakan kaedah berpusatkan makmal untuk melihat pencapaian pelajar. Menurut

beliau lagi, dengan adanya aktiviti penyelesaian masalah dalam makmal, pengukuhan

pembelajaran di dalam kelas dan strategi yang praktikal dalam program sains dapat

membantu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap konsep

sains.

16
Selain daripada itu, menurut Apandi Munab & Rusley Taib (1994) juga

menyatakan bahawa keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran ditentukan

oleh aktiviti kumpulan yang teratur, kemas, dan cekap dengan mengambil

kirapengurusan bahan dan masa bahan yang dipilih pula perlulah ada variasi untuk

melibatkan pelbagai deria murid bagi menimbulkan minat mereka terhadap pelajaran,

mengarah ke situasi sebenar dan lebih bermakna serta memberi rangsangan kepada

mereka untuk menjalankan aktiviti pembelajaran di samping mengekalkan daya fikir

mereka.

Manakala menurut Chen (1983), dalam rencana berita sains memperkatakan

tentang objektif menjalankan kerja amali dalam pendidikan sains. Antaranya ialah dapat

menerapkan kemahiran manipulatif kepada pelajar, mengaitkan teori dengan amali

serta dapat menyelesaikan masalah. Ini akan membolehkan para pelajar melihat

perbezaan antara fakta sains yang diperolehi daripada ujikaji dengan penerapan

fenomena secara teori. Secara tidak langsung aktiviti kerja amali dapat membina

kemahiran interaksi sesama pelajar dan guru.

17
BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang bagaimanakah langkah atau bagaimana

cara penyelidik merancang dan seterusnya mereka pelan tindakan dalam proses untuk

membuat kajian untuk mendapatkan suatu dapatan yang akan digunakan dalam

membuat rumusan atau kesimpulan terhadap persoalan yang hendak dikaji oleh

penyelidik.

18
Kajian ini juga dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah pengajaran dan

dan pembelajaran secara amali dalam topik Asas Elektromekanikal Enjin dalam subjek

Kemahiran Hidup adakah kaedah ini dapat memberi keberkesanan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran terhadap bakal-bakal guru Kemahiran Hidup ini di

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dalam bab ketiga ini, penyelidik menerangkan tentang kajian ini dilakukan. Ia

mengandungi 3.1 pendahuluan, 3.2 reka bentuk kajian, 3.3 instrumen kajian, 3.4

Pengumpulan dan anlisis data.

III.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dijalankan ke atas 48 orang bakal guru lelaki dan perempuan

yang belajar Kursus Asas Elektromekanikal Enjin di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sampel yang terlibat asalah telah dipil oleh penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan

Idris yang mengambil bidang Pendidikan Kemahiran Hidup. Penyelidikan ini juga

dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan

kepada setiap orang bakal-bakal guru ini.

19
Kaedah tinjauan yang menggunakan soalan soal selidik sesuai digunakan

dalam kajian ini kerana data responden yang terlibat adalah ramai iaitu seramai 48

orang. Pemilihan kaedah ini adalah kerana faktor kekangan masa dan juga berkait

rapat dengan kebolehan atau keupayaan responden dalam menjawab item-item yang

dikemukakan.

Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk mendapat data melalui kaedah yang

lain berdasarkan kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi oleh penyelidik.

Responden yang terdiri dari kalangan bakal-bakal guru Kemahiran Hidup ini diharapkan

dapat memberikan penyelidik data yang sesuai yang diperlukan oleh penyelidik. Ini

adalah penting supaya penyelidik dapat membuat rumusan yang setepat mungkin bagi

mendapat jawapan bagi soalan kajian ini.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada bakal-bakal guru Kemahiran

Hidup yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara bakal-bakal guru ini

terdiri daripada 16 orang pelajar lelaki dan 32 orang pelajar perempuan yang

menduduki pengajian pada tahun empat.

3.3 Instrumen kajian

20
Instrumen kajian atau alat kajian yang digunakan dalam ujian ini adalah set soal

selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian . Pada bahagian A hanya

terdapat satu item iaitu jantina responden . Pada bahagian B pula adalah instrumen

yang terdiri daripada 15 soalan.

Semua soal selidik akan disemak terlebih dahulu untuk memastikan responden

telah mengikut arahan yang betul agar dapat memberikan maklumat seperti yang

dikehendaki. Setelah berpuas hati dengan item soal selidik, penyelidik menjalankan

ujian terhadap responden kajian (sampel).

3.4 Pengumpulan dan analisis Data.

Dapatan data yang diperolehi dari kerja lapangan akan dianalisis oleh penyelidik

bagi menjawab soalan kajian ini. Daripada data yang diperolehi tersebut adalah

diharapkan agar penyelidik dapat menentukan sama ada keberkesanan kaedah

pengajaran dan pembelajaran secara amali berkesan atau tidak.

Bibliografi

Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Universiti Malaya,

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Buku Panduan Akademik 2006/2007 (2005), Fakulti Seni & Muzik, Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Derek Hodson (1990). A Critical Look At Practical Work In School Science. School

21
Science Review. 70 (256): 33-40.

Ertepinar H, & Geban O (1996), Effect Of Instruction Supplied With The

Investigativeoriented Laboratory Approach On Achivement In A Science Course,

Educational Research. 38C3, 333-341.

Kamarudin Husin, Siti Hajar Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan,

Kuala Lumpur, Kayazano Enterprise.

Lave, J & Wagner, E.(1991) Situated Learning : Legitimate Pepheral Participation .

New York : Cambridge University Press.

Mohd Najib Abdul Ghaffar (1998), Paradoks Pendidikan Sains. Kertas Kerja UTM.

Ogunniyi, M.B (1983), An Analysis Of Laboratory Activities In

Selected Nigerian Secondary School. Journal Sciense Educations. 5 (2): 195-

201.

Ramlah Jantan, Mahani Razali (2004), Psikologi Pendidikan-

Pendekatan Kontemporari, Universiti Pendidikan Sultan Idris, McGraw-Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Scott, L.U & Helle. P (1991). The Science Teacher. 58(1) :24-25.

Watson & Blackwood (1998), Developing And Evaluating Educational Research

22
, University Of Colorado: Boston LittleBrown And Company.

Zol Azlan Hamidin (2000), Strategi Pengajaran : Pendekatan Sains, Teknologi

Dan Masyarakat, Selangor : Prentice Hall.

LAMPIRAN

KAJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SECARA AMALI DALAM TOPIK ASAS ELEKTROMEKANIKAL ENJIN DALAM
SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP.

Silakan tanda ( ) pada ruangan yang telah disediakan. Tandakan perkara yang
berkaitan dengan anda.

23
A) Latar belakang responden / Respondent's background

1) Jantina

Lelaki _____

Perempuan _____

2) Bangsa

Melayu ___

Cina ___

India ____

Lain-lain, nyatakan : __________

3) Umur: ______

BAHAGIAN B : Kajian Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

1. Apakah topik dalam Kemahiran Hidup yang sukar anda fahami apabila

berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran?


____________________________________________
2. Dimanakah pengajaran secara amali dilakukan oleh pelajar-pelajar?

____________________________________________

3. Bagaimanakah proses pengajaran amali dilakukan semasa berada di bengkel?


____________________________________________

24
4. Adakah anda tahu bahawa, pelajar- pelajar memahami apa yang anda

mengajar?

____________________________________________

5. Apakah anda tahu, pelajar-pelajar mengetahui peraturan-peraturan bengkel

semasa menjalankan proses amali?

________________________________

6. Bagaimanakah cara anda untuk memudahkan anda mengajar kepada pelajar


anda?

a. Kaedah teori
b. Kaedah tunjuk cara
c. Kaedah berkumpulan
d. Kaedah menjawab soalan

7. Bagaimanakah anda menilai pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar anda?

a. Secara soal jawab


b. Secara menjawab soalan
c. Secara perbincangan

8. Adakah anda bersetuju bahawa kaedah secara amali berkesan dalam


pengajaran dan pembelajaran ?

Setuju

Tidak setuju

25
9. Adakah kaedah amali lebih berkesan daripada kaedah-kaedah pengajaran yang
lain?

Setuju

Tidak setuju

10. Apakah ada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain selain daripada
kaedah amali yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran anda?

Ada

Tiada

11. Adakah anda berpuas hati di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran anda
yang dilakukan di dalam bengkel tersebut?

Berpuas hati

Tidak berpuas hati

BAHAGIAN C : Penilaian terhadap pelajar

1. Adakah anda meminati subjek Asas Elektromekanikal Enjin di dalam bidang


Kemahiran Hidup?

Ya

Tidak

26
2. Adakah sukar bagi anda untuk memahami topic Asas Elektromekanikal Enjin
semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

Sukar

Mudah

3. Apakah persepsi anda tentang subjek ini?

Mudah difahami

Sukar difahami

4. Bagaimanakah kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini dilakukan?

Secara kuliah/ teori

Secara amali

Secara perbincangan

5. Adakah pembelajaran subjek ini menggunakan kaedah secara teori berjaya


untuk anda fahami isi kandungannya?

Ya

Tidak

27
6. Siapakah yang mengajar anda bagi subjek Asas Elektromekanikal Enjin ini?

Pensyarah tetap

Tutor

Pensyarah sambilan

7. Mengapakah anda memilih kaedah amali adalah lebih berkesan dalam


pengajaran dan pembelajaran?

Sukar difahami

Mudah difahami

8. Adakah anda faham sepenuhnya isi kandungan subjek Asas Elektromekanikal


Enjin ini?

Faham

Kurang faham

Tidak faham

28
29

Anda mungkin juga menyukai