Anda di halaman 1dari 92

KESAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN TERHADAP GAYA HIDUP

KOMUNITI DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA

NURIN HUSNINA BINTI BASIR

Latihan Ilmiah Ini Dikemukan kepada Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan

Pelancongan,

Universiti Melaka bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Ekopelancongan dan Rekreasi (Kepujian)

FAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITI DAN PELANCONGAN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

2022
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama : Nurin Husnina Binti Basir

No Matrik : B1920065

Nama Ijazah : Ijazah Sarjana Muda EkoPelancongan Dan Rekreasi ( Kepujian)

Tajuk : Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Gaya Hidup Komuniti di Kampung Morten, Melaka

Bidang Penyelidikan :

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa :

1) Saya adalah satu – satunya pengarang / penulisan hasil kerja ini;

2) Hasil kerja ini adalah kerja asli.

3) Apa–apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara
urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau
pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta
telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja
tersebut dan pengarang / penulisan yang telah dilakukan di dalam hasil kerja ini;

4) Saya tidak mempunyai apa- apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa
penghasilan hasil kerja ini melanggar suatu hak cipta hasil kerja yang lain;

5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap – tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta
hasil kerja ini kepada Universiti Melaka (UNIMEL) yang seterusnya mula dari sekarang adalah
tuan punya kepada di dalam hasil kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan
dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekali pun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis dari UNIMEL;

6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan hasil kerja saya ini saya telah
melanggar suatu hak cipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya telah
dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh
UNIMEL.

Tandatangan Calon, Tarikh

Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Tandatangan saksi, Tarikh

Nama:

Jawatan:
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji

bagi Allah dengan izinNya saya dapat melengkapkan kajian ini dengan jayanya. Tanpa

kuasaNya, saya tidak mampu melakukan kajian saya selengkap ini. Dengan hati yang

tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah

penyelia, Encik Muhammad Arif Bin Nasir atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Kerjasama yang baik daripada pihak komuniti di Kampung Morten, Melaka

amatlah dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua rakan seperjuangan saya

iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekopelancongan & Rekreasi (kepujian) yang telah

banyak memberikan bantuan dan pendapat sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Ribuan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa yang saya hormati,Basir Bin

Hj Riduwan dan Intan Shafinaz Binti Mohd. Khalil yang sentiasa memberi kasih sayang,

dorongan, doa, peringatan dan panduan hidup yang amat saya perlukan. Sesungguhnya

segala pengorbanan yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan akan saya ingati

sepanjang hayat ini. Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan

dalam menyiapkan tesis ini. Semoga penyelidikan dan kajian ini dapat dijadikan wadah

ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.

I
ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesan pembangunan

pelancongan terhadap komuniti gaya hidup komuniti di Kampung Morten, Melaka.

Selain itu, ia bertujuan untuk melihat hubungan antara budaya, sosial dan alam

sekitar dengan kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti Kampung

Morten, Melaka. Kajian ini dilakukan atas 84 orang komuniti yang telah menetap

di dalam kawasan kampung Morten, Melaka. Kajian ini berbentuk tinjauan

dengan mengedarkan borang soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian

iaitu bahagian A mengenai demografi responden, bahagian B soal selidik

berkenaan dengan soalan kesan pembangunan pelancongan di Kampung

Morten, Melaka. Bahagian C soal selidik berkenaan dengan kesan

pembangunan pelancongan terhadap budaya, bahagian D soal selidik

berkenaan dengan kesan pembangunan pelancongan terhadap sosial, E pula

soal selidik berkenaan dengan kesan pembangunan pelancongan terhadap

alam sekitar di Kampung Morten, Melaka Data kajian dianalisis menggunakan

analisis taburan kekerapan, analisis statistik deskriptif, analisis korelasi pearson

dan analisis kebolehpercayaan melalui perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS 27.0). Instrumen kajian adalah soal selidik yang mempunyai dua

bahagian iaitu bahagian A adalah item demografi dan bahagian B , C , D dan E

adalah menjawab persoalan kajian. Hasil kajian didapati bahawa kesan

pembangunan pelancongan adalah disebabkan oleh budaya, sosial dan alam

sekitar yang dimana nilai min yang diperoleh positif. Oleh itu, kesan

pembangunan pelancongan perlu menjaga segala warisan yang ada di sesuatu

kawasan desa, bagi mengekalkan keharmonian sesuatu tempat.

II
ABSTRACT

This study aims to identify the impact of tourism development on the community's

lifestyle in Kampung Morten, Malacca. In addition, it aims to see the relationship

between culture, social and environment with the impact of tourism development

on the community of Kampung Morten, Malacca. This study was conducted on

84 community members who have settled in the area of Morten village, Malacca.

This study is in the form of a survey by distributing a questionnaire consisting of

five parts, namely part A on the demographics of the respondents, part B of the

questionnaire on the question of the impact of tourism development in Kampung

Morten, Melaka. Part C of the questionnaire related to the impact of tourism

development on culture, part D of the questionnaire related to the impact of

tourism development on social, and E of the questionnaire related to the impact

of tourism development on the environment in Kampung Morten, Melaka. The

research data was analyzed using frequency distribution analysis, analysis

descriptive statistics, pearson correlation analysis and reliability analysis through

Statistical Package for Social Science software (SPSS 27.0). The research

instrument is a questionnaire that has two parts, namely part A is demographic

items and parts B, C, D and E are to answer the research questions. The results

of the study found that the impact of tourism development is caused by culture,

social and environment where the mean value obtained is positive. Therefore, the

impact of tourism development needs to take care of all the heritage in a rural

area, in order to maintain the harmony of a place.

III
KANDUNGAN

TAJUK
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1-6
1.3 Permasalahan Kajian 7-9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Kerangka Kajian 11
1.7 Hipotesis Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 12-13
1.9 Batasan Kajian 13-14
1.10 Definisi Istilah 15
1.10.1 Pembangunan Pelancongan 15-16

1.10.2 Komuniti 17-18

1.10.3 Sosial 18-19

1.10.4 Alam Sekitar 19-20

1.11 Rumusan 20

IV
BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 21
2.2 Konsep Kajian 21-23
2.3 Kajian Lampau 24

2.3.1 Hubungan antara budaya terhadap gaya hidup komuniti 24

2.3.2 Hubungan antara sosial terhadap gaya hidup komuniti 25-26

2.3.3 Hubungan antara alam sekitar terhadap gaya hidup komuniti 26

2.4 Teori Pembangunan Pelancongan 27-28


2.5.1 Teori Butler 28-30
2.6 Rumusan 31

V
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka bentuk Kajian 32-33
3.3 Instrumen Kajian 34-39
3.4 Kajian Rintis 40
3.5 Populasi Kajian 41
3.6 Populasi Dan Sampel 42-43
3.7 Pengumpulan Data 43-44
3.8 Analisis Data 44
3.8.1 Analisis Taburan Kekerapan 45
3.8.2 Analisis Statistik Deskriptip 45-46

3.8.3 Analisis Korelasi Pearson 46-47

3.8.4 Analisis Kebolehpercayaan 47-48

3.9 Rumusan 48

VI
BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 49
4.2 Data Demografi : Profil Responden 49-52
4.3 Analisis Statistik Deskriptif 52
4.3.1 Keputusan Analisis Deskriptif 53-60
4.4 Analisis Korelasi Pearson 60-61
4.5 Analisis Kebolehpercayaan 61-62
4.6 Rumusan 62

BAB 5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 63
5.2 Ringkasan kajian 64
5.3 Kesimpulan 65
5.3.1 Hubungan Antara Faktor Budaya Dengan Kesan Pembangun 66
Pelancongan Kepada Komuniti Di Kampung Morten, Melaka.
5.3.2 Hubungan Antara Faktor Sosial Dengan Kesan Pembangunan 67
Pelancongan Kepada Komuniti Di Kampung Morten, Melaka.
5.3.3 Hubungan Antara Faktor Alam Sekitar Dengan Kesan 68
Pembangunan Pelancongan Kepada Komuniti Di Kampung
Morten, Melaka.
5.4 Limitasi Kajian 69-70
5.5 Cadangan 70-71

Rujukan 72-74
Lampiran 75-83
VII
KESAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN TERHADAP GAYA HIDUP

KOMUNITI DI KAMPUNG MORTEN, BANDAR HILIR, MELAKA

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini akan menerangkan pengenalan mengenai kajian yang

dijalankan oleh pengkaji. Pengkaji telah berniat untuk mengkaji berkenaan kesan

pelancongan terhadap penduduk di Kampung Morten, Melaka. Bahagian ini akan

menerangkan mengenai latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan

kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, kerangka kajian, batasan kajian dan

objektif kajian.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sektor pelancongan kini berkembang pesat untuk menjadi industri yang

sangat penting untuk negara dan ekonomi tempatan. Pelancongan Dunia

Organisasi (2018), ketibaan antarabangsa telah mencapai 1332 juta pada 2017,

yang berkembang pada 7% yang luar biasa dan dijangka diteruskan pada 2018

pada kadar 4% hingga 5%. Manakala bagi Malaysia pula, industri pelancongan

adalah kedua yang terbesar dengan penyumbang utama kepada ekonomi

selepas sektor pembuatan. Menurut, Shukor, Salleh dan Idris (2017), dalam
VIII
perubahan faktor ekonomi, sosial, budaya, dan alam sekitar mempunyai upaya

membawa kesan sama ada dalam bentuk positif mahupun kesan negatif ke

atas penduduk tempatan. Melalui pendekatan ini penglibatan komuniti di dalam

sektor pelancongan bukan sahaja dapat memberi kesan kepada masyarakat

tempatan terutamanya didalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan.

Mohd (2017), pembangunan merupakan proses untuk melakukan

perubahan. Pada awal pemikiran masyarakat tentang pembangunan. meeka

sering mengatakan atau mendifinisikan pembangunan ini erupakan

perkembangan atau proses modernisasi. Pembangunan pelancongan di

Malaysia juga turut tidak terkecuali kerani sekotor pelancongan di Malaysia

semakin hari semakin maju. Berita Harian (2022), Malaysia menerima kira-kira

satu juta pelancong antarabangsa sejak sempadan negara Malaysia dibuka

semula pada 1 April 2022. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, iaitu

datuk Seri Nancy Shukri juga berkata bahawa angka itu menunukkan sasaran

kempen ‘Malaysia Truly Asia 2022’, dan hampir mencapai separuh daripada

sasaran iaitu dua juta kemasukan pelancong antarabangsa ke negara Malaysia.

Hal ini dikatakan demkian kerana, pembangunan pelancongan di Malaysia yang

berkembang pesat menyebabkan pelancong antarabangsa menjadikan salah

satu negara yang menarik.

Di samping itu, Syafiqah (2017), pembangunan di dalam sektor

pelancongan sebenarnya merupakan salah satu aspek penting dalam konteks

pembangunan sesebuah negeri khususnya dari sudut ekonomi. Hal ini dianggap

penting kerana kualiti hidp sosial masyarakat di negeri tersebut amnya dan

masyarakt sekitar kawasan pembangnan khususya dapat menentukan sejauh

mana perubahantara sosiokonomi mereka. Selain itu, Syafiqah (2017)


2
pembangunan sektor pelancongan yang berlaku akan membentuk interaksi

ruangan, pergerakan dan perhubungan pelbagai hala dalam satu sirkulasi ruang

ekonomi secara menyeluruh di kawasan berkenaan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2020), negeri Melaka yang juga dikenali

sebagai Melaka Negeri Bersejarah terletak di wilayah Selatan Semenanjung

Malaysia. Negeri Melaka amat dikenali dengan keunikan sejarahnya bermula

dengan sejarah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka selama 110 tahun.

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang

raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan

Mansur Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka yang akhirnya telah ditewaskan

oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Melaka mempunyai banyak tempat menarik, menurut Pejabat Daerah dan

Tanah Melaka Tengah (2019) Melaka Tengah Melaka kini dikenali sebagai

Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Ia juga

telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World

Heritage). Hal ini dikatakan demikian kerana, Melaka mempunyai pelbagai

tempat bersejarah dan budaya, sebagai contoh Kampung Morten, Muzium Kapal

Selam, Kota A-Famosa, Muzium Samudera dan lain-lain.

Tidak terkecuali juga di negeri Melaka yang terkenal dengan negeri yang

bersejarah. Menurut Masdey, Ramli (2018), Melaka amat dikenali kerana

keunikan sejarahnya yang mana telah mengalami beberapa perubahan

pemerintahan. Tinggalan pemerintahan daripada kuasa asing dapat dilihat

sehingga ke hari ini seperti A’Famosa, Bangunan Stadhyus, Kincir Air Victoria,

kubu St. John dan banyak lagi. Tinggalan bangunan dan monumen yang
3
berada di sekitar Bandar Melaka khususnya Bandar Hilir menunjukkan bukti

fizikal bagi sejarah pemerintahan kuasa asing di Melaka (Siti Salina &

Zuliskandar Ramli 2017; Masdey & Ramli 2018). Selain itu, tinggalan bangunan

dan monumen tersebut telah menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai tapak

Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di dalam persidangan kali ke-

32 di Bandaraya Quebac, Kanada pada tahun 2008 (Zuliskandar Ramli 2017;

Masdey & Ramli 2018).

Selain itu, Masdey, Ramli (2018), kawasan warisan yag diiktiraf oleh pihak

UNESCO adalah 288.10 hektar ianya terbahagi kepada dua kawasan iaitu

Kawasan Warisan Utama yang mempunyai sebanyak 45.3 hektar dan manakala

Kawasan Penampan pula sebanyak 242.8 hektar. Terapat juga 1,075 buh

banunan warisan di dalam kawasan warisan utama. bangunan-bangunan ini

terdiri daripada rumah, kedai,banguna keagamaan, kampung, bangunanwarisan

dan lain-lain. Oleh itu, tinggalan beberapa kesan sejarah warisan yang masih

wujud ini menjadi sumberjaya warisan di Bandar Hilir yang mempunyai banyak

potensi pembangunan terutamanya dalam aspek pelancongan warisan.

Bilangan penduduk negeri Melaka pada tahun 2020 adalah dianggarkan

sebanyak 932,700 orang dengan purata kadar pertumbuhan tahunan sebanyak

1.6 peratus berbanding 419,400 orang pada tahun 1970. Menurut laman web

Malaysia Gazette (2022) menerangkan bahawa penduduk di Kampung Morten

mempunyai kira-kira 500 penduduk tetap di kampung tersebut. Penduduk di

Kampung Morten menjalankan kehidupan seharian mereka dengan perniagaan

nasi lemak, dan bekerja di sektor-sektor swasta dan kerajan.

4
Dalam kajian Li, Ahmad, dan Jusoh (2018) Kampung Morten ini

mempunyai empat batang jalan raya yang merupakan empat lorong dan

sebatang jalan raya yang mengelilingi Kampung Morten di tepi Sungai Melaka.

Terdapat beberapa jalan raya yang bertar diberikan nama seperti Lorong Tun

Mamat 1, Lorong Tun Mamat 2, Lorong Tun Mamat 3 dan Lorong Tun Mamat 4.

Li et al., (2018) Kampung Morten ini ialah perkampungan yang

penduduknya adalah kaum Melayu. Di samping itu, terdapat empat kampung

yang berhampiran dengan Kampung morten iaitu Kampung Jawa Tengah (kini

Jalan Bunga Raya), Kampung Jawa Pantai (kini Kampung Jawa), Kampung

Johol(tapak bekas pasar besar) dan Solok Darat Serambai (tapak bekas

Pawagam Lido) (Utusan Malaysia, 2013; Ng Sheu Li et al., 2018). Keempat-

empat perkampungan tersebut telah diwakafkan oleh seorang usahawan.

Pembangunan pelancongan di kawasan sekitar Kampung Morten, Melaka

jga menunjukkan kemajuan. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (2021), Vila

Sentosa merupakan salah satu tarikan pelancongan kerana rumah tersebut

merupakan rumah yang mengekalkan seni bina tradisinal kaum Melayu. Rumah

ini telah diubah suai menjadi muzium persendirian bagi mewujudkan suasana

rumah kampung untuk pelawat. Rumah ini juga telah dibina pada tahun 1920

oleh Tuan Haji Hashim bin Data’ Demang haji Abdul Ghani, iaitu pembuka

Kampung Morten. Rumah ini dipenuhi dengan perkakasan berharga dan koleksi

periadi tuan rumah. Selain itu, terdapat juga pembangunan pelancongan yang

lain yang ada di Kampung morten, salah satunya ialah homestay yang dibuat

oleh komuniti di Kampung Morten itu sendiri.

5
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan pembangunan

pelancongan terhadap gaya hidup komuniti di Kampung Morten, Melaka, dari

segi budaya, sosial dan alam sekitar. Istilah gaya hidup pada asalnya dicipta

oleh ahli psikologi Austria Alfred Adler pada tahun 1929. Maksudnya yang lebih

luas, seperti yang difahami pada hari ini, digunakan sejak pada tahun 1961.

Dalam bidang sosiologi, gaya hidup ialah cara bagaimana seseorang itu hidup.

Gaya hidup adalah koleksi ciri-ciri tingkah laku yang bermakna kepada orang lain

dan diri sendiri dalam masa dan tempat tertentu, termasuk hubungan sosial,

penggunaan, hiburan, dan pakaian. Tingkah laku dan amalan dalam gaya hidup

adalah gabungan watak, cara biasa membuat sesuatu, dan tindakan

berdasarkan logik. Gaya hidup biasanya mencerminkan sikap, nilai dan

pandangan dunia seseorang. Sebaliknya, gaya hidup adalah cara untuk

memupuk konsep kendiri dan mencipta simbol budaya yang menggambarkan

identiti peribadi. Tetapi tidak semua aspek gaya hidup adalah secara sukarela.

Sistem sosial dan teknikal di sekeliling mungkin menyekat pilihan gaya hidup dan

simbol yang boleh digunakan untuk menyerlahkan gaya hidup kepada orang lain

dan kepada diri sendiri.

6
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Umum mengeahui bahawa pembangunan pelancngan di bandar Hilir

berpotensi untuk di majukan amat digalakkan kerana industri pelancongan telah

terbukti membolehklan penyumbangan dalam pelabagai jenis perniagaan. Selain

itu, pembangunan pelancongan juga akan memberikan kesan yang positif

kepada komuniti. Namun begitu, pada masa kini terdapat pelbagai masalah yang

wujud di kebanyakan pembangunan pelancongan termasuklah di Kampung

Morten, Melaka. Antara masalah yang timbul adalah berkaitan dengan budaya.

Li, Ahmad, Jusoh (2018), mengkaji berkaitan perubahan budaya yang berlaku

antara tuan rumah dan pelancong antarabangsa. Tuan rumah menyatakan

bahawa perubahan budaya telah berlaku sejak kekerapan pelanconga asing

melawat ke Kampung Tersebut. Perubahan yang paling ketara berlaku adalah

seni bina rumah yang dulunya seperti rumah tradisional Melayu, tetapi kini

kebanyakkan seni bina rumah di Kampung Morten, lebih moden dan

menggunakan batu bata, tidak menggunakan lagi kayu.

Pembangunan pelancongan di bandar Hilir berpotensi untuk di majukan

amat digalakkan kerana industri pelancongan telah terbukti membolehklan

penyumbangan dalam pelabagai jenis perniagaan. Selain itu, pembangunan

pelancongan juga akan memberikan kesan yang positif kepada komuniti. Namun

begitu, pada masa kini terdapat pelbagai masalah yang wujud di kebanyakan

pembangunan pelancongan termasuklah di Kampung Morten, Melaka. Kajian

lepas yang dilakukan oleh Shukor, Salleh dan Idris (2017) iaitu impak

pembangunan pelancongan terhadap komuniti pulau. Kajian ini telah

menumpukan di sekitar pulau Tioman di Pahang sahaja. Dalam pada itu,

masalah yang wujud di Pahang ialah yang hanya memberi fokus kepada Pulau

7
Tioman sahaja. Keadaan ini dapat dilihat melalui perubahan khususnya dalam

aspek kemudahan awam yang terdapat di Bandar Hilir, Melaka. Dengan itu kesan

pembangunan pelancong adalah sangat penting dan memerlukan kerjasama

semua pihak termasuklah pengunjung dan komuniti yang berhampiran. Di Pulau

Tioman terdapat pelbagai isu yang telah dikupas oleh shukor et al (2017)

antaranya dari segi ekonomi, sosial dan fizikal. Pulau Tioman ini mempunyai

masalah pembangunan yang kurang maju. Justeru itu, kurangnya kajian yang

mengfokuskan berkenaan kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti

setempat di Bandar Hilir, Melaka.

Terdapat pelbagai isu yang ada di Kampung Morten, salah satunya adalah

mengalami perubahan sosial sejak pembangunan pelancongan wujud di Melaka,

Kampung Morten juga tidak terkecuali. Ini kerana pelancong antarabangsa yang

melawat ke Malaysia yang menyebabkan perubahan sosial komuniti di Kampung

Morten, Melaka. Antara perubahannya adalah dari segi bahasa yang

menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Li,

Ahmad, Jusoh (2018), juga merumuskan bahawa komuniti di kampung tersebut,

terutamanya golongan muda menggunakan bahasa campuran dan ada juga

yang fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Selain itu, permasaslahan yang wujud di Kampung Morten ialah, masalah

alam sekitar. Baru-baru ini pada tahun 2022 menurut Sinar Harian (2022),

berlakunya masalah banjir di Kampung Mortn, Melaka akibat empangan di

Durian Tunggal dibuka dan bertembunng akibat fenomena air laut pasang.

Perumal, Sakawi, Zamhari (2016), mengkaji di kawasan Bagan Lalang, sepang,

yang dimana biodiversiti atau kehidupan laut terancam dan musnah akibat

8
pencemaran kawasan laut akibat dari pembinaan Sepang Gold Coast (SPG)

sekalligus menyebabkan komuniti di situ terpaksa berpindah. Perumal et al;

(2016), komuniti disitu kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan dan

menyebabkan nelayan hilang punca rezeki mereka akibat pembinaan

pembangunan pelancongan di Bagan Lalang, Selangor.

9
1.4 PERSOALAN KAJIAN

I. Apakah hubungan antara kesan budaya dengan gaya hidup komuniti di

Kampung Morten, Melaka?

II. Apakah hubungan antara kesan sosial dengan gaya hidup komuniti di

Kampung Morten, Melaka?

III. Apakah hubungan antara kesan alam sekitar dengan gaya hidup komuniti

di Kampung Morten, Melaka?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengenalpasti hubungan antara kesan budaya dengan kesan

pembangunan pelancongan terhadap komuniti di Kampung Morten,

Melaka?

II. Mengenalpasti hubungan antara kesan sosial komuniti dengan kesan

pembangunan pelancongan terhadap komuniti di Kampung Morten,

Melaka?

III. Mengenalpasti hubungan antara kesan alam sekitar dengan kesan

pembangunan pelancongan terhadap komuniti di Kampung Morten,

Melaka?

10
1.6 KERANGKA KAJIAN

Pemboleh Ubah Tidak Boleh Bersandar Pemboleh Ubah Bersandar

budaya
H1

H2
SOSIAL Gaya Hidup

H3
ALAM SEKITAR

Adaptasi Daripada : Shukor, Salleh & Idris (2017). dan Li, Ahmad & Jusoh

(2018)

Rajah 1.0 : Kerangka Kajian

11
1.7 HIPOTESIS KAJIAN

a) H1 : Terdapat hubungan yang positif antara faktor budaya dengan kesan

pembangunan pelancongan kepada komuniti di Kampung Morten, Melaka

b) H2 : Terdapat hubungan yang positif antara faktor sosial dengan kesan

pembangunan pelancongan kepada komuniti di Kampung Morten, Melaka

c) H3 : Terdapat hubungan yang positif antara faktor alam sekitar dengan

kesan pembangunan pelancongan kepada komuniti di Kampung Morten,

Melaka

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini memberi satu gambaran yang jelas mengenai faktor-faktor yang

mempengaruhi kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti di

Kampung Morten, Bandar Hilir, Melaka. Oleh itu, kajian ini sedikit sebanyak dapat

memberi manfaat kepada kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan

dan Pelanconan, Majlis Bandaraya Melaka Berejarah (MBMB) dan kerajaan

tempatan dalam mempertingkatkan lagi mutu faktor-faktor yang memberikan

kesan yang positif terhadap komuniti di Kampung Morten. Selain itu, kajian ini

dapat membantu masyarakat di sekitar Kampung Morten, Bandar Hilir,Melaka

dalam sektor ekonomi selepas hasil kajian dikeluarkan. Dengan dapatan kajian

ini, komuniti tempat mampu menentukan faktor yang dapat mempengaruhi kesan

pembangunan pelancongan di Kampung Morten, Melaka. Di samping itu,

berkemungkinan juga mereka akan dapat mengusahakan

12
perniagaan yang berdasarkan budaya, sosial, dan juga alam sekitar.

Dalam pada itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai satu rujukan dan panduan

kepada pelajar-pelajar yang menjalan kajian atau tugasan mengenai kesan

pembangunan pelancongan terhadap komunti di Kampung Morten, Bandar Hillr.

Seterusnya, sumber-sumber rujukan lain yang berkaitan yang turut digunakan

dalam kajian ini juga boleh dijadikan sebagai bahan belajar yang bermanfaat

untuk pelajar.

1.9 BATASAN KAJIAN

Kajian ini tidak dilakukan secara tidak menyeluruh kepada kesan-kesan

pembangunan pelancongan terhadap komuniti di seluruh Malaysia, manakala

kajian ini justeru dilakukan secara tidak menyeluruh dan tertumpu kepada kesan-

kesan pembangunan pelancongan terhadap gaya hidup komuniti di Kampung

Morten, Melaka.

Selain daripada itu, kajian ini juga tidak dilakukan pada setiap masa.

Justeru, data yang diperolehi daripada kajian kesan pembangunan pelancongan

terhadap gaya hidup komuniti di Kampung, Morten ini hanya tertumpu pada satu

masa sahaja.

` Seterusnya, kajian ini juga dilakukan hanya kepada komuniti yang tinggal

di kawasan Kampung Morten, Melaka ini untuk mengkaji kesan pembangunan

pelancongan terhadap gaya hidup komuniti di Kampung Morten, Melaka. Justeru

kajian ini tidak dilakukan kepada mereka yang tidak menetap di kawasan

Kampung Morten, Melaka. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan data yang jujur

sebagai komuniti yang menetap di kawasan Kampung Morten, Melaka.

13
Di samping itu, kajian ini menggunakan formula Tabachnick dan Fidel

(2003) iaitu jumlah responden hanyalah 74 orang jumlah responden sahaja.

Kajian init tidak dilakukan secara menyeluruh kepada komuniti di kawasan

Kampung Morten, Melaka.

Kajian ini hanya menggunakan satu jenis instrumen sahaja iaitu borang

soal selidik. Selain itu, kajian ini dilakukan dengan cara pengedearan borang soal

selidik kepada Kampung Morten. Data yang dapat merupakan data yang

berasakan soalan-soalan yang telah diberikan dan kurang mendapat data yang

lebih terperinci.

14
1.10 DEFINISI ISTILAH

1.10.1 PEMBANGUNAN

(Riyadi dan Bratakusumah, 2005; Mohd 2017) “pembangunan

merupakan proses untuk melakukan perubahan”. Pada awal pemikiran

masyarakat tentang pembangunan, mereka sering mengatakan atau

mendefinisikan pembangunan merupakan perkembangan atau proses

modernisasi.

Selain itu, Mohd (2017), Pembangunan sebagai suatu perubahan,

mewujudkan suatu keadaan kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang lebih

baik dari keadaan sekarang, sedangkan pembangunan sebagai suatu

pertumbuhan menunjukkan kemampuan suatu kelompok untuk terus

berkembang, baik secara kualitatif maupun kuantitatif dan merupakan sesuatu

yang mutlak yang harus terjadi dalam pembangunan”

Di samping itu, pembangunan juga menunjukkan terjadinya suatu proses

kemajuan yang berasaskan kekuatan sendiri dan bergantung kepada manusia

ataupun struktur sosialnya untuk menerima sebarang perubahan dan kemajuan

yang berlaku.

“Pembangunan biasanya telah dianggap sebagai satu proses, iaitu sesuatu jenis

perubahan sosial. Walau bagaimanapun, pembangunan juga keadaan di mana apabila

sesuatu masyarakat itu dipanggil maju atau mundur, kita merujuk kepada keadaan

semasa. Begitu juga, apabila pembangunan diisytiharkan sebagai matlamat utama

negara-negara Dunia Ketiga, kiasan ini adalah untuk keadaan terminal, bukan satu

15
proses. Oleh itu, istilah 'pembangunan' merujuk kedua-dua destinasi perjalanan dan

perjalanan itu sendiri"

Berdasarkan kepada penyata di atas yang telah didefinisikan oleh Pearce (1989),

dapay dirumuskan bahawa pembangunan merupakan satu proses perubahan

yang berlaku secara evolusi untuk mencapai kemajuan yang lebih baik

berbanding dengan sebelumnya. Ianya meliputi semua aspek kehidupan

manusia termasuklah kegiatan ekonomi, kesihatan, sosial, pendidikan dan lain-

lain.

Selain itu, pembangunan pelancongan juga merupakan pembangunan

yang menjadikan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Menurut

kajian Samad, Shukor, dan Salleh (2017), pada tahun 2010 industri pelancongan

ini telah dibuktikan melalui sumbangan kepada pendapatan (KDNK) iaiu

sebanyak RM 58.3 juta dan 24.71 juta orang kedatangan pelancongpada tahun

itu berbanding pada tahun 2000 yang menyumbang kepada industri pelancongan

kepada pendapatan (KDNK) sebanyak RM 17.3 juta dan 10.2 juta orang

pelancong. Manakala, menurut laporan Bernama (2019) yang menemuramah

Ketua Menteri Melaka yang ke-11 pada masa itu ialah Adly Zahari, jumlah

pelancong yang berkeunjung di negeri Melaka meningkat kepada 17.02 juta

tahun 2018 berbanding pada tahun 2017, peningkatan pelancong ke negeri

Melaka menunjukkan lonjakkan sekitar 1.34 peratus.

16
1.10.2 KOMUNITI

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,2017) komuniti didefinisikan

sebagai kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Selain itu,

ia juga merupakan masyarakat di sesuatu tempat atau negara dan kumpulan

individu yang mempunyai sifat atau budaya yang serupa. Di kampung Morten,

Melaka, mereka digelar komuniti kerana, mereka masih mengamalkan budaya

orang Melayu. Di samping itu juga, komuniti di Kampung Morten masih

mengekalkan seni bina rumah yang menggambarkan rumah lama, iaitu rumah

tradisi yang dinamakan sebagai The Living Museum. Di Kampung Morten masih

lagi mengekalkan budaya dan sosial orang Melayu dan digelar komuniti

Kampung Morten.

1.10.3 BUDAYA

Istilah budaya terdapat pelbagai maksud menurut Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP,2017), budaya merupakan tamadun atau peradaban, disini

tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau

disasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang

tinggi dari segi, sosial budaya, politik dan sebagainya. Selain itu, budaya juga

merujuk kepada sekumpulan barang atau kebendaan dan kerohanian dari

kempulan sosial yang diturunkan dari generasi ke generasi untuk membimbing

amalan individu dan kolektif. Ia merangkumi bahasa, proses, cara hidup, adat
17
istiadat, nilai, corak, tradisi, alat, kebiasan dan pengetahuan. Budaya mempunyai

peranan yang tersendiri, menurut Sinar Harian (2022) yang telah meneuramah

ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan

(Aswara), Datuk Muhammad Nasir Hamzah, peranan budaya bukan sahaja

sebahagian kehidupan harian manusia, seni dan budaya juga berperanan

sebagai ejen pendamaian dan perpaduan serta dapat menggalakkan keamanan

melalui seni dan budaya jauh lebih mudah berbanding rundingan kerana ia

sangat dekat dengan jiwa masyarakat. Kita juga dapat memastikan

kelangsungan hidup dan setiap budaya merangkumi pandangan dunia sebagai

tindak balas terhadap kenyataan bahawa kumpulan sosial hidup.

1.10.4 SOSIAL

Istilah sosial menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,2017), sosial

merupakan segala yang berkaitan dengan masyarakat atau perihal masyarakat.

Ia juga boleh dikaitkan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti semasa

waktu lapang. Suka bergaul dan bermesra juga boleh dikatgorikan sebagai sosial.

Menurut Endang Susilawati dan Asmah Haji Omar (2017 : 89) telah

menerangkan berkenaan sosial iaitu (Winchart, 2001; Endang Susilawati et al.,

2017) telah memperluas makna sosial daripada penggunaan kata ganti nama diri

kedua, pada awalnya ia hanya mengikuti model dua dimensi – makna kekuasaan

dan kesolideran (Brown dan Gilman, 1960; Brown dan Ford, 1966; Endang

Susilawati et al., 2017) – menjadikan lebih kurang 25 makna sosial, yang

antara lain berkaitan dengan kedewasaan, usia, kemarahan, keangkuhan,

kesantunan, kewangan, kedekatan, harga, diri, jarak, kekerapan hubungan dan

18
lain-lain. Jelaslah bahawa maksud sosial ialah segala benda yang berkaitan

dengan masyarakat. Oleh sebab itu, pengkaji akan mengkaji dengan lebih

berkenaan sosial yang ada di tempat kajiannya iaitu di Kampung Morten

yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Kampung Morten mempunyai penduduk

yang mempunyai sosial yang berlainan dari kampung lain.

1.10.5 ALAM SEKITAR

Dalam kajiannya Samion, Awang dan Noviarti (2016) berkenaan kualiti

hidup persekitaran fizikal dan alam sekitar masyarakat pinggir bandar di daerah

Hulu Langat, Selangor telah menerangkan maksud alam sekitar, iaitu ia merujuk

kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada satu titik dalam

ruang dan masa. Alam sekitar juga bermaksud dunia, bumi atau segala yang

terdapat di langit dan di bumi. Sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling.

Alam sekitar atau dalam bahasa inggeris disebut “environment” membawa

maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Justeru itu, alam sekitar adalah

menujukan kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. sekiranya berdaskan

terjemahan secara literal, ‘alam sekitar’ ditujukan kepada apa sahaja yang

melingkung manusia. Namun demikian, secara khusunya perkataan alam seklitar

merujuk kepada fenomena fizikal sama ada berkait dengan iklim dan cuaca.

Manakala menurut. Manakala menurut Dewan Bahasa dan Pustaaka (DBP),

alam sekitar bermaksud fizikal sesebuah kawasan, persekitaran sebuah sistem

kebudayaan, kestabilan politik dan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan

dan kehidupan seseorang.

19
Dengan kata lain, maksud alam sekitar di dalam kajian ini ialah bermaksud alam

sekitar yang berada di sekeliling manusia atau masyarakat setempat. Dalam

kajian ini, pengkaji akan mengkaji berkenaan alam sekitar yang berada di

kawasan kajian iaitu di Kampung Morten, yang terletak di Bandar Hilir, Melaka.

RUMUSAN

Bab ini mengkaji tentang apakah terdapat hubungan antara pemboleh

ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Selain itu, di dalam bab ini

juga akan membincangkan tentang latar belakang kajian dengan masalah yang

dihadapi oleh kajian-kajian lepas, kepentingan kajian juga turut djelaskan di

dalam bab ini. Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh

manakah kesan pembangunan pelangan terhadap gaya hidup di Kampung

Morten, Melaka.

20
BAB 2

SOROTAN LITERATURE

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang konsep kajian. Kajian yang dijalankan ini adalah

berkaitan dengan kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti di

Kampung Morten, Melaka dari aspek budaya, sosial, dan alam sekitar.

2.2 KONSEP KAJIAN

Pearce (1989) mendifinisikan pembangunan seperti berikut :

“Development has usually been treated as a process, a particular kind of social change.

Nevertheles, development is also a state or condition. Whenever a society is called

developed or underdeveloped, we refer to its present condition. Similarly, when

development is declared to be a major goal of Third World nations, the allusion is to be

terminal condition, not to a process. Thus the single term ‘development’ refers both to

the destination of a journey and to the journey itself.”

“Pembangunan biasanya telah dianggap sebagai satu proses, iaitu sesuatu jenis

perubahan sosial. Walau bagaimanapun, pembangunan juga keadaan di mana

apabila sesuatu masyarakat itu dipanggil maju atau mundur, kita merujuk kepada

keadaan semasa. Begitu juga, apabila pembangunan diisytiharkan sebagai

matlamat utama negara-negara Dunia Ketiga, kiasan ini adalah untuk keadaan

terminal, bukan satu proses. Oleh itu, istilah 'pembangunan' merujuk kedua-dua

destinasi perjalanan dan perjalanan itu sendiri"

21
Menurut kajian yang telah dikaji oleh Ramli (2016), berdasarkan kepada

definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawasanya pembangunan

merupakan suatu proses perubahan yang berlaku secara evolusi untuk

mencapai keadaan yang lebih baik dari pelbagai sudut brbanding keadaan yang

sebelumnya. Selain itu, ia juga meliputi semua aspek kehidupan manusia,

kegiatan ekonomi, negara dan keadaan. Dalam hal ini, sesebuah negara yang

mengalami proses pembangunan (maju) adalah negara yang telah melalui

beberapa perubahan dalam pelbagai aspk termasuklah ekonomi, pendidikan,

taraf hidup, kesihatan, kemudahan dan teknologi daripada kemunduran kepada

kemajuan.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (2020)

telah melancarkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 iaitu, dapat

menjamin kelangsungan industri pelancongan negara dan menjadikan Malaysia

kembali sebagai destinasi pelancongan terpilih utama di peringkat global. Dasar

ini terdapat enam teras strategik yang utama yang ingin dilaksanakan iaitu,

tranformasi tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan bagi projek pelancongan

yang inklusif, mempergiatkan digitalisasi pelancongan, memperkayakan

pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuhkan komitmen terhadap

pelancongan lestari, dan yang terakhir ialah meningkatkan kapasiti modal insan

dalam semua sub-sektor pelancongan. Sementara itu YB Dato’ Sri Hajah Nancy

Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dalam ucapannya

berkata melalui dasar ini, tumpuan utama akan diberikan kepada pelancongan

lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan yang merupakan indikator

terpenting dalam memberi impak kepada ekonomi negara. Dalam hal ini,

pembangunan industri pelancongan adalah ke arah mengutamakan kualiti

22
berbanding kuantiti, atau dalam istilah yang lebih mudah adalah kepada quality

tourist atau high yield tourist.

Pelancongan desa atau kampung merupakan industri pelancongan yang

kian membangun di negara kita. pelancongan desa juga menjadi pilihan dan

mendapat tempat di mata pelancong asing. Menurut Sinar Harian (2022)

pelancongan desa ini mampu mentransformasikan kehidupan dan dapat

mengekalkan identiti dan warisan komuniti dengan menjangkau kerpluan semua

pihak. Selain itu, menurut artikel ini juga, pelancongan desa mempunyai

kemampuannya iaitu dapat menawarkan produk pelancongan berasaskan

komuniti seperti inap desa serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang

melibatkan makanan, kraf tangan atau produk hiliran, secara tidak langsung

memberikan pengalaman dan manfaat kepada pelancong serta komuniti

setempat. Kampung Morten merupakan pelancongan desa kerana di kampung

tersebut menawarkan perkhidmatan penginapan seperti inap desa, dan

homestay. Selain itu komuniti disitu juga dapat meningkatkan pelancong asing

datang ke Melaka kerana ingin melihat sendiri warisan orang Melayu.

23
2.3 KAJIAN LAMPAU

2.3.1 Hubungan antara budaya terhadap gaya hidup komuniti

Budaya bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan

mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya.

Menurut kajian lepas yang dikaji oleh Li, Ahmad dan Jusoh (2018) berkenaan

interaksi tuan rumah dan pelancong antrabangsa dalam pelancongan budaya di

kampung Morten telah menerangkan bahawa tuan rumah di Kampung Morten

lama-kelamaan budaya dan gaya hidup mereka berubah dek kerana ingin

menyelaraskan keperluan dan memenuhi jemputan daripada pelancong

antrabangsa. Dengan demikian, di dalam kajian tersebut Li et al., (2018) telah

menyatakan bahawa tinjauan literature tersebut berkenaan budaya yang lama-

kelamaan semakin hilang di Kampung Morten kerana kedatangan pelancong

antarabangsa yang semakin hari semakin meningkat.

Selain itu, terdapat juga kajian lepas di Pulau Tioman yang telah dikaji oleh

salleh, Shukor dan Idris (2017). Kajian ini berkenaan impak pembangunan

pelancongan ke ats persekitaran manusia dan fizikal komuniti di Pulau Tioman,

menurut kajian yang dilakukan (Shukor et al. 2014; Salleh et al., 2017) di

Malaysia menunjukkan bahawa pembangunan pelancongan ini memberikan

impak yang positif kepada budaya komuniti tempatan. Mereka juga menyedari

bahawa aktiviti kebudayaan ini boleh dijadikan sebagai alat pelancongan untuk

dipersembahkan kepada pelancong antrabangsa. Di dalam kajian ini juga telah

merumuskan bahawa pembangunan pulau sebagai destinasi pelancongan juga

penting dari aspek budaya kerana ia membawa kepada pengukuhan budaya

masyarakat dan berpeluang mengekalkan identiti penduduk tempatan.

Natijahnya, identiti masyarakat komuniti tradisional Pulau Tioman tidak hilang.


24
2.3.2 Hubungan antara sosial terhadap gaya hidup komuniti

Sosial bermaksud aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat, pergaulan,

dan masyarakat yang menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak zaman. Di

dalam kajian salleh, Shukor dan Idris (2017), menerangkan bahawa

pembangunan pelancongan memberi kesan keada cara hidup komuniti tempatan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, komunikasi antara komuniti tempatan dan

pelancong asing menggunakan bahasa English sebagai bahasa pengantar.

walaubagaimanapun, ia akan mengubah struktur sosial dan keluarga yang

disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelancong (Dyer et al. 2007; Salleh et

al., 2017). Oleh hal yang demikian, pembangunan pelancongan ini dapat

mengurangkan dan juga mencegah pelbagai jenayah serta gejala sosial di

tempat tersebut. Hal ini kerana, mereka mempunyai pekerjaan kesan daripada

pembangunan pelancongan (Lankford 1994; Salleh et al., 2017).

Selain itu, terdapat juga kajian mengenai impak ekopelancongan terhadap

komuniti tempatan yang hanya mengfokuskan di Bagan Lalang, Sepang,

Selangor, kajian ini dilakukan oleh Perumal, Sakawi, dan Zamhari (2016). Kajian

ini telah menerangkan bahawa terdapat impak negatif terhadap komuniti di situ

akibat proses pembangunan Sepang Gold Coast (SGC). Hal ini dikatakan

demikian kerana, proses pembangunan SGC ini menyebabkan kehidupan

akuatik di kawasan nelayan tersebut semakin berkurangan dan sekali gus

membuat kawasan perikanan mereka terbatas. Menurut pengkaji lagi (Perumal

et al., 2016) fenomena ini lebih dirasai oleh komuniti nelayan ketika fasa

pembinaan projek SGC. Seterusnya, kessan negatif juga didapati ketika fasa

operasi. Antaranya peningkatan kadar jenayah seperti kes kecurian serta

25
kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan. Lain pada itu, dalam kajian ini

juga dapat meekodkan bahawa terdapat segelintir penduduk sekitar terpaksa

berpindah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan pelancongan.

2.3.3 Hubungan antara alam sekitar terhadap gaya hidup komuniti

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment”

membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya

berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah

menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara

khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang

melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga

fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. Menurut kajian lepas yang dikaji

oleh Perumal, Sakawi, dan Zamhari (2016) yang mengfokuskan komuniti di

Bagan Lalang telah menyatakan bahawa alam sekitar di kawasan tersebut

terjejas akibat projek pembangunan pelancongan Sepang Gold Coast (SGC).

Kehidupan komuniti di sana terjejas sekali gus kehidupan akuatik juga semakin

berkurangan. hal ini disebakan projek pembangunan pelancongan yang

memfokuskan kawasan laut. Selaras dengan kesan perolehan pendapatan,

jumlah purata pendaratan ikan dalam sehari ataupun sebulan telah menunjukkan

peratusan penurunan yang drastik ketika fasa pembinaan iaitu sebanyak 45

peratus. Pencemaran air akibat sisa pembinaan dan gegaran hasil daripada

pemasangan cerucuk tiang telah mengakibatkan gangguan ke atas ekosistem

akuatik. Tambahan itu, impak ini bersifat jangka panjang di mana pada masa

kini purata pendaratan ikan semakin berkurangan.

26
2.4 TEORI PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Di dalam kajian Latiff, Mohd, Pitchay dan Daud (2020) telah mengkaji

berkenaan kesan pertumbuhan industri pelancongan kepada pendapatan negara

dan peluang pekerjaan : analisis input-output. Menurut Latif., et al (2020)

pembangunan pelancongan merupakan penyumbang kepada perubahan

ekonomi komuniti dan negara yang dimana dengan cara pembangunan ini

peluang pekerjaan dapat dijana dan dapat tingkatkan pendapatan masyarakat

dan negara. Selain itu, pembangunan ini juga akan memberi manfaat kepada

masyarakat (Drăgulănescu & Druţu, 2012; Latif., et al 2020). Proses

pembangunan pelancongan juga melibatkan proses menyusun, membangun dan

menaik taraf sesuatu infrastruktur di sesebuah kawasan tersebut (Telfer, 2002;

Latif., et al 2020).

Menurut Latif., et al (2020) pembangunan merangkumi pelbagai aspek,

antaranya aspek ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Pemabangunan

ekonomi merujuk kepada penciptaan peluang pekerjaan kepada masyarakat

dengan cara peluang kerja ini masyarakat dapat meningkatkan taraf hidup

(Schumpeter & Backhaus, 2003; Latif., et al 2020). Justeru itu, dapat

mengurangkan kadar kemiskinan. Manakala, pembangunan sosial pula adalah

pembangunan untuk kesejahteraan masyarakat dan kualiti hidup mereka. Bagi

pembangunan budaya pula ialah menunjukkan gaya hidup masyarakat di

sesebuah kawasan tersebut. Yang terkahir ialah pembangunan alam sekitar,

pembangunan ini untuk mengekalkan sumber yang sedia ada untuk generasi

akan datang dan dapat menjaga kebersihan alam sekitar dari sebarang

pencemaran (Jaffee, 1998; Latif., et al 2020).

27
Teori pertumbuhan merupakan salah satu teori yang digunakan untuk

menjelaskan fenoma perubahansosialkhususnya pada masyarakat negara yang

sedang brkembang dan teori ini dkembangkan bagi membaiki keadaan ekonomi

masyarakat negara tersebut Latif., et al (2020). Secara ringkasnya pertumbuhan

ekonomi bermaskud proses kenaikan output per kapita dalam jangka panjang

(Solow,1994; Latif., et al 2020). Terdapat duaperkara yang perlu diperhatikan

iaitu sisi output total (GDP/ Gross Domestik Product) dan juga jumlah penduduk.

2.4.1 TEORI BUTLER

Butler R.W telah menulis buku yang bertajuk “The concept of the

tourist area life-cycle of evolution: implications for management of

resources” pada tahun 1980. Butler telah memperkenalkan konsep evolusi

kitaran hidup di kawasan pelancongan iaitu Butler telah melihat

bagaimana perkembangan pembangunan peancongan di sesuatu

kawasan tersebut. Asal-usul dan ciri-ciri model TALC adalah berdasarkan

idea tersebut bahawa “resort pada dasarnya adalah produk, iaitu ia

biasanya telah dibangunkan dan diubah suai untuk memenuhi keperluan

pasaran tertentu (pembuat percutian) dengan cara yang sama dengan

pengeluaran barangan dan perkhidmatan lain ”(Butler, 2011, 4). Menurut

kajian Elyes Sahli (2020) pusat peranginan akan mengikut corak

pembangunan yang umumnya sama dengan kebanyakan produk lain.

28
Corak tersebut di sini adalah berdasarkan Kitaran Hayat Produk

(PLC) model, di mana sejarah jualan produk mengikuti asimptotik

berbentuk S melengkung dari semasa ke semasa. (Rajah 1), di mana

jualannya digantikan dengan jumlah pelancong. Model TALC merangkumi

enam peringkat evolusi kawasan pelancongan iaitu, exploration

(penerokaan), involvement (penglibatan), development (pembangunan),

consolidation (penyatuan), stagnation and decline or rejunation (genangan

dan penurunan atau peremajaan) (Butler,1980)

Rajah 1 : Model Kitaran Hidup Kawasan Pelancongan

Richard Butler (Butler, 1980)

29
Selain itu, menurut Butler, perkembangan sesebuah destinasi

pelancongan berlaku secara evolusi dari permulaan dan melalui beberapa

peringkat sehingga akhir mengikut bilangan pelancong dan masa.

Pembangunan untuk sesebuah destinasi pelancongan itu akan

menempuhi enam peringkat pembangunan, bermula dengan penerokaan,

penglibatan, pembangunan, konsidilasi, pengukuhan dan tahap tepu iaitu

penurunan atau penremajaan. Setelah berada di tahap tepu, sesebuah

destinasi pelancongan dijangka sama ada menempuhi peringkat nafas

baharu, stabil, ataupun merosot dengan segera, bergantung kepada

perkembangannya pada masa depan. Kelebihan model ini adalah

penekanan terhadap status penglibatan penduduk tempatan dalam

evolusi pembangunan destinasi pelancongan Butler, (1980). Teori Butler

ini telah menjelaskan bagaimana perkembangan dan sehingga pada

akhirnya bergantung kepada pengusaha pelancongan dikawasan tersebut

iaitu adakah ia berlaku penurunan atau pembangunan semula

pelancongan di kawasan tersebut. Teori ini juga boleh dikaitkan dengan

kajian pengkaji kerana pengkaji ingin menyelidik bagaimana

perkembangan pembangunan pelancongan di Kampung Morten.

30
2.5 RUMUSAN

Secara ringkasnya, kajian lampau berkaitan dengan kesan pembangunan

pelancongan yang mempengaruhi komuniti ini telah memberi gambaran yang

jelas bahawa fokus utama yang memberikan kesan terhadap komuniti adalah

dari kemajuan pembangunan pelancongan. Sekiranya kesan itu tidak

memberikan kesan positif kepada komuniti setempat, maka pihak berkenaan

mempunyai satu usaha untuk memperbaiki supaya ia tidak terus menjadi punca

pelacong tidak mahu mengadakan lawatan semula ke kawasan tersebut. Selain

itu, kajian ini mengenai kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti di

Kampung Morten, Melaka, diharapkan mampu terus dijalankan dan memberi

manfaat kepada semua pihak.

31
BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kaedah kajian pada umumnya merupakan panduan untuk menyekesaikan

masalah, dengan komponen yang tertentu seperti kaedah, fasa, tugas, teknik

dan alat. Secara ringkasnya, di bahagian kaedah kajian ini, pengkaji akan

menerangkan secara keseluruhan bagaimana kajian ini akan dijalankan.

Pengkaji juga akan menerangkan kaedah kajian yang disertakan bersama

justifikasi untuk setiap aspek.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Secara umum, para pengkaji mempunyai dua pilihan kaedah kajian iaitu

sama ada untuk menggunakan kaedah kuantitatif ataupun. Oleh hal yang

demikian, kajian yang ingin dijalankan ini menggunakan kaedah kuantitatif yang

menekankan pengukuran objektif dan analisis statistik, matematik, atau numerik

data yang akan dikumpulkan melalui tinjauan pendapat, soal selidik, dan tinjauan,

atau dengan memanipulasi data statistik yang sudah ada dengan menggunakan

teknik komputasi (Norhisham, 2019). Penyelidikan kuantitatif menumpukan pada

mengumpulkan data berangka dan menggeneralisasikannya di antara kumpulan

orang atau untuk menjelaskan fenomena tertentu (Gray, 2017).

32
Di samping itu, kajian ini juga menggunakan soal selidik sebagai

instrumen kajian untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan hubungan

antara budaya, sosial, dan alam sekitar yang disebabkan oleh pembangunan

pelancongan yang ada di Kampung Morten, Melaka.

Sementelahan, kajian ini menggunakan kajian korelasi kerana ia

digunakan untuk menghubungkan antara kesan pembangunan pelancongan

dengan budaya, sosial, dan alam sekitar yang terdapat di kampung Morten,

Melaka.

33
3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik. Borang ini

mengandungi empat bahagian dan diedarkan kepada responden dalam

kalangan penduduk di kampung Morten, Melaka. Bahagian A adalah berkaitan

maklumat demografi penduduk di Kampung morten, Melaka. Soalan-soalan

berikut merangkumi beberapa aspek iaitu jantina, bangsa, status perkahwinan,

pekerjaan tetap dan latar belakang kajian.

Bahagian B di dalam soal selidik ialah mengkaji tentang kesan

pembangunan pelancongan di Kampung Morten, Melaka. Sebanyak 20 item

telah dikenal pasti yang telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu budaya,

sosial, dan alam sekitar. Penyelidik lepas telah menyenaraikan item atau dimensi

dari segi budaya, sosial dan alam sekitar. Soalan-soalan yang terkandung dalam

borang soal selidik terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu (A), (B), (C), (D),

dan (E) yang akan disediakan untuk responden.

Soalan ini dibuat dalam bentuk skala likert 5 mata dan juga skala nominal.

Skala likert 5 mata ini terbahagi kepada 5 pilihan iaitu 1. Sangat tidak setuju, 2.

Tidak Setuju, 3.Tidak pasti, 4. Setuju, 5. Sangat setuju. Borang soal selidik ini

diedarkan kepada responden melalui kaedah mengedarkan borang soal selidik

dan membuat lawatan ke Kampung Morten, Melaka. Sehubungan dengan itu,

borang soal selidik ini dibuat di dalam Bahasa Melayu secara keseluruhannya.

34
No Jenis Item Sumber Jenis Skala
Demografi

1 kaum 1. Melayu Norlida Hanim ( )


2. Cina Mohd Salleh ( )
et, al. (2017)
3. India ( )
4. Lain-lain ( )

2 Jantina 1. Perempuan Norlida Hanim ( )


2. Lelaki Mohd Salleh ( )
et, al. (2017)

3 Umur 1. Bawah 25 tahun ( )

2. 26 – 35 tahun Norlida Hanim ( )


3. 36 – 45 tahun Mohd Salleh ( )
4. 46 tahun ke atas et, al. (2017) ( )

4 Status 1. Berkahwin Norlida Hanim ( )


Perkahwinan Mohd Salleh
2. Bujang ( )
et, al. (2017)

5 Tahap Sekolah rendah/ ( )


Pendidikan UPSR

Sekolah
( )
Menengah/PMR/SPM Norlida Hanim
( )
Diploma Mohd Salleh
et, al. (2017) ( )
Ijazah Sarjana Muda
( )
Sarjana
( )
PhD

6 Pendapatan Dibawah RM1500 ( )


sebulan
RM1,500-RM2,500 Norlida Hanim ( )
(gaji)
RM2,501- RM3,500 Mohd Salleh ( )

RM3,501- RM4,500 et, al. (2017) ( )


Melebihi – RM4,501 ( )

35
BAHAGIAN B : Kesan pembangunan pelancongan terhadap ekonomi di
Kampung Morten, Melaka
NO Item Sumber Skala
1 Pembangunan pelancongan Norlida Hanim 12345
dapat menyumbang kepada Mohd Salleh et,
pendapatan ekonomi negara. al. (2017)

2 Pembangunan pelancongan Norlida Hanim 12345


punca kewujudan kemudahan Mohd Salleh et,
asas al. (2017)

3 Pembanguna pelancongan Norlida Hanim 12345


dapat memberikan peluang Mohd Salleh et,
pekerjaan kepada masyarakat al. (2017)
tempatan
4 Pembangunan pelancongan Norlida Hanim 12345
dapat memperkenalkan Mohd Salleh et,
budaya kepada pelancong al. (2017)
asing
5 Pembangunan pelancongan Norlida Hanim 12345
dapat meningkatkan Mohd Salleh et,
masyarakat tempatan fasih al. (2017)
berbahasa Inggeris

36
BAHAGIAN C : Kesan pembangunan pelancongan terhadap budaya di
Kampung Morten, Melaka

No Item / faktor budaya Sumber Skala

1 Saya bersetuju bahawa gaya Norlida Hanim Mohd 12345


hidup masyarakat tempatan
Salleh et, al. (2017)
dikekalkan
2 Saya bersetuju bahawa kesan Norlida Hanim Mohd 12345
pembangunan pelancongan
Salleh et, al. (2017)
dapat memelihara identiti
budaya masyarakat
3 Saya bersetuju dapat Norlida Hanim Mohd 12345
mengekalkan rumah tradisional
Salleh et, al. (2017)
tempatan
4 Saya bersetuju dapat bahawa Norlida Hanim Mohd 12345
komuniti dapat mengetahui
Salleh et, al. (2017)
budaya luar
5 Saya bersetuju kesan Norlida Hanim Mohd 12345
pembangunan pelancongan ini
Salleh et, al. (2017)
dapat mewujudkan masyarakat
cintakan budaya

37
BAHAGIAN D : Kesan pembangunan pelancongan terhadap sosial di
Kampung Morten, Melaka

No Item / faktor sosial Sumber Skala

1 Saya bersetuju bahawa Norlida Hanim 12345


pembangunan pelancong dapat
Mohd Salleh et, al.
menyebabkan cara hidup penduduk
(2017)
di kampung Morten berubah
2 Saya bersetuju bahawa Rohayu Ab. Majid 12345
pembangunan pelancongan dapat
et. al, (2019)
mengurangkan jenayah dan gejala
sosial di kawasan Kampung Morten.
3 Saya bersetuju kesan pembangunan Rohayu Ab. Majid 12345
pelancongan akan menyebabkan
et. al, (2019)
kesesakan kawasan riadah
4 Saya bersetuju bahawa kesan Norlida Hanim 12345
pembangunan pelancongan di
Mohd Salleh et, al.
Kampung Morten ini dapat
(2017)
meningkatkan kemahiran
berkomunikasi.
5 Saya bersetuju bahawa Norlida Hanim 12345
pembangunan pelancongan ini telah
Mohd Salleh et, al.
mengganggu kehidupan penduduk.
(2017)

38
BAHAGIAN E : Kesan pembangunan pelancongan terhadap alam sekitar di
Kampung Morten, Melaka

No Item / faktor alam sekitar Sumber Skala

1 Saya bersetuju bahawa ia dapat Norlida Hanim Mohd 12345

meningkatkan imej dan Salleh et, al. (2017)

pemandangan kampung Morten.

2 Saya bersetuju ia dapat Norlida Hanim Mohd 12345

meningkatkan tahap kebersihan di Salleh et, al. (2017)

kawasan kampung

3 Saya bersetuju pembangunan Rohayu Ab. Majid et. 12345

pelancongan dapat menggalakkan al, (2019)

aktiviti kitar semula

4 Saya bersetuju bahawa ia Rohayu Ab. Majid et. 12345

menyebabkan kawasan menjadi al, (2019)

bising

5 Saya bersetuju bahawa Rohayu Ab. Majid et. 12345

pembangunan pelancongan dapat al, (2019)

mencemarkan kualiti udara di

kawasan sekitar.

39
3.4 KAJIAN RINTIS

Kajian yang dijalankan telah melalui satu peringkat dimana pengkaji harus

melaksanakan kajian rintis. Kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menguji

tempoh yang diperlukan untuk menjawab soal selidik. Selain itu, tujuan kajian

rintis ini dilakukan bagi memastikan bahasa dan struktur yang digunakan dalam

soal selidik adalah menepati dan sesuai dengan pengalaman responden.

Seterusnya, soalan soalan yang dikemukan boleh menghasilkan maklumat yang

ingin diperoleh oleh pengkaji daripada responden.

Melalui kajian rintis yang akan dijalankan oleh pengkaji ini dengan

mengedarkan 30 borang kepada responden secara persampelan. Kajian rintis ini

dijalankan untuk menentukan kesahihan dan kebolehpercayaan sesuatu

instrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh

dipercayai dan tidak dipersoalkan. Kebolehpercayaan soal selidik untuk kajian

rintis ini dapat diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for

Sociel Science ( SPSS ).

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items

.798 .787 20

Rajah 2.0 : Statistik Alfa

40
3.5 POPULASI KAJIAN

Populasi kajian terdiri daripada komuniti setempat di Kampung Morten,

Melaka. Mengikut data yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan Malaysia

bilangan penduduk negeri Melaka pada tahun 2020 adalah dianggarkan

sebanyak 932,700 orang dengan purata kadar pertumbuhan tahunan sebanyak

1.6 peratus. Kawasan Kampung Morten ini dipilih kerana pengkaji ingin

mengenalpasti kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti di

Kampung Morten, Melaka dari segi perubahan budaya, sosia, dan alam sekitar.

leh itu, pengkaji yakin bahawa populasi kajian yang dipilih mampu memberi

kerjasama apabila pengkaji mengedarkan soal selidik secara bersemuka bagi

mendapatkan maklumat tentang kesan pembangunan pelancongan terhadap

komuniti di Kampung Morten, Melaka

Manakala populasi di Kampung Morten terdapat kira-kira hampir 500

orang penduduk. Menurut laman web MalaysiaGazette (2002) di dalam artikel

yang menerangkan berkenaan banjir yang melanda Kampung Morten, Melaka itu

telah nyatakan terdapat kira-kira 500 orang penduduk yang menetap di Kampung

Morten, Melaka pada tahun 2022

Pengkaji juga yakin bahawa dengan pemilihan di Kampung Morten,

Melaka ini akan dapat membantu pengkaji mendapatkan maklumat dan maklum

balas dari komuniti di Kampung Morten, Melaka. Oleh itu, ia juga dapat

membantu pengkaji melihat tahap kesan pembangunan pelancongan terhdapa

komuniti di Kampung Morten, Melaka.

41
3.6 POPULASI DAN SAMPEL

Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan rawak bebas. Seramai

30 orang responden daripada 500 orang komuniti tempatan yang terlibat dalam

kajian ini. Selain itu, jumlah ini juga ditetapkan berdasarkan justifikasi bahawa

jumlah ini dirasakan sudah memadai untuk mewakili populasi komuniti penduduk

di Kampung Morten. Dengan cara ini taburan responden adalah lebih

menyeluruh dan berupaya untuk memberikan penilaian tentang kesan

pembangunan pelancongan terhadap budaya, sosial dan alam sekitar.

Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek atau benda kejadian

yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Menurut Rohana Yusof,

(2004), setiap individu atau objek dalam sesuatu populasi berkemungkinan

berbeza-beza dalam banyak segi, namun ianya mestilah mempunyai tidak

kurang daripada satu ciri yang sama Manakala persampelan ini merupakan

pengambilan sebahagian pecahan daripada suatu populasi sebagai mewakili

populasi tersebut, Pengkaji menetapkan responden ini yang terdiri daripada

komuniti Kampung Morten, Melaka kerana komuniti ini majoritinya terlibat dalam

pembangunan pelancongan. Bagi kajian pengkaji telah menggunakan

persampelan secara rawak kerana pengkaji ingin memudahkan responden untuk

menjawab soal selidik secara bersemuka dan mendapat lebih banyak informasi

berkenaan kampung tersebut.

Pengkaji menggunakan formula Tabachnick dan Fidel(2013): Formula ini

berkenaan pengiraan saiz sampel bagi kaedah ini ialah N > 50 + 8m. ‘N’ ialah

saiz sampel. Manakala, ‘m’ ialah bilangan pemboleh ubah bebas. Jadi, pemboleh

ubah bebas yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah sebanyak

42
3 pemboleh ubah bebas. Manakala, jumlah responden yang diperlukan adalah

seramai 84 orang komuniti di Kampung Morten, Melaka. Maka, formula

pengiraannya akan menjadi N > 50 + 8 (3)

Pengkaji menggunakan formula Tabachnick dan Fidel(2013):

N > 50 + 8 (m)

N > 50 + 8 = 74

N > 30

Jumlah responden yang diperlukan adalah seramai 74 orang komuniti di


Kampung Morten, Melaka

3.7 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah menyusun instrumen bahagian penting

dalam langkah penyelidikan, yang terutamanya jika penyelidik menggunakan

kaedah yang cenderung masuk ke dalam unsur subjektif. Selain itu,

pengumpulan data dalam penyelidikan juga perlu dipantau agar data yang

diperolehi dapat dipertahankan pada tahap kesahan dan kebolehpercayaan.

Pada peringkat ini juga segala data dan maklumat yang diperolehi akan dikumpul

untuk membantu menjayakan kajian ini. Walaubagaimanapun, pengumpulan

data ini akan dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kategori data primer

dan data sekunder.

43
Proses pengumpulan data dijalankan dengan melakukan peredaran

borang soal selidik secara bersemuka kepada responden yang terdiri daripada

komuniti tempatan yang menetap di Kampung Morten, Melaka. Kaedah

pengedaran ini akan dibantu oleh beberapa rakan penyelidik untuk

mempercepatkan proses pengedaran.

3.8 ANALISIS DATA

Kajian ini menggunakan kaedah SPSS 27.0 (Statistical Packages for

Social Science) bagi menganalisis data secara saintifik. Tujuan menggunakan

perisian ini adalah untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan dari proses

pengagihan soalan kepada sampel. Terdapat beberapa teknik analisa statiskal

yang digunakan oleh pengkaji ialah analisis taburan kekerapan, statistik deskriptif

(Descriptive Statistic), analisis korelasi Pearson (Pearson Correlation) dan ujian

kebolehpercayaan (Realibility Test) . Kajian ini berbentuk korelasi kerana

pengkaji ini ingin melihat hubungan antara kesan pembangunan pelancongan

dengan budaya, sosial, dan alam sekitar. Tujuan analisis data adalah untuk

menghuraikan data supaya dapat difahami dan juga membuat kesimpulan

berdasarkan data yang diperoleh. Terdapat 30 orang responden yang dipilih

secara rawak di kawasan Kampung Morten, Melaka. Dengan adanya data ini

pengkaji akan menganalisis mengikut kaedah kolerasi pearson.

44
3.8.1 Analisis Taburan Kekerapan (Frequency Distribution Analysis)

Analisis Kekerapan adalah bidang statistik penting yang berkaitan

dengan jumlah kejadian (kekerapan) dan menganalisis ukuran

kecenderungan pusat dan penyebaran. Analisis Kekerapan biasanya

berkaitan dengan tiga jenis ukuran iaitu langkah-langkah kecenderungan

pusat ini adalah ukuran tunggal yang cuba menggambarkan kumpulan

data melalui nilai yang mewakili kedudukan pusat dalam kumpulan data

tersebut. Selain itu, Ukuran kecenderungan pusat yang paling popular

yang digunakan untuk analisis frekuensi ini adalah Mean, Median, Median

dan Mode. Walaupun analisa ini adalah nilai rata-rata set data, median

adalah pemerhatian tengah (pemerhatian yang mempunyai jumlah nilai

yang sama yang terletak di atas dan di bawahnya) dalam kumpulan data.

Mode merupakan nilai yang berlaku paling kerap dalam satu set data.

Walaupun Mean telah dikira oleh ahli matematik dan ahli-ahli astrologi

sejak berabad-abad lamanya. Median pertama kali diperkenalkan oleh

Edward Wright di dalam bukunya yang mengenai navigasi pada tahun

1599; dan Mode bermulanya pada tahun 1895oleh usaha Karl Pearson.

3.8.2 Analisis Statistik Deskriptif (Descriptive Analysis)

Analisa Statistik Deskriptif ini berkaitan dengan tiga jenis ukuran

iaitu langkah-langkah kecenderungan pusat ini adalah ukuran tunggak

yang cuba menggambarkan kumpulan data melalui nilai yang mewakilli

kedudukan pusat dalam kumpulan data tersebut. Selain itu,

kecendurungan pusat yang paling popular yang digunakan untuk analisis

45
frekuensi adalah Mean, Median dan Mode. Walaupun ia adalah nilai rata-

rata set data, Median adalah pemerhatian tengah (pemerhatian yang

mempunyai jumlah nilai yang sama yang terletak di atas dan dibawahnya)

dalam kumpulan data. Mode adalah nilai yang berlaku paling kerap dalam

satu set data. Walaupun Mean telah dikira oleh ahli matematik dan ahli

astrologi sejak berabad-abad lamanya. Median pertama kali

diperkenalkan oleh Edward Wright di dalam bukunya yang mengenai

navigasi pada tahun 1599; dan Mode bermulanya pada tahun 1895oleh

usaha Karl Pearson.

3.8.3 Analisis Korelasi Pearson (Pearson Correlation Analysis)

Korelasi Pearson adalah korelasi sederhana yang hanya

melibatkan satu pemboleh ubah bersandar (bersandar) dan satu

pemboleh ubah tidak bersandar (bebas). Korelasi Pearson ini akan

menghasilkan pekali. Korelasi yang berfungsi untuk mengukur kekuatan

hubungan linear antara dua pemboleh ubah. Selain itu, sekiranya

hubungan antara dua pemboleh ubah tidak linear, maka pekali korelasi

Pearson tidak menggambarkan kekuatan hubungan antara dua pemboleh

ubah yang sedang dikaji, walaupun kedua pemboleh ubah tersebut

mempunyai hubungan yang kuat. Pekali korelasi ini disebut pekali korelasi

Pearson kerana pertama kali diperkenalkan oleh Karl Pearson pada tahun

1990 (Firdaus, 2009). Seperti yang telah dinyatakan oleh Ronny Kountur

(2009: 210) bahawa data dengan skala selang atau nisbah dapat

menggunakan korelasi Pearson. Di samping itu, kepentingan tidak hanya

46
harus memenuhi syarat pengukuran, tetapi mesti menganggap data

diedarkan secara normal. Simbol untuk korelasi Pearson adalah "p" jika

diukur dalam populasi, dan "r" apabila diukur dalam sampel.Korelasi

adalah ukuran yang digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara

pemboleh ubah (Siregar, 2013). markah untuk pekali korelasi adalah

antara -1 <0 <1 itu jika r = -1 korelasi negatif sempurna, ia bermaksud

tahap kepentingan pengaruh pemboleh ubah X terhadap pemboleh ubah

Y sangat lemah dan jika r = 1 korelasi positif yang sempurna ia bermaksud

tahap kepentingan pengaruh pemboleh ubah X terhadap pemboleh ubah

Y adalah sangat kuat (Sudjana, 2005). ekiranya pekali korelasi

menunjukkan nombor 0, maka tidak ada hubungan antara dua pemboleh

ubah yang dikaji. Sekiranya hubungan dua pemboleh ubah sempurna,

maka penyebaran data akan terbentuk garis lurus. Walaupun begitu

sebenarnya kita akan sukar mencari data yang dapat membentuk garis

lurus yang sempurna.

3.8.4 Analisis Kebolehpercayaan (Realitibility Analysis)

Menurut Field ( 2006 ) ujian ketepatan (Reliability Test) yang

menggunakan kaedah analisa statistik adalah bertujuan untuk mengukur

ketepatan (consistency) skala pengukuran. Namun begitu kaedah ini

terdapat sedikit limitasi yang mungkin akan mempengaruhi ketepatan

sesuatu dapatan (keputusan). Sekiranya nilai skalanya rendah, maka

ketepatannya adalah lemah, manakala jika nilainya tinggi ianya

menggambarkan ketepatannya adalah sangat konsisiten. Untuk

47
memahami peraturan limitasi Cronbach Alpha, nilai yang kurang dari 0.6

adalah dianggap lemah. Namun begitu, Pallant (2010) mengatakan nilai

antara 0.5 hingga 0.6 adalah masih boleh diterima. Manakala nilai skor

yang ideal adalah 0.7 dan ke atas, seperti yang telah ditunjukkan di dalam

jadual, 0.7 0.8 adalah baik, 0.8 -0.9 adalah sangat baik dan nilai 0.9

adalah terbaik.

3.9 RUMUSAN

Di dalam bab tiga ini telah memberikan penjelasan yang lebih terperinci

yang berkaitan dengan metodologi kajian yang telah di aplikasikan. Ia juga

merangkumi penerangan tentang populasi dan tempat kajian yang ingin

dilakukan, cara pemilihan, jumlah sampel, instrumen kajian, tatacara pengukuran

pembolehubah-pembolehubah dan juga kaedah-kaedah penganalisa data yang

diperolehi.

48
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Dalam bab ini akan menerangkan secara terperinci tentang maklumat

yang telah diperolehi daripada kajian yang dijalankan ke atas 84 orang

responden dari kalangan komuniti yang menetap di Kampung Morten, Melaka.

Segala data dan keputusan yang diperoleh akan dilampirkan dengan

pembolehubah yang dikaji. Dengan menggunakan perisian Statistical Package

Of Social Science (SPSS) version 27.0 sebagai kaedah menganalisis setiap data.

menganalisis setiap data. Kesemua data yang diperoleh telah di analisis

mengikut kaedah statistik kekerapan, kaedah statistik diskriptif, kaedah kolerasi

pearson, dan kaedah kebolehpercayaan.

4.2 DATA DEMOGRAFI : PROFIL RESPONDEN

Bahagian ini akan menjelaskan tentang latar belakang responden yang

terlibat dalam kajian ini. Terdapat lima item di dalam bahagian ini iaitu dari segi

jantina, kaum, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan dan pendapatan

sebulan ( Gaji ). Kesemua data yang diperoleh telah di analisis mengikut kaedah

statistik kekerapan seperti yang ditunjukkan di dalam jadual taburan kekerapan

di bawah.

49
Item Demografi Kekerapan Peratus (%)

Kaum Melayu 84 76

Cina 0 0
India 0 0

Lain-lain 0 0

Jantina Perempuan 38 32
46
Lelaki 39

Umur Bawah 25 tahun 34 29

26 – 35 tahun 22 18.4
36 – 45 tahun 13 11

46 tahun ke atas 15 12.6

Status Berkahwin 44 37
perkahwinan
Bujang 40 33.6

Tahap Sekolah rendah/UPSR 0 0


pendidikan
Sekolah 40 33.6
Menengah/PMR/SPM
32 27
Diploma
12 10
Ijazah Sarjana Muda
0 0
Ijazah sarjana
0 0
PhD

Pendapatan Dibawah RM 1500 62 52.08


sebulan (Gaji)
RM 1, 500 – RM 2, 500 22 18.5
RM 2, 501 – RM 3, 500 0 0

RM 3, 501 – RM 4 500 0 0
Melebihi – RM 4, 501 0 0

Jadual 4.1 : Demografi Responden

50
Berdasarkan jadual 4.1 di atas,, responden dari segi kaum iaitu Melayu

adalah seramai 84 orang dengan peratusan sebanyak 76 peratus manakala bagi

Cina pula seramai 0 orang dengan peratusan sebanyak 0 peratus. Seterusnya,

bagi kaum India seramai 0 orang responden dengan peratusan sebanyak 0

peratus manakala bagi kaum lain- lain adalah 0 responden dengan peratusan 0

peratus

Berdasarkan jadual 4.1 di atas, responden dari segi jantina perempuan

adalah seramai 38 orang dengan peratusan sebanyak 32 peratus manakala bagi

jantina lelaki pula adalah seramai 46 orang dengan peratusan sebanyak 39

peratus.

Seterusnya, adalah kategori umur responden. Kategori bawah 25 tahun

adalah seramai 34 orang dengan peratusan sebanyak 29 peratus. Bagi kategori

26 – 35 tahun pula seramai 22 orang dengan peratusan sebanyak 18.4 peratus.

Bagi kategori 36 – 45 tahun pula seramai 13 orang dengan peratusan sebanyak

11 peratus. Yang terakhir ialah bagi 46 tahun ke atas seramai 15 orang dengan

peratusan sebanyak 12.6 peratus.

Disamping itu, masuk kepada status perkahwinan. Kategori bagi yang

berkahwin adalah seramai 44 orang dengan peratusan sebanyak 37 peratus

manakala bagi yang masih bujang pula seramai 40 orang dengan peratusan

sebanyak 33.6 peratus. Seterusnya, kategori bagi tahap pendidikan. Bagi

sekolah rendah/ UPSR seramai 0 responden dengan peratusan sebanyak 0

peratus. Bagi kategori sekolah menengah/ PMR/SPM adalah seramai 40 orang

dengan peratusan sebanyak 33.6 peratus. Bagi diploma pula seramai 32 orang

dengan peratusan sebanyak 27 peratus manakala bagi Ijazah Sarjana Muda

51
pula, seramai 12 orang dengan peratusan sebanyak 10 peratus. Bagi Sarjana

Muda pula seramai 0 orang dengan peratusan sebanyak 0 peratus. Bagi Ijazah

Sarjana dan juga PhD masing-masing seramai 0 responden dan dengan nilai

peratusan sebanyak 0 peratus.

Data yang terakhir ialah dari segi pendapatan bulanan ( Gaji ). Bagi

dibawah RM 1, 500 seramai 62 orang dengan peratusan sebanyak 52.08 peratus

manakala bagi RM 1, 500 – RM 2, 500 seramai 22 orang dengan peratusan

sebanyak 18.5 peratus. Seterusnya, bagi RM 2, 501 – RM 3, 500 seramai 0 orang

dengan peratus sebnanyak 0 peratus. Bagi RM 3, 501 – RM 4, 500 seramai 0

orang dengan peratusan sebanyak 0 peratus. Yang terakhir ialah melebihi RM 4,

501 seramai 0 orang dengan peratusan sebanyak 0 peratus.

4.3 ANALISIS STATISTTIK DESKRIPTIF (DESCRIPTIVE ANALYSIS)

Bahagian ini menerangkan dengan lebih terperinci mengenai empat aspek

yang telah dianalisis. Terdapat empat bahagian utama yang dikaji iaitu Kesan

pembangunan pelancongan terhadap gaya hidup di Kampung Morten. Kesemua

bahagian ini telah dimuatkan di dalam instrumen kajian borang soal selidik.

Instrument ini telah dibina berasaskan skala likert bagi bahagian B,C,D dan E.

pada bahagian ini para responden perlu menandakan nombor yang sangat

bertepatan pada pandangan mereka. Kesemua nombor tersebut mempunyai

makna yang berbeza iaitu 1= sangat tidak bersetuju, 2= kurang bersetuju, 3=

setuju sedikit, 4= setuju dan 5= sangat setuju. Kajian ini menggunakan perisian

SPSS 26.0 bagi mengira skor min.

52
4.3.1 Keputusan Analisis Deskriptif

Item N Min Std.

Deviation

S1. Pembangunan pelancongan dapat 84 4.44 .827

menyumbang kepada pendapatan ekonomi

negara.
84 4.54 .502
S2. Pembangunan pelancongan punca

kewujudan kemudahan asas

84 4.56 .499
S3. Pembanguna pelancongan dapat

memberikan peluang pekerjaan kepada

masyarakat tempatan 84 4.56 .499

S4. Pembangunan pelancongan dapat

memperkenalkan budaya kepada pelancong


84 4.55 .499
asing

S5. Pembangunan pelancongan dapat

meningkatkan masyarakat tempatan fasih

berbahasa Inggeris

Jadual 4.2 : Skor Min Bagi Pemboleh Ubah Bersandar Kesan Pemangunan

Pelancogan

53
Berdasarkan jadual 4.2, menunjukkan pemboleh ubah bersandar iaitu

kesan pembangunan pelancongan terhadap gaya hidup di Kampug Morten,

Melaka. Min yang paling tinggi ialah soalan ketiga dan keempat iaitu masing-

masing ( M = 4.56, Sd = .499) ini kerana komuniti bersetuju bahawa

pembangunan pelancongan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada

masyarakat tempatan dan komuniti juga bersetuju bahawa pembangunan

pelancongan dapat memperkenalkan budaya kepada pelancong asing. Min

kedua tertinggi ialah soalan yang kelima iaitu ( M = 4.55, Sd = .499) ini

membuktikan komuniti bersetuju bahawa pembangunan pelancongan dapat

meningkatkan masyarakat tempatan fasih berbahasa Inggeris. Seterusnya, min

ketiga tertinggi ialah di soalan kedua ( M = 4.54, Sd = .502 ) ini kerana

komuniti di Kampung Morten bersetuju bahawa pembangunan pelancongan

punca kewujudan kemudahan asas. Akhir sekali, min yang terendah ialah soalan

pertama ( M = 4.44, Sd = .827 ) iaitu pembangunan pelancongan dapat

menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara.

54
Item N Min Std.

Deviation

S1. Saya bersetuju bahawa gaya hidup 84 4.55 .501

masyarakat tempatan dikekalkan.

S2. Saya bersetuju bahawa kesan pembangunan


84 4.46 .548
pelancongan dapat memelihara identiti budaya

masyaraka

S3. Saya bersetuju dapat mengekalkan rumah

tradisional tempatan. 84 4.61 .491

S4. Saya bersetuju dapat bahawa komuniti dapat

mengetahui budaya luar 84 4.51 .503

S5. Saya bersetuju kesan pembangunan

pelancongan ini dapat mewujudkan masyarakat


84 4.46 .502
cintakan budaya

Jadual 4.3 : Skor Min Bagi Pemboleh Ubah Tidak Bersandar Terhadap Budaya

Berdasarkan jadual 4.3, menunjukkan pemboleh ubah tidak bersandar

iaitu Penyediaan landskap. Terdapat 5 soalan yang telah dikemukakan kepada

responden di dalam bahagian ini. Responden sangat bersetuju dengan soalan

ketiga iaitu setuju bahawa pemangunan pelancongan ini dapat mengekalkan

seni bina rumah tradisional tempatan dengan jumlah min paling tinggi ( M = 4.61,

Sd .491 ). Seterusnya ialah terdapat juga responden yang bersetuju

55
dengan soalan yang pertama iaitu bersetuju bahawa pembangnan pelancongan

ini dapat mengekalkan gaya hidup mereka dengan jumlah min kedua tertinggi ( M

= 4.55, Sd = .501). Selain itu, soalan min ketiga tertinggi ialah ( M = 4.51, Sd

= .503 ) yang membuktikan bahawa komuniti bersetuju bahawa komuniti di

Kampung Morten dapat juga mengetahui budaya luar. Min keempat tertinggi

ialah di soalan kedua dan juga kelima iaitu masng-masing ( M = 4.46, Sd = .548)

dan ( M = 4.46, Sd = .502) ini kerana komuniti bersetuju bahawa kesan

pembangunan pelancongan dapat memelihara identiti budaya masyarakat dan

juga kesan pembangunan pelancongan ini dapat mewujudkan masyarakat

cintakan budaya.

56
Item N Min Std.
Deviation

S1. Saya bersetuju bahawa pembangunan 84 4.52 .502


pelancong dapat menyebabkan cara hidup
penduduk di kampung Morten berubah

S2. Saya bersetuju bahawa pembangunan


pelancongan dapat mengurangkan jenayah dan 84 4.54 .502

gejala sosial di kawasan Kampung Morten.

S3. Saya bersetuju kesan pembangunan 84 4.46 .502


pelancongan akan menyebabkan kesesakan
kawasan riadah
84 4.51 .502
S4. Saya bersetuju bahawa kesan pembangunan
pelancongan di Kampung Morten ini dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi
84 4.57 .503
S5. Saya bersetuju bahawa pembangunan
pelancongan ini telah mengganggu kehidupan
penduduk.

Jadual 4.4 : Skor Min Bagi Pemboleh Ubah Tidak Bersandar Terhadap Sosial

Berdasarkan jadual 4.4 di atas terdapat respsonden yang bersetuju

bahawa pembangunan pelancongan ini telah mengganggu kehidupan

penduduk.iaitu jumlan min paling tinggi ( M = 4.57, Sd = .503 ). Seterusnya, min

kedua tertinggi ( M = 4.54, Sd = .502 ) bahawa pembangunan pelancongan ini

dapat mengurangkan jenayah dan gejala sosial di kawasan Kampung Morten..

Selain itu, min ketiga tertinggi ialah ( M = 4.52, Sd = .502) yang membuktikan

komuniti bersetuju bahawa pembangunan pelancong dapat menyebabkan cara

hidup penduduk di kampung Morten berubah. Min keempat tertinggi ialah ( M =

57
4.51, Sd = .502 ) yang bersetuju bahawa kesan pembangunan pelancongan di

Kampung Morten ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Terakhir,

min paling rendah ialah ( M = 4.46, Sd = .502) yang bersetuju bahawa

pembangunan pelancongan dapat mengurangkan jenayah dan gejala sosial di

kawasan Kampung Morten.

58
Item N Min Std.

Deviation

S1. Saya bersetuju bahawa ia dapat 84 4.57 .498

meningkatkan imej dan pemandangan kampung

Morten.
84 4.54 .502
S2. Saya bersetuju ia dapat meningkatkan tahap

kebersihan di kawasan kampung

84 4.49 .549
S3. Saya bersetuju pembangunan pelancongan

dapat menggalakkan aktiviti kitar semula

S4. Saya bersetuju bahawa ia menyebabkan 84 4.46 .502

kawasan menjadi bising

S5. Saya bersetuju bahawa pembangunan

pelancongan dapat mencemarkan kualiti udara di


84 4.49 .549
kawasan sekitar

Jadual 4.5 : Skor Min Bagi Pemboleh Ubah Tidak Bersandar Terhadap Alam
Sekitar

Berdasarkan jadual 4.5 di atas terdapat 5 soalan yang telah diajukan

kepada responden dalam bahagian ini. Kesemua soalan ini adalah berkenaan

kesan pembangunan pelancongan terhadap alam sekitar di Kampung Morten,

Melaka. Min tertinggi ialah ( M = 4.57, Sd = .498) soalan pertama iaitu komuniti

bersetuju bahawa ia dapat meningkatkan imej dan pemandangan kampung

59
Morten. Seterusnya, min kedua tertinggi ialah ( M = 4.54, Sd = .502) yang

membuktikan bahawa pembangunan pelancongan ini dapat meningkatkan tahap

kebersihan di kawasan kampung. Min ketiga tertinggi ialah soalan ketiga dan juga

soalan kelima iaitu,masing-masing min berjumlah ( M = 4.49, Sd = .549)

membuktikan bahawa komuniti bersetuju pembangunan pelancongan dapat

menggalakkan aktiviti kitar semula dan juga komuniti juga bersetuju bahawa

kesan pembangunan pelancongan ini dapat mencemarkan kualiti udara di

kawasan sekitar

4.4 ANALISIS KORELASI PEARSON (PEARSON CORRELATION


ANALYSIS)

Pemboleh ubah Nilai

Kesan Pembangunan Pelancongan -

Budaya .446

Sosial .461

Alam Sekitar .496

Jadual 4.6 : Dapatan Nilai Korelasi Pearson

60
Berdasarkan jadual 4.6 menunjukkan nilai korelasi untuk kajian bagi

mempunyai hubungan signifikan positif antara pemboleh ubah bersandar dan

pemboleh ubah tidak bersandar. Nilai korelasi anatara hubungan budaya dengan

kesan pembangunan pelancongan ialah ( r = .446 ). Seterusnya, ialah hubungan

kesan pembangunan pelancongan dengan sosial ialah ( r = .461 ) manakala nilai

yang terakhir ialah hubungan antara kesan pembangunan pelancongan dengan

alam sekitar ialah ( r = 496 ). Secara keseluruhanya, gaya hidup komuniti

mempunyai hubungan yang kuat dalam kesan pembangunan pelancongan

terhadap komuniti di Kampung Morten, Melaka

4.5 ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN (REALIBILITY ANALYSIS)

Pembolehubah Item Nilai Cronbach Alpha

Kesan Pembangunan 5 .774


Pelancongan

(pembolehubah bersandar )
5 .721
Budaya
5 .703
Sosial
5 .834
Alam Sekitar

Jadual 4.7 : Dapatan Nilai Kebolehpercayaan

61
Berdasarkan jadual 4.7, kesan pembangunan pelancongan mempunyai

nilai kebolehpercayaan sebanyak (α=.714), manakala bagi pemboleh ubah tidak

bersandar iaitu dari budaya ialah (α=.721) dan diikuti dengan sosial iaitu (α=.703 )

dan yang terakhir ialah alam sekitar iaitu (α=.834). Ini dapat dirumuskan bahawa

instrument kajian mempunyai kebolehpercayaan (Cronbach’s Alpha) pada tahap

yang tinggi. Hal ini menunjukkan instrument yang digunakan adalah sesuai bagi

menilai tahap kesan pembangunan pelancongan terhadap gaya hidup komuniti

di Kampung Morten, Melaka. Menurut Pallant (2010), nilai koefisian

kebolehpercayaan yang α>7, menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah

pada tahap yang baik.

4.6 RUMUSAN

Dalam bab ini pengkaji menyatakan keputusan analisis kajian. Selain itu, bab ini

juga menjelaskan tentang data-data yang telah disusun seperti data Analisis Taburan

Kekerapan (Frequency Distribution Analysis), Analisis Statistik Deskriptif (Descriptive

Analysis), Analisis Korelasi Pearson (Pearson Correlation Analysis) serta Analisis

Kebolehpercayaan (Realibility Analysis) . Di samping itu, data ini akan dilampirkan serta

dijelaskan di dalam kajian.

62
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan kesimpulan dapatan kajian yang telah

dijalankan serta ringkasan, kesimpulan, limitasi kajian, implikasi dan cadangan.

Kajian ini dijalankan ke atas komuniti yang menetap di Kampung Morten, Melaka

Instrumen kajian yang dipilih adalah menggunakan borang soal selidik. Kesemua

instrumen telah diambil dari kajian kajian lampau yang telah disahkan. Sebelum

instrumen – instrumen ini digunakan satu kajian analisis pra- uji atau kajian rintis

telah dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan instrumen tersebut. Data yang

dikumpul adalah mengenai ciri- ciri demografi responden, satu pemboleh ubah

bersandar iaitu kesan pembangunan pelancogan dan bagi pemboleh ubah tidak

bersandar pula ialah dari segi budaya, sosial, dan juga alam sekitar.

63
5.2 RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesan pembangunan

pelancongan terhadap gaya hidup komuniti di Kampung Morten, Melaka. Selain

itu, kajian ini juga ingin melihat kesan pembangunan pelancongan dari segi

budaya, sosial, dan alam sekitar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 84 orang

responden yang dipilih dalam kalangan komuniti yang dipilih secara persampelan

rawak. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik berbentuk borang soal

selidik dalam bentuk Skala Likert. Borang soal selidik ini mengandungi 5

bahagian iaitu Bahagian A : Demografi responden, Bahagian B : kesan

pembangunan pelancongan, Bahagian C : budaya, Bahagian D : sosial dan

Bahagian E : alam sekitar. Analisis kajian telah dibuat menggunakan perisian

Statistical Package Of Social Science (SPSS) version 27.0. Statistik kekerapan

dan statistik deskritif digunakan untuk melihat peratusan dan skor min digunakan

bagi menganalisis data yang diperolehi. Pengkaji juga menggunakan statistik

korelasi Pearson bagi menunjukkan nilai korelasi bagi mempunyai hubungan

signifikan positif antara kesan pembangunan pelancongan dan pemboleh ubah

tidak bersandar iaitu budaya, sosial, dan juga alam sekitar. Seterusnya ialah

analisis kebolehpercayaan untuk memastikan dapatan yang diperoleh dipercayai

dan tidak dipersoalkan.

64
5.3 KESIMPULAN

Bahagian ini secara ringkas telah menjawab soalan-soalan yang

dinyatakan dalam bab 1. Selain itu, semua jawapan disokong daripada

keputusan dalam bab 4, seperti yang disebut sebelum ini dalam bab 1, kajian ini

mempunyai persoalan kajian iaitu:

I. Apakah hubungan antara kesan budaya dengan gaya hidup komuniti di

Kampung Morten, Melaka?

II. Apakah hubungan antara kesan sosial gaya hidup komuniti di Kampung

Morten, Melaka?

III. Apakah hubungan antara kesan alam sekitar dengan gaya hidup komuniti

di Kampung Morten, Melaka?

65
5.3.1 Hubungan Antara Faktor Budaya Dengan Kesan Pembangunan

Pelancongan Kepada Komuniti Di Kampung Morten, Melaka.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini kajian bertujuan untuk menentukan

antara faktor budaya dengan kesan pembangunan pelancongan kepada

komuniti di Kampung, Morten, Melaka.

Hipotesis 1 : Terdapat hubungan yang positif antara faktor budaya dengan

kesan pembangunan pelancongan kepada komuniti di Kampung Morten,

Melaka

Berdasarkan kepada jadual 4.3 telah menunjukkan hubungan yang positif

antara budaya dengan kesan pembangunan pelancongan terhadap

komuniti di Kampung Morten, Melaka ( M = 4.61, Sd .491 ) Ini

menunjukkan faktor budaya sangat mempengaruhi kesan pembangunan

pelancongan di Kampung Morten, Melaka.

66
5.3.2 Hubungan Antara Faktor Sosial Dengan Kesan Pembangunan

Pelancongan Kepada Komuniti Di Kampung Morten, Melaka.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini kajian bertujuan untuk menentukan

hubungan antara faktor sosial dengan kesan pembangunan pelancongan

kepada komuniti di Kampung, Morten, Melaka.

Hipotesis 1 : Terdapat hubungan yang positif antara faktor sosial dengan

kesan pembangunan pelancongan kepada komuniti di Kampung Morten,

Melaka

Berdasarkan kepada jadual 4.3 telah menunjukkan hubungan yang

positif antara budaya dengan kesan pembangunan pelancongan

terhadap komuniti di Kampung Morten, Melaka ( M = 4.57, Sd .503 ) Ini

menunjukkan faktor sosial sangat mempengaruhi kesan pembangunan

pelancongan di Kampung Morten, Melaka.

67
5.3.2 Hubungan Antara Faktor Alam Sekitar Dengan Kesan Pembangunan

Pelancongan Kepada Komuniti Di Kampung Morten, Melaka.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini kajian bertujuan untuk menentukan

hubungan antara faktor alam sekitar dengan kesan pembangunan

pelancongan kepada komuniti di Kampung, Morten, Melaka.

Hipotesis 1 : Terdapat hubungan yang positif antara faktor alam sekitar

dengan kesan pembangunan pelancongan kepada komuniti di Kampung

Morten, Melaka

Berdasarka kepada jadual 4.3 telah menunjukkan hubungan yang positif

antara budaya dengan kesan pembangunan pelancongan terhadap

komuniti di Kampung Morten, Melaka ( M = 4.57, Sd = .498 ) ini

menunjukkan faktor alam sekitar amat mempengaruhi kesan

pembangunan pelancongan di Kampung Morten, Melaka

68
5.4 LIMIASI KAJIAN

Pengkaji juga menghadapi limitasi dalam menjalankan kajian. Antara limitasinya

ialah :

5.4.1 Jumlah sampel

Sampel untuk kajian ini hanya 84 orang sahaja dan hanya tergolong

dalam komuniti yang menetap di Kampug Morten sahaja oleh itu jumlah

sampel yang terhad.

5.4.2 Instrumen Kajian

Kajian ini hanya menggunakan satu kaedah pengumpulan data iaitu

melalui soal selidik dengan cara pengedaran borang soal selidik.

Instrument ini juga hanya untuk komuniti yang menetap di kawasan

Kampung Morten, Melaka sahaja.

5.4.3 Tidak Dilakukan Setiap Masa

Pengkaji hanya mengkaji kajian ini pada masa tertentu sahaja data yang

diperolehi daripada kajian kesan pembangunan pelancongan terhadap

gaya hidup komuniti di Kampung, Morten ini hanya tertumpu pada satu

masa sahaja..

69
5.4.4 Penggunaan Formula Tabachinick Dan Fidel

Di samping itu, kajian ini menggunakan formula Tabachnick dan Fidel

(2003) iaitu jumlah responden hanyalah 74 orang jumlah responden

sahaja. Kajian init tidak dilakukan secara menyeluruh kepada komuniti di

kawasan Kampung Morten, Melaka.

5.5 CADANGAN PENYELIDIKAN MASA DEPAN

Kajian ini hanya membincangkan sebahagian kecil mengenai kesan

pembangunan pelancongan terhadap komuniti di Kampung Morten, Melaka.

Oleh itu, diharap akan memberi manfaat kepada kajian masa depan dengan

menggunakan saiz sampel yang lebih besar yang melibatkan kajian mengenai

kesan pembangunan pelancongan di kawasan-kawasan lain, tidak kira di

kawasan desa mahupun kawasan bandar. Sampel yang lebih banyak juga boleh

menyebabkan hasil dapatan yang diperoleh adalah berbeza dan keputusan yang

lebih baik.

Seterusnya, pengkaji pada masa akan datang juga dicadangkan untuk

menjalankan kajian menggunakan pembolehubah lain untuk mengkaji tentang

kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti di Kampung Morten,

Melaka ataupun tajuk-tajuk yang lin. Namun begitu, pemboleh ubah juga boleh

berubah mengikut kesesuaian tempat pengkaji. Bukan itu sahaja, Pengkaji

berharap kajian sebegini dapat diperluaskan supaya dapat memudahkan

penyelidik pada masa hadapan.

70
Melalui penelitian terhadap kajian ini dan merujuk kepada hasil dapatan

yang diperoleh kajian terhadap kepuasan pengunjung ini haruslah dilakukan

kerana kawasan desa merupakan tempat yang agak popular pengunjung ingn

melawat dengan tujuan melihat suasana desa. Kajian kesan pembangunan

pelancongan ini juga boleh dijalankan dalam beberapa tahun dari sekarang untuk

mengenal pasti faktor seperti budaya, sosial dan juga budaya yang

mempengaruhi kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti di

Kampung Morten. Di samping itu, pihak kerajaan juga dapat membantu menjaga

dan memelihara Kampung Morten itu bagi mengekalkan budaya, sosial dan alam

sekitar dalam keadaan yang baik dari masa ke masa.

1. Pengkaji berharap penyelidik akan datang akan mengkaji berkenaan

kesan pembangunan pelancongan di Kampung Morten, Melaka dengan

menggunakan objektif yang berbeza

2. Pengkaji berharap penyelidik pada masa hadapan akan menggunakan

formula yang lain dan membuat kajian di Kampung Morten, Melaka untuk

mendapatkan responden lebih ramai.

3. Pengkaji berharap penyeidik akan datang akan menggunakan kaedah

kualitatif ataupun kedua-duanya sekali untuk mengkaji kesan pembangunan

pelancongan terhadap gaya hidup komuniti di Kampung, Morten, Melaka.

4. Pengkaji berharap penyelidik lain akan menggunakan analisis yang lain

untuk mengkaji kesan pembangunan pelancongan terhadap gaya hidup komuniti

di Kampung Morten, Melaka.

71
RUJUKAN

Astro Awani. (2022, February 2). Pelbagai strategi rancakkan industri pelancongan
Melaka - Sulaiman. astroawani.com. Retrieved June 10, 2022, from
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelbagai-strategi-rancakkan-
industri-pelancongan-melaka-sulaiman-339503

Astro Awani. (2019, March 13). Kedatangan pelancong ke Melaka meningkat kepada
17.02 juta. astroawani.com. Retrieved June 10, 2022, from
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kedatangan-pelancong-ke-melaka-
meningkat-kepada-1702-juta-201032

Alam sekitar. (2016). Samruhaizad Samian @ Samion, Azahan Awang dan Noviarti.
https://www.researchgate.net/publication/309424436_KUALITI_HIDUP_PERS
EKITARAN_FIZIKAL_DAN_ALAM_SEKITAR_MASYARAKAT_PINGGI
R_BANDAR_DI_DAERAH_HULU_LANGAT_SELANGOR_Quality_Of_Lif
e_In_Physical_Environment_And_Environmental_Suburban_Community_In_H
ulu_Langat

Christopher Perumal. http://www.ukm.my/geografia/images/upload/9x.geografia-


mac16-christopher-edam.pdf Impak ekopelancongan terhadap komuniti
tempatan di Malaysia: Kajian kes komuniti nelayan Bagan Lalang, Sepang,
Selangor. (2016).

Definisi pembangunan. (2017). In Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved July 12, 12

C.E., from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pembangunan

Definisi komuniti. (2017). In Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved July 26, 12 C.E.,

from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=komuniti

Hamid, R. A. (2022, January 3). 500 penduduk Kampung Morten takut kampung jadi
‘pulau.’ MalaysiaGazette. Retrieved August 22, 2022, from
https://malaysiagazette.com/2022/01/03/500-penduduk-kampung-morten-takut-
kampung-jadi-pulau/

72
Idris, A. (2020, December 23). Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020 - 2030: Ke
Arah Pengukuhan Industri Pelancongan Negara - Ministry of Tourism, Arts
and Culture Official Portal. MOTAC. Retrieved June 17, 2022, from
https://www.motac.gov.my/en/media/release/dasar-pelancongan-negara-dpn-
2020-2030-ke-arah-pengukuhan-industri-pelancongan-negara

Kesan pertumbuhan industri pelancongan kepada pendapatan negara dan peluang


pekerjaan: analisis input-output. (2020). International Journal of Social
Science Research. Retrieved June 18, 2022, from
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/11577/5546

Kampug Morten. (2021). Mbmb. Retrieved August 22, 22 C.E., from

https://www.mbmb.gov.my/ms/pelancongan/destinasi-menarik/kampung-morten

Berita Harian. Retrieved July 21, 21 C.E., from

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/962620/malaysia-terima-

sejuta-pelancong-sejak-1-april Malaysia terima sejuta pelancong sejak 1 April.

(2022, June 4).

Ng Sheue Li, Habibah Ahmad, dan Hamzah Jusoh.


https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/86/63 Interaksi tuan rumah
dan antarabangsa dalam pelancongan budaya di Kampung Morten,
Melaka. (2018, March).

Norhisham, S. (2019, June 17). Penyelidikan Dan Analisis Kuantitatif. Retrieved


February 18, 2021, from https://www.pascasiswazah.com/penyelidikan-dan-
analisis-kuantitatif/

Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah. Retrieved June 10, 2022, from

Destinasi menarik. (2019, August 24).

Research World. (2019, February 6). Quant Essentials: What Is Quantitative Research?

Retrieved September 11, 2022,fromhttps://archive.researchworld.com/quant-

essentials-what-is-quantitative-research/

73
Shukor, M. S., Salleh, N. H. M., & Idris, S. H. M. (2017). Impak Pembangunan
Pelancongan Terhadap Komuniti Pulau: Kajian Di Pulau Tioman,
Malaysia. Sains Humanika, 9(4).

Sinarharian. Retrieved June 11, 2022, S. (2021, May 12). S. (2021, May 12). Seni,
budaya main peranan penting sumbang keamanan dunia. from
https://www.sinarharian.com.my/article/138283/BERITA/Nasional/Seni-
budaya-main- peranan-penting-sumbang-keamanan-dunia

Sinarhaian. (2021, March 29). -. Retrieved June 17, 2022, from


https://www.sinarharian.com.my/article/130834/BERITA/Nasional/Pemangkin-
ekonomi-luar-bandar

Endang Susilawati dan Asmah Haji Omar.


https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/96 19/6781 University
of Malaya. (2017). Makna sosial dalam kata panggilan : kajian etnografi
komunikasi dalam komuniti bahasa melayu sambas (No. 28).

74
LAMPIRAN

Bahagian A : Maklumat demografi

1. Kaum

• Melayu ()
• Cina ()
• India ()
• Lain-lain ()

2. Jantina

• Perempuan ()
• Lelaki ()

3. Umur

• Bawah 25 tahun ()
• 26 – 35 tahun ()
• 36 – 45 tahun ()
• 46 tahun ke atas ()

4. Status perkahwinan

• Berkahwin ()
• Bujang ()

75
5. Tahap pendidikan

• Sekolah rendah/ UPSR ()


• Sekolah Menengah/PMR/SPM ()
• Diploma ()
• Ijazah Sarjana Muda ()
• Sarjana ()
• PhD ()

6. Pendapatan sebulan (gaji)


• Dibawah RM1500 ()
• RM1,500-RM2,500 ()
• RM2,501- RM3,500 ()
• RM3,501- RM4,500 ()
• Melebihi – RM4,501 ()

76
BAHAGIAN B : Kesan pembangunan pelancongan terhadap komuniti di

Kampung Morten, Melaka

No Item Sumber Skala

1. Pembangunan pelancongan dapat Norlida Hanim Mohd 12345

menyumbang kepada pendapatan Salleh et, al. (2017)

ekonomi negara.

2. Pembangunan pelancongan punca Norlida Hanim Mohd 12345

kewujudan kemudahan asas Salleh et, al. (2017)

3. Pembanguna pelancongan dapat Norlida Hanim Mohd 12345

memberikan peluang pekerjaan Salleh et, al. (2017)

kepada masyarakat tempatan

4. Pembangunan pelancongan dapat Norlida Hanim Mohd 12345

memperkenalkan budaya kepada Salleh et, al. (2017)

pelancong asing

5. Pembangunan pelancongan dapat Norlida Hanim Mohd 12345

meningkatkan masyarakat tempatan Salleh et, al. (2017)

fasih berbahasa Inggeris

77
BAHAGIAN C : Kesan pembangunan pelancongan terhadap budaya di

Kampung Morten, Melaka

No Item / faktor budaya Sumber Skala

1 Saya bersetuju bahawa gaya hidup Norlida Hanim Mohd 12345

masyarakat tempatan dikekalkan Salleh et, al. (2017)

2 Saya bersetuju bahawa kesan Norlida Hanim Mohd 12345

pembangunan pelancongan dapat Salleh et, al. (2017)

memelihara identiti budaya

masyarakat

3 Saya bersetuju dapat mengekalkan Norlida Hanim Mohd 12345

rumah tradisional tempatan Salleh et, al. (2017)

4 Saya bersetuju dapat bahawa Norlida Hanim Mohd 12345

komuniti dapat mengetahui budaya Salleh et, al. (2017)

luar

5 Saya bersetuju kesan Norlida Hanim Mohd 12345

pembangunan pelancongan ini Salleh et, al. (2017)

dapat mewujudkan masyarakat

cintakan budaya

78
BAHAGIAN D : Kesan pembangunan pelancongan terhadap sosial di

Kampung Morten, Melaka

No Item / faktor sosial Sumber Skala

1 Saya bersetuju bahawa Norlida Hanim Mohd 12345

pembangunan pelancong dapat Salleh et, al. (2017)

menyebabkan cara hidup penduduk

di kampung Morten berubah

2 Saya bersetuju bahawa Rohayu Ab. Majid et. al, 12345

pembangunan pelancongan dapat (2019)

mengurangkan jenayah dan gejala

sosial di kawasan Kampung Morten.

3 Saya bersetuju kesan pembangunan Rohayu Ab. Majid et. al, 12345

pelancongan akan menyebabkan (2019)

kesesakan kawasan riadah

4 Saya bersetuju bahawa kesan Norlida Hanim Mohd 12345

pembangunan pelancongan di Salleh et, al. (2017)

Kampung Morten ini dapat

meningkatkan kemahiran

berkomunikasi.

5 Saya bersetuju bahawa Norlida Hanim Mohd 12345

pembangunan pelancongan ini telah Salleh et, al. (2017)

mengganggu kehidupan penduduk.

79
BAHAGIAN E : Kesan pembangunan pelancongan terhadap alam sekitar

di Kampung Morten, Melaka

No Item / faktor alam sekitar Sumber Skala

1 Saya bersetuju bahawa ia dapat Norlida Hanim Mohd 12345

meningkatkan imej dan Salleh et, al. (2017)

pemandangan kampung Morten.

2 Saya bersetuju ia dapat Norlida Hanim Mohd 12345

meningkatkan tahap kebersihan di Salleh et, al. (2017)

kawasan kampung

3 Saya bersetuju pembangunan Rohayu Ab. Majid et. al, 12345

pelancongan dapat menggalakkan (2019)

aktiviti kitar semula

4 Saya bersetuju bahawa ia Rohayu Ab. Majid et. al, 12345

menyebabkan kawasan menjadi (2019)

bising

5 Saya bersetuju bahawa Rohayu Ab. Majid et. al, 12345

pembangunan pelancongan dapat (2019)

mencemarkan kualiti udara di

kawasan sekitar.

80
Keputusan Analisis Korelasi Pearson

81
Keputusan Analisis Deskriptif

Keptusan mean untuk soalan bahagian B

82
Keptusan mean untuk soalan bahagian C

Keptusan mean untuk soalan bahagian D

Keptusan mean untuk soalan bahagian E

83

Anda mungkin juga menyukai