Anda di halaman 1dari 86

PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM MENINGKATKAN KESEDARAN

POLITIK DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NUR NADZRA NATASHA BINTI ZULKIFLI

LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA
MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (KOMUNIKASI MEDIA)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2020
ii

PENGAKUAN
Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelas sumbernya.

10 Januari 2020 NUR NADZRA NATASHA BINTI ZULKIFLI


A165572
iii

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya saya dikurniakan kesihatan yang baik sehingga berjaya
menyiapkan latihan ilmiah ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Melalui ruangan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.
Shahrul Nazmi Bin Sannusi selaku penyelia saya yang telah banyak mendorong dan
memberi tunjuk ajar sehingga saya berjaya menyiapkan latihan ilmiah ini. Segala
bantuan, semangat dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk menjadi
seorang penyelidik yang baik. Tidak lupa juga penghargaan buat Ketua Program
Komunikasi Media, Prof. Madya Dr. Wan Amizah Binti Wan Mahmud kerana banyak
memberi semangat kepada saya dan rakan-rakan sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada semua pensyarah yang mengajar dan membimbing
saya sepanjang pengajian ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa saya,
Zulkifli Bin Jaafar dan Norekha Binti Sirat serta ahli keluarga saya yang sentiasa
mendoakan serta memberi dorongan sehingga latihan ilmiah dan pengajian saya dapat
disempurnakan.

Seterusnya, penghargaan ini juga ditujukan buat rakan seperjuangan SyahirahJ,


Ateefa, SofiaSky, Fahiz, Hazira, Amin, Zafran, Aini, Ekin, TheIkans, Frenemies dan
Geng Mention yang banyak membantu saya dalam memberi sokongan dan sentiasa
bersama saya sehingga latihan ilmiah ini berjaya disiapkan dan dibukukan. Tidak lupa
juga buat rakan-rakan yang memberi sokongan dari jauh Mabtag, Haziqah, Hashima,
Azfar dan adik-adik junior yang saya kasihi.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada 100 orang
responden yang terlibat dalam menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Semoga usaha
bersama ini mendapat keberkatan dari yang Esa. Sekian, terima kasih.
iv

ABSTRAK

Kemunculan media baharu hasil daripada perkembangan rangkaian internet telah


menjadikan media tersebut sebagai agen demokrasi maklumat. Bersesuaian dengan
peralihan budaya politik semasa, masyarakat kini lebih selesa menggunakan media
sosial sebagai sumber perolehan maklumat politik terkini. Kajian yang dijalankan ini
bertujuan untuk mengkaji adakah wujud hubungan yang signifikan antara sikap, norma
subjektif dan kawalan tingkah laku pelajar dalam penerimaan berita politik atas talian.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kuantitatif dengan menjalankan kaedah
pengedaran borang soal-selidik yang dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi
Google Form kepada 100 orang pelajar UKM yang dipilih secara rawak. Kerangka
persampelan mewakili tujuan dan tiga ciri yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu
responden yang bakal mengundi dalam pilihan raya, responden yang terdedah dengan
penggunaan media baru dalam aktiviti seharian mereka dan berumur di antara 18 hingga
21 tahun. Kajian ini juga menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang oleh Taylor And
Todd yang menekankan tiga item iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku
seperi yang digunakan di dalam objektif kajian. Hasil kajian telah mendapati bahawa
dua daripada item tersebut menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan
terhadap penerimaan berita politik dalam talian iaitu sikap dan norma subjektif. Ini
membuktikan bahawa berita politik secara dalam talian telah memainkan peranan untuk
memberi informasi politik kepada pelajar dan menarik minat mereka untuk
menceburkan diri di dalam bidang politik. Pengkaji turut mencadangkan agar pihak
universiti giat memberi pendedahan berkaitan isu politik supaya pelajar tidak terlalu
bergantung dengan media sosial dalam memperoleh berita politik.
v

Role Of Social Media In Enhancing Political Awareness Among The National


University of Malaysia Students

ABSTRACT

The emergence of new media as a result of the growth of the internet network has made
the media an agent of information democracy. In light of the current political culture,
society is more comfortable using social media as a source of up-to-date political
information. This study aimed to examine whether there is a significant relationship
between attitudes, subjective norms and students' behavioral control in accepting online
politicial news. In this study, the researcher used quantitative methods by conducting
an online questionnaire distribution method through the Google Form application to
100 randomly selected UKM students. The sampling template represents the purpose
and three characteristics of the researcher, namely the respondents who will be voting
in the election, the respondents who are exposed to the use of new media in their daily
activities and between the ages of 18 and 21. This study also uses Taylor And Todd's
Planned Behavior Theory which emphasizes three items which are attitude, subjective
norms and behavioral control as used in the study objectives. The results of the study
have found that two of these items indicate that there is a significant relationship
towards the acceptance of online political news which are attitudes and subjective
norms. This proves that online political news has played a role in providing students
with political information and indirectly engaging them in politics. Researchers also
suggested that the university actively expose political issues so that students do not rely
too much on social media to obtain political news.
vi

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Skop Kajian 6

1.5 Kewajaran Kajian 7

1.6 Takrifan Konsep 7

1.6.1 Media Baharu 8

1.6.2 Politik 9

1.6.3 Remaja 9

1.7 Kesimpulan 10

BAB II SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Teori Tingkah Laku Terancang 11

2.2.1 Sikap 12
vii

2.2.2 Norma Subjektif 14

2.2.3 Kawalan Tingkah Laku 15

2.3 Penerimaan Berita Politik Secara Dalam 16


Talian

2.4 Kerangka Teoritikal 19

2.5 Kerangka Kajian 21

2.6 Hipotesis Kajian 22

2.7 Rumusan 22

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Populasi Dan Persampelan 26

3.4 Kawasan Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Jangka Masa 30

3.7 Kajian Rintis 31

3.8 Kebolehpercayaan Dan Kesahan 32

3.9 Teknik Menganalisis Data 34

4.0 Rumusan 35

BAB IV HASIL DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 36

4.2 Pengumpulan Data 36

4.3 Analisis Deskriptif 37

4.3.1 Bahagian A - Maklumat 37


Demografi Responden

4.3.2 Bahagian B – Media Sosial Yang 39


Digunakan Untuk Mendapatkan
Berita Politik
viii

4.3.3 Bahagian C – Sikap Pelajar 40


Terhadap Penerimaan Berita
Politik Dalam Talian

4.3.4 Bahagian D – Norma Subjektif 41


Pelajar Terhadap Penerimaan
Berita Politik Dalam Talian

4.3.5 Bahagian E – Kawalan Tingkah 42


Laku Pelajar Terhadap Penerimaan
Berita Politik Dalam Talian

4.3.6 Bahagian F –Tahap Penerimaan 43


Berita Politik Melalui Media Baru
Dalam Kalangan Pelajar

4.4 Analisis Inferensi 44

4.4.1 Ujian Korelasi 44

4.4.2 Ujian Regresi 47

4.5 Rumusan Bab 49

BAB V PERBINCANGAN DAN


KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbicangan Rumusan Dan Hasil Kajian 52

5.2.1 Objektif 1: Mengkaji Sikap Pelajar 52


Terhadap Penerimaan Berita
Politik Dalam Talian di UKM

5.2.2 Objektif 2: Mengkaji Norma 54


Subjektif Terhadap Penerimaan
Berita Politik Dalam Talian di
UKM
5.2.3 Objektif 3: Menganalisis Kawalan 56
Tingkah Laku Terhadap
Penerimaan Berita Politik Dalam
Talian di UKM
ix

5.3 Implikasi Kajian 58

5.3.1 Implikasi Teori 58

5.3.2 Implikasi Metodolgi 60

5.4 Batasan Kajian 61

5.5 Cadangan Kajian Pada Masa Akan Datang 62

5.6 Rumusan 63

RUJUKAN 65

LAMPIRAN

A Maklumat Demografi Responden 68

B Media Sosial Yang Digunakan Untuk 69


Mendapatkan Berita Politik

Sikap Pelajar Terhadap Tahap Penerimaan 69


Berita Politik

C Norma Subjektif Pelajar Terhadap Tahap 71


Penerimaan Berita Politik

D Kawalan Tingkah Laku Pelajar Terhadap 73


Tahap Penerimaan Berita Politik
x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

3.5 Nilai Skala Likert 30

3.8 Nilai Ukuran Cronbach Alpha 33

3.9 Nilai Kebolehpercayaan Pelajar Terhadap Penerimaan 34


Berita Politik Dalam Talian

4.1 Maklumat Demografi Responden 37

4.2 Media Sosial Yang Digunakan Untuk Mendapatkan 39


Berita Politik

4.3 Sikap Pelajar Terhadap Tahap Penerimaan Politik Dalam 40


Talian

4.4 Norma Subjektif Pelajar Terhadap Penerimaan Berita 41


Politik Dalam Talian

4.5 Kawalan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Penerimaan 42


Berita Politik Dalam Talian

4.6 Tahap Penerimaan Berita Politik Melalui Media Baru 43

4.7 Ujian Korelasi: Hubungan Antara Sikap Pelajar 45


Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian

4.8 Ujian Korelasi: Hubungan Antara Norma Subjektif 46


Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam
Talian

4.9 Ujian Korelasi: Hubungan Antara Kawalan Tingkah 46


Laku Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam
Talian

5.0 Ujian Regresi: Hubungan Antara Sikap Pelajar Terhadap 47


Penerimaan Berita Politik Dalam Talian

5.1 Ujian Regresi: Hubungan Antara Norma Subjektif 48


Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam
Talian

5.2 Ujian Regresi: Hubungan Antara Tingkah Laku Pelajar 49


Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian
xi

5.3 Kesimpulan Hasil Kajian Hipotesis: Ujian Korelasi 50

5.4 Kesimpulan Hasil Kajian Hipotesis: Ujian Regresi 50


xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman

2.4 Kerangka Teoritikal 21

2.5 Kerangka Kajian 21


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Media merupakan sumber utama yang wujud dalam konteks komunikasi massa. Agen
komunikasi ini seperti akhbar, radio, televisyen dan media baharu seperti telefon bimbit
dan internet memainkan peranan penting kepada sesebuah masyarakat dan tamadun
generasi masa kini. Penguasaan media dapat dianggap sebagai satu kuasa yang utama
dalam pemerintahan sesebuah negara. Kalau dahulu media hanya dilihat sebagai suatu
alat penghubung namun kini ia telah menjadi suatu kuasa yang sangat penting sehingga
muncul kata-kata seperti siapa yang menguasai informasi dia yang menguasai
pemerintahan. Pada zaman sebelum kemerdekaan, media massa memainkan peranan
untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat di Tanah Melayu untuk
menuntut kemerdekaan daripada penjajahan dengan menyalurkan maklumat-maklumat
untuk mencelikkan minda dan pemikiran rakyat. Namun, selepas kemerdekaan, peranan
media dalam politik banyak digunakan untuk menyebarkan ideologi-ideologi parti
politik yang bertanding dalam pilihan raya.

Kemudahan akses yang wujud pada masa kini menjadikan media sosial semakin
berkembang dan mendapat perhatian dalam kalangan rakyat. Menurut Eko Harry
Susanto, 2017 di dalam kajiannya iaitu Media Sosial Sebagai Pendukung Jaringan
Komunikasi Politik, media sosial memiliki pengguna aktif sebesar 79 juta. Dalam arena
politik khususnya, kebergantungan rakyat terhadap berita media adalah sesuatu yang
tidak dapat dinafikan. Malah pengkajian secara empirikal telah lama membuktikan
bahawa kebanyakan daripada kita iaitu khalayak umum menganggap media sebagai
2

sumber utama bagi memperoleh informasi secara langsung mengenai


pergolakan isu-isu semasa dunia dan politik (Negrine R, 1994).

Malahan, jika ditinjau dalam sistem negara demokrasi, keterbukaan serta


kebergantungan kepada media terhadap politik menjadi lebih kritikal. Hal ini
disebabkan sistem yang sedemikian membuka peluang kepada warganegara yang cukup
umur untuk menentukan pucuk pimpinan dalam sesuatu pilihanraya bagi sesebuah
negara yang mengamalkan sistem dan budaya demokrasi (Baharuddin Aziz, 2009).

Kemunculan media baharu hasil daripada perkembangan rangkaian internet


telah menjadikan media tersebut sebagai agen demokrasi maklumat. Tambahan lagi,
media baharu menawarkan pelbagai jenis maklumat terkini seperti dialog dan
perkongsian maklumat melalui blog, forum, Wikipedia, chat, rangkaian sosial serta
lain-lain perisian (Kubiszewski, Noordewier & Costanza, 2011). Bukan itu sahaja,
hyperlink dan enjin carian juga dapat menghubungkan semua secara bersama di
samping memberi lebih banyak pilihan kepada para pengguna untuk meneroka dan
berkongsi maklumat.

Perkembangan pesat rangkaian Internet dan teknologi dalam bidang ICT


bermula sewaktu negara diperintah oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penubuhan
beberapa badan seperti MIMOS, JARING dan NITA umpamanya telah meningkatkan
keupayaan Internet menjadi lebih pantas. Malaysia seharusnya berterima kasih kepada
Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas sumbangan beliau dalam membangunkan Koridor
Raya Multimedia yang mana sedikit sebanyak telah membuka ruang demokrasi dalam
rangkaian Internet di Malaysia sehingga kini (Bidin & Mustaffa, 2012).

Berdasarkan sejarah sistem teknologi di negara ini, perkembangan awal


rangkaian komputer di Malaysia tidak bermula dengan tujuan ketenteraan dan
pertahanan negara, sebaliknya ia digunakan untuk tujuan penyelidikan dan komunikasi
(Hussein & Siarap, 2000). Menjelang tahun 1965, rangkaian komputer telah
diperkenalkan dalam sektor awam. Pada ketika itu, komputer digunakan sebagai alat
untuk memproses data, mengurus organisasi serta menyimpan rekod-rekod tertentu.

Selain media baharu, kemunculan media sosial juga dilihat mampu


meningkatkan tahap interaktif dengan memberi kebebasan kepada pengguna untuk
memilih sumber informasi dan hiburan yang diinginkan. Berbanding media tradisional
3

seperti media cetak dan media elektronik, media baharu dilihat lebih dominan kerana
media tersebut tidak mempunyai sebarang sekatan oleh pihak pemerintah. Begitu juga
dengan kelompok masyarakat pada hari ini, di mana masyarakat tidak lagi hidup
berpuak-puak sebaliknya digantikan dengan struktur masyarakat berbentuk komunikasi
jaringan (Mustafa & Hamzah, 2011).

Bersesuaian dengan peralihan budaya politik semasa, masyarakat kini lebih


selesa menggunakan media sosial sebagai sumber perolehan maklumat politik terkini.
Apatah lagi kegagalan media tradisional dalam memainkan peranannya sebagai
penyampai maklumat menyebabkan rakyat mula beralih kepada medium komunikasi
yang baru berasaskan internet dan media digital (Awang Besar, 2012).

Secara umumnya, kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti peranan


media dalam meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan remaja di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Perkembangan internet pada era kini, aplikasi media sosial menjadi kian popular.
Menurut Wardrip-Fruin dan Monfort (2003), mereka menyatakan bahawa golongan
remaja yang terdedah kepada teknologi maklumat pada usia muda lebih cenderung
penglibatannya dalam perkongsian maya khususnya melalui media sosial. Kini, peranan
media dalam perkembangan politik sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Ini dapat
dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme yang
didorong oleh media massa memainkan peranan penting dalam membangkitkan
semangat penduduk di Tanah Melayu untuk bangkit menentang penjajah.
Perkembangan media massa di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan dapat dilihat
dalam penulisan akhbar dan majalah yang digunakan oleh rakyat untuk membuka minda
masyarakat mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan.

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai sejarah


penjajahan yang agak lama. Lantaran itu, media dilihat sebagai satu manifestasi yang
dapat menjadi “penghubung” antara golongan pemerintah dengan rakyat. Bukan itu
sahaja, media sebenarnya bertindak sebagai lidah kerajaan sejak awal kemerdekaan
4

lagi. Akhbar, filem, radio dan televisyen lazimnya digembleng dengan sepenuhnya
untuk menyalurkan maklumat-maklumat demi pembangunan sosio-ekonomi dan politik
termasuklah hal-hal rasmi yang berkaitan dengan pilihan raya.

Merujuk kepada sejarah awal perkembangan media massa di Malaysia, pada


awal pembabitannya peranan media melalui akhbar dan majalah banyak berkisar
kepada penyampaian semangat nasionalisme atau semangat kebangsaan yang kuat. Ini
dapat dilihat dengan jelasnya melalui penerbitan akhbar-akhbar seperti Jawi
Peranakan, Suara Rakyat, Warta Ahad dan sebagainya (Sulaimain Masri, 1983).
Namun, menjelang tahun 1955 media ini banyak digunakan untuk tujuan propaganda
politik khususnya dalam pilihan raya. Institusi media amat berpengaruh dalam bidang
politik khususnya terhadap pilihan raya sesebuah negara. Para wartawan dan ahli politik
mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain dan berinteraksi dalam lingkungan
komunikasi politik. Ahli politik menggunakan media untuk tujuan menyempurnakan
matlamat politik dan pada masa yang sama para wartawan menggunakan media sosial
sebagai penyampaian utusan politik terutama isu-isu yang bakal diketengahkan dalam
pilihan raya bagi memancing undi rakyat. Senario politik di negara ini menggunakan
media massa sebagai satu medium untuk meraih sokongan daripada rakyat khususnya
ketika menjelang pilihan raya umum.

Di Malaysia, sejak negara mencapai kemerdekaan tampuk pemerintahan negara


berjaya ditampuk oleh parti Barisan Nasional. Salah satu penyumbang pengekalan
pemerintahan ini dalam tempoh masa yang lama adalah disebabkan oleh kawalan
terhadap media. Media arus perdana sama ada elektronik dan cetak dikuasai sepenuhnya
oleh parti ini. Selain menguasai agensi penyiaran rasmi pemerintah, BN juga turut
menguasai akhbar, stesen radio dan stesen televisyen sama ada menerusi pemilikan
saham ataupun menggunakan posisinya sebagai pemerintah yang mengeluarkan lessen.
Parti-parti pesaing pula dibenarkan menerbitkan akhbar namun edaran dan terbitannya
adalah terhad (Badrul Azmier, 2008). Melalui media perdana ini, kerajaan berusaha
mengkonstruksi pemikiran rakyat dengan menunjukkan bahawa kerajaan adalah yang
terbaik dan penyayang. Parti lain pula diperlihatkan sebagai perosak, pengkhianat dan
sebagainya (Nur Azween & Nidzam, 2008).

Walaubagaimanapun, kawalan ke atas media sama ada secara langsung dan


tidak langsung oleh pemerintah dan kewujudan pengampang (gatekeeper) yang
5

mengawasi arah aliran pengeluaran berita yang akhirnya mendorong kepada kewujudan
media alternatif seperti blog dan internet yang diguna pakai oleh parti-parti pesaing.
Kewujudan media alternatif dilihat mula mengubah pandangan politik masyarakat
secara tidak langsung mengubah landskap politik tanah air menjelang pasca pilihan raya
umum ke-12. Selepas pilihan raya umum ke-12, pengawalan media dan manipulasi
media secara berlebihan menjadi kelemahan berbanding kelebihan bagi BN. Suasana
politik pada tahun 2008 agak jauh berbeza jika hendak dibandingkan semasa tahun 2004
dan 1999 (Badrul Azmier, 2008). Ini adalah disebabkan kemajuan dalam teknologi
maklumat dan komunikasi yang dibawakan oleh proses globalisasi di Malaysia. Ia
mengubah cara menyampai dan mendapatkan maklumat. Usaha pengawalan maklumat
di dunia maya didapati sukar dilakukan oleh pemerintah. Oleh itu, kewujudan cabaran
berkaitan fakta yang menunjukkan medium baharu sukar untuk dikawal dan dipantau
berbanding media tradisional dan media konvensional jelas dibuktikan (Salman, 2009).

Kesan daripada pembangunan teknologi, pola pengundian rakyat di Malaysia


telah berubah apabila semasa Pilihan Raya ke-14, sejarah telah dicipta apabila parti
Barisan Nasional akhirnya jatuh di tangan pemerintah baru yang mula naik iaitu Pakatan
Harapan. Perkara ini amat mengejutkan kebanyakan masyarakat terutamanya golongan
yang sudah hidup di zaman pemerintahan BN sejak dahulu lagi. Tetapi, salah satu
perubahan ini adalah disebabkan oleh berita-berita dan maklumat yang disebarkan
menerusi media baharu seperti blog, laman sosial Twitter, Facebook dan Instagram.
Perubahan ini jelas dilihat apabila statistik Generasi Y yang mengundi untuk Pilihan
Raya Ke-14 telah dikeluarkan oleh Abdul Halim Sidek pada tahun 2018 adalah seramai
14,806,185 orang (7.09 juta peratus) menyebabkan perubahan dalam tampuk
pemerintahan berlaku. Hal ini kerana majoriti pengundi berumur 21 tahun dan salah
satu faktor adalah kerana penerimaan berita melalui media sosial yang tidak sahih.
Perubahan politik ini telah berlaku akibat daripada perkembangan media baharu
terutamanya dalam menggalakkan liberasi politik secara dalam talian (Papinsky, 2013).

Fokus utama kajian ini ialah untuk mengenai masalah penyebaran maklumat
menerusi saluran media baharu yang kadangkala tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Masalah ini timbul daripada kewujudan saluran yang pelbagai menjadikan ramai
“wartawan warga” muncul sebagai penyebar maklumat di laman-laman sosial.
Hakikatnya mereka ini hanya lah menjadikan sesebuah berita itu viral. Menjelang PRU
6

ke 14 yang lalu, banyak maklumat-maklumat yang disebarkan di laman sosial yang


menjadi perhatian netizen dalam kalangan generasi Y bertujuan untuk meraih undian
mereka. Masalah ini sebenarnya telah lama wujud namun ia benar-benar berjaya
membuka mata terutamanya golongan media selepas pilihan raya ke 14. Ini disebabkan
oleh ancaman blog berkaitan dengan aspek pembangunan dasar, polisi ICT, kewujudan
blog-blog politik dan kebebasan suara yang terlampau menyebabkan masyarakat mudah
menyebarkan perkara yang tidah sahih (Mohd Zulkifli, 2011).

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:


i) Mengkaji sikap pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam talian.

ii) Mengkaji norma subjektif pelajar terhadap penerimaan berita politik


dalam talian.
iii) Menganalisis kawalan tingkah laku pelajar dalam penerimaan berita
politik secara dalam talian.

1.4 SKOP KAJIAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan sebuah universiti “rakyat”, lahir


daripada aspirasi nasionalis untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
untuk percambahan pemikiran saintifik, menyalurkan idea-idea dan untuk pemindahan
pengetahuan. Usaha penubuhan UKM pertama kali dicadangkan oleh penulis Abdul
Kadir Adabi pada tahun 1923 sebagai langkah menentang penjajahan British. UKM
pertama dibuka pada Mei 1970-1972 dan menerima pelajar ijazah pertama di Jalan
Pantai Baru, Kuala Lumpur. Kampus sementara perumahan tiga fakulti utama iaitu
Fakulti Sains, Sastera dan Pengajian Islam. Menjelang Oktober 1977, UKM telah
berpindah ke kampus utama yang kini terletak di Bandar Baru Bangi. Kampus ini dilihat
sebagai sebuah kawasan yang strategik dan berdekatan dengan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
7

UKM mempunyai dua kampus kesihatan iaitu Kampus Kuala Lumpur di Jalan
Raja Muda Abdul Aziz dan Pusat Perubatan UKM di Cheras. Kampus Kuala Lumpur
terdiri daripada Fakulti Kesihatan Bersekutu, Farmasi, Pergigian dan Jabatan Pra-
Klinikal Fakulti Perubatan. Kampus Kuala Lumpur telah didirikan pada tahun 1974.
Selain daripada kampus, UKM turut beroperasi sebagai 7 Stesen Penyelidikan (RS)
iaitu The Tasik Chini RS, The Ekosistem RS Marin, Langkawi Geopark RS, RS Marine,
The Bukit Fraser RS, Loji Bioteknologi RS dan di kampus utama itu sendiri , UKM
Makmal Hidup kampus, yang terdiri daripada Rizab UKM Tetap Forest, atau nama
Melayu , Hutan Simpan Kekal UKM serta Fernarium dan Herbarium ini.

Oleh itu, pemilihan skop kajian adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
kerana pengkaji ingin mencari responden dalam kalangan mahasiswa yang belum
keluar untuk mengundi. Selain itu, UKM juga merupakan kawasan yang sesuai untuk
mendapatkan data kerana mahasiswa pada masa kini lebih tertumpu kepada penggunaan
gajet moden memudahkan pengkaji untuk memperoleh maklumat.

1.5 KEWAJARAN KAJIAN

Kajian ini wajar dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana media baharu mampu
mempengaruhi pelajar UKM dalam unsur politik. Hal ini adalah bertujuan untuk
mengubah persepsi masyarakat yang berpendapat bahawa media yang berat sebelah dan
hanya mengeluarkan berita berunsur positif mengenai sesebuah parti yang dikatakan
mempengaruhi golongan remaja sehingga mengubah corak pola pengundian. Bagi
menyokong kajian ini, teori tingkah laku terancang digunakan sebagai rujukan bagi
mendapatkan hasil kajian yang diinginkan.

1.6 TAKRIFAN KONSEP

Tajuk utama bagi kajian ini ialah peranan media baharu dalam meningkatkan kesedaran
politik dalam kalangan remaja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
8

1.6.1 Media Baharu

Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan bahawa media sosial sebagai
sebuah program kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar
ideologi dan teknologi web 2.0 yang memungkinkan penciptaam dan pertukaran idea.
Media sosial adalah sebuah media atas talian dan jaringan sosial merupakan satu laman
di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung
dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Media sosial
dijadikan satu medan manusia berhubung dan berhibur dengan memberi sumbangan
dan maklum balas secara terbuka, memberi komen serta berkongsi maklumat dalam
masa yang cepat dan tidak terhad. Media sosial merupakan saluran yang membantu
rakyat untuk memahami proses komunikasi, sama ada komunikasi antara individu
mahupun komunikasi yang melibatkan antara manusia dengan teknologi. Media sosial
dapat dibahagikan kepada media cetak, media elektronik dan media alternatif. Namun
begitu, kajian ini akan memfokuskan kepada kajian terhadap media alternatif.

Media baharu merupakan media yang muncul setelah jaringan siber semakin
meluas digunakan untuk menyalurkan minda dan menjadi pentas dialog antara
masyarakat. Antara contoh media baharu yang menguasai dunia ialah Facebook,
Twitter, Blog, Akhbar Online, Televisyen Online dan juga Radio Online (Padi Hj. Ali.,
2007). Media alternatif atau media baharu boleh dirujuk sebagai sekumpulan teknologi
yang melahirkan wadah interaksi kepada pengguna. Menurut Socha dan Eber-Schmid
(2012) dalam artikel mereka “Defining New Media Isn’t Easy”, media baharu tidak
termasuk televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang
membenarkan interaksi kepada pengguna.

Bukan itu sahaja, media baharu juga disebut sebagai new media digital. Media
digital adalah media yang kandungannya berbentuk gabungan data, teks, suara dan
pelbagai jenis gambar yang disimpan dalam format digital dan diperluaskan melalui
jaringan yang berasaskan kabel optic broadband, satelit dan sistem gelombang mikro
(Flew, 2008:2-3). Menurut Ardianto (2007), media baharu merupakan media yang pada
ketika ini sedang berkembang dengan pesat dan akan terus berkembang mengikut
perkembangan zaman. Media ini berkembang dengan baik dalam konteks teknologi,
komunikasi dan informasi.
9

Media baharu boleh dirujuk sebagai sekumpulan teknologi yang melahirkan


wadah interaksi kepada pengguna. Merujuk kepada Socha dan Eber-Schmid (2012)
dalam artikel mereka “Defining New Media Isn’t Easy” media baharu tidak termasuk
televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang
membenarkan interaksi kepada pengguna.

1.6.2 Politik

Politik secara umumnya dapat ditakrifkan sebagai sebuah aspek kehidupan iaitu
berunsurkan polittik yang seringkali dikaitkan dengan kekuasaan. Terdapat beberapa
ciri yang ditekankan dalam unsur politik iaitu negara, kekuasaan, membuat keputusan,
kebijaksanaan dan sumbangan. Menurut Johan kaspaar Bluntschli dalam buku The
Theory Of The State, ilmu politik adalah ilmu yang memerhatikan masalah kenegaraan,
sifat-sifat dasarnya, dalam pelbagai bentuk atau manifestasi pembangunannya.

Politik juga secara lumrahnya amat sinonim dan berkait rapat dengan pilihan
raya. Pilihan raya dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu pilihan raya umum dan
pilihan raya kecil. Pilihan raya umum merupakan satu peristiwa yang bermakna bagi
pengundi kerana keputusannya bakal menentukan masa depan pemerintahan negara
apabila sebuah parti yang berjaya menawan sebuah kerajaan. Abdul Latif Abu Bakar
(1998) berpendapat bahawa pilihan raya sebagai satu proses demokrasi bagi
menentukan parti politik mana yang akan diberi mandate untuk memerintah sebuah
negara.

1.6.3 Remaja

Pemahaman tentang konsep remaja dalam konteks yang umum adalah merujuk kepada
golongan belia yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun dan secara julat
umurnya mereka berusia di antara 11 hingga 19 tahun. Namun demikian, tempoh masa
yang sebenar tidak dapat ditentukan dengan jelas bahkan dalam beberapa situasi ia lebih
banyak bergantung kepada sifat perbezaan individu dan kebudayaan masyarakat
setempat (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1987). Menurut Camille B. Wortman dan
10

Elizabeth F. Loftus, remaja berasal dari kata Latin ‘adolescere’ yang bermakna
‘berkembang kea rah kematangan’ (to grow into maturity).

Remaja menurut pengertian bahasa Melayu juga bermaksud seorang kanak-


kanak yang sudah mulai dewasa atau sudah cukup umur untuk berkahwin (Teuku
Iskandar, 1996). Manakala menurut Mohd Amin H.A. Shariff (1998), terdapat istilah
khusus yang biasa dikaitkan dengan remaja. Antaranya ialah panggilan belia, anak
muda dan orang muda. Istilah lain yang sering digunakan untuk menerangkan sifat
umum yang ada pada remaja itu sendiri adalah seperti baligh dan matang. Kadang-
kadang perkataan ‘juvenil’ turut disebut kerana ia berkaitan dengan remaja.

1.7 KESIMPULAN

Dalam bab satu ini pengkaji telah menerangkan tentang pengenalan, permasalahan
kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, kewajaran kajian dan takrifan
konsep.

Dalam bab ini juga kita dapat memahami apa yang ingin dikaji oleh pengkaji
bermula dengan mencari permasalahan yang ditimbulkan oleh media baharu dan
seterusnya membina persoalan kajian dan objektif kajian untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh media baharu yang memberi kesan kepada pola pengundian di
Malaysia terutamanya dalam kalangan remaja.
BAB II

SOROTAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Menerusi bab 2 ini, sorotan literatur akan diterangkan dan dijadikan sebagai
contoh dalam kajian yang dijalankan. Tinjauan literatur merupakan ulasan
maklumat yang diperoleh daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan-
penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan terbaru (Amani Dahaman,
2011). Kajian lepas sangat penting untuk dijadikan panduan kepada pengkaji
agar kajian yang sama tidak berulang dan proses kajian lapangan dapat
dijalankan. Tujuan literatur ialah pengumpulan maklumat penyelidik tentang
permasalahan yang sedang dikaji.

2.2 TEORI TINGKAH LAKU TERANCANG

Teori Tingkah Laku Terancang merupakan teori yang menghuraikan tentang


tingkah laku manusia (Ajzen, 1991). Teori ini merupakan model lanjutan yang
diubah suai berikutan kelemahan yang ketara di dalam model Teori Tindakan
Bersebab (Theory Of Reasoned Action) yang dibangunkan oleh Fishbein dan
Ajzen (1975). Teori ini memberi tumpuan utama kepada tahap keinginan yang
mendorong tingkah laku yang hendak dipersembahkan (Ajzen, 1991). Dalam
konteks ini, tahap keinginan dianggap dapat mengungkap faktor motivasi yang
dipengaruhi sesuatu tingkah laku (Ajzen, 1991).
Hisrich (2008) telah mengukuhkan lagi pandangan tersebut dan
menghuraikan bahawa terdapat dua bentuk persepsi dalam faktor motivasi
tersebut iaitu berkemungkinan boleh atau mudah untuk dilakukan menerusi
12

gambaran melalui keyakinan personality individu dan tahap persepsi tersebut


sangat diingini atau dikehendaki sepertimana yang digambarkan menerusi sikap
individu. Sehingga kini, model Ajzen (1991) telah digunakan dengan begitu
meluas dalam teori psikologi untuk meramalkan tingkah laku manusia (Krueger,
2000).

Menurut Fishbein dan Ajzen (1975), pembentukan tingkah laku manusia


dipercayai ditentukan oleh tahap keinginan dan perubahan tingkah laku untuk
melakukan sesuatu tindakan tertentu terhadap objek bergantung kepada situasi
tertentu pada masa yang ditetapkan. Kajian yang dijalankan oleh Krueger dan
Carsrud (2003) pula mendapati tahap keinginan merupakan peramal terbaik
kepada tingkah laku yang dipercayai mempunyai perbezaan atau kelainan yang
tersendiri dan bergantung kepada objek, situasi serta masa bagi
mempersembahkan sesuatu bentuk tingkah laku (Krueger, 2000).

Teori Tingkah Laku Terancang telah dipilih bagi menyokong kajian ini.
Untuk itu, aspek pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah elemen-elemen
yang diperoleh berdasarkan andaian teori yang akan digunakan. Teori Tingkah
Laku melibatkan tiga konsep utama iaitu pembentukan sikap, faktor kawalan
tingkah laku yang dilihat dan norma subjektif. Teori ini menyatakan bahawa niat
individu untutk melakukan suatu tingkah laku tertentu dipengaruhi oleh sikap
individu.

2.2.1 Sikap

Sikap merupakan suatu perilaku merupakan suatu fungsi yang didasarkan oleh
kepercayaan (belief) yang disebut sebagai behavioural beliefs, iaitu kepercayaan
individu tentang kesan dan akibat samada positif atau negatif yang akan
diperoleh individu dari melakukan suatu perilaku (salienr outcome beliefs).
Walaupun seseorang individu berkemungkinan memiliki banyak kepercayaan
mengenai kesan daripada melakukan sesuatu perbuatan, namun hanya
sebahagian kecil sahaja dari jumlah kepercayaan tersebut yang dapat diakses. Ia
merupakan kepercayaan individu mengenai kesan yang akan diperoleh dari
13

melakukan sesuatu perilaku atau disebut sebagai salient outcome beliefs (Ajzen,
2005).

Berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang (TPB), sikap terhadap


sesuatu perilaku (attitude toward the behaviour) dapat didefinisikan sebagai
tingkat penilaian positif atau negative individu terhadap sesuatu perilaku.
Attitude toward the behaviour ditentukan oleh kombinasi antara kepercayaan
individu mengenai kesan positif atau negative perilaku (behavioural beliefs)
dengan nilai subjektif individu terhadap setiap kesan berperilaku tersebut
(outcome evaluation).

Menurut teori tingkah laku terancang, sikap diiktiraf sebagai penilaian


yang positif atau negatif oleh seseorang individu terhadap tingkah laku yang
tertentu dan dinyatakan dalam bentuk jangkaan hasil terhadap pelaksanaan
tingkah laku tersebut. Sikap seseorang individu terhadap pelaksanaan sesuatu
perubahan dalam membuat keputusan adalah dijangka akan meningkatkan
kesanggupan dan motivasi beliau untuk menyokong perubahan tersebut.
Jangkaan manfaat dari perubahan iaitu penilaian positif individu terhadap
tingkah laku berkenaan perubahan digunakan untuk mengukur sikap. Ini
bermakna, individu yang mempunyai jangkaan manfaat dari perubahan yang
tinggi akan menyokong sebarang maklumat yang diperoleh melalui berita atas
talian.

Umumnya, semakin individu memiliki penilaian bahawa sesuatu


perilaku akan menghasilkan kesan positif, maka individu akan cenderung
bersikap favorable terhadap perilaku tersebut. Tetapi jika sebaliknya, semakin
individu memiliki penilaian bahawa sesuatu perilaku akan menghasilkan kesan
yang negative, maka individu akan cenderung bersikap unfavourable terhadap
perilaku tersebut (Ajzen, 2005).
14

2.2.2 Norma Subjektif

Norma subjektif merupakan tekanan normatif yang timbul daripada persepsi


bahawa orang lain yang berkenaan mahu orang yang berkenaan untuk
melaksanakan tingkah laku tertentu (Ajzen, 1991). Dalam kata lain, norma
subjektif adalah merujuk kepada persepsi seseorang individu sama ada orang-
orang penting di sekelilingnya menyokong atau tidak menggalakkan beliau
untuk melaksanakan tingkah laku tersebut. Norma subjektif berdasarkan teori
ini adalah merujuk kepada pengaruh interpersonal (contohnya, sokongan rakan
sebaya, sokongan penyelia, sokongan pengurus, sokongan keluarga).

Menurut Ajzen (2005) lagi, norma subjektif merupakan fungsi yang


didasarkan oleh kepercayaan yang disebut sebagai normative beliefs, iaitu
kepercayaan individu atau kumpulan mengenai bersetuju atau tidak bersetuju
terhadap sesuatu perilaku (salient refrent beliefs). Ajzen (2006) menambahkan,
pada beberapa perilaku, rujukan sosial yang dianggap penting seperti rujukan
sosial seperti golongan orang tua, pasangan yang berkahwin, sahabat, rakan
kerja dan rujukan lain yang berhubungan dengan perilaku.

Secara khusunya, dalam TPB, norma subjektif tentang sesuatu perilaku


(subjective norm) didefinisikan sebagai persepsi individu tentang tekanan sosial
untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perilaku. French dan Raven
(Fishbein & Ajzen, 1975) menjelaskan bahawa motivasi untuk mencapai tahap
diingini sebagai salah satu hal yang mempengaruhi nilai norma subjektif tentang
sesuatu perilaku adalah dipengaruhi oleh kekuatan sosial. Kekuatan sosial yang
dimaksudkan terdiri dari penghargaan atau hukuman yang diberikan sumber
rujukan kepada individu, rasa suka individu terhadap sumber rujukan, seberapa
besar individu menggangap sumber rujukan sebagai seorang ahli, dan adanya
permintaan dari sumber rujukan tersebut.
15

2.2.3 Kawalan Tingkah Laku

Jangkaan kawalan tingkah laku adalah merujuk kepada “sejauh mana sesebuah
komuniti percaya bahawa terdapat pelbagai faktor sama ada memudahkan atau
menghalang keupayaan mereka untuk bertindak menyokong perubahan”
(Jimmieson, 2008). Dalam kajian ini, konstruk efikasi kendiri digunakan dalam
rangka kerja teori tingkah laku terancang. Efikasi kendiri merujuk kepada
keyakinan yang seseorang rasa berkenaan dengan tindakan dalam melakukan
tingkah laku tertentu, termasuk keyakinan dalam mengatasi halangan untuk
mencapai tingkah laku tersebut. Dalam konteks perubahan organisasi, efikasi
boleh ditakrifkan sebagai menjangka keupayaan untuk melakukan inisiatif
(Bandura, 1986). Efikasi kendiri tersebut dalam karya konstruk yang sama atau
serupa dengan jangkaan kawalan tingkah laku (Ajzen, 2002).

Ajzen (2006) menyatakan bahawa hasrat dan persepsi tentang kawalan


perilaku (perceived behavioural control) adalah berpengaruh terhadap sesuatu
perilaku yang dilakukan oleh indidivu, namun pada umumnya, hasrat dan
persepsi tentang kawalan perilaku (perceived behavioural control) tidak
memiliki hubungan yang signifikan. Ini bermakna setiap individu mempunyai
kawalan dalaman yang dimiliki untuk membuat sebarang perilaku.

Ajzen (2006) turut menghujah bahawa persepsi tentang kawalan


perilaku sebagai fungsi yang berdasarkan kepercayaan yang disebut sebagai
kawalan kepercayaan (control beliefs), iaitu kepercayaan individu mengenai
faktor yang mendorong atau tidak mendorong untuk melakukan suatu perilaku
(sailent control beliefs). Kepercayaan tentang faktor sokongan untuk melakukan
suatu perilaku adalah disebabkan oleh pengalaman silam individu mengenai
sesuatu perilaku, maklumat yang diperoleh oleh individu tentang suatu perilaku
yang diperoleh dan juga disebabkan oleh berbagai faktor lain yang dapat
meningkatkan ataupun menurunkan perasaan individu mengenai suatu perilaku.

Maka, tingkah laku terancang (TPB), persepsi tentang kawalan perilaku


(perceived behavioural control) didefinisikan sebagai persepsi individu
mengenai kesediaan atau keengganan untuk melakukan suatu perilaku. Persepsi
tentang kawalan perilaku ditentukan oleh gabungan antara kepercayaan individu
16

mengenai faktor yang menyokong atau tidak menghalang untuk melakukan


suatu perilaku (control beliefs), dengan kekuatan perasaan individu pada setiap
faktor pendorong ataupun penerima tersebut (perceived power control). Oleh
itu, individu yang mempunyai efikasi kendiri berkenaan sesuatu perubahan yang
tinggi akan menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap perubahan yang
dilaksanakan.

2.3 Penerimaan Berita Politik Secara Dalam Talian

Sifat interaktif yang wujud dalam media baru ini memberi kesempatan ke arah
menyumbang maklumat ke rangkaian global. McLuhan dan Powers (1989)
dalam The Global Village meramalkan bahawa teknologi bakal merubah senario
persekitaran dunia pada masa hadapan (Mohd Safar Hashim, 2005). Kewujudan
ruang chat, forum dan blog dalam masa yang sama telah mengurangkan
komunikasi interpersonal dalam kalangan khayalak seterusnya mewujudkan
masyarakat maya atau alam siber yang lebih terbuka dan berpengetahuan.
Malah, masa dan ruang serta batas sempadan sesebuah negara turut menjadi
tidak relevan. Menerusi aspek teknologi, medium ini dapat memperkasa ruang
partisipasi, memanjangkan interaksi melampaui sempadan negara dalam sekelip
mata, meningkatkan kebebasan malahan boleh bertindak sebagai platform untuk
menyekat hegemoni yang selama ini dipraktikkan oleh penguasa atau elit
pemerintah menerusi media aliran perdana seperti televisyen, radio dan surat
khabar.

Ruang demokrasi maklumat khususnya menerusi media baru telah


meningkatkan amalan partisipasi dalam kalangan pengguna terutamanya
golongan beli. Sejajar dengan hasil kajian Mohd Fuad Mat Jali (2012)
mendapati bahawa tabiat pemilihan belia adalah berbeza berbanding golongan
dewasa, kerana golongan dewasa lebih berminat membaca akhbar harian,
menonton berita, mendengar berita di radio dan sebagainya. Namun, di internet
adalah sebaliknya kerana medium ini banyak digunakan oleh belia untuk belajar
tentang partisipasi politik. Partisipasi politik berdasarkan kajian Holt et al.
(2013) menyatakan bahawa partisipasi merujuk kepada komponen tingkah laku
17

dalam penglibatan politik sebagai aktiviti yang mempunyai tujuan dan memberi
kesan dalam mempengaruhi tindakan kerajaan. Sama ada secara langsung, iaitu
dengan memberi kesan dalam penggubalan atau pelaksana dasar awam.
Manakala secara tidak langsung dengan mempengaruhi dalam pemilihan siapa
bakal berkuasa menggubal dasar ini.

Kajian di Amerika Syarikat (2000) dan United Kingdom (2001)


menunjukkan bahawa media memainkan peranan penting sebagai sumber
maklumat politik dan berita dalam pilihan raya. Komunikasi politik melalui
internet telah mentransformasikan wacana politik, penyertaan politik dan
kaedah kempen pilihan raya sesebuah negara seterusnya mewujudkan suasana
berpendapat yang bebas dan demokratik (Jankowski dan Van Selm, 2008).
Kajian hubungan antara penggunaan internet dan penyertaan politik dalam
kalangan golongan muda Australia menunjukkan bahawa terdapat ‘jurang
digital’ dalam kalangan rakyat yang berumur 18-34 tahun di Australia mengikut
ciri-ciri demografi geografi, tahap pendidikan, tahap pendapatan dan klasifikasi
pekerjaan (Vromen, 2007). Calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya
yang berusia lebih muda dan berpendidikan tinggi lebih berkecenderungan
untuk menggunakan internet dalam siri kempen mereka sekaligus mendapat
perhatian dari golongan muda (Hernson et al. 2007).

Junaidi (2013) dalam kajian “Penggunaan Internet dan Persepsi Politik


Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia” mendapati bahawa pengaruh
internet dan media sosial memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
perlakuan politik para mahasiswa. Mereka juga kritis terhadap isu semasa tetapi
masih merupakan kumpulan intelek yang menyokong pentadbiran universiti dan
kerajaan. Namun demikian, kerajaan juga perlu mendengar dan mengambil kira
pandangan mereka dalam usaha memajukan masyarakat dan negara.

Berdasarkan kajian Nilsson dan Carlsson (2013), pengkaji mempercayai


bahawa media baru mempunyai peranan demokratik kerana boleh digunakan
untuk menyebarkan maklumat tanpa melibatkan media tradisional sebagai
perantara. Manakala Balaraman (2013) membincangkan dalam kajian beliau
bahawa media arus perdana negara ini dilihat bersikap berat sebelah dan
memilih berita yang mempunyai nilai komersial. Senario politik negara dan juga
18

kegagalan peranan yang dimainkan oleh media tradisional menyebabkan rakyat


beralih kepada medium komunikasi baru iaitu Internet dan media digital yang
tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Media baru telah membina posisi yang
sangat kuat berbanding media tradisi yang masih dikongkong oleh sikap
memelihara kepentingan pemilik dasar.

Menurut artikel Fatimah Akmal dan Ali Salman, Partisipasi Politik Belia
Secara ‘Online’ Melalui Ruang Demokrasi Maklumat Media Baru memberikan
fokus kepada penggunaan media baru sebagai medium yang memudahkan
sebaran maklumat, di mana informasi boleh diakses tanpa sekatan. Malah
pengguna bebas berkongsi, menyuarakan pendapat dan mampu meningkatkan
partisipasi politik mereka (Fatimah Akmal & Ali, 2015:81). Kajian ini
dijalankan dengan melihat hubungan demokrasi ruang media baru dengan
partisipasi politik secara online dan offline dalam kalangan belia bandar
terutamanya.

Partisipasi politik secara online ialah mempunyai keupayaan dalam


menyuarakan pendapat politik secara dalam talian manakala partisipasi politik
secara offline adalah secara luar talian seperti menghadiri perhimpunan. Hasil
kajian telah menunjukkan bahawa media baru disokong sebagai ruang
demokrasi maklumat dan belia aktif dalam partisipasi politik secara online dan
offline. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dijalankan iaitu
fokus ke atas partisipasi politik dalam kalangan pelajar. Namun, kajian ini hanya
memfokuskan kepada pelajar yang belum keluar mengundi sahaja.

Walaubagaimanapun, kajian oleh Syed Arabi (2014) mengenai


penggunaan media massa di Malaysia mendapati remaja yang berumur 21
hingga 35 tahun lebih mempercayai kredibiliti maklumat politik di akhbar
berbanding televisyen dan internet. Hariszuan (2014) dalam kajian budaya
popular mendapati budaya popular bukan hanya dalam bentuk video YouTube,
status Facebook, pentas konsert tetapi juga hubungan kuasa dan ranah
pembentukan makna. Budaya popular digunakan oleh kebanyakan orang muda
untuk mengartikulasikan idea, pandangan, gagasan mereka terhadap sebarang
isu di negara ini. Sementara itu, Fazlina (2014) dalam kajian “Kartun Editorial
Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008: Rupa, Jiwa dan Kritikan” mendapati
19

terdapat perbezaan yang nyata dari segi rupa, jiwa dan kritikan oleh kartunis
editorial Melayu yang menyiarkan karya mereka melalui akhbar aliran arus
perdana dan alternatif media.

2.4 Kerangka Teoritikal

Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan teori kawalan tingkah
laku terancang bagi menyokong kajian yang akan dijalankan. Oleh itu, dalam
kerangka teoritikal ini pengkaji akan memfokuskan definisi berkaitan dengan
teori yang akan digunakan ini.

Teori tingkah laku terancang oleh Taylor & Todd (1995) telah digunakan
dan diubahsuai untuk disesuaikan dengan landskap kajian ini. Model ini adalah
pemecahan daripada Teori Tingkah Laku Terancang yang dibangunkan oleh
Ajzen (1991). Teori ini mengandaikan bahawa individu menyedari implikasi
tindakan mereka sebelum mereka memutuskan untuk terlibat atau tidak terlibat
dengan sesuatu tindakan. Juesteru, setiap tindakan individu mempunyai sebab,
terancang dan berada dalam keadaan sedar. Matlamat teori ini adalah untuk
meramal dan memahami tingkah laku individu. Untuk itu, perlu dikenalpasti
apakah yang menentukan sesuatu tingkah laku. Oleh kerana tingkah laku
individu berada dalam kawalan kehendak, maka niat dilihat sebagai faktor
utama yang menentukan pelaksanaan sesuatu tingkah laku (Maizatul Haizan
Mahbob, 2009).

Niat pula ditentukan oleh tiga faktor penentu utama iaitu Faktor peribadi,
pengaruh sosial dan kekangan tingkah laku. Faktor peribadi ialah penilaian
positif atau negatif individu dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Faktor ini
dinamakan sikap ke atas tingkah laku. Seterusnya, pengaruh sosial pula ialah
persepsi tekanan sosial seseorang ke atas dirinya untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu tindakan. Faktor ini dinamakan norma subjektif. Kedua-dua
faktor iaitu faktor peribadi dan pengaruh sosial kadangkala tidak mampu
mempengaruhi individu kerana tingkah laku seseorang itu kadangkala
bergantung kepada faktor di luar kawalan mereka. Faktor ini dinamakan
kawalan tingkah laku.
20

Ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi tingkah laku ini adalah terbit


daripadakepercayaan individu tentang sesuatu perkara. Seseorang yang percaya
bahawamelaksanakan sesuatu tingkah laku akan mendorong kepada hasil yang
kebanyakannya positif, maka dia akan mempunyai sikap ke arah melakukan
tingkah laku tersebut.Seseorang yang percaya bahawa kebanyakan orang
rujukan yang memotivasikannyamerasakan dia perlu melakukan sesuatu
tingkah laku, maka norma subjektif ini akan mendorongnya melakukan tingkah
laku tersebut. Seseorang yang percaya bahawa dia mempunyai lebih banyak
sumber dan peluang serta efikasi diri, maka kawalan tingkah lakuini
mendorongnya melakukan tingkah laku yang diinginkan.

Aspek kepercayaan ini bagaimanapun tidak dihuraikan dengan spesifik


oleh Ajzen (1991) dalam teori tingkah laku terancang (TPB). Justeru Taylor &
Todd (1995) telahmemecahkan aspek kepercayaan tersebut kepada faktor yang
lebih spesifik melalui model pemecahan teori tingkah laku terancang (DTPB).
Faktor kepercayaan bagi konstruk sikap misalnya dipecahkan kepada faedah,
mudah guna dan kesesuaian teknologi. Manakala faktor kepercayaan bagi
konstruk norma subjektif dipecahkan kepada pengaruh interpersonal dan luaran.
Faktor kepercayaan bagi kawalan tingklah laku pula dipecahkan kepada efikasi
diri dan suasana dorong.

Truong (2009), melaporkan Teori Kawalan Tingkah Laku Terancang


(TPB) berpandangan bahawa niat tingkah laku adalah fungsi kepercayaan
individu berdasarkan tiga cara : (1) kepercayaan tingkah laku (Attitude toward
Behaviour) – kepercayaan mereka tentang tingkah laku yang berkemungkinan;
(2) kepercayaan normatif (Subjective Norm) – persepsi terhadap kebanyakan
orang yang merasakan dia harus atau tidak melakukan sesuatu tindakan yang
sedang difikirkan; (3) keyakinan kawalan tingkah laku (Perceived Behavioural
Control) – kepercayaan berdasarkan wujud atau tidak faktor yang menjadi
pendorong kepada sesuatu perbuatan.
21

ATTITUDE
(Behavioural beliefs
weighted by Outcome
evaluations)

SUBJECTIVE NORM BEHAVIOURAL


(Normative beliefs weighted BEHAVIOUR
INTENTION
by Motivation to comply)

PERCEIVED BEHAVIOURAL
CONTROL
(Control beliefs weighted by
Influence of control beliefs)

Rajah 2.4 Model Teori Tingkah Laku Terancang (Taylor & Todd, 1995)

2.5 Kerangka Kajian

PEMBOLEHUBAH BEBAS (IV) PEMBOLEHUBAH BERSANDAR (DV)

Niat
Sikap
Norma Subjektif Penerimaan Berita Politik
Kawalan Tingkah Laku

Rajah 2.5 Kerangka Kajian


22

2.6 Hipotesis Kajian

Untuk mewujudkan hipotesis dalam kajian ini, beberapa pembolehubah telah


dikenalpasti iaitu :

2.6.1 Hipotesis 1
H1 : Wujud hubungan yang signifikan di antara sikap pelajar terhadap
penerimaan berita politik dalam talian.

2.6.2 Hipotesis 2

H1 : Wujud hubungan yang signifikan di antara norma subjektif


pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam talian.

2.6.3 Hipotesis 3

H1 : Wujud hubungan yang signifikan di antara tahap kawalan


tingkah laku pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam talian.

2.7 Rumusan

Sebagai rumusan, bab ini menerangkan pemboleh ubah yang digunakan oleh
pengkaji berdasarkan elemen-elemen yang terdapat di dalam teori. Kesemua
elemen yang digunakan telah diperincikan oleh pengkaji bagi memudahkan lagi
pembaca untuk memahami maksud yang ingin disampaikan.

Dalam bab ini juga pengkaji banyak membuat bahan bacaan dan kajian
lepas hasil daripada bahan pengkaji. Kajian lepas ini bertujuan untuk
menjalankan kajian yang tidak pernah dijalankan oleh mana-mana pihak. Dalam
pada itu, pengkaji menggunakan kajian lepas sebagai panduan untuk pengkaji
menyediakan kajian yang baik. Kajian lepas ini juga banyak membantu pengkaji
dalam menyediakan soal selidik yang berkualiti.
23

Teori dan model yang digunakan oleh pengkaji juga diterangkan dalam
bab ini. Teori dan model ini banyak membantu pengkaji dalam memastikan
kajian tidak terpesong daripada tajuk asal. Teori ini juga membantu pengkaji
untuk menganalisis data.
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan perkara utama yang menjadi panduan bagi menyempurnakan


sesebuah penyelidikan. Dalam bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan secara
terperinci aspek-aspek yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan dan bagaimana
penyelidikan ini dijalankan.

Bagi mendapatkan data yang baik, kaedah penyelidikan kajian tersebut haruslah
sempurna dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini bagi menjamin dapatan
kajian yang dihasilkan nanti benar-benar terjamin mutunya. Menurut Ruhizan
Mohammad Yasin (2010), data yang baik diperoleh daripada penyelidikan yang
dirancang rapi berdasarkan reka bentuk yang bersesuaian iaitu pendekatan yang
digunakan dalam proses mendapatkan data penyelidikan.

Antara perkara yang akan diterangkan di dalam bab ini adalah perkara-perkara
yang berkaitan dengan reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, kawasan kajian
dan instrumen kajian.

Selain itu, bab ini juga meliputi prosedur pengumpulan data dan penganalisaan
data yang akan digunakan sebagai garis panduan untuk mengkaji dan menganalisa hasil
dapatan bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang tepat dan
sahih.
25

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Robson (2011) menyatakan bahawa reka bentuk kajian adalah kerangka yang diguna
oleh sesebuah kajian untuk menukar persoalan kajian kepada projek yang melibatkan
komponen tujuan, teori, persoalan kajian, metod dan strategi persampelan. Sementara
itu, Creswell (2009) berpandangan, reka bentuk kajian adalah rancangan atau cadangan
bagi menjalankan kajian yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi
penyelidikan dan metod kajian. Reka bentuk kuantitatif sesuai bagi kajian deskriptif
manakala kajian yang bertujuan membuat penjelasan, reka bentuk eksperimen adalah
sesuai diguna (Robson, 2011).

Justeru reka bentuk kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan reka
bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan (survey). Menurut Chua Yan Piaw (2006),
reka bentuk kajian merupakan satu tatacara mengumpul dan mengolah data berdasarkan
perancangan khusus dan sistematik yang melibatkan serangkaian pemboleh ubah dalam
sesebuah kajian.

Tujuan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini digunakan
adalah bagi memudahkan penulis untuk mengenal pasti, menghuraikan, membanding
dan mencari hubungan antara aspek-aspek dalam persekitaran pembelajaran makmal
sains (Creswell, 2008). Secara spesifik, reka bentuk tinjauan yang terlibat ialah tinjauan
rentas silang di mana data diambil pada satu peringkat dalam satu masa. Hal ini kerana
penulis akan mengedarkan borang soal selidik kepada responden dan membuat
penilaian tentang aspek psikososial makmal sains sekali sahaja dalam tempoh masa
kajian dijalankan.

Kajian ini merupakan kajian tinjauan bertujuan untuk mengumpul data daripada
satu set populasi. Menurut Barbie (2001), kajian tinjauan merupakan kaedah yang
terbaik untuk memungut data yang asli daripada populasi yang besar melalui teknik
persampelan. Kaedah tinjauan dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen utama. Soal selidik telah dipilih sebagai alat kajian utama kerana ianya
melalui pentadbiran soal selidik. Selain itu, saiz sampel yang besar boleh diaplikasikan
dan maklumat diperoleh secara terus daripada responden dalam masa yang singkat.
Hasil kajian juga dapat digeneralisasi kepada populasi dengan tepat dan berkesan.
26

Mengikut Black dan Champion (1976: 85) pula, tinjauan merupakan satu
tatacara yang tertentu bagi pengumpulan maklumat mengenai sekumpulan besar
penduduk dan mengkaji beberapa orang darinya (sampel) daripada sekumpulan besar
ini (populasi). Kaedah ini dapat dikendalikan secara besar-besaran dan digunakan untuk
menentukan taburan dan hubungan antara pembolehuh-pembolehubah sosiologikal dan
psikologikal dalam kaedah tinjauan, responden sedar bahawa mereka dikaji serta diberi
peluang untuk melibatkan diri secara aktif ( Loudan & Bitta 1984:66). Ianya bukan
menjimatkan masa dan kos, bahkan juga memperolehi maklum balas dengan segera.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh beberapa sarjana barat (Barbie 2001; Gay
2996; Mitchell & Jolley 2004; Neuman 2003) yang mengatakan bahawa soal selidik
adalah kaedah termudah dan berkesan dalam memperoleh data piawai daripada saiz
sampel kajian yang besar dan menyeluruh. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan
kuantitatif dengan menjalankan kaedah pengedaran borang soal-selidik yang dijalankan
secara atas talian melalui aplikasi Google Form kepada pelajar UKM yang dipilih
secara rawak.

3.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN

Menurut Mohd Yusof (2005), populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak
dikaji. Ia juga merupakan objek atau peristiwa yang dikaji. Populasi merujuk kepada
himpunan keseluruhan subjek kajian yang tidak terhad kepada kumpulan manusia
sahaja tetapi merangkumi apa sahaja kumpulan subjek yang menjadi tumpuan kajian
(Bidin Yatim & Sharipah So’aad Syed Yahaya, 2002). Kajian ini dijalankan di
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Populasi dipilih daripada kalangan pelajar
UKM yang terdiri daripada golongan belia. Namun, kajian ini memfokuskan hanya
kepada pelajar yang bakal mengundi dalam pilihan raya akan datang.

Sampel ialah kumpulan yang akan dikaji dan diperoleh daripada populasi.
Persampelan bermaksud membolehkan maklumat diperoleh daripada sebahagian
daripada kumpulan yang lebih besar atau mendapatkan sampel daripada populasi
sasaran. Pengambilan sampel daripada populasi mestilah benar-benar mewakili
populasi (Mohd Yusof, 2005). Menurut Azizi (2007), beberapa teknik dapat digunakan
bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat. Persampelan adalah
27

tindakan, proses atau teknik untuk memilih sampel atau wakil sebahagian populasi
untuk tujuan menentukan parameter atau ciri-ciri keseluruhan populasi (Mugo Fridah,
2002). Proses menentukan jumlah sampel yang diambil adalah penting dalam kajian-
kajian yang dijalankan.

Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu melalui
persampelan rawak mudah (simple random sampling), persampelan berstrata (stratified
sampling), persampelan sistematik (systematic sampling) dan persampelan kelompok
(cluster sampling). Walaubagaimanapun, pemilihan sampel dalam kaedah tinjauan
adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian,
2000). Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak di mana ianya merupakan
teknik persampelan yang asas dan mudah.

Dalam kajian ini, kerangka persampelan mewakili tujuan dan tiga ciri yang telah
ditetapkan oleh penyelidik iaitu pertama, responden yang bakal mengundi dalam pilihan
raya. Kedua, responden yang terdedah dengan penggunaan media baru dalam aktiviti
seharian mereka. Ketiga, peringkat umur responden memfokuskan hanya golongan
belia dalam lingkungan umur di antara 18 hingga 21 tahun. Responden juga terdiri
daripada peringkat lingkungan umur dan jantina yang berbeza. Responden juga terdiri
daripada latar belakang dan kaum yang berbeza. Hal ini membolehkan pengkaji
mendapat maklumat yang tepat untuk kajian.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan formula


persampelan Krejcie dan Morgan untuk menentukan saiz sampel pengkaji. Pengkaji
memilih seramai 100 orang pelajar UKM sebagai responden dalam kajian ini. Pemilihan
tersebut adalah berdasarkan jumlah populasi pelajar UKM yang belum keluar
mengundi.

3.4 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian merupakan salah satu elemen penting dalam sesebuah penyelidikan.
Kawasan yang dipilih mestilah spesifik bersesuaian dengan tajuk. Kebiasaannya,
kawasan kajian dipilih berhampiran dengan tempat tinggal pengkaji supaya kajian lebih
mudah untuk dijalankan. Pengkaji perlu memilih kawasan yang memenuhi syarat untuk
28

menjalankan kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian
di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Fokus utama dalam kajian ini ialah
golongan yang belum pernah mengundi iaitu belia yang berumur 18-21 tahun sebagai
responden. UKM merupakan kawasan tumpuan yang paling sesuai untuk menjalankan
kajian memandangan pengkaji juga tinggal di kawasan tersebut. Selain itu, pengkaji
telah memilih UKM kerana pelajar di sini datang dari semua pelosok negeri sekaligus
memudahkan pengkaji untuk mendapatkan responden dari seluruh negeri di Malaysia.
Bukan itu sahaja, bersesuaian dengan kajian berkaitan media baharu, golongan belia
merupakan antara pengguna tegar gajet-gajet moden dan golongan yang suka
mendapatkan maklumat daripada media baharu seperti telefon pintar berbanding media
cetak iaitu surat khabar. Oleh itu, pengkaji berharap agar kawasan kajian yang dipilih
itu boleh membantu pengkaji dalam menjalankan kajiannya.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan alat ukur yang digunakan dalam menentukan data serta
maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau sebaliknya. Maklumat berkaitan
instrumen kajian adalah merupakan perkara yang amat mustahak dalam merancang
sesuatu kajian bagi tujuan mengumpul data yang akan diperoleh (Cresswell, 2008).
Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Soal selidik
terdiri daripada perkara yang spesifik yang memandu responden untuk memberikan
jawapan mereka (Azizi, 2007). Ia digunakan untuk memperoleh data kuantitatif. Soal
selidik bagi kajian ini dibina dengan merujuk kepada soal selidik yang digunakan dalam
kajian lepas dan rujukan daripada jurnal para penyelidik professional yang berkaitan
dengan kajian ini.

Seterusnya, soal selidik ini dirangkakan berdasarkan keperluan objektif kajian.


Soalan selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B,
bahagian C, bahagian D, bahagian E dan bahagian F. Bahagian A lebih berfokuskan
kepada latar belakang responden. Bagi mengenalpasti latar belakang responden dengan
lebih terperinci, beberapa soalan akan dikemukakan antaranya ialah jantina, bangsa,
fakulti dan negeri asal.
29

Bahagian B pula memfokuskan soalan berkaitan dengan jenis media sosial yang
digunakan untuk mendapatkan berita politik. Soalan ini penting bagi mengetahui
medium yang popular digunakan oleh pelajar untuk memperoleh maklumat berkaitan
politik. Bahagian ini penting untuk membuktikan adakah medium yang digunakan
tersebut mempengaruhi pola pengundian dalam kalangan golongan belia serta cara
penyampaian berita yang digunakan oleh medium tersebut benar-benar sahih atau
sebaliknya.
Bahagian C memfokuskan kepada objektif pertama pengkaji iaitu mengkaji
sikap pelajar terhadap penerimaan berita politik secara atas talian. Dalam bahagian C
mengandungi 7 soalan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap tahap penerimaan berita
politik secara atas talian. Bahagian ini akan dirujuk sebagai pengumpulan data
deskriptif untuk menyokong kajian yang dijalankan. Soalan pada bahagian ini dibina
berdasarkan rujukan pada kajian lepas namun terdapat juga sebahagian soalan yang
dibina berdasarkan instrumen sendiri untuk mengumpul dan mengukur perkara ini.
Antara tujuh soalan yang akan diletakkan pada bahagian ini bagi mengenalpasti
sejauhmana golongan belia yang belum mengundi melibatkan diri dalam politik
menerusi media sosial antaranya ialah berkaitan kekerapan perkongsian maklumat
politik, penggunaan ruang komen dalam laman sesawang politik, tahap kekerapan
melayari media sosial calon politik dan tahap kekerapan berdiskusi mengenai isu politik
dalam media sosial.

Seterusnya, bahagian D akan menjurus kepada soalan berkaitan dengan objektif


kedua pengkaji. Objektif kedua berkaitan dengan norma subjektif pelajar terhadap
penerimaan berita politik atas talian. Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengemukakan
soalan bagi mengetahui adakah media sosial mempengaruhi pola pengundian dalam
kalangan belia yang belum mengundi.

Dalam bahagian E pula, objektif ketiga pengkaji ditekankan iaitu menganalisis


kawalan tingkah laku pelajar dalam penerimaan berita politik secara atas talian. Kajian
Scot & Maryman (2016) menyatakan bahawa penggunaan media sosial merupakan
salah satu usaha yang dilakukan untuk turut serta di dalam pelbagai penyertaan sosial.
Media sosial bukan hanya berfungsi sebagai salah satu medium untuk berkomunikasi
dan menjalin hubungan sosial semata tetapi ianya mempunyai peranan yang besar
dalam penyertaan politik dan sebagainya. Media sosial dianggap mampu untuk
30

melakukan tindakan mobilisasi orang ramai supaya turut serta dan menyokong kegiatan
yang berhubungan dengan perubahan sosial.
Akhir sekali dalam bahagian F, pengkaji memberi fokus kepada soalan
berkaitan pembolehubah bersandar iaitu tahap penerimaan berita politik melalui media
baru dalam kalangan pelajar.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, responden hanya perlu menandakan


jawapan berdasarkan kepada nilai Skala Likert 1 hingga 5 yang telah ditentukan untuk
setiap jawapan item dalam soal selidik. Nilai Skala Likert tersebut adalah seperti jadual
3.5 berikut:

SKALA TAHAP
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Jadual 3.5 Nilai Skala Likert

3.6 JANGKA MASA

Kajian ini akan dijalankan pada semester 1 sesi 2019/2020. Jangka masa sepanjang 2
minggu ditetapkan untuk mengedarkan soal selidik kepada 100 orang responden yang
merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang belum mengundi.
Soal selidik telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Form. Pengkaji
telah menjelaskan tujuan soal selidik dijalankan sebelum membenarkan mereka
menjawab soalan-soalan tersebut. Pengkaji turut mengingatkan responden agar
menjawab kesemua soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik. Keseluruhan
jangka masa kajian ditetapkan dalam 6 bulan dari permulaan pembinaan tajuk kajian
sehingga kajian selesai.
31

3.7 KAJIAN RINTIS

Kebolehpercayaan adalah ukuran yang menunjukkan borang soal selidik bebas dari bias
dan memastikan ketekalan ukuran merentasi masa item yang berbeza. Keperluan ujian
kebolehpercayaan ialah untuk mengukur kestabilan dan ketekalan borang soal selidik
untuk mengukur konsep dan membantu menilai sama ada borang soalan selidik baik
atau tidak (Sekaran & Bougie, 2009). Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu sesuatu
instrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperoleh boleh dipercayai dan
tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001). Tujuan kebolehpercayaan adalah untuk
menguji keupayaan soalan soal selidik untuk menghasilkan keputusan yang sama di
bawah keadaan yang sama (Field, 2003).

Salah satu contoh ujian kaedah yang diperlukan sering digunakan dalam
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen atau soal selidik kajian ialah
kaedah soal selidik. Untuk soal yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan
muka dan kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai 30 orang pelajar dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dirujuk untuk mendapatkan pengesahan
tentang kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik.

Kesahan konstruk sesuatu soal selidik boleh diukur dengan menggunakan nilai
kolerasi antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapat dilakukan
dengan menggunakan analisis kolerasi Pearson antara skor setiap item dengan jumlah
skor mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah bersesuaian dengan teori
yang dikemukakan oleh Abu Bakar (1987) dan Nunnally (1967). Menurut Abu Bakar
(1995) pula, nilai pekali kolerasi yang minimum dan boleh diterima pakai adalah 0.30.
manakala Nunally (1967,1978) serta Nunally dan Bernstein (1994) menyatakan bahawa
nilai kolerasi antara item dengan jumlah skor yang melebihi 0.25 adalah dianggap
tinggi.

Bagi Cohen (1988), nilai pekali kolerasi 0.10 hingga 0.29 dianggap kecil, nilai
pekali kolerasi antara 0.30 hingga 0.49 dianggap sederhana dan nilai pekali kolerasi
antara 0.50 hingga 1.00 dianggap diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-
Total Correlation) iaitu pekali kolerasi Pearson antara skor setiap item dengan jumlah
skor tanpa item berkenaan.
32

Dalam konteks kajian tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah untuk
menentukan kesahan konstruk sosial iaitu yang pertama dengan menggunakan nilai
kolerasi antara skor setiap item dengan jumlah skor, dan kedua penulis menggunakan
nilai kolerasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total
Correlation).

3.8 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN

Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen adalah penting bagi memastikan


dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee,
2001). Dengan itu, pengkaji harus memastikan kesahan dan kepercayaan instrumen bagi
mengesahkan kebolehprcayaan dan kualiti instrumen yang digunakan. Langkah
pertama ialah pengkaji perlu memastikan kualiti instrumen dengan memastikan kesahan
instrumen yang digunakan. Seterusnya langkah kedua iaitu menentukan
kebolehpercayaan soal selidik. Kesahan instrumen dalam aspek kandungan adalah
penting untuk memastikan item pemboleh ubah yang digunakan adalah disahkan.
Kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen merujuk kepada sejauhmana sebuah
instrumen tersebut mengukur apa yang diingini dalam proses penganalisan data.
Kesahan sesuatu instrumen juga merujuk kepada sejauhmana sebuah instrumen
mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell, 2002). Sesuatu instrumen tersebut
dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehpercayaannya mengukur
apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid, 1990).

Menurut Pallant (2001), kebolehpercayaan dirujuk untuk menggambarkan


kestabilan dan ketekalan dalaman. Melalui kajian rintis yang dijalankan, pengkaji
menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik bagi kajian ini. Tahap
kebolehpercayaan kajian ini akan ditentukan oleh nilai Cronbach’s Alpha. Cronbach’s
Alpha adalah ukuran konsistensi dalaman, iaitu bagaimana satu kumpulan item
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Realibiliti diertikan sebagai persetujuan
antara dua usaha untuk mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui
kaedah yang sama (Campbell dan Fiske, 1959). Konsep pengukuran realibiliti dalam
kaedah kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik yang direka untuk menguji
kelompok soal selidik melalui kajian rintis (pilot test) yang bermaksud, satu ujian skala
kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary
33

trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar.
Borders & Babott (1998) menyatakan bahawa skala-skala dalam interpretasi
Cronbach’s Alpha adalah seperti berikut:

Jadual 3.8 Nilai ukuran Cronbach Alpha


Nilai Ukuran
>0.9 Cemerlang
>0.8 Bagus
0.7 Diterima
0.6 Dipersoalkan
<0.5 Tidak Diterima

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat hipotesis bagi


pembolehubah yang telah dikenalpasti. Soalan bagi soal selidik juga dibina berdasarkan
objektif yang bertujuan untuk menguji hipotesis kajian ini di mana ianya dibahagikan
kepada tiga konstruk seperti Bahagian C: Sikap Pelajar Terhadap Penerimaan Berita
Politik Dalam Talian (IV), Bahagian D: Norma Subjektif Pelajar Terhadap Penerimaan
Berita Politik Dalam Talian (IV), Bahagian E: Kawalan Tingkah Laku Pelajar Dalam
Penerimaan Berita Politik Secara Dalam Talian (IV) dan Bahagian F: Peneriman Berita
Politik Melalui Media Baharu (DV).

Berdasarkan ujian rintis yang dijalankan, nilai Cronbach dalam bahagian C iaitu
Sikap Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian iaitu soalan 1 hingga 7
adalah 0.89 (Bagus). Seterusnya, bagi Bahagian D pula iaitu Norma Subjektif Pelajar
Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian, soalan 1 hingga 7 mendapati nilai
Cronbach sebanyak 0.86 (Bagus). Konstruk ke-3, Bahagian E ,Kawalan Tingkah Laku
Pelajar Dalam Penerimaan Berita Politik Dalam Talian iaitu soalan 1 hingga 5
menunjukkan nilai Cronbach sebanyak 0.83 (Bagus). Nilai Cronbach bagi konstruk
Bahagian F iaitu Penerimaan Berita Politik Melalui Media Baharu yang
memperuntukkan soalan 1 hingga 5 memberi nilai 0.86 (Bagus). Dengan kesemua item
dalam pemboleh ubah bebas dan bersandar memiliki nilai Cronbach yang tinggi,
34

kesemua item kekal digunakan untuk kajian lapangan seterusnya. Berikut merupakan
keputusan bagi kajian rintis yang dijalankan.

Jadual 3.9 Nilai Kebolehpercayaan Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik


Dalam Talian
Elemen Cronbach Alpha
Kajian Rintis Jumlah Item
(N = 30)
Sikap (IV) .89 7
Norma Subjektif (IV) .86 7
Kawalan Tingkah Laku (IV) .83 5
Peneriman Berita Politik Melalui Media .86 5
Baru (DV)

3.9 TEKNIK MENGANALISIS DATA

Setelah melalui proses pengutipan data melalui soal selidik terhadap sampel atau kajian,
pengkaji akan mengumpul data-data yang diperoleh untuk dianalisis. Ini bersesuaian
dengan kenyataan Mohd Majid Konting (1990) iaitu data-data yang terkumpul daripada
suatu penyelidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai nilai kecuali
diproses. Menurut beliau lagi, data yang banyak dan pelbagai perlu diolah, dianalisis,
disimpan dan dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu maklumat.

Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik bagi menjawab persoalan
yang berkaitan dengan penyelidikan. Soal selidik dibentuk berdasarkan kepada
permasalahan yang hendak dikaji dan objektif penyelidikan yang hendak dicapai. Soal
selidik dibentuk dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman orang awam
kerana bahasa ini merupakan bahasa utama yang dituturkan oleh rakyat di negara ini.
Tujuan soal selidik dibuat ialah untuk mendapatkan data daripada responden. Soal juga
merupakan salah satu usaha untuk menyampaikan ransangan bagi mendapatkan
jawapan daripada responden.
35

Selepas proses pengedaran borang soal selidik, pengkaji akan menganalisis


setiap jawapan daripada sampel dan analisis akan ditulis atau dipamerkan dalam bentuk
data mengikut item soalan. Pengkaji juga akan menggunakan program SPSS iaitu
program statiscal Package for Social Science untuk memproses data yang dikumpul.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua jenis analisis untuk menguji
hipotesis yang telah dibuat iaitu ujian korelasi dan ujian regresi.

Tujuan langkah ini adalah bagi memperlihatkan maklumat-maklumat yang


terkandung di dalam kajian ini berada dalam keadaan yang tersusun kemas dan
mengikut topik yang telah ditentukan.

4.0 RUMUSAN

Bab ini menjelaskan mengenai segala kaedah kajian yang digunakan bagi menjalankan
kajian ini dengan lebih jelas untuk mencapai objektif kajian. Dalam bab ini juga,
pengkaji menerangkan bagaimana responden dikumpul dan seterusnya menerangkan
bagaimana borang soal selidik diwujudkan melalui instrumen kajian. Akhir sekali, bab
ini akan menerangkan bagaimana cara pengkaji mengambil dan menganalisis data.

Dalam pada pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat ini juga, pengkaji akur


dengan etika-etika penyelidikan yang seharusnya dipatuhi sebagai seorang pengkaji.
Menurut Fina dan Sandstorm (1998) menyatakan bahawa seorang pengkaji mestilah
menyediakan penerangan yang menyeluruh tentang tujuan penyelidikan terutamanya
apabila pengkaji tidak mempunyai kuasa penuh terhadap subjek dan responden.
Kesemua etika ini adalah bagi menjamin kualiti serta mutu kepada penyelidikan yang
dihasilkan.

Bab ini juga merupakan panduan kepada pengkaji untuk terus peka dalam
menjalankan kajian dengan lebih terperinci supaya segala hasil kajian dapat diperoleh
dengan jelas dan lebih tepat. Segala kaedah yang telah dijelaskan dalam bab ini akan
digunakan oleh pengkaji untuk kajian ini. Bukan itu sahaja, ianya juga menjadi panduan
kepada pengkaji untuk memastikan kajian ini dapat diselesaikan.
BAB IV

HASIL DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN

Setelah menjalankan soal selidik terhadap responden, segala data dan maklumat yang
diperlukan akan dianalisis dan dihuraikan dengan lebih terperinci dalam bab empat. Bab
ini akan menganalisis dan membincangkan pandangan pengguna terhadap objektif
pengkaji melalui borang soal selidik yang telah diedarkan. Semua hasil dan data yang
diperolehi adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji di kawasan
kajian. Tafsiran secara deskriptif telah digunakan untuk menganalisis data yang telah
diperolehi. Kajian ini telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS). Hasil keputusan yang diperolehi dibentang dalam bentuk jadual.

4.2 PENGUMPULAN DATA

Soal selidik telah dijalankan secara Dalam Talian melalui aplikasi Google Form. Soal
selidik tersebut telah diedarkan kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Bangi yang belum mengundi. Sebanyak 100 borang soal selidik telah berjaya
dikumpul dan dijawab dengan sempurna sepanjang proses pengumpulan data. Proses
pengumpulan data bagi kajian ini telah mengambil masa sepanjang 4 minggu.
37

4.3 ANALISIS DESKRIPTIF

Analisis deskriptif merupakan statistik yang digunakan untuk menganalisis data melalui
cara penerangan atau deskripsi serta menggambarkan data yang telah dikumpul tanpa
membuat kesimpulan secara generalisasi (Ali Muhson, 2006). Analisis deskriptif
merupakan teknik yang menggambarkan dan menginterpretasikan data yang terkumpul
dengan memberi perhatian dan menjelaskan data yang telah sedia ada melalui hasil data
yang dikumpul ke dalam perisisan SPSS. Kaedah ini hanya diterangkan secara bentuk
deskriptif tanpa menerangkan hubungan, pengajian hipotesi, korelasi mahupun mana-
mana ujian berkaitan serta kesimpulan. Data yang boleh digunakan bagi analisis
deskriptif ialah demografi responden seperti jantina, bangsa, fakulti dan negeri.
Pengkaji akan menjalankan analisis deskriptif ini dengan memerhatikan nilai
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian melalui kajian ini.

4.3.1 Bahagian A – Maklumat Demografi Responden

Jadual 4.1 Maklumat Demografi Responden


Item Kategori Frekuensi Peratus (%)
Jantina Lelaki 40 40
Perempuan 60 60
Bangsa Melayu 68 68
Cina 15 15
India 15 15
Lain-Lain 2 2
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan 41 41
Ekonomi Dan Pengurusan 13 13
Pengajian Islam 3 3
Sains Dan Teknologi 6 6
Kejuruteraan Dan Alam Bina 5 5
Pendidikan 3 3
Perubatan 4 4
Pergigian 3 3
Teknologi Dan Sains Maklumat 3 3
Undang-Undang 7 7
Citra-UKM 2 2
38

Farmasi 3 3
Sains Kesihatan 7 7
Negeri Selangor 26 26
Johor 9 9
Melaka 6 6
Negeri Sembilan 6 6
Pahang 8 8
Terengganu 6 6
Kelantan 3 3
Perak 10 10
Pulau Pinang 6 6
Kedah 4 4
Perlis 5 5
Sarawak 1 1
Sabah 3 3
Wilayah Persekutuan 7 7

Berdasarkan jadual 4.1, maklumat demografi responden yang diselidik oleh pengkaji
merangkumi Jantina, Bangsa, Fakulti dan Negeri. Data daripada sejumlah 100
responden telah dikumpul dan dianalisis dalam pengkaji ini. Berdasarkan item Jantina,
40.0 peratus (40 orang) responden yang diedarkan soal selidik secara rawak adalah
terdiri daripada pelajar perempuan manakala seramai 60.0 peratus (60 orang)
merupakan pelajar lelaki. Bagi item Bangsa, sebanyak 68 peratus (68 orang) terdiri
daripada kaum Melayu, diikuti dengan kaum India seramai 15.0 peratus (15 orang) dan
jumlah bagi kaum Cina pula adalah seramai 15.0 peratus (15 orang) manakala bagi
kaum lain-lain, pengkaji memperoleh seramai 2.0 peratus (2 orang).

Bagi item Fakulti, sebanyak 41.0 peratus (41 orang) terdiri daripada pelajar
Sains Sosial Dan Kemanusiaan diikuti dengan pelajar Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan
iaitu sebanyak 13.0 peratus (13.0 orang) dan Fakulti Sains Dan Teknologi sebanyak 6.0
peratus (6.0 orang). Seterusnya, Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Sains Dan
Kesihatan masing – masing menghasilkan peratusan yang sama iaitu 6.0 peratus (6
orang) manakala Fakulti Kejuruteraan Alam Bina sebanyak 5.0 peratus (5 orang). Bagi
empat fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan, Fakulti Farmasi dan
Fakulti Pergigian sebanyak 3 peratus (3 orang) serta Fakulti Perubatan sebanyak 4
peratus (4 orang). Akhir sekali, bagi fakulti yang baru diperkenalkan di UKM iaitu
39

Citra-UKM tidak ketinggalan apabila terdapat 2 peratus (2 orang) yang turut membantu
dalam menjawab soal selidik ini.

Seterusnya, bagi item Negeri pula, Selangor mencatatkan sebanyak 26 peratus


(26 orang) diikuti negeri Perak iaitu sebanyak 10 peratus (10 orang). Seterusnya, bagi
Negeri Johor pula sebanyak 9 peratus (9 orang), Pahang sebanyak 8 peratus (8 orang)
dan 7 peratus (7 orang) adalah dari Wilayah Persekutuan. Sebanyak 6.0 peratus (6
orang) dari empat buah negeri yang sama iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang
dan Terengganu. Manakala Perlis pula menunjukkan peratusan sebanyak 5 peratus (5
orang) diikuti Kedah sebanyak 4 peratus (4 orang). Negeri Kelantan dan Sabah pula
menghasilkan sebanyak 3 peratus (3 orang). Akhir sekali, bagi Sarawak pula hasil
kajian menunjukkan sebanyak 1 peratus (1 orang).

4.3.2 Bahagian B – Media Sosial Yang Digunakan Untuk Mendapatkan Berita Politik

Jadual 4.2 Media Sosial Yang Digunakan Untuk Mendapatkan Berita Politik
Item Kategori Frekuensi Peratus (%)

Media Sosial Yang Blog 10 10.0


Digunakan Untuk
Facebook 28 28.0
Mendapatkan Berita
Politik Instagram 9 9.0

Telegram 2 2.0

Twitter 44 44.0

Whatsapp 7 7.0

Berdasarkan jadual 4.2, maklumat berkaitan media sosial yang digunakan untuk
mendapatkan berita politik yang diselidik oleh pengkaji merangkumi Blog, Facebook,
Instagram, Telegram, Twitter dan Whatsapp daripada sejumlah 100 responden telah
dikumpul dan dianalisis dalam pengkaji ini. Berdasarkan kajian ini, kebanyakan
responden memilih Twitter sebagai medium untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan berita politik dengan peratusan tertinggi sebanyak 44 peratus (44 orang) diikuti
dengan aplikasi Facebook sebanyak 28 peratus (28 orang). Manakala, terdapat 10
40

peratus (10 orang) memilih Blog, 9 peratus (9 orang) menggunakan Instagram dan 7
peratus (7 orang) menggunakan aplikasi Whatsapp. Akhir sekali, aplikasi Telegram
merupakan pilihan yang paling sedikit dengan peratusan sebanyak 2 peratus (2 orang).

4.3.3 Bahagian C – Sikap Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian

Jadual 4.3 Sikap Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian
Sikap Pelajar Terhadap Penerimaan Peratus (%)
Berita Politik Dalam Talian 1 2 3 4 5 Min SD

Saya kerap membuka link maklumat 1.0 24.0 17.0 45.0 13.0 3.45 1.029
politik di media sosial
Saya kerap memberi komen isu politik 17.0 29.0 24.0 20.0 10.0 2.77 1.238
dalam media sosial
Saya selalu mengambil berat tentang 4.0 10.0 30.0 42.0 14.0 3.52 0.990
pandangan politik dalam sosial media
Saya lebih mempercayai maklumat politik 9.0 26.0 22.0 34.0 9..0 3.08 1.152
yang disiarkan di media sosial
Saya kerap melayari media sosial 14.0 28.0 17.0 33.0 8.0 2.93 1.225
seseorang calon politik
Saya berminat membaca kandungan yang
dikongsi mengenai calon politik di media 8.0 14.0 23.0 44.0 11.0 3.36 1.106
sosial
Saya kerap berkongsi maklumat politik
dengan orang lain 11.0 31.0 23.0 32.0 3.0 2.85 1.086
Min Keseluruhan 3.14

Jadual 4.3 menunjukkan tentang min dan juga sisihan lazim bagi item berdasarkan
konstruk sikap pelajar terhadap penerimaan politik dalam talian. Statistik sikap pelajar
terhadap tahap penerimaan politik ini mengikut skala likert dengan skala yang paling
rendah ialah 1 dan skala yang paling tinggi ialah 5. Berdasarkan jadual di atas, nilai min
keseluruhan yang menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu kebanyakan responden
cenderung baik dengan kenyataan item berkaitan dengan sikap pelajar terhadap
penerimaan politik dalam talian. Nilai min yang paling tinggi dalam item-item tersebut
ialah saya kerap membuka link maklumat politik di media sosial mempunyai nilai min
yang paling tinggi iaitu 3.45 (sederhana) bersamaan dengan 1.029 bagi sisihan lazim.
Bagi min yang paling rendah pula adalah sebanyak 2.77 (sederhana) pada item saya
41

kerap memberi komen isu politik dalam media sosial yang mempunyai nilai sisihan
lazim 1.238. Min keseluruhan item bagi konstruk sikap pelajar terhadap penerimaan
politik dalam talian ialah 3.14 (sederhana).

4.3.4 Bahagian D – Norma Subjektif Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam
Talian

Jadual 4.4 Norma Subjektif Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian
Norma Subjektif Pelajar Terhadap Peratus (%)
Penerimaan Berita Politik Dalam Talian
1 2 3 4 5 Min SD

Media sosial mempengaruhi saya dalam 2.0 7.0 21.0 55.0 15.0 3.74 0.872
memberi sokongan kepada calon politik

Media sosial membantu saya untuk 1.0 8.0 25.0 51.0 15.0 3.71 0.856
menyokong parti politik

Saya sentiasa mendapat maklumat tentang 4.0 12.0 30.0 37.0 17.0 3.51 1.040
aktiviti parti melalui rakan – rakan di
media sosial

Saya mendapati individu yang 3.0 19.0 19.0 46.0 13.0 3.47 1.039
berpengaruh dalam media sosial
menyediakan maklumat yang boleh
dipercayai tentang parti politik

Media sosial mempamerkan aktiviti calon 3.0 5.0 20.0 54.0 18.0 3.79 0.902
dalam memberikan khidmat kepada
rakyat

Media sosial dapat mempertingkatkan imej 3.0 3.0 24.0 48.0 22.0 3.83 0.911
calon dan parti politik

Individu yang berkongsi maklumat di 6.0 21.0 28.0 28.0 17.0 3.29 1.157
media sosial menarik minat saya untuk
berpolitik

Min Keseluruhan 3.62


42

Jadual 4.4 menunjukkan tentang min dan juga sisihan lazim bagi item berdasarkan
konstruk norma subjektif pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam talian.
Berdasarkan jadual di atas, item media sosial dapat mempertingkatkan imej calon dan
parti politik mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 3.83 (baik) bersamaan dengan
0.911 bagi sisihan lazim. Bagi min yang paling rendah pula adalah sebanyak 3.29
(sederhana) pada item individu yang berkongsi maklumat di media sosial menarik minat
saya untuk berpolitik yang mempunyai nilai sisihan lazim 1.157. Min keseluruhan item
bagi konstruk norma subjektif pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam talian
ialah 3.62 (baik).

4.3.5 Bahagian E – Tingkah Laku Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian

Jadual 4.5 Tingkah Laku Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian
Tingkah Laku Pelajar Terhadap Peratus (%)
Penerimaan Berita Politik Dalam Talian
1 2 3 4 5 Min SD

Saya akan membuat keputusan mengundi 5.0 8.0 26.0 52.0 9.0 3.52 0.948
calon berdasarkan maklumat yang
diperoleh di media sosial

Saya berminat untuk terlibat dalam isu 15.0 19.0 35.0 24.0 7.0 2.89 1.145
politik dalam sosial media

Saya berinteraksi dengan rakan online 18.0 27.0 37.0 11.0 7.0 2.62 1.117
mengenai isu politik

Saya menghadiri forum perbincangan 30.0 37.0 23.0 8.0 2.0 2.15 1.009
politik

Saya menyertai kempen untuk organsiasi 32.0 43.0 15.0 7.0 3.0 2.06 1.013
politik selepas menerima maklumat
melalui media sosial

Min Keseluruhan 2.65


43

Berdasarkan jadual 4.5 menunjukkan nilai skor min dan sisihan lazim bagi tingkah laku
pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam talian. Berdasarkan analisis yang
dijalankan, nilai skor min keseluruhan bagi item yang tertinggi ialah 3.52 (baik) dengan
sisihan lazim 0.948 iaitu item untuk saya akan membuat keputusan mengundi calon
berdasarkan maklumat yang diperoleh di media sosial. Min yang menunjukkan nilai
paling rendah pula adalah sebanyak 2.06 (rendah) pada item saya menyertai kempen
untuk organsiasi politik selepas menerima maklumat melalui media sosial yang
mempunyai nilai sisihan lazim 1.013. Min keseluruhan item bagi konstruk tingkah laku
pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam talian ialah 2.65 (sederhana).

4.3.6 Bahagian F – Tahap Penerimaan Berita Politik Melalui Media Baru Dalam Kalangan
Pelajar

Jadual 4.6 Tahap Penerimaan Berita Politik Melalui Media Baru


Tahap Penerimaan Berita Politik Melalui Peratus (%)
Media Baru
1 2 3 4 5 Min SD

Lebih mempercayai maklumat di media 2.0 2.0 31.0 60.0 5.0 3.64 0.704
baru berbanding media tradisional

Mengikuti perkembangan pemimpin di 0.0 3.0 15.0 52.0 30.0 4.09 0.753
media sosial (Twitter/Facebook/Instagram)

Cenderung untuk memilih calon 1.0 8.0 34.0 37.0 20.0 3.67 0.922
berdasarkan media baru

Menghadiri demonstrasi politik 8.0 36.0 33.0 20.0 3.0 2.74 0.970
berdasarkan pengaruh maklumat di media
sosial

Melayari media online setiap hari untuk 8.0 35.0 41.0 13.0 3.0 2.68 0.909
mendapatkan berita politik (TV/Radio)

Min Keseluruhan 3.36


44

Berdasarkan jadual 4.6 menunjukkan nilai skor min dan sisihan lazim bagi tahap
penerimaan berita politik melalui media baru. Berdasarkan analisis yang dijalankan,
nilai skor min keseluruhan bagi item yang tertinggi ialah 4.09 (baik) dengan sisihan
lazim 0.753 iaitu untuk item mengikuti perkembangan pemimpin di media sosial
(Twitter/Facebook/Instagram). Min yang menunjukkan nilai paling rendah pula adalah
sebanyak 2.68 (sederhana) pada item melayari media online setiap hari untuk
mendapatkan berita politik (Tv/Radio) yang mempunyai nilai sisihan lazim 0.909. Min
keseluruhan item bagi konstruk bagi tahap penerimaan berita politik melalui media baru
ialah 3.36 (sederhana).

4.4 ANALISIS INFERENSI

Data merupakan skor mentah yang tidak memberi sebarang maklumat yang berguna
kecuali dianalisis dengan menggunakan kaedah tertentu deperti kaedah berstatistik.
Data perlu diproses untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna
daripada data. Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan,
penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data. Tujuan analisis inferensi adalah
untuk pengujian hipotesis. Pengkaji telah memperolehi nilai saiz kesan dan
mendapatkan aras signifikan pengukuran dengan nilai aras signifikannya yang telah
ditetapkan oleh item-item yang berkaitan dalam bahagian ini. Melalui analisis inferensi,
pengkaji menguji atau mendapat keputusan daripada hubungan korelasi pearson sama
ada terdapat hubungan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar.

4.4.1 UJIAN KORELASI

Ujian korelasi yang dilaksanakan bertujuan untuk melihat perhubungan (relationships)


antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah bertahan. Hubungan korelasi
Pearson dan Spearman dijalankan bagi menjawab persoalan kajian hubungan antara
peranan media dan sikap pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam talian.
Korelasi Pearson digunakan kerana data adalah berbentuk normal. Pallant (2005) yang
memetik Cohen (1988) menggambarkan nilai 0.1 hingga 0.29 menunjukkan korelasi
45

yang kecil. 0.30 hingga 0.49 menggambarkan kolerassi pada aras sederhana dan nilai
0.50 hingga 1.0 menggambarkan korelasi yang besar. Tahap penerimaan berita politik
dalam kalangan pelajar dianalisis menggunakan korelasi Spearman kerana kategori
indeks adalah skala ordinal.

Dalam ujian ini, nilai korelasi adalah di antara lingkungan -1 hingga 1. Untuk
membuktikan bahawa terdapat hubungan korelasi, skor akan bertanda sama ada ‘+’ atau
‘-’. Dalam hal ini nilai mutlak terhadap korelasi bermakna adalah kukuh
perhubungannya antara setiap pembolehubah. Nilai korelasi paling besar ‘diagonal’
adalah sentiasa 1 kerana setiap pembolehubah mempunyai nilai ‘positive linear’ yang
kukuh terhadap hubungannya. Sama ada signifikan atau sebaliknya pada setiap
hubungan korelasi juga dipaparkan di dalam jadual di bawah. Nilai tahap signifikan
atau nilai ‘p’ kemungkinan adalah menunjukkan keputusan yang sangat baik dalam
hubungan. Nilai ‘p’ hendaklah tidak melebihi 0.05. Dalam kajian ini hubungan korelasi
adalah untuk melihat samada pembolehubah bertahan mempunyai hubungan yang
signifikan atau sebaliknya terhadap pembolehubah bersandar.

Jadual 4.7 Hubungan Antara Sikap Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian
Faktor Nilai Korelasi Pearson r P
Sikap Pelajar Terhadap .595** .054
Penerimaan Berita Politik
Dalam Talian
*signifikan pada aras 0.01 (ujian dua hujung)

Hasil kajian seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.7 menunjukkan hubungan
antara sikap pelajar terhadap tahap penerimaan berita politik dalam talian menunjukkan
nilai pekali korelasi yang lemah iaitu nilai r = 0.595 manakala nilai signifikan p adalah
lebih besar dari 0.01, 0.054. Ini menunjukkan bahawa hubungan korelasi adalah antara
sikap pelajar terhadap tahap penerimaan berita politik dalam talian di kalangan pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi adalah tidak signifikan.

Secara keseluruhannya seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.7 menunjukkan


maklumat (r = 0.595, p > 0.01) mempunyai hubungan yang tidak siginfikan dengan
penerimaan berita politik dalam talian di kalangan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. Dengan itu, H01 diterima namun berada pada nilai yang sederhana.
46

Jadual 4.8 Hubungan Antara Norma Subjektif Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik
Dalam Talian
Faktor Nilai Korelasi Pearson r P
Norma Subjektif Pelajar .792** 0.01
Terhadap Penerimaan Berita
Politik Dalam Talian
*signifikan pada aras 0.01 (ujian dua hujung)

Hasil kajian seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.8 menunjukkan hubungan antara
norma subjektif pelajar terhadap tahap penerimaan berita politik dalam talian
menunjukkan nilai pekali korelasi yang sangat kuat iaitu nilai r = 0.792 manakala nilai
signifikan p adalah sama dengan nilai 0.01. Ini menunjukkan bahawa hubungan korelasi
adalah antara norma subjektif pelajar terhadap tahap penerimaan berita politik dalam
talian di kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi adalah signifikan.

Secara keseluruhannya seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.8 menunjukkan


maklumat (r = 0.792, p = 0.01) mempunyai hubungan yang siginfikan dengan
penerimaan berita politik dalam talian di kalangan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. Dengan itu, H01 diterima dan berada pada nilai kekuatan yang kuat.

Jadual 4.9 Hubungan Antara Kawalan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Penerimaan Berita
Politik Dalam Talian
Faktor Nilai Korelasi Pearson r P
Tingkah Laku Pelajar .724** .036
Terhadap Penerimaan Berita
Politik Dalam Talian
*signifikan pada aras 0.01 (ujian dua hujung)

Hasil kajian seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.9 menunjukkan hubungan antara
tingkah laku pelajar terhadap tahap penerimaan berita politik dalam talian menunjukkan
nilai pekali korelasi yang sederhana iaitu nilai r = 0.542 manakala nilai signifikan p
adalah lebih besar dari 0.01, 0.062. Ini menunjukkan bahawa hubungan korelasi adalah
antara tingkah laku pelajar terhadap tahap penerimaan berita politik dalam talian di
kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi adalah tidak signifikan.

Secara keseluruhannya seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.9 menunjukkan


maklumat (r = 0.542, p > 0.01) mempunyai hubungan yang tidak siginfikan dengan
47

penerimaan berita politik dalam talian di kalangan pelajar Universiti Kebangsaan


Malaysia, Bangi. Dengan itu, H01 diterima namun berada pada nilai kekuatan yang
sederhana.

4.4.2 UJIAN REGRESI

Regresi adalah satu kaedah analisis statistik yang digunakan untuk melihat pengaruh
antara dua atau lebih pembolehubah. Dalam analisis regresi, pembolehubah boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak
bersandar. Dalam kajian ini, pembolehubah bersandar tahap penerimaan berita politik
melalui media baru manakala pembolehubah tidak bersandar adalah sikap, norma
subjektif dan tingkahlaku pelajar terhadap penerimaan berita politik.

Regresi terbahagi kepada beberapa jenis iaitu regresi linear sederhana, tak linear
sederhana dan regresi berganda (linear berganda atau nonlinear berganda) (Chua, 2012).
Dalam kajian ini, analisis regresi linear berganda digunakan untuk mengetahui
gambaran mengenai pengenalpastian situasi terhadap sejauhmana media baru
memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pelajar di
UKM.

Jadual 5.0 Hubungan Antara Sikap Pelajar Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian
B Std. Error Beta t Sig.
(Constant) 3.413 .192 17.800 .000

Sikap Pelajar .092 .074 .193 1.239 .021

Norma Subjektif .037 .069 .071 .529 .058

Tingkah Laku .060 .068 1.32 .883 .379

R2 = 0.17; F(3,100) = 0.555 ; Sig. F = 0.000

Keputusan dalam Jadual 5.0 di atas menunjukkan sikap pelajar meramal secara
siginfikan terhadap tahap penerimaan berita politik melalui media baru, R2 = 0.17,
F(3,100) = 0.555, p < 0.05. Peramal ini menyumbang sebanyak 17% varians terhadap
48

tahap penerimaan berita politik dalam talian di kalangan pelajar di Universiti


Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dengan itu, H0 2 adalah diterima.

Manakala sikap pelajar, β = 0.193, t(100) = 1.239, p < 0.05 pula mempengaruhi
secara signifikan terhadap penerimaan berita politik dalam talian di kalangan pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dengan itu, H02 adalah diterima.

Jadual 5.1 Hubungan Antara Norma Subjektif Pelajar Terhadap Tahap Penerimaan Berita
Politik Dalam Talian
B Std. Error Beta t Sig.

(Constant) 3.413 .192 17.800 .000

Sikap Pelajar .092 .074 .193 1.239 .021

Norma Subjektif .037 .069 .071 .529 .058

Tingkah Laku .060 .068 1.32 .883 .379

R2 = 0.17; F(3,100) = 0.555 ; Sig. F = 0.000

Keputusan dalam Jadual 5.1 di atas menunjukkan norma subjektif pelajar meramal
secara siginfikan terhadap tahap penerimaan berita politik dalam talian, R2 = 0.17,
F(3,100) = 0.555, p = 0.05. Peramal ini menyumbang sebanyak 17% varians terhadap
tahap penerimaan berita politik dalam talian di kalangan pelajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dengan itu, H0 2 adalah diterima.

Manakala norma subjektif pelajar, β = 0.071, t(100) = 0.529, p = 0.05 pula


mempengaruhi secara signifikan terhadap penerimaan berita politik dalam talian di
kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dengan itu, H02 adalah
diterima.
49

Jadual 5.2 Hubungan Antara Tingkah Laku Pelajar Terhadap Tahap Penerimaan Berita Politik
Dalam Talian
B Std. Error Beta t Sig.

(Constant) 3.413 .192 17.800 .000

Sikap Pelajar .092 .074 .193 1.239 .021

Norma Subjektif .037 .069 .071 .529 .058

Tingkah Laku .060 .068 1.32 .883 .379

R2 = 0.17; F(3,100) = 0.555 ; Sig. F = 0.000

Keputusan dalam Jadual 5.2 di atas menunjukkan tingkah laku pelajar meramal secara
tidak siginfikan terhadap tahap penerimaan berita politik melalui media baru, R2 = 0.17,
F(3,100) = 0.555, p > 0.05. Peramal ini menyumbang sebanyak 17% varians terhadap
tahap penerimaan berita politik dalam talian di kalangan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. Dengan itu, H0 2 adalah tidak diterima.

Manakala tingkah laku pelajar, β = 1.32, t(100) = 0.883, p > 0.05 pula
mempengaruhi secara signifikan terhadap penerimaan berita politik dalam talian di
kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dengan itu, H02 adalah tidak
diterima.

4.5 RUMUSAN BAB

Secara keseluruhannya, pengkaji telah menganalisis data yang telah dikumpul daripada
100 orang responden pelajar UKM yang ditetapkan. Responden telah diambil daripada
pelajar UKM yang belum keluar mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14. Berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji telah memperolehi sumber analisis bagi
setiap bahagian kajian selidik yang dilakukan ke atas responden. Bahagian-bahagian
yang dirangka mewakili setiap objektif yang pengkaji ingin mengkaji serta hasil kajian
yang dinyatakan melalui statistik deskriptif melalui aspek demografi, sikap pelajar,
norma subjektif, tingkah laku pelajar dan jenis media yang digunakan dalam
memperoleh berita politik. Seterusnya, pengkaji melihat dan menganalisis hubungan
50

antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Oleh itu, sebuah ringkasan
mengenai hipotesis kajian dibentangkan dalam jadual 5.3 dan 5.4.

Jadual 5.3 Kesimpulan Hasil Kajian Hipotesis


Hipotesis Pernyataan Hipotesis Analisis Keputusan
H1 Wujud hubungan yang signifikan di antara sikap Korelasi H01 ditolak
pelajar terhadap penerimaan berita politik Dalam
Talian
H2 Wujud hubungan yang signifikan di antara Korelasi H01 diterima
norma subjektif pelajar terhadap penerimaan
berita politik Dalam Talian
H3 Wujud hubungan yang signifikan di antara tahap Korelasi H01 ditolak
kawalan tingkah laku pelajar terhadap
penerimaan berita politik Dalam Talian

Jadual 5.4 Kesimpulan Hasil Kajian Hipotesis


Hipotesis Pernyataan Hipotesis Analisis Keputusan

H1 Wujud hubungan yang signifikan di antara sikap Regresi H02 diterima


pelajar terhadap penerimaan berita politik Berganda
Dalam Talian
H2 Wujud hubungan yang signifikan di antara Regresi H02 diterima
Berganda
norma subjektif pelajar terhadap penerimaan
berita politik Dalam Talian
H3 Wujud hubungan yang signifikan di antara tahap Regresi H02 ditolak
Berganda
kawalan tingkah laku pelajar terhadap
penerimaan berita politik Dalam Talian
BAB V

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab terakhir dalam kajian pengkaji. Dalam bab ini pengkaji akan
merumuskan kesemua hasil kajian dari penganalisisan data yang telah dijalankan dalam
bab 4 berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan akan
dilakukan dengan membuat perbandingan keputusan hipotesis yang telah dirangka
memenuhi objektif kajian yang ditetapkan. Penghuraian akan dilakukan melalui
perbincangan berdasarkan data yang diperolehi dengan persoalan kajian yang
ditetapkan. Penghuraian juga akan dikaitkan dengan keputusan kajian lepas yang
dijalankan oleh pengkaji terdahulu. Bab ini akan dibahagikan kepada lima bahagian
iaitu bahagian pertama merupakan perbincangan dapatan kajian dari aspek objektif
kajian yang telah ditetapkan dan penentuan hipotesis yang telah dirangka. Bahagian
kedua pula ialah mengenai implikasi kajian yang melibatkan implikasi teori dan
implikasi metodologi. Seterusnya dalam bahagian ketiga pengkaji akan menerangkan
tentang cadangan kajian dan akhir sekali adalah kesimpulan kajian.
52

5.2 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN HASIL KAJIAN

Perbincangan hasil kajian akan dikupas mengikut objektif kajian yang ditetapkan dalam
bab ini. Pengkaji akan membuat perbandingan dengan menganalisis hasil kajian yang
lain sebelum membuat kesimpulan secara keseluruhan.

5.2.1 Objektif 1: Mengkaji sikap pelajar terhadap penerimaan berita politik


dalam talian di Universiti Kebangsaan Malaysia

Bagi membincangkan objektif ini, sebanyak tujuh soalan berkaitan sikap pelajar
terhadap penerimaan berita politik secara dalam talian telah dibina bagi mendapatkan
data yang diinginkan. Sikap dalam hal ini dapat dimaksudkan sebagai sikap politik
terhadap internet itu sendiri sebagai media baru yang membawa informasi (Juni, 2012).

Bagi menguji hipotesis objektif kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua
jenis ujian iaitu korelasi dan regresi. Berdasarkan ujian pertama iaitu korelasi
menunjukkan bahawa kajian ini tidak signifikan menyebabkan hipotesis telah ditolak.
Tetapi, selepas pengkaji menjalankan ujian regresi ke atas objektif pertama ini hasil
menunjukkan yang sebaliknya iaitu hipotesis diterima kerana wujud signifikan antara
kedua-dua pembolehubah.

Kedua-dua ujian ini jelas menunjukkan hasil yang berbeza kerana dalam ujian
korelasi pengkaji ingin mengkaji hubungan antara kedua-dua hubungan pembolehubah
dan ianya jelas menunjukkan tiada perkaitan antara kedua-dua pembolehubah di dalam
objekif pertama ini di mana sikap pelajar terhadap penerimaan berita politik dalam
talian adalah tidak mempunyai perkaitan sama sekali. Penerimaan berita secara dalam
talian tidak menjejaskan sikap pelajar untuk menyokong mana-mana parti politik
mahupun calon politik.

Bagi hasil daripada ujian regresi pula, tujuan ujian ini dilakukan adalah
bertujuan untuk melihat samada kedua-dua pembolehubah ini saling berpengaruh atau
tidak. Hasil mendapati bahawa penerimaan berita politik mempengaruhi sikap pelajar
untuk lebih mempunyai rasa minat di dalam bidang poltiik. Ini kerana, kecenderungan
mereka untuk membuka portal-portal politik di laman sosial jelas membuktikan mereka
53

berminat untuk mengetahui dengan lebih banyak berkaitan hal-hal politik. Twitter
menjadi medium utama dalam mendapatkan maklumat politik kerana pelajar yang
hidup pada zaman Generasi Y ini lebih aktif menggunakan aplikasi tersebut untuk
berkomunikasi dengan rakan media sosial berkaitan dengan hal-hal politik.

Penggunaan media aplikasi yang paling kerap digunakan oleh pelajar untuk
mendapatkan berita politik ialah aplikasi Twitter yang menunjukkan sebanyak 44
peratus daripada jumlah responden 100 orang. Hasil kajian mendapati bahawa pada
masa kini responden lebih kerap menggunakan media baru menerusi aplikasi Twitter
berbanding aplikasi lain seperti Facebook, Whatsapp, Blog, Instagram dan Telegram.
Hal ini berbeza dengan hasil kajian lepas oleh Carolyn Lim (2013) yang mendapati
bahawa belia lebih gemar melayari Facebook dalam mendapatkan maklumat politik.
Melalui kajian ini, terbukti bahawa golongan belia masa kini lebih berminat
mendapatkan maklumat melalui Twitter kerana medium ini memberi kebebasan kepada
penggunanya berbanding Facebook untuk menyuarakan pendapat.

Antara sebab utama mengapa pelajar kerap membuka link maklumat politik di
media sosial adalah kerana mereka mula berminat untuk menceburkan diri di dalam
dunia politik terutamanya sejak bermulanya kempen Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu
apabila rata-rata calon menggunakan media sosial sebagai salah satu cara untuk meraih
pengundi. Hasil juga membuktikan bahawa kekerapan pelajar dalam menggunakan
media baru untuk mendapatkan maklumat politik adalah disebabkan oleh capaian yang
pantas berbanding menggunakan media tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen.
Generasi kini lebih bijak dalam menggunakan medium yang sedia ada untuk
mendapatkan maklumat yang mereka inginkan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, penerimaan berita politik dalam


kalangan pelajar secara dalam talian boleh diukur melalui sikap. Sepertimana yang
dinyatakan oleh Ajzeen (2005) bahawa sikap terhadap suatu perilaku merupakan suatu
fungsi yang didasarkan oleh kepercayaan yang disebut sebagai behavioural beliefs iaitu
kepercayaan individu tentang kesan dan akibat samada positif atau negatif yang akan
diperoleh individu dari melakukan suatu perilaku. Oleh itu, berdasarkan tujuh item yang
dikemukakan di dalam bahagian soal selidik berkaitan objektif pertama ini, sebanyak
45 peratus daripada 100 orang pelajar bersetuju bahawa mereka kerap membuka link
maklumat politik di media sosial. Selain itu, 44 peratus berminat untuk membaca
54

kandungan yang dikongsi mengenai calon politik manakala peratusan ketiga tertinggi
iaitu sebanyak 42 peratus bersetuju bahawa mereka selalu mengambil berat tentang
padangan politik dalam media sosial. Aktiviti-aktiviti ini membuktikan bahawa pelajar
di UKM mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik
melalui media sosial.

5.2.2 Objektif 2: Mengkaji norma subjektif pelajar terhadap penerimaan berita


politik dalam talian di Universiti Kebangsaan Malaysia

Objektif kedua adalah untuk mengkaji norma subjektif pelajar terhadap penerimaan
berita politik dalam talian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Norma subjektif dapat
dihuraikan sebagai tekanan normatif yang timbul daripada persepsi bahawa orang lain
yang berkenaan mahu orang berkenaan untuk melaksanakan tingkah laku tertentu
(Ajzeen, 1991). Norma subjektif merujuk kepada persepsi seseorang individu sama ada
orang-orang penting di sekelilingnya menyokong atau tidak menggalakkan beliau untuk
melaksanakan tingkah laku tersebut dan kebiasaannya merujuk kepada pengaruh
interpersonal seperti rakan sebaya dan keluarga.

Melalui hasil kajian yang didapati, pembolehubah bebas (Norma Subjektif) dan
mewujudkan hubungan yang signifikan terhadap penerimaan berita atas talian. Pengkaji
menggunakan dua ujian iaitu ujian korelasi dan regresi dan hasil bagi kedua-dua ujian
menunjukkan hasil yang sama iaitu wujud hubungan yang signifikan bagi
pembolehubah ini.

Kedua-dua ujian yang dijalankan ini membuktikan bahawa pembolehubah


kedua iaitu Norma Subjektif yang terdapat di dalam item Teori Tingkah Laku
membuktikan bahawa pelajar mampu dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dalam
menerima sesuatu maklumat. Dalam kajian ini, peratusan tertinggi yang menunjukkan
bahawa pelajar bersetuju adalah bagi item media sosial mempengaruhi pelajar dalam
memberi sokongan kepada calon politik iaitu sebanyak 55 peratus. Ini jelas
menunjukkan bahawa pelajar lebih mudah dipengaruhi oleh pengaruh luar dalam
membuat pilihan terhadap sokongan calon politik. Mereka lebih mempercayai
maklumat yang dikongsikan oleh orang luar berbanding apa yang diperoleh melalui
55

media sosial. Pengkaji berpendapat bahawa maklumat yang disampaikan oleh rakan
mereka di media sosial lebih dipercayai dan mudah diyakini oleh pelajar kerana cara
mereka menyampaikan maklumat tersebut lebih meyakinkan.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Mohammad Rasul, A. Rahim dan Salman
(2015) di mana media berasaskan teknologi terkini mampu membantu mereka untuk
mendapatkan maklumat terkini dengan lebih mudah dan memberi peluang kepada
sesiapa sahaja untuk mengekspresikan diri di media sosial bagi mempengaruhi orang
lain untuk menjadi pengikut mereka. Maka, hasil dapatan ini disokong sepenuhnya
berdasarkan kajian lepas.

Bukan itu sahaja, media sosial mempunyai kekuatan dalam mempengaruhi


pendapat masyarakat. Keupayaan sesebuah media sosial dalam menyebarkan maklumat
dalam jangka masa yang pantas untuk mendapatkan sokongan yang cepat menjadi
kekuatan kepada golongan aktivis politik yang berpengaruh. Menurut Eko Harry
Susanto (2017) di dalam kajiannya yang lepas, media sosial berusaha untuk memberi
ruang penyampaian maklumat (newsroom) yang adapatif terhadap perkembangan
teknologi komunikasi. Newsroom merupakan ruang berita di mana semua golongan
pengamal media akan bekerja dan mengumpulkan berita yang akan disiarkan melalui
medium-medium tertentu. Media sosial yang mempunyai tiga sifat utama menjadi salah
satu faktor mengapa item ini berjaya mendapat peratusan tertinggi di dalam bahagian
ini.

Sifat yang pertama, media sosial melibatkan saluran sosial yang pelbagai dan
media dalam talianmenjadi saluran utama pada masa kini. Seperti yang sedia maklum,
kecanggihan teknologi tanpa batasan yang semakin berkembang menjadikan hampir
kesemua golongan masyarakat terutamanya belia mempunyai telefon pintar di mana
ianya merupakan medium utama yang menghubungkan mereka kepada saluran media
sosial yang dicapai sehingga akhirnya membolehkan mereka memperoleh maklumat
berkaitan politik di hujung jari. Ciri kedua ialah media sosial berubah dari waktu ke
waktu. Dalam erti kata lain, maklumat yang disampaikan oleh media sosial akan terus
berkembang dari semasa ke semasa yang mana pelajar akan memperoleh maklumat
berbeza pada setiap hari. Namun begitu, maklumat yang disampaikan ini akan
membantu mereka untuk memilih parti politik yang betul untuk disokong.
56

Akhir sekali, media sosial bersifat partisipatif di mana penonton atau khalayak
mempunyai hak untuk meluahkan pendapat, menyokong apa yang disiarkan dan
berkomunikasi dengan rakan di alam maya (Evans, 2008). Hal ini mengukuhkan lagi
bahawa media sosial mampu mempengaruhi pelajar dalam memberikan sokongan
kepada calon politik pilihan mereka berdasarkan maklumat yang diperoleh di media
sosial.

Secara umumnya, media sosial tidak mempunyai halangan dan batasan privasi
kerana mereka bebas dalam menulis apa sahaja yang diinginkan mengenai keperibadian
mereka secara aktif. Hal ini menyebabkan Andrew (2007) meluahkan pendapat bahawa
media sosial hanya sesuai untuk hiburan dan bukan pekerjaan yang professional.
Namun, atas desakan kemajuan kini, untuk menarik golongan muda menceburkan diri
dalam bidang politik, media sosial merupakan medium utama dalam menyampaikan
maklumat.

5.2.3 Objektif 3: Menganalisis kawalan tingkah laku pelajar terhadap


penerimaan berita politik dalam talian di Universiti Kebangsaan Malaysia

Objektif terakhir di dalam kajian ini adalah menganalisis kawalan tingkah laku pelajar
terhadap penerimaan berita politik dalam talian di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ajzeen (2006) menghujah bahawa persepsi tentang kawalan perilaku sebagai fungsi
yang berasaskan kepercayaan yang disebut sebagai kawalan kepercayaan (control
beliefs), iaitu kepercayaan individu mengenai faktor yang mendorong atau tidak
mendorong untuk melakukan suatu perilaku (sailent control beliefs). Faktor sokongan
untuk melakukan suatu perilaku adalah disebabkan oleh maklumat yang diperoleh oleh
individu tentang suatu perilaku yang diperoleh dan juga disebabkan oleh pelbagai faktor
lain yang dapat mengubah perasaan individu mengenai suatu perilaku itu sendiri.

Ujian korelasi dan regresi telah digunakan untuk menguji hipotesis objektif
kajian ini. Kedua-dua hasil ujian tersebut menunjukkan bahawa pembolehubah yang
terdapat di dalam objektif kajian ini iaitu Kawalan Tingkah Laku sebagai pembolehubah
bebas adalah tidak signifikan terhadap pembolehubah bersandar iaitu Penerimaan
57

Berita Politik Atas Talian. Kedua-duanya menunjukkan hipotesis ditolak dan


membuktikan bahawa ianya tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Pengkaji mendapati bahawa walaupun pelajar mencari maklumat berkaitan


dengan politik melalui media sosial, namun maklumat yang diperoleh sedikitpun tidak
menjejaskan tingkah laku mereka. Ini dapat dijelaskan melalui kedua-dua hasil
hipotesis yang menolak pembolehubah tersebut. Rata-rata pelajar yang menjadi
responden tidak melibatkan diri secara langsung di dalam politik seperti menghadiri
perhimpunan dan menyertai kempen politik. Ini membuktikan bahawa tingkah laku
seseorang tidak dipengaruhi oleh maklumat yang diterima di media sosial. Mereka
hanya berminat untuk mendapatkan berita politik dan menggunakannya untuk
membantu di dalam membuat pilihan politik tetapi tidak menggalakkan mereka untuk
menyertai aktiviti berkaitan politik.

Berdasarkan kajian ini, rata-rata responden bersetuju bahawa mereka akan


membuat keputusan mengundi calon berdasarkan maklumat yang diperoleh di media
sosial iaitu dengan peratusan sebanyak 52 peratus daripada 100 orang responden.
Antara faktor yang menyebabkan pelajar bersetuju dengan item ini ialah atas dasar
bahawa mereka lebih mempercayai maklumat yang disampaikan oleh media baharu
berbanding media tradisional. Media sosial membantu mereka untuk memahami
sesebuah isu politik melalui maklumat yang disediakan dan dikongsikan. Rosli, Wan
Mahmud dan Mahbob (2016) turut berpendapat bahawa media sememangnya banyak
membantu masyarakat dalam membina persepsi dan tanggapan serta membentuk sikap
melalui maklumat yang disampaikan. Tambahan pula, maklumat yang dipaparkan
dijelaskan secara terperinci supaya tidak menimbulkan kekeliruan atau tanda tanya
kepada pembaca.

Seterusnya, dapatan ini juga disokong oleh Balaraman (2013) dalam kajian
beliau yang mendapati bahawa media arus perdana negara ini dilihat berat sebelah dan
memilih berita yang mempunyai nilai komersial. Senario politik negara dan juga
kegagalan peranan yang dimainkan oleh media tradisional menyebabkan rakyat beralih
kepada medium komunikassi baru iaitu Internet dan media digital yang tidak dikawal
oleh mana-mana pihak. Faktor lain yang memperlihatkan kerelevanan kajian ini ialah
apabila actor politik juga turut memainkan peranan penting dalam menarik minat
masyarakat untuk sama-sama melibatkan diri dengan perkembangan politik. Hal ini
58

kerana, perkongsian-perkongsian maklumat yang dikongsikan oleh ahli politik di media


sosial mereka berpotensi untuk menarik minat pengguna untuk mendapatkan informasi-
informasi politik terkini daripada laman tersebut. Perkara ini akhirnya mendorong
pelajar yang membuat capaian di laman sosial mereka untuk memilih mereka sebagai
calon yang akan diundi bagi pemilihan raya akan datang kelak.

Penggunaan aplikasi media sosial secara meluas pada hari ini tidak lagi tertumpu
kepada perhubungan sosial semata-mata sebaliknya mula berkembang sebagai salah
satu cabang komunikasi politik yang baru. Gibson (2013) berpendapat bahawa
kebanyakan parti dan ahli politik pada masa kini lebih gemar menggunakan aplikasi
dalam taliansebagai sebahagian daripada cara mereka berkempen. Bukan itu sahaja,
internet juga telah membuka ruang yang baru dalam demokrasi bukan sahaja untuk
mencapai maklumat tetapi juga memberikan ruang interaksi dalam komunikasi politik
(Schulz, Web & Quiring, 2005).

5.3 IMPLIKASI KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menyatakan implikasi kajian berdasarkan gambaran
dapatan kajian secara keseluruhan. Hasil kajian ini memperlihatkan impak kajian yang
dijalankan kepada pelajar terhadap penerimaan berita politik secara atas talian.
Implikasi kajian akan dilihat daripada dua aspek iaitu implikasi teori dan implikasi
metodologi.

5.3.1 Implikasi Teori

Kajian ini telah disokong oleh Teori Tingkah Laku Terancang. Untuk itu, aspek
pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah elemen-elemen yang diperoleh berdasarkan
andaian teori yang akan digunakan. Objektif juga telah dibina berdasarkan item yang
terdapat di dalam teori ini iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku.

Objektif pertama iaitu mengkaji sikap pelajar terhadap penerimaan berita politik
dalam talian. Berdasarkan teori ini, sikap boleh diiktiraf sebagai penilaian yang positif
atau negatif oleh seseorang individu terhadap tingkah laku tertentu dan dinyatakan
59

dalam bentuk jangkaan hasil terhadap pelaksaan tingkah laku tersebut. Semakin
individu memiliki penilaian bahawa sesuatu perilaku akan menghasilkan kesan positif,
maka individu akan cenderung bersikap favourable terhadap perilaku tersebut tetapi
jika sebaliknya, semakin individu memiliki penilaian bahawa sesuatu perilaku akan
menghasilkan kesan yang negatif, maka individu akan cenderung bersikap
unfavourable terhadap perilaku tersebut (Ajzeen, 2005). Berdasarkan instrumen ini,
konstruk pertama iaitu sikap menunjukkan ianya memberikan impak terhadap teori
yang digunakan di mana sikap pelajar melambangkan kepercayaan individu tentang
penerimaan berita politik melalui medium atas talian.

Seterusnya, objektif kedua yang menekankan aspek norma subjektif yang


bermaksud tentang sesuatu perilaku (subjective norm) didefinisikan sebagai persepsi
individu tentang tekanan sosial untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perilaku. French dan Raven (Fishbein & Ajzen, 1975) menjelaskan bahawa motivasi
untuk mencapai tahap diingini sebagai salah satu hal yang mempengaruhi nilai norma
subjektif tentang sesuatu perilaku adalah dipengaruhi oleh kekuatan sosial. Bersesuaian
dengan definisi untuk item ini, norma subjektif dilihat telah memberi kesan kepada
kedua-dua pembolehubah bebas dan bersandar yang digunakan di dalam bahagian ini.

Akhir sekali, berdasarkan objektif ketiga yang menggunakan andaian kawalan


tingkah laku, ianya bersesuaian digunakan untuk mengukur kajian mengenai
penerimaan berita politik secara dalam talian. Kawalan tingkah laku menurut teori ini
bermaksud persepsi tentang kawalan perilaku yang boleh didefinisikan sebagai persepsi
individu mengenai kesediaan atau keengganan untuk melakukan suatu perilaku. Oleh
itu, individu yang mempunyai efikasi kendiri berkenaan sesuatu perubahan yang tinggi
akan menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap perubahan yang dilaksanakan.

Walaupun kajian ini masih bukan salah satu skop yang popular untuk
menggunakan instrumen tersebut untuk menjalankan kajian berkaitan penerimaan
berita politik secara atas talian, tetapi ia masih mampu untuk menjalankan operasi
tujuan kajian dengan mencapai hasil kajian yang menunjukkan hubungan dan pengaruh
yang siginifikan mengenai tahap penerimaan berita politik secara dalam talian dalam
kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
60

5.3.2 Implikasi Metodologi

Kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan kaedah kuantitatif untuk mengkaji


hubungkait antara tiga item utama iaitu Sikap, Norma Subjektif dan Kawalan Tingkah
Laku terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian. Bagi mengkaji hubungkait
antara kesemua item di dalam pembolehubah bebas (Sikap, Norma Subjektif dan
Kawalan Tingkah Laku) terhadap pembolehubah bersandar (Penerimaan Berita Politik
Dalam Talian), pengkaji telah mengaplikasikan ujian korelasi dan ujian regresi bagi
mengukur objektif kajian dan hipotesis yang dirangkakan. Hasil pengujian menerusi
kajian rintis mendapati kesemua 19 item bagi 3 pembolehubah bebas dan 1
pembolehubah bersandar mempunyai nilai Cronbanch Alpha yang bagus dan
menunjukkan ia sesuai diaplikasikan di dalam kajian untuk meneruskan kajian lapangan
seterusnya. 19 item tersebut terdiri daripada Bahagian C: Sikap Pelajar Terhadap
Penerimaan Berita Politik Dalam Talian (IV), Bahagian D: Norma Subjektif Pelajar
Terhadap Penerimaan Berita Politik Dalam Talian (IV) dan Bahagian E: Kawalan
Tingkah Laku Pelajar Dalam Penerimaan Berita Politik Secara Dalam Talian (IV).

Seterusnya, hal ini disebabkan oleh kepelbagaian jenis instrumen kajian


mengenai partisipasi politik secara dalam talian, pengkaji telah merujuk instrumen
kajian daripada kajian “Penggunaan Media Sosial Untuk Sokongan Politik” yang
disediakan oleh Ali Salman, Mohammad Agus Yusoff, Mohd Azul Mohammad Salleh
& Mohd Yusof Hj Abdullah (2018) serta kajian daripada Fatimah Akmal & Ali Salman
(2015) yang bertajuk “Partisipasi Politik Belia Secara ‘Online’ Melalui Ruang
Demokrasi Maklumat Media Baru” bagi pengumpulan data deskriptif untuk
menyokong kajian yang dijalankan. Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian soalan
yang dibina berdasarkan item yang diubahsuai untuk tujuan mengumpul dan mengukur
kajian ini.

Kajian ini menggunakan analisis korelasi dan analisis regresi berganda untuk
mengetahui gambaran mengenai penerimaan pelajar terhadap berita politik melalui
media baru di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil pengujian menerusi kajian
lapangan yang dijalankan lagi untuk memastikan nilai Cronbanch Alpha bagi 19 item
berada dalam ukuran yang baik. Sebelum analisis korelasi dan regresi berganda, analisis
penyelidikan dilakukan untuk meningkatkan validity dan mengesan hubungan antara
61

kesemua pembolehubah menyumbang sebuah hasil analisis yang baik. Kajian ini juga
membuktikan hubungkait antara kesemua pembolehubah boleh diukur dan dianalisis
menggunakan analisis korelasi dan regresi berganda.

5.4 BATASAN KAJIAN

Seperti kajian yang dijalankan oleh pengkaji lain, kajian ini turut mengalami batasan
yang tersendiri, oleh itu penyelidikan ini mempunyai beberapa batasan yang perlu
dipertimbangkan. Berdasarkan kajian ini, batasan pertama yang dapat dilihat adalah
kekurangan minat pelajar terhadap isu politik masa kini terutamanya kepada pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia yang belum keluar mengundi. Hal ini kerana pengkaji
memilih skop pelajar yang belum keluar meengundi sebagai responden. Perkara ini
dapat dilihat melalui data yang telah diperoleh berdasarkan kajian yang telah dijalankan.
Ada di antara mereka yang tidak berminat untuk menjawab soal selidik tersebut kerana
ianya mempunyai perkaitan dengan politik.

Seterusnya, kajian ini hanya mengehadkan skop responden kepada pelajar di


Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja, maka kajian ini hanya dapat melihat dapatan
kajian daripada golongan di UKM sahaja. Hal ini disebabkan oleh sekiranya skop
responden dibuka kepada pelajar di seluruh institusi pengajian di kawasan Bangi,
kesukaran akan berlaku kerana purata responden yang diperoleh tidak sama rata.
Namun begitu, kajian ini masih boleh membentangkan hasil kajian yang relevan bagi
populasi pelajar UKM yang telah merangkumi kebanyakan pelajar dari fakulti yang
berbeza dengan lebih terperinci daripada data kajian yang dikumpul.

Batasan kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan dan


pemilihan responden adalah berdasarkan ciri-ciri dan tujuan yang ingin dikaji. Oleh itu,
terdapat ramai individu terpaksa ditolak kerana mereka tidak memenuhi kriteria yang
diperlukan. Manakala daripada kumpulan bangsa, dapatan kajian menunjukkan bahawa
responden paling ramai adalah kaum Melayu kerana atas faktor kesulitan untuk
mendapatkan kerjasama daripada responden bangsa lain. Atas faktor kesibukan mereka
juga membataskan pengkaji untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka untuk
mengisi borang soal selidik kajian.
62

Kajian ini telah menggunakan metodologi kuantitatif untuk menjalankan kaedah


survey melalui kajian soal selidik. Kaedah pengumpulan data secara soal selidik
mengehadkan responden untuk memberikan maklum balas dan perspektif yang lebih
terperinci dan mendalam mengenai topik kajian. Hal ini disebabkan oleh soal selidik
yang disediakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini telah menggunakan teknik
soalan tertutup yang mengehadkan responden memilih jawapan yang disediakan oleh
pengkaji untuk tujuan kajian. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian rintis terhadap
30 orang responden bagi memastikan kesesuaian soalan bagi kajian lapangan yang
seterusnya.

Secara rumusnya, walaupun kajian yang dijalankan ini mempunyai kelemahan


namun pengkaji tetap berharap agar kajian ini mampu memberi sumbangan berdasrkan
hasil kajiannya kepada bidang akademik dan memberi pemahaman kepada pihak-pihak
berkenaan dan pelajar berkaitan isu yang dibincangkan.

5.5 CADANGAN KAJIAN PADA MASA AKAN DATANG

Bagi kajian ini, pengkaji mencadangkan agar soal selidik berkaitan isu politik lebih
diperbanyakkan untuk meningkatkan minat mereka terhadap isu ini berserta maklumat
ringkas pada borang soal selidik berkaitan isu politik. Pihak universiti juga boleh
memberi pendedahan kepada pelajar mengenai isu semasa berkaitan politik supaya para
pelajar tidak bergantung kepada media sosial semata-mata untuk mendapatkan berita
politik yang belum tentu kesahihannya. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan bahawa
kajian ini sebenarnya boleh diluaskan di seluruh institusi pengajian di Bangi untuk
proses pengumpulan data yang lebih padat dan terperinci bagi memperoleh data yang
lebih menarik. Akhir sekali, pengkaji mencadangkan bahawa kajian ini boleh dijalankan
berserta dengan kaedah kualitatif agar boleh mendapatkan maklum balas secara lebih
terperinci. Bukan itu sahaja, pengkaji juga akan dapat menilai sejauhmana kefahaman
dan kematangan responden berkaitan topik isu yang sedang dikaji.
63

5.6 RUMUSAN

Perkembangan media sosial telah membawa satu pembaharuan dalam bidang media dan
komunikasi. Penciptaan Facebook, MySpace, LinkedIn dan Twitter misalnya telah
membawa satu inovasi yang baru dalam laman web sehingga mencetuskan gelombang
yang hebat semenjak Google diperkenalkan pada tahun 1998 (Alejandro, 2010). Sejak
pilihan raya media sosial pertama Malaysia diumumkan, maka bermulalah satu fasa
baharu dalam arena politik negara. Jika suatu ketika dahulu masyarakat hanya
menerima sesuatu berita daripada media tradisional, tetapi kini setiap orang mempunyai
pilihan untuk mencari dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini daripada media
sosial. Namun begitu, di sebalik kebebasan bermaklumat, masyarakat juga turut
terdedah kepada maklumat yang dimanipulasi serta pengeksploitasian sumber berita
bagi memancing undi.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji berpendapat bahawa melalui


perbincangan hasil kajian membuktikan bahawa matlamat telah dicapai dan menepati
objektif kajian. Pengkaji telah dapat mengukur ketiga-tiga item iaitu Sikap, Norma
Subjektif dan Kawalan Tingkah Laku terhadap Penerimaan Berita Politik Secara Dalam
Talian. Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa penggunaan media baru
mempunyai banyak kebaikan, namun medium tersebut juga memiliki kekurangan yang
membawa pengaruh yang kurang baik dari sudut budaya dan masyarakat.

Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden mengambil berat


terhadap pandangan-pandangan yang dikongsikan berkenaan politik di dalam media
sosial. Bukan itu sahaja responden juga turut menyatakan minat mereka untuk membaca
kandungan berita ataupun maklumat mengenai calon politik yang dikongsikan di media
sosial. Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa masyarakat pada hari ini sangat
prihatin dengan apa yang dipaparkan di media sosial berkenaan perkara-perkara yang
melibatkan politik semasa. Oleh itu, kajian ini telah membantu dalam menerangkan
peranan media baru sebagai medium utama dalam mendapatkan maklumat berkaitan
berita politik dan fungsi medium tersebut dalam mempengaruhi partisipasi politik
dalam kalangan pelajar di UKM.

Dengan adanya kajian seperti ini secara tidak langsung dapat membantu para
pembaca atau masyarakat untuk melihat sumbangan yang diberikan oleh media sosial
64

terhadap pola pengundian di Malaysia. Pihak kerajaan perlu melakukan pemantauan


terhadap kredibiliti maklumat dan sumber berita supaya maklumat yang dikongsikan
tidak menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak terutamanya golongan pemerintah. Oleh
itu, pemantauan terhadap maklumat politik yang dikongsikan di media sosial perlu
dilakukan bagi memastikan maklumat tersebut bebas dari unsur hasutan yang boleh
memecah-belahkan perpaduan.
65

RUJUKAN

Chekuvanol, Marina A, Victor V. Barabash, Galina N. Trofimoval and Galina N.


Lenko. 2014. New Media In Political Communication: General Approaches, SHS
Web of Conferences. https://www.shs-
conferences.org/articles/shsconf/abs/2016/07/contents/contents.html.

Donohue, G A, P. J Tichenor, and C. N. Olien. 1973. Mass Media Functions,


Knowledge and Social Control dalam Journalism & Mass Communication
Quarterly, Vol. 50(4): 652-659.

Eko Harry Susanto. 2017. Media Sosial Sebagai Pendukung Jaringan Komunikasi
Politik. Jurnal ASPIKOM, Volume 3, Halaman 379-398.
Fatimah Akmal & Ali Salman. 2015. Partisipasi Politik Belia Secara ‘Online’ Melalui
Ruang Demokrasi Maklumat Media Baru. Jurnal Komunikasi, Jilid 31(1): 81-100.

Fauzi, N. 2013. Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan: Suatu
Kebaikan Atau Keburukan?. Malaysian Journal of Communication, Vol. 31(2), 52-
72.

Gaile. S.M. 2013. The Role and Functions of Social Media in Modern Society: Is social
Media Worthwile for Local Media. Journalism Research of Science Journal
(Communication and Information), Vol. 6: 43-62.

Gan Pei Shan & Noor Sulastry Yurni Ahmad. 2017. Pengaruh Media Massa Ke Atas
Penglibatan Politik Belia Cina. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,
Vol. 16.

Ghazali Mayudin. 2006. Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia. Dalam Ghazali
Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman. Demokrasi Kepimpinan dan
Keselamatan dalam Politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Himelboim, I., Lariscy, R. W., Tinkham, S. F. & Sweester, K. D. 2012. Social Media
And Online Political Communication: The Role of Interpersonal Information Trust
And Opennes. Journal of Broadcasting & Electronic Media, Vol. 56: 92-115.

Ika Destiana, Ali Salman & Mohd Helmi Abd Rahim. 2013. Penerimaan Media Sosial:
Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Di Palembang. Jurnal Komunikasi, 29(2),
125–140.

Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali. 2015. Pengaruh Media Terhadap Pilihan
Parti Politik dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Awam di Lembah Klang. Jurnal
Personalia Pelajar 18(1): 11-12.
66

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Abdul Halim Sidek, Jeniri
Amir, Rosmadi Fauzi & Novel Lyndon. 2012. Persepsi Politik Pengundi Belia
Melayu Pasca Pilihanraya Umum (PRU) 2008 di Malaysia Jurnal Melayu (9): 191-
214.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Azlan Abdullah,
Mazlan Ali & Ahmad Rizal Mohd Yusof,. 2014. Pilihan Raya Umum (PRU) 2013
di Malaysia: Suatu Analisis “Tsunami Politik Bandar”. Malaysian Journal of Society
and Space, Vol. 10(28-38). Diakses dari
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/3a.paper-junaidi.pdf.

Junaidi, A. B. 2016. Perkaitan Sumber Maklumat Dengan Sokongan Kepada Parti


Politik. Malaysian Journal of Communication, Vol. 32(1), 23-49.

Kenski, K. & Stroud N.T. 2006. Connections Between Internet Use and Political
Efficacy, Knowledge and Participation. Journal of Broadcasting & Electronic
Media, Pages 173-192.

Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. Rahim. 2017. Penggunaan Media Sosial Dan
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial Oleh Pemimpin
Pelajar Universiti Di Bandar Pekan Baru, Riau, Indonesia. Journal of Social Sciences
and Humanities, Vol. 12, No. 2, Pages 87-101.

Mazlan, A., & Besar, J. A. 2014. Dari Barisan Ke Pakatan: Berubahnya Dinamik Pilihan
Raya Umum Kuala Lumpur 1995-2013. Geografia- Malaysian Journal of Society &
Space, 10(4), 83-98.

Mohd Ezril Mohd. 2017. Pengaruh Kebergantungan Golongan Belia Terhadap Media
Sosial Bagi Tujuan Politik, Pengetahuan Politik Dan Perubahan Budaya Politik Di
Dun Kajang, Selangor, Malaysia.

Mohd Sufiean Hassan, Noor Jeffri Abdul Wahab, Norli Yusuf, Siti Nurshahidah Sah
Allam, Maizura Manshor & Dr. Abdul Rauf Hj. Ridzuan. 2017. Malaysian Journal
of Social Science, Vol. 2: 55-72.

Mohd Zuwairi Mat Saad & Normah Mustaffa. 2016. Kandungan Mesej Twitter Oleh
Ketua Parti Politik Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016. Journal of Social
Sciences and Humanities, Vol. 11, No. 2 (2016) 406-426.

Mustafa, S. E., & Hamzah, A. 2011. Media baharu yang baharu: Trend Penggunaan
Media Sosial Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia. Jurnal Pengajian Media
Malaysia, 13(2), 193–110.

Noor Zafira Mohd. Shafie, Haryati Abdul Karim & Norhuda Salleh. 2018. Hubungan
Agenda Media Dan Faktor Keselarian Politik. Jurnal Komunikasi Borneo, Vol. 6
(Edisi Konvokesyen UMS ke-20).
67

Nurul Naemah Hamedan, Syed Agil Sheikh Alsagoff & Akmar Hayati Ahmad Ghazali.
2019. Media, Isu dan Tingkah Laku Pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14:
Satu Kajian Awal. Malaysian Journal of Communication, Vol. 35(2) 2019: 293-312.

Papacharissi, Z. 2014. Democracy Online: Civility, Politeness, And The Democratic


Potential Of Online Discussion Groups. Journal of New Media and Society, 6(2),
259-283.

Rahim, S. A. 2012. Media dan identiti budaya: Membangunkan Industri Kandungan


Tempatan Yang Berdaya Tahan. Malaysian Journal of Communication, 1(7), 67-80.

Samsudin A. Rahim. 2010. Media, Demokrasi Dan Generasi Muda : Analisis


Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12. Malaysian Journal Of Communication 26
(2): 1-15.

Saufiyyan, A. 2017. Kempen Politik Trump: Strategi, Taktik dan Model Perang Saraf
Media. Malaysian Journal of Communication, Vol. 31(1), 294-312.

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2010. Media Sosial: Tinjauan Terhadap
Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia
Jilid 12 Malaysian Journal Of Media Studies, Volume 12, Pages 37–52.
Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2011. Media Baharu yang Baharu: Trend
Penggunaan Jaringan Sosial dalaM Kalangan Pengguna di Malaysia. Jurnal
PengaJian Media Malaysia, 13(2), 93–110.

Siti Rohana Omar, Norun Najjah Ah Mat, Nor Fazilah Abdul Hamid & Zanariah Jano.
2008. Sosialisasi Politik Pasca Pilihan Raya Ke-12, Mac 2008. Di dalam Worran Hj.
Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline (Eds.), Prosiding:
Seminar Politik Malaysia. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA) Universiti Teknologi Mara.

Sohana Abdul Hamid. 2016. Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial
Masyarakat. Special Issue 1, Pages 214-226.

Widodo Agus Setianto. 2012. Penerimaan Khalayak Terhadap Berita-Berita Politik Di


Internet. Volume 14, No. 1.
68

LAMPIRAN A

Arahan: Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.


BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

1. JANTINA
Lelaki Perempuan

2. BANGSA

Melayu Cina
India Lain-Lain
3. FAKULTI
FSSK FTSM
FEP FUU
FPI FSK
FST FARMASI
FKAB PERUBATAN
FPEND CITRA-UKM
FPER

4. NEGERI
Selangor Perak
Johor Pulau Pinang
Melaka Kedah
Negeri Sembilan Perlis
Pahang Sabah
Terengganu Sarawak
Kelantan W. Persekutuan
69

LAMPIRAN B
BAHAGIAN B: MEDIA SOSIAL YANG DIGUNAKAN UNTUK
MENDAPATKAN BERITA POLITIK

BLOG TELEGRAM
FACEBOOK TWITTER
INSTAGRAM WHATSAPP

BAHAGIAN C: SIKAP PELAJAR TERHADAP TAHAP PENERIMAAN


BERITA POLITIK

1. Saya kerap membuka link maklumat politik di media sosial.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

2. Saya kerap memberi komen mengenai isu politik dalam media sosial.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

3. Saya selalu mengambil berat tentang pandangan politik dalam media sosial.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

4. Saya lebih mempercayai maklumat politik yang disiarkan di media sosial.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju
70

5. Saya kerap melayari media sosial seseorang calon politik.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

6. Saya berminat membaca kandungan yang dikongsi mengenai calon politik di


media sosial.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

7. Saya kerap berkongsi maklumat politik dengan orang lain.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju
71

LAMPIRAN C

BAHAGIAN D: NORMA SUBJEKTIF PELAJAR TERHADAP PENERIMAAN


BERITA POLITIK KEPADA PELAJAR

1. Media sosial mempengaruhi saya dalam memberi sokongan kepada calon


politik.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

2. Maklumat di media sosial membantu saya untuk menyokong parti politik.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

3. Saya sentiasa mendapat maklumat tentang aktiviti parti melalui rakan-rakan di


media sosial.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

4. Saya mendapati individu yang berpengaruh dalam media sosial menyediakan


maklumat yang boleh dipercayai tentang parti politik.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

5. Media sosial mempamerkan aktiviti calon dalam memberikan khidmat kepada


rakyat.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju
72

6. Media sosial dapat mempertingkatkan imej calon dan parti politik.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

7. Individu yang berkongsi maklumat di media sosial menarik minat saya untuk
berpolitik.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju
73

LAMPIRAN D

BAHAGIAN E: KAWALAN TINGKAH LAKU PELAJAR TERHADAP


PENERIMAAN BERITA POLITIK KEPADA PELAJAR

1. Saya akan membuat keputusan mengundi calon berdasarkan maklumat yang


diperoleh di media sosial.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

2. Saya berminat untuk terlibat dalam isu politik di media sosial.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

3. Saya berinteraksi dengan rakan online mengenai isu politik.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

4. Saya menghadiri forum perbincangan politik.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

5. Saya menyertai kempen untuk organisasi politik selepas menerima maklumat


melalui media sosial.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju
74

LAMPIRAN E

BAHAGIAN F: TAHAP PENERIMAAN BERITA POLITIK MELALUI


MEDIA BARU

1. Lebih mempercayai maklumat di media baru berbanding media tradisional.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

2. Mengikuti perkembangan pemimpin di media sosial


(Twitter/Facebook/Instagram).
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

3. Cenderung untuk memilih calon berdasarkan media baru.


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

4. Menghadiri demonstrasi politik berdasarkan pengaruh maklumat di media


sosial.
Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

5. Melayari media online untuk mendapatkan berita politik (TV/Radio).


Sangat tidak setuju Setuju
Tidak setuju Sangat setuju
Kurang setuju

Anda mungkin juga menyukai