Anda di halaman 1dari 69

Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir ini dikemukakan kepada Jabatan Pemajuan

Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan untuk memenuhi


keperluan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia.

MENEROKA PROSES SOSIALISASI BELIA MELALUI KETERLIBATAN


AKTIVITI BERMASYARAKAT DALAM KOMUNITI SERDANG JAYA

Oleh

MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD HAJARAIH

Jun 2017

Penyelia : Mohd Mursyid bin Arshad, PhD

Fakulti : Pengajian Pendidikan

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk Meneroka Proses Sosialisasi

Belia Melalui Keterlibatan Aktiviti Bermasyarakat Dalam Komuniti Serdang Jaya.

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah analisis kualitatif dan proses pengumpulan

data dilakukan di Serdang Jaya, Selangor dengan lima orang ahli komuniti yang terdiri

daripada golongan belia, ahli komuniti bukan belia dan golongan pemimpin

masyarakat telah dipilih untuk menjadi informan dalam kajian ini. Setelah data berjaya

di kumpul, proses penganalisisan data dan pembentukan tema dibuat berdasarkan

persamaan dan pecahan data. Dapatan kajian menunjukkan keterlibatan belia dalam

komuniti memberi impak kepada proses sosialisasi yang berlaku dalam komuniti

tersebut. Secara tidak langsung, ianya memberi penjelasan betapa pentingnya

keterlibatan belia dalam komuniti tersebut, sekali gus menjadikan komuniti lebih

bersedia dalam mendepani cabaran masa hadapan.

i
Final Year Project Paper presented to the Department of Professional Development
and Continuing Education, Faculty of Education Studies, Universiti Putra Malaysia
in fulfillment of the requirements for Bachelor of Science in Human Resource
Development.

EXPLORING THE PROCESS OF YOUTH SOCIALIZATION THROUGH


COMMUNITY ACTIVITIES INVOLVEMENT IN SERDANG JAYA

By

MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD HAJARAIH

June 2017

Supervisor : Mohd Mursyid bin Arshad, PhD

Faculty : Educational Studies

The study was conducted to explore the youth socialization process through

community involvement activities in Serdang Jaya. This study was conducted using

qualitative analysis methods and data collection process was conducted in Serdang

Jaya, Selangor with five members of the community among youth, non-youth

community members and community leaders that have been selected as informants.

After the data was successfully collected, data analysis process and the establishment

of themes based on the data was done. The findings indicate the involvement of the

youth in the community have an impact on the socialization process that occurs in the

community. Furthermore, it explain the importance of youth involvement in the

community, and preparing the community in facing the future challenges.

ii
DEDIKASI

Teristimewa buat;
Kedua ibu bapa yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan saya;

EN. MOHD HAJARAIH BIN SALAMAT


PN. MARTINI BINTI KATIMIN

Adik-beradik yang memberikan sokongan dan dorongan;

MOHD KHAYRUL NAI’IM BIN MOHD HAJARAIH


SYAHIDATUL KHAFIZAH BINTI MOHD HAJARAIH
SYAHIDATUL KAMILA BINTI MOHD HAJARAIH
SYAHIDATUN NABIHAH BINTI MOHD HAJARAIH

Tunang yang sentiasa menjadi tulang belakang;

AINUL HUDA BINTI MAT YUSOF

Sahabat yang sentiasa bersama dalam susah dan senang;

MOHAMAD APIP BIN MOHD NAZREEN NARIND

Rakan-rakan yang telah bersama selama hampir 4 tahun bersama berusaha demi
memastikan segulung ijazah berada dalam genggaman.

Terima kasih semua atas segalanya.

iii
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya, kertas projek ini

akhirnya dapat disempurnakan. Walaupun pada peringkat awal saya mengalami

pelbagai masalah dan kesulitan, namun dengan berkat kesabaran dan dedikasi yang

ada serta sokongan semua pihak, akhirnya projek ini dapat disempurnakan.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Mohd Mursyid Bin

Arshad selaku penyelia projek ini kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk

ajar sepanjang proses menyiapkan projek ini. Saya juga ingin mengucapkan terima

kasih kepada pihak-pihak tertentu yang telah memberi kerjasama dalam menyiapkan

kertas projek tahun akhir ini.

Sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan yang memahami dan sentiasa

memberi sokongan sepanjang proses menyempurnakan projek ini. Cabaran yang lebih

besar lagi sedang menanti kita di luar sana. Moga kita sama-sama dapat

mengharunginya dengan tabah.

Mudah-mudahan segala sumbangan yang diberikan akan mendapat keberkatan dan

keredhaan dari Allah S.W.T. Semoga semuanya mendapat kebahagiaan di dunia dan

akhirat.

Sekian, wassalam.

iv
PENGESAHAN

Saya mengesahkan bahawa Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir bertajuk


Meneroka Proses Sosialisasi Belia Melalui Keterlibatan Aktiviti
Bermasyarakat Dalam Komuniti Serdang Jaya oleh Muhammad Haziq bin
Mohd Hajaraih memenuhi keperluan untuk Kursus DCE4999.

(Tandatangan)

--------------------------------------

Dr. Mohd Mursyid Bin Arshad

Jabatan Pemajuan Profesional


Dan Pendidikan Lanjutan
(JPPPL),

Fakulti Pengajian Pendidikan,


Universiti Putra Malaysia.

Tarikh:

v
PENGAKUAN

Saya memperakui bahawa Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir ini adalah hasil kerja
saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan
sumbernya. Saya juga memperakui bahawa laporan ini tidak pernah dimajukan sebelum
ini dan tidak dimajukan serentak dengan ini untuk ijazah lain sama ada di Universiti
Putra Malaysia atau di institusi lain.

(Tandatangan)

-------------------------------------------
Muhammad Haziq bin Mohd
Hajaraih

Tarikh:

vi
JADUAL KANDUNGAN

ABSTRAK I

ABSTRACT II

DEDIKASI III

PENGHARGAAN IV

PENGESAHAN V

PENGAKUAN VI

JADUAL KANDUNGAN VII

SENARAI RAJAH X

SENARAI JADUAL XI

BAB 1 1

1. PENGENALAN 1
Pendahuluan 1
Latar Belakang Kajian 3
Pernyataan Masalah 4
Persoalan Kajian 6
Kepentingan Kajian 7
Skop dan Limitasi Kajian 8
Definisi Istilah 8
Kesimpulan 9

BAB 2 10

2. SOROTAN LITERATUR 10
Pengenalan 10
Teori Sosial Ibnu Khaldun 10
Teori Pembelajaran Sosial 11
Pembangunan Belia Positif (PYD) 13
Kerangka Teoritikal 16
Kesimpulan 17

vii
BAB 3 18

3. METODOLOGI KAJIAN 18
Pengenalan 18
Kaedah Kajian 18
Temu Bual 19
Analisis Dokumen 19
Profil Informan 20
Teknik Pensampelan 20
Sampel Kajian 21
Prosedur Pengumpulan Data 21
Analisis Data 24
Kesimpulan 25

BAB 4 26

4. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 26


Pengenalan 26
Butiran Informan 26
Profil Informan 27
Persoalan Kajian 1: 28
a) Kerenggangan hubungan 29
b) Perpecahan komuniti 31
c) Berlakunya masalah sosial 32
2. Hubungan berpotensi dibangunkan 33
a) Mewujudkan komuniti yang lebih baik 33
b) Melahirkan pelapis pemimpin 34
3. Isu atau maklumat tumpuan di dalam komuniti 35
a) Masalah adab dan santun 35
b) Belia kurang dilibatkan dalam komuniti 35
c) Ketiadaan ikon belia 36
Persoalan Kajian 2: 39
1. Tahap penglibatan belia dalam komuniti 39
2. Penglibatan dalam komuniti 40
a) Aktiviti kemasyarakatan 40
b) Kepimpinan komuniti 41
Persoalan Kajian 3: 43
1. Minat untuk mendekatkan komuniti 43
a) Sukan 43
b) Minat individu 44
2. Kehendak individu 45
3. Material sebagai medium 45
a) Duit 45
4. Suasana dalam komuniti 46
Kesimpulan 47

viii
BAB 5 48

5. RINGKASAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 48


Pendahuluan 48
Ringkasan 48
Kesimpulan 50
Implikasi 53
Cadangan 54
Penutup 55

RUJUKAN 56

LAMPIRAN 58

ix
SENARAI RAJAH

Rajah 1: Model Pembelajaran Sosial (Bandura, 1971) 12

Rajah 2: Kerangka Teoritikal 16

Rajah 3: Apakah pandangan belia dan ahli komuniti mengenai hubungan

antara belia dan komuniti? 38

Rajah 4: Apakah pendapat belia dan ahli komuniti tentang keterlibatan

belia? 42

Rajah 5: Apakah faktor yang mempengaruhi keterlibatan belia dalam

komuniti? 46

x
SENARAI JADUAL

Jadual 1: 5C PYD (Lerner et al., 2013) 14

Jadual 2: PYD 'C' yang ke-6 14

Jadual 3: Persoalan etika sebelum menjalankan temu bual 22

Jadual 4: Tarikh temu bual dijalankan 23

Jadual 5: Profil Informan Kajian 27

xi
MENEROKA PROSES SOSIALISASI BELIA MELALUI KETERLIBATAN

AKTIVITI BERMASYARAKAT DALAM KOMUNITI SERDANG JAYA

BAB 1

PENGENALAN

Pendahuluan

Belia merupakan tunjang atau nadi kepada sesebuah negara. Golongan ini merupakan

penyambung generasi kepimpinan yang akan mentadbir negara Malaysia tercinta. Belia

pada hari ini akan menggambarkan masa hadapan sesebuah negara. Jika baik belianya,

maka baiklah negaranya. Jika buruk belianya, maka berkemungkinan akan buruklah

negaranya. Belia menjadi golongan terpenting dalam komuniti adalah kerana perlunya

tenaga muda dan idea yang lebih baru dan segar serta bersesuaian mengikut peredaran

zaman. Fasa sebagai seorang belia merupakan salah satu fasa yang mencabar dalam hidup

seseorang di mana konflik selalu berlaku dalam mencari identiti diri sendiri dan

menentukan hala tuju hidup. Dalam mengatasi segala konflik, belia akan lebih cakna

dengan isu dan hal semasa dan lebih cenderung menyelesaikan konflik yang dihadapi

sesuai dengan perubahan zaman.

Menurut Dasar Belia Malaysia (2015), golongan belia dalam Malaysia ditakrifkan sebagai

seseorang yang berumur tidak kurang dari 15 tahun dan tidak melebihi 30 tahun. Jumlah

golongan belia di Malaysia adalah 13.88 juta orang (45.8%) daripada 30.26 juta orang

1
penduduk Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 7.26 juta orang adalah daripada golongan

belia lelaki dan selebihnya, iaitu 6.62 juta orang adalah daripada golongan belia wanita

(Jabatan Perangkaan Malaysia, dalam Indeks Belia Malaysia, 2015). Jika dilihat pada

jumlah perangkaan belia di Malaysia, golongan ini mewakili hampir separuh daripada

jumlah keseluruhan penduduk di negara ini. Dengan jumlah perangkaan yang amat tinggi,

ini membuktikan bahawa golongan belia sebagai aset terpenting dalam menentukan hala

tuju dan juga untuk terus menjamin pembangunan serta kejayaan agama, bangsa dan

negara pada masa akan datang selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara

(1997) iaitu mewujudkan belia yang mempunyai peribadi yang bersepadu dari segi rohani,

mental, jasmani, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta

menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras

dengan Wawasan 2020.

Dewasa ini, isu sosial dalam kalangan belia menjadi isu utama negara. Walaupun pihak

kerajaan berusaha untuk memperkasa belia untuk bersama masyarakat, tetapi masih lagi

ada isu terpencil yang mungkin tidak disedari. Dalam hal ini. isu penglibatan belia

bersama masyarakat boleh begitu meruncing. Walaupun ramai belia yang hadir di aktiviti

anjuran kerajaan, tetapi pada masa yang sama realitinya agak bertentangan apabila

konteks komunitinya di kecilkan kepada komuniti di sesebuah kawasan perumahan atau

penempatan. Belia dalam kawasan penempatan selalunya jarang sekali melibatkan diri

dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh komuniti tersebut. Kebiasaannya

golongan yang lebih berusia yang akan melibatkan diri secara sukarela. Belia dalam

komuniti ini lebih gemar melakukan hal-hal yang dirasakan lebih menghiburkan seperti

2
melepak di pusat membeli belah atau di kedai makan, atau hanya duduk di rumah dan

menghabiskan masa dengan permainan video atau perkara di internet seperti media sosial,

youtube, dan sebagainya.

Latar Belakang Kajian

Dalam mencapai dan mendepani cabaran ke arah negara maju pada tahun 2020, belia di

negara ini berhadapan dengan cabaran sosialisasi dalam kehidupan seharian mereka.

Kehidupan sebagai seorang belia adalah fasa yang sangat mencabar dan dari aspek

psikologi, belia dikatakan mempunyai sifat-sifat memberontak dan ingin tahu yang amat

tinggi (Bahari, Tuan Sembok, & Mohamed, 1995). Pada masa kini lebih banyak budaya

luar yang menyusup masuk secara perlahan dan meresap ke dalam jiwa dan fikiran belia

kini dan menyebabkan banyak berlaku perubahan dari segi budaya, sosial, cara berfikir

dan bermacam lagi. Ditambah pula dengan kemajuan teknologi yang semakin hari

semakin canggih dan hal ini juga turut membimbangkan kerana terlalu banyak masalah

sosial yang berlaku akibat daripada kemajuan atau perubahan yang berlaku dari dulu

hingga kini. Lantaran dari sifat ingin tahu yang menebal dalam diri, belia cenderung

mencuba segala macam perkara baru yang wujud dalam dunia ini.

Isu sosial belia bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Jika

dilihat dalam komuniti kecil seperti komuniti dalam kawasan perumahan, isu sosial belia

adalah antara isu utama yang berlaku kerana golongan ini adalah golongan yang

memonopoli sebahagian besar sesebuah komuniti. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia,

3
dalam Indeks Belia Malaysia (2015), golongan belia merangkumi hampir separuh dari

populasi rakyat Malaysia. Berdasarkan data tersebut, dapat disimpulkan bahawa golongan

ini memainkan peranan penting dalam memastikan negara sentiasa bersiap sedia dalam

mendepani cabaran pada masa kini dan masa hadapan serta terus optimis dalam

merealisasikan Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju pada

masa akan datang.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu sosial belia. Salah satu faktor yang

menyumbang adalah kurangnya penglibatan belia bersama masyarakat setempat iaitu

komuniti dalam kawasan tempat tinggal mereka. Golongan belia dalam komuniti ini

seperti sudah dilupakan, atau dengan kata lain kewujudan mereka seperti tidak disedari.

Jika dilihat dalam aktiviti keraian masyarakat seperti majlis perkahwinan, golongan belia

amat jarang dilihat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan walaupun hanya

datang sebagai tetamu. Belia lebih ramai dilihat bersiar di kompleks membeli belah,

melepak di kedai-kedai makan atau di pusat hiburan sambil melayani gajet masing-masing

dan bermacam lagi.

Pernyataan Masalah

Belia merupakan sandaran tulang belakang negara untuk menyambung legasi kepimpinan

dan pentadbiran negara. Belia yang dijadikan sandaran adalah belia yang selari dengan

matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) iaitu yang mempunyai peribadi yang

bersepadu dari segi rohani, mental, jasmani, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat

4
sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran

bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020. Belia juga dianggap sebagai

aset terpenting negara. Sehubungan dengan itu, keterlibatan belia dalam komuniti adalah

suatu perkara yang amat penting untuk menjadikan belia itu lebih cakna dengan isu

semasa. Namun begitu, mengapa mereka memilih untuk memencilkan diri dari komuniti

setempat?

Berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM) 2015, satu kajian telah dijalankan oleh Institut

Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES) untuk mengetahui kadar keterlibatan belia

dalam masyarakat melalui indikator Hubungan Dengan Masyarakat yang menjadi salah

satu indikator dalam Domain Hubungan Sosial. Dalam kajian tersebut, 3 indikator telah

diletakkan di bawah Domain Hubungan Sosial. Indikator tersebut adalah; 1) Hubungan

dengan Ibu Bapa/Keluarga, 2) Hubungan dengan Rakan, dan 3) Hubungan dengan

Masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa, antara 3 indikator yang disenaraikan, skor

yang paling rendah adalah Hubungan dengan Masyarakat (72.13%) dan berada hanya di

paras Sederhana. Keadaan ini memberi gambaran bahawa golongan belia masih kurang

bergaul dengan masyarakat atau jiran tetangga yang menyebabkan hubungan belia dengan

masyarakat menjadi renggang. Persoalannya, apakah yang menyebabkan belia semakin

renggang dengan komuniti?

5
Dewasa ini, begitu banyak platform yang diwujudkan oleh pihak kerajaan mahupun

swasta untuk memperkasa golongan belia. Walaupun hampir kesemua platform ini

difokuskan untuk kumpulan tertentu, tetapi platform ini wajar dijadikan medium untuk

belia menimba ilmu selain dari dalam kelas, dan juga berkomunikasi dengan belia yang

mempunyai latar belakang yang berlainan. Platform ini juga menjadi wadah untuk

mendidik belia agar bergaul dengan komuniti. Jika dilihat kepada penglibatan belia di

dalam aktiviti tersebut, keputusannya amat memberangsangkan. Tetapi jika dilihat kepada

keterlibatan belia dengan komuniti, tidak ramai belia yang mengambil bahagian dengan

aktiviti oleh komuniti. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku? Oleh yang

demikian, kajian perlu dijalankan bagi memahami perkara yang mempengaruhi

keterlibatan belia dalam masyarakat.

Persoalan Kajian

Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan utama berikut:

1. Apakah pandangan belia dan ahli komuniti mengenai hubungan antara belia

dengan komuniti?

2. Apakah pendapat belia dan ahli komuniti tentang keterlibatan belia dalam

komuniti?

3. Bagaimana belia terlibat dalam aktiviti komuniti?

6
Kepentingan Kajian

Kajian ini memberi manfaat umumnya kepada golongan belia di Malaysia, dan di Serdang

Jaya khususnya dalam memperkasa golongan belia di negara ini agar golongan belia dapat

sama-sama menggembleng tenaga bagi dalam mencapai Wawasan 2020 serta negara

status negara maju. Selain itu, ianya dapat membantu dalam mewujudkan belia yang lebih

mesra dengan komuniti.

Bagi masyarakat di Malaysia pula, kajian ini membantu mereka dalam memahami

golongan belia agar mereka dapat sama-sama melibatkan belia dalam segala macam

aktiviti, program atau apa sekalipun yang berkaitan dengan masyarakat. Kajian ini juga

sedikit sebanyak membantu mereka dalam memperbetulkan persepsi negatif masyarakat

terhadap golongan belia yang selama ini dipandang enteng kerana ketidakterlibatan

mereka dalam masyarakat.

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi penjelasan dengan lebih mendalam mengenai

bagaimana kadar keterlibatan belia di Serdang Jaya bersama komuniti dapat

dipertingkatkan melalui perkara yang mampu menarik minat belia untuk bersama-sama

melibatkan diri bersama komuniti. Kajian berdasarkan penglibatan belia dalam komuniti

ini juga diharapkan sedikit sebanyak dapat membuka mata belia mengenai perspektif

mereka terhadap keterlibatan mereka dalam komuniti sebagai salah seorang ahli komuniti

tersebut.

7
Skop dan Limitasi Kajian

Pada keseluruhannya, skop dan batasan kajian ini difokuskan kepada mengenal tahap

keterlibatan belia dalam komuniti Serdang Jaya dan mengetahui dengan lebih mendalam

berkenaan faktor atau sebab mengapa kadar keterlibatan belia dalam komuniti masih lagi

kurang memberangsangkan. Kajian ini menumpukan kepada golongan belia, ahli

komuniti bukan belia dan golongan pemimpin masyarakat dalam komuniti sebagai

informan utama. Golongan belia ini terdiri daripada golongan belia Melayu tanpa mengira

faktor umur dan jantina. Dalam kajian ini, tiga orang belia, seorang dari kalangan ahli

komuniti bukan belia dan seorang dari kalangan golongan pemimpin masyarakat dalam

komuniti telah terlibat sebagai informan ketika proses pengumpulan data dilakukan.

Kajian ini hanya terbatas kepada komuniti Serdang Jaya. Walau bagaimanapun, kajian ini

boleh dijadikan panduan atau rujukan kepada masyarakat di Selangor mahupun di

Malaysia.

Definisi Istilah

Belia – Pertubuhan Komanwel mentakrifkan belia sebagai golongan yang berusia 15

hingga 29 tahun (Commonwealth Youth Programme, 2007). Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu pula mendefinisikan belia dalam lingkungan umur antara 15 hingga 24 tahun

(United Nations, 2002). Dalam konteks Malaysia pula, had umur belia yang ditetapkan

sebelum ini iaitu 15 hingga 40 tahun telah dikecilkan kepada 15 hingga 30 tahun (Dasar

Belia Malaysia, 2015)

8
Pemimpin masyarakat dalam komuniti – Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

(2005), pemimpin didefinisikan sebagai orang yang memimpin dan difahamkan sebagai

juru tunjuk. Pemimpin masyarakat dalam komuniti pula dapat ditakrifkan sebagai orang

yang memimpin dalam sesebuah komuniti seperti Ketua Kampung, Imam, Nazir Masjid,

Wakil Rakyat dan sebagainya.

Kesimpulan

Bab ini menjelaskan berkenaan pernyataan masalah kajian mengenai keterlibatan belia

dalam komuniti. Persoalan yang dibangkitkan dalam kajian ini adalah untuk memahami

berkenaan keterlibatan belia di dalam komuniti dan faktor yang mempengaruhinya. Untuk

skop dan batasan kajian pula, ianya terbatas di dalam komuniti Serdang Jaya sahaja. Akhir

sekali, bahagian definisi istilah menjelaskan maksud-maksud istilah yang digunakan

dalam kajian ini.

9
BAB 2

SOROTAN LITERATUR

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan definisi, teori, model dan hasil kajian lepas yang berkaitan

belia dalam komuniti dan faktor yang mempengaruhi keterlibatan belia dalam komuniti.

Perbandingan hasil kajian lepas dikaji dan dijadikan rujukan dalam kajian ini. Bab ini akan

menerangkan secara terperinci berkenaan keterlibatan belia dan faktor yang

mempengaruhinya.

Teori Sosial Ibnu Khaldun

Teori sosial yang diketengahkan oleh Ibnu Khaldun dalam karyanya, Muqaddimah (1377;

diterjemahkan oleh Franz Rosenthal, 1978) adalah konsep ‘assabiyyah yang membawa

maksud perpaduan sosial yang memberi penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan

dan kepaduan sosial. Perkataan ini diambil dari perkataan dasar ‘asab yang bermaksud

‘untuk mengikat’. Menurut The Encyclopedia of Islam, perkataan ‘assabiyyah diertikan

sebagai semangat kekeluargaan dalam keluarga atau suku. Dalam Arabic-English Lexicon

(1863), karya Edward William Lane mentafsirkan ‘assabiyah sebagai kualiti atau ciri-ciri

individu yang mempunyai sifat ‘assabiyyu, iaitu membantu dan mempertahankan rakan-

rakan atau individu lain daripada permusuhan. Teori yang diketengahkan oleh Ibnu

Khaldun ini memberi penjelasan berkenaan perasaan semula jadi dalam kalangan

10
manusia, yang bertujuan untuk membantu dan melindungi ahli-ahli kumpulan apabila

mereka dizalimi.

Teori Pembelajaran Sosial

Teori Pembelajaran Sosial (1971) merupakan pengembangan daripada teori belajar

perilaku (behaviouristic). Albert Bandura merupakan orang yang bertanggungjawab

dalam mengembangkan teori pembelajaran sosial ini. Dalam teori ini, sebahagian besar

prinsip-prinsip dan teori-teori belajar perilaku, tetapi penekanan diberikan lebih kepada

kesan dan isyarat-isyarat perubahan kepada perilaku dan mental. Secara amnya, teori ini

menjelaskan berkenaan kognitif luaran dan dalaman dalam memahami bagaimana untuk

mempelajari sesuatu perkara daripada orang lain. Teori ini juga mengetengahkan bahawa

manusia tidak didorong oleh pasukan dari dalam serta tidak dipengaruhi oleh rangsangan

persekitaran.

Teori ini menekankan bahawa persekitaran yang secara kebetulan berhadapan dengan

seseorang itulah yang sering dipilih dan diubah menjadi tingkah laku sendiri. Kard, S

(1997) telah memetik kata Bandura bahawa, “kebanyakan manusia belajar melalui

pemerhatian dan mengingati tingkah laku orang lain.” Pembelajaran sosial memfokuskan

pada model dan ianya merupakan perkara penting dalam pembelajaran bersepadu.

Pembelajaran melalui pemerhatian boleh berlaku melalui keadaan yang dialami oleh

orang lain, di mana dalam pemerhatiannya terhadap tingkah laku orang lain, individu akan

mempelajari serta meniru tingkah laku tersebut atau dalam hal tertentu serta menjadikan

orang lain sebagai model bagi diri sendiri. Miller dan Dollard, dalam bukunya, Social

11
Learning and Imitation yang diterbitkan pada 1941, juga mengakui tentang kepentingan

proses imitatif dalam mengembangkan keperibadian dan seterusnya menjelaskan

beberapa jenis tingkah laku imitatif tertentu. Sungguhpun begitu, hanya segelintir

cendekiawan yang meneliti keperibadian individu cuba memasukkan proses pembelajaran

melalui pemerhatian ke dalam teori-teori pembelajaran yang di pelopori oleh mereka.

Bandura juga mengembangkan analisis beliau terhadap pembelajaran melalui

pemerhatian.

Rajah 1: Model Pembelajaran Sosial (Bandura, 1971)

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura memberi penekanan

berkenaan perilaku manusia yang dipengaruhi oleh persekitaran dan peneguhan

(reinforcement), pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning), cara

manusia berfikir terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, dan bagaimana tingkah

laku kita akan mempengaruhi persekitaran kita dan menghasilkan peneguhan

12
(reinforcement) serta peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational

opportunty). Bandura juga menyatakan bahawa proses meniru dan mengamati perilaku

serta sikap orang lain sebagai model merupakan salah satu tindakan dalam pembelajaran.

Teori ini menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang

mempunyai perhubungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh persekitaran. Pengaruh

daripada persekitaran individu memberi impak yang besar kepada pola pembelajaran

sosial jenis ini. Contohnya jika individu itu dibesarkan dalam persekitaran yang

menunjukkan arak itu sepertinya bukan kesalahan, individu itu cenderung memilih untuk

bersama komuniti yang berpendapat sepertinya iaitu arak bukanlah satu kesalahan, atau

jika sebaliknya, individu tersebut akan menjauhkan diri dari arak dan menganggap arak

itu tidak baik.

Pembangunan Belia Positif (PYD)

Terma Pembangunan Belia Positif atau Positive Youth Development (PYD) terbentuk

melalui kesepaduan idea-idea tentang teori plastisiti (plasticity) pembangunan remaja dan

pelbagai penemuan praktikal berkenaan jalan yang dilalui oleh kanak-kanak untuk

menempuh alam remaja. PYD mengetengahkan golongan belia yang dipandang sebagai

sumber untuk dibangunkan dan bukannya sebagai masalah yang perlu diuruskan. Model

‘5C’ memainkan peranan dalam meningkatkan PYD apabila ianya diterapkan sebagai satu

proses perkembangan atau pembangunan, sebagai panduan atau pendekatan menerusi

program dalam memupuk gaya hidup sihat dalam golongan belia. Model ‘5C’ yang

13
diketengahkan adalah: keupayaan (competence) keyakinan (confidence), perwatakan

(character), perhubungan (connection) dan prihatin (caring) (Lerner, et al., 2005; 2011)

Jadual 1: 5C PYD (Lerner et al., 2013)

C DEFINISI
Keupayaan (Competence) Pandangan yang positif terhadap tindakan seseorang

dalam bidang-bidang tertentu, termasuk sosial,

akademik, kognitif, kesihatan dan vokasional.

Keyakinan (Confidence) Percaya kepada kemahiran kendiri dan kemampuan

diri. Menaruh harapan dan yakin kepada individu lain

atau institusi.

Perhubungan (Connection) Ikatan positif yang terbina atau terjalin antara

seseorang individu dengan individu lain dan

kelompok.

Perwatakan (Character) Menghormati norma-norma masyarakat dan budaya,

memiliki standard untuk tingkah laku yang betul,

mampu berfikir dan membezakan perkara yang betul

dan salah, serta berintegriti.

Prihatin (Caring) Perasaan simpati dan empati terhadap orang lain.

Jadual 2: PYD 'C' yang ke-6

Sumbangan (Contribution) Penglibatan secara aktif dalam akvititi. Sumbangan

terhadap diri, keluarga, komuniti, institusi, dan

negara.

14
5 C PYD amat menepati ciri-ciri yang perlu ada pada nilai kesepaduan yang secara

langsung membawa kepada keterlibatan belia dalam komuniti. Berdasarkan elemen 5 C

yang terdapat dalam PYD, elemen keyakinan (confidence) disentuh melalui keyakinan

belia itu dalam melibatkan diri dan bercampur dengan komuniti. Dalam elemen

perhubungan (connection) pula, ianya dapat dilihat apabila perpaduan yang tercipta antara

belia dan komuniti setempat. Menerusi perbuatan seperti menghormati adat resam dan

budaya dalam komuniti berkenaan, ianya secara tidak langsung menyentuh elemen

perwatakan (character) dalam PYD. Elemen prihatin (caring) pula dapat dilihat menerusi

keprihatinan belia dalam mendepani isu-isu dan cabaran dalam komuniti. Manakala yang

terakhir, elemen sumbangan (contribution) pula dapat menggalakkan belia untuk

menyumbangkan bakti dan jasa kepada komuniti mahupun tanah air.

15
Kerangka Teoritikal

Kompetensi Keyakinan

Keterlibatan
Belia
Faktor Tingkah Karakter
Laku Pembangunan
Belia Positif
(PYD)
Prihatin
Faktor Peribadi Faktor
Persekitaran
Sumbangan Perhubungan

Teori Pembelajaran Sosial

(Bandura, 1971)

Rajah 2: Kerangka Teoritikal

Rajah 2 menunjukkan kerangka teoritikal kajian yang merumuskan kefahaman tentang

beberapa faktor penting kepada bentuk persoalan yang ingin dikaji iaitu berkenaan

keterlibatan belia dalam komuniti. Faktor yang mendorong kepada keterlibatan belia dapat

dilihat pada Teori Pembelajaran Sosial yang mengetengahkan berkenaan faktor yang

mempengaruhi keterlibatan belia iaitu; 1) faktor tingkah laku, 2) faktor peribadi, dan 3)

faktor persekitaran. Pembangunan Belia Positif (PYD) model Leiner seperti kompetensi,

keyakinan, karakter, prihatin, perhubungan serta sumbangan pula akan menyumbang

kepada keterlibatan belia itu sendiri di dalam komuniti.

16
Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan berkenaan teori dan model yang berkaitan dengan lebih

mendalam serta diselitkan bersama dengan kajian-kajian lepas. Teori-teori yang

diketengahkan dalam bab ini adalah Teori Pembelajaran Sosial dan model Pembangunan

Belia Positif. Perkaitan antara teori ini telah dirumuskan dan digambarkan melalui

kerangka teoritikal.

17
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Bab ini membincangkan berkenaan kaedah penyelidikan yang digunakan iaitu tentang

kaedah kajian, pemilihan informan dan lokasi kajian, prosedur pengumpulan data, serta

analisis data.

Kaedah Kajian

Kajian ini dijalankan menerusi kaedah penyelidikan kualitatif. Data berbentuk deskriptif

seperti kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diperhatikan

adalah bentuk-bentuk data kualitatif (Taylor & Bogdan, 1984). Creswell (2013),

mendefinisikan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai satu proses inkuiri untuk

memahami masalah sosial berdasarkan kepada gambaran yang menyeluruh dan kompleks,

melalui pandangan informan yang mendalam serta dijalankan dalam keadaan sebenar dan

semula jadi. Melalui kaedah ini, perbincangan berkenaan keterlibatan belia dalam

komuniti dapat dibincangkan secara holistik atau menyeluruh. Kaedah ini juga memberi

kefahaman yang mudah berkenaan keterlibatan belia dalam komuniti di Serdang Jaya.

Data kajian akan dikumpulkan melalui kaedah temubual dan analisis dokumen. Seperti

yang dinyatakan oleh Othman (2007), kaedah kualitatif melibatkan pelbagai metod serta

berdasarkan andaian interpretif dan naturalistik untuk mendapatkan gambaran holistik

mengenai sesuatu fenomena atau masalah yang dikaji.

18
Temu Bual

Dalam proses pengumpulan data penyelidikan kualitatif, kaedah temu bual merupakan

kaedah yang paling kerap digunakan (Merriam, 1998; 2009). Terdapat tiga jenis temu bual

yang digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual

tidak berstruktur (Fontana & Frey, 1994; Merriam, 1998). Merriam (1998) menghuraikan

bahawa penggunaan temu bual berstruktur sangat membantu penyelidik dalam

memperoleh maklumat responden seperti sosiodemografik, umur, taraf perkahwinan dan

sebagainya di dalam kajian kualitatif yang dijalankan. Teknik temu bual separa berstruktur

pula lebih sesuai digunakan dalam mendapatkan pandangan secara fleksibel dari informan

di mana huraian maklumat yang diberi oleh informan akan lebih meluas dalam proses

temu bual yang dijalankan. Dalam kajian ini kaedah temu bual separa berstruktur

digunakan dalam menemu bual informan bagi mendapatkan pandangan, persepsi dan

pendapat mereka berkenaan keterlibatan belia dalam komuniti. Golongan belia adalah

informan utama dalam penyelidikan ini dan juga melibatkan segelintir golongan ahli

komuniti bukan belia serta pemimpin masyarakat dalam komuniti. Informan yang terlibat

adalah seramai lima orang dan terdiri dari individu yang mempunyai latar belakang yang

berbeza.

Analisis Dokumen

Merriam (2001) mentafsirkan analisis dokumen sebagai analisis yang dilakukan kepada

bahan bertulis, visual dan fizikal. Analisis ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat

dan data berkenaan keterlibatan belia dalam komuniti. Tapisan dan analisis akan

19
dilakukan dalam memastikan maklumat yang diperoleh adalah selari dengan kehendak

dan objektif kajian. Sumber dokumen ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

1. Semua bentuk dokumen terbitan seperti karya ilmiah, buku-buku, artikel,

jurnal, artikel akhbar, artikel majalah, internet dan sebagainya.

2. Laporan, pekeliling dan dasar yang berkaitan.

Profil Informan

Penyelidikan ini dijalankan dalam kalangan belia, ahli komuniti bukan belia dan golongan

pemimpin masyarakat dalam komuniti Serdang Jaya, Selangor. Informan dipilih

berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh penyelidik.

Teknik Pensampelan

Non probability sampling adalah kaedah pensampelan yang diguna pakai dalam

penyelidikan kualitatif. Kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) menjadi

pilihan penyelidik dalam proses pemilihan informan. Dalam kajian kualitatif, informan

yang dipilih adalah individu yang terbaik serta boleh membantu kepada pemahaman

fenomena melalui perincian kefahaman individu (Silverman, 2013). Kaedah ini akan

berkesan apabila hanya terdapat sebilangan sahaja informan yang menepati kriteria yang

ditetapkan oleh penyelidik.

20
Sampel Kajian

Informan yang terlibat terdiri daripada berbagai latar belakang berdasarkan kriteria yang

ditetapkan oleh penyelidik iaitu daripada golongan belia, ahli komuniti bukan belia dan

pemimpin masyarakat dalam komuniti. Informan dipilih berdasarkan penglibatan mereka

di dalam komuniti Serdang Jaya tidak kira pada masa kini atau sebelumnya. Identiti

informan juga akan dirahsiakan dengan menggunakan nama samaran.

Prosedur Pengumpulan Data

Bahagian ini akan menjelaskan prosedur yang diguna pakai dalam proses pengumpulan

data untuk kajian ini. Disebabkan oleh prosesnya yang rumit, perancangan dalam

menjalankan pengumpulan data perlu dilakukan dengan teliti dan teratur. Sebelum temu

bual dijalankan, informan yang terlibat akan diberi penerangan dan taklimat berkenaan

temu bual yang bakal berlangsung. Identiti serta maklumat yang diberikan oleh informan

akan dirahsiakan serta mematuhi etika sebelum, semasa dan selepas sesi temu bual

diadakan. Di awal proses temu bual, penyelidik perlulah mengekalkan suasana yang

harmoni dengan informan bagi mengurangkan kebimbangan dan ketidakpercayaan

informan terhadap penyelidik. Perkara ini akan memudahkan lagi penyelidik untuk

mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada informan. Jadual 3 menunjukkan

persoalan etika sebelum menjalankan temu bual dalam kajian ini.

21
Jadual 3: Persoalan etika sebelum menjalankan temu bual

Bil Soalan etika Bagaimana persoalan dijawab

1 Adakah penyelidik mendapatkan Ya, penyelidik mendapatkan keizinan

keizinan untuk memperoleh data? informan semasa perjumpaan pertama

2 Adakah penyelidik memperoleh Penyelidik memperoleh persetujuan secara

persetujuan informan secara bertulis dan lisan

bertulis atau lisan?

3 Sejauh mana informasi harus Tujuan kajian, persoalan kajian, dan soalan

diberikan kepada informan? temu bual

4 Adakah penglibatan informan Tidak. Penyelidik akan memaklumkan

dalam kajian ini akan menjejaskan maklumat yang diperoleh adalah rahsia dan

mereka? hanya didengari penyelidik sahaja. Nama

informan akan dirahsiakan

5 Siapakah yang dapat melihat data Penyelia sahaja yang boleh melihat transkrip

kajian selain penyelidik? penuh selain penyelidik. Pembaca dan

pemeriksa hanya boleh membaca data yang

sudah dianalisis berdasarkan persoalan

kajian.

6 Apakah yang perlu dilakukan bagi Penyelidik akan menjalankan temu bual di

memastikan proses temu bual tempat yang dipilih oleh informan sendiri.

dijalankan adalah bersesuaian dan

menyelesakan informan?

22
7 Bagaimanakah data dan transkrip Informan sendiri yang akan memastikan dan

data disahkan? mengesahkan transkripsi data dan dapatan

kajian

Informan juga akan diingatkan supaya berfikiran terbuka dan ikhlas dalam memberikan

pandangan dan pendapat kepada penyelidik. Setelah itu, penyelidik akan mengatur sesi

temu bual yang akan dijalankan berdasarkan keselesaan dan kesesuaian lokasi dan masa

informan dan juga penyelidik. Jadual 4 menunjukkan tarikh temu bual yang dijalankan.

Jadual 4: Tarikh temu bual dijalankan

Bil Tarikh Informan Kajian


1. 14 Mei 2017 Belia A
2. 14 Mei 2017 Belia B
3. 19 Mei 2017 Belia C
4. 20 Mei 2017 Ahli Komuniti
5. 20 Mei 2017 Pemimpin

Data yang diperoleh akan dikumpulkan dan ditapis terlebih dahulu sebelum proses analisis

dilakukan. Segala maklumat yang diperoleh akan dianalisis secara manual berdasarkan

susunan persoalan kajian yang telah ditetapkan. Data dan maklumat yang bersifat

sekunder yang diperoleh akan disaring berpandukan persoalan dan objektif kajian serta

disesuaikan dengan situasi semasa. Bagi data dan maklumat melalui temu bual pula akan

disusun serta diolah semula dalam bentuk transkrip agar ianya lebih mudah difahami

untuk menjawab segala persoalan kajian ini.

23
Analisis Data

Setiap temu bual yang dijalankan akan direkodkan bagi tujuan analisis data dan maklumat.

Seterusnya, hasil temu bual yang direkodkan melalui rakaman audio akan di transkrip

dalam bentuk penulisan. Hasil penulisan ini akan menjadi bahan rujukan dan

memudahkan penyelidik dalam memahami dan meneliti setiap unit (ayat yang telah di

transkrip) dari informan yang boleh dikaitkan dengan tema yang wujud dalam

penyelidikan ini. Dalam penghasilan tema pula, penyelidik menggunakan kaedah

pemadanan pola (pattern matching) untuk menghasilkan tema yang berkaitan. Pembacaan

transkripsi berulang kali dan pemindahan maklumat berdasarkan tema-tema tertentu akan

dilakukan sehingga semua kod yang memberi makna dapat dikelompokkan. Pengulangan

semakan perlu dilakukan bagi memastikan setiap unit menggambarkan tema atau sub-

tema yang ditentukan oleh penyelidik. Hasil daripada proses yang tersebut akan dapat

mewujudkan satu pola tentang keterlibatan belia dalam komuniti. Akhir sekali, rumusan

dan penulisan laporan akan dilakukan berdasarkan maklumat dan data yang ada. Transkrip

temu bual akan diserahkan melalui emel kepada informan bagi tujuan semakan dan

memastikan maklumat yang telah di transkrip adalah benar. Sekiranya terdapat

kekurangan atau maklumat yang di transkrip itu tidak tepat, transkrip tersebut akan

diperbetulkan dan dihantar semula kepada penyelidik untuk tujuan pembetulan.

24
Kesimpulan

Bab ini membincangkan secara mendalam berkenaan proses pengumpulan data kualitatif

dalam pelbagai bentuk yang membolehkan kajian ini menjawab persoalan kajian. Individu

yang dipilih sebagai informan adalah berlandaskan kriteria yang ditetapkan. Segala

prosedur dalam menjalankan kajian ini turut dibincangkan di dalam bab ini. Akhir sekali,

bab ini juga menyentuh berkenaan proses analisis data.

25
BAB 4

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Pengenalan

Hasil daripada perbincangan melalui data yang telah di kumpul dan dianalisis oleh

penyelidik dipaparkan dalam bab ini. Dapatan kajian ini berkait dengan beberapa

persoalan yang diketengahkan oleh penyelidik iaitu:

1. Apakah pandangan belia mengenai hubungan antara belia dengan komuniti?

2. Apakah pendapat belia tentang keterlibatan belia dalam komuniti?

3. Bagaimana belia terlibat dalam aktiviti komuniti?

Nama sebenar informan yang terlibat dalam perbincangan kajian dirahsiakan dan

dinamakan dengan nama samaran seperti ‘Belia’. ‘Ahli Komuniti’ dan ‘Pemimpin’ bagi

mewakili kelima-lima informan seperti yang telah dipersetujui oleh informan sebelum

proses pengumpulan data dijalankan. Analisis dokumen adalah antara kaedah kajian yang

turut digunakan untuk proses penganalisisan data.

Butiran Informan

Kajian ini melibatkan lima orang informan yang terdiri daripada tiga orang belia, seorang

ahli komuniti bukan belia dan seorang pemimpin masyarakat dalam komuniti. Semua

informan adalah penduduk dan ahli komuniti dalam kawasan kajian.

26
Profil Informan

Informan kajian ini terdiri daripada ahli komuniti di dalam kawasan kajian yang

dikelaskan kepada tiga kategori iaitu belia, ahli komuniti bukan belia dan golongan

pemimpin masyarakat dalam komuniti. Kesemua informan yang terlibat mempunyai latar

belakang, peranan dan pencapaian yang berbeza di dalam kawasan kajian. Informan yang

terlibat merangkumi tiga orang dari kalangan belia, seorang dari kalangan ahli komuniti

bukan belia dan seorang dari kalangan pemimpin masyarakat dalam komuniti. Salah

seorang daripada informan dari kalangan belia adalah seorang yang bergiat aktif dalam

politik, seorang didapati kurang aktif dalam komuniti dan seorang lagi merupakan antara

belia yang aktif dalam melibatkan diri bersama komuniti. Informan dari kalangan ahli

komuniti pula merupakan kakitangan awam dan boleh dikatakan aktif dengan komuniti.

Manakala informan dari kalangan pemimpin pula, merupakan seorang pentadbir di

sekolah agama di kawasan kajian. Jadual 5 menunjukkan butiran informan secara

terperinci.

Jadual 5: Profil Informan Kajian

Informan Umur Pendidikan Pencapaian

Belia A 23 Menuntut di Tiada. Tetapi masih aktif dalam


salah sebuah menyertai aktiviti komuniti.
IPTA di
semenanjung
Belia B 25 Penuntut, Tiada. Kurang aktif dalam komuniti
Bacelor kejiranan, tetapi aktif dalam menyertai
Komunikasi, aktiviti di universiti.
UPM
Belia C 25 Sijil Pelajaran Menjadi ahli jawatankuasa dalam NGO.
Malaysia Exco Pemuda PAS Serdang.

27
Ahli 35 Tidak Tiada. Tetapi masih aktif dalam
Komuniti dinyatakan menyertai aktiviti komuniti.

Pemimpin 50 Ijazah Pentadbir di sekolah agama. Pernah


dilantik menjadi ahli jawatankuasa
masjid. Pengerusi Hal Ehwal Wanita
Serdang Jaya.

Berdasarkan butiran yang diberikan, tidak semua informan yang dilihat mempunyai

pencapaian di dalam komuniti, tetapi empat daripada lima informan masih lagi aktif

bersama komuniti dan seorang lagi kurang aktif dalam komuniti tetapi bergiat aktif di

universiti. Pemilihan informan berdasarkan penglibatan dalam masyarakat dilihat sangat

bersesuaian dengan kajian yang dijalankan kerana kesemuanya adalah ahli komuniti

Serdang Jaya.

Persoalan Kajian 1:

Apakah pandangan belia dan ahli komuniti mengenai hubungan antara belia

dengan komuniti?

Hasil daripada kajian ini merupakan maklumat yang diberikan oleh informan melalui

temu bual. Data yang di kumpul turut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis

dokumen. Dapatan kajian menunjukkan empat daripada lima informan masih aktif dalam

komuniti dan seorang informan sahaja yang dahulunya aktif, tetapi tidak untuk masa

sekarang. Pandangan yang dikemukakan oleh informan adalah:

28
1. Hubungan belia dan komuniti yang semakin renggang

2. Hubungan berpotensi untuk dibangunkan

3. Isu atau maklumat yang menjadi tumpuan dalam komuniti

Pada masa kini, belia dikatakan semakin renggang dengan komuniti. Tetapi,

bagaimanakah hubungan antara belia dan komuniti itu memberi implikasi kepada belia itu

sendiri dan juga komuniti tersebut. Oleh hal yang demikian, pendapat daripada ahli

komuniti terhadap hubungan dua hala ini telah dibincangkan, dianalisis, disusun serta

dijadikan tema bagi persoalan kajian ini.

1. Hubungan belia dan komuniti yang semakin renggang

a) Kerenggangan hubungan

Hubungan antara belia dan komuniti dikatakan semakin tidak akrab. Hal ini

dinyatakan oleh hampir semua informan. Belia A menyatakan:

“...Belia di sini kurang aktif dalam menyertai aktiviti kemasyarakatan.... Sekali


gus, hubungan di antara mereka tidak begitu erat bersama anggota masyarakat
yang lebih berumur.”

Belia B pula menyatakan:

“.....Kalau kita lihat belia sekarang, mereka dah tak macam dulu...”

Begitu juga dengan Belia C:

“....anak muda ni macam tak terlibat sangat dengan komuniti ni. Even kat
masjid pun dah kurang.”

29
Ahli Komuniti juga menyatakan bahawa:

“.....hubungan belia dengan masyarakat pada zaman sekarang ini tidak sama
seperti suasana zaman saya pada era 90an. Pada zaman saya, hubungan antara
belia dan masyarakat sangat rapat....”

Pemimpin juga menambah:

“...saya rasa hubungan antara belia dan komuniti boleh dikatakan kurang
akrab...”
Selain itu, kajian ini juga dapat menerangkan berkenaan sebab mengapa

kerenggangan hubungan ini terjadi. Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli

Komuniti:

“...Saya rasa golongan belia sibuk dengan gajet masing-masing atau sibuk
pegi bershopping. Tak kan kamu tidak tahu, pusat beli-belah kan banyak
sekitar taman ini seperti IOI City Mall, Mines Shopping Fair dan Uptown....”

Begitu juga dengan Belia A, B dan C:

“...Mereka lebih cenderung membuat aktiviti mereka sendiri seperti


melepak...”
“..Sifat sombong dan tak bertegur sapa mereka tu agak menebal...” “...Dan
selain itu, bagi saya belia zaman sekarang ni lebih banyak sifat negatif dan
tak sama dengan belia masa dulu-dulu..” “...Zaman sekarang pula zaman
teknologi, jadinya masing-masing sibuk dengan telefon dan gajet masing-
masing...”

“...kita tiada seorang individu atau dengan kata lain seorang figure yang
mampu memberi pengaruh atau impak kepada anak muda...”

30
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, ternyata hubungan antara belia dan

komuniti di kawasan kajian berada di tahap yang kurang baik atau dengan kata

lainnya, renggang.

b) Perpecahan komuniti

Hubungan yang tidak balik antara belia dan komuniti pula akan menyumbang

kepada pemecah belahan komuniti itu sendiri. Ahli Komuniti berpendapat:

“...komuniti di tempat itu akan kucar-kacir. Semangat tolong-menolong


semakin samar dan komuniti akan mula mementingkan kepentingan diri
sendiri dan keluarganya sahaja tanpa memikirkan keadaan masyarakat di
tempatnya...”
Ahli Komuniti menambah:
“...Antara kesan lain mungkin akan berlakunya pendapat yang berbeza...”

Belia B juga menyatakan:

“...Kalau implikasi tak baik tu, ianya akan memecahbelahkan komuniti itu
sendiri..” Belia B juga menambah:
“...ianya akan membawa kepada perkara yang negatif seperti pecah belah dan
perselisihan faham akan berlaku.”
Belia A pula berpendapat:

“...jika belia tidak bijak dalam mengimbangkan hubungan antara komuniti dan
hubungan bersama ahli keluarga di rumah, maka mereka akan melakukan
beberapa kesilapan seperti meluangkan masa yang lebih lama bersama
komuniti berbanding bersama ahli keluarga di rumah. Dalam konteks ini,
keluarga juga dikira sebagai sebuah komuniti kecil.”

31
Berdasarkan dapatan kajian, hubungan yang tidak baik antara belia dan

komuniti boleh menyebabkan komuniti menjadi pecah belah sama ada

komuniti kejiranan, ataupun komuniti kekeluargaan itu sendiri.

c) Berlakunya masalah sosial

Antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah sosial, adalah

disebabkan oleh renggangnya hubungan antara belia dan komuniti. Belia C

memberitahu:

“...dalam komuniti pula, ada komuniti yang baik dan komuniti yang tidak baik
seperti mat rempit. Apabila belia ni join komuniti yang tidak elok ni, dia
sendiri akan sengsara dulu. Contohnya seperti masalah drug addicted lah.
Dadah ni, kalau individu tu tak cukup kuat, memang mati terkangkang macam
tu je lah. Dan satu lagi, berkenaan pergaulan bebas antara belia dan beliawanis.
Nama pun darah muda, mesti lah suka dengan perkara macam ni kan?
Contohnya, bila kawan ada awek, dia pun nak ada awek. Tapi at last, kawan
tu okay, tapi dia pula yang hanyut dan sebagainya. Endingnya, tu yang jadi kes
pembuangan bayi lah, rogol lah dan macam-macam lagi.”
Pemimpin juga menambah:

“...belia akan cenderung mencari aktiviti mereka sendiri lah. Tu yang timbul
isu sekarang ni seperti kes pecah surau dan kes penagihan dadah...”

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, hubungan yang tidak baik antara belia

dan komuniti akan menyebabkan berlakunya masalah sosial. Hal ini kerana,

belia cenderung memilih aktiviti yang mereka suka dan seronok. Dan dalam

memilih aktiviti yang hendak disertai, berkemungkinan belia salah memilih

jalan dan akan berakhir dengan menyertai komuniti tidak sihat seperti dadah,

merempit dan bermacam lagi.

32
2. Hubungan berpotensi dibangunkan

a) Mewujudkan komuniti yang lebih baik

Implikasi positif yang boleh diketengahkan apabila hubungan antara belia dan

komuniti adalah ianya akan mewujudkan sebuah komuniti yang lebih baik,

aman, makmur dan harmoni. Perkara ini diakui oleh Ahli Komuniti:

“Jika kamu lihat komuniti taman atau mana-mana tempat yang belianya masih
bergiat aktif,mesti tempat itu akan jadi happening.”
Belia A berpendapat:

“...hubungan yang sihat perlu dibina agar belia dapat bertukar pendapat antara
anggota masyarakat supaya dapat membina komuniti yang lebih baik pada
masa hadapan..”
Belia B juga berpendapat:

“....saya merasakan yang kawasan setempat tu lebih bahagia, akan lebih saling
bekerjasama..”

Kajian ini juga mendapati bahawa apabila komuniti yang baik akan

menyebabkan Visi, Misi dan Objektif sesebuah komuniti itu mampu dicapai.

Seperti yang dikatakan oleh Belia C:

“....kalau kita lihat dari ruang yang besar, setiap komuniti akan ada VMO iaitu
Visi, Misi dan Objektif. Jadinya kalau Misi dan Objektif ini dapat diikut dan
di laksanakan, secara tidak langsung ianya akan membantu dalam mencapai
Visi organisasi tersebut. Kalau dalam konteks ni, organisasi tu adalah komuniti
lah...”

Pemimpin juga menambah bahawa hubungan yang baik antara belia dan

komuniti akan menjadikan banyak perkara mampu dilakukan.

33
“...hubungan antara warga muda dan warga yang lebih berusia, dan mampu
bekerjasama dengan baik, banyak perkara yang boleh dilakukan..”

Berdasarkan maklumat ini, dapat disimpulkan bahawa hubungan yang baik

mampu mewujudkan sebuah komuniti yang lebih baik, aman, makmur dan

harmoni.

b) Melahirkan pelapis pemimpin

Hubungan yang baik antara belia dan komuniti juga dapat membantu dalam

melahirkan pelapis pemimpin dalam komuniti. Belia A menyatakan:

“...belia pada masa kini merupakan pelapis komuniti pada masa depan...”

Pemimpin juga menyatakan:

“...mereka dapat melahirkan pelapis pemimpin..”

Analisis maklumat ini menunjukkan bahawa hubungan yang baik antara belia

dan komuniti mampu untuk melahirkan pelapis pemimpin dalam masyarakat,

atau dalam konteks yang lebih besar, negara.

34
3. Isu atau maklumat tumpuan di dalam komuniti

a) Masalah adab dan santun

Masalah adab dan santun yang semakin meruncing sekarang menjadi isu yang

dibincangkan oleh hampir seluruh Malaysia. Dalam sesi temu bual kajian ini

juga, isu ini diketengahkan. Ahli Komuniti dan Belia B menyatakan:

“Saya rasa isu kurang hormat-menghormati antara golongan muda dan


golongan tua dan juga isu golongan muda kurang atau tidak mahu melibatkan
diri dalam komuniti...”
“...sifat sombong dan tak bertegur sapa mereka tu agak menebal dan
menyebabkan komuniti dan belia tu kurang bersefahaman..”

Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati bahawa masalah adab dan

santun belia dalam komuniti ini menjadi isu yang mendapat perhatian ahli

komuniti.

b) Belia kurang dilibatkan dalam komuniti

Dalam hal ini, belia dilihat kurang dilibatkan dalam apa jua aktiviti dan hal

komuniti. Belia dikatakan seperti dilupakan dan umpama tidak wujud dalam

komuniti tersebut. Dalam aspek kepimpinan, belia dikatakan jarang dilibatkan

dalam hal ini. Belia A dan Pemimpin menyatakan:

“...isu yang jadi tarikan saya, kenapa tiada barisan ahli jawatankuasa komuniti
yang dibarisi oleh para belia?..”
“...Sepatutnya lah, jawatankuasa yang ada wajar melibatkan belia dalam
sebarang aktiviti. Misalnya jawatankuasa masjid, sepatutnya ada satu biro di
mana belia sendiri yang akan memacu biro berkenaan...”

35
Manakala Pemimpin menyatakan bahawa tiada tempat untuk belia beraktiviti

dan juga tiada atau kurang program yang diwujudkan untuk menarik belia

bersama komuniti dan.

“...Contohnya kalau di Serdang Jaya ni, kita nampak yang tempatnya terhad.
Kita tiada tempat untuk belia beraktiviti dan beriadah. Kita hanya
mengharapkan masjid, sebuah dewan dan satu gelanggang takraw. Memang
tiada sangatlah aktiviti yang boleh dilakukan oleh belia...”

“...kalau nak tarik belia untuk bercampur dengan komuniti, pihak berkaitan
(politik, jawatankuasa kampung dan jawatankuasa masjid) boleh cuba buat
aktiviti yang berbentuk sukan, tak kira lah sukan yang betul-betul sukan, atau
pun sukaneka ke, atau apa sahaja aktiviti yang berpotensi untuk menarik belia
bersama komuniti. Sebab sepanjang saya berada di sini, saya tak pernah dengar
lagi lah pihak masjid buat sukan untuk belia atau komuniti di seperti futsal ke,
boling ke? Ataupun adakan pertandingan azan ke, nasyid ke?...”
Belia C pula menyatakan:

“...Kalau komuniti ni betul-betul well organized mungkin kita boleh wujudkan


perkara atau program yang dapat menarik belia dan pada masa yang sama
dapat menarik belia untuk bersama dengan komuniti...”
Berdasarkan data atau maklumat yang di kumpul, ianya menunjukkan bahawa

belia di kawasan kajian jarang dilibatkan dalam aktiviti komuniti seperti

kepimpinan dan program-program anjuran mana-mana badan atau persatuan

di dalam komuniti ini.

c) Ketiadaan ikon belia

Ketiadaan ikon belia juga menjadi isu tumpuan dalam komuniti ini. Tetapi

hanya seorang informan yang membangkitkan perkara ini. Belia C

menyatakan:

36
“...apa yang saya nampak adalah kita tiada seorang individu atau dengan kata
lain seorang figure yang mampu memberi pengaruh atau impak kepada anak
muda...”
Dia menambah lagi:

“...kita kena ada belia yang menonjol sebabnya kadang-kadang ada belia ni
yang pemikirannya bertaraf nasional, tapi dia tak buat apa-apa sebab dia tak
ada peluang untuk bergerak...”

Menurut Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1971) jelas menunjukkan

kebanyakan manusia belajar melalui pemerhatian dan mengingati tingkah laku

orang lain. Dengan ketiadaan ikon belia dalam sebuah komuniti ini akan

menyebabkan belia tiada role model yang baik untuk mereka contohi dan ikuti.

37
Masalah adab dan santun Ketiadaan ikon belia

Perpecahan komuniti Berlakunya masalah


sosial

Isu atau maklumat


yang menjadi
tarikan
Apakah pandangan belia
dan ahli komuniti Hubungan belia dan
Belia kurang dilibatkan mengenai hubungan komuniti yang
dalam komuniti antara belia dan semakin renggang
komuniti?

Kerenggangan
hubungan
Hubungan berpotensi
di bangunkan

Mewujudkan komuniti Melahirkan pelapis


yang lebih baik pemimpin

Rajah 3: Apakah pandangan belia dan ahli komuniti mengenai hubungan


antara belia dan komuniti?

Berdasarkan perbincangan keseluruhan, hubungan antara belia dan komuniti merupakan

perkara yang amat penting dalam menjamin keharmonian, kebahagiaan, keamanan dan

kemakmuran dalam hidup bermasyarakat. Pelbagai impak positif dan negatif yang terhasil

daripada isu hubungan antara belia dan komuniti. Rajah 3 merumuskan keseluruhan

maklumat yang di dapati dari persoalan kajian ini.

38
Persoalan Kajian 2:

Apakah pendapat belia dan ahli komuniti tentang keterlibatan belia dalam

komuniti?

Persoalan kajian ini akan mendalami berkenaan kefahaman atau pendapat belia dan ahli

komuniti berkenaan keterlibatan belia dalam komuniti. Dapatan kajian ini merupakan

maklumat yang diberikan kepada pengkaji melalui proses temu bual. Terdapat beberapa

perspektif yang dikemukakan oleh informan seperti:

1. Tahap penglibatan belia dalam komuniti

2. Penglibatan dalam komuniti

1. Tahap penglibatan belia dalam komuniti

Seperti yang diketahui tahap penglibatan belia dalam komuniti agak kurang memuaskan.

Hal ini dinyatakan oleh empat daripada lima orang informan yang terlibat dalam sesi temu

bual ini. Ahli Komuniti menyatakan:

“Pada pendapat saya, penglibatan belia dalam komuniti semakin berkurang...”

Belia B juga menyatakan:

“Pada pendapat saya, ianya sangat tidak memuaskan...”

Belia C pula mempunyai pandangan yang sedikit berbeza:

“...mungkin dulu ada, tahun 90’an atau awal tahun 2000 dulu, tapi menjelang 2010 dan ke
atas, benda ni jadi suram dan menjadikan suara belia tu kita tak dapat dengar dalam
komuniti ini...”

39
Pemimpin juga mempunyai pandangan yang sedikit berbeza:

“...yang penting, biar golongan belia yang menguruskan dan libatkan mereka. Itu yang
penting...”
Berdasarkan penerangan daripada informan, jelas menunjukkan tahap keterlibatan belia

dalam komuniti masih lagi belum di tahap memuaskan.

2. Penglibatan dalam komuniti

a) Aktiviti kemasyarakatan

Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 2 (2003) menggariskan unsur

patriotisme yang ketiga iaitu bersemangat kekitaan seperti bersatu padu, bertolak-

ansur dan bertoleransi, bekerjasama dan tolong-menolong, hormat-menghormati

serta bersefahaman dan bermuafakat. Ianya selari dengan Teori Sosial Ibnu

Khaldun yang mengetengahkan kesepaduan sosial. Ahli Komuniti menyatakan:

“...antaranya ialah aktiviti gotong-royong membersihkan surau, berselawat


sempena maulidur rasul sekitar Serdang Jaya, gotong-royong untuk majlis
walimatulurus dan juga aktiviti membaca yaasin dan tahlil untuk arwah dan
sempena menyambut bulan yang barakah, Ramadhan...”
Belia A dan Pemimpin juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti

kemasyarakatan:

“...tetapi saya boleh dikatakan agak aktif di dalam menyertai aktiviti komuniti
seperti menghadiri tahlil, kenduri, dan melapah lembu ketika raya haji dan lain-
lain.”

“....dikatakan selalu mengikuti majlis yang diadakan di dalam komuniti ini seperti
kerja kahwin..”

40
Belia B pula kurang aktif di dalam komuniti, tetapi masih bergiat aktif di

universiti:

“Kalau ikutkan, saya tak berapa aktif untuk join aktiviti komuniti di tempat tinggal
saya. Tapi kalau dalam universiti, saya banyak sertai aktiviti seperti gotong
royong, program anak angkat (Bakti Siswa) dan program sukarelawan...”

b) Kepimpinan komuniti

Kamus Dewan (1994) mendefinisikan kepimpinan sebagai ‘keupayaan

memimpin’, ‘keupayaan sebagai pemimpin, daya seorang pemimpin’. Perkataan

ini adalah terbitan daripada perkataan ‘pimpin’. Pimpin bererti bimbing, pandu

atau tunjuk. Dapatan kajian menunjukkan Belia C dan Pemimpin merupakan

seorang yang aktif dalam kepimpinan komuniti. Belia C menyatakan:

“...saya pernah terlibat dengan beberapa (organisasi bukan kerajaan) NGO sebagai
ahli jawatankuasa, dan NGO tersebut bergerak sebagai wakil belia untuk
menonjolkan belia itu sendiri...” Dia menambah lagi, “...Dan satu lagi, dalam
komuniti yang agak besar sikit, saya terlibat dengan Pemuda PAS kawasan
Serdang selaku barisan exco dalam PAS Serdang.”
Pemimpin pula menyatakan:

“...saya merupakan seorang pentadbir di sebuah sekolah agama di Serdang Jaya...”


Beliau memberitahu lagi, “...Saya pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa
Masjid selama lebih kurang 4 tahun, dan saya telah dilantik menjadi Pengerusi Hal
Ehwal Wanita untuk kawasan Serdang Jaya.”

41
Aktiviti kemasyarakatan

Penglibatan dalam
komuniti

Apakah pendapat belia dan ahli


komuniti tentang keterlibatan belia
Kepimpinan komuniti
dalam komuniti?

Tahap penglibatan belia

Rajah 4: Apakah pendapat belia dan ahli komuniti tentang keterlibatan belia?

Berdasarkan tema yang dibentuk, dapat disimpulkan bahawa tidak semua belia yang

melibatkan diri secara aktif dalam komuniti. Ada juga yang dahulunya aktif, tetapi tidak

aktif sekarang atas sebab masing-masing. Secara umumnya, keterlibatan belia masih lagi

dalam paras yang tidak memuaskan kerana rata-rata respons yang diberikan adalah

negatif. Rajah 4 merupakan rumusan kepada dapatan persoalan kajian ini.

42
Persoalan Kajian 3:

Bagaimana belia terlibat dalam aktiviti komuniti?

Persoalan kajian ini akan meneroka dan merungkai faktor-faktor yang mempengaruhi

keterlibatan belia dalam komuniti. Terdapat empat tema utama yang akan menjadi faktor

keterlibatan belia dalam komuniti, iaitu:

1. Minat yang dapat mendekatkan komuniti

2. Kehendak individu

3. Material sebagai medium

4. Suasana dalam komuniti

1. Minat yang dapat mendekatkan komuniti

a) Sukan

Sukan merupakan salah satu medium dalam menyatupadukan komuniti tidak kira

bangsa, agama dan kaum. Sukan dapat dilihat sebagai satu medium di mana

mampu diterima oleh seluruh dunia. Lihat sahaja apabila ada pertandingan sukan

seperti Sukan Olimpik, pastinya seluruh negara akan bersatu menyokong negara

tercinta. Ahli Komuniti juga bersetuju dengan perkara ini:

“...Pada pendapat saya, mungkin sukan dapat membantu dalam hal ini. Kita tengok
sahaja lah apabila perlawanan FA, Liga Super dan Piala Malaysia, berapa ramai
yang datang ke stadium memberi sorakkan...”
Belia B juga menyatakan:

“...kalau kita lihat pada hari ini, kita nampak belia akan bersatu apabila dalam
sukan...”

43
Begitu juga dengan Belia C dan Pemimpin:

“...penganjuran sukan seperti pertandingan futsal tu amat penting untuk menarik


belia untuk bersama dengan komuniti...”

“...kalau nak tarik belia untuk bercampur dengan komuniti, pihak berkaitan
(politik, jawatankuasa kampung dan jawatankuasa masjid) boleh cuba buat aktiviti
yang berbentuk sukan, tak kira lah sukan yang betul-betul sukan, atau pun
sukaneka ke, atau apa sahaja aktiviti yang berpotensi untuk menarik belia bersama
komuniti...”

b) Minat individu

Minat individu juga memainkan peranan dalam mempengaruhi keterlibatan belia

dalam komuniti kerana jika program atau aktiviti yang diadakan tidak bertepatan

dengan minat individu, berkemungkinan besar individu tersebut tidak akan sertai

aktiviti tersebut. Pemimpin menyatakan:

“Pada saya lah, belia akan terlibat dalam sesuatu apabila mereka berminat nak buat
perkara itu. Tapi kalau tak suka, mereka tak akan buat benda tu..”

Berdasarkan dapatan kajian di atas, dapat dirumuskan bahawa minat juga

merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keterlibatan belia.

44
2. Kehendak individu

Faktor individu juga menjadi sebab keterlibatan belia dalam komuniti. Ini berkaitan

dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1971) yang mengetengahkan faktor

peribadi menjadi antara tarikan seseorang itu untuk belajar. Belia C juga bersetuju

dengan perkara ini:

“Generally saya rasa individu lah kot? Kita, dalam komuniti tak semua akan counter
belia. Mungkin ada sesetengah belia berpendapat, “Baik aku duduk rumah. Pergi
kerja, balik kerja, duduk rumah.”....”

Dapatan ini menunjukkan faktor individu juga sedikit sebanyak mempengaruhi

keterlibatan belia dalam sesebuah komuniti itu.

3. Material sebagai medium

a) Duit

Duit bukanlah segalanya dalam dunia ini, tetapi segalanya dalam dunia ini

memerlukan duit. Duit menjadi salah satu faktor dalam keterlibatan belia dalam

komuniti. Jika ada habuan yang diberi, maka penglibatan dari belia juga

bertambah. Hal ini dijelaskan lagi oleh Belia B:

“...duit pun adalah antara faktornya. Contohnya kalau nak pilihan raya, selalunya
mereka memerlukan orang untuk memasang bendera-bendera dan banner calon
yang bertanding. Dari situ, biasanya akan ada bayaran untuk yang membantu.
Jadinya, kita dapat lihat belia dan komuniti bersatu dalam melakukan kerja tu dan
duit tu menjadi sebab mereka bersatu...”

45
4. Suasana dalam komuniti

Peranan suasana atau environment dalam keterlibatan belia merupakan antara faktor

penting yang mempengaruhinya. Jika positif suasana di sekeliling individu itu,

individu berkenaan cenderung untuk menjadi positif. Seperti dalam Teori

Pembelajaran Sosial Banruda (1971), faktor suasana menjadi faktor penting dalam

mempengaruhi pembelajaran seseorang. Belia C mengemukakan pendapatnya:

“...faktor yang mempengaruhinya adalah faktor suasana. Apabila suatu organisasi itu
dah well established, secara tak langsung akan lebih mudah menarik belia tu untuk
bersama sertai komuniti. Jadinya, faktor suasana pun penting juga lah.”

Berdasarkan tema yang dibentuk daripada persoalan kajian, faktor yang dikemukakan

diyakini mampu mempengaruhi keterlibatan belia dalam komuniti. Hal ini kerana,

ianya bertepatan dengan yang dikemukakan oleh Bandura (1971) dalam Teori

Pembelajaran Sosial. Rajah 5 merumuskan tema bagi persoalan kajian ini.

Sukan

Kehendak
Individu
Minat untuk
mendekatkan Bagaimana belia
komuniti
terlibat dalam aktiviti
komuniti?

Minat Individu

Material sebagai
Suasana dalam
medium
komuniti

Duit

Rajah 5: Bagaimana belia terlibat dalam aktiviti komuniti?

46
Kesimpulan

Dalam bab ini, penyelidik telah memaparkan semua dapatan, penemuan dan perbincangan

kajian melalui data yang telah dianalisis. Dapatan kajian ini bertujuan untuk mendalami

apakah pandangan belia dan ahli komuniti mengenai hubungan mereka dan memahami

pendapat belia dan ahli komuniti berkenaan keterlibatan belia dalam komuniti serta

mengkaji bagaimana belia terlibat dalam aktiviti komuniti. Dalam bab seterusnya,

penyelidik akan membincangkan berkenaan ringkasan, rumusan, implikasi serta cadangan

berdasarkan hasil kajian yang dibincangkan dalam bab ini.

47
BAB 5

RINGKASAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Pendahuluan

Bab ini merumuskan penemuan kajian, membuat kesimpulan dan menyatakan implikasi

daripada kajian yang dijalankan. Di akhir bab ini, beberapa cadangan dikemukakan oleh

penyelidik untuk membantu komuniti dalam menarik belia untuk bersama-sama

melibatkan diri dalam komuniti dan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan

antara belia dan komuniti serta mempertingkatkan lagi kadar keterlibatan belia bersama

komuniti.

Ringkasan

Kajian ini dijalankan untuk mendalami berkenaan keterlibatan belia dalam komuniti serta

pandangan belia dan ahli komuniti berkenaan kadar keterlibatan belia komuniti itu sendiri.

Kajian ini juga secara tidak langsung membongkar sedikit sebanyak mengenai

keterlibatan belia dalam komuniti serta faktor yang mempengaruhinya berdasarkan

penceritaan dan pengalaman yang disampaikan oleh golongan belia, ahli komuniti bukan

belia dan juga golongan pemimpin masyarakat dalam komuniti itu sendiri.

Kajian ini telah dilaksanakan di komuniti kejiranan Serdang Jaya, Selangor dan lima orang

informan telah terlibat sebagai informan dan terdiri dari kalangan belia, ahli komuniti

48
bukan belia dan juga dari kalangan pemimpin masyarakat dalam komuniti ini. Hubungan

yang mesra juga diwujudkan bersama informan di samping sesi temu bual yang

dijalankan.

Pensampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan bagi memilih informan

berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan iaitu belia, ahli komuniti bukan belia

dan juga golongan pemimpin masyarakat dalam komuniti Serdang Jaya. Kaedah kajian

kualitatif telah digunakan bagi mendalami dan memahami sedikit sebanyak mengenai

keterlibatan belia dalam komuniti serta faktor yang mempengaruhinya secara. Sesi temu

bual yang dijalankan dirakamkan menggunakan alat perakam suara untuk memudahkan

penyelidik mendengar semua sesi temu bual tersebut dalam proses penganalisisan data

nanti. Proses penganalisisan data bermula dengan menukar rakaman temu bual kepada

bentuk penulisan transkrip. Kategori dan sub tema di bentuk melalui bacaan dan

memahami transkrip berulang kali. Kategori yang dibentuk telah membentuk tema

sebagai jawapan kepada persoalan kajian. Kaedah analisis dokumen juga turut digunakan

dalam kajian ini.

Kawasan kajian meliputi semua peringkat umur kerana kawasan kajian yang dipilih

adalah dalam kawasan kejiranan. Informan yang dipilih pula meliputi peringkat umur 23

hingga 50 tahun dan mempunyai latar belakang hidup yang berbeza. Seramai tiga orang

informan dalam kalangan belia, seorang dari kalangan ahli komuniti bukan belia dan

seorang dari golongan pemimpin masyarakat dalam komuniti itu sendiri telah terlibat

49
dalam kajian ini. Berdasarkan profil informan, dua daripada lima informan masih belajar

dan yang selebihnya sudah bekerja.

Kesimpulan

Keterlibatan belia dalam komuniti adalah satu perkara yang penting dalam memastikan

komuniti itu terus bernyawa dan tidak hilang ditelan zaman. Belia merupakan aset

terpenting kepada negara kerana golongan ini merupakan golongan yang akan

menyambung legasi sesuatu negara. Begitu juga kepada komuniti kejiranan di mana

sumbangan dan keterlibatan belia dalam komuniti ini adalah sangat penting kerana tenaga

muda daripada anak muda dan belia amat diperlukan bagi membantu menaikkan prestasi

komuniti berkenaan sekali gus meningkatkan kesepaduan antara golongan belia dan

komuniti. Dengan wujudnya kesepaduan antara golongan belia dan komuniti setempat,

maka komuniti ini akan lebih erat hubungannya dan hidup akan lebih aman dan harmoni.

Seterusnya, keterlibatan belia juga akan mempengaruhi proses sosialisasi dalam komuniti

berkenaan. Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi

dengan orang lain. Keterlibatan belia merupakan salah satu proses sosialisasi yang berlaku

dalam komuniti. Sebagai contoh, jika belia mempunyai ilmu pengetahuan dalam sesuatu

bidang dan belia mempunyai hubungan baik dengan komuniti, dengan mudah ilmu

pengetahuan yang dikuasai oleh belia itu dapat disampaikan. Dalam masa yang sama

juga, ianya mampu meningkatkan taraf hidup komuniti berkenaan apabila ilmu yang

disampaikan diamalkan oleh ahli komuniti.

50
Selain itu, keterlibatan belia itu juga sendiri amat penting kepada belia itu sendiri. Sebagai

seorang belia yang berada di dalam komuniti, sepatutnya mereka sentiasa melibatkan diri

dengan masyarakat atau komuniti setempat dan bukan hanya leka dengan hal masing-

masing seperti bermain gajet, melepak, berpelesiran di kompleks membeli belah dan

sebagainya. Apabila seorang belia itu melibatkan diri dengan komuniti, secara tidak

langsung ianya juga dapat membentuk identiti dan akhlak yang baik selaras dengan

budaya dan norma masyarakat tersebut. Sifat peribadi dalam diri juga dapat dibentuk

dalam penglibatan secara aktif bersama masyarakat melalui perkongsian pengalaman dari

ahli komuniti yang lebih berusia dari golongan belia itu sendiri. Kepimpinan dalam diri

individu itu juga dapat dibentuk dengan melalui pergaulan mereka dengan golongan

pemimpin masyarakat dalam komuniti berkenaan dan secara tidak langsung, bakal

pemimpin masa hadapan dapat dilahirkan.

Keterlibatan belia dalam komuniti ini boleh dikaitkan dengan beberapa teori yang telah

digunakan seperti Teori Pembelajaran Sosial. Keterlibatan belia dapat dikaitkan dengan

faktor yang diketengahkan dalam teori ini iaitu faktor persekitaran dan faktor peribadi.

Sebagai contoh, jika dikaitkan dengan faktor persekitaran belia cenderung mengikut dan

meniru rakan-rakan atau pun orang di sekelilingnya dengan menjadikan orang tersebut

sebagai model bagi dirinya. Oleh itu, perkara ini menyumbang kepada faktor seterusnya

iaitu peribadi. Apabila individu itu sudah mengingati apa yang dilihat dan memutuskan

sama ada ianya perlu diikuti atau tidak.

51
Selain itu, model Pembangunan Belia Positif (PYD) turut digunakan dalam kajian ini.

Model PYD merupakan satu pendekatan yang mengetengahkan golongan belia yang

dipandang sebagai sumber untuk dibangunkan dan bukannya sebagai masalah yang perlu

diuruskan. Kajian berkenaan keterlibatan belia dalam komuniti ini sedikit sebanyak

membuka perspektif yang lebih jelas kepada pembinaan PYD dan dalam membangunkan

elemen ‘5C’ (kompetensi, keyakinan, karakter, perhubungan dan prihatin) dalam diri

belia.

Penglibatan belia dalam komuniti juga menjadi wadah yang berupaya membina

keupayaan dalaman dan luaran diri belia. Belia lebih bersedia dan yakin dalam mendepani

cabaran sebagai salah satu aset penting dan harapan negara pada masa akan datang serta

pada masa yang sama dapat membina karakter belia itu sendiri. Selain itu, hasil daripada

keterlibatan belia dalam komuniti akan membina hubungan dan jaringan sosial antara

belia dan komuniti. Secara keseluruhannya, apabila kelima-lima elemen ‘5C’ PYD dapat

diterapkan ianya akan menyumbang kepada elemen yang keenam iaitu elemen

sumbangan, di mana belia akan kembali berbakti kepada komuniti dan secara tidak

langsung akan dapat membantu meningkatkan taraf hidup di sesebuah komuniti itu.

52
Implikasi

Kajian ini dapat memberi implikasi kepada belia dan juga ahli dalam komuniti Serdang

Jaya. Implikasi besar yang dapat dipelajari dari kajian ini adalah komuniti dapat lebih

mendalami dan memahami jiwa seorang belia dalam menarik mereka untuk bersama-sama

dengan komuniti. Belia juga dapat lebih memahami proses sosialisasi dalam komuniti ini

dan menjadi lebih mudah untuk melibatkan diri dalam bergaul dan bercampur dengan

komuniti. Keyakinan dalam diri belia juga dapat dipertingkatkan agar mereka tidak lagi

kekok dan berasa janggal untuk bersama komuniti. Tambahan pula, cabaran yang perlu

dihadapi oleh belia pada masa kini semakin berat dan mencabar.

Selain itu, keterlibatan belia juga dapat meningkatkan soft skills atau kemahiran insaniah

seorang individu berkenaan melalui pergaulan dan komunikasi antara belia dan komuniti.

Belia dapat mempelajari lebih banyak ilmu daripada golongan yang lebih berusia dan

berpengalaman di dalam komuniti. Perkara ini merupakan perkara yang baik kerana soft

skills seperti kemahiran berkomunikasi tidak boleh hanya dipelajari secara teori. Ianya

perlu diamalkan dan dipraktikkan dengan orang di sekeliling agar kemahiran itu dapat

diasah dan sekali gus memantapkan lagi kemahiran insaniah yang terdapat dalam diri

individu berkenaan. Soft skills juga amat penting untuk kegunaan di alam pekerjaan nanti.

Akhir sekali, diharapkan agar kajian ini mampu memberi impak yang positif kepada belia

di kawasan Serdang Jaya dan sekali gus dapat meningkatkan mutu penglibatan belia

bersama komuniti bukan hanya menyumbang dari segi tenaga, tetapi dapat juga memberi

sumbangan dari segi buah fikiran, kewangan dan kepakaran dalam masa yang sama dapat

membantu meningkatkan sosioekonomi dalam kawasan berkenaan.

53
Cadangan

Melalui hasil kajian ini, pengkaji lebih menitikberatkan kepada faktor yang

mempengaruhi keterlibatan belia dalam komuniti. Faktor yang mempengaruhi

keterlibatan ini adalah sesuatu yang perlu diambil kira kerana ianya akan memberi impak

besar dalam meningkatkan lagi keterlibatan belia dalam komuniti. Beberapa cadangan

dikemukakan oleh pengkaji:

1) Melihat kepada bagaimana pembangunan dan kemajuan negara memberi kesan

kepada keterlibatan belia dalam komuniti. Hal ini kerana, bukan hanya faktor yang

berada di dalam komuniti sahaja yang menjadi penyumbang kepada hal ini, tetapi

pembangunan dan kemajuan negara juga akan memberi kesan kepada keterlibatan

belia.

2) Mengkaji bagaimana Dasar Belia Negara memberi kesan kepada belia. Dasar

Belia Negara sememangnya diwujudkan untuk memperkasa belia di negara ini,

tetapi sejauh mana ianya memberi kesan kepada belia itu sendiri. Adakah ianya

menyatukan lagi belia dan komuniti atau pun ianya menyebabkan belia semakin

jauh dari komuniti.

3) Belia juga harus di perkasa dengan membantu mereka dalam melibatkan diri

dalam komuniti, kerana penglibatan dalam komuniti ini sedikit sebanyak

membantu mereka dalam membentuk sahsiah diri dan membentuk identiti yang

baik untuk mereka. Belia tidak sepatutnya di pandang sebelah mata atau

dihiraukan kewujudannya. Belia merupakan aset terpenting kepada negara.

54
Penutup

Secara keseluruhannya, keterlibatan belia dalam komuniti bukanlah sesuatu yang boleh

dipandang remeh oleh masyarakat. Hal ini kerana keterlibatan belia amatlah diperlukan

dalam komuniti agar ada kesinambungan daripada generasi yang terdahulu. Secara tidak

langsung, hasil kajian ini dapat membantu komuniti dalam lebih memahami belia dan

membawa mereka dengan lebih rapat lagi bersama komuniti. Oleh yang demikian,

golongan belia dan komuniti akan menjadi lebih akrab dan sedikit sebanyak membantu

negara dalam mendepani cabaran Wawasan 2020.

55
RUJUKAN

Bahari, A., Tuan Sembok, T. M. Z., & Mohamed, N. (1995). Permasalahan sosial remaja
belia: usaha menanganinya melalui pendekatan kerja komuniti.
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.
Prentice-Hall, Inc.
Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Bandura, A. Ross, D., & Ross, S. A. (1961). Transmission of aggression through the
imitation of aggressive models. Journal of Abnormal and Social Psychology, 63,
575-582

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: General Learning Press.

Bandura, A. (1986). Social Foundations of Thought and Action. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice-Hall.

Bandura, A. (1973). Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs, NJ:


Prentice-Hall.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: W.H. Freeman.

Bandura, A. (1969). Principles of Behavior Modification. New York: Holt,Rinehart &


Winston.

Bandura, A. & Walters, R. (1963). Social Learning and Personality Development. New
York: Holt, Rinehart & Winston.
Commonwealth Youth Programme. (2007). The Commonwealth Plan of Action for Youth
Empowerment 2007-2015. London: Commonwealth Secretariat.
Cresswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five
approaches (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Dasar Pembangunan Belia Negara. (1997). Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.

E. W. Lane. (1863). Arabic-English Lexicon. London: Willams & Norgate

Ibn Khaldun. (1978) The Muqaddimah. Translated by Franz Rosenthal. Introduction by


N.J. Dawood. St. Edmunds Press Ltd. Great Britain.

56
Indeks Belia Malaysia. (2015). Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Kamus Dewan: Edisi Keempat. (2005). Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka

Lerner, R. M., Lerner, J. V., Almerigi, J., Theokas, C., Phelps, E., Gestsdottir, S.,
Naudeau, S., Jelicic, H., Alberts, A. E., Ma, L., Simth, L. M., Bobek, D. L., Richman-
Raphael, D., Simpson, I., Christiansen, E. D., & von Eye, A. (2005). Positive youth
development, participation in community youth development programs, and
community contributions of fifth grade adolescents: Findings from the first wave of
the 4-H study of positive youth development. Journal of Early Adolescence. 25(1):
17-71
Malaysian Youth Policy. (2015). Ministry of Youth and Sports, Malaysia.

United Nations. (2002). Youth in Malaysia: A review of the youth situation and national
policies and programmes. New York: United Nations.

57
LAMPIRAN

58

Anda mungkin juga menyukai