Anda di halaman 1dari 127

KEFAHAMAN DAN KESEDIAAN MAHASISWA UNIVERSITI

AWAM TERHADAP GAGASAN MALAYSIA MADANI

RAFIA SINDORA BINTI LAMAPA

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2023
KEFAHAMAN DAN KESEDIAAN MAHASISWA UNIVERSITI AWAM TERHADAP

GAGASAN MALAYSIA MADANI

RAFIA SINDORA BINTI LAMAPA

LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT

UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN MALAYSIA

DENGAN PENDIDIKAN

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2023
FAKULTI SAINS DAN KEMANUSIAAN

JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN DAN KEWARGANEGARAAN

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Perakuan ini telah dibuat pada .

i. Perakuan Pelajar:
Saya, Rafia Sindora Binti Lamapa, (D20192091504) dari Fakulti Sains
Kemanusiaan dengan ini mengaku bahawa Laporan Projek Tahun Akhir yang
bertajuk Kefahaman dan Kesediaan Mahasiswa Universiti Awam Terhadap
Gagasan Malaysia MADANI adalah hasil kerja saya sendiri. Saya tidak
memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi
hak cipta yang telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang
dibenarkan dan apa-apa petikan, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau
kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan
dengan sejelasnya dan secukupnya.

Tandatangan Pelajar

ii. Perakuan Penyelia:

Saya, Samsudin Bin Suhaili dengan ini mengesahkan bahawa hasil kerja pelajar
yang bertajuk Kefahaman dan Kesediaan Mahasiswa Universiti Awam Terhadap
Gagasan Malaysia MADANI dihasilkan oleh pelajar seperti nama diatas, dan
telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kemanusiaan bagi memenuhi
sepenuhnya syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia
Dengan Pendidikan (AT58).

Tarikh: Tandatangan Penyelia:

ii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,

akhirnya penulisan kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya bagi memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan

(AT58). Dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua

pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan dan segala tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan

yang tidak pernah lekang di mulutnya dalam usaha membantu saya menyiapkan

penyelidikan ini dengan jayanya terutama Dr. Samsudin bin Suhaili selaku pensyarah

Projek Tahun Akhir yang telah menarik minat saya untuk mengetahui lebih banyak

tentang penyelidikan dasar-dasar kerajaan termasuklah subjek-subjek yang diajar.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para pensyarah tidak akan pernah saya

lupakan.

Penghargaan khas juga buat ibu bapa saya, adik-beradik saya yang begitu

memahami dan banyak memberi sokongan, semangat serta doa yang berterusan

kepada saya dalam tempoh menyiapkan penulisan penyelidikan ini. Akhir sekali buat

rakan-rakan seperjuangan dan semua yang banyak membantu dan memberi

kerjasama dalam menjawab soal selidik kajian saya. Jutaan terima kasih diucapkan

kepada semua.

iii
ABSTRAK

Dasar MADANI merupakan sebuah gagasan yang baharu dilaksanakan di Malaysia.


Sebagai rakyat Malaysia adalah sangat penting untuk mengambil tahu dan
memahami dasar ini terutama dalam kalangan generasi muda. Generasi muda
merupakan bakal pemimpin negara pada masa akan datang, maka adalah sangat
penting untuk dasar ini difahami terutama dalam kalangan mahasiswa. Oleh yang
demikiann, tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti tahap
kefahaman dan kesediaan mahasiswa universiti awam terhadap gagasan Malaysia
MADANI. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif dan instrumen soal selidik
yang mana menglibatkan seramai 122 orang responden yang terdiri daripada
mahasiswa tahun akhir dari Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan
Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dapatan daripada kajian mendapati tahap kefahaman dan kesediaan mahasiswa
universiti awam terhadap gagasan Malaysia MADANI adalah berada pada tahap
yang baik. Pengkaji berharap kajian ini dapat memberikan serta mengembangkan
lagi ilmu pengetahuan kepada pembaca.

Kata kunci: Dasar MADANI, Tahap kefahaman dan kesediaan, Mahasiswa tahun
akhir UPSI.

iv
ABSTRACT

MADANI policy is a new idea implemented in Malaysia. As Malaysians, it is very


important to know and understand this policy, especially among the younger
generation. The younger generation is the future leaders of the country, so it is very
important for this policy to be understood, especially among students. Therefore, the
main purpose of this study is to identify the level of understanding and readiness of
public university students towards the idea of Malaysia MADANI. This study uses a
quantitative methodology and questionnaire instruments which involved a total of 122
respondents consisting of final year students from the Department of Social Studies
and Citizenship, Faculty of Humanities, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Findings
from the study found that the level of understanding and readiness of public
university students towards the idea of Malaysia MADANI is at a good level. The
researcher hopes that this study can provide and further develop knowledge to
readers.

Keywords: MADANI policy, Level of understanding and readiness, Final year

students of UPSI.

v
SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Permasalahan Kajian 5

1.3 Persoalan Kajian 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Definisi Istilah dan Operasional 7

1.5.1 Kefahaman 7

1.5.2 Kesediaan 8

1.5.3 Mahasiswa 8

1.6 Skop Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 10

1.9 Organisasi Bab 11

vi
1.10 Penutup 13

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Kajian Literatur 15

2.2.1 Toleransi Nabawi Dalam Pembinaan 15

Budaya Masyarakat MADANI yang Bertamadun

2.2.2 Graduan Berakhlak Mulia dan Beretika 16

Pemangkin Generasi MADANI

2.2.3 Mengupayakan Pemikiran Aras Tinggi: 17

Menyejahterakan Masyarakat MADANI

2.2.4 Peran Gerakan Mahasiswa Dalam 18

Mewujudkan Masyarakat MADANI di Indonesia

2.2.5 Penilaian Faktor-Faktor Kesenjangan Etnik 19

di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan

Nasional

2.2.6 Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru 20

Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan

Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madanai Melalui

Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal

2.2.7 Konsep Masyarakat MADANI Dalam 21

Pemikiran Politik Imam Al-Ghazali

2.3 Aplikasi Teori, Konsep atau Pendekataan 22

2.3.1 Teori Kitaran Dasar 23

2.3.2 Teori Afektif 25

2.4 Penutup 26

vii
BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 31

3.5 Kajian Rintis 37

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 37

3.7 Kaedah Analisis Data 38

3.8 Penutup 41

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 42

4.2 Latar Belakang dan Demografi Responden 43

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Umur 45

4.2.3 Semester 46

4.2.4 Etnik 47

4.3 Analisis Dapatan Kajian 48

4.3.1 Analisis Kekerapan dan Peratus Tahap 48

Kefahaman Mahasiswa Universiti Awam Berkenaan

Falsafah dan Kandungan Dasar MADANI

4.3.1.1 Analisis Nilai Median Tahap 64

Kefahaman Mahasiswa Universiti Awam

Berkenaan Falsafah dan Kandungan Dasar

MADANI

4.3.2 Analisis Kekerapan dan Peratus Tahap 67

viii
Kesediaan Mahasiswa Universiti Awam Berkenaan

Pelaksanaan Dasar MADANI

4.3.2.1 Analisis Nilai Median Tahap 82

Kesediaan Mahasiswa Universiti Awam

Berkenaan Pelaksanaan Dasar MADANI

4.3.3 Analisis Tahap Menghuraikan Masalah yang 85

Dihadapi Dalam Pelaksanaan Gagasan MADANI

Pada Pandangan Mahasiswa Universiti Awam

4.4 Penutup 90

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 92

5.2 Rumusan Kajian 93

5.3 Cadangan dan Kajian Lanjutan 95

5.3.1 Kajian Terhadap Tahap Kefahaman 95

Kesediaan Mahasiswa Universiti Awam Tahun

Pertama Terhadap Gagasan Malaysia MADANI

5.3.2 Kajian Terhadap Tahap Keberkesanan 96

Pelaksanaan Gagasan MADANI Pandangan

Mahasiswa Universiti Awam

5.4 Kesimpulan 97

RUJUKAN 98

LAMPIRAN 101

ix
SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Skala Likert Soal Selidik Bahagian B 34

3.2 Skala Likert Soal Selidik Bahagian C 35

3.3 Tahap Kefahaman Responden Berkenaan Falsafah 39

dan Kandungan Dasar MADANI Mengikut Nilai

Median

3.4 Tahap Kesediaan Responden Berkenaan 40

Pelaksanaan Dasar MADANI Mengikut Nilai Median

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut 44

Jantina

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut 45

Umur

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut 46

Semester

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut 47

Etnik

4.5 Kekerapan dan peratus: MADANI merupakan dasar 49

yang membentuk masyarakat maju dari segi

pemikiran, kerohanian dankebendaan

4.6 Kekerapan dan peratus: Visi MADANI tidak sekadar 50

merujuk ke masa lalu atau berpaksikan ideologi

tertentu, tetapi bertunjangkan sikap saling

menghormati, serta visi masa hadapan

Malaysia yang dikongsi bersama

4.7 Kekerapan dan peratus: Pelaksanaan MADANI 51

x
memerlukan pembabitan seluruh warganegara ke

dalam menjayakan dasar ini

4.8 Kekerapan dan peratus: Fokus MADANI adalah pada 52

nilai keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta atau

inovasi, hormAt, keyakiNan dan Ihsan

4.9 Kekerapan dan peratus: Nilai kemampanan dalam 53

MADANI adalah satu agenda holistik dan saling

berkait antara satu sama lain

4.10 Kekerapan dan peratus: Kemampanan dalam 54

MADANI adalah suatu sistem bersepadu yang

menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek

tertentu sahaja malah menyentuh setiap

sisi daripada kehidupan

4.11 Kekerapan dan peratus: Visi Malaysia yang sejahtera 55

adalah melalui pertumbuhan ekonomi dan seimbang

serta memperkasakan seluruh rakyat tanpa

diskriminasi

4.12 Kekerapan dan peratus: Nilai daya cipta adalah untuk 56

melahirkan generasi penerus demi menghadapi

pasaran kerja yang

mencabar di mana kreativiti dan daya cipta akan

menjadi keperluan asas

4.13 Kekerapan dan peratus: Nilai hormat adalah sangat 57

penting dan agenda utama dalam dasar MADANI

4.14 Kekerapan dan peratus: Prinsip hormat dalam 58

MADANI ialah menghormati tanpa mengira latar

belakang, setiap anggota masyarakat haruslah

xi
diperlakukan dengan penuh bermaruah

4.15 Kekerapan dan peratus: Nilai hormat MADANI ialah 59

bebas daripada segala bentuk gangguan, termasuklah

dalam isu menghukum para pesalah

4.16 Kekerapan dan peratus: Keyakinan yang dibina oleh 60

MADANI ini adalah secara menyeluruh yang

mencerminkan sikap

bertanggungjawab yang menjalankan amanah

4.17 Kekerapan dan peratus: Keyakinan dalam MADANI 61

adalah penting untuk dipelihara agar tidak dikhianati

4.18 Kekerapan dan peratus: Membina masyarakat 62

MADANI yang bersikap ihsan, peduli dan kasih

sayang juga harusditerapkan dalam hubungan kita

dengan alam sekitar dan masyarakat

4.19 Kekerapan dan peratus: Nilai ihsan juga membentuk 63

masyarakat MADANI daripada tidak melakukan

penindasan dan penganiayaan terhadap masyarakat

4.20 Nilai Median Tahap Kefahaman Mahasiswaa Universiti 65

Awam Berkenaan Falsafah dan Kandungan Dasar

MADANI

4.21 Kekerapan dan peratus: Aspek kemampanan adalah 68

sangat penting dalam ekonomi dan kewangan

4.22 Kekerapan dan peratus: Memansuhkan konsesi cukai 69

dan insentif tidak sihat kepada syarikat perniagaan

dan perusahaan merupakan inisiatif kemampanan

dalam ekonomi dan kewangan

4.23 Kekerapan dan peratus: Tidak mempamerkan sikap 70

xii
kepedulian terhadap rakyat dan alam semula jadi

boleh menganggu nilai kemampanan dalam gagasan

Malaysia MADANI

4.24 Kekerapan dan peratus: Nilai sejahteraan dalam 71

ekonomi dan kewangan tidak dicapai melalui menabur

duit

4.25 Kekerapan dan peratus: Pemansuhan kutipan tol dan 72

PTPTN untuk golongan B40 adalah salah satu inisiatif

untuk kesejahteraan masyarakat

4.26 Kekerapan dan peratus: Institusi di Malaysia harus 73

menjadi teladan buat penerapan daya cipta yang

berpiawai kepada rakyat

4.27 Kekerapan dan peratus: Institusi di Malaysia perlu 74

mewujudkan pusat dan prakarsa daya cipta untuk

digerakkan oleh anak-anak muda

4.28 Kekerapan dan peratus: Pendekatan yang lebih 75

inovatif di peringkat pengajian tinggi dengan

mewujudkan suatu ijazah antara bidang dengan

tumpuan khusus daya cipta

4.29 Kekerapan dan peratus: Melibatkan masyarakat 76

sivil, media sosial dan media arus perdana dalam

mempromosikan nilai hormat

4.30 Kekerapan dan peratus: Masyarakat perlu 77

berperanan melaksanakan tugas untuk membawa

agenda budaya hormat sebagai alat penyatu dan

jambatan kepada kemajmukan agama, bangsa dan

budaya

xiii
4.31 Kekerapan dan peratus: Dasar keyakinan haruslah 78

tertumpu kepada rakyat dan kerajaan

4.32 Kekerapan dan peratus: Nilai keyakinan perlu 79

tertumpu lebih utama kepada mereka yang mewakili

hasrat rakyat di peringkat negeri dan kebangsaan,

pimpinan Masyarakat tempatan, dan juga masyarakat

bandar dan pedalaman

4.33 Kekerapan dan peratus: Kerajaan harus merangka 80

program yang radikal untuk menyelesaikan kemelut

hutang di Malaysia dengan kerjasama Bank Negara

dan institusi penting kewangan negara

4.34 Kekerapan dan peratus: Kerajaan harus 81

mempromosikan perkhidmatan kesihatan secara

sukarela tanpa bermotifkan keuntungan

4.35 Kekerapan dan peratus: Sebuah penjagaan dengan 82

penuh ihsan secara percuma atau potongan harga

kepada individu yang layak perlu diwujudkan

4.36 Nilai Median tahap kesediaan mahasiswa universiti 83

awam berkenaan pelaksanaan dasar MADANI

xiv
SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

2.1 Kerangka Teori Kitaran Dasar 24

xv
SENARAI SINGKATAN

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPI Falsafah Pendidikan Islam

GPI Guru Pendidikan Islam

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

SPSS Statistical Package of Social Science

PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

xvi
SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik

xvii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai sebuah negara yang

aman dan damai. Setiap negara memandang serius dengan kesejahteraan

rakyatnya apatah lagi populasi rakyat yang tinggi memerlukan tanggungjawab

daripada negara itu. Untuk menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan sesebuah

negara perlu melaksanakan sesuatu untuk kepentingan negaranya. Pelbagai

inisiatif yang dilaksanakan sejak merdeka lagi yang telah dilakukan, begitu juga

rintangan yang diharungi oleh rakyat untuk menjayakan setiap inisiatif kerajaan.

Silih berganti pemimpin membawa pelbagai pendekatan untuk merealisasikan

hasrat dan keperluan rakyat dengan menempuhi setiap cabaran dengan

pembangunan diseluruh dunia yang pesat dan saling bersaing.

1
Oleh kerana negara Malaysia dikenali sebagai negara yang terdiri daripada

pelbagai kaum, Malaysia perlu mengangkat martabat perkauman itu sendiri. Bagi

mengangkat martabat masyarakat yang pelbagai kaum di negara ini, Malaysia

perlu menyatu padukan rakyat dengan membina semula rakyat di negara ini.

Selain menyatu padukan rakyat, kerajaan juga menumpukan kepada

pembangunan dalam politik, ekonomi dan sosial. Demikian ikhtiar yang

dilaksanakan oleh rakyat pada masa kini iaitu memperkenalkan dasar MADANI.

Dasar yang memfokuskan kepada nilai keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta,

hormAt, keyakiNan dan Ihsan. Setiap daripada nilai ini mempunyai maksud dan

hasrat yang tersirat.

MADANI adalah sebuah dasar kerajaan yang baharu diperkenalkan yang mana

sasaran utama dasar ini ialah rakyat Malaysia. Dasar kerajaan ialah ideologi atau

hasrat kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh

masyarakat. Dasar-dasar kerajaan ini juga digunakan sebagai rujukan atau untuk

mencapai objektif kerajaan dalam membendung segala masalah yang akan

dihadapi masyarakat. Pentingnya dasar-dasar kerajaan ini untuk kemajuan negara

serta kesejahteraan negara yang dirancang dalam tempoh masa yang panjang.

Oleh sebab itu, dasar-dasar ini perlu difahami oleh seluruh rakyat terutama sekali

golongan muda. Hal ini bagi menjamin kejayaan negara, begitu juga dengan dasar

MADANI ini perlu difahami dan diterapkan oleh rakyat. Bagi menjayakan langkah

yang dilaksanakan kerajaan, sokongan rakyat adalah sangat penting dan sangat

diutamakan, yang mana terdiri daripada beberapa lapisan umur. Setiap lapisan ini

adalah sangat penting, namun golongan belia mempunyai peratus yang sangat

tinggi berbanding lapisan umur yang lain. Oleh itu, pandangan belia adalah sangat

penting, lebih-lebih lagi golongan ini merupakan golongan yang paling lantang

dalam melontarkan idea-idea mereka. Dasar ini akan maju dan berjaya sekiranya

mendapat sokongan daripada golongan belia.

2
Golongan belia ialah masyarakat muda yang berumur dari umur 18 hingga 40

tahun. Biasanya golongan ini terdiri daripada pelajar dan mahasiswa juga yang

sudah bekerja. Berbalik kepada skop kajian yang memfokuskan kepada

mahasiswa. Mahasiswa menjadi sasaran atau fokus kajian kerana mahasiswa

mempunyai sikap yang boleh di harapkan dalam membentuk atau memberi

ideologi serta perubahan kepada negara pada masa akan datang. Sikap

keterbukaan yang biasanya ada pada mahasiswa membantu mereka

berkomunikasi dengan orang lain, meningkatkan kepercayaan diri mereka dan

mengakrabkan lagi hubungan dengan orang lain. Keterbukaan itu mendorong

mereka untuk bertindak dengan lebih yakin sama ada dari sudut perbuatan

mahupun bercakap atau memberikan maklumat atau pendapat mereka sendiri

yang bersifat peribadi. Bukan itu sahaja, sikap kepekaan mahasiswa juga terhadap

isu-isu yang berlaku serta perkembangan dari semasa ke semasa memudahkan

mereka tahu dan faham keadaan semasa.

Begitu juga dengan tahap pengetahuan mahasiswa yang lebih tinggi

berbanding dengan golongan belia yang lain. Mahasiswa yang berpengetahuan

tinggi terdedah dengan pelbagai ilmu pengetahuan sama ada pembelajaran dalam

kelas mahupun kehidupan. Setiap golongan belia mempunyai tahap pengetahuan

yang berbeza antara yang bekerja dan menuntut ilmu. Belia yang bekerja

berpengetahuan lebih tinggi berkenaan dengan kemahiran atau ilmu dalam

pekerjaan manakala mahasiswa atau belia yang menuntut ilmu berpengetahuan

lebih tinggi dalam bidang pendidikan. Boleh dikatakan tahap pengetahuan

mahasiswa lebih ke hadapan dan terkini berbanding dengan belia yang bekerja.

Dari sudut penguasaan ilmu, mahasiswa terdedah dengan pelbagai ilmu yang

tidak sama dengan belia lain. Sebagai contoh penggunaan atau pendedahan

3
teknologi yang semakin berkembang. Mahasiswa dapat menggunakan sekali gus

mempelajari penggunaan teknologi-teknologi baharu. Bukan itu sahaja,

pengguasaan bahasa yang pelbagai juga dapat dipelajari sepanjang tempoh

pengajian. Dalam tempoh pengajian yang panjang, pelbagai perkara baharu yang

dapat dijelajah dan dipelajari oleh mahasiswa. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan

menarik minat mahasiswa sama ada yang berminat atau tidak pernah melibatkan

diri dalam aktiviti yang dijalankan. Peluang yang dibuka atau disediakan untuk

mahasiswa menarik minat golongan mahasiswa yang mempunyai sikap ingin tahu

yang tinggi. Daripada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan disertai, penguasaan ilmu

yang pelbagai dapat diterapkan dalam diri pelajar.

Generasi muda adalah penentu masa depan negara, begitu juga mahasiswa

merupakan penerus atau pelapis generasi pada masa kini. Negara perlu

melahirkan dan membentuk mahasiswa yang bukan sahaja dari sudut kuantiti

namun kualiti adalah yang utama. Mahasiswa yang berkualiti adalah sangat

penting buat negara kerana memberi impak yang besar kepada diri mereka sekali

gus kepada negara. Sekiranya negara menghasilkan mahasiswa yang berkualiti, ia

dapat menarik minat mereka berkaitan dengan isu-isu negara. Tidak semua

generasi muda tertarik dengan dunia politik atau apa-apa berkenaan dengan

negara. Segelintir daripada mereka hanya mematuhi dan mengkritik berkenaan

negara tanpa mengambil tahu dengan lebih mendalam. Pentingnya mahasiswa

yang berkualiti, walaupun sekadar mengetahui apa dasar atau rancangan negara

sudah cukup memadai apatah lagi mereka memahami dan mendalami dasar-dasar

negara. Melalui mahasiswa jugalah dasar-dasar kerajaan dapat dibentuk dengan

mendengar segala permasalahan. Mahasiswa menjadi fokus utama kerana mereka

merupakan golongan belia yang mampu menyuarakan pendapat dengan kuantiti

yang ramai, mereka dapat membuka mata masyarakat yang lain, juga mata dan

telinga kerajaan.

4
Malaysia terdiri daripada 20 universiti awam, salah satu daripadanya ialah

Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mana pelajar-pelajar daripada universiti ini

berteraskan pendidikan yang akan mengeluarkan graduan dan menghasilkan guru

yang akan menyampaikan ilmu kepada masyarakat di negara kita. Oleh itu

fahaman daripada belia adalah sangat penting untuk masa depan kepada diri

mereka sendiri dan masyarakat akan datang. Dasar ini perlu difahami bersama,

namun kebersamaan itu tidak akan berhasil sekiranya tidak dimulakan dengan

individu sendiri.

1.2 Permasalahan Kajian

Dasar yang dilaksanakan kerajaan merupakan ikhtiar untuk memenuhi hasrat

masyarakat di negara kita. Bagi menjayakan dasar ini kerajaan perlu mendapatkan

sokongan daripada rakyat yang mana sokongan rakyat adalah sangat penting

terutama golongan belia. Namun tidak mudah untuk mendapatkan sokongan rakyat

dan tidak akan berhasillah dasar ini sekiranya mereka tidak memahami dasar atau

inisiatif yang ingin dijalankan. Apatah lagi perkataan MADANI ini agak asing bagi

sebahagian besar rakyat Malaysia meskipun akronim MADANI adalah sinonim

(Zaharul Abdullah, 2023 ). Meskipun Malaysia MADANI mempunyai kekuatan, ia

sarat dengan cabaran iaitu pemahaman terhadap konsep MADANI kepada

pelbagai pemegang taruh. Tidak semua rakyat berminat untuk mengetahui dengan

lebih mendalam berkenaan dengan dasar yang ingin dilaksanakan. Mereka hanya

menurut dengan pelaksanaan dasar tersebut tanpa memahami kandungan atau

falsafah yang terdapat di dalam dasar MADANI itu sendiri. Dasar ini perlu diselami

dan difahami oleh masyarakat dari sudut kandungan, pelaksanaan dan masalah

5
yang dihadapi oleh MADANI itu sendiri. Hal ini kerana perkara-perkara ini demi

kepentingan masyarakat kita sendiri.

1.3 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang dapat disimpulkan daripada pendahuluan dan

permasalahan kajian ialah:

i. Adakah mahasiswa univerisiti awam memahami falsafah dan kandungan

dasar MADANI.

ii. Adakah pelaksanaan kepada dasar MADANI dapat diterangkan oleh

mahasiswa universiti awam.

iii. Apakah masalah yang dapat dihuraikan mahasiswa univerisiti awam dalam

dasar MADANI.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kefahaman dan kesediaan mahasiswa

universiti awam berkenaan dasar MADANI. Antara objektif utama kajian ialah:

i. Mengenalpasti tahap kefahaman mahasiswa universiti awam berkenaan

falsasah dan kandungan dasar MADANI.

ii. Menerangkan kesediaan mahasiswa univerisiti awam berkenaan

pelaksanaan dasar MADANI.

iii. Menghuraikan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Malaysia

MADANI pada pandangan mahasiswa universiti awam.

6
1.5 Definisi Istilah dan Operasional

Bagi memastikan kajian ini mudah difahami, pengkaji akan menjelaskan definisi

konsep dan definisi operasional yang digunakan bagi setiap istilah yang digunakan

dalam kajian.

1.5.1 Kefahaman

Menurut Abdul Rahman A Samad (2019), kefahaman ialah keupayaan atau

kemampuan memahami atau tahap kefahaman tidaknya seseorang akan

sesuatu yang dipelajari dibaca sebagainya. Dalam Kamus Dewan (1994),

kefahaman merujuk kepada perihal memahami apa yang difahami tentang

sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami atau tanggapan. Menurut

Kamus Dewan (2005) mentakrifkan pemahaman adalah proses, cara,

perbuatan memahami dan memahamkan. Dapat disimpulkan bahawa

pemahaman adalah kemampuan untuk menangkap erti dari sesuatu yang

telah dipelajari seperti kemampuan seseorang, menafsirkan maklumat dan

meramalkan akibat satu peristiwa. Dalam kajian ini, pengkaji menguji tahap

kefahaman mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris berkenaan

dengan dasar kerajaan baharu iaitu berkenaan dengan MADANI.

7
1.5.2 Kesediaan

Kesediaan merujuk kepada suatu proses yang melibatkan penyatuan

aspek emosi, pemikiran dan fizikal seseorang dalam pelaksanaan sesuatu

perkara (Ain Nur Atika Agus, 2021). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

kesediaan ialah perihal sedia, kesanggupan, kerelaan ke atas sesuatu

perkara atau apa-apa yang berlaku. Kesediaan merujuk kepada mereka

yang menampakkan untuk berjuang kepada bangsa dan negara.

Kesediaan ini diukur tidak kira samada tahap sedia atau kesanggupan dari

segi mental, fizikal dan emosi seseorang dalam melalui atau akan

menghadapi sesuatu perkara. Justeru dalam kajian ini, kesediaan yang

dimaksudkan atau berfokus kepada mahasiswa Universiti Pendidikan

Sultan Idris samada bersedia atau rela berdepan dengan dasar MADANI.

1.5.3 Mahasiswa

Mahasiswa secara umumnya adalah panggilan untuk orang yang sedang

menjalani pendidikan tinggi di sebuah universiti atau institut pengajian

tinggi. Mahasiswa adalah setiap orang yang secara rasmi berdaftar untuk

mengikuti pelajaran di universiti dengan batas usia sekitar 18-27 tahun.

Zuhdi bin Marzuki (2001) mendefinisikan mahasiswa sebagai suatu

kelompok pelajar yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem

pendidikan formal sesebuah negara. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat, mahasiswa ialah pelajar atau penuntut di universiti. Mereka

adalah golongan yang penting untuk masa depan sesebuah negara yang

menjadi pelapis kepada masa depan sesebuah negara. Tidak semua

masyarakat mampu atau berpeluang menjadi mahasiswa atau melanjutkan

8
pelajaran di tahap univerisiti. Dalam kajian ini, mahasiswa universiti awam

merujuk kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dan hanya

tertumpu kepada satu fakulti iaitu Fakulti Sains Kemanusiaan.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini melibatkan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini juga

memfokuskan berkenaan tahap kefahaman dan kesediaan mahasiswa Universiti

Pendidikan Sultan Idris berkenaan MADANI. Terdapat beberapa faktor yang

menyebabkan pengkaji memilih untuk membuat kajian berkenaan tajuk kefahaman

dan kesediaan mahasiswa universiti awam berkenaan MADANI kerana untuk

mengkaji tahap kesedaran mahasiswa tentang dasar yang dilaksanakan di

Malaysia. Pengkaji memilih dasar MADANI kerana ia merupakan dasar yang terkini

diperkenalkan kepada masyarakat dan sudah pasti pengkaji ingin melihat adakah

masyarakat terutama mahasiswa peka atau faham berkenaan dengan dasar ini

kerana ia dilaksanakan untuk masa depan masyarakat itu sendiri.

1.7 Batasan Kajian

Bahagian ini meliputi kelemahan yang berkemungkinan luar kawalan pengkaji

dalam menyempurnakan kajian. Setiap kajian yang dijalankan sudah pasti

mengalami sekatan-sekatan yang tidak diinginkan atau luar jangkaan daripada

berlaku tidak kira sama ada sekatan kecil-kecilan atau besar-besaran. Sekatan

atau batasan ini mungkin mempengaruhi kajian daripada diteruskan kerana

menganggu proses kajian dilaksanakan. Salah satu batasan dalam kajian ini

9
adalah kesukaran untuk pengkaji melaksanakan rujukan ekoran daripada bahan

bercetak berkenaan dengan MADANI adalah sangat terhad. Oleh kerana, dasar

MADANI baru diperkenalkan, tidak semua maklumat mudah didapati dalam bentuk

bercetak disebabkan kajian atau penulisan yang kurang berkenaan dengan dasar

ini. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada pengkaji dalam

memperbanyakkan kajian literatur dalam kajian ini berkenaan dengan MADANI.

1.8 Kepentingan Kajian

Setiap kajian yang dijalankan adalah mempunyai kepentingan yang tersendiri sama

ada kepada kepada penyelidik atau mana-mana pihak yang terlibat. Kepentingan

sebuah kajian memberi impak yang besar dalam memperbaiki sesuatu masalah

atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh yang demikian, salah satu

kepentingan bagi kajian ini adalah untuk mengembangkan lagi tahap pengetahuan.

Hal ini demikian kerana, dengan adanya kajian seperti ini ia dapat menambahkan

pengetahuan kepada pengkaji dan pembaca serta kepada pihak-pihak yang

memerlukan bagi tujuan kajian mahupun tugasan yang berkaitan.

Kajian ini juga penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat terutama

kepada generasi muda yang membesar dalam pembangunan pesat negara.

Tambahan pula, kepentingan yang paling utama kajian dijalankan kerana dapat

mengukur tahap kefahaman dan kesediaan mahasiswa universiti awam berkenaan

MADANI. Bukan itu sahaja, kajian ini juga sangat penting kerana kajian ini

mengetengahkan masalah yang mungkin dilihat daripada sudut mahasiswa dalam

pada kerajaan melaksanakan dasar Malaysia MADANI ini.

10
Oleh itu, pelbagai strategi dan juga langkah yang dapat dilakukan oleh

masyarakat yang menjadi panduan untuk menangani permasalahan kajian

sekaligus menjadikan generasi muda memahami dan sedar akan tanggungjawab

mereka. Tidak semua masyarakat mempunyai kesedaran untuk membuat kajian

seperti ini disebabkan faktor-faktor tertentu seperti pembangunan pesat dan

mungkin tidak berminat dalam bidang politik. Dengan adanya kajian seperti ini ia

memberi jalan mudah kepada pengkaji dan pembaca untuk mengetahui serta

sedar akan pentingnya kajian ini.

1.9 Organisasi Bab

Organisasi penulisan kajian ini menjelaskan perkara yang berkaitan dengan

kandungan yang dikemukakan dalam kajian ini. Bahagian ini menjelaskan proses

yang dilakukan dan hasil penemuan bagi setiap bab tersebut. Dalam kajian ini,

organisasi bab telah dibahagikan kepada lima bab. Bab satu adalah menerangkan

mengenai latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan

kajian,kepentingan kajian, matlamat kajian, definisi operasional, skop kajian dan

batasan kajian. Penerangan setiap bab juga diterangkan dalam bab ini iaitu

organisasi kajian.

Bab kedua pula, pengkaji akan menjelaskan sorotan daripada beberapa kajian

lepas dengan merujuk kepada bahan-bahan yang bersesuaian. Bahan-bahan ini

adalah terdiri daripada buku-buku ilmiah dan jurnal. Dalam bab ini juga turut

memperlihatkan kelompong dan kekuatan kajian yang terdahullu serta berkaitan

dengan kajian ini.

11
Dalam bab tiga pula menghuraikan tentang asppek metodologi kajian yang

diadaptasikan oleh pengkaji dalam kajian ini. Metodologi kajian adalah

menerangkan mengenai pendekatan dan langkah-langkah yang diambil dalam

mendapatkan maklumat berkaitan kajian ini anataranya ialah membincangkan

mengenai reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, instrument kajian,

kajian rintis, prosuder pengumpulan data dan kaedah analisis data. Pengumpulan

data merupakan salah satu perkara yang penting dan pengkaji perlu menganalisis

dengan sebaik mungkin data yang diperolehi agar mencapai kajian yang

ditetapkan. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah

kuantitatif.

Dalam bab empat pula, iaitu dapatan kajian pengkaji akan menganalisis data

yang telah diperolehi sepanjang menjalankan penyelidikan. Bab ini juga akan

membincangkan data analisis berdasarkan objektif kajian. Selain itu, bab ini turut

memerlukan pengkaji menyatakan data atau maklumat yang telah dikumpul

sepanjang kajian ini dilakukan.

Dalam terakhir iaitu bab lima, pengkaji akan membincangkan berkaitan dengan

dapatan utama kajian. Selain itu, pengkaji juga turut memberika beberapa

cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan oleh mana-mana penyelidik masa

hadapan berkaitan dengan tajuk kajian ini. Dalam bab ini juga, pengkaji akan

membuat kesimpulan secara keseluruhan berkaitan kajian yang telah

disempurnakan oleh pengkaji.

12
1.10 Penutup

Kesimpulannya, pengkaji telah menerangkan secara terperinci berkaitan aspek-

aspek penting yang terdapat di dalam kajian ini, bab ini mengandungi beberapa

bahagian atau subtopik secara umumnya yang merangkumi latar belakang kajian

pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian,

matlamat kajian, definisi operasional, skop kajian, batasan kajian serta organisasi

bab. Oleh yang demikian, perbincangan dalam bab ini dapat memberi gambaran

yang jelas berkenaan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

13
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan kajian literatur yang merangkumi penjelasan dan

pandangan daripada tokoh-tokoh tertentu serta kajian yang telah dibuat oleh

sarjana dan pengkaji-pengkaji terdahulu tentang kajian yang pernah dilakukan

berkaitan dengan kajian ini. Sub-sub bahagian yang terdapat dalam bab ini ialah

pendahuluan, kajian literatur, aplikasi teori, konsep atau pendekatan dan rumusan

bab. Kajian literatur merupakan analisis ilmiah terhadap permasalahan kajian yang

dilakukan oleh pengkaji lain. Melalui kajian literatur ini ia dapat meluaskan asas

pengetahuan berkenaan dasar MADANI yang juga boleh diterapkan dalam

kesediaan mahasiswa universiti awam dalam pelaksanaan dasar MADANI. Melalui

kajian ini juga pengkaji dapat membuat justifikasi tentang kepentingan kajian ini

untuk dilakukan.

14
2.2 Kajian Literatur

Tinjauan literatur ini digunakan bagi mengukuhkan serta menyokong lagi kajian

yang dilakukan oleh penyelidik. Hal ini demikian kerana, pengkaji dapat

menyingkap kembali kajian-kajian lepas sebagai bahan bukti untuk kajian terkini

adalah merupakan satu kajian yang mengambil kira kesahan yang diperolehi. Ia

bermula dengan merujuk kepada karya-karya lepas yang berkaitan pengetahuan

atau permasalahan yang lebih kurang sama. Kajian-kajian tersebut membolehkan

penyelidik menerangkan atau menjelaskan latar belakang sesuatu masalah.

Tinjauan yang dibuat berkaitan dengan kefahaman dan kesediaan berkenaan

MADANI. Penelitian terhadap kajian-kajian lepas diperolehi melalui rujukan jurnal-

jurnal dan juga buku-buku yang berkaitan.

2.2.1 Toleransi Nabawi Dalam Pembinaan Budaya Masyarakat MADANI yang

Bertamadun

Sebuah kajian Mohd Farihal Osman, Noor Habibi Long & Ahmad Bashir Aziz

(2016) berkenaan pembinaan budaya masyarakat MADANI. Budaya adalah

amalan harian yang di amalkan dalam kehidupan. Kehidupan yang terbina

oleh masyarakat yang tinggi nilai hidup akan membawa kepada keamanan

dan kesejahteraan. Tetapi kehidupan yang terkeluar dari norma kehidupan,

terkeluar dari fitrah manusia membawa kepada kehancuran sepertimana

penindasan dan peperangan. Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti

budaya masyarakat madani yang bertamadun. Kajian dengan kaedah

kualitatif yang lebih sesuai digunakan kerana mengkaji budaya dan proses

yang sukar diukur.

15
Kajian ini menemui beberapa penemuan penting dalam pembinaan

tamadun manusia. Tamadun yang terbina dari budaya masyarakat Madani

adalah satu bentuk kehidupan yang tinggi tamadunnya. Kehidupan yang

hendak dicapai oleh sesuatu masyarakat dalam hal seperti tempat tinggal,

pembangunan, dan perbandaran. Tiga bentuk kehidupan ini terkandung

dalam dua dimensi iaitu fizikal dan spiritual. Dari dimensi fizikal, sesebuah

masyarakat madani itu perlulah hidup dalam keadaan selesa dan aman

damai. Dari dimensi Spiritual pula, sesebuah masyarakat Madani itu perlulah

hidup dalam mengamalkan ketinggian budi pekerti dan kesantunan. Budaya

merupakan lambang kepada ketamadunan sesebuah masyarakat. Toleransi

nabawi telah merubah budaya menjadi peradaban manusia yang

mempunyai nilai hidup yang tinggi. Madinah adalah tempat rujukan

terpenting dalam menentukan keamanan dan perpaduan dalam negara.

Negara yang pernah berperang, tetapi masa kini menjadi aman dan tenang.

2.2.2 Graduan Berakhlak Mulia dan Beretika Pemangkin Generasi MADANI

Kajian Mohd Noor Azli Ali Khan (2003), membincangkan persoalan akhlak

mulia dan etika khususnya di kalangan graduan dalam melaksanakan

amanah dan tanggungjawab yang dipegang. Selain membentangkan

kepentingan akhlak dan etika dalam dunia pekerjaan, artikel ini turut

mengupas tanggungjawab manusia sebagai khalifah dan relevannya

dengan kehidupan yang dilalui. Seterusnya, perbincangan mengenai

pentingnya nilai akhlak dan etika dalam menjana pembentukan generasi

madani turut diketengahkan.

16
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul

data. Secara keseluruhannya, akhlak dan etika adalah antara perkara

yang perlu diberi penekanan untuk melahirkan individu yang mempunyai

tahap professional yang cemerlang sesuai dengan kerjaya yang

diceburi. Malah, adalah penting bagi setiap graduan untuk mengimbangi

antara tuntutan dunia dengan tuntutan akhirat, tuntutan kerohanian

dengan tuntutan kebendaan dan tuntutan individu dengan tuntutan

awam supaya dapat menjadi seorang professional yang dapat

membezakan antara kepentingan individu atau kepentingan umum.

2.2.3 Mengupayakan Pemikiran Aras Tinggi: Menyejahterakan Masyarakat

MADANI

Dalam kajian Noor Rohana Mansor (2020), mengenai keunikan masyarakat

Malaysia yang mempamerkan kepelbagaian kaum, budaya dan agama,

masih hidup dalam suasana harmoni. Madani yang diertikan sebagai

masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan

serta beradab dan menyanjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan. Pastinya

kepelbagaian fokus dan aspek perlu diberi perhatian serius bagi

merealisasikannya. Antaranya ialah agenda transformasi pendidikan

negara dengan penekanan utama untuk mengembangkan potensi

pemikiran aras tinggi pelajar perlu diupayakan dalam kalangan setiap

individu yang menjadi elemen asas mencipta masyarakat madani.

Matlamatnya untuk melahirkan generasi yang berupaya untuk mengurus

tadbir akal dan fikiran dalam menangani pelbagai cabaran kehidupan

dengan berkesan.

17
Pengkaji menggunakan kaedah Soft System Methodology dan

menyediakan platform untuk memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan

pemikiran aras tinggi, memeriksa andaian pihak berkepentingan, dan

memahami unsur-unsur soalan dan penyoalan aras tinggi di peringkat

pendidikan menengah dan lanjutan di IPT. Justeru, kertas kerja ini

mengupas dan merungkaikan Model Kerangka Asas Berfikir yang telah

diresolusikan untuk membudayakan pemikiran aras tinggi hasil daripada

penyelidikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan

merentas kurikulum pendidikan penggunaannya. Dapatan kajian

menjelaskan keupayaan pemikiran aras tinggi pelajar peringkat sekolah

masih rendah manakala penyampaian idea dalam konteks penghuraian

dan penjelasan fakta dan maklumat sebagai justifikasi untuk sokongan idea

masih perlu dipertingkatkan kemampuannya dalam kalangan pelajar

peringkat pengajian tinggi. Penghayatan ilmu dan penguasaan kemahiran

pemikiran aras tinggi dalam kalangan individu menjadi pemangkin ke arah

pembentukan masyarakat madani yang maju, berkat dan sejahtera dalam

mengangkat martabat ummah.

2.2.4 Peran Gerakan Mahasiswa Dalam Mewujudkan Masyarakat MADANI di

Indonesia (Kajian Luar Negara)

Dalam kajian Hima Kurnia (2009) mengkaji berkenaan dengan kewujudan

gerakan mahasiswa yang telah turut serta dalam proses perubahan di

sesebuah negara. Salah satu tujuan utama kajian ini dijalankan adalah

untuk membincangkan penglibatan mahasiswa dalam membentuk atau

membina ideologi yang menjadi panduan kepada sesebuah negara.

Seterusnya ialah peranan mahasiswa yang dimainkan dalam membentuk

18
masyarakat madani. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu

bual dan pencarian maklumat dalam dokumen serta pemerhatian.

Dapatan kajian menunjukkan ideologi mahasiswa mampu

menyelesaikan dan boleh dijadikan panduan dalam pelbagai aspek

kehidupan seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Bukan itu

sahaja, oleh kerana kajian terkait dengan agama Islam dan gerakan

mahasiswa Islam menjadi utama, agama itu sendiri memberi kesan kepada

negara. Islam difahami sebagai panduan kepada aspek-aspek kehidupan

seperti sosial, ekonomi, politik yang didasarkan pada sumber al-quran dan

hadis sehingga mampu membentuk masyarakat madani.

2.2.5 Penilaian Faktor-Faktor Kesenjangan Etnik di Malaysia Sebagai

Penghalang Perpaduan Nasional

Dalam sebuah kajian Aszlan Selamat & Mohamad Iszuan Safarudin (2017)

membincangkan tentang sejarah pembentukan masyarakat majmuk di

Malaysia dan isu kesenjangan etnik dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Perbincangan diasaskan kepada ketidakupayaan gerakan kemerdekaan

untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai bangsa Malaysia yang

diidamkan di sebalik kejayaan mengambil alih kuasa dan menyingkirkan

penjajah. Kupasan menjurus kepada kepelbagaian yang menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara unik yang harus dibanggakan. Namun,

kepelbagaian ini juga menyebabkan timbulnya pendapat bahawa ia adalah

masalah yang menjadi penghalang kepada perpaduan dan pembentukan

nasion Malaysia. Pembinaan nasion Malaysia atau bangsa Malaysia

memerlukan masa yang agak panjang dengan persekitaran politik,

19
ekonomi dan sosial yang positif mendorong kepada proses pembinaan

bangsa tersebut.

Kepelbagaian ini harus dilihat sebagai sesuatu yang melambangkan

identiti kita sebagai sebuah rakyat Malaysia dan bukannya sebagai

masalah. Ia haruslah diakui dan dihormati bagi membentuk sebuah

masyarakat Malaysia, iaitu setiap anggota masyarakat merasakan bahawa

negara ini adalah untuk semua. Dengan wujudnya perasaan sedemikian,

tidak mustahil nasion Malaysia akan dibentuk dengan jayanya suatu hari

nanti berasaskan usaha yang berterusan.

2.2.6 Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai

Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani

Melalui Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal

Selain itu terdapat juga kajian lain berkenaan pembentukan masyarakat

madani iaitu dalam kajian Maziahtusima Ishak, et al. (2021) berkaitan

dengan pendidikan negara. Sistem pendidikan negara yang bertunjangkan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada

pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah pemantapan sikap,

kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup individu berteraskan al-

Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam

masyarakat turut dikaitkan dengan tahap penglibatan GPI dalam aktiviti

kemasyarakatan yang masih rendah.

Kajian ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru

pendidikan Islam (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah

pembentukan masyarakat madani dalam era pasca moden. Peranan GPI

20
sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal selidik.

Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai pemangkin

perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan

orang lain terhadap tanggung jawab sebenar GPI terhadap ahli masyarakat

dapat mempengaruhi tingkah laku GPI. Kajian merupakan satu konteks

baru iaitu mengukur penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak

formal. Peranan pemangkin perubahan yang dikaji adalah mengikut

jangkaan dan persepsi masyarakat menurut Teori Peranan serta keperluan

standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan kajian boleh

digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan

nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia.

2.2.7 Konsep Masyarakat MADANI Dalam Pemikiran Politik Imam AL-Ghazali

Mohd Hamidi Ismail (2023) mengkaji berkenaan konsep masyarakat

MADANI. Tema-tema yang mendirikan konsep negara Madani yang

menjadi agenda penting Perdana Menteri ke-10 mengandungi ciri

pembinaan diri cara Islam yang akrab dengan disiplin tasawuf. Sebagai

agenda penting negara, konsep negara Madani tidak terpisah daripada latar

politik yang menyantuni pelbagai ras dan agama. Melihat daripada

kedua-dua sudut ini difahami kerajaan sedang menggerakkan satu

pendekatan politik yang menghampiri dogma siasah Islam. Usaha sebegini

boleh dilihat sebagai baharu namun pemikiran seumpamanya telah lama

tersimpan dalam khazanah ilmu Islam. Berdasarkan konteks masyarakat

Madani, kajian berkenaan penyeragaman tema-tema Madani dengan

kefahaman yang dihasilkan oleh al-Ghazali wajar dilakukan.

21
Tujuan kajian adalah untuk merangka ruang persamaan antara

kedua-dua perkara tersebut supaya menepati kehendak syarak dan

kemajmukan sosial. Inisiatif terbabit cuba diketengahkan dalam kertas

kerja ini dengan menggunakan kaedah komparatif, analisis dan selainnya

daripada kaedah-kaedah kuantitatif bagi mencapai objektif yang

disebutkan. Dapatan awal yang dapat diselidiki setakat ini, rukun-rukun

yang membina tafsiran tema-tema Madani masih berakarkan tasawur nilai

Islam atau tasawuf sekalipun spektrum politik kerajaan multi-posisi.

2.3 Aplikasi Teori, Konsep atau Pendekatan

Teori ialah prinsip umum yang boleh dipercayai secara saintifik yang menerangkan

sesuatu fenomena. Ia boleh ditakrifkan sebagai andaian atau sistem idea yang

bertujuan untuk menerangkan sesuatu, terutamanya yang berdasarkan prinsip

umum bebas daripada perkara yang hendak dijelaskan (Yusrin Ahmad Tosepu,

2019). Menurut Jonathan H. Turner dalam Yusrin Ahmad Tosepu (2019), teori ialah

sebuah proses mengembangkan idea-idea yang membantu kita menjelaskan

bagaimana dan mengapa suatu peristiwa terjadi. Manakala menurut Kerlinger,

teori adalah konsep-konsep yang berhubungan antara satu sama lain yang

mengandungi suatu pandangan sistematik dari suatu fenomena (Yusrin Ahmad

Tosepu, 2019).

22
2.3.1 Teori Kitaran Dasar

Proses pembuatan dasar perlu melalui beberapa peringkat. Peringkat

yang dilalui ini dikenali sebagai proses kitaran dasar atau policy cycle.

Pada dasarnya, ia merupakan suatu proses yang dikenali sebagai proses

analisis dasar awam tetapi terdapat perbezaan di antara penulis yang

membincangkan mengenai analisis dasar awam ini. Perbezaan yang

timbul di antara penulis ini biasanya ditunjukkan dengan model yang

diperkenalkan mereka. Walau bagaimanapun ia merupakan proses yang

hampir sama dan setiap penulis mempunyai peringkat proses dasar yang

hampir sama di antara satu sama lain. Analisis terhadap proses pembuatan

dasar memfokuskan kepada proses pembuatan keputusan oleh kerajaan

serta persekitaran luar yang mempengaruhi tingkah laku kerajaan dalam

membuat keputusan. Dalam konteks dasar MADANI, dasar dibuat

berdasarkan masyarakat yang mana memandang serius berkenaan

kepentingan sesebuah dasar itu kepada masyarakat.

Howlett dan Ramesh (1995) menyatakan, policy cycle atau Teori

Kitaran Dasar terbahagi kepada lima peringkat iaitu pemilihan agenda

(Agenda setting), memformulasikan dasar (Policy Formulation), pembuatan

keputusan (Decision Making), perlaksanaan dasar (Policy

Implementation) dan penilaian dasar (Policy Evaluation). Pemilihan agenda

(Agenda setting) adalah merujuk kepada proses memilih daripada isu-isu

yang disenaraikan dan pihak kerajaan perlu memberi perhatian kepada isu

yang utama. Memformulasi dasar (Policy Formulation) pula merujuk

kepada proses mengenal pastistrategi, formula dan mekanisme yang

23
sesuai bagi memilih pemilihan dasar yang dibuat oleh kerajaan.

Pembuatan keputusan (decision making) merujuk kepada kerajaan

mengambil keputusan sama ada untuk membuat tindakan atau tidak

mengambil tindakan. Manakala, policy implementation adalah proses di

mana kerajaan melaksanakan dasar kepada rakyat dan policy evaluation

adalah proses yang melibatkan penilaian terhadap dasar yang telah

dilaksanakan. Dalam peringkat ini, impak sosial dan modal insan sama

ada menyumbang kepada kebaikan atau keburukan akan dinilai. Kajian

yang dibuat akan menentukan kejayaan atau kegagalan dalam

perlaksanaan sesuatu dasar.

Rajah 2.1: Kerangka Teori Kitaran Dasar

Sumber: Howlett & Ramesh (1995)

24
2.3.2 Teori Afektif

Teori afektif memfokuskan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar

melalui perwatakan dan perawakan. Menurut Mat Jizat Abdul.al (2006)

dalam Sharani (2007), perawakan dan perwatakan ini wujud apabila

seseorang individu menerima dan membuat respons dan menghayati

sepenuhnya pada sesuatu yang dipelajari. Dalam konteks dasar MADANI,

ia dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat dan sudah pasti rakyat

akan bertindak mengikut kehendak negara. Segala inisiatif yang dirancang

dan akan dilakukan oleh kerajaan akan mendapat maklum balas yang positif

sekiranya memberi impak yang baik kepada masyarakat.

Salah satu teori pembelajaran yang digolongkan dalam teori

afektif ialah Teori Humanistik. Dalam Teori Humanistik, beberapa andaian

telah dibuat. Antara andaian yang telah dibuat ialah manusia mempunyai

keperluan dan keperluan asas. Sekiranya keperluan dan keperluan asas

dipenuhi sepenuhnya maka secara langsung individu dapat

memotivasikan individu sendiri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu

mencapai tahap kesempurnaan diri. Dalam konteks pelaksanaan dasar

MADANI di Malaysia, ia akan mendorong masyarakat untuk memberi

kerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan dasar ini disebabkan dengan

prinsip-prinsip yang terkandung dalam dasar itu sendiri mampu memenuhi

keperluan masyarakat tidak kira sama ada dari segi ekonomi dan

kewangan, perundangan, institusi, pendidikan, kemasyarakatan,

kebudayaan, bandar dan luar bandar.

25
2.4 Penutup

Dalam kajian ini, pengkaji telah menunjukkan beberapa kajian-kajian lepas

berkaitan isu yang dikaji dan membuat kritikan terhadap kajian lepas tersebut.

Melalui penilitian terhadap kajian literatur ini, ianya banyak membantu pengkaji

meningkatkan kefahaman kajian mengenai kefahaman dan kesediaan mahasiswa

universiti awam berkenaan dasar MADANI. Kajian literatur ini juga mendedahkan

pengkaji kepada kaedah dan teknik bagi mendapatkan jawapan dan

penyelesaian masalah sesebuah kajian. Melalui kajian lepas juga pengkaji dapat

mempelajari kaedah dan teknik yang digunakan oleh pengkaji lain dalam

menyelesaikan masalah yang dikaji.

26
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bagi mendapatkan hasil kajian yang berkualiti dan boleh dipercayai, metodologi

kajian merupakan elemen yang sangat penting diambil perhatian. Bab ini

membincangkan mengenai reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,

instrumen kajian, prosuder pengumpulan data dan kaedah analisis data dengan

lebih mendalam. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih

sistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Bab ini

juga akan menjelaskan lebih terperinci metodologi kajian yang akan digunakan

sepanjang penyelidikan kajian dijalankan. Kajian ini menggunakan kaedah

kuantitatif dalam mengkaji kefahaman dan kesediaan mahasiswa universiti

awam terhadap gagasan Malaysia MADANI.

27
3.2 Reka Bentuk Kajian

Menurut Cohen, Manion & Morrison (2018), reka bentuk kajian adalah

perancangan dan strategi utama dalam menjawab persoalan kajian yang

dikemukakan menerusi prosuder pengumpulan dan analisa data (Sukor Beram,

Marinah Awang & Ramlee Ismail, 2020). Menurut Creswell (2009) menyatakan

bahawa reka bentuk kajian adalah sebuah proses rancangan dan cadangan bagi

menjalankan kajian. Reka bentuk kajian boleh didefinisikan sebagai

perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk

mendapatkan jawapan kepada permasalahan penyelidikan (Kean, 2016).

Menurut Bryman (2008) reka bentuk kajian adalah konsep atau rangka yang

digunakan dalam sesebuah kajian bagi mengutip dan menganalisis data

(Mokmin, 2012). Reka bentuk kajian adalah satu garis panduan bagi proses

mengumpul data. Reka bentuk kajian juga bertujuan untuk mencari dan

mengkaji jawapan yang jelas terhadap perkara yang hendak dikaji.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kajian tinjauan (survey).

Menurut Graziano & Raulin (2010), kajian tinjauan (survey) mengumpul

maklumat dengan bertanya subjek kajian tentang pengalaman mereka, tingkah

laku, pengetahuan. Kajian ini mengumpul jawapan secara terus daripada subjek

kajian (Hamidah Yusof, 2021). Kajian tinjauan merupakan kajian inferensi dan

deskriptif dengan menggunakan data-data kuantitatif yang dikutip melalui soal

selidik dan dikongsikan melalui borang soal selidik. Kajian tinjauan umumnya

melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk

mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkah laku

28
mereka. Statistik deskriptif yang biasa digunakan adalah seperti min, mod,

median, peratus dan kekerapan (Mahizer Hamzah, Abdul Talib Mohamed

Hashim, Noraini Mohamed Noh & Norazilawati Abdullah, 2020).

Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamatkan

untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku atau menerokai

sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji (Mohd Majid, 1998). Data-data

yang diperolehi daripada responden kajian ini kemudiannya akan dianalisis dan

dipersembahkan menggunakan analisis menggunakan analisis kekerapan dan

peratus serta nilai median. Statistik deskriptif juga disebut statistik pemerihalan.

Generalisasi dihadkan kepada sampel yang diukur sahaja. Aktiviti yang boleh

dilakukan termasuklah hitungan, pengiraan pengukuran, penjelasan dan

persembahan data. Fungsi statistik ini ialah untu memudah, meringkaskan dan

merumuskan maklumat asas (Hamidah Yusof, 2021). Keputusan-keputusan

analisis yang dilakukan akan memberi jawapan dan kesimpulan terhadap

dapatan kajian. Reka bentuk kajian ini adalah penting bagi memastikan objektif

kajian ini tercapai.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi ialah sekumpulan unsur atau elemen yang menjadi responden kajian.

Menurut Fraenkel (2009) dalam Hamidah Yusof (2021), populasi adalah kelompok

kumpulan yang ingin dikaji oleh para penyelidik. Populasi merujuk kepada

keseluruhan individu atau benda yang sesuai dengan keterangan tertentu

29
(Hamidah Yusof, 2021). Bilangan populasi boleh dalam pelbagai saiz dan ia akan

mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri yang berbeza dari populasi lain. Setiap

anggota populasi dikenali sebagai elemen. Jumlah elemen dalam populasi

dikenali sebagai ukuran populasi dan dilambangkan dengan "N". Elemen populasi

ini biasanya merupakan unit analisis dan juga merupakan himpunan semua

perkara yang ingin diketahui populasinya yang terdiri daripada dua iaitu populasi

terhad dan populasi tidak terhad.

Populasi terhad ialah populasi yang mempunyai sumber data yang

terbatas secara kuantitatif sehingga dapat dikira jumlahnya. Manakala, populasi

tidak terhad pula ialah populasi yang tidak mempunyai sumber data yang tidak

dapat ditentukan batasnya secara relatif fan tidak boleh dinyatakan dalam bentuk

jumlah. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif, oleh itu populasi yang

digunakan dalam kajian ialah populasi terhad yang mana responden terdiri

daripada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dan memfokuskan kepada

mahasiswa tahun akhir sahaja iaitu semester 7 dan 8.

Sampel adalah sebahagian daripada populasi kajian atau populasi yang

dikaji. Sampel adalah subset populasi. Menurut Hamidah Yusof (2021), sampel

adalah sekumpulan individu yang dipilih dari populasi (subset). Sampel digunakan

seolah-olah boleh mewakili populasi. Setiap ahli sampel dikenali sebagai subjek.

Jumlah subjek dalam sampel dikenali sebagai ukuran sampel dan dilambangkan

dengan "n". Menurut Wester (1985), sampel adalah sebahagian set responden

yang dipilih daripada populasi yang lebih besar bertujuan untuk suatu kajian.

Sampel kajian adalah subset suatu populasi yang dipilih untuk dikaji (Portney dan

Walkin, 1993). Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah

30
dan dengan itu penyelidikan harus melibatkan keseluruhan individu dalam

populasi.

Populasi dan sampel dalam kajian ini ialah pengkaji memfokuskan

kepada mahasiswa tahun akhir UPSI dibawah satu fakulti sahaja iaitu Fakulti

Sains Kemanusian dan tertumpu kepada pelajar tahun akhir Jabatan Pengajian

Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan. Manakala seramai 122 orang

responden terlibat sebagai sampel kajian dalam penyelidikan ini. Secara

umumnya, terdiri daripada 40 orang mahasiswa dan 82 orang mahasiswi

daripada semester 7 dan 8. Tujuannya adalah untuk mendapatkan ketepatan

yang maksimum dan mencapai objektif kajian ini. Selain itu, mahasiswa tahun

akhir menjadi sasaran atau tumpuan dalam kajian ini kerana mereka telah

melalui proses pengajian yang panjang yang telah membuat satu pengkhususan

dan bersedia untuk terlibat dalam sektor pekerjaan. Malah mahasiswa telah

melalui siri penilaian termasuklah pembentangan, penulisan dan peperiksaan.

Oleh itu mahasiswa adalah sasaran yang sesuai kerana mampu memberi

maklum balas berkenaan persoalan-persoalan kajian mengenai dasar MADANI.

3.4 Instrumen Kajian

Pelbagai cara oleh digunakan untuk mengumpul data termasuklah menggunakan

soal selidik, temu bual, pemerhatian, ujian dan menggunakan data sekunder.

Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan (Hamidah Yusof, 2021).

Pemilihan kaedah pengumpulan data bergantung kepada matlamat kajian supaya

pengkaji mendapat data sesuai dan berguna. Menurut Fuad Mohamed Berawi

31
(2017), instrumen kajian adalah peralatan (equipment), perisian (software), atau

perkakasan (hardware) yang digunakan untuk memungut dan mengumpul

maklumat dan data daripada sasaran kajian seperti soal selidik, buku catatan,

video dan kamera. Menurut Mohamad Najib (1999) instrumen merupakan alat

kajian yang digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia dan bukan fizikal

manusia. Pemilihan instrumen adalah amat penting dalam sesebuah kajian.

Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan untuk mengukur data.

Pemilihan instrumen yang betul akan menghasilkan dapatan kajian yang tepat.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan google form untuk mengedarkan soalan

soal selidik kepada sasaran kajian. Manakala aplikasi Statistical Package for

Sosial Science (SPSS) pula diguanakan bagi menganalisis data yang telah

diproses melalui goolge form yang telah diedarkan.

Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan dalam bentuk

laporan kendiri. Soal selidik juga merupakan instrumen yang paling kerap

digunakan dalam kajian deskriptif. Tambahan pula, instrumen berbentuk soal

selidik juga merupakan kaedah paling berkesan dalam mendapatkan maklumat

daripada responden. Soal selidik mempunyai beberapa kelebihan seperti

berupaya memperoleh maklum balas yang standard untuk pelbagai topik daripada

sampel atau populasi yang besar. Soal selidik boleh dipercayai, sah, cepat dan

mudah untuk dilengkapkan. Soal selidik merupakan instrumen yang banyak

digunakan untuk mengumpul data bagi kajian survey menyediakan data

berbentuk nombor, berstruktur, boleh ditadbir tanpa penyelidik dan mudah untuk

dianalisis (Hamidah Yusof, 2021). Penggunaan soal selidik juga amat berkesan

jika disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh

dipercayai.

32
3.4.1 Soal Selidik

Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal

selidik. Soal selidik merupakan satu subset yang telah dibina oleh pengkaji

bagi mengumpul maklumat dan seterusnya menjawab persoalan kajian

yang telah ditetapkan. Soalan soal selidik yang digunakan adalah soalan

jenis bentuk tertutup dan terbuka. Soalan dalam soal selidik ini terdiri

daripada soalan berstruktur dan pilihan jawapan, responnden dapat memilih

jawapan yang ditentukan sahaja. Soalan berbentuk tertutup ini juga

digunakan adalah kerana mudah untuk respnden menjawab soal selidik ini

kerana jawapan yang disediakan dan jawapan yang diperolehi mudah untuk

dianalisis. Manakala terdapat bahagian yang menggunakan bentuk soalan

terbuka yang mengharapkan responden memberi jawapan yang panjang.

Pembentukan bahagian-bahagian soal selidik ini tela dirujuk dan disemak

oleh penilai yang pakar dalam kajian ini. Set soalan soal selidik yang

disediakan oleh pengkaji mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A,

bahagian B, bahagian C dan bahagian D seperti berikut:

I) Bahagian A: Demografi

Dalam bahagian A mengandungi beberapa soalan berkenaan dengan

demografi responden dengan kata lain maklumat latar belakang responden.

Tujuan pengkaji membentuk soalan mengenai latar belakang responden

33
adalah untuk mendapatkan maklumat asas mengenai responden. Antara

soalan yang dikemukakan ialah seperti jantina, umur semester dan etnik.

II) Bahagian B: Aspek Kefahaman

Pada bahagian B pula ialah soal selidik berkaitan dengan kefahaman

mahasiswa universiti awam berkenaan falsafah dan kandungan dasar

MADANI. Soal selidik ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman

mahasiswa universiti awam berkenaan falsafah dan kandungan dasar

MADANI. Pada bahagian ini juga pengkaji menyediakan 15 soalan untuk

dijawab oleh responden dan pengkaji menggunakan skala likert yang

mempunyai lima tahap pemarkahan yang menunjukkan tahap kefahaman

responden mengenai gagasan MADANI. Jadual skala tersebut adalah seperti

berikut :

Jadual 3.1: Skala Likert Soal Selidik Bahagian B

SKALA PETUNJUK

1 Sangat Tidak Tahu

2 Tidak Tahu

3 Tidak Pasti

4 Tahu

5 Sangat Tahu

Berdasarkan Jadual 3.1 bagi skala 1 adalah menunjukkan responden sangat

tidak tahu pada jawapan soalan selidik yang disediakan. Manakala skala 2

34
pula petunjuk bagi tidak tahu. Selain itu, skala 3 pulak adalah responden yang

tidak pasti bagi jawapan mereka dalam soal selidik dan skala 4 pula

menunjukkan petunjuk bagi jawapan responden yang tahu dengan soalan

yang diberikan. Soalan 5 juga merupakan petunjuk bagi responden bahawa

mereka sangat tahu dengan soalan yang diberikan.

III) Bahagian C: Aspek Kesediaan

Pada bahagian ini pula adalah soal selidik mengenai kesediaan mahasiswa

universiti awam berkenaan pelaksanaan dasar MADANI. Soal selidik

bahagian ini adalah bagi menerangkan kesediaan mahasiswa universiti awam

berkenaan pelaksanaan dasar MADANI. Pada bahagian ini juga pengkaji

mengemukakan 15 soalan yang perlu dijawab oleh responden dan pengkaji

menggunakan skala likert yang mempunyai lima tahap pemarkahan yang

juga menunjukkan tahap kesediaan responden mengenai MADANI. Jadual

skala likert tersebut adalah seperti berikut:

Jadual 3.2: Skala Likert Soal Selidik Bahagian C

SKALA PETUNJUK

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Tidak Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

35
Berdasarkan Jadual 3.2 bagi skala 1 adalah menunjukkan responden sangat

tidak setuju pada jawapan soalan selidik yang disediakan. Manakala skala 2

pula petunjuk bagi tidak setuju. Selain itu, skala 3 pula adalah responden yang

tidak pasti bagi jawapan mereka dalam soal selidik dan skala 4 pula

menunjukkan petunjuk bagi jawapan responden yang setuju dengan soalan

yang diberikan. Skala 5 juga merupakan petunjuk bagi responden bahawa

mereka sangat setuju dengan soalan yang diberikan.

IV) Bahagian D: Masalah Dalam Pelaksanaan MADANI

Pada bahagian ini pula adalah soalan soal selidik berstruktur mengenai

pandangan mahasiswa universiti awam berkenaan masalah yang dihadapi

dalam pelaksanaan MADANI. Soal selidik bahagian ini bagi menghuraikan

masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Malaysia MADANI pandangan

mahasiswa universiti awam. Pada bahagian ini pengkaji mengemukakan 10

soalan yang perlu dijawab oleh responden. Soalan-soalan pada bahagian ini

bagi menguji tahap pengetahuan mahasiswa dalam menjelaskan masalah,

kerumitan, ancaman, cabaran dalam pelaksanaan Malaysia MADANI serta

langkah yang diambil dalam mengatasi setiap permasalahan dasar tersebut.

36
3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan fasa terakhir tinjauan sebelum pengkaji membuat

pengumpulan data responden. Matlamatnya ialah untuk mencari sebarang

masalah dalam soal selidik seperti soalan yang lemah, arahan yang tidak

lengkap dan item yang sukar dijawab. Oleh yang demikian, pengkaji telah

melakukan kajian rintis yang mana bertujuan kebolehpercayaan dan kesahan

soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dalam set soal selidik kajian.

Seramai 15 orang pelajar dipilih secara rawak sebagai responden. Data yang

diperolehi daripada kajian rintis adalah dianalisis menggunakan aplikasi

Statistical Package of Social Science (SPSS).

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum memulakan kajian, mendapatkan tajuk merupakan proses permulaan

dalam menjalankan kajian ini. Setelah mendapatkan tajuk, pengkaji memikirkan

pembolehubah yang akan digunakan dalam kajian ini. Di samping itu, pengkaji

mendapatkan maklumat melalui buku, jurnal dan artikel berkaitan dengan kajian

ini. Pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui rujukan yang diperolehi

daripada carian di laman sesawang seperti Google Scholar, Mycite untuk

mendapatkan beberapa artikel jurnal untuk dijadikan rujukan berkaitan dengan

kajian. Rujukan daripada sumber-sumber tersebut amatlah penting bagi

menyokong lagi kajian ini dan memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan

tajuk kajian.

37
3.7 Kaedah Analisis Data

Menurut Majid (2009) pemprosesan data merupakan teknik untuk mengumpul,

pengelohan, penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data. Matlamat

pemprosesan data ialah bagi mendapatkan maklumat yang berguna dan

bermakna daripada data tersebut. Data-data yang diperolehi akan dianalisis

menggunakan aplikasi Statistical Package Social Science (SPSS). Data yang

diperolehi akan dianalisis berdasarkan objektif kajian. Perisian yang digunakan

ini adalah untuk memudahkan proses penganalisisan data bagi mendapatkan

keputusan yang lebih cepat dan tepat. Data yang dikumpulkan adalah selari

dengan keperluan objektif atau persoalan kajian. Data sebelum dianalisis perlu

menjalani proses pembersihan mengikut keperluan kajian. Salah satu cara untuk

membersihkan data ialah dengan menjalankan ujian kekerapan ke atas setiap

pemboleh ubah yang digunkan dalam penyelidikan (Hamidah Yusof, 2021).

Selepas data kajian dikutip dan dimasukkan ke dalam komputer data

tersebut akan dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif. Analisis

statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk meneliti mengenai

demografi responden seperti jantina, umur, semester dan fakulti dalam

mendapatkan kekerapan dan peratusan terhadap demografi responden.

Kekerapan dan peratus juga digunakan untuk mendapatkan kekerapan dan

peratus bagi skala likert dalam semua bahagian soalan yang ada dalam soal

selidik. Analisis deskriptif juga digunakan iaitu statistik nilai median. Statistik

nilai median adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan

kesediaan mahasiswa universiti awam terhadap gagasan MADANI dalam

38
kalangan tahun akhir UPSI dalam jabatan pengajian kemasyarakatan dan

kewarganegaraan, dan tahap tersebut diukur melalui pemilihan skala daripada

responden di Jadual 3.1 dan 3.2.

Jadual 3.3 : Tahap Kefahaman Responden Berkenaan Falsafah dan Kandungan

Dasar MADANI Mengikut Nilai Median

Nilai Median Tahap Kefahaman

1.00 Sangat Tidak Baik

2.00 Tidak Baik

3.00 Kurang Baik

4.00 Baik

5.00 Sangat Baik

Berdasarkan Jadual 3.3 adalah tahap kefahaman responden

berkenaan falsafah dan kandungan dasar MADANI mengikut nilai median.

Nilai median 1.00 adalah menunjukkan responden sangat tidak baik terhadap

kefahaman berkenaan falsafah dan kandungan MADANI dan nilai median

2.00 adalah menunjukkan responden tidak baik berkenaan dengan

kefahaman berkenaan falsafah dan kandungan MADANI. Manakala bagi nilai

median 3.00 adalah menunjukkan bahawa responden kurang baik terhadap

kefahaman dalam kandungan dan falsafah MADANI. Bagi nilai median 4.00

pula adalah responden mempunyai fahaman baik terhadap kandungan dan

falsafah MADANI dan nilai 5.00 pula adalah menunjukkan kefahaman

responden sangat baik berkenaan falsafah dan kandungan MADANI.

39
Jadual 3.4 : Tahap Kesediaan Responden Berkenaan Pelaksanaan Dasar

MADANI Mengikut Nilai Median

Nilai Median Tahap Kesediaan

1.00 Sangat Tidak Baik

2.00 Tidak Baik

3.00 Kurang Baik

4.00 Baik

5.00 Sangat Baik

Berdasarkan Jadual 3.4 adalah tahap kesediaan responden

berkenaan pelaksanaan dasar MADANI mengikut nilai median. Nilai median

1.00 adalah menunjukkan responden sangat tidak baik dalam kesediaan

responden berkenaan pelaksanaan dasar MADANI dan nilai median 2.00

adalah menunjukkan responden tidak baik dalam kesediaan berkenaan

pelaksanaan dasar MADANI. Manakala bagi nilai median 3.00 adalah

menunjukkan bahawa responden kurang baik terhadap kesediaan responden

berkenaan pelaksanaan dasar MADANI. Bagi nilai median 4.00 pula adalah

responden mempunyai kesediaan baik terhadap pelaksanaan dasar MADANI

dan nilai 5.00 pula adalah menunjukkan kesediaan responden sangat baik

dalam pelaksanaan dasar MADANI.

40
3.8 Penutup

Secara kesimpulannya, bab ini telah membincangkan mengenai garis panduan

berkaitan kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini. Antara aspek

yang dibincangkan ialah reka betuk kajian, populasi dan sampel kajian,

instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan kaedah analisis data. Data

telah dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan

tujun kajian dijalankan. Hasil kajian akan menunjukkan tahap kefahaman

berkenaan falsafah dan kandungan dasar MADANI, justeru kesediaan terhadap

pelaksanaan MADANI dalam kalangan mahasiswa tahun akhir UPSI jabatan

pengajian kemasyarakatan dan kewarganegaraan. Oleh itu proses analisis

dalam bab tiga ini amat penting dalam kajian dan diharapkan semua maklumat

ini dapat membantu pengkaji untuk merealisasikan tajuk kajian yang telah dipilih.

41
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan keputusan dan penemuan yang diperolehi daripada

hasil kajian yang telah dijalankan. Bahagian-bahagian tajuk dalam bab ini ialah

demografi responden, tahap kefahaman mahasiswa universiti awam berkenaan

falsafah dan kandungan dasar MADANI, tahap kesediaan mahasiswa universiti

awam berkenaan pelaksanaan dasar MADANI dan masalah yang dihadapi

dalam pelaksanaan Malaysia MADANI pandangan mahasiswa universiti awam.

Kajian ini melibatkan seramai 122 orang responden pelajar tahun akhir iaitu

semester 7 dan 8 Fakulti Sains Kemanusiaan yang tertumpu pada satu jabatan

iaitu Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan.

42
Penganalisisan data telah dijalankan dengan menggunakan analisis statistic

deskriptif. Hasil data yang diperolehi daripada analisis soal selidik yang

dilakukan dibentangkan satu bentuk huraian iaitu dapatan deskriptif dan

inferensi. Dapatan deskriptif menghuraikan berkaitan latar belakang responden

dan jawapan responden terhadap bahagian-bahagian dalam soal selidik

mengikut urutan bahagian berdasarkan kepada kekerapan dan peratusan.

Penggunaan analisis median juga digunakan untuk jawapan responden

bahagian B dan C dalam soal selidik. Dapatan kajian yang diperolehi

dibentangkan dalam bentuk penerangan dan jadual.

4.2 Latar Belakang dan Demografi Responden

Kajian yang dijalankan telah melibatkan 122 orang responden yang terdiri

daripada mahasiswa tahun akhir iaitu semester 7 dan 8 Fakulti Sains

Kemanusiaan yang tertumpu pada satu jabatan iaitu Jabatan Pengajian

Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan yang mana juga telah mengambil

bahagian dalam menjawab soalan selidik yang disediakan oleh pengkaji.

Sebelum pengkaji menganalisis dengan lebih lanjut dan terperinci, pengkaji akan

membincangkan mengenai demografi responden yang berkaitan dengan umur,

jantina, semester dan etnik. Pengkaji memilih untuk menghuraikan peratusan

dan kekerapan responden melalui bahagian soalan demografi responden dalam

borang soal selidik. Jadual berikut menunjukkan analisis demografi responden

secara analisis kekerapan dan peratus berdasarkan item 1 sehingga 4 dalam

borang soal selidik.

43
4.2.1 Jantina

Dalam bahagian ini, pengkaji telah meletakkan pilihan jantina iaitu lelaki

dan perempuan pada borang soal selidik dan responden dikehendaki

untuk menandakan pilihan jantina diruangan yang disediakan.

Berdasarkan jadual dibawah menunjukkan jantina lelaki dan

perempuan. Pengkaji mendapati seramai 40 orang responden bersamaan

dengan 32.8 peratus adalah terdiri daripada responden lelaki manakala

seramai 82 orang responden bersamaan dengan 67.2 peratus adalah

terdiri daripada responden perempuan.

Jadual 4.1: Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Jantina

Jantina Kekerapan Peratus

(n= 122) (%)

Lelaki 40 32.8

Perempuan 82 67.2

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

44
4.2.2 Umur

Dalam bahagian ini, pengkaji meletakkan umur pada item kedua dalam

demografi responden untuk memudahkan pengkaji dalam menganalisis

data dan membuat perbandingan. Melalui soal selidik yang disediakan,

pengkaji telah menyediakan pilihan umur iaitu 24 tahun, 25 tahun, 26

tahun dan 27 tahun.

Berdasarkan Jadual 4.2 menunjukkan analisis kekerapan dan

peratus bagi bahagian umur responden. Pengkaji mendapati seramai 56

orang responden bersamaan dengan 45.9 peratus adalah berumur 24

tahun. Seterusnya seramai 32 orang responden bersamaan dengan 26.2

peratus adalah berumur 25 tahun dan seramai 14 orang responden

bersamaan dengan 11.5 peratus adalah daripada 26 tahun. Manakala

responden yang berumur 27 tahun seramai 20 orang bersamaan dengan

16.4 peratus.

Jadual 4.2: Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Umur

Umur Kekerapan Peratus


(n=122) (%)
24 Tahun 56 45.9

25 Tahun 32 26.2

26 Tahun 14 11.5

27 Tahun 20 16.4

45
Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

4.2.3 Semester

Pada bahagian ini, pengkaji menyediakan 2 pilihan semester disebabkan

fokus utama dalam kajian ini ialah mensasarkan kepada semester 7 dan

semester 8. Hal ini keranan pengkaji memilih untuk hanya memfokuskan

kepada responden yang berada pada tahun akhir di UPSI.

Jadual 4.3 menunjukkan analisis kekerapan dan peratus bagi

bahagian semester responden. Kajian mengkhusus kepada tahun akhir

sahaja iaitu semester 7 dan semester 8. Bagi responden semester 7 yang

menjawab soal selidik adalah seramai 62 orang responden bersamaan

dengan 50.8 peratus. Manakala bagi semester 8 adalah seramai 60 orang

responden bersamaan dengan 49.2 peratus.

Jadual 4.3: Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Semester

Semester Kekerapan Peratus


(n=122) (%)
Semester 7 62 50.8

Semester 8 60 49.2

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

46
4.2.4 Etnik

Pada bahagian ini pula, pengkaji turut menyenaraikan lima pilihan etnik

yang dipilih oleh responden iaitu Melayu, Cina, India dan Bumiputera

Sabah dan Sarawak. Responden kajian dikehendaki untuk memilih etnik

yang dinyatakan oleh pengkaji dan menandakan di ruang yang disediakan

dalam borang soal selidik.

Jadual 4.4 menunjukkan kategori etnik yang dijawab oleh

responden. Seramai 52 orang responden bersamaan dengan 42.6 peratus

adalah dalam kalangan etnik Melayu dan seramai 11 orang responden

bersamaan dengan 9 peratus adalah dalam kalangan etnik Cina. Bagi

responden India pula adalah seramai 10 orang responden bersamaan

dengan 8.2 peratus. Manakala bagi responden Bumiputera Sabah dan

Sarawak adalah seramai 49 orang responden bersamaan dengan 40.2

peratus.

Jadual 4.4: Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Etnik

Etnik Kekerapan Peratus


(n=122) (%)
Melayu 52 42.6

Cina 11 9

India 10 8.2

Bumiputera Sabah dan Sarawak 49 40.2

Jumlah 122 100.0

47
Sumber: Data Lapangan 2023

4.3 Analisis Dapatan Kajian

Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan dapatan kaian yang

diperolehi daripada hasil borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji

kepada responden. Dapatan kajian ini akan dipersembahkan dalam bentuk

huraian jadual yang merangkumi semua bahagian B dan C dalam borang soal

selidik iaitu menggunakan analisis deskriptif menggunakan nilai Median bagi

mengenalpasti tahap kefahaman dan kesediaan mahasiswa universiti awam

berkenaan dengan dasar MADANI.

4.3.1 Analisis Kekerapan dan Peratus Tahap Kefahaman Mahasiswa

Universiti Awam Berkenaan Falsafah dan Kandungan Dasar

MADANI.

Pada bahagian ini, pengkaji membincangkan dapatan kajian daripada

soalan yang terdapat dalam soal selidik bahagian B iaitu berkaitan

dengan tahap kefahaman mahasiswa universiti awam berkenaan falsafah

dan kandungan dasar MADANI. Dalam pilihan jawapan yang disediakan

oleh pengkaji adalah skala likert lima iaitu sangat tidak tahu, tidak tahu,

tidak pasti, tahu dan sangat tahu. Responden bebas memilih jawapan

yang sesuai dengan tahap kefahaman dan pengetahuan mereka

berkenaan dengan dasar MADANI.

48
Berdasarkan Jadual 4.5 berkenaan dengan soalan pertama,

iaitu MADANI merupakan dasar yang membentuk masyarakat maju dari

segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Dapatan kajian menunjukkan

seramai 59 orang responden bersamaan dengan 48.4 peratus memilih

sangat tahu dan seramai 29 orang responden bersamaan 23.8 peratus

memilih tahu. Manakala seramai 10 orang responden bersamaan dengan

8.2 peratus memilih sangat tidak tahu dan seramai 20 orang responden

bersamaan 16.4 peratus memilih tidak tahu. Seramai 4 orang responden

bersamaan dengan 3.2 peratus memilih tidak pasti.

Jadual 4.5: Kekerapan dan peratus: MADANI merupakan dasar yang

membentuk masyarakat maju dari segi pemikiran, kerohanian dan

kebendaan

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 10 8.2

Tidak tahu 20 16.4

Tidak pasti 4 3.2

Tahu 29 23.8

Sangat tahu 59 48.4

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

49
Berdasarkan Jadual 4.6 berkenaan dengan soalan kedua iaitu

visi MADANI tidak sekadar merujuk ke masa lalu atau berpaksikan ideologi

tertentu, tetapi bertunjangkan sikap saling menghormati, serta visi masa

hadapan Malaysia yang dikongsi bersama. Dapatan kajian menunjukkan

seramai 55 orang responden bersamaan dengan 45.1 peratus memilih

sangat tahu dan seramai 29 orang responden bersamaan 23.8 peratus

memilih tahu. Seramai 10 orang responden bersamaan 8.2 peratus

memilih sangat tidak tahu dan seramai 19 orang responden bersamaan

15.6 peratus memilih tidak tahu. Manakala seramai 9 orang responden

bersamaan 7.4 peratus memilih tidak pasti.

Jadual 4.6: Kekerapan dan peratus: Visi MADANI tidak sekadar

merujuk ke masa lalu atau berpaksikan ideologi tertentu, tetapi

bertunjangkan sikap saling menghormati, serta visi masa hadapan

Malaysia yang dikongsi bersama

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 10 8.2

Tidak tahu 19 15.6

Tidak pasti 9 7.4

Tahu 29 23.8

Sangat tahu 55 45

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

50
Berdasarkan Jadual 4.7 berkenaan dengan soalan ketiga iaitu

pelaksanaan MADANI memerlukan pembabitan seluruh warganegara ke

dalam menjayakan dasar ini. Dapatan kajian menunjukkan seramai 59

orang responden bersamaan 48.4 peratus memilih sangat tahu dengan

soalan tersebut dan seramai 26 orang responden bersamaan dengan 21.3

peratus memilih tahu. Manakala seramai 9 orang responden bersamaan

7.4 peratus memilih sangat tidak tahu dan responden yang memilih tidak

tahu adalah seramai 20 orang responden bersamaan dengan 16.4

peratus. Seramai 8 orang responden bersamaan 6.6 peratus memilih tidak

pasti.

Jadual 4.7: Kekerapan dan peratus: Pelaksanaan MADANI

memerlukan pembabitan seluruh warganegara ke dalam

menjayakan dasar ini

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 9 7.4

Tidak tahu 20 16.4

Tidak pasti 8 6.6

Tahu 26 21.2

Sangat tahu 59 48.4

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

51
Berdasarkan Jadual 4.8 berkenaan dengan soalan yang

keempat iaitu fokus MADANI adalah pada nilai keMampanan,

kesejAhteraan, Daya cipta atau inovasi, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Dapatan kajian menunjukkan seramai 57 orang responden bersamaan

dengan 46.7 peratus memilih sangat tahu dan seramai 31 orang

responden bersamaan dengan 25.4 peratus memilih tahu. Seterusnya

seramai 10 orang responden bersamaan 8.2 peratus memilih sangat

tidak tahu dan seramai 16 orang responden bersamaan 13.1 peratus

memilih tidak tahu. Seramai 8 orang responden bersamaan 6.6 peratus

memilih tidak pasti.

Jadual 4.8: Kekerapan dan peratus: Fokus MADANI adalah pada

nilai keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta atau inovasi, hormAt,

keyakiNan dan Ihsan

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 10 8.2

Tidak tahu 16 13.1

Tidak pasti 8 6.6

Tahu 31 25.4

Sangat tahu 57 46.7

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

52
Berdasarkan Jadual 4.9 berkenaan dengan soalan yang kelima

iaitu nilai kemampanan dalam MADANI adalah satu agenda holistik dan

saling berkait antara satu sama lain. Dapatan kajian menunjukkan

seramai 56 orang responden bersamaan 45.9 peratus memilih sangat

tahu dan seramai 26 orang responden bersamaan 21.3 peratus memilih

tahu. Seterusnya seramai 10 orang responden bersamaan 8.2 peratus

memilih sangat tidak tahu dan seramai 19 orang responden bersamaan

15.6 peratus memilih tidak tahu. Seramai 11 orang responden

bersamaan 9 peratus memilih tidak pasti dengan soalan tersebut.

Jadual 4.9: Kekerapan dan peratus: Nilai kemampanan dalam

MADANI adalah satu agenda holistik dan saling berkait antara satu

sama lain

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 10 8.2

Tidak tahu 19 15.6

Tidak pasti 11 9

Tahu 26 21.3

Sangat tahu 56 45.9

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

53
Berdasarkan Jadual 4.10 berkenaan dengan soalan keenam

iaitu kemampanan dalam MADANI adalah suatu sistem bersepadu yang

menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja

malah menyentuh setiap sisi daripada kehidupan. Dapatan kajian

menunjukkan seramai 56 orang responden bersamaan 45.8 peratus

memilih sangat tahu dan seramai 28 orang responden bersamaan 23

peratus memilih tahu dengan soalan tersebut. Manakala seramai 8

orang responden bersamaan 6.6 peratus memilih sangat tidak tahu dan

seramai 16 orang responden bersamaan 13.1 peratus memilih tidak

tahu. Seramai 14 orang responden bersamaan 11.5 peratus memilih

tidak pasti dengan soalan berikut.

Jadual 4.10: Kekerapan dan peratus: Kemampanan dalam MADANI

adalah suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar

menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja malah menyentuh setiap

sisi daripada kehidupan

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 8 6.6

Tidak tahu 16 13.1

Tidak pasti 14 11.5

Tahu 28 23

Sangat tahu 56 45.8

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

54
Berdasarkan Jadual 4.11 pula menunjukkan dapatan untuk

soalan ketujuh iaitu visi Malaysia yang sejahtera adalah melalui

pertumbuhan ekonomi dan seimbang serta memperkasakan seluruh

rakyat tanpa diskriminasi. Dapatan kajian menunjukkan seramai 58

orang responden bersamaan 47.5 peratus memilih sangat tahu dan

seramai 26 orang responden bersamaan 21.3 peratus memilih tahu.

Manakala seramai 9 orang responden bersamaan 7.4 peratus memilih

sangat tidak tahu dan seramai 21 orang responden bersamaan 17.2

peratus memilih tidak tahu dengan soalan berikut. Seramai 8 orang

responden bersamaan 6.6 peratus memilih tidak pasti dengan soalan ini.

Jadual 4.11: Kekerapan dan peratus: Visi Malaysia yang sejahtera

adalah melalui pertumbuhan ekonomi dan seimbang serta

memperkasakan seluruh rakyat tanpa diskriminasi

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 9 7.4

Tidak tahu 21 17.2

Tidak pasti 8 6.6

Tahu 26 21.3

Sangat tahu 58 47.5

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

55
Berdasarkan Jadual 4.12 berkenaan dengan soalan kelapan

iaitu nilai daya cipta adalah untuk melahirkan generasi penerus demi

menghadapi pasaran kerja yang mencabar di mana kreativiti dan daya

cipta akan menjadi keperluan asas. Dapatan kajian menunjukkan

seramai 57 orang responden bersamaan dengan 46.7 peratus memilih

sangat tahu dan seramai 30 orang responden bersamaan dengan 24.6

peratus memilih tahu. Seterusnya seramai 10 orang responden

bersamaan 8.2 peratus memilih sangat tidak tahu dan seramai 16 orang

responden bersamaan 13.1 peratus memilih tidak tahu. Seramai 9 orang

responden bersamaan 7.4 peratus memilih tidak pasti dengan soalan

berikut.

Jadual 4.12: Kekerapan dan peratus: Nilai daya cipta adalah untuk

melahirkan generasi penerus demi menghadapi pasaran kerja yang

mencabar di mana kreativiti dan daya cipta akan menjadi keperluan

asas

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 10 8.2

Tidak tahu 16 13.1

Tidak pasti 9 7.4

Tahu 30 24.6

Sangat tahu 57 46.7

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

56
Berdasarkan Jadual 4.13 berkenaan dengan soalan

kesembilan iaitu nilai hormat adalah sangat penting dan agenda utama

dalam dasar MADANI. Dapatan kajian menunjukkan seramai 58 orang

responden bersamaan 47.5 peratus memilih sangat tahu dan seramai 30

orang responden bersamaan dengan 24.6 peratus memilih tahu.

Seterusnya seramai 8 orang responden bersamaan 6.6 peratus memilih

sangat tidak tahu dan seramai 16 orang responden bersamaan 13.1

peratus memilih tidak tahu. Seramai 10 orang responden bersamaan 8.2

peratus memilih tidak pasti.

Jadual 4.13: Kekerapan dan peratus: Nilai hormat adalah sangat

penting dan agenda utama dalam dasar MADANI

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 8 6.6

Tidak tahu 16 13.1

Tidak pasti 10 8.2

Tahu 30 24.6

Sangat tahu 58 47.5

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

57
Berdasarkan Jadual 4.14 berkenaan dengn soalan 10 iaitu

prinsip hormat dalam MADANI ialah menghormati tanpa mengira latar

belakang, setiap anggota masyarakat haruslah diperlakukan dengan

penuh bermaruah. Dapatan kajian menunjukkan seramai 57 orang

responden bersamaan 46.7 peratus memilih sangat tahu dan seramai 32

orang responden 26.2 peratus memilih tahu. Manakala seramai 9 orang

responden bersamaan 7.4 peratus memilih sangat tidak tahu dan

seramai 14 orang responden bersamaan 11.5 peratus memilih tidak

tahu. Seramai 10 orang responden bersamaan 8.2 peratus memilih tidak

pasti dengan soalan ini.

Jadual 4.14: Kekerapan dan peratus: Prinsip hormat dalam MADANI

ialah menghormati tanpa mengira latar belakang, setiap anggota

masyarakat haruslah diperlakukan dengan penuh bermaruah

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 9 7.4

Tidak tahu 14 11.5

Tidak pasti 10 8.2

Tahu 32 26.2

Sangat tahu 57 46.7

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

58
Berdasarkan jadual 4.15 berkenaan dengan soalan ke 11

iaitu nilai hormat MADANI ialah bebas daripada segala bentuk

gangguan, termasuklah dalam isu menghukum para pesalah. Dapatan

kajian menunjukkan seramai 58 orang responden bersamaan 47.5

peratus memilih sangat tahu dan seramai 28 orang responden

bersamaan dengan 23 peratus memilih tahu. Manakala seramai 8 orang

responden bersamaan 6.6 peratus memilih sangat tidak tahu dan

seramai 16 orang responden bersamaan 13.1 peratus memilih tidak

tahu. Seramai 12 orang responden bersamaan 9.8 peratus memilih tidak

pasti dengan soalan tersebut.

Jadual 4.15: Kekerapan dan peratus: Nilai hormat MADANI ialah

bebas daripada segala bentuk gangguan, termasuklah dalam isu

menghukum para pesalah

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 8 6.6

Tidak tahu 16 13.1

Tidak pasti 12 9.8

Tahu 28 23

Sangat tahu 58 47.5

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

59
Berdasarkan Jadual 4.16 berkenaan dengan soalan ke 12

iaitu keyakinan yang dibina oleh MADANI ini adalah secara menyeluruh

yang mencerminkan sikap bertanggungjawab yang menjalankan

amanah. Dapatan kajian menunjukkan seramai 58 orang responden

bersamaan 47.5 peratus memilih sangat tahu dan seramai 31 orang

responden bersamaan 25.4 peratus memilih tahu berkenaan dengan

soalan ini. Manakala seramai 8 orang responden bersamaan 6.6 peratus

memilih sangat tidak tahu dan seramai 12 orang responden bersamaan

9.8 peratus memilih tidak tahu. Seramai 13 orang responden bersamaan

dengan 10.7 peratus memilih tidak pasti dengan soalan berkenaan.

Jadual 4.16: Kekerapan dan peratus: Keyakinan yang dibina oleh

MADANI ini adalah secara menyeluruh yang mencerminkan sikap

bertanggungjawab yang menjalankan amanah

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 8 6.6

Tidak tahu 12 9.8

Tidak pasti 13 10.7

Tahu 31 25.4

Sangat tahu 58 47.5

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

60
Berdasarkan Jadual 4.17 berkenaan dengan soalan ke 13

iaitu keyakinan dalam MADANI adalah penting untuk dipelihara agar

tidak dikhianati. Dapatan kajian menunjukkan seramai 60 orang

responden bersamaan dengan 49.2 peratus memilih sangat tahu dan

seramai 28 orang responden bersamaan dengan 23 peratus memilih

tahu dengan soalan ini. Manakala seramai 9 orang responden

bersamaan 7.4 peratus memilih sangat tidak tahu dan seramai 14 orang

responden bersamaan 11.4 peratus memilih tidak tahu. Seramai 11

orang responden bersamaan dengan 9 peratus memilih tidak pasti.

Jadual 4.17: Kekerapan dan peratus: Keyakinan dalam MADANI

adalah penting untuk dipelihara agar tidak dikhianati

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 9 7.4

Tidak tahu 14 11.4

Tidak pasti 11 9

Tahu 28 23

Sangat tahu 60 49.2

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

61
Berdasarkan Jadual 4.18 berkenaan dengan soalan ke 14

iaitu membina masyarakat MADANI yang bersikap ihsan, peduli dan

kasih sayang juga harus diterapkan dalam hubungan kita dengan alam

sekitar dan masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan seramai 57 orang

responden bersamaan 46.7 peratus memilih sangat tahu dan seramai 30

orang responden bersamaan 24.6 peratus memilih tahu. Seterusnya

seramai 9 orang responden bersamaan 7.4 peratus memilih sangat tidak

tahu dan seramai 14 orang responden bersamaan 11.5 peratus memilih

tidak tahu. Seramai 12 orang responden bersamaan 9.8 peratus memilih

tidak pasti dengan soalan ini.

Jadual 4.18: Kekerapan dan peratus: Membina masyarakat MADANI

yang bersikap ihsan, peduli dan kasih sayang juga harus

diterapkan dalam hubungan kita dengan alam sekitar dan

masyarakat

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 9 7.4

Tidak tahu 14 11.5

Tidak pasti 12 9.8

Tahu 30 24.6

Sangat tahu 57 46.7

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

62
Berdasarkan Jadual 4.19 berkenaan dengan soalan ke 15

iaitu nilai ihsan juga membentuk masyarakat MADANI daripada tidak

melakukan penindasan dan penganiayaan terhadap masyarakat.

Dapatan kajian menunjukkan seramai 62 orang responden bersamaan

50.8 peratus memilih sangat tahu dan seramai 27 orang responden

bersamaan 22.2 peratus memilih tahu berkenaan dengan soalan ini.

Seterusnya seramai 9 orang responden bersamaan 7.4 peratus memilih

sangat tidak tahu dan seramai 12 orang responden bersamaan 9.8

peratus memilih tidak tahu. Seramai 12 orang responden bersamaan 9.8

peratus memilih tidak pasti dengan soalan ini.

Jadual 4.19: Kekerapan dan peratus: Nilai ihsan juga membentuk

masyarakat MADANI daripada tidak melakukan penindasan dan

penganiayaan terhadap masyarakat

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak tahu 9 7.4

Tidak tahu 12 9.8

Tidak pasti 12 9.8

Tahu 27 22.2

Sangat tahu 62 50.8

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

63
4.3.1.1 Analisis Nilai Median Tahap Kefahaman Mahasiswa Universiti Awam

Berkenaan Falsafah dan Kandungan Dasar MADANI.

Pada bahagian ini, pengkaji membincangkan dapatan kajian daripada

keseluruhan soalan yang terdapat dalam soal selidik bahagian B. Analisis

deskriptif nilai Median digunakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan

responden berkenaan falsafah dan kandungan dasar MADANI. Tujuan

analisis Median digunakan juga adalah bagi mencapai objektif kajian yang

pertama.

Berdasarkan Jadual 4.20 adalah dapatan kajian daripada analisis

Median yang dilakukan oleh pengkaji. Daripada keseluruhan 15 soalan yang

diberikan oleh pengkaji dalam soal selidik, analisis Median menunjukkan

responden banyak memilih skala 4 dan 5 bagi tahap kefahaman mahasiswa

universiti awam berkenaan falsafah dan kandungan dasar MADANI. Dapatan

juga menunjukkan kurang daripada 50 peratus responden memilih skala 5

dan menghasilkan median 4.0 sekaligus perkara ini menunjukkan tahap

kefahaman mereka berkenaan MADANI. Disamping itu, dapat dilihat skala 4

berada kedudukan kedua tertinggi selepas skala 5. Kesimpulan yang dapat

diberikan bagi tahap kefahaman mahasiswa berkenaan dasar MADANI

adalah berada pada tahap yang baik bersamaan dengan nilai Median 4.0.

Rujuk bab 3, Jadual 3.3 bagi melihat tahap pengetahuan nilai Median.

64
Jadual 4.20: Nilai Median Tahap Kefahaman Mahasiswaa Universiti Awam

Berkenaan Falsafah dan Kandungan Dasar MADANI.

Soalan tahap kefahaman responden Peratus (%) Median


MADANI merupakan dasar yang membentuk masyarakat 48.4 4.00
maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.
Visi MADANI tidak sekadar merujuk ke masa lalu atau 45.1 4.00
berpaksikan ideologi tertentu, tetapi bertunjangkan sikap
saling menghormati, serta visi masa hadapan Malaysia
yang dikongsi bersama.
Pelaksanaan MADANI memerlukan pembabitan seluruh 48.4 4.00
warganegara ke dalam menjayakan dasar ini.
Fokus MADANI adalah pada nilai keMampanan, 46.7 4.00
kesejAhteraan, Daya cipta atau inovasi, hormAt,
keyakiNan dan Ihsan.
Nilai kemampanan dalam MADANI adalah satu agenda 45.9 4.00
holistik dan saling berkait antara satu sama lain.
Kemampanan dalam MADANI adalah suatu sistem 45.8 4.00
bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh
aspek-aspek tertentu sahaja malah menyentuh setiap sisi
daripada kehidupan.
Visi Malaysia yang sejahtera adalah melalui pertumbuhan 47.5 4.00
ekonomi dan seimbang serta memperkasakan seluruh
rakyat tanpa diskriminasi.
Nilai daya cipta adalah untuk melahirkan generasi penerus 46.7 4.00
demi menghadapi pasaran kerja yang mencabar di mana
kreativiti dan daya cipta akan menjadi keperluan asas.
Nilai hormat adalah sangat penting dan agenda utama
dalam dasar MADANI. 47.5 4.00
Prinsip hormat dalam MADANI ialah menghormati tanpa
mengira latar belakang, setiap anggota masyarakat 46.7 4.00
haruslah diperlakukan dengan penuh bermaruah.
Nilai hormat MADANI ialah bebas daripada segala bentuk
gangguan, termasuklah dalam isu menghukum para 47.5 4.00
pesalah.
Keyakinan yang dibina oleh MADANI ini adalah secara

65
menyeluruh yang mencerminkan sikap bertanggungjawab 47.5 4.00
yang menjalankan amanah.
Keyakinan dalam MADANI adalah penting untuk
dipelihara agar tidak dikhianati. 49.2 4.00
Membina masyarakat MADANI yang bersikap ihsan,
peduli dan kasih sayang juga harus diterapkan dalam 46.7 4.00
hubungan kita dengan alam sekitar dan masyarakat.
Nilai ihsan juga membentuk masyarakat MADANI
daripada tidak melakukan penindasan dan penganiayaan 50.8 5.00
terhadap masyarakat.
Sumber: Data Lapangan 2023

66
4.3.2 Analisis Kekerapan dan Peratus Tahap Kesediaan Mahasiswa

Universiti Awam Berkenaan Pelaksanaan Dasar MADANI.

Dalam bahagian ini, pengkaji membincangkan dapatan kajian daripada

soalan yang terdapat dalam soal selidik bahagian C iaitu berkaitan

dengan tahap kesediaan responden mengenai pelaksanaan dasar

MADANI. Dalam pilihan jawapan yang disediakan oleh pengkaji adalah

skala likert lima iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju

dan sangat setuju. Responden bebas memilih jawapan yang sesuai

dengan tahap kesediaan mereka berkenaan dengan dasar MADANI.

Berdasarkan Jadual 4.21 berkenaan dengan soalan yang

pertama iaitu aspek kemampanan adalah sangat penting dalam

ekonomi dan kewangan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 61

orang responden bersamaan dengan 50 peratus memilih sangat setuju

dan seramai 43 orang responden bersamaan 35.2 peratus memilih

setuju. Manakala seramai 3 orang responden bersamaan dengan 2.5

peratus memilih sangat tidak setuju dan seramai 4 orang responden

bersamaan 3.3 peratus memilih tidak setuju. Seramai 11 orang

responden bersamaan 9 peratus memilih tidak pasti dengan soalan

berikut.

67
Jadual 4.21: Kekerapan dan peratus: Aspek kemampanan adalah

sangat penting dalam ekonomi dan kewangan

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 3 2.5

Tidak setuju 4 3.3

Tidak setuju 11 9

Setuju 43 35.2

Sangat setuju 61 50

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.22 berkenaan dengan soalan kedua

iaitu memansuhkan konsesi cukai dan insentif tidak sihat kepada

syarikat perniagaan dan perusahaan merupakan inisiatif kemampanan

dalam ekonomi dan kewangan. Dapatan kajian menunjukkan seramai

59 orang responden bersamaan 48.4 peratus memilih sangat setuju

dan seramai 47 orang responden bersamaan 38.5 peratus memilih

setuju. Seterusnya seramai 12 orang responden bersamaan 9.8

peratus memilih tidak pasti dan seramai 4 orang responden bersamaan

3.3 peratus memilih tidak setuju. Manakala tidak ada responden yang

memilih sangat tidak setuju.

68
Jadual 4.22: Kekerapan dan peratus: Memansuhkan konsesi cukai

dan insentif tidak sihat kepada syarikat perniagaan dan

perusahaan merupakan inisiatif kemampanan dalam ekonomi dan

kewangan

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 4 3.3

Tidak setuju 12 9.8

Setuju 47 38.5

Sangat setuju 59 48.4

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.23 berkenaan dengan soalan ketiga

iaitu tidak mempamerkan sikap kepedulian terhadap rakyat dan alam

semula jadi boleh menganggu nilai kemampanan dalam gagasan

Malaysia MADANI. Dapatan kajian menunjukkan seramai 61 orang

responden bersamaan 50 peratus memilih sangat setuju dan seramai

43 orang responden bersamaan 35.2 peratus memilih setuju.

Seterusnya seramai 16 orang responden bersamaan 13.2 peratus

memilih tidak pasti dan seramai 2 orang responden bersamaan 1.6

peratus memilih tidak setuju. Manakala tidak ada responden yang

memilih sangat tidak setuju dengan soalan berikut.

69
Jadual 4.23: Kekerapan dan peratus: Tidak mempamerkan sikap

kepedulian terhadap rakyat dan alam semula jadi boleh

menganggu nilai kemampanan dalam gagasan Malaysia MADANI

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 16 13.2

Setuju 43 35.2

Sangat setuju 61 50

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.24 berkenaan dengan soalan keempat

iaitu nilai sejahteraan dalam ekonomi dan kewangan tidak dicapai

melalui menabur duit. Dapatan kajian menunjukkan seramai 58 orang

responden bersamaan 47.5 peratus memilih sangat setuju dan seramai

45 orang responden bersamaan 36.9 peratus memilih setuju.

Seterusnya bagi responden yang memilih tidak setuju dan sangat tidak

setuju masing-masing seramai 2 orang responden bersamaan dengan

1.6 peratus. Manakala seramai 15 orang responden bersamaan 12.4

peratus memilih tidak pasti dengan soalan berikut.

70
Jadual 4.24: Kekerapan dan peratus: Nilai sejahteraan dalam

ekonomi dan kewangan tidak dicapai melalui menabur duit

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 15 12.4

Setuju 45 36.9

Sangat setuju 58 47.5

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.25 berkenaan dengan soalan kelima

iaitu pemansuhan kutipan tol dan PTPTN untuk golongan B40 adalah

salah satu inisiatif untuk kesjahteraan masyarakat. Dapatan kajian

menunjukkan seramai 63 orang responden bersamaan 51.6 peratus

memilih sangat setuju dan seramai 37 orang responden bersamaan

30.4 peratus memilih setuju. Seterusnya seorang responden memilih

sangat tidak setuju bersamaan dengan 0.8 peratus dan seramai 2

orang responden bersamaan 1.6 peratus memilih tidak setuju.

Manakala seramai 19 orang responden bersamaan 15.6 peratus

memilih tidak pasti dengan soalan berikut.

71
Jadual 4.25: Kekerapan dan peratus: Pemansuhan kutipan tol dan

PTPTN untuk golongan B40 adalah salah satu inisiatif untuk

kesejahteraan masyarakat

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 1 0.8

Tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 19 15.6

Setuju 37 30.4

Sangat setuju 63 51.6

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.26 berkenaan dengan soalan keenam

iaitu institusi di Malaysia harus menjadi teladan buat penerapan daya

cipta yang berpiawai kepada rakyat. Dapatan kajian menunjukkan

seramai 60 orang responden bersamaan 49.3 peratus memilih sangat

setuju dan seramai 43 orang responden bersamaan 35.2 peratus

memilih setuju dengan soalan berikut. Seramai 17 orang responden

bersamaan 13.9 peratus memilih tidak pasti dan seramai 2 orang

responden bersamaan 1.6 peratus memilih tidak setuju. Tidak ada

responden yang memilih sangat tidak setuju dengan soalan ini.

72
Jadual 4.26: Kekerapan dan peratus: Institusi di Malaysia harus

menjadi teladan buat penerapan daya cipta yang berpiawai kepada

rakyat

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 17 13.9

Setuju 43 35.2

Sangat setuju 60 49.3

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.27 berkenaan dengan soalan ketujuh

iaitu institusi di Malaysia perlu mewujudkan pusat dan prakarsa daya

cipta untuk digerakkan oleh anak-anak muda. Dapatan kajian

menunjukkan seramai 62 orang responden bersamaan 50.8 peratus

memilih sangat setuju dan seramai 38 orang responden bersamaan

31.1 peratus memilih setuju. Seterusnya seramai 19 orang responden

bersamaan 15.6 peratus memilih tidak pasti dan seramai 3 orang

responden bersamaan 2.5 peratus memilih tidak setuju. Tidak ada

responden yang memilih sangat tidak setuju dengan soalan berikut.

73
Jadual 4.27: Kekerapan dan peratus: Institusi di Malaysia perlu

mewujudkan pusat dan prakarsa daya cipta untuk digerakkan oleh

anak-anak muda

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 3 2.5

Tidak setuju 19 15.6

Setuju 38 31.1

Sangat setuju 62 50.8

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.28 berkenaan dengan soalan kelapan

iaitu pendekatan yang lebih inovatif di peringkat pengajian tinggi

dengan mewujudkan suatu ijazah antara bidang dengan tumpuan

khusus daya cipta. Dapatan kajian menunjukkan seramai 61 orang

responden bersamaan 50 peratus memilih sangat setuju dan seramai

39 orang responden bersamaan 32 peratus memilih setuju. Manakala

seramai 20 orang responden bersamaan 16.4 peratus memilih tidak

pasti dan seramai 2 orang responden bersamaan 1.6 peratus memilih

tidak setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju

dengan soalan ini.

74
Jadual 4.28: Kekerapan dan peratus: Pendekatan yang lebih

inovatif di peringkat pengajian tinggi dengan mewujudkan suatu

ijazah antara bidang dengan tumpuan khusus daya cipta

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 20 16.4

Setuju 39 32

Sangat setuju 61 50

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.29 berkenaan dengan soalan

kesembilan iaitu melibatkan masyarakat sivil, media sosial dan media

arus perdana dalam mempromosikan nilai hormat. Dapatan kajian

menunjukkan 62 orang responden bersamaan 50.8 peratus memilih

sangat setuju dan seramai 37 orang responden bersamaan 30.3

peratus memilih setuju. Seterusnya seorang responden bersamaan

dengan 0.8 peratus memilih sangat tidak setuju dan seramai 4 orang

responden bersamaan 3.3 peratus memilih tidak setuju dengan

soalan ini. Manakala 18 orang responden bersamaan 14.8 peratus

memilih tidak pasti.

75
Jadual 4.29: Kekerapan dan peratus: Melibatkan masyarakat

sivil, media sosial dan media arus perdana dalam

mempromosikan nilai hormat

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 1 0.8

Tidak setuju 4 3.3

Tidak setuju 18 14.8

Setuju 37 30.3

Sangat setuju 62 50.8

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.30 berkenaan dengan soalan 10 iaitu

masyarakat perlu berperanan melaksanakan tugas untuk membawa

agenda budaya hormat sebagai alat penyatu dan jambatan kepada

kemajmukan agama, bangsa dan budaya. Dapatan kajian

menunjukkan 56 orang responden bersamaan dengan 46 peratus

memilih sangat setuju dan seramai 45 orang responden bersamaan

36.9 peratus memilih setuju. Bagi skala sangat tidak setuju dan tidak

setuju, masing-masing seramai 2 orang responden bersamaan 1.6

peratus. Manakala seramai 17 orang responden bersamaan 13.9

peratus memilih tidak pasti dengan soalan berikut.

76
Jadual 4.30: Kekerapan dan peratus: Masyarakat perlu

berperanan melaksanakan tugas untuk membawa agenda budaya

hormat sebagai alat penyatu dan jambatan kepada kemajmukan

agama, bangsa dan budaya

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 17 13.9

Setuju 45 36.9

Sangat setuju 56 46

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.31 berkenaan dengan soalan ke 11

iaitu dasar keyakinan haruslah tertumpu kepada rakyat dan kerajaan.

Dapatan kajian menunjukkan seramai 65 orang responden

bersamaan 53.3 peratus memilih sangat setuju dan seramai 33 orang

responden bersamaan 27 peratus memilih setuju. Seorang responden

bersamaan 0.8 peratus memilih sangat tidak setuju dan seramai 3

orang responden bersamaan 2.5 peratus memilih tidak setuju.

Manakala seramai 20 orang responden bersamaan 16.4 peratus

memilih tidak pasti dengan soalan ini.

77
Jadual 4.31: Kekerapan dan peratus: Dasar keyakinan haruslah

tertumpu kepada rakyat dan kerajaan

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 1 0.8

Tidak setuju 3 2.5

Tidak setuju 20 16.4

Setuju 33 27

Sangat setuju 65 53.3

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.32 berkenaan dengan soalan ke 12

iaitu nilai keyakinan perlu tertumpu lebih utama kepada mereka yang

mewakili hasrat rakyat di peringkat negeri dan kebangsaan, pimpinan

masyarakat tempatan, dan juga masyarakat bandar dan pedalaman.

Dapatan kajian menunjukkan 58 orang responden bersamaan 47.5

peratus memilih sangat setuju dan seramai 40 orang responden

bersamaan 32.8 peratus memilih setuju. Seramai 20 orang responden

bersamaan 16.4 peratus memilih tidak pasti dengan soalan ini.

Manakala seorang responden bersamaan 0.8 peratus memilih sangat

tidak setuju dan seramai 3 orang responden bersamaan 2.5 peratus

memilih tidak setuju.

78
Jadual 4.32: Kekerapan dan peratus: Nilai keyakinan perlu

tertumpu lebih utama kepada mereka yang mewakili hasrat

rakyat di peringkat negeri dan kebangsaan, pimpinan masyarakat

tempatan, dan juga masyarakat bandar dan pedalaman

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 1 0.8

Tidak setuju 3 2.5

Tidak setuju 20 16.4

Setuju 40 32.8

Sangat setuju 58 47.5

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.33 berkenaan dengan soalan ke 13

iaitu kerajaan harus merangka program yang radikal untuk

menyelesaikan kemelut hutang di Malaysia dengan kerjasama Bank

Negara dan institusi penting kewangan negara. Dapatan kajian

menunjukkan seramai 63 orang responden bersamaan 51.6 peratus

memilih sangat setuju dan seramai 36 orang responden bersamaan

29.6 peratus memilih setuju. Seterusnya, seorang responden

bersamaan 0.8 peratus memilih sangat tidak setuju dan seramai 2

orang responden bersamaan 1.6 peratus memilih tidak setuju.

Manakala 20 orang responden bersamaan 16.4 peratus memilih tidak

pasti dengan soalan berikut.

79
Jadual 4.33: Kekerapan dan peratus: Kerajaan harus merangka

program yang radikal untuk menyelesaikan kemelut hutang di

Malaysia dengan kerjasama Bank Negara dan institusi penting

kewangan negara

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 1 0.8

Tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 20 16.4

Setuju 36 29.6

Sangat setuju 63 51.6

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.34 berkenaan dengan soalan ke 14

iaitu kerajaan harus mempromosikan perkhidmatan kesihatan secara

sukarela tanpa bermotifkan keuntungan. Dapatan kajian menunjukkan

seramai 63 orang responden bersamaan 51.6 peratus memilih sangat

setuju dan seramai 35 orang responden bersamaan 28.8 peratus

memilih setuju. Seramai 22 orang responden bersamaan 18 peratus

memilih tidak pasti dan seramai 2 orang responden bersamaan 1.6

peratus memilih tidak setuju dengan soalan ini. Tiada responden yang

memilih sangat tidak setuju dengan soalan berikut.

80
Jadual 4.34: Kekerapan dan peratus: Kerajaan harus

mempromosikan perkhidmatan kesihatan secara sukarela tanpa

bermotifkan keuntungan

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 2 1.6

Tidak setuju 22 18

Setuju 35 28.8

Sangat setuju 63 51.6

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

Berdasarkan Jadual 4.35 berkenaan dengan soalan ke 15

iaitu sebuah penjagaan dengan penuh ihsan secara percuma atau

potongan harga kepada inidividu yang layak perlu

diwujudkan. Dapatan menunjukkan seramai 63 orang responden

bersamaan 51.6 peratus memilih sangat setuju dan seramai 35 orang

responden bersamaan dengan 28.7 peratus memilih setuju. Seorang

responden bersamaan 0.8 peratus memilih sangat tidak setuju dan

seramai 3 orang responden bersamaan 2.5 peratus memilih tidak

setuju dengan soalan ini. Manakala seramai 20 orang responden

bersamaan 16.4 peratus memilih tidak pasti dengan soalan berikut.

81
Jadual 4.35: Kekerapan dan peratus: Sebuah penjagaan dengan

penuh ihsan secara percuma atau potongan harga kepada

inidividu yang layak perlu diwujudkan

Petunjuk Skala Kekerapan (n=122) Peratus (%)

Sangat tidak setuju 1 0.8

Tidak setuju 3 2.5

Tidak setuju 20 16.4

Setuju 35 28.7

Sangat setuju 63 51.6

Jumlah 122 100.0

Sumber: Data Lapangan 2023

4.3.2.1 Analisis Nilai Median Tahap Kesediaan Mahasiswa Universiti

Awam Berkenaan Pelaksanaan Dasar MADANI.

Pada bahagian ini, pengkaji membincangkan dapatan kajian daripada

keseluruhan soalan yang terdapat dalam soal selidik bahagian C.

Analisis deskriptif nilai Median digunakan untuk mengenalpasti tahap

kesediaan mahasiswa universiti awam berkenaan pelaksanaan dasar

MADANI. Tujuan analisis Median digunakan juga adalah bagi

mencapai objektif kajian yang kedua.

82
Berdasarkan Jadual 4.36 adalah dapatan kajian daripada

analisis nilai Median yang dilakukan oleh pengkaji. Daripada

keseluruhan 15 soalan yang diberikan oleh pengkaji dalam soal

selidik, analisis nilai Media menunjukkan responden cenderung

memilih skala 5 bagi tahap kesediaan berkenaan pelaksanaan dasar

MADANI. Dapatan juga menunjukkan lebih daripada 50 peratus

responden memilih skala 5 dan menghasilkan nilai Median 5.00

sekaligus ianya menunjukkan tahap kesediaan responden berkenaan

pelaksanaan dasar MADANI. Oleh yang demikian, kesimpulan yang

dapat diberikan oleh pengkaji bagi tahap kesediaan responden

berkenaan pelaksanaan dasar MADANI adalah berada pada tahap

yang sangat baik bersamaan dengan nilai Median 5.00. Rujuk bab 3,

jadual 3.4 bagi melihat tahap kesediaan nilai Median.

Jadual 4.36: Nilai Median tahap kesediaan mahasiswa universiti awam

berkenaan pelaksanaan dasar MADANI

Soalan tahap kefahaman responden Peratus (%) Median


Aspek kemampanan adalah sangat penting dalam ekonomi 50 4.50
dan kewangan.
Memansuhkan konsesi cukai dan insentif tidak sihat kepada 48.4 4.00
syarikat perniagaan dan perusahaan merupakan inisiatif
kemampanan dalam ekonomi dan kewangan.
Tidak mempamerkan sikap kepedulian terhadap rakyat dan 50 4.50
alam semula jadi boleh menganggu nilai kemampanan
dalam gagasan Malaysia MADANI.
Nilai sejahteraan dalam ekonomi dan kewangan tidak 47.5 4.00
dicapai melalui menabur duit.
Pemansuhan kutipan tol dan PTPTN untuk golongan B40 51.6 5.00
adalah salah satu inisiatif untuk kesjahteraan masyarakat.

83
Institusi di Malaysia harus menjadi teladan buat penerapan 49.3 4.00
daya cipta yang berpiawai kepada rakyat.
Institusi di Malaysia perlu mewujudkan pusat dan prakarsa 50.8 5.00
daya cipta untuk digerakkan oleh anak-anak muda.
Pendekatan yang lebih inovatif di peringkat pengajian tinggi 50 4.50
dengan mewujudkan suatu ijazah antara bidang dengan
tumpuan khusus daya cipta.
Melibatkan masyarakat sivil, media sosial dan media arus 50.8 5.00
perdana dalam mempromosikan nilai hormat.
Masyarakat perlu berperanan melaksanakan tugas untuk 46 4.00
membawa agenda budaya hormat sebagai alat penyatu dan
jambatan kepada kemajmukan agama, bangsa dan budaya.
Dasar keyakinan haruslah tertumpu kepada rakyat dan 53.3 5.00
kerajaan.
Nilai keyakinan perlu tertumpu lebih utama kepada mereka 47.5 4.00
yang mewakili hasrat rakyat di peringkat negeri dan
kebangsaan, pimpinan masyarakat tempatan, dan juga
masyarakat bandar dan pedalaman.
Kerajaan harus merangka program yang radikal untuk 51.6 5.00
menyelesaikan kemelut hutang di Malaysia dengan
kerjasama Bank Negara dan institusi penting kewangan
negara.
Kerajaan harus mempromosikan perkhidmatan kesihatan 51.6 5.00
secara sukarela tanpa bermotifkan keuntungan.
Sebuah penjagaan dengan penuh ihsan secara percuma 51.6 5.00
atau potongan harga kepada inidividu yang layak perlu
diwujudkan.
Sumber: Data Lapangan 2023

84
4.3.3 Analisis Tahap Menghuraikan Masalah yang Dihadapi Dalam

Pelaksanaan Gagasan MADANI Pada Pandangan Mahasiswa

Universiti Awam.

Pada bahagian ini, pengkaji melakukan analisis bagi mengetahui

tahap menghuraikan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan

gagasan MADANI pada pandangan mahasiswa universiti awam.

Setiap soalan di analisis melalui kekerapan jawapan yang dinyatakan

oleh responden. Pengkaji juga melakukan analisis bagi setiap soalan

yang terdapat dalam soal selidik bagi mengenalpasti tahap

menghuraikan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan gagasan

MADANI pada pandangan mahasiswa universiti awam.

Berkenaan dengan soalan pertama iaitu apakah yang anda

faham berkenaan dengan kemampanan? Dapatan kajian

menunjukkan mahasiswa cenderung menyatakan konsep mampan

ialah mengekalkan atau sesuatu yang berkekalan. Seterusnya

mahasiswa juga menyatakan konsep mampan ialah memenuhi

keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan

datang melakukan perkara yang sama. Responden juga menyatakan

mampan ialah membangunkan sesuatu untuk kelangsungan hidup ia

juga merupakan ketahanan dan kekukuhan dari pelbagai aspek.

Mengikut fahaman responden berkenaan kemampanan ialah

kemajuan mutu kehidupan bangsa dalam acuan yang seimbang

antara manusia dan alam, bernuasakan citra Malaysia yang unik.

Terdapat juga responden yang berfahaman mampan ialah maju dari

85
segi ekonomi dan kesejahteraan hidup. Terdapat juga responden

menyatakan mampan ialah pencapaian yang baik atau prestasi yang

baik. Akhir sekali ialah fahaman responden berkenaan mampan ialah

kebolehan dalam mencapai atau untuk mencegah atau membuat

sesuatu.

Seterusnya berkenaan dengan soalan kedua iaitu sebagai

seorang mahasiswa, apakah pendapat anda berkenaan dengan

kerumitan yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara

yang mampan? Dapatan kajian menunjukkan responden

berpendapatan kerumitan yang dihadapi ialah kefahaman masyarakat

dalam membentuk dasar kerajaan. Selain itu responden juga

berpendapat ketidakstabilan politik atau sistem pentadbiran yang

stabil juga menjadi kerumitan yang dihadapi Malaysia. Kerumitan lain

yang dihadapi kerajaan menurut mahasiswa dalam menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara yang mampan adalah dari segi

ekonomi. Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh

dari segi ekonomi memerlukan beberapa syarat. Yang pertama

adalah kestabilan politik. Pada awal tahun 2023, Malaysia telah diuji

dengan cabaran paling besar iaitu dalam mengemudi ekonomi negara

dalam keadaan ekonomi global yang dijangka lembap dan menyusun

semula ekonomi negara untuk menyelesaikan masalah dan kekangan

seperti hutang negara. Bukan itu sahaja, sikap juga merupakan salah

satu kerumitan atau cabaran dalam menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara mampan kerana masyarakat Malaysia sering

menjadikan budaya luar sebagai kebiasaan manakalaa budaya kita

yang majmuk sering di pinggirkan. Mahasiswa juga berpendapat

86
kerumitan yang dihadapi negara ialah Malaysia terlalu bergantung

dengan negara-negara luar atau negara sekeliling serta persaingan

negara dalam berkembang maju dengan negara-negara berhampiran.

Soalan ketiga ialah berkenaan apakah ancaman yang boleh

menganggu kesejahteraan rakyat? Dapatan kajian menunjukkan

ancaman yang paling tinggi dan menjadi tarikan buat mahasiswa atau

rakyat Malaysia sendiri ialah berkenaan dengan perpaduan

masyarakat, perpecahan kaum dan apa apa berkaitan dengan isu

perkauman. Selain itu, rasuah atau jenayah juga menjadi ancaman

kepada kesejahteraan rakyat begitu juga dengan ketidakstabilan

politik. Bukan itu sahaja, kadar inflasi yang tinggi yang mengugat

kadar kuasa beli pengguna dan menjana pendapatan atau ekonomi

dan kos sara hidup yang semakin tinggi tanpa tindakan kerajaan juga

menjadi ancaman kepada kesejahteraan negara. Malah

kebergantungan terhadap teeknologi yang sangat kerap dan semakin

meningkat juga menjadi ancaman kepada kesejahteraan negara.

Responden juga menyatakan pengaruh ideologi yang bertentangan

dengan amalan dan norma yang dibawa masuk ke Malaysia seperti

sekularisme, feminisme dan sebagainya juga menjadi ancaman

kepada kesejahteraan rakyat.

Soalan keempat berkenaan dengan apakah cabaran dalam

membangunkan daya cipta pada masa hadapan? Dapatan kajian

menunjukkan responden banyak berpendapat wujud pelbagai

teknologi yang baharu menjadi cabaran dalam membangunkan daya

87
cipta pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, remaja yang kurang

berdaya saing juga menjadi cabaran dalam membangunkan daya

cipta pada masa hadapan. Kebergantungan manusia terhadap

teknologi seperti dalam sektor pembinaan dan perkilangan

menunjukkan tenaga manusia sudah semakin berkurangan dan tidak

diperlukan. Selain itu, kurang dukungan dari pelbagai sudut juga serta

perlu bersaing dalam kalangan individu yang bijak pandai juga

menjadi cabaran dalam membangunkan daya cipta pada masa

hadapan. Bukan itu sahaja, pengadaptasian masyarakat terhadap

penggunaan teknologi yang semakin lama semakin maju dalam dunia

pekerjaan juga menjadi cabaran dala membangunkan daya cipta

pada masa hadapan. Cabaran lain dalam membangunkan daya cipta

pada masa hadapan menurut mahasiswa ialah kurang mendapat

sambutan dalam kalangan remaja.

Soalan kelima ialah berkenaan apakah langkah yang harus

dilakukan bagi menghalang masalah daripada menganggu

pelaksanaan dasar hormat di Malaysia? Dapatan kajian menunjukkan

responden menyatakan langkah yang perlu di ambil dalam

menghalang masalah daripada menganggu pelaksanaan dasr hormat

ialah mewujudkan undang-undang dan peraturan berkenaan dengan

nilai hormat. Bukan itu sahaja, kerjasama, perpaduan, bersatu padu

serta nilai hirmat merupakan teras utamaa dalam menjayakan

matlamat masyarakat madani yang dilaungkan oleh kerajaan. Dalam

mencapai pelaksaaan dasar ini memerlukan kerjasama daripada

pelbagai pihak iaitu NGO, badan-badan korporat dan masyarakat

terutamanya dalam mengamalkan sikap hormat menghormati dalam

88
masyarakat. Kerajaan merupakan entity utama dalam melaksnakan

dasar dan usaha untuk menyampaikan kepada rakyat. Justeru itu,

kita sebagai rakyat harus memberikan kerjasama dan sokongan

usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan negara dalam

keadaan stabil dan terus berkembang maju. Seterusnya, langkah

yang dapaat diambil dalam menjayakan nilai hormat dalam dasar itu

ialah melalui pendidikan. Menurut responden, pendidikan adalah

langkah untuk mendidik masyarakat dari akar umbi. Hal ini bagi

menerapkan nilai hormat dalam diri masyarakat.

Berdasarkan soalan keenam berkenaan dengan apakah

permasalahan kerajaan yang dihadapi sehingga menggugat

keyakinan rakyat? Dapatan kajian menunjukkan responden

menyatakan sistem pentadbiran yang tidak sistematik adalah

permasalahan kerajaan yang mampu mengugat keyakinan rakyat.

Bukan itu sahaja, cara bagaimana kerajaan mahukan atau sampaikan

matlamat dan hala tuju pemerintahan kerajaan juga boleh menjadi

permasalahan kerajaan sehingga mengugat keyakinan rakyat. Malah

tindakan kerajaan dalam melakukan sesuatu keputusan terhadap isu-

isu sensitif juga boleh menjadi permasalahan kerajaan sehingga

mampu mengugat keyakinan rakyat.

Soalan yang terakhir ialah soalan yang ketujuh berkenaan

dengan apakah halangan yang dihadapi oleh masyarakat dalam

pelaksanaan dasar ihsan? Dapatan kajian menunjukkan pengaruh

negatif dari luar atau dalam media sosial boleh menghalang

89
masyarakat dalam melaksanakan atau menjayakan dasar ihsan.

Bukan itu sahaja, sikap pentingkan diri, sikap individualistik juga

boleh menghalang daripada kejayaan prinsip ihsan dalam madani.

Dasar kewangan juga berkaitan cukai di negara yang yang

menjadikan elit penguasa menjadi lebih kaya dengan mengambil

kesempatan atas derita rakyat merupakan penghalang kepada

pelaksanaan dasar ihsan. Namun apa yang paling penting, menurut

responden halangan yang dihadapi oleh masyarakat dalam

pelaksanaan dasar ihsan ialah tahap pengetahuan yang kurang

terhadap dasar yang dilaksanakan termasuk konsep ihsan itu sendiri.

4.4 Penutup

Secara kesimpulannya, kesemua dapatan kajian yang telah diperolehi dalam

kajian ini telah dimuatkan dalam bab ini yang merangkumi tahap kefahaman

berkenaan falsafah dan kandungan dasar MADANI dan tahap kesediaan

mahasiswa universiti berkenaan pelaksanaan dasar MADANI dan juga

kemampuan menghuraikan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan

MADANI pandangan mahasiswa universiti awam. Jadual-jadual telah dibina

berserta huraian dalam menerangkan dapatan kajian. Dapatan juga

menunjukkan tahap kefahaman mahasiswa universiti awam berkenaan

dengan falsafah dan kandungan dasar MADANI berada pada tahap yang baik.

Seterusnya, melalui dapatan kajian juga menunjukkan tahap kesediaan

mahasiswa universiti awam berkenaan pelaksanaan dasar MADANI berada

pada tahap yang sangat baik. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa universiti

90
awam tahun akhir bagi Fakulti Sains Kemanusiaan, Jabatan Pengajian

Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan mempunyai tahap kefahaman dan

kesediaan yang sangat baik berkenaan dengan dasar MADANI.

Manakala menyentuh berkenaan dengan menghuraikan masalah yang

dihadapi dalam pelaksanaan gagasan MADANI pandangan mahasiswa universiti

awam adalah menunjukkan bahawa mahasiswa tahun akhir mempunyai

pengetahuan dan mampu menghuraikan masalah yang dihadapi dalam

pelaksanaan dasar MADANI. Hal ini kerana, dapatan analisis kajian menunjukkan

beberapa soalan yang diutarakan oleh pengkaji berkenaan masalah yang

dihadapi dalam pelaksanaan dasar MADANI menunjukkan responden atau

mahasiswa mampu menghuraikan masalah berkenaan dengan dasar tersebut.

Ini menunjukkan bahawa mahasiswa tahun akhir mampu menghuraikan masalah

yang dihadapi dalam pelaksanaan gagasan MADANI.

91
BAB 5

RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan keseluruhan kajian yang dijalankan oleh

pengkaji bagi mencapai objektif kajian. pengkaji juga membahagikan bab ini

kepada tiga bahagian yang merangkumi dapatan utama kajian atau rumusan

dapatan kajian, cadangan dan kajian lanjutan dan rumusan keseluruhan.

Dapatan utama kajian yang terlibat dalam kajian ini turut akan dibincangkan

yang merangkumi ketiga-tiga dapatan kajian utama dalam kajian ini. Bahagian

cadangan dan kajian lanjutan pula, pengkaji akan menerangkan beberapa

tajuk kajian yang boleh dijalankan bagi meneruskan serta memperbaiki lagi

berkaitan kajian ini dan diakhir sekali pengkaji akan membuat rumusan pada

bahagian bab ini.

92
5.2 Rumusan Kajian

Setelah menganalisis semua data-data yang diperolehi, pengkaji dapat

mencapai tiga objektif utama yang terdapat dalam kajian ini antaranya ialah

mengenalpasti tahap kefahaman mahasiswa universiti awam berkenaan

falsafah dan kandungan dasar MADANI, menerangkan kesediaan mahasiswa

universiti awam berkenaan pelaksanaan dasar MADANI dan menghuraikan

masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan gagasan MADANI pada

pandangan mahasiswa universiti awam.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahamaan mahasiswa

universiti awam berkenaan falsafah dan kandungan dasar MADANI adalah

pada tahap yang baik. Tambahan pula, ini dapat dibuktikan melalui analisis

nilai median yang telah dilakukan oleh pengkaji dengan mengemukakan

beberapa soalan yang boleh menjawab serta mengukur mengenai tahap

kefahaman mahasiswa universiti awam berkenaan falsafah dan kandungan

dasar MADANI (sila rujuk Jadual 4.20). Ini juga menunjukkan bahawa

mahasiswa universiti awam adalah sentiasa peka dan mengambil tahu

berkenaan dengan kandaung-kandungan yang terdapat dalam dasar negara

terutama dasar terkini iaitu MADANI. Sikap kepekaan mahasiswa ini

memberikan sedikit sebanyak kefahaman berkenaan dengan dasar MADANI.

Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap kesediaan

mahasiswa universiti awam berkenaan pelaksanaan dasar MADANI adalah

93
berada pada tahap yang sangat baik. Perkara ini dapat dibuktikan dengan

hasil analisis kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji, dimana pengkaji

menggunakan analisis median dalam menerangkan kesediaan mahasiswa

universiti awam berkenaan pelaksanaan dasar MADANI ( sila rujuk Jadual

4.36 ). Oleh yang demikian, mahasiswa universiti awam ini mempunyai tahap

kesediaan yang sangat baik terhadap pelaksanaan dasar MADANI dan hal ini

sebenarnya sudah menjadi gambaran bahawa mahasiswa universiti awam ini

sentiasa mengambil tahu, memahami dan bersedia terhadap dasar-dasar

negara seperti dasar MADANI.

Seterusnya, analisis kajian berkenaan dengan menghuraikan masalah

yang dihadapi dalam pelaksanaan gagasan MADANI pandangan mahasiswa

universiti awam. Hasil analisis kekerapan dan huraian daripada jawapan dan

pendapat mahasiswa universiti awam menunjukkan mereka mampu

menghuraikan setiap soalan yang diberikan. Hal ini menunjukkan mahasiswa

universiti awam berada di tahap yang baik dalam menghuraikan masalah yang

dihadapi dalam pelaksanaan gagasan MADANI. Melalui dapatan kajian,

pengkaji mendapati mahasiswa universiti mempunyai minat untuk mengambil

tahu berkenaan dengan dasar MADANI sehingga mereka mampu

menghuraikan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan dasar-dasar negara

berdasarkan pengalaman-pengalaman atau isu-isu yang berlaku sebelum ini.

94
5.3 Cadangan dan Kajian Lanjutan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji ingin mencadangkan

kepada pengkaji-pengkaji yang akan datang khususnya berkenaan beberapa

cadangan atau langkah yang bertujuan memberi panduan cadangaan kepada

pengkaji lain yang ingin meneruskan kajian ini pada masa hadapan.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, pengkaji akan datang boleh

mempelbagaikan lagi kaedah kajian. Misalnya pengkaji akan datang boleh

melibatkan keseluruhan tahun pengajian responden di bawah Jabatan

Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan dalam kajian bagi

mendapatkan banyak lagi responden. Sepertimana dalam kajian ini pengkaji

hanya memfokuskan kepada responden tahun akhir sahaja dan perkara ini

menyukarkan pengkaji untuk mendapatkan ramai responden untuk menjawab

borang soal selidik. Antara tajuk kajian yang boleh dicadangkan oleh pengkaji

adalah seperti berikut:

5.3.1 Kajian Terhadap Tahap Kefahaman dan Kesediaan Mahasiswa

Universiti Awam Tahun Pertama Terhadap Gagasan Malaysia

MADANI.

Pengkaji bercadang untuk memilih tajuk kajian sebegini kerana kajian

yang telah dijalankan ialah berfokuskan kepada pelajar tahun akhir dan

adalah lebih baik sekiranya pengkaji-pengkaji akan datang menguji

tahap kefahaman dan kesediaan mahasiswa tahun pertama berkenaan

95
dasar-dasar kerajaan terutama dasar terkini iaitu dasar MADANI. Dalam

kajian ini juga pengkaji yang akan datang boleh mengenalpasti tahap

kefahaman berkenaan falsafah dan kandungan dasar MADANI serta

dapat menerangkan kesediaan mahasiswa universiti awam berkenaan

pelaksanaan dasar MADANI.

5.3.2 Kajian Terhadap Tahap Keberkesanan Pelaksanaan Gagasan

MADANI Pandangan Mahasiswa Universiti Awam.

Pengkaji mencadangkan tajuk ini adalah kerana, pada pandangan

pengkaji kajian seperti ini perlu dilakukan bagi mengukur tahap

keberkesanan dasar yang dilaksanakan kerajaan menurut pandangan

mahasiswa. Hal ini kerana, sekiranya mahasiswa faham dengan falsafah

serta kandungan dasar yang dilaksanakan dan bersedia dengan

pelaksanaan dasar MADANI, sudah pasti mahasiswa tahu keberkesanan

dasar ini pada masa akan datang. Oleh itu melalui kajian ini, pengkaji

dapat mengetahui keberkesanan yang akan terjadi atau yang

diharapkan oleh mahasiswa. Hal ini akan meningkatkan lagi penglibatan

mahasiswa atau golongan muda dalam dunia politik dan mengambil tahu

berkenaan dengan hal negara.

96
5.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini telah memerincikan keseluruhan dapatan kajian yang

telah dijalankan oleh pengkaji melalui dapatan-dapatan utama yang telah

dinyatakan. Tambahan pula, bab ini telah membincangkan keseluruhan hasil

kajian yang dijalankan oleh pengkaji bagi mencapai kesemua objektif kajian

berdasarkan kepada analisis dapatan kajian dan perbincangan yang dilakukan

dalam bab empat. Pengkaji juga ada menyediakan beberapa cadangan kajian

lanjutan yang boleh dilakukan oleh pengkaji akan datang untuk meneruskan

berkaitan kajian ini. Hal ini kerana, kajian ini boleh diperbaiki lagi dalam

menyentuh ataupun memfokuskan kepada semua mahasiswa UPSI. Secara

umumnya, tahap kefahaman dan kesediaan mahasiswa universiti awam

terhadap gagasan Malaysia MADANI adalah berada pada tahap yang sangat

baik. Bukan itu sahaja, tahap menghuraikan masalah yang dihadapi dalam

pelaksanaan MADANI pandangan mahasiswa universiti awam juga dapat

dilakukan oleh mahasiswa universiti awam. Diharapkan kajian yang dilakukan

ini memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dan bermanfaat untuk

semua pihak sama ada untuk tujuan rujukan ataupun pembacaan umum

khususnya para pelajar di seluruh Malaysia.

97
RUJUKAN

Ain Nur Atika Agus (2021). Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu

Dalam Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah


Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 9, 75-87. Diperolehi daripada
http://journalarticle.ukm.my/16764/1/258-496-1-SM.pdf

Aszlan Selamat & Mohamad Iszuan bin Safarudin. (2017). Penilaian Faktor-Faktor
Kesenjangan Etnik di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan Nasional.
Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/312176313_PENILAIAN_FAKTOR-
FAKTOR_KESENJANGAN_ETNIK_DI_MALAYSIA_SEBAGAI_PENGHALAN
G_PERPADUAN_NASIONAL

Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed


methods approaches (3rd edition). Thounsand Oaks, CA: Sage Publications.

Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis.


Diperolehi daripada

https://www.researchgate.net/publication/337603208_Fuad_Mohamed_Beraw
i_2017_Metodologi_penyelidikan_Panduan_menulis_tesis

Hamidah Yusof. (2021). Kaedah Penyelidikan Pengurusan Pendidikan. Tanjong


Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hima Kurnia. (2009). Peran Gerakan Mahasiswa Dalam Mewujudkan Masyarakat


Madani di Indonesia. Diperolehi daripada
https://digilib.uin-suka.ac.id/id/eprint/2926/

Mahizer Hamzah, Abdul Talib Mohamed Hashim, Noraini Mohamed Noh &
Norazilawati Abdullah. (2020). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

98
Sekolah Rendah. Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/7006911/Modul_KRL_3033_Kaedah_Penyelidikan
_dalam_Pendidikan

Maziahtusima Ishak, Mohd Mursyid Arshad, Fathiyah Mohd Fakhruddin, Ismi Ariff
Ismail, Hayati Ismail, Sakinah Ahmad, Siti Rosilawati Ramlan, Hazlina
Abdullah, Noor Saazai Mat Saad & Sarifah Nurhanum Syed Sahuri. (2021).
Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai
Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani Melalui
Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal. 25-34. Diperoleh daripada
https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/229/159

Mohd Farihal Osman, Noor Habibi Long & Ahmad Bashir Aziz. (2016). Toleransi
Nabawi Dalam Pembinaan Budaya Masyarakat Madani yang Bertamadun.
Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 52– 64.
Diperolehi daripada https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21895/

Mohd Hamidi Ismail. (2023). Konsep Masyarakat Madani Dalam Pemikiran Politik
Imam Al-Ghazali. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/
369228285_KONSEP_MASYARAKAT_MADANI_DALAM_PEMIKIRAN_POLI
TIK_IMAM_AL-_GHAZALI

Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.


Dewan Bahasa & Pustaka

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa & Pustaka

Mohd Noor Azli Ali Khan. (2003). Graduan Berakhlak Mulia dan Beretika Pemangkin
Generasi Madani. Jurnal Kemanusiaan. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/
46395119_Graduan_berakhlak_mulia_dan_beretika_pemangkin_generasi_m
adani

Mokmim Basri. (2012). Model polisis maklumat: kes Malaysia. Tesis Doktor Falsafah,
Kolej Islam Universiti Selangor.

Noor Rohana Mansor. (2020). Mengupayakan Pemikiran Aras Tinggi:

99
Menyejahterakan Masyarakat Madani. Journal of Business and Social
Development, 77-90. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/346513148

Sukor Beram, Marinah Awang & Ramlee Ismail. (2020). Pembangunan Model
Kompetensi Pemimpin Pertengahan: Satu Kajian Reka Bentuk dan
Pembangunan. Journal of Educational Research and Indigeneous Studies
Volume: 2 (1). Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/profile/Sukor-Beram/publication/345661293_Pe
mbangunan_Model_Kompetensi_Pemimpin_Pertengahan_Satu_Kajian_Rek
a_Bentuk_dan_Pembangunan_Jurnal_JERIS/links/
5faa3787a6fdcc0624251263/Pembangunan-Model-Kompetensi-Pemimpin-
Pertengahan-Satu-Kajian-Reka-Bentuk-dan-Pembangunan-Jurnal-JERIS.pdf

Webster, M. (1985). Webster’s With new collegiate dictionary. Meriam- Webster Inc
In Rozanah Madsarapi (2011). Tahap tingkah laku buli di kalangan pelajar di
sekolah menengah daerah Semporna. Universiti Utara Malaysia.

Yusrin Ahmad Tosepu. (2019). Teori dan Konsep. Diperolehi daripada


https://yusrintosepuabdikarya.wordpress.com/2019/12/29/konsep-dan-teori/

Zaharul Abdullah. (2023, Februari 7). Rakyat, pemegang taruh perlu dijelaskan
konsep MADANI.
Berita Harian Online
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/02/1060717/rakyat-
pemegang-taruh-perlu-diperjelaskan-konsep-madani

Zuhdi Marzuki. (2001). Definisi Gerakan Mahasiswa: Satu Tinjauan Semula.


https://gerakanmahasiswapantaitimur.wordpress.com/2014/01/23/definisi-
gerakan-mahasiswa-satu-tinjauan-semula/

100
Borang Soal Selidik LAMPIRAN A

Kefahaman dan Kesediaan Mahasiswa Universiti Awam Terhadap Gagasan Malaysia

MADANI

Assalamualaikum/ Salam sejahtera,

Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan mahasiswa tahun akhir

bagi bidang Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58) di UPSI mengenai MADANI.

Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan Ikhlas bagi membantu pengkaji untuk

mendapatkan maklumat data yang tepat. Maklumat peribadi responden adalah sulit dan

akan dirahsiakan serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak lain. Kerjasama

anda dalam membantu menjawab soalan soal selidik ini adalah amat dihargai dan didahului

dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi saya Rafia

Sindora binti Lamapa

a. Nombor Telefon: 010-2324618

b. Emel: raf.sindora18@gmail.com

Penyelia: Prof Madya Dr Samsudin Suhaili

101
Soal selidik ini mengandungi Bahagian A, B, C dan D. Semua soalan di Bahagian A merujuk

kepada demografi responden. Bahagian B merujuk kepada soalan berkaitan dengan tahap

kefahaman mahasiswa berkenaan falsafah dan kandungaan dasar MADANI. Bahagian C

merujuk kepada kesediaan mahasiswa berkenaan pelaksanaan dasar MADANI. Bahagian D

pula memfokuskan kepada huraian masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan MADANI

pandangan mahasiswa universiti awam.

Bahagian A: Demografi Responden

1. Jantina :

Lelaki

Perempuan

2. Umur :

24

25

26

27

3. Semester :

Semester 7

Semester 8

102
4. Etnik :

Melayu

Cina

India

Bumiputera

Sabah dan

Sarawak

Bahagian B: Kefahaman mahasiswa universiti awam berkenaan falsafah dan

kandungan dasar MADANI.

Arahan: Sila jawab dengan menandakan (/) dalam ruang yang disediakan. Tiada jawapan

yang betul atau salah. Jawapan adalah berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan sesuai

dengan anda. Jawab dengan seikhlas hati berdasarkan skala berikut.

Skala Likert

1 Sangat Tidak Tahu

2 Tidak Tahu

3 Tidak Pasti

4 Tahu

5 Sangat Tahu

103
Bil Soalan Skala Likert

1 2 3 4 5

1 MADANI merupakan dasar yang membentuk masyarakat maju dari segi

pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

2 Visi MADANI tidak sekadar merujuk ke masa lalu atau berpaksikan ideologi

tertentu, tetapi bertunjangkan sikap saling menghormati, serta visi masa

hadapan Malaysia yang dikongsi bersama.

3 Pelaksanaan MADANI memerlukan pembabitan seluruh warganegara ke

dalam menjayakan dasar ini.

4 Fokus MADANI adalah pada nilai keMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta

atau inovasi, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

5 Nilai kemampanan dalam MADANI adalah suatu agenda holistik dan saling

berkait antara satu sama lain.

6 Kemampanan dalam MADANI adalah suatu sistem bersepadu yang

menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja malah

menyentuh setiap sisi daripada kehidupan.

7 Visi Malaysia yang sejahtera adalah melalui pertumbuhan ekonomi dan

seimbang serta memperkasakan seluruh rakyat tanpa diskriminasi.

8 Nilai daya cipta adalah untuk melahirkan generasi penerus demi

menghadapi pasaran kerja yang mencabar di mana kreativiti dan daya cipta

akan menjadi keperluan asas.

9 Nilai hormat adalah sangat penting dan agenda utama dalam dasar

MADANI.

10 Prinsip hormat dalam MADANI ialah menghormati tanpa mengira latar

belakang, setiap anggota masyarakat haruslah diperlakukan dengan penuh

104
bermaruah.

11 Nilai hormat MADANI ialah bebas daripada segala bentuk gangguan,

termasuklah dalam isu menghukum para pesalah.

12 Keyakinan yang dibina oleh MADANI ini adalah secara menyeluruh. yang

mencerminkan sikap bertanggungjawab menjalankan amanah.

13 Keyakinan dalam MADANI adalah penting untuk dipelihara agar tidak

dikhianati.

14 Membina masyarakat MADANI yang bersikap ihsan, peduli dan kasih

sayang juga harus diterapkan dalam hubungan kita dengan alam sekitar dan

masyarakat.

15 Nilai Ihsan juga membentuk masyarakat MADANI daripada tidak melakukan

penindasan dan penganiayaan terhadap masyarakat.

105
Bahagian C: Kesediaan mahasiswa univerisiti awam berkenaan pelaksanaan dasar

MADANI.

Arahan: Sila jawab dengan menandakan (/) dalam ruang yang disediakan. Tiada jawapan

yang betul atau salah. Jawapan adalah berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan sesuai

dengan anda. Jawab dengan seikhlas hati berdasarkan skala berikut.

Skala Likert

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Tidak Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Bil Soalan Skala Likert

1 2 3 4 5

1 Aspek kemampanan adalah sangat penting dalam ekonomi dan kewangan.

yang tidak mampan serta yang tidak mempamerkan sikap kepedulian

terhadap rakyat dan alam semula jadi.

2 Memansuhkan konsesi cukai dan insentif tidak sihat kepada syarikat

perniagaan dan perusahaan merupakan inisiatif kemampanan dalam

ekonomi dan kewangan.

3 Tidak mempamerkan sikap kepedulian terhadap rakyat dan alam semula jadi

boleh menganggu nilai kemampanan dalam gagasan Malaysia MADANI

4 Nilai kesejahteraan dalam ekonomi dan kewangan tidak dicapai melalui

menabur duit .

5 Pemansuhan kutipan tol dan PTPTN untuk golongan B40 adalah salah satu

iniasitif untuk kesejahteraan masyarakat.

6 Institusi di Malaysia harus menjadi teladan buat penerapan daya cipta yang

106
berpiawai kepada rakyat.

7 Institusi di Malaysia perlu mewujudkan pusat dan prakarsa daya cipta untuk

digerakkan oleh anak-anak muda.

8 Pendekatan yang lebih inovatif di peringkat pengajian tinggi dengan

mewujudkan suatu ijazah antara bidang dengan tumpuan khusus daya cipta.

9 Melibatkan masyarakat sivil, media sosial dan media arus perdana dalam

mempromosikan nilai hormat.

10 Masyarakat perlu berperanan melaksanakan tugas untuk membawa agenda

budaya hormat sebagai alat penyatu dan jambatan kepada kemajmukan

agama, bangsa dan budaya.

11 Dasar keyakinan haruslah tertumpu kepada rakyat dan kerajaan.

12 Nilai keyakinan perlu tertumpu lebih utama kepada mereka yang mewakili

hasrat rakyat di peringkat negeri dan kebangsaan, pimpinan masyarakat

tempatan, dan juga masyarakat bandar dan pedalaman.

13 Kerajaan harus merangka program yang radikal untuk menyelesaikan

kemelut hutang di Malaysia dengan kerjasama Bank Negara dan institusi

penting kewangan negara.

14 Kerajaan harus mempromosikan perkhidmatan kesihatan secara sukarela

tanpa bermotifkan keuntungan.

15 Sebuah penjagaan dengan penuh ihsan secara percuma atau potongan

harga kepada individu yang layak perlu diwujudkan.

107
Bahagian D: Masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan MADANI pandangan

mahasiswa universiti awam.

Arahan: Sila jawab dengan memberikan pandangan anda dalam ruang yang

disediakan. Tiada jawapan yang betul atau salah. Jawapan adalah berdasarkan

kepada apa yang anda fikirkan sesuai.

1. Apakah yang anda faham berkenaan dengan kemampanan?

2. Sebagai seorang mahasiswa, apakah pendapat anda berkenaan dengan

kerumitan yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang

mampan?

3. Apakah ancaman yang boleh menganggu kesejahteraan rakyat?

4. Apakah cabaran dalam membangunkan daya cipta pada masa hadapan?

108
5. Apakah langkah yang harus dilakukan bagi menghalang masalah daripada

menganggu pelaksaan dasar hormat di Malaysia?

6. Apakah permasalahan kerajaan yang dihadapi sehingga mengugat keyakinan

rakyat?

7. Apakah halangan yang dihadapi oleh masyarakat dalam pelaksanaan dasar

ihsan?

Terima kasih

109

Anda mungkin juga menyukai